Anda di halaman 1dari 828

1

ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU

Siapa Srikandi ?
Beliau seorang penyelidik bebas berlatarbelakangkan bidang sejarah.

Beliau memiliki pengkhususan dalam bidang History Manipulation,


Rewriting History Conspiracy, History Restoration Data, History
Tactics Divide and Rule, Chronological Conspiracy, History
Exploitation Conspiracy Studies dan Genealogy Studies.

Srikandi adalah penulis tetap dalam MistisFiles, sebuah medium


internet yang diwujudkan oleh Mistis Organization.

Srikandi kini bertugas sebagai pensyarah di salah sebuah universiti tempatan.

Mistis Organization
Mistis Organization ialah sebuah organisasi tidak rasmi yang terlibat dalam
kerja-kerja penyelidikan dan informasi. Makmal penyelidikannya terletak di
satu kawasan rahsia yang dikenali sebagai Area 77 di tengah-tengah wilayah
segitiga emas Kuala Lumpur. Paranormal, extra-terrestrial, astrofizik-
kosmologi, mindcontrol, teori konspirasi dan teologi adalah antara subjek
kajian Mistis Organization.

Sumber : http://riwayatmelayu.blogspot.com/
2

Riwayat Terahsia

 Siapa Srikandi ? 1
 Riwayat Terahsia 2
 Haruman Dari Dalam Tabut Rahsia 3
 Top Secret File No. 0003393775: The Hidden Race 4
 Alter Terahsia Bangsa Melayu BHG 1 5
 Alter Terahsia Bangsa Melayu II 20
 Alter Terahsia Bangsa Melayu III 41
 Alter Terahsia Bangsa Melayu IV 61
 Ucapan Pembukaan oleh Hermit 89
 Kata Alu-aluan dari Srikandi 108
 Alter Terahsia Bangsa Melayu V 114
 Alter Terahsia Bangsa Melayu VI 135
 Alter Terahsia Bangsa Melayu VII 155
 Alter Terahsia Bangsa Melayu VIII 174
 Temubual Sempena Aidilfitri Bersama Srikandi 207
 Kata Alu-aluan Dari Srikandi 218
 Melayu: Misteri Antara Bangsa Atau Bahasa 226
 The Tombs of Ayutthayan Kings 243
 Senjata-senjata Melayu Yang Digelapkan Dalam Sejarah 269
 Alter Terahsia Bangsa Melayu IX 285
 Alter Terahsia Bangsa Melayu X 316
 Dilema Melayu dan Siam 343
 Alter Terahsia Bangsa Melayu XI 358
 Alter Terahsia Bangsa Melayu XII 382
 Temubual bersama Srikandi 420
 Catatan Srikandi dari Guadalajara 448
 Catatan Srikandi II 460
 Bingkisan dari Phnom Penh 471
 Catatan Srikandi III 481
 Catatan Srikandi IV 489
 Adakah Kita Perlu Melayan Ngomelan Ultrakiasu? 495
 Pelajaran Pertama: Malayo-Polinesian & Austronesia 508
 Pelajaran II:Kedudukan geografi Orang Melayu 515
 Pelajaran III: Pengaruh Kebudayaan Tinggi 523
 Pelajaran IV:Mengenal kategori Orang Asli 530
 Ucapan Alu-aluan Dari Hermit 538
 Ucapan Pembukaan oleh Srikandi 542
 Alter Terahsia Bangsa Melayu XIII 548
 Alter Terahsia Bangsa Melayu XIV 561
 Alter Terahsia Bangsa Melayu XV 571
 Alter Terahsia Bangsa Melayu XVI 589
 Alter Terahsia Bangsa Melayu XVII 602
 Alter Terahsia Bangsa Melayu XVIII 617
 Alter Terahsia Bangsa Melayu XIX 636
 Alter Terahsia Bangsa Melayu XX 657
 Temubual Bersama Srikandi 674
 Catatan Srikandi V 694
 Catatan Srikandi VI 705
 Catatan Srikandi VII 714
 Catatan Srikandi VII part II 721
 Catatan Srikandi VIII 737
 Catatan Srikandi IX 748
 Catatan Srikandi X 768
 Sophie Jan Rothsmarck 779
 Moonlight on The Epitaph 786
 The Black Diary 796
 Ucapan Pembukaan dari Lonecryer 807
 Pembuka Bicara dari Srikandi 811
 Alter Terahsia Bangsa Melayu XXI
3

Saturday, July 31, 2010

Haruman Dari Dalam Tabut Rahsia

Kita cari masa depan,namun lupakan masa lalu ...

Kita kumpul semangat tanpa henti-hentinya,dari rimbunan cemuhan dan kejian,

Namun kita lupa kejayaan dan gemilang masa dahulu....

Kita bagaikan merpati,yang beriringan mencari mimpi...

Kita sebenarnya tidak tahu siapa sebenarnya diri kita,dan apa yang kita capai dahulu...

Kita kini berjalan di atas pecahan paku dan kaca kekerdilan diri,meraba-raba dalam
kegelapan sejarah... tergapai-gapai sinar harapan sambil menutup rapat RIWAYAT
AGUNG masa silam...

dari tabut rahsia yang menyebarkan harum-haruman mengasyikkan...

dari gunung rimba yang penuh mistik...

dari tujuh lautan dan tujuh selat...

Saya,Srikandi...cucu kepada penjaga Gua Rahsia ini,dengan penuh sukacitanya...

mempersembahkan kepada anda...

ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU

'The Quest for The Last Malay Tabernacle'


4

Friday, August 13, 2010

TopSecretFile No. 0003393775: The Hidden Race


The Hidden Fragrance in The Forbidden Garden

"...sent them away from his son Isaac to the land of the east."
(Genesis 25:6 New International Version)

Di atas adalah ayat-ayat paling misteri dan tersembunyi rahsia berusia beribu-ribu
berkenaan satu bangsa pengembara.

Satu bangsa purba yang pernah hidup dikalangan bangsa hebat lain seperti
Akkadia,Babilon,Sumeria,Mesir Firaun dan Kerajaan Judea.

Satu bangsa yang pernah hidup di lembah terasing di Tibet berlatarbelakangkan Banjaran
Himalaya yang agung,si Mahameru yang selalu dimimpi-mimpikan oleh bangsa ini di
sepanjang hayatnya.

Satu bangsa yang menyimpan rahsia Shangri-la dan makhluk Yeti yang setia...

Satu bangsa yang bersifat mistik dan spiritual,tabah menghadapi segala


dugaan,kesakitan,airmata dan penghinaan.

Satu bangsa agung yang pernah mengharung kehangatan padang pasir,ribut salji dan
hujan petir dalam pengembaraannya ke hujung dunia "Semenanjung Tanduk Emas"

... Tanah Yang Dijanjikan (Promised Land)...

Siapakah bangsa misteri ini?


nantikan kemunculannya di MistisFiles!!
Posted by Mistis Organization at 5:57 PM
5

Friday, August 13, 2010

Alter Terahsia Bangsa Melayu BHG 1

Mengapa Israel bersusah-payah membina pangkalan dan pengaruhnya di Singapura?Apa


kaitan Cina Singapura dengan Yahudi Zionis?Adakah terdapat apa-apa perancangan
ketika Stamford Raffles menjejakkan kakinya di Pulau Singapura?Apa hubungan Bangsa
Melayu dengan Bangsa Yahudi?Apakah dia alter terahsia Bangsa Melayu?.Apa yang
terjadi 2000 tahun sebelum Masehi di antara Melayu dan Yahudi?

Semua persoalan ini akan terjawab di dalam siri artikel yang penuh dramatik ini.Artikel
ini berasal dari kompilasi tulisan Lodgekeeper dan temuramah-temuramah yang dibuat
dalam masa yang berasingan.

Selamat Membaca.
-M.O

ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU


6

"...sent them away from his son Isaac to the land of the east."
(Genesis 25:6 New International Version)

Di atas adalah petikan dari Kitab Kejadian dari Kitab Injil yang merupakan penyimpan
rahsia terbesar berkenaan satu bangsa yang bergerak ke Timur dunia bagi
mengembangkan keturunan manusia seperti yang diperintahkan Tuhan.

Bangsa terahsia inilah yang menurunkan pelbagai bangsa Asia dari tempat asal mereka
iaitu Asia Barat dan Asia Tengah di mana dari situlah bermulanya peradaban manusia.

Bangsa ini,yang merupakan pemegang rahsia akhir zaman adalah satu bangsa besar yang
pernah membina kota-kota purba dan menyertai peperangan-peperangan agung sejak
surutnya Banjir Besar bersama-sama bangsa agung yang telah pupus seperti Sumerian
dan Akkadian.

Sesungguhnya kisah pengembaraan bangsa ini merupakan satu epik yang teramat
panjang,lebih panjang dari epik Homer,The Iliad and the Odyssey.

Untuk mengkaji sifat dan karakter bangsa misteri ini,perlulah dicari dan dirintis sejarah
panjang pengembaraan mereka dan apakah yang ditemui mereka di sepanjang epik
perjalanan mereka itu.Faktor yang mewujudkan kepelbagaian dari segi wajah,bahasa dan
personaliti bangsa ini.Faktor yang menjadi sumber ALTER TERAHSIA bangsa misteri ini.

Apakah yang dimaksudkan dengan alter?Alter dalam bahasa mudah adalah personaliti
tambahan atau pun personaliti lain yang selalunya akan muncul apabila di'suis' dalam
keadaan tertentu.Istilah alter sebenarnya berasal dari istilah mindcontrol di mana alter ini
muncul setelah seseorang individu mengalami teknik mindcontrol tertentu contohnya
teknik berasaskan-trauma.

Contoh yang paling mudah ialah apabila seseorang dikejar oleh anjing yang garang.Secara
tiba-tiba orang tadi akan berlari sepantas-pantasnya sehingga dia sendiri merasa hairan
dengan kemampuan dirinya yang luarbiasa itu.Padahal setiap kali pertandingan larian
100 meter,dialah yang tercorot (misalnya).

Juga jika seseorang yang dianggap lemah dalam sesuatu perkara,secara tiba-tiba menjadi
begitu bersemangat dan gagah bila menyentuh perkara yang lain.

Satu contoh yang baik tentang alter ialah dalam buku Norman Cousins berjudul Anatomy
7

of an Illness, yang menceritakan kisah yang penuh dengan maklumat tentang Pablo
Casals,salah seorang pemuzik yang terhandal dalam abad ke 20.Cousins menceritakan
pertemuannya dengan Casals tidak lama sebelum hari jadinya yang ke 90 pemain celo
yang handal itu.Cousins mengatakan bahawa adalah sangat menyiksakan untuk melihat
orang tua itu semasa dia memulakan harinya.

"Dia sangat lemah dan artritisnya tambah melemahkannya sehinggakan dia memerlukan
pertolongan untuk memakai pakaian.Emfisemanya sangat jelas semasa dia bertungkus
lumus untuk bernafas.Dia berjalan dengan mengheretkan kakinya,badannya bongkok dan
kepalanya menjunam ke depan.Tangan-tangannya membengkak dan jari-jarinya
menggenggam.Dia kelihatan seperti seorang yang amat tua,dan tersangat letih".

"Sebelum waktu makan,dia berjalan ke arah piano,iaitu salah satu alat muzik yang Casals
cekap bermain.Dengan bersusah payah dia membetul-betulkan dirinya di atas kerusi
piano.Dia nampaknya bersusah-payah berusaha untuk membawa jari-jarinya yang
bengkak lagi tergenggam itu ke papan tanda."

Kemudian sesuatu yang menakjubkan berlaku.Casals dengan tiba-tiba betul-betul dapat


mengubah dirinya di depan mata Cousins.Dia telah masuk ke dalam keadaan yang pintar
akal,dan semasa dia melakukannya,fisiologinya berubah ke tahap di mana dia mula
bergerak dan bermain,menunjukkan di kedua-dua badan dan piano hasil yang sepatutnya
hanya berlaku pada seorang pemain piano yang sihat,kuat dan fleksibel.Seperti yang
dinyatakan oleh Cousins,

"Jari-jarinya terbuka dengan perlahan-lahan dan mencapai ke arah mata piano seperti
tunas-tunas pokok bergerak ke arah cahaya matahari.Belakangnya ditegakkan.Dia
nampaknya bernafas dengan lebih mudah".

"Tubuh badannya tidak lagi kaku dan susut tetapi lemah lembut dan benar-benar bebas
daripada lingkaran hidup atritisnya.Apabila dia meninggalkan piano,dia kelihatan benar-
benar berubah daripada orang yang mula-mula duduk bermain.Dia berdiri dengan lebih
tegak dan lebih tinggi;dia berjalan tanpa ada tanda-tanda mengheretkan kakinya.Dia
serta-merta berjalan ke meja sarapan pagi,makan bersungguh-sungguh,dan kemudian
keluar berjalan-jalan di sepanjang pantai".

Alter selalunya tersembunyi dibelakang personaliti utama yang membayangi alter-alter


tadi.Tetapi apabila subjek berada dalam keadaan tertentu di mana personaliti utama tidak
mampu menanganinya,alter ini akan tiba-tiba muncul dan beraksi.Maka subjek tadi akan
8

berubah menjadi alter lain,berbeza dari alter utama(personaliti utama).Tidak mustahil


pula alter ini menggantikan pula alter sebelumnya sebagai personaliti utama subjek
tersebut.

Alter inilah yang tersembunyi di dalam setiap orang Melayu yang kenal dirinya,asal-
usulnya dan siapa dirinya yang sebenar.'Melayu' adalah bangsa misteri yang
dimaksudkan,telah banyak berubah dari karakter asal mereka ketika berada di wilayah
Kanaan dan Sumeria (Mesopotamia) akibat perjalanan masa yang amat panjang selama
beribu-ribu tahun dahulu,serta perubahan akibat cuaca dan pengembaraan yang
merentasi beratus kilometer menuju ke arah timur untuk menuju ke arah 'The Promised
Land' seperti yang diwahyukan Tuhan kepada Nabi Ibrahim a.s.

Menurut kajian geneologi setakat ini,Nabi Ibrahim (Abram,Abraham) mempunyai tiga


orang isteri,iaitu Sarah,Hajar dan yang terakhir Keturah.Sarah telah melahirkan Ishak
(Isaac) manakala Hajar (Hagar) pula melahirkan Ismail (Ishmael).Keturah pula
melahirkan enam orang anak iaitu Zimran,Jokshan,Medan,Midian,Ishbak dan
Shuah.Nabi Ishak menurunkan bangsa Yahudi manakala Nabi Ismail menurunkan bangsa
Arab.Kebanyakan teks-teks Judeo-Kristian mahupun Islam banyak menceritakan riwayat
kedua-dua orang isteri Nabi Ibrahim ini tetapi lain pula dengan Keturah,isteri bongsu
Nabi Ibrahim.Sarah,iaitu mempunyai pertalian keluarga dengan Nabi Ibrahim diketahui
jelas berasal dari Tanah Kanaan iaitu tempat Nabi Ibrahim tinggal,manakala Hajar pula
berasal dari keluarga diraja Firaun Mesir.Namun majoriti teks-teks Yahudi dan Kristian
mendefinisikan Keturah sebagai 'unknown nationality'.Persoalannya,

"Siapakah Keturah ini?"

Dari mana dia berasal?.Telah ditakdirkan dari perut Keturah ini lahirlah bangsa-bangsa
agung penakluk seperti Chaldea,Media dan Parsi yang mewarisi bangsa Sumeria,
9

Akkadia,Assyria,Babylon dan lainnya dari kalangan Melayu cucu cicit Nabi Nuh dari jurai
keturunan Heth bin Kanaan bin Ham bin Nuh a.s di mana di dalam teks Yahudi Kuno
mengatakan kelak akan lahir bangsa-bangsa penakluk yang menjadi musuh orang Israel
dari saudara mereka sebelah Keturah.Selama beribu-ribu tahun bangsa Yahudi
diperangi,dibuli dan dikacau oleh bangsa-bangsa ganas dan kejam yang teramat gagah ini
sehingga dibayangkan di dalam hikayat-hikayat mereka sebagai 'raksasa','orang
gasar(barbarian)','kaum yang ganas' dan sebagainya.Jika kita lihat kisah Nabi Musa yang
ingin kaumnya memasuki Tanah Palestin,di mana kaum Yahudi berkeras tidak mahu
memasukinya kerana terdapat 'kaum yang ganas' di dalam Palestin dan sanggup
mengeluarkan kata-kata,

"Biarlah engkau saja yang pergi berperang dengan mereka bersama Allah,dan kami
menunggu di sini"(Kisah Nabi Musa)

Perlu diingat,akibat trauma dengan sejarah pedih bangsa mereka yang dibuli oleh saudara
mereka yang ramai dari sebelah ibu tiri mereka Keturah,rabbi-rabbi Yahudi telah
membeza-bezakan taraf isteri-isteri nabi Ibrahim di mana hanya Sarah saja disebut
sebagai isteri (wife) manakala Hajar dan Keturah disebut gundik (concubine).Kita boleh
lihat di dalam Perjanjian Lama (Taurat) dan Perjanjian Baru (Injil),di mana mereka telah
mengubah tafsiran isteri-isteri nabi Ibrahim.Sesungguhnya Nabi Ibrahim selaku Rasul
Allah yang teramat alim dan warak tidak pernah membeza-bezakan isterinya,meskipun di
dalam peristiwa menghantar Siti Hajar dan anaknya Ismail ke lembah gersang di
Mekah.Betapa pilu dan hancur hatinya melihat isterinya dan anaknya yang masih kecil
terdampar di tengah padang pasir yang panas.Namun perintah Tuhan tetap dilaksanakan
mengingatkan tanah yang dipijak Ismail ketika itu adalah Rumah Tuhan yang akan
dibangunkannya bersama anaknya Ismail kelak.Adakah hanya Siti Khadijah sahaja
sebagai isteri Nabi Muhammad s.a.w manakala isteri-isterinya yang lain hanya layak
disebut gundik?TIDAK SAMA SEKALI.Walhal pada asalnya Siti Sarah adalah wanita yang
mandul,sebelum Allah s.w.t mengurniakan Nabi Ishak kepadanya pada saat umur yang
terlampau tua.Sebab itulah Siti Sarah berkeras mengahwinkan Siti Hajar (yang disangka
hamba perempuan Firaun) dengan suaminya bagi meneruskan keturunan.Bukan sahaja
disebut gundik,malah perasaan rasis mereka terhadap keturunan Keturah meleret-leret
dengan mengheret keturunan Siti Hajar bersama-sama.Siti Hajar dikatakan hamba
Firaun manakala sumber lain pula menyatakan 'gundik Firaun'.Padahal Siti Hajar adalah
PUTERI FIRAUN yang diserahkan kepada Nabi Ibrahim untuk menebus rasa bersalah
Firaun ketika itu yang ingin memperkosa Siti Sarah semasa Nabi Ibrahim dan Siti Sarah
di dalam tahanannya .Dengan kuasa Allah setiap kali Firaun datang untuk memperkosa
Siti Sarah,perbuatannya terhalang secara aneh berkat doa Nabi Ibrahim.Dari situ barulah
10

Firaun sedar bahawa Nabi Ibrahim bukanlah sebarangan orang dan mungkin berasal dari
orang suci yang harus dihormati.Akibat rasa bersalah yang teramat sangat,maka bukan
sahaja Firaun membebaskan kedua-duanya malah membekalkan mereka dengan seorang
perempuan muda yang bertutup wajahnya sebagai 'kifarat' dan hadiah kepada Nabi
Ibrahim.Rahsia perempuan muda itu terbongkar ketika perjalanan pulang di mana Nabi
Ibrahim membuka tutup kepala perempuan itu sambil bertanyakan asal-usulnya yang
pada awalnya disangka seorang hamba yang dihadiahkan kepada mereka.Alangkah
terkejutnya Nabi Ibrahim dan Siti Sarah bila mendengar pengakuan dari perempuan itu
bahawa dia adalah anak perempuan Firaun bertaraf puteri diraja.Tersentuh hati Nabi
Ibrahim sambil mengucapkan kesyukuran kepada Allah s.w.t yang sememangnya
berkehendak menjaga keturunannya sebaik-baiknya.Jadi keturunan Nabi Ismail yang
turun kepada Nabi Muhammad s.a.w adalah berketurunan diraja dari empayar agung
Firaun yang pengaruhnya melewati Anatolia dan Kanaan ketika itu (Firaun ini berbeza
langsung dengan Firaun di zaman Nabi Musa kerana Firaun ini hidup lebih lama dari
Ramses II kerana sezaman dengan Nabi Ibrahim).

Perlu dingatkan bahawa semasa zaman Nabi Ibrahim tidak ada bangsa yang disebut
sebagai Yahudi.Dan sesungguhnya Nabi Ibrahim bukanlah seorang Yahudi.Nabi Ibrahim
adalah berasal dari satu kaum purba yang sezaman dengan bangsa Hittites yang telah
pupus dan bangsa misteri di Mesir (Firaun tadi) yang mungkin mewariskan rahsia
Piramid dan teknologi canggih zaman itu kepada bangsa Qibti yang menjadi pemerintah
selepas itu termasuklah Ramses II di zaman Nabi Musa.

dalam Alquran ada disebut:

"Wahai ahli-ahli Kitab! Mengapa kamu berani bertengkar mengenai agama Ibrahim, pada
hal Taurat dan Injil tidak diturunkan melainkan kemudian daripada zaman Ibrahim;
patutkah kamu berdegil sehingga kamu tidak mahu menggunakan akal?....Bukanlah Nabi
Ibrahim itu seorang pemeluk agama Yahudi dan bukanlah juga baginda seorang Kristian".
(Ali Imran: 65 - 68)

Bangsa Yahudi diturunkan dari jurai keturunan Nabi Ishak di mana anaknya Yaakub telah
digelar sebagai isra' yang bermaksud suka berjalan malam akibat dari kegemaran Nabi
Yaakub yang berjalan malam.Dari Nabi Yaakub ini turunlah anak-anaknya termasuk
Levi,Yusuf,Bunyamin dan Yahudza.Di sini kita dapat mengesan perkataan yang
memaparkan karakter Yahudi seperti Levi dan Yahudza.Bunyamin (Benjamin) pula
adalah adik kesayangan Nabi Yusuf,yang kembali bertemu dengan Nabi Yusuf setelah
sekian lama terpisah ketika Nabi Yusuf pada waktu itu menjawat jawatan tinggi dalam
11

kerajaan Raja Mesir (dalam hal ini pemerintah Mesir pada waktu itu digelar al-Aziz
bermaksud raja).Pada waktu itu bangsa Yahudi masih menjadi bangsa belasahan dan di
bawah pemerintahan bangsa purba lain sehinggalah menjadi semakin kuat dan berjaya
menubuhkan kerajaan sendiri sepertimana di era Nabi Sulaiman dan Nabi Daud.Dalam
pada itu keturunan dari saudara -saudara mereka yang enam orang tadi dari sebelah
Keturah telah membina kekuatan yang amat dasyat,pada masa yang sama mereka telah
mula maju sedikit demi sedikit lebih pantas dari bangsa Yahudi,mencipta pelbagai ilmu
sains dan teknologi yang canggih,membina negarakota-negarakota yang bertembok tinggi
dan tebal,membina organisasi-organisasi moden yang sistematik serta menyusun
balatentera yang gagah dan teknik peperangan yang maju.Perlu dingat ketika ini dunia di
sebelah lain seperti di Tanah Besar Cina dan Benua Kecil India masih mundur dan kurang
berpenghuni.Adakalanya kaum-kaum dari sebelah Barat ini,(di mana pusat ketamadunan
manusia purba bermula dari sini di sekitar Mesopotamia) telah mengembara ke India dan
China untuk menangkap kaum asli yang masih bercawat di dalam hutan untuk dijadikan
hamba atau buruh kasar membina tembok-tembok dan kota (peristiwa ini dapat dihayati
jika kita menonton filem Apocalypse arahan Mel Gibson atau 1000000 B.C).Pada masa
yang sama bangsa Yahudi masih ditakuk lama,hidup bermalas-malasan sambil
mengharap belas ihsan bangsa-bangsa yang lebih gagah dari mereka.Sehinggalah mereka
bertembung kembali dengan bangsa-bangsa keturunan Keturah seperti Media (Madyan)
dan Babilon (Babil) serta Chaldea (Kaldan) yang mula merampas tanah-tanah mereka dan
mula mengganas memusnahkan kediaman mereka.

Bangsa Yahudi menjadi bangsa hamba di bawah pemerintahan bangsa-bangsa hebat yang
menjajah mereka berkurun lamanya secara bersilih ganti.Bangsa ini pernah dibawa
beramai-ramai ke kota Babilon untuk dijadikan hamba,pencacai,buruh kasar,kuli dan
12

orang gaji dibawah kekuasaan Emperor Nebuchadnezzar (Buktanassar) dalam keadaan


hina dengan dirantai kaki dan tangan mereka.Pada masa ini semua suhuf-suhuf dan
Taurat telah dibakar oleh pemerintah dan hanya segelintir dari mereka berjaya
menyimpan dan menghafal isi kitab itu secara sembunyi-sembunyi.

Diwaktu pemerintahan Babilon inilah bangsa Yahudi telah banyak tersesat jauh dengan
mengamalkan sihir dan penyembahan syaitan akibat kekurangan ajaran agama dan
tekanan hidup yang tinggi.Mereka mula mengabdikan diri kepada amalan spiritual yang
pelik-pelik dengan harapan syaitan akan membantu mereka melepaskan mereka dari
penderitaan di bawah penjajahan bangsa Babilon.Disinilah bermulanya amalan
'Babilonian Magic' yang menjadi asas Sihir Gematria,Necronomicon,Kultus
Pentagram,Ramalan Tarot dan Persaudaraan Ular Iblis menyebabkan terjadinya insiden
Harut dan Marut seperti yang dikisahkan dalam AlQuran.

Kegilaan bangsa Yahudi ini dalam mempelajari sihir telah menjauhkan mereka dari
13

hidayah Tuhan dan menyebabkan ramai nabi diutus kepada mereka bagi membetulkan
akhlak mereka.Bangsa Yahudi adalah bangsa spiritual.Mereka peka kepada perkara-
perkara bersifat ghaib dan misteri.Mereka percaya kepada makhluk halus dan kuasa
sakti.Mereka gemar mempelajari sisi spiritual dari bangsa-bangsa gagah yang menjajah
mereka silih berganti.

Berbalik kepada wanita misteri yang menjadi isteri ketiga Nabi Ibrahim,tidak banyak
diketahui tentang kehidupannya malah berasal dari kawasan mana ataupun dari jurai
keturunan mana walaupun sudah pasti berasal dari kelompok pengikut Nabi Nuh
mahupun mungkin terus berasal dari kaum kerabat Nabi Nuh sendiri.Sumber-sumber
kuno Yahudi juga masih samar-samar dalam membicarakan asal-usul Keturah,si wanita
misteri ini.Tetapi jika disusur dari kehidupan Nabi Ibrahim sebagai 'patriarch' (gelaran
yang diberikan kepada lelaki yang menjadi ketua keluarga yang sekaligus sebagai
pemimpin atau raja bagi kaum kerabatnya yang terhormat dan besar) memungkinkan
baginda hanya berkahwin dengan suku terhormat sahaja.Tambahan pula Keturah telah
melahirkan anak-anaknya yang gagah-gagah dan hebat.

*Keturah di khemah sebelah kanan bersama-sama 6 anaknya.


Diambil dari teks Yahudi kuno.

Keturah bermaksud kemenyan atau pun wangi-wangian yang kadangkala digunakan


dalam upacara ritual.Dari sini kita dapat menyelusuri susurgalur bangsa Melayu sebagai
bangsa spiritual.Tidak diketahui siapakah ibu bapa Keturah.Tetapi terdapat sumber yang
mengatakan kemungkinan Keturah berasal dari kaum kerabat raja agung Sargon yang
memerintah Akkadia (namun begitu teori yang paling meyakinkan setakat ini ialah
Keturah berasal dari Timur Jauh;tempat di mana keturunan nabi Ibrahim diarahkan
menyebar selepas itu).Jika demikian maka sahlah bangsa misteri ini sememangnya
berasal dari keturunan raja-raja agung sepertimana Arab Quraisy yang berketurunan dari
Raja Mesir dari bangsa misteri yang memerintah Sungai Nil ketika itu.Sesungguhnya
Piramid Agung bukanlah dibina ketika pemerintahan Firaun Khufu (Cheops) tetapi telah
dibina berkurun sebelumnya oleh kerajaan-kerajaan silam yang lepas.Firaun-firaun Mesir
hanyalah membaikpulih sahaja piramid-piramid ini yang diwarisi mereka.Hakikat ini
14

lama-kelamaan disedari oleh ramai pengkaji tetapi terlampau lama untuk dapat
dipercayai oleh masyarakat dunia.Anda boleh tonton filem 1000000 B.C dimana terdapat
kaum yang membina Piramid ditengah-tengah padang pasir untuk mendapatkan
gambaran tentang hal ini.Arkiteknya dalam menentukan lokasi piramid terpaksa melihat
jarak bintang dilangit dan koordinasi buruj-buruj dimana pada masa yang sama dia juga
adalah ahli astronomi dan ahli nujum Istana.Kedudukan ketiga-tiga piramid termasuk
Piramid Agung Giza adalah bertepatan dengan kedudukan buruj Orion di langit,dan
mengarah tepat ke arah kiblat.Ini antara misteri paling terbesar dalam sejarah
kemanusiaan.Siapakah bangsa agung yang mula-mula merencanakan pembinaan
Piramid?Sesungguhnya Piramid Mesir adalah penunjuk kiblat paling besar yang terdapat
dibumi di mana Allah Yang Maha Agung telah menciptakan bintang-bintang Orion
sebagai tanda kiblat dilangit.Piramid Mesir adalah penunjuk arah ke Baitullah di bumi
manakala bintang Orion adalah penunjuk arah ke Baitul Makmur di langit.Maha Suci
Allah yang menciptakan segala sesuatu tanpa sia-sia.Bangsa misteri yang membina
piramid terawal sudah tentu sebuah bangsa yang teramat bijak dan genius dan di zaman
itu kemajuan material adalah setanding malah lebih maju dari apa yang kita dapati hari
ini.Tidak percaya?.Cuba anda bayangkan kehidupan manusia sebelum Banjir Besar di
zaman Nabi Nuh.Bayangkan kehidupan mereka adalah teramat canggih dengan kereta-
kereta mewah dan kotaraya-kotaraya bercahaya serta pesawat-pesawat terbang seperti
UFO yang bersimpang siur di udara.Setiap rumah ada sistem komputer yang canggih dan
kemudahan internet kelajuan tinggi.Tetapi adakah semua itu berguna setelah banjir besar
melanda seluruh dunia.TIDAK...TIDAK SAMA SEKALI.Nabi Nuh terpaksa memuatkan
kapalnya dengan manusia,haiwan-haiwan yang berpasangan serta spesis-spesis tumbuh-
tumbuhan yang terpilih.Di sini kita dapat mengetahui bahawa profesion Nabi Nuh bukan
sahaja seorang pengembang agama tetapi juga pakar sains zoologi yang handal

Nabi Nuh boleh membina kapal yang teramat besar hanya berbekal pengikut yang tidak
15

sampai 100 orang?FIKIRKAN.100 orang itupun ada yang wanita dan kanak-kanak jadi
jumlah pekerja untuk membina bahtera nabi Nuh teramatlah sedikit.Malahan pula para
pengikut nabi Nuh terdiri dari orang miskin yang lemah dan melarat sahaja.Nabi Nuh
juga membina kapalnya dalam jangka masa yang terhad (sesetengah pendapat
mengatakan dalam beberapa minggu sahaja).Misteri ini benar-benar memeningkan
pengkaji malah ada pengkaji Barat mengatakan Bahtera Nabi Nuh dibina oleh makhluk
asing.Sebenarnya kita tidak akan hairan dengan kemampuan Nabi Nuh ketika itu jika kita
membayangkan kemajuan manusia sebelum Banjir Besar adalah seperti kemajuan pada
masa kini sekurang-kurangnya.Kita boleh membayangkan yang Nabi Nuh membina
bahtera di dalam hangar kapal yang besar berserta peralatan dan mesin-mesin yang
canggih dibantu sistem perkomputeran yang termaju.

Masih tidak percaya?.Kalau kita lihat kronologi kemajuan manusia pun kita dapat melihat
logik atau tidak kenyataan ini.Biar kita ambil jangkamasa dari lahirnya Nabi Isa mengikut
kalendar Masehi iaitu 1 Masehi hingga 2009 Masehi.Bagaimana kehidupan manusia di
zaman Nabi Isa hidup.Bagaimana kemajuan manusia selepas 2000 tahun selepas
kelahiran Nabi Isa?Berapakah jangkamasa Adam manusia pertama sehingga peristiwa
Banjir Besar di zaman Nabi Nuh.Katakanlah lebih kurang 2000 tahun (ini anggaran yang
amat minimum memandangkan jangkamasa dari manusia pertama turun ke Bumi
sehingga Banjir Besar boleh memakan masa beribu-ribu tahun),maka logiklah kemajuan
manusia mencapai tahap terhebat dan maju ketika Banjir Besar.Maka jika berfikir seperti
ini,kita tidak akan terkejut dengan kisah-kisah seperti Atlantis dan Lemuria serta
Kerajaan Rama yang mempunyai pesawat-pesawat terbang seperti UFO.Peperangan pun
melibatkan kuasa nuklear seperti kesan-kesan yang ditemui di Mohenjo-Daro dan
Harappa.TETAPI ADAKAH SEMUA KEMAJUAN ITU BERGUNA APABILA TIBA BALA
BENCANA?Semua kemajuan itu habis tenggelam bersama-sama orang musyrik yang
mengingkari perintah Allah s.w.t setelah hanyut dalam arus kemajuan material dan
kecanggihan teknologi yang mengkhayalkan.Manusia ketika itu semakin rakus dengan
16

kebendaan dan berbuat maksiat secara terang-terangan.Tidak hairan jika terdapat parti
bogel di sana-sini.Pesta-pesta mandi buih acapkali diadakan di festival-festival
besar.Konsert-konsert muzik yang mengkhayalkan seringkali diakhiri dengan pesta seks
yang menghairahkan dihadapan sembahan-sembahan berhala yang mereka
pertuhankan.Dakwah Nabi Nuh dikesampingkan walaupun sering keluar di media-media
antarabangsa.

Mungkin anda berasa lucu dengan senario yang dipaparkan di sini.Ini kerana anda
memikirkan Nabi Nuh hidup seperti orang gua,bercucuk tanam dan mengembala
kambing sahaja.TIDAK SAMA SEKALI.Lihatlah lukisan-lukisan misteri di dinding kuil-
kuil Firaun yang menceritakan satu mitos purba tentang penghasilan tenaga elektrik siap
dengan lukisan kabel bawah tanah dan filemen elektrik.Penemuan bateri purba di Iraq
dan cakera padat purba Dropa (sehingga kini tidak diketahui sama ada ia berbentuk
CD,CD-RW,DVD,DVD-RW atau sebagainya) di China.Dan yang paling menggemparkan
adalah penemuan loji nuklear berusia lebih 2 juta tahun di Afrika!Apa maksud semua
ini?Berapa umur Bumi sebenarnya?Berapa umur umat manusia sebenarnya?.Kita tidak
boleh menganggarkannya berdasarkan kajian Barat yang dipengaruhi oleh The Hidden
Hand seperti Illuminati dan Freemason.Mereka ada sebab untuk mengelirukan
manusia.Segala kenyataan sebenarnya amat jauh dari apa yang kita dapat
bayangkan.Maka setelah Banjir Besar,para pengikut Nabi Nuh pun bertebaranlah di muka
bumi sehelai sepinggang setelah meninggalkan kehidupan moden dan canggih mereka
ditelan banjir.Mereka kembali menjadi orang gua dan mula berburu,bercucuk tanam dan
mengail ikan.Di waktu-waktu malam mungkin mereka berkumpul di tepi unggun api
sambil mendengar cerita orang-orang tua dikalangan mereka tentang kehidupan moden
dan canggih mereka suatu ketika dahulu seperti menaiki bas dan komuter (kebanyakan
17

pengikut Nabi Nuh adalah miskin) dan ada juga yang pernah menaiki kereta.Mereka juga
menceritakan bangunan-bangunan tinggi dan komputer.

Sudah tentu cucu-cicit mereka tercengang bangang mendengar 'dongeng-dongeng' ini


dikala kehidupan mereka sekarang ditahap zaman Paleolitik.Maka keluarlah pelbagai
mitos mengenai 'keajaiban' cerita-cerita ini.Dan tidak hairan jika ada di antara mereka
yang 'nakal' mula berangan-rangan tentang dewa-dewi yang menaiki kenderaan terbang
dan berperang menggunakan senjata nuklear seperti yang kita dapati dari kitab Hindu
Mahabrata.Malah tidak keterlaluan jika ada pengkaji yang merumuskan dewa-dewi orang
Hindu diambil dari anak-anak raja kerajaan Rama,Atlantis dan Lemuria yang tenggelam
di dasar lautan.Cuba perhatikan patung-patung sembahan Hindu.Dewa-dewi yang
termasyhur semuanya berkulit cerah dan segak-segak seperti raja-raja purba.Apakah yang
dikatakan oleh orang-orang gua apabila bertemu seorang yang kacak turun dari helikopter
sambil memegang telefon bimbit?Lelaki tampan tadi akan dianggap sebagi dewa yang
berkuasa!!Itulah yang terjadi kepada orang-orang Hindu.Mereka sebenarnya menyembah
raja-raja purba yang digambarkan melalui kitab-kitab purba mereka seperti Ramayana
dan Mahabharata,Veda serta Upanishad.Sudah tentu cucu-cicit keturunan Nabi Nuh yang
menurunkan bangsa-bangsa moden selepas itu yang menceritakan kisah-kisah ajaib
nenek moyang mereka yang menaiki pesawat terbang,komputer,reaktor nuklear dan
kereta mewah seperti Mercedes Sport dan Ferrari!FIKIR-FIKIRKAN....tidak rugi kita
meluangkan masa sejenak untuk berfikir asal-usul kita.

----------------------------------------------------------
18

akan datang dalam siri Alter Terahsia Bangsa Melayu...

-Siapakah Keturah?
-Melayu dikalangan anak-anak Keturah
-Melayu dikalangan cucu cicit Nuh bangsa penakluk dan raja-raja agung
-Menjejak asal-usul raja-raja Melayu sehingga Cyrus The Great
-Cura si Manjakini bukti warisan Darius Emperor Parsi
-Negarakota Melayu di era Ur,Kish dan Uruk
-Hubungan Melayu dan Yahudi di era peperangan bangsa Sumeria
-'Bangsa Gunung'
-Pengembaraan ke Timur Jauh
-Perjalanan melalui jalan darat
-Jalan Sutera dan Kapak dari Asia Tengah
-Epik pengembaraan di padang pasir dan salju dingin
-Kenangan kehidupan silam di pergunungan Himalaya dan perkampungan Tibet yang
damai
-Perjalanan melalui jalan laut
-Bahtera dan ilmu pelayaran bangsa misteri
-Astronomi dan rahsia bintang-bintang
-Bodhidharma,Dharmakirti,Sakyakirti dan pendeta-pendeta Melayu lainnya
-1000 rahib,sami dan arahat di Bukit Suci
-Misteri bangsa terahsia
-Siapakah dia Malai?
-Bumi Mala
19

-The Promised Land


-Tempat menyimpan rahsia
-Kunci-kunci rahsia
-Cucu-cicit Nabi

Pintu Rahsia akan terbuka di MistisFiles....


Posted by Mistis Organization at 5:59 PM
20

Friday, August 13, 2010


Alter Terahsia Bangsa Melayu II

Perbezaan pendapat di antara para pengkaji Barat dan Timur tentang asal-usul bangsa
Melayu begitu memeningkan.Sehingga kini kajian terus dilakukan dan pelbagai teori
dikemukan sehingga antara yang terbaru adalah kajian dari penyelidik Pusat Pengajian
Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Zafarina Zainuddin.

Dibawah ini adalah sambungan kepada artikel 'Alter Terahsia Bangsa Melayu'

Selamat membaca

-M.O

The Lost Fragrance in The Promised Land

"But while he was still living, he gave gifts to the sons of his wife (Keturah)..." (Genesis
21

25:6 New International Version)

Sehingga ke hari ini,para cendekiawan,pengkaji sejarah,pakar antropologi dan ahli


geneologi masih berdebat dan mencari-cari dari manakah datangnya satu bangsa yang
dipanggil MELAYU ini.Sejarah kewujudan bangsa Melayu masih samar-samar dan misteri
dan setiap pengkaji menemui bukti dan penemuan dari pelbagai bangsa,negara mahupun
budaya yang mempunyai kaitan dengan bangsa Melayu.Setiap pengkaji juga mempunyai
ulasan dan teori sendiri di mana masing-masing kelihatan mempunyai percanggahan di
antara satu sama lain.Tidak ada percanggahan yang ketara di dalam membicarakan
riwayat sesuatu bangsa kecuali bangsa Melayu.Tidak seperti bangsa Inggeris yang
diketahui berasal dari tiga suku-suku purba Jerman iaitu Angles (dari sini terbit kata
Anglo dan seterusnya English),Saxon dan Jutes.Juga bangsa Iran yang berasal dari bangsa
Madyan Purba (Medea Empire) sebelum kehadiran Empayar Acheamenid dan Sassanid
dan kelahiran Emperor-emperor agung seperti Cyrus,Xerxes dan Darius.Para pengkaji
Barat dan Timur juga menemui tanda-tanda fizikal di beberapa kawasan di dunia yang
sama dengan apa yang ditemui di Kepulauan Melayu.Antara yang paling terkenal adalah
penemuan kapak tua dari Asia Tengah oleh R.H. Geldern dan gendang Dongson di
Vietnam Utara.Ini belum masuk lagi berpuluh-puluh kajian tentang sosio-budaya di
tempat-tempat lain yang dikatakan mirip bangsa Melayu seperti etnik-etnik Tibet,kaum
asli di Taiwan dan Kepulauan Jepun dan sudah tentu bukti-bukti transformasi budaya di
beberapa kawasan pedalaman China,Indochina (MOn,Khmer,Campa) dan Kepulauan Asia
Pasifik.APAKAH ERTI SEMUA INI?Mengapa begitu banyak kesan-kesan yang sama
dengan bangsa ini di seluruh Asia?Terdapat satu rahsia di mana ia dapat menjawab semua
misteri ini.Rahsia ini adalah satu kunci dari beberapa kunci di dalam 'Ark of Covenant'
bangsa misteri ini.

Sebelum perbincangan yang lebih mendalam eloklah diturunkan hasil kajian umum dan
terkenal beberapa pengkaji sama ada Barat dan tempatan tentang asal-usul bangsa
22

Melayu. Walaupun sudah ada beberapa kajian dilakukan terhadap asal usul bangsa
Melayu, tetapi kata sepakat para ahli belum dicapai. Setakat ini ada dua pandangan yang
dikemukakan. Pandangan yang pertama menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari
utara (Asia Tengah) dan pandangan yang kedua menyatakan bahawa bangsa Melayu
memang sudah sedia ada di Kepulauan Melayu atau Nusantara ini.

Sebagai perbandingan, kedua-dua pandangan tersebut diperlihatkan seperti yang berikut


ini.

Berasal dari Asia Tengah

R.H. Geldern ialah seorang ahli prasejarah dan menjadi guru besar di Iranian Institute
and School for Asiatic Studies telah membuat kajian tentang asal usul bangsa Melayu.
Sarjana yang berasal dari Wien, Austria ini telah membuat kajian terhadap kapak tua
(beliung batu). Beliau menemui kapak yang diperbuat daripada batu itu di sekitar hulu
Sungai Brahmaputra, Irrawaddy, Salween, Yangtze, dan Hwang. Bentuk dan jenis kapak
yang sama, beliau temui juga di beberapa tempat di kawasan Nusantara. Geldern
berkesimpulan, tentulah kapak tua tersebut dibawa oleh orang Asia Tengah ke Kepulauan
Melayu ini.

J.H.C. Kern ialah seorang ahli filologi Belanda yang pakar dalam bahasa Sanskrit dan
pelbagai bahasa Austronesia yang lain telah membuat kajian berdasarkan beberapa
perkataan yang digunakan sehari-hari terutama nama tumbuh-tumbuhan, haiwan, dan
nama perahu. Beliau mendapati bahawa perkataan yang terdapat di Kepulauan Nusantara
ini terdapat juga di Madagaskar, Filipina, Taiwan, dan beberapa buah pulau di Lautan
Pasifik .Perkataan tersebut di antara lain ialah: padi, buluh, rotan, nyiur, pisang, pandan,
dan ubi. Berdasarkan senarai perkataan yang dikajinya itu Kern berkesimpulan bahawa
bahasa Melayu ini berasal daripada satu induk yang ada di Asia.

W. Marsden pula dalam kajiannya mendapati bahawa bahasa Melayu dan bahasa
Polinesia (bahasa yang digunakan di beberapa buah pulau yang terdapat di Lautan
Pasifik) merupakan bahasa yang serumpun. E. Aymonier dan A. Cabaton pula mendapati
bahawa bahasa Campa serumpun dengan bahasa Polinesia, manakala Hamy berpendapat
bahawa bahasa Melayu dan bahasa Campa merupakan warisan daripada bahasa Melayu
Kontinental. Di samping keserumpunan bahasa, W. Humboldt dalam kajiannya
mendapati bahawa bahasa Melayu (terutama bahasa Jawa) telah banyak menyerap bahasa
Sanskrit yang berasal dari India.
J.R. Foster yang membuat kajiannya berdasarkan pembentukan kata berpendapat bahawa
23

terdapat kesamaan pembentukan kata dalam bahasa Melayu dan bahasa Polinesia. Beliau
berpendapat bahawa kedua-dua bahasa ini berasal daripada bahasa yang lebih tua yang
dinamainya Melayu Polinesia Purba. Seorang ahli filologi bernama A.H. Keane pula
berkesimpulan bahawa struktur bahasa Melayu serupa dengan bahasa yang terdapat di
Kampuchea.

J.R. Logan yang membuat kajiannya berdasarkan adat resam suku bangsa mendapati
bahawa ada persamaan adat resam kaum Melayu dengan adat resam suku Naga di Assam
(di daerah Burma dan Tibet). Persamaan adat resam ini berkait rapat dengan bahasa yang
mereka gunakan. Beliau mengambil kesimpulan bahawa bahasa Melayu tentulah berasal
dari Asia. G.K. Nieman dan R.M. Clark yang juga membuat kajian mereka berdasarkan
adat resam dan bahasa mendapati bahawa daratan Asia merupakan tanah asal nenek
moyang bangsa Melayu.

Dua orang sarjana Melayu, iaitu Slametmuljana dan Asmah Haji Omar juga menyokong
pendapat di atas. Slametmuljana yang membuat penyelidikannya berdasarkan
perbandingan bahasa, sampai pada suatu kesimpulan bahawa bahasa Austronesia yang
dalamnya termasuk bahasa Melayu, berasal dari Asia. Asmah Haji Omar membuat
huraian yang lebih terperinci lagi. Beliau berpendapat bahawa perpindahan orang Melayu
dari daratan Asia ke Nusantara ini tidaklah sekaligus dan juga tidak melalui satu laluan.
Ada yang melalui daratan, iaitu Tanah Semenanjung, melalui Lautan Hindi dan ada pula
yang melalui Lautan China. Namun, beliau menolak pendapat yang mengatakan bahawa
pada mulanya asal bahasa mereka satu dan perbezaan yang berlaku kemudian adalah
kerana faktor geografi dan komunikasi. Dengan demikian, anggapan bahawa bahasa
Melayu Moden merupakan perkembangan daripada bahasa Melayu Klasik, bahasa Melayu
Klasik berasal daripada bahasa Melayu Kuno dan bahasa Melayu Kuno itu asalnya
daripada bahasa Melayu Purba merupakan anggapan yang keliru.

Kajian mendapati bahawa bahasa Melayu Moden berasal daripada bahasa Melayu Klasik
dan bahasa Melayu Klasik berasal daripada bahasa Melayu Induk. Bahasa Melayu Induk
berasal daripada bahasa Melayu Purba yang juga merupakan asal daripada bahasa Melayu
Kuno. Kajian ini juga memperlihatkan bahawa bahasa Melayu Moden bukanlah
merupakan pengembangan daripada dialek Johor-Riau dan bahasa Melayu Moden tidak
begitu rapat hubungannya dengan dialek yang lain (Da, Db, dan Dn). Dialek yang lain
berasal daripada Melayu Induk manakala dialek Johor-Riau berasal daripada Melayu
Klasik.
Berikut ini akan diperlihatkan cara perpindahan orang Melayu dari Asia Tengah tersebut.
24

(a) Orang Negrito

Menurut pendapat Asmah Haji Omar sebelum perpindahan penduduk dari Asia berlaku,
Kepulauan Melayu (Nusantara) ini telah ada penghuninya yang kemudian dinamai
sebagai penduduk asli. Ada ahli sejarah yang mengatakan bahawa mereka yang tinggal di
Semenanjung Tanah Melayu ini dikenali sebagai orang Negrito. Orang Negrito ini
diperkirakan telah ada sejak tahun 8000 SM (Sebelum Masihi). Mereka tinggal di dalam
gua dan mata pencarian mereka memburu binatang. Alat perburuan mereka diperbuat
daripada batu dan zaman ini disebut sebagai Zaman Batu Pertengahan. Di Kedah sebagai
contoh, pada tahun 5000 SM, iaitu pada Zaman Paleolit dan Mesolit, telah didiami oleh
orang Austronesia yang menurunkan orang Negrito, Sakai, Semai, dan sebagainya.

(b) Melayu-Proto

Berdasarkan pendapat yang mengatakan bahawa orang Melayu ini berasal dari Asia
Tengah, perpindahan tersebut (yang pertama) diperkirakan pada tahun 2500 SM. Mereka
ini kemudian dinamai sebagai Melayu-Proto. Peradaban orang Melayu-Proto ini lebih
maju sedikit daripada orang Negrito. Orang Melayu-Proto telah pandai membuat alat
bercucuk tanam, membuat barang pecah belah, dan alat perhiasan. Kehidupan mereka
berpindah-randah. Zaman mereka ini dinamai Zaman Neolitik atau Zaman Batu Baru.

(c) Melayu-Deutro

Perpindahan penduduk yang kedua dari Asia yang dikatakan dari daerah Yunan
diperkirakan berlaku pada tahun 1500 SM. Mereka dinamai Melayu-Deutro dan telah
mempunyai peradaban yang lebih maju daripada Melayu-Proto. Melayu-Deutro telah
mengenal kebudayaan logam. Mereka telah menggunakan alat perburuan dan pertanian
daripada besi. Zaman mereka ini dinamai Zaman Logam. Mereka hidup di tepi pantai dan
menyebar hampir di seluruh Kepulauan Melayu ini.

Kedatangan orang Melayu-Deutro ini dengan sendirinya telah mengakibatkan


perpindahan orang Melayu-Proto ke pedalaman sesuai dengan cara hidup mereka yang
berpindah-randah. Berlainan dengan Melayu-Proto, Melayu-Deutro ini hidup secara
berkelompok dan tinggal menetap di sesuatu tempat. Mereka yang tinggal di tepi pantai
hidup sebagai nelayan dan sebahagian lagi mendirikan kampung berhampiran sungai dan
lembah yang subur. Hidup mereka sebagai petani dan berburu binatang. Orang Melayu-
Deutro ini telah pandai bermasyarakat. Mereka biasanya memilih seorang ketua yang
tugasnya sebagai ketua pemerintahan dan sekaligus ketua agama. Agama yang mereka
25

anuti ketika itu ialah animisme.

Berasal dari Nusantara

Seorang sarjana Inggeris bernama J. Crawfurd telah membuat kajian perbandingan


bahasa yang ada di Sumatera, Jawa, Kalimantan, dan kawasan Polinesia. Beliau
berpendapat bahawa asal bahasa yang tersebar di Nusantara ini berasal daripada bahasa
di Pulau Jawa (bahasa Jawa) dan bahasa yang berasal dari Pulau Sumatera (bahasa
Melayu). Bahasa Jawa dan bahasa Melayulah yang merupakan induk bagi bahasa
serumpun yang terdapat di Nusantara ini.

J. Crawfurd menambah hujahnya dengan bukti bahawa bangsa Melayu dan bangsa Jawa
telah memiliki taraf kebudayaan yang tinggi dalam abad kesembilan belas. Taraf ini hanya
dapat dicapai setelah mengalami perkembangan budaya beberapa abad lamanya. Beliau
sampai pada satu kesimpulan bahawa:

(a) Orang Melayu itu tidak berasal dari mana-mana, tetapi malah merupakan induk
yang menyebar ke tempat lain.
(b) Bahasa Jawa ialah bahasa tertua dan bahasa induk daripada bahasa yang lain.

K. Himly, yang mendasarkan kajiannya terhadap perbandingan bunyi dan bentuk kata
bahasa Campa dan pelbagai bahasa di Asia Tenggara menyangkal pendapat yang
mengatakan bahawa bahasa Melayu Polinesia serumpun dengan bahasa Campa. Pendapat
ini disokong oleh P.W. Schmidt yang membuat kajiannya berdasarkan struktur ayat dan
perbendaharaan kata bahasa Campa dan Mon-Khmer. Beliau mendapati bahawa bahasa
Melayu yang terdapat dalam kedua-dua bahasa di atas merupakan bahasa ambilan sahaja.
Sutan Takdir Alisjahbana, ketika menyampaikan Syarahan Umum di Universiti Sains
Malaysia (Julai 1987) menggelar bangsa yang berkulit coklat yang hidup di Asia Tenggara,
iaitu Thailand Selatan, Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei, dan Filipina Selatan
sebagai bangsa Melayu yang berasal daripada rumpun bangsa yang satu. Mereka bukan
sahaja mempunyai persamaan kulit bahkan persamaan bentuk dan anggota badan yang
berbeza daripada bangsa Cina di sebelah timur dan bangsa India di sebelah barat.

Gorys Keraf di dalam bukunya Linguistik bandingan historis (1984) mengemukakan teori
Leksikostatistik dan teori Migrasi bagi mengkaji asal usul bangsa dan bahasa Melayu.
Setelah mengemukakan hujah tentang kelemahan pendapat terdahulu seperti: Reinhold
Foster (1776), William Marsden (1843), John Crawfurd (1848), J.R. Logan (1848), A.H.
Keane (1880), H.K. Kern (1889), Slametmuljana (1964), dan Dyen (1965) beliau
26

mengambil kesimpulan bahawa "...negeri asal (tanahair, homeland) nenek moyang bangsa
Austronesia haruslah daerah Indonesia dan Filipina (termasuk daerah-daerah yang
sekarang merupakan laut dan selat), yang dulunya merupakan kesatuan geografis".

Pendapat lain yang tidak mengakui bahawa orang Melayu ini berasal dari daratan Asia
mengatakan bahawa pada Zaman Kuarter atau Kala Wurn bermula dengan Zaman Ais
Besar sekitar dua juta sehingga lima ratus ribu tahun yang lalu. Zaman ini berakhir
dengan mencairnya ais secara perlahan-lahan dan air laut menggenangi dataran rendah.
Dataran tinggi menjadi pulau. Ada pulau yang besar dan ada pulau yang kecil. Pemisahan
di antara satu daratan dengan daratan yang lain berlaku juga kerana berlakunya letusan
gunung berapi atau gempa bumi. Pada masa inilah Semenanjung Tanah Melayu berpisah
dengan yang lain sehingga kemudian dikenali sebagai Pulau Sumatera, Pulau Jawa, Pulau
Kalimantan, dan pulau lain di Indonesia.

Pintu Rahsia

Proto homonoid yang dianggap sebagai pramanusia dianggarkan sudah ada sejak satu juta
tahun yang lalu dan ia berkembang secara evolusi. Namun, manusia yang sesungguhnya
baru bermula sejak 44,000 tahun yang lalu dan manusia moden (Homo sapiens sapiens)
muncul sekitar 11,000 tahun yang lalu.

Pada masa pramanusia dan manusia yang sesungguhnya di Asia Tenggara, Asia Timur,
dan Australia telah ada manusia. Hal ini dibuktikan dengan ditemuinya Homo soloinensis
dan Homo wajakensis (Manusia Jawa = "Java Man") yang diperkirakan berusia satu juta
tahun.
Pada masa ini wilayah tersebut didiami oleh tiga kelompok Homo sapiens sapiens, iaitu
orang Negrito di sekitar Irian dan Melanesia, orang Kaukasus di Indonesia Timur,
Sulawesi, dan Filipina, serta orang Mongoloid di sebelah utara dan barat laut Asia.

Masing-masing bangsa ini berpisah dengan berlakunya pemisahan daratan. Mereka


berpindah dengan cara yang perlahan. Orang Kaukasus ada yang berpindah ke sebelah
barat dan ada pula yang ke sebelah timur. Yang berpindah ke arah timur seperti ke
Maluku, Flores, dan Sumba bercampur dengan orang Negrito. Yang berpindah ke arah
barat mendiami Kalimantan, Aceh, Tapanuli, Nias, Riau, dan Lampung. Yang berpindah
ke arah utara menjadi bangsa Khmer, Campa, Jarai, Palaung, dan Wa.

Hukum Bunyi yang diperkenalkan oleh H.N. van der Tuuk dan diperluas oleh J.L.A.
Brandes yang menghasilkan Hukum R-G-H dan Hukum R-D-L dikatakan oleh C.A. Mees
27

bahawa "Segala bahasa Austronesia itu, walaupun berbeza kerana pelbagai pengaruh dan
sebab yang telah disebut, memperlihatkan titik kesamaan yang banyak sekali, baik pada
kata-kata yang sama, seperti mata, lima, talinga, dan sebagainya, mahupun pada sistem
imbuhan, dan susunan tatabahasanya. Perbezaan yang besar seperti dalam bahasa Indo-
Eropah, misalnya: antara bahasa Perancis dan Jerman, antara Sanskrit dan Inggeris, tidak
ada pada bahasa-bahasa Austronesia. Apalagi Kata Dasar (terutama bahasa Melayu) tidak
berubah dalam morfologi" juga menunjukkan bahawa bahasa yang terdapat di Asia
Selatan dan Tenggara berbeza dengan bahasa yang terdapat di Asia Tengah.

Pendapat-pendapat dari Barat kebanyakan boleh disimpulkan seperti ini:

-Bangsa Melayu berasal dari bangsa lain seperti China,India atau suku kaum di benua
Afrika
-Bangsa Melayu adalah lahir dari transformasi bangsa-bangsa besar seperti China,India
atau Arab.

Tetapi kajian mereka dipertikaikan oleh beberapa pengkaji Barat J. Crawfurd,Gorys Keraf
dan lain-lain bersama-sama para pengkaji tempatan termasuk para pengkaji di Universiti
Sains Malaysia.Pendapat Geldern tentang kapak tua masih boleh diperdebatkan. Budaya
kapak tua yang diperbuat daripada batu sebenarnya bukan hanya terdapat di Asia Tengah
dan Nusantara. Budaya yang sama akan ditemui pada semua masyarakat primitif sama
ada di Amerika dan juga di Eropah pada zaman tersebut.

Lagi pula, secara kebetulan Geldern membuat kajiannya bermula dari Asia kemudian ke
Nusantara. Kesimpulan beliau tersebut mungkin akan lain sekiranya kajian itu bermula
dari Nusantara, kemudian ke Asia Tengah.
Kajian Kern berdasarkan bukti Etnolinguistik memperlihatkan bahawa persamaan
perkataan tersebut hanya terdapat di alam Nusantara dengan pengertian yang lebih luas
dan perkataan tersebut tidak pula ditemui di daratan Asia Tengah. Ini menunjukkan
bahawa penutur bahasa ini tentulah berpusat di tepi pantai yang strategik yang membuat
mereka mudah membawa bahasa tersebut ke barat, iaitu Madagaskar dan ke timur hingga
ke Pulau Easter di Lautan Pasifik.

Secara khusus, penyebaran bahasa Melayu itu dapat dilihat di sepanjang pantai timur
Pulau Sumatera, di sepanjang pantai barat Semenanjung Tanah Melayu; di Pulau Jawa
terdapat dialek Jakarta (Melayu-Betawi), bahasa Melayu Kampung di Bali, bahasa Melayu
di Kalimantan Barat, bahasa Melayu Banjar di Kalimantan Barat dan Selatan, Sabah,
Sarawak, dan bahasa Melayu di Pulau Seram.
28

Pendapat Marsden bahawa bahasa Melayu yang termasuk rumpun bahasa Nusantara
serumpun dengan rumpun bahasa Mikronesia, Melanesia, dan Polinesia dengan induknya
bahasa Austronesia secara tidak langsung memperlihatkan adanya kekerabatan dua
bahasa tersebut yang tidak ditemui di Asia Tengah. Penyebaran bahasa Austronesia juga
terlihat hanya bahagian pesisir pantai timur (Lautan Pasifik), pantai barat (Lautan Hindi),
dan Selatan Asia (kawasan Nusantara) sahaja dan ia tidak masuk ke wilayah Asia Tengah.

Kesamaan pembentukan kata di antara bahasa Melayu dengan bahasa Polinesia yang
dinyatakan oleh J.R. Foster dan kesamaan struktur bahasa Melayu dengan struktur
bahasa Kampuchea juga memperlihatkan bahawa bahasa yang berada di Asia Selatan dan
Asia Timur berbeza dengan bahasa yang berada di Asia Tengah. Jika kita lihat rajah
kekeluargaan bahasa akan lebih nyata lagi bahawa bahasa di Asia Tengah berasal dari
keluarga Sino-Tibet yang melahirkan bahasa Cina, Siam, Tibet, Miao, Yiu, dan Burma.
Berdekatan dengannya agak ke selatan sedikit ialah keluarga Dravida, iaitu: Telugu,
Tamil, Malayalam, dan lain-lain. Kedua-dua keluarga bahasa ini berbeza dengan bahasa di
bahagian Timur, Tenggara, dan Selatan Asia, iaitu keluarga Austronesia yang
menurunkan empat kelompok besar, iaitu Nusantara, Melanesia, Mikronesia, dan
Polinesia.

Jika ditinjau dari sudut ilmu kaji purba pula, penemuan tengkorak yang terdapat di
Nusantara ini memberi petunjuk bahawa manusia telah lama ada di sini. Penemuan
tersebut di antara lain ialah:

1. Pithecanthropus Mojokerto (Jawa), yang kini berusia kira-kira 670,000 tahun.


2. Pithecanthropus Trinil (Jawa), kira-kira 600,000 tahun.
3. Manusia Wajak (Jawa), kira-kira 210,000 tahun.

Jika tiga fosil tersebut dibandingkan dengan fosil Manusia Peking atau Sinanthropus
Pekinensis (China) yang hanya berusia kira-kira 550,000 tahun terlihat bahawa manusia
purba lebih selesa hidup dan beranak-pinak berdekatan dengan Khatulistiwa. Hal ini
diperkuat lagi dengan penemuan fosil tengkorak manusia yang terdapat di Afrika yang
dinamai Zinjanthropus yang berusia 1,750,000 tahun. Beberapa hujah ini menambah
kukuh kesimpulan Gorys Keraf di atas yang menyatakan bahawa nenek moyang bangsa
Melayu ini tentulah sudah sedia ada di Kepulauan Melayu yang menggunakan bahasa
keluarga Nusantara.
Masih ada soalan yang belum terjawab, iaitu jika betul bangsa Melayu ini sememangnya
berasal dari Alam Melayu ini, sebelum itu dari manakah asal mereka? Pendapat orang
29

Minangkabau di Sumatera Barat bahawa keturunan mereka ada hubungan dengan


pengikut Nabi Nuh, iaitu bangsa Ark yang mendarat di muara Sungai Jambi dan
Palembang semasa berlakunya banjir besar seperti yang diungkapkan oleh W. Marsden
(1812) masih boleh dipertikaikan.

RAHSIA DARI KETURUNAN NABI NUH

Yang agak berkemungkinan disusurgalur ialah dari salasilah Nabi Nuh daripada tiga
anaknya, iaitu Ham, Yafit (Japheth), dan Sam. Dikatakan bahawa Ham berpindah ke
Afrika yang keturunannya kemudian disebut Negro berkulit hitam, Yafit berpindah ke
Eropah yang kemudian dikenali sebagai bangsa kulit putih, dan Sam tinggal di Asia
menurunkan bangsa kulit kuning langsat. Putera kepada Sam ialah Nabi Hud yang tinggal
di negeri Ahqaf yang terletak di antara Yaman dan Oman.Untuk menyiasat dan menjejaki
dari mana asal-usulnya bangsa misteri ini kita terpaksa ke masa-masa terjadinya Banjir
Besar,beribu-ribu (atau mungkin sampai jutaan tahun?) sebelum kelahiran Sargon dari
Akkadia dan bangsa Sumeria apatah lagi kewujudan dinasti-dinasti China seawal Dinasti
Xia dan kelahiran Tamadun Indus.

Difirmankan: "Hai Nuh, turunlah dengan selamat sejahtera dan penuh keberkatan dari
Kami atasmu dan atas umat-umat (yang mukmin) dari orang-orang yang bersamamu.
Dan ada (pula) umat-umat yang Kami beri kesenangan pada mereka (dalam kehidupan
dunia), kemudian mereka akan ditimpa azab yang pedih dari Kami." (Huud 11:48)
30

Selepas Banjir Besar surut,maka Nabi Nuh a.s pun keluar bersama-sama para
pengikutnya seramai 80 orang (mengikut jumlah yang disepakati di dalam manuskrip-
manuskrip kuno).Tempat di mana mendaratnya bahtera Nabi Nuh (Noah's Ark) tidak
dapat dipastikan dengan jelas tetapi pendapat yang popular ialah di Buki Judi di
Pergunungan Ararat di Turki.Setelah keluar dari bahtera maka bertebaranlah pengikut-
pengikut Nabi Nuh ke seluruh bumi termasuk anak-anaknya iaitu Ham,Sam dan Yafid
(Japheth).Ham telah mengembara ke kawasan di sebelah Afrika,manakala Yafid bergerak
arah barat di mana nanti anak cucunya akan hidup merentasi kawasan
Mediteranean,Kaukasus,Tanah Besar Eropah dan kawasan di sebelah utara seperti
Denmark,Norway dan lainnya.Sam pula menetap di Asia khususnya di Asia
Barat.Sebahagian anak keturunannya ada yang bergerak ke timur jauh merentasi
perbatasan China di mana terlebih dahulu direntasi oleh pengikut-pengikut Nabi Nuh
yang bergerak ke kawasan sebelah Timur.INI ADALAH LAPISAN PERTAMA pergerakan
anak-anak manusia selepas peristiwa Banjir Besar.

Nabi Nuh dan kaum kerabatnya yang lain masih menetap di Asia Barat.Dari kerabat Nabi
Nuh ini maka lahirlah bangsa-bangsa purba Mesopotamia seperti Akkadia,Assyria dan
bangsa-bangsa purba Babilon (termasuk Sumer dan Samiyah).Bangsa-bangsa ini
membentuk peradaban Mesopotamia telah diperakui merupakan tamadun tertua di dunia
dan digelar pusat ketamadunan dunia (adalah tamadun yang dikenalpasti mula-mula
mencipta roda).Bangsa-bangsa yang membentuk tamadun ini merupakan bangsa yang
bijak dan terdiri dari keturunan yang terlatih,mahir dan genius.Ini tidak menghairankan
memandangkan mereka berasal dari keturunan Nuh sendiri dimana Nabi Nuh adalah
seorang yang pintar dan seorang 'patriarch' yang disegani.Manakala pengikut-pengikut
Nabi Nuh yang telah sampai di sebelah India,China dan Timur Jauh tetap meneruskan
hidup mereka namun agak terbelakang dari segi pencapaian bangsa-bangsa yang tinggal
di pusat tamadun Mesopotamia.Ini memandangkan para pengikut Nabi Nuh adalah
terdiri dari orang-orang yang miskin dan melarat dimana sebelum Banjir Besar mereka
bolehlah dikatakan tinggal dikawasan perkampungan (atau perumahan kos rendah pada
istilah kini) ataupun menetap di setinggan-setinggan.Tahap pendidikan mereka yang
rendah tidak memungkinkan mereka mendidik keturunan mereka secara intensif tidak
seperti keturunan Nabi Nuh yang berasal dari golongan berpendidikan dan bijakpandai
memandangkan Nabi Nuh sendiri selain seorang ahli agama, beliau juga adalah pakar
dalam bidang zoologi dan kejuruteraan perkapalan.Beliau juga seorang ahli marin dan
pelayaran yang berkemahiran.Sesungguhnya Allah s.w.t ,mengangkat para utusan-Nya
dari kalangan yang terbaik dan dari keturunan yang terpelihara.Di sini kita boleh
menimbangkan dua petunjuk misteri ini,
31

*Adakah bangsa Melayu berasal dari kaum kerabat Nabi Nuh?


*Atau berasal dari salah seorang pengikut Nabi Nuh?

'Petunjuk Dari Banjir Besar' ini juga dapat menjawab mengapa di Tanah Melayu telah
terdapat kaum-kaum lain yang fizikal dan rupaparas mereka amat berlainan dari bangsa
Melayu.Mengapa terdapat kaum di sebelah kepulauan Pasifik yang mengaku mereka
berasal dari bangsa Melayu yang belayar dari sebelah Afrika (rujuk kaum Maori dan
kaum-kaum kuno di kepulauan Hawai).Juga misteri Pulau Easter dimana patung-
patungnya menyerupai batu-batu nisan Toroja dan tugu-tugu suku Batak.Sampai kini
bangsa yang pernah mendiami pulau misteri tersebut masih samar-samar.Namun selepas
ekspedisi yang digelar Kon-Tiki dalam tahun 1950'an yang mungkin merupakan ekspedisi
paling penting selepas ekspedisi Galapagos,sebahagian misteri Pulau Easter telah
terungkap.Kemajuan dari ekspedisi ini adalah kajian rapi mereka dari segi
arkeologi,linguistik dan etnografi.Yang paling menarik adalah keputusan DNA dari tulang
temulang yang dijumpai di sana menjelaskan bahawa kaum yang membina tugu-tugu
misteri itu bukanlah berasal dari Indian Amerika tetapi Polinesia yang menerangkan
mengapa penduduk setempat memanggil pulau itu sebagai Rapa Nui yang mana bunyi
linguistiknya mendekati ala Tahitian dan orang Tahiti mendekati asalnya dari kumpulan
Molukas-Samoa (keduanya dari kumpulan etnik yang sama).Merekalah yang belayar ke
Kepulauan Marquesas kemudian ke Hawaii selepas itu ke New Zealand dan akhirnya ke
Tahiti.Dan pelayaran ini berkemungkinan hanya menggunakan kayak purba dan ia digelar
sebagai Catamaran/Trimarant yang dikenali sebagai kapal kecil yang stabil yang mampu
mengharungi gelombang lautan.Dan yang menariknya kaum-kaum kuno di Indonesia
telah lama diketahui menggunakan Trimarant yang mudah ditolak ketika pendaratan
32

pantai.Sebab itu karakter tugu misteri di Pulau Easter menyamai tugu kaum Toroja dan
Batak.

Betapa misterinya apabila ramai pengkaji tidak sependapat untuk menerangkan


kehadiran kaum asli seperti Orang Asli,Jakun,Senoi dan sekumpulan dengan mereka di
Tanah Melayu dan pada masa yang sama terdapat pula satu bangsa yang berbeza yang
berkulit cerah sedikit atau sawo matang,berpakaian kemas,lebih terurus
kehidupannya,berorganisasi malah berkerajaan sendiri dan pernah membina empayar-
empayar hebat,tidaklah bercawat,dan masih mengamalkan kehidupan primitif seperti
berburu binatang dan bercucuk tanam iaitu mengamalkan ekonomi sara diri.Ini tidak
sepening kes antropologi lain seperti kehadiran bangsa kulit putih di Australia dan Benua
Amerika.Kes unik antara bangsa Melayu dan Orang Asli adalah masalah beribu-ribu
tahun dahulu tidak seperti kes Red Indian dan Koloni Eropah.Ini menunjukkan sebelum
konotasi 'Dunia Baru' yang popular digunakan dikalangan pengembara Eropah seperti
Amerigo Vespucci,Magellan dan Columbus merujuk kepada Tanah Amerika,bangsa
Melayu telah lama menemui 'Dunia Baru' mereka beribu tahun yang lampau lama
sebelum kelahiran Raja Manuel Sepanyol mahupun Christopher Columbus.

Kunci kepada rahsia ini adalah terletak kepada pergerakan keturunan Ham,iaitu salah
seorang anak Nabi Nuh yang menurunkan bangsa-bangsa berkulit gelap seperti di sebelah
Afrika dan pergerakan bangsa Mala dari keturunan Keturah mengikut jalan laut.Kunci ini
akan membuka satu persoalan yang sekian lama menghantui para ahli antropologi
mengapa kaum-kaum Polinesia seperti Orang Asli,Maori,Aborigin dan suku-suku Hawaii
umumnya berambut keriting,berkulit gelap serta memiliki raut wajah dan postur seperti
33

kaum-kaum di Afrika dan berlainan dari etnik-etnik Melayu seperti


Jawa,Banjar,Bugis,Kedah,Pahang dan sebagainya.Kaum asli Polinesia ini adalah HYBRID
KEPADA KETURUNAN HAM DAN BANGSA MALA-KETURAH.Pergerakan pertama
dipercayai adalah dari jurai keturunan Heth bin Kanaan bin Ham bin Nuh a.s.Merekalah
yang sampai dahulu di Kepulauan Pasifik dan pulau-pulau Polinesia termasuk Australia
membentuk kaum Aborigin.Kemudian tibalah pula keturunan Keturah setelah memakan
beberapa generasi.Keturunan Keturah ini adalah kumpulan kedua iaitu yang mengikut
jalan laut dari sebelah barat (dari arah Afrika) di mana kumpulan pertama bangsa Mala
melakukan perjalanan darat menuju ke hujung dunia 'Semenanjung Emas'.Ini
menerangkan mengapa kaum asli di salah satu kepulauan Jepun,kaum asli purba di
Taiwan dan etnik-etnik Polinesia di Pasifik seperti di Hawaii,Papua dan sebagainya
memiliki beberapa perkataan mirip bahasa Melayu berserta maksud yang sama seperti
'batu' dan 'mata'.Kaum asli ini yang berasal dari keturunan Ham anak Nabi Nuh a.s yang
menurunkan bangsa Afrika mengalami pertentangan untuk bertahan dengan kedatangan
bangsa Mala keturunan Siti Keturah dan Nabi Ibrahim yang lebih maju dan berfizikal
lebih besar dari mereka.Akibatnya mereka yang tidak dapat berasimilasi terpaksa
berpindah ke kawasan lebih pedalaman.Terdapat juga interaksi sosial di antara kedua-dua
kaum ini seperti perdagangan malah ada yang berkahwin sesama mereka.

Kunci Rahsia Pada Pemberian Rahsia

1:1 Adam, Sheth, Enosh,


1:2 Kenan, Mahalaleel, Jered,
1:3 Henoch, Methuselah, Lamech,
1:4 Noah, Shem, Ham, and Japheth.
1:5 The sons of Japheth; Gomer, and Magog, and Madai, and Javan, and Tubal, and
Meshech, and Tiras.
34

1:27 Abram; the same is Abraham.


1:28 The sons of Abraham; Isaac, and Ishmael.
1:29 These are their generations: The firstborn of Ishmael, Nebaioth; then Kedar, and
Adbeel, and Mibsam,
1:30 Mishma, and Dumah, Massa, Hadad, and Tema,
1:31 Jetur, Naphish, and Kedemah. These are the sons of Ishmael.
1:32 Now the sons of Keturah, Abraham's wife:she bare Zimran, and Jokshan, and Medan,
and Midian, and Ishbak, and Shuah. And the sons of Jokshan; Sheba, and Dedan.
1:33 And the sons of Midian; Ephah, and Epher, and Henoch, and Abida, and Eldaah. All
these are the sons of Keturah.
1:34 And Abraham begat Isaac. The sons of Isaac; Esau and Israel.
1:35 The sons of Esau; Eliphaz, Reuel, and Jeush, and Jaalam, and Korah.
1:36 The sons of Eliphaz; Teman, and Omar, Zephi, and Gatam, Kenaz, and Timna, and
Amalek.
1:37 The sons of Reuel; Nahath, Zerah, Shammah, and Mizzah.
(1 Chronicles 1 New International Version)

Petikan di atas adalah dari Kitab Riwayat dari Injil berkenaan jurai keturunan tertentu
bermula dari Nabi Adam a.s hingga kepada anak keturunannya yang membentuk bangsa-
bangsa di dunia.Nama-nama di sini ada di antaranya mewakili kaum tertentu dan ada
yang merupakan gelaran.Sebagai contoh Tubal adalah sebuah kawasan di sebelah Rusia di
mana menunjukkan Japheth (Yafid) adalah anak Nabi Nuh yang menurunkan bangsa
Kaukasian-Eropah.Median merujuk kepada Madyan di mana bangsa inilah yang disebut
dalam kisah 'Nabi Syuaib dan Kaum Madyan'.Bangsa ini disepakati oleh para pengkaji
bahawa perintis kepada Empayar Iran pertama sebelum penyatuan Medes dan Parsi oleh
Cyrus The Great,juga pernah berurusan dengan bangsa Parsi sama ada dalam
perdagangan ataupun peperangan.Israel pula adalah gelaran kepada Nabi Yaakub
(Jaacob).

"Dan sesudah Ishak (lahir pula) Ya'qub." (QS. Hud: 71)

Perhatikan ada di antara nama-nama disini bukanlah nama sebenar orang terbabit tetapi
ada yang GELARAN dan ada namanya juga menjadi nisbat kepada bangsanya.

"Sesungguhnya Ibrahim itu benar-benar seorang yang penyantun lagi penghiba dan suka
kembali kepada Allah." (QS. Hud: 75)
35

Di penghujung kehidupan Nabi Ibrahim Khalilullah a.s,baginda telah mengahwini


seorang wanita dari bangsa misteri yang dinamakan Keturah.Keturah bermaksud
kemenyan atau wangi-wangian yang digunakan dalam upacara ritual.Dengan kehadiran
Keturah,keluarga Nabi Ibrahim semakin besar.Apatah lagi Keturah telah menghadiahkan
enam orang anak kepada Nabi Ibrahim.Dari anak-anaknya inilah akan menurunkan
pelbagai bangsa yang meyebabkan baginda digelar 'Bapa Bangsa-bangsa'.Nabi Ibrahim
amat bersyukur kepada Allah s.w.t kerana memberikan anugerah yang berlimpah-limpah
selepas kehamilan Sarah isteri pertamanya yang sekian lama tidak melahirkan anak dan
nyaris dianggap mandul.

"Sungguh menghairankan, apakah aku akan melahirkan anak padahal aku adalah seorang
perempuan tua, dan ini suamiku pun dalam keadaan yang sangat tua pula?" (QS. Hud: 72)

Ketenangan lebih terasa di wajah Nabi Ibrahim setelah Siti Sarah tidak lagi menunjukkan
perasaan cemburu kepada Siti Hajar dan anaknya Ismail.Hanya kebahagianlah yang
dirindui oleh Nabi Ibrahim ketika usianya sudah tua dan menunggu panggilan Ilahi.

Namun perintah Tuhan Yang Esa menghendakinya sebagai Nabi dan orang mulia
dikalangan manusia, melakukan tugas penting seterusnya.Nabi Ibrahim adalah antara
Rasul-rasul yang banyak menerima cabaran dan tanggungjawab dan nama baginda
termasuk dalam gelaran Rasul Ulul Azmi.Banyak cabaran dan misi sebelum ini dilalui
baginda dengan tabah dan bijaksana seperti perjalanan merentasi Empayar Firaun Kuno
(Allah s.w.t menakdirkan baginda bertemu isteri keduanya iaitu Siti Hajar dalam misi
ini),perdebatan dengan raja Namrud (Nimrod),peristiwa dibakar api besar,pertelingkahan
dengan Siti Sarah,perpindahan Siti Hajar dan Nabi Ismail serta perintah pengorbanan
anaknya Ismail.

"Dan tidak ada yang benci kepada agama Ibrahim, melainkan orang yang memperbodoh
dirinya sendiri dan sungguh Kami telah memilihnya di dunia dan sesungguhnya Dia di
akhirat benar-benar termasuk orang yang soleh." (QS. al-Baqarah: 130)

Semua misi dan perintah itu dilaluinya walaupun adakalanya begitu payah dan menduga
imannya terutamanya peristiwa perpindahan Siti Hajar dan Ismail ke lembah Mekah serta
peristiwa korban.

"Ibrahim berkata: 'Wahai anakku sesungguhnya aku melihat di dalam mimpi, aku
menyembelihmu, maka bagaimana pendapatmu. " (QS. ash-Shaffat: 102)
36

Dan Tuhan pun mewahyukan kepadanya untuk melaksanakan satu misi penting sebelum
menutup mata di dunia fana ini.Satu misi TERAHSIA yang hanya terungkap dalam
manuskrip kuno yang dicari-cari,yang tersembunyi.

"Abraham took another wife, whose name was Keturah.She bore him Zimran, Jokshan,
Medan, Midian, Ishbak and Shuah.Jokshan was the father of Sheba and Dedan; the
descendants of Dedan were the Asshurites, the Letushites and the Leummites.The sons of
Midian were Ephah, Epher, Hanoch, Abida and Eldaah. All these were descendants of
Keturah." (Genesis 25:1-4)

Nabi Ibrahim pun memanggil anak-anaknya dari


Keturah.Zimran,Jukshan,Madyan,Ishbak,Medan dan Shuah pun mengelilingi ayahanda
mereka yang sudah tua.Ketika itu mereka semuanya sudah melewati usia remaja dan
tumbuh sebagai anak-anak yang kuat dan cerdas menuruti kehebatan bapa mereka serta
sifat tenang Siti Keturah wanita misteri dari Timur.Nabi Ibrahim berpesan sesuatu kepada
mereka.Suatu pesan yang teramat penting.Nabi Ibrahim tahu yang dia tidak akan hidup
lama lagi di dunia ini.Baginda akan menemui Tuhan Yang Esa yang menciptakan
dirinya.Kelihatan satu persatu air mata mengalir ke pipi pada wajah anak-anaknya.Episod
pilu berulang kembali.Tiba-tiba baginda terkenangkan peristiwa ketika baginda
menghantar Siti Hajar dan anaknya Ismail ke lembah gersang yang terasing.Saat Nabi
Ibrahim , Siti Hajar dan Ismail tiba di Makkah, mereka berhenti di bawah sebatang pohon
yang kering. Berkali-kali Nabi Ibrahim menyeka peluh yang bercucuran diwajahnya. Ia
terus saja menunggang unta bersama istri keduanya Hajar. Saat itu terik matahari sangat
menyengat dan mereka berada ditengah tengah padang pasir yang kering kerontang.
Sepanjang perjalanan itu, tiada sepatah katapun yang keluar dari mulut Nabi Ibrahim.
Dikuatkan hatinya untuk tawakal. Dia yakin, Allah SWT tiada akan menganiaya hamba-
hamba Nya,Nabi Ibrahim diperintahkan untuk meninggalkan isteri dan anaknya ditengan
padang pasir.

Tidak berapa lama kemudian Nabi Ibrahim A.S meninggalkan mereka.


Siti Hajar memperhatikan sikap suaminya yang mengherankan itu lalu bertanya;

" Hendak kemanakah engkau Ibrahim ?"

"Sampai hatikah engkau meninggalkan kami berdua ditempat yang sunyi dan tandus ini?”
Pertanyaan itu berulang kali, tetapi Nabi Ibrahim tidak menjawab sepatah katapun.

Siti Hajar bertanya lagi; "Apakah ini memang perintah dari Allah SWT ?"
37

Barulah Nabi Ibrahim menjawab, "ya".

Mendengar jawaban suaminya yang singkat itu, Siti Hajar gembira dan hatinya tenteram.
Ia percaya hidupnya tentu terjamin walaupun di tempat yang sunyi, tidak ada manusia
dan tidak ada segala kemudahan. Sedangkan waktu itu, Nabi Ismail masih menyusu.

Dlm hatinya sempat bertanya Kenapa Allah memerintahkan hal itu, bukankah padang
pasir itu kering ditambah lagi, saat ditinggalkan Ismail masih bayi dan air susu Hajar
belum keluar.Tapi Nabi Ibrahim adalah hamba yang taat kepada Allah dan ia kekasih
Allah, kholilullah. Akhirnya Nabi Ibrahim yakin bahwa perintah itu pasti ada hikmahnya.
Setelah 6 bulan perjalanan, tibalah mereka di Makkah. Kemudian Nabi Ibrahim memilih
sebuah lembah ditengah padang pasir. Nabi Ibrahim turun dari untanya dan mengikat tali
unta disebatang pohon kurma.

Siang itu matahari begitu panasnya membakar gurun pasir yang putih mengkilat. Dahaga
yg melilit tenggorokannya tak ia hiraukan..dalam benaknya hanya berpikir bagaimana
caranya memberitahukan kepada isterinya tentang perintah Allah. Setelah Siti Hajar
diturunkan, Ibrahim bersiap siap pergi,melihat itu diapun bertanya" Suamiku, mengapa
aku akan ditinggalkan sendirian bersama anakmu disini? apa dosaku hingga kau
meninggalkanku seperti ini. Maafkanlah aku ..aku tak sanggup ditinggalkan ditengah
tengah padang pasir yang kering kerontang ini".

"Tidak istriku, bukan karena dosamu,"jawab Ibrahim”


"Kalau bukan karena dosaku, bagaimana dengan anak ini? anak ini tidak tahu apa-
apa,tegakah kau tinggalkannya?" balas Siti Hajar

Hati Ibrahim tersayat mendengar ucapan istrinya." Bukan itu maksudku.Tapi apa dayaku
ketahuilah ini semua perintah Allah."jawab Nabi Ibrahim. Mendengar itu Siti Hajar
terdiam.Terbayang penderitaan yg akan dihadapinya namun hatinya bertanya-tanya apa
Hikmah dibalik semua ini..? " jika benar ini adalah perintah Allah tinggalkanlah kami
disini. Aku ikhlas..segalanya kami pasrahkan kepada Allah. Dia pasti membela kami ..satu
pintaku sebelum engkau pergi do'akanlah agar Allah menolong kami." pinta Siti Hajar
Ibrahim jadi terharu. Isterinya Hajar memang wanita pilihan lantas Ibrahim berdo'a
sebagaimana ditulis dalam AlQur'an,surat Ibrahim (14) Ayat 37;

"Ya Allah Tuhan kami, teguhkanlah hati mereka dengan mendirikan shalat, jadikanlah
hati manusia tertarik kepada mereka, karuniakanlah rezeki kepada mereka. Mudah-
38

mudahan mereka bersyukur kepada-Mu."

"Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunanku di


lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di dekat rumah Engkau (Baitullah) yang
dihormati. " (QS. Ibrahim: 37)

Air mata Ibrahim menitis saat mendo'akan keselamatan anak dan isterinya yang ia cintai.
Hati suami mana yang sanggup meninggalkan anak isteri dipadang pasir tandus yang
jaraknya enam bulan perjalanan dari rumah mereka. Namun atas keyakinan kuat pada
Allah, perintah itu ia laksanakan. Nabi Ibrahim pun meninggalkan tempat itu dengan
memasrahkan anak dan istrinya kepada Allah SWT.

