Anda di halaman 1dari 12

BMMB 3052: SENI

5. Aktiviti Meneroka,
Memperoleh Pengalaman dan
Mengekspresi Melalui Seni

DALAM PENDIDIKAN Hariz Irfan


PENGENALAN
Mengikut Dr. Sharifah Norul Akmar Syed Zamri (2006), asas
pendidikan dirujuk sebagai 3 R iaitu membaca, menulis dan mengira.
Penggunaan huruf Radalah satu kata yang sesuai digunakan dalam
Bahasa Inggeris tetapi mungkin tidak dalam Bahasa Melayu.
Namun begitu, sama ada kata-kata itu sesuai atau tidak, tujuannya
tetap sama: seni perlu dijadikan R keempat atau literasi asas selain
membaca, menulis dan mengira.
Ini kerana, Seni Dalam Pendidikan memainkan peranan yang penting
dalam proses pembelajaran dan pengajaran.Terdapat 3 bidang utama
dalam mata pelajaran ini iaitu Seni Visual, Seni Muzik dan Seni
Pergerakan.
SIFAT KESAN YANG
EKSPRESIF DALAM AKTIVITI
SENI VISUAL, MUZIK DAN
PERGERAKAN
1. PROSES PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN
MENJADI LEBIH SERONOK.
.Pengajaran yang dilaksanakan dengan menggabungjalin pelbagai unsur
seni dan berbeza dari kaedah pengajaran tradisional yang hanya
menggunakan kapur dan papan tulis sebagai media dalam penyampaian
maklumat murid berasa lebih seronok.
.Selain itu, murid akan berasa lebih selesa dan lebih mudah untuk
memahami sesuatu tajuk yang diajar. Contohnya,kaedah belajar secara
bermain dapat membina dan menjalinkan perhubungansosial sesama
murid.
.Selain itu, perhubungan sesama murid juga dapat bertambah mesra dan
dapat bekerjasama melalui aktiviti-aktiviti permainan secara kumpulan. Ini
turut membantu dalam penyemaian nilai-nilai murni didalam diri dan
meningkatkan motivasi untuk mengikuti proses pembelajaran.
2. MEMUPUK NILAI
Secara
KERJASAMA
semulajadi, kebanyakan aktiviti Seni Dalam Pendidikan tidak
dapat mengelakkan murid-murid daripada terlibat dalam kegiatan yang
berunsur kerjasama.
Aktiviti berkelompok menuntut setiap individu bergerak dan berinteraksi
secara bekerjasama untuk mencapai kejayaan bersama .
Aksi-aksi yang terdapat dalam Seni Dalam Pendidikan merangkumi
aktiviti seni visual,muzik dan pergerakan mempunyai titik tolak interaksi
sosial yang terjalin melalui deria sentuh.
Komunikasi deria sentuh ini mempunyai asas yang boleh menjalin
perhubungan sesama manusia yang membawa kepada konsep
perpaduan.
3. MEMENUHI KEPERLUAN
SOSIAL YANG ASAS
Apabila semua murid berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti yang sesuai
dengan minat dan kebolehan mereka, maka akan terbentuk satu situasi ideal
yang dapat memenuhi kedua-dua matlamat sosial iaitu rasa ketermilikan dan
keinginan diterima sebagai anggota kelompok.
Murid-murid mahukan dirinya diterima sebagai anggota sebuah kelompok
dan pada masa yang sama memerlukan kasih sayang.
Dalam kegiatan Seni Dalam Pendidikan, keperluan untuk belaian sekurang-
kurangnya dipenuhi melalui pujian dan galakan yang diberi sebaik sahaja
mereka memersembahkan aktiviti yang menarik.
Perhubungan mesra antara murid dengan murid dapat mewujudkan suasana
yang harmonis dan menyebabkan murid merasakan bahawa guru dan rakan-
rakan prihatin terhadap dirinya dan menghargai bakat yang dimiliki.
4. MURID BERPELUANG UNTUK MENJALANI
PROSES PENEROKAAN SEMASA DALAM
PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2015), penerokaan dapat
ditakrifkan sebagai penyelidikan yang bertujuan untuk mengetahui
sesuatu yang belum diketahui.
Penerokaan dapat dilaksanakan dengan cara menjelajah. Namun begitu,
proses ini memerlukan pelbagai bahan dan kaedah.
Pengalaman meneroka juga merupakan sesuatu situasi pembelajaran.
Meneroka dijalankan dengan membuat eksperimen, menyelidik dan
mencipta menggunakan pelbagai idea dan bahan. Penerokaan terbahagi
kepada tiga kategori iaitu alat dan bahan, cara pengolahan dan
manipulasi serta idea dan isi kandungan.
5. LUAHAN PERASAAN DAN
ARAS KEYAKINAN YANG
TINGGI.
Perasaan merupakan reaksi badan terhadap rangsangan yang diterima sama
ada ia bersedia atau tidak.
Di samping itu, perasaan juga mungkin dapat memberikan sumber manfaat dan
kerugian kepada seseorang.
Guru boleh mengagak perasaan sebenar murid melalui tingkahlaku yang
dipamerkan.
Murid yang menyertai aktiviti-aktiviti seperti permainan boleh mewujudkan
suasana keriangan, bebas daripada tekanan emosi dan membina kecekalan
dalammenghadapi persaingan dan cabaran.
Individu yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi dapat melakukan aktiviti tanpa
rasa segan atau bimbang mengenai pandangan orang lain terhadap dirinya. Oleh itu,
setiap aktiviti yang dilakukan perlulah ada keyakinan supaya dapat menjamin
keberkesanannya.
AKTIVITI KREATIF SENI VISUAL,
MUZIK DAN PERGERAKAN
UNTUK TUJUAN EKSPRESI DAN
KOMUNIKASI
1. EKSPRESI
Meluahkan perasaan melalui ekspresi mod, idea, maklumat yang
berbeza melalui aktiviti kreatif seni visual, muzik dan pergerakan.
Seawal umur dua atau tiga tahun, kanak-kanak sudah membuat
contengan bagi tujuan pernyataan dan komunikasi berdasarkan
gaya mereka sendiri.
Representasi imej yang dijelmakan itu adalah ekspresi visual yang
tidak sama bagi setiap individu. Ekspresi visual seseorang pelukis
terhadap sesuatu objek yang dilukis misalnya merupakan
manifestasi rasa dalaman yang dianggap sebagai pernyataan
perasaan.
2. KOMUNIKASI
Aktiviti Seni dapat digunakan sebagai alat komunikasi seperti, kritik
sosial, menyampaikan dan memperkenalkan produk kepada masyarakat.
Sebagai contoh dilihat dalam persembahan wayang kulit, seni teater
ataupun poster dan drama komedi.
AKTIVITI YANG SESUAI:
1. Menggambar atau Melukis
2. Drama
3. Nyanyian
4. Membuat suatu hasil karya seni (topeng dan sebagainya)
5. Pergerakan Binatang

Anda mungkin juga menyukai