Anda di halaman 1dari 54

RLTKK Modul 3

1
RLTKK Modul 3

Perhatian!

Ebook ini adalah hak cipta terpelihara www.Kerja-Kerajaan.com.


Anda dilarang sama sekali samada mengubah, mengedarkan atau menjual ebook
ini kepada pihak lain.
Sebarang kegiatan yang menyalahi etika penerbitan boleh dikenakan tindakan
undang-undang.
Oleh itu, anda hendaklah melaporkan kepada pihak admin www.Kerja-
Kerajaan.com jika menerima ebook ini tanpa melalui www.Kerja-Kerajaan.com.
Tindakan anda amatlah dihargai bagi membanteras kegiatan-kegiatan sebegini.
Ebook ini hanya untuk mereka yang membelinya secara sah dari www.Kerja-
Kerajaan.com sahaja.
Jika anda memilikinya secara tidak sah, saya tidak menghalalkannya dunia
mahupun akhirat.

Segala isi kandungan yang terdapat di dalam ebook ini adalah berdasarkan hasil kajian
dan juga kemungkinan soalan yang ditanya kepada calon kerja kerajaan semasa sesi
temuduga dalam masa lima tahun sebelum ini.

Adalah dinasihatkan untuk memahami konsep soalan yang ditanya dan mengaitkannya
dengan situasi semasa.

Sekian, terima kasih.

© 2014 http://www.Kerja-Kerajaan.com

2
RLTKK Modul 3

Kisah 1.
Terima kasih sebab sudi memilih saya untuk berkongsi pengalaman. Sebenarnya dari
tahun 2004 sehingga 2008 boleh dikatakan setiap tahun saya tercalon dalam senarai
panggilan temuduga sektor kerajaan. Ada kalanya boleh dikatakan 3 kali panggilan
kerajaan untuk temuduga dalam tempoh 1 tahun. Selepas saya graduate pada tahun
2004, saya cuba untuk memohon jawatan yang bersesuaian dan berkelayakan dengan
saya. Namun setiap kali temuduga yang saya hadiri, ianya akan
memberikan keputusan yang mengecewakan hati saya. Walaupun begitu, saya
tidak pernah berputus asa sungguhpun pernah tidak tidur selama 24 jam semata-
mata membuat persediaan untuk menghadiri temuduga yang diadakan di Putrajaya...

Saya cuba dan terus mencuba sehingga saya pernah terfikir untuk bekerja sebagai
tukang sapu pun jadilah asalkan ianya dibawah sektor kerajaan. Mana la tau rezeki
saya disitu. Sampai di satu tahap di mana saya mula berasa kecewa dengan sektor
kerajaan yang saya rasakan lebih mengutamakan 'orang dalam' berbanding orang
luar. Lama kelamaan saya mengambil keputusan untuk bekerja dalam sektor
kerajaan juga tetapi dalam kategori kerja orang yang tak pandang iaitu kerja di rumah
orang-orang tua, anak-anak kurang upaya kerana kerja begitu lebih sesuai dengan
naluri saya dan saya tak kisah dengan berapa gaji pun yang saya terima asalkan
saya mencapai kepuasan dalam bekerja.

Walaupun begitu, saya masih tidak berjaya lulus juga temuduga yang saya hadiri untuk
jawatan tersebut. Bayangkan la… saya yang berusaha buatkan surat untuk saya dan
“member” untuk memohon jawatan guru PDK daerah. Saya sendiri yang hantarkan
surat tersebut. Selepas setahun baru saya dapat pangilan untuk temuduga untuk
jawatan tersebut. Member saya yang tadi dapat juga tapi tidak mahu pergi
menghadiri temuduga tersebut. Akan tetapi, saya paksa juga dia untuk pergi ke
tempat temuduga tersebut. Mana tau ada rezeki dia. Ternyata rezeki dia, memang betul
dia yang dapat. Saya betul-betul “down” ketika itu. Tuhan saja yang tau ketika itu.
Padahal yang berusaha keras adalah saya, bukannya rakan saya! Saya dari JB turun
ke Muar semata-mata menghadiri temuduga tu, pujuk membernya lain… tapi takpe
la... tu namanya takde rezeki sungguhpun saya sudah berusaha.

Pada penghujung tahun 2007, saya dapat pangilan temuduga JM. Saya bercadang untuk
sambung belajar memandangkan JM akan diserapkan terus ke dalam sektor kerajaan
selepas tamat tempoh belajar. Keputusan temuduga amat memberansangkan dan saya
amat bertuah sekali tapi malangnya saya mengandung. Jadi saya terpaksa menolaknya.
Jadi sehingga sekarang panggilan temuduga tidak saya terima sungguhpun telah
mengemaskini borang permohonan SPA 8. Di dalam hati ini, saya masih mengharapkan
dapat bekerja dalam sektor kerajaan. Alasan saya menolak permohonan JM bukan lah
suka-suka saja.

Akan tetapi bersebab. Tidak pernah sekalipun saya tidak menghadiri temuduga yang
diberikan pada saya. Jauh, penat, tiada duit sekalipun, saya tetap pergi menghadiri
temuduga tersebut kerana saya mengharapkan masih ada peluang yang cerah untuk
masa depan saya. Sehingga sekarang saya masih bekerja dalam sektor swasta yang
Menggunakan sijil SPM sedangkan saya mempunyai Diploma. Tidak mengapa la… selagi
RLTKK Modul 3

tuhan belum kata itu rezeki saya, saya terima seadanya. Ujian dari tuhan saya terima
dengan hati terbuka... panjang betul pengalaman saya yang nak dikongsikan, itu pon
diringkaskan mana yang patut. Ada lagi sebenarnya, tapi tak per la, buat pengalaman
bersama, hehe... Wassalam.

Ira, KL
RLTKK Modul 3

4 Kisah 2.

Salam sejahtera juga, terima kasih buat email saudara. Anyway, I’m fine, thanks. I hope
you so... Saya ada berita gembira. Semalam kakak saya SMS... keputusan temuduga telah
ada di tangan kakak saya, dan... this is what i am waiting for the long time! Saya telah
berjaya dalam temuduga kali ke-3 ini. Ini semua berkat dorongan dari pihak keluarga dan
tidak dinafikan berkat dari membaca ebook saudara, terima kasih yaaaa.

So... Saya nak kongsi lah ni. Pagi-pagi buta saya dah bangun, bersiap- pagi untuk
temuduga. Temuduga bermula jam 8 pagi, tapi saya bersama dengan emak dari kampung
keluar rumah jam 6:30 pagi. Naik kereta ye. Jarak dari kampung dengan jarak tempat
temuduga adalah 1 jam, kalau laju 45 minit je, hehe…

Sebaik saja masuk ke tempat menunggu, nama saya dipanggil. Saya adalah merupakan
calon yang pertama mengikut nombor giliran. Mungkin saya yang paling tua kot.
Hehehe... Bila loceng pertama untuk masuk bilik penemuduga dibunyikan, tiba-tiba, calon
lain pula yang masuk dulu. Sepatutnya saya. Jadi, saya pergilah bertanya kepada seorang
kakak yang mengurus para calon. Dan dia cakap ada kesilapan, dan dia akan berikan
nombor giliran yang baru. Tidak berapa lama selepas itu, seorang penemuduga lelaki
keluar dari bilik temuduga. Dia pelik kot, nama kat senarai dia lain dan nama calon yang
masuk lain. Akan tetapi kakak pengurus tu cakap betul. Penemuduga masuk semula ke
dalam bilik temuduga. Akan tetapi, selang 30 saat selepas itu, dia keluar semula dan
bertanya kepada kakan si pengurus tadi... hehehe... Finally kakak pengurus mengaku
kesilapannya. Calon yang masuk tadi keluar. Kakak tu ckp... "Wah, semangat betul calon
ni." Hehehe... saya senyum saja. So kakak tu tengok nama saya ada pun, dan suruhlah
saya masuk...

Tok! Tok! Tok! 3x saya ketuk pintu... "Masuk." Penemudugamenjemput masuk. Saya
masuk dan terus ucapkan terima kasih sambil tersenyum. Ada dua penemuduga di sana.
Saya letak sijil-sijil fotostat dengan yang asli pada penemuduga apabila diminta. Setelah
disuruh duduk barulah saya duduk. Saya perkenalkan diri seperti yang diminta dengan
menyebut sekali keputusan SPM (diminta oleh penemuduga). Dengan sedikit latar
belakang keluarga, saya jawab sejujur-jujurnya.

Selepas itu penemuduga wanita bertanya "Minat bahagian jururawatya?" Saya pun
jawap "Sangat-sangat minat puan." Selepas itu puan tersebut (sebenarnya berjawatan
sister) bertanya soalan-soalan berkaitan kesihatan. Antaranya tugas-tugas jururawat, apa
jenis-jenis imunisasi yang perlu diberi pada bayi dan ibu hamil dan persediaan-
persediaan yang saya buat untuk menghadiri temuduga. Sejujurnya, semua soalan
tersebut saya jawap sekadar yang saya tahu, selebihnya saya memohon maaf kepada
penemuduga kerana kurang pasti jawapannya. Apabila saya menjawap dengan jawapan
kurangpasti, puantersebut menyatakan bahawa saya sebenarnya tidak berminat dengan
jawatan tersebut. Pada waktu itu lah saya benar-benar menyatakan rasa kesal kerana
tidak tahu, tapi benar-benar berminat untuk tahu, dan memohon supaya diberi peluang
untuk belajar sekiranya terpilih. Setelah itu beralih pula kepada pihak tuan
penemuduga, dia bertanya siapa pengarah kesihatan. Saya jawap... tapi malangnya
jawapan saya salah. Penemuduga berkata nama yang saya sebutkan tu adalah pengarah
yang berkhidmat pada 2 tahun yg lalu... hehehehe... Saya kata “Maaf.”
RLTKK Modul 3

Pada masa akhir sesi, penemuduga berkata... ”Ok lah, saya tak ada soalan nak tanya lagi,
ada apa-apa cik nak kata sebelum keluar?” Ha... ni lah peluang yg sering saya abaikan
dalam temuduga pertama dan kedua dahulu... jawapan saya:

”Saya sedar banyak orang berminat untuk jawatan ini. Dan jika diberi peluang saya
akan gunakan peluang ini untuk memperbaiki kelemahan dan cuba berusaha menjadi
yang terbaik. Tolonglah tuan, ini temuduga saya kali ketiga, sebelum ini saya berdepan
dengan kegagalan tapi saya tetap berusaha. Harap tuan dan puan dapat menerima saya
kali ini... dan terima kasih kerana meluangkan masa tuan dan puan untuk menemuduga
saya."

Puan tersebut melihat saya... dan berkata "Ok.” Jadi saya pun keluar... semasa berjalan
keluar tu... saya terdengar tuan penemuduga tu bercakap ”Dah lah tu nanti meleret-leret
pula...”

p/s: Sejujurnya ini merupakan temuduga yang paling teruk saya menjawap soalan
temuduga. Sebelum ni temuduga yang pernah saya hadiri, biasanya saya dapat menjawab
soalan dengan baik. Sehingga saya rasa saya tak perlukan part last utk berkata-kata. Tetapi
sekarang baru saya faham. Keperibadianlebihmereka utamakan. Mereka mencari calon
yang merendah diri, sanggup mengakui kelemahan diri sendiri, dan ada kesungguhan...
anyway, thanks for your ebook... tak sia- sia kan? Dan saya harap perkongsian saya ini juga
bermanfaat untuk rakan-rakan yang lain.

Oleh
nandini
RLTKK Modul 3

Kisah 3

Kepada, En. Jamaluddin Bahari. Salam sejahtera dan terlebih dahulu saya ingin
mengucapkan terima kasih kerana menghantar e-book yang amat berguna pada saya.

Di sini saya ingin berkongsi pengalaman saya semasa mengahadiri temuduga kerja
kerajaan di bawah (SPA) sebanyak dua kali pada tahun 2008 untuk jawatan pembantu
penerangan dan pembantu tadbir pekeranian. Semasa menghadiri temuduga untuk
jawatan pembantu penerangan, soalan-soalan yang ditanya tentang jawatan tersebut.

Tetapi saya tidak berjaya. Pada kali ke-dua saya menghadiri untuk temuduga pembantu
tadbir pada oktober 2008. Penemuduga menanya beberapa soalan kepada saya.

Soalan 1.
Sila terangkan tugas-tugas anda di tempat kerja anda sekarang.

