Anda di halaman 1dari 50

Kisah 1

Terima kasih sebab sudi memilih saya untuk berkongsi pengalaman.


Sebenarnya dari tahun 2004 sehingga 2008 boleh dikatakan setiap tahun
saya tercalon dalam senarai panggilan temuduga sektor kerajaan. Ada
kalanya boleh dikatakan 3 kali panggilan kerajaan untuk temuduga dalam
tempoh 1 tahun.

Selepas saya graduate pada tahun 2004, saya cuba untuk memohon
jawatan yang bersesuaian dan berkelayakan dengan saya. Namun setiap kali
temuduga yang saya hadiri, ianya akan memberikan keputusan yang
mengecewakan hati saya. Walaupun begitu, saya tidak pernah berputus
asa sungguhpun pernah tidak tidur selama 24 jam semata-mata membuat
persediaan untuk menghadiri temuduga yang diadakan di Putrajaya...

Saya cuba dan terus mencuba sehingga saya pernah terfikir untuk bekerja
sebagai tukang sapu pun jadilah asalkan ianya dibawah sektor kerajaan.
Mana la tau rezeki saya disitu. Sampai di satu tahap di mana saya mula berasa
kecewa dengan sektor kerajaan yang saya rasakan lebih mengutamakan ‘orang
dalam’ berbanding orang luar.

Lama kelamaan saya mengambil keputusan untuk bekerja dalam sektor


kerajaan juga tetapi dalam kategori kerja orang yang tak pandang iaitu
kerja di rumah orang-orang tua, anak-anak kurang upaya kerana kerja begitu
lebih sesuai dengan naluri saya dan saya tak kisah dengan berapa gaji pun
yang saya terima asalkan saya mencapai kepuasan dalam bekerja.

Walaupun begitu, saya masih tidak berjaya lulus juga temuduga yang saya
hadiri untuk jawatan tersebut. Bayangkan la… saya yang berusaha buatkan
surat untuk saya dan “member” untuk memohon jawatan guru PDK daerah.
Saya sendiri yang hantarkan surat tersebut. Selepas setahun baru saya dapat
pangilan untuk temuduga untuk jawatan tersebut.

Member saya yang tadi dapat juga tapi tidak mahu pergi menghadiri
temuduga tersebut. Akan tetapi, saya paksa juga dia untuk pergi ke tempat
temuduga tersebut. Mana tau ada rezeki dia. Ternyata rezeki dia, memang
betul dia yang dapat. Saya betul-betul “down” ketika itu. Tuhan saja yang tau
ketika itu.

44 Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan RLTKK V2.0


Padahal yang berusaha keras adalah saya, bukannya rakan saya! Saya dari
JB turun ke Muar semata-mata menghadiri temuduga tu, pujuk membernya
lain…tapi takpela... tu namanya takde rezeki sungguhpun saya sudah
berusaha.

Pada penghujung tahun 2007, saya dapat pangilan temuduga JM. Saya
bercadang untuk sambung belajar memandangkan JM akan diserapkan
terus ke dalam sektor kerajaan selepas tamat tempoh belajar. Keputusan
temuduga amat memberansangkan dan saya amat bertuah sekali tapi
malangnya saya mengandung. Jadi saya terpaksa menolaknya.

Jadi sehingga sekarang panggilan temuduga tidak saya terima sungguhpun


telah mengemaskini borang permohonan SPA 8. Di dalam hati ini, saya masih
mengharapkan dapat bekerja dalam sektor kerajaan. Alasan saya menolak
permohonan JM bukan lah suka-suka saja.

Akan tetapi bersebab. Tidak pernah sekalipun saya tidak menghadiri


temuduga yang diberikan pada saya. Jauh, penat, tiada duit sekalipun, saya
tetap pergi menghadiri temuduga tersebut kerana saya mengharapkan masih
ada peluang yang cerah untuk masa depan saya. Sehingga sekarang saya
masih bekerja dalam sektor swasta yang menggunakan sijil SPM sedangkan
saya mempunyai Diploma.

Tidak mengapa la… selagi tuhan belum kata itu rezeki saya, saya terima
seadanya. Ujian dari tuhan saya terima dengan hati terbuka... panjang betul
pengalaman saya yang nak dikongsikan, itu pon diringkaskan mana yang
patut. Ada lagi sebenarnya, tapi tak per la, buat pengalaman bersama, hehe...
Wassalam.

Ira, KL

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan RLTKK V2.0 55 5


Kisah 2
Salam sejahtera juga, terima kasih. Anyway, I’m fine, thanks. I hope you so...
Saya ada berita gembira. Semalam kakak saya SMS... keputusan temuduga
telah ada di tangan kakak saya, dan... this is what i am waiting for the long time!
Saya telah berjaya dalam temuduga kali ke-3 ini. Ini semua berkat dorongan
dari pihak keluarga dan tidak dinafikan berkat dari membaca ebook saudara,
terima kasih yaaaa.

So... Saya nak kongsi lah ni. Pagi-pagi buta saya dah bangun, bersiap pagi
untuk temuduga. Temuduga bermula jam 8 pagi, tapi saya bersama dengan
emak dari kampung keluar rumah jam 6:30 pagi. Naik kereta ye. Jarak dari
kampung dengan jarak tempat temuduga adalah 1 jam, kalau laju 45 minit je,
hehe…

Sebaik saja masuk ke tempat menunggu, nama saya dipanggil. Saya adalah
merupakan calon yang pertama mengikut nombor giliran. Mungkin saya yang
paling tua kot. Hehehe... Bila loceng pertama untuk masuk bilik penemuduga
dibunyikan, tiba-tiba, calon lain pula yang masuk dulu. Sepatutnya saya. Jadi,
saya pergilah bertanya kepada seorang kakak yang mengurus para calon. Dan
dia cakap ada kesilapan, dan dia akan berikan nombor giliran yang baru.

Tidak berapa lama selepas itu, seorang penemuduga lelaki keluar dari bilik
temuduga. Dia pelik kot, nama kat senarai dia lain dan nama calon yang
masuk lain. Akan tetapi kakak pengurus tu cakap betul. Penemuduga masuk
semula ke dalam bilik temuduga. Akan tetapi, selang 30 saat selepas itu, dia
keluar semula dan bertanya kepada kakan si pengurus tadi... hehehe... Finally
kakak pengurus mengaku kesilapannya. Calon yang masuk tadi keluar. Kakak
tu ckp... “Wah, semangat betul calon ni.” Hehehe... saya senyum saja. So
kakak tu tengok nama saya ada pun, dan suruhlah saya masuk...

Tok! Tok! Tok! 3x saya ketuk pintu... “Masuk.” Penemuduga menjemput


masuk. Saya masuk dan terus ucapkan terima kasih sambil tersenyum. Ada
dua penemuduga di sana. Saya letak sijil-sijil fotostat dengan yang asli
pada penemuduga apabila diminta. Setelah disuruh duduk barulah saya
duduk. Saya perkenalkan diri seperti yang diminta dengan menyebut sekali
keputusan SPM (diminta oleh penemuduga). Dengan sedikit latar belakang
keluarga, saya jawab sejujur-jujurnya.

66 Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan RLTKK V2.0


Selepas itu penemuduga wanita bertanya “Minat bahagian jururawatya?” Saya
pun jawap “Sangat-sangat minat puan.” Selepas itu puan tersebut (sebenarnya
berjawatan sister) bertanya soalan-soalan berkaitan kesihatan. Antaranya
tugas-tugas jururawat, apa jenis-jenis imunisasi yang perlu diberi pada
bayi dan ibu hamil dan persediaan-persediaan yang saya buat untuk
menghadiri temuduga.

Sejujurnya, semua soalan tersebut saya jawap sekadar yang saya tahu,
selebihnya saya memohon maaf kepada penemuduga kerana kurang pasti
jawapannya. Apabila saya menjawap dengan jawapan kurangpasti, puan
tersebut menyatakan bahawa saya sebenarnya tidak berminat dengan jawatan
tersebut. Pada waktu itu lah saya benar-benar menyatakan rasa kesal kerana
tidak tahu, tapi benar-benar berminat untuk tahu, dan memohon supaya diberi
peluang untuk belajar sekiranya terpilih.

Setelah itu beralih pula kepada pihak tuan penemuduga, dia bertanya
siapa pengarah kesihatan. Saya jawap... tapi malangnya jawapan saya salah.
Penemuduga berkata nama yang saya sebutkan tu adalah pengarah yang
berkhidmat pada 2 tahun yg lalu... hehehehe... Saya kata “Maaf.”

Pada masa akhir sesi, penemuduga berkata... ”Ok lah, saya tak ada soalan nak
tanya lagi, ada apa-apa cik nak kata sebelum keluar?” Ha... ni lah peluang yg
sering saya abaikan dalam temuduga pertama dan kedua dahulu... jawapan
saya:

”Saya sedar banyak orang berminat untuk jawatan ini. Dan jika diberi
peluang saya akan gunakan peluang ini untuk memperbaiki kelemahan
dan cuba berusaha menjadi yang terbaik. Tolonglah tuan, ini temuduga saya
kali ketiga, sebelum ini saya berdepan dengan kegagalan tapi saya tetap
berusaha. Harap tuan dan puan dapat menerima saya kali ini... dan terima
kasih kerana meluangkan masa tuan dan puan untuk menemuduga saya.”

Puan tersebut melihat saya... dan berkata “Ok.” Jadi saya pun keluar... semasa
berjalan keluar tu... saya terdengar tuan penemuduga tu bercakap ”Dah lah tu
nanti meleret-leret pula...”

p/s: Sejujurnya ini merupakan temuduga yang paling teruk saya menjawap
soalan temuduga. Sebelum ni temuduga yang pernah saya hadiri, biasanya
saya dapat menjawab soalan dengan baik. Sehingga saya rasa saya tak
perlukan part last untuk berkata-kata.

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan RLTKK V2.0 77 7


Tetapi sekarang baru saya faham. Keperibadian lebih mereka utamakan.
Mereka mencari calon yang merendah diri, sanggup mengakui kelemahan diri
sendiri, dan ada kesungguhan... anyway, thanks for your ebook... tak sia- sia
kan? Dan saya harap perkongsian saya ini juga bermanfaat untuk rakan-rakan
yang lain.

Nandini

88 Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan RLTKK V2.0


Kisah 3
Salam sejahtera dan terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih
kerana menghantar e-book yang amat berguna pada saya. Di sini saya ingin
berkongsi pengalaman saya semasa mengahadiri temuduga kerja kerajaan di
bawah (SPA) sebanyak dua kali pada tahun 2008 untuk jawatan pembantu
penerangan dan pembantu tadbir pekeranian. Semasa menghadiri
temuduga untuk jawatan pembantu penerangan, soalan-soalan yang ditanya
tentang jawatan tersebut.

Tetapi saya tidak berjaya. Pada kali ke-dua saya menghadiri untuk temuduga
pembantu tadbir pada oktober 2008. Penemuduga menanya beberapa soa-
lan kepada saya.

SOALAN 1
Sila terangkan tugas-tugas anda di tempat kerja anda sekarang.

SOALAN 2
Tentang Bendera Malaysia dimana soalan tersebut terdapat di ebook yang
bertajuk “Skema soalan dan jawapan kerja kerajaan No. 25.”

• Berapakah jalur yang terdapat di bendera Malaysia?


• Apakah warna pertama dan akhir pada jalurnya?
• Bintang.
• Warna pada bendera Malaysia.

SOALAN 3
Di dalam fail, saya menyimpan satu sijil Komuniti Bistari larian untuk
kemerdekaan ke 50 untuk tahun 2007.

Soalan ke 3 ditanya dari sijil tersebut. Larian untuk kemerdekaan ke berapakah


dan slogannya? Tetapi rakan temuduga yang lain mendapat soalan yang sama
tetapi ditukar sedikit. Kemerdekaan yang ke berapakah pada tahun 2008.

SOALAN 4
Bilakah waktu pejabat untuk kerajaan?
Saya memberi jawapan 8.00 pagi - 5.00 ptg.