Pemberian Terahsia Kepada Bangsa Misteri

"Jika itu yang Tuhan perintahkan kepada ayahanda,kami sanggup


melaksanakannya.Semoga Tuhan memberkati kita semua dengan rahmat dan kasih
sayang-Nya"
Tersentak lamunan nabi Ibrahim tatkala seorang anaknya bersuara demikian.Lega hati
Nabi Ibrahim mendengar kata-kata anak-anaknya satu-persatu menyatakan persetujuan
melaksanakan perintah Allah s.w.t.Maka nabi Ibrahim pun bangkit dari tempat
duduknya.Baginda kelihatan mengambil sesuatu.Anak-anaknya berpandangan sesama
sendiri.Apa yang ingin dilakukan oleh ayahanda mereka?

"Abraham left everything he owned to Isaac.But while he was still living, he gave gifts to
the sons of his wife and sent them away from his son Isaac to the land of the east"

(Genesis 25:5-6)

Nabi Ibrahim pun memberikan sesuatu yang amat berharga kepada anak-
anaknya.Sesuatu yang menjadi rahsia kepada keturunan Keturah.Kunci-kunci rahsia.Atau
permata.

Emas.

Atau pemberian pusaka yang diwarisi.Atau tanda menunjukkan mereka adalah keturunan
Nabi Ibrahim,'patriarch' bertaraf Rasul yang bergelar Kekasih Allah.Rahsia yang dicari-
cari,diburu dan didam-idamkan kawan dan musuh.
39

"Sesungguhnya Ibrahim adalah seorang imam yang dapat dijadikan teladan lagi patuh
kepada Allah dan hanif. Dan sekali-kali bukanlah dia termasuk orang-orang yang
mempersekutukan (Tuhan). " (QS. an- Nahl: 120)

Maka mereka pun bergerak ke arah Timur.

Merentasi padang pasir dan kota-kota Akkadia-Babilon.

Di satu tempat mereka pun berhenti dan merancang sesuatu.Perintah Tuhan yang
diwasiatkan oleh ayahanda mereka dibaca kembali satu persatu.Mereka pun berbincang.

Dan kelihatan mereka berpecah kepada dua kumpulan.

bersambung...

----------------------------------------

Epik Pengembaraan Bangsa Misteri

-Perbatasan Parsi hingga ke pergunungan Himalaya


-Bangsa Mala dan Mada
-Madayu,saudara kandung yang memerintah Tanah Parsi
-Empayar Median dan Parsi Kuno
-Midian,Madyan,bangsa Mada dan 'Mada-yu'
-Angra Mainyu,Spenta Mainyu dan budaya Veda-Parsi Kuno
40

-Bangsa Mala dan 'Mala-yu'


-Ke manakah saudaraku,Jukshan,Zimran dan lainnya?
-Mencari Shangri-la bangsa misteri
-Kaum Sakya dari kaki gunung Himalaya
-Para Rishi dan Tanah Indus
-Tanah Besar China dan tulisan pada cengkerang kura-kura
-Pulau Taiwan yang damai
-Di negara Matahari Terbit dan Keris dalam Kuil Okinawa
-Pesisir Afrika dan lautan biru
-Ribut di lautan Hindi
-Raja Mus dan Palembang
-Khmer,Mon dan Campa
-Funan,Sailendra dan Nam
-Bangsa Gunung
-Bangsa Gunung dan Mahameru
-Borobudur dan Angkor Wat
-Kambuja
-Tanah Siam dan petunjuk ke 'Promised Land'
-Pintu Rahsia dan Kunci Rahsia
-Jalan sempit ke 'Promised Land'
-Bumi Mala
-Tanah Mala-yu dan Bumi Mala yang tenang-damai
-Pertemuan antara dua beradik di Selat Melaka
-Wangian yang Hilang di Timur Jauh

Jejaki wangian yang hilang di MistisFiles!!Akan datang!!


Posted by Mistis Organization at 6:00 PM
41

Friday, August 13, 2010

Alter Terahsia Bangsa Melayu III

Rahsia yang terpendam beribu tahun tentang satu bangsa pengembara yang mencari
'Tanah yang Dijanjikan' semakin lama semakin terbongkar dengan penemuan pelbagai
artifak yang penuh misteri dan mengundang pertanyaan seperti penemuan keris di sebuah
kuil purba di Okinawa Jepun,kendi purba yang sama di Vietnam,Kemboja dan
Pahang,penemuan kota purba yang dinamakan Jawi/Jawa di Jordan dan juga penemuan
keris purba di Rusia selain gendang Dong Son dan Kapak Tua Asia Tengah yang popular
itu.APA MAKSUD KEPADA SEMUA MISTERI INI?

Ketika Ptolemy,seorang ahli geografi Yunani melukis peta semenanjung Tanah


Melayu,beliau telah menamakan semenanjung ini 'Golden Chersonese' yang bermaksud
Semenanjung Emas ketika manuskrip-manuskrip India Purba menamakan tanah ini
sebagai 'Suvarnabhumi' iaitu Tanah Emas.Sebuah manuskrip Yahudi Purba menceritakan
sumber bekalan emas untuk membina negarakota Kerajaan Nabi Sulaiman diambil dari
sebuah kerajaan purba di Timur Jauh yang dinamakan Ophir.Kajian dari manuskrip kuno
Firaun Mesir dan hieroglif di dinding-dinding kuil telah mendapati bahan pengawet,kapur
barus dan rempah-rempah untuk upacara ritual mengawet mayat diimport dari sebuah
kawasan di sebelah Nusantara ini.Apa yang terjadi di Nusantara beribu tahun yang
silam?Benarkah ketika Firaun-Firaun Mesir sedang membina Piramid,bangsa yang
tinggal di Nusantara masih bercawat dan melukis gambar monyet di gua-gua?
Nampaknya perdagangan rempah telah berjalan beribu tahun dahulu malah bangsa
misteri di Nusantara telah mampu mengeksport emas dikala kerajaan lain hanya mampu
42

memperdagangkan kendi-kendi,gendang dan seramik purba.ADAKAH SEJARAH YANG


KITA BACA SELAMA INI BETUL-BETUL TEPAT?

Siri Alter Terahsia Bangsa Melayu meneruskan pengembaraannya menjejaki wangian


yang hilang di Timur Jauh...

Selamat membaca
-M.O

Wangian Yang Hilang Di Timur Jauh

Melayu itu orang yang bijaksana


Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua´alaf bertakrif Melayu
43

(Setelah disunat anunya itu)


Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
44

Tangan diulur sentiasa bersambut


Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

(Usman Awang)

Di dalam koleksi alat-alat kebesaran Negeri Perak,terdapat sebilah pedang misteri.Pedang


ini dinamakan Cura Simanjakini.Tiada yang istimewa tentang pedang ini.Ia tiada
membawa kekayaan atau keajaiban kepada pemunyanya.Ia hanyalah pedang biasa yang
dibuat oleh manusia biasa.Tetapi apa yang ingin diperkatakan di sini,pedang ini
membawa 1001 cerita tentang satu teka-teki yang akan membuka satu pintu rahsia jika ia
diselesaikan.

Pedang ini adalah kunci kepada rahsia bangsa misteri.

Kunci Rahsia-rahsia.

Tetapi kunci ini ada kembarnya.


45

Dapatkan kembarnya dan salah satu pintu rahsia akan membawa ke lorong lainnya.

Lorong gelap yang dihujungnya cahaya.

Tetapi di manakah kita mahu mencari kembar kepada kunci rahsia ini?Alangkah baiknya
jika kita dapat menaiki mesin masa dan kembali ke zaman Wan Empuk dan Wan Malini
pada suatu pagi yang aneh ketika kedua perawan misteri ini sedang menuai padi.Ketika
tiga putera raja dikatakan muncul tiba-tiba.Alangkah baiknya jika kita dapat menyaksikan
dialog di antara Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun.Atau ketika Sumpah Palapa
diucapkan oleh Patih Gajah Mada.Mungkin di situ kita dapat mengutip kembar kepada
kunci rahsia ini.Dan dapat mencari jejak-jejak yang ditinggalkan oleh bangsa Melayu
kembali ke belakang sebelum mereka sampai ke 'Promised Land' ini.Alangkah baiknya
jika kita dapat menyusuri langkah-langkah bangsa Melayu balik ke tempat kelahiran Mala
'Bapa Melayu' dilahirkan.Ataupun menjejak misteri ini di Lautan Hindi ketika bangsa ini
tabah menghadapi ganas ombak dan sedang merenung bintang-bintang di waktu malam
bagi memastikan 'Promised Land' yang dirindui tetap dalam haluan.

Kita terlampau pasrah dengan sejarah yang ada.Begitu lama bangsa ini dijajah sehingga
kita buta jejak kita sendiri.

Baiklah,di sini terdapat dua peti menyimpan rahsia.Jangan bimbang,ia tidak


berkunci.Kita boleh membuka peti-peti ini tetapi hanya satu yang menyimpan kembar
kunci rahsia.Jika kita dapat mencantum kembar kunci ini,kita akan dapat membuka pintu
rahsia itu.Peti yang satu lagi juga mengandungi kunci,yang akan membuka pintu yang
lain...

Kita mulakan dengan membuka peti pertama...


46

SEJARAH MELAYU (MALAY ANNALS)

Kitab paling berharga yang diberi nama Sulalatus Salatin atau lebih dikenali sebagai
Sejarah Melayu ini diketahui dikarang oleh Tun Sri Lanang.Pelbagai sarjana barat tertarik
untuk mengkaji karya agung ini seperti Winsted dan Shellebear.Namun hasil kajian
terkini mendapati kerja-kerja Tun Sri Lanang sebahagian besarnya berdasarkan hasil
karya penulis lain yang lebih lama dan juga manuskrip-manuskrip kuno lainnya.Sejarah
Melayu mengandungi pelbagai kisah yang menerangkan pelbagai konflik antara kerajaan-
kerajaan Melayu Purba dan juga ada diterangkan mengenai Empayar Melaka.Menurut
pengenalan Sejarah Melayu naskah Shellabear, Yang diPertuan Raja di Hilir Sultan
Abdullah Mu'ayat Syah ibni'l Sultan Abdul Jalil Syah telah mengutuskan Seri Nara
Wangsa Tun Bambang untuk memerintah Bendahara Paduka Raja Tun
Muhammad@Mahmud (Tun Sri Lanang) pada hari Khamis, 12 Rabiul Awal 1021
bersamaan 13 Mei 1612 agar menyunting salinan Sejarah Melayu yang dibawa oleh Orang
Kaya Sogoh dari Goa/Gowa.

Di dalam Sejarah Melayu terdapat satu petikan popular yang mengaitkan keturunan raja-
raja Melayu adalah berasal dari Iskandar Zulkarnain.Iskandar Zulkarnain di sini kerap
terkeliru dengan Alexander The Great dari Macedonia.Sebenarnya tiada siapa pun yang
memanggil Alexander The Great sebagai Iskandar Zulkarnain kecuali sesetengah orang
yang keliru.Terdapat dua teka-teki di sini.Teka-teki ini muncul apabila diketahui bahawa
Tun Sri Lanang hanyalah seorang editor yang mengkompilasi,menyunting serta
menyusun manuskrip-manuskrip purba yang telah ada lama sebelum itu.
47

"... mengutuskan Seri Nara Wangsa Tun Bambang untuk memerintah Bendahara Paduka
Raja Tun Muhammad@Mahmud (Tun Sri Lanang) pada hari Khamis, 12 Rabiul Awal 1021
bersamaan 13 Mei 1612 agar menyunting salinan Sejarah Melayu yang dibawa oleh Orang
Kaya Sogoh dari Goa/Gowa."

Apakah yang terkandung di dalam manuskrip-manuskrip yang di bawa oleh Orang Kaya
Sogoh?Teka-teki pertama adalah jika Iskandar Zulkarnain itu adalah Alexander The Great
dari Macedon yang pernah menawan Parsi dan India,kemungkinan terdapat waris Melayu
yang berasal dari kempen Alexander The Great yang menggalakkan askar-askarnya
mengahwini orang-orang asing termasuk dirinya sendiri yang mengahwini seorang anak
raja satu kerajaan di India (selain dari bangsawan Parsi) di mana di dalam Sejarah Melayu
dinamakan Puteri Syahrul Bariyah.Dan Sejarah Melayu mendakwa raja-raja Melayu
berasal dari keturunan Alexander dan permaisuri Syahrul Bariyah.

Petunjuk kedua adalah,adakah Iskandar Zulkarnain itu adalah bermaksud dari Iskandar
Zulkarnain yang disebut dalam AlQuran?Memandangkan ketika itu bangsa Melayu telah
memeluk agama Islam maka petunjuk yang kedua ini lebih meyakinkan.

Perlu diingat Sulalatus Salatin (sejarah Melayu) sendiri mempunyai sekurang-kurangnya


29 versi dan versi-versi popular adalah hasil kajian sarjana Barat.Dan tidak mustahil
sarjana Barat seperti Shellabear yang menambahkan kata 'Makaduniah' kepada nama
Iskandar Zulkarnain untuk menamatkan jejak bangsa Melayu sekaligus menamatkan
teka-teki ini.

Jika kita pergi ke petunjuk pertama,pencarian kita akan tamat di sini.Maka raja-raja
Melayu adalah berasal dari hibrid bangsa Yunani dan satu bangsa di India (ingat,kaum di
India juga berbeza-beza seperti Tamil,Benggali,Punjab,Hindustan dll).Pencarian akan
tamat sepertimana kes Melayu dari Yunnan.

Tetapi mari kita lihat petunjuk yang kedua.Petunjuk kedua nampaknya akan membuka
banyak pintu rahsia.Satu pintu rahsia akan membawa ke banyak lagi pintu rahsia.

Iskandar Zulkarnain,begitulah nama yang disebut dalam AlQuran surah Al-Kahfi.

Mereka akan bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Dzulkarnain. Katakanlah: "Aku


akan bacakan kepadamu cerita tentangnya.

(AlKahfi ayat 83)


48

skandar Zulkarnain ini mempunyai empayar yang luas.

"Sesungguhnya Kami telah memberi kekuasaan kepadanya di (muka) bumi, dan Kami
telah memberikan kepadanya jalan (untuk mencapai) segala sesuatu, "

(AlKahfi ayat 84)

Zulkarnain bermaksud Pemunya Dua Tanduk.Zulkarnain juga yang membina tembok


untuk menghalang Ya'juj dan Ma'juj.

Mengikut kajian ahli sejarah dan arkeologi,Iskandar Zulkarnain bukanlah Alexander dari
Macedon tetapi lebih menepati sifat-sifat Cyrus The Great, Emperor Parsi yang
menyatukan bangsa-bangsa Parsi Kuno.Cyrus The Greatlah yang dipercayai menganut
agama Allah,seorang yang warak dan berpekerti mulia tidak seperti akhlak Alexander The
Great yang diketahui berfoya-foya dengan arak dan menyimpan kekasih lelaki.Empayar
Cyrus meliputi Timur dan Barat dari Eropah termasuk Mesopotamia,Parsi dan India dan
membentang sejauh negeri China.Cyruslah yang dipercayai mula-mula membina tembok-
tembok di negeri China.Sesungguhnya bukanlah Emperor Shih Huang Ti yang membina
Tembok Besar sepenuhnya di mana catatan purba menjelaskan bahawa beliau hanya
menambah,menyambung dan memperbaiki tembok-tembok purba yang terlebih dahulu
wujud di negeri China.

"Mereka akan bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Dzulkarnain. Katakanlah: "Aku


akan bacakan kepadamu cerita tentangnya."
49

Ayat ini menceritakan tentang kedatangan rombongan Yahudi (atau Nasrani?) yang
menanyakan tentang kisah Zulkarnain yang terdapat di dalam kitab
Taurat/Injil.Sememangnya di dalam Taurat/Injil ada menceritakan tentang raja
Kurosh/Cyrus yang mempunyai kerajaan yang hebat.Petunjuk ini akan membawa kita ke
kisah epik bangsa Melayu yang jejaknya dapat ditelusuri sejauh sejarah purba Cyrus The
Great sehingga Cambyses,emperor-emperor Parsi dan Medes.

Petunjuk ini akan bercantum dengan petunjuk dari bangsa Keturah yang membuat
perjalanan dari arah Sumeria menuju ke Timur.Mereka tidaklah membuat perjalanan
terus-menerus sehingga ke Timur Jauh tetapi di satu-satu tempat mereka akan membuat
penempatan beberapa lama sehingga menurunkan bangsa-bangsa lain.Mereka
berasimilasi dengan etnik tempatan dan menghasilkan hibrid bangsa hebat yang mampu
membina empayar-empayar.

Apakah dia kunci yang telah mencantumkan kdua-dua petunjuk ini?Kunci tersebut adalah
Cura Simanjakini.

Kunci Rahsia dari Pedang Misteri


50

Cura Simanjakini adalah salah satu alat kebesaran negeri Perak.Pedang ini, yang juga
dipanggil 'Pedang Kerajaan (Negeri Perak Darul Ridzuan)', berasal dari perkataan
Sanskrit 'Churiga (Si) Mandakini' yang bererti Mata Pisau dari Tasik Mandakini, iaitu
sebuah tasik berhampiran dengan Sungai Ganges di Negara India.

Mengikut cerita, pedang ini pada asalnya adalah kepunyaan Sang Sapurba (juga digelar
'Nila Utama') yang tiba-tiba menjelma di Bukit Si Guntang Mahameru bersama-sama
dengan dua orang adindanya.

Mengikut Hikayat Ketinggian Salasilah Perak keturunan Sultan Perak (Darul Ridzuan)
adalah berasal dari keturunan Sang Sapurba, anakanda kepada Raja Suran dan Puteri
Mahtab al-Bahari (puteri kepada Raja Aftab al-Ardzi). Adalah dipercayai Sang Sapurba
telah memerintahkan Permasku Mambang untuk membunuh seekor naga yang diberi
gelaran 'Saktimuna' sedang mengancam penduduk-penduduk di Minangkabau, Sumatera.
Pedang yang sama juga digunakan oleh Parameswara semasa beliau ditabalkan sebagai
Maharaja Melaka yang pertama. Nama gelaran Maharaja ini ditukarkan kepada Sultan
apabila Parameswara menganut agama lslam.

Sultan Mahmud Shah, Sultan terakhir Negeri Melaka, mewarisi pedang ini dan disimpan
oleh baginda sehingga baginda menjadi Sultan Kampar, Sumatera selepas baginda berjaya
melarikan diri dari serangan Portugis pada tahun 1511. Baginda mangkat di Kampar pada
tahun 1530.

Sebelum mangkat, Sultan Mahmud Shah telah menghantar anakandanya, Raja Mudzafar
Shah, untuk menjadi Sultan yang pertama bagi Negeri Perak Darul Ridzuan. Di dalam
keberangkatan Raja Mudzafar Shah, baginda dilengkapkan dengan pedang ini dan Alat-
alat Kebesaran Kesultanan Melaka dahulu. Dari tarikh itu, pedang 'Cura Si Manja Kini'
yang melambangkan keagungan dan kekuasaan Raja Pemerintah telah menjadi alat
perkakas turun-temurun bagi Sultan yang memerintah Negeri Perak (Darul Ridzuan).
51

Mengikut kajian sejarah,pedang ini bukanlah berasal dari etnik Hindu India tetapi dari
satu kerajaan Parsi Purba yang memerintah India ketika itu ataupun satu bangsa Indo-
Aryan yang menduduki Tanah India dan menakluk etnik-etnik asli India.Teori perjalanan
bangsa Mala dari arah Parsi ke Tibet dan seterusnya ke India dapat juga ditelusuri pada
sejarah Negeri Kedah di mana nama Raja Kedah yang pertama ialah Maharaja Derbar
Raja yang berasal daripada Parsi.
Baginda terpaksa melarikan diri setelah dikalahkan oleh raja lain. Baginda sampai di
suatu tempat yang dipanggil Kedah atau Qalha.Menurut buku ini, Kedah menerima
agama Islam pada awal kurun ke 12.Maharaja Derbar Raja menggunakan gelaran Sultan
Muzaffar Syah setelah memeluk agama Islam. Baginda diislamkan oleh Syeikh Abdullah.

Petunjuk ini bercantum pula dengan satu petunjuk lain,jika kita ingin membayangkan
epik pengembaraan bangsa Mala kita perlulah mengetahui satu alter lain pada nama Mala
itu sendiri.Alter Terahsia yang ditemui dalam peti rahsia kedua.Apa yang ada di dalam
peti kedua?

'Bangsa Gunung'

Nama 'Melayu' adalah nama moden yang digunakan untuk menerangkan bangsa atau
bahasa yang mendominasi Tanah Melayu dan kepulauan Melayu di Asia
Tenggara.Sebelum itu bangsa ini bukanlah bergelar Melayu lagi.Ini samalah dengan
perkataan 'Hindu' yang diberikan oleh sarjana Barat merujuk kepada Hind atau satu
lembah di Sungai Ganges.Padahal sebelum itu ajaran purba ini bukanlah Hindu tetapi
satu ajaran kuno yang berasal dari agama meyembah Tuhan yang Satu.Begitu juga dengan
masalah yang kita bincangkan ini,perkataan Melayu,'Malaya' ,Malay atau Malaysia adalah
nama moden yang digunakan pada abad-abad terakhir hingga kini.Namun bangsa ini
sebelum digelar Melayu mempunyai pelbagai nama yang menerangkan tempat tinggal
bangsa ini semasa pengembaraan atau gelaran atau sifat bangsa ini.Di antara nama-nama
ini adalah Malai,Funan,Sailendra,Nam dan Champa.Malai adalah nama yang berasal dari
tradisi Vedic-Parsi yang bererti 'gunung'.Begitu juga dengan yang lainnya SEMUANYA
MERUJUK KEPADA 'GUNUNG' ATAU 'BUKIT'.Ini memberikan satu petunjuk tentang
kemaraan bangsa Aryan dari arah pergunungan utara India seperti Himalaya-Tibet dari
arah Asia Tengah,dari perbatasan Parsi seperti Bactria,Parthia dan Aria.Bangsa ini juga
menerbitkan suku pahlawan Kamboja berkasta Ksyatria,merupakan salah satu suku
Aryan yang menyerang perbatasan India dan menubuhkan kerajaan-kerajaan purba
India.

Bangsa misteri ini digelar bangsa gunung atau kaum yang datang dari pergunungan
52

adalah kaum yang dihormati dan digeruni oleh suku-suku asli atau kerajaan-kerajaan
kecil di Benua India.Bangsa ini berubah-rubah namanya akibat asimilasi dan
percampuran bangsa ini dengan etnik-etnik asli tempatan.Bangsa ini telah melahirkan
keturunan Sakya dan Ksyatria ketika tinggal di Tibet dan di Benua India.Bangsa ini juga
menghasilkan sukukaum Champa,Funan dan Khmer juga sebahagian Viet dari asimilasi
Mala dengan etnik-etnik yang kecinaan di perbatasan sempadan Yunnan-China dan
Indochina.Nampaknya bangsa misteri inilah yang mewarnai sebahagian besar bangsa-
bangsa Asia di mana bangsa ini yang berasal dari keturunan Keturah seperti ditugaskan
untuk membawa risalah ajaran Ibrahim ke Timur dan memajukan bani Adam yang terdiri
dari etnik-etnik asli yang kurang bertamadun yang berasal dari keturunan para pengikut
Nabi Nuh yang bertebaran ke sana.

Perjalanan darat bangsa Mala dapat ditelusuri dari salah satu suku Mala-Aryan Purba
yang digelar Kambuja.

Kambuja

Menurut kajian antropologi terkini,Kamboja adalah suku kaum Ksyatria dari Zaman Besi
di India,selalu disebut dalam kesusasteraan Sanskrit dan Pali,tampil kali pertama di
dalam Mahabharata dan kesusasteraan Vedanga semasa (secara kasar dari abad ke 7
Masehi).Kerajaan Kemboja terletak berdekatan Gandhara di barat laut India di Asia
Tengah (ingat Teori Kapak Tua?).Sesetengah sarjana menerangkan Kamboja Kuno adalah
sebahagian dari Indo-Aryan,sebahagian kecil yang lain kemungkinan dari Indo-
Iranian,ketika yang lainnya menurut Vedic Index of Keith and Macdonnel,mengiktiraf
mereka sebagai mempunyai kedua-dua keturunan India dan Iran.Walaupun begitu
kebanyakan komuniti sarjana kini bersetuju yang Kamboja adalah dari Iran yang sama
dengan Indo-Scynthian.Kamboja juga dikenali oleh sarjana sejarah sebagai sukukaum
diraja bagi Scynthian.
53

Ketika penaklukan ke atas India ketika era Pra-Kushana,suku Kemboja telah bergerak ke
Gujerat,Selatan India,Sri Lanka dan kemudian ke Bengal dan seterusnya ke Cambodia.

Berdasarkan manuskrip purba,kaum Kamboja adalah kaum terhormat dari bangsa Aryan
dan dikelaskan setaraf dengan Vasishtas-hero dalam budaya India Kuno,dan diperkirakan
di antara 6 golongan sarjana dalam Kesusasteraan Vedic India.Pakaian dan tahap sosial
Kamboja adalah sama dengan Vasishthas.Selain muncul dalam Mahabharata,Kamboja
juga muncul dalam Kshatria-Dharama sebagai pahlawan dan pemerintah dan juga disebut
sebagai pakar dalam Vedas.Dari sukukaum Kamboja inilah munculnya kerajaan Champa
dan Funan dan juga mewariskan kerajaan Khmer.Cambodia adalah nama Perancis
merujuk kepada sukukaum Kemboja.

Walaupun begitu ramai sarjana berpendapat Kemboja Kuno adalah pusat kepada
Tamadun Iran Purba.Dalam perbincangan setakat ini tentu ada pembaca yang masih
tertanya-tanya kaitan antara budaya Iran dan India Kuno.
54

Kaitan Antara Budaya Iran dengan Vedic India

Semenjak di dapati bahawa terdapat persamaan kata di dalam bahasa Sanskrit dan bahasa
Parsi Kuno Zoroaster,sememangnya para sarjana antropologi sudah maklum akan
penyerapan budaya Iran kuno dengan India dan fenomena hibrid ini digelar budaya
Vedic.Bangsa Iran Kuno sudah lama berhubungan dengan etnik-etnik asli yang mendiami
India.Dalam kesusasteraan India,bangsa Iran yang datang menduduki India pada zaman
purba dahulu dikenali sebagai bangsa Aryan (perhatikan perubahan 'Iran' ke
'Aryan').Bangsa Aryan inilah yang membawa budaya Vedic berserta bahasa Sanskrit yang
berasal dari bahasa Iran Kuno yang dapat ditelusuri dalam kesusasteraan Avestan seperti
di dalam Kitab Zoroaster, Zend Avesta.Mereka juga membawa juga dikatakan orang-orang
yang bertanggungjawab membawa agama Hindu ke India bermula di sebuah lembah di
Sungai Ganges.Walaupun ada sarjana yang menentang teori ini berdasarkan teori
Mohenjo-Daro dan Harappa,sebenarnya dua negarakota ini bukanlah ada kaitan dengan
budaya Vedic-Aryan malah usia kota ini lebih tua dan sezaman dengan era Sumeria-
Babilon.Ini kerana terdapat bukti perdagangan antara negarakota Ur di Sumeria dan
Harappa berdasarkan penemuan artifak-artifak yang sama di kedua-dua tapak
arkeologi.Malah pakar-pakar sejarah begitu bingung dengan penemuan kaca-kaca hitam
yang berselerakan di jalan-jalan kedua-dua negarakota,padahal kaca-kaca hitam itu tidak
dapat ditemui di mana-mana tempat dan bukan semulajadi kerana hanya didapati di loji-
loji nuklear.Hasil dari penguraian uranium dan haba berantai akan menghasilkan sisa-
sisa buangan berbentuk kaca-kaca hitam tadi.Inilah yang mewujudkan teori perang
nuklear tambahan pula boleh dikatakan tiada rangka manusia ditemui di tapak
arkeologi.Dan ini menyebabkan Mohenjo-Daro dan Harappa dikatakan sezaman pula
55

dengan Kerajaan Rama,Atlantis dan Lemuria yang telah tenggelam.

Bahasa Iran Purba iaitu Avestan adalah asal kepada bahasa Sanskrit.Dan bahasa Sanskrit
adalah bahasa elit di dalam agama Hindu.Bahasa Avestan pula digunakan dalam kitab
Zend Avesta dan terdapat dalam manuskrip-manuskrip purba Iran seperti Agatha.Lihat
persamaan bahasa di antara kedua-duanya.

təm amavantəm yazatəm


tam amavantam yajatam
surəm damohu scvistəm
suram dhamasu savistham
miθrəm yazai zaoθrabyo
mitram yajai hotrabhyah

Di sebelah atas adalah Avestan dan dibawahnya adalah Sanskrit.Perhatikan juga kata
'deva' dalam Sanskrit bermaksud dewa/tuhan tetapi dewa dalam Avestan adalah 'ahuras'
atau 'asuras' manakala 'devas' pula bermaksud syaitan.

INI ADALAH PEMBAYANG KEPADA AKTIVITI BANGSA MALA DISEMPADAN INDIA


DAN PARSI.

MISI TERAHSIA KE TIMUR JAUH

Sesungguhnya memang terdapat kisah-kisah peperangan Raja-raja Babilon atau Sumeria


di dalam kitab-kitab Veda terutama di dalam Rig Veda yang merupakan yang tertua di
antara keempat-empat Veda.Kisah-kisah Mahabharata juga di dalam Upanishad juga
diketahui berasal dari kitab-kitab Babilon Purba.Ini amat menakjubkan.Malah lebih
menakjubkan terdapat juga nama Ibrahim dan Muhammad di dalam kitab Veda.Pada
tahun 1935, Dr. Pran Nath menerbitkan artikel di dalam Times of India yang
menunjukkan bahawa Rig Veda mengandungi peristiwa-peristiwa mengenai raja-raja
Babilonia dan Mesir dan peperangan-peperangan mereka. Selanjutnya, beliau
menunjukkan bahawa se per lima daripada Rig Veda adalah berasal daripada Kitab-kitab
Babilonia. Dari sudut pandangan Muslim adalah mungkin bahawa penganut Hindu telah
diwahyukan kitab atau kitab-kitab yang mengandungi cerita mengenai perjuangan Nabi-
nabi Allah yang telah diutuskan kepada kaum-kaum lain yang terdahulu. Adalah mungkin
juga bahawa ulasan-ulasan yang ditulis mengenainya telah digabungkan dan
kemudiannya menjadi sebahagian daripada kitab-kitab yang diwahyukan.
56

Terdapat beberapa contoh seperti ini di dalam kitab-kitab Hindu. Atharva Veda juga
dikenali sebagai 'Brahma Veda' yang bermaksud Ilmu Suci. Analisa ke atas Veda
menunjukkan bahawa 'Brahma' sebenarnya adalah Abraham (Ibrahim), di mana huruf A
di dalam Abraham telah dipindahkan ke belakang untuk menjadikannya Brahma. Analisa
ini tepat apabila seseorang menulis dua perkataan di dalam huruf Arab, di mana Bahasa
Arab adalah bahasa yang mirip kepada bahasa yang dituturkan oleh Nabi Ibrahim. Begitu
juga, isteri pertama Ibrahim, iaitu Sarah, disebut di dalam Veda sebagai Saraswati, dan
Nabi Nuh disebut sebagai Manuh atau Manu. Segolongan Pandit menganggap Athrva
Veda sebagai Buku Ibrahim. Nabi Ismail dan Nabi Ishak dinamakan Atahrva dan Angira,
masing-masing di dalam Veda.Ramalan tentang Nabi Muhammad di dalam Purana:

"Seorang Malechha (dari negara asing dan bertutur dalam bahasa asing) yang merupakan
gurukerohanian akan muncul bersama-sama sahabat-sahabatnya. Namanya adalah
Mahamad..."

(Ayat 5 Bhavishya Puran, Prati Sarg Bahagian III:3,3)

Juga di dalam Purana:

"Seorang Malechha (dari negara asing dan bertutur dalam bahasa asing) yang merupakan
guru kerohanian akan muncul bersama-sama sahabat-sahabatnya. Namanya adalah
Mahamad. Setelah Raja (Bhoj) memandikan Mahadev Arab (dengan keperibadian seperti
malaikat) ini, dia mempersembahkan kepadanya hadiah sebagai tanda ketaatannya yang
ikhlas dan tanda penghormatannya dan berkata, 'Aku patuh kepadamu'. 'Wahai engkau,
kebanggaan manusia, penghuni Arabia. Kau telah mengumpulkan kekuatan yang besar
untuk membunuh Syaitan dan kau sendiri telah dilindungi daripada penentang-
penentang malechha (penyembah berhala). Wahai engkau, yang merupakan gambar
Tuhan Yang Maha Suci, Tuhan yang terbesar, aku adalah hambamu, terimalah aku yang
tunduk di kakimu."

"Malechha telah memijak tanah Arabia yang masyhur. Arya Dharma tidak akan ditemui di
negara itu. Sebelum itu telah muncul seorang roh jahat yang terseleweng yang telah
kubunuh [nota: contohnya Abrahah Al-Ashram, gabenor Yaman yang menyerang Mekah];
dia kini muncul lagi dan dihantar oleh musuh yang gagah. Untuk menunjukkan musuh-
57

musuh ini ke jalan yang benar dan membimbing mereka kepada Mahamad (Muhammad)
yang dikenali, yang telah kuberi nama julukan Brahma dan berusaha keras untuk
membawa golongan Pishacha ke jalan yang benar. Wahai Raja! Kau tidak perlu pergi ke
negara Pishacha yang tolol, kau akan disucikan melalui kemurahan hatiku di tempat kau
diam. Pada waktu malam, dia yang seperti malaikat, manusia yang licik, yang menyamar
sebagai Pishacha berkata kepada Raja Bhoj: "Wahai Raja! Arya Dharma mu telah menang
mengatasi agama-agama lain, tetapi menurut perintah 'Ashwar Parmatma (Tuhan, Roh
Yang Tinggi), aku akan melaksanakan rukun yang kuat daripada golongan pemakan
daging. Pengikut-pengikutku terdiri daripada lelaki yang telah disunatkan, tanpa ekor (di
kepalanya), menyimpan janggut, melancarkan revolusi, mengumumkan panggilan
sembahyang dan memakan semua yang halal. Dia akan memakan semua jenis binatang
kecuali khinzir. Mereka tidak akan mencari kesucian dari pohon suci, tetapi disucikan
melalui peperangan. Kerana mereka menentang bangsa-bangsa yang tidak beragama,
mereka akan dikenali sebagai Musalman (Muslim). Aku akan menjadi pengasas agama
golongan yang memakan daging ini."

(Bhavishya Puran:Prati Sargh Part III:3,3,5)

Di dalam Kuntap Sukt (Antharva Veda):

Terjemahannya oleh Pundit Raja Ram diberikan seperti berikut:

"Dia memberikan kepada Rishi Mamah seratus keping wang emas, sepuluh kalungan, tiga
ratus ekor kuda dan seribu ekor lembu"

Perkataan akar kepada perkataan Mamah adalah Mah yang bermakna yang disanjung
tinggi, dihormati, disegani, dibesarkan dan bertaraf tinggi. Perkataan "Muhammad" di
dalam bahasa Arab bermaksud "yang dipuji". Di dalam bahasa Sanskrit, banyak nama-
nama Muslim yang digunakan dengan sedikit pengubahsuaian. Contohnya, 'Mahmud'
Ghaznavi yang memerintah sebahagian daripada India, dipanggil dengan nama 'Mamud'
Ghaznavi. Oleh itu, Mamah adalah sinonim dengan Muhammad apabila makna
keseluruhan ayat tersebut dipertimbangkan. Di dalam agama Hindu, perkataan Rishi
bermaksud guru ilmu mistik atau Nabi, dan mungkin juga seorang yang tinggi tarafnya.
Kelihatannya perkataan ini diterbitkan daripada nama Nabi Idris dengan huruf pertama 'i'
dipindahkan ke penghujung perkataan, sama seperti nama Abraham dan Brahma, dan
huruf 'd' digugurkan seperti mana Mamah (Muhammad, yang diterbitkan daripada huruf
58

akar h, m dan d).

Seratus keping wang emas merujuk kepada sahabat-sahabat awal Nabi Muhammad, yang
mana lapan puluh daripada mereka berhijrah ke Habsyah untuk melepaskan diri daripada
penindasan yang tidak tertanggung. Di dalam Shatpath Brahmana yang merupakan
ulasan yang diwahyukan ke atas Yajur Veda, emas adalah digunakan sebagai metafora
untuk kuasa spiritual manusia yang tinggi.

Sepuluh kalungan merujuk kepada sepuluh sahabat Nabi Muhammad yang paling rapat
yang diberikan berita gembira mengenai syurga oleh Nabi. Umat Islam mengenali mereka
sebagai 'Ashra-i-Mubbashshara'. Mereka adalah Abu Bakar (r.a.) , 'Umar, 'Uthman, 'Ali,
Talha, Zubair, 'Abdul Rahman bin Auf, S'adbin Abi Waqqas, S'ad bin Zaid, dan Abu
'Ubaidah (moga Allah memberkati mereka). Mereka adalah orang-orang yang disebut di
dalam Veda sebagai Dash ashrijah - 'sepuluh jambangan bunga dari syurga'.

Tiga ratus ekor kuda yang bagus (dari baka Arab) merujuk kepada sahabat-sahabat Nabi
Muhammad yang berjuang di Badar. (Bilangannya yang tepat adalah 313, tetapi dalam
kebanyakan ramalan angka ini digenapkan). Perkataan Sanskrit Arvah bermakna kuda
Arab yang pantas, terutamanya yang digunakan oleh golongan Asura (bukan Arya).

Sepuluh ribu ekor lembu merujuk kepada sepuluh ribu sahabat yang mengiringi Nabi
semasa pembukaan Mekah. Perkataan Sanskrit 'go' diterbitkan daripada gaw yang
bermakna pergi berperang, dan digunakan bagi kedua-dua kerbau dan lembu. Di dalam
Veda, kerbau atau lembu digambarkan sebagai simbol peperangan, keamanan dan
persahabatan. Kita dapati kedua-dua sifat ini pada sahabat-sahabat Nabi Muhammad.
Mereka adalah manusia yang beriman dan pemurah seperti lembu, dan kuat serta perkasa
dalam memastikan keamanan dan keadilan.Inilah sebab orang-orang Hindu menganggap
lembu sebagai haiwan suci padahal istilah zaman purba Avestan-Sanskrit 'lembu'
bermaksud 'orang suci' atau sahabat orang suci.Penyelewengan ini juga terdapat dalam
bahasa Aramaik Kuno yang mengistilahkan 'anak-anak Tuhan' sebagai orang-orang suci
tetapi orang-orang Kristian menyalahanggap istilah ini.
59

Apakah yang terjadi kepada bangsa Mala (Aryan) yang berasimilasi dengan kaum purba
India?Apakah nama yang diberi oleh orang-orang Iran Kuno kepada saudara mereka dari
Bangsa Mala?

Siapakah Bani Jawi?

Apakah dia yang pemberian (gift) diberi oleh Nabi Ibrahim kepada anak-anaknya?Apakah
misi yang digalas oleh Bani Jawi dalam perjalanan mereka ke Timur Jauh?Nantikan
sambungan Alter Terahsia Bangsa Melayu IV...

---------------------------

Alter Terahsia Bangsa Melayu IV


60

Menyusuri jejak-jejak Melayu sehingga ke Emperor Cambyses di Parsi dari haluan Sungai
Mekong...

-Rahsia Sungai Mekong


-Jayavarman,Sailendra dan Khmer
-Angkor Wat dan Borobudur
-Dari Cambyses ke Kemboja
-Funan dan asimilasi Viet dari Mala Laut (Indonesia)
-Tatabahasa Veda dan Avestan
-Hyperborean,Aryan dan rahsia Hitler-Nazi
-Operasi rahsia Nazi di Tibet mencari bangsa yang hilang
-Catatan-catatan pengembara Eropah
-Kapal-kapal Bangsa Mala
-Siapakah Bani Jawi?
-Misi Terahsia Bani Jawi

Jejak-jejak Melayu semakin mendebarkan!!............


Posted by Mistis Organization at 6:02 PM
61

Friday, August 13, 2010

Alter Terahsia Bangsa Melayu IV

Siapakah Melayu?Darimanakah asalnya Melayu itu?Ketika ramai pengkaji


memperdebatkan kaum-kaum yang hilang seperti The Lost Tribe of
Israel,Atlantis,Lemuria,Sodom and Gomorrah malah masih mencari-cari siapakah Gog
and Magog,rahsia bangsa misteri ini masih terpelihara di dalam tabut rahsia sejak beribu-
ribu tahun.Tiada siapa yang tahu dari mana asalnya bangsa ini.Bagaimana bangsa ini
boleh wujud di tanah paling selatan benua Asia,'di penghujung dunia'.Bangsa yang hilang
masih tidur dan ditidurkan.'Di hujung dunia',setelah penat mengembara,bangsa misteri
berehat dan berehat...tidur dengan lenanya...senyap sunyi tanpa siapa mengganggu
walaupun Hitler telah pergi ke Tibet menjejak bangsa misteri,tetapi dia juga ketinggalan
jejak mereka...dimanakah bangsa misteri ini meneruskan perjalanan mereka?Masih
adakah masa lagi untuk menjejaki mereka?

'Dihujung Dunia' bangsa ini masih nyenyak tidur!

At World's End
62

Sudah penat menjejak bangsa ini.Ke mana lagi mereka ingin berjalan?Begitu teguh azam
mereka.Begitu berani lelaki-lelaki mereka meredah panas padang pasir dan ribut
salji,begitu setia wanita-wanita mereka mendukung anak dengan wajah tersenyum
walaupun keletihan.Tidak terdaya kaki ini melangkah mengikut hayunan langkah mereka
yang semakin laju.

Kemana mereka ingin pergi?

Dimanakah mereka ingin tujui?

Tunggu!

Tunggu aku!

Aku ingin ikut kamu!

Jangan tinggalkan aku!

Ke mana kamu semua ingin pergi?

Cakap!Ke mana kamu semua ingin pergi!?

Tidak seseorang pun mahu berkata-kata.Tidak seorang pun mahu menjawab pertanyaan
itu.Semuanya menundukkan wajah mengikut langkah ketua mereka.Semakin
laju.Semakin pantas.Apa yang ingin dikejar mereka pun langsung tidak diketahui.Kaki
yang lemah tidak mampu lagi dihayun.
63

Lalu terjatuh.Mata hanya mampu memandang wanita terakhir yang berada di barisan
paling belakang bangsa pengembara itu.

Mereka semakin jauh di hadapan.Diri ini masih merangkak-rangkak melambai-lambai ke


arah mereka.

Tiada siapa peduli.Mereka semakin sayup.Mulut pun merintih...

"Kenapa tinggalkan aku...?"

Wanita terakhir di barisan paling belakang tiba-tiba menoleh.Sungguh ayu wajahnya.Dua


mata saling bertentang.Redup matanya menggamit misteri yang paling aneh.

Wanita Melayu Terakhir.

Jika itulah nama yang ingin diberikan kepadanya.

Tiba-tiba wanita muda itu berpaling ke hadapan.Seorang lelaki tua memarahinya.Mereka


pun meneruskan perjalanan tanpa mempedulikan diri ini yang kepayahan dan
keletihan.Terjelepuk di dalam misteri dan persoalan.

Sayup...semakin sayup...hingga tinggal titik halus sahaja.

Badan yang masih lemah dihayun ke depan.Merangkak dan merangkak.Mentari masih


kejam menyiksa diri ini.Kesendirian di tengah-tengah dunia asing.Kesepian tanpa cinta
dan airmata.

Tiba-tiba di kejauhan,ada sesuatu beralun-alun di atas tanah gersang.

Sehelai selendang berwarna merah.

Di atas selendang tersulam cantik satu huruf rahsia yang aneh.Huruf yang dilihat dari
jauh seperti 'mem' dalam Ibrani Kuno tetapi jika didekati seperti huruf 'mim' dalam
tulisan Arab.Seakan-akan juga sebarisan hieroglif atau cuneiform yang ganjil.Unik sekali.

Selendang yang ditinggalkan gadis misteri dicium.Terasa wangi sekali.Amat wangi hingga
terasa hilang segala penat dan lelah.
64

WANGIAN YANG HILANG DI TIMUR JAUH

Sebahagian besar pengkaji telah pun mengetahui tentang rahsia yang terpendam di dalam
organisasi di sebalik cita-cita Hitler,Third Reich atau Fuhrer orang-orang Jerman dan
Nationalsozialistische Deutsche Arbeiterpartei,Parti Nazi pimpinan Hitler.Siapakah
Hitler?Apakah kaitan Hitler dengan Illuminati dan Zionis?

Jika kita ingin menjejak bangsa yang hilang ini,kita juga perlu tahu siapakah yang juga
ingin menjejak bangsa ini,apa tujuan mereka dan mengapa mereka ingin mencari bangsa
ini.

Di sebalik Hitler tegaklah Thule Society,Vril Society dan Kultus The Black Sun.Mereka
adalah 'secret societies' (rujuk organisasi Dajjal) yang membiayai dan merangka kerjaya
politik Hitler.Siapa sangka,di sebalik sifat diktator dan fahaman Nazisme Hitler yang
atheis dan materialis tersembunyi amalan ritual paganisme dan mistik sesat seangkatan
dengan Kabbalah.

Hitler diketahui amat meminati mistik dan agama-agama misteri kuno.

Tidak hairanlah lambang Parti Nazi,'swastika' di ambil dari swastika dalam ajaran Vedic
Kuno.Hindu dan Buddha memiliki pengertian masing-masing tentang swastika.Nazisme
adalah fahaman ciptaan 'The Hidden Hand' digunakan untuk merangka plan jangka
panjang:menubuhkan negara Zionis Israel.Holocaust adalah pembohongan semata,dan
jika ada Yahudi yang dibunuh,itu adalah Yahudi Ortodoks yang menentang Zionis.Mereka
dibunuh bersama-sama bangsa kulit putih Eropah yang dungu dan menjadi patsies di
dalam kerja-kerja kotor mereka untuk menubuhkan Israel pada hari ini.MEREKA
MENJADI KORBAN KEPADA BINTANG DAUD 'THE DAVID STAR' PALSU.Iblis
Laknatullah hauskan darah manusia untuk merestui negara syaitan bagi mempersiapkan
takhta 'anaknya' Dajjal Laknatullah AlMasih AlMuntazhor.
65

Siapakah Aryan,Hyperborean dan bangsa yang hilang?

Jean-Claude Frere menulis;

"The sons of the Outer Intelligences split into two groups, one following the ’Right Hand
Path’ under the ’Wheel of The Golden Sun’, the other the ’Left Hand Path’ under the
’Wheel of the Black Sun’. The first preserved the centre of Agartha, that undefined place of
contemplation, of the Good, and of the Vril force. The second supposedly created a new
place of initiation at Shambhala, the city of violence in command of the elements and
human masses, hastening the arrival of the ’charnel-house of time'."

Menurut pengarang ’Nazisme et Sociétiés Secretès’ ini,bangsa Hyperborea selepas


bermigrasi ke padang pasir Gobi lebih 6000 tahun yang lalu, telah mengasaskan sebuah
penempatan baru,yang digelar Agartha.Walaubagaimanapun,satu bencana telah terjadi
dan permukaan bumi telah musnah,tetapi puing-puing Agartha masih wujud,di bawah
bumi.Legenda menyebut,bangsa ini (kemudiannya digelar sebagai Aryan) telah berpecah
kepada dua:

-satu kumpulan bergerak ke barat laut,berharap dapat kembali kepada Hyperborea yang
hilang.
-kumpulan kedua bergerak ke selatan,di mana mereka telah menubuhkan penempatan
rahsia baru,di kaki gunung Himalaya.

Thule,bermaksud ibukota bagi bangsa yang hilang ini.Vril pula bermaksud kuasa sakti
atau satu daya misteri yang digunakan oleh bangsa yang hilang bagi memerintah dan
mentadbir negara.Semua mitos ini diajar oleh para okultisme Dajjal kepada Hitler sebagai
hamba baru mereka ketika itu,menggalas tugas untuk menubuhkan Nazi-Jerman
seterusnya mencetuskan Perang Dunia I dan II,menjadi alasan kepada penubuhan United
Nation dan akhirnya penubuhan negara haram Israel.
66

Tetapi ada satu rahsia tersembunyi yang tidak diketahui ramai.Rahsia yang amat
terpendam.Misi terahsia Hitler di Tibet.

Ketika Nazi memerintah Jerman,telah pun diketahui bahawa Hitler telah menghantar
berpuluh-puluh ekspedisi rahsia ke Tibet.Ramai pengkaji tidak begitu jelas akan tujuan
Hitler .Mereka cuma dapat mengagak Hitler mahu mencari bangsa Hyperborea atau
bangsa Super-Aryan yang hilang.Ada juga berpendapat Hitler mahu mengkaji dan
mempelajari mistik orang-orang Tibet dan mengaplikasikan ke dalam kultus sesatnya
'The Black Sun' bagi menambahkan aura kuasa ghaib mengikut fahamannya supaya
pemerintahannya semakin hebat dan bertahan lama.

Tetapi siapa tahu,apa sebab Hitler mahu mencari bangsa Aryan yang hilang?

Sejak para rahib Illuminati mula mencari-cari ke manakah hilangnya ahli bait (keturunan
Rasullullah s.a.w) selepas kejayaan meracun Hassan Al-Askari r.a,keturunan Rasullullah
s.a.w yang digelar antara Imam 12 oleh Syiah (ini bukan sokongan terhadap Syiah,yang
sesat tetap sesat,dan yang sesat dan mengada-adakan akan duduk dalam neraka),ternyata
keturunan Rasullullah s.a.w seolah-olah lenyap tanpa berita,padahal Imam Iblis Tertinggi
mereka memberitahu AlMahdi adalah dari keturunan Rasullullah s.a.w dan Hasan Al-
Askari r.a bukanlah Mahdi yang dicari-cari.Semua ciri-ciri dan perwatakan AlMahdi telah
dihafal oleh para rahib dalam 'inner circle' melebihi sesetengah orang Islam sendiri yang
mengaku mencintai ahli bait.Begitu takutnya Dajjal akan orang yang akan membunuh dia
kelak.AlMahdi perlu dihapuskan!!

Kesemua keturunan Rasullullah yang berketrampilan dan menjadi pemimpin masyarakat


telah meninggal dunia akibat DIBUNUH!90% dari mereka telah DIRACUN!Ini bukan
kebetulan tetapi satu konspirasi terancang.Ketika mencari-cari kerajaan Kristian yang
disebut di dalam mitos berada di Timur,para pengembara Rosicrusian (satu ajaran sesat
Dajal) Sepanyol dan Portugis akhirnya menemui lebih dari sebuah kerajaan Kristian
Presto John yang digembar-gemburkan,tetapi sebuah kerajaan Islam yang kaya-raya di
Timur Jauh.Bukan negara orang-orang Arab,tetapi satu bangsa yang mereka sendiri tidak
pernah mengenalinya.Bagaimana terdapat sebuah kerajaan Islam ditengah-tengah
pengaruh Hindu-Buddha di Timur Jauh yang jaraknya beribu kilometer dari negara Arab?

Mereka telah dapat mengagak,kemungkinan ahli bait lari ke Timur Jauh!

Dari situ mereka mula ingin belajar mengenali musuh baru mereka!
67

Lengkapkan puzzle ini:Keturunan Keturah dari Tanah Kanaan, Himalaya dan Tibet, Malai
dan budaya Vedic-India dan Melayu di Nusantara.

Apa yang ingin mereka cari di Tibet?

Di sini mereka ingin mengetahui jejak bangsa ini yang setakat ini dapat dijejaki hingga ke
kaki gunung Tibet.Tetapi Hitler tidak mengetahui rancangan sebenar bosnya.Mereka
mungkin menemui jejak bangsa Mala di puing-puing kaki gunung Himalaya tetapi tidak
diketahui ke mana seterusnya.KUNCI RAHSIA TELAH HILANG.Hyperborean telah
tiada.Mereka menemui SHAMBHALA tetapi bukan SHANGRI-LA.Bangsa misteri telah
membawa 'Shangri-la' mereka pergi bersama-sama.Yang tinggal hanyalah tapak kaki yeti
yang bertaburan di permukaan salju putih.Di India mereka menemui Lucifer dalam
bentuk yang lain, 'Om' yang disembah oleh para penganut penyembah berhala.Di sinilah
bermula ajaran New Age dan Theosofi.Maka Hitler pun menjadi penganut New Age yang
pertama.Betapa Iblis yang dipuja di India adalah sama dengan Iblis para Kabbalis dan
Kultus The Black Sun.HITLER TIDAK BERJAYA MENCARI BANGSA YANG
HILANG.Tidak lama selepas itu empayar Hitler mula hancur dan Hitler dikatakan
membunuh diri (atau dibunuh?).

Bangsa yang hilang itu adalah Bangsa Gunung (Malai) yang telah lama meninggalkan
Tibet;bergerak ke arah timur ke satu destinasi yang tidak diketahui.Illuminati ingin benar
mengenali bangsa ini.Kerana di dalam kitab-kitab Yahudi Kuno dan manuskrip-
manuskrip suci ada menceritakan bangsa yang hilang.Juga Bumi Mala...

BANGSA YANG HILANG (The Lost Tribe)

Apakah kepentingan mencari bangsa yang hilang bagi Yahudi?Bagi Yahudi Ortodoks tiada
68

apa kepentingan yang amat perlu pun.Jika ada,hanyalah untuk menjejak sejarah mereka
sahaja.Tetapi bagi Yahudi Zionis,teramat perlu.KERANA MEREKA AMAT PERCAYA
DENGAN RAMALAN DI DALAM KITAB-KITAB AGAMA LEBIH-LEBIH LAGI DI
DALAM ALQURAN.Mengikut daftar bangsa yang hilang di dalam Kitab Yahudi Kuno,
terdapat 12 puak Yahudi di masa lalu:

1. Reuben
2. Simeon
3. Levi
4. Judah
5. Issachar
6. Zebulun
7. Dan
8. Naphtali
9. Gad
10. Asher
11. Joseph
12. Benjamin

Di dalam 12 puak yang hilang ini,hanya keturunan Nabi Yusuf a.s. sahaja yang hilang
daripada rekod Yahudi.Keturunan Nabi Yusof a.s menurunkan dua puak yang lain iaitu
Manasseh dan Ephraim.Mengikut satu kitab Yahudi, satu 'lost tribe' Bani Israel (yang
mendapat petunjuk ILAHI, iaitu beragama Islam) akan membunuh Yahudi Zionis di
Palestin.Di dalam kitab Yahudi kuno yang lain pula,ada mencatatkan golongan Manasseh
(anak kepada Nabi Yusuf a.s.) bakal menyembelih Yahudi jahat (Zionis/Yahudi Kabbalah)
di Palestin. Setelah Yahudi membuat pencarian, terdapat banyak puak golongan
Manasseh di sebelah timur. Antaranya, Afghanistan , Pakistan Utara (Patan/Pashtun),
sedikit India, sedikit Myanmar, sedikit China, sedikit Jepun, sedikit Filipina, sedikit
Western Samoa, sedikit Tonga, sedikit Ecuador , sedikit Madagascar dan sedikit Hawaii.
69

Namun begitu kesemua mereka tahu tentang asal-usul mereka (bercanggahan dengan
prinsip 'lost tribe'). Termasuk di Afghanistan dan Pakistan Utara juga (namun yang
beragama Islam cuma di Afghanistan dan Pakistan Utara - sebab itu mereka diserang oleh
Yahudi Amerika dan Russia).Dalam pada itu, seorang professor di Amerika bernama
Ralph Olssen telah membuat hipotesis baru. Pada mulanya Yahudi Zionis menyangkakan
Red Indian Amerika adalah ibu bagi segala orang-orang Manasseh 'the lost tribe'. Tetapi
kesemua keputusan DNA adalah negatif. Kemudian Prof Ralph Olssen mengkaji secara
mendalam tentang Book of Mormon (yang diselewengkan dari satu manuskrip kuno) dan
membuat kajian DNA sekali. Keputusan beliau adalah, ibu bagi segala keturunan
Manasseh adalah orang-orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu. Untuk menguatkan
lagi cerita, tidak ada seorang Melayu pun yang tahu mengenai salasilah keturunan Bani
Israel mereka.MALA ADALAH THE LOST TRIBE YANG SEBENAR,LEBIH
TERSEMBUNYI DARI THE TRIBE OF DAN.Jadi kalau berpandu kepada kitab Yahudi tua
bahwa 'lost tribe' dari kalangan Manasseh (anak Nabi Yusuf a.s.) yang bakal berada di
barisan hadapan tentera Imam Mahdi dan bakal menyembelih orang-orang Yahudi di
Palestin dan bakal juga memadamkan Israel daripada peta dunia adalah terdiri daripada
orang-orang Melayu. Ini tidak bercanggahan dengan mana-mana hadis mengenai Imam
Mahdi.

Mengikut manuskrip kuno yang diseleweng menjadi Book of Mormon itu lagi,sebahagian
daripada Melayu Semenanjung (termasuk Selatan Thai) juga adalah dari keturunan Bani
Israel , iaitu dari kumpulan Lehi (iaitu terus dari Manasseh , iaitu anak kepada Nabi Yusuf
a.s. . Nabi Yusuf ada 2 orang anak sahaja, iaitu Manasseh dan Ephraim). Mengikut DNA
yang dilakukan kepada 86 lelaki Melayu oleh seorang professor perempuan di UKM baru-
baru ini, terdapat 27% variant Mediterranean dalam darah DNA Melayu. Dalam kamus
sains, DNA Mediterranean adalah dari bangsa Euro-Semitik termasuk dari Bani Israel!
70

Hipotesis ini terdapat separuh kebenaran di dalam kesamaran.Orang Melayu bukanlah


100% berasal dari keturunan Manasseh (Yahudi Kuno) tetapi teori Ralph Olssen
mengenai pengembaraan bangsa yang hilang 'the lost tribe' ke Bumi Mala adalah sesuatu
yang menarik dan amat bertepatan dengan apa yang dibincangkan sebelum ini.Kenapa
Ralph Olssen menyebut Tanah Melayu ini 'Bumi Mala'?Apakah yang diceritakan di dalam
manukrip kuno tentang satu bangsa misteri yang berjalan dan berlayar ke hujung dunia?

Bangsa Melayu Dalam Kesususasteraan Kuno

'Malai' adalah nama yang disebut dalam manuskrip-manuskrip purba India untuk satu
bangsa yang tinggal di Kepulauan Melayu.'Malai' bermaksud gunung atau bukit.Ini
bermaksud pada masa silam bangsa ini tinggal di dataran-dataran tinggi
atau,menunjukkan arah kedatangan mereka,dari sebelah utara India,dari arah perbatasan
pergunungan.Bangsa ini disebut-sebut dalam kesusasteraan Avestan-Vedic-
Sanskrit,bahawa salah satu suku terhormat bangsa Aryan yang berkasta Ksyatria,kasta
pahlawan yang menurunkan kaum Sakya (yang berasal dari perbatasan Himalaya) yang
membawa ajaran Veda bersama-sama suku kaum Aryan yang lain menyerang Benua Kecil
India dan memaksa etnik asli India bergerak ke tanah lebih selatan.Kulit mereka lebih
cerah dan mereka berperawakan tegap dan tampan.

Siapakah mereka?dari mana datangnya mereka?Untuk mengetahui siapakah mereka,mari


kita telusuri salah satu suku Aryan yang lain, iaitu Mada.

Ingat!Jika membicarakan tentang Aryan,ia adalah berkaitan dengan budaya Parsi


Kuno,lama sebelum Darius II memerintah.

Medes adalah nama Yunani yang merujuk kepada bangsa Iran Kuno,yang tinggal di
sebelah barat laut Iran hari ini.Kawasan ini dikenali di Yunani (Greek) sebagai Media atau
Medea.Dalam bahasa Iran Purba,ia dipanggil dalam sebutan Mada.Ketika pemerintahan
raja-raja Assyria, kaum ini dikenali sebagai Madayu.Mereka telah memasuki kawasan ini
bersama-sama gelombang pertama puak-puak Iran Purba,ketika lewat alaf sebelum
masehi (ketika keruntuhan Zaman Gangsa).

Media,Midia,Midian dan Mada adalah sukukata yang sama yang menjelaskan tentang
Madyan (dalam bahasa Arab) satu bangsa yang maju dan disebut dalam kisah Nabi
Shuaib dan Kaum Madyan.Nabi Shuaiblah rasul yang diangkat dari kalangan bangsa
Mada,di mana ketika itu kemajuan material telah melekakan bangsa Mada.
71

Ketika abad ke 6 Sebelum Masehi,selepas bersama-sama bangsa Babilon mengalahkan


Empayar Assyria Baru,Bangsa Madayu telah mampu menubuhkan empayar mereka
sendiri,yang mana membentang dari Laut Hitam dan daerah Aran (Azerbaijan sekarang)
ke utara dan Asia Tengah,Afghanistan dan Pakistan yang mana terdiri dari banyak jajahan
termasuk Tanah Parsi,yang mana akhirnya penduduk Parsi meresap masuk ke dalam
Empayar Madayu/Media ketika zaman Empayar Achaemenid Parsi.Bangsa Madayu
diiktiraf sebagai yang mengasaskan Empayar Iran pertama,yang terbesar sehinggalah
Cyrus The Great menyatukan bangsa Madayu dan Parsi menjadi Empayar
Achaemenid,dengan mengalahkan datuknya yang juga seorang Emperor,Astyages,Raja
Media (Madayu).

Mari kita lihat kembali nama Bangsa 'Mada' (dalam sebutan Iran Kuno) ketika
pemerintahan Assyria.Kenapa kita hendak mengkaji bangsa Mada/Media/Madyan ini?

"Now the sons of Keturah, Abraham's wife:she bare Zimran, and Jokshan, and Medan,
and Midian, and Ishbak, and Shuah. And the sons of Jokshan; Sheba, and
Dedan." (Genesis 1:32)

Bangsa Madayu adalah saudara kepada bangsa-bangsa dalam kelompok keturunan


Keturah.Dalam bahasa Avestan (bahasa keagamaan kuno Parsi Purba) kata 'yu' adalah
suffix yang merujuk kepada 'mind','brain' atau 'mentaliti'.Ia adalah 'instrumental suffix'
(sukukata yang ditambahkan dihujung perkataan) yang jika dilihat secara keseluruhan
merujuk kepada 'the mode of thinking' atau identiti sesuatu berdasarkan pemikiran yang
boleh juga sebagai menerangkan cara hidup,budaya atau peradaban.Jadi 'yu' dalam slanga
bahasa Avestan yang juga adalah ibu kepada sanskrit, adalah merujuk kepada 'bangsa'
atau 'budaya'.Jadi perkataan 'Madayu' bermaksud 'Bangsa Mada'.

Ingin pergi lebih jauh?Menjejaki jejak sendiri lebih sukar rupanya dari menjejak bangsa
orang lain.

Sekadar renungan,siapa yang berhenti menjejak Melayu hingga ke Vietnam,maka hanya


itulah asal keturunannya.Jika ada yang mendakwa Melayunya dari Yunnan,maka Yunnan
lah Melayunya itu.Siapa yang berkata Melayu itu pernah tinggal di Tibet,di kaki gunung
Himalaya,dia telah sampai ke separuh perjalanan bangsanya.Tidak mengapa.Jika
semuanya betul pun masih tidak mengapa.Mengapa?KERANA MELAYU ADALAH
BANGSA YANG MENURUNKAN PELBAGAI KETURUNAN ASIA YANG LAIN.

'MALAY IS TRULY ASIA'


72

Mungkin mereka betul.

Mungkin tiada siapa yang salah dalam hal ini.Mungkin Teori Kapak Tua Dari Asia Tengah
betul.

Atau gendang Dongson, juga puak Hoabihn.

Bukan sahaja para sarjana Barat malah kita sebagai pewaris Kemelayuan ini juga hanya
mendapat serpihan puzzle yang berbeza-beza.

MARI KITA CANTUMKAN SEMUA JIGSAW PUZZLE KITA!

Kembali Kepada Ibunda Keturah

"Keturah adalah bonda kami,


wajahnya lembut tiada amarah,
berwatak tenang hilang hanahorragha
Budi pekerti pekerma diraja
Jika bersimpuh,bima diwani
Jika berkata,
sukkachitta
melapas dukka
sutramawarni
Keturah adalah bonda kami
73

seroja dilangit
kemboja berlayupan di darat
airmata hidangkan dengan senyuman
mentari jadi salju dedayu
Keturah adalah bonda kami
pelukan kasih seorang ibu
bagai syurgaloka
seri dharma"

(Tiada bernama)

Jejak telah hilang di sini.Dimana kunci-kunci rahsia?Tiada kunci rahsia lagi.Tiada peti
yang perlu dibuka.Kembali.

Kembali kepada bonda.

Keturah,begitulah namanya.Gadis misteri dari Timur.Semisteri namanya.Keturah adalah


nama yang ganjil bagi budaya Yahudi Kuno,bagi puak-puak bani Israel malah dalam
sejarah Akkadia-Babylon.Dari manakah datangnya gadis misteri ini?Siapakah Keturah?

Mungkin jika bertanya pada gadis aneh yang berpaling tadi,kita mungkin akan tahu siapa
moyangnya,Keturah yang misteri ini.

Tapi si dia ada meninggalkan sesuatu.Jejak.

Selendang wangi berwarna merah.

Dan huruf Ibrani Kuno 'mem' juga adalah 'mim' dalam tulisan Arab.Alter terahsia bangsa
Melayu.
74

Tapi...siapakah Keturah??

Menurut satu versi dari sebuah manuskrip kuno,Keturah adalah isteri ketiga Nabi
Ibrahim a.s.Setelah kewafatan Sarah, Nabi Ishak a.s. telah merayu Nabi Ibrahim a.s.
untuk berkahwin dengan ibu angkat beliau dari kerajaan Champa Kuno (bukan Champa
Baru di era Angkor). Akhirnya Nabi Ibrahim a.s. bersetuju dan berkahwin dengan Keturah
dan telah dikurniakan ALLAH 6 orang anak. Nama anak-anak Keturah adalah Zimran,
Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah .

Anak-anak mereka inilah menjadi pengasas kepada bangsa Melayu.Melayu diambil dari
perkataan 'Mala' (nama bangsa asas Keturah).Lihat, nama ini sama dengan nama yang
tertulis dalam manuskrip yang dikaji oleh Ralph Olssen.

Bukan itu sahaja, keturunan Keturah inilah yang ramai tinggal di Tanah Melayu,
Sumatera, Jawa, Borneo, Sulawesi dan Mindanao. Kesemua tempat ini merupakan tempat
yang mempunyai tulisan purba yang diadaptasi dari tulisan Semitik Purba (termasuk di
dalamnya tulisan Aramaik Kuno dan Ibrani). Tulisan Rencong adalah tulisan rasmi
Melayu.Jawa dan Bugis juga mempunyai tulisan yang hampir serupa. Agama rasmi
Melayu adalah agama Jawi. Agama Jawi adalah agama Nabi Ibrahim a.s.Jawi dikatakan
ada perkaitan dengan Levi,iaitu anak kepada Nabi Yaakob a.s.Levi merupakan ketua
Ulama dan ketua Rahib bagi agama Nabi Ibrahim a.s. di kalangan Bani Israel.Sejak
penggalian di sebuah daerah di Jordan menemukan kota purba yang bernama Jawi/Jawa
(Jevi),minat sarjana Barat untuk mengkaji bangsa Mala semakin kuat.INGAT,
YAHUDI/BANI ISRAIL BUKANLAH MELAYU TETAPI KEDUA BANGSA PURBA INI
ADA INTERAKSI ANTARABANGSA PADA MASA SILAM.
75

Keturah bukanlah Melayu. Walaupun beliau melahirkan bangsa Melayu, Keturah adalah
daripada bangsa Mala. MELAYU ADALAH BANGSA MALA YANG MEMPUNYAI DARAH
KETURUNAN NABI IBRAHIM A.S.Sekiranya kita lihat orang-orang asli seperti Mahmeri
dan Jakun, bahasa mereka adalah diambil dari bahasa Mala. Semua bangsa seperti
Mahmeri, Jakun, Iban, Kadazan, Melanau, Bajau, dan seumpamanya adalah merupakan
bangsa asal Mala.DNA bagi bangsa ini adalah 01m-19a.Ini menerangkan Keturah
mungkin berasal dari satu kerajaan purba yang sedia ada di Timur ketika zaman Nabi
Ibrahim a.s.(ada versi yang mengaitkan 'Mala' dengan 'Mon' tetapi ini bukan kaum Mon
pada hari ini kerana pertama kaum Mon pada hari ini bukanlah Melayu pada ertikata
sebenarnya dan yang kedua jika terdapat 'benang-benang merah' sekalipun antara Mon
dan Melayu ia adalah proses asimilasi Mala/Melayu yang kompleks dengan etnik-etnik
Indochina, perlu diingat Melayu juga boleh kehilangan identiti mereka akibat penjajahan,
perang atau pemaksaan budaya seperti yang berlaku pada orang Melayu di Cape Town,
Filipina, Thailand dan sebagainya jadi orang Mon pada hari ini bukanlah Melayu pada
ertikata sebenarnya kerana akibat percampuran etnik yang kompleks walaupun
cendekiawan mereka masih mencari-cari kerajaan purba mereka yang dinamakan
'Suvarnabhumi'-menunjukkan mereka mungkin masih mahu menjejak moyang Mala
mereka)

Jika kita lihat DNA Melayu Kedah dan Iban, kedua-dua mereka mempunyai persamaan.
Tetapi kenapa Melayu Kedah (mewakili kepada semua Melayu di semenanjung dan
Indonesia yang pernah mempunyai peradaban dan kerajaan) lebih bijak dan segak,ini
adalah kerana mereka daripada keturunan Nabi Ibrahim a.s. dan Keturah. Begitu juga
Melayu Selangor,Perak,Johor dll serta Mahmeri. Kedua-dua puak ini mempunyai DNA
yang serupa. Namun Melayu Selangor jauh lebih bijak dan segak daripada Mahmeri.
Punca perbezaan adalah daripada genetik Nabi Ibrahim a.s.Jadi jika kita menjejak Melayu
dari susur galur Mala Kuno (iaitu jurai Keturah dari kerajaan misteri dari Timur Jauh ini),
jejak akan menjadi lebih kompleks,merangkumi persoalan Ophir,Tanah Punt (The Land
of Gods-nenek moyang Firaun Purba),kerajaan-kerajaan misteri sezaman atau lebih tua
dari era Nabi Ibrahim a.s dan Akkadia-Babylon hinggalah era sebelum Banjir
Besar,Lemuria dan Atlantis. INI ADALAH KISAH YANG LAIN.MISTERI YANG LAIN.

Jawab soalan ini.Bagaimana Ptolemy boleh mengetahui peta lengkap Semenanjung Tanah
Melayu pada abad kedua Sebelum Masehi berserta gelaran Golden Chersonese
(Semenanjung Emas) padahal mengikut sejarah moden orang-orang Barat hanya sampai
di dunia sebelah sini selepas ekspedisi penjelajah Sepanyol dan Portugis seperti
Magelland?Ada misteri di situ.Sama seperti Piri Reis yang membuat peta paling misteri di
76

dunia berdasarkan manuskrip peta-peta kuno,Ptolemy juga mendapat sumber yang


sama,dari manuskrip peta-peta kuno lama sebelum era Yunani.Sebahagiannya dari era
Firaun kuno (ingat, perpustakaan Iskandariah yang terkenal,yang menyimpan sejumlah
besar manuskrip purba)

Namun Mala bukanlah bangsa asal. Mala mempunyai 'benang-benang merah' dengan
bangsa Scythia. Scythia merupakan bangsa asas kepada semua puak Eskimo, asli Yunan,
asli Dai, asli Taiwan, hingga ke ke kaum Ainu di Jepun dan suku misteri di pulau-pulau
Jepun sebelum kedatangan kaum Yamato (kaum dominan Jepun pada hari ini) Lembah
Mekong, Tanah Melayu, Borneo, Sumatera, Jawa, Sulawesi , Filipina, Pasifik , Madagascar
dan Amerika Latin.

Ini bermaksud sebelum sampai ke 'homeland' mereka dari sebelah ibu,perkahwinan


campur mungkin sahaja berlaku dengan kaum-kaum di sepanjang perjalanan mereka
yang mengambil masa beratus-ratus tahun itu.

Scythia merupakan sebuah bangsa nomad berkerajaan yang berasal daripada Asia Tengah
(ingat Teori kapak Tua dan bangsa Kambuja?) berhampiran dengan Laut Hitam. Kaitan
antara Melayu dengan Scythia telah dirumus oleh seorang arkaelogis Eropah di sekitar
tahun 1830an lagi.Maka ada kemungkinan Scythia merupakan bangsa asal daripada Nabi
Adam a.s. Ini kerana Nabi Adam a.s. mempunyai 22 pasang anak,atau bermaksud 22
bangsa asas (kemungkinan dari kajian setakat ini).

Namun kesimpulan yang lebih sederhana dan meyakinkan bahawa salahsatu sukukaum
Mala dari keturunan Keturah telah berhubungan dengan Scythia ini melalui perdagangan
atau peperangan.BUKAN UNTUK MENGATAKAN MELAYU ADALAH BERASAL DARI
SCYTHIA.Bangsa Scythia diketahui umum menjadi askar upahan empayar-empayar di
Sumeria dan Parsi.Jadi kebarangkalian untuk bertembung dengan keturunan Keturah dan
Ibrahim amat tinggi.

Kambuja,Aryan,Mala,Manessah,suku Sakya dan Buddha

Di mana mahu kita mulakan?Pintu rahsia semakin banyak.Menunggu untuk


dibuka.Huruf 'Mim' pada selendang wangi si gadis misteri begitu membantu.

HURUF MIM YANG TERAHSIA


77

Kita mulakan dengan Kambuja.Seperti yang dijelaskan dalam siri ketiga,sukukaum Aryan
ini adalah kaum pahlawan yang memiliki kepakaran dalam kesusasteraan Vedic
India/Parsi.Para sarjana geneologi dan antropologi telah mengkaji kaum Aryan ini
sejarahnya dapat ditelusuri sehingga kerajaan purba Scythia iaitu satu kawasan yang
melewati perbatasan Parsi-India,lebih utara dari Bactria.

Ramai sarjana mempercayai agama purba Zoroester berasal dari timur Iran di mana kaum
Kambuja berasal.

Beberapa sarjana telah menjejak misteri kaum Aryan ini sehingga ke inkripsi purba Iran
yang ada menyebut nama Kambujiya,satu keturunan diraja.Kambujiya adalah nama
dalam Parsi Kuno.Nama Kambujiya di dalam bahasa Yunani ialah CAMBYSES.Kambujiya
atau Kambaujiya adalah nama kepada beberapa raja-raja Parsi dalam dinasti Achaemenid.

Emperor Cambyses adalah warisan dari Madayu (Mada,Medes,Madyan,Midian,Medea)


telah memerintah lebih lama sebelum Cyrus The Great menaiki takhta.

Lihat puzzle setakat ini:

Keturah,

Nabi Ibrahim,

Jawi,
78

Cambyses

Kambuja

Scythia

Manessah

Mala

Malai

Mada

Mada-yu

Mala

Mala-yu

Siapakah The Lost Tribe of Mala?Apa kaitan The Lost Tribe of Israel (Manessah dari jurai
keturunan Joseph/Nabi Yusof) dengan bangsa Mala?APAKAH YANG BERLAKU ANTARA
BANGSA MELAYU DAN YAHUDI 2000 TAHUN SEBELUM MASEHI?Jika Red Indian
dan Tanah Amerika (sudah tentu konspirasi Yahudi yang ingin mengatakan bumi Amerika
adalah bumi kaum Yahudi bukan gentile-kaum kulit putih) bukan 'The Promised Land'
jadi dimanakah 'The Promised Land' sebenar?

Ralph Olssen mungkin tahu jawapannya.

Sesungguhnya Yahudi Zionis banyak bermain dengan 'The Promised


Land'.Mengapa?Selain Palestin,nampaknya banyak lagi 'The Promised Land' yang ingin
dituntut mereka.SEBENARNYA BUKAN UNTUK DITUNTUT.

TETAPI UNTUK DICARI.

Mengapa?Kerana 'The Lost Tribe' telah bergerak ke 'Promised Land'.Semua puak Yahudi
yang 12 (puak Yahudi asli yang pernah mengikut Nabi Musa a.s dan terlibat pada
peristiwa di Padang Pasir Sinai) telah dikenalpasti oleh Yahudi Zionis (Yahudi ke-13 iaitu
79

Yahudi campuran dari kaum satanik-The Khazar dan Ashkenazi) namun masih terdapat
satu puak Yahudi yang diketahui mereka mengamalkan ajaran Nabi Ibrahim dan Nabi
Yusof,ajaran wahyu dari kitab Taurat.Pada istilah hari ini,mereka adalah orang-orang
Yahudi Islam yang hilang dari rekod Illuminati dan Zionis.Di mana mereka?Jika semua
jigsaw puzzle dicantumkan,maka ia akan jadi begini:

TERDAPAT MELAYU YANG BERASAL DARI HYBRID PUAK MANESSAH DARI


KETURUNAN YAAKUB DAN ISHAK DARI SITI SARAH DAN KETURUNAN KETURAH.

Kombinasi hebat dan terbaik.Darah Siti Sarah dan Siti Keturah bertemu di sini.Mungkin
bukan kesemuanya tetapi 'The Lost Tribe' telah hilang di Bumi
Mala.Perkahwinan?Mungkin.

Jika berpandu pada petunjuk ini,'The Lost Tribe' Manessah berkemungkinan besar telah
terserap ke dalam bangsa misteri di Timur Jauh ini.Bersembunyi dan hilang begitu saja.

Ingat,ini bukan hendak mengatakan Melayu adalah Manessah tetapi Bangsa Melayu
kemungkinan ada perhubungan dengan Manessah atau 'The Lost Tribe'.

Dua petunjuk kepada dua Kunci Rahsia Imam Iblis Majlis Tertinggi Illuminati telah
terbongkar sedikit demi sedikit.Jangan risau.Mereka telah lama tahu.

SEBAB ITU PANGKALAN ISRAEL HANYA SATU SAHAJA.IAITU DI SINGAPURA.Cuma


Amerika sahaja yang membina banyak pangkalan di merata dunia.

APA YANG INGIN DIKAWAL MEREKA?MUNGKIN ANDA TAHU JAWAPANNYA.

Kunci rahsia yang retak di Altar Pemujaan Lucifer Illuminati telah dicantumkan.

DENGAR BAIK-BAIK RAHSIA INI.

Salasilah keturunan Imam Mahadi yang diketahui setakat ini adalah gabungan dua garis
keturunan.Disebelah ayah adalah dari jurai Rasullullah s.a.w hinggalah ke Nabi Ismail
dan Siti Hajar.Di sebelah ibu adalah dari jurai yang sama dengan Nabi Isa a.s,Nabi
Sulaiman a.s,Nabi Daud a.s hinggalah bersaudara dengan Nabi Yusof a.s sampai ke Nabi
Yaakub a.s,Nabi Ishak dan Siti Sarah.Kombinasi Keturunan yang terbaik.

Retakan bahagian atas pada kunci rahsia:


80

Jurai Yahudi dari keturunan Yusof a.s-Manessah (kaum yang mengikut ajaran Ibrahim
dan Musa),'The Lost Tribe' yang lari (Melayu juga bermaksud lari,pindah,hijrah dalam
dialek satu sukukaum di Indonesia) bukan di Amerika seperti penipuan Mormon-Yahudi
(menyelindungkan niat sebenar mereka) tetapi di Bumi Mala.INI BUKAN UNTUK
MENGATAKAN MELAYU ITU YAHUDI TETAPI MELAYU ADALAH BANGSA BESAR
YANG ADA SEJARAH DENGAN BANGSA YAHUDI.

Retakan bahagian bawah,pemegang kunci rahsia:

Ahli Bait yang lari dari pemerintahan kejam Umayyah dan Abbasiah,setelah kematian
Hassan Al Askari r.a yang diracun, Ahli Bait keturunan Rasullullah s.a.w telah hilang,atau
menyembunyikan identiti,kadang-kadang berselindung pada nama Syed dan Syarifah
(namun kini semakin ramai orang Melayu memakai gelaran ini sehingga ia menjadi tidak
ekskusif lagi kepada keturunan Rasullullah s.a.w).

TELAH LENGKAP RAMALAN DAN PERKIRAAN.HARI YANG DIJANJIKAN HAMPIR


TIBA.

Dimanakah sasaran mereka selepas ini?TIdak perlu bertanya lagi jika semua muncung
meriam Zionis di Singapura tepat menghala ke SINI.

Tinggalkan dulu 'pergaduhan adik beradik jauh' antara Yahudi dan Melayu.

Mari kita jejak lagi bangsa yang hilang ini.Ke mana ayunan langkah mereka selepas ini.

Sungguh kuat mereka mengembara.Mahu saja dibedung semua kaki mereka agar duduk
diam sehingga diri ini tidak lagi tercari-cari makna Melayu.Supaya diri ini tidak lagi ditipu
Barat juga diprovok oleh pendatang keparat yang mahukan Bumi Mala ini.

Ketika di perbatasan Himalaya,bangsa ini telah menurunkan kaum Kambuja yang tinggal
di kaki gunung Himalaya.Mungkin terdapat puak Mala yang lain tetapi catatan sejarah
hanya dapat mengesan suku kaum Kambuja sahaja.Kaum ini yang menguasai semua
kesusasteraan Vedic mempunyai hubungan dengan kaum Sakya di utara India.Kaum
Sakya juga diketahui umum sebagai berkasta Ksyatria-kasta yang sama dengan
Kambuja.Kaum Sakya juga sebelum menetap di beberapa jajahan India Purba seperti di
Benares adalah dikatakan berasal dari kaki gunung Himalaya.Apakah petunjuk rahsia
yang menggabungkan antara Kambuja dan Sakya.
81

Di Perpustakaan Tun Sri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia terdapat 2 naskhah


agama Buddha yang berjudul Nan-Hai-Ji-Gui-Nei-Fa-Zhuan yang telah diterjemahkan ke
bahasa Inggeris oleh Takakushu. Buku ini adalah berkenaan hal-hal peribadatan penganut
Buddha.Satu maklumat penting dalam buku berkenaan adalah berkenaan guru I-Tsing di
Sriwijaya yang bernama Sakyakirti. Tiga orang guru beliau yang lain adalah dari
India.Sakyakirti,seorang pendeta Melayu beragama Buddha telah menjadi guru kepada I-
Tsing selama pengajiannya di sebuah universiti Buddha di Sriwijaya.Seorang pendeta dan
cendekiawan Cina belajar agama Buddha dari seorang pendeta Melayu.Mengapa?Lihat
pangkal huruf namanya.Sakya-kirti.Nama Sakya menunjukkan keturunannya atau taraf
kastanya yang tinggi.Begitu juga dengan penggunaan Dharma.

Sebuah manuskrip bertarikh kurun ke-11M di Tibet bertajuk Abhisamayalamkara-nama-


prajnaparamitopadesasastravrrtti-durbodhaloka-nama-tika, yang merupakan ulasan oleh
Dharmakirti Suvarnabhumi pada tahun 1005M. Beliau adalah seorang pendeta Melayu
beragama Buddha di Suvarnabhumi/Sriwijaya. Ulasan ini diterjemahkan ke bahasa Tibet
sebelum tahun 1069M oleh muridnya Atisa berjudul Shes rsb kyi phs rol tu phyin pa’i man
ngag gi bstan bcos mngon par rtogs pa’i rgyan ces bya ba’i ‘grel pa stogs par dka’ ba’i snag
ba zhes bya ba’i grel bshad. Buku ini diedit oleh Cordier pada 1915 di Paris, terbitan
Imprimerie Nationale, dan juga diedit oleh Suzuki pada 1957 di Tokyo-Kyoto, terbitan
Tibetan Tripitaka Research Institute.Perhatikan darjat 'Dharma' dipangkal
namanya.Bayangkan jika ketika itu Atisa, seorang sami Buddha dari Tibet sedang tekun
belajar di hadapan seorang pendeta Melayu!Karya pendeta Melayu telah pun sampai ke
Tibet.Selama beratus tahun para pelatih sami Buddha di Istana Potala membaca dan
mengkaji karya Melayu di Istana Potala.Kita tidak tahu.Kerana karya itu dalam bahasa
82

Pali-Tibet yang diterjemahkan dari bahasa Melayu-Jawa Purba.

Sakya adalah keturunan yang menurunkan Siddharta Gautama Buddha.Kebetulan?Tidak


sepenuhnya.Ia adalah geneologi dan sejarah.Kadangkala Buddha digelar Sakyamuni
(bermaksud 'orang bijaksana dari suku kaum Sakya').Sebab itu pendeta Melayu berani
memakai nama Sakya dipangkal namanya.Sebab itu I-Ching sanggup ke Sriwijaya
bukannya ke India untuk mencari keturunan Sakya di Nusantara.

Hal ini sesuai dengan berita I-Tshing pada abad ke 8 bahwa di Sriwijaya terdapat 1000
orang pendeta yang belajar agama Budha di bawah bimbingan pendeta Budha terkenal
yang bergelar Sakyakirti itu.

Begitu juga misteri yang menyelubungi Budidharma,pendeta misteri yang dikatakan


sampai ke Shaolin Temple adalah seorang Melayu beragama Buddha.

Rekod tua dari Biara Buddha di Luoyang telah dikompilasi pada tahun 541 Masehi oleh
Yáng Xuànzhī seorang penulis dan penterjemah Mahayana Buddha kepada bahasa Cina
mencatatkan:

"At that time there was a monk of the Western Region named Bodhidharma, a Persian
Central Asian..."

Rekod ini menyebut tentang sifat terpenting bangsa Melayu,sejak diketahui hubungan
Melayu dengan bangsa Aryan."A Persian Central Asian" adalah kata-kata yang tepat-
seorang Parsi dari Asia Tengah (ingat Teori Kapak Tua dari Asia Tengah?) menunjukkan
bukan pendeta India berkulit gelap tetapi pendeta Melayu berkulit cerah berkasta tinggi.

Kaum Ksyatria dari Kambuja-Sakya telah bergerak jauh hingga ke Sri Lanka,melalui jalan
laut menuju ke Nusantara,lalu dikatakan mengasaskan Gangga Negara,kerajaan purba di
negeri Perak yang terkenal itu.Kumpulan yang lain pula bergerak menyelusuri Sungai
Mekong dan ada yang berjalan kaki sampai ke daerah Yunnan.Ingat!mereka bukanlah
mengembara secara terus menerus tetapi berhenti dan membuat penempatan di satu-satu
tempat,bercampur dengan etnik tempatan sehingga menurunkan hibrid bangsa-bangsa
Asia.Yunnan,ya sebab itu kesan bangsa misteri ini masih ada di sana.Dari Yunnan mereka
turun ke perbatasan Indochina dan mula mengasaskan empayar-empayar seperti
Funan,Khmer dan Champa.Sebab itu raja-raja Khmer yang memerintah Kemboja dan
yang membina Angkor wat mendakwa mereka adalah keturunan kaum pahlawan
Kambuja.
83

Ahli-ahli sejarah di Malaysia pernah mendakwa bahawa Tamadun Funan yang diasaskan
sekitar 190M ini adalah Tamadun Melayu Terawal, malah direkodkan dalam buku sejarah
sekolah.Ketika kekalahan Funan di tangan Chenla sekitar 550M, rajanya dikala itu lari ke
Jawa dan membuka Sailendra. Perkataan “Funan/Bnam/Phnom” mempunyai maksud
yang sama dengan perkataan “Sailendra”, iaitu “gunung/tanah tinggi”. Negara Vietnam
masih menggunakan perkataan “bnam” dihujung perkataannya. Mungkinkah bangsa
Funan ini merupakan orang laut, seperti Bajau dan Sulu, sehinggakan menggelarkan
negara sebagai tanah tinggi atau gunung. Tapi, mungkin juga bersebabkan konsep
kosmologi Hindu-Buddha yang berpaksikan Gunung Meru yang dikelilingi oleh 4 dvipa,
seluruhnya digelar Jambhudvipa, geometrinya seperti buah jambu air. Yang pastinya,
bangsa Vietnam terpengaruh menamakan negara mereka sebagai “Vietnam” yang
bermaksud “Gunung+Viet”, sedangkan mereka bukanlah orang laut. Seluruh kefahaman
mereka berkenaan laut datang daripada bangsa yang mereka jajah hingga kini,
Campa.Seorang profesor Melayu, Prof. Dr. Shaharir telah mengumpulkan sejumlah 600
perkataan Khmer Kuno yang dikatakannya adalah juga merupakan perkataan-perkataan
Melayu Kuno.

