Anda di halaman 1dari 42

Teknik Video Marketing 2

Isi Kandungan Video Marketing:

Pengenalan Ringkas

Kenapa Anda Patut Hasilkan Video-video Online?

Kegunaan Video

Format Video dan Pasaran

Langkah-langkah Penghasilan Video Anda Sendiri

Enam Rahsia ke Arah Kejayaan Pemasaran Video

Kesimpulan
Teknik Video Marketing 3

Bab Satu: Pengenalan Ringkas Pemasaran Video

Pada pendapat anda, apakah strategi pemasaran


Internet yang paling hangat di waktu kini?

Jawapannya sudah tentu ‘Video’! Cuba kita


perhatikan di laman-laman web terkenal seperti
YouTube.com, Friendster.com, MySpace.com dan
banyak lagi. Iniah laman-laman web yang berbeza
dari laman web yang lain. Kenapa?

Ya, betul. Ia adalah disebabkan oleh Video! Laman web mereka berasaskan video
online.

Dalam dunia hari ini boleh dikatakan kebanyakan rumah sudah memiliki sambungan
Internet yang pantas hari ini, video-video digital telah menjadi satu cara penyiaran
maklumat di Internet. Orang ramai bukan lagi membaca maklumat yang diingini di
Internet, bahkan mereka sudah mula ingin MELIHAT dan MENDENGAR.

Cuba kita undurkan sedikita masa ke zaman dahulu atau kita tanya zaman datuk dan
nenek kita. Pada waktu itu masih tidak wujud TV dan Radio merupakan perkara yang
normal ketika itu. Orang ramai sentiasa memutarkan program-program kegemaran
mereka semasa ianya ke udara sama ada
mendengar isu-isu semasa yang berlaku setiap hari,
lagu-lagu yang didendangkan oleh pemuzik
kegemaran, siri drama yang dipentaskan dengan
hanya suara dan efek bunyi latar sahaja,
pertandingan sukan dan sebagainya. Semuanya
hanya bergantung pada bunyi semata-mata!

Bayangkan jika medium begitu masih wujud di masa


sekarang.
Teknik Video Marketing 4

Sangat tidak memuaskan, betul? Itu disebabkan kita telah biasa dengan TV, CD,
DVD, Wayang, LCD, Projector, video game dan sebagainya. Kita tidak akan boleh
bertolak ansur dengan teknologi mundur dari teknologi yang wujud di generasi kita
sekarang ini, kecuali jika ianya bertujuan untuk mengembalikan nostalgia.

Generasi online pada hari ini telah mencapai sesuatu yang agak memeranjatkan
dengan kadar perpindahan data yang boleh dilakukan dengan begitu pantas yang
sebelum ini tidak pernah terlintas di kepala, orang ramai inginkan maklumat
disampaikan dengan secepat mungkin. Di dalam banyak-banyak medium yang
digunakan oleh para penerbit, video merupakan medium penyampai maklumat yang
mampu menjalankan tugasnya paling pantas.

Mahukan bukti?

Merujuk kepada Jun 2005 sahaja lebih dari 94,000,000 orang di US sahaja telah
menonton video online, itu hanya untuk sebuah negara sahaja. Angka itu mewakili
56% pengguna online di Amerika. Hari ini jumlah tersebut telah berkembang menjadi
lebih BESAR. YoutTube.com mengurus lebih dari 1 bilion video setiap hari manakala
purata bagi seseorang menonton video online ialah 180 video sebulan.

Mereka ini bukan sekadar menonton secara bersahaja, setiap dari mereka menonton
secara puratanya 73 minit untuk dalam bulan itu.

Statistik yang mengagumkan, bukan?

Statistik itu tidak kekal dari sebulan ke sebulan. Anda pernah terfikir berapa
banyakkah perbezaan jumlah tersebut dari tahun ke tahun? Fakta menunjukkan
perkembangan di Internet dalam masa setahun adalah sama dengan perkembangan
dunia dalam masa 10 tahun!

Populasi online yang mahukan video-video online hari ini sudah pasti akan mencapai
tahap yang tidak dapat dijangkakan dari masa ke semasa!
Teknik Video Marketing 5

Bab Dua: Kenapa Anda Patut Hasilkan Video-video


Online?

Sebagaimana yang kita telah tahu, video adalah imej-imej bergerak yang dirakam
atas filem. Video mungkin atau tidak disertai dengan audio tetapi untuk tujuan kita ini,
kita akan berbincang tentang video yang memiliki bunyi.

Pada masa lepas, Internet bukanlah merupakan tempat yang mesra untuk
video-video. Teknologi pemampatan (compression) dan streaming terhad dan video
juga memakan ruang yang besar. Lagipun sambungan Internet tidak sepantas
sekarang, menyebabkan perpindahan data sangat terbatas. Pada masa itu video
hanyalah merupakan penghantaran fizikal yang sebenar. Ia disimpan di dalam tape
VHS atau ditukarkan ke format digital dan disimpan di dalam CD-ROMS (DVD &
BLUE-RAY masih belum wujud ketika itu).

Tetapi teknologi tetap berkembang.....perpindahan data digital terus berevolusi.

Hari ini, dengan sambungan Internet yang lebih pantas, teknologi pemampatan
(compression) yang lebih baik dan pemproses data yang lebih canggih, video telah
menjadi salah satu bahagian yang penting bagi Internet.

Kajian menunjukkan 69.1% rumah dan pejabat disambungkan ke Internet melalui


kabel, DSL atau sambungan yang lebih pantas. Ini bermakna hampir 400 juta orang
setiap hari meluangkan masa untuk mencapai video-video online.

Video adalah alat pemasaran yang ampuh. Pemilik bisnes online telah menemui
banyak cara untuk memaksimumkan potensi video-video untuk kebaikan bisnes
mereka. Kita akan membincangkan video yang bagaimana boleh dimanfaatkan di
dalam pemasaran.

Hari ini, para pengguna online tidak lagi mengaggap video-video sebagai perkara-
perkara aneh atau asing.

Mereka sebaliknya menganggap video adalah perkara mustahak dalam kehidupan


harian.
Teknik Video Marketing 6

Lagipun, video lebih mudah untuk difahami. Video adalah jauh lebih baik untuk
dinikmati selain dari fakta menonton adalah lebih baik dan menenangkan berbanding
dengan pembacaan artikel.

Video juga berpotensi besar dalam menjayakan kempen-kempen online anda yang
mampu juga memajukan lagi bisnes anda. Jumlah orang ramai yang inginkan
maklumat mereka disampaikan melalui video adalah sangat tinggi. Menyertai
pasaran ini sudah pasti hanya akan membawa keuntungan yang besar kepada
bisnes anda.

Mari kita lihat beberapa sebab kenapa anda patut mempertimbangkan


pembabitan video di dalam usaha pemasaran online anda.

• Orang ramai lebih responsif terhadap video. Mereka lebih menghargai apa
yang mereka boleh lihat dan dengar berbanding dengan apa yang mereka
hanya boleh baca. Sehingga kini pun, orang ramai lebih responsif terhadap
iklan-iklan di TV berbanding iklan-iklan bercetak.

• Video juga mampu meningkatkan kredibiliti diri seseorang atau pada bisnes
mereka. Video mempunyai reputasi profesional secara semulajadi yang sukar
untuk ditandingi di dalam dunia digital. Dua buah laman web yang mempunyai
segala-galanya secara adil, yang
manakah lebih anda yakin, yang
membuat penyampaian dengan video
atau tanpa video? Impresi pertama yang
akan diambil kira. Video juga
menyediakan lebih impresi pertama
kepada para prospek anda.

