Anda di halaman 1dari 16

BAB 3

ISU DAN TREND SEMASA

‘ABDULLAH KHAIRI BIN MOHD ASRI


PEMBANGUNAN EKONOMI
Pembangunan ekonomi adalah suatu proses kenaikan dalam pendapatan total dan pendapatan per
kapita dengan menghitung adanya pertambahan penduduk disertai adanya perubahan fundamental
dalam struktur ekonomi.
Menurut Prof. Denis Goulet, ada tiga nilai inti pembangunan yang membuat hidup lebih baik:
• Rezeki kehidupan
• Harga diri
• Kebebasan
Menurut Prof. Dudley Seers, pembangunan ekonomi dikatakan berjaya apabila pendapatan per
kapita masyarakat meningkat, tingkat pengangguran berkurang dan jurang antara kaya dan miskin
mengecil.
Persekitaran ekonomi dibuat dalam beberapa bahagian yang mana semua mempunyai
lebih atau kurang pengaruh kepada perniagaan dan organisasi.
1. Pembekal
Para pembekal menyediakan bahan mentah dan komponen-komponen lain yang
diperlukan oleh organisasi.
2. Pelanggan
Para pelanggan membentuk sebahagian daripada persekitaran ekonomi dan memberi
kesan kepada organisasi dalam keperluan dan permintaan mereka.
3. Pelabur
Keyakinan perniagaan dan kesediaan pihak bank dan institusi kewangan yang lain
memberi pinjaman kepada syarikat-syarikat berkait rapat dengan jangkaan masa
hadapan tahap aktiviti ekonomi sesuatu Negara.
4. Kerajaan
Dasar-dasar fiskal kerajaan, kewangan atau lain-lain polisi mempengaruhi organisasi
dalam perkara berkaitan kos, perolehan kredit, kadar cukai, kadar faedah, kadar
tukaran asing dan keyakinan umum perniagaan.
5. Pesaing
Pesaing sesuatu syarikat sentiasa di anggap sebagai ‘ancaman’ dalam persekitaran
ekonomi.
GLOBALISASI
Globalisasi ialah sebuah fenomena yang menjadikan dunia seakan-akan
mengecil. Fenomena globalisasi juga berkait rapat dengan istilah ' dunia
tanpa sempadan'. Fenomena globalisasi telah menjadikan proses
perhubungan antara manusia serta perpindahan maklumat menjadi semakin
pantas. Fenomena globalisasi bukan sahaja memberikan impak yang positif
terhadap manusia malah ia  juga memberikan impak yang negatif atau
cabaran kepada manusia.
1. cabaran  penjajahan ekonomi
• Kedudukan ekonomi negara mundur dan negara sedang membangun diketahui negara
maju. 
• Negara maju dapat memanipulasikan ekonomi negara-negara lain demi kepentingannya 
• Negara maju mempengaruhi minda penduduk Dunia Ketiga
2. cabaran yang kedua ialah pencemaran budaya
• Budaya liar dari Barat dapat disebarkan melalui internet dan televisyen satelit 
• Budaya liar ini langsung tidak ditapis 
• Generasi muda terikut-ikut akan nilai runtuh 
• Budaya Barat menjadi dominan 
• Budaya tempatan yang murni akhirnya terkikis 
• Anak tempatan hilang identiti diri dan runtuh akhlaknya 
3.  cabaran dari segi Politik
• Campur tangan atau bantuan kepada kumpulan-kumpulan tertentu untuk
menggulingkan kerajaan sedia ada seperti negara Afghanistan, Libya, Iraq, Sudan,
Mesir dan lain-lain atas alasan mereka membangunkan senjata nuklear atau
memberi latihan kepada kumpulan pengganas 
• Pengintipan untuk mendapatkan maklumat oleh negara-negara maju terhadap
musuh mereka. 
• Penggodaman sistem pertahanan – mencari kekuatan dan kelemahan sistem
pertahanan sesebuah negara  
4. cabran terhadap sistem Ekonomi Malaysia 
• Penghakisan dasar perlindungan produk tempatan – produk tempatan tidak lagi dilindungi
dan terpaksa bersaing dengan produk luar negara 
• Monopoli syarikat multinasional – syarikat-syarikat kecil akan ketinggalan dan seterusnya
terpaksa gulung tikar keranatidak mampu bersaing dengan syarikat-syarikat besar dalam
dan luar negara. 
• Ancaman terhadap barangan dan perkhidmatan tempatan 
• Ancaman ke atas industri kecil dan sederhana (IKS) 
• Kesukaran untuk mengawal aliran modal asing dan penghakisan kedaulatan ekonomi
negara. 
• Serangan mata wang – nilai mata wang negara jatuh – kemelesetan ekonomi berlaku 
• Manipulasi pasaran sahan saham – menyebabkan pasaran saham tempatan jatuh dan akan
menyebabkan ekonomi Malaysia jatuh kerana pelabur-pelabur asing akan hilang keyakinan
terhadap keyakinan ekonomi Malaysia