SEMUANYA MENUNJUKKAN WARISAN DARI BANGSA GUNUNG YANG


GAGAH. "THE DESCENDANT OF MOUNTAIN TRIBE"

Bangsa inilah yang membina Angkor Wat.Ketika ini bangsa yang berada di Jawa adalah
sama dengan bangsa yang berada di Kambuja-Vietnam.Jayavarman II-pengasas kerajaan
Angkor-Khmer mempunyai hubungan dengan kerajaan Sailendra Jawa malah pernah
tinggal di sana beberapa lama.

SAILENDRA-GUNUNG
FUNAN-GUNUNG
NAM-GUNUNG
84

MALAI-GUNUNG

Bangsa ini juga yang membina Borobudur.Malah bangsa ini juga mampu membina kapal-
kapal laut yang amat hebat.Para pengembara dan penulis Eropah terutama dari Sepanyol
dan Portugis (Kedua-dua negara ini menerajui bidang pelayaran di Eropah ketika itu)
seperti Tome Pires,Godinho De'Eredia dan Duarte Barbosa mencatatkan kapal-kapal
Melayu yang amat besar dan saiz pelabuhan Melaka yang amat sibuk dengan kapal-kapal.
Dicatatkan dalam Sulalatut al-Salatin itu tentang bahtera Sultan Mahmud Shah belayar ke
Majapahit, berlaku dalam abad ke-15 M, adalah kapal yang cukup besar bernama Mendam
Berahi yang lebih hebat dari Flor de la Mar,kapal Alfonso de Albuqarque.

Atau lihat sahaja kapal besar yang diukir di dinding candi Borobudur yang dibina pada
abad ke-8 M itu.Bayangkan pada abad ke 8 (ini usia candi Borobudur) telah ada kapal
sebesar itu yang seakan sama dengan rekabentuk kapal moden di era Caribbean
Pirates.Malah mungkin teknologi kapal telah ada lama dari itu kerana Borobudur dibina
bertahun-tahun dan apa yang diukir di dinding-dindingnya adalah penceritaan kepada
kisah-kisah dalam agama Buddha juga keadaan semasa bangsa Melayu ketika itu.

*Lihat betapa hebatnya kapal bangsa Melayu pada zaman dahulu.Adakah Melayu ketika
itu masih tinggal di ceruk-ceruk kampung beratap nipah?
85

Catatan Yunani, Portugis, Belanda, Sepanyol, Jepun dan China menunjukkan tamadun
Melayu hebat dengan teknologi perkapalan dan persenjataan mengatasi bangsa-bangsa
lain pada zaman abad ke-2 M hingga abad ke-16 M.

Sebenarnya dalam zaman Portugis itu memang tercatat dalam tulisan Portugis yang
menyatakan tukang-tukang Melayu dalam membuat kapal yang dibawa ke negaranya
untuk dipelajari teknologi perkapalan itu.

Cerita kehebatan Melayu dalam pelayaran terbukti dengan kisah rakaman Sepanyol
terhadap seorang ahli pelayaran Melayu yang digelarnya ‘Si Henry Hitam’ (Henry The
Black/Enrique) yang dijadikan pembantu penting Magellan mengelilingi dunia.

Catatan Belanda menyebut teknologi meriam Melayu Petani, iaitu Patani sekarang,
warisan kerajaan Melayu Langkasuka pada abad ke-17, adalah lebih hebat daripada
meriam Belanda apatah lagi Siam, iaitu Thailand sekarang yang pernah berpakat
menyerang Petani beberapa kali tetapi gagal.

Catatan Portugis menyatakan kapal perang dan meriam tentera Melaka lebih canggih
daripada ciptaan mereka dan bangsa Eropah lain tetapi kerana Melaka tetap dapat
dikalahkan menerusi strategi perang,konspirasi kotor dan rasuah, maka jiwa-jiwa Melayu
hingga sekarang pun merasakan bangsanya memang inferior dalam teknologi ini (ketika
itu armada laut Melaka tidak menyertai peperangan akibat konflik Laksamana dengan
Sultan,jadi peperangan di Melaka ketika itu hanya disertai oleh askar-askar darat.Ini
menerangkan kenapa Sultan ketika itu terpaksa mengupah ramai askar upahan Jawa
apabila semua armada laut Melaka tergesa-gesa meninggalkan pelabuhan Melaka
menjelang kedatangan Portugis-mungkin dirasuah adalah salah satu faktor).Melaka
adalah kerajaan Maritim bukan Agraria atau darat.Jadi tanpa angkatan lautnya,sudah
tentu 60% kekuatannya telah hilang.

Bangsa ini terus mengembara hingga ke Segenting Kra.Sementara yang lain datang dari
arah laut mengikut seorang raja bernama Mus,telah mendarat di Sungai
Musi,Palembang."Musi" bermaksud 'Sungai Kepunyaan Mus'.Kumpulan darat menyusuri
tanah sempit Segenting Kra,menepati ramalan-ramalan dan petunjuk tentang 'The
Promised Land'.

"akan melalui lorong sempit,hingga sampai ke hujung dunia"

Sampai di Semenanjung Emas,saki-baki dari bangsa yang meneruskan perjalanan ke


86

hujung dunia "The Land of The East" berhenti dan mula menetap serta memulakan
kehidupan baru di sini.Kisah pengembaraan yang memenatkan selama beribu tahun
semakin lama semakin hilang di dunia yang aman damai di hujung dunia.Peperangan-
peperangan di negarakota Babilon dan Ur serta serangan ke atas etnik India,masih terselit
dicelah-celah mimpi bangsa misteri.Kehangatan padang pasir dan kesejukan ribut salji
makin tidak dikenali di hutan hujan Khatulistiwa yang tenteram dan damai.Kicau
burung,nyanyian mergastua kadangkala ngauman harimau adalah rentak hidup baru bagi
bangsa hebat ini.

MEREKA TELAH BERJAYA SAMPAI KE 'PROMISED LAND'

Di selat Melaka,kedua-dua kumpulan ini bertemu.Kumpulan yang tiba melalui jalan laut
(yang banyak menetap di Kepulauan Indonesia) bertemu saudara mereka (kumpulan yang
tiba melalui jalan darat-majoriti menetap di Semenanjung 'Emas' Tanah Melayu).Mereka
adalah serumpun dan bersaudara.Sudah lama mereka terpisah. Mereka berpelukan dan
menangis.Ramai yang hadir melihat peristiwa paling bersejarah ini.Mungkin cucu-cicit
gadis misteri yang meninggalkan selendang merah tadi ada di situ.Bangsa Keturah telah
bersatu di Selat Melaka di 'Tanah Yang Dijanjikan' The Land of The East'

Amanat Nabi Ibrahim a.s telah tertunai.Bangsa Jawi mula berehat dengan amannya di
sini.Apa perlu berperang dan membina negarakota?Kata sesetengah dari mereka.Mereka
pun kerap bermimpi dan tidur di Bumi Mala.Setengahnya membina peradaban dan kota.

Tiada siapa mengganggu.Bangsa yang hilang tetap bersembunyi di Bumi Mala.

Ajaran Ibrahim semakin dilupakan.Tiada siapa lagi yang mengetahui tentang Tuhan Yang
Esa.

Tetapi bangsa ini tetap mahu mencari Tuhan di Bumi Mala.

Hindu

Buddha

Islam
Sampai di sini bangsa misteri telah menemui permata yang hilang sejak ribuan
tahun.Agama Wahyu warisan daripada Ayahanda Ibrahim a.s.Kemudian datang ujian.
87

Portugis

Belanda

Inggeris

Falsafah 'cukup makan' semakin popular apatah lagi setelah dijajah oleh
Imperialis.Melayu menjadi inferior dengan bangsa sendiri.Tidak bersemangat.Layu.

Bunga kemboja Mala-yu telah layu di tasik sendiri.

Sampai bila bangsa ini lupa jejak sendiri.

Sampai Israel mengarahkan meriamnya di Singapura ke atas bangsa yang hilang ini.

KAMI SUDAH JUMPA ANDA!YOU ARE ON TARGET.

Di manakah alter terahsia Melayu?Dimana?

Pada huruf 'mim'

Bangsa Terbaik,Agama Terbaik

Mim itu Muhammad,Mim itu Mala

Apabila bangsa ini menghayati agamanya sendiri,maka akan terangkatlah

ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU

---------------------------------------------

Siri Alter Terahsia Bangsa Melayu terpaksa dihentikan setakat ini kerana sumber utama
dari Lodgekeeper tidak lagi dapat diakses.Namun mungkin ada kajian yang mendalam
lagi di masa hadapan kerana semakin mengkaji tentang asal-usul bangsa ini,semakin
banyak pintu rahsia yang terbuka membawa kepada jalan yang bersimpang siur tidak tahu
di mana hujungnya.

Kepada anak-anak Melayu yang masih menuntut ilmu,tuntutlah ilmu semampu yang
88

boleh kerana bangsa kamu adalah bangsa terbaik dan bijak.Jangan jadi penagih dadah
atau merempit membuang masa.

Kelak kamu akan dapat menyusuri jejak Melayu itu sendiri.

Kepada para pencinta bahasa,berjuanglah pertahankan bahasa kamu kerana bahasa


Melayu juga adalah kunci kepada jejak-jejak kamu yang hilang.

Kepada pemimpin politik Melayu,waspada,ada musuh yang menanti anda bukan sebab
kekayaan anda tetapi sebab bangsa dan agama anda.

Kepada bangsa 'Mala' di Indonesia dan Malaysia,kita dipisahkan oleh penjajah-penjajah


barat.Kita adalah serumpun dan bersaudara.Belanda dan Inggerislah dalang pemisahan
kita.Hentikan segala sengketa yang terlampau bodoh dan merugikan,bersatulah.Biar
bangsa Mala bangkit maju seperti masa-masa yang lalu.

Ini tanah kita.Ini bumi kita.Ini adalah "The Promised Land".

Ke manakah mahu kita pergi,jika kita dihalau dari tanah ini?

Tiada perjalanan lagi selepas ini.Kita sudah pun berada di Timur Jauh.Di hujung dunia.

Sampai masa kamu akan mengerti semua rahsia ini.

Biarlah Melayu itu mengenal Mimnya sendiri.


Posted by Mistis Organization at 6:04 PM
89

Friday, August 13, 2010


Ucapan Pembukaan oleh Hermit

Ucapan Pembukaan oleh Hermit

Ini adalah kata-kata pembukaan oleh Hermit,3rd Order dalam Mistis Organization bagi
mengalu-alukan siri Alter Terahsia Bangsa Melayu V2.0 yang akan keluar di MistisFiles
selewat-lewatnya pertengahan Julai ini.Siri ATBM v2.0 ini akan diselenggarakan oleh
Srikandi,editor siri ATBM yang baru.

Siri Alter Terahsia Bangsa Melayu akan dibahagikan kepada 4 hingga 5 bahagian.Setiap
bahagian akan menceritakan petunjuk-petunjuk berbeza disamping pada masa yang
sama,mempunyai kaitan antara satu sama lain.Setiap bahagian terdiri daripada susunan
tema-tema tertentu yang setiap satunya memerlukan petunjuk-petunjuk tadi untuk
memimpin pembaca ke arah 'gua rahsia'.Setiap petunjuk seakan-akan 'puzzles' yang amat
sukar untuk difahami atau diselesaikan,sejak sejarah bangsa Melayu cuba untuk
digelapkan dan dikelirukan oleh pihak-pihak yang berkepentingan.

Perlu juga dinyatakan di sini,apa yang dipaparkan bukanlah bertujuan untuk memaksa
anda percaya 100% terhadap apa yang ditulis, tetapi lebih kepada mengajak anda berfikir
dengan mendalam. Semua misteri yang terjadi ibarat satu 'jigsaw puzzle' yang
berselerakan. Apa yang dilakukan kami ialah memberikan anda kepingan-kepingan
'jigsaw puzzle' ini. Kami sekadar ingin anda bersama-sama kami mencantumkan
kepingan-kepingan 'jigsaw puzzle' tersebut. Mana yang salah akan dibuang dan mana
yang betul sahaja akan memberikan satu gambaran kepada semua atau sebahagian
90

persoalan.

Pemikiran yang positif dan menghormati sesama manusia adalah amat-amat digalakkan
di dalam menghayati siri Alter Terahsia Bangsa Melayu ini.Namun tidak
dinafikan,kebenaran itu adalah sesuatu yang pahit untuk ditelan.Kebenaran akan tiba jika
fikiran dapat membaca segala situasi yang berlaku,sama ada bersifat konspirasi atau
realiti.Pemikiran yang rasis akan menidakkan kebenaran dan pencapaian bangsa yang
lain.Pemikiran yang 'inferior' adalah hasil dari sejarah bangsa yang berjaya digelapkan
oleh tangan-tangan tersembunyi.Pemikiran yang pesimis hanya membuatkan pemikirnya
kaku dan beku,juga boleh membekukan yang lain.Pemikir yang malas berfikir,hanya
menerima sejarah yang ada,tidak kira sejarah realiti mahupun sejarah yang telah
digelapkan,hasilnya sejarah baginya adalah susunan kronologi yang cacamarba dan tidak
ketahuan punca;memimpin pemikirnya kepada perasaan 'inferior' yang kronik dan
pesimis yang sadis.

Selagi kebenaran tidak mampu difahami,MANUSIA MENJADI MUSUH KEPADA APA


YANG TIDAK DIKETAHUINYA.

-M.O

Salam sejahtera,

Syukur kepada Tuhan Yang Esa,kerana sekali lagi siri Alter Terahsia Bangsa Melayu dapat
91

menemui para pembaca MistisFiles.Suatu ketika,hubungan dengan Lodgekeeper terputus


begitu sahaja dan maklumat berharga darinya tidak dapat diakses.Namun,kesabaran dan
keyakinan yang kuat adalah kunci sebenar kepada pengetahuan yang berharga.Jika bukan
Lodgekeeper,pasti ada anak bangsa yang lain,yang mampu membaca segala konspirasi
dan pengkhianatan ke atas sejarah agung bangsa Melayu.Telah terlampau lama kita
didodoikan dengan kisah persejarahan yang memenatkan dan menyedihkan sehingga kini
masih ada,malah memang ada dan terlampau ramai pula,dari kalangan Melayu sendiri
yang teramat 'merendah diri' dengan sejarah bangsanya,menganggap bangsanya
pemalas,bodoh,tidak kreatif dan kurang daya tahan,seolah-olah itulah kesimpulan akhir
dari pemerhatian dirinya sebagai orang Melayu terhadap bangsanya sendiri,juga terikut-
ikut rentak gendang yang dimainkan oleh orang lain yang dengki dan tidak berpuashati
dengan bangsanya.Jika benar apa yang disangkakan oleh sesetengah orang Melayu
ini,bagaimana bangsanya yang pemalas,bodoh,lemah dan kurang berfikir ini boleh wujud
di muka bumi yang penuh persaingan ini dan bagaimana diri mereka mampu mengaku
Melayu ketika ini di bumi bertuah ini?

Sesungguhnya perasaan 'inferor' sesetengah orang Melayu adalah kerana keputusan dari
tumbesaran mereka di dalam arus sejarah yang majoritinya bernadakan kesedihan dan
kemunduran umat Melayu.Jika kita membuka buku sejarah tempatan,atau lebih tepat
buku teks Sejarah sekolah menengah yang diajarkan kepada anak-anak kita,hanya tidak
sampai 30 peratus kisah kejayaan orang Melayu dipaparkan,ya anda sudah dapat
membayangkan pada topik yang mana.Hanya bab Kesultanan Melayu Melaka sahaja
dapat membangkit semangat orang-orang Melayu yang 'inferior' ini.Sebelum itu ada juga
diceritakan kerajaan-kerajaan purba lain tetapi dengan fakta amat rapuh dan teramatlah
sedikit,seolah-olah tidak penting.Sebelum itu lagi,adalah kisah orang-orang
gua;Paleolitik,Neolitik,Mesolitik dan litik-litik yang lain,seolah-olah orang-orang gua di
Tanah Melayu ini tiba-tiba berjaya menjadi Bendahara,Temenggung,Laksamana dan
Syahbandar Empayar Melayu Melaka!!Orang-orang gua di Tanah Melayu yang berpindah-
randah,mengamalkan cara hidup sara diri,hanya mampu membuat alat-alat membajak
tanah,memburu binatang dan zasss!!!Tiba-tiba bertukar menjadi sultan-sultan
Melaka,mampu membina pelabuhan antarabangsa yang mewah,mampu membina kapal-
kapal sama ada untuk perdagangan atau peperangan,mampu menghantar utusan
diplomatik dari jiran-jiran sekeliling seperti di Tanah Jawa sehinggalah ke Negeri
China,Rom dan Parsi.
92

Apa yang dibuat oleh ahli sejarah negara kita di dalam bumi bertuah ini??

Adakah mereka duduk termenung di dalam bilik pejabat berhawa dingin?Atau minum-
minum di kedai-kedai mamak di waktu awal pagi,pukul 10 pagi,makan tengahari dan
kemudian balik rumah sambil melupakan sejarah bangsa sendiri?Adakah waktu mereka
dihabiskan untuk membaca bahan sejarah yang ditulis oleh R.O Winsted,Raffles dan
seangkatan dengan mereka?Siapakah Stamford Raffles itu?Beliau adalah ahli Freemason
peringkat tertinggi dan ditahbiskan sebagai anggota pertubuhan syaitan itu pada 5 Julai
1813 di Lodge De Vriendschap,Surabaya.Apa yang ahli sejarah tanahair buat di dalam
pejabat-pejabat mereka?Adakah di dalam tempurung minda mereka itu masih
memikirkan bahawa Pulau Pinang dibuka oleh Francis Light?Damn!Bangsa yang tidak
memiliki sejarah masa lalu adalah bangsa yang tidak punya cerita masa depan.Bangsa-
bangsa lain berusaha menuliskan sejarah bangsa sendiri,memelihara tempat-tempat
warisan sejarah mereka;mereka sanggup menghabiskan berjuta-juta dolar hanya untuk
memastikan sejarah bangsa mereka terpelihara misalnya kerajaan Sweden sanggup
menaikkan kapal perang kuno Vasa yang tenggelam di Laut Baltik pada tahun 1628 untuk
dipamerkan di muzium supaya anak cucu meraka dapat melihat betapa nenek moyang
mereka mampu membina kapal perang hebat itu.
93

Tetapi di manakah wang negara dihabiskan?Kononnya lebih baik wang digunakan untuk
membantu rakyat marhaen dari memelihara tapak-tapak bersejarah,tetapi sebaliknya
wang rakyat digunakan untuk membina projek-projek mega yang membazir yang
akhirnya bukan orang Melayu yang memiliki projek-projek mega itu;contoh yang paling
hampir di batang hidung Melayu ialah Iskandar Malaysia.Hakikatnya bangsa Melayu kini
tidak mampu menghayati sejarah bangsa dan hilang semangat patrotik.Bermula dari
atas,para pemimpin Elit Melayu yang majoritinya berpendidikan Barat tidak mampu
mengangkat akal fikiran dan hujah bila berdebat tentang sejarah bangsa sendiri.Mereka
terlalu lemah berhadapan dengan sejarah;menunjukkan penyakit buta sejarah juga
berjangkit kepada para Elit Melayu ini.Tidak seperti membincangkan hal
pilihanraya,kuasa,projek-projek mega,kontrak dan sebagainya,apabila ditunjal sedikit
tentang sejarah yang sudah jelas menjadi haknya,mereka terhuyung-hayang dan gayat
dengan bangsa asing.Contohnya kes Pulau Batu Putih,ya memang Malaysia khasnya orang
Melayu sudah berputih mata,tetapi eloknya dikaji mengapa tiada seorang pun ahli sejarah
yang bijak pandai di negara ini mampu menghalang wilayah sendiri jatuh ke tangan
asing. ANDA SUDAH NAMPAK KEPENTINGAN SEJARAH?Lihat,bangsa asing sanggup
mendidik dan menyekolahkan anak bangsa mereka di dalam bidang sejarah bersungguh-
sungguh kerana kelak BUKAN PARA NEGARAWAN ATAU JENERAL TENTERA YANG
MENGAMBIL ALIH WILAYAH NEGARA LAIN,TETAPI PAKAR-PAKAR SEJARAH.Ini
adalah trend penjajahan masa kini.

Di manakah dokumen yang mengatakan dengan jelas Pulau Batu Puteh adalah hak
Johor?Mengapa disenyapkan dokumen berharga itu?Mengapa para hakim luar negara
berasa hairan pasukan Malaysia menyerahkan gambar Pulau Batu Puteh yang sebenarnya
di ambil dari sebuah blog (copy paste @ download)??Padahal pasukan Singapura
bertungkus lumus mengupah jurugambar profesional mengambil gambar 'real' malahan
menggunakan kemahiran teknik fotografinya sekali (mungkin menggunakan photoshop
dan 'superimpose') bagi membuatkan seolah-olah Pulau Pedra Branca (nama pulau itu
94

pada sebutan Singapura) lebih dekat dengan Singapura.Betapa sambil lewanya mereka
yang berkenaan dalam mempertahankan wilayah sendiri.Dan apabila kalah,sanggup pula
mengatakan keputusan hakim itu adalah paling adil atau 'win-win situation' (difahamkan
kata-kata ini lebih bersifat menyedapkan hati yang duka lara) padahal negara hanya layak
mendapatkan terumbu batu yang bila air pasang terhapus terus dari pandangan (laksana
biskut chipsmore-kejap ade kejap takde) sebaliknya orang lain pulang dengan gembira
sambil menjinjing buah tangan Pulau Batu Puteh yang dapat dibina sebuah rumah api di
atasnya!Mungkin mereka berkata,ala...tanah sekangkang kera itu pun nak
berkira.Hei,orang asing bermati-matian mendapatkan sejengkal tanah orang-orang
Melayu tetapi orang Melayu lebih gemar mengenyangkan perut sendiri daripada melihat
maruah bangsa terbela.Jika kita lihat di Pulau Pisang juga sama.Orang luar sanggup
bersusah payah membina rumah api di pulau-pulau Melayu dengan harapan merekalah
nanti diiktiraf sebagai Tuan Punya pulau tersebut.Sifat orang Melayu yang suka
membiarkan tanah sendiri semak samun dan sanggup bekerja di kilang-kilang berjangkit
kepada para Elit Melayu.Alangkah baiknya mereka memantau setiap pulau di Malaysia
dan membina rumah-rumah api atau apa saja supaya menjadi tanda pulau tersebut ada
tuannya.Ini tidak,24 jam memikirkan apakah lagi cara untuk menipu bangsanya sendiri
bagi mengangkatnya sebagai pemimpin politik,tidak kira hujah-hujah pembangunan yang
sudah basi hinggalah alasan-alasan agama,juga mahu dipermainkan sesuka hati demi
sekelumit pangkat dan jawatan.Tragedi ini samalah seperti orang Melayu yang
dikurniakan anak,tetapi anak tersebut dibiarkan tiak terbela,kemudian orang asing datang
mencubit-cubit pipi anak kita sambil membelikan permainan dan gula-gula.Kemudian
kita membiarkan anak kita tinggal dengan orang asing dan dibesarkan oleh orang asing
tadi.Apabila besar panjang dan anak kita tadi sudah bekerja dan berjawatan besar,barulah
terhegeh-hegeh datang ke rumah orang asing tadi supaya diserahkan kembali anak kita
itu.Apa kata orang asing tadi??Of course,NO WAY!!

Orang lain yang merampas tanah,orang lain yang dijadikan hakim,dan akhirnya orang
lain yang dapat tanah...

Bidang-bidang yang dikejar oleh anak muda Melayu yang pandai-pandai biasanya
sains,kejuruteraan,guaman,IT,perubatan,bidang kemahiran dan teknikal dan lain-lain
tetapi berapa kerat anak Melayu yang dilatih menjadi ahli sejarah yang kritis dan dinamis
(bukan menjadi pak turut Barat)?Penglibatan anak Melayu dalam bidang sejarah amatlah
menyedihkan dan ini terbukti bahawa pakar sejarah Malaysia yang popular adalah
berbangsa Cina dan mendapat gelaran profesor pula!Bukanlah hendak berpandangan
negatif malah cukup bagus ramai bukan Melayu berminat mendalami sejarah negara
sendiri dan menjadi lebih patriotik tetapi apa petandanya kepada orang-orang
95

Melayu?MALAH KAUM LAIN YANG TINGGAL BERSAMA-SAMA MELAYU JUGA


AMAT CINTAKAN WARISAN SEJARAH MALAYSIA dan berusaha belajar sejarah
Malaysia dari buku teks Tingkatan Lima sehingga berjaya mendapat PhD dalam bidang
sejarah di kala anak-anak Melayu lain terkial-kial menghafal nama-nama tokoh
kemerdekaan lantas menghempas buku sejarah dan mengeluh sambil memikirkan betapa
bosannya ilmu sejarah itu.

Sampaikan orang lain mereka-reka cerita mengatakan pahlawan mereka sendiri iaitu
Hang Tuah,Hang Jebat dan lain-lainnya adalah keturunan Cina,maka sebilangan orang
Melayu sudah begitu cepat menghidap demam kekeliruan dan mula mempercayainya
padahal sebutan 'Hang' itu adalah gelaran kepada para pahlawan tersebut.Agaknya jika
Hang Tuah berada di zaman kita dan berjumpa dengan Tan Sri-Tan Sri Melayu maka
Hang Tuah juga mungkin mengatakan ini semua orang-orang Cina dari keluarga
Tan,padahal itu semua adalah gelaran-gelaran sahaja.Adakah Hang Tuah sebenarnya
bernama Hang Too Ah?Of course not!Ini semua adalah pemikiran bingung lagi
membingungkan.Semuanya tidak habis-habis mahu mengusik perasaan orang
96

Melayu,penduduk pribumi The Land of The East ini.

Ada pula orang-orang lain yang berusaha mengatakan orang-orang Melayu bukan
pribumi dan juga golongan pendatang sama ada dari Yunnan atau dari lain
tempat.Mereka bermurah hati pula mempertahankan Orang Asli dan Jakun yang sekian
lama hidup dengan orang-orang Melayu beribu tahun yang silam dengan mengatakan
kaum-kaum inilah yang layak dikatakan pribumi.Sebenarnya situasi yang sama akan
menimpa Orang Asli dan Jakun jika mereka berada di posisi orang-orang Melayu dan
orang Melayu pula tinggal di lereng-lerang bukit atau di dalam hutan.Bayangkan Orang
Asli dan Jakun ini memegang politik Malaysia dan mempunyai raja-raja.Orang-orang
'gila' ini sudah pasti akan menukar pernyataan mereka dengan mengatakan Orang Asli
atau Jakun ini adalah kaum pendatang dari Afrika atau Kepulauan Pasifik.Dan dengan
murah hati,mereka akan membela orang-orang Melayu yang duduk di bukit-bukit
tadi.SEBENARNYA MEREKA INGINKAN TANAH AIR MALAYSIA INI DAN KALAU
BOLEH MAHU MENGHALAU BUKAN SAHAJA MELAYU MALAH PRIBUMI-PRIBUMI
YANG LAIN.

Sesungguhnya Orang Asli,Jakun,Senoi,Temiar dan lain-lain mempunyai hubungan rapat


dengan orang-orang Melayu laksana adik beradik.Sudah beribu-ribu tahun mereka tinggal
serumah dengan bangsa Melayu,malah bangsa Melayu walaupun mempunyai empayar
97

dan kerajaan tidak pula menjalankan 'massacre' atau membakar perkampungan pribumi
yang lain.Mereka menghormati sesama sendiri,bukan seperti sesetengah pihak lain yang
begitu tamakkan Tanah Melayu ini sanggup membunuh orang Melayu dan membakar
kediaman mereka.Jika hendak mengatakan orang Melayu pendatang sekali pun,ini
berlaku beribu-ribu tahun dahulu dan secara automatik tidaklah dikatakan pendatang
kerana sememangnya majoriti bangsa-bangsa ketika itu masih menjalankan kehidupan
secara nomad hatta orang-orang 'gila' ini juga mungkin berketurunan Monggol atau Xiong
Nu yang berpindah randah.Sejarah bangsa Melayu di The Land of The East ini melangkaui
beribu tahun sehingga mencapai era anak-anak Nabi Nuh a.s,Banjir Besar dan
penaklukan Nineveh oleh Babilon,Media dan Parsi.Bukan setakat sejarah penubuhan
negeri-negeri Selat,sejarah perlombongan bijih timah atau pembukaan Singapura.

Sebenarnya bangsa Melayu telah hidup di The Land of The East begitu lama.Mahukah
Orang Asli berpisah dengan adik beradik mereka yang menjaga mereka sejak beribu tahun
ini?Orang Melayu dan Orang Asli adalah dari rumpun yang sama,istilahnya Malayo-
Polynesian.Malah kaum-kaum pribumi di Kepulauan Pasifik,Hawaii atau kaum Maori
sekalipun mengaku nenek moyang mereka adalah berasal dari para pelaut Melayu yang
gigih berlayar.Bahasa orang Melayu dan Orang Asli juga dikelompok dalam bahasa yang
sama iaitu Austronesian.Mengapa orang-orang asing yang buta sejarah dan antropologi
ini masih berdegil mahu memisahkan adik-beradik di Bumi Mala ini??MELAYU ADALAH
SATU BANGSA YANG BESAR.Di dalamnya terdapat beratus-ratus etnik dan
bahasa.Bangsa Melayu sebenarnya antara bangsa asas dan bangsa utama sebelum dan
selepas peristiwa Banjir Besar.Mengapa para pengembara Eropah memanggil gugusan
kepulauan di garisan Khatulistiwa ini yang jumlahnya beratus-ratus dengan Malay
Archipelago yang mengandungi lapan buah laut termasuk Sulu dan Celebes,merupakan
98

SISTEM KEPULAUAN TERBESAR DI DUNIA serta menganjur dari kira-kira 20° utara
garis lintang ke kira-kira 10° selatan garis lintang. Ia terdiri daripada New Guinea,pulau
kedua terbesar di dunia;pulau-pulau Filipina;Kepulauan Sunda,yang mana termasuk
Sumatera,Jawa,Sulawesi,Borneo,Bali,dan Timor; the Moluccas (Maluku);dan beratus-
ratus lagi pulau-pulau kecil.New Guinea, Borneo, and Sumatera adalah tiga daripada 6
pulau terbesar dunia dan Jawa adalah pulau yang paling padat penduduknya di
dunia.Kawasan yang dinamakan Malay Archipelago ini berkeluasan 2.8 juta meter persegi
(kira-kira 1.1 juta batu persegi)!!!

Sistem pulau terbesar di dunia diabadikan dengan nama bangsa misteri ini dan ini
menunjukkan hubungan bangsa ini dengan laut adalah amat rapat.Tidak hairanlah King
Solomon (Nabi Sulaiman a.s) mengimport emas dari sini dan para Firaun mengimport
rempah ratus dan kapur barus dari Nusantara beribu tahun dahulu.Adakah bangsa yang
terkenal dengan laut,kapal-kapal,perdagangan dan pulau-pulau masih difikirkan tinggal
di ceruk-ceruk hutan menganyam atap rumbia atau melukis gambar monyet di dinding-
dinding gua?
99

Juga,mengapa orang-orang Eropah ini menggelar tanah semenanjung yang menganjur


dari Thailand dan Myanmar hingga ke Selat Teberau ini MALAY PENINSULAR setaraf
dengan Italian Peninsular?THE LAND OF THE EAST ADALAH BUMI ORANG-ORANG
MELAYU dan ini tidak boleh disangkal langsung oleh orang-orang
Barat.Mengapa?Mengapa sejarah lain orang-orang Melayu seperti kerajaan-kerajaan
purba,pencapaian Melayu dalam perdagangan,kemahiran Melayu membina kota-kota dan
istana batu yang hebat-hebat dapat dipadamkan dengan jayanya?Tetapi bab nama
kepulauan dan semenanjung,orang-orang Barat tidak mampu menulis satu peta pun atau
satu manuskrip sejarah pun untuk menamakan semenanjung Tanah Melayu ini sebagai
'Thai Peninsular' atau 'Indochina Peninsular' atau 'Polynesian Peninsular'.

Mengapa orang-orang Barat ini tidak menamakan Malay Archipelago ini dengan
Austronesian Archipelago atau Polynesian Archipelago atau misalnya West Pasific
Archipelago?Mengapa? INI KERANA NAMA DI MANA ORANG-ORANG MELAYU
TINGGAL INI (HOMELAND) TELAH TERCATAT SEJAK BERIBU TAHUN DAHULU
DARI MANUSKRIP-MANUSKRIP MESIR PURBA,KERAJAAN JUDEA
100

(YAHUDI),ASSYRIA,BABILON,ARAB,PARSI SERTA CATATAN-CATATAN PARA


PENGEMBARA EROPAH,sebahagiannya tersimpan di Perpustakaan Nineveh yang
musnah pada tahun 612 sebelum Masihi,juga di Perpustakaan Iskandariah yang masyhur
itu,Perpustakaan Baghdad,Arkib purba Maharaja China dan arkib-arkib seluruh dunia
termasuk simpanan raja-raja Perancis,Sweden,Belanda,Inggeris,Vatikan dan juga
terdapat di Perpustakaan kota Ayutthaya yang musnah semasa serangan Burma pada
tahun 1767.

Jika mereka melukis peta yang menamakan semenanjung Tanah Melayu dan
kepulauannya dengan nama lain maka peta itu tidak akan diiktiraf oleh pakar-pakar peta
Eropah yang lain dan pelukis peta tadi akan diragui kelayakan dan pengetahuan
sejarahnya.Mungkin pelukis peta itu tadi diminta belajar kembali di akademi pemetaan
atau diarahkan bertanya para pengembara,pedagang dan pelayar Eropah yang
berpengalaman.JIka mereka berdegil juga mengeluarkan peta yang menafikan nama
Melayu ini,maka sudah pasti peta-peta purba dalam simpanan pelbagai kerajaan dunia
kelak akan keluar satu persatu menafikan pembohongan ini.Mereka boleh mencari dan
menyembunyikan segala khazanah kesusasteraan,kitab-kitab,peta-peta dan surat-surat
bangsa Melayu ketika menjajah Tanah Melayu juga pulau-pulau Indonesia (rujuk dalam
kisah Munsyi Abdullah yang mencatatkan di zamannya masih rancak para wakil Inggeris
membeli dan mencari manuskrip dan kitab-kitab purba dari orang-orang kampung),tetapi
bagaimana bukti dari tempat-tempat lain?Jenuhlah mereka mahu berkeliling seluruh
dunia mencari peta-peta yang bertuliskan nama Melayu untuk disembunyikan atau
dihapuskan.INI MENUNJUKKAN BANGSA MELAYU MEMANG TELAH LAMA
MEMBINA EMPAYAR-EMPAYAR YANG MAMPU MENGHANTAR DELEGASI-
DELEGASI KE LUAR NEGARA.
101

Mereka terpaksa mengakui bahawa The Land of The East ini berserta pulau-pulaunya
adalah 'homeland' bangsa Melayu yang di dalamnya bertebaran etnik-etnik seperti
Jawa,Banjar,Minangkabau,Batak,Sunda,Bugis,suku-suku kaum di semenanjung termasuk
pribumi Asli seperti Jakun dan Temiar,juga The Lost Tribe of Malay yang dilupakan iaitu
bangsa Siam (bukan Thai;ada beza di situ).

Orang yang pesimis akan mengatakan semua ini karut dan dongengan.Mereka masih
berdegil mahu memikirkan orang-orang Melayu dari dahulu tinggal di ceruk-ceruk hutan
membina pondok kayu beratap nipah sahaja.Orang yang berfikir akan mengkaji dan
mengkaji.

Seperti yang telah disentuh d dalam siri Li Bloodline yang lalu,kedatangan Inggeris ke
Tanah Melayu membawa misi teramat penting,kekayaan dan tanah adalah sebab kedua
dan ketiga tetapi agama dan bangsa adalah sebab utama.Namun sebab-sebab agamalah
yang menjadi tujuan utama kerana jika semua umat Melayu beragama Buddha atau
Kristian,Inggeris tidak akan tergopoh-gapah diarah oleh The Hidden Hand untuk
menjajah umat Melayu (di bahagian kepulauan,diserahkan kepada Belanda).Inggeris
adalah pangkalan terbesar The Hidden Hand dan 'Coat of Arms' diraja Inggeris juga
melambangkan ciri-ciri Kabbalah Yahudi dan segala kepercayaan karut mereka.Bermula
dengan pendaratan Francis Light di Pulau Pinang,Perjanjian Pangkor hinggalah
kemerdekaan Tanah Melayu,hampir 200 tahun adalah cukup untuk Inggeris dan sekutu-
sekutunya memusnahkan kota-kota purba,tembok-tembok,masjid-masjid,istana-istana
dan kesan-kesan sejarah yang lain,juga cukup untuk wakil-wakil Inggeris sama ada dari
kalangan mereka mahupun anjing-anjing dari kalangan Melayu sendiri untuk
mengumpulkan segala khazanah kesusasteraan yang tidak ternilai;kitab-kitab ilmu,peta-
peta,surat-surat,manuskrip undang-undang,inskripsi,bahan sastera (puisi dan hikayat)
serta watikah-watikah diraja,semuanya dimuatkan di dalam kapal-kapal besar untuk
dibawa ke Eropah sepanjang tempoh penjajahan Inggeris itu dari pendaratan Francis
Light 1786 hinggalah kemerdekaan 1957.
102

Kita sudah tentu pernah mendengar kisah kapal The Fame yang membawa khazanah
persuratan Melayu yang tidak ternilai harganya,dikatakan terbakar dan tenggelam di
tengah perjalanan.Padahal segala khazanah persuratan Melayu bertebaran di seluruh
muzium-muzium dan universiti-universiti Eropah dan para pengkaji sejarah tempatan
menganggarkan segala khazanah ini mencakupi beratus-ratus hingga beribu-ribu
manuskrip, tidak termasuk khazanah Melayu dari Indonesia yang dicuri oleh Belanda.
Soalannya,

Mengapakah Inggeris tidak membakar atau memusnahkan terus segala khazanah Melayu
itu?

Mereka boleh meratakan kota A Famosa sehingga tinggal pintu gerbangnya sahaja
(mengapa mereka tergopoh-gapah memusnahkan kota ini?),memusnahkan istana-istana
purba kerajaan Melayu silam,kota-kota dan bangunan-bangunan sehingga ramai orang
Melayu merasakan bangsa mereka hanya layak membina pondok buruk beratap nipah.
103

Berapa besar istana kota Melaka?Berapa lama Portugis membedil Kota Melaka?Apa
maksud kota?Adakah sekadar kubu-kubu timbunan tanah dan daun-daun pisang
sahaja?Jika Melaka hanya bertembokkan batang pisang dan pancang-pancang
kayu,mengapa Portugis terpaksa merasuah para pedagang dan askar upahan
Melaka?Mengapa armada tentera laut Melaka meninggalkan pelabuhan pada hari
serangan Portugis??Jika istana Melaka bertembokkan daun-daun nipah kering,mengapa
Alfonso De Albuquerqe terpaksa membawa kapal terhebatnya Flor De la Mar dan armada
tentera laut Portugis untuk menyerang kota Melaka dan pelabuhannya yang lebih hebat
dan mewah dari Port Royal dan Tortuga di era Pirates of Caribbean?Mengapa selepas
mendapat Melaka,Belanda dan Inggeris tergopoh-gapah memusnahkan kota
Melaka?Walhal mereka senang-senang mendapat satu kota yang hebat dan kukuh.Apa
motif mereka? SEBENARNYA KOTA MELAKA TELAH ADA SEBELUM KEDATANGAN
PORTUGIS,SIAP DENGAN TEMBOK-TEMBOK BATU YANG KUKUH DAN TERMINAL-
TERMINAL MERIAM YANG STRATEGIK.ISTANA MELAKA BUKANLAH SERATUS-
PERATUS DARI PAPAN DAN KAYU.Portugis hanya menambah bahagian-bahagian kota
yang sedia ada,atau membaiki bahagian-bahagian tembok yang rosak akibat dibedil
mereka ketika mahu menakluk Melaka.Tidak keterlaluan jika binaan pintu gerbang A
Famosa itu sahajalah yang dibina oleh Portugis menggantikan pintu gerbang Kota Melaka.

Mengapa mereka tidak membuat perkara yang sama ke atas segala khazanah persuratan
dan kesusateraan Melayu ini?Biar...biar orang Melayu tidak tahu bangsa mereka adalah
bangsa yang gemarkan ilmu pengetahuan.Biar...biar orang Melayu kelak merasa lebih
'inferior' dan hilang jati diri.Biar..biar... bangsa ini hilang segala sejarahnya...hilang segala
maruahnya...dan hilang segala warisannya.MENGAPA TIDAK DEMIKIAN WAHAI
INGGERIS??

Sebenarnya,bangsa-bangsa Eropah adalah orang yang menghargai khazanah pengetahuan


intelek.Bangsa Eropah adalah bangsa yang menghargai sejarah,walaupun sejarah orang
104

lain.MEREKA TIDAK SAMPAI HATI MEMBIARKAN SEGALA KHAZANAH MELAYU


INI DIMUSNAHKAN.Lebih baik mereka menjadikan segala khazanah Melayu ini bahan
perdagangan dan perniagaan dari membakarnya.LIHAT BETAPA BERNILAINYA
SEGALA MANUSKRIP PURBA MELAYU YANG DIBERI ATAU DIJUAL OLEH ORANG-
ORANG KAMPUNG MELAYU YANG BUTA SEJARAH DAN ALPA WARISAN
MEREKA SENDIRI,termasuk para kerabat diraja yang mengampu Inggeris untuk
menyokong mereka berperang sesama sendiri.

Cagarannya...manuskrip purba Melayu.Segala persuratan Melayu ini teramat bernilai buat


mereka sebagai bangsa penjajah dan sehingga kini ia disimpan di akademi-akademi ilmu
pengetahuan seluruh Eropah.Mereka meneliti,mengkaji dan memelihara segala penulisan
sastera orang Melayu ini dengan penuh kasih sayang.Mereka sanggup belajar segala
tulisan Melayu purba termasuk tulisan Rencong,Kawi dan Jawi sendiri semata-mata
mahu menyelami hasrat hati dan kekayaan jiwa bangsa yang dijajah mereka.YANG
MENJUALNYA ADALAH PARA IMPERIALIS YANG TAMAK,YANG MEMBELINYA
ADALAH PARA ILMUAN EROPAH YANG CINTAKAN ILMU,KESENIAN DAN
SEJARAH.Jika anda mengkaji dan mengembara ke seluruh Eropah untuk mencari segala
khazanah Melayu ini,anda pasti terkejut segala khazanah persuratan Melayu ini terdapat
di merata-rata muzium dan universiti Eropah,yang paling terkenal ialah di Belanda iaitu
di universiti tertuanya di Leiden,yang diasaskan oleh William of Orange pada tahun
1575,malah di Perancis,Itali dan sudah pasti di England sendiri,sehingga menjangkau ke
negara-negara Skandinavia seperti Sweden dan Denmark dan sejauh Rusia.
105

Para ilmuwan dan cendekiawan Eropah ini sedar para Imperalis mereka sebenarnya telah
menjajah satu bangsa aneh yang amat kaya kesusasteraan mereka.Bangsa-bangsa Eropah
ini bukan sahaja berusaha mempelajari segala khazanah ini malah mengajarkan segala
hikmah dan rahsia bangsa Melayu kepada keturunan mereka.Adakah universiti di
Malaysia terdapat satu jabatan mengkaji kesusasteraan Viking atau bangsa Frank
misalnya?Adakah Universiti Malaya ada mewujudkan Jabatan Pengajian Kesusasteraan
Rusia di salah satu disiplin pengajian mereka?Tetapi di Rusia misalnya,terdapat jabatan
pengajian Melayu yang bukan sahaja mengkaji hikayat-hikayat Melayu malah mereka
telah beberapa kali menerbitkan buku-buku,jurnal-jurnal dan dokumen-dokumen kajian
Alam Melayu!!Pernahkah anda melihat tulisan paling tua Melayu,yang digunakan oleh
para sasterawan Melayu purba beratus malah mungkin beribu tahun lama sebelum tulisan
Jawi?Tulisan ini hanya dipanggil Aksara yang di dalam dunia ini tidak sampai 10 orang
yang dapat memahaminya.DAN YANG MEMERANJATKAN TIDAK ADA SEORANG
MELAYU PUN YANG FAHAM TULISAN INI!Pakar-pakar tulisan purba Aksara Melayu
adalah dari kalangan orang Inggeris,Belanda dan Rusia.Mengapa terjadi perkara yang
aneh dan menyedihkan ini?
106

Bangsa yang menghargai sejarah dan warisan sastera bangsanya adalah bangsa yang
bersemangat dan kental jati dirinya.Ini penting. DAN INI RAHSIA MENGAPA BANGSA-
BANGSA EROPAH,JUGA BANGSA YAHUDI MAJU DI DALAM SEGENAP LAPANGAN
ILMU.Bangsa yang melupakan warisan dan sejarah bangsanya adalah bangsa yang keliru
dan cacat jati dirinya.Contoh yang paling jelas adalah BAHASA.Para pemimpin Jepun dan
Korea sanggup membawa penterjemah apabila mahu bertukar-tukar pendapat di
mesyuarat-mesyuarat luar negara seperti di Majlis Keselamatan PBB misalnya padahal
takkanlah mereka tidak tahu 'sepatah haram' pun perkataan Inggeris.Dua bangsa ini
adalah peneraju industri dunia.Iran misalnya hanya menggunakan bahasa Inggeris
sewaktu menyambut tetamu,tetapi di forum-forum yang dikendalikan mereka,bahasa Iran
diutamakan dan para peserta terpaksa menggunakan penterjemah untuk memahami
ucapan penceramah.Dan bangsa ini mampu membina teknologi nuklearnya sendiri tanpa
perlu berlutut pada Barat.Tetapi apakah yang terjadi kepada bangsa Filipina yang
menjadikan bahasa Inggeris,sebagai idola mereka?Pembelajaran Bahasa Inggeris mereka
lebih baik dari sesetengah pemimpin Malaysia sendiri tetapi apakah yang terjadi kepada
Filipina?Filipina cuma mampu mengeksport para pembantu rumah dan segelintir ahli
ekonomi yang gagal.Sebab itulah para pejuang bahasa Melayu bermati-matian
mempertahankan kedaulatan bahasa mereka sendiri (isu PPMSI misalnya).Tetapi
malangnya,perjuangan mereka tenggelam oleh isu politik;sama ada pihak yang
mengambil kesempatan atas mereka atau pihak lain yang mempolitikkan perjuangan
mereka.Begitu malangnya bahasa sendiri di tangan para pemimpin yang buta sejarah dan
buta nilai warisan sendiri.Padahal kaum-kaum lain sanggup mempertahankan sistem
sekolah sendiri semata-mata mahu menyelamatkan bahasa dan budaya mereka tetapi
para pemimpin Melayu senang-senang sahaja menurunkan tandatangan menafikan
107

bahasa sendiri di dalam pendidikan negara seolah-olah bermain buah catur sahaja.

Kalau roboh kota Melaka,


Papan di Jawa saya dirikan;
Kalau sungguh bagai dikata,
Badan dan nyawa saya serahkan

Asal kapas menjadi benang,


Asal benang menjadi kain;
Barang yang lepas jangan dikenang,
Sudah menjadi hak orang lain.

Tudung periuk pandai menari,


Menari lagu putera mahkota;
Kain yang buruk berikan kami,
Buat menyapu si air mata.

Hermit
3rd Order
Mistis Organization
Area 13
Posted by Mistis Organization at 6:06 PM
108

Friday, August 13, 2010


Kata Alu-aluan dari Srikandi

Ini adalah kata alu-aluan dari Srikandi,iaitu Editor Khas bagi siri kedua Alter Terahsia
Bangsa Melayu.Beliau seorang penyelidik bebas berlatar belakangkan bidang
sejarah.Seorang wanita yang tegas,berkaliber dan bersifat ingin tahu;amat meminati
bidang sejarah sejak dari kecil,antara barangan kesayangannya ialah kitab Sejarah Melayu
bertulisan Jawi lama yang tersimpan kemas di almari ruang tamu di rumahnya.

Beliau memiliki pengkhususan dalam bidang History Manipulation,Rewriting History


Conspiracy,History Restoration Data,History Tactics Divide and Rule,Chronological
Conspiracy,History Exploitation Conspiracy Studies dan Geneology Studies.

Srikandi kini bertugas sebagai pensyarah di salah sebuah universiti tempatan.

-M.O
109

Tidak ada yang lebih sukar dan merumitkan dari meneliti sejarah sesuatu bangsa,
melainkan satu bangsa ini yang digelar: Melayu.Sejarah yang dimanipulasi,kehilangan
kesan-kesan sejarah,sikap sambil lewa dan buta sejarah,pengkhianatan asing dan
peredaran masa bagaikan bergabung tenaga untuk melenyapkan pesona sejarah bangsa
misteri ini.Bangsa yang tidak punya sejarah masa lalu ialah bangsa yang tidak punya
cerita masa hadapan.Ini adalah realiti.

Biar saya memperkenalkan diri.Nama saya ialah Srikandi.Bidang Sejarah adalah nirvana
saya.

Apabila saya dihulurkan satu diari lama pada penghujung tahun lepas,saya tidaklah begitu
teruja menatapnya sehinggalah diberitahu oleh Hermit bahawa ini adalah petunjuk
terbaru dari seorang penyelidik yang menjadi inspirasi kepada M.O ketika penulisan
ATBM siri pertama.Diari ini penuh dengan petunjuk-petunjuk aneh yang benar-benar
sukar untuk saya fahami.Satu daripada petunjuk yang benar-benar terkesan di hati saya
ialah sebaris ayat yang mengisahkan kerajaan Melayu yang hilang di Indochina.

Pada muka surat ke 37,perenggan ke 5:

"...tiga kerajaan bangsa bunga-bungaan,Teratai di kiri,Kambuja di tengah dan


Champaka di kanan..."

Di dalam siri ATBM yang pertama,kita sudah pun maklum benang-benang merah antara
bangsa Melayu dan Parsi.Salah satu bangsa keturunan dari Keturah,iaitu Mada (Madyan,
Medea, Medes) adalah bangsa asas yang membentuk bangsa Parsi di bawah Cyrus The
Great. Bangsa Mada di gelar Mada-yu ketika era Assyria memberikan petunjuk kepada
saudara mereka yang tersembunyi iaitu Mala. Mala-yu adalah gelaran yang diberi oleh
bangsa-bangsa yang membina empayar dan berperang di lembah yang subur di antara
sungai Furat dan Tigris,Tamadun Sumeria yang makmur,kepada bangsa misteri. Bangsa
Parsi memang mempunyai hubungan rapat yang terahsia dengan bangsa Melayu.Dalam
Sejarah Melayu ada mengatakan bahawa raja-raja Melayu purba berasal dari keturunan
Iskandar Zulkarnain yang kini dikatakan oleh ramai pengkaji merujuk kepada Raja
Kurosh atau Cyrus The Great.Bekas-bekas puing-puing kota Melayu lama di Ayutthaya
(Syahrul Nuwi), mahligai lama di Lopburi dan Nakhon Si Tammarat turut menunjukkan
pengaruh Parsi.Pakaian dan budaya masyarakat Melayu di Indochina (Benua Siam) pada
masa silam juga menunjukkan pengaruh Parsi,bukanlah hendak mengatakan mereka
mencedok budaya Parsi tetapi ini membawa kita ke era bangsa misteri tinggal bersama-
110

sama bangsa-bangsa di Asia Tengah hingga ke Sumeria dan Tanah Kanaan.Bangsa Mada
(bangsa yang membentuk bangsa besar Parsi) dan Mala pernah hidup bersama-sama
dalam satu budaya dan peradaban. Bangsa Mala yang membawa ajaran Ibrahim inilah
yang mengembara hingga ke perbatasan India. Brahma adalah berasal dari kata
Abraham,dan ini bukanlah hipotesis tetapi hasil kajian pakar bahasa Sanskrit dan budaya
India Purba juga diakui oleh para Pandit berkedudukan tinggi dari aliran Brahma Samaj
di India.

Dari siri ATBM juga saya memahami teori 'bangsa yang mengembara'.Teori ini dapat
menerangkan mengapa di Semenanjung Melayu misalnya terdapat kaum-kaum yang
mirip dengan konsep aborigine seperti Orang Asli,Jakun dan sebagainya tetapi pada masa
yang sama terdapat kaum lain yang berbeza dan terbuka sedikit seperti suku kaum Jawa,
Melayu (Kedah,Perak,Kelantan misalnya), Minang,Bugis dan sebagainya.Berbeza dengan
kepelbagaian etnik di Tanah Besar China contohnya,etnik-etnik mereka tetap mempunyai
rupa paras yang seakan sama;mata yang memanjang atau sepet, kulit agak cerah,bahasa
dan tulisan yang hampir sama namun fakta ini runtuh di Kepulauan Melayu. Saya
merumuskan teori Proto dan Deutro Melayu memang ada tetapi bukanlah berkaitan
dengan kedatangan kaum-kaum Melayu dari Yunnan misalnya tetapi sebenarnya Yunnan
itu adalah salah satu 'terminal' persinggahan Deutro Melayu ini sebelum bergerak lebih ke
selatan. Pernahkah kita mengkaji misteri ini?Adakah kita mahu menunggu sehingga
orang asing sewenang-wenangnya mengatakan kita kaum pendatang dan juga merampas
bumi Orang Asli?

Misteri ini dapat diselesaikan jika kita menerima konsep 'Bangsa Mala'.Mengikut apa
yang saya fahami dari ATBM siri pertama,Orang Asli,Jakun dan Melayu adalah dari
rumpun yang sama iaitu dari bangsa Mala.Bangsa Mala adalah istilah kuno yang merujuk
bahawa Kepulauan Melayu, Semenanjung dan Benua Siam adalah 'homeland' mereka
sejak beribu tahun,malah dari zaman Banjir Besar lagi.Tiada persoalan adakah Melayu itu
pendatang. Nusantara ini adalah tanahair mereka zaman-berzaman.Perkataan 'Mala' ini
111

adalah dari manuskrip kuno yang dikatakan musnah di Perpustakaan Alexandria


(Iskandariah), kemudiannya di eksploitasikan oleh Joseph Smith dan pihak yang
mengupah beliau untuk membuat kitab bagi ajaran Mormon.Kemudiannya dikaji oleh
seorang profesor iaitu Ralph Olsen yang menemukan sebenarnya apa yang diceritakan
oleh kitab Mormon itu adalah kisah-kisah di 'Mala Land' atau istilah yang kita fahami,
Nusantara. Beliau menemui ciri-ciri tempat dan geografi di dalam Book of Mormon itu
lebih dekat dengan Nusantara berbanding Amerika.Joseph Smith hanya mampu meminda
sebahagian dari manuskrip purba itu tetapi bukan semuanya.Penipuan Joseph Smith
mula terbongkar apabila profesor itu menerbitkan hasil kajiannya dan ini sukar untuk
disanggah oleh mana-mana pakar geografi.Namun ini tidak menghalang ajaran itu dari
berkembang luas di Amerika. Manuskrip itu cuma modal awal Joseph Smith untuk
meyakinkan para pengikutnya bahawa beliau telah diberi 'kitab suci' dengan perantaraan
malaikat. Joseph Smith dan pihak lain yang menjalankan konspirasi memang tertarik
dengan kisah-kisah epik di dalam manuskrip purba (Scriptures) itu dan mendapat idea
untuk mengarang satu kitab berdasarkan manuskrip tersebut bagi memulakan satu ajaran
baru.

Dari siri ATBM yang pertama juga saya memahami bahawa terdapat dua jenis Melayu;
iaitu Proto Mala iaitu bangsa Mala yang tetap tinggal di Nusantara sejak turun temurun
tanpa berpindah randah atau berlayar atau mengembara ke luar dari Nusantara.Kedua
adalah RAHSIA PALING PENTING saya kira,iaitu tentang Deutro Mala,iaitu bangsa Mala
yang tinggal di pesisir pantai dan berinteraksi dengan bangsa-bangsa lain dan gemar
berlayar. Berdasarkan sumber dari Judeo-Sumeria dan sarjana Islam,Ibnu Athir (1160 -
1233) yang terkenal dengan karya sejarahnya al-Kamil fi t-tarikh,diketahui bahawa Nabi
Ibrahim a.s telah mengahwini seorang gadis dari Timur Jauh yang bernama Keturah,yang
di dalam tafsiran bahasa Ibrani bermaksud kemenyan atau wangi-wangian.Hasil dari
keturunan ini dikatakan telah diwasiatkan oleh Nabi Ibrahim supaya menyebar ke 'Tanah
Timur' atau The Land of The East,mencari jalan pulang ke tanah nenek moyang mereka
dari sebelah ibu. Ketika keturunan Mala 'moden' ini bergerak ke Timur Jauh,mereka telah
berasimilasi dengan pelbagai bangsa di dunia ini dan menghasilkan beberapa kaum Asia.
Mereka juga membawa agama Ibrahim ke Benua India,di mana Braham (Ibrahim,
Abraham) itu disebut Brahma oleh para Rishi selalu dirujuk sebagai Tuhan kepada Nabi
Ibrahim di masa-masa kebelakangan. Kehadiran bangsa Mala dalam sejarah dicatatkan
sebagai kedatangan bangsa Aryan ke India dan merekalah yang menyebarkan budaya
Vedic-budaya keparsian atau Avesta ke dalam kehidupan 'high class' bangsawan di India.
Sebab itu bahasa Sanskrit memiliki rumpun yang sama dengan bahasa purba Avesta iaitu
bahasa yang digunakan di dalam kitab Zend Avesta,kitab kuno agama Zoroester Parsi.
Sebab itu di dalam kitab-kitab Hindu seperti Veda dan Purana ada terselit kata 'Mahmat'
112

(Muhammad) dan juga kisah raja-raja Babilon dan Sumeria serta peperangan-peperangan
mereka seperti yang dikisahkan di dalam Ramayana dan Mahabrata.Agama Ibrahim di
India semakin lama semakin hilang keasliannya dan bercampur aduk dengan kepercayaan
pagan tempatan. Akhirnya setelah memakan masa beribu tahun,agama Abraham telah
bertukar menjadi agama Brahma dan akhirnya menjadi agama Hindu yang terkenal
dengan sistem pagan dan dewa-dewinya yang kompleks.

Pada perenggan ke 17,muka surat 65 ada mencatatkan:

"...Keturah,gadis misteri wangi-wangian,aku namakan dia Melati Puteh atau


Melur...dia membawa sebakul bunga-bunga yang harum mewangi buat hadiah
perkahwinan dengan Patriarch terhormat Tanah Kanaan,Abraham Nabi mulia,bunga
dan haruman dari Tanah Serendah Sekebun Bunga..."

Ketika menyusuri Sungai Mekong dan tiba di Yunnan, sebahagian dari mereka telah pun
mendiami bahagian barat Benua Siam (Indochina).Bangsa Deutro Mala ini berasimilasi
dengan etnik-etnik kecinaan dan menghasilkan bangsa Siam (Saimen).Perbezaan ketara
antara etnik Saimen dengan etnik-etnik kecinaan yang lain seperti Dai Viet, Sukothai,
Khmer atau Mon ialah budaya mereka yang agak keparsian,bangsawan mereka memakai
jubah-jubah dengan 'trademark' mereka iaitu topi berbentuk kon panjang seperti pagoda
yang tirus.Berabad-abad mereka menghadapi 'survival' di tengah-tengah kecelaruan etnik
di Indochina dan perlu juga diingat bahawa di Indochina juga ketika itu terdapat suku
kaum Proto Mala seperti etnik-etnik kejawaan dan aborigine seperti Dayak dan Orang
Laut. Namun bangsa Saimen yang memiliki tamadun tinggi,kecerdasan dan kepintaran
mengurus empayar telah dapat menubuhkan kerajaan-kerajaan di Indochina (Benua
Siam) dan menyatukan semua etnik Indochina di bawah pemerintahan mereka. Funan,
Champa, Kambuja,Taunggoo di Burma sekadar menyebut beberapa nama adalah
113

kerajaan-kerajaan purba Mala Saimen di Indochina.Ketika pemerintahan mereka,tidak


dinafikan ramai dari etnik-etnik lain diambil oleh bangsa Mala Saimen ini di dalam
bidang ketenteraan dan pentadbiran.Mereka yang terpilih etnik-etnik Indochina lain ini
telah mempelajari segala kepandaian dan selok-belok pentadbiran dari bangsa Mala
Saimen yang sememangnya mewarisi pengalaman nenek moyang mereka bangsa Deutro
Mala di negarakota Ur,Uruk dan Babylon.Lama-kelamaan mereka telah memberontak
dan segala kepandaian yang berasal dari Mala Saimen ini digunakan untuk menentang
kembali kerajaan-kerajaan Mala Saimen ini.Inilah yang terjadi kepada kerajaan Melayu
Siam di Ayuttaya dan Champa yang dahulunya mendominasi Vietnam sekarang.

Banyak lagi petunjuk-petunjuk yang harus dipecahkan di dalam diari ini.Terutamanya


kehidupan Melayu purba di Indochina dahulu.Saya tidak menemui apa-apa pun kecuali
dalam jumlah yang amat menyedihkan, kajian dari sejarahwan Malaysia tentang kerajaan
dan tamadun Melayu di Indochina.Pakaian,adat istiadat,budaya dan bahasa etnik Melayu
Siam sepatutnya dibuat kajian yang intensif oleh pakar sejarah Melayu.Namun kita
bernasib baik apabila terdapat usaha seperti dalam blog sejarahnagarakedah.Mujurlah
terdapat mereka yang menyedari lompang dalam sejarah Melayu ini dan dapatlah saya
menterjemahkan petunjuk penyelidik itu yang benar-benar memeningkan saya tentang
'puzzles' yang hilang di Indochina.

Kepada para pembaca MistisFiles,saya minta kemaafan atas segala khilaf dan kesilapan
saya sepanjang mengendalikan siri ATBM ini.Kita bersama-sama berkongsi 'jigsaw
puzzles' ini dan sama-sama akan mencari yang mana yang tepat untuk sejarah bangsa
yang tercinta ini.

Kajang tuan kajang berlipat,


Kajang saya mengkuang layu;
Dagang tuan dagang bertempat,
Dagang saya bertumpang lalu.

Buah cempedak di luar pagar,


Ambil galah tolong jolokkan;
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

salam sayang,
Srikandi
Posted by Mistis Organization at 6:07 PM
114

Friday, August 13, 2010

Alter Terahsia Bangsa Melayu V

Mari menyusun seroja


Bunga seroja
Hiasan sanggul remaja
Puteri remaja Rupa yang elok
Di manja jangan dimanja
Puja lah ia sekadar Oh sekadar saja
Mengapa kau bermenung
Oh adik berhati binggung
Mengapa kau bermenung
Oh adik berhati binggung
Lupakan saja asmara
Pada asmara...
Lupakan saja asmara
Pada asmara...
Mari menyusun seroja
Bunga seroja
Hiasan sanggul remaja
Puteri remaja
Rupa yang elok
Di manja jangan dimanja
Puja lah ia sekadar
Oh sekadar saja

(S. Effendy)
115

Selamat datang ke 'Gua Rahsia'.Tuan-tuan dan Puan-puan!...di sini terdapat beberapa


peti. Peti-peti ini telah disimpan di sini sejak sekian lama,tetapi awas!ada pihak yang
mahu mengambil peti ini dan menyimpannya di tempat mereka.Mari kita lihat peti-peti
ini.

Peti yang bertanda 'Bangsa Gunung' telah dibuka.Anda sudah tahu apakah isinya dan
mengapa bangsa misteri digelar dengan bangsa gunung atau bangsa Tanah Tinggi oleh
bangsa-bangsa lain.Anda juga boleh menggelar mereka 'Highlander' aha...jika anda mahu.
Lihat peti sebelah kiri,peti ini berlabelkan 'Laut'.Ini adalah petunjuk jika kita mahu
mengenali karakter bangsa misteri.Bangsa yang menyebar di kepulauan sudah tentu
mempunyai kemahiran kelautan yang tinggi,perbintangan dan arah angin serta ilmu
membina kapal-kapal. Bangsa kelautan (maritim) juga sudah pasti berinteraksi dengan
bangsa-bangsa lain dan bertukar-tukar pengetahuan dan budaya.

Ada sekumpulan peti yang terletak di atas batu leper.Peti yang pertama berlabel,
'Abraham dan Keturah'. Ini adalah nama sepasang suami isteri yang dikaitkan dengan
bangsa misteri. Peti sebelahnya bertanda 'Parsi dan Sumeria'.Peti ini jika dibuka akan
ditemukan helaian-helaian berlabel 'Vedic' dan 'Aryan'.Peti yang dihadapannya berlabel
'Emas',dan jika dibuka anda akan tahu mengapa Nabi Sulaiman (King Solomon) sanggup
menghantar delegasi mencari emas terbaik di sini dan mengapa raja-raja Melayu Srivijaya
mampu mengeluarkan syiling-syiling emas sebagai matawang.Terdapat beberapa peti
yang lain,yang kita akan pergi melihatnya kelak,tetapi mari kita buka satu peti ini,yang
terletak terasing sedikit di sudut pintu gua.

Peti ini mempunyai ukiran bunga melur yang indah di atasnya.Peti ini berlabel 'Wangi-
wangian'.

RAHSIA DARI WANGI-WANGIAN


116

"Dang Nila memangku puan


Berembang buah pedada
Adakah gila bagimu tuan
Burung terbang dipipiskan lada

(Bunga Tanjung Biru -Sejarah Melayu)

Untuk membicarakan sejarah Melayu,kita tidak seharusnya mengongkong diri dengan


sempadan geografi.Kita mesti berfikir secara global.Atau lebih tepat secara Alam Melayu.
Atau secara 'Nusantara'.Dahulu,beratus tahun atau beribu-ribu tahun dahulu tiada apa
yang dinamakan 'Malaysia' atau 'Indonesia' atau 'Brunei' atau sebagainya.Yang ada ialah
Alam Melayu atau Nusantara.Perkataan 'Melayu' itu sendiri diketahui oleh bangsa-bangsa
lain seperti yang terdapat dalam arkib Sanskrit dan Tamil,Parsi,China dan Eropah
menunjukkan bangsa ini telah lama bertamadun dan yang penting mereka tahu bahawa
budaya,bahasa dan tempat tinggal mereka adalah sama iaitu Alam Melayu yang meliputi
Benua Siam (IndoChina),Semenanjung dan kepulauan Melayu merangkumi pulau-pulau
Indonesia,Filipina sehingga ke Taiwan dan mencapai pulau-pulau selatan Jepun,pulau-
pulau kecil di lautan Hindi hingga mencapai Madagaskar.Perkataan 'Nusantara' pula
setakat ini diketahui dikesan dalam Sumpah Palapa yang diucap oleh Gajah Mada iaitu
Mahapatih Majapahit (Menteri Besar) bagi kerajaan Majapahit (1334-1359)

"Sira Gajah Madapatih Amangkubhumi tan ayun amuktia palapa, sira Gajah Mada:
"Lamun huwus kalahnusantara isun amukti palapa, lamun kalah ring Gurun, ring
Seran, Tañjung Pura, ring Haru, ring Pahang, Dompo, ring Bali, Sunda, Palembang,
Tumasik, samana isun amukti palapa".

(Gajah Mada Mahapatih Majapahit)

Maksudnya:Beliau Gajah Mada Patih Amangkubumi tidak ingin melepaskan puasa.Beliau


Gajah Mada, "Jika telah mengalahkan Nusantara, saya (baru akan) melepaskan puasa.
Jika mengalahkan Gurun, Seram, Tanjung Pura, Haru, Pahang, Dompo, Bali, Sunda,
Palembang, Tumasik, demikianlah saya (baru akan) melepaskan puasa".

Gajah Mada adalah seorang negarawan ulung Alam Melayu ketika itu.Istilah 'Nusantara'
yang disebut olehnya menunjukkan bahawa kata ini telah digunakan sejak sekian lama di
seluruh kepulauan Melayu.Bangsa Malai yang mendominasi Nusantara terdiri daripada
etnik-etnik Mala-Aborigine;mereka biasanya berambut kerinting,berkulit gelap,bertubuh
pendek dan tinggal di pinggir-pinggir hutan dan bukit.Sebahagian besar mereka tinggal di
117

kepulauan Melayu hingga ke Pasifik seperti Hawaii,Papua dan Easter. Kemudian etnik-
etnik keJawaan; mereka ini berkulit sawo matang dan bertubuh tegap.Ada di antara
mereka memiliki mata yang kecil. Mereka adalah etnik Mala yang rajin dan suka
mendominasi sesuatu.Selebihnya ialah etnik Malai Polinesian iaitu etnik yang agak
terbuka identiti etnik mereka.Warna kulit mereka pula bervariasi dari yang gelap,sawo
matang,kuning langsat sehinggalah cerah.Mereka ini agak terbuka dengan bangsa asing
yang ingin mengenali mereka dan bersikap peramah.Melayu Kedah (termasuk etnik
semenanjung yang lain), Acheh,Cham,Siam,Pattani dan Bugis (sekadar menyebutkan
beberapa contoh) adalah tergolong dalam kelompok ini.Mereka amat mementingkan
kostum dan hias-hiasan pada tubuh mereka. Mereka juga digelar kaum Tanah Besar
kerana majoriti mereka tinggal di semenanjung hingga ke Segenting Kera dan sejauh
Indochina sehingga mencapai Yunnan,dan sebahagian yang lain ada yang tinggal di
kepulauan seperti di Borneo dan Sulawesi.Ini adalah sekadar kategori sahaja berdasarkan
cara hidup dan perubahan geografi yang merubah etnik-etnik Mala ini di The Land of The
East. Hakikatnya mereka adalah dari rumpun yang sama iaitu NUSANTARA.

Bangsa Mala yang tinggal di kepulauan sudah semestinya berasal dari Tanah Besar juga,
tetapi terdapat tiga kemungkinan,

1.Sama ada mereka berasal Tanah Kanaan,menuju ke Himalaya,merentasi Sungai Mekong


hingga ke Yunnan seterusnya menurun ke Benua Siam (Indochina) dan belayar ke
Kepulauan Melayu. Rujuk Teori Ibrahim-Keturah

2.Atau dari Tanah Kanaan,mereka menuju ke arah laut dan belayar hingga ke kepulauan
Melayu. Rujuk Teori Pelayaran Raja Mus.

3.Mereka sememangnya tinggal di daratan Tanah Besar tetapi perubahan geografi


menyebabkan Tanah Besar terpisah-pisah menyebabkan terjadinya pulau-pulau.Rujuk
Teori Lemuria dan pencairan ais ketika berakhirnya Zaman Ais serta Teori Hanyutan
Benua.

Perkataan 'Mala' adalah kata yang diambil dari satu manuskrip kuno (scriptures) yang
menceritakan kehidupan,perjuangan untuk hidup dan peperangan yang terjadi di
Nusantara beribu tahun dahulu.'Mala' sebenarnya bermaksud 'bunga' atau 'haruman'.
Mala' adalah asas bagi nama bunga Melati dan Melur;dua bunga yang menjadi lambang
yang bertahap 'cult' dalam mistik dan kesusasteraan Melayu.Nama gadis-gadis Melayu
purba kerapkali diberi nama Melati atau Melur,menunjukkan nama dua bunga ini adalah
nama yang tertua dan terkenal sekali di kalangan bangsa Mala.Perkataan Mala adalah
118

nama asli bangsa ini,ketika di sebelah Parsi-Sumeria,bangsa ini digelar Mala-Ur atau
negeri Mala/kaum Mala,tidak hairanlah sarjana Tamil atau Sanskrit Purba menamakan
bangsa ini sebagai Malai-Ur atau Malayur,ini kerana sudah tentu mereka mengambil
nama ini dari manuskrip Sanskrit dan Avesta kerana bangsa Aryanlah yang membawa
budaya Vedic dan warisan ilmu pengetahuan dan kesusasteraan ke Benua Kecil India.
Perhatikan kata Mala-Ur ini berubah menjadi Melur di lidah orang Melayu.Para sarjana
China Purba pula menamakan bangsa ini Mo-Lo-Yue dan kata ini berasal dari kata Ma-
La-Yu.'Mala-Yu' adalah nama yang diberi oleh raja-raja Babylon dan Assyria kerana -Yu
adalah suffix dalam bahasa kuno Avesta yang merujuk kepada budaya, pemikiran
seterusnya kaum itu sendiri. Gadis yang bernama Mala,Melur atau Melati adalah lambang
gadis suci yang penuh sopan-santun dan adat Melayu ketimuran.

Dari sukukata 'Mala', bangsa purba memberikan pelbagai panggilan dengan penambahan
suffix yang berbeza.

Bunga, haruman dan wangi-wangian adalah salah satu kod rahsia bangsa misteri. Jika
kita ingin mengenali bangsa ini,kita perlu tahu apakah signifikannya perlambangan bunga
dan wangi-wangian kepada bangsa Melayu.Bangsa misteri ini telah sekian lama
menghasilkan wangi-wangian untuk tujuan perubatan, mistik atau mengawet sesuatu.
Bangsa misteri selain menggunakan bunga-bungaan,sering juga menggunakan rempah-
rempah untuk mewangikan ruangan rumah atau balai.Mengapa kerajaan-kerajaan
Eropah berlumba-lumba mahu menguasai Selat Melaka?Antara faktor terbesar ialah
untuk menguasai perdagangan rempah.Rempah-ratus adalah bahan yang penting untuk
memanaskan tubuh,sebagai ubat-ubatan dan resepi masakan.Dan perdagangan rempah
sebenarnya telah dikuasai oleh pelabuhan-pelabuhan Melayu.Mengapa?Pada zaman
dahulu ketika para pedagang Eropah mendapat bekalan rempah dari pedagang India dan
Arab, mereka tertanya-tanya dari manakah para pedagang Arab dan India ini
memperolehi bekalan rempah ini dalam jumlah yang banyak.Ini membuatkan mereka
berusaha untuk mengetahui sumber segala rempah ratus ini dan berharap dapat
menguasai tempat di mana rempah-rempah ini didapati.
119

Rempah adalah satu bahan yang penting dalam kehidupan mistik di dalam istana Firaun
dan rahib-rahib Judea Kuno.Para ahli sihir Firaun adakalanya menaburkan rempah-
rempah di dalam persembahan sihir mereka kerana bau rempah-rempah yang harum dan
beraroma ini menimbulkan sensasi dan mengkhayalkan; membantu mereka dalam kerja-
kerja sihir mereka.Para rahib Judea (Kerajaan Yahudi Kuno,selain kerajaan Samaria)
kerapkali membakar kemenyan;salah satu campuran rempah dalam bentuk getah pepejal
untuk melengkapkan ritual mereka.Pokok Kemenyan (Styrax benzoin Dryand) adalah
pokok yang biasanya ditemui di Kepulauan Melayu. Sebab itu para Firaun secara rahsia
mengimport rempah-ratus dan kemenyan dari Kepulauan Melayu. Di Kuil Hatshepshut,
ada terukir kisah-kisah pelayaran delegasi Firaun ke Nusantara,dan terdapat ukiran
pohon-pohon besar yang amat rendang seperti yang terdapat pada pokok Jati,Keruing
atau Merapoh.Pohon-pohon besar ini juga ada yang dibawa ke Mesir untuk di tanam di
sana.Kemenyan dan rempah sememangnya diketahui hanya didapati dari Nusantara.
120

Kemenyan dalam bahasa Inggeris ialah Benzoin Resin,dan resin bermaksud damar atau
getah kemenyan itu. Perkataan 'Benzoin' (banjawin,benjamin) berasal dari bahasa Arab
iaitu 'lubban jawi'.Perkataan 'jawi' adalah nama tempat itu diambil iaitu Tanah Jawi,dan
ini adalah fakta bahawa para pedagang Arab sedar dari mana kemenyan berasal iaitu
sebagai contoh dari Sumatra (S.Benzoin -Sumatra benzoin),Benua Siam (S. tonkinensis -
Siam benzoin) dan Jawa (Javan frankincense).'Lubban' adalah nama Arab bagi wangi-
wangian pepejal.Pada masa dahulu di Timur Tengah,wangi-wangian pepejal tempatan
diperbuat dari campuran bunga-bungaan dan diproses menjadi pepejal yang wangi.
Namun kemenyan dari 'Jawi' ini adalah 'lubban' yang terbaik dan memiliki kasta tertinggi
dan kerap dijual dengan harga yang mahal kerana wangian kemenyan ini bukan berasal
dari bunga-bunga tetapi getah resin (damar) asli yang sedia berbau wangi.

Rempah-ratus juga digunakan untuk upacara mengawet mayat. Mumia-mumia Firaun


diawet dengan menggunakan rempah-ratus ini dan segala rempah-ratus ini terutamanya
kapur barus dipercayai diimport melalui pelabuhan yang terletak di Barus,di Sumatera
Utara.Kemenyan juga dikesan penggunaannya di dalam budaya Yahudi Kuno di dalam
ritual-ritual mereka termasuk menyambut kelahiran bayi dan segala bekalan kemenyan
ini di dapati dari Nusantara.

Sebab itu apabila apabila seorang gadis dari Nusantara telah disunting oleh seorang lelaki
terhormat dari Tanah Kanaan, sumber-sumber Judeo-Sumeria menggelarkan gadis itu
Keturah, atau 'kemenyan/wangi-wangian' dalam bahasa Ibrani menunjukkan nama
sebenar gadis itu kemungkinan adalah 'Melur','Melati' atau 'Damar Wangi' dalam sebutan
Nusantara.
121

Sebelum kita meneruskan topik yang semakin menarik dan misteri ini,mari kita telusuri
beberapa jenis bunga yang popular dalam masyarakat Melayu.

Bunga Kemboja

Bunga Kemboja (Plumeria acuminata, famili Apocynaceae),adalah salah satu bunga purba
yang dihormati bangsa Mala.Bunga ini adalah bunga yang kerapkali kita jumpa di
perkuburan-perkuburan Melayu. Ini menunjukkan terdapat warisan ritual bunga-
bungaan pada masa silam yang masih berbaki dalam masyarakat moden Melayu hari
ini.Bunga Kemboja berwarna putih dengan pusat bunga berwarna kuning keemasan.
Pokok ini sememangnya banyak ditanam di halaman candi (di Tanah Jawa) dan kawasan
kubur. Kehadiran bunga Kemboja di perkuburan Melayu amatlah mengundang perasaan
aneh dan misteri.Adakah bunga ini melambangkan kematian atau kehidupan selepas
mati?Di Bali,Tarian Legong Keraton tidak akan lengkap tanpa bunga ini.Bunga ini selalu
dipakai di telinga penari semasa upacara tarian itu berlangsung.Di Jawa pula, bunga
Kemboja dilarang ditanam di halaman rumah kerana bunga ini boleh menimbulkan kesan
seram seperti suasana kubur dan juga boleh mengundang roh jahat yang akan
mengganggu ketenteraman penghuni rumah. Ada juga sebahagian masyarakat yang
percaya bahawa mereka yang berjaya menemukan bunga Kemboja yang berkelopak genap
(6 helai) akan mendapat rezeki.

Di Hawaii (nenek moyang mereka adalah dari Proto Mala), kalungan bunga Kemboja
dipakai untuk menyambut tetamu.Nama kerajaan purba Melayu yang membina Angkor
Wat diambil dari nama bunga ini.Sememangnya Angkor Wat asalnya adalah istana kota
bangsa Mala sebelum diduduki oleh etnik Khmer dan mula menambah di sana-sini
mengikut kepercayaan Buddha mereka.

Bunga Cempaka
122

Bunga Cempaka (Allamanda family Araceae) adalah juga salah satu bunga yang mendapat
tempat pada budaya dan kesusasteraan Melayu purba.Bunga ini selalu juga digunakan di
dalam seloka,gurindam dan juga prosa Melayu dahulukala.Bunga cempaka adalah bunga
yang cantik.Tidak hairanlah terdapat manuskrip Melayu dinamakan Cempaka Sari dan
nama kerajaan purba Melayu dahulukala juga di ambil dari nama bunga ini.Tumbuhan
bunga ini mempunyai kelebihan dari segi perubatan.

Bunga cempaka kuning, khasiatnya adalah sesuai untuk wanita selepas bersalin, kencing
tidak lawas dan demam selsema.Cemnpaka putih pula sesuai untuk merawat pitam,bisul
atau radang tengkuk.

Bunga Kenanga

Bunga Kenanga (Canangium odoratum, famili Annonaceae) sangat sesuai ditanam di


halaman rumah kerana ianya dapat menolak `black magic` seperti terkena buatan orang.
Bunganya yang berbau harum digunakan untuk membuat bunga rampai atau dipakai
123

semasa upacara adat tertentu.

Pokok kenanga merupakan pokok yang besar setinggi 38m dengan diameter batangnya
1m. Pokok kenanga yang ditanam untuk tanaman hiasan biasanya setinggi 1 hingga 2 m.

Bunga kenanga berwarna hijau kekuningan, tidak begitu menonjol dan tumbuh
berkelompok yang terdiri daripada 6 hingga 10 kuntum pada satu tangkai. Kelopak bunga
ini berbentuk pita yang agak terpilin sepanjang 5 - 10 cm.

Bunga Melati/Melur

Bunga Melati (Jasminum sambac, famili Oleaceae) telah dinobatkan sebagai bunga rasmi
Indonesia oleh Presiden Soeharto pada 5 Julai 1990.Bunga ini merupakan simbol kepada
kesucian, ketulusan dan kebersihan hati.Bunga Melati juga antara bunga yang menjadi
lambang kemelayuan purba dan banayak hikayat yang menyebut nama bunga ini dan
nama wanita yang dikaitkan dengan bunga ini juga adalah perkara biasa.
124

Melati sangat popular dalam kehidupan masyarakat Melayu, Betawi, Jawa, Sunda,
Madura dan Bali kerana ianya dianggap melambangkan kesuburan, kesejahteraan dan
kemakmuran.Pengantin tanpa lilitan untaian Melati pada keris yang dipakainya akan
dianggap kurang sempurna pernikahannya.

Ibu-ibu yang mempunyai air susu yang kurang boleh menjadikan Melati sebagai
ubatnya.Melati yang sudah digiling hendaklah disapu pada buah dadanya agar air susu
yang dihasilkan bertambah banyak.

Melati dapat dibezakan kepada 2 jenis berdasarkan kepada mahkota bunganya, iaitu yang
berbunga tunggal dan berkumpulan. Bunga Melati berwarna putih dan berbau harum.

Bunga Kemuning

Bunga Kemuning (Murraya paniculata famili Rutaceae) merupakan pokok yang setinggi 3
– 7 m, berbatang pendek, berdaun rimbun dan memberi manfaat sebagai tanaman pagar.
Tanaman ini berbunga terus-menerus sepanjang tahun. Warna bunga ini pada peringkat
awal ialah kehijau-hijauan dan setelah mekar penuh ianya bertukar menjadai putih
bersih.

Daun dan bunganya jika digiling halus dan disapukan pada badan, akan membuatkan
seseorang wanita lebih cantik dan berkulit kuning bersih. Kayunya yang berwarna kuning
agak kecoklatan merupakan bahan yang sesuai untuk membuat sarung keris.

Bunga Seroja
125

Bunga Seroja (Nelumbo nucifera famili Nelumbonaceae) adalah bunga yang sering
menjadi lambang dalam agama Buddha.Seroja sering terkeliru dengan bunga yang hampir
sama dengannya iaitu Bunga Teratai.Bunga Seroja ditakrifkan sebagai lambang
kebijaksanaan dan pencerahan.Adalah dipercayai,Bunga Seroja dibawa ke Mesir melalui
ekspedisi-ekspedisi raja dan ratu Mesir ke Nusantara.Seroja sering dilihat sebagai bunga
yang disucikan dan dihormati oleh agama misteri Firaun dan motif bunga ini diukir di
dinding kuil selain ditanam di taman-taman diraja.Dari Mesir,bunga ini disebarkan ke
Assyria,seterusnya ke Parsi,India dan China.

Bunga Teratai

Bunga Teratai (Nymphaea famili Nymphaeaceae) sering dikelirukan dengan bunga


Seroja.Seroja memiliki tangkai bunga tegak dan bunganya tidak mengapung di
permukaan air, sebagaimana pada teratai.Pada zaman dulu, orang memang sering
mencampuradukkan antara tanaman 'genus Nelumbo' seperti seroja dengan 'genus
Nymphaea' (teratai). Pada bunga jenis Nelumbo, bunga terdapat di atas permukaan air
126

(tidak mengapung), kelopak berwarna merah (teratai berwarna putih hingga kuning),
daun berbentuk lingkaran penuh dan rimpangnya biasa digunakan.Jika Seroja amat rapat
dalam menerangkan pencerahan dan kebijaksanaan dalam agama Buddha,apabila umat
Melayu menerima Islam,bunga Teratai menjadi ganti menerangkan falsafah yang
kompleks.

Bunga Teratai menjadi perlambangan kepada ajaran Islam dan konsep ketuhanan
sebagaimana kajian seorang pengkaji,Abdullah Bin Mohemed (lahir 1931) tentang konsep
bunga Teratai di Alam Melayu:

Bagi tingkat ketuhanan tangkai adalah adalah lambang Zat Allah


yang kuat berpegang kepada sekuntum bunga. Zat Allah yang
dimaksudkan ialah Zat Allah yang berada pada “Tingkat al-Ahadiyah”.
Bila terjadi perdampaan di antara dua sifat Jamal dan Jalal maka lahirlah
seketul “kudup” bunga teratai, Ketika ini tangkai itu menjadi ghaib dan
wujudnya bersama kudup.
Kudup adalah melambangkan “Hakikat Muhammadiyah” yang
mula-mula lahir dalam alam hakikat, sebelum lahirnya hakikat-hakikat
segala sesuatu. Sebagaimana pada diri Hakikat Muhammdiyah terhimpun
hakikat-hakikat segala sesuatu, begitu juga pada kudup yang kuncup itu
terhimpun segala kelopak, stamen, rahim bunga, stigma dan lain-lain.
Selepas segala kelopak berkembang, segala stamen terbuka dan
segala-galanya wujud beberapa banyak, menjadi sekuntum bunga yang
berkembang. Bunga yang berkembang dari hakikat-hakikat segala sesuatu
yang terkeluar dari diri Hakikat Muhammadiyah.