• Video senang untuk dihantar ke pasaran yang luas. Ia tidak sama seperti
eZine yang memerlukan maklumat terperinci prospek anda. Video juga sangat
mudah untuk menjadi viral. Cuba hasilkan satu video yang menarik dan unik
dan anda akan terkejut dengan jumlah trafik yang dijananya untuk laman web
anda.
Teknik Video Marketing 7

• Video adalah satu alat jualan yang jauh lebih berkesan berbanding lain-lain
medium digital. Anda boleh menjelaskan dengan sempurna apa yang anda
ingin kongsikan. Video menyediakan medium visual dan audio yang boleh
anda manipulasi untuk mempersembahkan idea anda melalui cara yang
paling efisyen.

• Video diketahui sebagai sangat berkesan untuk pengguna online kasual yang
suka menonton video di Internet. Oleh kerana video mengandungi kredibiliti
lebih tinggi berbanding dengan lain-lain medium, maka ia lebih mudah untuk
memenangi segmen dalam sesebuah pasaran yang sukar untuk
didominasikan.

• Video boleh menyampaikan hasil kreativiti dengan lebih tepat. Anda tidak
terbatas kepada gaya, cara atau peraturan tertentu. Imaginasi anda mengalir
dengan bebas dan mencipta pakej yang unik dan berharga yang sudah tentu
akan dihargai dan dinikmati oleh para penonton.

• Walaupun bukan lagi merupakan medium digital yang asing pada hari ini,
video masih tetap dianggap unik dan format penyampaian yang istimewa yang
sudah tentu akan menarik minat lebih ramai orang untuk mengetahui apakah
yang ingin anda sampai dan kongsikan.

• Video menawarkan pelbagai fungsi yang mana kesemuanya berfaedah


kepada kempen pemasaran anda. Sepertimana yang akan kita bincangkan
dalam bab-bab akan datang dalam ebook ini, video boleh berfungsi sebagai:

1) Produk
2) Bahan-bahan arahan (pengajaran)
3) Medium Mesyuarat atau Pendidikan
4) Medium Testimoni
5) Alat Pemasaran Viral
6) ‘Calls to Action’
7) Daya penarik tambahan untuk Web Anda
Teknik Video Marketing 8

• Prospek anda sudah pasti akan sukakan video yang anda tawarkan. Video
bukanlah merupakan satu medium yang mudah untuk diabaikan. Orang ramai
biasanya akan lebih mudah untuk teruja dengan video dan ini sudah pasti
akan menjadi satu bantuan yang besar untuk anda.

Zaman ini telah dikenali sebagai zaman video. Jika anda masih belum berjinak-
jinak dengan video dan memasukkannya ke dalam kempen pemasaran anda,
maka tidak hairanlah jika bisnes anda kurang bermaya.

• Bagaimana untuk menghasilkan video anda sendiri?


• Bagaimana video boleh mendatangkan keuntungan kepada bisnes anda?
• Apakah cara terbaik untuk memanfaatkan video?

Semua ini adalah topik-topik yang penting dan menarik untuk kita bincangkan di
dalam bab-bab yang seterusnya.
Teknik Video Marketing 9

Bab Tiga: Penggunaan Video – Menentukan Arah


Tujunya

Pemilik bisnes online telah pun biasa menghasilkan ebook


dan laporan-laporan khas sebagai produk yang akan
menjana keuntungan tambahan untuk bisnes mereka.

Walaupun ebook dan report tidak terbatas kepada masa,


namun semakin ramai orang yang lebih suka
menggunakan video sebagai medium arahan. Terdapat banyak sebab untuk itu:

• Adalah lebih mudah untuk menonton sesuatu yang anda ingin tahu
berbanding dengan membaca.

• Maklumat yang disampaikan melalui video adalah lebih mudah untuk diserap
oleh minda. Orang ramai mempunyai ingatan yang lebih baik terhadap apa
yang mereka tonton atau dengar.

• Menonton video adalah lebih cepat berbanding membaca ebook atau laporan
khas.

Oleh itu, para pemilik bisnes online yang peka telah membuat keputusan untuk
memfokuskan terhadap pemasaran video.

Maklumat yang telah dijual boleh disimpan dan diagihkan dalam bentuk video. Anda
tidak perlu bersusah payah untuk menerangkan apa yang anda ingin kongsi melalui
fail PDF. Anda hanya perlu filemkan apa yang ingin dikongsi, ubahkannya sedikit dan
sampaikan kepada umum. Anda boleh TUNJUKKAN kepada para audien apa yang
anda ingin sampaikan.

Tetapi video bukan sekadar ganti yang paling sesuai untuk produk-produk maklumat.
Teknik Video Marketing 10

Video juga boleh menjadi sebuah kenderaan untuk lain-lain bentuk peluang
pendapatan online. Fikirkan perkara-perkara berikut:
Adakah anda menjual kemahiran anda sebagai seorang pelatih bagi sesebuah
bidang pengajian? Filemkan diri anda sedang membincangkan isi-isi penting bagi
sesebuah subjek dan kemudian hantarkan video tersebut kepada mereka yang telah
menjadi subscriber kepada servis anda.

Adakah anda ingin menjual tutorial? Cara paling baik untuk menyampaikannya
ialah menerusi medium yang membolehkan para audien ‘melihat’ dengan tepat apa
yang sepatutnya mereka lakukan. Video adalah medium yang sangat sempurna
untuk tujuan ini.

Adakah anda ingin menjual e-kursus? Anda boleh menghantar fail video atau
sediakan link kepada mereka. E-kursus anda akan mewujudkan rasa peribadi kerana
orang ramai lebih responsif terhadap apa yang mereka lihat dan dengar.

Setiap kali anda ingin menghasilkan video sebagai produk, anda hendaklah
mempertimbangkan juga cara penyampaiannya. Kita akan membincangkan hal ini di
dalam bab yang seterusnya.
Teknik Video Marketing 11

Menggunakan Video sebagai Manual

Andaikan anda telah berbelanja sebanyak ribuan ringgit untuk sebuah program
software yang akan merevolusikan cara orang ramai menjalankan bisnes online.

Biasanya, program seperti itu perlu dibangunkan dan biasanya juga perlu
dikendalikan oleh seseorang. Anda perlu menyediakan kepada para pengguna
maklumat lengkap bagaimana program itu berfungsi.

Nilai kefahaman adalah sesuatu yang tidak boleh disangkalkan:

• Ia boleh menambah lebih nilai kepada produk anda


• Ia boleh menjadikan produk anda lebih mudah untuk digunakan sekaligus
meningkatkan pangkalan pasaran anda
• Ia akan mengurangkan kemungkinan para pengguna akan berdepan dengan
masalah kerana semua maklumat yang diperlukan telah disediakan di dalam
manual
• Ia akan meningkatkan kepuasan pelanggan
• Ia akan membantu membina kesetiaan pelanggan terhadap jenama anda dan
ini akan menjamin jualan yang akan datang.

Arahan tentang menggunakan sesebuah produk digital itu biasanya disampaikan


melalui manual dan manual pula biasanya didatangkan dalam bentuk bercetak.
Pengguna perlu merujuk kepada manual setiap kali mereka berhadapan dengan
sesuatu masalah yang berkaitan dengan produk tersebut.
Teknik Video Marketing 12

Sekali lagi, ia adalah situasi BERITAHU vs TUNJUK. Orang ramai lebih responsif
terhadap apa yang mereka lihat dan dengar. Mereka akan lebih mudah untuk
menyerap maklumat yang anda tunjukkan kepada mereka.