Soalan ke-2.
Tentang Bendera Malaysia dimana soalan tersebut terdapat di ebook yang bertajuk
“Skema soalan dan jawapan kerja kerajaan No. 25.”
Berapkah jalur yang terdapat di bendera Malaysia?
Apakah warna pertama dan akhir pada jalurnya?
Bintang.
Warna pada bendera Malaysia.

Soalan ke-3.
Di dalam fail, saya menyimpan satu sijil Komuniti Bistari larian untuk kemerdekaan ke 50
untuk tahun 2007.

Soalan ke 3 ditanya dari sijil tersebut. Larian untuk kemerdekaan ke berapakah dan
slogannya? Tetapi rakan temuduga yang lain mendapat soalan yang sama tetapi ditukar
sedikit. Kemerdekaan yang ke berapakah pada tahun 2008.

Soalan ke 4.
Bilakah waktu pejabat untuk kerajaan? Saya memberi jawapan 8.00
pagi - 5.00 ptg.
Sebenarnya ada 3 waktunya
iaitu:-8.00 pg – 5.00 ptg
7.00 pg – 4.00 ptg
8.30 pg – 5.30 ptg

Soalan ke-5.
Dimanakah letaknya ibu pejabat-pejabat kerajaan? Wilayah Persekutuan? Putrajaya?
Labuan?

7
RLTKK Modul 3

Soalan ke-6.
Soalan ini merujuk kepada jawatan yang saya sandang sebagai kerani bahagian aduan

Apakah website untuk membuat aduan terus kepada Perdana Menteri kita yang selalu
ditunjukkan di TV1.

www.WakafUntukPM.com

Inilah pengalaman saya yang dapat berkongsi dengan En Jamalludin. Selain itu Ebook ini
baru sahaja saya miliki. Oleh itu, selepas membaca ebook saya sedang membuat
persiapan untuk temuduga yang akan datang. E-book ini amat berguna pada saya, selain
itu soalan di e-book ini pernah ditanya semasa temuduga.

Sekian terima kasih, Oleh

Santhirai, Rembau, Negeri Sembilan


RLTKK Modul 3

Kisah 4

Ini terjadi pada salah seorang kawan saya tu, nama dia Ed (bukan nama sebenar) yang
sekarang ini dapat kerja dalam sektor kerajaan. Pada 2 tahun lepas dimana dia mendapat
surat temuduga di Negeri sembilan untuk jawatan yang dipohon 4 orang sahaja
ditemuduga tapi terdapat 2 kekosongan.

Pada hari temuduga tersebut salah seorang yang ditemuduga tak dapat hadir dan orang
tersebut adalah salah seorang anak kepada pengawai yang bekerja disana. Selepas
ditemuduga, kawan saya diberi keputusan dan salah seorang pengawai disana memberitahu
bahawa jika bukan disebabkan anak pengawai tu tak dapat hadir kawan saya tak kan lulus
temuduga itu, kerana mereka akan ambil orang yang ada "pengaruh" disini. Saya nak
bagitahu macam ni ke cara kerajaan memilih pekerja dan macam mana dengan orang yang
lebih berpengetahuan? Sekian, terima kasih. Kalau encik berminat untuk share cerita saya ini
kepada orang ramai untuk tujuan iktibar saya sungguh berbesar hati.

Oleh,
Asma, Banting, Selangor
RLTKK Modul 3

Kisah 5.

Assalamualaikum... Saya sebenarnya dah banyak kali inteview kerja kerajaan. Last saya
kena panggil inteview SPA tahun lepas bulan 2 kalau tak silap saya. Tapi yang tu ujian
bertulis untuk jawatan penerbit rancangan B17. Tapi saya gagal kerana tidak mencapai
markah lulus yang di kehendaki.

Sejak dari hari tu saya dah tak dapat apa-apa panggilan dari SPA. Saya pun memperbaharui
SPA saya lagi. Saya juga berusaha mengisi setiap borang yang ada dalam www.my.gov punya
website. Oleh kerana saya sedang bekerja sebagai pembantu tadbir di salah sebuah syarikat
swasta yang menjalankan kerja-kerja telekomunikasi so saya banyak terdedah dengan
internet. Memang hari-hari saya akan buka laman web kerja kerajaan. Sebab tu la saya
berminat beli ebook Jamal tu. Saya rasa saya patut baca buku tu sebab minat saya cenderung
untuk bekerja sebagai penjawat awam. InsyaAllah kalau tahun ni saya di panggil oleh SPA
untuk inteview apa-apa jawatan pun saya akan mempraktikan apa yang di tulis dalam ebook
itu. Saya pasti Allah akan mengabulkan doa saya untuk mendapat pekerjaan dalam kerajaan.
Lagi pun ibu saya sudah berapa kali suruh saya mintak kerajaan. Itu adalah doa ibu saya.
Memandangkan saya pun belum berkahwin, saya tak kisah di mana pun tempatnya. Janji
kerajaan... doakan untuk saya semoga dapat inteview kerajaan tahun ni.

Sekian,

Jamil, Kuantan, Pahang

10
RLTKK Modul 3

Kisah 6.

Assalamualaikum... Encik Jamal. Ini bukan kali pertama saya menghadiri temuduga
kerajaan, tidak silap saya masuk yang terbaru ini 2 kali.

Pada 5/05/2009 saya baru sahaja menghadiri satu temuduga di ipoh perak... saya tak
pasti samada dapat atau pun tak dapat. Saya mempunyai masalah gugup dan cepat
mengelabah sekiranya di temuduga. Pada hari itu saya memakai baju kurung berwarna
hijau pucuk pisang dan bersolek sederhana, apabila tiba giliran saya ditemuduga, saya
lihat penemuduga itu merenung mata saya... ini membuat kan saya menjadi tidak keruan.

Beberapa soalan yang ditanya oleh penemuduga bukan lah susah tetapi kerana
kegugupan saya membuatkan semua yang saya baca dan praktikkan di rumah tidak dapat
saya lakukan semasa itu. Selepas temuduga selesai terasa ingin sekali lagi ditemuduga.
Minta maaf kerana saya tak dapat berikan soalan temuduga disini, mungkin lain kali
kerana saya sibuk. InsyaAllah lain kali saya akan email kan apakah soalan semasa saya
ditemuduga itu.

Sekian saja dari saya,

Sweet, Cheras, KL

11
RLTKK Modul 3

Kisah 7.

As’kum en. Jamal, kat sini saya nak share pengalaman skit. Mane la tau en. Jamal dapat
komen ape-ape yang patut.

Jawatan: Pegawai Penguatkuasa N41.


Untuk: Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, Kementerian
Perumahan Dan Kerajaan Tempatan.

1st Interview ~ Kuantan~ 8.30 AM.

Ujian Fizikal: Pemeriksaan kesihatan (weight, height), lari satu stadium


(400M kot), pumping, kawad (individu).

Siapa yang lulus ujian fizikal boleh pergi ke next step. Ujian fizikal habis lebih kurang
pukul 1.40 PM. Pukul 2.30 ditetapkan untuk mula interview. Tapi malangnya dah pukul
3.30 pun interview tak mula lagi. Erm… saya ni kalau lambat sangat makan & tensen mula
la rasa pening. Pastu, name 10 org dipanggil masuk kedalam dewan.

Alangkah terkejutnye saya rupa-rupanya ada ujian bertulis, kami tak diberitahu dalam
surat. Ujian tu pula ada mengenai ikrar jabatan kerajaan, dll. Saya mana pernah kerja
GOV. So, mana la tau pasal semua tu. Selesai ujian, baru start interview ramai-ramai
(dalam 5 orang). Saya yang pertama kena introduce diri dlm B.I then penemuduga bagi
soalan untuk saya.

Penemuduga: “Kami tidak begitu berminat nak ambil perempuan jadi pegawai
penguatkuasa sebab kami risau tak sampai sebulan dalam latihan dah nak letak jawatan."

Saya: “Maaf tuan, saya tidak setuju dengan pandangan tuan. Lihat sahaja bilangan
calon pada hari ini. 60% adalah perempuan dan kebanyakan melepasi ujian fizikal
tadi.”, Pastu terus je penemuduga menyampuk.

Penemuduga: “Jadi awak rasa mampu untuk dapat jawatan ni?”

Saya: “Saya yakin tuan dengan latihan dan kursus yang bakal diberikan oleh kementerian,
perempuan dapat bekerjasama dengan lelaki dengan lebih baik.”

Interview saya tamat dalam jam 6.15 PM. Itupun sebab nama saya bermula huruf yang
awal, yang nama Z tak tau la habis pukul berapa.

2nd Interview ~ K.L (setelah berjaya 1st interview).

Temuduga bersama Dato' (CEO) & 2 penemuduga lain. First kena introduce diri. Bila saya
cakap satu ayat mesti Dato' akan mencelah. So, ayat-ayat yang saya atur kat rumah sebelum
ni dah berterabur sebab kene ikut apa yg disoal, hehe… Lepas tu Dato’ beri soalan
RLTKK Modul 3

secara menyeluruh... so, kt sini sape yang pantas menjawab agaknye mendapat markah
cemerlang, huhu...

Tajuk yang dibincangkan ialah rasuah. Dalam group saya ada seorang ni yang asyik die aje
yang nk jawab dulu dan terlalu pantas. Sedangkan saya baru nak keluarkan idea-idea, lagi
pun soalan memang tak dijangka. Contoh soalan Dato', "Saya sebagai CEO & mengadakan
majlis perkahwinan anak saya. Ada seorang wakil dari Alam Flora memberikan
sumbangan wang seperti kebiasaan org melayu buat setelah hadiri kenduri. Wakil
tersebut beri saya RM1000. Wajarkah saya menerima wang tersebut?" So, kami pun beri
alasan masing-masing. Tapi mesti ada sahaja bantahan & tentangan dari Dato', dan
banyak lagi la soalan yg diajukan. Tapi yang pasti tidak ada skit pun soalan yang
menyentuh tentang Akta, Misi, Visi, Objektif, latarbelakang seperti dalam website.

Habis je interview saya macam dah dapat agak mesti tak berjaya. Sebabnya Dato' kurang
beri tumpuan kat saya masa tu. So, hari ini saya baru mendapat result TIDAK BERJAYA.
Itulah serba sedikit pengalaman saya...

Dania, Temerloh, Pahang


RLTKK Modul 3

Kisah 8.

Salam. Saya Alhamdulillah, sihat. Pengalaman tu memang banyak dah, tapi untuk sektor
kerajaan ni baru sekali, sejak 2001 apply SPA, baru sekali dapat tawaran temuduga...
(bulan 11 2008), itu pun kandas, memang rasa kecewa yang teramat sangat time tu, yelah
kawan-kawan dapat apesal saya tak dapat, sedangkan bila tanya apa benda soalan yang
mereka dapat tu, tak la susah sangat macam yang saya dapat , but anyway I’m still try,
now umur dah 27 tahun... tak tau sampai bila nak bertahan supaya tak putus asa. Thanks
u advice but sometimes cam tak dapat terima, persoalan sering bermain di minda,
sekarang ni malas nak fikir-fikir pasal ni... just wait la, if ada rezeki Alhamdulillah, if not
pasrah je, sebenarnya tak tau camne nak story, yelah hati dah tawar, mood pun kantoi.
Doa dan tawakkal je sekarang ni.

Aisyah, KB, Kelantan


RLTKK Modul 3

Kisah 9.

Assalamu’alaikum dan Salam sejahtera kepada sesiapa sahaja yang bergelar pembaca.

Saya pun ada pengalaman interview dengan kerajaan gak. Lepas habis belajar kat
Universiti saya ada register dengan SPA. Lepas 5 bulan baru dapat surat suruh pergi
interview di Jabatan Kerja Raya kat Jalan Cenderasari, Kuala Lumpur. Saya dapat jawatan
Pembantu Teknik (Elektrik). Kebetulan plak saya dah kerja dengan syarikat swasta yang
ada kene mengena gak la dengan jawatan yang saya nak gi interview ni.

Saya ada masa 2 minggu untuk buat persediaan. Banyak juga usaha yang saya buat untuk
dapatkan maklumat tentang soalan-soalan yang mungkin akan ditanya pasal kerja ni.
Maklumlah sebenarnya saya langsung tak ada pengalaman interview secara formal ni.
Kerja yang saya dapat sebelum ni pun interview dia cam gitu-gitu je, sijil pun tak yah
bawak. Otaikan... Ok lah berbalik ngan persediaan yang saya buat, hari- hari lepas habis
waktu kerja saya akan buat research guna internet kat office. Tapi masa tu memang
tension la sebab mana ada orang buat ebook pasal temuduga kerajaan cam sekarang.
Lepas tu saya ada gak tanya ngan senior-senior satu tempat kerja kot-kotlah diaorang
pernah ada pengalaman. Tapi diaorang pun tak pernah dapat peluang gi interview ngan
GOV cam saya ni. Nasihat diarong ialah pakai kemeja, pakai kasut, sijil susun kemas-
kemas, berlatih cakap depan cermin. Ringkasnya, pengetahuan tentang apa oalan-soalan
yang selalu ditanya dan macam mana nak jawab soalan saya tak dapat.

