Anda di halaman 1dari 18

NAMA PELAJAR: HARIZ IRFAN BIN HUSSIN PAKRI

UNIT: Q1 (BAHASA MELAYU)


NAMA PENSYARAH: EN. RUSLAN BIN ABDULLAH
 Kreativiti dan inovasi dalam perniagaan boleh wujud dalam pelbagai
bentuk. Tambahan pula, hasil kreativiti dan inovasi yang memberi
keuntungan kepada sesebuah syarikat atau seseorang individu akan
bertukar menjadi satu aset yang berharga. Oleh itu, hak cipta
terhadap inovasi merupakan perkara yang penting untuk memelihara
produk tersebut.

 Menurut Perbadanan Harta Intelek Malaysia(MyIPO), hak cipta


adalah hak eksklusif yang diberikan oleh undang-undang untuk
tempoh masa tertentu kepada pencipta karya untuk mengawal
penggunaan karya mereka. Perlindungan hakcipta di Malaysia
adalah berasaskan kepada Akta Hakcipta 1987.
 Pencipta:
adalah seorang atau beberapa orang secara bersama-sama yang atas
inspirasinya melahirkan suatu ciptaan berdasarkan kepada kemampuan
fikiran, imaginasi, kecekalan, keterampilan, atau keahlian yang dijadikan
ke dalam bentuk yang khas dan bersifat peribadi.

 Ciptaan:
adalah hasil karya setiap Pencipta yang menunjukkan keasliannya
dalam lapangan ilmu pengetahuan, seni, atau sastera.
 Pemegang Hak Cipta:
Pencipta sebagai Pemilik Hak Cipta, atau pihak yang menerima hak tersebut
dari Pencipta, atau pihak lain yang menerima lebih lanjut hak dari pihak yang
menerima hak tersebut.

 Pengumuman:
Pembacaan, penyiaran, pameran, penjualan, pengedaran, atau penyebaran
suatu ciptaan dengan menggunakan alat-alat, termasuklah media internet,
atau melakukan dengan cara yang lain sehingga suatu ciptaan dapat
dibaca, didengar, atau dilihat orang lain.

 Lesen:
Izin yang diberikan oleh Pemegang Hak Cipta atau Pemegang Hak Terkait
kepada pihak lain untuk mengumumkan dan/atau memperbanyak
Ciptaannya atau produk Hak Terkaitnya dengan persyaratan tertentu.
 Karya-karya yang dinyatakan adalah dilindungi tanpa mengira
kualiti dan tujuan karya-karya itu dihasilkan.
 Walau bagaimanapun, perlindungan hak cipta hanya boleh
diberikan kepada ekspresi idea dan tidak kepada idea, prosedur,
kaedah pengendalian atau konsep matematik.
 Karya Sastera, Karya Muzik atau Karya Seni:
Hak Cipta mengenai mana-mana karya sastera, muzik atau seni
wujud semasa hayat pencipta dan hendaklah terus wujud sehingga
habis tempoh lima puluh tahun selepas kematiannya.

 Filem, Rakaman Bunyi dan Pelaku:


Hak cipta hendaklah wujud selama 50 tahun dari karya itu diterbitkan,
dibuat penetapan untuk karya filem dan rakaman bunyi. Bagi pelaku,
hak cipta itu hendaklah wujud daripada persembahan dilakukan
atau penetapan dalam rakaman bunyi.
 Siaran
Hakcipta dalam siaran, perlindungan berlaku dalam cara transmisi
sama ada melalui cara wayar atau tanpa wayar (wireless),tempoh
selama lima puluh tahun hendaklah dikira dari mana siaran pertama
kali dibuat.
 Pencipta, pemilik hak cipta dan pelaku diberikan hak eksklusif untuk
mengawal di bawah undang-undang hak cipta.
 Hak perundangan yang diberikan kepada mereka termasuk hak
untuk menguatkuasakan karya berhakcipta mereka dalam kes-kes
pelanggaran sama ada melalui tindakan sivil atau jenayah.
 Dari segi pelakuan jenayah, ia dijalankan oleh Bahagian
Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) atau Polis Diraja Malaysia.
 Hak ekonomi yang diberikan kepada pemunya hak termasuk hak
pengeluaran semula, hak penyampaian kepada orang ramai, hak
untuk pertunjukan, tayangan atau permainan kepada awam, hak
pengedaran dan hak sewa komersial.
 Hak ini boleh dilaksanakan dalam tempoh perlindungan yang
dikawal di bawah Akta Hak Cipta 1987.
 Hak ekonomi membolehkan pemilik hak untuk memperolehi
ganjaran kewangan daripada penggunaan karya-karya beliau
oleh pengguna atau tujuan komersial.
 Hak ekonomi boleh diperolehi melalui penyerahan hak, pelesenan
dan wasiat.
 Hak Paterniti:
Hak ini membolehkan penulis untuk dikenali dan menuntut keaslian
ciptaan mereka dikekalkan.

 Hak Integriti:
Hak ini membenarkan penulis untuk menghalang mana-mana
pengguna dari penyelewengan, pencacatan atau
pengubahsuaian yang lain kerja-kerja beliau di mana hasil
daripada pengubahsuaian yang ketara akan mengubah kerja asal
dan menjejaskan kehormatan atau reputasi pencipta.
Sesiapa yang menggunakan mana-mana karya
berhakcipta tanpa kebenaran daripada penulis, pemilik
hak cipta dan pelaku, adalah merupakan suatu
pelanggaran di bawah Akta Hak Cipta 1987. Di antara
perbuatan pelanggaran hakcipta termasuklah:

1. pengeluaran semula apa-apa karya berhakcipta dalam apa-apa


bentuk bahan melalui tayangan, pertunjukan permainan atau
pengedaran kepada orang awam,
2. pengimportan salinan langgaran karya-karya berhakcipta ke
negara Malaysia untuk selain daripada kegunaan persendirian
yang dibenarkan;
3. pembuatan salinan langgaran karya-karya berhakcipta untuk
tujuan jualan atau sewaan kepada awam;
4. penjualan, penyewaan dan pengedaran apa-apa salinan
langgaran karya-karya berhakcipta dengan cara perdagangan,
mendedahkan dan menawarkan untuk jualan atau sewaan;
5. memiliki salinan langgaran untuk tujuan perdagangan selain
daripada kegunaan persendirian yang dibenarkan;
6. membuat pameran salinan langgaran karya-karya berhakcipta
untuk tujuan perdagangan kepada orang awam;
 Sebagai kesimpulannya, hak cipta inovasi amat penting dalam
pelbagai bidang bagi mempertahankan hak-hak material dan
moral hasil intelektual masing-masing.
 Perbuatan mencetak rompak merupakan satu perbuatan yang keji
dan melanggari hak cipta perlu dibanteras bagi memastikan
sesuatu produk yang dihasilkan terpelihara keasliannya.
Azizi Zulkefli. (2011). Kepentingan harta intelek dan hak cipta dalam
bisnes. Dicapai daripada http://www.majalahniaga.com/
kepentingan-harta-intelek-dan-hak-cipta-dalam-bisnes.html
Azman Ismail. (2008). Kepentingan hak cipta penulis. Dicapai
daripada http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=
0410&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sastera&pg=sa_01.htm
Perbadanan Harta Intelek Malaysia. (2018). Hak cipta. Dicapai
daripada http://www.myipo.gov.my/ms/hak-cipta/

Anda mungkin juga menyukai