Oleh itu, video adalah medium sempurna untuk menyampaikan manual.

Anda boleh memasukkan filem demonstrasi sebenar tentang bagaimana untuk


menggunakan produk tersebut dengan betul dan bagaimana ia berfungsi. Apa yang
para pengguna patut lakukan ialah mengikut apa yang mereka tonton di skrin. Oleh
kerana maklumat melalui video lebih mudah untuk diterima, anda pastikan setiap
minit manual video tersebut mengandungi segala maklumat yang mereka perlukan
tentang produk anda itu.

Tambahan lagi, para pengguna akan lebih menghargai usaha anda dalam
menyediakan kepada mereka material yang berguna untuk faedah mereka.
Teknik Video Marketing 13

Video Sebagai Alat Viral

Video merupakan alat viral yang hebat. Bahkan ia adalah alat viral yang paling baik.
Sebelum video menjadi sesuatu perkara biasa di Internet, orang ramai menggunakan
animasi sama ada menggunakan flash atau format GIF. Memang kaedah itu terhad
tetapi itulah satu-satunya cara yang membolehkan orang ramai menghasilkan imej-
imej yang bergerak.

Mungkin anda pun pernah melihat animasi orang ketawa, kanak-kanak berlari, wajah
senyum dan sebagainya?

Popularitinya yang tersebar luas itu adalah disebabkan oleh kesan viral. Seorang
pelayar Internet menemui satu animasi yang
humor dan menarik. Dia kemudiannya akan
memberitahu perkara tersebut kepada
kenalannya yang juga menganggap animasi
itu sesuatu yang bernilai. Lama-kelamaan hal
ini pun disebarkan dengan meluas dari mulut
ke mulut.

Hari ini, teknologi sudah berkembang dan telah menyebabkan para pengguna
Internet bebas berkongsi dan menyiarkan video-video secara online. Setiap video
yang tersebar itu sudah pasti mempunyai nilainya tersendiri sama ada ianya kelakar,
mempunyai unsur pengajaran dan sebagainya. Apabila digunakan sebagai satu alat
bagi pemasaran viral, video-video ini akan dapat membawa mesej bisnes pada tahap
yang luar biasa cepatnya berbanding dengan medium-medium lain. Maka potensi
video sebagai satu alat pemasaran yang berkesan memang terbukti dan video
sudah pasti merupakan alat viral yang paling baik.
Teknik Video Marketing 14

Video Sebagai Testimoni

Apabila orang ramai membaca tawaran untuk mereka membuat pembelian online,
mereka biasanya akan menelitinya dengan penuh rasa sangsi dan tidak yakin.
Lagipun, Internet tidaklah begitu popular sebagai satu saluran komersial.

Para pemilik bisnes terpaksa mengendalikan masalah yang melibatkan keselamatan


dan kredibiliti apabila mereka ingin memaksimumkan potensi perniagaan mereka.

Semuanya berkaitan dengan masalah kadar conversion (Conversion Rate).

Conversion Rate adalah merujuk kepada jumlah pengunjung yang berjaya ditukarkan
kepada pelanggan. Pertukaran ini boleh dimanipulasi oleh banyak perkara. Surat
jualan yang efisyen, contohnya akan dapat melahirkan emosi yang penting di dalam
diri pengguna supaya mereka cenderung untuk
membuat pembelian. ‘Call to Action’ yang efisyen,
seperti OTO (one time offer), jualan terhad dan diskaun
yang tinggi adalah diketahui sebagai antara perkara-
perkara yang mampu meningkatkan kadar conversion.

Bukti yang paling baik untuk meningkat tahap


kepercayaan pengguna terhadap sesuatu produk atau
bisnes ialah pengesyoran yang dibuat oleh pihak ketiga
atau testimoni. Ia merupakan kata-kata pujian atau
positif terhadap produk atau pemilik produk tersebut.

Tujuan testimoni ialah menyediakan pandangan objektif produk tersebut untuk


Teknik Video Marketing 15

membantu para pembaca membuat keputusan jika produk itu adalah berguna untuk
mereka. Lagipun, orang ramai akan lebih percaya dan yakin dengan kata-kata
pengguna lain berbanding dengan kata-kata pemilik atau syarikat produk itu.

Begitupun, masih ada keraguan terhadap kebenaran testimoni yang terdiri dari
tulisan itu. Bagaimana jika ia hanya direka oleh pemilik produk? Bagaimana untuk
mengetahui jika testimoni itu semuanya adalah sah? Semua ini akan berlegar dalam
kepala para pembaca.

Di sinilah gunanya testimoni video.

Testimoni video akan memberikan lebih kesan kepada para prospek anda. Mereka
berpeluang untuk mendengar sendiri kata-kata pujian atau ayat-ayat positif tentang
produk anda yang disampaikan oleh orang yang sebenar.

Teknik ini akan memberikan impak yang sangat besar terhadap keputusannya.

Jika ayat-ayat yang betul dihasilkan oleh sesuatu objektif oleh pihak ketiga dan
disampaikan dalam bentuk tulisan di laman web berjaya mempengaruhi orang ramai
membuat pembelian, bagaimana pula agaknya testimoni video boleh memujuk para
pengunjung menjadi pelanggan anda?
Teknik Video Marketing 16

Video Sebagai eZine

Cara yang biasa digunakan untuk menyebarkan ezine adalah menerusi emel atau
fail PDF yang boleh didownload. Sekali lagi, semua medium ini mempengaruhi para
audien untuk membaca apa yang ingin anda kongsikan.

Cuba bayangkan jika eZine anda dihasilkan dalam format video. Ia dibentukkan
seperti sebuah dokumentari atau program majalah. Para subscriber anda sudah pasti
akan lebih sukakan cara penyampaian seperti itu dan lebih berminat untuk menerima
edisi-edisi baru ezine anda.

Kadar keberkesanan video e-zine:

• Kadar pembacaan anda (yang mana patut ditukarkan ke kadar paparan) akan
mengalami peningkatan yang drastik disebabkan eZine video anda.

• Kadar kemungkinan emel anda dibuka dan dibaca juga akan meningkat
kerana pembaca akan teruja untuk melihat isu video terbaru yang anda
sediakan untuk mereka.

• Kadar ‘conversion’ tawaran yang anda sediakan di dalam eZine video anda
akan melambung tinggi ke peringkat yang sangat menguntungkan.

• Kadar unsubscribe anda akan dapat dikekalkan di tahap minimum. Siapa yang
akan meninggalkan senarai emel anda dan kehilangan sumber video yang
berinformasi dan menghiburkan?

• Anda tidak akan mengalami kekeringan idea disebabkan pelbagai pilihan yang
boleh anda ambil terhadap video anda. Anda akan memiliki lebih kebebasan
bermain dengan video berbanding dengan patah-patah perkataan.

Tidak ramai pemilik bisnes online yang memilih jalan ini (buat masa sekarang)
kerana pembikinan video boleh dianggap sebagai satu kesukaran memandangkan ia
Teknik Video Marketing 17

memerlukan pengetahuan dan pengalaman yang kuat. Tetapi sebagaimana yang


akan anda pelajari di dalam bab yang seterusnya, pembikinan video sebenarnya
tidaklah sesukar yang anda bayangkan. Anda boleh menghasilkan video hanya
dalam beberapa minit sahaja.