Sebabkan saya sibuk bekerja, saya letak ketepi dulu masalah tu. Malas nak peningkan
kepala. Hari interview tu saya sampai awal 10 minit sebelum pukul 8. Sampai-sampai tu
terkejut betul sebab dah ada lebih kurang 30 orang tengah tunggu turn nak interview.
Jawatan yang sama lak tu. Hee risaunya. Masa tunggu giliran tu, saya tanya sorang demi
sorang orang yang keluar dari bilik tu "Cam mana, dia orang tanya apa?". Majoriti
jawab diaorang tanya pasal dasar kerajaan & dasar perindustrian negara. Sebabkan
saya ni kurang pengetahuan am, saya tanyala jawapannya sekali. Kebayakan yang gi
interview ni pernah dapat interview ngan GOV lebih dari sekali. Yang tengah berkhidmat
dengan Jabatan Kerja Raya pun ada.

Masa tiba turn saya, saya ketuk pintu tu. Lepas dia cakap masuk baru saya masuk. Dalam
tu ada 2 orang interviewer, lelaki & perempuan yang sebaya dengan mak ayah saya.
Soalan pertama, sila perkenalkan diri anda dan ceritakan pengalaman kerja anda. Lepastu
dia betul-betul tanya saya pasal dasar kerajaan & dasar perindustrian negara. Nasib baik
saya dah ada jawapan. Saya rasa jawapan yang saya bagi tu memang paling bagus pernah
saya jawab. Lancar betul. Tak ada gagap langsung.

Tapi tu lah, masa saya tengah bercakap tu saya perasan mata interviewer perempuan tu
tengah bergerak ikut lenggok tangan saya. Pastu kaki saya pula bergoyang-goyang. Hati
mula rasa tak sedap. Takkan nak gerak tangan, nak goyang kaki masa bercakap tak boleh
kot? Soalan yang terakhir dia tanya "Kenapa awak nak jawatan ni sebab gaji yang kita nak
tawarkan ni rendah berbanding jawatan yang awak ada sekarang?". "Eemm, sebab ayah
saya cakap kerja dengan kerajaan ni bagus, terjamin masa depan. Saya ni anak sulung.

15
RLTKK Modul 3

Saya nak bantu keluarga saya". Tu la jawapan ikhlas saya. Mungkin dia rasa jawapan saya
menyentuh hati, maka dia tanya lagi satu soalan "Apa kata-kata terakhir awak sebelum
kita tamatkan sesi ni?”. Saya jawab, saya harap saya dapat kerja ni & yang lain tu saya
ulang balik ayat yang sama macam saya pernah cakap tadi "Ayah saya cakap kerja ngan
kerajaan ni bagus...".

Sebelum saya keluar dari bilik, interviewer tu ada cakap calon yang berjaya boleh cek kat
website SPA dalam masa 2 minggu. Lepas tu minggu saya buka website, nama saya takde
pun. Moral of the story, masa bercakap janganlah banyak gerakkan tangan & kaki sebab
ia bukan sahaja memenatkan anda malah memenatkan mata interviewer juga... renung-
renungkanlah.

Shukor, KL
RLTKK Modul 3

Kisah 10.

Wa’alaikummussalam wbt. En. Jamaluddin, saya sihat walafiat, diharap en. Jamal pun
sihat hendaknya.

Sebenarnya saya dah lama kerja kat jabatan kerajaan. Sejak tahun 2004 lagi. Tujuan saya
beli ebook ni pun sekadar nak menambahkan ilmu di dada, tak rugi kan? Mana tau ada
peluang lagi baik, betul tak en. Jamal?

Saya dulu masuk kat tempat kerja sekarang ni tanpa menggunakan sebarang KABEL pun.
Hasil usaha sendiri dengan sekali apply sahaja dan dengan izin ALLAH swt., padahal orang
lain yang mintak kerja kat situ sampai 3, 4 kali pun masih tak dapat-dapat lagi.

Saya rasa, antara tip-tip supaya berjaya dalam proses temuduga kerja (tak kira kerja
kerajaan atau swasta) adalah kita perlu petah bercakap (maksudnya bercakap isi-isi yang
berkaitan je laa), jujur dan yakin dengan jawapan yang diberikan, perwatakan dan
penampilan diri semasa temuduga.

Saya sendiri telah melalui banyak temuduga sebelum ini di sektor perkilangan dan
kerajaan. Ada yang berjaya dan ada yang gagal. Dan saya akan mengkaji semula apa yang
menyebabkan temuduga saya gagal dan memastikan perkara tersebut tidak berulang.

Pengalaman kerja juga memainkan peranan yg penting. So jangan malu - malu


menceritakan pengalaman anda yang anda rasa tidak berguna TAPI mungkin
penemuduga tertarik dengannya dan menyebabkan panel penemuduga berminat untuk
memberikan anda kerja tersebut, mana tahu.

Dan yang paling penting jangan sekali-kali putus asa. Usaha sehingga berjaya.

Mayang, KL
RLTKK Modul 3

Kisah 11.

Assalamualaikum. Nama saya Diba (nama sebenar dirahsiakan). Saya merupakan pelajar
di sebuah IPTA di utara semenanjung Malaysia dan sedang menuntut di dalam bidang
kejuruteraan. Walaupun begitu, saya berpengalaman menghadiri temuduga di SPA dan
telah mendapat jawatan tersebut, tetapi terpaksa menolak. Mungkin ini merupakan satu
kerugian bagi saya, tetapi saya ada alasan saya tersendiri mengapa saya menolak jawatan
tersebut.

Setelah mendapat keputusan SPM pada tahun 2004, seperti biasa, saya mengisi semua
borang termasuk UPU, IKBN dan tidak ketinggalan borang SPA secara online.
Memandangkan keputusan yang saya perolehi bukanlah keputusan yang boleh
dibanggakan (3A) sahaja, jadi saya tidak meletakkan harapan yang tinggi. Saya telah
diterima untuk menyambung pelajaran ke program matrikulasi panggilan kedua selama
setahun.

Keputusan saya di matrikulasi juga tidaklah membanggakan dengan mendapat CGPA


2.44 sahaja. Saya tetap mencuba untuk mengisi borang UPU. Setelah keputusan UPU
diumumkan, saya berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA dimana saya menuntut
sekarang. Tetapi, dalam minggu yang sama saya mendapat surat panggilan temuduga
bagi jawatan Pembantu Tadbir Kewangan.Tarikhnya adalah pada hari rabu dan hari isnin
minggu yang berikutnya saya terpaksa mendaftar ke IPTA.

Saya mencuba nasib untuk temuduga di SPA dengan niat ingin meraih pengalaman
perasaan ditemuduga memandangkan saya tidak pernah menghadiri temuduga.

Berikut adalah sesi temuduga yang saya alami.

Saya memakai baju kurung berwarna merah lembut, bertudung putih serta berkasut tutup
penuh dan bersolek ala kadar sesuai dengan imej saya. Dengan hanya membawa sebuah
fail, saya duduk menunggu giliran untuk ditemuduga sambil ditemani arwah ayah.
Sebaik sahaja nama saya dipanggil, saya masuk dengan perasaan berdebar-debar
sambil memberi salam kepada penemuduga. Setelah dibenarkan duduk, barulah saya
melangkah untuk duduk.

Penemuduga: Ceritakan serba sedikit tentang diri anda.

Saya menceritakan seringkas mungkin mengenai diri saya seperti nama penuh, adik
beradik, nama ibu bapa, pekerjaan ibu bapa, tempat asal, taraf pendidikan.

Penemuduga: Sebutkan rukun negara.

Alhamdulillah saya dapat menghafalnya. Penemuduga bertanya kepada saya,


"Dah ada orang bagitau yer...?" Saya hanya menjawab ringkas,

18
RLTKK Modul 3

"Kebetulan tuan, saya selalu mendengar iklan di televisyen..." Mereka hanya tersenyum
dengan jawapan saya.

Penemuduga: Apakah nama yang dipertuan Agong?

Saya lupa nama penuh yang dipertuan Agong yang pada masa itu ialah Sultan Perlis, tapi
saya tetap mencuba, saya tidak dapat menjawabnya, dengan sopan saya meminta maaf.

Penemuduga juga ada menanyakan saya istilah yang digunakan dalam akaun, tetapi saya
jujur mengatakan saya tidak pernah mendengar kerana saya tidak mengambil subjek
akaun.

Penemuduga: Apa isu yang hangat diperkatakan dalam negara masa kini?

Saya menjawab tentang dasar kerajaan yang mengutamakan pertanian sebagai usaha
untuk meningkatkan hasil pertanian di negara kita. Saya hanya manjawab ala kadar
berdasarkan pembacaan saya dan saya juga mendengar pendapat mereka tentang isu ini.
Saya juga tudak membangkang pendapat mereka sebaliknya hanya mengangguk dan
mendengar pendapat mereka. Saya hanya bersuara apabila ditanya.

Kemudian, saya diberi peluang untuk bertanya, tetapi saya hanya berkata,"Saya tiada
soalan untuk ditanyakan, tetapi, saya amat berharap saya akan diterima untuk jawatan
ini. Saya akan berusaha untuk menjalankan tugas walaupun saya tiada pengalaman untuk
menguruskan akaun. Saya akan bertanya pada mereka yang lebih pengalaman supaya
saya dapat menjalankan tugas dengan baik. terima kasih."

Itu sahaja yang saya ucapkan.

Diba, Kedah

19
RLTKK Modul 3

Kisah 12

Salam hormat.

Encik untuk pengetahuan saya merupakan lulusan universiti berkelulusan Ijazah Sarjana
Muda Kepujian Kelas Kedua Atas. Grad pada 2002, start pada tu tiap-tiap tahun saya
renew permohonan dalam perkhidmatan awam. Bayangkan encik, dalam tujuh tahun ni
saya berhempas pulas mendapatkan kerja yang bersesuaian tapi tak berjaya. Impian saya
nak berkhidmat dalam perkhidmatan awam. Tapi sampai sekarang belum dapat, saya
sabar dan mencuba lagi. Selama ni memohon hanya dua kali ditawarkan temuduga.
Jawatan Pegawai Tadbir dan Penolong Pegawai Tadbir. Saya prepare untuk setiap
temuduga, tapi kat mana silapnya, saya tak tau... saya sedih, keluarga susah mak dan ayah
cuma pesawah padi yang dah uzur.

Duit dah banyak habis... beli borang, setem, fotostat sijil-sijil dan macam- macam lagi. Setiap
iklan dalam paper saya mohon. Hanya tuhan yang tahun penderitaan emosi saya selama 7
tahun ni. Sekarang ni saya menganggur kerana tiada pekerjaan, sempat bekerja sebagai kerani
di kedai kecil. Pendapatan pun cukup-cukup makan adalah dalam RM500.00 sebulan.

Bila gagal dua kali temuduga, ianya merupakan kesan yang besar bagi saya, seminggu saya
macam diawang-awangan. Stress... tak dapat menerima hakikat ni... walhal semua saya
dah study apa yang akan ditemuduga nanti. Saya akur akhirnya mungkin tiada rezeki.

Encik, sejak saya study lagi cita-cita saya nak berkhidmat dalam sektor awam kerana
persaingan yang sungguh sengit dikalangan lulusan ijazah untuk mendapatkan kerja. Saya
juga memohon jawatan yang mensyaratkan kelulusan STPM.

Saya berdoa supaya semangat saya tak padam untuk memohon dalam perkhidmatan
awam. Sayu dihati ni, emak saya menangis melihat keadaan saya kerana sejak dari sekolah
lagi saya berhempas pulas belajar, sanggup bersusah payah demi pelajaran bila berjaya
nanti nak tolong keluarga... tapi sampai sekarang ni saya tak mampu.

Jadi untuk pengetahuan cik, saya adalah diantara lulusan ijazah yang merasai betapa perit
dan maungnya bila gagal dalam temuduga. Semoga encik dapat memberi dorongan atau
kata nasihat yang perlu saya lakukan sekarang.

Terima kasih.