Bagi lambang kejadian alam dalam tingkat kealaman, menurut


Abdullah,zat Tuhan kepada tangkai adalah sifat alam kejadian, apabila
127

berlakunya kejadian maka lahirlah kudup bunga teratai. Ketika itu tangkai
akan ghaib dan wujud bersama kudup. Kudup adalah melambangkan
manusia atau alam kecil yang mula kelahiran sebelum lahirnya alam besar.
Bagi tingkat kealaman ini Kudup bunga adalah sebagi lambang ‘Nur
Muhammad’. Sementara Sekuntum bunga teratai yang berkembang adalah
sebagai lambang alam besar. Setiap kelopak bunga itu adalah
melambangkan tiap-tiap peribadi makhluk.
Abdullah juga dalam kajian falsafah Teratai menyatakan bahawa bunga teratai adalah
lambang kejadian alam dan lambang bentuknya adalah suatu amalan
tradisi yang lama dalam masyarakat Melayu. Penggunaan motif atau
bunga teratai digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi. Menurut
beliau sejak zaman raja Ahmad bentuk bunga teratai digunakan dalam
upacara tradisi dan mempunyai makna-makna tertentu.

Bunga telah lama menjadi tradisi bangsa Melayu.Amalan menabur bunga di perkuburan
bukanlah ikut-ikutan budaya orang lain malah ini adalah budaya Melayu kuno zaman-
berzaman.Amalan mandi bunga juga adalah salah satu rahsia perubatan orang Melayu
lama sebelum terapi bunga-bungaan ditemui oleh orang Barat.Mandi Bunga memang
merupakan ritual orang Melayu tradisonal yang mempunyai unsur-unsur yang sudah
bercampur-aduk antara kepercayaan Dinamisme, Hinduisme dan ‘Popular Islam’.
Dinamisme ialah kepercayaan adanya ‘tenaga tak berperibadi’ dalam diri manusia,
haiwan, tumbuh-tumbuhan, benda-benda hidup, perkataan yang diucap atau ditulis,
tanda-tanda yang dirakamkan dan sebagainya.Dalam bidang antropologi, tenaga ini juga
biasa disebut sebagai ‘mana’, dengan meminjam istilah rumpun suku Polynesia. Ia
dikenali sebagai ‘sahala’ oleh orang Batak dan ‘kesakten’ oleh orang Jawa.

Di kalangan orang Melayu tradisional, ‘mana’ dikenali sebagai ‘semangat’ seperti yang
difahami oleh mereka dalam insiden ‘lemah semangat’, ‘kus semangat’ dan sebagainya.
‘Mana’ bagi golongan tertentu mempunyai gelaran yang khusus. ‘Mana’ bagi raja-raja
dikenali sebagai ‘daulat’ dan ‘tulah’. Sedangkan ‘mana’ bagi para ahli agama baik golongan
pawang dan dukun pada zaman Dinamisme, sami dan pendita pada zaman Hinduisme-
Buddhisme, mahupun alim-ulama’ pada zaman Islam, dipanggil sebagai ‘berkat’ dan
‘keramat’.

Salah satu ramuan Mandi Bunga ialah limau yang dianggap dapat menjauhkan segala
makhluk jahat.Limau bersama-sama sirih pinang adalah merupakan bahan utama untuk
pelbagai kepercayaan dan ritual orang Melayu tradisional. Sebagai contoh:
128

1. Air tepung tawar yang ‘asasnya’ terdiri daripada campuran air, bahan-bahan lain dan
limau purut yang dihiris.

2. Limau nipis digunakan sebagai pengeras bagi pelajar silat dan perubatan tradisional.
Limau purut pula diperah dan dicampurkan dengan air bagi mengubat penyakit terkena
buatan orang.

3. Upacara ‘mandi-mandi’ atau ‘berlimau’ diadakan dalam pakej adat perkahwinan


Melayu tradisional iaitu selepas kedua-dua pengantin bersatu. Pengantin akan berpakaian
lengkap dan duduk di bawah naungan kain yang diregangkan dengan pegangan dua orang
di kiri dan kanan. Air dan campuran limau, sintuk dan lain-lain ramuan akan dijiruskan
daripada atas menerusi kain tersebut.

4. Di Perak, mandi tolak bala dilakukan dengan menggunakan hirisan buah limau nipis
yang digosok-gosokkan ke badan seperti mana sabun. Selepas itu, barulah sambungan
kepada perkara-perkara yang dilakukan dalam ritual tersebut akan dilanjutkan.

5. Dalam upacara berdoa’ dan memanggil semangat padi di Sungai Dacing, Lenggeng,
Negeri Sembilan; pawang akan ‘menawarkan’ limau-limau yang disediakan dengan cara
menepung tawar, menjampi dan meludahnya sebanyak tiga kali. Selepas itu, limau akan
dipotong-potong dan dibawa ke sawah untuk ditempatkan di tapak semaian padi, agar
padi subur dan selamat dari bencana.

6. Wujud juga pantang-larang berkenaan limau dalam kehidupan orang Melayu


tradisional. Salah satu daripadanya ialah larangan membawa limau purut jika mandi di
sungai, nanti dibaham buaya. Kononnya buaya amat marah dan mungkin mengganas
kerana buah limau itu menyerupai bonjol di atas kepalanya dan berhubung kait pula
dengan asal usul kejadiannya.

Daun, bunga dan limau dengan sifat-sifat tertentu (misalnya daun bertemu urat dengan
warna tertentu) dan bilangan tertentu (misalnya tujuh jenis bunga dipetik ketika pagi
masih berembun), ditambah dengan mantera yang dibaca oleh bomoh akan
mendatangkan ‘mana’ yang akan membawa manfaat yang diinginkan. Oleh yang
demikian, unsur kepercayaan Dinamisme dalam amalan Mandi Bunga dapat dikesan
apabila ramuan mandi yang telah mempunyai ‘mana’ tersendiri disatukan bagi
membentuk gabungan ‘mana’ yang baru pula. Hasil daripada kewujudan ‘mana’ baru yang
‘lebih bertenaga’ ini, maka dipercayai kononnya ‘mana’ pada orang yang melakukan
Mandi Bunga juga akan menjadi lebih kuat, berupaya menghalau segala sial dan sihir,
129

serta mampu menarik lebih banyak tuah dan keuntungan.


Bau-bauan yang wangi dalam amalan Mandi Bunga ini juga dipersembahkan kononnya
sebagai bahan pengorbanan kepada makhluk-makhluk halus yang akan membantu
mengambil hati mereka. Maka apabila perbuatan ini dilakukan, makhluk halus yang jahat
dan membawa sial akan meninggalkan diri pihak yang melaksanakan amalan Mandi
Bunga itu. Makhluk halus yang baik pula dipercayai akan menggantikan tempat yang
dikosongkan oleh makhluk halus yang jahat tadi dan sekaligus membawa manfaat kepada
pihak tersebut.

Orang Melayu memang rapat dengan bunga dan tahu rahsia dan kekuatan setiap bunga-
bungaan tersebut.Jika kita lihat halaman rumah orang Melayu di kampung-kampung,kita
akan dapati pelbagai jenis bunga biasanya ditanam oleh orang-orang Melayu di halaman
rumah.Gadis-gadis Melayu secara amnya memiliki naluri untuk menanam bunga di
halaman rumah selepas berumahtangga walaupun tinggal di perumahan yang sesak atau
di flet-flet.Setiap petang gadis-gadis Melayu ini tidak lupa untuk menyiram bunga-
bungaan mereka ini yang ditanam di pasu-pasu mahupun ada yang tergantung.
130

Lambang bunga juga dijadikan simbol kerajaan Melayu Purba,malah menjadi motif bagi
nisan raja-raja besar mereka.Bunga Teratai dan Seroja selalu dipilih untuk menghiasi
bahagian atas nisan-nisan raja-raja Melayu.

Pada pintu gerbang kota juga lambang bunga dipahat dan terdapat juga lambang bunga di
meriam-meriam Melayu dahulukala.Kegemaran bangsa Melayu menjadikan bunga
sebagai lambang kerajaan mereka diwarisi oleh Indonesia yang menjadikan Bunga Melati
sebagai bunga kebangsaan manakala Malaysia memilih Bunga Raya sebagai bunga rasmi
negara.

Kemenyan adalah lambang ritual masyarakat Melayu.Dunia kedukunan Melayu tidak sah
jika tidak menyertakankan wangi-wangian ini.Selain dijadikan alat
perbomohan,kemenyan digunakan di istana-istana raja sebagai 'perfume' dan ia selalu
dibakar di dalam dupa-dupa berkerawang yang indah buatannya.Jika colok menjadi
lambang ritual dan keagamaan bangsa Cina,kemenyan adalah lambang ritual dan dunia
mistik Melayu.Amalan membakar perasap dalam amalan Hindu sebenarnya berasal dari
Nusantara kerana pedagang India mendapatkan bekalan kemenyan terbaik dari
Nusantara.Ini tidak menghairankan jika pembaca memahami hubungan terahsia orang
Melayu dengan budaya Vedic,Brahmin dan agama Ibrahim yang di bawa ke Benua India
beribu tahun dahulu.Bangsa Melayu yang diiktiraf sebagai berkasta Brahmin dan Ksatria
dalam agama Hindu akan dibincangkan dalam siri seterusnya.
131

Orang Melayu adalah bangsa bunga dan wangi-wangian,dan ini adalah karakter misteri
yang sukar ditelah oleh orang lain kecuali Melayu sendiri.Setiap orang Melayu yang
memahami rahsia bangsanya akan tahu rahsia ini.Hanya orang Melayu mengenal rahsia
Melayu.Gadis-gadis Orang Asli yang gemar menyelitkan bunga dicelah telinga mereka
mengingatkan rahsia yang terpendam dalam sejarah bangsa Mala.Di dalam dunia mistik
Melayu,bunga mendapat tempat yang teristimewa.Sebab itu di dalam pengkisahan Tun
Mamat di Gunung Ledang,penulisnya memilih karakter-karakter makhluk bunga untuk
menerangkan suasana mistik yang menyelubungi Tun Mamat ketika di Gunung
Ledang.Berada di taman bunga yang misteri di tengah hutan rimba,akan menimbulkan
suasana seram dan suara-suara delusi di fikiran Tun Mamat:

Maka Tun Mamad pun naiklah dengan dua orang yang pantas berjalan sertanya, naik ke
Gunung Ledang itu. Setelah datanglah had buluh perindu, maka Tun Mamad dengan dua
orang yang naik itu, seperti akan terbanglah rasanya, daripada sangat amat keras angin
bertiup; maka awan pun seperti dapat dicapai lakunya, dan bunyi buluh perindu itu
terlalu merdu bunyinya, burung terbang dengan suatu taman, terlalu indah perbuatannya.
Maka Tun Mamad pun masuk ke dalam taman itu, maka dilihatnya serba bunga yang ada
di dalamnya pel¬bagai jenis, dan buah-buahan yang ada di dalam dunia ini ada¬lah
didalam taman itu, sekaliannya lengkap dengan jambang¬annya, pelbagai rupa
jambangannya

segala mergastua dan segala kayu-kayuan di dalam taman itu melihat Tun Mamad datang,
maka segala burung itu pun berbunyi, pelbagai bunyinya; ada yang seperti orang bersyair,
ada yang seperti orang berbait, ada yang seperti orang berseloka, ada yang seperti orang
bergurindam; maka limau manggar pun bersorak, anggerik pun mengilai, delima pun
tersenyum; maka bunga air mawar pun berpantun serta berseloka, katanya:

"Asa-asaan gigi si Mambang, hendak makan ikan;


Dalam telaga lagi bertelur, sisiknya gilang gemilang."

Maka disahut oleh bunga tanjung, katanya:

"Dang Nila memangku puan,


Berembang buah pedada;
Adakah gila bagimu tuan,
Burung terbang dipipiskan lada."

Maka dijawab oleh bunga telipuk:


132

"Kuning Ledang bagai dikarang,


Riang-riang disambar wakab;
Hairan memandang dunia sekarang,
Bayang-bayang hendak ditangkap."

Maka Tun Mamad 'pun hairanlah mendengar reneana taman itu, seraya berjalan ke
Terigah taman itu. Maka Tun Mamad pun bertemu dengan sebuah balai, semua
perkakasnya tulang dan atapnya rambut; di atas balai itu ada seorang perempuan tua,
baik rupanya, menyampai kain pendukung; empat orang perempuan muda-muda
mengadap dia. Maka ia bertanya pada Tun Mamad, katanya, "Orang mana kamu ini, dan
hendak ke mana kamu?" Maka kata Tun Mamad, "Kami ini orang Melaka, nama hamba
Tun Mamad, dititahkan oleh Sultan Mahmud Syah meminang Puteri Gunung Ledang,
Lak¬samana dan Sang Setia ada di bawah gunung ini, tiada boleh naik, akan hamba
disuruhnya; dan tuan hamba, siapa nama tuan hamba?" Maka sahut perempuan itu,
"Nama hamba Dang Raya Rani, hambalah pengetua Puteri Gunung Ledang; nantilah
hamba di sini, biar hamba persembahkan segala kata tuan hamba itu pada tuan puteri."

(Sejarah Melayu)

Jika kita ingin memahami rahsia bangsa Melayu dan segala alternya,'BUNGA' dan
'WANGI-WANGIAN' adalah katakunci (password) untuk membuka peti-peti yang
lain.Sememangnya bangsa Mala Proto di Nusantara dan Mala Deutro yang menetap di
sepanjang laluan ke The Land of The East a.k.a The Promised Land di mana mereka tidak
berniat untuk meneruskan perjalanan ke tanah nenek moyang mereka, tetap
berhubungan sama ada melalui budaya atau perdagangan.

Pada tahun 600 Sebelum Masehi,seorang raja Babylon kelihatan sedang duduk
termenung memikirkan satu masalah besar.Permaisuri barunya sudah 2 hari di dalam
keadaan murung dan bersedih.Adakalanya tidak mahu makan dan minum.Biarpun
dipujuk berkali-kali,namun permaisurinya itu yang bernama Amuhia,masih diam dan
bersikap dingin.

Akhirnya setelah disiasat oleh dayang-dayang diraja,barulah Bukhtannasar


(Nebuchadnezzar II) mengetahui sebab isteri barunya bersikap dingin.Isterinya itu
merindui kampung halamannya yang jauh.Maka selepas itu raja Babylon Bukhtannasar
pun memerintahkan ekspedisi-ekspedisi ke Timur untuk mengambil pohon-pohon besar
dan benih-benih bunga terpilih untuk ditanam di taman agung yang dirancang olehnya.
133

Siapakah gadis misteri bernama Amuhia ini?Mengapa raja agung Babylon sanggup
membina Taman Tergantung Babylon semata-mata untuk menanam bunga-bunga
kesayangan gadis misteri ini?

---------------------------------
Alter Terahsia Bangsa Melayu VI

-Rahsia bangsa Bunga dan Wangian


-Ekspedisi para Firaun
-Bangsa mistik bunga-bungaan
-Apa yang dipelajari oleh para Firaun dari mistik bangsa bunga?
-Kemenyan,Keturah dan Qathura
-Teori Ibnu Athir
-Gadis Suci Wangi-wangian
-Seroja dan Kemboja
-Emperor Cambyses dan Iran Kuno
-Ke manakah saudara-saudara Mala yang lain?
-Scythia dan Madayu
-Puteri Bunga dari Timur Jauh
-Ramayana dan Mahabharata
-Peperangan di antara raja-raja Babilon dan Mala
-Budaya Vedic di Benua Kecil
-Kerajaan Nabi Daud dan Nabi Sulaiman
-Negarakota-negarakota Bangsa Mala
-Empayar-empayar Melayu di The Land of Gods
-Warisan dari Emperor agung
-Brahman dan Saraswathy
-Petunjuk ke-7 dan ke-13 dari bunga dan wangi-wangian
-Wasiat Terakhir Abraham
134

-Pencarian Tanah Wangi-wangian


-The Guardian of The Promised Land
-Amuhia,puteri Madayu atau Malayu?
-Sekuntum bunga buat Emperor purba di Babylon
-Cinta Gadis Misteri

Peti rahsia semakin menyebarkan harum-haruman misteri!Nantikan di MistisFiles!!


Posted by Mistis Organization at 6:08 PM
135

Friday, August 13, 2010

Alter Terahsia Bangsa Melayu VI

Mengapakah wajah Melayu mengalami variasi yang kompleks?Jika kita melihat kepada
bangsa Cina,kita tahu 'trademark' wajah mereka,begitu juga dengan orang India.Tetapi
wajah Melayu adalah yang paling 'international'.Apakah maksud 'Nusantara'?Jika kita
terbalikkan perkataan ini kepada 'antara nusa',apakah yang dapat kita fikirkan.Mungkin
yang tercetus adalah perkataan 'antarabangsa'.Pernahkah anda mendengar istilah 'nusa
bangsa'?Bangsa Mala adalah satu bangsa yang mengandungi beratus-ratus etnik dan juga
bahasa daerah.Tinggal di SISTEM KEPULAUAN TERBESAR DUNIA menjadikan
interaksi antarabangsa bangsa Mala dengan empayar-empayar purba seperti Judea
(Kerajaan Nabi Sulaiman dan Nabi Daud),Assyria,Mesir
Kuno,Chaldea,Parsi,Babilon,Dinasti China,Kerajaan-kerajaan India,Rom dan Yunani
tidak dapat dielakkan.Adalah satu kekeliruan jika bangsa pelaut dan kepulauan tidak
bertemu dengan tamadun-tamadun lain.

Sebab itu seorang saintis Jerman,Johann Friedrich Blumenbach telah menambah satu lagi
'race' dalam kajian antropologinya pada tahun 1795 menjadikan bangsa-bangsa utama
dunia menurut teorinya ialah,Caucasian (kulit putih), Ethiopian (kulit gelap), Native
American (kulit kemerahan),Mongolian (kulit kuning) dan yang terakhir Malay di mana
penerangannya tentang warna kulitnya ialah:

"...a brown color, from olive and a clear mahogany to the darkest clove or chestnut
brown."

Apakah rahsia bangsa Melayu 2500 tahun dahulu?Apakah yang ditemui oleh rombongan
kerajaan Nabi Sulaiman di Nusantara?Apakah perjanjian rahsia para Firaun di The Land
136

of The Gods?

Kunci Rahsia Para Firaun dan Emperor Babilon

Sebelum kita meneruskan perbincangan,mari perhatikan beberapa katakunci yang kita


kumpulkan setakat ini berkaitan bangsa misteri:

Gunung

Laut

Pantai

Pulau

Bunga

Wangi-wangian

Nusantara

Pelbagai bangsa

Nabi Ibrahim
137

Budaya Vedic

Lihat,dari kata kunci di atas kita boleh menerbitkan petunjuk-petunjuk lain.Kita ambil
katakunci 'Laut'.Ini akan membawa kepada kemahiran dan profesion bangsa misteri
dalam bidang Oceanography (kelautan).Kemahiran membina kapal,ilmu perbintangan
dan arah mata angin adalah ciri bangsa misteri.Jika kita ambil katakunci 'Vedic' ini akan
membawa kita menjelajah epik bangsa misteri ketika bersama-sama bangsa Aryan lain
membina kerajaan-kerajaan di Asia Tengah hingga ke Benua India.'Gunung' akan
membawa kita kepada rahsia banjaran Himalaya yang digelar 'Bumbung Dunia' di mana
banjarannya boleh dikesan sehingga Indochina bersisa sampai ke Segenting Kera dan
bersambung dengan banjaran Titiwangsa.Katakunci ini akan menerbitkan katakunci lain
seperti 'Malai',Phnom','Funan' dan 'Sailendra'.Perhatikan suffix 'nung' dan 'nom' dan
'nam'.Kesemua kata ini bermaksud gunung atau bukit.Perhatikan dari mana mitos
Gunung Mahameru diambil dalam budaya Vedic Hindu.'Wangsa' adalah gaya purba
bahasa Melayu Kuno yang kini huruf 'w' digantikan dengan huruf 'b' dalam bahasa Melayu
Moden.Contoh yang lain ialah 'wulan' dan 'bulan'.Perkataan 'titiwangsa' bermaksud
'hubungan antara bangsa'.Apakah kaitan antara Himalaya dan Titiwangsa?Kedua-dua
banjaran ini mempunyai hubungan dan sejarah terahsia zaman-berzaman.Jadi,dapatkah
anda lihat perkaitan 'Nusantara' dengan 'Titiwangsa'?

Kita ambil katakunci ke-7 iaitu 'Nusantara'.'Nusa' adalah sama ertinya dengan
'bangsa'.Nusantara bermaksud 'antarabangsa' jika kita ingin memahaminya dalam
konteks dunia hari ini.Sebab itu Patih Gajah Mada menyebut seluruh Alam Melayu ini
dengan Nusantara,kerana betapa banyaknya bahasa dan etnik yang berbilang di
dalamnya.Walaupun berbilang kaum dan bahasa namun bahasa Melayu (Melayu Kuno)
telah menjadi lingua franca dalam pentadbiran dan perdagangan di Alam Melayu.Raja-
raja Melayu dan Jawa dalam empayar-empayar mereka menggunakan bahasa Melayu
Kuno sebagai bahasa perantaraan dan kesusasteraan,ditemui buktinya pada prasti-
prasasti dan batu bersurat.Bahasa Melayu Kuno adalah bahasa yang bercampuraduk
antara bahasa Sanskrit dan bahasa-bahasa etnik Mala tempatan.Mengapa Sanskrit?Jika
kita faham siapakah yang sebenarnya memiliki bahasa purba ini,kita akan faham
mengapa kerajaan-kerajaan Melayu Purba beragama Hindu dan menggunakan bahasa
Sanskrit.Semua rahsia terdapat dalam peti berlabel 'Vedic'.Kita akan menjelajah lebih
dalam segala misteri ini dan kelak kita akan tahu mengapa raja-raja Khmer dan Angkor
mencedok budaya Kejawaan Sailendra,Jawa dan Bali dalam kostum dan kesenian
mereka,mengapa mereka tidak menggunakan bahasa Sanskrit (majoriti teks agama dalam
bahasa Pali dan selebihnya Khmer Kuno) dan mengapa etnik Tai beragama Buddha (
manakala kerajaan-kerajaan Melayu dan Jawa (bangsa Mala) beragama Hindu (khasnya
138

di IndoChina) dan menggunakan Sanskrit.

Empayar dan Negarakota Bangsa Mala

Jika kita perhalusi segala misteri ini dan mengkaji dengan mendalam,mengapakah bangsa
Melayu (tidak kira Melayu Jawa atau Melayu Kelantan) amat suka menubuhkan kerajaan
dan melantik raja-raja?Bangsa Melayu adalah bangsa yang amat degil mempertahankan
sistem beraja.Mereka suka menubuhkan kerajaan dan empayar di sana-sini tanpa bersatu
padu.Kaum Tai misalnya juga mempunyai raja dan bersatu setelah juga menghadapi
perpecahan sebelum itu.Tetapi ini dapat diterima kerana kaum Tai yang berasal dari Shan
di wilayah China tidaklah sebesar dan serumit bangsa Mala.Jika kita ingin melihat dari
sudut lain,misalnya dari segi bangsa-bangsa Kecinaan,kita juga menemui masalah yang
sama.Pertelingkahan antara mereka juga sama dengan bangsa Mala.Sebab itu kaum-kaum
di wilayah-wilayah selatan China terpaksa mengalah dan berundur ke IndoChina dan
lebih ke selatan untuk mengelakkan bala tentera etnik China yang menang perang antara
etnik-etnik keCinaan yang lain.Trend di Tanah Besar China ialah,etnik yang menang
perang,merekalah yang berhak menabalkan maharaja dan memulakan dinasti
pemerintahan.Sama seperti bangsa Monggol yang menang perang dengan bangsa
Cina,mereka menubuhkan Empayar Monggol Yuan di Tanah Besar China.Perlu
diingat,bahawa sebelum ini,kaum-kaum selatan China ini tidaklah mempunyai kerajaan
dan raja sebelum ini dalam ertikata sebenarnya.Kehidupan yang mencabar setelah diasak
oleh etnik-etnik Cina dari wilayah tengah,menyebabkan mereka terpaksa menjadi
pelarian dan kaum gasar di tengah-tengah kerajaan-kerajaan purba bangsa Mala di
IndoChina.Ketika itu,bangsa Mala telah lama menubuhkan kerajaan-kerajaan mereka
sendiri.
139

Dari katakunci 'Vedic',kita tahu siapa yang membawa budaya Avestan yang
mempengaruhi bahasa Sanskrit di India.Kaum misteri Kambojas adalah antara sub
bangsa Aryan yang diiktiraf memang pakar dalam budaya Sanskrit Veda-Avestan.Deutro
Mala yang berasal dari keturunan Keturah dan Abraham bersama-sama bangsa Aryan
yang lain (Medes,Parsi) menyerang Benua India dan memaksa kaum-kaum asli India
(lebih dikenali sebagai etnik-etnik Dravidia) bergerak lebih selatan.Sebab itu kita dapati
bahasa Hindi/Urdu (etnik-etnik Hindustan mendiami utara India) bercampur antara
Arab,Parsi dan Sanskrit.Kita boleh tahu jika kita adalah penggemar filem-filem
Bollywood.'Mohabbatein' sebuah filem Hindustan Bollywood yang diarahkan oleh Aditya
Chopra,lakonan Shah Rukh Khan dan Aishwariya Rai adalah kata Hindi-Urdu yang
bermaksud 'Kisah Cinta' berasal dari kata Arab 'Mahabbah' iaitu 'cinta'.Kaum India yang
dibawa British ke Tanah Melayu bukanlah dari etnik Hindustan tetapi majoritinya dari
etnik Tamil atau etnik Dravidia (Malayalam,Telugu) yang berkasta rendah dalam agama
Hindu;tepatnya diistilahkan sebagai Vaisya,Sudra dan Paraiyar/Pariah atau Adi-Dravida
(sistem ini memang kejam dan melanggar hak asasi manusia). Etnik Hindustan adalah
etnik yang dihormati,tinggi budayanya dan berkasta tinggi.Jika kita membicarakan
tentang filem-filem Bollywood,bermakna kita sedang membicarakan filem-filem yang
berbahasa Hindi-Urdu.Bahasa Hindi-Urdu digunakan di wilayah sebelah utara India dan
di Pakistan manakala di sebelah selatan India,penduduknya menggunakan bahasa
Dravidian seperti Tamil.Kita boleh lihat pola artis Hindustan (budaya Hindustan adalah
budaya Bollywood dan sememangnya mereka yang mendominasi industri Bollywood)
dengan artis Tamil misalnya.Orang Hindustan biasanya berkulit cerah,berhidung
mancung,lelakinya tampan-tampan dan wanitanya jelita, secantik Preity Zinta atau
Madhuri Dixit.
140

Mereka biasanya berkasta Brahmin,ini tidak menghairankan jika etnik-etnik di sebelah


utara India ini yang tinggal di kawasan pergunungan yang indah dan berlatar belakangkan
Himalaya yang bersalji adalah berasal dari etnik-etnik Aryan yang membawa budaya
Vedic dan bahasa Sanskrit beribu tahun dahulu.Agama Hindu berasal dari agama
purba;agama Ibrahim yang menyembah Tuhan yang satu,dibawa oleh bangsa misteri
sebagai wasiat Nabi mulia itu.Keturunan Nabi Ibrahim yang lain seperti dari Siti Sarah
(menurunkan bangsa Yahudi) tidak pernah mengembara beramai-ramai sampai ke
India.Juga dari Siti Hajar (menurunkan bangsa Arab) juga lebih selesa menetap di Tanah
Arab,bermain-main dengan unta padang pasir dan memetik buah kurma.Tetapi
keturunan Keturahlah yang diberi tanggungjawab dan amanah berat berpindah ke Timur
Jauh,The Land of The East untuk membawa agama Ibrahim dan mencari tanah nenek
moyang mereka dari sebelah ibu,iaitu gadis misteri wangi-wangian,Siti Keturah.

"Abraham left everything he owned to Isaac.But while he was still living, he gave gifts to
the sons of his wife and sent them away from his son Isaac to THE LAND OF THE EAST"

(Genesis 25:5-6)

Perihal berhijrah ini bukanlah sesuatu yang baru bagi Nabi Ibrahim kerana sebelum itu
baginda juga pernah diwahyukan supaya membawa Siti Hajar dan Nabi Ismail jauh dari
Tanah Kanaan iaitu ke Tanah Arab,memisahkan mereka dengan Siti Sarah dan Nabi Ishak
(Isaac).

"Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunanku di


lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di dekat rumah Engkau (Baitullah) yang
dihormati. "

(QS. Ibrahim: 37)

Kini baginda diwahyukan lagi supaya membawa keturunan Siti Keturah jauh dari Tanah
Kanaan iaitu ke Timur Jauh.

Para sarjana Barat ada mengkaji tentang bangsa Deutro Mala yang ada kaitan dengan
kaum Kambojas,satu kaum berkasta Ksatria yang dikatakan menubuhkan kerajaan
Kambujadesa,Champadesa dan Gangga Negara di Nusantara.

"Combination of the colonial Kambujas of Hindu-Buddhism faith, the Indo-Persian


royalties and traders as well as traders from southern China and elsewhere along the
141

ancient trade routes, these peoples together with the aborigine Negrito Orang Asli and
native seafarers and Proto Malays intermarried each others and thus a new group of
peoples was formed and became to be known as the Deutero Malays, today they are
commonly known as the Malays".

(Kambojas and Malays)

Perkataan 'colonial Kambujas' dan 'Indo-Persian royalties' adalah katakunci kepada sub
bangsa Aryan yang membawa budaya Vedic-Avestan ke India.Mereka berasal dari bangsa
Mada-yu dan Mala-yu (Deutro Mala) yang membentuk balatentera Aryan yang menakluk
India ketika itu.'along the ancient trade routes' adalah petunjuk kepada katakunci 'bangsa
yang mengembara'.DEUTRO MALA IALAH HASIL DARI PERKAHWINAN NABI
IBRAHIM A.S DAN SITI KETURAH.Ketika bergerak ke arah timur,keturunan mereka
telah berasimilasi dengan kaum-kaum Indo-Iranian dan Indo-European atau secara
amnya dikenali sebagai bangsa Aryan.Mereka mengembara mencari 'The Promised Land'
dan bertemu dengan saudara mereka dari sebelah ibu, PROTO MALA.Sejarah bangsa
Melayu bukanlah seperti sejarah etnik-etnik yang menjadi pelarian diasak oleh bangsa
lain yang lebih gagah. SEJARAH MELAYU ADA KAITAN DENGAN SEJARAH NABI-
NABI.Bangsa Keturah telah muncul menjadi 'colonial kambujas' menunjukkan ia adalah
bangsa penakluk tetapi pada masa yang sama kaya dengan nilai kebudayaan dan
seni.Bangsa ini juga menjadi 'Indo-Persian royalties' menunjukkan mereka dari kasta
tinggi,bangsawan dan kerabat diraja.'Traders' adalah katakunci menunjukkan budaya
berdagang memang wujud pada bangsa misteri.Jika kita mengambilkira pandangan Barat
ini tentang Melayu (perlu diingat,pandangan Barat ada dua,pertama pandangan
orientalis-imperialis dan kedua,pandangan ilmuan dan sarjana) atau tepatnya Deutro
Malay,darah yang mengalir di dalam setiap orang Melayu adalah darah penakluk agung
yang tinggi budaya kesusasteraannya,darah bangsawan dan kerabat diraja dan darah pada
pedagang dan peniaga.Jika kita faham rahsia ini,kita akan faham rahsia seterusnya iaitu
tentang pola empayar-empayar di Nusantara ini.
142

Jika kita kaji pola yang terdapat di antara kerajaan-kerajaan purba di Indochina dan
Nusantara misalnya kita akan nampak rahsia kehadiran bangsa Deutro Mala di
Nusantara.Kerajaan-kerajaan terkemudian seperti Khmer,Thai,Viet atau Burma adalah
penganut Buddha.Manakala kerajaan-kerajaan purba yang lebih awal di Indochina seperti
Funan dan Champa adalah kerajaan Hindu.Begitu juga kerajaan Tarumanagara dan
Gangga Negara.Agama Hindu terbentuk lebih awal dari agama Buddha dan Gautama
Buddha itu sendiri asalnya beragama Hindu.Jadi etnik-etnik kecinaan di Indochina
seperti Tai dan Khmer adalah beragama Buddha.Tidak pernah pula Tanah Besar China
mengalami zaman Hindu secara besar-besaran.Istilah 'Indochina' merujuk kepada 'Indo'
iaitu bangsa Deutro Mala yang menganut agama Hindu dan 'China' iaitu etnik-etnik
kecinaan yang menganut Buddha.Kerajaan Angkor-Khmer asalnya adalah kerajaan purba
Kambojadesa yang ada benang-benang merah dengan dinasti Sailendra.Sebab itu raja-
raja awal Khmer lebih cenderung kepada agama keHinduan sebelum menerima agama
Buddha.Orang Khmer boleh dikatakan kaum yang kedua terawal berinteraksi dan
berhubungan dengan etnik-etnik Mala di IndoChina selepas orang Mon.Ini mungkin
kerana orang Mon dan Khmer serumpun dari segi linguistik bahasa malah bahasa mereka
boleh dikategorikan sebagai Mon-Khmer.
143

*Kostum raja dan ratu Jawa Kuno

Sailendra bermaksud 'Dewa Gunung' dalam bahasa Sanskrit.Raja-raja Khmer sendiri


mendakwa mereka dari keturunan pahlawan Kambojas.Terdapat misteri pada sejarah
kerajaan Khmer Purba bermula di Kemboja.Jayavarman II yang mengasaskan kerajaan
Angkor telah tinggal lama di Jawa tepatnya di dalam istana kerajaan Sailendra di mana
Sailendra adalah kerajaan yang mengambil ajaran Buddha sebagai anutan.Ada dua teori
tentang Jayavarman ini,pertama beliau seorang putera Jawa yang dihantar ke Kemboja
untuk memerintah di sana.Kedua,beliau orang Mon atau Khmer yang datang ke Jawa
untuk belajar ilmu pentadbiran dan budaya kerana ketika itu Kemboja di bawah naungan
kerajaan Sailendra atau kerajaan Jawa Kuno.Rekod terkini dari prasasti Khmer
menceritakan sebelum Jayavarman II menaiki takhtanya,beliau pernah mengunjungi
Jawa. SEBAB ITU JIKA KITA LIHAT BUDAYA KHMER PURBA,BUDAYA MEREKA
ADALAH SAMA DENGAN BUDAYA SRIVIJAYA,SAILENDRA ATAU YANG TERKINI
BALI terutamanya pada 'headgear' mereka.
144

*Atas adalah ukiran di Angkor Wat,bawah adalah ukiran di Borobudur menggambarkan


suasana di dalam istana Sailendra,perhatikan 'headgear' mereka.Juga persamaan kostum
mereka.

Kostum,budaya dan seni ukiran mereka adalah dari sumber yang sama.Budaya tarian dan
pakaian tradisi kaum Khmer pada hari ini adalah tinggalan dari budaya Jawa Kuno pada
masa dahulu.Angkor Wat misalnya masih menimbulkan misteri adakah benar-benar
Survarman II yang membinanya.Ada kajian menunjukkan kisah peperangan yang diukir
pada salah satu tembok menceritakan peperangan pada zaman Babilon dan kerajaan
Judea.
145

*Contoh senibina Srivijaya di Thailand,gambar atas kompleks candi era Srivijaya di Jawa

Empayar Khmer adalah empayar kedua terbesar.Setelah kerajaan Jawa Kuno (pengkaji
lebih merujuknya sebagai Sailendra) yang menaunginya semakin lemah setelah
kebangkitan kerajaan Melayu-Jawa Sriwijaya,raja-raja Khmer pun memisahkan diri
mereka dari pusat pemerintahan di Jawa.Sebelum itu etnik Mala yang keJawaan sudah
lama menjalinkan hubungan secara perkahwinan dengan kaum Khmer yang datang dari
utara.
146

*Atas adalah penari Khmer manakala di tengah dan bawah adalah penari Bali.
147

Etnik Khmer mewarisi kebudayaan Jawa Kuno Sailendra berserta segala kesenian
termasuk Angkor Wat itu sendiri.Empayar Melayu Sriwijaya semakin menunjukkan
kuasanya setelah menakluk kerajaan-kerajaan Melayu-Jawa di sekeliling mereka.Empayar
ini amat luas,merangkumi hampir seluruh Nusantara iaitu seluruh Indonesia hari ini,dan
Semenanjung Malaysia sehingga sempadan Empayar Khmer di Indochina menjadikan
Empayar Melayu Sriwijaya ini adalah empayar terbesar di Asia Tenggara.

Ketika itu Thailand,Laos dan Kemboja pada hari ini adalah jajahan Khmer Purba.Pada
suatu ketika kedua-dua empayar ini bertembung,namun Sriwijaya tetap merupakan
empayar terkuat ketika itu dengan segala jajahannya yang amat luas.Sehingga pada kira-
kira 851 M,seorang raja Khmer dengan angkuh mengatakan mahu menyantap kepala
Emperor Sriwijaya di atas pinggan hidangannya.Berita itu sampai ke pengetahuan
Emperor Sriwijaya,dengan perasaan murka baginda memerintahkan balatentera seluruh
jajahan berangkat menyerang ibukota Khmer,dan memenggal kepala raja Khmer yang
angkuh itu.Semua ini terdapat dalam catatan pelayaran Abu Zaid Hasan,seorang
pedagang Arab.
148

*Atas ialah relief dari Borobudur dan bawah patung dari Angkor Thom

Sebelum kehadiran etnik Tai,Khmer,Burma dan Viet,Indochina telah lama di diami oleh
Proto Mala yang terdiri dari etnik-etnik aborigine,etnik kejawaan dan etnik Mon.Orang
Mon adalah kaum selatan China pertama yang berinteraksi dan tinggal bersama-sama
dengan Proto Mala.Sebab itu jika kita lihat pakaian tradisi mereka berkain sarung dan
memakai ikat kepala seperti mahu bertanjak pula berbeza dengan etnik Tai atau
Khmer.Mereka telah lama mendirikan kerajaan bersama-sama bangsa Mala seperti
Champadesa,Kambujadesa dan Funan.Antara hasil seni orang Mon yang hebat ialah
Pagoda Shwemawdaw dan Pagoda Shwe Dagon yang disaluti emas itu.
149

Antara kerajaan orang Mon ialah Honsawati, Dvaravati dan Hariphunchai.Champadesa


atau Champaka Sari didirikan oleh kaum Cham,satu sukukaum Proto Mala yang memiliki
kemahiran maritim yang tinggi.Champa beragama Hindu dan antara negarakota-
negarakota yang dibina oleh kaum Cham ialah Inderapura,Amaravati,Vijaya,Kauthara dan
Panduranga.Kaum Cham mengikut kajian antropologi adalah serumpun dengan orang
Aceh.Hari ini di Kemboja masih terdapat penempatan mereka seperti di Kampong Cham
yang merupakan wilayah terpadat populasinya di Kemboja.Di Kemboja juga masih
terdapat nama-nama tempat yang bermula dengan nama 'Kampong' seperti Kampong
Siem. Antara binaan kaum Melayu Cham ini yang terkenal ialah Cham Tower atau menara
Cham yang penuh misteri itu.
150

*Cham Tower,antara senibina Melayu Champa,adakah ketika itu orang Melayu Champa
sedang melukis gambar monyet di gua-gua?

Sebahagian kesenian arkitek bangsa Khmer dan Viet adalah diambil dari seni kaum Cham
Purba ini serta orang Mon.Etnik Tai yang pernah berada dibawah pemerintahan Empayar
Khmer pula telah mencedok budaya Khmer termasuk tulisan mereka.Raja Tai bernama
Ramkhamhaeng telah mengubahsuai tulisan Khmer Purba menjadi tulisan Tai yang ada
sekarang ini.Tulisan jenis ini berasal dari tulisan Brahmi.Tulisan Brahmi adalah tulisan
yang digunakan oleh bangsa India serta penduduk Asia Tenggara sejak ajaran Hindu
diperkenalkan.Tulisan yang digunakan oleh penduduk Asia Tenggara adalah Pallava
(subBrahmi) yang juga digunakan oleh kerajaan-kerajaan India Selatan.Sebutan 'Khmer
script' dalam istilah Khmer adalah 'aksar' mempunyai kaitan dengan 'aksara' iaitu tulisan
Nusantara yang dimodifikasi dari tulisan Brahmi.Dari skrip Pallava,penduduk Nusantara
mengubahsuainya menjadi tulisan Kawi dan dari Kawi ini bertebaran tulisan-tulisan
lain.Skrip Brahmi adalah berasal dari tulisan Aramaik Purba yang digunakan oleh
151

Empayar Parsi Achaemenid yang diasaskan oleh Cyrus The Great (ingat bangsa Mada-
yu?).JADI AKHIRNYA 'PUZZLE' INI KEMBALI KEPADA ISKANDAR ZULKARNAIN
JUGA.Bangsa Mala (Old Persian:Malai Assyrian:Malayu) bersama-sama bangsa Aryan
Avestan yang lain membawa tulisan Brahmi berserta budaya Vedic dan agama Abraham
(Brahmi,Brahman,Abraham) ke Benua India beribu tahun dahulu.

Kerajaan Srivijaya juga menggunakan skrip Pallava dalam penulisan bahasa Melayu Kuno
mereka.Ini tercatat dalam Prasasti Kedukan Bukit:

"Swasti, sri. Sakawarsatita 604 ekadasi suklapaksa wulan Waisakha Dapunta Hyang
naik di samwau mangalap siddhayatra. Di saptami suklapaksa wulan Jyestha Dapunta
Hyang marlapas dari Minangatamwan mamawa yang wala dua laksa dangan
kosa dua ratus cara di samwau, dangan jalan sariwu telu ratus sapulu dua wanyaknya,
datang di Mukha Upang sukhacitta. Di pancami suklapaksa wulan Asadalaghu mudita
datang marwuat wanua ….. Sriwijaya jayasiddhayatra subhiksa"

Maksudnya:

Selamat dan bahagia! Dalam Shaka 605, pada sebelas


hari bulan terang dari bulan Waisyakha Baginda naik
kapal mencari untungnya pada tujuh
hari bulan terang dari bulan Jyestha Baginda berangkat
dari muara Tamvan membawa bala dua laksa dengan
... dua ratus pawang di kapal dengan yang jalan kaki seribu
152

tiga ratus dua belas banyaknya datang di Matajap


suka cita. Pada lima hari bulan terang dari bulan Asada
belayar mudik, datang membuat benua ...
Srivijaya kota yang berjaya, yang bahagia, dan yang makmur!

Pada tahun 671 seorang pendeta Buddha dari negeri China bernama I Tsing dalam
perjalanannya ke India beliau telah singgah ke Srivijaya untuk belajar tatabahasa Sanskrit,
memperlihatkan betapa pentingnya Sriwijaya waktu itu.Bayangkan seorang pendeta Cina
melanjutkan pelajarannya dalam bidang Tatabahasa Sanskrit di universiti Kerajaan
Melayu Sriwijaya.Mengapa tidak belajar di India?Ingat,teks agama Buddha
kebanyakannya ditulis dalam bahasa Pali.Bangsa Mala amat tinggi kemahirannya dalam
bahasa Sanskrit,yang merupakan bahasa kerabat istana,para Brahmin dan
bangsawan,manakala Pali adalah bahasa rakyat atau kebanyakan.

I Tsing juga mencatatkan di Sriwijaya ada lebih dari seribu pendeta. Setelah tinggal
selama 6 bulan di Sriwijaya,beliau bertolak ke Nalanda, India untuk belajar di Universiti
Buddha mempelajari ajaran Buddha Mahayana, selama 13 tahun di sana. Kemudian pada
tahun 685 kembali ke Sriwijaya untuk menterjemahkan teks Budha ke dalam Bahasa
China dan menyusun buku memoirnya yang memakan waktu 4 tahun di Sriwijaya. Pada
tahun 689 kerana keperluan alat tulis dan pembantu maka I Tsing bertolak ke Kanton dan
kembali ke Sriwijaya dengan 4 orang teman untuk menyiapkan memoirnya yang akhirnya
diselesaikan pada 692 dan pada 695 beliau kembali ke China.

Pada tahun 1005 seorang raja Sriwijaya membangun sebuah biara di Nagapatam, pantai
Timur India, dan Raja Chola, menghadiahkan hasil pajak tahunannya sebuah tempat bagi
para saudagar Sriwijaya untuk singgah, tinggal dan menjalankan aktiviti keagamaan.
Perkara ini menunjukkan pada waktu itu sudah ada hubungan dagang antara Sriwijaya
dengan India. Pada era bersamaan ada sebuah catatan China yang mengatakan bahawa
pada masa itu hidup Seorang reformis Agama Budha di Tibet bernama Atisa yang
mencatatkan bahawa beliau telah belajar di Sriwijaya dari tahun 1011 sehingga tahun 1023
dengan seorang mahaguru Melayu bernama Dharmakirti,seorang ketua pendeta kuil
Buddha di Sumatera.Dalam biografi Atisa disebutkan Sumatera merupakan pusat terbesar
agama Budha dan Dharmakirti adalah sarjana terbesar pada masa itu.Bayangkan seorang
sami muda dari Tibet sedang tunduk berlutut sambil mencium bumi di hadapan
gurunya,seorang pendeta Melayu berkasta tinggi,seorang sarjana terbesar agama Buddha
seluruh dunia.Segala rahsia mistik dan 'sufism' agama Buddha adalah dalam kepala
pendeta Melayu ini.
153

JIka kita memahami misteri yang menyelubungi Nusantara setakat ini,kita akan
memahami adakah bangsa misteri masih tinggal di dalam gua sambil mengail ikan atau
melukis gambar monyet di dinding-dinding.Kita akan tahu mengapa para Firaun
mengatakan dunia sebelah sini adalah The Land of The Gods dan asal nenek moyang
mereka.Bangsa yang duduk di SISTEM PULAU TERBESAR mustahil tidak memiliki
pengetahuan bintang yang tinggi.Ini kerana di tengah-tengah lautan,di waktu
malam,bintang-bintang adalah kompas dan peta yang besar.Bangsa yang memiliki ilmu
perbintangan pasti sudah biasa dengan buruj Orion.Dan susunan Piramid Giza adalah
mengarah sejajar dengan kedudukan bintang-bintang Orion.

Sebelum kita mengakhiri perbincangan kita setakat ini,mari kita hayati catatan seorang
ilmuan dari Universiti Skovde iaitu Daniel Kaplan.

"Abraham was 99 when Sarah gave birth to Isaac, from whom descended the Jews and
later the Christians. His first son was Ishmael, patriarch of the Moslems, born to his
servant Hagar. Some even say that Abraham had other children who went east and
became the Brahmins, or the highest caste of Hindus and early priests of Buddhism. All
this because God told him to 'Go yourself.' 'Through you', God told Abraham, 'all the
people will be blessed.'"

(Danial Kaplan,Walking With Abraham-I'm Coming Home)

-------------------------------------

Alter Terahsia Bangsa Melayu VII


154

-Pelayaran Bangsa Misteri


-Ilmu Perbintangan Bangsa Misteri
-Kerajaan Nabi Sulaiman
-The King Solomon Mines
-Ritual Para Firaun
-Apa yang dibincangkan para Firaun di Nusantara?
-Isteri raja Kapur Barus
-Seri Melati dan Cik Siti Wan Kembang
-Di manakah Ophir dan lombong emas?
-Tanah Nenek Moyang Firaun
-Budaya Vedic di Benua Kecil
-Peperangan dengan bangsa Yahudi
-Peperangan dengan barbarian
-Serangan ke atas etnik-etnik India
-Peperangan dan asimilasi di selatan China
-'Saudara jauh yang bermusuh' di Indochina
-Segenting Kera dan Sekangkang Kera
-Langkasuka dan Pattani
-Warisan Kesultanan Melayu
-Kerajaan dan Empayar
-Kesultanan Melayu Melaka
-Kesultanan Brunei,Sulu (Filipina) dan Jawa (Indonesia)
-Pedang Cura Simanjakini

Pengembaraan menjejak kunci rahsia bangsa misteri semakin aneh!Teruskan bersama


MistisFiles!!
Posted by Mistis Organization at 6:09 PM
155

Friday, August 13, 2010

Alter Terahsia Bangsa Melayu VII

Pada tahun 1998,seorang sarjana kelahiran British telah menerbitkan kajiannya yang
berjudul Eden in the East: The Drowned Continent of Southeast Asia,telah
mengungkapkan konsep Sundaland,berdasarkan bukti-bukti geografi dan antropologi
mengatakan bahawa penduduk Nusantara berasal dari satu peradaban purba yang maju
disebut Sundaland ini.Kemudian akibat dari sebab-sebab perubahan cuaca dan geografi
seperti bencana alam,bangsa Sundaland ini telah berpindah ke lain-lain kawasan di dunia
dan menimbulkan kaum-kaum baru.Teorinya telah menimbulkan kegemparan dan
kontroversi di kalangan cendekiawan arkeologi dan antropologi sejak ramai sarjana mula
berminat dengan teori tamadun manusia sebenarnya bermula di kawasan Asia Tenggara
bukannya di Timur Tengah,atau sekurang-kurangnya wujud pada selang masa yang tidak
begitu jauh.

Dua pentas benua, Pentas Sunda dan Pentas Sahul sememangnya menimbulkan misteri
kepada pakar-pakar geografi sejak sekian lama.Jika Pentas Sunda diangkat,seluruh
Kepulauan Melayu sebenarnya menjadi satu benua baru yang besar.

Inilah asas kepada Teori Lemuria-Atlantis seperti yang diutarakan oleh Profesor Arysio
Santos.

Terdapat perbezaan ketara di antara pandangan orientalis-imperialis Barat, dengan para


sarjana dan cendekiawan mereka tentang dunia Melayu dan bangsanya.
156

Sebahagiannya mengetahui satu rahsia,tetapi mendiamkan diri dan cuba menutup-


nutupnya,sesetengahnya yang lain mula mencari-cari rahsia itu dan cuba berfikir
tentangnya.

Beribu tahun dahulu,satu rombongan dari Kerajaan Israel Raya kelihatan berlayar ke
Timur.Ketua mereka sedang mencari arah perjalanan satu wilayah yang pernah
dikunjungi kerajaan Mesir Kuno dahulu.Mereka sedang mencari sesuatu yang amat
berharga.Sesuatu yang membuatkan tempat itu dinamakan sempena dengannya.

"THE KING SOLOMON'S MINES"

"It cannot be valued with the gold of Ophir, with the precious onyx, or the sapphire"

(Book of Job 28:16 -King James Version)

Untuk membuka peti-peti rahsia di 'Gua Rahsia' kita perlu tahu katakuncinya (password)
terlebih dahulu.Tetapi ada peraturannya.Peraturannya ialah MANUSIA BERUBAH
MENGIKUT PEREDARAN ZAMAN.Sebagaimana perubahan Bahasa Melayu dari zaman
ke zaman,begitu juga bangsanya.Kita tidak boleh membayangkan seorang pedagang
Melayu yang sedang berniaga rempah dan kayu-kayu cendana di lorong-lorong bazar di
Kota Uruk,Sumeria serupa dengan Abang Mat yang berniaga ikan di pasar malam di Teluk
Intan pada hari ini misalnya.Kita tidak boleh membayangkan seorang gadis Melayu yang
berkahwin dengan seorang raja Chaldea misalnya sebagai tanda persefahaman ekonomi
dan politik lebih 1500 tahun dahulu adalah berbaju kebaya atau berbaju kurung dan
berselendang merah jenama 'Samarinda'.Antara kesilapan ketara peti-peti ini tidak boleh
dibuka walaupun diberi katakunci ialah SUDUT PANDANGAN YANG SALAH diberikan
sewaktu menafsir rahsia di dalam peti.Bukan sahaja pakaian malah namanya juga pun
157

boleh berbeza.Kita tidak boleh mengatakan nama seorang raja,Fan Shih-Man adalah
seorang Cina hanya kerana namanya bukan Kasim Selamat Bin Pak Man (Fan Shih-Man
adalah gelaran yang diberikan oleh orang China Purba kepada seorang raja Melayu
Funan).Atau Cambhuwarman mahupun Parameswara adalah seorang India yang serupa
dengan Encik Gopal,jiran sebelah rumah kita misalnya,yang menjadi raja memerintah
negarakota-negarakota bangsa Mala (tidak kira yang keMelayuan atau KeJawaan) hanya
kerana namanya bukan Ali Bin Abu atau Wak Kandar Bin Wak Seman.

Jika anda mempunyai asas yang kuat dalam kronologi sejarah bangsa anda,anda tidak
akan terperangkap dengan teori Hang Tuah berasal dari Cina hanya kerana terdapat
peristiwa rombongan Hang Li Po di Melaka.Hanya orang yang tidak pernah membaca
biografi Hang Tuah sahaja yang mula goyang tidak semena-mena apabila ditunjal oleh
teori-teori yang pelik sebegini.Mengapa tidak mengambilkira teori yang lebih awal seperti
Hang Tuah yang berasal dari Pulau Duyung,atau dari Orang Laut atau dari sukukaum
Bugis-Makasar.Ini lebih meyakinkan dari mereka-reka nama Melayu seperti Tuah kepada
Too Ah atau Jebat kepada Jee Fat.Jika Hang Tuah hidup di zaman ini sekalipun dan tiba-
tiba melihat anak-anak Melayu berpogo di gig-gig punk,beliau tidak akan mengenal
bangsanya sendiri,dan mungkin menyangka mereka adalah askar Rom yang tengah
berpesta kemenangan akibat gaya rambut trojan mereka.INGAT!MANUSIA BERUBAH
MENGIKUT PEREDARAN ZAMAN.Terutama sekali bangsa Melayu yang terkenal sebagai
bangsa pelaut dan pedagang pada masa dahulu,tinggal di Nusantara yang strategik
sebagai laluan perdagangan antarabangsa,mudah menyerap tamadun asing dan gemar
berinteraksi dengan bangsa asing yang lain.

Kita lihat kembali katakunci yang baru terkumpul:

Gunung

Laut

Pantai

Pulau

Bunga

Wangi-wangian
158

Nusantara

Pelbagai bangsa

Nabi Ibrahim

Budaya Vedic

Anak-anak Keturah

Madyan

Madai/Madayu

Malai/Malayu

Iskandar Zulkarnain

Parsi

Nabi Nuh

The Land of The Gods

Sundaland

Mesir Kuno

Rempah dan kemenyan

Judah

Nabi Sulaiman

Ophir

Gunung Ledang
159

Suvarnabhumi

Golden Chersonese

EMAS

Kita akan lihat beberapa katakunci baru ini dan apa yang akan dapat kita buka jika
menggunakan katakunci ini.Ingat,hanya orang Melayu yang berdarah Melayu sahaja yang
boleh menimbulkan 'instinct' menjejak asal-usulnya.Sesetengahnya akan terbuka 'vision'
dengan sendirinya apabila melihat katakunci sahaja.Sesetengahnya perlukan masa,
mengkaji dan mengkaji. Sesetengahnya berputus asa,dan menganggap dirinya berasal
dari orang Cina,dari Yunnan atau pendatang asing juga,entah dari mana,dari Planet
Zargus agaknya.'Madyan' adalah satu bangsa yang disatukan dengan suku-suku Parsi
yang lain oleh Cyrus The Great yang dikatakan orang yang sama dengan Iskandar
Zulkarnain dalam AlQuran.Jadi cuba semak kembali Sejarah Melayu,kenapa kitab ini
mendakwa raja-raja Melayu berasal dari Iskandar Zulkarnain.Abaikan kata 'Makaduniah'
kerana perkataan ' Zulkarnain' itu didapati dari teks AlQuran dan kata 'Makaduniah' tidak
pula muncul dalam AlQuran.Ingat,di permulaan kitab itu,Tun Seri Lanang ada
menyebutkan kata 'Goa'.Kekeliruan terjadi disini apabila ilmuwan mencari-cari siapakah
Iskandar Zulkarnain itu,dan sarjana India mencadangkan Iskandar Makaduniah
(Macedon) sebagai maksud 'Iskandar Zulkarnain' itu. Alexander The Great memang
terkenal dalam sejarah India sebab beliau pernah menyerang benua itu satu masa dahulu.
Jika Sejarah Melayu menyebutkan kata 'Iskandar Agung' ini boleh diterima kerana
bertepatan dengan gelaran yang diberi oleh sarjana Macedonia,Athens dan Rom kepada
raja itu.

*Cyrus The Great


160

Tetapi dari mana datangnya 'Zulkarnain' ini?'Zulkarnain' bermaksud pemilik dua


tanduk,dan tidak pula raja Yunani itu bergelar Alexander 'The Two Horns Keeper'.Tetapi
pada ukiran Cyrus The Great di Persepolis,gambar raja Parsi itu menunjukkan
mahkotanya terdapat dua cabang besar di atasnya.Dan kebiasaan raja purba dahulu
terutama di kawasan Timur Tengah,para pengikut raja menghormati raja mereka dengan
tidak memanggil nama raja itu tetapi gelarannya.Mereka tidak memanggil,"Wahai Tuanku
Iskandar" tetapi dengan gelaran "Wahai Pemilik Dua Tanduk" menunjukkan kemegahan
dan penghormatan kepada raja besar itu.Sama seperti Nabi Muhammad s.a.w.Baginda
kerapkali dipanggil oleh para sahabat sebagai "Ya Rasulullah..." bukannya "Ya
Muhammad...."

Dari kata 'Rempah dan Kemenyan' kita boleh tahu pada masa dahulu perdagangan
rempah,kayu-kayan dan herba adalah ekonomi utama bangsa Malayo-Polynesian pada
zaman purba.Pada zaman dahulu (juga hingga kini) laluan Kepulauan Melayu adalah
laluan kapal-kapal perdagangan antara China,India dan Barat (Timur Tengah).Satu teori
yang munasabah ialah,rempah-rempah ini sampai dahulu ke tangan para pedagang
India,kemudian oleh bangsa Aryan (Parsi) yang membawanya ke Tanah Arab dan Sumeria
dan kemudian diketahui oleh para Firaun dan ahli sihir dirajanya.Para pedagang India
dan Melayu telah sekian lama berurusan sejak beribu tahun dahulu dan tidak hairanlah
kerajaan-kerajaan Melayu dahulu telah 'diindiakan' sebagai pertukaran budaya kerana
sebab-sebab keagamaan.Fikirkan,jika kita katakan bahawa Tamadun China itu adalah
agung,hebat dan sememangnya menjadi 'kuasa besar' di sebelah Timur,bagaimana
empayar-empayar seperti Babylon,Chaldea,Sumeria,Median dan Parsi berhubungan
dengan mereka?Pada masa dahulu jalan darat ke China adalah satu mitos sebab itu
apabila Marco Polo berjaya mencari jalan darat ke China,masyarakat Barat berasa amat
161

pelik dengan barangan yang dibawa oleh Marco Polo dari China.Marco Polo juga
diketahui cuba untuk menutup panduan jalan darat ke China kerana dengan itu hanya
dialah yang mampu memonopoli jualan barangan dari China.PADA MASA DAHULU
MEREKA BERHUBUNGAN MELALUI JALAN LAUT dan mahu tidak mahu terpaksa
melalui Kepulauan Melayu.Daripada mereka menyeberangi dataran-dataran tinggi
China,gurun dan padang-padang steppe berbahaya dan berhadapan dengan kaum-kaum
barbarian,nomad juga Monggol,lebih baik mereka berlayar dengan kapal-kapal.Ini lebih
mudah dan sudah tentu raja-raja Judah misalnya akan bertemu dengan pelaut-pelaut
Melayu yang peramah dan terlebih mesra dengan bangsa asing ini,bukan kaum nomad
yang ganas dan hauskan kepala manusia.

Pada masa dahulu emas dianggap simbol kekayaan dan keagungan.Orang yang memiliki
emas adalah dianggap orang kaya yang terhormat.Emas dijadikan perhiasan,mahkota dan
pinggan mangkuk.Emas juga dijadikan matawang dan disadur ke dinding istana dan kuil-
kuil.Warna emas yang kuning kemilau menjadi rebutan pelbagai bangsa dan empayar-
empayar.Sesiapa yang dapat menguasai tempat emas dihasilkan;dia akan menjadi raja
dan menguasai kekayaan.Emas melambangkan tuah,dan tempat yang dinisbatkan dengan
nama emas ini adalah bumi bertuah dan menggamit kekayaan tiada hentinya.Ramai yang
mati akibat perebutan logam berharga ini.Ramai pula yang mengaut keuntungan
darinya.Bangsa yang tinggal di tempat emas dihasilkan bukanlah bangsa picisan yang
masih duduk di atas pokok dan bermain dengan tupai,tetapi bangsa yang mengenal apa
itu emas merah,emas tulen dan kekayaan.Bangsa yang dikaitkan dengan logam ini
mustahil tidak dikunjungi oleh pelbagai bangsa lain;sama ada sebagai kunjungan
perdagangan mahupun asakan peperangan,merebut lombong-lombong kekayaan bangsa
tersebut.BANGSA YANG MENGENAL CAMPURAN 7 JENIS BESI DAN KEMAHIRAN
MENEMPA LOGAM UNTUK SENJATA mustahil tidak mengenal nilai kekayaan
emas.Apakah itu besi Kursani?
162

Manuskrip-manuskrip purba telah mengenal satu kawasan di dunia yang dipanggil 'BUMI
EMAS' walaupun lombong-lombong emas juga diusahakan di Afrika dan oleh orang
Nubia,namun tempat mereka tidak pula terkenal sebagai 'semenanjung emas','pulau
emas' mahupun 'bumi emas'.Namun sejak berabad lamanya nama Suvarnabhumi meniti
dikalangan bibir para Brahmin yang membaca kitab Purana dan Ramayana merujuk satu
wilayah yang kaya dengan emas.

The Golden Chersonese

Nusantara adalah satu gelaran yang mula-mula dikesan dipakai oleh Patih Gajah Mada
sekitar tahun 1360 Masehi,namun tahukah anda apakah gelaran antarabangsa 2000
tahun dahulu kepada Nusantara ini?Gelaran politik antarabangsa kini kepada dunia
Nusantara adalah Southeast Asia atau Asia Tenggara.Tetapi pada zaman dahulu para
Kaisar Rom,Kisra Parsi dan raja-raja Yunani mengenal wilayah ini sebagai 'wilayah
emas'.Dari manakah gelaran ini berasal?
163

Gelaran ini berasal dari kitab-kitab purba Hindu seperti Puranas, Ramayana, Arthasastra,
Raghuvamsa yang ada menyebutkan nama Nusantara ini.Dan ia sebenarnya berasal dari
Tamadun Aryan yang bersambung pula dengan empayar-empayar Tamadun Sumeria
seperti Babylon,Ur,Kish dan Uruk.Jika sudah terdengar oleh raja Chaldea,Assyria dan
Babilon,sudah pasti raja-raja Israel dan Judah mendengarnya juga.Mengikut kitab-kitab
Hindu ini,Nusantara pada zaman kuno terbahagi kepada dua bahagian:

*Suvarnabhumi (Bumi Emas-Semenanjung Tanah Melayu)


*Suvarnadvipa (Pulau Emas-merujuk kepada Pulau Sumatera terutamanya serta Pulau
Jawa)

Di dalam naskah Buddha yang paling tertua juga iaitu Jataka ada menceritakan
perjalanan pelaut-pelaut India Kuno berlayar hingga ke Suvarnabhumi.Dalam
Ramayana,ada disebutkan Suvarnadvipa,tempat dimana Rama mencari Sita yang diculik
Ravana.LIHAT, KISAH-KISAH KUNO HINDU ADA MENYEBUTKAN NUSANTARA
INI.Jika kita melihat hikayat Ramayana ini,Rama dan Sita adalah setaraf dewa-dewi
Hindu dan dewa-dewi Hindu pun menamakan pulau-pulau Melayu sebagai 'Pulau
Emas'.Di dalam Kathasagaras,satu kitab kuno India ada menyebutkan Nusantara ini 'the
fabulous Land of Gold'-iaitu Tanah Emas Yang Menakjubkan, sama seperti yang
diutarakan oleh Kitab Buddha Jataka.Apakah maksud 'menakjubkan' itu?Adakah mereka
bertemu dengan orang Melayu yang bercawat dan tinggal di atas pokok sambil bermain
dengan tupai dan melukis gambar awan di batang pokok lalu para dewa-dewi atau
bangsawan India ini mengatakan "Wow!Menakjubkan!"?

Jika banyak terdapat emas sekalipun di sini bagaimana Tamadun India Kuno
164

mengetahuinya jika tidak mereka melihat kesan-kesan fizikal darinya.JIka para raja-raja
atau dewa-dewi Hindu ini sampai ke pulau-pulau Melayu yang dipenuhi hutan rimba
sahaja adakah ini layak digelar 'the fabulous Land of Gold'??

SEBENARNYA MEREKA TELAH MENEMUI SATU TAMADUN YANG MENGGUNAKAN


EMAS SECARA BERLELUASA DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN.Mungkin mereka
menemui istana emas,raja-raja yang memakai mahkota emas,permaisurinya memakai
gelang dan dokoh emas.Ada kemungkinan para dewa-dewi ini berurusan dengan
pedagang Mala menggunakan matawang emas.Mungkin ketika itu terselit keris emas
dipinggang seorang laksamana Melayu.

Seorang pendeta dan pengembara China; I-Tsing (634-713), yang bertahun-tahun


menetap di Sriwijaya (Palembang) pada abad ke-7, menyebut pulau Sumatera dengan
nama Chin-chou yang bererti 'Negeri Emas'.Ini tidak menghairankan kerana ketika itu
Emperor-emperor Melayu Sriwijaya telah mampu mengeluarkan matawang emas.

Berabad-abad lamanya para musafir Arab menyebut pulau Sumatera dengan nama
Suwarandib dan kemudian orang-orang Melayu era Klasik menyebutnya sebagai Tanah
Serendib (rujuk Sejarah Melayu), di mana kata 'Suwarandib' ini sebenarnya adalah
penjelmaan dari nama 'Suvarnadwipa' dalam lenggok lidah orang Arab. Abu Raihan Al-
Biruni, ahli geografi berbangsa Parsi yang mengunjungi Sriwijaya pada tahun 1030
Masehi, ada mencatatkan bahawa negeri Sriwijaya terletak di Pulau Suwarandib;Pulau
Emas yang menakjubkan itu.

Pada zaman dahulu sekiranya pedagang India tidak memperolehi emas dari pedagang
Parsi dan Yunani,mereka akan berlayar ke Nusantara untuk mendapatkan bekalan
emas,bagi perhiasan istana dan kuil-kuil mereka.Sejak Emperor Vespasian dari empayar
Rom menghentikan bekalan syiling emas kepada para pedagang India;disebabkan
165

ketidakseimbangan ekonomi akibat pembelian emas besar-besaran oleh pedagang India


ini,mereka terus tertumpu ke Suvarnabhumi;Nusantara untuk mendapatkan bekalan
emas.

Di kalangan bangsa Yunani purba, Pulau Sumatera sudah dikenali dengan nama
Taprobana. Nama Taprobana Insula telah dipakai oleh Claudios Ptolemy, ahli geografi
Yunani abad kedua Masehi, tepatnya tahun 165, ketika beliau menghuraikan daerah Asia
Tenggara dalam karyanya Geographike Hyphegesis. Ptolemy menulis bahwa di Pulau
Taprobana terdapat negeri Barousai.Mungkin sekali negeri yang dimaksudkan adalah
Barus di pantai barat Sumatera, yang terkenal sejak zaman purba sebagai penghasil kapur
barus;juga tumpuan para pedagang Mesir Kuno untuk mendapatkan rempah-rempah bagi
mengawet mumia misalnya.
Naskah Yunani tahun 70 Masehi, Periplous tes Erythras Thalasses, mengungkapkan
bahwa Taprobana juga dijuluki Chryse Nesos, yang ertinya Pulau Emas.
166

OLEH ITU,TIDAK HAIRANLAH PTOLEMY MENAMAKAN SEMENANJUNG TANAH


MELAYU SEBAGAI 'GOLDEN CHERSONESE' nama antarabangsa baginya ketika zaman
kuno dahulu,nama yang diberikan oleh para Firaun dan Emperor Babilon,juga raja-raja
India malah dewa-dewi mereka juga membisik-bisikkan nama 'Pulau Emas Yang
Menakjubkan' sesama mereka di dalam hikayat Ramayana dan Purana.

Jika Ptolemy menamakan semenanjung ini sebagai 'Monkey Chersonese' sudah tentu
dirinya akan dihina dan diperlecehkan oleh para sarjana Yunani dan Parsi,mungkin
petanya tidak dipedulikan atau dibakar kerana mengelirukan para pengembara dan
pedagang lain.
167

Telah diterangkan di dalam siri ATBM sebelumnya bahawa pada zaman purba Nusantara
terkenal dengan pengeluaran rempah ratus,kemenyan dan wangi-wangian.Para
pedagang,raja-raja dari daerah sekitar Laut Tengah sudah mendatangi
Nusantara,terutamanya Pulau Sumatera.Di samping mencari emas,mereka turut mencari
kemenyan (styrax sumatrana) dan kapur barus (dryobalanops aromatica) yang saat itu
hanya ada di Sumatera. Sebaliknya, para pedagang Nusantara pun sudah
memperdagangkan komoditi mereka sampai ke Asia Barat dan Afrika Timur,sebagaimana
tercantum pada naskah Historia Naturalis karya Plini pada abad pertama Masehi.

Jadi bayangkan para Firaun sedang menerima delegasi-delegasi pedagang yang


mempersembahkan rempah ratus dari Timur Jauh.BAYANGKAN SEORANG PENIAGA
MELAYU SEDANG MENJAJA KEMENYAN,REMPAH DAN KAYU CENDANA DI
BAZAR-BAZAR KOTA UR,URUK DAN KISH.

Katakan kayu-kayu perhiasan di dalam Solomon's Temple adalah dari kayu-kayu cendana
Sumatera,perhiasan Cherubim,meja altar yang menempatkan perunggu lilin adalah emas
dari Suvarnabhumi dan lilin-lilin adalah diperbuat dari kemenyan wangi styrax
sumatrana;Lubban Jawi yang terbaik.Dinding dan lantai adalah dari emas Suvarnadvipa.

"And the navy also of Hiram, that brought gold from Ophir, brought in from Ophir great
plenty of almug trees, and precious stones"

(1 Kings 10:11 -King James Version)

Nabi Sulaiman yang juga seorang raja Kerajaan Israel Raya,memerintahkan pembinaan
tempat ibadat yang agung dan dipenuhi perhiasan-perhiasan keemasan.
168

"Even three thousand talents of gold, of the gold of Ophir, and seven thousand talents of
refined silver, to overlay the walls of the houses withal"

(1 Chronicles 29:4 -King James Version)

Sememangnya di dalam kitab Yahudi, Melakim (Raja-raja), fasal 9, diterangkan bahawa


Nabi Sulaiman raja Kerajaan Israel Raya menerima 420 talenta emas dari Hiram, raja
Tirus yang menjadi bawahan beliau. Emas itu didapati dari negeri Ophir. Kitab Al-Quran,
Surat Al-Anbiya‘ ayat 81, menerangkan bahwa kapal-kapal Nabi Sulaiman a.s. berlayar ke
“tanah yang Kami berkati atasnya” (Al-Ardha l-lati Barak-Na fiha).

"Dan (telah Kami tundukkan) untuk Sulaiman angin yang sangat kencang tiupannya
yang berhembus dengan perintahnya ke negeri yang kami telah memberkatinya. Dan
adalah Kami Maha Mengetahui segala sesuatu"

(Al-Anbiya' ayat 81)


169

Yang menjadi persoalan sekarang,DIMANAKAH TERLETAKNYA NEGERI OPHIR


ITU??Pelbagai hipotesis telah diajukan oleh pelbagai sarjana termasuklah lokasi-lokasi di
Afrika,Arab dan Israel.Namun penemuan manuskrip pengembara Eropah ada
mencatatkan lokasi Ophir ini di Filipina;iaitu salah satu Kepulauan Melayu.Sebuah
catatan pengembara Sepanyol yang dikompilasikan bertajuk Collecion General de
Documentos Relativos a las Islas Filipinas ada menyebutkan panduan laluan laut ke
Ophir,

"Ophir can be found by travelling from the Cape of Good Hope in Africa, to India, to
Burma, to Sumatra, to Moluccas, to Borneo, to Sulu, to China, then finally Ophir. Ophir
was said to be .... in front of China towards the sea, of many islands where the Moluccans,
Chinese, and Lequios met to trade..."

Para sarjana menolak Kepulauan Jepun kerana Moluccans tidak berada berdekatan
dengannya,bukan juga Taiwan kerana petunjuk menyebut 'banyak pulau'.Mereka
bersepakat mengatakan ia adalah Kepulauan Fiipina.

"And Huram sent him by the hands of his servants ships, and servants that had
knowledge of the sea; and they went with the servants of Solomon to Ophir, and took
thence four hundred and fifty talents of gold, and brought them to king Solomon"

(2 Chronicles 8:18 -King James Version)

Namun satu pendapat dari sarjana lain mengatakan ia terletak di sekitar Sumatera dan
Semenanjung Tanah Melayu.Ini adalah kerana,kota Tirus (Hiram yang disebut dalam
sumber Yahudi itu adalah Raja negeri Tirus yang kini terletak di Lebanon) merupakan
pusat pemasaran barang-barang dari Timur Jauh. Ptolemy pun menulis Geographike
Hyphegesis berdasarkan maklumat dari seorang pedagang Tirus yang bernama
170

Marinus.Sudah tentu Marinus telah membawa emas,rempah,kemenyan dan kayu-kayu


cendana dari Nusantara ketika itu dan memperdagangkannya di Tirus dan kota-kota
Hellenistik yang lain.

"Lombong Emas Raja Sulaiman"

Sejak zaman berzaman umat manusia terpukau dengan kecantikan dan sifat-sifat bitara
logam emas, menyebabkan permintaan terhadap logam ini sentiasa mengatasi bekalan.
Keunggulan sifat-sifat fizikal logam ini, seperti kebolehtempaan dan kebolehaliran, dan
sifat-sifat kimianya seperti kelengaian membuat logam ini tiada tandingan. Kelimpahan
logam ini dalam kerak bumi amat lanka menyebabkan proses perlombongannya sukar
dan mahal, membuatkan harganya tinggi. Bekalan emas dunia kebanyakannya datang
dari Afrika Selatan, Amerika Syarikat, Australia dan lain-lain dan rizab terbesar terdapat
dalam batuan konglomerat Prakambrian di Afrika Selatan, manakala emas epiterma yang
terdapat di negara-negara keliling lautan Pasifik terletak di tangga kedua daripada segi
jumlah pengeluaran.

Sejak lama dahulu, Semenanjung Tanah Melayu telah dikenali oleh orang-orang luar
sebagai tempat pengeluar emas. Maka itu Ptolemy yang menulis pada abad kedua Masehi
telah menyebut tentang sebuah Semenanjung Emas,Aurum Khersonese (Aurum diambil
dari kata Aurea,Aurea Chersonese) yang terletak di antara negeri China dengan negeri
India. Mengikut pengetahuan hari ini taburan penemuan emas utama di Semenanjung
Tanah Melayu terdapat di Jalur Tengah, iaitu dari Batu Melintang di Kelantan, menuju ke
selatan melalui Sokor, Pulai, Selinsing, Raub, Chenderas hinggalah ke Gunung Ledang di
171

Johor. Jumpaan terbaru dibuat di Jalur Timur iaitu di kawasan Mersing di Johor dan
Lubuk Mandi di Terengganu. Walaupun kelihatan rawak, taburan ini sebenarnya dikawal
oleh proses geologi iaitu lengkung volkano pada zaman Perm-Trias di Semenanjung
Malaysia. Jenis pemineralan emas Semenanjung Malaysia ditemui adalah sebagai telerang
kuartza, dalam sulfida masif,dalam skarn, dan berkaitan rejahan igneus. Ciri-ciri
longgokan emas boleh dilihat daripada kajian di Lubuk Mandi dan Penjom. Emas terdapat
dalam telerang kuartza berkemiringan curam berarah Utara-Selatan. Perubahan batuan
dinding yang terbentuk adalah jenis suhu-tekanan sederhana iaitu pensilisifikasian,
pengargilitan dan pengkloritan-pempropilitan. Minerologi kebanyakan bijih adalah
mudah iaitu mineral utama terdiri daripada pirit dan arsenopirit bersama sedikit sfalerit
dan kalkopirit kecuali di lombong Ajmal di mana terdapat banyak galena, tetrahedrit dan
mineral-mineral telurida. Kehadiran grafit adalah minor kecuali di Penjom di mana
jumlahnya cukup banyak hingga menyebabkan gangguan dalam proses pemisahan emas.
Kajian bendalir terkepung menunjukkan suhu pembentukan yang rendah. Daripada
bukti-bukti yang ada, longgokan emas di Semenanjung Tanah Melayu boleh dikelaskan
sebagai emas longgokan mesoterma, terhasil secara orogeni. Potensi adanya lagi
longgokan emas primer seperti di Penjom cukup tinggi memandangkan kerja-kerja
menjelajah longgokan primer ini masih rendah.

Mengapakah Gunung Ledang digelar 'Mount Ophir'?

Ledang, menurut Kamus Dewan ialah dari segi Bahasa Jawa yang bererti menunjuk-
nunjukkan diri seseorang yang ego.Adalah dipercayai, nama Gunung Ledang ini dicipta
oleh Kerajaan Majapahit yang telah berkuasa di negeri ini sebelum kebangkitan kerajaan
Melaka. Maksudnya Gunung Ledang itu ialah gunung yang tinggi.Maklumat daripada
Sejarah China pula, Laksamana Cheng Ho dikatakan pernah melawat Gunung Ledang.
Beliau dikatakan melawat lombong-lombong emas di Gunung Ledang dan mengambil
contoh emas-emas tersebut untuk pengetahuan rajanya.Di keliling kemuncak Gunung
Ledang terdapat 7 buah kemuncak rendah. Setiap satunya mempunyai legendanya yang
tersendiri.Yang paling aneh sekali ialah Legenda Gunung Gemih yang ceritanya ada
sebuah gua emas yang dikawal rapi oleh penunggunya seekor lembu emas.Dalam peta
lama Portugis, nama GEMIH ini ditulis sebagai Gummay yang bermaksud sebuah pusat
perusahaan emas.Menurut kolonel Gerini ( 1904 ), Gemih masih merupakan pusat
perlombongan emas orang-orang Melayu di Gunung Ledang sehingga tahun 1817.

Rounsevelle Wildman, seorang penulis terkenal dari Amerika Syarikat telah menemui
seketul logam yang diambil dari kawasan lombong di tebing Sungai Gemih pada tahun
1894, apabila dileburkan didapati mengandungi emas.
172

Sebab itu tanah semenanjung ini dan kepulauannya menjadi rebutan pelbagai bangsa.Kita
boleh membayangkan kekayaan emas yang melimpah ruah itu jika kita melawat binaan
teragung orang Mon yang masih ada iaitu Pagoda Shwe Dagon yang diperbuat dari
emas.Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini,Orang Mon adalah etnik selatan China
yang pertama sekali berinteraksi dengan etnik-etnik Malayo-Polynesian.Renungkan
puncak pagoda ini,kemilauan emasnya dan kekayaan di waktu itu,di Bumi Emas dan
Semenanjung Emas yang menakjubkan ini.

Pada tahun 1854,seorang ahli sejarah British telah mendaki Gunung Ledang.Ketika itu
suasana berkabus dan sejuk sekali.Lelaki British itu berjalan perlahan-lahan ke hadapan
walaupun kabus masih tebal dalam cuaca sejuk.Tiba-tiba kabus semakin berkurangan,dan
alangkah terkejutnya dia apabila mendapati dirinya berada di sebuah taman yang penuh
dengan bunga orkid yang indah dan tersusun rapi.

Apakah yang ditemui oleh Alfred Wakauce,ahli sejarah British itu di Taman Bunga-
bungaan Gunung Ledang??

-------------------------

Alter Terahsia Bangsa Melayu VIII


173

-XXXXXXX
-XXXXXXX
-Kesultanan dan Empayar
-XXXXXXX
-Gangga Negara,Srivijaya dan Funan
-Peperangan dengan bangsa Yahudi
-Peperangan dengan barbarian
-Serangan ke atas etnik-etnik India
-XXXXXXX
-Laluan rahsia ke lombong emas
-Kunci rahsia Lombong Emas Raja Sulaiman
-XXXXXX
-XXXXXXX
-ITEMS LOCKED

Kunci rahsia telah hilang!Teruskan bersama kami untuk mencarinya di MistisFiles!!


Posted by Mistis Organization at 6:10 PM | |
174

Friday, August 13, 2010

Alter Terahsia Bangsa Melayu VIII

"Once upon a time..."

Pada masa dahulu...sebelum kedatangan etnik-etnik utara,Benua Siam (IndoChina)


diduduki oleh sukukaum bangsa Mala.Bangsa Mala yang menonjol membina kerajaan-
kerajaan secara amnya dikenal sebagai bangsa Melayu.Bangsa Mala ini dikenal telah
membina kerajaan-kerajaan sama ada sesama mereka mahupun bersama kaum-kaum
kecinaan yang terawal,contohnya Mon dan Khmer.Namun begitu jika dikaji secara
mendalam lagi kemungkinan juga Mon dan Khmer ini adalah hasil asimilasi bangsa Mala
dengan kaum-kaum selatan China semenjak kaum Viet itupun menurut pakar arkeologi
mungkin berasal dari Indonesia berdasarkan kesan-kesan arkeologi di semenanjung
hingga ke utara IndoChina.Kajian linguistik menunjukkan bahasa Mon-Khmer itu berasal
dari gaya bahasa Melayu Purba.Bahasa Melayu secara umum amat cepat
mentransformasikan bentuknya sejak kita pun tahu SEBENARNYA BANGSA MELAYU
BERSIFAT GLOBAL DAN GEOGRAFINYA JUGA ADALAH LALUAN TRAFIK YANG
GLOBAL.Apabila terjadi desakan dari kaum-kaum utara,segala tradisi,bahasa dan budaya
Melayu IndoChina diserap ke dalam budaya kaum-kaum utara yang sebelum itu menjadi
kaum gasar akibat serangan Monggol dan Imperium China yang menakutkan itu.Hasilnya
bahasa Melayu Purba dapat dikesan di dalam bahasa Khmer.Budaya Kejawaan juga
dikesan dalam kostum,aksesori dan tarian Khmer dan Thai (Thai mencedok budaya
Khmer).
175

Kerajaan Bangsa Mala merentasi kerajaan Kuno Bagan yang misteri di Burma,Kerajaan-
kerajaan Mala-Saimen di tengah IndoChina,Angkor,Funan dan Champa di pesisir pantai
Vietnam pada hari ini.Perubahan selama beribu tahun,peperangan dan penjajahan telah
melenyapkan kerajaan-kerajaan ini.Namun sifat bangsa Melayu yang halus dan sukakan
kesusasteraan dan ilmu pengetahuan telah meninggalkan sejumlah prasasti-prasasti yang
menandakan BANGSA MELAYU PERNAH MEMBINA KERAJAAN DI INDOCHINA.

Kedatangan kaum-kaum seperti Tai,Lao,Khmer dan Dai Viet adalah fenomena baru
sebenarnya jika dikira berapa lama bangsa Mala telah menginap dan membina kerajaan di
Benua Siam.Kisah penjajahan,perebutan dan peperangan menghiasi Bumi Siam
membuktikan betapa bangsa-bangsa di dunia sememangnya amat berminat untuk
merebut Suvarnabhumi ini yang penuh kekayaan dan kesuburan.Kedatangan bangsa-
bangsa Eropah selepas itu,membuktikan lagi pernyataan ini.Filipina yang dahulunya
adalah milik bangsa Melayu telah jatuh ke tangan Sepanyol.Pulau-pulau Melayu
Suvarnadvipa (Indonesia) dikuasai Belanda.'Golden Chersonese' pula dinaungi
Inggeris.Portugis menjajah Timor selain pernah menduduki Melaka.Apakah maksud yang
tersirat dari semua ini?

Kini jika kita lihat politik di Malaysia khususnya kita boleh lihat betapa bangsa-bangsa
asing yang lebih terkemudian mendatang,sedikit demi sedikit mahu merebut
Suvarnabhumi ini sekali lagi.Sebagaimana tamadun Melayu yang telah mencapai tahap
legenda di Indochina,tidak mustahil bangsa misteri akan tinggal misteri di The Land of
The East jika mereka masih terus bermimpi.Selepas pelbagai cabaran yang getir dengan
penuh kepayahan,bangsa Melayu akhirnya kekal memegang Golden Chersonese dan
Suvarnadvipa,namun pelbagai bangsa di dunia masih mengidam-ngidam bumi emas yang
penuh kekayaan ini.Jika diberi peluang,pulau SEKANGKANG KERA seperti Pulau Batu
Putih pun mereka sanggup bermatian mendapatkannya apatah lagi SEGENTING KERA
176

kerana sudah terbukti pulau sekecil Singapura pun boleh menjana kekayaan berkali ganda
dari seluruh Semenanjung Emas,apatah lagi jika mereka berhasil merebut Semenanjung
Emas sendiri,tidak mustahil kekayaan seluruh Tanah Besar China juga boleh dijana dari
sini.MENGAPA INI TERJADI??APAKAH SEBENARNYA YANG TERDAPAT DI
SUVARNABHUMI??

Beribu-ribu tahun dahulu,tidak tahu bila,seorang dewa bernama Rama mencari


permaisuri yang dicintainya,Sita yang telah diculik Ravana,seorang dewa yang berwatak
jahat di sebuah tempat yang menakjubkan digelar SUVARNADVIPA.Mungkin Dewa
Ravana mempunyai negarakota emas yang menakjubkan di situ.Beribu-ribu tahun
dahulu;mungkin selepas cerita dewa-dewi kayangan Ramayana itu,para Firaun
Mesir,secara rahsia mengimport rempah-rempah dan kapur barus di sebuah tempat
bernama Barus di SUVARNADVIPA ini.Anehnya,para Firaun ini mendakwa nenek
moyang mereka berasal dari tanah ini,yang digelar...

'THE LAND OF THE GODS'

Kita patanga urga cha meka


Hatva kimi sujjhati makhika cha
Eti hi Dhamma anaryarupa:
Kambojakanam vitaha bahunnan ti:

(Bhuridatta Jataka VI, p 208, trans by Cowell)

Sejarah keagungan sesuatu bangsa boleh lenyap,jika bangsa itu tidak punya jati
diri,melakukan kesilapan demi kesilapan atau tidak mengikuti perubahan teknologi dan
ilmu pengetahuan.Walaupun pada satu-satu masa bangsa itu pernah membina negarakota
dan kerajaan,namun semua itu tidak mustahil boleh hilang tidak berjejak sekiranya
177

bangsa itu tidak kuat menahan cabaran dan dugaan.Jika 'para dewa' pun boleh tewas di
tempat sendiri,apatah lagi bangsa yang bernama Melayu ini yang dikurniakan 'Tanah Para
Dewa'

Ini tidak menghairankan,bagaimana sejarah bangsa Arab yang dahulunya adalah para
guru kepada orang Eropah yang berada di Era Kegelapan,telah menjadi apa yang kita
saksikan sekarang.Dahulu,di kota gedung ilmu,Baghdad...orang-orang Eropah ini
tertunduk-tunduk menyalin sekelumit ilmu dari guru-guru agung setaraf Ibnu Sina dan
Al-Biruni,namun kini anak cucu mereka yang menjadi canggih dan hebat hasil ilmu dari
kota ini telah melanggar kota ini dan membedilnya malah memalukan penduduknya.