Oleh kerana eZine sepatutnya di hantar mengikut jadual yang tetap, anda perlu
melatih imaginasi anda untuk mendapatkan idea-idea yang berguna. Inilah cabaran
paling besar apabila bercakap soal penggunaan medium ini.

Dalam bab-bab yang seterusnya, kita akan membincangkan beberapa cara yang
inovatif dalam menggunakan video. Harapnya, anda akan menerima lebih banyak
idea-idea terhadap cara-cara terbaik menggunakan video anda untuk
membantu mencapai objektif pemasaran anda.
Teknik Video Marketing 18

Video Sebagai Alat Pengiklanan

Kita semua sudah biasa dengan banner. Banner


pengiklanan yang biasanya terdiri dari imej statik atau
animasi yang disebarkan atau diletakkan di web-web
untuk membantu mempromosikan laman web kita
sendiri. Terdapat beberapa cara untuk menyebarkan
banner:

• Pertukaran banner
• Pembelian ruang iklan untuk banner
• Program PPC (pay per click)
• Dan banyak lagi

Biasanya banner akan dipaparkan di tempat-tempat terkemuka di bahagian tertentu


laman web atau blog. Prinsip di sebaliknya adalah supaya banner dapat menarik
perhatian para pengunjung agar anda berjaya mendapatkan mereka sebagai
prospek / pelanggan anda.

Sejak dua tahun lepas, anda mungkin telah menyedari bagaimana perkembangan
penggunaan banner telah berlaku. Namun akhir-akhirnya ini pengiklanan berbentuk
video di mana memaparkan orang bercakap menjadi begitu popular. Dalam
perspektif pemasaran, pendekataan seumpama itu dilihat sebagai lebih efisyen.

Orang ramai akan lebih cepat sedar. Perhatian pengguna online sentiasa dapat
dimenangi dengan penyampaian yang bagus dan unik. Seperti yang telah
dibincangkan sebelum ini, video membolehkan banyak taktik-taktik kreatif
dilaksanakan yang mampu membuka jalan kepada beribu kemungkinan. Oleh
kerana pelaksanaan tersebut kelihatan berbeza, ia sudah pasti akan dapat merebut
minat para pengunjung sesebuah laman web dan anda akan lebih berjaya
memenangi hati mereka. Tambahan lagi, video adalah sangat berpotensi dalam
mendapatkan lebih klik. Ini adalah fakta jelas yang menunjukkan betapa
berkesannya banner video.
Teknik Video Marketing 19

Bab Empat: Format Video dan Pasaran Baru

Video anda boleh dihasilkan dalam pelbagai jenis format. Pilihan format video anda
itu haruslah bergantung kepada tujuan penghasilkan video itu sendiri. Tidak ada
peraturan umum tentang format video yang sepatutnya anda hasilkan dalam industri
pemasaran Internet hari ini.

Sebagai contoh, jika anda inginkan pengunjung menikmati video anda sambil
melayari laman web anda, maka format Flash dengan extension .swf akan menjadi
pilihan terbaik untuk anda. Ini kerana format Flash merupakan fail yang dimampat
dengan baik (compressed). Para pengunjung akan dapat menikmati video anda
walaupun mereka tidak memiliki sambungan Internet yang laju. Tambahan pula,
format Flash akan menghapuskan masalah tidak cukup ruang, teknologi streaming
dan sebagainya. Pengguna boleh load fail Flash menggunakan plug Flash
Macromedia yang kebanyakan komputer sudah memilikinya sekarang ini.

Jika anda mahu video anda berfungsi sebagai broadcast, maka anda perlukan
format yang membolehkannya dimainkan di iPods dan pemain MP3 mudah alih. Bagi
iPods, ia menggunakan samada format .MOV atau .MPEG. iPods membaca format-
format ini dan boleh menyimpannya di dalam sistemnya sendiri atau di dalam hub
untuk dimainkan di masa akan datang. Lain-lain pemain MP3 hanya boleh
memainkan format .MPEG sahaja.
Teknik Video Marketing 20

Jika anda mahu video anda itu boleh di muat-turun supaya para pengguna boleh
menontonnya bila-bila masa mereka mahu walaupun offline, maka mana-mana
format video boleh digunakan.

Jika anda mahu video anda itu dipusingkan oleh teknik viral seperti taktik pasaran
telefon bimbit, anda hendaklah menghasilkan video anda dalam format .3GP.
Kebanyakan telefon bimbit memainkan format .3GP.

Bagaimanapun format video anda benar-benar bergantung kepada tujuan


penghasilan video itu sendiri.
Teknik Video Marketing 21

Menukar Format Video Anda

Di antara format tersohor yang dihasilkan ialah dalam format .avi.

Jika anda ingin edit video menggunakan pelbagai perisiaan yang ada di pasaran
maka format .avi adalah yang paling sesuai.

Di antara perisian video editor yang terkenal ialah Camtasia yang membolehkan
anda menukar produk akhir ke mana-mana format video yang lain yang telah kita
hendaki. Anda tidak perlu kepada program lain untuk tujuan penukaran format video
tersebut.

CamStudio, merupakan salah sebuah perisian OpenSource yang diberikan secara


percuma. Anda boleh memuat turun perisian ini secara percuma dan ia juga mampu
menghasilkan video format .AVI atau .SWF. Kedua-dua format ini sudah memadai
untuk digunakan di Internet (kedua-dua format tersebut terkenal dalam pemasaran
Internet).
Teknik Video Marketing 22

Camtasia dan CamStudio adalah dua perisian yang berbeza kerana satunya perlu
dibeli dengan harga sekitar $390 dan satu lagi iaitu CamStudio diberikan secara
percuma. Sudah tentu yang percuma mempunyai kekurangannya berbanding yang
berbayar.

Fail format AVI anda akan jadi lebih besar daripada biasa manakala format .SWF
lebih kecil dari AVI tetapi masih lagi dianggap besar berbanding dengan lain-lain
format kompresi video yang lain.

Anda boleh menggunakan banyak program-program penukar format video (video


converter) yang boleh didapati di Internet, kebanyakannya adalah percuma. Hanya
lakukan carian di enjin carian kegemaran anda dan lihatlah apa keputusan yang
akan anda dapati darinya.

Kenapa format .SWF menjadi pilihan utama?

Format .SWF memang paling banyak digunakan di


Internet, tetapi hakikat yang penting ialah fail-fail SWF
mempamerkan kelebihan yang lebih besar berbanding
dengan format-format lain. Fail yang dihasilkan dari
Macromedia itu menjadikan video anda lebih mudah untuk
diakses.

Bagaimana ianya berfaedah untuk anda?

Mari kita kaji apakah kelebihan format SWF untuk anda:

• Jika anda mahu para pengunjung klik link affiliate di dalam video anda maka
format SWF adalah pilihan anda. Ini kerana SWF bukanlah fail yang skrinnya
adalah statik dengan imej yang bergerak tetapi sebuah program .exe di
dalamnya, anda boleh memasukkan ‘tag hangat’ atau ‘caption’ yang
membolehkan para pengunjung klik link yang membolehkan anda membawa
mereka ke mana anda mahu mereka pergi. Ini tidak boleh dilakukan dengan
Teknik Video Marketing 23

format-format lain.