SHIDA, Alor Setar, Kedah


RLTKK Modul 3

Kisah13.

Kepada saudara Jamal.

Disini saya ingin menceritakan pengalaman dan kejayaan saya tentang temuduga yang
saya hadiri tempoh hari. Mungkin kisah ini terlalu panjang tapi ia bermakna buat saya.

Sejak saya memiliki line internet dirumah, memang saya gemar melayari internet, tapi bab
yang positif la. Selepas Saya tamat exam stpm, hati saya terpanggil untuk mencari
pekerjaan di internet. Lalu saya cari lah laman web kerja kerajaan, manalah tau ada
jawatan kosong yang ditawarkan, sebab saya memang inginkan kerja di Sektor Awam. Cari
punya cari, saya terpandang satu tajuk yang Saya kira sangat menarik iaitu e-book rahsia
lulus Temuduga Kerja Kerajaan. Saya berkata, wah! Ini sudah bagus... Mengenangkan saya
pun tidak ada pengalaman dan pengetahuan tentang interview dalam sektor awam, maka
saya pun klik pada tajuk tersebut, bila dikaji, saya nak memiliki e-book 2 untuk dibuat
rujukan. Saya pun membelinya dengan melalui beberapa proses.

Setelah saya memiliki e-book tersebut, saya baca dari awal hingga habis, sehingga paham.
Oh lupe pulak, satu hal lagi, sebelum ini saya dah banyak send resume di tempat-tempat
kerja samada sektor awam dan swasta. Selang 3 minggu Kemudian, saya dapat panggilan
dari Regency Specialist Hospital. Mereka menawarkan jawatan Data Entry Clerk kepada
saya. Saya pun apa lagi terus setuju la. Esoknya saya pergi interview di hospital tersebut.
Pakaian saya, gaya saya, cara percakapan saya semuanya saya ikut daripada E-book lulus
temuduga SPA tersebut. Kiranya saya dan bersedia dari awal, ini semua berkat dari saya
membaca E-book tersebut.

Semasa diinterview, saya disoal dalam bahasa Inggeris. Antaranya seperti please introduce
your personal in English, what you can do if you get this job. Lebih kurang cam tu la
soalannye, pulak tu saya tak boleh berbahasa Inggeris dengan cekap tapi saya cuba
menjawab soalan mereka dengan tenang, senyuman dan yakin. Kadang-kadang kena gelak
juga dengan mereka. Mungkin salah kot bahasa Inggeris saya tapi tak pe lah asalkan saya
tak diam membisu. Masa selesai interview tu saya cakap la, thanks, hope we can meet
again at other time, hehe… hentam saja lah.

21
RLTKK Modul 3

Selang 3 hari, saya dapat panggilan sekali lagi dari Regency Specialist Hospital. Akhirnya
jawatan Data Entry Clerk jatuh di tangan saya. Berjaya juga akhirnya. Opss... lupa nak
cakap, masa saya pergi interview ade 4 orang calon lain masa tu.

Emm... saya sekarang ni dalam office, kebetulan ada masa terluang. Kerja pun dapat
diselesaikan awal. So, saya ambil peluang ini untuk menceritakan pengalaman saya.

Kalau e-book ini saya tak baca atau tak ada, mungkin saya tak dapat pekerjaan sekarang
ini. Yelaa... mungkin pakaian saya ikut suka hati, tak tau adab-adab sebelum, semasa dan
selepas interview... Betol tak???

So, saya nak ucapkan terima kasih kepada en. Jamal kerana menyediakan e-book ini.
Saya rasa semua orang yang belum dapat pekerjaan tapi kelulusan bagus patut memiliki
e-book Ini untuk dibuat rujukan.

Sekian terima kasih dan selamat maju jaya untuk en. Jamal dan sesiapa yang membaca
kisah ini. Tapi dengan syarat... setelah memiliki e-book ini, anda perlu baca banyak kali
sehingga faham. Tak da maknanya kalau beli tapi tak baca tak paham dan tak praktikkan.

K bye..

Ina, Labuan

22
RLTKK Modul 3

Kisah 14

Saya turut bersimpati dan harap cik Shida bersabar mungkin itu ada dugaan hidup kerana
ada orang yang lebih susah daripada kita. Seperti dia, saya juga seorang yang
diketegorikan orang miskin. Saya terpaksa menanggung pembelajaran sendiri dengan
kerja sambilan dan hanya cukup untuk menampung kehidupan apatah lagi dengan
kehidupan di bandar KL.

Ayah saya hanya penoreh getah dan tidak mampu menampung adik- beradik kami yang
ramai. Hanya saya seorang yang merantau ke Kuala Lumpur untuk melanjutkan pelajaran
dan berusaha berkerja sambilan untuk menampung kehidupan sendiri dengan harapan
mendapat perkerjaan yang lebih baik selepas tamat pengajian kelak.

Saya juga terpaksa berjauhan dengan keluarga yang berada di Sabah. Walaupun ayah saya
tidak dapat mengirim duit untuk perbelanjaan saya tetap kuat dan tabah untuk mencari
rezeki disini. Tapi saya tidak pernah salahkan ibubapa saya malah harapan saya suatu hari
nanti saya dapat memberikan mereka kehidupan yang lebih baik.

Saya juga berasa tertekan bila saya tamat pengajian nanti adakah nasib saya sama dengan
garaduan-garaduan lain apatah lagi saya hanya taraf diploma landscape sahaja. Tapi
dengan adanya nasihat dan panduan daripada Jamal saya rasa saya lebih tenang
menghadapi kemungkinan dan sentiasa berdoa kpada Tuhan.

Sue, Semporna, Sabah

23
RLTKK Modul 3

Kisah 15

Dari seorang peguam syarie (nama dirahsiakan).

Salam... hai cik Jamal. Terima kasih ya atas email yang berguna tu. Saya pun ada satu
pengalaman temuduga yang nak dikongsi ni. Ok ceritanya macam ni...

Pada tahun 2006, bulan 10 saya baru jer habis praktikal kat Penjara Pengkalan Chepa pada
bulan tersebut juga saya kehilangan ibu tersayang, Al-Fatihah. Habis praktikal saya kahwin
dan ikut suami ke Kuala Terengganu.

Dalam bulan 12, 2006 saya di panggil temuduga untuk jawatan Penolong Pegawai Syariah.
Tempat temuduga di Kelantan. SUK Kota Bharu. Hari ditemuduga tu saya pakai baju kurung
warna kuning lembut, tudung warna hitam dan kasut penuh. Saya datang temuduga ni
tak der persiapan langsung. Masa tengah menunggu giliran tu, adala saya tengok ciri-
ciri Islam Hadhari. Sampai giliran saya di panggil, Ya Allah... berdebarnya... tapi masih cool
lagi.

Soalan yang pertama di tanya mcm biasa... background kita. Lepas tu masuk isu semasa...
bab hal keluarga... isu kahwin dan bercerai... Lastnyer bila penemuduga bertanya ”Macam
mana nak masuk kerja kerajaan sedangkan BI saya tak lulus dalam SPM...” Lantas saya
menjawab la... memang dalam sijil saya tak lulus... tapi saya boleh bercakap BI... lantas
mereka menyuruh saya bercakap dalam BI... so, saya tunjukla kebolehan saya...

Selepas daripada itu, siap la sessi temuduga saya antara ramai-ramai yang ditemuduga,
sayalah yang paling lama ditemuduga. Alhamdulillah... bulan 4, 2007 saya berjaya
dipanggil untuk jawatan tersebut. Sekarang saya bekerja sebagai peguam syarie. Itulah
pengalaman saya semasa ditemuduga. Apa yang penting kita mesti berani
mempertahankan hujah kita.

Peguam syarie (nama dirahsiakan).

24
RLTKK Modul 3

Kisah 16
(Versi asal dikekalkan - versi dialek Sabah.)

Helo encik jamal. Selamat petang, saya orang Sabah. Tinggal pedalaman dan kebanyakan
anak kampung saya bekerja kampung. Mungkin masa saya tu bilangan anak kampung saya
jarang dapat sambung belajar sampai degree. Mungkin saya salah seorang yang bertuah.
Ini pengalaman saya ketika di interview.

Selepas sahaja saya tamat pengajian di UMS Kota Kinabalu dalam degree akaun selama 4
tahun. Saya menjalani pratikal ketika semester terakhir. Saya pratikal selama 3 bulan dan
diserapkan sebagai permanent staff di audit firm sebagai tax consultant sebab saya senang
dengan kerja ni. Lagi pun semasa semester break ketika di UMS pun saya selalu buat part
time di company ni jadi saya rasa mereka terus mangambil saya. Saya suka dan senang
dgn kerja ini. Senior manager yg bagus dan partner (big boss) yang concern dengan
welfare pekerja.

Saya juga ada memohon jawatan kerajaan Gred 41 dengan rezeki Tuhan saya di panggil
exam untuk memasuki skim 14 jawatan Gred 41. Saya seorang sahaja yang lulus dari
antara coursemate saya yang sama-sama apply jawatan berkaitan. Tidak lama kemudian
saya dipanggil untuk first temuduga jawatan penguasa kastam W41. Saya memang excited
dan buat persiapan rapi seperti cari carta organisasi jabatan, cara kerja kastam, apa yang
kastam buat, tugas- tugas kastam. Awal pagi saya datang interview ketika itu saya masih
kerja dengan audit firm swasta. Time interview tu, saya orang pertama diinterview dan
saya sangat nervous sebab saya punya fizikal adalah yang paling kecil sebab anggapan saya
kastam hanya mau mereka yg tegap, tinggi, kuat. Dalam hati saya berbisik, tak apalah saya
sudah sampai baik teruskan sahaja.

Ketika masuk saya ketuk pintu bagi salam selamat pagi. Saya tak duduk terus selagi dia tak
benarkan saya duduk saya tidak duduk. Pastu dia bagi duduk and suruh perkenalkan diri
dlm bahasa Inggeris. Saya jawab dengan senyuman. Ketika wakil jabatan kastam tanya
saya soalan- soalan yang pelik- pelik. Saya jawab berdasarkan apa yang saya kaji sahaja.
Dan dengan saya tak sangka-sangka panel tu soal saya dan dia pula yang jawab sendiri.
Saya just mengangguk sahaja dan seolah- seolah sesi temuduga tu macam jadi

25
RLTKK Modul 3

berbual antara kawan tapi saya tak lebih-lebih. Sebab saya juga ingin tahu bidang tugas
kastam. Bila saya habis interview, kawan selepas saya bagitahu saya berada di dalam bilik
interview dekat 45 minit.

Selepas interview tu saya selalu pigi church and bawa dalam doa semoga disitu rezeki
saya. Syukur Tuhan, saya di panggil untuk lapor diri di akademi akmal Melaka pada 27 julai
2008, dengan secara kasarnya saya sudah berkhidmat di Jabatan Kastam Diraja Malaysia
hampir 8 bulan dan bertugas sebagai Penguasa Kastam W41 di stesen Sandakan.

Biarlah kita jauh di pedalaman sekalipun, kalau kita berusaha dan tekad pasti disitu rezeki
kita. Saya bersyukur sangat-sangat. Even fizikal kita kecil jangan lah kita rendah diri, mesti
kita ada kekuatan dalaman lain yang orang tegap atau kuat ada. Mungkin kita pandai
membawa diri ketika interview, mudah terima nasihat dan pandangn ketika panel
memberi soalan yang kita tahu nak jawab.

John, Sabah

26
RLTKK Modul 3

Kisah 17

Assalamuailaikum semua... maaf saya dah lama tak baca email yang dikirimkan oleh en.
Jamal, sebenarnye saya sibuk dengan kerja.

Disini saya ingin berkongsi pengalaman saya menghadiri temuduga saya pada bulan lepas.
Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada en. Jamal kerana banyak memberi tips
kepada saya, dan sudi memberikan saya meminjam dahulu buku, saya akan bayar kepada
en. Jamal nanti. Maaf lewat bayar kerana saya ada sebab-sebab tertentu.

Nama saya Awin. Saya nie orang susah. Selepas saya tamat SPM, saya tidak lagi melanjutkan
pelajaran saya kerana saya ingin membantu ayah saya. Walaupun saya tamat SPM tapi
pelbagai saya dah lakukan sebelum saya menunggu keputusan SPM saya bekerja sebagai
pembantu kantin di sebuah sekolah tapi apa yang menyedihkan saya, semasa saya bekerja di
kantin tersebut saya perna dihina oleh seorang guru . Berbagai hinaan diberikan, tapi dia tak
memahami situasi saya pada masa tu, sepatutnye guru itu berbangga ngan saya, sekurangnye
saya tidak melakukan benda yang tidak berfaedah. Selepas itu, keputusan SPM saya
diumumkan. Saya mendapat keputusan yang memuaskan.