Kesan Positif Globalisasi
• Kemajuan Teknologi
• Perubahan dunia Perniagaan
• Politik menjadi kerjasama
Kesan Negatif Globalisasi
• Globalisasi menyebab penjajah ekonomi
• Glomabisasi menyebab pencemaran budaya
TEKNOLOGI
• Kemajuan teknologi kebelakangan ini banyak mempengaruhi cara-cara
syarikat beroperasi. Komputer telah merevolusikan rekaan produk, inovasi
dan pembuatan. Kemajuan dalam teknologi telah banyak membuka
peluang baru perniagaan yang mana tidak dieksploitasi sebelum ini.
Cabaran Penyalahgunaan Teknologi
• Penyalahgunaan teknologi akan membahayakan manusia seperti teknologi
nuklear  - boleh dibuat senjata nuklear, kebocoran tenaga nuklear 
• Teknologi pembuatan senjata-senjata moden telah banya memusnahkan
kehidupan manusia 
• Pengintipan yang dilakukan oleh negara-negara maju melalui satelite
untuk mendapatkan maklumat negra-negara musuh mereka.
TANGGUNGJAWAB SOSIAL
• Tanggungjawab sosial adalah merupakan tanggungjawab moral yang perlu dipikul oleh
perniagaan terhadap kepentingan masyarakat di mana perniagaan tersebut menjalankan
operasinya. Tanggungjawab dan kewajipan ini meliputi badan-badan koperat terhadap
masyarakat yang lebih menyeluruh dan tidak hanya terhad kepada peruntukan undang-
undang atau kontrak-kontrak lain di antara pengurusan dengan wakil persatuan-persatuan
sekerja.
• Sebenarnya sesebuah perniagaan mempunyai kewajipan ke atas beberapa kumpulan
anggota masyarakat antaranya ialah pemegang-pemegang saham (pemilik perniagaan),
pelanggan-pelanggan dan pengguna, pesaing-pesaing, pekerja-pekerja dan staf,
pemiutang-pemiutang, masyarakat tempatan dan kerajaan.
Antara sebab-sebab kenapa perniagaan perlu memahami peranan atau
tanggungjawab sosial ialah:
• Tanggungjawab sosial akan mewujudkan persekitaran perniagaan yang lebih
baik. Perubahan-perubahan yang berlaku dalam taraf kehidupan masyarakat
akan lebih menguntungkan perniagaan. Contohnya, jika kaum pekerja
menerima gaji dan upah yang mencukupi, kuasa membeli mereka akan
bertambah secara menyeluruh. Dengan meningkatnya pendapatan, akan
bertambah permintaan terhadap barang-barang dan perkhidmatan baru.
• Perniagaan yang peka terhadap tanggungjawab sosial akan mempunyai imej
awam yang positif. Imej awam yang baik terhadap sesebuah perniagaan
dapat mengelakkan perniagaan tersebut dipulau atau disisih oleh
masyarakat.
• Perniagaan yang melaksanakan tanggungjawab sosial dapat
mengurangkan atau mengelakkan desakan undang-undang dan campur
tangan kerajaan secara langsung.
• Kesedaran terhadap tanggungjawab sosial dapat meningkatkan kewangan
dan peluang- peluang pekerjaan.
• Perniagaan mempunyai aset-aset seperti kilang dan peralatan, sumber
kewangan dan juga kemahiran pengurusan yang boleh digembelingkan
untuk mengatasi atau meyelesaikan masalah sosial. Dengan itu
masyarakat dapat menggunakan kemudahan-kemudahan tersebut untuk
mengembangkan kemahiran pekerja, peluang-peluang kepada mereka
yang cacat dan lain-lain supaya setiap anggota masyarakat dapat
melibatkan diri secara produktif dan bertanggungjawab dalam perniagaan
TENAGA KERJA
• Jumlah penduduk dalam usia kerja 15-64 tahun yang sedang bekerja atau sedang
aktif mencari pekerjaan. Tidak termasuk suri rumah dan pelajar lepasan
SPM/STPM kerana mereka tidak aktif bekerja atau aktif mencari kerja.
• Kadar Tenaga Buruh = (Jumlah Tenaga Buruh / Jumlah Penduduk) x 100%
• Kadar Pertumbuhan Tenaga Buruh = [(Tenaga Buruh Baru - Tenaga Buruh Asal) /
Tenaga Buruh Asal] x 100%
Guna Tenaga
• Guna tenaga ialah tenaga buruh yang terlibat dalam kegiatan ekonomi untuk
menghasilkan barang dan perkhidmatan.
• Guna tenaga ialah jumlah tenaga buruh yang sedang mempunyai pekerjaan.
• Guna tenaga ialah jumlah tenaga buruh yang digunakan secara produktif dalam
mengeluarkan output negara.
• Contohnya, jumlah tenaga buruh ialah 1.2 juta orang, maka jika hanya 1 juta
orang mendapat kerja, ini bermakna guna tenaga ialah berjumlah 1 juta orang.
• Guna Tenaga = Tenaga Buruh − Jumlah Penganggur

Anda mungkin juga menyukai