• Cuba tonjolkan video anda dengan penyampaiannya yang unik. Ini boleh
dilakukan dengan mudah melalui format SWF. Anda boleh memanipulasi
banyak elemen sistem video anda jika ianya ditukarkan ke SWF. Anda tidak
dihadkan kepada filem mentah atau versi edit.

• Seperti yang telah dibincangkan, SWF menggunakan teknik mampatan yang


lebih baik, maka video anda adalah lebih kecil yang mana menjadikannya
sangat sesuai untuk penyampaian online.

• SWF lebih mudah untuk diubahsuai mengikut citarasa anda. Anda tidak perlu
terikat dengan rekabentuk ringkas yang disediakan oleh program-program
media yang lain.

• Anda mahu video original anda tanpa perlu merekod mana-mana filem atau
‘screen capture’? Flash boleh menjadikannya satu kenyataan. Anda boleh
menghasilkan animasi video anda sendiri dengan begitu mudah sekali.
Animasi Flash sebenarnya telah diabaikan oleh artis-artis animasi tradisional
kerana ia menjadikan proses seni animasi begitu ringkas. Kerja yang
sepatutnya dilakukan oleh 30 orang artis animasi sekarang sudah boleh
dihasilkan oleh seorang programmer Flash sahaja. Kebanyakan kartun yang
ditayangkan di US hari ini sebenarnya dihasilkan dari teknologi Macromedia
Flash. Program ini sangat fleksibel dan mudah pula untuk digunakan.

Fail Flash (atau .SWF) adalah benar-benar merupakan format video yang boleh
anda pilih di waktu ini.

Dalam dunia pemasaran Internet, pembabitan para pengguna merupakan satu


keperluan, format Flash menjadikan pemasaran video lebih berkuasa dan lebih
efisyen.
Teknik Video Marketing 24

Bab Lima: Langkah-langkah Menghasilkan Video


Sendiri

Percaya atau tidak, 94% peniaga Internet masih belum menggunakan video dalam
perniagaan mereka walaupun mana-mana pasaran sekarang ini semakin
memerlukan kepada pemasaran video.

Anda boleh bayang sendiri betapa besarnya keuntungan yang mereka terlepas!

Filem

Jika anda ingin menghasilkan filem sebenar, seperti demonstrasi menggunakan


sesuatu peralatan, memasak atau tutorial tentang bagaimana membaiki kereta, anda
perlu memiliki sebuah camcorder digital.

Sebuah camcorder digital akan merekod filem dalam format digital. Ini bermakna
anda tidak perlu menukarkan formatnya dan boleh terus menyiarkannya di Internet.

Sebelum Camcorder diperkenalkan di pasaran,


orang ramai memerlukan alat editor untuk
menukarkan filem yang disimpan di dalam pita
magnetik kepada format digital. Sekarang ini pula
proses tersebut menjadi semakin mudah dan
ringkas. Dengan Camcoder, data boleh disimpan di
dalam memori bina-dalam, stik memori tambahan
bahkan medium tulis-semula seperti CD atau DVD.
Teknik Video Marketing 25

Camcoder digital agak mahal. Model yang agak lama pun memakan belanja sekitar
RM1600 – RM3800, manakala model baru yang mempunyai kelebihan resolusi yang
tinggi, kelebihan zooming dan pemampatan data berharga sekitar RM2,000.

Tambahan lagi, apa yang akan anda rakamkan adalah filem mentah. Anda masih
perlukan software editor untuk menjadikan filem ini sesuatu yang boleh
dipersembahkan kepada para prospek anda.

Terdapat banyak software editor di pasaran hari ini. Jika sistem operasi anda ialah
Windows XP, ia telah pun mempunyai Windows Movie Maker, sebuah software yang
membolehkan anda memanipulasi filem yang anda rakamkan.

Rakaman Skrin

Jika anda telah lama berkecimpung di dalam


bidang perniagaan Internet, anda akan
merasakan proses penghasilkan video
tidaklah sesukar mana. Sebabnya? Anda
tidak perlu merakamkan filem yang sebenar
jika anda tidak mahu melakukannya. Segala-
galanya boleh dirakamkan dari skrin
komputer anda.

Oleh itu apa yang anda perlukan hanyalah sebuah program perakam skrin.

Pilihan paling baik di waktu sekarang ialah Camtasia. Ini adalah program yang telah
digunakan oleh para peniaga internet untuk menghasilkan video-video yang boleh
anda tonton di Internet.

Camtasia merupakan perisian ‘screen capture’ yang senang untuk digunakan.


Camtasia versi terkini dilengkapi dengan pelbagai keistimewaan malah boleh
Teknik Video Marketing 26

dikatakan perisian Camtasia bukan sekadar screen capture, ia lebih dari itu. Buka,
pilih saiz skrin yang ingin anda rakam, letakkan kotak rakaman di kawasan yang
sepatutnya di skrin anda dan rakam.

Camtasia juga membenarkan anda memasukkan audio ke dalam video anda


menerusi mikrofon yang disambungkan ke pemproses anda. Anda juga boleh
menggabungkan efek bunyi atau muzik dari dalam Hard Disk anda dengan
memainkannya semasa proses rakaman sedang berjalan.

Camtasia akan merakam aktiviti skrin spesifik semasa proses rakaman. Anda boleh
menggunakan kursor tetikus anda untuk menunjukkan perkara-perkara yang anda
ingin sampaikan. Komen-komen anda boleh disampaikan dengan gaya suara latar.

Camtasia akan menyimpan rakaman anda dalam format .avi secara ‘default’ tetapi
anda juga mempunyai pilihan untuk menukarkannya ke format .SWF. Fail-fail Flash
adalah disyorkan sebagai format video jika anda ingin menempatkannya di laman-
laman web. Terdapat banyak sebab untuk ini dan kita akan bincangkannya kemudian
nanti. Cukup untuk dikatakan buat masa sekarang, Camtasia membolehkan anda
menukar format AVI ke SWF.

Setiap perisian ada pro dan kontranya, Camtasia merupakan perisian berbayar dan
harganya agak mahal. Bukan semua peniaga Internet terutamanya yang baru sahaja
bermula dalam industri ini akan dapat memilikinya. Harganya adalah berpatutan
dengan kelebihan yang disediakannya kepada anda. Namun Camtasia pernah
mengeluarkan versi 3 secara percuma dan anda mungkin boleh mencarinya di
Google.
Teknik Video Marketing 27

CamStudio pula adalah alternatif percuma kepada Camtasia. Bagaimanapun ianya


tidak memiliki kelebihan yang setaraf dengan Camtasia.

Kelemahan CamStudio pada versi terdahulu ialah terletak pada kekurangan fail
‘output’nya, bagaimanapun ianya telah dimajukan pada tahun 2007 dan telah
menjadi sebuah produk yang lebih baik dari sebelumnya. Memang ianya
memberikan hasil yang kurang berkualiti tetapi yang penting ia adalah percuma dan
boleh digunakan tanpa sebarang sekatan atau had.

Kedua-dua program ini masih lagi merupakan alat-alat utama yang digunakan oleh
para peniaga Internet apabila mereka mahu menghasilkan video. Kemudahannya
untuk digunakan telah menyebabkan ia menjadi pilihan utama.