Sebenarnya ada 3 waktunya iaitu: 8.00 pg – 5.00 ptg, 7.00 pg – 4.00 ptg
8.30 pg – 5.30 ptg

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan RLTKK V2.0 99 9


SOALAN 5
Dimanakah letaknya ibu pejabat-pejabat kerajaan? Wilayah Persekutuan?
Putrajaya? Labuan?

SOALAN 6
Soalan ini merujuk kepada jawatan yang saya sandang sebagai kerani
bahagian aduan

Apakah website untuk membuat aduan terus kepada Perdana Menteri kita
yang selalu ditunjukkan di TV1.

“www.WakafUntukPM.com”

Inilah pengalaman saya yang dapat dikongsikan. Selain itu Ebook ini baru
sahaja saya miliki. Oleh itu, selepas membaca ebook saya sedang membuat
persiapan untuk temuduga yang akan datang. E-book ini amat berguna pada
saya, selain itu soalan di e-book ini pernah ditanya semasa temuduga.

Sekian terima kasih, Oleh

Santhirai, Rembau, Negeri Sembilan

1010 Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan RLTKK V2.0


Kisah 4
Ini terjadi pada salah seorang kawan saya tu, nama dia Ed (bukan nama
sebenar) yang sekarang ini dapat kerja dalam sektor kerajaan. Pada 2
tahun lepas dimana dia mendapat surat temuduga di Negeri sembilan
untuk jawatan yang dipohon 4 orang sahaja ditemuduga tapi terdapat 2
kekosongan.

Pada hari temuduga tersebut salah seorang yang ditemuduga tak dapat
hadir dan orang tersebut adalah salah seorang anak kepada pengawai yang
bekerja disana. Selepas ditemuduga, kawan saya diberi keputusan dan salah
seorang pengawai disana memberitahu bahawa jika bukan disebabkan anak
pengawai tu tak dapat hadir kawan saya tak kan lulus temuduga itu, kerana
mereka akan ambil orang yang ada “pengaruh” disini.

Saya nak bagitahu macam ni ke cara kerajaan memilih pekerja dan macam
mana dengan orang yang lebih berpengetahuan? Sekian, terima kasih. Kalau
encik berminat untuk share cerita saya ini kepada orang ramai untuk tujuan
iktibar saya sungguh berbesar hati.

Oleh,
Asma, Banting, Selangor

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan RLTKK V2.0 11


1111
Kisah 5
Assalamualaikum... Saya sebenarnya dah banyak kali inteview kerja kerajaan.
Last saya kena panggil inteview SPA tahun lepas bulan 2 kalau tak silap saya.
Tapi yang tu ujian bertulis untuk jawatan penerbit rancangan B17. Tapi saya
gagal kerana tidak mencapai markah lulus yang di kehendaki.

Sejak dari hari tu saya dah tak dapat apa-apa panggilan dari SPA. Saya pun
memperbaharui SPA saya lagi. Saya juga berusaha mengisi setiap borang
yang ada dalam www.my.gov punya website. Oleh kerana saya sedang
bekerja sebagai pembantu tadbir di salah sebuah syarikat swasta yang
menjalankan kerja-kerja telekomunikasi so saya banyak terdedah dengan
internet. Memang hari-hari saya akan buka laman web kerja kerajaan. Sebab
tu la saya berminat beli ebook tu.

Saya rasa saya patut baca buku tu sebab minat saya cenderung untuk
bekerja sebagai penjawat awam. InsyaAllah kalau tahun ni saya di panggil oleh
SPA untuk inteview apa-apa jawatan pun saya akan mempraktikan apa yang
di tulis dalam ebook itu. Saya pasti Allah akan mengabulkan doa saya untuk
mendapat pekerjaan dalam kerajaan.

Lagi pun ibu saya sudah berapa kali suruh saya mintak kerajaan. Itu adalah doa
ibu saya. Memandangkan saya pun belum berkahwin, saya tak kisah di mana
pun tempatnya. Janji kerajaan... doakan untuk saya semoga dapat inteview
kerajaan tahun ni.

Sekian,

Jamil, Kuantan, Pahang

1212 Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan RLTKK V2.0


Kisah 6
Assalamualaikum.... Ini bukan kali pertama saya menghadiri temuduga
kerajaan, tidak silap saya masuk yang terbaru ini 2 kali.

Pada 5/05/2009 saya baru sahaja menghadiri satu temuduga di ipoh perak.
Saya tak pasti samada dapat atau pun tak dapat. Saya mempunyai masalah
gugup dan cepat mengelabah sekiranya di temuduga. Pada hari itu saya
memakai baju kurung berwarna hijau pucuk pisang dan bersolek sederhana,
apabila tiba giliran saya ditemuduga, saya lihat penemuduga itu merenung
mata saya... ini membuat kan saya menjadi tidak keruan.

Beberapa soalan yang ditanya oleh penemuduga bukan lah susah tetapi
kerana kegugupan saya membuatkan semua yang saya baca dan praktikkan di
rumah tidak dapat saya lakukan semasa itu. Selepas temuduga selesai terasa
ingin sekali lagi ditemuduga. Minta maaf kerana saya tak dapat berikan soalan
temuduga disini, mungkin lain kali kerana saya sibuk. InsyaAllah lain kali saya
akan email kan apakah soalan semasa saya ditemuduga itu.

Sekian saja dari saya,

Sweet, Cheras, KL

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan RLTKK V2.0 13


1313
Kisah 7
As’kum, kat sini saya nak share pengalaman skit. Mane la tau dapat komen
ape-ape yang patut.

JAWATAN: PEGAWAI PENGUATKUASA N41

Untuk: Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam,


Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan.

1st Interview ~ Kuantan~ 8.30 AM.

Ujian Fizikal: Pemeriksaan kesihatan (weight, height), lari satu stadium


(400M kot), pumping, kawad (individu).

Siapa yang lulus ujian fizikal boleh pergi ke next step. Ujian fizikal habis lebih
kurang pukul 1.40 PM. Pukul 2.30 ditetapkan untuk mula interview. Tapi
malangnya dah pukul 3.30 pun interview tak mula lagi. Erm… saya ni kalau
lambat sangat makan & tensen mula la rasa pening. Pastu, name 10 org
dipanggil masuk kedalam dewan.

Alangkah terkejutnye saya rupa-rupanya ada ujian bertulis, kami tak diberitahu
dalam surat. Ujian tu pula ada mengenai ikrar jabatan kerajaan, dll. Saya mana
pernah kerja GOV. So, mana la tau pasal semua tu. Selesai ujian, baru start
interview ramai-ramai (dalam 5 orang). Saya yang pertama kena introduce diri
dlm B.I then penemuduga bagi soalan untuk saya.

Penemuduga: “Kami tidak begitu berminat nak ambil perempuan jadi


pegawai penguatkuasa sebab kami risau tak sampai sebulan dalam latihan
dah nak letak jawatan.”

Saya: “Maaf tuan, saya tidak setuju dengan pandangan tuan. Lihat sahaja
bilangan calon pada hari ini. 60% adalah perempuan dan kebanyakan
melepasi ujian fizikal tadi.”, Pastu terus je penemuduga menyampuk.

1414 Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan RLTKK V2.0


Penemuduga: “Jadi awak rasa mampu untuk dapat jawatan ni?”

Saya: “Saya yakin tuan dengan latihan dan kursus yang bakal diberikan oleh
kementerian, perempuan dapat bekerjasama dengan lelaki dengan lebih
baik.”

Interview saya tamat dalam jam 6.15 PM. Itupun sebab nama saya bermula
huruf yang awal, yang nama Z tak tau la habis pukul berapa.

2nd Interview ~ K.L (setelah berjaya 1st interview).

Temuduga bersama Dato’ (CEO) & 2 penemuduga lain. First kena introduce
diri. Bila saya cakap satu ayat mesti Dato’ akan mencelah. So, ayat-ayat yang
saya atur kat rumah sebelum ni dah berterabur sebab kene ikut apa yg disoal,
hehe… Lepas tu Dato’ beri soalan secara menyeluruh... so, kt sini sape yang
pantas menjawab agaknye mendapat markah cemerlang, huhu...

Tajuk yang dibincangkan ialah rasuah. Dalam group saya ada seorang ni yang
asyik die aje yang nk jawab dulu dan terlalu pantas. Sedangkan saya baru nak
keluarkan idea-idea, lagi pun soalan memang tak dijangka. Contoh soalan
Dato’, “Saya sebagai CEO & mengadakan majlis perkahwinan anak saya.

Ada seorang wakil dari Alam Flora memberikan sumbangan wang seper-
ti kebiasaan org melayu buat setelah hadiri kenduri. Wakil tersebut beri
saya RM1000. Wajarkah saya menerima wang tersebut?” So, kami pun beri
alasan masing-masing. Tapi mesti ada sahaja bantahan & tentangan dari
Dato’, dan banyak lagi la soalan yg diajukan. Tapi yang pasti tidak ada skit
pun soalan yang menyentuh tentang Akta, Misi, Visi, Objektif, latarbelakang
seperti dalam website.

Habis je interview saya macam dah dapat agak mesti tak berjaya. Sebabnya
Dato’ kurang beri tumpuan kat saya masa tu. So, hari ini saya baru
mendapat result TIDAK BERJAYA. Itulah serba sedikit pengalaman saya...

Dania, Temerloh, Pahang

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan RLTKK V2.0 15


1515
Kisah 8
Salam. Saya Alhamdulillah, sihat. Pengalaman tu memang banyak dah,
tapi untuk sektor kerajaan ni baru sekali, sejak 2001 apply SPA, baru sekali
dapat tawaran temuduga... (bulan 11 2008), itu pun kandas, memang rasa
kecewa yang teramat sangat time tu, yelah kawan-kawan dapat apesal saya
tak dapat, sedangkan bila tanya apa benda soalan yang mereka dapat tu, tak
la susah sangat macam yang saya dapat , but anyway I’m still try, now umur
dah 27 tahun... tak tau sampai bila nak bertahan supaya tak putus asa. Thanks
u advice but sometimes cam tak dapat terima, persoalan sering bermain
di minda, sekarang ni malas nak fikir-fikir pasal ni... just wait la, if ada rezeki
Alhamdulillah, if not pasrah je, sebenarnya tak tau camne nak story, yelah hati
dah tawar, mood pun kantoi. Doa dan tawakkal je sekarang ni.

Aisyah, KB, Kelantan

1616 Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan RLTKK V2.0


Kisah 9
Assalamu’alaikum dan Salam sejahtera kepada sesiapa sahaja yang bergelar
pembaca.

Saya pun ada pengalaman interview dengan kerajaan gak. Lepas habis belajar
kat Universiti saya ada register dengan SPA. Lepas 5 bulan baru dapat
surat suruh pergi interview di Jabatan Kerja Raya kat Jalan Cenderasari, Kuala
Lumpur. Saya dapat jawatan Pembantu Teknik (Elektrik). Kebetulan plak saya
dah kerja dengan syarikat swasta yang ada kene mengena gak la dengan
jawatan yang saya nak gi interview ni.

Saya ada masa 2 minggu untuk buat persediaan. Banyak juga usaha yang
saya buat untuk dapatkan maklumat tentang soalan-soalan yang mungkin
akan ditanya pasal kerja ni. Maklumlah sebenarnya saya langsung tak ada
pengalaman interview secara formal ni. Kerja yang saya dapat sebelum ni pun
interview dia cam gitu-gitu je, sijil pun tak yah bawak.

Otaikan... Ok lah berbalik ngan persediaan yang saya buat, hari- hari lepas
habis waktu kerja saya akan buat research guna internet kat office. Tapi masa
tu memang tension la sebab mana ada orang buat ebook pasal temuduga
kerajaan cam sekarang. Lepas tu saya ada gak tanya ngan senior-senior satu
tempat kerja kot-kotlah diaorang pernah ada pengalaman. Tapi diaorang
pun tak pernah dapat peluang gi interview ngan GOV cam saya ni. Nasihat dia
orang ialah pakai kemeja, pakai kasut, sijil susun kemas-kemas, berlatih cakap
depan cermin. Ringkasnya, pengetahuan tentang apa oalan-soalan yang selalu
ditanya dan macam mana nak jawab soalan saya tak dapat.