Jika ini terjadi kepada bangsa Arab,tidak mustahil ia akan terjadi di sini.Jika dahulu
bangsa Monggol amat digeruni Timur dan Barat dengan kekuasaan tenteranya yang tidak
mengenal penat dan lelah serta suka berperang,kini apakah yang kerajaan Monggol ini
boleh buat apabila seorang rakyatnya dibunuh di sini.Tiada apa yang mampu
dilakukan,kerana bangsa Monggol pada hari ini bukanlah Monggol ketika era Kublai Khan
dan Gengkhis Khan.Malah China juga menekan bangsa Monggol sehingga negaranya
sekecil yang ada sekarang,padahal bangsa ini pernah menakluk seluruh China dahulu.Jika
peristiwa ini terjadi di zaman keagungan Monggol dahulu,sudah tentu Kublai Khan akan
mengarahkan bala tenteranya melanggar Tanah Melayu ini,membunuh para
penduduknya,menjarah tanah-tanahnya,dan membumihanguskan kota-kotanya.Bangsa
Turki yang dikurniakan amanah khilafah selepas bangsa Arab tidak layak lagi
memegangnya,pernah menakluk empayar yang amat luas dan punyai kekuatan
ketenteraan yang hebat sehingga bangsa Eropah meminta bantuan mereka ketika Perang
30 Tahun (The Thirty Years' War) dan sekali lagi dalam Perang Dunia Pertama.Akhirnya
semua itu memakan diri akibat semakin lemah menghayati ajaran Islam dan menyokong
pemimpin yang anti-Islam.
178

Kita boleh menyelusuri sejarah tamadun Melayu seawal kerajaan Funan dan Champa
(pasti ada yang lebih awal tetapi masih dalam kajian),sejarah penubuhan kerajaan mereka
yang lebih awal dari sejarah Thailand,Kemboja dan Vietnam,puncak kegemilangan
mereka dan kejatuhan mereka.Kita belajar dari sejarah kita di sana yang diyakini 94%
orang Melayu hari ini tidak tahu langsung tentang tamadun mereka yang hilang di
IndoChina dan menganggap Vietnam dimulakan oleh orang Viet,Thailand dimulakan oleh
orang Tai,Burma tidak ada warisan Melayu atau Kemboja itu memang asalnya milik orang
Khmer.Kita belajar bagaimana mereka membina negarakota-negarakota sebagaimana
Ur,Uruk,Nineveh,Kish dan Babylon.Dan kita belajar sebab-sebab kejatuhan mereka,serta
betapa ramai kaum di dunia sebenarnya mengidamkan kekayaan di The Land of The
Gods.

Funan

“A culture is made...or destroyed...by its articulate voices.”

(Ayn Rand,Russian born American Writer and Novelist, 1905-1982)

Kerajaan ini sempat dikesan kerana terdapat dalam rekod-rekod Cina.Kerajaan Melayu
Funan bukanlah kerajaan orang gua yang membina ran di atas pokok,tetapi kerajaan
hebat yang menjalankan urusniaga sehingga ke kota-kota Rom dan Yunani berdasarkan
artifak-artifak Eropah Kuno yang dijumpai di Vietnam.Rekod-rekod Cina menyebutkan
kerajaan ini sebagai Funan atau B'iu-nam dan kewujudan telah disedari seawal abad
pertama Masehi.Nama ini juga muncul dalam rekod-rekod China sekitar 221-280 Masehi
dan hilang pada abab ke-7 Masehi.Mengikut Briggs (L.P.Briggs;1999:12) ada
kemungkinan Funan hilang dari sejarah sekitar tahun 627 Masehi atau tidak lama selepas
itu.Kewujudan kerajaan purba ini cuma dikesan melalui sumber-sumber Cina dan
179

sejumlah prasasti-prasasti yang ditinggalkan.Di samping menggunakan nama-nama


Sanskrit,raja-raja negeri ini juga menggelarkan diri mereka sebagai Sailenraja atau 'Raja
Gunung'.Dalam bahasa tempatan ia digelar 'kurung bnam' yang juga bermaksud 'raja
gunung'.Bangsa Funan dikenalpasti dari rumpun Melayu (D.G.E Hall;1979:34)

Pusat pemerintahannya terletak di bahagian hilir Sungai Mekong,namun kawasan


pemerintahan meliputi selatan Vietnam,lembah tengah Mekong,lembah Chao Phraya dan
Semenanjung Tanah Melayu.Walaupun kota dan pelabuhan utamanya,Oc-Eo terletak di
pinggir Teluk Siam,akan tetapi ibukotanya Wijayapura (Wyadhapura) terletak lebih
kurang 200 km dari laut berhampiran bukit Ba Phnom.

Perkhabaran pertama tentang kerajaan Melayu Purba ini diperoleh daripada tulisan
perwakilan Cina yang melawat negara itu sekitar pertengahan abad ke-13
Masehi.Perwakilan itu terdiri daripada K'ang T'ai dan Chu Ying.Menurut laporan K'ang
T'ai,yang dikutip oleh T'pai P'ing Yu Lan (ditulis antara 977-983 Masehi),raja pertama
Funan adalah Houen-Chen (Hun-T'ien) atau nama Sanskritnya Kaundinya.Dikatakan
beliau datang dari India ataupun dari Tanah Melayu atau dari Kepulauan Indonesia pada
hari ini.Legenda tempatan menyatakan bahawa Kaundinya telah berkahwin dengan
seorang Wanita bernama Daun Teratai atau dalam rekod Cina disebut Liu-Yeh.Selepas itu
dikatakan Kaundinya ini menjadi raja.

Dalam rekod Dinasti Chin ada menyebut tentang Funan ini:

Lebar wilayahnya 3000 li,Terdapat kota-kota bertembok,istana dan rumah di


dalamnya.Lelakinya hodoh dan hitam,rambut mereka keriting.Mereka mundar-mandir
tanpa pakaian dan berkaki ayam.Mereka hidup secara mudah dan tidak mencuri.Mereka
menjalankan pertanian.Disamping itu mereka gemar mengukir perhiasan dan
memahat.Banyak pinggan-mangkuk yang mereka gunakan untuk makan diperbuat dari
perak.Cukai dibayar dengan emas,perak,mutiara dan minyak wangi.Mereka mempunyai
buku,arkib dan sebagainya.Tulisan mereka menyerupai tulisan Hou.Perkahwinan dan
upacara pengebumian mereka pada keseluruhannya sama dengan yang terdapat di Lin-yi.
(B.R Chatterji;1964;18)

Namun dalam versi lain yang tertulis dalam inskipsi Champa ada mencatatkan seorang
Brahmin bernama Kaundinya telah berkahwin dengan seorang puteri bernama
Soma,anak raja naga.Daripada keturunan merekalah Funan dan segala takluknya
diperintah.
180

Sebelum kedatangan pengaruh India,kedudukan wanita dalam masyarakat agak


tinggi,malah mereka menerima pemerintahan seorang wanita menunjukkan budaya
Melayulah paling toleran dan amat demokrasi berbanding budaya-budaya lain.Satu
contoh lain yang terkenal adalah Ratu-ratu Pattani yang digambarkan dalam filem Queens
of Langkasuka.Di dalam legenda Funan ada menyebutkan
bagaimana Liu-Ye seorang raja perempuan Funan telah memimpin sekumpulan pelaut
Melayu menyerang kapal-kapal perdagangan yang melintasi laut mereka.

Kerajaan Funan inilah yang dapat dikesan setakat ini sebagai tamadun rumpun Melayu
yang pertama (yang wujud dalam abad ke-1M hingga pertengahan abad ke-6M) atau jika
hendak dikembangkan lagi atas nama Kerajaan Chenla (mengenangkan pengasasnya
memang warisan Funan) sehingga 800M. Pusat pemerintahan Kerajaan Funan ialah di
Vyadhapura, berhampiran dengan Phnom Penh sekarang, yang dihubungkan dengan
terusan ke sebuah pelabuhan bernama Oc-eo atau Oc Eo di Vietnam sekarang, Provinsi
Long Xuyen. Kerajaan Funan merangkumi sebahagian besar Indo-China sekarang hingga
ke negeri-negeri di utara Semenanjung Malaysia sekarang. Dalam abad ke-3M hingga ke-
6M seluruh Thailand Selatan dan negeri-negeri di utara Semenanjung Malaysia sekarang
ini berada di bawah Funan. Nama Kerajaan Funan ini sekaligus memberi makna “Melayu”
itu sendiri. Perkataan Funan itu ialah ejaan bahasa Melayu moden kepada transkripsi
bahasa China abad wujudnya Funan itu: Founan, Fou-nan atau Fou-Nan yang merujuk
kepada Phnom bahasa “Melayu”-Mon-Khmer purba yang dalam bahasa Melayu kini ialah
“Gunung”. Perkataan Phnom itu hidup sampai sekarang di Kemboja seperti pada nama
ibu negaranya sekarang, Phnom Penh, itu yang jika diistilahkan dalam bahasa Melayu
sekarang ialah “Gunung Banang” (“Gunung Banang” amat popular dalam puisi, nyanyian
dan lagenda Melayu sehingga menjadi judul lagu asli, mungkin kerana nostalgia Melayu
kepada Phnom Penh dan adanya legenda Melayu kononnya seorang adik Puteri Gunung
Ledang itu namanya Puteri Gunung Banang yang diam di Gunung Banang di Johor). Ini
menunjukkan bangsa yang berkerajaan di Kemboja itu ialah bangsa Uran Phnom (Orang
Gunung; perkataan uran ialah transkripsi perkataan “Melayu” purba yang sudah ada di
prasasti Campa abad ke-4M dalam aksara Hindia Palawa itu) yang disebut dengan
pelat/loghat Chinanya sebagai Orang Funan. Apabila keturunan raja Funan ini lari dari
Kemboja dan menubuhkan kerajaan barunya di Jawa Barat, maka kerajaan baru itu
dinamai Sailendra (abad ke-7M hingga ke-8M) kerana ingin juga merujuk kepada asal-
usulnya, “Orang Gunung” itu, kerana perkataan Sailendra/Silindra itu pun memang
bermaksud “Tuan Mulia Orang Gunung”, malah ada istilah “Sailaraja” yang bermaksud
“Raja Orang Gunung”.

Berkata perihal 'Bangsa Gunung',satu lagi bukti tentang orang Melayu asalnya “orang
181

Gunung” ialah daripada tulisan Manansala,seorang sarjana sejarah.Beliau mencatat satu


sumber China abad ke-3M lagi yang mengandungi rujukan kepada bangsa Melayu ini
sebagai Kunlun dalam ungkapan Kunlun-po yang bermaksud “kapal Orang Gunung” (po
ialah sebutan China kepada perkataan “kapal” sekarang; manakala kunlun itu satu lagi
lafaz China dahulu (loghat/dialek lain) kepada pnom/phnom atau “gunung” itu, selain
daripada Funan itu. Kapal Kunlun ini diperihalkan oleh sejarawan China abad ke-3M yang
bernama Wan Chen yang katanya sampai kadang-kadang 200 kaki (sekitar 60m) panjang
dan setinggi 20 kaki (sekitar 6m), dan boleh bermuatan sehingga 600-700 orang dan
kargo seberat sehingga 900 tan (Fakta ini memang selalu dipetik oleh para pemuka teori
“Budaya Gelombang” termasuk Geldern bagi membuktikan kemampuan berlakunya
penghijrahan orang dahulu kala mengharungi lautan-samudera raya sekalipun, walaupun
kesimpulan yang lebih pentingnya, ialah betapa tingginya tamadun rumpun Melayu sejak
abad ke-3M lagi itu yang sekaligus membayangkan kehebatan ilmunya termasuklah
kepemimpinan dan kepengurusannya. Kapal sebegini masih dapat disaksikan lukisannya
di dinding candi Borobudur di Yogyakarta, Jawa Tengah, iaitu hasil binaan arkitek
rumpun Melayu zaman Sriwijaya dan Sailendra abad ke-8M itu, yang mendahulu Wat
Angkor di Kemboja itu. Candi Borobudur ini dianggap satu daripada benda ajaib di dunia,
malah segi seni binanya lebih ajaib daripada piramid/ahram itu. Catatan sarjana China
terkenal abad ke-7M bernama I-Ching (yang berada di Palembang beberapa tahun untuk
menyalin kitab-kitab yang diminatinya dalam bahasa Melayu purba atau kuno ini),
dengan jelas merujuk bahasa dan bangsa di Palembang itu sebagai bahasa dan bangsa
Kunlun juga . Pengkaji sejarah Malaysia umumnya menggunakan istilah “Melayu purba”
dan “Melayu kuno” (iaitu “ancient Malay”) dengan maksud yang sama, iaitu untuk
rumpun Melayu dari abad ke-2M hingga abad ke-12M (kedatangan Islam). Lebih awal
daripada sumber China ini, mengikut Manansala itu juga, dalam sebuah tulisan orang
Yunani dalam abad pertama Masihi, Periplus Maris Erythraei, yang diterjemah kepada
Inggeris 1912 sebagai The Periplus of the Erythraean Sea (Pelayaran ke Lautan Hindia)
yang diterbitkan oleh Longman dan baru-baru ini diberi ulasan lagi oleh Casson terbitan
Princeton Univ. Press 1989 ada memerihalkan kapal-kapal dari tempat yang dinamainya
Chryse di Kepulauan Melayu ini dan kapal itu dinamainya Kolan-diphonta atau
terjemahan harfiahnya “kapal-Kolan”, dan perkataan Kolan itu ialah versi Yunani kepada
versi China, Kunlun itu.

Mengikut sumber China, raja-raja Funan yang dicatatnya ialah Fan-shih-man (205M-
225M), Fan Shi-Shen 225M (mati dibunuh oleh sepupunya Fan Chan), Fan Chan (225M-
330M), Fan Hsun (240/245M-250/285M), Jayavarman (iaitu Jayavarman I, yg
memerintah 478M-514M), Rudravarman (yang memerintah 514-539M dan dianggap raja
Funan terbesar yang terakhir). Mengikut sumber lainnya (Hindu dan prasasti), terdapat
182

beberapa orang raja Funan lagi seperti Chandan yang memerintah sekitar 350M,
Bhavavarman I sekitar 560M-570M dan Isanavarman (616-635M), walaupun sesetengah
ahli sejarah mengatakan Bhavavarman I dan Isnavarman ialah raja Chenla, kerana dalam
tempoh itu Chenla dan Funan dalam proses penyatuan, penyerapan atau pendominasian
seperti yang dibicarakan nanti, malah Isanavarman dianggap menawan Funan pada 628.
Pada kemuncaknya (kira-kira abad ke-5M), Empayar Funan merangkumi delta Mekong
(sebahagian besar daripada Kampuchea dan Vietnam sekarang yang masa itu dikenali
sebagai Campa dan Dai Viet), sebahagian besar Thailand sekarang (masa itu terkenal
dengan Siam), Myanmar Selatan sekarang, hingga ke sebahagian besar Semenanjung
Malaysia sekarang yang pada masa itu dikenali sebagai Langkasuka.

Keagungan Funan dalam bidang ilmu pengetahuan menyebabkan Dinasti China


mengimport sarjana-sarjana Funan seperti Nagasen (sarjana yang diutus ke China 480M),
dan Madrasena (sarjana yang diutus ke China pada 503M) untuk menjadi pensyarah
kepada pegawai-pegawai dan cendekiawan China.Lihat,dahulu bangsa Melayu adalah
bangsa yang pakar dalam pelbagai bidang ilmu sehingga Emperor China pun terpaksa
meminjamkan sarjana Melayu untuk mendidik bijak pandai mereka.

Tidak hairanlah ketika era Srivijaya,kelayakan seorang pendeta Buddha di China tidak
lengkap jika tidak mendapat pengiktirafan dari universiti-universiti Srivijaya.

Pengganti kerajaan Funan ialah sebuah negeri peufti Funan juga (Chenla namanya, tetapi
mungkin sekali suku kaum yang berbeza, walaupun serumpun agaknya), malah raja
Chenla yang menawan Funan itu, Bhavavarman I, ialah cucu raja Funan bernama
Rudravarman yang hebat itu. Agaknya Bhavavarman I sedar akan kemungkinan besarnya
yang beliau tidak mungkin menjadi raja Funan, maka beliau pun berkahwin dengan
seorang putri raja Chenla (negeri di daerah Laos sekarang tetapi dewasa itu di bawah
naungan Funan) yang bakal menjadi raja kerana ketiadaan putra raja, dan seterusnya
beliau menjadi raja Chenla itu sehingga mampu menawan Funan pula. Dengan
kemenangan itu, Bhavavarman I (walau berasal daripada keluarga raja Funan tetapi
dipengaruhi oleh permaisurinya) mula menghakis kebudayaan Funan dengan men-
Chenla-kan (meng-Kambuja-kan?) kerajaan Funan sehingga pada zaman raja Funan-
Chenla bernama Isnavarman itu dikatakan berjaya sepenuhnya dalam penyatuan Funan
dengan Chenla dengan penubuhan ibu negaranya yang baru bernama Sambor sekitar
40Km drp Angkor. Tidak hairanlah tarikh penawanan Funan oleh cucu raja Funan itu
seringlah dianggap tarikh kejatuhan Funan dan bermulanya kerajaan baru, kerajaan
Chenla, yang berupa tunas pembentukan kerajaan Khmer purba yang dikenali sebagai
Kambujadesa dan kemudiannya dirujuki oleh ahli sejarah barat sebagai Empayar Angkor.
183

Seperti yang telah dijelaskan di atas, kerajaan Funan dijatuhkan oleh sebuah negeri peufti
Funan yang dikenali oleh Khmer sebagai Kambuja atau Chenla mengikut catatan China
pada pertengahan abad ke-6M. Kerajaan baru ini mula dikenali pada 613M apabila ibu
negaranya berpindah ke Isanapura di Sambor Prei Kuk di daerah yang kini dinamai
Kampong Thom di Kampuchea. Namun kerajaan baru ini tidak dapat bertahan di
pesisiran pantai kerana serangan orang-orang dari Malaysia dan Indonesia sekarang yang
mereka merujuknya sebagai Jva sahaja (sama seperti Arab menyebut orang Jawa atau
Jawi hingga sekarang) yang tentunya dari kerajaan Sailendra/Saliendra berpusat di Jawa
yang sedang menjadi kuasa besar pada kurun yang sama itu. Sebenarnya kerajaan
Sailendra ini diasaskan oleh raja Funan yang lari ke Jawa apabila dikalahkan oleh raja
Chenla itu. Oleh itu kerajaan Chenla/Kambuja pengganti Funan itu mengundur ke
bahagian pedalaman Kampuchea sekarang dan membina kekuatan di situ bermula
daripada seorang rajanya yang bernama Jayavarman II (sebenarnya seorang raja warisan
daripada raja Kambuja atau Chenla yang menjatuhkan Funan dahulu, malah Jayavarman
I ialah raja Funan 478-514) yang apabila berjaya memperkuatkan takhta kerajaannya lalu
mengisytiharkan dirinya sebagai deva-raja pada 802 dan memerintah sehingga 834.
Jayavarman memang bermakna “pelindung yang berjaya”. Ada ahli sejarah menganggap
beliaulah raja tamadun Khmer purba yang pertama yang juga sering di rujuk sebagai raja
Tamadun Angkor yang pertama, atau pelandas/pembangun Tamadun Angkor.

Kemuncak kerajaan Chenla ini ialah di bawah rajanya yang bernama Jayavarman I sekitar
750M. Tidak hairanlah ahli-ahli sejarah Kampuchea menganggap kerajaan Funan itu
sebagai kerajaan pra-Chenla, pra-Kambujadesa atau pra-Angkor, kerana tamadun
Kampuchea bermula dengan Tamadun Funan dan berkemuncakkan dengan Tamadun
Kambuja yang berpusat di Angkor yang terkenal dengan binaan Wat/Vat Angkor pada
abad ke-12M yang terkenal sebagai satu daripada benda ajaib dunia, walaupun secara
rasminya nama Kambujadesa ini mungkin sekali bermula pada pertengahan abad ke-10M
sahaja, iaitu zaman Raja Khmer purba yang bernama Rajendravarman seperti yang
diterangkan sebelum ini. Namun sesetengah ahli sejarah mengatakan nama Kambujadesa
atau Kambuja (dengan ejaan Rumi Melayu-nya mulai abad ke-20M sebagai Kemboja
kerana masalah perubahan ejaan dari yang asal kepada Jawi dan ke Rumi) itu dipakai
antara 9M hingga 13M. Jelaslah Kambujadesa (atau Kambuja sahaja, yang mengikut ejaan
Rumi Melayu-nya, Kemboja, dan ejaan yang dipengaruhi oleh Perancis atau Inggeris ialah
seperti Kamboja, Cambodia, Cambodge dan kini Kampuchea) memang sukar dipisahkan
dengan Funan dan kerajaan rumpun Melayu purba. Tamadun Funan dengan tamadun
Angkor memang akrab sehingga seni bina Angkor dengan Funan memang sukar
dibezakan seperti yang dipaparkan dalam buku Briggs (1951/1999). Ini menimbulkan
persoalan tentang pengiktirafan ahli sejarah yang mengiktiraf tamadun Funan sebagai
184

tamadun rumpun Melayu terawal tetapi tidak pula mengaitkannya dengan tamadun-
tamadun Mon-Khmer purba selepas itu (Kambujadesa dan Angkor), mungkin semata-
mata kerana bahasa Mon-Khmer dikatakan serumpun dengan Orang Asli Malaysia seperti
Sakai itu, iaitu bahasa Austranesia, sedangkan bahasa Melayu dikelaskan sebagai bahasa
Polinesia. Atau bagi setengah pihak, bahasa Melayu sebagai bahasa Austranesia tetapi
bahasa Mon-Khmer bukan bahasa tersebut.

Jika dihitung prasasti yang dirakamkan oleh Majumdar (1953), zaman kerajaan Funan-
Chenla ada meninggalkan 200 buah prasasti (batu bersurat) yang 80 daripadanya dalam
bahasa Mon-Khmer purba yang dikatakan ada hubungan dengan bahasa Melayu Purba itu
dan yang tertuanya bertarikh 531 Syaka/Saka/Shaka (=609M). Prasasti zaman Funan
sebenar (sebelum abad ke-6M) dianggarkan oleh Muhammad Alinor (pengkaji gigih
tamadun Funan di UKM) hanya sebanyak 11 buah yang juga dalam bahasa Sanskrit dan
Mon-Khmer. Di antara prasasti Funan-Chenla itu ada simbol sifar yang tertua tarikhnya
(awal abad ke-7M) dan sekaligus kita boleh menyimpulkan sistem angka perpuluhan yang
tertua di dunia wujud pada prasasti zaman tamadun Funan-Chenla ini kalaupun bukan
zaman kerajaan Funan sebenar-benarnya. Walau bagaimanapun, setakat ini, yang
jelasnya bahasa pada prasasti Funan itu ialah Sanskrit dan Mon-Khmer sahaja, walaupun
mengikut Sharan (1974) Funan ada bahasanya sendiri (rumpun Melayu?) yang
menggunakan aksaranya sendiri (dipercaya diperkenalkan oleh Saka atau Syaka, seorang
Brahmin India di Funan) yang berasaskan aksara Sanskrit itu.

Selain daripada itu Funan juga ada sistem percukaian tersendiri (termasuk impot-ekspot),
dan perakaunan yang cukup mantap. Sebahagian daripada kemampuan ini ialah kerana
ternyata Funan mempunyai sistem angka perpuluhannya yang tersendiri yang
mengandungi angka (simbol nombor) sifar/kosong yang tertua di dunia (selewat-lewatnya
pada awal abad ke-7 lagi seperti yang disebut di atas, dan besar kemungkinannya dalam
abad ke-6 lagi) jauh lebih awal daripada sistem angka Muslim atau Hindu yang biasanya
dikatakan tertua di dunia itu. Kajian pentadbiran Tamadun Kambujadesa mulai abad ke-7
Masehi yang dilakukan oleh Sharan (1974) itu sedikit-sebanyaknya dapat juga
memberikan gambaran lebih terperincinya lagi akan pencapaian pengurusan dan
pentadbiran Funan, walaupun kajiannya semuanya berasaskan prasasti Kambuja yang
dalam bahasa Sanskrit sahaja. Kajian sepertinya untuk prasasti dalam bahasa Mon-Khmer
purba itu nampaknya belum dilakukan hingga kini.

Champa
185

"Hanyut tanah tak bertuan


Rakyat tidak bertuan
Ditabal aku di Segara Masin
Raja gelar..."

(Silkhannaz -Merong Mahawangsa)

Sebuah lagi kerajaan rumpun Melayu purba yang sebahagian tempoh kewujudannya selari
dengan Kerajaan Funan ialah Kerajaan Campa di Vietnam yang tidak kurang dilupai oleh
orang rumpun Melayu kini walaupun kewujudannya terus berlarutan serentak dengan
zaman kesultanan Melaka hingga abad ke-15M (akhir-akhir abad ke-2M hingga pada
1471). Pelarian orang Champa inilah yang kini menjadi orang Champa di Kemboja itu dan
lamanya orang Campa ini di Kemboja itu dan hampir sudah tiadanya orang Campa di
Vietnam itu menjadikan orang Champa kini dikenali sebagai orang Kemboja sahaja. Jika
bahasa bagi orang Funan itu tidak begitu jelas ke-Melayu-annya kerana prasasti Funan
yang dijumpai setakat ini sama ada bahasa Sanskrit, bahasa Mon (peribumi Indocina yang
kebanyakannya di Kemboja, Myanmar dan Thailand Utara) atau Khmer sahaja, tetapi ke-
Melayu-an bahasa Campa hampir tidak dipertikaikan lagi. Hubungan bahasa Mon dan
Khmer itu dengan bahasa Melayu dikatakan samalah dengan hubungan bahasa Melayu
dengan bahasa Orang Asli di Semenanjung Malaysia (Lihat umpamanya pandangan
Wilkinson 1911), tetapi bahasa Melayu Campa memang sudah diperakui sebagai bentuk
bahasa Melayu Purba/Kuno atau satu daripada loghat/dialek bahasa Melayu, yang banyak
perkataannya masih hidup dan sama atau dapat dikenali hingga sekarang (lihat
umpamanya kamus bahasa Campa-Melayu oleh Po Dharma 2000).

Champa merupakan sebuah kerajaan yang bertamadun tinggi pada satu ketika dahulu.
Kedudukan kerajaan yang baru sahaja lenyap itu terletak di bahagian tengah Vietnam
186

sekarang. Kewujudannya telah terbukti dari dokumen-dokumen Cina sejak tahun 192
Masehi. Hasil kajian epigrafi, catatan-catatan Cina, orang Eropah mahupun Vietnam dan
Arab telah mengatakan bahawa kerajaan Campa terletak di tanah-tanah rata sepanjang
persirian pantai laut China Selatan (sebelumnya dipanggil: Laut Champa) dan dataran-
dataran tinggi di barat tanah rata2. Kini kerajaan Champa telah dipadam dari peta dunia
sejak tahun 1832 oleh seorang maharaja Vietnam yang bergelar Minh Menh.

Penduduk kerajaan Champa terdiri daripada orang Cham, yang mendiami kawasan
persisiran pantai, dan yang lain mendiami dataran tinggi3. Mereka yang tinggal di dataran
ini dibahagikan kepada dua kelompok. Pertama, kumpulan rumpun bahasa Austronesia,
yang disebut Chamik. Ia terdiri dari orang Cham sendiri serta Jerai, Rade, Cru dan Raglai.
Kedua, ialah kelompok yang terdiri daripada orang Ma, Mnong, Sre, Stieng dan orang
Bahnar. Mereka dari rumpun Austroasiatik, kumpulan Bahnarik.

Campa meninggalkan sebanyak 98 buah prasasti (batu bersurat) dalam bahasa Melayu
(Purba/Kuno) dan 29 buah prasasti dwibahasa (Sanskrit-Melayu), 43 buah prasasti dalam
bahasa Sanskrit yang ditulis pada Zaman Kerajaan Campa itu dan dijumpai di Vietnam.
Prasasti yang tertuanya dalam bahasa Melayu itu bertarikh sekitar kurun ke-4M dan di
prasasti itu terpancar adanya pemerintahan Melayu yang bersistem di Vietnam itu.
Prasasti tertua zaman Kerajaan Campa itu yang ditulis dalam bahasa Sanskrit ialah yang
bertarikh 192M. Hampir semua prasasti ini sudah ditranskripsi ke Rumi dan diterjemah
kepada bahasa Perancis. Dalam Majumdar terdapat 130 buah manuskrip yang diterjemah
kepada kepada Inggeris. Hanya sedikit sahaja yang diterjemah ke dalam bahasa Melayu
kini. Status mutakhirnya mengikut para ilmuwan sejarah Malaysia seperti Shaharir Mohd
Zin dan Mohammad Alinor Abdul Kadir,prasasti Campa yg ditemui hingga kini ialah
berjumlah 205 buah: 109 dalam Melayu Campa, 29 bahasa campuran dengan Sanskrit
dan 23 buah yang belum diketahui bahasanya. Prasasti Khmer purba pula sekitar seribu
buah: 45% drpnya dalam bahasa Khmer purba, 30% Sanskrit dan selebihnya bahasa
campuran Khmer-Sanskrit. Usaha sedang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik
etnomatematik di INSPEM, UPM untuk menterjemah semuanya kepada bahasa Melayu
kini. Sebenarnya orang-orang Campa masih menulis walaupun selepas negaranya hancur.
Malah mengikut Mohamad Zain (1993), seorang keturunan Campa sendiri dan kini
menjadi pensyarah sejarah di UKM menyatakan ada 438 buah manuskrip Campa (dalam
aksara Jawi, aksara Campa dahulu atau aksara Vietnam) yang tersimpan di beberapa buah
perpustakaan di Perancis terutamanya di EFEO (Ecole Francais d’Extreme-Orient).
Perkembangan terbarunya, ada dilaporkan terdapatnya manuskrip lain lagi di AS dan UK
yang menambahkan lagi bilangan ini.
187

Nama raja Campa yang tertulis pada beberapa buah prasasti (kerana kehebatannya) ialah
Raja Bharavarman I yang memerintah dalam abad ke-6M. Raja-Raja Campa yang lain
ialah (mengikut Internet 1.11) terdapat lima raja sebelumnya (Sri Mara 192M, Fan
Hsiang/Hiong (270M), Fan Yi (284-336M), Fan Wen (336-349M) dan Fan Fo (349M-?).
Kemudian 3 orang selepas Bharavarman I dan beberapa orang bernama Fan lagi
termasuklah Fan Yang Mai (431M), diikuti oleh beberapa lagi termasuk Rudravarman I
(529M), Prakadasadharma atau Vikrantavarman I & II (653-730M), Rudravarman II
(749), Rudravarman III (1061-1074M, menyerang Vietnam Utara 1068M)…… Jaya
Simhavarman I (898M), II (1030-1044M), III (meninggal 1307M dan dikenali sebagai Che
Man oleh Vietnam atau Pou-ti oleh China), IV (1307-1312M), V (1400-1441M)…….Che
Bong Nga (1360-1390M, raja Campa terakhir yang kuat) diganti oleh Raja Jaya
Simhavarman Sri Harijatti atau La Ngai oleh Vietnam (mati 1400) ……P’an-Lo T’ou-
T’siuan (1460-1471, tahun 1471 ialah tahun kekalahan teruk Campa Vijaya oleh raja
Vietnam Le Loi sehingga 40 ribu orang Campa dibunuh dan lebih daripada 30 ribu diusir
keluar Vijaya).

Sejarah kerajaan Campa didominasikan oleh siri peperangan dengan jirannya dari utara
iaitu Vietnam yang lahir pada tahun 939. Peperangan pertama antara kerajaan Campa
yang berpengaruh India dan Vietnam yang berpengaruh Cina berlaku pada tahun 982.
Berhadapan dengan kemunculan kuasa baru Dai Viet (Vietnam) ini, sedikit demi sedikit
sempadannya ditolak ke selatan. Dalam proses perluasan wilayah Dai Viet tersebut yang
dikenali Nam-tien iaitu kemaraan orang Viet ke Selatan, sempadan utara Champa
terpaksa berpindah buat kali pertama pada tahun 1069.
188

Setelah itu sempadannya terpaksa berpindah lagi ke Selatan pada tahun 1306, dan pada
tahun 1471 sempadannya telah berpindah ke kedudukan baru iaitu apabila Vijaya
dimusnahkan sama sekali. Tarikh ini juga dipercayai sebilangan pengkaji sebagi tarikh
tamatnya identiti kerajaan Campa. Kehancuran Vijaya ini dilakukan oleh satu pasukan
tentera Viet sekuat 250 000 orang. Sejumlah besar dari 90 000 orang Cham telah
terkurban dan yang selebihnya dibawa ke negara Viet.

Walaupun pada tahun 1478M, raja Campa Bo Tri Tri menguasai Vietnam selatan
sekarang, di Kauthara dan Panduranga, dan kerajaan Campa baru ini diiktiraf China,
namun keadaannya “hidup segan mati tak mahu” sahaja. Kerajaan Campa baru ini
dikatakan berupa kerajaan yang rajanya beragama Islam dan membuat hubungan baik
dengan kerajaan rumpun Melayu Islam di Alam Melayu ini seperti Kerajaan Melaka, dan
Johor-Riau. Dalam keadaan diasak oleh Vietnam, raja Campa Islam bernama Po Klau
Halu (1579-1603M), masih mampu menghantar pasukan tenteranya membantu kerajaan
Johor menentang Portugis. Pada 1653M kerajaan Campa mengecil lagi sehingga hanya
tinggal di Pandurangga (Phanrang sekarang) sahaja. Akibat peperangan saudara kerajaan
Vietnam, kerajaan Campa Panduranga tersepit dan rajanya Po Cei Brei pada 1802M
bersama ribuan pengikutnya lari ke Kampuchea. Raja Campa di Panduranga sejak itu
berupa patung kerajaan Vietnam sahaja. Kebangkitan orang Campa menentang Vietnam
cukup acap kali berlakunya tetapi yang agak besarnya (ramai yang mengatakan terakhir
besarnya) ialah pada 1833-1935 di bawah pimpinan mujahid Katip Sumat dan nasionalis
Ja Thak Va. Kematian mereka ini boleh dikatakan menamatkan riwayat penentangan
Campa di Vietnam, walaupun saki baki pemberontakan orang-orang Campa (bersama-
sama dengan peribumi Indochina yang lain) berjaya membentuk pakatan pemberontakan
yang bernama FLM=Front de Liberation des Montagnards = Barisan Kebebasan Penghuni
Gunung 1955 dan menukar namanya kepada BAJARAKA = Bahnar+Jarai+Rade+Kaho
(nama suku-suku kaum Campa) 1958 dan kemudiannya bersatu dengan beberapa barisan
pemberontak di Kemboja termasuk FLC= Front de Liberation du Champa = Barisan
Kebebasan Campa yang ditubuhkan oleh Kol. Les Kosem, Kolonel Cam di Kemboja lalu
189

menjadi FULRO=Front Unifie de Lutte des Races Oprimees = Gabungan Barisan


Pembebasan Bangsa-Bangsa Tertindas) 1963. Barisan kebebasan Campa ini melancarkan
beberapa kali pemberontakan di Vietnam selepas tahun 1955 itu (Lihat Mohammad Zain
dan Nik Hassan Suhaimi 2004, dan Po Dharma 2005b). Mereka ini mahu kuasa autonomi
di kawasan pergunungan di Vietnam Tengah (Provinsi Kontum) kawasan yang didiami
khas oleh orang-orang Campa (mendapat perlindungan) pada masa pemerintahan
Perancis di Vietnam dahulu. Kawasan ini di rampas oleh kerajaan Vietnam sejak
pemerintahan Ngo Din Diem untuk penempatan pelarian Vietnam Utara pada 1955 dari
tekanan komunis.

Pemberontakan FULRO yang agak besar kerana mendapat sokongan kerajaan Kemboja
ialah pada 1964 tetapi gagal sepenuhnya. Pada 1973 lagi sekali pemberontakan FULRO di
bawah Kpa Koi berlaku bersama komunis dan berjaya merampas wilayah pergunungan
Vietnam Tengah itu. Namun pada 1975 komunis Khmer Rouge berjaya menawan Kemboja
dan Jen. Les Kosem pun lari ke Perancis dan semua pemimpin FULRO yang lain
ditangkap dan dibunuh bersama-sama ratus ribuan, malah dilaporkan jutaan, orang
Khmer, satu pembunuhan beramai-ramai yang bersistem dan terkenal itu, tetapi tidak
begitu dihebah-hebahkan sangat di Alam Melayu ini kerana kepekaan rumpun Melayu
ketika itu pun kepada orang Campa sudah hampir tiada, atau tidak setinggi terhadap
Melayu Patani lagi. Pada 1979 Khmer Rouge memaksa FULRO yang diketuai Kpa Koi
bersatu dengannya untuk melawan Komunis Vietnam dan Khmer Rouge berjaya pada
1994, tetapi FULRO tiada mendapat apa-apa, malah terus ditindas lebih teruk lagi!
Selepas itu FULRO meminta Bangsa-Bangsa Bersatu membenarkan FULRO berhijrah ke
Amerika Syarikat dan terus berjuang dari jauh. Pada 2001 kaum minoriti di Vietnam
Tengah (dengan sokongan FULRO?) memberontak lagi dan kerajaan Vietnam
memerintahkan penghapusan total kaum minoriti ini lalu beribu-ribu orang Campa ini
lagi lari ke Kemboja lagi dan meminta izin Bangsa-Bangsa Bersatu untuk berhijrah ke AS.
Pada 10 dan 11 April 2004 kaum minoriti Vietnam ini dengan sokongan FULRO
memberontak lagi dan Hanoi menghancur-leburkannya. Sedihnya berita-berita
pemberontakan ini langsung tidak sampai kepada kita kerana kepekaan kita terhadap
rumpun sendiri itu sudah lenyap ditimbus oleh kolonialisme dan kemudiannya
nasionalisme sempit kita ditambah pula KEBANYAKAN ORANG MELAYU KINI SUDAH
BUTA SEJARAH DAN BERPECAH BELAH.Mungkin 100 tahun akan datang terdapat dua
jenis kaum yang berasal dari rumpun yang sama iaitu kaum Umno dan Kaum Pas yang
berlainan budaya dan bahasa.
190

Bagaimana teraturnya pentadbiran dan pengurusan kerajaan Campa yang terbayang


daripada kewujudan jawatan-jawatan itu dapat difahami lagi dengan adanya sistem
subsidi dan cukai kepada kaki tangan kerajaannya, adanya unit-unit sukatan seperti yak
dan jak (untuk berat atau isipadu beras dan sebagainya) yang masih dipakai oleh para
petani sekarang, di Kelantan umpamanya; sukatan jarak li dan chang (kira-kira sama
dengan 10 kaki atau sekitar 3 meter); unit luas yang dinamai sinjol, makik, malau dan
satam; unit berat tael (ejaan Melayu kini ialah “tahil”, dan masih dipakai hingga
sekarang), dram (sekitar 3 gm dan 12 dram = setael; di Barat drum yang berpunca drp
bahasa yang sama, Sanskrit: drama, digunakan untuk isipadu cecair), thil atau tei untuk
emas dan benda-benda yang berharga seperti itu (sekarang menjadi tahil juga), karsa atau
kar untuk benda lain yang seberat thil juga, kemudian unit yang lebih tinggi lagi: pala = 4
karsa, tula = 100 pala dan bhara = 20 tula. Unit-unit lain lagi yang belum diketahui
kuantitinya mengikut sukatan moden ialah panda, kattika dan pana. Semua ini berlaku
sekurang-kurangnya sejak abad 8M lagi. Wujudnya sistem unit sukatan yang agak lengkap
ini tidak menghairankan apabila mengenangkan Campa juga, bersekali dengan Kerajaan
Funan-Chenla, sudah mendahului dunia dalam ciptaan sistem angka perpuluhannya
dengan wujudnya sistem tersebut sekurang-kurang sejak abad ke-6M lagi (lihat Fazura
2005). Unit-unit sukatan di atas wujud di Campa sekurang-kurangnya dalam abad ke-
12M kerana unit-unit itu tercatat di prasasti Campa bertarikh 1150M

Bilangan tiga, tujuh dan seratus menjadi nombor mistik Campa dalam upacara kematian
yang masih diwarisi oleh orang-orang rumpun Melayu sekarang walaupun ini
bertentangan dengan ajaran Islam: orang biasa dibakar secepat mungkin pada hari
kematian, bagi orang besar upacara dibuat 3 hari selepas kematian, raja selepas 7 hari dan
7 hari kemudian orang datang membakar jostik dan menangis lagi pada abu mayat dan ini
diulangi 7 kali setiap minggu sekali, pada hari ke-100 selepas 3 tahun kematian mereka
membuat upacara mengingatkan kematian itu lagi.
191

Di sepanjang wujudnya kerajaan Campa itu, tentu wujud pemimpin-pemimpin besarnya


yang mengamalkan suatu cara kepemimpinan dan kepengurusan yang dianggap hebat
sekurang-kurang pada zaman itu, terutamanya pada zaman kemuncaknya yang dinamai
Zaman Mison atau My-Son itu. Umpamanya, Raja Bharavarman I (abad ke-6M) itu layak
ditakhtakan sebagai seorang raja agung kerajaan Campa.

Sebagai pengetahuan tambahan,penyelidik bersekutu INSPEM (UPM) turut


mengemukakan fakta bahawa di antara sempadan Greek dan Albania, terdapat rumpun
Melayu Champa yang mendiami di perbatasan tersebut, yang mana mereka ini mungkin
dibawa ke sana oleh para penjajah ataupun aktiviti mengimport sarjana sebagaimana
yang dilakukan oleh Imperium China bagi tujuan pemindahan pengetahuan yang terdapat
di Alam Melayu. Kehadiran bangsa Chameria ini, boleh menimbulkan satu hipotesis,
bahawa sebenarnya terdapat hubungan lama antara Tamadun Melayu dengan beberapa
Negara Eropah Timur. Namun, sudah tentu, suatu penyelidikan mendalam haruslah
digarap untuk mengesahkan hipotesis ini.

*Cham Albanian
192

*Cham Vietnam

*Cham Cambodia

Bangsa-bangsa di dunia berubah mengikut peredaran zaman.Ada bangsa yang dahulunya


adalah bangsa yang hebat dan menjadi bangsa penakluk,membina negarakota yang kaya
raya,tetapi akhirnya terpadam dari peta sejarah,bangsanya hanya kelihatan dalam buku-
buku sejarah dan dilupakan.Inilah yang terjadi kepada bangsa Assyria,Chaldea,Phoenicia
dan Hittite sekadar menyebutkan beberapa nama.Antara bangsa yang pernah hidup
dikalangan bangsa-bangsa yang dilupakan ini adalah bangsa Yahudi dan Arab.Kita boleh
pelajari bagaimana bangsa Yahudi dapat berasimilasi dan menyesuaikan diri dalam
pelbagai keadaan.Bangsa Arab,tidaklah sebesar pada hari ini sampaikan boleh dinamakan
Dunia Arab jika tidak kerana rahmat agama Islam yang dibawa oleh Rasullullah s.a.w.Jika
bangsa Arab kekal berdasarkan gaya hidup jahiliah,kemungkinan besar kini bangsa Arab
juga hanya muncul dalam buku-buku sejarah dan seluruh semenanjung Arab itu mungkin
di bawah bangsa Iran,Yahudi dan Eropah.KEBOLEHAN BERASIMILASI INILAH YANG
MENGEKALKAN BANGSA YAHUDI DAN INILAH YANG BERLAKU PADA BANGSA
MELAYU.Apa yang berlaku pada bangsa Yahudi,di mana mereka pernah berkerajaan
193

seperti Kerajaan Israel Raya yang kemuncaknya pada era pemerintahan Nabi Daud a.s
dan nabi Sulaiman a.s,Kerajaan Israel Utara,Kerajaan Samaria dan Kerajaan
Judah/Judea.Kerajaan mereka juga telah dibumihanguskan malah rakyatnya dibunuh
atau dijadikan hamba malah sebahagian lagi dibuang ke daerah-daerah jauh hingga
dinamakan The Lost Tribe of Israel.

Inilah yang berlaku kepada The Lost Kingdom of Champa dan Funan dan negarakota-
negarakota Melayu lain di Indochina.

Sekiranya bangsa Assyria masih kuat dan ramai sehingga diberikan sebuah
negara,kemungkinan besar mereka boleh maju setanding malah lebih lagi daripada Iran
dan negara-negara Arab.FIKIRKAN.Jika dikatakan bangsa Khmer itu mewarisi kehebatan
dan ketinggian Tamadun Angkor,bagaimanakah keadaan Kemboja pada masa kini jika
dibandingkan dengan Malaysia.Sejarah peperangan,kemiskinan,kemelesetan
ekonomi,penindasan adalah warna-warni negara ini,dan hanya pelanconganlah harapan
ekonomi Kemboja terutamanya Angkor Wat kebanggaan orang Khmer tinggalan Melayu
Funan yang direnovasi oleh kerajaan-kerajaan selepasnya,walaupun sebenarnya terdapat
banyak hasil bumi lain tetapi tidak dapat dimajukan.Adakah ekonomi Vietnam mencapai
tahap gergasi sehingga ramai orang Bangladesh atau Indonesia beramai-ramai menyerbu
negara itu atau adakah rakyat Malaysia beramai-ramai mencari kerja hatta sesuap nasi di
negara yang bukan sahaja pernah menghalau orang Cham malah Amerika juga!
REALITINYA TIDAK SAMA SEKALI PADA HARI INI.Malah orang Vietnamlah menjadi
orang hanyut untuk bekerja di Malaysia kerana keadaan ekonomi yang lembab
berbanding keajaiban ekonomi Malaysia,The Golden chersonese.Pelancongan juga adalah
salah satu industri Vietnam dan orang-orang luar berduyun datang ke Vietnam ingin
melihat struktur-struktur tinggalan orang Melayu Champa terutamanya di My Son yang
menjadi warisan Vietnam dan dibanggakan oleh orang Vietnam itu.Apa yang terjadi
kepada Laos,yang pernah diberi ulasan oleh seorang wartawan Perancis yang
mencatatkan kehidupan orang Laos tidak berubah seperti zaman sebelum Perang Dunia
Kedua.Apakah yang terjadi Myanmar yang menjadi semakin lembab di bawah junta
tentera dan perkara yang menjadikannya terkenal adalah mungkin hanya isu Aung San
Suu Kyi.Hanya Thailand yang maju sedikit seiring negara-negara membangun Asean yang
lain,tetapi sepatutnya negara yang dikatakan tidak pernah dijajah lebih maju dari negara-
negara Asean yang lain yang menderita di bawah Imperialisme Barat.Kini keadaan
Thailand juga boleh bergolak bila-bila masa,sehingga Perdana Menterinya juga
digulingkan oleh tentera dan jika trend ini dibiarkan tidak mustahil kuasa tentera akan
semakin kuat dan menjadi JUNTA TENTERA seperti yang terjadi di Myanmar dan
Turki.Keadaan semakin tidak terkawal sehingga rakyat Thai keturunan Cina mampu juga
194

berarak beramai-ramai berdemostrasi menggulingkan pemimpin politik yang tidak


disukai mereka.

Orang-orang Melayu sejak berabad yang lalu cuba dihalau dari


Suvarnabhumi,menghadapi pelbagai rintangan yang getir,cabaran yang pedih dan
rentetan sejarah yang meletihkan,namun dengan rahmat Allah s.w.t bangsa ini masih
dapat memegang tiga negara iaitu Malaysia,Indonesia dan Brunei.Pelbagai cara subversif
dan perang saraf digunakan untuk memecahbelahkan bangsa misteri sehingga sesetengah
rumpun Melayu di Indonesia sudah tidak mengenal kawan dan lawan mereka.Ada di
antara mereka termakan racun yang mengatakan mereka adalah bangsa
Indonesia,berbeza dengan bangsa Melayu di Malaysia padahal bahasa yang mereka
gunakan adalah sama iaitu bahasa Melayu.Di Malaysia sendiri Melayunya terdiri daripada
Jawa,Banjar,Mandiling,Rawa,Boyan,Minang dan pelbagai lagi malah malah Negeri
Sembilan itu juga asalnya adalah negeri orang-orang Melayu Minangkabau.MEREKA
SEBENARNYA TELAH BUTA OLEH SEMPADAN GEOGRAFI YANG DIBUAT OLEH
PENJAJAH DARI MEMIKIRKAN BETAPA LUASNYA RUMPUN MELAYU ITU.

Indonesia secara kasarnya dikuasai oleh orang Jawa.Orang Jawalah yang sebenarnya
memegang kekuasaan sama ada secara langsung atau disebalik tabir bagi pembinaan apa
yang dinamakan 'bangsa Indonesia'.Ibukota Indonesia ialah Jakarta,terletak di Pulau
Jawa yang lebih kecil dari Sumatera.TETAPI ANEHNYA MENGAPA PEMIMPIN-
PEMIMPIN JAWA INI MEMILIH BAHASA MELAYU MENJADI LINGUA FRANCA
INDONESIA BUKANNYA BAHASA JAWA???
195

Ini kerana kaum Jawa adalah serumpun dengan etnik-etnik Melayu yang lain,dan
tamadun mereka juga sudah biasa menggunakan bahasa Melayu sebagaimana Empayar
Srivijaya dan Majapahit.Mereka menyedari bahawa bahasa MELAYULAH YANG LAYAK
MENJADI BAHASA PENYATUAN SELURUH NUSANTARA.Setiap etnik-etnik Melayu ini
mempunyai bahasa atau loghat mereka yang tersendiri.Jawa dengan bahasanya,Banjar
dengan bahasanya,Sunda dengan bahasanya,Kelantan dengan bahasanya,Kedah dengan
bahasanya.

NAMUN DALAM RUANGLINGKUP ILMU DAN POLITIK,BAHASA MELAYULAH YANG


MENJADI BAHASA PERANTARAAN SEGALA ETNIK-ETNIK MELAYU INI.

Bahasa Melayu dalam konteks ini setaraf dengan Sanskrit dan Latin.Di Eropah pada masa
dahulu,menggunakan bahasa Latin sebagai bahasa kesusasteraan dan ilmu
pengetahuan,walaupun orang Inggeris dengan bahasanya,Perancis dengan bahasanya dan
suku-suku Jerman dengan bahasanya.Begitu juga di India.Adakah semua orang India
faham bahasa Sanskrit?TIDAK SAMA SEKALI.Malah bahasa ini mengalami kepupusan di
negaranya.Bahasa Sanskrit adalah bahasa kaum Elit,bahasa Istana dan bangsawan.Kaum
Sudra atau Parya yang ingin membaca malah mahu mendengar sahaja isi Veda dalam
bahasa elit ini akan dihukum sekeras-kerasnya.Namun orang-orang Melayu Srivijaya
bebas berbahasa Sanskrit sehingga menjadi pakar bahasa itu malah membuka fakulti-
fakulti pengajian Sanskrit di Sumatera sehingga ramai pendeta dan sarjana China datang
belajar dari orang Melayu.

Lihat,orang Melayu yang memegang kuasa politik di Malaysia dapat bangkit selama 52
tahun sahaja membangunkan SUVARNABHUMI ini lebih cepat daripada bangsa yang
196

mewarisi tamadun dan tinggalan Melayu di IndoChina,manakala saudara serumpun di


Indonesia juga dapat membangunkan negara mereka dan lebih maju dari bekas jajahan
mahupun naungan mereka di Indochina ketika era Srivijaya dan Majapahit.MENGAPA
KEADAAN EKONOMI INDOCHINA LEBIH LEMBAB BERBANDING NEGARA-NEGARA
ASIA TENGGARA YANG LAIN??

Di Malaysia, sedar tak sedar,dalam pelbagai penghinaan dan cemuhan kepada orang
Melayu yang dikatakan lembab dan pemalas,mereka dapat mentadbir dan mengawal
suasana politik dan sosial dengan baik,dari sini pertumbuhan pelaburan dan ekonomi pun
meningkat.Mungkin ada yang membandingkan dengan Singapura,namun Singapura
hanya layak dikatakan sebagai 'negarakota' dimana seluruh kekayaan ekonominya
termampat dalam pulau sekecil itu.Bayangkan jika Terengganu sahaja menggunakan
segala kekayaan minyaknya untuk membangunkan ekonominya,negeri ini sebenarnya
mampu lebih kaya dari Selangor dan Kuala Lumpur malah tidak mustahil seluruh
Malaysia.FIKIRKAN,jika pemimpin-pemimpin Melayu tidak pandai mengawal sosio-
ekonomi Malaysia,pergaduhan seperti 13 Mei akan berlaku saban waktu akibat
ketidaksefahaman antara kaum-kaum di Malaysia.

Kita lihat betapa dungunya pemimpin China Komunis yang melarang penduduk Uighur
mengamalkan agama mereka.Betapa bodohnya pemimpin China Komunis ini ditahap
paranoid Selesema Babi apabila melarang umat Islam Uighur di Xinjiang berpuasa dan
bersembahyang di masjid.Malah tahap selesema babi mereka mencapai tahap kronik
apabila sengaja membuka jamuan makan percuma ketika tengah hari ketika Ramadhan
untuk penduduk Islam dan membuat peraturan rimba memaksa orang Islam menyertai
makan percuma itu.Kedai-kedai makan orang Islam juga dipaksa menjalankan operasinya
pada waktu siang.

Patutlah antara negara yang akan diperangi dan ditakluk oleh Imam Mahadi di akhir
zaman nanti adalah negara China.

Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda,


“Tidak akan terjadi kiamat sehinggalah kamu semua memerangi suatu kaum (di China
dan
Mongolia) yang kasutnya adalah (diperbuat dari kulit dan) bulu. Dan tidak akan terjadi
kiamat
sehingga kamu semua memerangi suatu kaum yang matanya kecil/sepet.”

(Ibnu Majah)
197

Dari Abu Said al-Khudri RA, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda,
“Tidak akan terjadi kiamat sehinggalah kamu semua memerangi suatu kaum yang
matanya sepet
dan berwajah lebar, matanya bagaikan mata belalang, wajah mereka bagaikan perisai
yang
dilapisi kulit. Mereka memakai kasut dari bulu (binatang) dan membuat perisai dari
kulit dan
mereka mengikatkan kuda-kuda pada pohon kurma.”

(Ibnu Majah)

Apakah yang akan terjadi jika pemimpin Melayu mengharamkan perarakan pengebumian
mayat orang Cina dengan alasan mengganggu orang awam dan lalulintas??Gendang
kematian orang Cina juga boleh dijadikan alasan membingitkan telinga.

Di sini rakyat asing mampu menghina malah menyaman Sultan,raja orang-orang


Melayu.Jika di Thailand,mereka ini sudah lama dipenjarakan dan diseksa di dalam
penjara.

ORANG MELAYU ADALAH ORANG YANG AMAT SUKA MEMENDAM RASA DAN
BERSIKAP MENGALAH.PERASAAN MEREKA AMAT SUKAR UNTUK DITELAH ATAU
DIAGAK.NAMUN SAMPAI SATU TAHAP,ALTER TERAHSIA MEREKA AKAN
MELEDAK DAN KESANNYA AMATLAH DASYAT.

JIka kita lihat pola taburan kekayaan dunia,kita akan sedar bahawa negara-negara yang
dimiliki umat Islam di seluruh dunia kebanyakan telah disediakan sumber
kekayaan;setidak-tidaknya EMAS HITAM.Petroleum,adalah anugerah Tuhan kepada
negara-negara Islam khasnya kepada negara-negara Arab.Tidak terkecuali negara-negara
Melayu.Contoh yang paling popular adalah Brunei Darussalam.Namun negara-negara
Melayu ini lebih bertuah lagi kerana disirami dengan pelbagai hasil bumi dan mineral
selain petroleum.Ambil contoh Malaysia,negara ini mempunyai kedua-dua EMASiaitu
'emas hitam' dan 'emas kuning'.Selain itu,Malaysia mempunyai mineral-mineral lain
seperti tembaga,besi,bauksit,batu kapur,kaolin dan bijih timah.Simpanan bijih timah
terbesar di dunia adalah di Lembah Kinta di negeri Perak.Malaysia juga memiliki
simpanan arang batu dan gas asli.Ini belum dikira hasil hutan dari Malaysia.Malah BATU
JUGA DAPAT DIJADIKAN PERNIAGAAN.Batu-batu kristal telah digilap dan ditambah
nilai dan dapat menghasilkan keuntungan.Mendiang Lim Goh Tong telah merubah
sebuah gunung di Pahang dan gunung itu telah menjana kekayaan yang bagai tidak
198

habisnya kepada keluarga Lim Goh Tong itu. Ada orang menggelarnya 'Dewa Gunung'.

Bangsa Cina sememangnya telah lama nampak sebab-sebab mengapa 'homeland' Melayu
ini digelar 'The Land of The Gods'

Loh Boon Siew telah mengharungi pelbagai onak dan duri sebelum berjaya mendapatkan
hak mengedar motor Honda di Malaysia.Selepas itu beliau telah menjumpai lubuk
kekayaan di Suvarnabhumi ini sehingga dikatakan separuh dari Pulau Pinang itu adalah
miliknya.Ada orang menggelarnya 'Dewa Motorsikal'

'Dewa Gula' Robert Kuok rasanya tidak perlu diceritakan lagi.Begitu juga 'Dewa
Telekomunikasi' Ananda Krishnan.Namun dewa yang seorang ini masih mahu membeli
kelab bawahan Liga Inggeris yang sudah tentu akan menghabiskan jutaan dollar daripada
membantu kaumnya yang semakin lama semakin dihasut pengganas LTTE yang
mengambil kesempatan dari sikap tipikal orang India kaya yang suka mewujudkan jurang
antara kaya dan miskin seperti yang kita lihat di India dan filem-filem Tamil.

Di India saban waktu golongan Paryar ataupun istilah kini,Dalit ditindas dan
didiskriminasikan tanpa bersebab.Wanita-wanita Dalit kerapkali dibogelkan beramai-
ramai dan diarak sebelum dirogol dan dibunuh.Kaum lelaki pula akan dibelasah beramai-
ramai sebelum dibunuh.Inilah realiti yang berlaku di India kepada golongan Dravidian
Dalit ini.Namun golongan ini yang berada di The Land of The Gods nampaknya tidak
mensyukuri nasib mereka di sini yang berkali-kali ganda lebih baik dari di India.
199

*Pembunuhan satu keluarga Paryar,ibu


dan anak perempuan dibogel,dirogol dan dibunuh manakala ayah dibelasah dan dibunuh.

Carilah perkataan Dalit ini di Internet,dan baca kisah penderitaan mereka.Sebab itu
Perdana Menteri India tidak mempedulikan tekanan pengganas LTTE Malaysia yang
sudah tentu orang-orang di Benua Kecil India sendiri amat arif dan maklum asal-usul
mereka.Malah jika boleh,golongan Paryar dan Dalit ini sudah tentu mahu 'dibuang' ke
Malaysia yang menakjubkan ini supaya dapat membaiki kasta dan nasib mereka
sebagaimana saudara mara yang telah lama tinggal di Malaysia.Sudah tentu generasi Dalit
ini amat menyesal mengapakah pihak British tidak memilih nenek moyang mereka dahulu
untuk diangkut beramai-ramai ke Tanah Melayu.Kalau tidak sudah tentu nasib mereka
tidak seburuk pada hari ini,dihina dan didiskriminasikan oleh kasta-kasta yang lebih
tinggi.

*Penderaan wanita Dalit di Bihar

Penyelesaiannya ialah,buang segala buruk sangka,hidup bersama-sama dengan kaum lain


secara harmoni bagi memajukan Suvarnabhumi ini bersama-sama.
200

Sebagai penutup kepada Alter Terahsia Bangsa Melayu Volume 2 ini,marilah kita renung-
renungkan di manalah alter terahsia bangsa Melayu ini di Malaysia khasnya.

Di Malaysia,terdapat 4 organisasi orang Melayu yang kita boleh renungkan di mana


tersimpannya alter terahsia Melayu itu.Pertamanya,Umno yang lebih terkenal sebagai
parti nasionalis Melayu.Parti ini adalah tunjang kepada politik Melayu di Malaysia ketika
ini.Tiada apa yang dapat diulas dari organisasi politik Melayu ini,dengan latar belakang
pendukungnya yang berbilang fahaman,namun fahaman sekular-moderate lah yang
mendominasi parti Melayu ini walaupun ada di antara mereka masih kuat fahaman Islam
mereka.

Organisasi kedua ialah Pas.Parti ini menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan
mereka.Yang paling dominan ialah bab kenegaraan atau Jinayah.Inilah bahagian yang
paling ditekankan dalam perjuangan Pas.Pegangan parti yang majoritinya Melayu ini
201

ialah "Pemerintahan perlu di Islamkan" yang inilah sumber kemajuan umat Islam.Selagi
pemerintahan masih kotor dengan fahaman sekular penjajah,maka pembangunan ummah
akan terencat.Ini adalah ideologi yang dipercayai dan menjadi fokus perjuangan Pas.

Organisasi ketiga ialah Al-Arqam.Organisasi ini telah terkubur.Namun kita boleh


mengkaji dari satu segi,mereka ini amat berjaya,malah lebih berjaya dari bangsa Cina.Al-
Arqam pernah menjadi satu fenomena seluruh umat Melayu di Malaysia.Tidak
keterlaluan,imej Al-Arqam adalah salah satu pemangkin yang merubah orang-orang
Melayu pada era 80-an dan 90-an lebih mengambil berat kepada agama mereka.Pada
tahun 70-an dan 80-an,pemandangan gadis-gadis Melayu yang memakai tudung masih
ditahap menyedihkan namun setelah gelombang Al-Arqam ini,nampaknya bukan sahaja
tudung semakin popular sehingga ada istilah mini tudung,malah pemandangan wanita
berhijab muka juga menjadi pemandangan biasa.

Kehadiran mereka sebentar dalam masyarakat Melayu ini ada hikmah sebenarnya.Satu
ciri penting Al-Arqam ialah KEMAMPUANNYA MEMBANGUNKAN
EKONOMI.Pegangan Al-Arqam ialah "JIka ekonomi ummat Islam maju,maka seluruh
umat Islam maju dan dapat mengamalkan Islam dengan selesa".Inilah yang menjadi
steroid kepada ahli-ahli mereka membuat makanan sendiri,berniaga,dan menjadi
202

usahawan.Penangan sistem ekonomi Islam mereka bukanlah calang-calang sehingga


industri kicap yang dulu dimonopoli oleh orang Cina telah diambilalih oleh orang Melayu
yakni orang Islam.Monopoli industri kicap Cina hancur kerana Al-Arqam.Jika dahulu
orang-orang Melayu terpaksa makan nasi berkicapkan kicap Cina namun kini tidak
lagi.Ahli-ahli mereka bukan sahaja menghasilkan kicap,malah mee,bihun,tauhu dan
kacang soya.Kesungguhan mereka membangkitkan inspirasi (baca:alter) kepada orang
Melayu yang lain menghasilkan makanan sendiri sehingga taucu yang dulu hanya orang
Cina yang mengusahakannya kini,makin pupus dan boleh dikatakan kini orang-orang
Melayu membeli taucu-taucu Melayu.Dahulu di kedai-kedai,taucu Cina diisi di dalam
balang kaca kecil.Kini taucu-taucu Melayu dalam bentuk paket-paket kecil sudah menjadi
pemandangan biasa di kedai-kedai.Ekonomi Al-Arqam semakin besar sehingga mampu
membeli pajero,bot,bas dan kereta-kereta mewah yang dahulunya hanya hartawan Cina
sahaja mampu memakainya.Sehingga terdapat pepatah yang mengatakan jika ternampak
orang Melayu menaiki pajero,tentu dia dari Al-Arqam.

Kekayaan Al-Arqam menarik perhatian ramai pihak sehingga ke luar negara,sehingga ada
wakil orang Kristian Filipina datang mahu mempelajari sistem ekonomi Islam yang
dibangunkan oleh Al-Alqam.Al-Arqam mampu membeli lot-lot kedai untuk kemudahan
orang-orang Islam berniaga.Warisan Al-Arqam ini dapat kita lihat dari syarikat
Rufaqa.Cuba kaji imej Islam yang kukuh ekonominya di Rawang Country
Height.Kesampingkan isu-isu yang kontroversi mengenai mereka,cuba kaji mengapa
sistem ekonomi Islam yang di amalkan mereka dapat memberikan kekayaan setara malah
lebih dari bangsa Cina yang berkerja siang dan malam mencari emas di Suvarnabhumi ini.

Yang terakhir adalah Jemaah Tabligh.Ini adalah satu organisasi tersembunyi yang jarang
diperhatikan oleh orang Melayu.Padahal jemaah ini amat penting dalam 'hikayat Melayu'
seterusnya.Jemaah Tabligh amat menitikberatkan satu sifat Rasulullah s.a.w iaitu
'Tabligh' iaitu 'menyampaikan' dari segi terjemahan bahasa.Mereka ibarat misionari
Jesuit dalam Islam.Namun mereka tidaklah kotor dan jahat sebagaimana Jesuit
203

ini.Prinsip 'Amar Makruf Nahi Mungkar' mereka amat kuat,malah lebih praktikal dari
sesetengah ahli Pas yang mendabik dada seolah-olah merekalah lebih Islam dari orang
lain.Konsep Tawakal mereka amat teguh dalam menjalankan usaha dakwah atau 'usaha
agama' atau 'usaha atas iman'.Walaupun Amerika-Zionis sedikit sebanyak telah berjaya
membuatkan imej orang Islam berjanggut adalah pengganas dan menimbulkan
Islamophobia di kalangan masyarakat Barat namun jemaah Tabligh seolah-olah bebas
keluar masuk di luar negara tanpa masalah.Malah mereka berjaya mengadakan
perhimpunan atau ijtima' yang besar tanpa gangguan pihak kerajaan.Dilaporkan bahawa
di Israel,gangguan dan diskriminasi ke atas umat Islam di sana adalah pemandangan
biasa namun ini tidak terjadi ke atas Jemaah Tabligh Palestin.Masjid-masjid tempat
berkumpul 'karkun-karkun' ini tidak diganggu Yahudi malah ada seorang rabbi Yahudi
apabila ternampak para karkun ini,melarang askar Israel mengganggu mereka atas sebab-
sebab yang aneh.Anda akan tahu mengapa golongan ini mendapat 'perlindungan'
istimewa jika anda bersama-sama masuk ke dalam Jemaah Tabligh ini.

JIKA ANDA FAHAM PENERANGAN SETAKAT INI,ANDA AKAN TAHU DI MANAKAH


ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU ITU.

Setiap organisasi menjalankan agenda masing-masing.Kesampingkan Umno,kerana kuasa


politik mereka adalah hasil dari pemberian pihak Inggeris.KUASA INI SEBENARNYA
TIDAK KEKAL DAN BILA-BILA MASA ALLAH AZZA WA JALLA AKAN MENARIK
BALIK KUASA INI DARI TANGAN PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO YANG MENGEJAR
HARTA DUNIA.

Kita lihat Pas.Parti ini berpegangkan satu prinsip yang dilupakan oleh ummah Islam dan
ini menyebabkan umat Islam dihina Allah s.w.t di akhir zaman ini,iaitu sistem
pemerintahan Islam atau dalam istilah fekahnya JINAYAH.Bila sebut hukum Islam
terbayang hukum Hudud dan terbayang pula tangan yang dipotong.Padahal Jinayah
204

bukan semata-mata hukum Hudud.Hukum Hudud itu sebahagian kecil darinya.Mengapa


hukum lain seperti Qisas tidak popular?Nampaknya orang Islam sendiri yang
mengelirukan orang Islam yang lain,menjadi kuli percuma bagi Yahudi dan Nasrani.

JIKA JINAYAH (FEKAH KENEGARAAN ISLAM) BERJAYA DITEGAKKAN,ALTER


TERAHSIA BANGSA MELAYU AKAN MENYALA.

Al-Arqam.Ini adalah lambang ekonomi Islam di mana jika kita berjaya menghayati satu
lagi fekah umat Islam yang dipandang sepi iaitu MUAMALAH,kita tidak akan bimbang
lagi dengan kemiskinan orang Melayu.Kini orang bukan Islam semakin sedar akan betapa
hebatnya sistem ekonomi Islam ini.Industri yang peka terhadap MUAMALAH ini
bukanlah calang-calang industri tetapi INDUSTRI PERBANKAN.Jika di tahun 80-an
dahulu pernahkah kita mendengar perkataan 'Mudharabah' atau akaun simpanan
Islam.Sehingga ada bank bernama Bank Islam.Tidak pula terdapat Bank Buddha kerana
Gautama Buddha sendiri tidak pernah mengajarkan sistem ekonomi malah beliau sendiri
tidak pernah pun mengajarkan para pengikutnya mempertuhankan dirinya sendiri.Yang
diajarnya hanyalah cara-cara mengatasi nafsu sahaja.Tetapi nabi Muhammad s.a.w bukan
sahaja mengajarkan sistem ekonomi malah hal-hal menyangkut segala masalah manusia
dari adab memasuki tandas hinggalah bab-bab mengurus sesebuah negara.Al-Arqam
berjaya menghayati keajaiban sistem ekonomi Islam,dan 99% mereka adalah ORANG
MELAYU!Jika mereka boleh mengapa kita tidak boleh?Mengapa kita tidak memandang
keajaiban ekonomi mereka tetapi memandang sisi negatif mereka yang kontroversi
sahaja??
205

JIKA MUAMALAH (FEKAH EKONOMI ISLAM) BERJAYA DITEGAKKAN,ALTER


TERAHSIA BANGSA MELAYU AKAN MENYALA.

Yang terakhir dan tersembunyi,Jemaah Tabligh.Mereka bergerak secara


'underground'.Para karkun ini tidaklah membawa keramat dan mukjizat tetapi tawakal
dan prinsip dakwah usaha atas iman mereka menyebabkan mereka layak mendapat
perlindungan Allah s.w.t di mana-mana sahaja malah di Israel sekalipun.LIHAT,JIKA
KITA MENGAMALKAN ISLAM SEPENUHNYA,SEMUA MAKHLUK DI BUMI AKAN
TUNDUK KEPADA KITA.Mereka mengamalkan prinsip Tabligh,yang bukan termasuk
dalam fekah Islam tetapi INTIPATI AJARAN ISLAM ITU SENDIRI MALAH SALAH
SATU SIFAT KEKASIH ALLAH S.W.T.Mereka hanya menjalankan FOKUS hanya satu
SIFAT RASULULLAH s.a.w namun kerana satu sifat itu sahaja menyebabkan bukan
sahaja Yahudi dan Nasrani,MALAH DAJAL AMERIKA DAN PARA PENYEMBAH IBLIS
PUN SEGAN DAN TAKUT KEPADA MEREKA disebabkan perlindungan dari RAJA
SEGALA RAJA.Isu-isu bodoh seperti mengabaikan hak isteri adalah karut semata-
mata,kerana jika anda faham hakikat sebenarnya,para karkun ini wajib menyediakan
segala perbelanjaan dan keperluan keluarga secukupnya sebelum keluar berdakwah.JIka
tidak mampu,buatlah sahaja usaha atas iman sendiri.Jika mampu,bolehlah keluar di jalan
Allah,buat usaha atas agama.

“Kamu merupakan umat yang terbaik yang dilahirkan bagi manusia. Kamu menyeru
kepada maaruf dan mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah“.

(Al-Imran, ayat 110)

JIKA AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR BERJAYA DITEGAKKAN,BUKAN ALTER


TERAHSIA SAHAJA YANG MUNCUL MALAH UMAT MELAYU MENJADI UMAT YANG
TERBAIK PERNAH DIKELUARKAN KEPADA MANUSIA.
206

Sekarang cuba renungkan sebaik-baiknya.Jika kita gabungkan ketiga-tiga organisasi


ini;Pas,Al-Arqam dan Tabligh,dan ketiga-tiga kombinasi ini pula berada di posisi Umno
sebagaimana yang kita lihat sekarang,apakah yang akan terjadi??

ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU VOLUME II COMPLETED...

--------------------------------

Bibliografi

Akademi Sains Islam Malaysia

Ahmad Jelani Halimi,Sejarah dan tamadun bangsa Melayu


Posted by Mistis Organization at 6:11 PM | |
207

Friday, August 13, 2010

Temubual Sempena Aidilfitri Bersama Srikandi

Temubual Bersama Srikandi

Kami berkesempatan menemubual Srikandi empat hari sebelum sambutan Hari Raya
yang lalu.Temubual kali ini bercorak bebas dan tidak ditetapkan tema.Temubual ringkas
ini yang mengandungi subjek-subjek yang berlainan,sebahagian besarnya berkisar
tentang situasi di Nusantara selain dunia dan sosio-politik.Dalam temuramah kali
ini,Srikandi telah mendedahkan satu rahsia dalam Diari Lodgekeeper.Srikandi
sememangnya seorang 'follower' Lodgekeeper yang tegar.

Bertempat di bilik Srikandi sendiri di bangunan Hal Ehwal Akademik di sebuah universiti
tempatan (?),kami bawakan kepada anda Temubual Sempena Aidilfitri Bersama Srikandi.

Semoga terhibur dan mendapat pelajaran dari temubual ini.

-M.O

S:Penemubual J:Srikandi

S:Apa khabar Srikandi?

J:Baik-baik saja

S:Boleh saya mulakan temubual kita pada hari ini?

J:Silakan
208

S:Apakah pandangan Srikandi tentang Nasionalisme?

J:Nasionalisme adalah semangat cintakan bangsa dan tanahair sendiri.Ia adalah ideologi
yang biasa pada semua negara,lebih-lebih lagi negara-negara yang pernah berada di
bawah Imperialisme.

S:Adakah ia sebuah ideologi yang benar-benar berguna?

J:Berguna yang macam mana itu?

S:Baik untuk bangsa dan negara,khususnya kepada situasi umat Islam?

J:Awak nak pancing saya untuk bercerita tentang Nasionalisme,bukan?(Srikandi


tersenyum)

Baiklah.Adakah ia baik untuk bangsa dan negara,ia bergantung kepada pemahaman


masyarakat kepada tujuan nasionalisme diwujudkan.Nasionalisme jika ditelusuri adalah
sikap yang biasa berada pada sesuatu kaum,bangsa atau sesebuah negara.Jika kita hendak
katakan nasionalisme pada sebuah kumpulan punkers juga,ia boleh dijelaskan secara
mudah;budak-budak punk yang begitu bangga dengan 'attitude' mereka dan berani
mempertahankan port tempat melepak mereka jika sebuah kumpulan gothic berani
menyibuk 'bersidai' di situ.Itu nasionalisme sebuah kelompok punkers.Nasionalisme,ya
terbit dari kata 'Nation' adalah semangat kebangsaan pada amnya,namun ia juga
menerangkan semangat sesuatu kelompok yang punya idea atau citarasa yang
sama.'Nation' adalah cuma panduan sahaja,namun sebenarnya tidak kira ia melibatkan
apa jua jenis kelompok,nasionalisme adalah semangat bersifat psiko-sosial.JIka ada
seribu Srikandi,saya juga akan merasa semangat nasionalisme saya.Melayu ada
nasionalisme mereka,begitu juga India dan Cina.Bangsa Malaysia?Ya,jika ada...boleh juga
dikatakan nasionalisme juga.

S:Jadi apa motif di sebalik kenyataan saudari berkenaan nasionalisme ini?

J:Saya ingin kaitkan dengan frasa "Umat Islam" tadi.Jika saya katakan psiko-sosial satu
kelompok,umat Islam juga mesti ada semangat nasionalismenya sendiri,kerana umat
Islam boleh dikategorikan satu kelompok.Dalam Islam kita tahu bahawa perbezaan antara
kaum atau bangsa tidak ada.Jika ada,inilah yang dinamakan 'asobiyah',iaitu semangat
kesukuan atau perkauman dan istilah ini adalah sisi gelap bagi nasionalisme.Anda tahu
siapakah yang me'rebranded'kan kembali nasionalisme mengikut acuan yang begitu
209

sempit?Jean-Jacques Rousseau dalam karyanya Du Contract Sociale,ada menyatakan


nasionalisme sesebuah negara.Inilah antara mahakarya awal yang bercakap tentang
demokrasi.Kontrak Sosial,anda pernah mendengarnya bukan?Tetapi ini adalah istilah
untuk sebuah negara demokrasi,dari rakyat kepada rakyat.Para pemimpin politik
bertindak berdasarkan kehendak rakyat.Aduh,sungguh indah utopia demokrasi.Seperti
juga Komunis.Apa dia slogan popular mereka?MEMILIKNEGARAKAN KEKAYAAN
UMUM.Hebat,memang hebat.Sungguh mulia cita-cita mereka (Srikandi tersenyum sinis).

Johann Gottfried von Herder,menyempitkan lagi nasionalisme kepada Nasionalisme


berasaskan etnik iaitu etnik yang menjadi dominan kepada sesebuah negara.'Volk' adaah
istilah asal di dalam bahasa Jerman,mempunyai julat yang lembut seperti Dasar
Kebudayaan Kebangsaan kita yang menjadikan budaya dan bahasa Melayu sebagai
tunjang kebudayaan kebangsaan kita sehingga aksi-aksi yang lebih keras seperti di
Indonesia dan Thailand yang 'mewajibkan' budaya dan bahasa mereka kepada semua
rakyat sehingga ke tahap sadis seperti di China yang sanggup menyeksa dan membunuh
etnik lain yang dicurigai mereka.

S:(Mencelah)Jika saya katakan tindakan Indonesia itu betul dan sesuai kerana ia dapat
mendisplinkan rakyatnya mengikut satu budaya dan bahasa,bagaimana?Tidaklah jadi
seperti Malaysia yang begitu berlemah-lembut terhadap etnik lain sehingga muncul
pertubuhan rasis seperti Hindraf atau parti politik bersifat rasis yang bertopengkan
Sosialis-Demokratik seperti DAP.

J:Hmm...semua ini sebenarnya berbalik kepada siapakah yang berada di sebalik


Indonesia dan Malaysia.Indonesia sebenarnya didukungi oleh sukukaum Jawa.Sebab itu
pentadbiran mereka berada di Jakarta iaitu di Pulau Jawa.Padahal Sumatera lebih
besar.Anda pernah dengar tentang GAM?Kebanyakan dari mereka membenci orang Jawa
kerana merekalah yang menjarah hasilbumi orang Aceh di Sumatera dan membawa balik
ke Jawa sehingga Pulau Jawa menjadi kaya raya,padahal pembangunan di Sumatera lebih
lembab walaupun hasilbumi pulau itu amat banyak.Saya tidak mahu bercakap tentang
soal ini.Ini hal 'rumahtangga' mereka,yang saya ingin tekankan ialah faktor psiko-sosial
dan 'self-esteem' orang Jawa.
210

Orang Jawa pada umumnya bersifat kasar dan berani.Hati mereka kering.Mereka cepat
emosi.Mereka juga bersifat menonjol berbanding etnik-etnik lain.Mereka rajin dan
kreatif.Bagimana saya tahu?Adakah saya bercakap secara membutatuli?(Srikandi
tersenyum)

Ini kerana bapa saya adalah orang Jawa.Ketika saya kecil,bapa pernah membisikkan
kepada saya bahawa jika kita asyik tunduk kepada kehendak orang lain,lambat laun
mereka akan pijak kepala kita.Ibu saya,yang berasal dari Perak memang tidak berani
bersuara jika bapa saya sedang marah.Semua adik lelaki saya,selepas menamatkan
persekolahan,sementara menunggu panggilan sama ada untuk sambung belajar atau
bekerja tetap,dipaksa oleh bapa saya untuk mengikut tukang-tukang rumah di sekitar
kampung saya.Tiada masa untuk tidur atau melepak di rumah.
211

Isteri abang saya juga orang Jawa.Saya jarang melihat kakak ipar saya itu duduk bersidai
di rumah ibu mentuanya.Sememangnya ibu saya mengharapkan dia membantunya ketika
kenduri mahupun perayaan seperti Hari Raya.Memang ibu saya ada menantu yang
lain,tetapi hanya kakak ipar saya yang berketurunan Jawa itu saja yang serasi dengannya
setakat ini.Ada saja yang dimasaknya di rumah.Rajin...ya itu adalah sikap tipikal yang
biasa saya perhatikan pada orang Jawa.

Jadi tidak hairanlah mereka begitu tegas dalam mencorakkan halatuju negara
Indonesia.Apabila saya membaca tentang kajian sosiologi di Indonesia terutamanya
hubungan sosial antara kerajaan dengan etnik-etnik minoriti yang bukan berasaskan
'nusantara' seperti Cina dan India,saya seperti kembali teringat kata-kata bapa saya,

"..jika kita asyik tunduk kepada kehendak orang lain,lambat laun mereka akan pijak
kepala kita"

Berlainan dengan Malaysia,pendekatan mereka lebih lembut.Bangsa Melayu di Malaysia


terdiri dari etnik Kedah,Perak,Kelantan sekadar menyebutkan beberapa nama memiliki
emosi lebih bertolakansur.Anda tahu panggilan purba kepada bangsa Melayu di
semenanjung?Iaitu SIAM ASLI.Dari mana perkataan Siam ini diambil?iaitu dari Benua
Siam,di mana antara persinggahan pertama Deutro Mala sebelum mereka bergabung
dengan Proto Mala dan Deutro Mala yang mengambil jalan laut untuk sampai ke
'Promised Land'.Deutro Mala yang mengambil jalan laut inilah yang membentuk kaum
Jawa hari ini.Dari Tanah Kanaan mereka berlayar hingga ke Tanah Jawi,tepatnya di
Sungai Musi.Cabaran di lautan menyebabkan kaum Jawa lebih lasak dan tegas dalam
hidup.Berbeza dengan Deutro Mala yang mengambil jalan darat,mereka banyak bertemu
dengan pelbagai bangsa di sepanjang perjalanan mereka,berasimilasi dan banyak
berdiplomasi.Jika mereka tidak pandai dalam hal bertolakansur atau diplomasi,sudah
tentu mereka akan lenyap sebelum sampai ke Yunnan seterusnya ke Benua Siam dan
semenanjung.Jadi kita boleh lihat mengapa tabiat bangsa Nusantara di Indonesia dan
Malaysia berbeza dari segi sikap.

S:Agak menarik juga pendapat dari saudari.Terutama cerita tentang keluarga Srikandi itu
tadi.Saudari pernah membaca blogsejarahnagarakedah?Apa pandangan saudari tentang
blog itu?

J:Ya, saya ada membacanya.

Anda minta pandangan?Bagi saya ada fakta yang boleh dipercayai dan ada fakta yang
212

memang bukan fakta tetapi bercampur aduk dengan dongeng dan mitos.Anda kena tahu
situasi pemilik blog itu.Beliau menulis berdasarkan wasiat yang dikatakan turun
temurun.Jika ada titik-titik tertentu di dalam wasiat itu yang bertepatan dengan fakta
sejarah,maka sudah tentu penulis blog tersebut dapat menjelaskannya dengan baik
tambahan pula wasiatnya itu berselari dengan sumber-sumber bertulis seperti Undang-
undang Kedah.Namun tidak semua.Ada yang bercampur-baur dengan mitos dan
dongeng.Jika anda perhalusi gaya tulisan beliau,beliau mendakwa dirinya adalah rumpun
Melayu keturunan Siam namun ada sesetengah artikel yang bernada negatif kepada orang
Melayu,seolah-olah rumpun Siam seperti didakwanyalah yang paling hebat dan menjadi
maharaja seluruh Nusantara manakala orang Melayu seolah-olah perampas takhta dan
talibarut Thai sahaja.Saya rasa ini tidaklah begitu baik.Jika beliau ini mempunyai negara
sendiri,saya tidak hairan jika beliau tidak mahu mengaku Melayu,tetapi bangsa Siam
keturunan Harimau itu.Setiap orang ada agenda tersendiri tidak kecuali pemilik blog
ini.Sekejap mengaku Melayu,sekejap mengaku Siam dan mendakwa raja-raja Melayu
hanyalah raja daerah sahaja.Namun saya tidak nafikan bahawa banyak fakta menarik dan
saya bersetuju dengan kenyataan bahawa bangsa Melayu pernah menduduki Indochina
malah pernah mempunyai kerajaan di sana.Saya setuju bahawa kaum-kaum yang datang
kemudian ini meletakkan patung Buddha dan menambah hiasan-hiasan di istana-istana
dan kota-kota Mala Purba itu.

Saya juga bersetuju bahawa Siam dan Thai itu berbeza.Orang Thai berasal dari etnik Tai
yang pernah menduduki wilayah Shan.Perbalahan dengan etnik Cina lain seperti
Han,Manchu dan sebagainya dan ditambah pula dengan desakan balatentera
Monggol,menyebabkan mereka semakin bergerak ke selatan.Mereka pernah berada dalam
pemerintahan Khmer selain kerajaan-kerajaan Melayu Purba yang lain.Jika saya sebutkan
kerajaan Melayu Purba,janganlah menganggap orang Melayu yang 100% sama macam
Melayu sekarang.Setiap orang Melayu yang menduduki setiap inci Nusantara mempunyai
slanga dan kostum yang sedikit berbeza,namun budaya mereka hampir sama.Samalah
seperti orang Melayu di Indochina yang disebut sebagai Siam Asli ini.Siam Asli kerana
merekalah pribumi yang sedia ada sebelum orang Tai,Lao,Khmer dan Dai Viet tiba dari
utara.Orang Tai banyak mencedok kebudayaan Khmer,tulisan dan bahasa di mana
SEBENARNYA KHMER PULA MENCEDOK BUDAYA MELAYU PURBA DAN ORANG
MON.Jika orang Kelantan dengan slanga mereka,Kedah dengan slanganya dan BEGITU
JUGA ORANG MELAYU DI INDOCHINA.Kajian menunjukkan bahasa Khmer banyak
menyerap kata-kata Melayu Purba,ya sudah tentu kerana hubungan mereka dengan orang
Cham.
213

Saya tidak hairan jika prasasti-prasasti Cham dan Khmer yang banyak dijumpai kini
semakin membuktikan 'The Lost Kingdom' orang Melayu di Indochina kerana kita
sepatutnya lebih hairan dengan satu kaum pribumi Taiwan yang masih bertutur beberapa
perkataan Melayu.Sebelum kedatangan bangsa Han ke Taiwan,sememangnya pulau itu
diduduki oleh orang Malayo-Polinesian.Samalah seperti bangsa Yamato (Yamato adalah
nama satu puak yang mendominasi Jepun hari ini),semasa mereka tiba di Kepulauan
Jepun,sememangnya di sana terdapat beberapa kaum asli yang berbudaya
Nusantara.Orang Melayu adalah bangsa pelaut pada masa lalu.Mereka belayar sehingga
Kepulauan Pasifik dan Madagaskar.Orang Melayu adalah 'Viking Timur Jauh'.

S:Saya tertarik dengan satu folio di atas meja di sini,bertajuk Kajian Strategi The Wise
Man of Antichrist.Boleh saudari jelaskan sepintas lalu tentang folio ini?