Software Editing

Terdapat banyak perisian video editor di


pasaran sekarang ini tetapi salah satu
daripadanya yang terbaik dalam perkiraan
saya ialah yang didatangkan secara ‘bundle’
dengan sistem operasi Windows anda. Jika
anda menggunakan Windows XP maka anda boleh menggunakan Windows Movie
Maker yang didatangkan dalam pakej itu.
Teknik Video Marketing 28

Windows Movie Maker adalah sebuah perisian yang membolehkan anda mengedit
video anda sendiri mengikut kesukaan anda dan menambah transisi dan lain-lain
efek yang menarik. Jika anda ingin menyimpannya di dalam CD atau DVD, anda
boleh hasilkan sendiri menunya.

Satu lagi program software editor yang mesra-pengguna ialah Pinnacle. Ia


sebenarnya adalah program editing video yang paling terkenal untuk mereka yang
masih baru dalam bidang pembikinan video.

Anda tidak perlu mempelajari teknik-teknik yang sukar untuk menggunakan


Pinnacle. Ia mempunyai antaramuka yang senang untuk difahami dan dalam waktu
yang singkat sahaja anda boleh menghasilkan video yang kelihatan profesional.

Bagaimanapun, masalah Pinnacle ialah ia tidak menyediakan kawalan yang


terperinci. Semua ketetapan didatangkan dengan ‘preset’ yang mengurangkan ruang
untuk anda menggunakan kreativiti anda sendiri.

Oleh itu, ramai pencipta video yang lebih suka menggunakan Ulead VideoStudio.
Ulead merupakan sebuah program yang sangat berkuasa dalam pengeditan video
yang membenarkan pengguna akses terhadap kawalan penuh dari banyak aspek
penyampaian.
Teknik Video Marketing 29

Anda boleh memasukkan sendiri efek ‘fade-in’ dan ‘fade-out’, mengadun muzik dan
suara latar, memasukkan sarikata dan memanipulasi hampir semua perkara
berkaitan dengan video yang anda ingin hasilkan.

Sudah tentu, sebahagian dari program pembikinan video yang kita bincangkan
sebelum ini menjadikan proses pembikinan berlebihan pula. Camtasia sebagai
contoh, sudah menyediakan kelebihan editor bina-dalam yang sangat berkuasa,
walaupun masih dalam bentuk preset kerana kebanyakan perkara yang boleh anda
edit itu boleh diagak.

Gunakan program editing video hanya apabila anda ingin menghasilkan video yang
benar-benar berbeza dan unik berbanding dengan apa yang dihasilkan oleh para
peniaga Internet yang lain.

Hosting Video Anda

Hosting video anda adalah bergantung kepada tujuan penghasilan video itu sendiri.

Asasnya, anda perlu menjawab soalan ini: adakah video anda itu boleh di muat turun
(downloadable) atau hanya ditonton secara online (streaming)?

Jika anda ingin hostkan video yang boleh dimuat turun maka mana-mana servis web
hosting boleh digunakan. Ia adalah penting untuk memilih servis web hosting yang
memiliki dua kelebihan penting:

1. Ruang simpanan yang besar (space)


2. Bandwidth yang tinggi

Ruang simpanan dan bandwidth adalah dua perkara yang paling penting yang boleh
disediakan oleh sesebuah servis web hosting, terutamannya jika anda merancang
untuk host video yang boleh di muat turun.

Ruang simpanan adalah merujuk kepada jumlah fail-fail yang boleh dihostkan di
laman server anda. Sebuah stor simpanan yang mempunyai kapasiti 25MB sebagai
contoh, akan membenarkan anda memuat naik fail-fail yang jumlah keseluruhannya
adalah 25MB sahaja..
Teknik Video Marketing 30

Oleh kerana video biasanya dihasilkan dalam saiz yang agak besar maka jangan
sesekali anda memilih web hosting yang menyediakan ruang simpan kurang dari
1GB.

Apa yang lebih penting lagi ialah jumlah bandwidth yang dibenarkan. Bandwidth
merujuk kepada jumlah data yang dibenarkan untuk dipindahkan dari server kepada
pengguna.

Bandwidth berjumlah 25MB sebulan sebagai contoh, bermakna para pengunjung


anda boleh memproses fail-fail yang bersaiz 25MB dari server.

Sekali lagi, oleh kerana video yang dihasilkan biasanya agak besar, 25MB bandwidth
adalah tidak seberapa. Apabila had telah dicapai, maka sambungan pengunjung
laman web anda akan menjadi perlahan atau lebih teruk lagi, ia akan terputus
sehinggalah kiraan bandwidth dimulakan semula (counter reset).

Laman web yang telah mencapai had bandwitdh yang dibenarkan, laman web tidak boleh diakses
sehingga bandwidht di tambah atau reset.

Adalah penting untuk memilih sebuah web hosting yang menyediakan sekurang-
kurangnya 2GB bandwidth. Ini sudah tentulah berkaitan dengan saiz dan jumlah
video anda tersebut.

Sebaliknya, jika anda ingin host video-video streaming atau video-video yang para
pengunjung anda boleh menontonnya tanpa perlu mendownload terlebih dahulu,
maka anda perlukan jenis web hosting yang istimewa. Anda perlukan dedicated
server yang boleh memindahkan video-video anda ke Windows Media Player, Apple
Quicktime atau Real Media Player.
Teknik Video Marketing 31

Terdapat banyak jenis servis-servis web hosting yang dikhususkan untuk video-video
streaming. Tetapi anda perlu bersedia untuk berbelanja lebih untuk itu. Sebagai
tukarannya, anda akan mendapat kebolehan untuk broadcast secara segera
kandungan video anda tanpa perlu kepada download. Kelebihan proses ini boleh
memberikan faedah yang besar kepada bisnes online anda dalam jangkamasa yang
panjang.

Satu cara yang murah atau yang percuma, sebagai alternatif, ialah dengan
menempatkan video-video anda di terminal awam khas seperti YouTube.com. Anda
hanya perlu menyalin kod (embed code) tertentu untuk membolehkan anda paparkan
video anda itu ke laman web anda.

Sistem yang digunakan oleh YouTube ini adalah sempurna. Bahkan terdapat
beberapa laporan yang mengatakan YouTube pernah mengalami masalah dalam
beberapa kejadian tetapi ia tidak menghairankan memandangkan begitu ramai sekali
pengguna yang menggunakan servisnya.

Lagipun, tidak ada had bilangan video yang boleh anda upload... tetapi...

Anda perlu ingat, YouTube mengenakan had 100MB dan 10 minit panjang untuk
setiap video. Walaupun anda boleh memuat naik seberapa banyak video yang anda
mahu, anda perlu pastikan setiap video yang diupload itu menepati had-had yang
ditetapkan di atas.
Teknik Video Marketing 32

Outsource Projek-projek Video Anda

Jika anda masih tidak mampu untuk menghasilkan video sendiri, masih terdapat
jalan untuk anda iaitu dengan mengupah individu-individu yang menyediakan
pekhidmatan tersebut.

Jika anda tidak punya masa atau anda tidak mahu berusah
payah bergelumang dengan proses pembikinan video, anda
boleh cuba outsource tugas ini.

Outsource penghasilan video dengan mengupah pakar


membuatnya untuk anda. Anda tidak perlu belajar asas
pembikinannya. Anda tidak perlu mahir dengan teknik-tekniknya. Apa yang perlu
ialah satu idea dan seorang freelancer yang cekap yang boleh merealisasikan
konsep anda.

Resale Rights

Satu lagi alternatif untuk penghasilan video.