Berbagai peluang telah sampai kepada saya untuk melanjutkan pelajaran saya. Tetapi saya
terpaksa menolak kerana saya ingin membantu ayah saya, lagi pula ayah sakit pada masa
itu.

Selepas saya mendapat keputusan SPM, saya terus mengisi borang SPA. Pada masa dulu
borang kena beli. Setahun saya menunggu saya tidak dipanggil untuk temuduga, tapi saya
tidak putus asa, saya tetap berusaha untuk mengisi borang tersebut. Saya bekerja sebagai
operater pengeluaran di sebuah kilang. Cukup la untuk menampung keluarga saya. Selama
7 tahun saya mengisi borang SPA, pada bulan lepas saya dipanggil temuduga untuk
pertama kalinya. Saya begitu seronok bila dipanggil untuk temuduga. Sebab dah lama saya
tunggu peluang nie. Setiap hari saya berdoa agar diberi ketenangan semasa temuduga
tersebut, setiap hari jugak la saya melakukan sembahyang hajat. InsyaAllah kalau diberi
rezeki adalah rezeki saya. Lagipun result belum keluar lagi.

Semasa saya menghadiri temuduga tersebut, saya memakai baju kurung biru. Orang kata
serba biru la. Sampaikan penemuduga memuji saya, hehe... hilang la sikit kekalutan saya
pada masa itu. Saya bersyukur kerana penemuduga itu tidak la garang seperti saya dengar
sebelum nie. Soalan yang diberikan diluar jangkaan saya. Ada juga dia tanyakan

27
RLTKK Modul 3

saya soalan selingan yg tidak ada dalam fakta, hehe... Tetapi saya jawap jugak. Oleh
kerana saya orang taiping, dia tanyakan saya tentang restoran doli yg famous di Taiping.
Saya cuba juga menjawab soalan dia. Mungkin dia nak tengok cara kita menjawab atau
ingin kemesraan kita tehadap layanan kita.

Dia hanya bertanya perdana menteri ke-6 dan slogan beliau. Saya menjawab dengan
tenang nasib baik saya dah menghafal, hehe... Dan penemuduga itu banyak berborak ngan
saya. Entah la saya pun tak pasti saya akan lulus ataupun tidak. Saya berharap doa saya
termakbul untuk bekerja di sektor awam ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada en. Jamal kerana banyak memberi dorongan kepada saya dan tips-tips yang
diberikan.

Masrini, Johor

28
RLTKK Modul 3

Kisah 18
Wa’alaikummussalam,

Terlebih dahulu saya mohon maaf sebab lambat reply email Jamaludin. Untuk
pengetahuan Jamuludin saya masih lagi bkerja di company swasta dekat 10 tahun sudah.
Dalam tempoh itu juga saya tidak pernah beputus asa untuk memohon kerja di jabatan
kerajaan tapi sampai sekarang masih belum ada rezeki lagi... Bulan 11 tahun lalu (2008)
saya ada pergi temuduga di SPP dan baru-baru nie saya hanya layak sebagai "CALON
DALAM SIMPANAN" memang confirm tidak dapat la kan...?

Lagi pun saya ada baca pihak kerajaan hanya ambil yang lepas sekolah atau umur
mereka yang masih di bawah umur 30-an, sedang kan saya sudah berumur 32 tahun.
Memang harapan agak tipis, lagi satu saya juga ada dengar kalau salah satu suami atau
isteri kerja kerajaan peluang untuk dapat pun susah kan? Untuk pengetahuan
Jamulludin, suami saya bekerja di jabatan kerajaan. Dalam tempoh 12 tahun saya
mencuba nasib sampai la sekarang hanya berjaya ketahap TEMUDUGA sahaja...

Kalau di fikiran balik kos perbelanjaan dan masa terbuang begitu sahaja kan, tapi apa boleh
buat nasib belum ada. Mungkin sampai pencen la saya di sektor swasta nie, hehehe...

Banyak kali juga dipanggil temuduga ada 5 kali la, tapi semuanya tidak berjaya. Sabar la
didada. Sakit hati juga tengok kawan kerja di sektor kerajaan tapi boleh buat tidak ada
siapa yang boleh membantu kan...? Sekarang nie mcm saya sudah ambik keputusan
untuk tidak mencuba lagi sebab umur pun sdh lanjut. Ok la... Bye.

Hasnah. Johor Bahru, Johor

29
RLTKK Modul 3

Kisah 19.

Wa’alaikummussalam. Saya disini sihat belaka, saya harap saudara Jamal pun sihat juga
disamping keluarga tersayang. Saya baru selesai temuduga hari ni… terasa lega sedikit dari
bebanan. Selepas temuduga kali saya berasa gembira dan seronok sangat. Pertama sekali
saya nak ucapkan sekali lagi terima kasih kepada saudara Jamal yang telah member
sokongan kepada saya dalam menghadapi temuduga kerajaan. Setelah mempraktikkan
segala tips-tips e-book saudara Jamal semasa temuduga, saya lebih berkeyakinan semasa
temuduga tak pernah saya mendapat keyakinan seperti ini sebelum membaca e-book.
Semua soalan-soalan yang ditanya penel saya jawab dengan tenang, releks cool je.
Standard soalan perkenalkan diri, ape lagi saya bagi die buah pukul yang petama saudara
Jamal ajar le.

Cerita nama semua latar belakang pastu saya masuk ayat sejak dari kecil saya membentuk
kejayaan bla, bla… sampai habis cerita pengalaman, bam, bom, bam, bom. Pastu die plak
tanye saya soalan-soalan dari pengalaman kerja saya, saya jawab semua die tanye. Saya
kena soalan rukun negara, pastu die suruh saya terangkan maksud keluhuran
perlembagaan wah… panik juga di buat nye tapi saya jawab ape yang saya mampu dan
selebih saya sambung, saya minta maaf saya kurang pasti tuan. Sampai yg terakhir saya
ayat saudara Jamal, merupakan ribuan diluar sana, bla bla… sampai habis. Saya lihat
penemuduga senyum dan macam berminat dengan saya. Selebihnye saya tawakal.

Saya hampir giveup dulu sebab tengok statistik 2600 nak pakai 12 orang memang giler
saingan, tapi saudara Jamal memberi semangat kepada saya, saya kuatkan semangat dan
cuba buat yg terbaik, banyak tu pengalaman temuduga saya kali ni saya betul-betul
bersedia. Saya telah pun berusaha ape yang termampu selebihnya saya berserah kepada
Allah. Ape pun insyaAllah jika result die keluar saya akan cuba kongsi bersama saudara
Jamal.

Sekian, terima kasih.

Alia, Terengganu

30
RLTKK Modul 3

Kisah 20

Saudara Jamal,

Di sini saya ingin kongsikan sedikit pengalaman saya sewaktu menghadiri


temuduga. Mungkin pengalaman saya ini mampu menambah maklumat ebook
saudara. 4 tahun dulu saya adalah salah seorang ribuan di luar sana yang
mengganggur. Apalah yang hendak di banggakan, berbekalkan segulung Diploma
dalam bidang Kejuruteraan Komputer dan CGPA hanya 2.52 sahaja! Memang
mustahil saya nak dapat kerja.

Saya pernah menghadiri temuduga Sektor Awam sebanyak 4 kali, kali terakhir
baru saya dapat setelah saya dapat rahsia dari kawan baik saya. Kawan baik saya
bernama Sharina, anak kepada seorang pegawai atasan tentera, ibunya juga
seorang pegawai tinggi kerajaan berkhidmat di Kem Jabatan Kerajaan. Sharina
mmg seorang yg pandai, CGPA 3.25, dan keistimewaan yg ada pada sharina adlah
dia seorang yg petah berkata2 dan mampu membuat org terkedu apabila
berhujah. Jadi, tidak mustahil jika sharina boleh dpt keje, kabel besar kan? Tapi
dia menafikan sekeras2 nya, dia tidak menggunakan kedudukan yg ada pada ibu
dan ayahnya untuk medapatkan kerja sehinggakan setelah dia dapat, ibubapa
sharina terkejut kerana mereka pun sendiri tidak tahu bila anak mereka
menghadiri temuduga.

APA RAHSIA Sharina PADA SAYA?

Saya melangkah masuk, berpakaian kemas baju kurung warna ungu, serba unggu,
saya fikir ungu itu warna lembut dan itulah baju pertama saya pakai kembali
sewaktu melapor diri ke JPA. Saya hanya bermekap ala kadar sahaja, Saya adalah
calon yg ke 13, saya dtg lambat, hari tu interbiu ada 15 calon. saya sampai pukul
7.30 pagi dan pukul 12.30 t/hari baru dipanggil masuk. Setiap calon disoal selama
20-30 minit tetapi saya hanya 15 minit sahaja, rasa mcm tak puas pulak. Hehe...

Sewaktu menghadiri temuduga, ini adlah sesi soalan antara panel dan saya
setelah apa yg diajar oleh sharina.

Panel: Boleh Puan Sue ceritakan serba sedikit mengenai latar belakang? Panel : Baiklah,
siapa nama sultan Perak?

Masa ini saya jawab penuh, DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibuddin

Shah ibni Almarhum Sultan Yusuf Izuddin Shah Ghahrullah.


RLTKK Modul 3

Masa tuh 2 org panel terkedu, dalam banyak2 calon saya yg jawab panjang dan penuh.
Saya selamba je jawab, tuan tak perlu soal saya lagi sebab saya dah tanya kepada semua
calon sebelum ini soalan yang bakal di soal dan semua dah ada jawapan. Mereka ketawa.

(Soalan IT) Puan Sue, apa yg awak tahu mengenai system terbuka atau open source?

Masa tuh saya blank sangat, tapi saya tetap maintain senyum dan cakap

"maaf tuan, saya pernah dengar tapi dah lupa"

Soalan pasal networking, saya terangkan mengenai LAN, MAN dan WAN. Mengenai isu
semasa, pasal perbentangan budget 2005. Saya cerita kan apa yg saya tahu sehingga panel
kata OK.

Last sekali, sewaktu dia beri saya peluang untuk bercakap sebelum sesi tamat. Masa nih
saya gunakan peluang sebaik mungkin, "Tuan, saya adalah antara ribuan di luar sana yg
mengharapkan dapat berkhidmat di sektor awam. Saya sedar saya bukanlah pandai,
terbaik tetapi jika tuan memberi peluang untuk saya berkhidmat di sektor awam ini, saya
akan gunakan peluang ini untuk memperbaiki kelemahan saya dan belajar untuk jadi yg
terbaik. Tiada satu pun manusia di dunia ini yg terus jadi pandai tanpa berusaha dan terus
belajar kan? Sewaktu saya cakap nih, saya tenang dan tenung mata mereka dalam2.

Salah seorang drpd panel itu senyum pada saya dan berkata," terima kasih kerana menghadiri
sesi temuduga ini, insyaallah saya akan tolong kamu, semoga kita berjumpa lagi.

Saya melangkah keluar dengan satu perasaan yg lega dan saya yakin saya dapat jawatan ini,
betul setelah 4 bulan saya di tempatkan di Jabatan Statistik, Putrajaya. Yg hairannya salah
seorg kawan saya turut serta menghadiri interbiu, CGPA dia 3.4 namun dia tak berjaya.

Kesimpulan yg saya dapat adalah tak semua yg memperolehi CGPA tinggi mampu
menjawat jawatan di Sektor Awam namun berbekalkan keyakinan dan semangat yg tinggi
mengatasi segalanya.

Saudara Jamal, Saya tidak keberatan untuk berkongsi maklumat dengan saudara, jika ada
apa soalan boleh tanya lagi

Salam hormat,

Puan Sue, Perlis


RLTKK Modul 3

Kisah 21

Thanks di atas tips yg diberikan.

Tahun lepas saya ada interview untuk jawatan pustakawan di UPM, tapi jawapannya
adalah dukacita & jika dapat interview untuk tahun ini saya ingin menjawapnya
dengan lebih baik & yakin. Antara soalan yang saya rasa senang jawab tapi digelak
oleh penemuduga ialah :-

1) seperti yg kita maklum, library UPM adalah sebuah library bagus,


bagaimanakah cara untuk memantapkan library ini?

saya jawab : Dengan menambahkan lagi koleksi buku/ membuat susun atur
meja supaya menjadi lebih menarik

penemuduga : tak cukup lagi ke buku2 kat library ni?/ susunan atur kat library
tak menarik ke?