J:Oh,itu...folio itu adalah rumusan dari pemerhatian saya yang bersumberkan kepada
Diari Lodgekeeper.Selebihnya ialah kajian saya sendiri.Lodgekeeper di dalam diarinya
telah menggariskan 13 strategi utama The Wise Man.Antaranya ialah Divide and
Rule,Chaos,Balancing,Domination dan sebagainya.Terlanjur menyentuh tentang Diari
Lodgekeeper,saya akan ceritakan satu strategi The Wise Man iaitu 'Ideology'.saya beritahu
kerana ia ada kaitan dengan soalan nasionalisme tadi.Jika kita lihat pola selepas
Imperialisme,gerakan nasionalisme telah bangkit bak cendawan selepas hujan.Saya ingin
beritahu rahsia pola penjajahan di dunia.Sepanyol dan Portugis adalah dua buah kuasa
maritim awal Eropah zaman kolonial.Saya rasa anda sudah maklum tentang Columbus
yang berusaha untuk mencari India namun terjumpa Amerika dan panggilan 'Indian'
kepada kaum pribumi Amerika yang disangka Columbus ialah orang-orang India masih
lekat sehingga ke hari ini.Mengapa Columbus berkeras mahu menjumpai India melalui
214

jalan laut?Ini kerana dia menerima arahan dari atasannya.Sebab itu Columbus pernah
dihukum kerana gagal menemui jalan ke Timur seperti yang diharapkan.Mengapa
bangsa-bangsa Eropah ini berlumba-lumba untuk mencari jalan ke Timur?Pola sebenar
Imperialisme adalah INPERIALISME KE ATAS ASIA TENGGARA tepatnya Kepulauan
Tanah Melayu.Anda boleh lihat selepas kejayaan Magellan menjumpai Filipina,kerajaan
Sepanyol cepat-cepat menghantar tenteranya untuk menduduki Kepulauan Filipina.Anda
pernah dengar slogan Gold,Gospel dan Glory?Gospel adalah tujuan utama The Wise
Man.Imperialisme adalah strategi awalnya sementara para sarjananya menulis pelbagai
buku dan tesis tentang pelbagai idea dan gagasan sosiopolitik.Dari sini timbul
IDEOLOGI.Liberalisme,Fasisme,Komunisme dan Nasionalisme sekadar menyebut
beberapa contoh adalah percaturan The Hidden Hand untuk memecahkan negara-negara
di zaman imperialisme.Soalannya sekarang,apakah tujuan nasionalisme?

TUJUANNYA IALAH UNTUK MENGHINDARKAN KEBANGKITAN ISLAM.

Kita boleh kaji pola selepas imperialisme.Negara-negara yang sukar ditakluk sepenuhnya
seperti China dipaksa menganut faham Komunis.Di negara-negara yang
dijajah,nasionalisme disuburkan.dengan cara ini 'nasionalisme Islam' hampir tiada atau
tidak kedengaran langsung.Ditidurkan dengan lenanya.Semua orang bercakap tentang
demokrasi,nasionalisme,perjuangan bangsa,hidup bangsa dan sebagainya.KITA LIHAT
KAJIAN KES DI NUSANTARA.
215

Dalam surat-surat Lodgekepeer dahulu,ada diterangkan tentang plan DIVIDE & RULE
yang dirancang oleh The Hidden Hand ke atas Nusantara.Plan seterusnya ialah melaga-
lagakan rumpun Nusantara di dua buah negara iaitu Malaysia dan Indonesia.Ini penting
untuk melemahkan bangsa Nusantara ini sebagaimana mereka telah berjaya memecah-
belahkan bangsa Korea sehingga ke hari ini.Lodgekeeper telah meramalkan perkara ini
lama sebelum isu Tarian Pendet.The Hidden Hand sebenarnya gemar mencipta pelbagai
kelompok dan ideologi untuk memecah-belahkan umat manusia.Jika Komunis tidak
berjaya dihalau dari Nusantara,apa yang akan terjadi ialah,Indonesia menjadi Republik
Komunis dan Malaysia pula menjadi sekutu British,satu-satunya alasan mengapa
sesetengah orang Indonesia rela bermandi darah saudara serumpun sendiri.'Negara
Boneka British' adalah kepercayaan sesetengah saudara kita di seberang sana.Mereka
masih merasakan Malaysia ditubuhkan atas perancangan British.Maksudnya Malaysia
adalah bayangan penjajah Inggeris di Nusantara.

Indonesia pernah dipengaruhi Komunis.PKI (Partai Komunis Indonesia) adalah


pertubuhan Komunis terbesar di dunia yang pernah ada di luar Rusia dan China.Ahlinya
ketika itu berjumlah 3.5 juta orang.Konfrontasi adalah perancangan The Hidden Hand
untuk mempengaruhi Soekarno supaya meminta pertolongan PKI ketika usahanya
'Ganyang Malaysia' semakin suram disebabkan disabotaj oleh sebahagian rakyat
Indonesia sendiri yang merasakan peperangan dengan Malaysia dikala ekonomi
Indonesia ditahap menyedihkan adalah sesuatu yang kurang bijak.CIA pernah berurusan
dengan Adam Malik,Menteri Luar Indonesia.JIka perancangan berjaya,Indonesia akan
dipegang oleh Politburo PKI,dan rasminya menjadi negara Komunis.Impian The Hidden
Hand ialah menjadikan Indonesia 'Korea Utara' dan Malaysia 'Korea Selatan'.
216

Namun perancangan Tuhan lebih mendahului segala-galanya.Sesetengah orang Indonesia


yang termakan racun Illuminati-Komunis sanggup 'menganyang' saudara seagama dan
sebangsa sendiri.Soekarno yang marahkan Tunku telah menghantar tentera untuk
menganyang Malaysia.Alasannya Malaysia wujud sebagai proksi Inggeris di
Nusantara.Ketika serangan demi serangan dilancarkan,rahmat Allah s.w.t sampai di mana
terjadi peristiwa G 30 S PKI atau Gerakan September 30 menyaksikan 6 jeneral tentera
Indonesia dibunuh.Sehubungan dengan itu,Jeneral Soeharto menumpaskan rampasan
kuasa,mengambilalih kerajaan lantas menyingkirkan Soekarno yang dianggap bersubahat
dengan PKI.Mengapa peristiwa ini terjadi?Sebenarnya pola yang sama telah berlaku,iaitu
kebangkitan gerakan bawahtanah Islam telah dapat dikesan di Indonesia.Seperti
Malaysia,jika Komunis gagal,ruang kosong mesti diisi,sekurang-kurangnya para
nasionalis supaya para mujahid tidak naik berkuasa.

Selepas itu,benarlah jangkaan The Hidden Hand di mana pembunuhan beramai-ramai


ahli PKI berlaku di seluruh Indonesia.SEBENARNYA SENTIMEN BENCIKAN KOMUNIS
TELAH MEMBARA namun masih tidak menunjukkan kekuatannya.Di sini perancangan
Tuhan lebih mendahului perancangan manusia.Ibarat bermain buah catur,CIA terpaksa
mencantas Komunis bagi menghalang kebangkitan Islam walaupun telah mengorbankan
tidak kurang 500.000 nyawa rakyat Indonesia sendiri.

Soekarno menganggap Malaysia bakal menjadi proksi Inggeris sedangkan pada masa yang
sama Indonesia bakal menjadi proksi Komunis.

Permainan catur The Hidden Hand amat licik!

(Srikandi merenung tajam)

Mereka menganggap Malaysia adalah perancangan Inggeris,namun


sebenarnya MALAYSIA DAN INDONESIA ADALAH PERANCANGAN BELANDA DAN
INGGERIS.

Mengapa tidak Belanda saja memegang Malaysia?Mengapa Belanda mampu menakluk


apa yang dinamakan sebagai Indonesia yang luas itu namun tidak berani menjajah Tanah
Melayu.CUBA FIKIRKAN.Jika Belanda saja yang memegang Nusantara,apabila zaman
Imperialisme berakhir,Belanda pasti akan melepaskan Nusantara dan hasilnya ialah
sebuah NEGARA YANG BESAR!

The Hidden Hand telah menghantar negara-negara Eropah yang berbeza untuk menjajah
217

Alam Melayu.

Belanda dan Portugis telah sampai dahulu ketika Sepanyol telah mula mendapatkan
Filipina.Namun Belanda dan Portugis meninggalkan Tanah Melayu begitu sahaja tanpa
menjajahnya,padahal Portugis nampaknya hanya berminat dengan pelabuhan
Melaka.Belanda mampu berperang dengan orang-orang di Suvarnadvipa atau
Malayadvipa (Pulau-pulau Indonesia) namun tidak di Suvarnabhumi (Semenanjung
Tanah Melayu).BELANDA MENUNGGU ORANG LAIN UNTUK MENJAJAH TANAH
MELAYU!

Apabila Imperialisme tamat,Alam Melayu berpecah kepada beberapa negara!

S:Perbincangan semakin menarik nampak,tetapi saya akur dengan masa yang diberikan
oleh Srikandi.

J:Oh ya...terima kasih kerana mengingatkan,moga di lain waktu kita dapat bertemubual
lebih lama lagi.

S:Moga begitu harapnya...terimakasih kepada Srikandi kerana meluangkan masa bersama


kami.

J:Sama-sama.

S:Selamat Hari Raya.

J:Oh ya...Selamat Hari Raya

Posted by Mistis Organization at 6:14 PM | |


218

Friday, August 13, 2010

Kata Alu-aluan Dari Srikandi

Budak-budak mendayung perahu,


Sambil berdayung sambil bermain;
Macam mana bunga tak layu,
Embun menitis di tempat lain

Burung jelatik sarang kedidi,


Sarang tempua sarang berjuntai;
Sungguhpun cantik sutera dipuji,
Belacu juga tahan dipakai.

Angkut-angkut membuat sarang


Jatuh berderai diatas peti
Apa ditakut harimau yang garang
Sebelum ajal berpantang mati

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Kepada semua pembaca dan pemikir,kepada peminat sejarah dan warisan bangsa,kepada
penjejak misteri bangsa yang hilang,kepada pencantum teka-teki akhir zaman,kepada
anak-anak Melayu,kepada warisan Bani Jawi di Timur Jauh,

Saya,Srikandi.. membuka bicara dengan seribu syahmura santun nan susila.


219

Beribu-ribu tahun dahulu...menurut cerita para maulana dan fakih Nusantara,ketika Nabi
Ibrahim a.s meletakkan Siti Hajar dan anaknya Nabi Ismail a.s di kawasan tandus di
Tanah Arab,baginda tidak pulang ke Tanah Kanaan tetapi telah bergerak sehingga ke
Timur Jauh untuk berdakwah.Nabi Ibrahim telah singgah ke kawasan yang dinamakan
Champa-Kemboja dan melamar seorang gadis misteri di sana.Gadis misteri ini tidak
diketahui namanya namun orang-orang di Sumeria mahupun kota-kota Ur dan Kish
memanggilnya sebagai 'wangi-wangian' atau 'kemenyan wangi' atau dalam bahasa Ibrani
Kuno sebagai 'Keturah'.

Dari Diari Lodgekeeper m/s 171:

"warisan Bani Jawi itu ibarat sutera putih yang dipercik dengan narawastu dan air
melati.Kemudian dibaluti dengan badar sila dan ditaruh ke dalam batil emas merah
murni"

Pada halaman yang lain,

"....'Keturah' bukanlah namanya yang sebenar...namun adalah gelaran atau panggilan


Tamadun Sumeria Kuno kepada sang gadis misteri...hadir dari rimba dari gunung
yang diselaputi kabus aneh...bibirnya merah mulus,dia menjinjing sebakul bunga-
bungaan dan kemenyan...di telinganya terselit sekuntum bunga yang indah"

Warisan sejarah bangsa adalah entiti yang amat bernilai.Ia bukan sahaja menceritakan
asal-usul kita,ia juga adalah identiti kita dan jika kita bercakap mengenai identiti,ia adalah
petunjuk kepada tabiat bangsanya dan jatidirinya.Selama mana sesuatu bangsa itu
berpegang pada identitinya,selama itulah ia dihargai dan diingati.Tiada siapa yang mahu
mengkagumi sesuatu bangsa yang terhegeh-hegeh meniru warisan budaya bangsa
lain...tiada nilai jatidiri dan tidak punya rasa bangga dengan apa yang ada.Lihatlah apa
yang terjadi kepada penduduk Filipina.Mereka bukanlah orang Sepanyol yang berpindah
beramai-ramai dari Amerika Latin ke Kepulauan Melayu itu namun mereka adalah
mangsa penjajahan beratus tahun sehingga kehilangan jejak warisan bangsa
sendiri.Misteri asal-usul mereka mampu dikesan melalui sebutan nombor-nombor dalam
bahasa Tagalog yang masih berbekas bahasa Melayu Nusantara yang digunakan oleh
empayar-empayar purba bangsa Mala sehingga ke Empayar Srivijaya dan
Majapahit.Bagaimana seorang dari Filipina mengaku 'berbangsa' Filipino namun
menyebut angka-angka yang dari segi linguistiknya sama dengan bahasa-bahasa Malayo-
Polinesia?
220

Mengapa Bahasa Indonesia dan Bahasa Melayu memiliki persamaan?Mengapakah


maharaja-maharaja Srivijaya dan Majapahit menggunakan Bahasa Melayu sebagai lingua
franca,bahasa kesusasteraan dan perdagangan?Kita akan sentuh misteri ini dalam artikel
pengiring 'Melayu:Bahasa atau Bangsa?"

Dalam artikel itu,kita akan menyedari bahawa mengapa orang Samoa mempunyai angka
dalam sebutan 'lima' dan 'sepuluh' sama seperti Bahasa Melayu dan anehnya sebutan
nombor-nombor kaum-kaum Polinesia dan Pasifik ini mirip bahasa Melayu-
Jawa.Nampaknya ada satu bangsa yang menggunakan Bahasa Melayu telah memimpin
semua kaum-kaum Austronesia dan Polinesia dalam ketamadunan,sistem angka,sukatan
dan ilmu-ilmu sains,atau adakah semua kaum-kaum seperti Samoa,Maori dan Hawaii
serta kaum-kaum misteri sejauh di Pulau Easter melangkaui pulau-pulau Pasifik dan
mencapai Tamadun Inca dan Maya adalah berasal dari satu induk yang sama?Ini akan
disentuh dalam artikel ATBM V3.0 'Austronesia dan Polinesia'

Kita akan memahami betapa sesuatu bangsa itu pada suatu ketika telah mencapai
ketamadunan yang tinggi atau klimaks ketamadunan,kemudian mereka akan mengalami
masa-masa kejatuhan dan ada yang pupus atau lenyap atau sekurang-kurangnya terserap
ke budaya dan tamadun lain sehingga hilang identiti dan jatidiri mereka.Ini yang terjadi
kepada bangsa Maya,Aztek dan Inca yang diketahui mempunyai pengetahuan astronomi
dan arkitek yang tinggi,walaupun berimej seperti kaum aboriginedi dalam hutan rimba di
Amerika Tengah,namun mereka telah mencapai kemuncak ketamadunan,mampu
mencerap pergerakan bintang dan galaksi dan menghasilkan sistem kalendar sendiri yang
berkali ganda lebih hebat dari bangsa-bangsa Eropah yang ketika itu membersihkan diri
dengan air kencing sendiri!

Ini juga telah menimpa bangsa Assyria,Mesir Purba,Babilon Kuno,Chaldea dan


Akkadia.Mereka telah mencapai tahap ketamadunan yang menggerunkan pada masa-
masa keemasan mereka,namun dimanakah bangsa-bangsa ini pada hari ini?Mengapa
bangsa Yahudi masih wujud walaupun pernah sezaman dengan mereka?

Ini adalah sama dengan apa yang terjadi kepada bangsa Melayu Funan dan Champa,di
mana seorang profesor tanahair telah melakukan kajian intensif perihal sistem metrik
Tamadun Champa,angka dan teknologi dan betapa beliau terkejut dengan penemuan
beliau dari manuskrip-manuskrip purba Champa yang sebahagian besarnya kini disimpan
oleh bangsa Vietnam yang menakluk mereka kemudiannya.Kemuncak tamadun Funan-
Champa adalah selari dengan lingkungan garis masa antara klimaks ketamadunan
Aztek,Maya dan Inca.Apakah sebenarnya di sebalik misteri ini?Benarkah terdapat
221

pertukaran atau komunikasi teknologi di antara kedua bangsa misteri ini melalui Lautan
Pasifik yang luas itu?Mungkin,jika kita memahami sifat dan kelebihan bangsa misteri
sebagai pelayar yang gigih,pelaut yang berani bermain dengan lautan dan ombak sehingga
kaum-kaum di Kepulauan Pasifik mengenang legenda nenek moyang mereka yang belayar
dari Kepulauan Melayu hingga ke pulau-pulau sepi di tengah-tengah Lautan
Pasifik.Mungkinkah mereka mencapai Benua Amerika?

Bangsa Melayu adalah pelayar yang gigih,dan inilah identiti yang dikenal oleh tamadun-
tamadun purba pada masa dahulu.Sampan kecil mereka teroleng-oleng sehingga ke
Madagaskar sehingga menubuhkan dinasti beraja Merina,memerintah seluruh kepulauan
Madagaskar,menyatukan bangsa-bangsa Afrika di pulau itu di bawah raja-raja Melayu
Merina.Bahtera-bahtera mereka menggerunkan para pengembara Sepanyol dan Portugis
yang mencari laluan rahsia harta karun 'King Solomon's Mines' yang dikatakan terletak di
Timur Jauh.Hanya satu cara sahaja untuk menundukkan kerajaan-kerajaan Melayu
Purba;merasuah Laksamana dan para armada tentera laut mereka dan mengapikan-
apikan perasaan hasad dengki sesama mereka,dan inilah ramuan yang digunakan untuk
menjatuhkan kuasa laut Empayar Melaka,di mana armada tentera laut Siam turut gagal
mengalahkan Tun Perak dan Laksamana untuk menguasai Selat Melaka.

Hasad dengki dan tamakkan kekuasaan adalah kelemahan bangsa Melayu tipikal yang
pernah memimpin seluruh Bani Jawi dalam empayar mereka.Seperti kaum
Benjamin,Reuben,Gad dan Manasseh yang menjadi pemimpin bagi seluruh kaum Bani
Israel (The House of Israel),membina kerajaan dan meluaskan wilayah jajahan,begitu juga
raja-raja Melayu yang dipandang oleh Bani Jawi sebagai layak dan lebih bijak dari mereka
untuk membina tamadun.Sepertimana Bani Quraisy dan Bani Hasyim yang dipandang
lebih 'moden',bijak dan berkelayakan dari seluruh Bani Ismail (The House of
Ishmael),begitulah kaum-kaum Melayu-Jawa yang membina empayar dan menakluk
Nusantara dan Bani Jawi (The Hidden House of Jeavi).Bani Quraisy adalah kaum 'urban'
elit yang tinggal di kawasan bandar.Terdapat juga kaum-kaum Bani Ismail (bangsa Arab)
222

yang lain bersifat sepertiaborigine sebagai contoh Arab Badwi dan suku Jurhum.Ini sama
lah seperti karakter Orang Asli,Jakun dan Dayak.Mereka tinggal di pedalaman dan kepada
merekalah bayi-bayi dari penduduk kota diserahkan untuk disusui dan ini adalah budaya
biasa pada masa itu dimana Nabi Muhammad s.a.w juga turut diserahkan kepada
penduduk Arab pedalaman ini.

Dari Diari Lodgekeeper pada m/s 230 di bawah tajuk 'The Tabernacle of Melati & Maya':

"...keris adalah satu lambang dari tamadun kuno yang terahsia...ia dijaga oleh para
leluhur bangsa misteri sejak zaman berzaman.Bentuknya yang berkeluk-keluk adalah
warisan dari satu dinasti atau keturunan diraja yang pernah memerintah satu tanah
yang ditinggalkan..."

pada m/s 188:

"...terdapat penentangan di antara raja-raja berdarah naga ini...konflik sesama mereka


akibat berebutkan kekuasaan dan teknologi....penyembah pagan mengenang mereka
sebagai Dragon Lords of The Rings.Freemason yang mendakwa berasal dari warisan
pengetahuan bangsa-bangsa yang hilang ini acapkali mendakwa mereka mempunyai
darah naga ini.Di dalam ritual sulit peringkat Rahsia Dalam Rahsia,para Mason
memakai warisan pakaian The Lords of Dragon ini.Ini adalah warisan kostum dari
sejarah bangsa misteri yang hilang dan bersembunyi di tempat lain.Orang yang
memberitahu para Mason ini tentang rahsia bangsa-bangsa misteri adalah seorang
yang pakar dalam sejarah bangsa-bangsa sebelum atau ketika terjadinya Banjir
Besar..."

Catatan pengembara,tentera dan panglima 'warlords' Tamadun China telah menjumpai


kota-kota yang berbumbungkan emas dan bertembokkan batu tebal ketika meninjau
223

keadaan di Benua Siam (Indochina).Penulis mereka telah mencatatkan bahawa kaum


lelaki mereka tidak berpakaian dan berperawakan kasar namun mereka makan di atas
pinggan-pingan emas.Kaum wanita mereka memakai perhiasan dari emas dan seluruh
kehidupan mereka kaya dengan emas dan perhiasan-perhiasan.Ini adalah catatan
beberapa ratus tahun sebelum Masehi...lama sebelum kemunculan Empayar Melayu
Srivijaya dan jauh sebelum masa kelahiran Patih Gajah Mada,negarawan alam Melayu
dari Empayar Majapahit-Nusantara.Ini adalah kerajaan Funan Purba dan mungkin satu
empayar sebelum Funan dan ia bukanlah kaum Khmer ataupun kerajaan orang-orang
Mon.Di dalam Sejarah Melayu ada diceritakan Raja Cempa (Champa) seperti Pau Gelang
dan anak cucunya seperti Pau Bania,Pau Tari dan Pau Gama.Pau Gama inilah yang mahu
menyerang Majapahit tetapi kelicikan Betara Majapahit menawarkan puterinya kepada
Raja Champa Pau Gama dan hasil dari perkahwinan mereka lahirlah Raja Jakanak yang
kemudian ditemukan jodoh dengan seorang puteri (dari mana?Puteri Mon atau Khmer?)
bernama Pau Ji Yan Bi.Perhatikan gelaran yang mempunyai nama kemelayuan dan
kecinaan.Disebutkan juga tentang raja Kuci (mungkin salah seorang raja Dai-Viet) yang
membuat helah untuk menembusi kota Champa yang ketika itu diperintah oleh Pau
Kubah keturunan dari Pau Gama itu.

Raja Kuci menjanjikan harta yang banyak kepada Bendahari Champa dan akibat
termakan umpan itu,maka pintu kota Champa yang amat teguh dan terkenal dikalangan
kaum-kaum Indochina seperti Mon,Khmer,Dai-Viet dan lain-lain telah dibuka untuk
membenarkan kemasukan segala persembahan harta kekayaan dari Raja Kuci.Namun
setelah dibuka pintu kota bukan harta persembahan yang masuk tetapi tentera Raja Kuci
yang banyak telah merempuh masuk ke dalam kota Bal dan membumihanguskan kerajaan
Champa.Ini adalah taktik kotor yang biasa dipraktikkan oleh pihak yang tidak mampu
untuk menyerang sebuah kota yang amat kukuh,misalnya dalam peperangan Troy.Dua
anak raja Champa itu telah berjaya lari;seorang bernama Syah Indera Berma dan beliau
inilah yang singgah ke Melaka dan dijadikan menteri Melaka kerana kehalusan pekerti
224

dan kebijaksanaannya.Seorang lagi bernama Syah Pau Ling,telah belayar ke Aceh dan
menjadi raja di sana,dan yang menariknya ini adalah tepat dari kajian sejarah dan
linguistik pakar-pakar budaya pada hari ini yang berusaha bertahun-tahun menyelesaikan
misteri mengapa bahasa Aceh memiliki persamaan dengan bahasa Melayu Champa.

Kita juga mesti mengkaji warisan raja-raja Melayu di Timor sebelum di 'portugiskan' dan
raja-raja Sulu sebelum di'sepanyolkan'.Kita juga kita akan mengkaji apakah pendirian
dalam Sumpah Pemuda ketika Indonesia masih dalam bahang
kemerdekaan,mempertahankan Bahasa Melayu bersama-sama keturunan House of Bni
Jawi di Tanah Melayu, tetap sebagai bahasa penyatuan seluruh Bani Jawi.

Seperti satu kota purba yang berjaya digali di Jordan,penduduk Arab memanggil tempat
itu sebagai Jawa dan kaum kuno yang pernah tinggal di situ sebagai kaum Jawa.Adakah
ini ada kaitan dengan perjalanan kaum-kaum Bani Jawi untuk menjejak tanah kelahiran
ibu mereka di Timur Jauh?

Agak banyak rasanya saya berceloteh,nanti akan mengurangkan kejutan dalam artikel
sebenar pula nanti.Apa boleh buat...bidang sejarah adalah 'nirvana' saya.

Perlu diingat,pencarian rahsia bangsa misteri bukanlah semudah yang disangka.Ia bukan
dicatat di dalam buku-buku akademik yang sudah tersusun rapi di rak-rak
perpustakaan.Tetapi ia adalah seperti menjelajah seluruh dunia,mencantumkan seluruh
'puzzles' yang berselerakan.Sebahagiannya adalah dari kajian saya bertahun-tahun sejak
dibangku sekolah lagi dan apabila dewasa saya mampu melakukan 'channeling' secara
sendirian setelah mempelajarinya sekian lama di universiti.

Jika anda setia bersama saya menjejak rahsia bangsa misteri,saya akan bawa anda kepada
rahsia tertinggi para Mason bertahap 'over 33rd Degree'.Siapa yang pernah melihat majlis
ritual mereka,pasti akan terkesan,mengapa para Elit mereka terpaksa 'bersampin' dan
'bersongkok' untuk menjalankan upacara-upacara sulit mereka.

Pengetahuan rahsia itu,hanya untuk orang yang mahu memahaminya sahaja.Tidak lebih
dari itu.

Sebagai mengakhiri kata alu-aluan ini saya,Srikandi

...dengan penuh takzim,tulus dan ikhlas membawakan kepada anda...


225

ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU VOLUME 3 "THE RESURRECTION OF BANI


JAWI"

srikandi

Posted by Mistis Organization at 6:18 PM


226

Friday, August 13, 2010

Melayu: Misteri Antara Bangsa Atau Bahasa

Ini adalah salah satu artikel pengiring dari tiga artikel pengiring sebelum artikel utama
Alter Terahsia Bangsa Melayu yang akan diterbitkan seawal-awalnya minggu
hadapan.Srikandi akan mengulas tentang maksud di sebalik nama 'Melayu' dan misteri di
sebalik nama itu.Apakah sebenarnya nama Melayu ini?Adakah ia bermaksud bangsa atau
bahasa?

Pada hari ini penyakit buta kepada warisan dan jatidiri bangsa sendiri menyebabkan ada
di antara anak-anak Melayu 'goyang' apabila ditanya oleh kaum lain tentang maksud
Melayu,sehingga mereka pula seolah-olah mengajar dan memberitahu anak-anak Melayu
ini sejarah bangsa mereka.Ada yang meneka-neka dan memandai-mandai membuat
kenyataan sendiri sehingga terkeliru sendiri.Srikandi akan cuba mengupas masalah ini
dari pelbagai sudut.

Namun,tidak dinafikan manusia menjadi musuh kepada apa yang masih belum
difahaminya.

-M.O

hiaskan kendiri berani bak saktimuni


hiduplah jalinan susastera dan mahakarya
227

Srikandi menyusun berapat jari-jemari


membuka pencak ilmu dan warha bicara

Terlebih dahulu saya ingin jelaskan tentang pengertian Bani Jawi dan Melayu itu
sendiri.Ini kerana ramai di antara kita masih keliru sehingga ada juga yang menganggap
perkataan Melayu ini merujuk kepada bahasa,sehingga tiada langsung apa yang dikatakan
bangsa Melayu.Ini pandangan yang ekstrim,kerana kerana setidak-tidaknya bahasa Latin
yang menjadi bahasa perdagangan dan kesusasteraan Eropah akibat penguasaan Empayar
Rom itu sendiri dapat ditelusuri asal-usulnya,iaitu dari Semenanjung Itali,bagaimana
dikatakan Melayu itu hanya bahasa dan bukan mewakili satu bangsa atau setidak-
tidaknya satu suku kaum?Bahasa Perancis adalah dari orang-orang Franks,bahasa
Inggeris berasal dari sukukaum Angles;datang ke Briton (nama lama kepulauan Inggeris)
dari Tanah Jerman bersama sukukaum Jerman yang lain seperti Jutes dan Saxons.Bahasa
Sepanyol dari 'Spaniards' dan bahasa Rusia dari keturunan Caucasian,Viking dan
Norseman yang bergaul dengan bangsa-bangsa nomad di padang rumput Steppe di
dataran-dataran luas Siberia sehingga melepasi banjaran Caucasus dan sungai Volga,jadi
adakah bahasa Melayu berasal dari bangsa 'alien' yang datang dari planet
Zargus??Fikirkan.

Ada juga yang berfikiran singkat mengatakan perkataan 'Melayu' itu diberi oleh orang
Inggeris ketika menjajah Tanah Melayu.Ini adalah pendapat yang kurang berpendidikan
kerana orang-orang Melayu masih menjaga warisan sejarah sehingga kesultanan mereka
dan adalah tidak logik sehingga nama bangsa sendiri pun boleh terlupa sampai terpaksa
bangsa lain membubuhkan nama bangsa mereka.Lainlah orang-orang Melayu menjadi
seperti orang-orang di Kepulauan Filipina yang dicabut akar budaya mereka sehabis-
habisnya,warisan mereka dimusnahkan,raja-raja mereka dibunuh dan mereka dipaksa
menganut agama Kristian sehingga semua ini menjadi satu tragedi yang amat malang bagi
mereka yang asalnya adalah bersaudara dengan orang-orang Melayu.Mujurlah masih
terdapat sukukaum di Filipina yang kurang menerima kesan penjajahan Sepanyol yang
kejam ini seperti orang-orang Sulu (selalu digelar oleh penjajah sebagai Moro atau Moor-
gelaran untuk bangsa Arab di Andalus atau Sepanyol ketika pemerintahan Islam di
sana).Orang-orang Sulu inilah yang masih mempertahankan jatidiri mereka dengan keris-
keris panjang mereka yang menggerunkan penjajah Sepanyol.
228

Siapakah Jose Rizal?Beliau ialah tokoh pejuang Filipina dan adalah memalukan seorang
yang mengaku orang Filipina jika tidak mengenal Jose Rizal.Dan apakah yang dikatakan
oleh Jose Rizal dalam salah satu pidatonya?

Beliau mengaku sebagai anak Melayu!

Kita mengenal beliau dalam sejarah kontemporari sebagai José Protasio Rizal Mercado y
Alonso Realonda atau Jose Rizal,seorang berbangsa 'Filipino',namun kita tidak tahu
apakah nama 'Melayu'nya yang tersembunyi.Ini samalah dengan saudara-saudara kita di
Selatan Thai yang dipaksa memakai nama Thai dan terpaksa menyembunyikan identiti
sebagai orang yang berbangsa Melayu Pattani.Perkataan Filipina itu sendiri berasal dari
nama seorang raja Sepanyol iaitu Phillip Kedua yang memerintah Sepanyol pada 1556
hingga 1598.Jadi kita boleh tahu bahawa bangsa 'Filipino' itu hanyalah khayalan penjajah
sahaja dan ini boleh dilakukan dalam keadaan penduduk Kepulauan Filipina itu dipaksa
menjadi orang Sepanyol,berbahasa Sepanyol,menganut agama Kristian,membunuh sultan
dan raja mereka yang memegang khazanah warisan bangsa,membumihanguskan
kediaman mereka berserta kitab-kitab dan khazanah-khazanah diraja.Namun kita akan
tahu nama asal Kepulauan Melayu ini dari penemuan arkeologi di Filipina.Salah satunya
yang paling terkenal ialah Laguna Copperplate.
229

Wahai saudara saudariku Bani Jawi,

Bila saya menuliskan tentang 'Bani Jawi',ini termasuklah semua kaum-kaum yang
menggunakan bahasa yang mempunyai tatabahasa dan kemiripan di antara satu sama
lain.Pakar-pakar linguistik menamakan bahasa-bahasa ini sebagai Malayo-
Polynesia.Kaum-kaum ini berasal dari induk mereka yang misteri.Bani Jawi adalah satu
kumpulan kaum-kaum yang menggunakan bahasa Malayo-Polynesia ini.Kaum-kaum ini
yang dikesan menggunakan lingkungan bahasa ini terdapat di kawasan tasik di
pedalaman Jepun,Taiwan,Asia Tenggara ('Homeland' Bani Jawi) ke timur mencapai
pulau-pulau Pasifik seperti Hawaii,ke bawah mencapai pulau-pulau Papua,Solomon,New
Zealand dan Fiji mendekati Australia (sebelum penjajah Inggeris tiba di sini,Australia
diduduki oleh kaum aborigine Austronesian).Ke barat sehingga menjangkau Madagaskar
berdekatan Benua Afrika.Selain dari Bani Jawi di sekitar Indonesia dan
Malaysia,kebanyakan kaum-kaum Bani Jawi yang diluar lingkungan ini telah terasimilasi
dengan teruk ketika penjajahan dan terputus dari warisan induk mereka.Di sini kita
faham bahawa Bani Jawi yang menduduki Kepulauan Indonesia dan yang terdapat
Malaysia adalah Bani Jawi yang berbeza;mereka adalah dari kelompok yang berjaya
menjaga warisan moyang mereka,lebih bijak dan berfikiran luas.Bani Jawi di sini juga
berjaya memegang tampuk pemerintahan politik dan berkuasa atas tanah-tanah
mereka,tidak seperti yang terjadi kepada Bani Jawi yang lain terutama di Pasifik.Di sini
kita tahu satu rahsia.
230

Bani Jawi yang kini mewarisi apa yang dinamakan 'Indonesia','Malaysia' dan 'Brunei'
adalah mereka yang dekat dengan 'induk' Bani Jawi.Mereka juga masih mempertahankan
budaya,bahasa dan raja-raja mereka.Fikirkan,jika mampu,adakah penjajah Inggeris dan
Belanda bersimpati untuk mengekalkan budaya,bahasa dan politik penduduk tanah-tanah
jajahan mereka?Jika kita katakan Sepanyol lebih kejam kerana 'mensepanyolkan' orang
Filipina,bagaimana dengan Australia?Penduduk aborigine dinafikan hak mereka sebagai
pribumi Australia yang asalnya adalah tanah mereka,fikirkan dari manakah manusia
aborigine ini boleh wujud di Australia jika tidak ada moyang mereka yang bijak dalam
ilmu pelayaran?

Australia telah menjadi negara orang-orang Inggeris.Ini adalah fakta pada hari ini.

SEBENARNYA JIKA BOLEH,ORANG-ORANG BANI JAWI DI INDONESIA,MALAYSIA


DAN BRUNEI MAHU DIHAPUSKAN TERUS IDENTITI KEMELAYUAN MEREKA ,tidak
231

kira di'Inggeriskan' atau di 'belandakan'.Namun ini tidak terjadi semudah itu dan
hakikatnya telah gagal.Para penjajah ini tidak mampu melakukan begitu kerana masih
ada warisan Bani Jawi yang gagah perkasa berdegil mempertahankan warisan
mereka.Kita boleh faham mengapa bahagian Selatan Filipina masih kuat pengaruh
'kemelayuannya' terutama orang-orang Tausug yang masih diluar pengaruh 'kristianisasi
dan pensepanyolan'.Sebab itu mereka masih berkuasa melancarkan pemberontakan.Dari
Luzon hinggalah ke Visayan,penjajah Sepanyol telah menjarah budaya ketimuran
sehingga mereka menjadi amat lemah dan pasrah dengan 'takdir' yang menimpa diri
mereka,tetapi ini cuba ditentang oleh penduduk di selatan atau lebih tepat di pulau
Mindanao.Puak-puak pemisah cuba untuk menentang 'saudara' mereka yang telah hilang
identiti dan menjadi 'makhluk' lain.

Siapakah Gloria Macapagal Arroyo?Apakah kaitan beliau dengan penduduk Sulu?Moyang


kepada moyang beliau mungkin kenal siapakah sultan-sultan Manila dan Visayan juga
raja-raja Mindoro dan Samar.Sultan-sultan Sulu?Jika moyang kepada moyangnya tidak
kenal Kesultanan Sulu maka sudah tentu nama 'Macapagal' itu tidak ada.Bolehlah
digantikan dengan 'Fernando' sebagai contoh menjadi Gloria Fernando Arroyo
sahaja.Mungkin Presiden Filipina itu berasal dari Lisbon atau conquistador yang
menjajah Filipina.Tetapi perkataan 'Macapagal' itu sendiri menimbulkan misteri yang
tidak berkesudahan tentang asal-usul orang-orang di Filipina.

Beliau ialah cucu-cicit Raja Lakandula yang memerintah Manila sebelum penjajah
Sepanyol merampas wilayah itu darinya.Tanyakan dia siapa Raja Sulaiman yang
membantu moyangnya menentang Sepanyol.Moyang beliau beragama Islam dan kota
232

Manila itu sendiri berasal dari kata "Amanillah" bermaksud "di bawah keamanan
Allah".Lakandula adalah gelaran raja-raja Melayu di Kepulauan Filipina pada zaman
dahulu.

Mempelajari sejarah keturunan presiden Filipina itu sendiri mampu memberi pengajaran
yang tidak sedikit kepada kita.Bahasa dan gelaran bangsawan Melayu di kepulauan
Luzon,Mindanao dan Visayan memberikan kita gambaran sejarah Melayu yang
digelapkan di pulau-pulau utara Sabah itu.

Kita boleh lihat pengaruh Melayu dan Polinesian yang bercampur aduk dalam bahasa
Tagalog.

*Pahlawan Tausug/Sulu yang gagah


berani

Mengapa penduduk ke selatan 'tidak makan saman' dengan kekejaman conquistador


Sepanyol?Cuba perhatikan budaya dan semangat orang-orang Tausug/Sulu.Perhatikan
betapa penduduk Luzon telah berjaya ditukar menjadi makhluk lain,kita mungkin tidak
boleh menyalahkan kelemahan mereka kerana armada penjajah Sepanyol mungkin
bertumpu di Luzon dan tidak mampu mencengkam pengaruhnya di Mindanao yang jauh
ke selatan.Tetapi keris-keris panjang pahlawan Sulu mampu menceritakan perit getir
mereka melawan Sepanyol.Gloria Macapagal Arroyo mungkin sudah melupakan keris
Sulu ini (yang mungkin pernah dikucup moyangnya ketika menentang conquistador
Sepanyol) namun bukan orang-orang di Jolo.

*Keris panjang atau Keris Sundang Sulu


233

Adakah Inggeris lebih bermurah hati dan 'kasihan' dengan Bani Jawi di Tanah
Melayu?Adakah Belanda bersimpati dengan Bani Jawi di Sumatera dan Jawa?TIDAK
SAMA SEKALI.Cuba baca kisah kaum Red Indian Cherokee yang dihalau dari tanah
tumpah darah mereka di benua Amerika.Mereka dihalau beramai-ramai oleh penjajah
Inggeris yang mahu menubuhkan Dunia Baru mereka.Beribu-ribu orang mati dalam
pelarian termasuk kanak-kanak dan wanita.Apa sudah jadi pada identiti kaum Red Indian
pada hari ini?Hanya logo 'Apache' sahaja masih tertinggal pada helmet budak-budak
rempit Melayu yang leka menyabung nyawa di jalan raya.Mereka sudah hilang tanah dan
identiti.Mereka semakin terhimpit di bumi nenek moyang mereka.Pelajarilah semua ini.

Namun,pelajaran paling hampir ialah di Filipina.Tersangat hampir.Jika pemimpin Umno


masih berkeras berpolitik sehingga beribu-ribu warga India dan China boleh 'lesap' tanpa
dikesan di negara mereka ditambah pula PKR yang makin liberal dan PAS yang lupa
perjuangan sebenar (sebagai contoh),50 tahun lagi orang-orang Melayu yang dungu ini
akan hilang kuasa politik mereka secara terhina dan memalukan.

Moralnya ialah,semangat mahu mempertahankan agama,bangsa dan tanahair telah


memotivasikan Bani Jawi di 'Indonesia' dan 'Malaysia' supaya kekal mendaulatkan
budaya dan bahasa mereka.Jika mereka lemah,mungkin anda dan saya tidak lagi bergelar
Melayu.Dan tidak lagi berbahasa Melayu.HANYA BANGSA YANG BENAR-BENAR
SABAR DAN KUAT SAHAJA MAMPU MENGEKALKAN KEWUJUDANNYA SETELAH
DIJAJAH DAN DIJARAH OLEH PELBAGAI PENJAJAH BERATUS TAHUN.

Polinesia adalah istilah dari Greek yang bermaksud 'banyak pulau'.Ini menerangkan
Kepulauan Melayu sehingga ke pulau-pulau Pasifik.Dari segi terminologinya ia
bermaksud Kepulauan Pasifik,menjangkau Pasifik Tengah dan Pasifik Selatan.Ia adalah
satu daripada tiga bahagian;yang lainnya ialah Melanesia dan Micronesia.Austronesian
ialah kelompok keluarga bahasa paling terbesar di dunia,dahulunya dikenali sebagai
Malayo-Polynesian.Setelah pakar bahasa memasukkan bahasa Formosan (juga berasal
dari bahasa para pelayar Melayu yang tiba di Taiwan beratus-ratus tahun yang lampau) ke
dalam keluarga bahasa Malayo-Polynesian,kini ia digelar keluarga bahasa
Austronesian.Ini adalah salah satu daripada keluarga bahasa terbesar di dunia
berdasarkan jumlah bahasa melebihi 700 bahasa dan keluasan geografinya.Bahasa Cham
di Vietnam dan Kemboja,bahasa Malagasy di Madagascar dan bahasa Tagalog di Filipina
adalah dari keluarga Malayo-Polynesian.Perhatikan terminologi para pakar bahasa ini
yang mengesan rahsia bahasa-bahasa di Kepulauan Melayu dan Pasifik ini.'Malayo' adalah
ciri-ciri bahasa 'Western Malayo-Polynesian' seperti bahasa Melayu,Sunda dan Jawa.Ini
bahasa Bani Jawi yang standard,maju dan dinamik.'Polynesian' pula adalah lebih kepada
234

bahasa-bahasa kaum aborigine Pasifik.Anehnya,terdapat persamaan dari segi struktur


bahasa dan peraturan tatabahasa antara bahasa Melayu/Indonesia dengan bahasa-bahasa
Pasifik ini,walaupun kosa kata mereka berbeza.Dan pasti ada kata-kata yang sama seperti
perkataan 'mata','batu' dan sebutan angka-angka.'Lima' adalah perkataan yang
dominan.Orang Samoa juga menyebut angka 'Sepuluh' sama seperti kita di sini.Sebutan
angka dalam Tagalog mirip sebutan dalam bahasa Jawa.Ringkasnya 'Malayo' adalah ciri-
ciri Bahasa Melayu yang menjadi bahasa perpaduan Indonesia,Brunei dan Malaysia dan
'Polynesia' merujuk kepada bahasa-bahasa sukukaum aborigine Pasifik.

Sesungguhnya terdapat misteri di sini.Apa kaitan orang-orang aborigine di Malaysia


seperti Orang Asli,Dayak,Jakun dan sebagainya dengan aborigine Pasifik seperti
Hawaii,Samoa,Fiji dan lain-lain?Dan APA KAITAN SEMUA ABORIGINE INI DENGAN
ORANG JAWA,SUNDA DAN MELAYU?Anda akan mendapat kunci rahsia ini dalam
artikel utama ATBM "Austronesian dan Polinesia".

Sesetengah saudara Bani Jawi kita di Indonesia menganggap Melayu itu adalah satu
sukukaum padahal cuba kita tanya,sukukaum Melayu itu adalah yang bagaimana?Pakaian
orang Melayu tidak jauh beza dari pakaian etnik-etnik di Indonesia terutamanya di Pulau
Sumatera.Orang Melayu juga berkeris seperti orang Sunda dan Jawa.Bahasa?Padahal
loghat (slang) bahasa Melayu di negeri-negeri Malaysia juga berbeza.Cuba kita paksa
orang Jawa bercakap dengan orang Kelantan,bagaimana rasanya (mungkin ini antara
sebab Manohara tidak serasi dengan orang Kelantan,pendapat saya sahaja).Cuba teliti
dialek pekat Kedah,Perak dan Terengganu.Orang luar mungkin merasakan orang
Perak,Kelantan dan Kedah yang bercakap dialek pekat masing-masing dari tiga kaum
235

berbeza.Samalah jika kita paksa orang Sunda bercakap dengan orang Aceh.Perbezaan
loghat/dialek adalah sama,tidak kira di Indonesia atau di Malaysia.Jadi,di manakah
'sukukaum' Melayu itu secara jelas?Apa yang Melayunya pemuda yang bernama Fahrin
Ahmad jika dibandingkan dengan Ahmad Dhani?Apa Melayunya Siti Nurhaliza jika Kris
Dayanti malu menjadi 'Melayu' dan suka disebut 'bangsa Indonesia'?

Susilo Bambang Yudhoyono juga bersongkok sepertimana Sultan Mizan Zainal Abidin
ketika kunjungan hormat mereka berdua.Jadi adakah Sultan Mizan lebih 'Melayu' dari
Sosilo Bambang?Jadi dimanakah 'Melayu' itu?Adakah Sultan Mizan memerlukan
penterjemah untuk memahami bahasa Presiden Indonesia itu?Jadi dimanakah
'Melayu'nya Sultan Mizan?Adakah Siti Nurhaliza terpaksa belajar bahasa yang dituturkan
oleh Kris Dayanti sebelum bekerjasama dengan beliau?Mengapa lagu-lagu dari seberang
cepat popular di kalangan anak-anak remaja 'Melayu' Malaysia berbanding lagu-lagu pop
HongKong?Jadi dimana 'Melayu'nya itu?
236

SEBENARNYA TIADA APA YANG DINAMAKAN SUKUKAUM MELAYU.MELAYU


ADALAH NAMA LAIN BAGI BANI JAWI.

Bani Jawi adalah nama yang diberikan bermula dari era Nabi Ibrahim menyunting
seorang gadis misteri dari Timur Jauh.'Melayu' adalah perubahan pada nama kaum di
mana gadis misteri itu berasal.Dalam manuskrip purba,ada tercatat perkataan dasar
'Mala'.Nama Mala inilah yang dibawa oleh kaum misteri dari Timur jauh itu.Ketika
khabar tentang Mala sampai ke Tanah Kanaan,Madyan dan Parsi Kuno,nama 'Mala' ini
berubah-rubah mengikut bangsa yang memanggil mereka.Orang-orang Assyria dan Media
memanggil mereka sebagai 'Mala-Yu'.'Yu' adalah suffix dalam bahasa Avesta Purba
(bahasa Avesta adalah asal-usul bahasa Sanskrit dan bahasa Jerman Kuno yang menjadi
asas bahasa Inggeris/English itu berasal dari saduran yang 'agak teruk' dari Sanskrit
sebab itu dari segi linguistiknya bahasa Inggeris terkelompok dalam keluarga bahasa
Indo-European atau Indo-Iranian)

Telah diterangkan sebelum ini dalam siri ATBM yang lepas bahawa bangsa Madyan
(Media) yang mengasaskan bangsa Parsi (Iran pada hari ini) adalah berasal dari kaum
Mada.Dalam istilah Assyrian dan Avesta,kaum ini dipanggil 'Mada-YU'.Dalam Sanskrit
(ingat,bahawa Sanskrit dan Avesta ibarat bahasa/dialek Kedah dengan bahasa/dialek
Kelantan),'Malayu' ini dipanggil 'Malaiyu' atau 'Malai'.'Malai' bermaksud
'gunung'.Manuskrip purba China menyebutnya sebagai 'Malai' atau Mo-lo-yue'.

Dan orang Inggeris menyebutnya sebagai 'Malay'.Ini lidah mat saleh.


237

Orang Perancis menyebut Malaysia sebagai 'Malaise',jadi jika hilang 's' itu atau hanya
'Malay' sahaja,mungkin pendekatan yang logik ialah 'Malai',sama seperti sebutan dalam
Sanskrit.

'Mala' adalah nama asal kaum gadis misteri ini.Ia adalah nama kuno yang terahsia.

Keturunan Nabi Ibrahim a.s dengan gadis misteri tersebut ketika baginda berdakwah di
Timur Jauh inilah digelar sebagai Bani Jawi.Baru-baru ini saya mendapat petunjuk dari
'channeling' saya,seolah-olah mengatakan bahawa dari enam anak hasil perkahwinan
baginda dengan Siti Keturah,tiga orang telah dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s ke Tanah
Kanaan,manakala tiga yang lain ditinggalkan di 'Promised Land' bersama ibu
mereka.Perlu dingat,ketika itu tiada kapal terbang,jadi apabila Nabi Ibrahim berdakwah
ke Timur Jauh,sudah tentu memakan masa bertahun-tahun,dan perkahwinan dengan
orang tempatan adalah perkara biasa bagi lelaki yang merantau;tidak kira apa tujuan
mereka,tambahan lagi nabi Ibrahim adalah lelaki terhormat,bijaksana dan punya pekerti
mulia.

Inilah asal-usul perkataan 'Melayu' dari segi saintifik,sejarah dan akademik.Bukan


'melayu' seperti bunga layu,atau 'lari'.Malah 'Mala' itu adalah sekuntum bunga yang
mekar harum dari gambaran 'channeling' saya pada Khamis malam Jumaat Kliwon (siapa
saya dan asal-usul saya ada di dalam temuramah selepas raya puasa yang lalu,cuba
periksa...jadi adakah saya ini lebih 'Melayu' dari saudara saya di Yogyakarta?).
238

Tiada siapa yang lebih Melayunya.Semua kekeliruan adalah berpunca dari kebingungan
para penjajah gelojoh berebut-rebut mahu melabel sesukahati tanah jajahan
mereka.Apakah itu 'Indonesia'?Suku kata 'Indo' itu sendiri menunjukkan kebingungan
penjajah Belanda yang menganggap pulau-pulau Indonesia adalah orang-orang
Keindiaan.Sama seperti kebingungan penjajah Eropah yang memanggil kaum-kaum
aborigine Amerika sebagai 'Red Indian' kerana kekeliruan Columbus yang menganggap
telah sampai ke India dan kekeliruan melihat warna kulit mereka disangkakan orang-
orang India.Cuba kaji mengapa nama 'Nusantara' yang dicadangkan oleh seorang
cendekiawan Indonesia ketika mahu menamakan nama negara itu hampir berjaya namun
tertolak saat-saat akhir.Alangkah beruntungnya jika jiran kita itu adalah sebuah negara
bernama 'Nusantara'.Mungkin mereka lebih mesra dengan saudara mereka di sini dan
tidak terlalu bermegah dengan nama yang diberikan oleh Belanda itu sehingga ada yang
mahu menikam saudara mereka sendiri dengan buluh runcing.

Dalam hal ini seolah-olah Inggeris lebih berpengetahuan luas dengan nama orang-orang
Melayu.Mengapa Belanda tidak mengenal kaum-kaum di tanah jajahannya sebagai
'Melayu'?Padahal sebelum Perjanjian Inggeris-Belanda yang menyaksikan pembahagian
wilayah 'Indonesia' dan 'Malaysia',orang-orang dari pulau-pulau Sumatera,Jawa dan lain-
lain bebas keluar masuk ke Tanah Melayu dan Benua Siam,begitu juga orang dari Tanah
Melayu bebas membina keturunan di pulau-pulau Indonesia pada hari ini.Dari mana asal
orang Aceh,Bugis dan Brunei?Ini rahsianya.

Bani Jawi di Indonesia menamakan bahasa mereka 'Bahasa Indonesia'.Ini cuma istilah
politik sahaja dimana pernah negara kita menamakan bahasa ini sebagai Bahasa
239

Malaysia.Selepas itu kementerian menamakan semuala sebagai Bahasa Melayu.Di


Indonesia,jika ingin membicarakan asal-usul bahasa Indonesia,mereka akan merujuk
kepada istilah 'Bahasa Melayu' akhirnya.

Jadi,jika Melayu ini sukukaum,bagaimana satu sukukaum boleh menakluk seluruh


Malaysia dan Indonesia dengan bahasa mereka?Bukan sahaja itu,seluruh Kepulauan
Melayu dan Pasifik mematuhi 'pattern' bahasa mereka?Mengapa bukan bahasa Aceh atau
Jawa menjadi lingua franca seluruh Nusantara?Ada yang mengatakan asal-usul Melayu
adalah satu kerajaan bernama Kerajaan Malayu di Sumatera,namun kerajaan yang dilabel
'Melayu' itu hanya satu pemerintahan kecil sahaja.Bagaimana kerajaan kecil seperti itu
boleh memaksa seluruh Nusantara supaya berbahasa dengan bahasa mereka?Fikirkan
misteri ini,sebab itu saya katakan Melayu itu adalah nama lain bagi Bani Jawi,tercatat di
dalam manuskrip purba Avesta dan Sanskrit...juga tulisan pepaku (cuneiform)
Sumeria.Ini adalah warisan dari satu bangsa kuno yang tenggelam ketika Banjir Besar
atau bencana lain.

SEbenarnya kita diperkotak-katikkan oleh kebodohan dan kebingungan penjajah sendiri


disamping kebodohan kita sendiri yang ikut sahaja macam lembu dicucuk hidung segala
kekeliruan penjajah.Kemudian bergaduh sama sendiri semata-mata pakaian,bahasa dan
budaya yang sah-sah memang sama!Ini ibarat dua orang bodoh yang bergaduh sesama
sendiri kerana masing-masing menuduh sesama sendiri meniru jumlah tangan,mata dan
telinga yang ada dua pasang.Padahal mereka berdua ialah MANUSIA!

A berkata:Namaku Indonesia,Belanda yang bagi nama...aku ada dua tangan,kenapa


kamu tiru aku?

B berkata pula:Aku Malaysia,Inggeris bagi nama...orang Malaysia memang ada dua


tangan,kamu yang tiru aku.

A membalas:Ah!Sudah!Goblok!Aku mahu patahkan tangan kamu,biar jadi satu...baru


terlihat beda.

B mempertahankan diri:Aku sejak lahir memang sudah ada dua tangan,kenapa mahu
dipatahkan...?

A menjawab:Aku juga lahir dengan dua tangan...Ah!Kecapetan aku dengan masalah


ruwet begini dong...sialan kamu!
240

Akhirnya A dan B berebutkan songkok,keris dan bahasa Melayu sesama sendiri.Ini adalah
senario yang menyedihkan.Amat bingung dan tolol.Jadi sudah nampak kepentingan
mempelajari asal-usul kita?YA!AMAT PENTING,SAMPAI SATU TAHAP,JADI KRITIKAL
SEPENTING NYAWA DIHUJUNG TANDUK!

Masalah ini jelas jika negeri Kelantan berpisah dari Malaysia dan menubuhkan negara
sendiri yang pekat dengan gagasan 'Bangsa Kelantan' (baca:bangsa Indonesia).Bila
bergaduh di Internet,tidak mustahil orang-orang Kelantan yang dungu (contoh sahaja)
akan memanggil Malaysia sebagai Malingsial dan memijak bendera Malaysia.Orang
Kedah pula memijak bendera Kelantan dan mencerca orang Kelantan.Bila terlihat di
Youtube,video orang Terengganu memakai keris dan bertanjak,maka orang Kelantan
mengancam mahu menyerang Terengganu kerana 'mencuri' budaya mereka.Nasi Dagang
juga didakwa berasal-usul dari Kelantan.Akhirnya orang Kelantan dan Terengganu
berebut-rebutkan Nasi Dagang dan Budu sesama sendiri,dan pada masa yang sama orang
Selangor dan Kuala Lumpur menyedut minyak dari bumi mereka sambil ketawa
berdekah-dekah (ini tambahan dari saya,jangan marah saya ye!).

Fikirkan,kita selesa memanggil orang Brunei sebagai Melayu Brunei,namun jika melihat
orang-orang dari Indonesia,kita cenderung melabel mereka sebagai 'Indon' seolah-olah
makhluk dari planet lain padahal Wak Seman yang berniaga tempe dibelakang rumah kita
boleh kita labelkan sebagai Melayu Jawa.Begitu juga orang Indonesia yang keliru.Saya
teringat satu rancangan muzikal artis-artis Malaysia dan Indonesia terbitan RTM dan
RCTI sekitar tahun 90-an dahulu.SElepas habis persembahan M.Nasir dengan lagu
bernuansa Nusantara 'Mentera Semerah Padi',pengacara bersama dari Indonesia
melahirkan rasa kagum dengan lagu tersebut dan menyebut-nyebut rasa bangga beliau
dengan rumpun yang sama antara Malaysia dan Indonesia.Saya begitu terkesan dengan
kata-kata 'satu rumpun' dan 'nusantara' yang disebut-sebut beberapa kali oleh pengacara
wanita Indonesia itu kepada temannya dari Malaysia (saya lupa siapa pengacara Malaysia
itu,maklumlah baru dibangku sekolah rendah,sudah lama berlalu)
241

Pandangan kedua yang mengatakan Melayu itu bahasa bukan bangsa juga adalah satu
kekeliruan yang pelik.Padahal kebiasaan satu bahasa dinamakan bersempena bangsa yang
menggunakannya.Adakah orang Amerika atau Americans menggunakan American
Language?No!It's absolutely not!You know,man...

Orang Amerika tetap memanggil bahasa mereka sebagai English,setidaknya American


English.Apa itu English?Englishman,dude...you know what I mean?Who the hell of this
Englishman?

Orang-orang Inggeris.

Jadi siapa yang memandai buat teori mengatakan Melayu itu nama bahasa?Jadi siapa
yang menggunakan bahasa Melayu?Orang Jawa?Orang Kedah?Orang Perak?Orang
Minang?

Mengapa maharaja-maharaja Srivijaya dan betara-betara Majapahit menuliskan prasasti-


prasasti yang melambangkan kewujudan empayar mereka dalam bahasa Melayu?Adakah
kerana takut dengan Melaka yang kecil itu?TIDAK SAMA SEKALI.

Bahasa Melayu adalah bahasa nenek moyang Sultan Mansur Syah,Hayam Wuruk dan
Samaratungga.Ia adalah bahasa leluhur Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun.Ia adalah
bahasa kebanggaan Raja-raja Funan "King of The Mountain" dan raja-raja Champa.

Orang-orang Eropah yang akhirnya menjadi 'bangsa Amerika' tidak menamakan semula
bahasa mereka menjadi 'Uncle Sam Language' sebagai contoh.English tetap
English,walaupun imigran Ukraine,Perancis,Jerman dan Itali mahupun Yahudi Ashkenazi
yang berhijrah ke Amerika.

JIka mahu berhujah dengan bahasa Sanskrit,perlu diingat Sanskrit bukanlah bahasa
percakapan sehari-hari terutama Dravidian (Tamil,Telegu dll).Ia bahasa sastera,agama
dan istana.Malah penggunaannya terhad mengikut kasta tertentu pada zaman dahulu.Ia
bahasa 'suci' yang dipandang tinggi (sebab itu tidak keterlaluan ada pengkaji bahasa
menyifatkan asas bahasa Inggeris adalah Sanskrit).Jadi tiadalah kaum Sanskrit atau
bangsa Sanskrit.Masalahnya dalam kes bahasa Melayu,kita berurusan DENGAN BAHASA
YANG MENJADI BAHASA PERSATUAN SELURUH BANI
JAWI/NUSANTARA/MALA.Bahasa Melayu tidak dikasta-kastakan.Ia bahasa persuratan
dan bahasa perdagangan.Ia ADALAH BAHASA KUNO YANG DIGUNAKAN SEAWAL
URUSAN MEREKA DENGAN PARA UTUSAN KING SOLOMON DAN FIRAUN-FIRAUN
242

DI THE LAND OF THE GODS.'The Mala Ancient Language in The Land of Promise'.Dari
manakah asal 'Mala' ini?

Selebihnya biar saya simpan dalam siri ATBM akan datang.

Bagi mengakhiri artikel ini,saya petik Sumpah Pemuda yang dibacakan pada 28 Oktober
1928 di Indonesia dan hayati betapa mereka sedar akan kepentingan 'bahasa persatuan'
ini,bahasa yang saya,anda dan saudara-saudara kita di Indonesia,Selatan
Thailand,Singapura,Brunei dan seluruh Bani Jawi...gunakan dan punya semangat untuk
menggunakannya.

"Pertama
Kami putra dan putri Indonesia, mengaku bertumpah darah yang satu, tanah air
Indonesia.

Kedua
Kami putra dan putri Indonesia, mengaku berbangsa yang satu, bangsa Indonesia.

Ketiga
Kami putra dan putri Indonesia, menjunjung tinggi bahasa persatuan, bahasa
Indonesia"

Srikandi

"sirna bherahi samar gentahi sukksasentosa seri"

-lohor jeavi-

Posted by Mistis Organization at 6:20 PM


243

Friday, August 13, 2010

The Tombs of Ayutthayan Kings

Sekitar April 2007,peminat sejarah negeri Kedah telah dikejutkan dengan kewujudan
blog,sejarahnagarakedah.blogspot dan menariknya,penulis blog yang dikenali sebagai
Anai-anai telah mendakwa berasal dari keturunan pemerintah Kerajaan Ayutthaya,sebuah
kerajaan Siam Purba yang pernah mendominasi Indochina pada masa lampau.Dakwaan
beliau lebih menarik apabila selepas itu muncul pula beberapa orang yang mendakwa
menyembunyikan identiti mereka dengan masing-masing memiliki nama 'kerabat diraja'
dengan pangkai nama 'Nai'.Malahan keturunan dari 'Nai' ini pernah membuat majlis
perhimpunan keluarga dan sumber utamanya merangkap waris maharaja,Nai Long
Kassim Nai Long Ahmad pernah menyertai satu forum bersama persatuan sejarah.

Saya (Srikandi) akan mengulas dakwaan Anai-anai secara kritis dan seimbang.Saya akan
menyorot dari segi sejarah Benua Siam dan cuba untuk mengaitkan semua dakwaan ini
dengan sejarah realiti tidak kira sejarah yang cuba digelapkan ataupun secara kronologi
logik.Saya juga akan mengambilkira kemusykilan semua pihak terutama pihak yang
menentang usaha Anai-anai.

Anai-anai,atau nama sebenarnya Mazlan Abdul Majid telah membentangkan satu kajian
yang agak luarbiasa dari sejarah yang kita baca di buku-buku teks sekolah.Beliau
mendakwa Kerajaan Ayutthaya adalah sebuah kerajaan Siam yang beragama Islam dan
raja-raja mereka berasal dari Kedah.Siam dan Thai juga adalah dua kaum yang
244

berbeza.Beliau juga mendedahkan bahawa kejatuhan Ayutthaya adalah disebabkan


pakatan antara Burma dan Thai sekian lama,kemudian sejarah Ayutthaya telah ditutup
dan diubah serta keturunan raja-raja Ayutthaya juga diburu dan dibunuh.

The Tombs of Ayutthayan Kings

Hanyut tanah tak bertuan


Rakyat tidak bertuan
Ditabal aku di Segara Masin
Raja gelar..."

(Silkhannaz -Merong Mahawangsa)

Kerajaan Ayutthaya adalah sebuah kerajaan purba yang dikesan kewujudannya sekitar
tahun 1351 hingga kejatuhannya pada tahun 1767 Masehi.Kerajaan ini berpusat di sebuah
kawasan seperti pulau di Sungai Chao Phraya.Nama 'Ayutthaya' dikatakan diberi oleh
pengasas kerajaan ini,U Thong yang bermaksud 'Kota Raja-raja'.

Sejarah Thailand tidak lengkap jika tidak menyebutkan tentang kewujudan Kerajaan
Ayutthaya ini,ini kerana ketika zaman keemasannya,ia menjadi kota paling makmur
dengan urusan perdagangan dalam dan luar negara.Kerajaan-kerajaan seperti
China,Parsi,Belanda sehingga Perancis pernah menghantar duta dan rombongan
perdagangan ke kota Ayutthaya.Kota ini menjadi antara kota terkaya di dunia dengan
kepadatan penduduk dan kemewahan yang didapati hasil perdagangan.Hubungan
245

diplomatik antara negara luar semakin rancak terutamanya dalam pemerintahan Raja
Narai yang menyaksikan utusan dihantar ke istana raja Perancis.Ayutthaya juga adalah
kerajaan yang kuat dan pernah menakluk Angkor,ibukota kerajaan Khmer,yang semakin
lemah di mana sebelum itu pernah menjadi satu empayar yang besar dan menakluk
sebahagian besar Indochina.Satu-satu kerajaan yang bersaing dengan Empayar Khmer
adalah Empayar Melayu Srivijaya ketika itu.Ayutthaya juga berjaya menjinakkan
Sukothai,satu kerajaan di utara Indochina yang merupakan musuh dan pesaing kepada
Ayutthaya.

Di dalam Sejarah Melayu,kerajaan ini dikenali sebagai Syahrul Nuwi dengan panglimanya
dikenali sebagai Awi Dicu (Sihadecho?) dan raja-rajanya bergelar Paduka Bubunnya.Salah
seorang anak raja Syahrul Nuwi ini bernama Cau Pandan (Chao?),mati akibat ditikam
dengan panah semasa mahu menyerang Melaka.

Dalam sejarah Thailand,kerajaan ini dikatakan jatuh kerana diserang Burma dibawah
pimpinan Alaungpaya.Ketika saat-saat kejatuhannya juga,kerajaan ini berdepan dengan
konflik dengan kemaraan Dai-Viet (Ngu Yen) dari arah Kemboja yang sebelum itu telah
menjinakkan saki-baki kekuasaan Khmer dan Champa.

Dalam sejarah Thailand juga disebut raja-raja Ayutthaya adalah berasal dari kaum Tai dan
berbahasa Tai.Mereka menganut ajaran Buddha.Ini adalah sejarah umum yang dibaca
dibuku-buku sejarah.

Kekeliruan mula terjadi apabila ahli-ahli sejarah Thai menemukan jumlah tapak masjid
yang begitu banyak di sekitar puing-puing kota Ayutthaya.Para pengkaji juga menemukan
bekas-bekas ukiran yang dirosakkan atau dibuang dari dinding-dinding runtuhan
kota.Seorang pakar sejarah Thailand juga mencadangkan nama Thailand ditukar semula
ke nama 'Siam'.Kuasa raja Thai yang semakin dikurangkan memungkinkan kajian yang
lebih mendalam dan ahli sejarah Thai semakin berani mengemukakan hasil kajian.
246

Mempelajari misteri dari sejarah Ayutthaya,membolehkan kita mencari kunci yang hilang
di Indochina,sekurang-kurangnya mengetahui sampai manakah wilayah-wilayah orang
Melayu di Indochina.

Dalam blogsejarahnagarakedah,saudara Anai-anai telah mendedahkan secara terperinci


salasilah raja-raja Ayutthaya.Mula-mula kita mesti tahu dahulu apa yang menyebabkan
kajian Anai-anai ini berbeza langsung dari sejarah kontemporari.Antara ciri-ciri dakwaan
beliau mengenai Ayutthaya ialah:

-Siam adalah nama satu kaum yang berbeza bahasa dan agama dengan Tai.Siam berasal
dari Kedah dan beragama Islam,manakala Tai dari selatan China.Raja-raja Ayutthaya
adalah dari keturunan Siam dan beragama Islam.

-Siam (Ayutthaya) ialah satu keturunan dengan orang Melayu.

-Siam adalah hasil pencampuran orang Cina Islam dari negara China pada zaman dahulu
dan keturunan orang-orang Melayu di Nusantara.

-Setiap nama raja Ayutthaya mempunyai nama Siam dan nama Islam mereka.
247

-Kerajaan Ayutthaya adalah kerajaan yang diperintah oleh raja-raja Islam.

-Kerajaan Ayutthaya adalah sebahagian dari Empayar Monggol (Moghul) Islam berpusat
di India.Setidak-tidaknya ada hubungan dengan Kerajaan Moghul itu kerana ada
keturunan mereka menjalinkan tali perkahwinan dengan raja-raja Siam Ayutthaya.

-Keturunan raja-raja Ayutthaya telah lari ke semenanjung Tanah Melayu dan diburu oleh
kerajaan Thai yang menakluk Ayutthaya sebelum itu.Mereka memakai gelaran 'Nai'.

-Mereka yang mempunyai talian persaudaraan kerabat Ayutthaya ini mengenali antara
satu sama lain,contohnya bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi juga
didakwa ada namanya yang lain berpangkal dengan gelaran 'Nai'.

-Kerajaan Ayutthaya ini amat besar mengikut dakwaan Anai-anai,sehingga dikatakan


semua raja-raja Melayu di semenanjung ini adalah 'raja daerah' kepada Empayar Islam
248

Ayutthaya sahaja termasuk Kesultanan Melaka.Melaka itu pula dikatakan hanyalah salah
satu pelabuhan Ayutthaya untuk mengawal Selat Melaka.

-Raja-raja daerah ini mempunyai peluang untuk menjadi Maharaja Ayutthaya melalui
sistem giliran.

-Raja-raja dan tentera Kerajaan Ayutthaya ini punya budaya berkeris menunjukkan
hubungan keturunan mereka dengan alam Melayu (menariknya ini ada bukti yang
jelas,bukan sahaja dari sumber Thai sendiri,malah sumber Perancis).

-Sejarah Ayutthaya ada kaitan dengan Merong Mahawangsa.

-pengetahuan salasilah keturunan raja-raja Ayutthaya adalah wasiat yang dijaga turun-
temurun oleh kerabat pemerintah Ayutthaya yang bersembunyi dari buruan tentera Thai
terutama sejak tahun 1821 yang digelar 'Tahun Musuh Bisik'.

Ini adalah antara ciri-ciri di dalam penjelasan blog sejarahnagarakedah.Penulis blog ini
mempunyai satu sumber bertulis yang amat dipercayai,iaitu kitab Undang-undang Kedah
yang manuskrip aslinya berjaya dikembalikan atas usaha Kerajaan Malaysia dari tangan
Kerajaan Britain sekitar tahun 2003.Bukan itu sahaja,sumber-sumber sejarah lain seperti
Cempakasari Negeri Perak dan Sejarah Melayu juga dilihat selari dengan Undang-undang
Kedah ini.Penulis blog itu juga merujuk kepada kitab Hikayat Merong Mahawangsa.
249

Mari kita mengenal raja-raja yang pernah memerintah Ayutthaya.Raja-raja Ayutthaya


dikatakan berjumlah 33 orang kesemuanya.Kita lihat dahulu senarai umum raja-raja
Ayutthaya dari kacamata Thai dan sejarah umum:

Uthong Dynasty (pemerintahan pertama, 1350-1370)

Ramathibodi I (dahulu dikenali Prince U Thong 1350 - 1369)


Ramesuan (1369 - 1370) (pemerintahan kali pertama,kemudian turun takhta)

Suphannaphum Dynasty (pemerintahan pertama, 1370-1388)

Pha Ngua (Boromma Ratchathirat I 1370 - 1388)


Thong Lan (1388)

Uthong Dynasty (pemerintahan kedua, 1388-1409)

Ramesuan (1388 - 1395) (pemerintahan kali kedua)


Ramracha Thirat (1395 - 1409)

Suphannaphum Dynasty (pemerintahan kedua, 1409-1569)

Intha Racha(Nakharinthara Thirat 1409 - 1424)


Borommaracha Thirat II (Sam Phraya 1424 - 1448)
Boromma Trailokanat (1448 - 1488)
Borommaracha Thirat III (1488 - 1491)
Ramathibodi II (Chettha Thirat 1491 - 1529)
Borommaracha Thirat IV (Nor Phutthangkun 1529 - 1533)
250

Ratsadathiratcha Kuman (1533); raja kanak-kanak


Chaiya Racha Thirat (1534 - 1546)
Kaeo Fa (Yot Fa) -menyertai tampuk kuasa (1546-1548); raja kanak-kanak & permaisuri Si
Sudachan
Voravonsadiraj (1548)
Phra Maha Chakkraphat (memerintah 1548-1568) & permaisuri Suriyothai (d.1548)
Mahinthara Thirat (1568 - 1569)

Sukhothai Dynasty (1569-1629)

Maha Thammaracha Thirat (Sanphet I 1569 - 1590)


Naresuan, the Great (Sanphet II 1590 - 1605)
Ekathotsarot (Sanphet III 1605 - 1610)
Si Saowaphak (Sanphet IV 1610 - 1611)
Drongdharm (Intha Racha 1611 - 1628)
Chejthathraj (1628 - 1629)
Artitthayawongs (1629)

Prasat Thong Dynasty (1630-1688)

Prasat Thong (Sanphet V 1630 - 1655)


Chao Fa Chai (Sanphet VI 1655)
Si Suthammaracha (Sanphet VII 1655)
Narai, the Great (1656 - 1688)

Ban Phlu Luang Dynasty (1688-1767)

Phet Racha (1688 - 1703)


Luang Sorasak or Phrachao Sua ('Raja Harimau') (Sanphet VIII) (1703 - 1709)
251

Tai Sa (Sanphet IX 1709 - 1733)


Borommakot (Borommaracha Thirat III 1733 - 1758)
Uthumphon (Borommaracha Thirat IV 1758)
Suriyamarin or Ekkathat (Borommaracha Thirat V 1758 - 1767)

Sekarang kita bandingkan senarai di atas dengan salasilah raja-raja Ayutthaya versi
pendedahan oleh Nai Long Kassim Nai Long Ahmad,yang mendakwa waris dari raja-raja
Siam Islam Ayutthaya.

Kerajaan Ayutthaya Siam Islam NagaraKedah Pasai Ma

-SULTAN MAD ZAFAR SYAH III IBNI TUANKU MUHAMAD SYAH


BERPINDAH KE AYUTHIA (gelaran Siam:RAMA TIBODI I @ U THONG)

-TUANKU NAZREEN IBNI SULTAN MAD ZAFAR SYAH III ( gelaran Siam:RAMESUAN
1369 – 1395)

-SULTAN SALEHUDDIN MUADZAM SYAH (gelaran Siam:BOROMORACHA I 1370 -


1388)

-TUANKU MOHAMMAD CHAN (@ TOK TEMENG) IBNI TUANKU NAZREEN


@RAMASUAN (gelaran Siam:THONG CHAN 1388 – 1395)

-SULTAN RAHMAN LAKSEMANA (gelaran Siam:RAMARATCHA 1395 - 1409)

-SULTAN RAZAK IBNI SULTAN MAHMUD (gelaran Siam:INTHARATCHA I 1409 –


1424)
RAJA TOUNG OO
252

-SYAH ALAM YANG MAHA MULIA


SULTAN RIJALUDDIN MUHAMMAD JOHAN SYAH IBNI TUANKU MOHAMMAD
CHAN
@SULTAN MUHAMMAD SYAH III, PARAMESWARA MELAKA (gelaran
Siam:RAMATIBODI II @ Boromoraja II? memerintah 1424 – 1448)

-SULTAN JALIL YAACOB SYAH (gelaran Siam:BOROMOTAILOKANAT 1448 – 1491)

-TUNKU MUHAMMAD YUSUF ibni SULTAN RIJALUDDIN MUHAMMAD JOHAN


SYAH
RAJA PASAI (gelaran Siam:BOROMORAJA II 1491 – 1533)

-RATSADA (1533 - 1547)

-KAIFA TABIM SHEIKH ALI @ TABIN SHWEHTI (Ayahanda kepada Puteri Nang Che
Yam, Raja Patani,memerintah 1547 – 1548 dengan gelaran Siam:YOT FA)

-PUTERA JALIL YAACOB SYAH


SYAHBANDAR KOTA SETAR (gelaran Siam:KHUN WARAN WANGSA 1548)

-PADUKA SERI SULTAN MOHAMMAD


RAJA PASAI
ADINDA KEPADA SULTAN JALIL (gelaran Siam:CHAKRAPHAT 1548 – 1569)

-TUANKU NUR AISYAH IBNI TUANKU SULTAN RIJALUDDIN MUHAMMAD JOHAN


SYAH III (gelaran Siam:MAHIN INTA TIRAL,gelaran di Toungu Burma:BA YIN
NAUNG,gelaran di India:AISYAH SULTAN BEGUM,memerintah 1498 -1530)
253

-NAI(SYED)HASSAN, PUTERA SANTUBONG


RAJA BORNEO (gelaran Siam:NARUESAN/NARESUAN 1530 – 1605)

-TUANKU SHAARI RIAYAT SYAH


SULTAN RIAU, PAGOH (gelaran Siam:EKATOTSAROT 1605 – 1610)

-NAI (SYED)HISBU MUADZAM SYAH IBNI SULTAN ZAHIRUDDIN BAHADUR SYAH


(gelaran Siam:INTARAJA II @ SONG THAM AYUTHIA 1610 - 1628)

-TEH ABU ADINDA SULTAN MAHMUD,PUTERA KEPADA TUANKU SHAARI RIAYAT


SHAH
SULTAN RIAU (gelaran Siam:CHETTHA 1628 - 1629)

-SULTAN ALI IBNI SHAARI RIAYAT SYAH


SULTAN RIAU (gelaran Siam:ATTHINAWONG 1629)

-PENGGIRAN RAJA KECIL BONGSU, BRUNEI (gelaran Siam:PRASAT THONG 1629 –


1655)

-TUANKU JAAFAR
SULTAN SELANGOR (gelaran Siam:CIAO FA JAI 1655- 1656)
254

-SULTAN MAHMUD SYAH IBNI NAI(SYED)HISBU MUADZAM SYAH KEKANDA


SULONG KEPADA TUN SAABAN DAN PER ABU.
SULTAN MELAKA (gelaran Siam:SRI SUTHAMMARACHA 1656 – 1688)

-TUN SAABAN IBNI NAI HISBU MUADZAM SYAH (gelaran Siam:NARAI,gelaran di


Aceh:ISKANDAR MAHKOTA ALAM memerintah 1656 – 1688)

-PIR ABU IBNI NAI (SYED) HISBU MUADZAM SYAH (gelaran Siam:PRA PETRARAJA
1656 - 1688)

-SUA @ SULTAN MANSOR SYAH IBNI SULTAN ISMAIL JAMMU PATANI (gelaran
Siam:PIJA TUK NAKPHA 1703 - 1709)

-NANG CHE PUAN,PERMAISURI KEPADA SULTAN MUHAMMAD JIWA NAI NAL


ADILIN II (gelaran Siam:PHUMINTHARAJA 1709 - 1733)
255

-SULTAN MUHIYIDDIN MANSOR SYAH IBNI SULTAN MAHMUD SYAH


(gelaran Siam:BOROMAKOT CHAO PIJA KERSAN ATAU TURUT DIKENALI SEBAGAI
SRI SU TAMMARAJA II 1733 – 1758)

-SULTAN MUZAFFAR SYAH IBNI SULTAN ISMAIL


(gelaran Siam:UTHUMPON 1758 -1765)

-SYAH ALAM YANG MAHA MULIA,KHALIFAH SHARIF ABU BAKAR SYAH IBNI
SULTAN MUHIYUDDIN MANSOR SYAH (gelaran Siam:MAHA TAMMARAJA II dan
gelaran istana Ayutthaya:KAHA EKATAAT Disebut didalam buku Undang-Undang Kedah
sebagai Sharif Yang Di Pertuan 1758-1767-1821) -Raja Ayutthaya terakhir memerintah
sebelum serangan Burma dan Thai.

-SYAH ALAM YANG MAHA MULIA


SULTAN MADZAFAR SYAH III IBNI KHALIFAH SHARIF ABU BAKAR SYAH
TUANKU SULONG ATAU KOYA LONG (gelaran Siam:Po Chun,menjadi Raja Kemboja
tahun 1758,'memerintah' Ayutthaya tahun 1821-1824)

Senarai ini sebenarnya lebih panjang sehingga sampai ke salasilah NAI LONG KASIM
IBNI TUANKU NAI LONG HAJI AHMAD yang menjadi sumber rujukan Anai-anai.Apa
pandangan anda apabila melihat kedua-dua senarai ini?

Mungkin kali pertama kita mendengar pendedahan ini,dakwaan Anai-anai ini adalah
sesuatu yang sukar untuk diterima dan bersifat khayalan.Namun saya cuba untuk
bersikap adil,lebih-lebih lagi dakwaan ini bukan seperti tin kosong,tetapi Anai-anai
mempunyai sumber bertulis yang sah,iaitu manuskrip Undang-undang Kedah.SEJAK
KITA TAHU BAHAWA INGGERIS TELAH BANYAK MEMUTARBELITKAN SEJARAH
KITA,PENDEDAHAN INI PERLU DIBERI PERHATIAN DARI SEGI AKADEMIK.

Stamford Raffles,R.O Windsted,W.G Shellabear (sekadar menyebutkan beberapa nama)


juga 'anak murid' mereka seperti Munshi Abdullah dan ramai lagi...ya terlalu
ramai,adalah penulis-penulis sejarah moden kita sebenarnya.Adakah sejarah bertulis kita
tiada sehingga terpaksa bangsa asing menilai semula sejarah kita?TIDAK SAMA
SEKALI.MEMANG ADA,TETAPI TELAH DIRAMPAS ATAU DIMUSNAHKAN.Contohnya
Undang-undang Kedah,ini satu contoh.Bagaimana dengan Arkib Istana Melaka yang
hancur musnah terbakar oleh serangan Portugis?Bagaimana dengan beribu-ribu
manuskrip yang dicuri sepanjang era penjajahan?
256

SEJARAH BERTULIS KITA SEBAHAGIAN BESAR DISIMPAN OLEH PIHAK ISTANA.Ini


kerana umumnya kerabat diraja adalah mereka yang celik huruf dan terpelajar.Namun
peperangan dan penjajahan telah memusnahkan atau menghilangkan sebahagian besar
sumber-sumber ini.Sebab itu peranan raja-raja Melayu amat penting,UNTUK
MEREKODKAN BUDAYA DAN WARISAN MELAYU TURUN-TEMURUN.

Apa yang tinggal pada kita ialah salinan kitab SEJARAH MELAYU oleh Tun Seri Lanang
yang telah di'moderate' kan oleh ahli-ahli akademik Inggeris seperti R.O Winsted dan
Shellabear.Nasib baik kerajaan berjaya membawa balik kitab Undang-undang
Kedah.NAMUN BERIBU LAGI KITAB SEJARAH BERADA DI TANGAN BANGSA ASING.

Bagi saya,pendedahan ini ada pro dan kontra.Sebelum kemunculan blog


sejarahnagarakedah lagi saya sudah tahu sejarah Melayu di Indochina (Benua Siam),cuma
butiran terperincinya belum habis dijejaki.Saya menunggu-nunggu pasti ada pendedahan
dari seseorang kerana saya tahu sejarah kedatangan orang-orang Tai ke Benua
Siam.Untuk mengetahui sejarah orang Tai (Thailand),kita tidak digalakkan untuk
mengambil dari sumber Thai yang dipengaruhi konspirasi raja-raja Thai.Kita perlu dengar
dari mulut orang Mon,Pyu,Khmer,Cham dan aborigine Benua Siam.Orang Tai adalah
sama dengan Dai-Viet ('Dai' adalah han yu pin yin atau sistem sebutan-tulisan Cina dari
kata 'Tai'),mereka kaum terdesak dari Selatan Cina yang diasak oleh orang Han dan
Monggol.Jika orang Melayu Cham dahulu pernah mempunyai kerajaan di pesisir pantai
Vietnam pada zaman dahulu,masakan tiada orang Melayu/Jawi yang pernah menguasai
wilayah Thailand pada hari ini?

Orang-orang Aceh berasal dari pelarian Champa yang lari dari kebuasan orang Dai-
Viet.Orang Cham adalah penduduk asli Benua Siam,sama seperti orang Mon,Pyu dan
lain-lain.Orang Mon sendiri pernah berkerajaan di Benua Siam lama sebelum orang
Khmer naik memerintah Angkor selepas kejatuhan Funan (sebuah lagi kerajaan Melayu
Kuno) dan orang Mon itu sebenarnya lah yang mengajarkan ajaran Buddha kepada raja-
raja Khmer.Kerajaan Orang Mon telah dimusnahkan oleh orang Burma,satu lagi kaum
pendatang yang ganas (sehingga ke hari ini keganasan mereka,lihat sahaja apa yang
terjadi di Myanmar) dan orang Mon pada hari ini tiada bernegara dan menjadi
minoriti.Siapa orang Mon?Merekalah pembina Pagoda Shwe Dagon yang menakjubkan
itu.Jika mampu membina pagoda besar dari emas,bayangkan bagaimana hebatnya
kerajaan orang Mon pada zaman purba.Jika orang Mon dahulunya amat hebat dan kaya-
raya,hari ini menjadi mundur,miskin,minoriti,tertindas dan tidak bernegara,itulah yang
terjadi kepada orang Melayu Cham pada hari ini dan TIDAK MUSTAHIL AKAN
BERLAKU KEPADA ORANG MELAYU DI MALAYSIA.
257

Inilah pentingnya mempelajari sejarah.Kesan dari akibat tidak mengambil iktibar dari
pengajaran sejarah adalah amat sadis dan kejam WALAUPUN SESUATU BANGSA ITU
DARI SEGI ZAHIRNYA KAYA DAN MAJU.Bila masa musuh-musuh menyerang?KETIKA
SESUATU BANGSA ITU MULA LALAI DAN LEKA DENGAN KESELESAAN DAN
KEMEWAHAN YANG ADA.

Kra Isthmus adalah wilayah Melayu pada zaman dahulu iaitu Segenting Kera.Kra
bukanlah perkataan Thai,ia adalah perkataan Melayu 'KERA',ya...haiwan yang bernama
kera.Dinamakan Segenting Kera kerana memiliki tanah yang sempit,ia adalah
perumpamaan Melayu lama yang sejenis dengan kata 'sekangkang kera'.Kera digunakan
sebagai perumpamaan sebagai perbandingan ruang yang kecil.Dari sini kita tahu sampai
mana sempadan negeri-negeri yang diduduki orang Melayu.JIka sudah satu Segenting
Kra adalah wilayah Melayu dahulu atau wilayah Patani,adakah orang-orang Melayu sukar
untuk mencapai Ayutthaya?Ayutthaya bukanlah terletak di tengah-tengah Benua Siam
atau jauh ke utara.Ia terletak berdekatan Teluk Siam (Gulf of Thailand).Lihat nama-nama
tempat yang asalnya dari bahasa Melayu tetapi di'Thai'kan:

Phuket (Bukit). Nama lain ialah Tongkah.


Thalang (Tanjung Salang)

Yala (Jala)
Betong (Betung)
Bannang Sata (Benang Setar)
Raman (Reman)
Kabang (Kabae / Kabe)
Krong Pinang (Kampung Pinang)

Narathiwat (Menara)
Tak Bai (Tabal)
Rueso (Rusa)
Su-ngai Kolok (Sungai Golok)
Su-ngai Padi (Sungai Padi)
Tanyongmat (Tanjung Mas)
Buketa (Bukit Tar)

Pattani (Pantai Ini)


Sai Buri (Selindung Bayu @ Teluban)
Yaring (Jaring)
258

Krue Sae (Gersik)


Panare : (Penarik)
Yarang : Jarang @ Binjai Lima

Songkhla (Singgora) bermaksud ‘Bandar Singa’


Chana (Chenok)
Na Thawi (Nawi)
Thepha (Tiba)
Saba Yoi (Sebayu)
Ranot (Renut)
Sadao (Sendawa)
Samila Beach (Pantai Bismillah)

Satun (Setul)
Khuan Don (Dusun)

Phang Nga (Pungah). Ada sumber lain mengatakan daripada nama 'Kuala Bunga'.
Takua Pa (Kupa)
Phattalung (Bedalong / Merdelong)
Trang (Terang)
Ranong (Rundung)
Krabi (Ghraibi)
Chaiya (Cahaya)
Nakhon Si Thammarat (Nagara Sri Dharmaraja / Bandar Sri Raja Dharma). Nama lama
bagi negeri ini ialah ‘Tambralingga / Ligor’.

(dipetik dari Ibnu Rusydi)

Dari sini kita dapat menyelami betapa luasnya wilayah yang diduduki orang Melayu pada
zaman dahulu.Jadi adakah orang Melayu memang hanya wujud di semenanjung?Atau di
pulau-pulau Indonesia?SUDAH TENTU TIDAK.Orang Melayu (tidak kira yang
Jawanya,Champa atau Pataninya) pernah menduduki seluruh Benua Siam.Dari mana
orang-orang Khmer belajar menubuhkan kerajaan?Dari orang-orang CHAM DAN JAWA
SAILENDRA!

