Anda di halaman 1dari 14

3O HOOKS

HASUT
PROSPEK

Pendedahan Hook
Menghasut Prospek Tertarik

SEED4FUTURE SDN BHD


3O HOOKS HASUT PROSPEK

“Saya kadang dah kering idea nak guna ayat hook


yang macam mana lagi nak buat hook video tu
menarik”
Mesti ini persoalan yang sering menghantui tuan
puan semua kan ?

Kadang tu selalu gunakan ayat macam kat


bawah ni, lagi lagi untuk content education.

“ 3 Sebab kenapa awak perlu kekal tengok video ini


sampai habis “
“ 3 Cara untuk turunkan berat badan dengan muda “
“ 3 Tips Mudah nampak cantik depan suami “

Cliche kan ?
Sebab apa ?
Sebab Ayat Hook seperti ini dah ramai orang
pakai. Dah nak masuk 2024 dah ni. Masih
menggunakan cara di atas ?

‘ So nak cakap salah ke guna cara macam ni ? ‘


3O HOOKS HASUT PROSPEK

“Eh tak cakap salah, cuma untuk lebih menarik


hook kita, kita perlu kreatif dalam penggunaan
ayat serta menggunakan ayat-ayat hook yang
jarang digunakan. Malah penggunaan ayat yang
lebih menarik dan bombastik lebih baik yang
saya confirm orang takkan boring mendengar.

Berikut yang saya bakal nak kongsikan yang tuan


puan akan terima di bawah ini adalah senarai
ayat hook yang mampu mengubah hook yang
cliche, memberi idea ayat hook yang menarik
serta menyelesaikan kekeringan idea ayat hook
apa yang boleh digunapakai dalam penghasilan
video tuan puan.

“Okay cepat senaraikan. Tak sabar ! “


Tenang. Sabar.
Sebelum tu, senarai dibawah takkan
bermanfaat jika tuan puan biarkan Ilmu Mahal
ini terperam dalam simpanan tuan puan.
Jadinya besar harapan kami tuan puan dapat
menggunakannya dan dapat membantu tuan
puan dibukakan keluasan minda yang kreatif
dalam penghasilan video.
3O HOOKS HASUT PROSPEK

Tuan Puan semua dah ready nak saya revealkan


senarai ayat hook yang mampu memukau
audience / prospek tuan puan ?

Jom saya kongsikan. Sebelum tu, sukanya saya


nak bagi tips ampuh dalam penghasilan video
hook yang ampuh dengan ikuti step ini…

Tanpa penggunaan teknik yang betul dalam


menghasilkan hook, video tidak akan mampu
memukau prospek ataupun audience untuk
melekat tengok video kita sampai habis.

Dengan itu, teknik hook yang menarik WAJIB


digandingkan bersama EXAGGERATE .

Apa itu EXAGGERATE ?

Ia bermaksud. Tindakan yang berlebih-lebihan


ataupun melampau-lampau ataupun membesar-
besarkan.
3O HOOKS HASUT PROSPEK

Ia seperti orang melihat kita seolah orang


bermonolog atau berkata seperti ini,

“ EH kenapa ni? ”
“ Serious lah? ”
“ Eh overnya! ”
Andai kita menggunakan ayat hook dibawah
tanpa ada sebarang emosi, ia seperti graph yang
mendatar. Serta tak trigger prospek untuk
melekat tengok video kita.

Jadinya, pastikan tuan puan dapat mencari


exaggerate yang sesuai dengan niche dan
content serta message apa yang ingin
disampaikan.

Nah seperti dijanjikan, dibawah ialah senarai


Ayat Hook Hasut Prospek yang mampu
membuatkan audience/prospek melekat malah
menaikkan views, menaikkan sales serta
menaikkan followers tuan dan puan.

Selamat Maju Jaya kami ucapkan !


3O HOOKS HASUT PROSPEK

1. (Jumlah) Sebab Utama Kenapa Korang Perlu… (CTA atau


Produk atau Masalah)

Contoh :

‘3 Sebab Utama kenapa korang perlu tengok video ini sampai


habis untuk hilangkan lemak di peha’

2. (Jumlah) Perkara perlu elak untuk…

Contoh :

“5 Perkara Perlu Elak untuk korang kekal Langsing macam Alip


Shukri”

3. Tengok Sampai Habis….

Contoh :

“Tengok sampai habis kalau taknak duit simpanan korang


habis dalam satu hari”

4. Adakah aku je tahu atau….

Contoh :

“ Adakah aku je tahu atau korang taktahu yang XYZ ni ada


mercuri ?”

5. Korang pernah tak rasa macam mana aku rasakan ni?

Contoh :

“ Korang pernah tak rasa macam mana aku rasakan ni? Bila aku
makan Bayam Brazil Crispy ni rasa macam kat Brazil ? “
3O HOOKS HASUT PROSPEK

6. Ini rahsianya untuk…

Contoh :

“Inilah rahsianya untuk kembalikan keghairahan suami korang


tu dengan ikut rahsia ni”

7. Curi Strategi ini untuk…

Contoh :

“Curi Strategi ini untuk naikkan engagement di VTT korang”

8. Curi Rahsia ini untuk…

Contoh :

“Curi Rahsia ini hilangkan jerawat dalam masa 38 jam”

9. Curi Trick ini untuk…

Contoh:

“Curi Golden Trick ni untuk putihkan baju sekolah anak


korang..”