***dah dia tanya utk memantapkn lagi library, bila saya jawab, dia membidas
pulak...mmg saiko betullah.

2) mengapa student tak berminat datang ke library?

saya jawab : mungkin student suka belajar secara online, atau mencari bahan/maklumat
diinternet, lebih memudahkan....

penemuduga : di library pun ada internet... tapi tidak ramai yg m'gunakannya?

saya jawab : kebanyakkn student ada notebook, laptop sendiri...pkai internet secara
wiyerless...

3) bagaimana cara untuk menarik minat pelajar datang ke library?


saya jawab : tambah koleksi bahan-bahan bercetak & elektronik, membuat promosi,
ubah suasana p'sekitaran
RLTKK Modul 3

penemuduga : saya rasa library upm dah terbaik, tapi sambutan student tetap kurang,
penuh apabila student nak exam jer...

***bila saya jawab, tapi asyik kena saiko & gelak jer...secara automatik saya tau saya akan
gagal dlm intvw ini. Jadi, bagaimana caranya saya dpt menjawab dengan lebih matang &
meyakinkan penemuduga? En. Jamal ada tips untuk menjawab 3 soalan di atas? saya
mahu membuat persediaan sekiranya saya mendapat interview lagi & mendapat soalan
yang sama seperti diatas. Tips & panduan drpd En Jamal amat2 saya hargai.

Sekian, terima kasih.

Muhammad, KL
RLTKK Modul 3

Kisah 22

Pengalaman semasa menghadiri temuduga Pegawai Teknologi Maklumat untuk JPS. Masa
interview dulu saya ditemuduga oleh 3 orang ahli panel terdiri daripada Senior Manager
(dato), Human Resourse Manager dan dari jabatan IT sebab jawatan yang dipohon
Pegawai Teknologi Maklumat.

Seingat saya pada waktu tu diduga oleh ahli penal satu (dato). Soalan yang ditanya
berkaitan tentang diri kita.. siapa nama? Tinggal dimana? Course apa yang diambil?kalau
yang sudah bekerja, berapa gaji? Kenapa nak masuk agensi kerajaan? Yang ni kena betul-
betul jawab yang penting jawapan smart dan banyak lagi.

Panel ke -2 pula dari bahagian HR . Nama-nama menteri semasa sangat penting kalau
boleh hafal lagi baik. Masa disoal dulu saya ditanya berkaitan dasar-dasar utama kerajaan
seperti DEB, Dasar Pandang Ke Timur, Dasar Perindustrian. Ada yang dapat jawab dan ada
pula yang tak berapa confident. Isu-isu semasa sepanjang temboh 2-3 minggu sebelum
interview mesti tahu berkemungkinan juga ditanya

Soalan seterusnya dari panel ke 3 dari jabatan IT. Masa saya dulu nasib baik lah soalan
yang ditanya tu simple jer seperti apa itu database? apa perbezaan column dan row (tapi
perlu diingat soalan macam nie senang pun ada yang tak dapat jawab), kalau anda dapat
pos ni dan ditugaskan di lab komputer ape polisi yang anda akan laksanakan? Apa peranan
dan skop tugas anda sebagai pegawai teknologi maklumat.

Perkara lain yang masa tu 2 orang daripada 3 orang panel minta saya berbual dalam
English tapi saya rasa depends on post la. Selain tu pakaian, sikap perlu dijaga. Pada
pandangan saya 1st impression amat penting. Saya masih ingat lagi masa dah tiba masa nk
interview saya masuk lambat sebab sibuk nak susun fail kat luar. Apa lagi kena sound kat
panel Kerja last minit katakan. tapi rezeki menyebelahi saya . Akhirnya saya berjaya
berjuga. Terima kasih saya ucapkan buat orang tua saya yang sentiasa memberi sokongan
pada saya.

Thanks,

Azlan, Kamunting, Perak


RLTKK Modul 3

Kisah 23

Semasa temuduga selalunya dijalankan dalam dua bahasa, Kalau diorang tanya dalam BM,
jawab dalam BM tapi Kalau diorang tanya dalam BI, mesti jawab dalam BI. Kebiasaan
terdapat 2 atau 3 orang panel yang menemuduga. Salah seorang daripada mereka adalah
dari JPA/ SPA dan seorang lagi dari Jabatan/ Kementerian yang terlibat.

Selalunya soalan pertama bagi yang nak jadi Pegawai Teknologi Maklumat, Kenapa nak
jadi PTM? kenapa nak kerja dengan kerajaan? Soalan macam ni kena jawab dengan betul-
betul dan ikhlas, tanya pada diri sendiri kenapa? Jangan sekali kali bagi jawapan yang
bukan2 takut nanti memakan diri sendiri. If the panel, impressed with your first answer,
the later question will be easy for you.

Soalan seterusnya yang akan ditanya adalah soalan yang berkaitan dengan pengetahuan
am. Selalulah baca utusan malaysia, ketahuilah situasi politik tempatan dan luar negara
serta perkembangan semasa tempatan dan dunia, ambil tahu juga pasal islam hadhari,
Projek Koridor,e-goverment, MSC, Wawasan 2020, tentang kabinet malaysia, parlimen
dan sebagainya.

Bahagian teknikal pula mereka akan tanya tentang ape yang kita pelajari tapi tak ada
lah yag teknikal sangat. Apa-apa pun buat lah persediaan yang rapi. Kalau tidak tahu atau
tak pasti tentang soalan yang dikemukakan jawab saja tak tahu jang sesekali mereka
reka atau belasah jer . nanti terbagi jawapan salah, nampat sangat kita tak bersedia
dan memalukan saja. biasanya mereka akan tanya pasal government punya
application atau basic IT question, e.g. HRMIS, eSPKB, ePerolehan, camna nak setup basic
networking, komponen sesebuah PC.

Ada juga soalan yang boleh dikatakan soalan bonus contohnya mereka nak dengar kita
punya pendapat, macamana kita nak berhujah, sebagai contoh dia akan tanya asal mana?
Siapa YB kawasan tu? Apa sumbangan YB tu? Apa pendapat kita kalau YB kawasan kita
dari pihak pembangkang? Apa pendapat kita kerajaan naikkan harga rokok?

Sekian saja yang dapat saya kongsikan bersama untuk rakan-rakan. Dan bila result keluar, saya
berjaya dalam temuduga tersebut!!

Hazman, Bangi
RLTKK Modul 3

Kisah 24

Teringat lagi masa menghadiri sessi temuduga dulu. Macam – macam temuduga saya
hadiri sama ada agensi swasta atau kerajaan semua saya hadir. Untuk mencuba nasib. Apa
yang saya nak berkongsi disini tentang sessi temuduga bagi agensi kerajaan. Kerana
semasa temuduga untuk jawatan pTD saya sekarang sebagai penjawat awam.

Saya rasa macam pegawai SPA (dato) je yang tanya semasa sessi temuduga tersebut dan 2
orang dari Jabatan terlibat. Saya akan berkongsi sedikit sebanyak bentuk-bantuk soalan
semasa sessi temuduga saya dulu. Saya bahagikan kepada 2 iaitu ;

Soalan teknikal:

1. Apa itu SDLC.. sebutkan step2nya.

2. Sebutkan technique2 utk testing. Tapi masa tu ingat satu je. black box testing dan
explain kat mereka.

3. Beza portal dan website. Masalahnya hari2 buat ni tp terlupa. cuma sempat bgtau portal
website yg interaktif.lupa nak cakap patut bagi tau portal tu gerbang dan ada byk aplikasi.

4. Penah dengar Prototyping? Apa beza dengan SDLC?

5. Isu propriety (ditanya oleh org SPA).. kebaikan keburukan guna sistem yang tak perlu
propriety macam OSS. Pastu tanya mana halatuju kita kalau dilantik.. dan kenapa?

6. Dia tanya tau ke ISP? Tapi saya macam tak confident jer jadi saya tanya balik Internet
Service Provider ke? Dia gelak je kata bukan.. Information System Plan. Saya cakap je tak
tau so dia tanya soalan lain.

39
RLTKK Modul 3

Soalan umum :

1. Dia minta perkenalkan diri dalam BI, kenapa mohon jawatan itu. Masa tu saya
jawab apa yang terfikir jer. Harap-harap mereka terima.

2. Mereka tanya tentang gaji sekarang berapa? Tak kisah ke pasal gaji? So saya cakap
peluang untuk career advancement lebih cerah..dan ada peluang utk sambung study. Ada
pencen untuk hari tua, disamping ada peluang menghadiri kursus percuma dan lebih
pentingkan kepuasan bekerja.

3. Makna FAM?.. Isu-isu terkini yang melibatkan FAM? Pandangan kita bagaimana nak
memajukan sukan bola sepak di malaysia di persada antarabangsa?

Jadi, saya rasa itu sahaja yang dapat di kongsi.

Oleh

Nurazlina, Melaka

40
RLTKK Modul 3

Kisah 25

Salam

Saya rasa terpanggil nak berkongsi pengalaman di interview. Masa diinterview tu panel
agak sempoi dan tidak terlalu formal sangat. So saya akan gunakan peluang yang ada ntuk
menjawab setiap soalan yang dikemukakan degan teliti dan tenang. Dah hilang rasa
berdebar. Mulanya macam biasa introduce yourself. Apakah persediaan yang
dibuat?Kebetulan masa tu saya ada terbaca pasal MOSTI.

Kemudian mereka terus ajukan soalan MOSTI untuk apa? Siapa menteri MOSTI? Berikan 2
Projek besar MOSTI? tapi masa nie saya taksure..nasiblah penemuduga bagi hint pasal
angkasawan dan bioteknologi. Satu lagi soalan yang sukar nak jawab tapi sebenarnya tak
yakin dengan jawapan. Mereka tanya projek besar yang terdapat kat Johor? Tapi rasa-
rasa projek besar kat Johor masa tu projek Wilayah Pembangunan Iskandar. Banyak juga
soalan susualan pasal projek tu...

Ditanya lagi pasal FDI. Pasal pelaburan dan ekonomi Malaysia. Tapi saya jawab tak tahu.
Memang tak tahu pun..mereka bagi tahu maksud Foriegn Direct Investment. So dapat juga
info dan pengetahuan sikit. Kali ni mereka tanya soalan pasal IT ,memandangkan saya
programmer yg buat web application, soalan2 dia how to improve gov website? then
tanya antara linux and window which 1 u prefer? then citer pasal sistem- sistem yang
tengah running sekarang. Walau bagaimanapun soalan IT saya jawab dengan baik. Over
confident pula. Tapi bab ekonomi lemah sikit..

Bila result keluar, jawapannya adalah gagal. Kecewanya saya.

OK terima kasih

Siu Ling, Jelebu, NS

41
RLTKK Modul 3

Kisah 26
Kisah temuduga yang paling pendek tempohnya dan bersahaja pernah dilalui. Bayangkan
dalam 20 minit sahaja. Soalan banyak berkisar tentang pengalaman kerja dan soalan-
soalan yang menguji minda. Kenapa nak berhenti kerja kalau syarikat stabil dan ada
peluang yang cerah kat sana?

Pasal IT . Mereka tanya soalan pasal wifi, virtual network n last skali study case kalau aku
jadi developer yg nak bangunkan sistem nak pakai oss ke atau yg lisence punya software
dan kenapa pilih tu. Setiap soalan tu ada pro dan kontra so kena jawab degan smart la ikut
pengetahuan yang ada.

Semua tu berakhir dengan keputusan berjaya!! rasa macam tak pecaya pun ada. Sekian

Adli, Kota Bharu, Kelantan

42
RLTKK Modul 3

Kisah 27
Salam saya first time apply kpli terus dapat...yang pasti saya tak pasti laa diorang pilih
bdasarkan kateria apa...tp pd masa interview tu,mmg saya tengah mengajar. Jadi guru
ganti.. kata cikgu-cikgu lama kat sekolah tu, biasanya kalau ada pengalaman mengajar
senang sikit nak dapat. Kedua, pilihan subjek yang kita minta juga penting dalam
pemilihan tersebut contohnya subjek BI lebih diberi peluang berbanding Matematik
atau Sains.

Sebab kurang persaingan ..tapi semua tu bergantung kepada rezeki janji usaha dengan
giat dulu. Sebab tu satu sebab saya memilih subjek BI sebagai pilihan saya. Pelatih yang
diorang pilih selalunya untuk mengisi kekosongan guru yang sedia ada. Saya attend
interview untuk DPLI, tak lepas pulak... KPLI berjaya pula..