Sebabkan saya sibuk bekerja, saya letak ketepi dulu masalah tu. Malas nak
peningkan kepala. Hari interview tu saya sampai awal 10 minit sebelum pukul
8. Sampai-sampai tu terkejut betul sebab dah ada lebih kurang 30 orang
tengah tunggu turn nak interview. Jawatan yang sama lak tu. Hee risaunya.
Masa tunggu giliran tu, saya tanya sorang demi sorang orang yang keluar dari
bilik tu “Cam mana, dia orang tanya apa?”. Majoriti jawab diaorang tanya
pasal dasar kerajaan & dasar perindustrian negara. Sebabkan saya ni
kurang pengetahuan am, saya tanyala jawapannya sekali. Kebayakan yang
gi interview ni pernah dapat interview ngan GOV lebih dari sekali. Yang
tengah berkhidmat dengan Jabatan Kerja Raya pun ada.

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan RLTKK V2.0 17


1717
Masa tiba turn saya, saya ketuk pintu tu. Lepas dia cakap masuk baru saya
masuk. Dalam tu ada 2 orang interviewer, lelaki & perempuan yang sebaya
dengan mak ayah saya. Soalan pertama, sila perkenalkan diri anda dan
ceritakan pengalaman kerja anda. Lepastu dia betul-betul tanya saya pasal
dasar kerajaan & dasar perindustrian negara. Nasib baik saya dah ada
jawapan. Saya rasa jawapan yang saya bagi tu memang paling bagus pernah
saya jawab. Lancar betul. Tak ada gagap langsung.

Tapi tu lah, masa saya tengah bercakap tu saya perasan mata interviewer
perempuan tu tengah bergerak ikut lenggok tangan saya. Pastu kaki saya
pula bergoyang-goyang. Hati mula rasa tak sedap. Takkan nak gerak tangan,
nak goyang kaki masa bercakap tak boleh kot? Soalan yang terakhir dia tanya
“Kenapa awak nak jawatan ni sebab gaji yang kita nak tawarkan ni rendah
berbanding jawatan yang awak ada sekarang?”. “Eemm, sebab ayah saya
cakap kerja dengan kerajaan ni bagus, terjamin masa depan. Saya ni anak
sulung.

Saya nak bantu keluarga saya”. Tu la jawapan ikhlas saya. Mungkin dia rasa
jawapan saya menyentuh hati, maka dia tanya lagi satu soalan “Apa kata-kata
terakhir awak sebelum kita tamatkan sesi ni?”. Saya jawab, saya harap saya
dapat kerja ni & yang lain tu saya ulang balik ayat yang sama macam saya
pernah cakap tadi “Ayah saya cakap kerja ngan kerajaan ni bagus...”.

Sebelum saya keluar dari bilik, interviewer tu ada cakap calon yang berjaya
boleh cek kat website SPA dalam masa 2 minggu. Lepas tu minggu saya
buka website, nama saya takde pun. Moral of the story, masa bercakap
janganlah banyak gerakkan tangan & kaki sebab ia bukan sahaja memenatkan
anda malah memenatkan mata interviewer juga... renung-renungkanlah.

Shukor, KL

1818 Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan RLTKK V2.0


Kisah 10
Sebenarnya saya dah lama kerja kat jabatan kerajaan. Sejak tahun 2004 lagi.
Tujuan saya beli ebook ni pun sekadar nak menambahkan ilmu di dada, tak
rugi kan? Mana tau ada peluang lagi baik, betul tak?

Saya dulu masuk kat tempat kerja sekarang ni tanpa menggunakan sebarang
KABEL pun. Hasil usaha sendiri dengan sekali apply sahaja dan dengan
izin ALLAH swt., padahal orang lain yang mintak kerja kat situ sampai 3, 4 kali
pun masih tak dapat-dapat lagi.

Saya rasa, antara tip-tip supaya berjaya dalam proses temuduga kerja (tak
kira kerja kerajaan atau swasta) adalah kita perlu petah bercakap (maksudnya
bercakap isi-isi yang berkaitan je laa), jujur dan yakin dengan jawapan yang
diberikan, perwatakan dan penampilan diri semasa temuduga.

Saya sendiri telah melalui banyak temuduga sebelum ini di sektor perkilangan
dan kerajaan. Ada yang berjaya dan ada yang gagal. Dan saya akan mengkaji
semula apa yang menyebabkan temuduga saya gagal dan memastikan
perkara tersebut tidak berulang.

Pengalaman kerja juga memainkan peranan yg penting. So jangan malu - malu


menceritakan pengalaman anda yang anda rasa tidak berguna TAPI mungkin
penemuduga tertarik dengannya dan menyebabkan panel penemuduga
berminat untuk memberikan anda kerja tersebut, mana tahu. Dan yang paling
penting jangan sekali-kali putus asa. Usaha sehingga berjaya.

Mayang, KL

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan RLTKK V2.0 19


1919
Kisah 11
Assalamualaikum. Nama saya Diba (nama sebenar dirahsiakan). Saya
merupakan pelajar di sebuah IPTA di utara semenanjung Malaysia dan sedang
menuntut di dalam bidang kejuruteraan. Walaupun begitu, saya
berpengalaman menghadiri temuduga di SPA dan telah mendapat jawatan
tersebut, tetapi terpaksa menolak. Mungkin ini merupakan satu kerugian
bagi saya, tetapi saya ada alasan saya tersendiri mengapa saya menolak
jawatan tersebut.

Setelah mendapat keputusan SPM pada tahun 2004, seperti biasa, saya
mengisi semua borang termasuk UPU, IKBN dan tidak ketinggalan borang
SPA secara online. Memandangkan keputusan yang saya perolehi bukanlah
keputusan yang boleh dibanggakan (3A) sahaja, jadi saya tidak meletakkan
harapan yang tinggi. Saya telah diterima untuk menyambung pelajaran ke
program matrikulasi panggilan kedua selama setahun.

Keputusan saya di matrikulasi juga tidaklah membanggakan dengan mendapat


CGPA 2.44 sahaja. Saya tetap mencuba untuk mengisi borang UPU. Setelah
keputusan UPU diumumkan, saya berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA
dimana saya menuntut sekarang. Tetapi, dalam minggu yang sama saya
mendapat surat panggilan temuduga bagi jawatan Pembantu Tadbir
Kewangan.Tarikhnya adalah pada hari rabu dan hari isnin minggu yang
berikutnya saya terpaksa mendaftar ke IPTA.

Saya mencuba nasib untuk temuduga di SPA dengan niat ingin meraih pen-
galaman perasaan ditemuduga memandangkan saya tidak pernah menghadiri
temuduga. Berikut adalah sesi temuduga yang saya alami.

Saya memakai baju kurung berwarna merah lembut, bertudung putih serta
berkasut tutup penuh dan bersolek ala kadar sesuai dengan imej saya. Dengan
hanya membawa sebuah fail, saya duduk menunggu giliran untuk
ditemuduga sambil ditemani arwah ayah. Sebaik sahaja nama saya
dipanggil, saya masuk dengan perasaan berdebar-debar sambil
memberi salam kepada penemuduga. Setelah dibenarkan duduk, barulah
saya melangkah untuk duduk.

2020 Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan RLTKK V2.0


Penemuduga: Ceritakan serba sedikit tentang diri anda.
Saya menceritakan seringkas mungkin mengenai diri saya seperti nama
penuh, adik beradik, nama ibu bapa, pekerjaan ibu bapa, tempat asal, taraf
pendidikan.

Penemuduga: Sebutkan rukun negara.


Alhamdulillah saya dapat menghafalnya. Penemuduga bertanya kepada saya,
“Dah ada orang bagitau yer...?” Saya hanya menjawab ringkas,

“Kebetulan tuan, saya selalu mendengar iklan di televisyen...” Mereka hanya


tersenyum dengan jawapan saya.

Penemuduga: Apakah nama yang dipertuan Agong?


Saya lupa nama penuh yang dipertuan Agong yang pada masa itu ialah
Sultan Perlis, tapi saya tetap mencuba, saya tidak dapat menjawabnya,
dengan sopan saya meminta maaf.

Penemuduga juga ada menanyakan saya istilah yang digunakan dalam akaun,
tetapi saya jujur mengatakan saya tidak pernah mendengar kerana saya tidak
mengambil subjek akaun.

Penemuduga: Apa isu yang hangat diperkatakan dalam negara masa kini?
Saya menjawab tentang dasar kerajaan yang mengutamakan pertanian
sebagai usaha untuk meningkatkan hasil pertanian di negara kita. Saya hanya
manjawab ala kadar berdasarkan pembacaan saya dan saya juga mendengar
pendapat mereka tentang isu ini. Saya juga tudak membangkang pendapat
mereka sebaliknya hanya mengangguk dan mendengar pendapat mereka.
Saya hanya bersuara apabila ditanya.

Kemudian, saya diberi peluang untuk bertanya, tetapi saya hanya berkata,”-
Saya tiada soalan untuk ditanyakan, tetapi, saya amat berharap saya akan
diterima untuk jawatan ini. Saya akan berusaha untuk menjalankan tugas
walaupun saya tiada pengalaman untuk menguruskan akaun. Saya akan
bertanya pada mereka yang lebih pengalaman supaya saya dapat
menjalankan tugas dengan baik. terima kasih.”

Itu sahaja yang saya ucapkan.

Diba, Kedah

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan RLTKK V2.0 21


2121
Kisah 12
Salam hormat Encik untuk pengetahuan saya merupakan lulusan universiti
berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Kedua Atas. Grad
pada 2002, start pada tu tiap-tiap tahun saya renew permohonan dalam
perkhidmatan awam. Bayangkan encik, dalam tujuh tahun ni saya berhempas
pulas mendapatkan kerja yang bersesuaian tapi tak berjaya. Impian saya nak
berkhidmat dalam perkhidmatan awam.

Tapi sampai sekarang belum dapat, saya sabar dan mencuba lagi. Selama
ni memohon hanya dua kali ditawarkan temuduga. Jawatan Pegawai Tadbir
dan Penolong Pegawai Tadbir. Saya prepare untuk setiap temuduga, tapi kat
mana silapnya, saya tak tau... saya sedih, keluarga susah mak dan ayah cuma
pesawah padi yang dah uzur.

Duit dah banyak habis... beli borang, setem, fotostat sijil-sijil dan macam-
macam lagi. Setiap iklan dalam paper saya mohon. Hanya tuhan yang tahun
penderitaan emosi saya selama 7 tahun ni. Sekarang ni saya menganggur
kerana tiada pekerjaan, sempat bekerja sebagai kerani di kedai kecil.
Pendapatan pun cukup-cukup makan adalah dalam RM500.00 sebulan.

Bila gagal dua kali temuduga, ianya merupakan kesan yang besar bagi saya,
seminggu saya macam diawang-awangan. Stress... tak dapat menerima
hakikat ni... walhal semua saya dah study apa yang akan ditemuduga nanti.
Saya akur akhirnya mungkin tiada rezeki. Encik, sejak saya study lagi cita-cita
saya nak berkhidmat dalam sektor awam kerana persaingan yang sungguh
sengit dikalangan lulusan ijazah untuk mendapatkan kerja. Saya juga
memohon jawatan yang mensyaratkan kelulusan STPM.

Saya berdoa supaya semangat saya tak padam untuk memohon dalam
perkhidmatan awam. Sayu dihati ni, emak saya menangis melihat keadaan
saya kerana sejak dari sekolah lagi saya berhempas pulas belajar, sanggup
bersusah payah demi pelajaran bila berjaya nanti nak tolong keluarga... tapi
sampai sekarang ni saya tak mampu. Jadi untuk pengetahuan cik, saya adalah
diantara lulusan ijazah yang merasai betapa perit dan maungnya bila gagal
dalam temuduga. Semoga encik dapat memberi dorongan atau kata nasihat
yang perlu saya lakukan sekarang. Terima kasih.

SHIDA, Alor Setar, Kedah

2222 Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan RLTKK V2.0


Kisah 13
Disini saya ingin menceritakan pengalaman dan kejayaan saya tentang
temuduga yang saya hadiri tempoh hari. Mungkin kisah ini terlalu panjang
tapi ia bermakna buat saya.

