Anda di halaman 1dari 7

PERNIAGAAN

Akta Hak Cipta 1987


• Apakah itu Akta Hakcipta ?
- Merupakan satu undang - undang yang melindungi hak cipta di
Malaysia. Undang - undang ini diperuntukkan dalam Akta Hakcipta
1987 di mana telah ditandatangani oleh Yang Di-pertuan Agong
pada 30 April 1987 dan mula dikuatkuasakan pada tahun itu juga.
• Tujuan
- Memberi hak eksklusif kepada pemilik untuk mengawal
penggunaan karya, bahan cetak, filem dan klip video bagi satu
tempoh masa yang ditetapkan daripada pemiliknya untuk apa jua
cara pun
Karya Yang Layak Mendapat Perlindungan
• Antara karya yang layak mendapat perlindungan ialah Harta Intelek
ialah
Karya Muzik
 Karya Seni
 Filem
 Rakaman Bunyi
 Siaran
 Karya Terbitan
• Karya-karya di atas adalah dilindungi tanpa mengira kualiti dan
tujuan karya-karya tersebut dihasilkan.
Jangka Masa Perlindungan Hak Cipta
• Karya sastera, Karya Muzik dan Karya Seni
- Hak Cipta mengenai karya sastera, muzik atau seni wujud semasa hayat pencipta
dan hendaklah terus wujud sehingga habis tempoh 50 tahun selepas kematiannya.
• Filem dan Rakaman Bunyi
- Hak Cipta hendaklah wujud selama 50 tahun dari karya itu diterbitkan, dibuat
penetapan untuk karya filem dan rakaman bunyi.
• Siaran
- Hak Cipta dalam siaran, perlindungan berlaku dalam cara transmisi sama ada
melalui cara wayar atau tanpa wayar (wireless), tempoh selama 50 tahun
hendaklah dikira dari mana siaran pertama kali dibuat.
Contoh Pelanggaran Hak Cipta
Sesiapa yang menggunakan mana-mana karya berhakcipta
tanpa kebenaran daripada penulis, pemilik hak cipta dan pelaku
adalah merupakan suatu pelanggaran di bawah Akta Hak cipta
1987. Diantara perbuatan pelanggaran hak cipta termasuklah:

 Pengeluaran semula apa-apa karya berhakcipta dalam apa-apa


bentuk bahan melalui tayangan, pertunjukan permainan atau
pengedaran kepada orang awam
 Mengimport salinan langgaran karya berhakcipta bagi tujuan
perdagangan tanpa lesen pemilik hak cipta
 Pembuatan salinan langgaran karya-karya berhakcipta untuk tujuan
jualan atau sewaan kepada orang awam.
Jenis-Jenis Hukuman
Seseorang yang sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman-hukuman
berikut:-

 Denda tidak kurang RM2,000 dan tidak melebihi RM20,000 bagi setiap
salinan langgaran atau penjara bagi sesuatu tempoh tidak melebihi 5 tahun
atau kedua-duanya sekali dan bagi apa-apa kesalahan kali kemudian denda
tidak kurang dari RM4,000 dan tidak melebihi RM40,000 bagi setiap salinan
langgaran untuk kesalahan kedua dan seterusnya.
 Hukuman penjara juga boleh dikenakan tidak melebihi 10 tahun atau
kedua-duanya iaitu denda dan hukuman penjara.
SEKIAN TERIMA KASIH

Dibentangkan oleh:
- Nur Azima Syazana
- Nursafirashahera
- Nassya Yussyamilla

Anda mungkin juga menyukai