Selain tu tips2 lain untuk attend interview . Confident..kemas..,bila dah masuk KPLI ni
diorang tekankan tentang penampilan seorang guru... So, maknanya biar pergi interview
tu kena la nampak macam seorang guru . Sekian disini sahaja.

Thanks

Halimah, Kuantan, Pahang

43
RLTKK Modul 3

Kisah 28
Saya seorang PTD yang sedang berkhidmat di Kedutaan Malaysia di luar
negara. Teringat ketika saya masuk dalam perkhidmatan ini beberapa
tahun yang lalu. Saya nak flash back balik sesi interview pada waktu tu.
Saya orang ke tujuh daripada 10 orang peserta dan saya masuk dalam bilik
temuduga tepat jam 10.30 pagi. Saya hanya keluar satu jam kemudian,
iaitu sekitar 11.35 pagi .

Untuk pengetahuan latar belakang saya adalah bidang undang-undang


Islam, jadi penemuduga tersebut tertarik dengan bidang pengajian ini.
Soalan-soalan yang diberikan adalah berbentuk “ingin tahu”
dan“penyelesaian masalah”.

Sebenarnya, dalam interview ini, calon perlu bijak menggabungkan


beberapa element kendiri seperti jujur, berilmu, berkeyakinan, rendah diri
dan berbagai lagi.

Satu konsep PTD adalah “walaupun tidak tahu mengenai sesuatu perkara,
saya mungkin mengetahui serba sedikit sahaja… bincanglah. Tetapi pada
masa akan datang saya akan cuba mencari maklumat mengenainya. Dalam
temuduga PTD, biasanya panel adalah orang- orang yang telah lama dalam
perkhidmatan awam. Hampir 20-30 tahun. Tidak seperti temuduga
jawatan yang lebih rendah seperti kerani dan EO. Soalan-soalan dalam
temudga PTD lebih berbentuk luas dan lebih ke arah perbincangan, lebih
kepada penyelesaian masalah.. Jika disoal soalan yang yang direct seperti
“apakah nama ibu negeri Mexico?”, kalau tahu jawab lah. Kalau tidak,
jawablah maaf yang saya tidak mengetahuinya. Tapi lepas ini saya akan
mencari jawapannya.

Biasanya soalan yang ditanya adalah “bagaimana untuk menyelesaikan


masalah pelajar nakal di sekolah?”. Justeru, calon perlu banyak dalam
fikiran mereka solution daripada problem. Akhirnya, dalam temuduga ini,
berserah lah kepada Allah. Kalau itu rezki kita, ia takkan lari ke mana.

Sepanjang interview terbabit, saya mendapat satu soalan yang amat berat.
Panel bersoal tentang satu menifesto pembangkang. Sebagai PTD, kita
tidak boleh terikat kepada politik kepartian. Jawablah secara akademik
dengan melihat pro dan kontra dari segi perlaksanaannya. Sebab dalam
dunia ini, ada perkara itu baik tetapi buruk akibat perlaksanaannya. Hati-
hatilah lah.
RLTKK Modul 3

Effort kita 20% sahaja, selebihnya 80% berserah lah kepada Allah s.w.t

Ahmad Husin, Mesir

Kisah 29

Saya seorang pensyarah IT yang bertugas di Kolej Poly tech Mara Kuantan. Saya nak
berkongsi cerita kisah temuduga untuk jawatan tersebut. Penemuduga 2 orang
seorang lelaki dan seorang perempuan. Interview tersebut dalam bahasa Melayu dan
Inggeris.

Soalan-soalan penemuduga:

Tell about yourself?, your interest? dan yang ada kaitan. Dia tanya jugak pengalaman
mengajar kat tempat-tempat lain kalau ada. Selain tu, skill untuk mengajar Java
Programming ada ke tak ? Sebab masa tu saya apply untuk mengajar Java. Tahap mana
pengajian Java? Skill lain selain Java? Nak masuk IT ke Multimedia? Projek IT yang pernah
buat ? Lepas tu kena ambik test bertulis semua background soalan berkisar tentang kolej

Keputusan: Berjaya. Aku kat Kolej Poly tech Mara Kuantan sekang ni mengajar Java
Programming, Networking dan supervisor Project IT students.

Walaupun berjaya tapi saya rasa banyak silap sebab kurang pengalaman interview.
Preparation pun kurang sebab last minute.

Kekuatan saya cuma terletak pada keyakinan. Saya berjaya meyakinkan diorang yang saya
boleh mengajar Java Programming tanpa sebarang masalah. Kebetulan transkrip pun ada
tulis Java dapat A. Takde masalah. Confident tu penting, tapi jangan sampai over confident
. Itu sahaja yang dapat dikongsi

Abd Halim, Kuantan, Pahang

46
RLTKK Modul 3

Kisah 30

Just nak kongsi pengalaman interview kat maktab perguruan kat Melaka untuk course TESL
oversea...

TESL aku terbahagi kepada 4 bahagian:

Pertama ujian INSAK..untuk test sama ada cukup kriteria atau tak untuk jadi cikgu ? Soalan
diberi 135 dan dikehendaki jawab dalam masa 30 minit..Soalan dia soalan logik .Contoh
apa reaksi anda kalau kawan tegur sikap anda?'

Kedua , adalah test berkumpulan..pada masa tu ada 4 orang je yg temudga pagi tu. Kami
diberi paper yg ade 2 soalan untuk dibincang bersama...soalan pasal internet, kegunaan
dan faedah..

Ketiga individu..seorang demi seorang dipanggil. Sampai giliran saya tapi macam sekejap
jer dia temuramah, dia minta ceritakan latabelakang, terangkan esai yang dibuat sebelum
sessi temuduga, soalan peribadi, nak di posting kat mana kalau dapat?)

Keempat penulisan(essei)..dia bagi paper mengandungi soalan

1)tropical jungle

2)my favourite filmstar

Dari mula hingga ke akhir temuduga semuanya dalam BI. Dan masih lagi menunggu
keputusan. Ada rezeki dapat lah. Tawakal jer

Sha, Kedah

47
RLTKK Modul 3

KISAH 31

Dibawakan khas oleh founder malaysiancareer.com) Salam kepada semua pembaca..

Aku nak ceritakan pengalaman aku,, aku adalah anak sulong,, dan macam anda semua
aku begitu tertekan dengan kehidupan aku yang masih belum ada kerja,, dah banyak
resume aku hantar dan dan berpuluh-puluh salinan aku sah kan. Tapi nampaknya
semua itu tak membawa apa-apa erti.

Setelah lama mencari aku akhirnya telah diterima bekerja sebagai budak pejabat di
sebuah kolej swasta,, memang gembira sangat, walupun aku cuma budak pejabat tetapi
aku tidak di cop sebagai penganggur. Aku sangkakan hidup aku telah berubah rupa-
rupanya tidak lagi.. setelah 3 bulan aku bekerja aku masih belum di bayar gaji,, mula-mula
aku boleh terima, maklumlah kolej baru.. tapi selepas 3 bulan bekerja aku akhirnya dapat
tahu yang kolej tempat aku bekerja tidak diiktiraf. Bengang betul aku,, dah lah gaji tak
dapat, duit hutang selama 3 bulan aku bekerja dah banyak.. apalah nasib aku…

Aku ceritakan kepada kedua orang tua ku, mereka tenang jer, tapi aku tahu sebenarnya
mereka mengharapkan anak mereka berjaya, malah kalau boleh sudah tentu mereka ingin
merasai duit gaji hasil kerja anaknya walau pun seringgit.

Selepas itu banyak lagi kerja yang aku telah buat, kerja buruh membuat bangunan (amat
memeritkan), aku pernah buka kedai makan tapi tak berjaya akhirnya tutup. Aku pernah
kerja sebagai pelayan kedai makan, kerja bagai nak rak, tapi memang tak berbaloi, kerja 12
jam dengan gaji RM350, malah banyak lagi kekecewaan demi kekecewaan.

Akhirnya aku apa yang akihat disini aku bertekad untuk dapatkan kerja kerajaan, kerana
sekiranya aku mendapat kerja kerajaan semua ini takkan berlaku. Aku tak pedulikan
perasaan aku, aku letak ketepi perasaan malas, putus asa, kecewa, semua aku lempar kan
jauh-jauh, aku tak peduli ada yang kata kerja kerajaan kena ada kabel, aku tak peduli yang
penting aku nak kerja kerajaan.

Maka bermulalah episod pengembaraan aku dalam mencari kerja kerajaan, aku
menghadiri kursus atau taklimat, malam buku yang berkaitan dengan temuduga atau apa
saja yang berkaitan aku dapatkan. Aku pejamkan mata memecahkan

48
RLTKK Modul 3

tabung yang aku simpan, aku dah tekad untuk mohon jawatan kerajaan,, dah resume aku
hantar,

SPA aku isi, guru besar dengan rumah aku dah jemu tengok muka aku yang selalu buat
pengesahan sijil, aku tak peduli, aku gunakan segala maklumat yang aku dapat sebagi
persiapan menghadiri temuduga.

Dan saat itu telah tiba, aku telah dipanggil temuduga buat pertama kalinya. Apa yang aku
buat ialah bermula malam sebelum temuduga segalanya telah siap, semua panduan di
dalam buku yang aku beli semua ku ”tick” menandakan aku telah lakukan,,

Akhirnya aku telah mendapat kerja kerajaan, antara perkara yang paling bermakna bagi
diri aku ialah aku berjaya menjawat jawatan dalam sektor awam. Aku masih ingat lagi apa
bila aku memberitahu kedua orang tua ku yang aku dapat tawaran bekerja di dalam sektor
awam, mereka menangis gembira,,sehingga aku sendiri menitis air mata
kegembiraan, rasanya inilah kali pertama aku membuat sesuatu yang bermakna buat ibu
ku, buat ibu yang mengandung kan aku selama 9 bulan.

Dek kerana itu aku berjanji pada diri aku akan sentiasa menggembirakan mereka, dan aku
juga ingin membantu mereka yang masih mencari kerja seperti aku dahulu, kerana itu lah
aku telah menyediakan maklumat jawatan kosong kerajaan untuk aku kongsikan kepada
semua. Aku ingin mereka di luar mampu menggembirakan ibu bapa mereka, kerana
kegembiraan ini amat bermakna buat semua. Buat mereka yang masih mencari kerja
berusahalah lagi tanpa pedulikan perasaan kita selagi belum berjaya.

Ikhlas dari saya

Rizal http://malaysiancareer.com/

(Saudara Rizal adalah pemilik blog Malaysiancareer.com yang telah banyak memberi
sumbangan kepada mereka yang ingin memasuki kerjaya di sektor awam)

49
RLTKK Modul 3

KISAH 32 – kisah saya

Pengalaman pertama

Kisah temuduga saya bermula pada tahun 2006 lagi, iaitu semasa saya berada di tahun
akhir pengajian di universiti. Kisahnya begini, saya dimaklumkan oleh pihak university
bahawa satu temduga terbuka dianjurkan oleh pihak swasta di universiti saya. Saya pun
apalagi, pergola mencuba nasib dengan tanpa membuat apa-apa persediaan pun.

Semasa ditemuduga dengan panel 2 orang tu, saya ditanya kenapa apply jawatan yang
ditawarkan padahal bidang adalah berlainan! Memang betul pun, jawatan yang di
offer untuk kilang, saya ni kejuruteraan awam.Hehehe..sebenarnya saya nak cuba nasib je
dan merasai pengalaman ditemuduga. Memang susah juga temuduga pertama saya ni.
Saya ditanya 100 % dalam English. Maka terkontang- kantinglah saya menjawabnya
dengan broken English dengan fasihnya. Jawab selagi boleh jawab! Dia tanya kenapa saya
minta kerja padahal saya boleh menyambung study kerana pointer saya ketika tu kira
cemerlang. Saya katakan, saya ingin merasai pengalaman bekerja dan jika ada peluang
kelak, saya akan sambung belajar ke peringkat lebih tinggi.

Setelah habis temuduga saya bersalam lah dengan panel temuduga tersebut. Saya
memang tak harap pun saya akan berjaya temuduga tersebut, Cuma saya ingin mencari
pengalaman saja. Dan seperti yang dijangka, memang saya tidak mendapat apa-apa
khabar berita langsung dari syarikat terbabit. Saya gagal la jawabnya!