Sejak saya memiliki line internet dirumah, memang saya gemar melayari
internet, tapi bab yang positif la. Selepas Saya tamat exam stpm, hati saya
terpanggil untuk mencari pekerjaan di internet. Lalu saya cari lah laman web
kerja kerajaan, manalah tau ada jawatan kosong yang ditawarkan, sebab saya
memang inginkan kerja di Sektor Awam.

Cari punya cari, saya terpandang satu tajuk yang Saya kira sangat menarik
iaitu e-book rahsia lulus Temuduga Kerja Kerajaan. Saya berkata, wah! Ini
sudah bagus... Mengenangkan saya pun tidak ada pengalaman dan
pengetahuan tentang interview dalam sektor awam, maka saya pun klik pada
tajuk tersebut, bila dikaji, saya nak memiliki e-book 2 untuk dibuat rujukan.
Saya pun membelinya dengan melalui beberapa proses.

Setelah saya memiliki e-book tersebut, saya baca dari awal hingga habis,
sehingga paham. Oh lupe pulak, satu hal lagi, sebelum ini saya dah banyak
send resume di tempat-tempat kerja samada sektor awam dan swasta. Selang
3 minggu Kemudian, saya dapat panggilan dari Regency Specialist Hospital.
Mereka menawarkan jawatan Data Entry Clerk kepada saya. Saya pun apa lagi
terus setuju la. Esoknya saya pergi interview di hospital tersebut. Pakaian saya,
gaya saya, cara percakapan saya semuanya saya ikut daripada E-book lulus
temuduga SPA tersebut. Kiranya saya dan bersedia dari awal, ini semua berkat
dari saya membaca E-book tersebut.

Semasa diinterview, saya disoal dalam bahasa Inggeris. Antaranya seperti


please introduce your personal in English, what you can do if you get this
job. Lebih kurang cam tu la soalannye, pulak tu saya tak boleh berbahasa
Inggeris dengan cekap tapi saya cuba menjawab soalan mereka dengan
tenang, senyuman dan yakin. Kadang-kadang kena gelak juga dengan
mereka. Mungkin salah kot bahasa Inggeris saya tapi tak pe lah asalkan saya
tak diam membisu. Masa selesai interview tu saya cakap la, thanks, hope we
can meet again at other time, hehe… hentam saja lah.

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan RLTKK V2.0 23


2323
Selang 3 hari, saya dapat panggilan sekali lagi dari Regency Specialist
Hospital. Akhirnya jawatan Data Entry Clerk jatuh di tangan saya. Berjaya juga
akhirnya. Opss... lupa nak cakap, masa saya pergi interview ade 4 orang calon
lain masa tu.

Emm... saya sekarang ni dalam office, kebetulan ada masa terluang. Kerja
pun dapat diselesaikan awal. So, saya ambil peluang ini untuk menceritakan
pengalaman saya. Kalau e-book ini saya tak baca atau tak ada, mungkin saya
tak dapat pekerjaan sekarang ini. Yelaa... mungkin pakaian saya ikut suka hati,
tak tau adab-adab sebelum, semasa dan selepas interview... Betol tak???

So, saya nak ucapkan terima kasih kerana menyediakan e-book ini. Saya rasa
semua orang yang belum dapat pekerjaan tapi kelulusan bagus patut memiliki
e-book Ini untuk dibuat rujukan. Sekian terima kasih dan selamat maju jaya
sesiapa yang membaca kisah ini. Tapi dengan syarat... setelah memiliki e-book
ini, anda perlu baca banyak kali sehingga faham. Tak da maknanya kalau beli
tapi tak baca tak paham dan tak praktikkan.

K bye..

Ina, Labuan

2424 Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan RLTKK V2.0


Kisah 14
Saya turut bersimpati dan harap cik Shida bersabar mungkin itu ada dugaan
hidup kerana ada orang yang lebih susah daripada kita. Seperti dia, saya
juga seorang yang diketegorikan orang miskin. Saya terpaksa menanggung
pembelajaran sendiri dengan kerja sambilan dan hanya cukup untuk
menampung kehidupan apatah lagi dengan kehidupan di bandar KL.

Ayah saya hanya penoreh getah dan tidak mampu menampung adik- beradik
kami yang ramai. Hanya saya seorang yang merantau ke Kuala Lumpur
untuk melanjutkan pelajaran dan berusaha berkerja sambilan untuk
menampung kehidupan sendiri dengan harapan mendapat perkerjaan yang
lebih baik selepas tamat pengajian kelak.

Saya juga terpaksa berjauhan dengan keluarga yang berada di Sabah.


Walaupun ayah saya tidak dapat mengirim duit untuk perbelanjaan saya tetap
kuat dan tabah untuk mencari rezeki disini. Tapi saya tidak pernah salahkan
ibubapa saya malah harapan saya suatu hari nanti saya dapat memberikan
mereka kehidupan yang lebih baik.

Saya juga berasa tertekan bila saya tamat pengajian nanti adakah nasib saya
sama dengan garaduan-garaduan lain apatah lagi saya hanya taraf diploma
landscape sahaja. Tapi dengan adanya nasihat dan panduan saya rasa saya
lebih tenang menghadapi kemungkinan dan sentiasa berdoa kepada Tuhan.

Sue, Semporna, Sabah

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan RLTKK V2.0 25


2525
Kisah 15
Dari seorang peguam syarie (nama dirahsiakan).

Salam.... Terima kasih ya atas email yang berguna tu. Saya pun ada satu
pengalaman temuduga yang nak dikongsi ni. Ok ceritanya macam ni...Pada
tahun 2006, bulan 10 saya baru jer habis praktikal kat Penjara Pengkalan
Chepa pada bulan tersebut juga saya kehilangan ibu tersayang, Al-Fatihah.
Habis praktikal saya kahwin dan ikut suami ke Kuala Terengganu.

Dalam bulan 12, 2006 saya di panggil temuduga untuk jawatan Penolong
Pegawai Syariah. Tempat temuduga di Kelantan. SUK Kota Bharu. Hari
ditemuduga tu saya pakai baju kurung warna kuning lembut, tudung
warna hitam dan kasut penuh. Saya datang temuduga ni tak der persiapan
langsung. Masa tengah menunggu giliran tu, adala saya tengok ciri-ciri Islam
Hadhari. Sampai giliran saya di panggil, Ya Allah... berdebarnya... tapi masih
cool lagi.

Soalan yang pertama di tanya mcm biasa... background kita. Lepas tu masuk
isu semasa...bab hal keluarga... isu kahwin dan bercerai... Lastnyer bila
penemuduga bertanya ”Macam mana nak masuk kerja kerajaan sedangkan BI
saya tak lulus dalam SPM...” Lantas saya menjawab la... memang dalam sijil
saya tak lulus... tapi saya boleh bercakap BI... lantas mereka menyuruh saya
bercakap dalam BI... so, saya tunjukla kebolehan saya...

Selepas daripada itu, siap la sessi temuduga saya antara ramai-ramai yang
ditemuduga, sayalah yang paling lama ditemuduga. Alhamdulillah... bulan 4,
2007 saya berjaya dipanggil untuk jawatan tersebut. Sekarang saya
bekerja sebagai peguam syarie. Itulah pengalaman saya semasa
ditemuduga. Apa yang penting kita mesti berani mempertahankan hujah
kita.

Peguam syarie (nama dirahsiakan).

2626 Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan RLTKK V2.0


Kisah 16
(Versi asal dikekalkan - versi dialek Sabah.)

Helo. Selamat petang, saya orang Sabah. Tinggal pedalaman dan kebanyakan
anak kampung saya bekerja kampung. Mungkin masa saya tu bilangan anak
kampung saya jarang dapat sambung belajar sampai degree. Mungkin saya
salah seorang yang bertuah. Ini pengalaman saya ketika di interview.

Selepas sahaja saya tamat pengajian di UMS Kota Kinabalu dalam degree
akaun selama 4 tahun. Saya menjalani pratikal ketika semester terakhir. Saya
pratikal selama 3 bulan dan diserapkan sebagai permanent staff di audit firm
sebagai tax consultant sebab saya senang dengan kerja ni. Lagi pun semasa
semester break ketika di UMS pun saya selalu buat part time di company ni
jadi saya rasa mereka terus mangambil saya. Saya suka dan senang dgn kerja
ini. Senior manager yg bagus dan partner (big boss) yang concern dengan
welfare pekerja.

Saya juga ada memohon jawatan kerajaan Gred 41 dengan rezeki Tuhan saya
di panggil exam untuk memasuki skim 14 jawatan Gred 41. Saya seorang
sahaja yang lulus dari antara coursemate saya yang sama-sama apply jawatan
berkaitan. Tidak lama kemudian saya dipanggil untuk first temuduga jawatan
penguasa kastam W41. Saya memang excited dan buat persiapan rapi seperti
cari carta organisasi jabatan, cara kerja kastam, apa yang kastam buat, tugas-
tugas kastam.

Awal pagi saya datang interview ketika itu saya masih kerja dengan audit
firm swasta. Time interview tu, saya orang pertama diinterview dan saya san-
gat nervous sebab saya punya fizikal adalah yang paling kecil sebab angga-
pan saya kastam hanya mau mereka yg tegap, tinggi, kuat. Dalam hati saya
berbisik, tak apalah saya sudah sampai baik teruskan sahaja.

Ketika masuk saya ketuk pintu bagi salam selamat pagi. Saya tak duduk
terus selagi dia tak benarkan saya duduk saya tidak duduk. Pastu dia bagi
duduk and suruh perkenalkan diri dlm bahasa Inggeris. Saya jawab dengan
senyuman. Ketika wakil jabatan kastam tanya saya soalan- soalan yang pelik-
pelik.

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan RLTKK V2.0 27


2727
Saya jawab berdasarkan apa yang saya kaji sahaja. Dan dengan saya tak
sangka-sangka panel tu soal saya dan dia pula yang jawab sendiri. Saya just
mengangguk sahaja dan seolah- seolah sesi temuduga tu macam jadi berbual
antara kawan tapi saya tak lebih-lebih. Sebab saya juga ingin tahu bidang
tugas kastam. Bila saya habis interview, kawan selepas saya bagitahu saya
berada di dalam bilik interview dekat 45 minit.

Selepas interview tu saya selalu pigi church and bawa dalam doa semoga
disitu rezeki saya. Syukur Tuhan, saya di panggil untuk lapor diri di akademi
akmal Melaka pada 27 julai 2008, dengan secara kasarnya saya sudah
berkhidmat di Jabatan Kastam Diraja Malaysia hampir 8 bulan dan bertugas
sebagai Penguasa Kastam W41 di stesen Sandakan.

Biarlah kita jauh di pedalaman sekalipun, kalau kita berusaha dan tekad
pasti disitu rezeki kita. Saya bersyukur sangat-sangat. Even fizikal kita kecil
jangan lah kita rendah diri, mesti kita ada kekuatan dalaman lain yang orang
tegap atau kuat ada. Mungkin kita pandai membawa diri ketika interview,
mudah terima nasihat dan pandangn ketika panel memberi soalan yang kita
tahu nak jawab.

John, Sabah

2828 Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan RLTKK V2.0


Kisah 17
Assalamuailaikum semua... maaf saya dah lama tak baca email yang
dikirimkan, sebenarnye saya sibuk dengan kerja. Disini saya ingin berkongsi
pengalaman saya menghadiri temuduga saya pada bulan lepas. Saya
mengucapkan ribuan terima kasih kerana banyak memberi tips kepada saya,
dan sudi memberikan saya meminjam dahulu buku, saya akan bayar kepada
nanti. Maaf lewat bayar kerana saya ada sebab-sebab tertentu.

Nama saya Awin. Saya nie orang susah. Selepas saya tamat SPM, saya tidak
lagi melanjutkan pelajaran saya kerana saya ingin membantu ayah saya.
Walaupun saya tamat SPM tapi pelbagai saya dah lakukan sebelum saya
menunggu keputusan SPM saya bekerja sebagai pembantu kantin di
sebuah sekolah tapi apa yang menyedihkan saya, semasa saya bekerja di
kantin tersebut saya perna dihina oleh seorang guru.