Jadi selepas ini marilah kita menghulurkan simpati dan kasih sayang kepada saudara-
saudara kita di selatan Thai ini.Mereka adalah Melayu Patani yang pernah mempunyai
kerajaan hebat dahulu.Orang Melayu Patani kerap datang ke Malaysia sebagai peniaga
259

atau meminta derma untuk sekolah-sekolah agama dan masjid.Pernah tak kita melihat
orang Melayu Patani membawa barangan jualan dengan menjunjung di kepala ke
kampung-kampung?Anak-anak kita menjerit-jerit "orang Siam,orang Siam datang!"
padahal merekalah orang Melayu sama seperti kita (Ya,betul juga..mereka MELAYU
SIAM).Namun jaga-jaga juga orang Siam yang menyamar meminta derma untuk menipu
orang Malaysia yang terkenal amat pemurah.

Berbalik kepada Anai-anai,penulisan beliau yang saya tidak gemar ialah kadangkala
melebih-lebihkan keturunan 'diraja' Siam beliau sehingga merendah-rendahkan sejarah
Kesultanan Melaka.Beliau kerap mempersoalkan mengapa sejarah Melaka dilebih-
lebihkan padahal ia cuma pelabuhan Ayutthaya (benarkah begitu?).Bila disanggah,beliau
kerap berkata,

"Apa boleh buat,sejarah negeri Kedah memang hebat dan raja-raja kami memerintah
seluruh semenanjung dahulu"

Nasihat saya ialah,menceritakan kehebatan sejarah sendiri jangan sampai merendah-


rendahkan sejarah negeri orang lain.Padahal beliau juga berkata,raja-raja daerah bergilir
berpeluang duduk menjadi Maharaja Ayutthaya sehingga Raja Naresuan dikatakan
berasal dari Borneo (ya,saya setuju inilah sebab ahli sejarah Thai tidak menjumpai
makamnya),jadi taraf raja-raja Melayu (dalam versi sejarah Anai-anai) adalah sama
sahaja,walaupun dikatakan ia dimulakan oleh pengasas dari Kedah.Tidak perlu mendabik
dada kehebatan keturunan anda,walau dari 'bangsa harimau' atau 'berdarah naga'
sekalipun.

Bila ada orang mempertikaikan keturunan beliau dan mendakwa Nai Long Kassim
menuntut takhta dari raja-raja Melayu,malangnya saudara Anai-anai melenting sehingga
meleret-leret menyebut-nyebut keburukan orang Melayu semua sekali dan seolah-olah
orang Melayu di Tanah Melayu ibarat orang hutan yang merampas takhta orang Siam
Islam.Emosi berlebih-lebihan ini mempengaruhi juga satu blog yang menjadi 'sekutu'
rapat Anai-anai,iaitu The Malay Press.Di dalam blog ini terdapat satu posting dimana
sengaja diletakkan gambar-gambar yang menunjukkan keadaan 'Melayu' pada masa
dahulu,mungkin sekitar 1880-an kerana teknologi kamera secara moden bermula pada
tahun 1884 selepas penemuan sistem filem yang baru menggunakan lapisan kertas dan
gelatin.Kemudian diletakkan ulasan berbentuk persoalan tentang keadaan orang-orang
Melayu yang nampak seperti 'menyedihkan'.Padahal dimana orang-orang 'Siam Islam'
ketika itu?Sekurang-kurangnya orang Melayu yang dikutuk-kutuk 'orang laut,lanun dan
nelayan' ini malah menjadi 'mangsa pergaduhan' Siam Islam dan Thai yang berebut
260

warisan kemelayuan ini boleh bertahan mempertahankan negara dan masih wujud
bernegara sehingga semua Siam Islam boleh duduk menumpang menjadi ahli
fotografi,pensyarah dan penulis blog di Tanah Melayu yang merdeka ini.Bayangkan
Malaysia ini sebahagian dari Thailand,bukan sahaja nak kutuk Raja Thai pun tidak
boleh,menjeling pun sudah ditangkap tentera Thai,dipaksa meniarap beramai-ramai dan
disumbat dalam trak seperti ayam yang nak dijual di pasar.Jadi bersyukurlah dapat
bersaudara dengan orang-orang Melayu semenanjung ini.Jangan menghiris perasaan
mereka seperti yang dilakukan oleh Hindraf dan Ultrakiasu,lebih-lebih lagi Melayu Siam
bersaudara dengan Melayu semenanjung dan dikuatkan ikatan dengan agama yang sama.

Penulis blog itu juga mendakwa semua raja-raja Melayu adalah Siam Islam ini termasuk
raja-raja Perlis (ada orang Perlis yang tahu salasilah diraja Perlis merpersoalkan versi
Anai-anai ini),Pahang.Perak dan Melaka.Bukan itu sahaja,Hang Tuah lima bersaudara
juga didakwa adalah keturunan Ayutthaya juga!

Satu lagi ialah berkenaan dengan bahasa,saudara Anai-anai seolah-olah begitu obses
dengan bahasa Siam sehingga semua tempat di Malaysia didakwa berasal dari perkataan
Siam.'Nusantara' dikatakan dari kata 'no-san-ta-ra' bermaksud 'tunas-muda-menanti-
merebak',perkataan 'Beruas' (nama tempat di Perak) dikatakan bermaksud 'Puak-Kaya'
dalam bahasa Siam.Malahan Perak itu adalah sebenarnya 'Phe-Raq' iaitu 'abang-yang
dikasihi'.Ini sungguh menghairankan.

'Mengkuang' ialah 'Meang Kuang' dari bahasa Siam juga (bukankah ia adalah pokok
mengkuang?),malah Australia dan Albania juga didakwa berasal dari perkataan Siam
Ayutthaya!Ini ditahap melucukan.
261

Banyak lagi contoh nama bahasa Melayu malah Inggeris yang dikatakan berasal dari
perkataan Siam,malah bahasa Arab juga! 'Siam' atau bermaksud 'berpuasa' dalam bahasa
Arab pun didakwa menunjukkan bersempena 'bangsa Siam Islam'.Ini benar-benar obses
bahasa sendiri.

Jadi bagi saya penulis blog itu tidak patut 'mencemar'kan mood pembaca dengan perkara
remeh-temeh begitu.Tambahan pula jika saya sentuh keturunan raja-raja Ayutthaya yang
ada ada kaitan dengan haiwan mitos seperti naga dan garuda seperti kata Anai-anai lagi
membingungkan!SEBENARNYA SAYA FAHAM 'RAHSIA' DARAH NAGA ITU DAN
TAHU CERITANYA TETAPI CARA ANAI-ANAI MENDEDAHKANNYA TIDAK
AKADEMIK DAN KEBUDAK-BUDAKAN.Seperti kisah kartun Ultraman pula.Saya
membuat andaian,saudara Anai-anai tahu sedikit perkara,tetapi 'syok' menulis sehingga
melebih-lebih sampai keluar dari fakta sebenar.Sebab itu saya nasihatkan jangan sampai
terlalu banggakan keturunan sehingga hilang punca dalam penulisan,kerana bukan sahaja
orang Melayu,malah orang Thai juga akan ketawakan anda.

Kadangkala nada Anai-anai begitu marahkan pengkritiknya sehingga melalut merendah-


rendahkan orang-orang Melayu.Dituduh orang Melayu hanya berasal dari keturunan
pelaut (padahal sebelum itu mengaku Melayu) dan ini saya perhatikan sama seperti
'bebelan' pengkritiknya,seorang warga Malaysia keturunan Thai yang membuka satu blog
lain (sejarahnagarakedag) yang juga 'marahkan' orang Melayu dengan tuduhan yang
sama.Selepas itu bila ditegur,beliau menukar nada dengan mengatakan orang Melayu
yang dikecamnya ialah 'Melayu Baru' atau 'Melayu Umno' yang lupakan sejarah dan
mengikut sahaja penipuan Inggeris.Siam Islam dan 'Siam' Kafir bertekak sesama
sendiri,yang menjadi mangsa tidak semena-mena orang Melayu.Padahal masing-masing
duduk dalam negeri orang-orang Melayu.Istilah 'Melayu' beliau juga berubah-
ubah.Sekejap mengaku orang Siam,sekejap mengaku Melayu Siam,sekejap mengaku
orang Yunnan,malah didakwa dahulu orang Melayu adalah orang 'Fei',baru sekarang
bergelar 'Melayu'.Sepatutnya perkara begini tidak seharusnya berlaku kerana beliau
seorang pensyarah dan terpelajar.Namun saya faham bahawa pengkhususan beliau bukan
dalam bidang sejarah,namun ini tidak bermakna boleh menulis fakta sejarah seolah-olah
mengarang komik anime.

Namun,sebenarnya 70% cerita dari blog itu adalah fakta sejarah yang tidak harus
dipandang sepi.Mengapa saya kata begitu?Kesampingkan kekhilafan penulis blog
itu,kerana sebenarnya apa yang diceritakan tentang hubungan kerajaan Ayutthaya atau
Sharul Nuwi itu dengan orang Melayu amat rapat kerana ia tercatat dalam UNDANG-
UNDANG KEDAH!Keturunan dan waris dari kerabat Ayutthaya ini juga percaya Raja Thai
262

masih menyimpan manuskrip-manuskrip Kerajaan Ayutthaya di 'peti kebal' milik


keturunan Raja Thai itu.Kita juga maklum bahawa tokoh ulama Sufi,Hamzah Fansuri juga
belajar agama dari ulama di kota Sharul Nuwi (Ayutthaya),jadi fikirkan misteri ini.Baca
buku Undang-undang Kedah terbitan DBP dan hayati misteri orang-orang Melayu di
Benua Siam di dalamnya.

Saya berpendapat raja-raja Ayutthaya ini mungkin benar beragama Islam,dan bukan
orang Tai.Namun rakyatnya terdiri dari orang Tai,Khmer,Melayu
(Jawa,Bugis,Kedah,Patani dll),Mon,Cham,Cina,Parsi dan sebagainya.Para penasihat atau
panglima tentera diambil dari pelbagai kaum.Ini samalah seperti di Malaysia.Apabila
kedudukan orang Tai sudah kuat dalam kerajaan,mereka menjalinkan kerjasama sulit
dengan Burma,yang mengintai peluang dari luar untuk menakluk Ayutthaya.Apabila
Burma datang menyerang,kelompok Thai yang belot ini 'membuka' pintu kota Ayutthaya
untuk penjajah Burma.Apabila raja Ayutthaya lari,orang-orang Thai menabalkan diri
mereka menjadi raja.Cerita selepas itu adalah kisah bagaimana raja-raja Thai mahu
menghapuskan pengaruh Burma dari 'menyibuk' dalam negeri baru mereka itu.

Ini hasil 'channeling' saya pada awal tahun lepas.

Saya boleh terima istilah 'Melayu Siam' itu atau Siam itu adalah salah satu keturunan
Melayu,sama seperti Jawa,Kelantan,Aceh atau Sulu.Ini kerana jika anda mahu bercakap
dengan orang Sulu misalnya,amat sukar memahami bahasa mereka,namun kita tahu
mereka sama akar budaya dengan kita,mereka bertanjak dan berkeris juga.Dan saya
faham dengan keadaan orang Siam ini,sama seperti saya faham keadaan orang Cham dan
263

Patani.KITA TIDAK TAHU BERAPA RAMAI 'ORANG THAI' YANG BOLEH DIJEJAK
KETURUNAN ASAL MELAYU MEREKA,yang bersembunyi di seluruh Thailand.Adakah
Aishah,keturunan ketujuh Mahsuri boleh bercakap Melayu seperti moyangnya
Mahsuri?RENUNGKAN MASALAH YANG MENYEDIHKAN INI.

Ini barulah dinamakan dasar penghapusan etnik.Kita boleh belajar perkara ini.Bayangkan
Hindraf boleh menuduh kerajaan Malaysia melakukan dasar penghapusan etnik,akibat
sikap berlembut kerajaan orang-orang Melayu ini,padahal orang-orang Tamil di Thailand
diam.senyap terkebil-kebil tidak berkutik sedikit pun.Sepatutnya para simpatisan Hindraf
belajar dari kata-kata pemimpin MIC terdahulu yang amat berterimakasih kepada orang
Melayu dalam keadaan orang Sinhala di Sri Lanka sekalipun menolak orang-orang
Tamil.Orang Tamil di sini bebas dengan nama dan identiti mereka malah jumlah kuil pun
melebihi jumlah masjid,itu pun dibebelkan,berarak dan memaki hamun orang Melayu (ini
perangai Hindraf,bukan orang-orang India yang berkawan baik dengan
Melayu).Menariknya hari ini pemimpin-pemimpin Hindraf dikecam orang-orang India
sendiri malah India DAP juga kerana melesapkan wang derma simpatisan Hindraf.Malah
Hindraf menyaman balik ahli politik DAP itu dan akhbar Tamil juga.

Pemimpin-pemimpin Hindraf bersenang lenang di luar negara tanpa menghiraukan


kebajikan anak-anak India di Malaysia yang akhirnya terpaksa mengemis dengan kerajaan
orang-orang Melayu tadi yang dimakihamun hasil hasutan pemimpin Hindraf yang
meniru lagak samseng India dalam filem-filem Tamil dan Bollywood.Ini sungguh
melucukan dan bagus untuk difilemkan.Kenang kembali aksi para 'zombie' Hindraf yang
terkinja-kinja di Batu caves tempoh hari sehingga merosakkan pagar kuil mereka sendiri.

Berbalik kepada sejarah Ayutthaya,banyak perkara yang boleh dipelajari dari kejatuhan
kerajaan Melayu di Indochina.Taktik 'buka pintu kota' adalah taktik biasa para
264

pembelot.Ingat lagi kisah Kota Singapura yang diserang oleh Majapahit?Siapa yang
membuka pintu kota?Orang yang kecewa kerana anak perempuannya dibunuh oleh raja
Singapura.Pintu kota kerajaan Champa juga dibuka oleh kebodohan Bendahari Champa
sehingga memudahkan kemaraan tentera-tentera barbarian Dai-Viet
membumihanguskan Champa.Siapa yang membuka 'pintu kota' sehingga orang-orang
Inggeris menjajah Tanah Melayu?Orang-orang Melayu yang berebutkan kekuasaan
sesama sendiri.Pelajari kes campurtangan Inggeris Di Perak.

Percayalah,sejarah adalah satu pengajian aliran-aliran peristiwa yang berulang-


ulang.Siapa yang tidak peka dengan sejarah,akan termasuk lubang biawak dua kali.

Ada rahsia dan misteri yang tidak mampu diungkapkan ketika merenung kuburan 'raja-
raja Ayutthaya' ini.Mungkin pakar sejarah Malaysia perlu berjumpa dengan Nai Long
Kassim ini sebelum beliau menutup mata untuk mengetahui kisah sebenar,apa yang
terjadi ketika serangan orang-orang Burma dan Thai dan peranan orang Melayu di
Indochina.
265

Saya tertarik dengan kenyataan Prasat Preah VI Hear,sebuah 'kuil' yang direbutkan oleh
Thailand dan Kemboja sebenarnya sebuah istana seorang raja bernama Po Chan atau
nama 'Melayu'nya Sultan Mud Zaffar Syah.Anehnya,kuil ini tidak mengandungi patung-
patung Buddha dan ini membangkitkan rasa sangsi bahawa munasabah raja-raja Thai
telah meletakkan patung-patung dan menambah ukiran di semua kesan-kesan binaan
Ayutthaya atau kerajaan Melayu purba dahulu.Pengkaji dari Eropah juga telah
mengesahkan ada patung-patung yang baru diletakkan di binaan-binaan lama di
Thailand.Pintu-pintu kota dan istana juga pasti ada kesan dikikis,dan menurut Nai Long
Kassim,asalnya ada tulisan jawi di situ pada masa dahulu.

Lihatlah,pada masa dahulu,kaum-kaum lain berebut-rebutkan budaya dan warisan


Melayu.Penjajah Eropah pula berebutkan manuskrip-manuskrip Melayu.Istana Melayu
direbutkan oleh orang Tai,Khmer,Vietnam dan Burma.Mereka yang berjaya merebut
binaan-binaan ini kemudiannya menambah-nambah ukiran dan meletakkan patung-
patung mengikut citarasa mereka.Kemudian dengan bangganya mengaku itu semua
warisan nenek moyang mereka.Apabila Inggeris tiba,semua binaan orang-orang Melayu
yang masih ada di semenanjung dimusnahkan,dibedil dengan meriam dan
266

diratakan.Bukti sejarah dirampas.Binaan Melayu di Indochina terjaga rapi sebab sudah


jadi milik orang lain.Kaji Cham Tower dan kompleks sejarah My Son di Vietnam.Kaji
peradaban Funan yang membina Angkor Wat.Cuba kaji mengapa pelan Angkor Wat
menunjukkan seolah-olah ia adalah pelan sebuah kota pertahanan,dengan kedudukan
pintu dan tembok serta dikelilingi terusan air.Ia menjadi bercitarasa kuil setelah
ditinggalkan orang Melayu Funan dan diduduki oleh orang Khmer kemudiannya.Kaji
persamaan gaya ukiran BOrobudur dan Angkor Wat.Kaji,kaji dan kaji lagi.Semuanya jadi
milik orang lain sehingga apabila anak-anak Melayu membaca buku-buku sejarah rekaan
Stamford Raffles dan ahli sejarah 'pemalas' Malaysia,mereka percaya bangsa mereka
adalah bangsa yang tidak punya binaan batu yang hebat.Nenek moyang mereka dahulu
hanya tinggal di hutan-hutan dan selekeh.

Cuba hayati filem Queen of Langkasuka,ratu-ratu pemerintah itu sebenarnya adalah


pemerintah Patani.Dan sebenarnya lanun-lanun yang berpakat menyerang 'Langkasuka'
adalah tentera Thai.Lihat,produser filem Thai amat menyanjungi warisan sejarah
walaupun bekas musuh mereka.Orang-orang Melayu Patani digambarkan amat maju
dengan kota yang kukuh,mewah dan memiliki meriam-meriam,senapang dan pistol
disamping tidak lekang dengan keris mereka.Kostum istana Patani amat mewah dan tidak
kalah dengan kostum permaisuri Thai malah lebih kemas dan memikat dari puteri-puteri
Thai yang berkemban sahaja.Pakatan Thai dan penjajah Eropah telah menghancurkan
sejarah manis Patani ini.Lihat filem Ong Bak 2,hayati kostum,rumah dan perhiasan
pegawai Ayutthaya yang mirip putera Jawa.Perhatikan suasana Benua Siam pada masa
dahulu,dan konflik antara pembelot dalam kerajaan Ayutthaya dan orang-orang yang
setia dengan raja Ayutthaya.Ini yang perlu dikaji,bukan setakat terpesona dengan aksi
siku terbang Tony Jaa.Pada masa depan dijangka ramai pembuat filem Thailand makin
berani menyelongkar sejarah mengikut kepercayaan mereka.Siapakah di sebalik nama-
nama pembuat filem Thai ini?Adakah mereka orang-orang Melayu yang 'bersembunyi' di
sebalik nama-nama Thai mereka?

Bagaimana dengan filem sejarah di sini?Asyik-asyik pondok buruk,warung berdinding


buluh dan rumah-rumah beratap rumbia.Amat menyedihkan.Ini kerja orang malas.
267

Batu-batu nisan sepi di celah-celah semak yang ditunjuk oleh Nai Long Kassim sebagai
moyangnya,raja-raja Ayutthaya,menimbulkan perasaan misteri dan sayu.Betapa jika
orang-orang Melayu tidak sedar dan bersatu,musuh-musuh mereka akan cuba sedaya
upaya merampas 'The Golden Chersonese' ini dari tangan mereka.Dari dulu sampai
kini,tanah tumpah darah kita ini sentiasa menjadi rebutan pelbagai kaum.Semoga Tuhan
memperkuatkan diri kita semua untuk mempertahankannya.SEpertimana sejarah hitam
kerajaan Ayutthaya,begitulah juga akan terjadi kepada Malaysia ini jika semua pemimpin
Melayu masih bermimpi,bergaduh dan berpecah-belah.Ada yang jadi ejen CIA,ada yang
jadi talibarut Ultrakiasu,ada yang kerjanya mengisi perut sendiri 24jam tanpa
menghiraukan nasib anak bangsa sendiri.Renungkanlah batu-batu nisan sepi yang
menceritakan sejarah getir mereka lari dari buruan musuh mereka.Kita tidak boleh
membangunkan raja-raja Ayutthaya ini dari kubur-kubur mereka,namun kita boleh
bertanyakan waris-waris mereka yang masih hidup.Tanyakan mereka dengan jujur dan
minta mereka menjawab dengan jujur,atas nama Allah s.w.t...apa yang terjadi kepada
raja-raja Ayutthaya ini dan orang Melayu suatu ketika dahulu.

Dari 33 orang raja Ayutthaya,hanya 3 makam mereka sahaja yang dikenalpasti berada di
Thailand,mungkin setelah merenung batu-batu nisan misteri ini,kita boleh bertanya
kepada orang Thai,khususnya para penyelidik Thai,ataupun Raja Thai sendiri....

Di manakah makam raja-raja Ayutthaya yang lain?

__________________________________________________
268

Credit:

Pro:

Sejarahnagarakedah

Sejarahnagaraketag

The Malay Press

Kontra:

Sejarahnagarakedag

Posted by Mistis Organization at 6:21 PM


269

Friday, August 13, 2010

Senjata-senjata Melayu Yang Digelapkan Dalam Sejarah

Beribu-ribu tahun dahulu...di Lembah Bujang,terdapat satu peradaban yang


makmur.Kota-kota yang besar dan istana-istana yang mengagumkan.Di satu
kawasan,terdapat kilang-kilang membuat peralatan logam;kilang melebur besi.

Zaman berganti zaman.Tahun berganti tahun.Peperangan demi peperangan.Hasad


dengki,khianat,kekejaman dan penipuan menghiasi tabir.Jatuh dan bangun.Bina kembali
peradaban.Berperang lagi...hancur semuanya....bangkit kembali membina
empayar...perang saudara...kedatangan bangsa Eropah yang
tamak....dijajah...dijajah...dijarah...

Bangkit kembali...tentang penjajah...akhirnya merdeka.Kemudian bina negara...bina


peradaban kembali.Perlahan-lahan.

Anak-anak Melayu pun membuka buku sejarah.Apa yang dilihat mereka?Hulubalang


Melayu memegang tombak.Panglima Melayu menghunus keris.Selak lagi..apa dilihat
lagi?Gambar lukisan raja Melayu di atas gajah,dengan askar-askar Melayu menentang
penjajah Portugis menggunakan tombak dan keris.Bertembokkan pancang-pancang kayu
dan batang pisang.Gambar askar Melayu mati ditembak istinggar musuh.Gambar rumah
beratap rumbia musnah dibedil meriam.Selak lagi....gambar gabenor British bercekak
pinggang dengan orang-orang Melayu berpakaian selekeh di satu sudut.

Selak lagi...selak lagi...gambar orang-orang Melayu pasca-penjajahan yang berimejkan


selekeh,miskin dan nampak kurang berpendidikan.Membosankan.
270

Dalam artikel pengiring terakhir ini,Srikandi akan mendedahkan realiti sebenar


peperangan yang disertai orang-orang di Semenanjung mahupun di pulau-pulau
Nusantara (Indonesia).Srikandi akan mendedahkan betapa antara orang-orang Melayu
pada masa dahulu pandai mencipta meriam dan menggunakan senjata api..Ini sekaligus
menafikan anggapan popular ketika penjajahan dahulu "hendak buat sebatang jarum pun
tak mampu"

Benarkah begitu?

'Musketeers' dan 'Gunners' Melayu

Ketika saya masih kecil lagi,saya masih teringat satu filem lama tahun 80-an berlatar
belakangkan zaman dahulu,mungkin sekitar abad ke 17.Kalau tak silap saya,Dato Rahim
Razali ada berlakon dalam filem itu.Keistimewaan filem ini ialah,ia memaparkan orang-
orang Melayu dahulukala berperang menggunakan meriam-meriam kecil,dalam istilah
Melayunya 'Lela Rentaka'.

Meriam-meriam ini boleh dikendong menggunakan tenaga dua orang,di bawa ke sana
sini.Terdapat satu adegan di mana tentera-tentera bergegas membawa meriam-meriam
ini ke medan perang melintasi sawah-sawah padi.Ada adegan tentera yang tumpas
terkena bedilan.Aksi letupan yang begitu 'real' dan suasana selepas perang di mana
mayat-mayat bergelimpangan di sawah padi dihurung lalat dengan darah bersemburan di
sana sini.Filem ini begitu istimewa di mata saya,berbanding filem-filem tipikal lain yang
juga berlatarbelakangkan sejarah namun imej peperangan yang membosankan dan
271

kurang tepat;asyik-asyik berperang menggunakan keris dan lembing.Penggunaan meriam


yang meluas di dalam filem ini amat menarik dan sehingga kini saya masih teringatkan
filem itu yang unik dan menimbulkan misteri kepada saya.

Semakin dewasa dan kelebihan menggunakan maklumat yang banyak di perpustakaan


semasa melanjutkan pengajian ke luar negara membuatkan saya semakin tertanya-
tanya;apakah peranan meriam di dalam budaya orang-orang Melayu
dahulukala?Mengapa apabila saya membaca catatan-catatan para
conquistador,pengembara Eropah,pedagang dan duta-duta asing,menyebutkan saiz
kapal,penggunaan meriam dan kemewahan orang-orang Melayu sebelum era
penjajahan?Mengapa apabila membaca buku-buku sejarah di sini,nadanya
berlainan?Mengapa catatan pengembara Perancis berlainan sekali dengan catatan
Stamford Raffles dan Leyden?Mengapa pandangan para cendekiawan Portugis seperti
Eredia dan Pires berlainan dengan pandangan para gabenor dan imperialis Inggeris?

Apa yang ingin mereka sembunyikan dari kita??

Apabila orang Thai mengeluarkan filem-filem menceritakan sejarah Patani,mereka


menggambarkan orang-orang Melayu Patani biasa menggunakan pistol dan
senapang,apatah lagi meriam.Ini tidak kalah dengan filem-filem mereka yang
menceritakan peperangan menentang tentera Burma.Mereka betul dari segi sejarah.

Mengapa saya kata begitu?Kerana apabila teknologi meriam semakin maju pada abad ke-
14,seluruh dunia berlumba-lumba mendapatkan teknologi ini.Kerajaan-kerajaan
Eropah,wilayah-wilayah bekas Empayar Abbasiah dan Turki uthmaniyyah,Emperium
China dan kerajaan Ayutthia berusaha tidak ketinggalan dalam soal mengambil tahu atau
memiliki meriam malah merekrut rakyat mereka mempelajari cara membuat meriam.

Jadi ADAKAH SULTAN-SULTAN MELAKA YANG MEMILIKI PELABUHAN PALING


KAYA DI TIMUR MENJADI PEKAK,TULI,BUTA DAN BISU DENGAN
PERKEMBANGAN INI?

Padahal raja-raja Melayu Brunei dan Sulu ketika itu sudah biasa bermain dengan pistol
dan menjadi pengeluar meriam kecil terbaik dunia?Sebab itu Sepanyol gerun dan tidak
mampu mencabut 'kemelayuan' mereka.

Adakah para pedagang yang tiba di pelabuhan Melaka semuanya berpakat untuk
menyorokkan berita-berita tentang meriam,istinggar (musket) dan ubat bedil?Adalah
272

amat tidak logik jika Sultan Melaka yang pernah menakluk sebahagian Sumatera dan
tanah semenanjung malah mengalahkan tentera Siam menggunakan keris dan lembing
sahaja.Tiada satu pun kerajaan yang boleh mengalahkan Melaka ketika itu KECUALI
GABUNGAN TENTERA PORTUGIS,KERAJAAN-KERAJAAN KECIL DI SUMATERA
DAN JAWA,ASKAR-ASKAR UPAHAN DARI GOA,JAWA DAN SIAM DITAMBAH
DENGAN PEMBELOT DAN PENGKHIANAT DALAMAN DARI PARA PEDAGANG
ASING DAN ORANG-ORANG MELAYU SENDIRI.

Hanya filem-filem dan drama pendekar di Malaysia sahaja menggambarkan pendekar


Melayu berperang menggunakan keris dan lembing selepas bergaduh di warung
berdinding buluh dan beratapkan rumbia.Sungguh memalukan.

Apabila orang luar membuat filem tentang Melayu,mereka menggambarkan pendekar


Melayu menggunakan pistol,meriam dan senapang.Malah pendekar Melayu memakai
baju kulit dan sesetengahnya memakai baju zirah;baju besi untuk mengelakkan serpihan
peluru meriam melukai daging kulit.Dari mana mereka mengorek rahsia ini?Dari catatan-
catatan sejarah mereka yang diluar kawalan Raffles,Winsted,Swettenham dan Leyden.

Malah semua senjata ini,yang diwar-warkan asing bagi bangsa Melayu,mempunyai istilah
Melayunya sendiri:

*Cannon=Meriam,Lela
*Portable Cannon/swivel gun=Lela Rentaka
*Flintlock Musket=Istinggar
*Blunderbuss=Pemuras
*Pistol=Terakol

Mari kita lihat antara senjata-senjata 'terahsia' Melayu ini:

Pemuras
273

Pemuras adalah antara senjata yang gemar digunakan oleh orang-orang Melayu
dahulukala.Dalam Perang Naning,catatan askar Inggeris menyatakan orang-orang Melayu
amat pandai menggunakan Pemuras ini sehingga Inggeris terpaksa menghantar beberapa
kali pasukan tenteranya menentang Dol Said dan Perang Naning juga berlaku dalam
beberapa siri.Orang-orang Melayu Borneo khususnya orang Brunei dan Sulu adalah
mereka yang selalu menggunakan Pemuras.Pemuras atau dalam bahasa
Inggeris,blunderbuss adalah sejenis alat bedil muat hadapan dengan laras berkaliber
pendek,besar,yang mempunyai muncung peledak hadapan yang berbentuk kembang
(funnel-shaped muzzle ).Pemuras ini menggunakan peluru timah hitam (lead)

Ia digunakan untuk menembak dalam jarak dekat dan selalu digunakan oleh pasukan
berkuda (Dragoons).Perkataan Dragoon ini berasal dari penggunaan Pemuras yang telah
dimajukan bentuknya,menjadi lebih kecil,seperti pistol.
274

Orang-orang Melayu memanggilnya sebagai Terakol atau Tarkul.Dragoon atau Terakol


inilah asal-usul pistol pada hari ini.Pemuras juga adalah senapang atau bedil yang
pertama sekali dicipta untuk tujuan pertahanan. Dalam masyarakat Melayu, senjata
Pemuras dan Tarkul adalah agak popular berbanding di dunia barat.Penggunaan Pemuras
adalah lebih kerap digambarkan di dalam peristiwa perang Melayu berbanding istinggar
atau Flintlock Musket.Mengapa?

Ini kerana pada masa dahulu orang Melayu adalah pelaut dan pengembara yang
gigih.Penggunaanblunderbuss ini adalah amat popular dikalangan pelaut,lanun dan
pedagang.Ini kerana ia sesuai untu pertempuran secara pantas dan berdepan kerana ia
mampu mencederakan beberapa orang musuh dengan hanya satu tembakan dari jarak
dekat.

Pemuras biasanya amat pendek, dengan laras kurang dari 60 cm (dua kaki), pada ketika
laras senapang lantak biasanya melebihi 90 cm (tiga kaki) panjang.Satu sumber
menggambarkan senjata dari awal hingga pertengahan abad ke-17, menyenaraikan
panjang laras Terakul kancing roda (wheel lock) sekitar 28 cm (sebelas inci), berbanding
41 cm (enam belas inci) panjang bagi Pemuras.
275

*Betapa segaknya panglima Melayu menyandang Pemuras berkilat seperti ini.

Dalam budaya masyarakat Melayu,Kesultanan Brunei adalah diantara salah sebuah


Kerajaan Melayu yang menggunakan Pemuras sebagai salah sebuah alat kebesaran
kerajaan atau regalia.Ia menjadi lambang kebesaran Brunei dengan panggilannya yang
tersohor 'Pemuras dan Karga'.Karga ialah bekas menyimpan peluru pemuras yang dibuat
cantik dan berseni.

Pemuras sering dihiasi dengan ukiran yang amat halus dan cantik. Ada juga Pemuras yang
dibuat daripada logam berharga seperti Emas dan Perak serta ditatahkan dengan intan
permata. Di dunia barat penggunaan Pemuras adalah lebih kerap digunakan oleh pasukan
berkuda kerana ia mudah digunakan terutama ketika mengisi peluru.

Jika Soviet meletakkan lambang Avtomat Kalashnikova (AK-47) di duit syililing


mereka,Mozambique meletakkannya di bendera mereka,bayangkan,kerajaan Melayu
seperti Brunei ini meletakkanblunderbuss atau Pemuras ini sebagai lambang kerajaan.

Terakol
276

Terakol atau Tarkul adalah antara senjata popular dikalangan pelaut,pedagang dan lanun-
lanun Melayu.Tarkul pada awalnya menggunakan teknologi 'wheel lock' (kancing roda) di
mana kemajuan teknologi ini membolehkan ia membakar serbuk bedil secara automatik
tanpa memerlukan 'fius'.Terakol berbentuk seperti pistol dan ia adalah perubahan bentuk
dari Pemuras yang dikecilkan.Terakol digunakan di dalam peperangan Rajah,Datu dan
Sultan-sultan di Filipina melawan Sepanyol,juga askar Brunei menentang Rajah Brooke.

Terakol juga digunakan di Patani dan Melaka.Dalam Perang Naning juga senjata ini
digunakan.Sekitar tahun 1530,Terakol telah menjadi maju dengan penggunaan teknologi
flintlock (kancing batu api) dan sejak itu ia lebih dikenali sebagai pistol di Barat.

*Dalam filem Pirates of Caribbean,Jack Sparrow menggunakan Terakol jenis kancing batu
api (flintlock)

Ketua Lanun,Laksamana dan Syahbandar Melayu sering bergaya menyelitkan Terakol ini
di pinggang bersama-sama keris mereka.

Istinggar
277

Istinggar (Bahasa Inggeris:musket) pada awalnya ialah sejenis senjata api jenis berat
dengan penggunaan fius atau wheel lock.Kemudian ia menjadi sejenis senapang yang
menggunakan teknologi flintlock (kancing batu api).Penggunaan flintlock ini
meningkatkan kadar tembakan dan mengurangkan kos pembuatan senjata api.Mula
diperkenalkan pada 1630 sebagai flintlock musket,istinggar dengan pantas menggantikan
teknologi picu senjata api lebih awal,seperti mekanisme kancing sumbu (matchlock) dan
kancing roda (wheel lock).

Istinggar juga kerap disebut di dalam hikayat-hikayat lama seperti Sulalatus Salatin
(Sejarah Melayu) dan juga Hikayat Megat Terawis. Dalam Hikayat Megat Terawis,
dikatakan bahawa Megat telah berjaya membunuh seorang hulubalang yang kebal dan
hebat bernama Tun Saban.Tun Saban dikatakan sebagai seorang yang tidak lut kepada
segala jenis senjata kecuali istinggar yang dibuat khas pelurunya.Istinggar yang digunakan
untuk membunuh Tun Saban dikatakan adalah hadiah daripada ulama dari Hadra-maut
kepada raja Pagar Ruyung.

Istinggar inilah yang dikumpulkan terlalu banyak di dalam kota Melaka oleh tentera-
tentera Portugis.Istinggar juga digunakan oleh tentera Johor-Riau terutama ketika
membantu Belanda menyerang Portugis.Istinggar juga digunakan oleh penduduk di Perak
ketika menyerang Belanda yang membina loji-loji di Sungai Perak.
278

Lela Rentaka

Rentaka,adalah sejenis meriam mudah alih,ringan dan kecil dari meriam biasa.Dalam
Bahasa Inggeris,ia disebut Lantakas (gabungan Lela dan Rentaka).Rentaka adalah senjata
khas orang Melayu,kerana mereka sendiri yang menciptanya,sebab itu orang Inggeris
menyebutnya dengan Lantakas.Ini adalah sesuatu yang menarik kerana Rentaka adalah
setanding dengan keris dan ia adalah senjata Melayu yang terkenal di dunia
Barat.Rentaka inilah yang saya lihat di dalam filem tahun 80-an itu.

Kebiasaannya rentaka dibuat menggunakan tembaga atau besi dan berukuran diantara
50cm hinggalah 2 meter. Bagi yang berukuran lebih daripada 1 meter kebiasaannya ia di
panggil Lela dan ada yang dipanggil sebagai ekor Lotong kerana mempunyai pelaras yang
panjang dan lentik seperti ekor Lotong. Bangsa penjajah pertama yang merasa penangan
rentaka ialah Sepanyol. Mereka menggelarnya sebagai arquebuses, portable cannons or
swivel gun yakni meriam mudah alih. Berbanding dengan meriam biasa, rentaka
kebiasaanya mempunyai hiasan yang lebih terperinci dan cantik seperti ukiran awan
larat,naga,buaya,cicak,ikan lelumba malahan turut diukirkan corak pucuk rebung.
279

Apa yang unik mengenai senjata ini ialah ianya adalah sebuah meriam mudah alih yang
pertama didunia. Rentaka mempunyai mekanisme yang membolehkan ianya dipusing-
pusingkan keatas dan kebawah serta boleh dipikul dan dipacakkan di kota, tanah atau
belebas kapal dan perahu. Hal ini amat berbeza dengan meriam barat yang sedia di
ketahui adalah amat berat dan tidak mudah dialihkan. Ciri mudah alih Rentaka juga
menyebabkan bidikannya lebih mudah untuk kena pada sasaran.

Pahlawan Moro adalah diantara pahlawan rumpun Melayu yang dikatakan sebagai
pembuat rentaka yang terbaik . Orang Moro telah menggunakan rentaka sebagai senjata
api utama ketika diserang oleh Sepanyol dan ketika mereka menyerang kapal-kapal
Sepanyol. Tentera Sepanyol dikatakan amat takut dengan senjata tersebut kerana diantara
banyak-banyak senjata, rentaka adalah salah satu senjata yang menyebabkan kematian
dan kerugian terbesar bagi pihak mereka. Selain daripada orang Moro, Kerajaan Brunei
juga dikenali umum di kalangan para pedagang dan penjajah sebagai pengeluar rentaka
terbanyak dan terbaik di Alam Melayu. kebanyakan daripada rentaka yang ada di Muzium
di seluruh dunia sekarang ini adalah berasal dari Brunei kalau tidak Filipina. Di
Semenanjung, Jawa dan Sumatera, penggunaan rentaka adalah kurang terutama setelah
kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka.

Kehebatan senjata api buatan bangsa Melayu ini menjadi buah mulut dan kekaguman
para penjajah barat seperti Portugis, Sepanyol dan Belanda sehinggakan mereka telah
meniru teknologi pembuatan rentaka bagi melengkapkan persenjataan mereka. Sehingga
abad ke 18 dikatakan penghasilan rentaka di Alam Melayu semakin berkurangan malahan
negara yang mengeluarkan rentaka terbaik dan terbanyak adalah negara Belanda.

Meriam/Lela

*Meriam Seri Patani yang diletakkan dihadapan bangunan Kementerian Pertahanan


Thailand
280

Meriam mempunyai sejarah yang panjang,terahsia dan digelapkan dalam sejarah


Melayu.Meriam digunakan di tembok-tembok kota Melaka.Meriam digunakan di semasa
peperangan melawan penjajah di Selangor.Meriam digunakan di Pasir Salak.Meriam
digunakan di Singgora melawan Thai dan Inggeris dan Belanda.Meriam adalah cukup
sinonim dengan seni peperangan Melayu.Jika Brunei dan Sulu terkenal mengeluarkan
Rentaka (meriam mudah alih) terbaik,maka Patani pula adalah pengeluar meriam paling
terbaik di Asia Tenggara suatu ketika dahulu.

Sebelum kemunculan meriam,pada awalnya teknologi artileri atau bedilan ini


diperkenalkan oleh orang-orang Cina.Kemudian meriam diperkenalkan oleh Empayar
Turki Uthmaniyyah,yang juga merupakan pembuat meriam yang menggerunkan seluruh
Eropah ketika itu.Kemudian pedagang Belanda pula memperkenalkannya.

Meriam yang paling terkenal dalam masyarakat Melayu ialah Seri Nagara,Seri Patani dan
Mahalela.Dan meriam Seri Nagara dan Seri Patani ini adalah meriam yang terbesar di
Asia Tenggara!Menariknya bukan orang lain yang membuat dan memilikinya,tetapi orang
Melayu juga!

Meriam-meriam ini adalah milik Kerajaan Patani.Sebagai tindak balas berikutan khabar
angin akan serangan Siam ke atas Patani, Raja Kerajaan Melayu Pattani pada waktu itu
iaitu Raja Biru (1616-1624) telah menugaskan seorang lelaki Cina-Islam yang bernama
Tok Kayan (Lim To Khiam) untuk mengetuai pembinaan meriam-meriam kerajaan. Tiga
buah meriam telah dibina iaitu Sri Patani, Sri Nagara dan Mahalela. Sri Patani dan Sri
Nagara mempunyai saiz yang sama manakala Mahalela pula lebih kecil iaitu hanya
sepanjang 5 hasta 1 jengkal. Meriam-meriam ini telah berjaya menyekat empat kali
serangan Siam ke atas Patani iaitu pada tahun 1603, 1632, 1634 dan 1638.

Selepas kejatuhan Ayutthaya pada 1767, kerajaan Patani di bawah pemerintahan Sultan
Muhammad (1776-1786) telah cuba untuk membebaskan diri daripada ancaman Thai
(yang telah mengalahkan kerajaan Ayutthaya). Bagaimanapun, pada 1785 pasukan tentera
Thai di bawah kepimpinanan Panglima Phraya Kalahum telah berjaya menewaskan
Patani. Dua buah meriam besar iaitu Sri Patani dan Sri Nagara telah diambil sebagai
rampasan perang, bagaimanapun Sri Nagara telah jatuh ke dalam laut di Kuala Patani
semasa hendak dipindahkan ke dalam kapal. Meriam Mahalela pula telah hilang tanpa
dapat dikesan.

Pada 1787, Raja Rama I telah mengarahkan pembinaan meriam yang sama saiz dengan Sri
Patani yang dinamakan sebagai Narai Sanghan untuk diletakkan bergandingan dengan
281

Seri Patani yang telah di tawan. Jika anda melihat kepada gambar meriam seri Patani di
atas, bolehkah anda bayangkan kekuatan meriam tersebut ketika ia membedil kapal-kapal
perang Thai. Menurut Hikayat Patani tiga buah meriam kerajaan Pattani ini telah berjaya
mengaramkan banyak kapal Thai ketika Kerajaan Thai menyerang Pattani.Anda boleh
membayangkan suasana meriam-meriam ini digunakan dan peperangan tersebut dengan
menonton filem Queen of Langkasuka.

Meriam-meriam Melayu boleh dilihat juga di Kota Melawati dan Pasir Salak pada hari ini.

Setelah mengetahui fakta sejarah yang digelapkan dari pengetahuan kita ini,adakah kita
masih berfikir nenek moyang kita berperang menggunakan sumpit,lembing dan
keris?JIka nenek moyang kita berperang dengan senjata-senjata itu sahaja,alamat kita
sekarang bukanlah duduk di Malaysia,tetapi di sebuah negeri Inggeris lain,seperti
Australia.SEbab orang-orang Melayu mempunyai senjata-senjata beginilah mereka
mampu mempertahankan takhta raja-raja mereka dan sedikit sebanyak mengawal tindak
tanduk penjajah yang ganas dan tamak.Bayangkan betapa gigih nenek moyang kita
dahulu memikul rentaka,membawa Pemuras di samping parang dan keris,menentang
ketamakan dan kebuasan penjajah.Jika nenek moyang kita dahulu lembik tidak berjuang
mempertahankan tanah air,mungkin hari ini kita akan menjadi seperti Red Indian atau
aborigine Australia.Inggeris walaupun buas dan kejam,namun masih menjaga 'standard'
mereka cuba menghormati perjuangan orang-orang Melayu mempertahankan
warisan.Mereka cuba mengawal alter amuk para musketeers (ahli senjata api)
dan gunners (ahli meriam) Melayu dengan cuba meletakkan para residen mereka terlebih
dahulu di setiap negeri Melayu.Apa salahnya Inggeris membawa balatenteranya
meranapkan takhta-takhta raja-raja Melayu ini terus atau menghalau mereka sepertimana
mereka menumbangkan raja-raja Tamil,Hindi dan Maharaja Moghul di India.Sultan
282

Abdullah memang dibuang ke Pulau Seychelles,namun yang peliknya Inggeris berusaha


mengadakan raja baru di Perak dengan membiarkan institusi beraja Perak menabalkan
pengganti Sultan Abdullah.Pelikkan?Apa salahnya Inggeris melantik sahaja Hugh Low
menjadi 'Rajah Perak' sebagaimana James Brooke menjadi Rajah Sarawak.Biar warisan
raja-raja Perak hancur sebagaimana mereka berjaya menghancurkan dinasti raja China
dan India.Tetapi ini tidak berlaku.Bukan sahaja orang Melayu,malah 'Mat Salleh' pun
berdegil 'mempertahankan' takhta raja-raja Melayu.Lucu dan aneh.Sebenarnya jika kita
bersemangat mempertahankan warisan budaya kita sendiri,orang lain pun akan segan
dan hormat pada kita.Seperti juga hari ini,jika kita acuh tak acuh dengan warisan kita
sendiri,sebagai contoh Tulisan Jawi,Cina Komunis pun tidak segan silu mahu membuang
tulisan Jawi dari papan-papan tanda jalan.Jika kita sendiri tidak berusaha mengambil
berat diri kita sendiri,siapa lagi hendak diharapkan menjaga segala warisan dan identiti
bahkan pegangan agama kita sendiri??Orang asing??

SEbagai kesimpulannya,dengan pendedahan ini yakinlah kita bahawa orang Melayu


adalah bukanlah bangsa yang lemah dan hanya mengenal keris dan tombak sahaja malah
pandai menggunakan meriam dan membuatnya juga!Orang Melayu juga biasa
menggunakan musket (Istinggar) dan pistol (Terakol).

*Contoh Terakol digunakan ketika menyerang.Terakol juga terkenal kerana buatannya


yang berseni dan berukiran halus.

Sehingga ke hari ini saya masih terngiang-ngiang jeritan hulubalang Melayu meledakkan
Rentakanya di dalam filem 80-an itu.Adegan dua orang hulubalang mengandar batang
Rentaka yang diikat pada sebatang kayu sambil meniti batas-batas sawah meninggalkan
283

misteri yang aneh kepada saya.Kenapa drama dan filem lain tidak seperti filem yang satu
ini?Siapa pengarah filem ini?Sungguh,saya betul-betul tabik pada pembuat filem
itu,malangnya saya terlupa tajuk filem itu.

Jadi fikirkan,adakah Inggeris dan Belanda takutkan orang-orang Nusantara yang


menentang mereka menggunakan sumpit,lembing dan keris (kesampingkan ilmu
mistik,kita bercakap soal realiti)?Tidak sama sekali.Para musketeers dan gunners Melayu
inilah antara 'penggerun' mereka dan membuatkan Inggeris berfikir 10 kali untuk
menghapuskan raja-raja Melayu,mengkristiankan seluruh orang Melayu dengan paksaan
dan menjadikan Tanah Melayu seperti Amerika dan Australia.

Alangkah bagusnya kalau dalam buku-buku sejarah terdapat gambar ini.Betapa megahnya
hulubalang Melayu menyangkutkan blunderbassnya (Pemuras) di bahu.

Dalam legenda Melayu,berkaitan ilmu mistik dalam kategori ilmu kebal,antara pantang
orang yang mengamalkan ilmu kebal ialah peluru emas.Dan ini adalah benar,dan askar
Belanda menggunakan peluru emas untuk menundukkan pahlawan-pahlawan Melayu di
Sumatera dan Jawa.Malah Mat Kilau juga dikatakan dikhianati orangnya sendiri
berkenaan rahsia ini.Jadi fikirkan,dalam amalan mistik Melayu itu sendiri menyebutkan
perihal peluru emas,masakan orang Melayu ketika itu masih terkebil-kebil memegang
lembing berhadapan dengan askar Portugis yang bersenjatakan matchlock
musket,blunderbuss dan cannon?

Bibliografi:

Melayu Nusantara
Sejarah Kesultanan Brunei
Sulalatus Salatin
284

Surat-surat Antonio de Pigafetta dan Maximilius Transylvanus


Dan kajian persendirian yang lain.

---------------------------------------

Coming Soon....

Alter Terahsia Bangsa Melayu IX

-Rahsia Laut
-Laut dan Melayu
-Hubungan mistik antara Melayu dan lautan
-Kapal-kapal Melayu
-Pengembaraan sehingga ke Jepun dan Taiwan
-Dari Tanah Kanaan sehingga ke Sungai Musi
-Misteri ukiran bahtera pada Borobudur
-Misteri ukiran kapal Melayu pada Angkor Wat
-Utusan Firaun di Nusantara
-Flor De La Mar dan Mendam Berahi
-Pengembara Melayu di Afrika
-Dinasti Melayu Merina di Madagaskar
-Pelaut-pelaut Melayu yang gigih
-Tun Abbas dan legenda 'The Malay Pirates'
-Kerajaan Maritim dan Empayar Melayu Purba
-Ke manakah menghilangnya armada tentera Laut Melaka pada subuh serangan Portugis?

nantikan pengembaraan mendebarkan,meredah ombak dan tujuh lautan!Sehingga ke


hujung dunia!

Hanya di MistisFiles!
Posted by Mistis Organization at 6:22 PM
285

Friday, August 13, 2010

Alter Terahsia Bangsa Melayu IX

Kembali bertemu di Gua Rahsia kita!Tuan-tuan dan Puan-puan,apakah gerangan hajat


kalian kali ini?Tidak puaskah dengan Rahsia Dari Wangi-wangian yang hamba bukakan
untuk kalian?Rahsia Keris Bersepuh Emas dan Tanah Para Dewa?Bukankah kalian sudah
mencium haruman dari kamar diraja Firaun?

Hahaha!Sudah gaharu cendana pula,sudah tahu bertanya pula.Tahukah Tuan-tuan dan


Puan-puan,gaharu dan cendana ialah barangan eksport bangsa Mala di pasar-pasar kota
Ur,Kish dan Uruk?Dan ini tercatat di dalam kesusasteraan Akkadia dan Sumeria Purba
setaraf Epik Gilgamesh?Masakan kalian tidak mengetahuinya,bukankah kalian anak cucu
keturunan Sang Naga Buana dan Puteri Kaca Bertuang?

Hamba hanya menjaga rahsia saja.Sampai masa,rahsia dari raja hamba akan hamba
bukakan untuk anak cucunya seperti yang diwasiatkan kepada hamba.

Mari mendekat ke sini wahai anak cucu raja-raja,hamba mahu beritahu sesuatu.(Penjaga
Gua Rahsia melakarkan beberapa perkataan di atas pasir gua):

Bunga

Mala

Abraham

Tanah Kanaan
286

Zulkarnain

Gunung

Emas

The Land of The East

Keturah

Kemenyan

Haruman

Laut

Keris

Songkok dan Tanjak

Avesta

Kapur Barus

Rempah

Hamba bukakan kunci-kunci rahsia untuk anak cucu.Semua katakunci ini mengandungi
rahsia-rahsia tertentu.Setiap kata akan membuka seribu kata yang lain.Setiap seribu kata
akan membuka seribu makna yang lain.Dan setiap seribu makna,menyimpan seribu kuasa
yang terpendam.Tetapi anak cucu ke sini bukanlah untuk memilih yang mana dahulu
perlu dibuka.Anak cucu ke sini adalah untuk memahami mengapa katakunci ini dibuka
untuk kalian.

Sebabnya hamba sudah pilihkan untuk kalian.Lihat peti-peti rahsia di sana.Salah satunya
akan dibuka hari ini.Jadi,yang mana satu?Pandang tulisan-tulisan di atas pasir,di sana
ada katakunci yang akan kalian gunakan untuk membuka salah satu peti itu.

Ini kuncinya,pergi buka peti yang bertanda,'Laut dan Bahtera'


287

'THE VIKING OF THE ORIENT'

"They were Africa's Vikings. Tough, daring voyagers who sailed thousands of miles...."

(Rory Carroll -The Guardian)

Laut dan orang-orang Melayu tidak boleh dipisahkan.Ia ibarat irama dan lagu.Kehidupan
orang-orang Melayu pada zaman dahulu adalah pantai,pohon kelapa,pasir pantai,perahu
dan kapal.Ini kerana orang-orang Melayu pada zaman dahulu adalah
pengembara,pedagang dan ahli pelayaran.Siapa yang dicanangkan berjaya berlayar
mengelilingi dunia?Ferdinand Magellan.Namun yang anehnya mengapa beliau
mengambil seorang anak kapal berbangsa Melayu,Hitam atau nama Sepanyolnya Enrique
(manuskrip Inggeris menyebutnya sebagai Henry)?Mengapa Columbus gagal mengelilingi
dunia?

Selain Phoenicia,Norseman dan Viking,terdapat satu bangsa lain di dunia yang


mempunyai intuisi dan 'sixth sense' semulajadi tentang laut.SEjak dari zaman Mesir
Purba sehingga ke Sumeria,bangsa ini diketahui berlayar mengelilingi dunia,mengembara
dan berdagang.Magellan tahu perkara yang tidak diendahkan oleh Christopher Columbus
ini.Dia tahu rahsia yang tidak diketahui oleh Columbus.Sebab itu apabila Columbus
sampai ke Amerika,ahli pelayaran Sepanyol kelahiran Itali ini melompat-lompat
bersorak,menyangka dia telah berjaya sampai ke India.Ini yang cuba dielakkan oleh
Magellan,ahli pelayaran Sepanyol kelahiran Portugis.

Selain tujuan Magellan mengambil Hitam sebagai jurubahasa kepada kaum-kaum


Malayo-Polinesian di Kepulauan Melayu dan Pasifik,Magellan ingin memanfaatkan satu
bakat turun-temurun yang diwarisi oleh Hitam.Sebab itu setelah Magellan mati
dibunuh,Hitam atau Enrique telah dilantik oleh kru kapal lain sebagai nakhoda atau
288

kapten kapal salah satu kapal Magellanyang terselamat.Aneh bukan?Ini bermakna Hitam
bukan calang-calang anak kapal di dalam kapal Magellan.

Kemahiran Hitam mengetahui arah mata angin dan jalan laut yang betul banyak
membantu Magellan memandu kapalnya sehingga berjaya mengelilingi dunia.Selepas
kematian Magellan dalam peperangan Humabon dengan Lapulapu (keduanya adalah
ketua puak di Filipina),saki-baki anak kapal meneruskan pelayaran kembali ke
Eropah,namun mereka seakan hilang punca ketika di laut.Ketika itu Hitam diangkat
sebagai nakhoda kepada salah satu kapal (menariknya,ini disahkan dalam catatan Duarte
Barbossa,salah seorang anak kapal) dan kapal inilah yang belayar memimpin kapal-kapal
yang lain (3 kapal yang tinggal dari 5 kapal iaitu San Antonio, Conception, Victoria,
Santiago dan kapal Magellan sendiri,Trinidad ) menuju Eropah.Apabila sampai di
Sepanyol,mereka disambut meriah walaupun sedih dengan kematian Magellan.Nama El
Cano (salah satu nakhoda kapal,Juan Sebastián del Cano) disebut-sebut sebagai wira yang
berjaya melengkapkan pelayaran.Nama Enrique tenggelam kerana beliau bukan
berbangsa Sepanyol.Ini adalah secebis kisah tentang Hitam atau dalam versi lain
Awang,catatan Sepanyol dan Portugis menggelarnya sebagai Enrique dan Inggeris
mengetahuinya sebagai Henry The Black.

Orang Melayu mempunyai seni pelayaran yang dipanggil “psycho-navigation.” Ia boleh


dianggap sebagai deria keenam orang Melayu yang tidak dimiliki bangsa lain di
dunia.Psycho-navigation bermaksud orang Melayu boleh bersampan dari satu pulau ke
pulau lain tanpa alat bantuan pelayaran.Namun mereka boleh berbuat sebegitu seperti
halnya memandu di lebuh raya.Orang Melayu dikenali boleh membina kapal laut,perahu
dan juga sampan tanpa menggunakan pelan.Segala binaan perahu itu juga boleh
diistilahkan sebagai psycho-shipbuilding.Melayu adalah
pelayar,pelaut,pengembara,lanun,pedagang dan tukang kapal yang dikenali umum oleh
masyarakat dunia purba.Melayu dan Bani Jawi adalah 'seafarers' yang tinggi pengalaman
mereka berkenaan laut sehingga dikatakan mereka ini lahir dari atas lautan dan bayu
ombak.

Kapal-kapal Bani Jawi


289

*Ukiran kapal Nusantara di sebuah candi di Indonesia

Inovasi tukang perahu Melayu boleh dilihat pada silih bergantinya rekabentuk perahu
yang mereka bina, termasuk jenis kemudi, abah-abah dan layar.Kini, bentuk perahu yang
disebut dalam sastera Melayu lama, seperti jong, keci dan katar telah tidak kedengaran
lagi. Bentuk-bentuk perahu itu sudah diganti dengan yang baru yang lebih kecil dan
efisyen untuk pelayaran di laut kepulauan Melayu yang mulai sibuk setelah kedatangan
kapal dari Eropah, selain lebih
senang untuk mengelak dari ditahan kapal peronda yang menguatkuasakan monopoli
perdagangan Inggeris dan Belanda. Perubahan bentuk perahu itu disusuli perubahan jenis
kemudi: dari kemudi birai kepada kemudi tetap dilinggi belakang.Untuk mendapat kuasa
maksimum, layar empat segi yang biasa digunakan perahu Melayu itu telah juga diganti
dengan layar empat segi yang lebih luwes dan yang boleh dinaikkan dan diturunkan
menggunakan puli.Layar cucur juga adalah perkembangan baru kerana ia tidak terdapat
pada perahu Melayu sebelum abad ke-18 (Gibson Hill 1954). Perubahan-perubahan itu
adalah sebahagian daripada proses peniruan dan penyesuaian dengan berpandukan
model kapal-kapal India, Cina, Arab dan terakhir sekali Eropah yang sampai ke Alam
Melayu seiring dengan perkembangan perdagangan. Penyesuaian ini bukanlah secara
ikut-ikutan; sebaliknya disesuaikan dengan keperluan dan sumber yang sedia ada.
290

Perahu bedar yang digunakan sehingga abad ke-20 adalah satu lagi inovasi hasil
penggabungan pelbagai pengaruh. Badannya yang meruncing di keduadua hujung itu
berbentuk tipikal perahu Melayu, walaupun linggi dipasang di atas lunas dan bukan
disambung seperti yang terdapat pada kebanyakan perahu yang lebih awal, termasuk
kolek. Bentuknya dipanggil belakang katup, manakala deknya dipanggil dandang
dipasang di atas birai belakang untuk meletakkan kub atau rumah perahu. Kemudi di
belakangnya itu adalah sama dengan kemudi pada perahu Cina dan Barat kerana dipasang
dengan halkah kepada linggi belakang dan dikendali dengan uling-uling di atas dandang.
Perahu bedar mempunyai tiang sprit untuk mengikat layar cucur seperti kapal Eropah,
manakala layarnya sama seperti wangkang Cina kerana menggunakan satu atau dua layar
apit yang dibuat dari tikar kercut dan rotan.

Kemampuan tukang dan artisan perahu Melayu yang lain membuat inovasi telah
diperhatikan pegawai tadbir Inggeris ketika mereka berkhidmat di negerinegeri Melayu
masa dahulu. Mereka itu termasuk Hugh Clifford yang pernah melawat Terengganu pada
tahun 1895. Dalam lawatan itu, beliau telah menyatakan bahawa tukang perahu di
Terengganu boleh membuat perahu bentuk barat yang cantik setelah meniru sebuah
model yang diperolehi dari Singapura. Hasil kerja tangan tukang Terengganu itu lebih
kemas dan cantik berbanding dengan hasil
kerja tukang perahu lain di pantai barat Semenanjung. Tetapi, dengan nada yang sinis
Clifford menganggap kepandaian ini lebih berupa peniruan dan bukan hasil kreativiti,
memandangkan orang Melayu terlalu terikat kepada tradisi .

Kreativiti tukang timbal lebih terserlah pada ukiran yang ditunjukkan pada beberapa
bahagian perahu mereka. Yang komited pada agama akan mengelak dari mengukir imej
yang menyerupai manusia dan binatang, selain menekankan ukiran yang berbentuk ayat
al-Quran, seperti yang dilakukan tukang rumah. Bahagian perahu yang tidak sesuai
291

diukirkan ayat al-Quran seperti pada kayu penyangga layar yang biasa dikenali sebagai
bangau yang mungkin akan
dilangkah berulangkali oleh awak-awak ketika bekerja, ayat al-Quran akan diganti dengan
ukiran awan larat yang mempunyai motif umbi, sulur, daun dan bunga yang membawa
nilai keindahan dan simbolisme yang sama, iaitu kemakmuran dan infiniti Tuhan. Di
kalangan orang yang masih kuat berpegang kepada anamisme, peralatan perahu seperti
‘Bangau’ dan ‘Okok’ akan memaparkan figur tokoh-tokoh wayang kulit, seperti Raja Bota.

Sementara itu, penampilan awan larat adalah alternatif dan juga inovasi menggantikan
penampilan lembaga manusia atau haiwan seperti yang berlaku di Thailand, Kemboja dan
Bali.
Selain evolusi bentuk perahu, terdapat beberapa peralatan tambahan telah
dipasang pada perahu Melayu, khususnya yang digunakan nelayan sekarang. Peralatan
yang dimaksudkan itu adalah lunas bilga, yang dalam istilah tempatan dipanggil pisang
yang berfungsi untuk menggurangkan olengan kapal. Pisang ini adalah pengubahsuaian
dari katir (outriger) yang terdapat pada kebanyakan perahu di Alam Melayu dan Polinesia.
Walaupun belum dapat dipastikan dari mana dan bila bermulanya inovasi ini, tetapi
dalam industri pembinaan perahu
Melayu, pisang mungkin telah digunapakai sekitar tahun 70-an dan mungkin diambil dari
perahu Siam.

Kini warisan seni pembuatan dan pertukangan kapal-kapal Nusantara di Malaysia


diwarisi oleh tukang-tukang dari Terengganu.Contohnya Haji Yusuf yang banyak
memenangi anugerah inovasi dalam pembuatan kapal dari kerajaan.Pengetahuannya
mereka pelan dan membuat perahu layar membolehkannya mendapat tempahan dari
pengemar-pengemar perahu
layar dari Eropah yang tertarik dengan kaedah pembuatan perahu Melayu.Sejak tahun
1965 dia telah membuat perahu untuk orang Eropah.Perahu buatannya telah sampai ke
seluruh dunia sehingga ke Alaska.Beliau juga menerima tempahan membuat bot nelayan
dan kapal persiaran. Sehingga kini, beliau telah membuat lebih seratus buah perahu yang
panjangnya antara 20 hingga 30 meter untuk pelanggan dalam dan luar negara.

Kapal Pinisi (sejenis perahu besar dikenali sebagai Pinis Gobel Terengganu) adalah kapal
yang dibuat terutamanya dari kalangan orang Bugis,satu kaum Nusantara yang terkenal
sebagai pelaut,pedagang dan lanun yang berkemahiran tinggi.Perbezaan yang ketara dari
pembuatan perahu pinisi dengan teknologi pembuatan kapal Barat adalah,jika orang
Barat membina perahu dari rangkanya dulu barulah dibina dindingnya,tapi pembuatan
pinisi tradisi dimulakan dengan dinding dulu barulah setelah itu dibina rangkanya.Segala
292

teknik dan peraturan pembuatan perahu zaman dulu pernah dibukukan di dalam satu
manuskrip atau kitab pembuatan kapal kuno yang dinamakan "Jaya Langkara" menurut
orang-orang tua di Ara,Indonesia malah kitab itu pernah dipinjam oleh
Belanda,malangnya hingga kini belum dikembalikan (disimpan di dalam muzium
Belanda).Sedangkan prinsip perletakan papan papan teras dan aturan aturan dasar
lainnya dalam pembuatan pinisi ini disusun oleh Ruling (orang Bugis yang menjadi
tukang timbal atau tukang kapal).Sampai sekarang dalam pembuatan perahu pinisi
aturan Ruling inilah yang menjadi panduannya.Disamping itu orang Bugis memiliki
undang undang pelayaran dan perdagangan yang disusun oleh "Ammana Gappa" yang
namanya sempat diabadikan pada pelayaran expedisi pinisi ke Madagaskar.

*Orang Melayu Champa sedang berlayar dengan kapal perang mereka.Dari relief di
Angkor.

Orang-orang Jawa adalah satu lagi keturunan Bani Jawi yang terkenal sebagai para
pembina kapal yang hebat.Salah satu kapal mereka yang terhebat ialah Jong Jawa yang
disebut oleh para pengembara China sebagai 'Chuan'.

Malahan pelaut Portugis yang menjelajahi lautan pada pertengahan abad ke-16 itu
menyebutkan, orang Jawa lebih dulu berlayar sampai ke Tanjung Harapan, Afrika, dan
Madagaskar. Ia mendapati penduduk Tanjung Harapan awal abad ke-16 berkulit coklat
seperti orang Jawa. "Mereka mengaku keturunan Jawa," kata Couto, sebagaimana disalin
oleh Anthony Reid dalam buku Sejarah Moden Awal Asia Tenggara.Tatkala pelaut
Portugis mencapai perairan Asia Tenggara pada awal tahun 1500-an mereka menemui
kawasan ini didominasi kapal-kapal Jong Jawa. Kapal dagang milik orang Jawa ini
menguasai jalur rempah rempah yang sangat strategik, antara Maluku, Jawa, dan Melaka.
Kota pelabuhan Melaka pada waktu itu berfungsi menjadi kota perniagaan orang Jawa
293

dengan jong-jong mereka bersimpang-siur dari Tanah Jawa ke seluruh dunia dan singgah
ke pelabuhan Melaka,Venice of The East.
Di sana banyak saudagar dan nakhoda kapal Jawa yang menetap dan sekaligus
mengendalikan perdagangan antarabangsa. Tukang-tukang kayu Jawa yang
berketerampilan membangun limbungan kapal di kota pelabuhan terbesar di Asia
Tenggara itu. Bukti kepiawaian orang Jawa dalam bidang perkapalan juga ditemui pada
relief Candi Borobudur yang menggambarkan perahu bercadik - kebelakangan ini disebut
sebagai "Kapal Borobudur".

Pembinaan perahu bercadik sangat unik. Lambung perahu dibentuk sebagai


menyambungkan papan-papan pada lunas kapal. Kemudian disambungkan pada pasak
kayu tanpa menggunakan kerangka, baut, atau paku besi.Hujung haluan dan buritan
kapal berbentuk lancip. Kapal ini dilengkapi dengan dua batang kemudi menyerupai
dayung, serta layar berbentuk segi empat. Kapal Jawa jelas berbeza dengan kapal China
yang lambungnya dikencangkan dengan bilah-bilah kayu dan paku besi. Selain itu kapal
China memiliki kemudi tunggal yang dipasang pada palang rusuk buritan.

Kapal Borobudur telah memainkan peranan besar dalam segenap urusan orang Jawa di
bidang pelayaran, selama beratus ratus tahun sebelum abad ke-13. Memasuki awal abad
ke-8, peranan kapal Borobudur digeser oleh kapal kapal Jawa yang berukuran lebih
besar,dengan tiga atau empat layar,dikenali sebagai Jong.Pelaut Portugis menyebut
juncos,pelaut Itali menyebutnya sebagai zonchi.Istilah jong dipakai pertama kali dalam
catatan perjalanan Rahib Odrico, Jonhan de Marignolli, dan Ibn Battuta yang berlayar ke
Nusantara, awal abad ke-14 mereka memuji kehebatan kapal Jawa berukuran raksasa
sebagai penguasa laut Asia Tenggara.Teknologi pembuatan Jong tak jauh berbeza dengan
warisan kapal Borobudur; seluruh badan kapal dibangun tanpa menggunakan
294

paku.Gambaran tentang jung Jawa secara spesifik dilaporkan Alfonso de


Albuquerque,komander armada Portugis yang menduduki Melaka pada 1511. Orang
Portugis mengenali Jawa sebagai asal usul jong-jong terbesar.Kapal jenis ini digunakan
angkatan laut kerajaan Jawa (Demak) untuk menyerang armada Portugis.

Disebutkan,jong Jawa memiliki empat tiang layar, terbuat dari papan berlapis empat serta
mampu menahan tembakan meriam kapal kapal Portugis.Muatan jong rata-rata sekitar
600 ton, melebihi kapal perang Portugis.Jong terbesar dari Kerajaan Demak muatannya
mencapai 1000 ton yang digunakan sebagai pengangkut pasukan Jawa untuk menyerang
armada Portugis di Melaka pada 1513.Boleh juga dikatakan,kapal jong jawa ini
dibandingkan dengan kapal induk di era moden sekarang ini.

"Anunciada (kapal Portugis yang terbesar yang berada di Melaka pada tahun 1511) sama
sekali tidak menyerupai sebuah kapal bila digandingkan dengan Jong Jawa." catat pelaut
Portugis Tom Pires dalam Suma Oriental (1515). Hanya kerana jong Jawa raksasa ini,
menurut Tome Pires, lambat bergerak ketika bertempur dengan kapal-kapal Portugis yang
lebih ringan dan lincah.Dengan begitu, armada Portugis mampu menghalau jong Jawa
dari perairan Melaka.

Ada pendapat istilah jung berasal dari kata 'chuan' dari bahasa Mandarin yang bererti
perahu.Namun perubahan pengucapan dari 'chuan' menjadi jung nampaknya terlalu jauh.
Yang lebih mendekati adalah "jong' dalam bahasa Jawa yang ertinya kapal. Ini dikuatkan
dalam bukti bertulis,kata jong dapat ditemui dalam sejumlah prasasti Jawa kuno abad ke
9. Undang-undang laut Melayu yang disusun pada abad ke-15 (lihat,orang Melayu bukan
sahaja membina kapal malah menggubal undang-undang laut juga-Seafarers Codex!) juga
menggunakan kata jong untuk menyebut kapal pengangkut barang.

Jong pada abad ke-15 hingga ke-16 tidak hanya digunakan pada pelaut Jawa. Para pelaut
Melayu Semenanjung dan China juga menggunakan kapal layar jenis ini (sehingga
menjadi popular di kalangan orang China dengan identiti jong mereka padahal jong
berasal dari orang Melayu/Jawa).Jong memegang peranan penting dalam perdagangan
Asia Tenggara masa lampau. Ia menyatukan jalur perdagangan Asia Tengara yang
meliputi Champa (hujung selatan Vietnam),Ayutthaya (Thailand),Aceh,Melaka dan
Makassar.
Selepas dijajah Belanda,orang Jawa sudah tidak lagi punya limbungan kapal dan
pembuatan jong pun merosot setelah perdagangan pulau Jawa dikawal oleh penjajah
Belanda.Pegawai Maskapai bagi Syarikat Hindia-Belanda (VOC) di Batavia melaporkan
295

pada 1677, bahawa orang-orang Mataram di Jawa Tengah tidak lagi memiliki kapal-kapal
besar.

Dari The Land of The East Hingga ke Tanah Kanaan:Misteri 'Prau' Melayu

Salah satu dari bukti sejarah yang mengesahkan orang Nusantara pernah berlayar hingga
ke pelabuhan Firaun dan raja Sumeria ialah legenda kapal-kapal Bani Jawi yang
membawa emas,gaharu,cendana,rempah,kapur barus dan kemenyan.Ketika itu tamadun
di dunia sebelah sini mencapai klimaksnya (dan ini akan diterangkan di dalam artikel The
Land of The Gods II) sebagaimana ketika itu Kerajaan Israel Raya yang diperintah oleh
dua Raja yang bertaraf Rasul David dan Solomon (Nabi Daud dan anaknya Nabi
Sulaiman).Kerajaan Nabi Sulaiman a.s ketika itu adalah kuasa dunia,sepertimana
Amerika Syarikat pada hari ini.Tiada satu pun kerajaan yang sehebat kerajaan Nabi
Sulaiman.Raja-raja Mala dan Jawi juga mengadap 'Raja Sulaiman' untuk meminta nasihat
dan perlindungan ketika itu.

Para pelaut yang dikesan berbahasa Malayo-Polinesian (Bani Jawi) adalah diketahui
merupakan pelayar yang berkemahiran dan mampu menyeberangi lautan luas dalam
jarak yang jauh.Orang Malagasy (berasal dari keturunan Melayu) telah berlayar dari
Kepulauan Melayu hingga ke Madagaskar,sebuah pulau di Lautan Hindi berdekatan
Benua Afrika.Sekurang-kurangnya beberapa ratus tahun sebelum kedatangan bangsa
Eropah,orang Makasar (Bugis) di Sulawesi telah berlayar dengan 'prau' mereka (sebutan
Inggeris untuk 'perahu') dan membuat penempatan di utara pantai Australia yang digelar
mereka sebagai 'Merege'.Di dalam kebanyakan bahasa kelompok Malayo-
Polinesian,perkataan untuk perahu,kapal dengan penempatan atau kampung sering
296

bertukar makna dari kaum ke kaum,seperti perahu atau parao,prau dan barangay yang
bermakna 'kapal' atau 'kampung'.

Perahu Melayu atau 'prau'/'parao' (pharaoh?) kemungkinan besar telah sampai ke bumi
para Firaun di Mesir.Ini berdasarkan kajian ke atas kesusasteraan Akkadia dan Sumeria
Purba.Kapal-kapal Melayu adalah di antara kapal-kapal yang datang dari laut-laut jauh
yang disebut sebagai Dilmun,Magan dan Melluha,telah disebut di dalam prasasti-prasasti
sastera Akkadia dan Sumeria.Menurut pengkaji budaya Melayu dari Eropah,adalah
mungkin perkataan asli bagi bahasa Sumeria untuk sungai Tigris dan Furat adalah berasal
dari asal-usul Malayo-Polinesia.Di dalam bahasa Pangasinan (satu bahasa puak di
Luzon),perkataan 'siglat' yang bermaksud pantas atau cepat mempunyai persamaan
linguistik dengan kata 'idigna' bagi Sumeria dan 'idiglat' bagi Akkadia merujuk kepada
sungai Tigris.Di dalam bahasa itu juga,kata 'burakan' yang bermaksud 'gelombang',
'berayun-ayun' atau 'melayari' adalah kelihatan sama dengan perkataan Sumeria
'Buranun' dan Akkadia bagi 'Pu-rat-tu' merujuk kepada sungai
Furat.Dipercayai,perdagangan maritim besar-besaran telah terjadi di antara penempatan
orang-orang berbahasa Malayo-Polinesian dari Pasifik hingga ke Lautan Hindi pada masa
silam.Bukti-bukti arkeologi dan rekod-rekod terawal India dan China menunjukkan
penduduk Pengasinan telah berurusan dengan orang luar seawal abad ke-8 hingga abad
ke-10 Masehi dan catatan ini merekodkan perdagangan pedagang China dengan orang-
orang Pengasinan.Malah ketua kaum di Pengasinan juga pernah melawat
China.Ingat,para pelaut Sepanyol dan Portugis berebut ke Nusantara adalah untuk
mencari jalan kuno 'Ophir' yang menjadi 'The King Solomon's Mines' pada zaman purba.
Ini dijelaskan dalam manuskrip pengembara Sepanyol,Collecion General de Documentos
Relativos a las Islas Filipinas.Sila rujuk artikel 'The King Solomon's Mines'.

Hari ini para pengkaji telah menjumpai persamaan perkataan Melayu Kuno era Srivijaya
dengan bahasa Assyria,Sumeria dan Ibrani Kuno,menunjukkan satu hubungan yang
aneh,contohnya:

Ancient Malay

Abah (father,be dense)


Datu,Datuk (a royal edict)
Lahat (Tower)
Mura (fear)
Saka (to roam)
297

Ancient Hebrew

Abba
Dath (ingat Darth Vader?)
Lahat
Moora
Shakah (ya,ini adalah hantu saka yang berpindah dari seseorang ke keturunannya)

(*Dan senarai ini amat panjang dalam kajian dari dokumen rahsia ini,dan kami telah
menjumpai satu hakikat yang amat mengejutkan berkaitan asal-usul Melayu dan Mala
dan ini amat kena dengan petunjuk di dalam Diari Lodgekeeper...kami akan sentuh dalam
artikel The Land of The Gods II)

Ini menunjukkan terdapat hubungan perdagangan antarabangsa pada masa dahulu


antara kerajaan Melayu Srivijaya (dan kerajaan-kerajaan Melayu Kuno yang diwarisi
Srivijaya) dengan pedagang Yahudi,Parsi,Sumeria dan Mesir.

Enpayar-empayar Melayu-Jawa seperti Srivijaya dan Majapahit yang pernah


mendominasi seluruh Asia Tenggara menyaksikan peningkatan teknologi kapal dan
perdagangan maritim.Ini disambut dengan Langkasuka sebagai kerajaan yang mengawal
perdagangan di Indochina ketika itu.Kedua-dua empayar ini telah mempengaruhi banyak
aspek kebudayaan penduduk Asia Tenggara,dari ukiran,tarian kebudayaan dan bahasa
(penduduk Indochina dipengaruhi aspek ukiran,kesenian dan tarian,Kepulauan Melayu
dipengaruhi bahasa,pakaian dan budaya harian).Kemerosotan kedua empayar ini
sehingga melenyapkannya menyebabkan kerancakan perdagangan maritim turut
mengalami kesannya yang ketara di seluruh Asia Tenggara.

Viking Timur Jauh:Catatan-catatan conquistador,pengembara Eropah dan rekod


Maharaja China
298

Bangsa Mala adalah 'King of The Sea' pada masa lampau.Mereka adalah 'Viking Timur
Jauh' yang menguasai laut dan perdagangan maritim.Segala rekod Emperium China yang
berhubungan dengan Mesir,Babilon,kerajaan Rom dan India tidak boleh tidak mesti
menyebutkan sedikit tentang peranan Kepulauan Melayu dan penduduknya,kerana
Kepulauan Melayu ini adalah PENGHUBUNG DUNIA BARAT DENGAN PELABUHAN-
PELABUHAN CHINA.SEbelum sampai ke China,mereka mesti singgah di salah satu
pelabuhan di Kepulauan Melayu untuk menunggu perubahan angin,memperbaharui
bekalan makanan dan air,berdagang serta berehat.Kepulauan Melayu merupakan transit
untuk ke Jepun,China dan Kepulauan Pasifik.

Sarjana-sarjana China dalam abad ke-7M hingga ke-11M (Zaman Kerajaan Melayu
Sriwijaya) berminat pada bahasa Melayu yang dikenalinya sebagai bahasa Kunlun(hampir
sama dengan panggilan Yunani, Kolan/Colan), kerana mereka mendapati banyaknya
karya ilmu dalam bahasa Melayu pada masa itu.Di dalam rekod purba China tercatat
perkataan 'po' satu kapal besar yang boleh memuatkan 1000 orang.

“Further information is to be found in the I-ch’ieh-ching yin-i,a dictionary compiled by


Huei-lin which according to Pelliot was completed in A.D. 817. Huei-lin gives a number of
instances of po and includes the following passage:

“Ssu-ma Piao, in his commentary on Chuang Tzü, says: “large ocean-going ships are
called po”. According to the Kuang ya: ‘po is an ocean-going ship”. It has a draught of 60
feet (!). It is fast and carries 1000 men as well as merchandise. It is also called k’un-lun-
po’.

-Christie (1957), pp. 347-348.


299

Kepulauan Melayu juga dicatatkan sebagai Pulau-pulau 'Kun Lun' sebagaimana kajian
sarjana Eropah tentang Viking Timur Jauh ini:

“By the third century B.C.E. the Chinese had taken notice of Malay sailors approaching
their shores from the “Kunlun” Islands in the southern seas, which the Chinese learned
were “volcanic and invariably endowed with marvellous and potent powers”. . . . The
Chinese also knew these islanders as builders and as the crews of ocean-going vessels
engaged in long-distance overseas trade. The Chinese, in fact, appear to have learnt
much from these sailors. The Malays independently invented a sail, made from woven
mats reinforced with bamboo, at least several hundred years B.C.E., and by the time of
the Han dynasty (206 B.C.E. to 221 B.C.) the Chinese were using such sails (Johnstone,
1980: 191-92)

Di dalam keterangan di atas,orang-orang China zaman dahulu telah banyak belajar dari
tukang-tukang kapal dan ilmu pelayaran dari 'islanders' ini di mana diterangkan sebagai
"as the crews of ocean-going vessels engaged in long-distance overseas trade".Dan pada
pada era Dinasti Han (206 hingga 221 Sebelum Masehi),orang-orang China telah
menggunakan 'satu teknologi' baru perkapalan,seperti yang dijelaskan sebagai "a sail,
made from woven mats reinforced with bamboo" padahal ia telah digunakan beratus
tahun sebelum Masehi oleh orang-orang Melayu.

Adalah mengejutkan apabila para sarjana Eropah dan rekod China ini menunjukkan
teknologi perkapalan China dimajukan setelah para tukang kapal China belajar dari
orang-orang Melayu Kuno terutama pembuatan jong.Maka lahirlah jong China yang
terkenal itu sebagaimana telah dijelaskan sebelum ini:

Menurut catatan Manguin,seorang sarjana Eropah:


300

"Keterangan orang-orang China berkenaan kapal-kapal Melayu adalah seawal abad ketiga
Masehi,menunjukkan kapal-kapal layar Melayu,iaitu jong (perkataan Melayu),sebuah
kapal dengan lambung kapal yang berlapis-lapis.Perkataan Inggeris,junk selalu dirujuk
sebagai kapal orang-orang China,sebenarnya kata ambilan dari kapal jong Melayu.Orang
China juga mengenali bahawa perkataan mereka bagi kapal-kapal Kunlun (sebutan orang
China bagi penduduk Melayu) iaitu buo adalah perkataan asing yang dimasukkan ke
dalam kosa kata bahasa China" (Manguin, 1980: 266-67, 274)

Manguin mencatatkan lagi:

"Secara purata,sebuah jong harus membawa empat hingga lima ratus metrik ton,namun
sekurang-kurangnya sebuah jong cukup untuk membawa 1000 ton.Lapisan badan kapal
dihubungkan dengan menggunakan tanggam:tiada bahan logam seperti paku digunakan
dalam pembinaan kapal hebat mereka.Sesetengah bahagian-bahagian kapal kecil kapal
digabungkan dengan menggunakan serat tumbuhan,tetapi ini bukan amalan pembuatan
kapal besar.Sebuah jong biasanya mempunyai 2 hingga 4 tiang kapal termasuk tiang cucur
(bowsprit),sebagaimana dua kemudi yang terpasang di kedua belah.Gandung kapal
(outrigger),direka untuk menyeimbangkan kapal,di mana digunakan pada banyak kapal
namun bukanlah karakteristik kapal yang berlayar di lautan kasar" (Manguin, 1980: 268-
74)

Dan orang-orang Melayu juga adalah orang pertama yang menemukan teknologi layar
'balance-lug sail' dan ini diakui oleh para sarjana sejarah perkapalan dunia:
301

"The Malays were also the first to use a balance-lug sail, an invention of global
significance. Balance-lugs are square sails set fore and aft and tilted down at the end.
They can be pivoted sideways, which makes it possible to sail into the oncoming wind at
an angle of to tack against the wind – to sail at an angle first one way and then the
other, in a zigzag pattern, so as to go in the direction from which the wind is blowing.
Because of the way the sides of the sail were tilted, from a distance it looked somewhat
triangular. . . . It is thus quite likely that the Malay balance-lug was the inspiration for
the triangular lateen sail, which was developed by sailors living on either side of the
Malays, the Polynesians to their east and the Arabs to their west.
Precisely when the Polynesians and the Arabs began using the lateen sail remains
unknown, but it would seem to have been in the last centuries B.C.E. It is known that the
Arabs in the vicinity of the Indian Ocean were accomplished sailors by the first century
C.E. and both they and the Polynesians apparently had the lateen sail by then" (Hourani,
1951: 102).

Di bahagian laut selatan India,orang-orang dari India telah mengambil peranan aktif di
dalam perdagangan dan penjelajahan.Dan ini diketahui umum antara sebab agama dan
kebudayaan dari India mempengaruhi budaya Asia Tenggara.Namun,di Asia Tenggara
sendiri,jika kita ingin bercakap tentang perdagangan maritim,orang-orang Melayu adalah
peneraju aktif dan penggerak perdagangan yang gigih.Petunjuk tentang peranan orang-
orang Melayu ini ada dicatatkan seperti yang diberikan oleh Periplus,seorang sarjana:

“[There] are the marts of Camara and Poduce and Sopatma [on the Coromandel Coast of
south-east India], where are local ships which sail along the coast as far as Limyrice, and
others which are very large vessels made of single logs bound together and called sangara;
those that cross over to Chryse and the Ganges are called colandiophonta and are the
largest.”

Kedua-dua istilah sangara (yang bermaksud gandang kapal) dan colandiphonta (ingat
Kunlun atau Kolan,merujuk kepada pelaut Melayu) adalah diyakini para sarjana lebih
merujuk kepada orang-orang Melayu atau Indonesia berbanding orang India.Ini
dibuktikan oleh rekod China (nasib baik Maharaja China menyimpan rekod tentang
Melayu Kuno) di mana kata 'colondiophonta' diterangkan dengan lebih terperinci,di
bawah nama 'Kunlun Po',dan mengesahkan kapal ini benar-benar besar.Ciri-ciri ini
dijelaskan oleh Sitwell,seorang cendekiawan Eropah:

"...Some of them could be over 200 feet long, and carry six or seven hundred men and
some nine hundred tons of cargo – which makes them perhaps a shade larger than those
302

other leviathans of the Ancient World, the grain-ships that plied between Alexandria and
Rome. They were also probably faster: even the largest Roman ships usually managed
with a single enormous square sail, whereas a K’un-lu p’o had four sails and may even
have arranged them in the fore-and-aft rig, like a schooner.” Sitwell (1984), pp. 146-147.

Jika orang-orang Rom berbangga dengan kapal perang mereka ketika berada di Laut
Mediteranean,perasaan bangga ini mungkin bertukar sebaliknya apabila berhadapan
dengan kapal-kapal pedagang Melayu ini (Kunlun Po) ketika perjalanan mereka ke Afrika
atau ke Teluk Parsi.Kapal-kapal yang besar ini dengan teknologi perkapalan yang canggih
tanpa menggunakan paku (ini ciri khas seni pertukangan dan arkitek Melayu
Purba,sepertimana pembinaan istana dan rumah),teknologi imbangan kapal dan sistem
layar yang dinamik,menunjukkan ada tamadun purba yang hilang di Kepulauan
Melayu,yang amat maju dan makmur,sejak kita tahu tentang penemuan penyelidik USM
tentang puing-puing kilang-kilang melebur besi di Lembah Bujang dan tapak kota lama di
Manjung dan Beruas.Jadi tidak hairanlah di dalam Hikayat Merong Mahawangsa ada
diceritakan tentang putera Rom yang berlayar untuk majlis perkahwinannya dengan
puteri China,kemungkinan besar putera Rom ini menyewa kapal 'Kunlun Po' ini,kapal
besar Melayu dahulukala untuk menemui puteri China.

Orang-orang Melayu Nusantara juga orang pertama yang menggunakan takal bulat
berbanding ketika itu pelaut Arab dan China menggunakan takal segitiga.Ini kerana
Tamadun Purba Melayu adalah pencipta takal bulat.