10. Aku taktahu siapa patut dengar ni, tapi….

Contoh :

“Aku taktahu siapa patut dengar ni, tapi korang yang kerja
makan gaji tengok video ni sampai kalau taknak terjerat
hutang selama 40 tahun !”
3O HOOKS HASUT PROSPEK

11. Stop Sat ! Tengok sampai habis kalau….

Contoh :

“Stop Sat! Tengok sampai habis kalau nak elak buasir makin
membesar !”

12. EH kejap

Contoh :

“EH kejap, korang masih buat macam ni ke kat anak korang ?


Ubah sekarang, tengok sampai habis kalau sayang anak
korang”

13. Perhatian kepada….

Contoh:

“Perhatian kepada perempuan yang masih pakai tudung lilit


macam ni, video ini untuk korang…”

13. Perhatian kepada….

Contoh:

“Perhatian kepada perempuan yang masih pakai tudung lilit


macam ni, video ini untuk korang…”
3O HOOKS HASUT PROSPEK

14. Quick Reminder…

Contoh :

“Quick Reminder kepada yang parents yang masih sediakan


roti sebagai breakfast kepada anak-anak….”

15. AWAS ! Berita panas ni untuk…

Contoh:

“AWAS ! Berita panas ni untuk mereka yang tengah cari


Homestay di Melaka..”

16. (Jumlah) ‘Red Flags’ bila pilih…

Contoh:

“ 3 Red Flags bila pilih baju untuk pergi kenduri…”

17. Kenapa tak ada siapa sebut pasal ni ?

Contoh:

“Kenapa takda siapa sebut pasal ni? Tengok sampai habis kalau
taknak ketinggalan macam aku..”

18. Tiada siapa pun sebut pasal benda ni kat aku yang…

Contoh:

“Takda sapa pun sebut pasal benda ni kat aku yang sebenarnya
jimat masa pakai 3 benda ni lagi lagi aku yang tengah bujang
ni..”
3O HOOKS HASUT PROSPEK

19. Trick Pantas untuk….

Contoh:

“Trick Pantas untuk apply loan rumah dengan mudah. Ikut


trick ni confirm lulus”

20. (Jumlah) kesalahan semua ( prospek/audience/product )


membuatkan….

Contoh:

“2 Kesalahan semua Business Owner membuatkan mereka


terciduk. Ini penting tengok sampai habis…”

21. Jika anda ( prospek ) teruskan tengok video ini…

Contoh:

“Jika anda lelaki umur 30an, teruskan tengok video ini sampai
habis..”

22. (Jumlah) Benda setiap (prospek/audience) perlukan….

Contoh:

“ 3 Benda setiap awek-awek single perlukan…yang last confirm


korang akan terkejut”
3O HOOKS HASUT PROSPEK

23. Stay sampai habis jika….

Contoh:

“Stay sampai habis jika korang masih sayangkan pasangan


korang..”

24. Jangan Swipe ke atas jika….

Contoh:

“Jangan swipe ke atas jika korang ada masalah asyik


mengantuk, ini mungkin sebabnya..”

25. Jangan tengok video ini kalau….

Contoh:

“Jangan tengok video ni kalau korang suka anak korang tengok


gadget 24 jam…”

26. Aku perlukan pertolongan korang ni..

Contoh:

“Aku perlukan pertolongan korang ni, mana satu aku perlu


pilih nak pakai hadap mak mertua eh ?”
3O HOOKS HASUT PROSPEK

27. Tolong…Tolong aku guys…

Contoh:

“Tolong..Tolong aku guys.. Nak jawab macam mana eh kalau


dapat client customer macam ni?”

28. Korang semua takkan percaya apa yang aku nak


cakapkan ini…

Contoh:

“Korang semua takkan percaya apa yang aku nak cakapkan


ni yang sekarang korang dah boleh tidur tenang dengan
ada 2 benda ni..”

29. Korang semua takkan percaya apa yang aku dah buat
ni…

Contoh:

“Korang semua takkan percaya apa yang aku dah buat ni


membuatkan mak aku pun terkejut selepas aku bagi
benda ni kat dia…”

30. Mitos ! Ini semua mitos…

Contoh:

“Mitos ! Ini semua mitos tentang Ubat Kurus…Aku bet


korang tak pernah dengar..”
3O HOOKS HASUT PROSPEK

31. (Jumlah) mitos yang korang tak pernah dengar…

Contoh:

“4 Mitos yang korang tak pernah dengar tentang


Shampoo…Dengar jangan buat salah ni lagi..”

32. Ini untuk korang jika korang…

Contoh:

“Ini untuk korang jika korang nak beli kereta pertama


korang. Ini tips untuk korang…”

33. Korang adalah yang terawal tahu benda ni…

Contoh:

“Korang adalah yang terawal tahu pasal benda ni macam


mana nak buat tetamu datang rumah anggap korang ni
T20 dengan ada 1 benda ni je. Meh aku tunjuk..”

34. Dalam masa…..hari, korang boleh…

Contoh:

“Dalam masa 5 hari, korang boleh hilangkan jeragat kat


muka korang dengan amalkan 3 benda ni je. Tengok ni..

35. Surprise ! Berita baik untuk….

Contoh:

“Surprise ! Berita baik buat mereka yang pakai Iphone, ini


cara mudah nak track pasangan korang katmana, meh
saya tunjuk camna..”

Anda mungkin juga menyukai