Berbagai hinaan diberikan, tapi dia tak memahami situasi saya pada masa tu,
sepatutnye guru itu berbangga ngan saya, sekurangnye saya tidak melakukan
benda yang tidak berfaedah. Selepas itu, keputusan SPM saya diumumkan.
Saya mendapat keputusan yang memuaskan. Berbagai peluang telah sampai
kepada saya untuk melanjutkan pelajaran saya. Tetapi saya terpaksa menolak
kerana saya ingin membantu ayah saya, lagi pula ayah sakit pada masa itu.

Selepas saya mendapat keputusan SPM, saya terus mengisi borang SPA.
Pada masa dulu borang kena beli. Setahun saya menunggu saya tidak di-
panggil untuk temuduga, tapi saya tidak putus asa, saya tetap berusaha untuk
mengisi borang tersebut. Saya bekerja sebagai operater pengeluaran di
sebuah kilang. Cukup la untuk menampung keluarga saya. Selama 7 tahun
saya mengisi borang SPA, pada bulan lepas saya dipanggil temuduga untuk
pertama kalinya. Saya begitu seronok bila dipanggil untuk temuduga.

Sebab dah lama saya tunggu peluang nie. Setiap hari saya berdoa agar diberi
ketenangan semasa temuduga tersebut, setiap hari jugak la saya melakukan
sembahyang hajat. InsyaAllah kalau diberi rezeki adalah rezeki saya. Lagipun
result belum keluar lagi. Semasa saya menghadiri temuduga tersebut, saya
memakai baju kurung biru. Orang kata serba biru la. Sampaikan penemuduga
memuji saya, hehe... hilang la sikit kekalutan saya pada masa itu.

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan RLTKK V2.0 29


2929
Saya bersyukur kerana penemuduga itu tidak la garang seperti saya dengar
sebelum nie. Soalan yang diberikan diluar jangkaan saya. Ada juga dia
tanyakan saya soalan selingan yg tidak ada dalam fakta, hehe... Tetapi saya
jawap jugak. Oleh kerana saya orang taiping, dia tanyakan saya tentang
restoran doli yg famous di Taiping. Saya cuba juga menjawab soalan dia.
Mungkin dia nak tengok cara kita menjawab atau ingin kemesraan kita
tehadap layanan kita.

Dia hanya bertanya perdana menteri ke-6 dan slogan beliau. Saya menjawab
dengan tenang nasib baik saya dah menghafal, hehe... Dan penemuduga
itu banyak berborak ngan saya. Entah la saya pun tak pasti saya akan lulus
ataupun tidak. Saya berharap doa saya termakbul untuk bekerja di sektor
awam ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana banyak
memberi dorongan kepada saya dan tips-tips yang diberikan.

Masrini, Johor

3030 Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan RLTKK V2.0


Kisah 18
Terlebih dahulu saya mohon maaf sebab lambat reply email. Untuk
pengetahuan, saya masih lagi bkerja di company swasta dekat 10 tahun
sudah. Dalam tempoh itu juga saya tidak pernah beputus asa untuk memohon
kerja di jabatan kerajaan tapi sampai sekarang masih belum ada rezeki lagi...
Bulan 11 tahun lalu (2008) saya ada pergi temuduga di SPP dan baru-baru
nie saya hanya layak sebagai “CALON DALAM SIMPANAN” memang confirm
tidak dapat la kan...?

Lagi pun saya ada baca pihak kerajaan hanya ambil yang lepas sekolah atau
umur mereka yang masih di bawah umur 30-an, sedang kan saya sudah
berumur 32 tahun. Memang harapan agak tipis, lagi satu saya juga ada
dengar kalau salah satu suami atau isteri kerja kerajaan peluang untuk dapat
pun susah kan? Untuk pengetahuan Jamulludin, suami saya bekerja di jabatan
kerajaan. Dalam tempoh 12 tahun saya mencuba nasib sampai la sekarang
hanya berjaya ketahap TEMUDUGA sahaja...

Kalau di fikiran balik kos perbelanjaan dan masa terbuang begitu sahaja kan,
tapi apa boleh buat nasib belum ada. Mungkin sampai pencen la saya di
sektor swasta nie, hehehe...Banyak kali juga dipanggil temuduga ada 5
kali la, tapi semuanya tidak berjaya. Sabar la didada. Sakit hati juga tengok
kawan kerja di sektor kerajaan tapi boleh buat tidak ada siapa yang boleh
membantu kan...? Sekarang nie mcm saya sudah ambik keputusan untuk tidak
mencuba lagi sebab umur pun sdh lanjut. Ok la... Bye.

Hasnah. Johor Bahru, Johor

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan RLTKK V2.0 31


3131
Kisah 19
Wa’alaikummussalam. Saya disini sihat belaka, saya harap saudara pun sihat
juga disamping keluarga tersayang. Saya baru selesai temuduga hari ni, terasa
lega sedikit dari bebanan. Selepas temuduga kali saya berasa gembira dan
seronok sangat. Pertama sekali saya nak ucapkan sekali lagi terima kasih
telah memberi sokongan kepada saya dalam menghadapi temuduga kerajaan.

Setelah mempraktikkan segala tips-tips e-book semasa temuduga, saya lebih


berkeyakinan semasa temuduga tak pernah saya mendapat keyakinan seperti
ini sebelum membaca e-book. Semua soalan-soalan yang ditanya penel saya
jawab dengan tenang, releks cool je. Standard soalan perkenalkan diri, ape
lagi saya bagi die buah pukul yang petama saudara Jamal ajar le.

Cerita nama semua latar belakang pastu saya masuk ayat sejak dari kecil saya
membentuk kejayaan bla, bla… sampai habis cerita pengalaman, bam, bom,
bam, bom. Pastu die plak tanye saya soalan-soalan dari pengalaman kerja
saya, saya jawab semua die tanye. Saya kena soalan rukun negara, pastu die
suruh saya terangkan maksud keluhuran perlembagaan wah… panik juga di
buat nye tapi saya jawab ape yang saya mampu dan selebih saya sambung,
saya minta maaf saya kurang pasti tuan.

Sampai yg terakhir, merupakan ribuan diluar sana, bla bla… sampai


habis. Saya lihat penemuduga senyum dan macam berminat dengan
saya. Selebihnye saya tawakal. Saya hampir giveup dulu sebab tengok
statistik 2600 nak pakai 12 orang memang giler saingan, tapi memberi
semangat kepada saya, saya kuatkan semangat dan cuba buat yg terbaik,
banyak tu pengalaman temuduga saya kali ni saya betul-betul
bersedia. Saya telah pun berusaha ape yang termampu selebihnya saya
berserah kepada Allah. Ape pun insyaAllah jika result die keluar saya akan
cuba kongsi.

Sekian, terima kasih.

Alia, Terengganu

3232 Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan RLTKK V2.0


Kisah 20
Di sini saya ingin kongsikan sedikit pengalaman saya sewaktu menghadiri
temuduga. Mungkin pengalaman saya ini mampu menambah maklumat
ebook saudara. 4 tahun dulu saya adalah salah seorang ribuan di luar sana
yang mengganggur. Apalah yang hendak di banggakan, berbekalkan
segulung Diploma dalam bidang Kejuruteraan Komputer dan CGPA hanya
2.52 sahaja! Memang mustahil saya nak dapat kerja.

Saya pernah menghadiri temuduga Sektor Awam sebanyak 4 kali, kali terakhir
baru saya dapat setelah saya dapat rahsia dari kawan baik saya. Kawan
baik saya bernama Sharina, anak kepada seorang pegawai atasan tentera,
ibunya juga seorang pegawai tinggi kerajaan berkhidmat di Kem Jabatan
Kerajaan. Sharina mmg seorang yg pandai, CGPA 3.25, dan keistimewaan
yg ada pada sharina adlah dia seorang yg petah berkata2 dan mampu
membuat org terkedu apabila berhujah.

Jadi, tidak mustahil jika sharina boleh dpt keje, kabel besar kan? Tapi dia
menafikan sekeras2 nya, dia tidak menggunakan kedudukan yg ada pada
ibu dan ayahnya untuk medapatkan kerja sehinggakan setelah dia dapat,
ibubapa sharina terkejut kerana mereka pun sendiri tidak tahu bila anak
mereka menghadiri temuduga.

APA RAHSIA Sharina PADA SAYA?

Saya melangkah masuk, berpakaian kemas baju kurung warna ungu, serba
unggu, saya fikir ungu itu warna lembut dan itulah baju pertama saya pakai
kembali sewaktu melapor diri ke JPA. Saya hanya bermekap ala kadar sahaja,
Saya adalah calon yg ke 13, saya dtg lambat, hari tu interbiu ada 15 calon.
saya sampai pukul 7.30 pagi dan pukul 12.30 t/hari baru dipanggil masuk.
Setiap calon disoal selama 20-30 minit tetapi saya hanya 15 minit sahaja, rasa
mcm tak puas pulak. Hehe...Sewaktu menghadiri temuduga, ini adlah sesi
soalan antara panel dan saya setelah apa yg diajar oleh sharina.

Panel: Boleh Puan Sue ceritakan serba sedikit mengenai latar belakang?

Panel : Baiklah, siapa nama sultan Perak?

Masa ini saya jawab penuh, DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibuddin
Shah ibni Almarhum Sultan Yusuf Izuddin Shah Ghahrullah.

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan RLTKK V2.0 33


3333
Masa tuh 2 org panel terkedu, dalam banyak2 calon saya yg jawab panjang
dan penuh. Saya selamba je jawab, tuan tak perlu soal saya lagi sebab saya
dah tanya kepada semua calon sebelum ini soalan yang bakal di soal dan
semua dah ada jawapan. Mereka ketawa.

(Soalan IT) Puan Sue, apa yg awak tahu mengenai system terbuka atau open
source?

Masa tuh saya blank sangat, tapi saya tetap maintain senyum dan cakap
“maaf tuan, saya pernah dengar tapi dah lupa”

Soalan pasal networking, saya terangkan mengenai LAN, MAN dan WAN.
Mengenai isu semasa, pasal perbentangan budget 2005. Saya cerita kan apa
yg saya tahu sehingga panel kata OK.

Last sekali, sewaktu dia beri saya peluang untuk bercakap sebelum sesi
tamat. Masa nih saya gunakan peluang sebaik mungkin, “Tuan, saya adalah
antara ribuan di luar sana yg mengharapkan dapat berkhidmat di sektor awam.
Saya sedar saya bukanlah pandai, terbaik tetapi jika tuan memberi peluang
untuk saya berkhidmat di sektor awam ini, saya akan gunakan peluang ini
untuk memperbaiki kelemahan saya dan belajar untuk jadi yg terbaik. Tiada
satu pun manusia di dunia ini yg terus jadi pandai tanpa berusaha dan terus
belajar kan? Sewaktu saya cakap nih, saya tenang dan tenung mata mereka
dalam2.

Salah seorang drpd panel itu senyum pada saya dan berkata,” terima kasih
kerana menghadiri sesi temuduga ini, insyaallah saya akan tolong kamu,
semoga kita berjumpa lagi.

Saya melangkah keluar dengan satu perasaan yg lega dan saya yakin saya
dapat jawatan ini, betul setelah 4 bulan saya di tempatkan di Jabatan Statistik,
Putrajaya. Yg hairannya salah seorg kawan saya turut serta menghadiri
interbiu, CGPA dia 3.4 namun dia tak berjaya.

Kesimpulan yg saya dapat adalah tak semua yg memperolehi CGPA tinggi


mampu menjawat jawatan di Sektor Awam namun berbekalkan keyakinan
dan semangat yg tinggi mengatasi segalanya. Saya tidak keberatan untuk
berkongsi maklumat dengan saudara, jika ada apa soalan boleh tanya lagi

Salam hormat,

Puan Sue, Perlis

3434 Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan RLTKK V2.0


Kisah 21
Thanks di atas tips yg diberikan. Tahun lepas saya ada interview untuk jawatan
pustakawan di UPM, tapi jawapannya adalah dukacita & jika dapat interview
untuk tahun ini saya ingin menjawapnya dengan lebih baik & yakin. Antara
soalan yang saya rasa senang jawab tapi digelak oleh penemuduga ialah :-

1) Seperti Yang Kita Maklum, Library Upm Adalah Sebuah Library Bagus,
Bagaimanakah Cara Untuk Memantapkan Library Ini?