Anda boleh membeli video-video yang telah siap dihasilkan yang didatangkan
dengan resale right, master resale right atau private label right. Semua ini adalah
video-video yang membenarkan anda menjualnya kembali untuk mendapatkan
keuntungan total tanpa perlu membayar royalti kepada pencipta asalnya. Ya, anda
boleh menjualnya kembali seolah-olah andalah pemilik asalnya. Sesetengah video,
terutamanya yang didatangkan dengan private label rights membenarkan anda
mengubahsuai dan meletakkan nama anda sebagai pencipta video tersebut.

Bagaimanapun, untuk perbincangan kita ini, mari kita takrifkan dua lesen yang
penting untuk pendekatan ini:

• Produk Master Resale Rights (MRR). Master Resale Rights adalah lebih baik
dari resale rights yang asas. Kenapa? Kerana anda boleh menjual produk
tersebut berserta lesennya sekali, memberikan lebih galakan kepada
pelanggan untuk mendapatkannya dari anda. Ini bermakna jika anda membeli
sebuah ebook dengan MRR, anda boleh menjualnya kembali kepada orang
Teknik Video Marketing 33

lain dengan lesen MRR tersebut. Pelanggan yang membelinya dari anda itu
juga turut mendapat lesen menjualkannya kembali kepada pelanggannya
pula. Ini akan memberikan lebih galakan kepada prospek untuk menjadi
pelanggan anda kerana mereka juga berpeluang untuk mendapatkan
pelanggan dari produk tersebut. Namun untuk menjadikan eZine anda
berfungsi dengan lebih baik, adalah penting produk MRR anda itu diberikan
secara percuma jika lesennya membenarkan anda berbuat begitu.

• Produk Private Label Rights (PLR). PLR adalah lebih fleksibel. Ia


membenarkan anda mengubahsuai isi kandungan produk mengikut selera
anda. Sesetengah PLR ini membenarkan anda meletakkan nama anda
sebagai pencipta asal produk terebut yang mana ianya sangat baik untuk
tujuan ‘branding’. Tambahan lagi, kebanyakan PLR juga datang bersama
MRR yang bermakna anda boleh memberikannya dengan percuma. Tetapi
untuk kepastian, bacalah dengan teliti lesen yang diberikan untuk mengetahui
apa yang boleh dan tidak boleh anda lakukan dengannya.

Ingin tahu lebih lanjut tentang lesen-lesen ini dalam pemasaran Internet? Untuk
perbincangan yang lebih mendalam tentang lesen-lesen ini dan apakah perbezaan di
antaranya, sila rujuk Rahsia Kehebatan Produk PLR di www.plrseries.com/rahsiaplr
Teknik Video Marketing 34

Bab Enam: Enam Rahsia Kejayaan Pemasaran Video

Hakikatnya kita tidak boleh menjamin 100% kejayaan kempen pemasaran video
anda. Sesiapa yang berkata sebaliknya kepada anda adalah tidak benar!

Anda perlu memastikan terlebih dahulu kewujudan enam faktor-faktor kejayaan


dalam bidang ini. Faktor-faktor ini tidaklah eksklusif, semuanya bergantung antara
satu sama lain dan kesemuanya perlu bekerjasama demi mendatangkan kejayaan
kepada anda.

Apakah faktor-faktor penting kejayaan tersebut?

1. Nilai

Pertama sekali, video adalah produk maklumat dan objektifnya adalah untuk
mengajar. Oleh itu ianya bergantung kepada kualiti maklumat yang akan
dikongsikan. Jika anda cuba memberikan maklumat tidak bermutu kepada
para audien maka kempen tidak mendapat sambutan. Anda perlu memiliki
maklumat bernilai yang orang ramai benar-benar mahukannya jika anda ingin
menghasilkan produk-produk video yang menguntungkan.

2. Penyampaian

Pada hari ini para pelajar sekolah menengah mampu menghasilkan video
dokumentarinya sendiri. Bahkan kebanyakan subjek-subjek sekolah
menengah menggunakan video sebagai salah satu jalan penyampaian
laporan atau projek.

Apa yang akan membezakan video anda dengan video yang dihasilkan oleh
pelajar-pelajar sekolah menengah?
Teknik Video Marketing 35

Jawapannya ialah penyampaian.

Produk video anda perlu kelihatan profesional. Ini bermakna setiap perkara
berkaitan dengannya mestilah sempurna. Setiap keputusan untuk editing
hendaklah mempunyai tujuan munasabah. Setiap sudut mestilah bersih dan
kemas. Keseluruhan produk hendaklah memberikan impak yang sepatutnya.

Anda perlu ingat bahawa video anda itu mempunyai impaknya yang tersendiri.
Sebuah video yang difilemkan di garaj anda adalah begitu menarik, apatah
lagi jika ia memaparkan anda dengan pakaian eksklusif anda. Video boleh
mengukuhkan kredibiliti anda dengan mudah, tetapi pada masa yang sama ia
juga boleh memusnahkannya dengan mudah.

Anda perlu menghasilkan sesuatu yang sepatutnya dan anda perlu


menghasilkan video yang bertepatan dengan apa yang anda ingin sampaikan.
Hal ini akan melibatkan soal artistik dan selera anda.

3. Mudah

Idealnya anda perlu menghasilkan video yang memudahkan orang ramai


untuk memahami isi kandungan yang ingin disampaikan. Oleh itu, video-video
yang bersiri atau yang memerlukan penonton mengulangi kembali episod lalu
untuk lebih memahami episod terkini adalah tidak begitu digalakkan dalam
bidang pemasaran video. Walaupun mungkin ianya lebih menguntungkan,
anda mestilah mampu menghasilkan daya tarikan yang cukup kuat untuk
‘mendesak’ para penonton melakukannya.

Adalah lebih baik anda menghasilkan video yang ‘standalone’ atau satu siri
sahaja. Tidak perlu menghasilkan video secara berepisod kerana belum tentu
para penonton akan melakukan apa yang anda mahukan; menonton kembali
episod lalu untuk lebih memahami episod sekarang. Pastikan video ‘single’
yang anda hasilkan itu mampu untuk menjadi ‘jurucakap’ bagi produk anda. Ini
Teknik Video Marketing 36

akan menjamin para penonton mampu menyerap dengan lebih mudah dan
cepat segala maklumat yang anda sampaikan melalui video tersebut.

4. Kebolehsampaian & Format

Kita telah pun membincangkan perkara ini di dalam bab-bab yang lalu di mana
kita telah menyebut tentang kepelbagaian cara yang membolehkan produk-
produk video anda itu disampaikan kepada penonton.

Dalam bahagian tersebut, kita telah membincangkan penyampaian produk


video sepatutnya bergantung kepada tujuan ia dihasilkan. Video-video
tambahan yang bertujuan untuk melengkapkan lagi kandungan laman web
anda hendaklah dalam format SWF, sebagai contoh, disebabkan oleh faktor
semulajadi dan saiznya yang kecil. Video yang boleh didownload hendaklah
dalam format AVI atau MPEG. Video yang dihasilkan untuk iPod hendaklah
dalam format MOV. Video untuk streaming pula hendaklah dalam format WMV
atau RM.

Pemilihan format yang betul juga bergantung kepada tujuan video anda itu
sendiri.

5. Saiz Fail

Ini adalah isu yang sangat sensitif sebab kenapa video gagal untuk
disampaikan di Internet pada alaf terdahulu adalah disebabkan saiznya yang
terlalu besar untuk disalurkan melalui modem 14k. Ia mengambil masa
berhari-hari, kalaupun bukan berminggu-minggu, untuk mendownload sebuah
movie yang berlangsung selama 1 jam.