Pengalaman kedua

Kerjaya saya bermula sebagai YES Trainee (Young Executive Scheme) yang dianjurkan oleh
UEM Builders, iaitu sebuah syarikat gergasi dalam industri pembinaan di Malaysia. Syarikat
ini terlibat dalam pembinaan PLUS Highway, Jambatan Kedua Pulau Pinang dan banyak
lagi projekmega yang lain. Yang ni saya tak lalui temuduga kerana direkomenkan oleh
rakan dan juga berdasarkan result ijazah.

Selepas dua bulan, saya dipanggil oleh JKR untuk temuduga bagi jawatan Jurutera
Awam J41 secara kontrak dan saya berjaya dalam temuduga tersebut. Kisah temuduga
saya tu begini, setelah menerima panggilan untuk menghadiri temuduga, saya pun
preparelah dalam masa 4 hari tak silap saya. Saya buka internet, cari maklumat mengenai
JKR, KKR, RMK – 9, isu semasa dan lain-lain. Semasa temuduga ramai juga yang datang tak
silap saya, adalah seramai 600 orang rasanya (keseluruhan hari temuduga).

50
RLTKK Modul 3

Semasa temuduga seperti lazimnya lah, saya memakai tali leher dan kemeja dengan
kemas. Semasa temuduga, panel saya adalah 2 orang pegawai besar dan salah seorang
daripada mereka bergelar Dato’. Soalan pertama, saya disuruh perkenalkan diri dalam
English. Saya dengan lancarnya pun bersembang la dalam English mengenai diri saya.
Memang saya sudah jangka soalan ini akan ditanyakan. Soalan berikutnya saya ditanya
apa visi dan misi JKR, apa projek-projek besar JKR yang sedang dibina, RMK9 disuruh
terangkan satu persatu, projek akhir tahun, pengalaman bekerja (teknikal) dan lain-lain.
Dan soalan terakhir yang ditanya adalah kenapa saya nak kerja kerjajaan. Kesemuanya
saya berjaya jawab dengan lancar dan tenang. Mungkin disebabkan persediaan yang saya
lakukan kot.

Beberapa minggu selepas itu keluarla result, dan jawapannya adalah saya berjaya! Maka
bermulalah kerjaya saya sebagai penjawat awam. Saya juga telah berkahwin ketika itu dan
isteri saya ditinggalkan di Besut kerana dia bekerja di sana sementara saya di KL.. Pada
setiap hujung minggu saya akan pulang ke Besut dan kembali bekerja pada hari Isnin di
KL.. Amat memenatkan...

Pengalaman ketiga

Pada pertengahan tahun 2007, saya dipanggil temuduga Sektor Awam bagi jawatan tetap
sebagai Jurutera Awam yang bertempat di Pulau Pinang. rakan – rakan saya yang juga
Jurutera Awam (kontrak) lebih kurang dalam 60 orang juga dipanggil
temuduga tersebut. Saya memang tidak membuat apa-apa persediaan pada masa
itu. Anggapan saya sebagai penjawat awam yang berstatus kontrak pasti akan berjaya dalam
temuduga tersebut. Saya pun pergila ke temuduga itu dengan langkah yang sempoi je. Sudahla
datang lewat, sijil-sijil semua tidak tersusun. Saya dimarahi oleh seorang urusetia
kerana lewat sejam dari masa yang sepaptutnya. Saya adalah orang yang terkahir
ditemuduga dalam 8 orang calon.

Semasa diliran saya ditemuduga, saya pun diminta menceritakan kerjaya saya sebagai
pegwai kontrak di JKR. Memang saya tidak dapat jawab kerana soalan-soalan teknikal yang
ditanyakan sukar dijawab. Apabila tiba giliran orang SPA bertanya soalan, dia cakap tak
perlu dia menanya soalan. Entah kenapa, dia tidak mahu menemuduga saya. Memang
singkat masa yang diambil dalam sesi temuduga tersebut.Akan tetapi setelah keputusan
temuduga tersebut keluar, alangkah kecewanya saya, SAYA GAGAL! Malah lebih dari 80%
rakan-rakan saya yang lain turut mengalami nasib yang sama. Entah apa silapnya saya
tidak tahu.

51
RLTKK Modul 3

Pengalaman keempat

Pada tahun 2007 juga, saya memohon KPLI. Setelah lulus ujian Mtest saya dipanggil untuk
ditemuduga di Kuala Lipis. Memang saya buat berbagai persediaan dan ini adalah
pengalaman pertama saya ditemduga untuk jawatan guru. Kali ni juga saya agak lewat
sedikit.

Sesi pertama temuduga adalah dalam perbincangan group. Kami seramai 5 orang
diberikan satu tajuk dan diminta membincangkan bersama-sama. Panel penemuduga
hanya memerhati dan mencatatkan markah saja. Tajuk yang diberikan adalah mengenai
bagaimana untuk mengatasi gejala sosial di kalangan pelajar di sekolah. Bergilir-gilirlah
semua calon untuk memberikan pendapat masing-masing dalam gaya tersendiri.

Kemudian sesi kedua, kami dipanggil untuk ditemudga seorang demi seorang. Awal-awal
soalan saya tidak dapat jawab dah, kenapa saya minta kursus Sains kerana saya tiada
latarbelakang sains. Penemuduga katakan bahwa saya tidak sesuai dengan subjek yang
diminta. Seterusnya soalan paling lama ditanya adalah ” kenapa anda mahu jadi guru”.
Saya jawablah apa yang dirasakan betul oleh saya. Mereka juga bertanya kepada saya
apakah pekerjaan saya buat masa itu. Kali itu saya menipu. Saya katakan saya tidak
bekerja dan hanya duduk di kampung membantu orang tua di kedai. Memang terbelit
lidah bila ditanya detail kenapa saya tidak bekerja. Kenapa saya berhenti kerja dan
macam-macam lagi..

Pada penghujung tahun result saya pun keluar, dan jawapannya adalah gagal.
ehehehe..gagal lagi saya.

Pengalaman kelima

Di samping memohon KPLI, saya juga memohon DPLI iaitu untuk kursus rakacipta. Untuk
temudga kali ini, saya memang membuat perseidaan yang agak rapi lah. Saya baca isu-isu
mengenai pendidikan di Internet, akhbar, dan jua bertanya kepada rakan-rakan.

Semasa ditemuduga oleh dua orang panel wanita, salah seorang berbangsa India saya
ditanya berbagai-bagai soalan. Kali ini saya memang jujur sejujurnya. Mereka tanyakan

52
RLTKK Modul 3

saya, kenapa mahu jadi guru padahal saya sudah memiliki kerjaya yang sangat bagus dan
dipandang tinggi oleh masayrakat iaitu Jurutera Awam. Diorang kata kerja guru ni tak
glamour. Jawapan saya adalah, saya mahu menbjadi guru kerana saya benar-benar
berminat dengan guru, guru kerja mulia, dan bermacam- macam lagi saya katakan pada
mereka...

Kemudian, saya ditanya mengenai asas rekacipta. Saya jawab la iskut suka mulut saya.
Saya juga ditanya mengenai bagaimana untuk pasang paip di rumah sendiri. Seterusnya
saya disuruh mengajar di papan hijau dengan menggunakan kapur tulis mengenai tajuk
bebas berkenaan rekacipta. Saya pun menggoreng la apa itu proses rekacipta. Memang
say begitu bersemangat ketika itu. Sesudah itu saya ditanya pula mengenai sistem
pendidikan negara, isu-isu pelajar dan lain-lain. Ianya diadakan dengan menggunakan
bahasa English dan juga Bahasa melayu. Campur-campur! Sesudah temuduga memang
saya yakin bahawa saya akan berjaya..

Dan pada hujung 2007, saya mendapat jawapan berjaya dalam temuduga tersebut dan
diminta mendaftar di UPSI untuk kursus DPLI tersebut selama setahun.

Pengalaman keenam

Pada awal Februari 2008, kontrak saya hampir tamat. Saya sangat runsing untuk mencari
kerja. Sebenarnya, sebelum itu saya telah berjaya temuduga untuk bidang
perguruan iaitu DPLI (Diploma Perguruan Lepasan Ijazah) pada Disember 2007, tetapi saya
menolaknya di saat akhir dimana saya telah meletak jawatan di JKR. Namun begitu saya,
menarik balik perletakan jawatan tersebut di saat-saat akhir disebabkan terasa sayang
meninggalkan profesion kejuruteraan ini. Disebabkan tindakan yang diambil oleh rakan-
rakan saya, alhamdulillah, kontrak kami dilanjutkan sehingga Februari 2009. tetapi itu
tidak bermakna saya boleh duduk diam saja.

Saya mula mengisi / meng’update’ permohonan Sektor Awam saya supaya dapat dipanggil
untuk ditemuduga semula. Pada awal Jun 2008, saya dikehendaki menghadiri satu kursus yang
mana penceramahnya adalah seorang penceramah kepada penemuduga-penemuduga
ataupun para panel dalam temuduga bagi pemilihan kakitangan awam. Kursus tersebut
dijalankan selama sehari sahaja, akan tetapi memberi impak yang besar dalam diri saya bagi
menghadapi temuduga akan datang. Saya dan rakan-rakan seramai 60 orang didedahkan
dengan rahsia demi rahsia bagaimana untuk menghadapi temuduga Sektor

53
RLTKK Modul 3

Awam dengan tepat, mudah dan yang sebenarnya. Terlalu banyak rahsia dan tips yang
diberikan dalam kursus yang singkat itu.

Setelah pulang ke rumah, semangat saya berkobar-kobar untuk menyediakan diri bagi
apapun temuduga bagi sektor awam. Saya mengikut panduan yang telah ditunjukkan
semasa kursus tersebut. Semuanya diikuti. Akan tetapi saya memikirkan adakah cukup
sekadar apa yang saya perolehi semasa kursus tersebut. Tentulah tidak! Saya mengambil
bermacam-macam alternatif lagi bagi menyiapkan diri saya sekiranya dipanggil temuduga.

Akhirnya pada 14 Oktober 2008, saya telah dipanggil temuduga oleh Sektor Awam di KL.
Setelah selesai temuduga tersebut, hati saya amat tenang, ceria dan gembira walaupun
keputusan temuduga masih lambat untuk diketahui. Ini adalah disebabkan persediaan
yang telah saya buat sebelum hari temuduga tersebut.

Sehinggalah pada 19 November 2008, saya telah ‘call’ Sektor Awam untuk bertanyakan
keputusan temuduga saya. Dan jawapan yang diterima amat menggembirakan hati saya,
TAHNIAH! ANDA BERJAYA BAGI JAWATAN TETAP. Saya amat gembira pada hari itu, dan
semua orang saya maklumkan berita gembira tersebut. Akan tetapi, malang buat
beberapa orang rakan seperjuangan saya. Ramai juga yang tidak berjaya. Ada yang gagal
dan ada yang bernasib baik hanya menjadi calon simpanan sahaja. Saya amat bersimpati
dengan mereka.

Saya dan rakan-rakan yang lain yang berjaya temuduga tersebut kebanyakannya
menggunakan persediaan yang hampir-hampir sama untuk lulus temuduga tersebut.
Apakah rahsia bagaimana kami semua lulus dengan mudah temuduga Sektor Awam itu?
Jawapannya adalah terkandung dalam ebook yang anda baca ini. Saya akan mengupasnya
satu-persatu, dan anda akan mendapati ianya akan amat membantu anda.

Yang ikhlas,

Jamaluddin

54
RLTKK Modul 3

Penutup

Sekian saja dari saya. Sebenarnya terlalu banyak kisah temuduga dalam simpanan saya.
Termasuk kisah temuduga saya sendiri. Cuma ianya dalam bentuk catatan saya. Saya akan
masukkan kisah-kisah ini dalam masa akan datang. Buat masa ini saya tidak dapat
memasukkannya kerana kekangan masa. Tunggu versi kemaskini dari saya pada masa
akan datang.

Yang Ikhlas,

JAMALUDDIN
Founder “kerja-kerajaan.com”

“Berubah Demi Masa Depan”

55
RLTKK Modul 3

TERIMA KASIH
RLTKK Modul 3

INFO TAMBAHAN

Ikuti tips – tips temuduga tambahan dari masa ke semasa di blog


http://www.kerja-kerajaan.com/blog/

Saya akan sentiasa cuba meng’update’ kan info – info terkini


berkenaan temuduga kerja kerajaan di di blog tersebut.

Jika anda ingin belajar menghasilkan resume yang terbaik untuk


mencari kerja tak kira kerajaan dan swasta, panduan di bawah
mampu membantu anda.

-->kerja-kerajaan.com/resumekerja

57

Anda mungkin juga menyukai