Saya jawab : Dengan menambahkan lagi koleksi buku/ membuat susun atur
meja supaya menjadi lebih menarik.

Penemuduga : Tak cukup lagi ke buku2 kat library ni?/ susunan atur kat library
tak menarik ke? (***dah dia tanya utk memantapkn lagi library, bila saya jawab,
dia membidas pulak...mmg saiko betullah.)

2) Mengapa Student Tak Berminat Datang Ke Library?

Saya jawab : Mungkin student suka belajar secara online, atau mencari bah-
an/maklumat diinternet, lebih memudahkan....

Penemuduga : Di library pun ada internet... tapi tidak ramai yg


menggunakannya?

Saya jawab : Kebanyakkn student ada notebook, laptop sendiri...pkai internet


secara wiyerless...

3) Bagaimana Cara Untuk Menarik Minat Pelajar Datang Ke Library?


Saya Jawab : Tambah Koleksi Bahan-Bahan Bercetak & Elektronik,
Membuat Promosi, Ubah Suasana Persekitaran

Penemuduga : saya rasa library upm dah terbaik, tapi sambutan student tetap
kurang, penuh apabila student nak exam jer...(***bila saya jawab, tapi asyik
kena saiko & gelak jer...secara automatik saya tau saya akan gagal dlm intvw
ini. Jadi, bagaimana caranya saya dpt menjawab dengan lebih matang &
meyakinkan penemuduga? )

Sekian, terima kasih.

Muhammad, KL

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan RLTKK V2.0 35


3535
Kisah 22
Pengalaman semasa menghadiri temuduga Pegawai Teknologi Maklumat
untuk JPS. Masa interview dulu saya ditemuduga oleh 3 orang ahli panel
terdiri daripada Senior Manager (dato), Human Resourse Manager dan dari
jabatan IT sebab jawatan yang dipohon Pegawai Teknologi Maklumat.

Seingat saya pada waktu tu diduga oleh ahli penal satu (dato). Soalan yang
ditanya berkaitan tentang diri kita.. siapa nama? Tinggal dimana? Course
apa yang diambil?kalau yang sudah bekerja, berapa gaji? Kenapa nak masuk
agensi kerajaan? Yang ni kena betul-betul jawab yang penting jawapan smart
dan banyak lagi.

Panel ke -2 pula dari bahagian HR . Nama-nama menteri semasa sangat


penting kalau boleh hafal lagi baik. Masa disoal dulu saya ditanya berkaitan
dasar-dasar utama kerajaan seperti DEB, Dasar Pandang Ke Timur, Dasar
Perindustrian. Ada yang dapat jawab dan ada pula yang tak berapa confident.
Isu-isu semasa sepanjang temboh 2-3 minggu sebelum interview mesti tahu
berkemungkinan juga ditanya

Soalan seterusnya dari panel ke 3 dari jabatan IT. Masa saya dulu nasib baik
lah soalan yang ditanya tu simple jer seperti apa itu database? apa perbezaan
column dan row (tapi perlu diingat soalan macam nie senang pun ada yang
tak dapat jawab), kalau anda dapat pos ni dan ditugaskan di lab komputer ape
polisi yang anda akan laksanakan? Apa peranan dan skop tugas anda sebagai
pegawai teknologi maklumat.

Perkara lain yang masa tu 2 orang daripada 3 orang panel minta saya berbual
dalam English tapi saya rasa depends on post la. Selain tu pakaian, sikap perlu
dijaga. Pada pandangan saya 1st impression amat penting. Saya masih ingat
lagi masa dah tiba masa nk interview saya masuk lambat sebab sibuk nak susun
fail kat luar. Apa lagi kena sound kat panel Kerja last minit katakan. tapi rezeki
menyebelahi saya . Akhirnya saya berjaya berjuga. Terima kasih saya ucapkan
buat orang tua saya yang sentiasa memberi sokongan pada saya.

Thanks,

Azlan, Kamunting, Perak

3636 Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan RLTKK V2.0


Kisah 23
Semasa temuduga selalunya dijalankan dalam dua bahasa, Kalau diorang
tanya dalam BM, jawab dalam BM tapi Kalau diorang tanya dalam BI, mesti
jawab dalam BI. Kebiasaan terdapat 2 atau 3 orang panel yang menemuduga.
Salah seorang daripada mereka adalah dari JPA/ SPA dan seorang lagi dari
Jabatan/ Kementerian yang terlibat. Selalunya soalan pertama bagi yang nak
jadi Pegawai Teknologi Maklumat, Kenapa nak jadi PTM? kenapa nak kerja
dengan kerajaan? Soalan macam ni kena jawab dengan betul-betul dan ikhlas,
tanya pada diri sendiri kenapa?

Jangan sekali kali bagi jawapan yang bukan2 takut nanti memakan diri sendiri.
If the panel, impressed with your first answer, the later question will be easy
for you. Soalan seterusnya yang akan ditanya adalah soalan yang berkaitan
dengan pengetahuan am. Selalulah baca utusan malaysia, ketahuilah situasi
politik tempatan dan luar negara serta perkembangan semasa tempatan dan
dunia, ambil tahu juga pasal islam hadhari, Projek Koridor,e-goverment, MSC,
Wawasan 2020, tentang kabinet malaysia, parlimen dan sebagainya.

Bahagian teknikal pula mereka akan tanya tentang ape yang kita pelajari tapi
tak adalah yg teknikal sangat. Apa-apa pun buat lah persediaan yang rapi.
Kalau tidak tahu atau tak pasti tentang soalan yang dikemukakan jawab saja
tak tahu jang sesekali mereka reka atau belasah jer. nanti terbagi jawapan
salah, nampat sangat kita tak bersedia dan memalukan saja. biasanya mereka
akan tanya pasal government punya application atau basic IT question, e.g.
HRMIS, eSPKB, ePerolehan, camna nak setup basic networking, komponen
sesebuah PC.

Ada juga soalan yang boleh dikatakan soalan bonus contohnya mereka nak
dengar kita punya pendapat, macamana kita nak berhujah, sebagai contoh
dia akan tanya asal mana? Siapa YB kawasan tu? Apa sumbangan YB tu? Apa
pendapat kita kalau YB kawasan kita dari pihak pembangkang? Apa pendapat
kita kerajaan naikkan harga rokok? Sekian saja yang dapat saya kongsikan
bersama untuk rakan-rakan. Dan bila result keluar, saya berjaya dalam
temuduga tersebut!!

Hazman, Bangi

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan RLTKK V2.0 37


3737
Kisah 24
Teringat lagi masa menghadiri sessi temuduga dulu. Macam – macam
temuduga saya hadiri sama ada agensi swasta atau kerajaan semua saya hadir.
Untuk mencuba nasib. Apa yang saya nak berkongsi disini tentang sessi
temuduga bagi agensi kerajaan. Kerana semasa temuduga untuk jawatan pTD
saya sekarang sebagai penjawat awam.

Saya rasa macam pegawai SPA (dato) je yang tanya semasa sessi temuduga
tersebut dan 2 orang dari Jabatan terlibat. Saya akan berkongsi sedikit
sebanyak bentuk-bantuk soalan semasa sessi temuduga saya dulu. Saya
bahagikan kepada 2 iaitu ;

SOALAN TEKNIKAL:

1. Apa itu SDLC.. sebutkan step2nya.

2. Sebutkan technique2 utk testing. Tapi masa tu ingat satu je. black box
testing dan explain kat mereka.

3. Beza portal dan website. Masalahnya hari2 buat ni tp terlupa. cuma


sempat bgtau portal website yg interaktif.lupa nak cakap patut bagi
tau portal tu gerbang dan ada byk aplikasi.

4. Penah dengar Prototyping? Apa beza dengan SDLC?

5. Isu propriety (ditanya oleh org SPA).. kebaikan keburukan guna sistem
yang tak perlu propriety macam OSS. Pastu tanya mana halatuju kita
kalau dilantik.. dan kenapa?

6. Dia tanya tau ke ISP? Tapi saya macam tak confident jer jadi saya tanya
balik Internet Service Provider ke? Dia gelak je kata bukan..
Information System Plan. Saya cakap je tak tau so dia tanya soalan lain.

3838 Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan RLTKK V2.0


SOALAN UMUM :

1. Dia minta perkenalkan diri dalam BI, kenapa mohon jawatan itu.
Masa tu saya jawab apa yang terfikir jer. Harap-harap mereka terima.

2. Mereka tanya tentang gaji sekarang berapa? Tak kisah ke pasal gaji?
So saya cakap peluang untuk career advancement lebih cerah..dan
ada peluang utk sambung study. Ada pencen untuk hari tua,
disamping ada peluang menghadiri kursus percuma dan lebih
pentingkan kepuasan bekerja.

3. Makna FAM?.. Isu-isu terkini yang melibatkan FAM? Pandangan kita


bagaimana nak memajukan sukan bola sepak di malaysia di persada
antarabangsa?

Jadi, saya rasa itu sahaja yang dapat di kongsi.

Oleh

Nurazlina, Melaka

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan RLTKK V2.0 39


3939
Kisah 25
Salam

Saya rasa terpanggil nak berkongsi pengalaman di interview. Masa


diinterview tu panel agak sempoi dan tidak terlalu formal sangat. So saya
akan gunakan peluang yang ada ntuk menjawab setiap soalan yang
dikemukakan degan teliti dan tenang. Dah hilang rasa berdebar. Mulanya
macam biasa introduce yourself. Apakah persediaan yang dibuat? Kebetulan
masa tu saya ada terbaca pasal MOSTI.

Kemudian mereka terus ajukan soalan MOSTI untuk apa? Siapa menteri
MOSTI? Berikan 2 Projek besar MOSTI? tapi masa nie saya taksure..nasiblah
penemuduga bagi hint pasal angkasawan dan bioteknologi. Satu lagi soalan
yang sukar nak jawab tapi sebenarnya tak yakin dengan jawapan. Mereka
tanya projek besar yang terdapat kat Johor? Tapi rasa- rasa projek besar kat
Johor masa tu projek Wilayah Pembangunan Iskandar. Banyak juga soalan
susualan pasal projek tu...

Ditanya lagi pasal FDI. Pasal pelaburan dan ekonomi Malaysia. Tapi saya jawab
tak tahu. Memang tak tahu pun..mereka bagi tahu maksud Foriegn Direct
Investment. So dapat juga info dan pengetahuan sikit. Kali ni mereka tanya
soalan pasal IT ,memandangkan saya programmer yg buat web application,
soalan2 dia how to improve gov website? then tanya antara linux and window
which 1 u prefer? then citer pasal sistem- sistem yang tengah running
sekarang. Walau bagaimanapun soalan IT saya jawab dengan baik. Over
confident pula. Tapi bab ekonomi lemah sikit..

Bila result keluar, jawapannya adalah gagal. Kecewanya saya.

OK terima kasih

Siu Ling, Jelebu, NS

4040 Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan RLTKK V2.0


Kisah 26
Kisah temuduga yang paling pendek tempohnya dan bersahaja pernah
dilalui. Bayangkan dalam 20 minit sahaja. Soalan banyak berkisar tentang
pengalaman kerja dan soalan-soalan yang menguji minda. Kenapa nak
berhenti kerja kalau syarikat stabil dan ada peluang yang cerah kat sana?

Pasal IT . Mereka tanya soalan pasal wifi, virtual network n last skali study
case kalau aku jadi developer yg nak bangunkan sistem nak pakai oss ke
atau yg lisence punya software dan kenapa pilih tu. Setiap soalan tu ada pro
dan kontra so kena jawab degan smart la ikut pengetahuan yang ada. Semua
tu berakhir dengan keputusan berjaya!! Rasa macam tak pecaya pun ada.

Sekian

Adli, Kota Bharu, Kelantan

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan RLTKK V2.0 41


4141
Kisah 27
Salam saya first time apply kpli terus dapat...yang pasti saya tak pasti laa
diorang pilih bdasarkan kateria apa...tp pd masa interview tu,mmg saya
tengah mengajar. Jadi guru ganti.. kata cikgu-cikgu lama kat sekolah tu,
biasanya kalau ada pengalaman mengajar senang sikit nak dapat. Kedua,
pilihan subjek yang kita minta juga penting dalam pemilihan tersebut
contohnya subjek BI lebih diberi peluang berbanding Matematik atau Sains.