Namun pada hari ini, movie selama 2 jam boleh didownload hanya dalam
beberapa minit sahaja. Ini menyebabkan video menjadi satu kemestian dalam
setiap perkara di Internet. Oleh itu saiz sesuatu video perlu kecil agar tidak
membebankan pengguna.
Teknik Video Marketing 37

6. Promosi

Orang ramai tidak akan tahu tentang produk video anda sehinggalah anda
memaklumkan kepada mereka tentang kewujudannya.

Ini adalah alam pemasaran yang memerlukan anda memaklumkan kepada


orang ramai kewujudan produk anda. Anda perlu memandu orang ramai ke
produk anda. Anda perlu membuat ‘pre-sell’ produk anda tersebut kepada
para prospek. Anda perlu memujuk mereka untuk mencubanya.
Teknik Video Marketing 38

Taktik dan Strategi

• Berikan video anda melalui laman jualan - Laman jualan anda adalah
jurujual anda 24/7. Ia mengandungi segala perkataan yang diperlukan untuk
memujuk para pelanggan membuat pembelian atau memuat turun video
tersebut.

• Search Engine Optimization - Anda juga perlu optimumkan laman jualan


anda atau laman web yang menjadi host bagi video-video anda demi untuk
menarik ‘spider’ enjin carian. 80% trafik yang anda jana untuk laman web
anda datang dari enjin carian, jadi anda perlulah memahirkan diri dengan
beberapa teknik spesifik yang akan membantu spider enjin carian melakukan
index terhadap laman web anda.

• Pemasaran Artikel – Anda juga boleh ‘submit’ atau menghantar artikel ke


laman-laman direktori artikel di Internet. Dalam setiap artikel terkandung
resource box yang menyimpan link-link anda. Ini merupakan satu cara yang
sangat baik untuk menjana ‘backlink’. Backlink adalah penting dalam
meningkatkan kedudukan laman web anda di keputusan enjin carian dan
ranking halaman bagi laman web anda.

• Pemasaran Forum - Anda juga boleh menyertai jutaan komuniti online di


Internet. Anda boleh promosikan video-video anda secara langsung atau
memasukkan link-link anda di ruangan signature.
Teknik Video Marketing 39

• Blog - Blog bukanlah saingan kepada video, bahkan blog sebenarnya boleh
dijadikan satu alat untuk mempromosi video. Blog adalah senjata pemasaran
Internet berdasarkan sifat semulajadi blog yang memudahkan orang ramai
memuat naik kandungan-kandungan baru setiap hari. Tambahan lagi, blog
lebih ‘mesra’ dengan enjin carian.

• Pertukaran Link – Dominasi enjin carian adalah berdasarkan jumlah backlink


yang anda ada. Kebanyakan strategi yang dijelaskan di atas adalah untuk
membina backlink. Anda boleh juga mencuba cara lama untuk bertukar-tukar
link dengan para pemilik laman web yang lain. Ini sudah tentu akan membantu
meningkatkan kedudukan halaman anda.

• Membina senarai emel / mailing list - Kebanyakan para pengunjung laman


web anda tidak akan segera berjaya ditukarkan kepada pelanggan. Anda
perlu mencari jalan bagaimana untuk mengambil kesempatan terhadap
peratusan besar para pengunjung yang tidak mengabaikan tawaran anda
pada kali pertama mereka di laman web anda. Anda boleh lakukan ini dengan
membina senarai emel untuk mendapatkan maklumat terperinci para
pengunjung ini. Cara terbaik untuk melakukannya adalah melalui eZine.

• Pengiklanan online konvensional - Anda juga boleh memanfaatkan saluran-


saluran online sedia ada untuk mempromosikan video-video yang anda
hasilkan. Anda boleh lakukan ini dengan banyak cara:

- Pembelian iklan-iklan teks di eZine yang popular


- Pembelian ruang banner atau ruang teks tunggal di forum atau blog
terkenal
- Dan banyak lagi

• Viral marketing - Video anda mempunyai peluang untuk disebarkan secara


viral, tetapi ini tidaklah bermakna sifat viral yang ada pada kempen itu terikat
dengan video anda. Kempen itu sendiri hendaklah mempunyai sifat-sifat viral
untuk memaksimumkan situasi.
Teknik Video Marketing 40

Semua ini hanyalah sebahagian sahaja dari puluhan teknik yang boleh anda
gunakan untuk menyebarkan video anda. Mempraktikkannya dengan betul pasti
akan memberikan hasil yang memuaskan kepada anda.

Anda perlu ingat, semua taktik-taktik ini memerlukan tindakan positif dari anda dan
kebanyakannya akan mengambil masa sebelum ia menampakkan hasil.
Teknik Video Marketing 41

Bab Tujuh: Kesimpulan

Benar, sekarang ialah masa untuk video-video online menguasai pemasaran.

Medium ini boleh dijadikan senjata utama dalam pemasaran Internet untuk
jangkamasa yang lebih panjang.

Kenapa?

Kerana video hanya bergantung kepada kandungannya, kandungan pula


berdasarkan kempen pemasaran, kempen itu pula akan terus berguna untuk tahun-
tahun akan datang. Kandungan atau content seperti mana yang kita sedia
maklum, merupakan jantung bagi penerbitan online. Ia dicari oleh para pengguna
Internet dan cara penyampaian kandungan melalui video itu akan membawa
perniagaan anda ke tahap yang seterusnya.

Di dalam bab-bab yang lalu, anda telah pelajari kenapa anda patut mula
menggunakan video dalam kempen pemasaran anda. Sekarang adalah masanya
untuk anda mula memanfaatkan medium yang ampuh ini. Anda mesti menjadikan diri
anda sebagai pakar yang mahir dalam penggunaan medium ini. Ingatlah yang para
pesaing anda juga akan mengambil tindakan yang sewajarnya dalam hal ini.

Video bukan sahaja produk yang menghasilkan keuntungan langsung, video boleh
menjadi senjata penting dalam mengukuhkan bisnes online anda dan
menempatkannya di dalam landskap pemasaran internet yang semakin hari semakin
berkembang.
Teknik Video Marketing 42

Anda sepatutnya telah pun memahami bagaimana untuk menghasilkan video anda
sendiri, bergantung kepada tujuan yang anda ada di minda. Anda telah biasa dengan
semua jenis format fail dan mahir dengan segala jenis kelebihan dan kekurangan
setiap satu darinya. Anda telah pun belajar bagaimana untuk merakam filem,
melakukan pengubahsuaian dan bagaimana untuk menukarkannya kepada format
lain.

Anda juga telah pun mempelajari enam faktor kritikal dalam menentukan kejayaan
kempen pemasaran video anda. Seperti yang kami katakan, kesemua faktor-faktor
ini adalah sama penting. Semuanya harus dicapai jika anda ingin memastikan
keuntungan yang maksimum boleh didapati dari video ciptaan anda itu.

Jika anda masih membaca sehingga ke bahagian ini, saya yakin yang anda telah
pun memiliki pengetahuan apa yang diperlukan untuk menghasilkan video-video
yang hebat yang boleh melonjakkan lagi bisnes anda ke tahap yang lebih tinggi.
Anda telah pun mempunyai segala yang diperlukan untuk mengeksploitasi medium
baru ini. Anda boleh tutup ebook ini sekarang, mula hasilkan video anda sendiri dan
saya yakin anda akan mendapat keputusan yang gemilang.

Anda mungkin juga menyukai