Sebab kurang persaingan ..tapi semua tu bergantung kepada rezeki janji


usaha dengan giat dulu. Sebab tu satu sebab saya memilih subjek BI sebagai
pilihan saya. Pelatih yang diorang pilih selalunya untuk mengisi kekosongan
guru yang sedia ada. Saya attend interview untuk DPLI, tak lepas pulak... KPLI
berjaya pula..

Selain tu tips2 lain untuk attend interview . Confident..kemas...bila dah masuk


KPLI ni diorang tekankan tentang penampilan seorang guru... So, maknanya
biar pergi interview tu kena la nampak macam seorang guru.

Sekian disini sahaja. Thanks

Halimah, Kuantan, Pahang

4242 Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan RLTKK V2.0


Kisah 28
Saya seorang PTD yang sedang berkhidmat di Kedutaan Malaysia di luar
negara. Teringat ketika saya masuk dalam perkhidmatan ini beberapa
tahun yang lalu. Saya nak flash back balik sesi interview pada waktu tu.
Saya orang ke tujuh daripada 10 orang peserta dan saya masuk dalam bilik
temuduga tepat jam 10.30 pagi. Saya hanya keluar satu jam kemudian, iaitu
sekitar 11.35 pagi. Untuk pengetahuan latar belakang saya adalah bidang
undang-undang Islam, jadi penemuduga tersebut tertarik dengan bidang
pengajian ini.

Soalan-soalan yang diberikan adalah berbentuk “ingin tahu” dan“


penyelesaian masalah”. Sebenarnya, dalam interview ini, calon perlu
bijak menggabungkan beberapa element kendiri seperti jujur, berilmu,
berkeyakinan, rendah diri dan berbagai lagi. Satu konsep PTD adalah
“walaupun tidak tahu mengenai sesuatu perkara, saya mungkin mengetahui
serba sedikit sahaja… bincanglah. Tetapi pada masa akan datang saya akan
cuba mencari maklumat mengenainya. Dalam temuduga PTD, biasanya panel
adalah orang-orang yang telah lama dalam perkhidmatan awam. Hampir
20-30 tahun. Tidak seperti temuduga jawatan yang lebih rendah seperti
kerani dan EO.

Soalan-soalan dalam temudga PTD lebih berbentuk luas dan lebih ke arah
perbincangan, lebih kepada penyelesaian masalah.. Jika disoal soalan yang
yang direct seperti “apakah nama ibu negeri Mexico?”, kalau tahu jawab lah.
Kalau tidak, jawablah maaf yang saya tidak mengetahuinya. Tapi lepas ini saya
akan mencari jawapannya. Biasanya soalan yang ditanya adalah “bagaimana
untuk menyelesaikan masalah pelajar nakal di sekolah?. Justeru, calon
perlu banyak dalam fikiran mereka solution daripada problem. Akhirnya,
dalam temuduga ini, berserah lah kepada Allah.

Kalau itu rezki kita, ia takkan lari ke mana. Sepanjang interview terbabit, saya
mendapat satu soalan yang amat berat. Panel bersoal tentang satu menifesto
pembangkang. Sebagai PTD, kita tidak boleh terikat kepada politik kepartian.
Jawablah secara akademik dengan melihat pro dan kontra dari segi
perlaksanaannya. Sebab dalam dunia ini, ada perkara itu baik tetapi buruk
akibat perlaksanaannya. Hati-hatilah lah. Effort kita 20% sahaja, selebihnya
80% berserah lah kepada Allah s.w.t

Ahmad Husin, Mesir

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan RLTKK V2.0 43


4343
Kisah 29
Saya seorang pensyarah IT yang bertugas di Kolej Poly tech Mara Kuantan.
Saya nak berkongsi cerita kisah temuduga untuk jawatan tersebut.
Penemuduga 2 orang seorang lelaki dan seorang perempuan. Interview
tersebut dalam bahasa Melayu dan Inggeris.

Soalan-soalan penemuduga:

Tell about yourself?, your interest? dan yang ada kaitan. Dia tanya jugak
pengalaman mengajar kat tempat-tempat lain kalau ada. Selain tu, skill untuk
mengajar Java Programming ada ke tak ? Sebab masa tu saya apply untuk
mengajar Java. Tahap mana pengajian Java? Skill lain selain Java? Nak masuk
IT ke Multimedia? Projek IT yang pernah buat ? Lepas tu kena ambik test
bertulis semua background soalan berkisar tentang kolej

Keputusan: Berjaya. Aku kat Kolej Poly tech Mara Kuantan sekang ni
mengajar Java Programming, Networking dan supervisor Project IT students.
Walaupun berjaya tapi saya rasa banyak silap sebab kurang pengalaman
interview. Preparation pun kurang sebab last minute.

Kekuatan saya cuma terletak pada keyakinan. Saya berjaya meyakinkan


diorang yang saya boleh mengajar Java Programming tanpa sebarang
masalah. Kebetulan transkrip pun ada tulis Java dapat A. Takde masalah.
Confident tu penting, tapi jangan sampai over confident. Itu sahaja yang
dapat dikongsi.

Abd Halim, Kuantan, Pahang

4444 Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan RLTKK V2.0


Kisah 30
Just nak kongsi pengalaman interview kat maktab perguruan kat Melaka
untuk course TESL oversea...TESL aku terbahagi kepada 4 bahagian :

Pertama ujian INSAK..untuk test sama ada cukup kriteria atau tak untuk jadi
cikgu ? Soalan diberi 135 dan dikehendaki jawab dalam masa 30 minit..Soalan
dia soalan logik .Contoh apa reaksi anda kalau kawan tegur sikap anda?’

Kedua , adalah test berkumpulan..pada masa tu ada 4 orang je yg temuduga


pagi tu. Kami diberi paper yg ade 2 soalan untuk dibincang bersama...soalan
pasal internet, kegunaan dan faedah..

Ketiga individu..seorang demi seorang dipanggil. Sampai giliran saya


tapi macam sekejap jer dia temuramah, dia minta ceritakan latabelakang,
terangkan esai yang dibuat sebelum sessi temuduga, soalan peribadi, nak di
posting kat mana kalau dapat?

Keempat penulisan(essei)..dia bagi paper mengandungi soalan

1) Tropical jungle

2) My favourite filmstar

Dari mula hingga ke akhir temuduga semuanya dalam BI. Dan masih lagi
menunggu keputusan. Ada rezeki dapat lah. Tawakal jer

Sha, Kedah

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan RLTKK V2.0 45


4545
Kisah 31
Dibawakan khas oleh founder malaysiancareer.com. Salam kepada semua
pembaca..Aku nak ceritakan pengalaman aku. Aku adalah anak sulong dan
macam anda semua aku begitu tertekan dengan kehidupan aku yang masih
belum ada kerja, dah banyak resume aku hantar dan dan berpuluh-puluh
salinan aku sah kan. Tapi nampaknya semua itu tak membawa apa-apa erti.

Setelah lama mencari aku akhirnya telah diterima bekerja sebagai budak
pejabat di sebuah kolej swasta,, memang gembira sangat, walupun aku
cuma budak pejabat tetapi aku tidak di cop sebagai penganggur. Aku
sangkakan hidup aku telah berubah rupa-rupanya tidak lagi.. setelah 3 bulan
aku bekerja aku masih belum di bayar gaji,, mula-mula aku boleh terima,
maklumlah kolej baru.. tapi selepas 3 bulan bekerja aku akhirnya dapat
tahu yang kolej tempat aku bekerja tidak diiktiraf. Bengang betul aku, dah lah
gaji tak dapat, duit hutang selama 3 bulan aku bekerja dah banyak.. apalah
nasib aku…

Aku ceritakan kepada kedua orang tua ku, mereka tenang jer, tapi aku tahu
sebenarnya mereka mengharapkan anak mereka berjaya, malah kalau boleh
sudah tentu mereka ingin merasai duit gaji hasil kerja anaknya walau pun
seringgit.

Selepas itu banyak lagi kerja yang aku telah buat, kerja buruh membuat
bangunan (amat memeritkan), aku pernah buka kedai makan tapi tak berjaya
akhirnya tutup. Aku pernah kerja sebagai pelayan kedai makan, kerja
bagai nak rak, tapi memang tak berbaloi, kerja 12 jam dengan gaji RM350,
malah banyak lagi kekecewaan demi kekecewaan.

Akhirnya aku apa yang akihat disini aku bertekad untuk dapatkan kerja
kerajaan, kerana sekiranya aku mendapat kerja kerajaan semua ini takkan
berlaku. Aku tak pedulikan perasaan aku, aku letak ketepi perasaan malas,
putus asa, kecewa, semua aku lempar kan jauh-jauh, aku tak peduli ada
yang kata kerja kerajaan kena ada kabel, aku tak peduli yang penting aku
nak kerja kerajaan.

4646 Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan RLTKK V2.0


Maka bermulalah episod pengembaraan aku dalam mencari kerja kerajaan,
aku menghadiri kursus atau taklimat, malam buku yang berkaitan dengan
temuduga atau apa saja yang berkaitan aku dapatkan. Aku pejamkan mata
memecahkan tabung yang aku simpan, aku dah tekad untuk mohon jawatan
kerajaan,, dah resume aku hantar,

SPA aku isi, guru besar dengan rumah aku dah jemu tengok muka aku yang
selalu buat pengesahan sijil, aku tak peduli, aku gunakan segala maklumat
yang aku dapat sebagi persiapan menghadiri temuduga. Dan saat itu
telah tiba, aku telah dipanggil temuduga buat pertama kalinya. Apa yang
aku buat ialah bermula malam sebelum temuduga segalanya telah siap,
semua panduan di dalam buku yang aku beli semua ku ”tick” menandakan
aku telah lakukan.

Akhirnya aku telah mendapat kerja kerajaan, antara perkara yang paling
bermakna bagi diri aku ialah aku berjaya menjawat jawatan dalam sektor
awam. Aku masih ingat lagi apa bila aku memberitahu kedua orang tua ku
yang aku dapat tawaran bekerja di dalam sektor awam, mereka menangis
gembira, sehingga aku sendiri menitis air mata kegembiraan, rasanya inilah
kali pertama aku membuat sesuatu yang bermakna buat ibuku, buat ibu yang
mengandungkan aku selama 9 bulan.

Dek kerana itu aku berjanji pada diri aku akan sentiasa menggembirakan
mereka, dan aku juga ingin membantu mereka yang masih mencari kerja
seperti aku dahulu, kerana itu lah aku telah menyediakan maklumat jawatan
kosong kerajaan untuk aku kongsikan kepada semua. Aku ingin mereka di
luar mampu menggembirakan ibu bapa mereka, kerana kegembiraan ini amat
bermakna buat semua. Buat mereka yang masih mencari kerja berusahalah
lagi tanpa pedulikan perasaan kita selagi belum berjaya.

Ikhlas dari saya

Rizal
http://malaysiancareer.com/

(Saudara Rizal adalah pemilik blog Malaysiancareer.com yang telah banyak


memberi sumbangan kepada mereka yang ingin memasuki kerjaya di sektor
awam)

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan RLTKK V2.0 47


4747
Kisah 32
Pengalaman Pertama

Kisah temuduga saya bermula pada tahun 2006 lagi, iaitu semasa saya
berada di tahun akhir pengajian di universiti. Kisahnya begini, saya
dimaklumkan oleh pihak university bahawa satu temuduga terbuka
dianjurkan oleh pihak swasta di universiti saya. Saya pun apalagi, pergola
mencuba nasib dengan tanpa membuat apa-apa persediaan pun.

Semasa ditemuduga dengan panel 2 orang tu, saya ditanya kenapa apply
jawatan yang ditawarkan padahal bidang adalah berlainan! Memang betul
pun, jawatan yang di offer untuk kilang, saya ni kejuruteraan awam. Hehehe..
sebenarnya saya nak cuba nasib je dan merasai pengalaman ditemuduga.
Memang susah juga temuduga pertama saya ni. Saya ditanya 100 % dalam
English. Maka terkontang- kantinglah saya menjawabnya dengan broken
English dengan fasihnya.

Jawab selagi boleh jawab! Dia tanya kenapa saya minta kerja padahal saya
boleh menyambung study kerana pointer saya ketika tu kira cemerlang. Saya
katakan, saya ingin merasai pengalaman bekerja dan jika ada peluang kelak,
saya akan sambung belajar ke peringkat lebih tinggi. Setelah habis temuduga
saya bersalam lah dengan panel temuduga tersebut. Saya memang tak
harap pun saya akan berjaya temuduga tersebut, Cuma saya ingin mencari
pengalaman saja. Dan seperti yang dijangka, memang saya tidak mendapat
apa-apa khabar berita langsung dari syarikat terbabit. Saya gagal la jawabnya!

Pengalaman Kedua

Kerjaya saya bermula sebagai YES Trainee (Young Executive Scheme) yang
dianjurkan oleh UEM Builders, iaitu sebuah syarikat gergasi dalam industri
pembinaan di Malaysia. Syarikat ini terlibat dalam pembinaan PLUS Highway,
Jambatan Kedua Pulau Pinang dan banyak lagi projek mega yang lain.
Yang ni saya tak lalui temuduga kerana direkomenkan oleh rakan dan juga
berdasarkan result ijazah.

4848 Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan RLTKK V2.0


Selepas dua bulan, saya dipanggil oleh JKR untuk temuduga bagi jawatan
Jurutera Awam J41 secara kontrak dan saya berjaya dalam temuduga
tersebut. Kisah temuduga saya tu begini, setelah menerima panggilan
untuk menghadiri temuduga, saya pun preparelah dalam masa 4 hari tak
silap saya. Saya buka internet, cari maklumat mengenai JKR, KKR, RMK – 9,
isu semasa dan lain-lain. Semasa temuduga ramai juga yang datang tak silap
saya, adalah seramai 600 orang rasanya (keseluruhan hari temuduga).

Semasa temuduga seperti lazimnyalah, saya memakai tali leher dan kemeja
dengan kemas. Semasa temuduga, panel saya adalah 2 orang pegawai
besar dan salah seorang daripada mereka bergelar Dato’. Soalan pertama,
saya disuruh perkenalkan diri dalam English. Saya dengan lancarnya pun
bersembang la dalam English mengenai diri saya. Memang saya sudah
jangka soalan ini akan ditanyakan. Soalan berikutnya saya ditanya apa visi
dan misi JKR, apa projek-projek besar JKR yang sedang dibina, RMK9
disuruh terangkan satu persatu, projek akhir tahun, pengalaman bekerja
(teknikal) dan lain-lain. Dan soalan terakhir yang ditanya adalah kenapa saya
nak kerja kerjajaan. Kesemuanya saya berjaya jawab dengan lancar dan
tenang. Mungkin disebabkan persediaan yang saya lakukan kot.

Beberapa minggu selepas itu keluarla result, dan jawapannya adalah saya
berjaya! Maka bermulalah kerjaya saya sebagai penjawat awam. Saya juga
telah berkahwin ketika itu dan isteri saya ditinggalkan di Besut kerana dia
bekerja di sana sementara saya di KL.. Pada setiap hujung minggu saya
akan pulang ke Besut dan kembali bekerja pada hari Isnin di KL.. Amat
memenatkan...

Pengalaman Ketiga

Pada pertengahan tahun 2007, saya dipanggil temuduga Sektor Awam bagi
jawatan tetap sebagai Jurutera Awam yang bertempat di Pulau Pinang. rakan
-rakan saya yang juga Jurutera Awam (kontrak) lebih kurang dalam 60 orang
juga dipanggil temuduga tersebut. Saya memang tidak membuat apa-apa
persediaan pada masa itu. Anggapan saya sebagai penjawat awam yang
berstatus kontrak pasti akan berjaya dalam temuduga tersebut. Saya pun
pergila ke temuduga itu dengan langkah yang sempoi je. Sudahla datang
lewat, sijil-sijil semua tidak tersusun. Saya dimarahi oleh seorang urusetia
kerana lewat sejam dari masa yang sepatutnya. Saya adalah orang yang
terkahir ditemuduga dalam 8 orang calon.

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan RLTKK V2.0 49


4949
Semasa diliran saya ditemuduga, saya pun diminta menceritakan kerjaya
saya sebagai pegawai kontrak di JKR. Memang saya tidak dapat jawab
kerana soalan-soalan teknikal yang ditanyakan sukar dijawab. Apabila tiba
giliran orang SPA bertanya soalan, dia cakap tak perlu dia menanya soalan.
Entah kenapa, dia tidak mahu menemuduga saya. Memang singkat masa
yang diambil dalam sesi temuduga tersebut. Akan tetapi setelah keputusan
temuduga tersebut keluar, alangkah kecewanya saya, SAYA GAGAL! Malah
lebih dari 80% rakan-rakan saya yang lain turut mengalami nasib yang sama.
Entah apa silapnya saya tidak tahu.

Pengalaman Keempat

Pada tahun 2007 juga, saya memohon KPLI. Setelah lulus ujian Mtest saya
dipanggil untuk ditemuduga di Kuala Lipis. Memang saya buat berbagai
persediaan dan ini adalah pengalaman pertama saya ditemuduga untuk
jawatan guru. Kali ni juga saya agak lewat sedikit.

Sesi pertama temuduga adalah dalam perbincangan group. Kami seramai


5 orang diberikan satu tajuk dan diminta membincangkan bersama-sama.
Panel penemuduga hanya memerhati dan mencatatkan markah saja. Tajuk
yang diberikan adalah mengenai bagaimana untuk mengatasi gejala sosial di
kalangan pelajar di sekolah. Bergilir-gilirlah semua calon untuk memberikan
pendapat masing-masing dalam gaya tersendiri.

Kemudian sesi kedua, kami dipanggil untuk ditemuduga seorang demi


seorang. Awal-awal soalan saya tidak dapat jawab dah, kenapa saya minta
kursus Sains kerana saya tiada latarbelakang sains. Penemuduga katakan
bahawa saya tidak sesuai dengan subjek yang diminta. Seterusnya soalan
paling lama ditanya adalah ” kenapa anda mahu jadi guru”. Saya jawablah apa
yang dirasakan betul oleh saya. Mereka juga bertanya kepada saya apakah
pekerjaan saya buat masa itu.

Kali itu saya menipu. Saya katakan saya tidak bekerja dan hanya duduk di
kampung membantu orang tua di kedai. Memang terbelit lidah bila ditanya
detail kenapa saya tidak bekerja. Kenapa saya berhenti kerja dan macam-
macam lagi..Pada penghujung tahun result saya pun keluar, dan jawapannya
adalah gagal. ehehehe..gagal lagi saya.
Pengalaman Kelima

Di samping memohon KPLI, saya juga memohon DPLI iaitu untuk kursus
rekacipta. Untuk temuduga kali ini, saya memang membuat persediaan yang
agak rapi lah. Saya baca isu-isu mengenai pendidikan di Internet, akhbar, dan
juga bertanya kepada rakan-rakan.

Semasa ditemuduga oleh dua orang panel wanita, salah seorang berbangsa
India saya ditanya berbagai-bagai soalan. Kali ini saya memang jujur-
sejujurnya. Mereka tanyakan saya, kenapa mahu jadi guru padahal saya
sudah memiliki kerjaya yang sangat bagus dan dipandang tinggi oleh
masyarakat iaitu Jurutera Awam. Diorang kata kerja guru ni tak glamour.
Jawapan saya adalah, saya mahu menjadi guru kerana saya benar-benar
berminat dengan guru, guru kerja mulia, dan bermacam-macam lagi saya
katakan pada mereka...

Kemudian, saya ditanya mengenai asas rekacipta. Saya jawab la ikut suka
mulut saya. Saya juga ditanya mengenai bagaimana untuk pasang paip di
rumah sendiri. Seterusnya saya disuruh mengajar di papan hijau dengan
menggunakan kapur tulis mengenai tajuk bebas berkenaan rekacipta.
Saya pun menggoreng la apa itu proses rekacipta. Memang saya begitu
bersemangat ketika itu. Sesudah itu saya ditanya pula mengenai sistem
pendidikan negara, isu-isu pelajar dan lain-lain. Ianya diadakan dengan
menggunakan bahasa English dan juga Bahasa melayu. Campur-campur!
Sesudah temuduga memang saya yakin bahawa saya akan berjaya..

Dan pada hujung 2007, saya mendapat jawapan berjaya dalam temuduga
tersebut dan diminta mendaftar di UPSI untuk kursus DPLI tersebut selama
setahun.

Pengalaman Keenam

Pada awal Februari 2008, kontrak saya hampir tamat. Saya sangat
runsing untuk mencari kerja. Sebenarnya, sebelum itu saya telah berjaya
temuduga untuk bidang perguruan iaitu DPLI (Diploma Perguruan Lepasan
Ijazah) pada Disember 2007, tetapi saya menolaknya di saat akhir dimana
saya telah meletak jawatan di JKR. Namun begitu saya, menarik balik
perletakan jawatan tersebut di saat-saat akhir disebabkan terasa sayang
meninggalkan profesion kejuruteraan ini. Disebabkan tindakan yang diambil
oleh rakan-rakan saya, alhamdulillah, kontrak kami dilanjutkan sehingga
Februari 2009 tetapi itu tidak bermakna saya boleh duduk diam saja.
Saya mula mengisi/meng’update’ permohonan Sektor Awam saya supaya
dapat dipanggil untuk ditemuduga semula. Pada awal Jun 2008, saya
dikehendaki menghadiri satu kursus yang mana penceramahnya adalah
seorang penceramah kepada penemuduga-penemuduga ataupun para
panel dalam temuduga bagi pemilihan kakitangan awam. Kursus tersebut
dijalankan selama sehari sahaja, akan tetapi memberi impak yang besar
dalam diri saya bagi menghadapi temuduga akan datang. Saya dan
rakan-rakan seramai 60 orang didedahkan dengan rahsia demi rahsia
bagaimana untuk menghadapi temuduga Sektor Awam dengan tepat,
mudah dan yang sebenarnya. Terlalu banyak rahsia dan tips yang diberikan
dalam kursus yang singkat itu.

Setelah pulang ke rumah, semangat saya berkobar-kobar untuk menyediakan


diri bagi apapun temuduga bagi sektor awam. Saya mengikut panduan
yang telah ditunjukkan semasa kursus tersebut. Semuanya diikuti. Akan
tetapi saya memikirkan adakah cukup sekadar apa yang saya perolehi
semasa kursus tersebut. Tentulah tidak! Saya mengambil bermacam-
macam alternatif lagi bagi menyiapkan diri saya sekiranya dipanggil
temuduga.

Akhirnya pada 14 Oktober 2008, saya telah dipanggil temuduga oleh


Sektor Awam di KL. Setelah selesai temuduga tersebut, hati saya amat
tenang, ceria dan gembira walaupun keputusan temuduga masih lambat
untuk diketahui. Ini adalah disebabkan persediaan yang telah saya buat
sebelum hari temuduga tersebut.

Sehinggalah pada 19 November 2008, saya telah ‘call’ Sektor Awam untuk
bertanyakan keputusan temuduga saya. Dan jawapan yang diterima
amat menggembirakan hati saya, TAHNIAH! ANDA BERJAYA BAGI
JAWATAN TETAP. Saya amat gembira pada hari itu, dan semua orang saya
maklumkan berita gembira tersebut. Akan tetapi, malang buat beberapa
orang rakan seperjuangan saya. Ramai juga yang tidak berjaya. Ada yang
gagal dan ada yang bernasib baik hanya menjadi calon simpanan sahaja.
Saya amat bersimpati dengan mereka.

Saya dan rakan-rakan yang lain yang berjaya temuduga tersebut


kebanyakannya menggunakan persediaan yang hampir-hampir sama
untuk lulus temuduga tersebut. Apakah rahsia bagaimana kami semua lulus
dengan mudah temuduga Sektor Awam itu? Jawapannya adalah terkandung
dalam ebook yang anda baca ini.

Yang ikhlas,
Jamaluddin

Anda mungkin juga menyukai