Kapal-kapal orang Rom dan Arab mendominasi perdagangan dari Mesir ke India,namun
majoriti perdagangan di antara India dan China dijalankan oleh kapal-kapal Melayu dan
India.Ketika itu orang-orang China agak gerun dengan keadaan laut di selatan dan kurang
303

berpengalaman dengan keganasan ombak dan perubahan angin di sekitar Kepulauan


Melayu (Ini antara sebab kegagalan misi Monggol menawan Pulau Jawa dan menghalang
armada China menawan Kepulauan Melayu).Holmgren,seorang sejarahwan Inggeris
menulis:

"Alasan kekurangan minat orang China kepada perdagangan laut di sebelah selatan
sebenarnya hanya dugaan dan sangkaan sahaja.Sebenarnya orang-orang China berasa
takut dan tidak yakin untuk berlayar merapati pantai-pantai laut selatan yang berbahaya
dan berisiko tinggi dengan perubahan angin monsun yang aneh,walhal orang
Melayu,India dan Arab telah lama belajar secukupnya tentang angin bermusim dan
pemanduan pelayaran untuk menghadapi lautan terbuka.Para pegawai di pelabuhan
China Selatan,tidak menggalakkan aktiviti perdagangan yang tidak terkawal-satu polisi
yang menggambarkan ciri pelabuhan di kerajaan tengah India.Hanya selepas
kemungkinan tarikan komersil di zon perdagangan laut selatan menjadi ketara di abad
kedua,perdagangan di laut selatan mula diterima secara rasmi namun dibataskan kepada
setakat pelabuhan Vietnam,Chiou-Chi.Pelabuhan Canton pula hanya digunakan pada
abad ke-6 Masehi.Secara mudah,dan tidak diragukan lagi ia lebih bertujuan untuk
mengawal kelompok-kelompok pedagang Asia Tenggara yang beroperasi secara bermusim
dari usaha untuk menggalakkan perkembangan perkapalan orang China.Komuniti
pedagang yang digelar Po-ssu di pelabuhan-pelabuhan China yang dirujuk oleh rekod
China pada awal abad Masehi adalah pedagang Sumatera atau Semenanjung Tanah
Melayu yang berdagang wangi-wangian Parsi,kayu gaharu,kemenyan serta mutiara yang
dibuat atau dikumpulkan dari hutan-hutan tropika dan pantai-pantai dari seluruh Asia
Tenggara.Dalam banyak kes,inisiatif di dalam perdagangan antara China di utara dengan
Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera di selatan adalah hampir semuanya
digerakkan oleh pedagang Melayu.Jika pedagang China cuba mendekati laut
selatan,mereka berbuat demikian mungkin hanya sebagai penumpang dalam kapal 'Po-
ssu' yang dikendalikan oleh orang Melayu atau Indonesia"
(Holmgren (1980), p. 76)

Ini menunjukkan pengiktirafan yang tinggi para sarjana sejarah perkapalan Barat
terhadap kemampuan,kemahiran dan bakat yang ada pada orang di Nusantara (China
menyebutnya sebagai Kunlun) sebagai 'The King of Sea'.

Beberapa catatan Barat seterusnya mengenai kemahiran terahsia bangsa Melayu yang
tidak diketahui oleh anak-anak Melayu era siber dan rempit ini:

Dari Jones,sejarahwan Eropah:


304

"Ketika musim sejuk,kesejukan di Asia Tengah menyebabkan ketumpatan udara menjadi


berat,ketika udara di laut lebih hangat dan ringan.Perbezaan dalam ketumpatan ini
menyebabkan udara berat dari Asia Tengah menghembus menentang udara laut yang
ringan,oleh itu dari Disember ke Mac angin kering dari Asia Tengah menghembus ke
seluruh benua menuju ke lautan.Ketika bulan-bulan tertentu,angin ini adalah amat sukar
diramal (ini yang digeruni oleh pelaut China).Walaupun ketika musim luruh,perubahan
arah angin secara kasarnya lebih cepat,di dalam bulan April,pertukaran angin musim
bunga dari dalam ke luar adalah lembab menyebabkan kesempatanvterjadinya jenis angin
yang pelbagai dari September ke November.Mengambil kesempatan dari corak angin
bermusim ini,para pelaut Melayu mula mengawal angin monsun dan
'menunggangnya'.Mereka berlayar dengan angin di belakang mereka,dengan ini mereka
telah berlayar beribu batu ke destinasi yang jauh-jauh.Kemudian mereka menunggu
sehingga angin bertukar arah,di mana ini membenarkan mereka berlayar pulang ke
rumah,dengan angin tetap di belakang mereka,menolak mereka ke kampung halaman
dengan mudah.

Jones menambah:

"Setakat ini,cuma sedikit persamaan pendapat melihat kepada bilakah pelaut Melayu
pertama mencapai pantai timur Afrika dan Madagaskar,lebih dari 3000 batu ke
barat,namun sesetengah percaya ia terjadi pada awal abad pertama Masehi.Dengan tarikh
yang masih misteri bilakah mereka tiba di Afrika,dalam proses pelayaran merentasi
beribu batu lautan selatan,para pelaut Melayu ini ini menyaksikan bahawa mereka
membawa sejumlah tumbuh-tumbuhan dari Asia ke Afrika,termasuk pisang,kelapa dan
cocoyam (sejenis ubi di Afrika Barat di mana terma cocoyam ini diceduk dari perkataan
Melayu).Irama dari xylofon juga diceduk dari orang Melayu ke Afrika walaupun diketahui
bagaimana alat muzik ini datang dari Afrika Timur ke Afrika Barat,di mana ia masih
kedengaran hari ini,tetap meninggalkan sebab yang kontroversi" (Jones, 1971: 115–19).

Perhatikan catatan yang dikutip dari pengembara Eropah oleh pengkaji:

"The Malay sailors may also have been riding the monsoons of the Indian Ocean to
supply the Mediterranean market with cinnamon – a product of southern China – even
before the development of an overland or overseas silk route. The Greek word for
cinnamon was derived from a Malayo-Polynesian word, through Phoenician and
Hebrew. Even though cinnamon was never grown commercially in Africa, Egyptian and
Hebrew texts dated to the first millennium B.C.E. speak of cinnamon coming from
Africa, leading several scholars to suggest that Malay sailors were responsible for
305

bringing this cinnamon from the coasts of the South China Sea to East Africa. Pliny,
writing in the first century C.E., describes an already well-developed trade in cinnamon.
The men who brought the cinnamon “put out to sea . . . when the east winds are blowing
their hardest; these winds drive them on a straight course . . . from gulf to gulf.” Pliny
calls their vessels “rafts,” a plausible but mistaken description of the Malays’ double
outrigger canoe (Taylor, 1976: 45). The cinnamon they provided could then have been
traded north by the East Africans until it reached Ethiopia, where Mediterranean
merchants purchased it.
There is also a thirteenth-century Arab text that refers to a Malay settlement in the
vicinity of Aden sometime around the Roman conquest of Egypt in 31 B.C.E. Vast fleets of
Malay outrigger canoes came and went from this place, it tells us, but eventually the
settlers “grew weak, lost their seafaring skills, and were overrun by neighbouring
peoples.” (Taylor, 1976: 25, 39). According to the text, this happened after Egypt’s
decline, and scholars have tentatively dated the settlement to the first century CE.
At roughly the same time Malay communities were established on the island of
Madagascar, some 250 miles off the East African coast, where their descendants still
constitute the majority of the island’s population and Malayo-Polynesian languages are
still spoken today by almost all. Given the many clusters of islands in the Indian Ocean
and the Malay use of islands for navigating, their likely route to East Africa would have
been by way of such island clusters, namely, the Maldives, the Chagos, the Seychelles,
and the Comores (Taylor, 1976: 30, 45–46).” Shaffer (1996), pp. 15-16.

Perhatikan perdagangan kulit kayu manis oleh para pedagang Melayu sehingga mencapai
Yunani (Greece),Phoenicia (Kanaan Kuno) dan Yahudi Kuno (Hebrew) sehinggakan kata
'cinnamon' dalam bahasa Yunani dikatakan oleh pengkaji ini diceduk dari perkataan
Melayu Kuno selepas diubahsuai dari perkataan Phoenicia dan Yahudi.Di kota purba
Aden (Di Yaman kini) terdapat penempatan para pedagang Melayu menurut teks Arab
kurun ke 13.Maka tidak hairanlah rempah-rempah dan harum-haruman boleh tiba di
306

istana Firaun dan benih-benih bunga-bungaan dan pokok-pokok tropika boleh tiba di kota
Babilon.

Dalam Kitab Rujar, Al-Idrisi,sejarahwan Arab Kuno telah mencatatkan:

"Penduduk Zabaj telah berlayar ke Sofala dan mengeksport besi dari


sana,membekalkannya ke seluruh India.Tiada besi yang mampu dibandingkan dengan
mutu dan kehalusan buatan dari Zabaj ini.Penduduk Zabaj kerap dipanggil di Zanj di
dalam kedua-dua kapal besar dan kecil mereka dan berdagang barangan dengan
mereka,sebagaimana mereka memahami behasa masing-masing"

Zabaj adalah panggilan orang Arab bagi Srivijaya,empayar maritim Melayu terbesar di
Asia Tenggara.Di sini kita tahu sejak zaman Srivijaya,orang Melayu sudah pandai
mengeksport besi pula ke India!

Situasi Empayar Srivijaya yang memiliki kapal-kapal yang menakjubkan (contohnya


Lancang Kuning yang dinaiki Emperor-emperor Srivijaya) disentuh oleh seorang pakar
perkapalan Jerman,Horts H.Liebner ketika ditemuramah oleh The Jakarta Post:

"Five hundred years before groups of ocean conquistadors from Portugal began their
journey to look for new territories, ships from the islands now known as Indonesia were
traveling around Asian waterswith very advanced technology.
The preliminary scientific reconstruction of a shipwreck recovered from the Java Sea
found that the ship had better technology than those from Europe,China or Japan.The
ship,believed to have sunk between 930 AD and 990 AD in a storm, was also bigger and
better constructed.Our preliminary analysis concludes that the ship was 25 to 35 meters
long and 12 meters wide. At that period, China still had no ships thatcould sail the
oceans, while European ships were much smaller. Imagine,the ship Columbus used to
sail to America and 15th century Europeanships were all less than 20 meters,"
307

Renungkan bahtera besar yang diukir di candi Borobudur.Kemudian renungkan kata-


kata PAKAR PERKAPALAN JERMAN ini.Adakah beliau berkata untuk menyedapkan hati
orang Nusantara?Adakah sengaja mahu mengembangkuncupkan hidung orang-orang
Melayu?Menaikkan punggung orang-orang Melayu ke paras maksima?Kemudian berjalan
mendada tidak ingat dunia?TIDAK SAMA SEKALI.

Beliau bercakap melalui fakta sejarah dan pengalamannya dalam bidang maritim.Sudah
tentu catatan tentang Kepulauan Melayu telah ada di dalam simpanan Empayar Austria-
Hungary (Jerman sebelum Perang Dunia Pertama) dan Kerajaan Perancis.Perhatikan
semula kata-katanya yang penuh makna tersirat ini:

"Our preliminary analysis concludes that the ship was 25 to 35 meters long and 12
meters wide. At that period, China still had no ships that could sail the oceans, while
European ships were much smaller. Imagine,the ship Columbus used to sail to America
and 15th century Europeanships were all less than 20 meters,"

Dan ini bertepatan dengan catatan para pengembara Eropah dan sarjana Inggeris seperti
yang kita baca tadi.Semua ini menunjukkan Tamadun China banyak mendapat faedah
dari pembelajaran mereka tentang pembuatan kapal dari orang-orang Nusantara khasnya
para pelaut Melayu.Sebab itu kerajaan-kerajaan Melayu dahulu sukar dikalahkan melalui
peperangan laut.Dan ini caranya Srivijaya,Majapahit dan Melaka menguasai Selat
Melaka,selat tersibuk di dunia.Siam mampu mengalahkan Kedah dan Patani,namun
bukan Melaka,kerana Melaka adalah warisan Emperor terakhir Srivijaya,'The Lord of
Sea'.JIka Funan menggelar raja-raja mereka,'The Lord of Mountain' (gunung adalah
katakunci terahsia Melayu yang lain),Emperor-emperor Srivijaya adalah 'Dewa-dewa laut'
yang menggerunkan.Dalam Sulalatus Salatin,dikisahkan Melaka mampu mematahkan
dua kali serangan Siam (era Ayutthaya).
308

Selain itu,Orang Sulu juga digeruni oleh penjajah Sepanyol,dan kemahiran ilmu laut
Orang Sulu setanding dengan Orang Bugis.JIka Inggeris menganggap Orang Bugis
sebagai lanun,Sepanyol juga menganggap Orang Sulu ini sebagai lanun yang kasar dan
kejam (padahal merekalah bangsa yang kejam dan ganas)

*Dari relief di Bayon,menunjukkan tentera laut Champa sedang berperang.Perhatikan


kapal perang mereka.

Di dalam Perang Kedah-Thai pada abad ke 19,ada diceritakan tentang kesukaran tentera
Thai untuk mengalahkan tentera Kedah ketika peperangan di laut.Ini menyebabkan Thai
menggunakan taktik pengecut yang sekian lama digunakan apabila berasa terancam
dengan kekuatan musuh;meminta bantuan kuasa Eropah,dalam kes ini meminta bantuan
Inggeris.Angkatan Tengku Kudin (Tengku Kudin dianggap Inggeris sebagai 'lanun'
Melayu paling licik dan dikehendaki) telah dikepung di dalam Kota Kuala Kedah oleh
kira-kira 80000 tentera Siam.Askar bantuan dihantar dari Sungai Perai,namun tiba-tiba
dibedil Inggeris yang campurtangan setelah berpakat dengan Thai.Wan Muhammad
Ali(anak Datuk Seri Kerma Jaya)yang begitu berjaya dalam kempen menentang tentera
Thai di laut sebelum itu telah diserang dan dikejar oleh kapal perang Inggeris.Ilmu
pelayaran dan teknologi pembuatan kapal layar yang ada pada orang Melayu nyata
berguna pada Angkatan Wan Muhammad Ali yang berjaya menghindari kapal perang
Inggeris.Dengan jong yang lebih ringan dan laju angkatan tersebut berjaya menjarakkan
diri dari angkatan Inggeris dan belayar bersembunyi di selat-selat kecil di
Langkawi.Namun Inggeris yang tidak berpuas hati telah maju ke Pulau Langkawi dan
menyerang kubu dan merampas meriam-meriam orang Langkawi dikala tentera-tentera
pengecut Thai menunggu-nunggu berita peperangan Inggeris dengan tentera laut Kedah
yang sukar ditewaskan mereka itu.Wan Muhammad Ali terpaksa berundur ke Sumatra
dan menetap di sana.
309

Kedah akhirnya berjaya menghalau tentera Thai setelah menyaksikan kelicikan Paduka
Raja Jambangan atau Tunku Anum (Lelaki).Dengan helah dan tipu muslihatnya,Kedah
dapat dibebaskan dari taklukan Thai.Beliau telah dianugerahkan wilayah Kubang Pasu
sebagai negeri yang bebas dari Kedah oleh Sultan Ahmad Tajuddin.Dalam kempen yang
diketuainya,Tunku Anum membiarkan dirinya menjadi tawanan raja Ligor untuk
mengkaji kekuatan Angkatan Ligor yang merupakan penghasut utama kepada raja Thai
supaya menyerang Kedah.

Berbalik kepada rekod tentang kapal-kapal Melayu,R.O Winstedt (ada juga pandangannya
yang jujur),dalam bukunya,"A History of Johor' mencatatkan laporan dua askar Belanda
tentang geliung-geliung Johor ketika perdagangan di Betawi dan Melaka:

Rekod dari Dargh Register pada tahun 1968 hanya mencatatkan satu lawatan oleh geliung
Johor membawa barangan dari Gujerat.Pada April 1661,catatan Belanda:'Gonqua' dari
Johor dengan sebuah kapal geliung,26 anak kapal...."

Pada abad ke 17 di Asia hanya Jepun dan beberapa kerajaan Asia Tenggara tertentu
termasuk Kesultanan Johor diketahui mahir dalam membuat kapal geliung.Negara-
negara Asia yang lain seperti India dan China ketika itu memiliki kapal-kapal besar
namun ketidaksesuaian rekabentuk tradisional mereka tidak mampu menghadapi kapal-
kapal pedagang Eropah yang dilengkapi persenjataan berbeza dengan tukang-tukang
kapal Melayu yang membuat kapal mengikut kesesuaian keadaan dan pandai
menggabungkannya dengan rekabentuk kapal-kapal asing.Kapal Bedar misalnya adalah
revolusi kapal Melayu yang digabungkan dengan senibina kapal-kapal Eropah,dengan
penambahan tiang cucur (bowsprit) gaya Eropah.
310

Perlu diingat sehingga awal abad ke-20,Johor adalah satu-satunya negeri Melayu yang
tidak dinaungi Inggeris,dimana tidak menerima residen Inggeris.Johor menerima residen
Inggeris secara rasminya pada tahun 1914,menunjukkan Tanah Melayu secara rasminya
terjajah keseluruhannya bermula tarikh ini.Johor moden adalah warisan dari Empayar
Johor-Riau,yang sebelum itu mewarisi saki-baki wilayah Empayar Kesultanan
Melaka.Ketika kapal-kapal China kalah perang dengan Inggeris semasa siri Perang Candu
dan kapal-kapal raja-raja Tamil dan Moghul musnah oleh privateer Inggeris yang
menggunakan kapal jenis frigate yang pantas dan berkuasa tinggi (The Black Pearl dalam
filem Pirates of Caribbean adalah contoh kapal jenis frigate),geliung-geliung Johor
mundar-mandir di Selat Melaka tanpa diganggu oleh Belanda dan Inggeris.Kepantasan
geliung Johor bergerak dengan sokongan meriam-meriam jarak dekat dan meriam mortar
agak menggerunkan Inggeris untuk mendesak Sultan Abu Bakar menerima residen
Inggeris.Sesetengah geliung juga mampu menempatkan meriam-meriam di hadapan
kapal (seperti kapal The Flying Dutchman dengan triple cannonnya).Kecerdikan para
tukang timbal kapal Melayu ketika itu membantu merevolusikan kapal Melayu dari jong
hinggalah ke geliung menunjukkan mereka sekali lagi adalah 'The Lord of Sea' walaupun
dihimpit penjajahan kuasa Eropah.Mereka mewarisi kemahiran para pembikin kapal
Melayu yang membawa pelaut Melayu hingga ke Afrika dan Mediteranean,berdagang
dengan kerajaan Israel Kuno serta bangsa purba Phoenicia dan Sumeria yang sudah
pupus pada hari ini.Yang tinggal cuma bangsa Yahudi sahaja pada hari ini yang telah
menubuhkan 'Israel Baru'.Menariknya,keturunan 'pelaut Melayu' yang gigih ini
memutuskan hubungan diplomatik dengan Yahudi Moden pada hari ini,tidak seperti di
zaman Israel Raya (Daud dan Sulaiman),Samaria dan Israel Utara.
Kerajaan Aceh juga pernah menggunakan kapal jenis geliung ini,terutama ketika
menghadapi serangan Portugis.Catatan dari conquistador Portugis:

"Dalam pertempuran 1583 kapal laksamana Coutinho telah dimusnahkan oleh geliung-
geliung Aceh .Beberapa geliung Aceh juga turut musnah"

Kejayaan Aceh memusnahkan angkataan laut Portugis berhampiran Pulau Bintan pada
tahun 1614 menjadikan mereka satu-satunya kerajaan di rantau ini yang pernah
menewaskan sebuah kuasa Eropah dalam pertempuran laut .

Dalam perjalanan pulang mereka telah “singgah” di Melaka untuk membedil dan
menenggelamkan kapal-kapal musuh yang sedang berlabuh.
311

*Perbandingan antara kapal


Laksamana Cheng Ho (besar) dengan kapal Columbus.Mungkin beginilah kapal
Lancang Kuning kenaikan Emperor Srivijaya dan Mendam Berahi.

Pertembungan antara armada Portugis yang sedang dalam perjalanan menyerang Melaka
dengan sebuah kapal dari Aceh telah dicatatkan oleh Gaspar Correia:

"Her sides were so high that no one dared board her from any of the Portuguese
ships;naos,caravellas and gales and she remained unscathed by the Portuguese fire
because she had four layers of sheathing and the largest Portuguese artillery could only
penetrate two. At length the governor sent out his own nao the Flor de la Mar. Inspite of
this the jong managed to fend of the Portuguese attacks for two days and two nights and
only succumbed when the Portuguese succeeded in removing her rudders which she
carried outside as on the barges of Ribatejo"

Perhatikan kata-kata ini:

""Her sides were so high...."


312

Menunjukkan geladak kapal yang lebih tinggi dari kapal-kapal Portugis ketika itu.Ini
terbukti dengan kegagalan Portugis mahu menawan Aceh.Hanya Belanda yang mampu
menekan Aceh kemudiannya setelah muncul sebagai kuasa laut Eropah yang baru ketika
Sepanyol dan Portugis meniti zaman kemerosotan penjajahan maritim.

Begitulah kisah silam orang Melayu Nusantara yang gemilang.Bagaimana Tamadun Mesir
dan Sumeria mengenal Dunia Melayu dengan rempah,kapur barus dan wangi-wangian
kemenyan,dunia juga mengenal bangsa ini sebagai pelaut,pelayar dan pengembara
maritim yang gagah.Tidak mengapa jika anak-anak Melayu pada hari ini memperlekehkan
sejarah bangsanya,namun dunia tidak pernah lupa kepada kegigihan para pelayar Melayu
ini meredah ombak,merenung bintang-bintang di langit dan merasa pergerakan
angin,berlayar beribu-ribu batu,sehingga sampai ke pantai-pantai Afrika,Teluk Parsi dan
Mediteranean.

Tidak mengapa jika anak-anak Melayu pada hari ini memperlekehkan kemampuan nenek
moyang mereka,namun dunia masih menyimpan kenangan bagaimana pelaut-pelaut
Melayu tekun bertukang membina kapal-kapal,memasang layar dan menyorong kapal ke
laut.Ombak dan pantai masih mengingati para pelaut ini menyeka peluh dan membanting
tulang melaraskan layar-layar dan kemudi kapal.Angin laut masih rindukan wajah-wajah
pengembara Melayu menyongsong ganas ombak dan azab di lautan,kerana angin dan
bayu laut inilah teman mereka gembira dan menangis ketika kesepian di tengah-tengah
lautan luas.Tidak mengapa anak-anak Melayu mengetawakan para pelaut ini,namun
dakwat para pengkaji Barat dan Timur masih hitam lagi membela para pelaut Melayu ini
dari kejahilan dan kedunguan anak-anak Melayu yang terjajah mindanya oleh penjajah.

Anda boleh menghayati kenangan kehidupan dari sisi kapal-kapal Melayu dan kehidupan
pelaut dengan membaca dua karya tentang perkara ini,iaitu Novel Sukma Angin hasil
karya Sasterawan Negara Arena Wati.Novel ini mengisahkan kehebatan kapal layar
dagang Melayu terakhir.Satu lagi adalah karya penulis tersohor tanahair,Faisal Tehrani
dengan karyanya,Bedar Sukma Bisu.

Jika sekiranya orang Melayu duduk di hutan dan gua-gua sambil bermain dengan monyet
dan tupai,sekurang-kurangnya fikirkanlah,bagaimana keturunan Merina di Madagaskar
mengaku berasal dari Kepulauan Melayu dan bahasa Malagasy adalah sekelompok dengan
bahasa Melayu bukan bahasa Afrika.Para pelaut Melayu telah berlayar sehingga ke
Madagaskar dan Afrika menghasilkan raja-raja Dinasti Merina yang telah memerintah
Madagaskar sekian lama sehinggalah penjajah Perancis tiba.Kehebatan ilmu pelayaran
313

Melayu yang sanggup belayar hingga ke Afrika ini diabadikan oleh seorang pengkaji
sejarah orang Melayu dari Eropah,John Tiffany sebagai “The Viking of the Orient”

Sepatutnya kerajaan Melaka membina kembali kapal Mendam Berahi,bukannya kapal


Flor de La Mar malahan kapal Mendam Berahi lebih besar dan hebat dari Flor de La
Mar.Flor de La Mar hanya sebagai bukti jiwa Melayu yang terjajah,namun jika anak
Melayu hari ini dapat melihat replika Mendam Berahi,betapa mereka nanti akan
menyelami kehebatan nenek moyang mereka membina kapal yang sehebat itu.Menyelami
sehingga ke sejarah pelayaran Melayu ke Madagaskar,menjadi raja-raja
Merina,memerintah suku-suku kaum Afrika di pulau itu.

Satu perkara yang menyentuh jiwa berkenaan raja-raja Merina ini,apabila mereka
meninggal dunia,mereka mewasiatkan mayat mereka ditanam di dalam makam berbentuk
rumah tradisional Melayu,walaupun kehidupan harian mereka tidak berbeza dengan
suku-suku kaum Afrika yang lain.

Artikel ini diakhiri dengan gambar makam diraja Merina di Madagaskar,Afrika..dan


hayatilah misteri makam sepi ini,sesepi hati perantau Melayu di bumi asing.
314

Caption:

The tombs of 19th-century Merina dynasty rulers Queen Rasoherina and King Radama I
stand side by side on burial grounds in central Madagascar. The Merina culture
descended from that of the original Malay settlers of Madagascar and rose to
prominence during the early 19th century. Many Merina rulers, including King Radama
I, resisted the initial European presence on Madagascar. Merina rulers fought against
colonial expansion until the French takeover of Madagascar in 1896.(Microsoft Encarta
2009)

----------------------

Next...

Alter Terahsia Bangsa Melayu 'X' Edition

The Land of The Gods II


315

-Siapa penduduk asli Indochina?


-Mon-Khmer dan Malayo-Polynesian
-Perak Man dan Jawa Man
-Apa yang terjadi di Promised Land beribu tahun dahulu?
-Siapakah Funan?Orang Mon,Khmer atau Melayu?
-Rahsia Borobudur dan Angkor Wat
-Kota Khmer di dasar Tasik Chini
-Sumeria dan Ibrani serta hubungan dengan Melayu Kuno
-Tulisan Purba orang Melayu
-Mengapa Tamadun Purba Melayu jatuh?
-Teori Peradaban
-Teori Kemerosotan
-Rahsia tersembunyi di The Land of The East
-Dewa-dewi di Golden Chersonese
-Nenek Moyang Para Firaun

Semakin dikuak rahsia,semakin tercerna pelbagai misteri!SEmakin diteguk segala


ilmu,semakin haus dengan kebenaran!

Bersama MistisFiles,melayari segala kejaiban dan misteri....

Akan datang di MistisFiles...

Posted by Mistis Organization at 6:24 PM


316

Friday, August 13, 2010

Alter Terahsia Bangsa Melayu X

Lebih kurang 300 tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w,di dunia sebelah
sini.....terdapat sebuah kota yang amat makmur dengan hasil perdagangan.Kapal-kapal
bersimpang-siur di satu selat yang paling sibuk di dunia,menghubungkan dinasti-dinasti
China dengan Kaisar dan Kisra.Kehidupan di sini amat mewah,telah ada universiti-
universiti pengajian bahasa dan kebudayaan.Telah ada sarjana dan rahib-rahib yang
belajar dan mengajar,dengan beribu-ribu orang murid tekun menekur di hadapan para
pendeta.Ketika di Tanah Arab,wanita dijadikan pemuas nafsu dan dianggap sial,di
sini...wanita dilayan dengan penghormatan tinggi dan ada yang menjadi raja!

Dan lebih kurang 1000 tahun sebelum kelahiran Rasul terakhir itu juga,nama 'Melayu'
telah tercatat di dalam Ramayana dan Purana,menjadi sebutan para rishi dan orang
suci,merujuk kepada Sumatera dan Kepulauan Melayu...cerita tentang percintaan dewa-
dewi,konflik dan dendam,semuanya berlaku di sini.

Para Firaun memanggil tempat ini,The Land of Gods...dunia yang penuh dengan misteri
dan rahsia terpendam.Di dalam suhuf-suhuf dan prasasti-prasasti Ibrani Tua,mereka
menggelarnya sebagai,The Land of The East.Sebuah tanah yang dianggap bertuah dan
penuh dengan kekayaan,raja-raja Sumeria dan Akkadia menganggap tanah ini adalah
'kayangan' yang melimpah ruah dengan emas dan perak,menjanjikan kekayaan dan kuasa
kepada siapa yang memilikinya.

Dalam artikel ini,kita akan belajar ciri-ciri The Land of Gods ini.Kita akan mengenali lebih
dekat apa yang sebenarnya terdapat di sini,sehingga ia dipandang tinggi sedemikian
317

rupa.Kita akan belajar memahami,tentang cinta tiga segi antara Ravana,Rama dan Sita
dan kemunculan Hanuman yang dipuja oleh penganut Hindu,yang membantu Rama,di
sini...mengapa Kerajaan Israel Raya menghantar kapal-kapal ke sini 10 abad Sebelum
Masehi,dan para Firaun mengunjungi tanah ini 3500 tahun yang silam,dan mendakwa ia
adalah tanah nenek moyang mereka,di dalam The Egyptian Book of The Dead.Kita juga
akan mengetahui satu rahsia besar;tulisan purba orang Melayu yang menyimpan rahsia
yang tersembunyi beribu-ribu tahun...tanda keturunan mereka yang bersambung dengan
Nabi Ibrahim di Tanah Kanaan (Canaan/Phoenicia).Dan pembukaan rahsia yang lebih
besar...tamadun kuno yang tenggelam beribu-ribu tahun yang
silam,terselamat...kemudian bermula di sini!

The Land of Gods II

"...tiba dan menginap selama 6 bulan.Mempelajari tatabahasa Sanskrit di sini.Sang


raja memberikan daku bantuan dan menghantar daku ke negeri yang bernama
Moloyu...."

(catatan I-Tsing,sami dan pengembara China yang mengunjungi Sivijaya pada abad
ke-5 Masehi)

Nasib manusia sama sahaja walau di mana sahaja.Kehidupan ini ibarat roda,sekejap di
atas,sekejap di bawah.Ada masa-masa susah ada masa-masa senang.JIka dahulu sesuatu
bangsa itu pernah membina peradaban tinggi,tidak mustahil suatu hari nanti,peradaban
itu akan lenyap,dan bangsa itu akan terkial-kial untuk mempertahankan
kewujudannya.Inilah yang terjadi kepada kaum-kaum di Amerika Tengah.Dahulu orang
Aztek,Inca,Toltek dan Maya adalah kaum-kaum yang tinggi peradabannya.Mereka
318

mampu membina piramid-piramid besar dan lanskap bandar yang sistematik.Ilmu


astronomi dan matematik mereka amat menakjubkan.Orang Aztek dan Maya
contohnya,adalah kaum-kaum yang tinggal di kawasan kota.Mereka adalah 'urban people'
yang moden dan maju berbeza dengan kaum-kaum Red Indian seperti Comanche,Apache
dan Cherokee,sekadar menyebut beberapa nama.Selalunya mereka akan menyerang
penduduk-penduduk 'kampung' di sekitar jajahan mereka,dan menjadikan tawanan
perang mereka sebagai hamba atau korban dewa-dewa.Anda boleh membayangkan
suasana orang Maya atau Aztek ini berbanding kaum-kaum lain di benua Amerika dengan
menonton filem Apocalypse arahan Mel Gibson.Lihat perbezaan antara mereka dengan
kaum-kaum lain yang masih tinggal di hutan dan berburu binatang.Perhatikan betapa
terkejutnya kaum-kaum yang ditawan itu apabila melihat kota orang Maya yang amat
besar dengan bangunan-bangunan piramid yang tinggi-tinggi dan rumah-rumah batu
yang moden berbanding kediaman mereka di hutan rimba.Dari mana orang Maya belajar
semua ini?

Hari ini semua kaum-kaum 'urban people' tadi sedang menghadapi kepupusan,malah ada
yang pupus terus seperti orang Toltek dan Inca.Nasib mereka sama seperti nasib
penduduk 'kampung' yang dijarah mereka dahulu.Inilah bayangan 'apocalypse' seperti
yang dimimpikan oleh 'Jaguar Paw' dan ramalan budak perempuan kecil yang aneh di
dalam satu adegan Apocalypse.Di akhir filem ini barulah kita tahu apakah sebenarnya
dimaksudkan dengan 'apocalypse' itu,seperti ramalan budak perempuan aneh
tersebut.Bacalah sejarah conquistador Sepanyol yang menipu dan menjarah kekayaan
orang Aztek.Teliti bagaimana kelicikan Francisco Pizarro memperdayakan
Atahualpa,pemerintah Inca ketika itu menyebabkan Pizarro berhasil menjarah kekayaan
Inca bernilai 100 juta US nilainya pada hari ini!
319

Belajar bagaimana Hernan Cortes,seorang lagi conquistador tamak yang memperdayakan


Montezuma II,Emperor Aztek dan Cuauhtémoc,anak saudaranya.Jika orang Inca berjaya
diperdayakan sehingga menunjukkan bilik rahsia harta karun mereka itu kepada penjajah
Sepanyol ini,tetapi Cuauhtémoc,raja terakhir orang Aztek itu enggan mendedahkan lokasi
harta karun Aztek disimpan kepada Cortes.Inilah asas kepada cerita National
Treasure,Book of Secret,berkenaan legenda Cibola,satu kota yang penuh
kekayaan.Kesilapan yang ketara kepada kedua-dua pemerintah Inca dan Aztek ini ialah
menganggap pendatang Sepanyol ini adalah jelmaan dewa-dewa mereka,padahal orang-
orang Sepanyol yang tiba di ibukota Inca dan Aztek ini teramatlah terkejut dengan
piramid-piramid dan bandar orang-orang yang dianggap mereka sebagai aborigine dan
kurang bertamadun.Mereka amat hairan dengan perhiasan emas yang boleh dijumpai
merata-rata dipakai oleh orang Aztek dan Inca itu.Dan satu fakta sejarah yang perlu kita
tahu,minuman coklat yang kita minum hari ini adalah berasal dari minuman raja-raja
Aztek!

Minuman coklat adalah minuman kesukaan Montezuma,dan merupakan minuman


diraja.Montezuma apabila mahu dihidangkan air coklat,beliau akan memasukkan
campuran rempah-rempah khas ke dalamnya.Apabila orang Sepanyol tiba,betapa
hairannya mereka dengan minuman yang amat lazat ini dan membawa resepinya ke
Eropah.Inilah permulaan kepada Milo,Ovaltine dan Vico.Montezuma juga mempunyai
perpustakaan yang menyimpan tablet-tablet berisikan khazanah ilmu matematik dan
astronomi purba,malangnya,para conquistador yang dungu dan tamak ini bertindak
seperti kaum gasar (barbarian) atau monggol,membakar dan memusnahkan apa saja.Ini
juga telah berlaku kepada kaum Maya,di mana penjajah Sepanyol ini membedil khazanah
ilmu pengetahuan kaum Maya yang tidak ternilai harganya.Sehingga ke era
moden,pengetahuan sains yang tinggi,yang dimiliki oleh kaum Maya tidak diketahui oleh
dunia,sehinggalah ditemui pecahan-pecahan tablet berisikan kiraan matematik dan
rekod-rekod astronomi dari penggalian arkeologi,berasal dari balai cerap kaum
Maya.Salah satunya ialah Kalendar Maya atau Kalendar 2012 yang popular itu.Dari
320

sini,barulah dunia tahu betapa bernilainya khazanah ilmu pengetahuan Tamadun


Maya.Itu baru kalendar,bagaimana dengan beribu-ribu ton tablet berisikan karya-karya
agung dalam bidang sastera,sains dan teknologi...yang dipecahkan dan dilumatkan oleh
penjajah Sepanyol yang tolol itu?Kalendar Maya terselamat kerana ia diukir pada meja
batu yang teguh.

Kisah sedih tamadun-tamadun di Amerika Tengah itu mempunyai persamaan dengan


tragedi yang melanda orang Melayu,khasnya orang-orang Champa.Orang Champa (Cham)
adalah dari keturunan Melayu berdasarkan bahasa dan budaya mereka.Lama sebelum
Angkor Wat dikatakan 'dibina' oleh Suryawarman II,orang Cham telah memiliki tamadun
yang amat hebat dan setanding dengan satu lagi kerajaan orang Melayu yang
hilang,Funan.Tamadun Champa adalah kuasa laut ketika itu,dengan kapasiti perdagangan
yang luas dan koridor ekonomi yang mantap,dibantu dengan lokasi strategik 'Laluan
Sutera Laut' antara China dan India.Tamadun Champa juga memiliki rahsia yang jarang
diketahui oleh masyarakat dunia,apatah lagi orang-orang Melayu di Malaysia yang sibuk
bercakaran sesama sendiri,menghina raja-raja (sedihnya,yang sudah dijemput Allah s.w.t
pun masih menjadi mangsa hinaan),membuang anak,merempit,menjadi pelacur dan
bapuk,berpolitik secara dungu,berpecah-belah,kafir-mengkafir,wahabi-
mengwahabi,mempersendakan nama 'Allah' sehingga setaraf dengan Tuhan Anak,wang
rakyat didahulukan perut sendiri diutamakan,mengabaikan pelajaran,mengabaikan
agama sendiri,mementingkan diri,hasad dengki sesama sendiri,murtad,menjadi Islam
Liberal,gelojoh menjual tanah rizab kepada bangsa asing yang tamak dan ada agenda
sendiri,menjadi Sekular,berpecah-belah,membiarkan warga asing membanjiri mengaut
321

kekayaan tanah tumpah darah,menjadi talibarut CIA,Mason,Zionis-Komunis dan


pencacai Dajal,menjadi bodoh,buta,bengap,lembab,pekak,tuli dan bisu.

Belajar dari sejarah itu penting,sebelum kita pupus dan hanya tinggal nama di dalam
buku sejarah dan muzium.Ambillah pengajaran dari sejarah,sebelum kita
'disejarahkan'.Seperti orang Melayu yang dimuziumkan di Kota Singa.

*Prasasti Cham banyak menyimpan rahsia rumpun Melayu pada masa silam

Orang Champa sebenarnya memiliki ilmu sains dan matematik yang tinggi.Mereka sudah
pun memakai sistem ukuran metrik yang maju dan sistem perpuluhan dalam
pernomboran.Mahu lagi?SATU RAHSIA YANG MASIH TIDAK DIKETAHUI SECARA
MELUAS OLEH DUNIA,SEBENARNYA ORANG CHAM LEBIH AWAL MEMAKAI
ANGKA SIFAR (ZERO) DALAM SISTEM ANGKA jauh lebih awal dari orang-orang Arab
yang kemudiannya memperkenalkannya kepada orang Eropah.Mungkin ramai anak
Melayu yang dungu dan mengabaikan pelajaran akan memperlekehkan pencapaian orang
Melayu Cham yang hanya merintis penggunaan angka '0',namun perlulah diberitahu
kepada mereka yang 'inferior' ini,para pembina piramid,Taman Tergantung
Babilon,Rumah Api Alexandria hatta KLCC,Taipei 101,WTC yang runtuh serta bangunan
tertinggi di dunia setakat ini yang berada di Dubai itu,tidak mungkin dapat dibina tanpa
kewujudan angka '0' ini.Penemuan dan pemakaian angka '0' ini amat besar ertinya dalam
sejarah dunia metematik dan tamadun yang merintis penggunaannya adalah tanda
bahawa tamadun itu amat hebat dan berperadaban tinggi.Ini masih tersimpan rapi di
dalam berpuluh-puluh atau mungkin mencapai ratusan manuskrip,prasasti dan ukiran
Cham yang bertaburan di seluruh dunia,sebahagian besarnya disimpan oleh orang
Vietnam yang akhirnya mula sedar betapa orang Champa amat maju,berbanding ekonomi
Vietnam sekarang ini yang mundur sehingga ramai orang Vietnam 'hanyut' ke Malaysia
meminta simpati pekerjaan demi sesuap nasi.Hanya anak-anak Melayu yang malas
322

belajar dan bekerja tidak tahu diuntung,dapat duduk di atas Suvarnabhumi (Bumi Emas)
ini,padahal bangsa-bangsa asing berebut-rebut mahu tinggal di sini,kalau boleh biar
orang-orang Melayu ini dicampak ke Selat Melaka semuanya,dan semua bangsa di dunia
ini dapat tinggal aman damai di tanahair orang Melayu ini sambil mengaut dan memakan
hasil bumi yang berlimpah ruah,termasuk hasil minyak dan emas perak.Hari ini telah
menjadi trend pihak-pihak yang bodoh sombong yang semata-mata mahu mengambil
tanahair orang Melayu ini,sanggup mengatakan yang bukan-bukan kepada orang
Melayu.Ultrakiasu menuduh orang Melayu pendatang juga,dan membela Orang Asli
sebagai Bumiputra sebenar.Padahal jika Orang Asli pula yang memegang
Malaysia,mungkin Ultrakiasu ini pula menuduh Orang Asli ini pendatang dari Afrika atau
Pasifik,dan membela orang Melayu sebagai Bumiputra pula.Pengganas LTTE mendakwa
tanahair orang Melayu ini sebahagian dari Great India,padahal orang India (Tamil
terutamanya) tidak pernah menawan pun mana-mana wilayah Melayu pada zaman
dahulu,kecuali serangan Raja Chola yang hanya berani menyerang pelabuhan-pelabuhan
dan wilayah jajahan Srivijaya.SEbelum sempat Emperor Srivijaya mahu mengumpulkan
balatentera seluruh Nusantara,terkocoh-kocoh raja Chola balik ke India tanpa berani
memegang sesaat pun wilayah Nusantara yang diserangnya untuk 'mengacah-ngacah'
Emperor Srivijaya itu.Mungkin raja Chola berbuat demikian mengenangkan kisah kepala
raja Khmer yang dipancung Emperor Srivijaya akibat mempersendakannya.Tidak pernah
pula dalam sejarah,Raja Chola menjadi raja di Perak dan Johor pada zaman dahulu.Yang
ada tercatat dalam sejarah,ketika kemuncak kekuasaan Empayar Melayu Srivijaya,ialah
pengaruhnya sehingga sampai ke Sri Lanka,timur laut dan selatan India.

*Puing-puing Universiti Nalanda di Bihar,India.

Di India sendiri,kerajaan Srivijaya membina penempatan bagi para pedagang Melayu dan
sarjana-sarjana mereka,membina biara dan institusi pengajian,kerana ketika itu,orang
Melayu Srivijayalah pakar dalam bahasa Sanskrit...dikala bahasa suci itu dihadkan kepada
kasta-kasta kepada sukukaum di India.Raja Chola tidak pernah membina penempatan di
Nusantara.Tetapi pedagang-pedagang Melayu telah pun menetap dan memiliki tanah di
323

India ketika itu.Malah para sarjana Melayu adalah antara pensyarah di Universiti Nalanda
yang terkenal pada abad ke 7 Masehi yang menempatkan 2,000 pensyarah dan lebih
10,000 pelajar.Malah kerajaan Srivijaya juga membantu membina kampus-kampus di
universiti itu malah kolej kediaman juga bagi para pelajar Nusantara dan pensyarah
Melayu.Ini samalah seperti fungsi Malaysian Hall di United Kingdom.Kerajaan Melayu
Srivijaya membantu membina universiti di India kerana universiti-universitinya sendiri di
Sumatera termasuk 'kolej-kolej swasta' mereka tidak mampu menampung kebanjiran
pelajar dari seluruh dunia terutamanya dari China dan Tibet.Ini dirakamkan dan disahkan
oleh I-Ching,seorang sami,sarjana dan pengembara China dan juga Atisa,seorang sami
dari Tibet.

Tidak mustahil ketika itu ada para pensyarah Melayu atau pelajar mereka yang berkahwin
dengan orang-orang Hindi di Bihar,berwajah seperti Preity Zinta dan Madhuri Dixit
misalnya dan menghasilkan keturunan Melayu yang segak-segak di Nusantara.

Ada juga orang-orang tertentu yang tiba-tiba mengaku sultan dan meminta rakyat
menganggapnya sebagai sultan.Ada juga yang mendakwa waris maharaja tertentu dan
mendakwa orang Melayu merampas takhta maharaja ini malah menuduh orang
Inggerislah yang memberi nama 'Melayu' kepada orang Melayu seolah-olah orang-orang
Melayu terlupakan nama bangsanya sendiri.Semuanya salah orang Melayu malah jerih
perih orang Melayu mempertahankan negeri Kedah dari ancaman Thai seakan-akan
dilupakan.Orang lain yang bergaduh,tidak semena-mena orang Melayu terkena
tempiasnya.Bayangkan orang-orang Melayu lembik dan mengalah kepada Thai,sudah
tentu negeri Kedah sekarang menjadi wilayah Saiburi bersama-sama wilayah
Patani,Narathiwat,Yala dan lain-lain.Keturunan waris maharaja juga pasti tidak bersisa
dikerjakan raja Thai,malah raja Thai akan berparti sakan memburu dan membunuh
keturunan maharaja sebab dapat berlaku bebas kerana Kedah menjadi Saiburi dan
dibawah kawalan Thai.Bukan sahaja tiada universiti seperti UiTM yang memberi
kelonggaran kepada bumiputra,malah keturunan maharaja mungkin akan dibiarkan buta
huruf dan tiada berpelajaran apatah lagi dibiarkan menjadi pensyarah atau penulis
blog.Mungkin ada yang dibiarkan hidup setelah terpaksa mengaku bertaatsetia dengan
raja Thai,menjadi orang Thai,bernamakan Thai tinggal lagi tidak beragama Buddha.

Daripada bertaatsetia dengan raja Thai,lebih baik berpayung dibawah raja-raja


Melayu,yang bersaudara dengan maharaja.Jadi daripada mengejar pangkat dan
darjat,bersyukurlah dapat hidup di bumi Allah ini bersama-sama orang-orang Melayu
yang peramah dan baik hati.
324

Adakah Inggeris mengadakan sayembara mencipta nama bagi penduduk Tanah Melayu di
negara mereka?Orang Melayu bukanlah seperti penduduk Kepulauan Filipina yang
dipaksa menjadi bangsa Filipino,di mana perkataan 'Philippines' berasal dari nama raja
Sepanyol iaitu Philip II.Mengapa Inggeris tidak memberi nama seperti 'Elizabetania'
kepada orang Melayu ini melambangkan nama Queen Elizabeth atau 'Elizinno' jadi
bolehlah penduduk Tanah Melayu berbangga menjadi bangsa Elizinno ini.Betapa kurang
berpendidikan orang yang dengki kepada orang Melayu ini padahal nama Melayu itu
sudah ada di dalam kitab Ramayana dan disebut-sebut dalam Purana,beribu tahun
sebelum kelahiran para penjajah Inggeris ini ke dunia yang fana ini,yang diwar-warkan
memberi nama 'Melayu' kepada orang Melayu.Pulau-pulau Melayu disebut 'Malayadvipa'
di dalam hikayat dewa-dewi Hindu.Bagaimana pula nama 'Melayu' itu ciptaan Inggeris
padahal para rishi dan dewa-dewi Hindu amat kenal dengan orang-orang Melayu ini
lantas menamakan Kepulauan Melayu sebagai Malayadvipa bersempena penduduk
kepulauan ini memanggil diri mereka Mala,Malayu atau Melayu.Jadi sudah tentu
'Englishmen' mengenal penduduk ini sebagai Malay,iaitu diceduk dari Sanskrit dan
bahasa Sanskrit adalah sumber kosakata bagi bahasa Inggeris Kuno.Perkara ini terjadi
kerana terlalu tergesa-gesa mahukan pengiktirafan,harta,pangkat dan kuasa tanpa mahu
menyelidik dahulu duduk perkara sebenarnya.Memang tidak dinafikan Stamford
Raffles,Winsdtedt serta anak muridnya Munshi Abdullah 'ada campur' tangan dalam
sejarah Alam Melayu khususnya Tanah Melayu namun bukan nama 'Melayu' itu.Jika
orang yang kurang berpendidikan ini masih berdegil mengatakan Inggeris yang memberi
nama 'Malay' atau Melayu itu,bagaimana Vyasa,seorang rishi legenda mencatatkan nama
'Pulau-pulau Malaya' (Malaya-dvipa) di dalam kitab-kitab sasteranya?Mengapa
Valmiki,seorang lagi sasterawan Hindu yang mengarang Ramayana menyebutkan
Rama,seorang dewa Hindu yang dianggap inkarnasi ketujuh kepada Vishnu telah ditolong
oleh Hanuman,seorang lagi dewa,juga di 'pulau-pulau Melayu' yang juga terdapat istana
dan kediaman Ravana,seorang lagi dewa berwatak jahat.Kitab-kitab seperti Ramayana
dianggarkan dikarang kira-kira 400 tahun Sebelum Masehi lagi (400 B.C).Lihat,sebab itu
dalam siri Alter Terahsia Bangsa Melayu yang lepas,ditegaskan bahawa jika semua rekod
tentang bangsa Melayu telah hilang,musnah atau dicuri di Kepulauan Melayu,rekod-
rekodnya pasti ada di seluruh dunia.Pada ukiran-ukiran kuil zaman Firaun di Mesir,relief-
relief di Angkor Wat dan Borobudur,rekod-rekod Maharaja China,cerita para pedagang
Arab dan India,codex Emperium Rom dan conquistador dan pelbagai lagi.Sebab
apa?SEBAB BANGSA MELAYU BUKANLAH BANGSA YANG DUDUK DI DALAM GUA
SAMBIL BERMAIN DENGAN TUPAI DAN MONYET.Bangsa Melayu pada masa silam
adalah pedagang dan pembina peradaban.Namun 'rahsia' ini tersimpan kemas dalam
lipatan sejarah kemanusiaan.Hilang ketika era penjajahan.The Lost History of Malay
Civilization.
325

Kita boleh lihat corak propaganda Barat ini memecahbelahkan umat Melayu di
Nusantara.Di Tanah Melayu yang akhirnya membentuk Malaysia,Inggeris yang
memegangnya memanggil penduduk di sini dengan panggilan 'Malay'.Di pulau-pulau
Nusantara yang dipegang oleh Belanda,diberi nama 'Indonesian'.Di kepulauan utara
Borneo termasuk Sulu,Sepanyol 'bermurah hati' memberi nama kepada penduduk di situ
dengan nama 'Filipino'.Bagaimana tiga kawasan yang memiliki budaya,bahasa dan paras
rupa yang berkait rapat antara satu sama lain mempunyai nama bangsa yang berlainan
sama sekali?Soalan cepu emas peringkat akhir Who Wants to Be a Millionnaire:

YANG MANAKAH DI ANTARA KETIGA-TIGA NAMA INI ADALAH BERASAL DARI


NAMANYA YANG ASLI DAN BUKAN REKAAN ORANG BARAT SEMATA-MATA?

A. INDONESIAN
B. FILIPINO
C. MALAY

Tiada talian hayat.Hidup ini memang keras.Yang kalah akan ditulis sejarahnya oleh yang
menang.Sang Kura-kura boleh menulis bahawa dialah pelari terpantas dan mengatakan
Sang Arnab berlari seperti siput babi.Padahal kita tahu cerita sebenarnya.

'Filipino' dan 'Indonesian' sudah tentu akan terkeluar carta lebih awal,kerana ia adalah
jelas nama yang diberi oleh penjajah dan kosakatanya pun dari bahasa Barat.Lebih-lebih
lagi 'Filipino',berasal dari nama raja Sepanyol!TETAPI NAMA 'MALAY' TERCATAT DI
DALAM KITAB-KITAB SANSKRIT SEHEBAT RAMAYANA,CATATAN-CATATAN
PEDAGANG INDIA DAN REKOD CHINA.Dalam kesusasteraan Sanskrit,ia disebut
'Malaya',rekod Dravidian menyebutnya sebagai 'Malai' dan rekod China menyebutnya
sebagai 'Mali-yuer','Mok-la-yu' atau 'Wu-lai-yu'.Terima kasih kepada sarjana bangsa-
bangsa lain yang masih setia menyimpan rekod tentang asal-usul kita.

Ini bukan soal mahu memenangkan Inggeris dari Sepanyol dan Belanda.Ini soal fakta
sejarah dan kebenaran yang tidak boleh disangkal.Ini bukan hikayat Pak Kaduk dan Lebai
Malang.INI FAKTA SEJARAH YANG TERCATAT DALAM MANUSKRIP BERTULIS
OLEH PARA SARJANA DAN CENDEKIAWAN.Bukan 'selekeh' perdebatan di forum-
forum internet yang kebanyakannya buta sejarah.Si buta sejarah berdebat dengan orang
yang bencikan sejarah.Hasilnya,sama-sama telah berjaya 'disejarahkan' oleh penjajah
yang pandai memanipulasi sejarah.
326

Fikirkan,jika Inggeris ditakdirkan menjajah seluruh Kepulauan Melayu (Malaysia &


Indonesia),sudah tentu mereka akan menamakan penduduk di Nusantara sebagai
'Malay'.Dan sudah tentu orang-orang dungu yang mengacu-ngacukan buluh runcing
seperti kaum hutan rimba itu melompat-lompat dengan kebanggaan mereka berbangsa
'Malay' bukannya 'Indonesian'.Begitu juga jika Belanda menjajah seluruh
Nusantara,kemungkinan besar dengan kita-kita sekali akan menjadi 'Indonesian'.Yang
mana antara dua nama ini begitu dekat dengan orang Nusantara,dan dibuktikan dalam
sejarah Nusantara sebelum kedatangan imperialis Eropah?Tepuk dada tanya akal sendiri.

Lihat,para penjajah tidak membunuh orang-orang Melayu dengan pembunuhan beramai-


ramai (khasnya di Tanah Melayu).Tetapi membunuh orang Melayu perlahan-lahan
dengan sejarah manipulasi mereka.Ini adalah racun yang mematikan jatidiri dan
semangat Melayu perlahan-lahan.Ia seperti kanser yang kronik.Atau santau yang
menyakitkan.Atau kita boleh katakan,orang Melayu telah disantau sejarahnya perlahan-
lahan.
Untuk menjejak dan menyelesaikan misteri mengapa para rishi menyebut-nyebut nama
'Malaya-dvipa' merujuk kepada pulau-pulau Melayu,kita mesti menjejak kembali asal-usul
bangsa yang berbahasa Malayo-Polinesian atau kini dikelaskan sebagai Austronesian.Dan
ingat,ini bukan bermakna para rishi pula dikatakan memberi nama 'Melayu' kepada orang
Melayu,tetapi para rishi itu mengambil nama terahsia ini dari orang-orang 'Malaya-dvipa'
sendiri.Ini kerana di akhir cerita nanti,kita akan tahu bahawa rahsia 'Malaya-dvipa' ini
rupa-rupanya boleh dijejak 3500 tahun yang lalu,ketika para tukang-tukang batu di Mesir
Purba sedang membina piramid,ketika rahib-rahib Mesir mengarang koleksi The
Egyptian Book of The Dead.

Petunjuk di Angkor Wat


327

Untuk menyiasat misteri ini,mula-mula kita terbang ke sebuah negara di


Indochina,Kemboja (Cambodia).Negara yang mempunyai penduduk seramai lebih 14 juta
orang ini memiliki tinggalan sejarah yang begitu berharga,Angkor Wat.Angkor dikatakan
dibina untuk Suryavarman II pada abad ke 12,memiliki binaan dan kesenian yang tinggi
dan UNESCO telah mengiktirafnya sebagai Tapak Warisan Dunia.Ia berukuran kira-kira
850 m kali 1000 m (2800 kali 3800 kaki).Puncak-puncak menara kuil ini melambangkan
Mahameru,sebuah gunung dalam kosmologi Hindu yang dikatakan 'rumah kediaman'
bagi dewa-dewa Hindu.Angkor Wat asalnya adalah sebuah kuil Hindu yang didedikasikan
kepada Vishnu (Ingat,Rama adalah jelmaan ke 7 Vishnu).Ia adalah kuil diraja dan
negarakota bagi kerajaan Angkor.

Tidak dapat dinafikan,Angkor Wat adalah hasil kesenian yang amat tinggi dan setanding
dengan kaderal-kaderal Eropah,kuil-kuil purba di India dan candi-candi yang
menakjubkan di Indonesia.Henry Mouhot,seorang pengembara Perancis membayangkan
kuil ini sebagai,'pesaing kepada Kuil Solomon' (Temple of Solomon di Palestin) dan
setanding dengan hasilkarya Michelangelo (seorang karyawan terkenal,mahakaryanya
dapat dilihat di Sistine Chapel,Vatican,terutamanya lukisan Creation of Adam, Creation of
Eve).

Pada dinding-dindingnya terukir ukiran-ukiran yang menakjubkan,kebanyakannya


diambil dari Ramayana dan Mahabharata (Ingat,dua rishi Vyasa dan Valmiki dan
Malayadvipa).Relief-relief yang juga menceritakan kebudayaan Khmer adalah setanding
dengan relief yang terukir di candi Borobudur dan menariknya kedua-dua ukiran ini
menunjukkan persamaan yang ketara.Mengapa?Rujuk kembali pada siri ATBM "Kunci
Rahsia Para Firaun dan Emperor Babilon".Di sana ada petunjuk yang boleh kita jadikan
panduan penyiasatan.Petunjuk yang mana?Kita kembali kepada pengasas kerajaan
Angkor,Jayavarman II.

Rahsia Jayavarman II,siapakah beliau ini sebenarnya?


328

Tidak banyak rekod tentang pengasas empayar Khmer ini,sosoknya di dalam sejarah
adalah terlalu misteri dan menjadi tandatanya.Namun satu-satunya rekod yang dapat
dipercayai dan masih terpelihara yang mana mengandungi cerita tentang Jayavarman II
ini ialah catatan kuno yang dijumpai di sebuah kuil Khmer Sdok Kak Thom yang terletak
di Thailand.Kuil ini dibina oleh Empayar Khmer pada abad ke 11 Masehi.Melalui catatan
pada inskripsi ini,Jayavarman II pernah ke Tanah Jawa (tidak diketahui apa tujuannya)
dan memerintah Indrapura,satu kota di Kemboja.Di satu inkripsi lain pula mencatatkan
bahawa Jayavarman II menjemput seorang Brahmin (pendeta Hindu) supaya
mengadakan upacara khas untuk meminta pertolongan dewa-dewa supaya menghentikan
naungan Jawa ke atas wilayahnya.Ini tercatat sebagai berikut:

"Apabila Tuanku Parameswara tiba dari Jawa untuk memerintah kota diraja
Indrapura...Sivakaivalya,golongan yang terpelajar,telah berkhidmat sebagai gurunya
dan memegang peranan sebagai pendeta diraja bagi Tuanku"

Pada inskripsi lain,

"Seorang Brahman yang bernama Hirayadaman,yang terlatih di dalam sains dan


sihir,telah dijemput oleh raja untuk mempersembahkan satu upacara yang akan
membuatkan negeri Kambuja tidak lagi tunduk kepada Jawa dan mempunyai
kedaulatannya sendiri"
329

Para pengkaji Khmer dan sesetengah pengkaji barat mengatakan 'Java' (terjemahan ke
bahasa Inggeris dari 'Chaeva') itu mungkin orang Cham atau satu kerajaan lain di
Indochina.Namun pendapat yang popular ialah satu kerajaan yang amat berkuasa di
Tanah Jawa.Beberapa bukti lain juga terutamanya rekod dari dinasti Sailendra dan
Empayar Melayu Srivijaya telah membawa kepada kesimpulan bahawa Jayavarman II
sebenarnya ialah seorang gabenor Jawa di Kemboja dan memerintah di ibukotanya ketika
itu,Indrapura.Namun tidak dapat dipastikan keturunan pengasas Empayar Khmer
ini,sama ada memang orang Jawa ataupun orang Khmer yang belajar ilmu pentadbiran di
Jawa.Ini memang jelas di dalam inskripsi itu menyebut tentang 'Jawa' bukannya
'Champa','Cham','Chenla' atau sebagainya.

Sejarah juga membuktikan ketika itu,Empayar Melayu Srivijaya telah mencapai masa-
masa kegemilangannya dan pengaruhnya telah mencakupi seluruh Asia Tenggara.Ketika
itu Samaratungga,seorang raja Jawa dinasti Sailendra telah mengikat tali perkahwinan
dengan Dewi Tara,puteri kepada Emperor Srivijaya,Dharmasetu dan menjadikan
Empayar Srivijaya semakin besar dan berpengaruh hasil gabungan kepakaran dan
kebijaksanaan Melayu-Jawa dan ini telah membuatkan empayar ini menguasai
pelabuhan-pelabuhan penting di Kepulauan Melayu dan Indochina.Di Indochina
sendiri,kerajaan-kerajaan purba seperti Langkasuka,Pan-Pan dan Tambralingga (nama
lain bagi Nagara Sri Dharmaraja,dalam sebutan Thai menjadi Nakhon Si Thammarat) dan
pelabuhan Kedah Tua telah dikuasai oleh Empayar Srivijaya ini.Malah Kemboja juga
adalah salah satu wilayah naungannya dan ini membuktikan bahawa inskripsi di kuil
Khmer itu memang benar merujuk kepada Tanah Jawa,dimana Dinasti Sailendra
berkuasa.
330

Ketika kita sedang meneliti ukiran di Angkor Wat ini,kita akan perasan bahawa
kostum,headgear dan adat budaya yang ditunjukkan di dalam relief di sini sama seperti
ukiran pada candi Borobudur.Jadi siapa yang tiru siapa?Berita baik,Borobudur telah
dibina jauh lebih awal dari Angkor Wat iaitu pada abad ke 9,tepatnya pada era
pemerintahan Emperor Samaratungga,seorang Maharaja Srivijaya pada tahun 825
Masehi.Angkor Wat pula dibina pada awal abad ke 12 ketika pemerintahan Suryavarman
II,raja Empayar Khmer (1113 - 1150 Masehi).Jadi fikirkan,bahawa kesimpulan pengkaji
Eropah seperti Lawrence Palmer Briggs,tentang budaya dan ilmu yang dibawa oleh
Jayavarman II dari Tanah Jawa dan Melayu Srivijaya ke Kemboja.Kesimpulannya di
sini,budaya kita dicedok oleh orang Khmer,kemudiannya oleh kaum Tai yang datang
kemudiannya.Selepas itu mereka memelihara segala ilmu kesenian dan senibina Srivijaya
ini termasuk budaya,kostum dan tarian.Kemudian ketika kaum-kaum ini meningkat naik
dan mampu membina kerajaan,mereka pun mengubahsuai mana-mana yang perlu dan
berbangga dengan warisan mereka itu.Ketika era imperialisme,orang Melayu Nusantara
kehilangan empayar mereka dan beransur-ansur menjalani proses 'inferiority complex'
oleh orang Eropah.Segala bukti sejarah dirampas,monumen dibedil dan dimusnahkan (di
Tanah Melayu).Habis era imperialisme,anak-anak Melayu mengalami perasaan rendah
diri yang kronik dan mula memperlekehkan sejarah bangsanya!!

Sudah faham apa yang berlaku sekarang?Sudah dapat petunjuk seterusnya?Buntu?Ya,itu


perkara biasa sejak sejarah kita telah digelapkan di sana sini ibarat satu set gambar 'jigsaw
puzzle' yang berlubang di sana-sini.Kita tidak perlu pergi ke Gua Rahsia itu dan
mengganggu 'Tok Aki' Penjaga Gua Rahsia supaya membukakan peti-peti
seterusnya.Nanti dulu.Sebab di Angkor Wat ini ada banyak rahsia lain.

Tentunya anda perasan,ada sebuah kerajaan purba yang disebut sebagai Tambralingga di
atas?Ini adalah sebuah kerajaan purba di Semenanjung Tanah Melayu sehingga mencapai
Ligor (Thailand sekarang).Tambralingga adalah sebuah negarakota Melayu dan
menariknya adalah antara kerajaan-kerajaan awal yang disebut dalam Sejarah
Thailand.Maksudnya,jika ingin menyentuh sejarah Thailand,tidak lengkap jika tidak
menyebut nama kerajaan ini,sebagaimana kerajaan Ayutthaya.

Petunjuk Kedua di Tambralingga


331

*Gaya senibina Tambralingga yang kemudiannya terlihat dalam senibina Ayutthaya


Purba.Ini adalah Phrae Boromadhatu tinggalan Chandrabhanu,raja Melayu Kuno
Tambralingga.

Tambralingga adalah kerajaan yang benar-benar wujud sekurang-kurangnya telah dikesan


pada era Dinasti Tang (618-907).Kerajaan ini juga pernah menduduki Sri Lanka.Sekitar
tahun 1255-1262 Masehi,seorang raja Tambralingga,Chandrabhanu Sridhamaraja telah
menduduki sebahagian Sri Lanka dan termasuk dalam senarai raja-raja Kerajaan Jaffna di
Sri Lanka.Satu tinggalan kerajaan ini yang terkenal ialah Phrae Boromadhatu,satu stupa
Buddha untuk menyimpan relik Gautama Buddha.Melihatkan bentuk stupa ini,yang
kemudiannya menjadi 'gaya' popular dan khas dalam senibina Thai,memberikan kita satu
petunjuk...bahawa gaya senibina ini telah dibangunkan oleh negarakota Melayu terawal
ini.Gaya senibina ini telah mempengaruhi senibina kerajaan Ayutthaya,yang
kemudiannya menguasai Tambralingga,seterusnya menjadi 'trademark' kepada senibina
Thai pada hari ini.

Kerajaan Tambralingga adalah negarakota Melayu (Malay city-state) yang menjadi


naungan Empayar Srivijaya terutamanya semasa pemerintahan Emperor dari dinasti
Sailendra,Samaratungga yang berasal dari Tanah Jawa.Kerajaan ini sesungguhnya bukan
kerajaan orang Tai,kerana ketika itu orang Tai masih belum berkerajaan.Ini dibuktikan
dengan rekod dari China,Sri Lanka dan India (sebab itu walaupun rekod di Nusantara
'ghaib' tidak bersisa sehingga orang Melayu menyangka mereka berasal dari Yunnan atau
orang gua,rekod-rekod dari seluruh dunia masih tersimpan rapi).
332

Rekod dari pengembara dan sami China, I-Tsing yang telah berlayar selama 20 hari dan
kemudiannya sampai di Fo-Shih (ibunegeri Empayar Srivijaya).Beliau mencatatkan:

"...tiba dan menginap selama 6 bulan.Mempelajari tatabahasa Sanskrit di sini.Sang


raja memberikan daku bantuan dan menghantar daku ke negeri yang bernama
Moloyu...."

Daripada rekodnya yang ditafsirkan oleh para pengkaji,ia menyebutkan tentang Holing
(merujuk kepada Tambralingga) dan Fo-shih yang terletak pada latitud yang sama namun
Holing terletak ke timur Fo-Shih.Moloyu pula terletak di garisan Khatulistiwa.

SUDAH TERANG LAGI BERSULUH.Bukannya Inggeris yang memberi nama Tanah


Melayu ini sebagai 'Malay Land',malah telah direkodkan oleh pengembara China seawal
abad ke-5 lagi.

Ketika itu juga wilayah-wilayah Srivijaya dikenali pada rekod-rekod Sri Lanka dan India
sebagai Javaka.Rekod dari Sri Lanka menyebutkan raja Tambralingga,Chandrabhanu
adalah seorang ketua Javaka.Bayangkan rupa-rupanya seorang raja Melayu pernah
memerintah utara Sri Lanka pada masa dahulu.

Pemerintahan raja Melayu Tambralingga itu tidak lama kerana kemudiannya telah
diserang oleh kerajaan Pandyan,satu kerajaan Tamil Brahmin dari selatan India,yang juga
bercita-cita mahu merebut relik Buddha iaitu gigi pengasas agama Buddha itu yang
dikatakan disimpan di Yapahuwa,ibukota kerajaan orang Sinhala.Sebab itu raja Melayu
Chandrabhanu itu membina stupa di semenanjung (di Nakhon Si Thammarat sekarang)
kerana mahu menempatkan gigi Buddha itu.Chandrabhanu sendiri terbunuh dalam
serangan itu.Namun akhirnya,orang-orang Tamil Brahmin itu bersetuju membuat
pakatan dengan sisa-sisa tentera Tambralingga; orang-orang Melayu dan Jawa yang
tinggal di Sri Lanka ketika itu,untuk menewaskan kerajaan kaum Sinhala (sehingga ke
hari ini perseteruan antara dua kaum ini;Tamil dan Sinhala masih berlaku dengan
pengganas LTTE berperang dengan kerajaan Sinhala di Sri Lanka).Rekod-rekod Sri Lanka
pada tahun 1277 dan 1283 Masehi mencatatkan raja Pandyan melantik salah seorang
menteri Tambralingga yang menjajah Sri Lanka sebelum itu mengetuai serangan ke kota
Yapahuwa,kota kaum Sinhala untuk merampas gigi Buddha dari tangan kerajaan
Sinhala.Sehingga ke hari ini terdapat tempat-tempat di Sri Lanka seperti Chavakacheri
yang bermaksud 'penempatan orang Jawa' dan Chavahakottai iaitu 'kubu orang Jawa'.Di
dalam bahasa Tamil tempatan ketika itu,semua negeri-negeri di Nusantara digelar Javar
atau Javaka.Inilah cedokan dari kata 'Chava' itu.Dan inskripsi Tamil dan Sinhala ini
333

menyelesaikan misteri Jayavarman II yang tiba dari Chaeva.Jadi kesimpulannya kata


'Chaeva atau 'Chava' itu bermaksud orang Jawa,melambangkan kemasukan dinasti
Sailendra Jawa yang memasuki pemerintahan Empayar Melayu Srivijaya.

Perkataan Javaka (ada disebut dalam teks-teks berbahasa Pali) ini berubah kepada Zabaj
dalam sebutan Arab,merujuk kepada Srivijaya itu.Ahli sejarah Arab,Masoudi dalam
kitabnya,""Muruj al-Dhahab wa Ma'adin al-Jawhar" (Meadows of Gold and Mines of
Gems,karya beliau keluaran tahun 947 Masehi) telah mencatatkan pengalaman seorang
pedagang Arab yang bernama Sulaiman yang melawat Zabaj pada tahun 851 Masehi
menyebutkan ketua Empayar Srivijaya yang digelar 'Maharaja' (Emperor) mempunyai
beribu kapal perang dan kekuasaan yang menggerunkan.Armada laut Maharaja pernah
mengepung ibukota kerajaan Khmer dan memancung kepala rajanya kerana bercita-cita
mahukan kepala Maharaja Zabaj diletakkan di atas pinggan.

Semua petunjuk ini memberitahu kita beberapa perkara.Orang Tai bukan sahaja
mencedok budaya Khmer malah mencedok budaya orang Melayu Kuno.Senibina Thai itu
dengan gaya candi dan bumbung Thai itu rupanya diambil dari gaya Tambralingga dan
mungkin negarakota Melayu yang lain.Budaya Khmer yang dicedok oleh Tai itu pula
berasal dari budaya Srivijaya dan Sailendra.Pi mai pi mai tang tu.

Tulisan Thai itu juga dicedok dari skrip Khmer.Ini dijelaskan lagi dalam inskripsi Raja
Ram Khamhaeng.Namun inskripsi yang dibangga-banggakan oleh orang Thai itu pula
telah diketahui secara meluas merupakan 'pembohongan',dan sarjana sejarah mensyaki ia
dibuat pada zaman Raja Mongkut (Rama IV) dan kemungkinan besar Raja Mongkut itu
sendiri mengarahkan ia dibuat.Ini berdasarkan kajian yang mendalam tentang gaya
tulisan di inskripsi itu yang 'terkantoi' dibayangi tulisan Eropah dan meniru sistem bahasa
Eropah.Kronologi sejarah yang disebutkan di dalam inskripsi itu juga menyeleweng dari
fakta sejarah sebenar dan lebih merupakan propaganda sahaja.Ini kerana inskripsi itu
telah menyebutkan pada tahun 1283 kerajaan Nakorn Sri Dharmaraja (Tambralingga)
telah tersenarai antara kerajaan yang membayar ufti kepada Kerajaan Sukhotai.Padahal
ahli sejarah sudah maklum wilayah itu adalah wilayah istimewa dan merupakan kota yang
amat kaya. Ini tersebut dalam undang-undang wilayah pentadbiran Raja Ayutthaya,
Boromma Trailokanat bertarikh 1468 menyebutkan Nakorn Sri Dharmaraja tersenarai
sebagai salah satu dari 8 kota besar (Phraya maha nakhon) kepunyaan Ayutthaya dan
merupakan wilayah istimewa.
334

Percanggahan dan kepalsuan inskripsi ini menyebab para sarjana semakin kurang percaya
kepada inskripsi ini malah meleret-leret kepada seluruh sejarah Raja Thai dan orang Thai
sendiri.Ini ditambah pula dengan tiadanya penulisan atau rekod-rekod kontemporari dari
lain-lain tempat yang merujuk kepada nama raja Ramkhamhaeng.Dengan lain
kata,sejarah raja itu hanya ada di Thailand sahaja dan para sejarahwan lain di dunia tidak
tahu-menahu pun pasal raja 'khayalan' ini.Ini jauh berbeza dengan kisah 'Maharaja Zabaj'
tadi yang disebut-sebut oleh pedagang Arab,rekod pendeta China,Tamil,Sri
Lanka,malahan nama 'Melayu' itu disebut-sebut oleh pendeta Buddha dan rishi-rishi
legenda Hindu.Malah dewa-dewa juga!

Sesetengah sarjana mendakwa inskripsi ini adalah buatan abad ke-19,ada juga yang
mengatakan sekrang-kurangnya 17 baris awal inskripsi itu sahaja yang asli.Inskripsi ini
dan segala utopia berkenaan kerajaan Sukhotai telah menjadi kepercayaan yang amat kuat
dikalangan rakyat Thai sehingga menjadi isu nasionalis,sehingga ramai yang telah
diancam melalui undang-undang 'lese majeste' termasuk para sejarahwan dan
ilmuan.Satu kes yang terkenal ialah Micheal Wright yang mengatakan semua itu palsu
sahaja.

Dari sini kita dapat pengajaran penting,betapa kaum lain yang tidak punya
sejarah,terpaksa 'mengadakan' sejarah.Orang Melayu yang punya sejarah,mula perlahan-
lahan melupakan sejarah manis bangsanya.Mula memiliki rasa rendah diri,'inferior' yang
teramat sangat sehingga mencapai tahap kurang siuman merendah-rendahkan diri sendiri
ditahap pencacai pemungut sampah sejarah orang lain,padahal asalnya emas dan mutiara
sejarah itu miliknya dahulu.
335

Mungkin hanya sejarah Ayutthaya sahaja yang boleh dibanggakan oleh orang Thai.Itu pun
kini sejarahnya direbut oleh golongan kerabat Ayutthaya sendiri yang mengaku bukan
orang Thai tetapi Siam Islam.Dalam hal ini tidak penting siapa orang Thai atau
Melayu,pengajarannya di sini,jika kita tidak mengambil berat akan sejarah dan budaya
kita,orang lain akan 'mengambilalih' sejarah dan budaya kita.

Terlanjur menyebut tentang tulisan,Tai mencedok tulisan Khmer dimana tulisan Khmer
ini berasal dari tulisan Brahmi.Tulisan Brahmi adalah nenek moyang kepada majoriti
skrip di India dan Asia Tenggara.Tulisan Tamil,Sinhala,Devanagari,Burma,Thai dan
Khmer adalah termasuk tulisan Brahmi.Tulisan Jawa,Batak,Kawi dan Bali termasuk
dalam keluarga Brahmi.Tulisan purba milik khas orang Melayu,Rencong dimasukkan
dalam keluarga Brahmi.Namun kini para sarjana berbelah bagi tentang asal-usul tulisan
Rencong ini.Kerana semakin dikaji tulisan ini,semakin jauh ia dari keluarga
Brahmi,malah ia menyimpan rahsia yang agung dan terpendam!

Misteri Tulisan Rencong:Petunjuk ke-7 ke Tabut Rahsia Mala-YU

Tulisan Brahmi adalah keluarga tulisan di kawasan India dan Asia Tenggara seperti
Tamil,Burma,Thai dan Khmer.Rencong pula adalah tulisan milik orang Melayu,lama
digunakan sebelum Kawi atau Aksara (sejenis Brahmi yang diubahsuai oleh kaum
Nusantara),Jawi dan Rumi.Tulisan Rencong ini diiktiraf tulisan asli ciptaan Melayu
Nusantara dan sebenarnya bukan berasal dari Brahmi tetapi mempunyai kaitan dengan
nenek moyang kepada Brahmi!
336

Sebelum kita membuka peti rahsia seterusnya kita kenal dulu contoh-contoh tulisan dari
keluarga Brahmi:

Tamil

Devanagari

Thai
337

Khmer

Burma

Sekarang kita lihat tulisan-tulisan ini:

Greek/Yunani
338

Phoenicia

Aramaik
339

Brahmi

Untuk pengetahuan anda,semua tulisan seperti


Tamil,Tibetan,Telegu,Devanagari,Thai,Burma dan Khmer adalah dibawah Brahmi atau
subBrahmi,manakala Brahmi pula di bawah kelas tulisan Proto-Canaanite (ingat Tanah
Kanaan?Abraham dan Keturah?) yang di dalamnya termasuk Phoenicia dan Aramaik
(asal-usul bahasa Yahudi;Ibrani atau Hebrew)

Sekarang tuan-tuan dan puan-puan!Kita lihat tulisan asli bangsa Melayu

Nusantara,Rencong:
340

Sekarang mari kita lihat rahsia ini bersama-sama. Jika kita perhatikan corak tulisan
Rencong ini, ia nampaknya tidak cenderung kepada tulisan Tamil atau Devanagari jauh
sekali jika dibandingkan dengan skrip Thai dan Khmer. Jadi ia cenderung kepada yang
mana? Fikirkan...

Tidak nampak?Mari kita buka peti satu lagi yang terletak disebelah peti berlabel 'Laut dan
Bahtera'.

Sekarang dengar baik-baik.Tulisan Rencong sebenarnya tidak tepat diletakkan dibawah


kelas Brahmi dan ia tidak sepadan atau 'sedarjat' dengan sub Brahmi pun.Perhatikan
baik-baik perbezaannya dengan Tamil atau Devanagari.Perbezaannya dengan Thai dan
Khmer yang merupakan sub Brahmi.Ia tidak dekat dengan semua ini.

Tetapi IA LEBIH DEKAT DENGAN TULISAN ORANG PHOENICIA PURBA.Ia lebih


dekat dengan skrip Aramaik,asal-usul tulisan Hebrew pada hari ini.Ia tidak sekelas
dengan Brahmi atau skrip-skrip Keindiaan.Ia memotong kelas Brahmi ke kelas lebih
tinggi;di mana Brahmi hanya salah satu sub dalam kelas ini.Rencong setaraf dengan
tulisan Phoenicia dan Aramaik dalam kelas utama Proto-Canaanite.Proto-Canaanite pula
dibawah kelas Egyptian Hieroglyphs!!Sudah dapat pencerahan?

(Keanehan ini telah memeningkan kepala sarjana pengkaji skrip tulisan dunia sejak
sekian lama)
341

Dan rahsia dari peti ini akan membuka cerita tentang kisah kunjungan Para Firaun ke
Tanah Nenek Moyang mereka,Punt.Seterusnya akan menyelesaikan 'puzzle' yang mula-
mula diperkenalkan dalam Alter Terahsia Bangsa Melayu dan Diari Lodgekeeper;dua
pasangan paling misteri;Abraham dan Keturah.Siapakah anak-anak mereka dan mengapa
mereka mencari The Land of The East.Kemudian kita akan menjelajah kisah dewa-dewa
di The Land of Gods.Kemudian kita mengembara ke Promised Land,menonton suka-duka
Lehi dan Lemani...

DI TANAH YANG DIJANJIKAN!...

--------------------------------

cOMING SOON...

Alter Terahsia Bangsa Melayu XI

-Petunjuk terahsia dari tulisan Rencong


-Dewa-dewi Mesir di Tanah Para Dewa
-Ekspedisi Ratu Hatshepsut ke Punt
-Apa kaitan orang Phoenicia (Kanaan Purba) dengan Melayu?
-Majlis Perkahwinan 'raja' Phoenicia dan Gadis Mala Bunga-bungaan
-Hubungan terahsia orang Ibrani dengan orang Rencong
-Rahsia perkataan Melayu dalam tradisi Mesir Purba
-Ukiran di kuil Firaun dan rahsia XXXX
-Rahsia dalam XXXX dan XXXXX XXXX
-XXXX Inca XXXXXXX XXX Maya
-XXXX XXX Apache XXXX Benua Amerika dan kedatangan kapal Firaun
342

Petunjuk-petunjuk semakin kabur dan samar-samar.Terdapat helaian yang terkoyak dari


Diari Lodgekeeper.Beberapa kod-kod rahsia di dinding Angkor Wat,Borobudur,Kuil
Hatshepsut dan Amon tidak dapat didekodkan setakat ini!Rasakan debarannya...ia
semakin hampir kepada Alter Terahsia itu!

Peti-peti rahsia semakin bergegar-gegar menebarkan haruman misteri yang aneh!.........

Posted by Mistis Organization at 6:25 PM


343

Friday, August 13, 2010

Dilema Melayu dan Siam

Dilema Melayu dan Siam

Sementara menunggu tulisan-tulisan di makam dan kuil permaisuri Firaun


dinyahkodkan,mari kita ikuti ulasan dari Srikandi tentang kekeliruan sesetengah pihak
tentang nama 'Melayu' dan dalam artikel ini juga,Srikandi akan membuat kesimpulan
atau menyelesaikan sebahagian misteri Ayutthaya,sebagaimana dakwaan blog
Sejarahnagarakedah.

Ini adalah artikel pengiring ATBM 'X' Edition,kesinambungan dari artikel 'Melayu:Bahasa
atau Bangsa' dan 'The Tombs of Ayutthayan Kings'.

-M.O
344

Kekeliruan tentang asal-usul orang Melayu bukan sahaja dijangkiti oleh orang bukan
Melayu malah merebak kepada orang Melayu sendiri dan juga orang yang mendakwa dari
rumpun Melayu.Kekeliruan ini terjadi kerana kadangkala kita percaya kepada satu
sumber saja,dan tidak merujuk kepada sumber-sumber yang lain.Inilah yang terjadi
kepada pandangan penulis blogsejarahnagara kedah,juga blog yang sealiran dengan
mereka.Dalam artikel ini,saya (Srikandi) akan mengulas beberapa pandangan penulis
blog Sejarahnagarakedah tentang orang Melayu dan Siam.Dan perlu diingatkan,'Siam' di
sini merujuk kepada era Ayutthaya dan bukan merujuk kepada orang Thai.'Siam' ini juga
merujuk kepada keturunan pemerintah Ayutthaya sebagaimana yang didakwa oleh
penulis blog berkenaan di mana keturunan mereka menggunakan pangkal nama 'Nai'.

Dalam artikel ini juga,saya akan cuba menyelesaikan 'puzzle' yang menghantui pembaca
blog berkenaan tentang nama semenanjung Melaka,semenanjung Siam dan asal-usul
nama 'Melayu' yang didakwa Anai-anai (penulis blog tersebut),'tiada keputusan
muktamad'.

Pertama sekali mari kita dengar dahulu dakwaan Anai-anai tentang orang Melayu dan
warisannya.Saya akan petik pandangannya kemudian saya akan jawab satu-persatu
berdasarkan pengetahuan saya dalam bidang sejarah Nusantara.

Dari blog beliau dalam artikel bertajuk 'Renungan' April 2008,merujuk soalan-soalan
yang ditanya oleh penulis The Malay Press (TMP) dalam ruangan komen:

Quote:

"Bagi kami, hari ini kita di melayukan kerana menggunakan bahasa Melayu dalam wilayah
penjajah yang memelayukan kita melalui penguasaan mereka. Ungkapan Bahasa Jiwa
bangsa ini pun propaganda juga untuk menegakkan ketuanan Melayu. Apabila bahasa
Melayu sebagai bahasa perdagangan menggantikan bahasa daerah, kita pun menerima
pakai ungkapan ini. Macam betullah bunyinya. Kenapa penjajah inggeris dahulu belajar
bercakap bahasa melayu? Sebab mudah untuk berniagadan menguasai wilayah.Tulisan
kita pun berkembang dari Pali>kawi>jawi dan akhir sekali rumi.

Di UK atau United Kingdom (united sebab 4 wilayah yang disatukan) mereka


menggunakan bahasa Inggeris untuk bertutur akan tetapi mereka sebenarnya terdiri dari
4 bangsa iaitu English (England), Irish (Ireland), Welsh (Wales) dan Scottish (Scotland).
Bahasa Irish di Ireland, bagi saya yang mahir bahasa Inggeris tidak dapat fahami, macam
345

bahasa Jawa bunyinya. Inggeris @ English hanya merujuk kepada England sahaja
sementara British merujuk kepada gabungan kesemua/keseluruhan wilayah"

Ulasan:

Orang Melayu bukan 'dimelayukan'.Orang Melayu bernama 'Melayu' kerana itu memang
nama mereka.Mengapa orang Melayu tidak memanggil nama bangsa mereka 'MALAY'
kerana itu baru tepat nama yang disebut Inggeris,jika teori memelayukan oleh Inggeris
diterimapakai.Bahasa Melayu sebagai bahasa perdagangan sahaja,bukan bahasa suatu
kaum?Jadi siapa yang terlampau bijak ini boleh menciptakan bahasa perdagangan untuk
seluruh nusantara?Kemudian memaksa seluruh nusantara memakai bahasa perdagangan
yang dicipta olehnya?BAHASA MELAYU SEBENARNYA ADALAH BAHASA ASAS ATAU
BAHASA INDUK NUSANTARA,kemudian terpecah-pecah mengikut slang atau loghat di
tempat-tempat berlainan di seluruh Nusantara.Pakar linguistik dalam kajian mereka
mendapati terdapat kelompok bahasa yang menepati tatabahasa dan ciri-ciri yang
sama,dan ini dinamakan kelas bahasa Malayo-Polynesian.Setiap bahasa dalam kelompok
ini dari Hawaii,Samoa dan sebagainya di Kepulauan Pasifik sehingga ke Afrika
mempunyai tatabahasa dan corak bahasa yang sama dengan bahasa Melayu.Kosakata
mereka pun sama ada berbunyi bahasa Melayu atau pun bahasa Jawa.Dan bahasa Melayu
dan Jawa tergolong dalam Malayo-Polynesian Barat.Bahasa Latin juga adalah bahasa
perdagangan dan sastera namun semua orang tahu ia berasal dari Itali dan dikembangkan
oleh Empayar Rom.Begitu juga bahasa Melayu.Ia dikembangkan dan dimajukan oleh
Empayar Melayu Srivijaya,kemudian disambung oleh Majapahit,walaupun Majapahit
adalah 'pure' kerajaan orang Jawa.Prasasti yang mengandungi ucapan Patih Gajah
Mada,Perdana Menteri Majapahit direkodkan dalam bahasa Melayu Lama.Seterusnya
disambung oleh Empayar Melaka dan kerajaan Johor-Riau.Kenapa orang Inggeris belajar
bahasa Melayu?Ini bukan sahaja soal untuk berniaga,tetapi memudahkan urusan mereka
ketika berada di Kepulauan Melayu.Ini perkara biasa dan hanya logik akal yang umum
sahaja.Ini tiada kaitan pun untuk mengukuhkan Teori Memelayukan Oleh Inggeris
sebagaimana yang dicipta oleh Anai-anai.Lebih baik orang Inggeris 'menginggeriskan'
sahaja orang Melayu,ini lebih untung dan sebagai bonus,mengkristianan semuanya
sepertimana yang dibuat oleh SEpanyol ke atas Filipina.Atau pun sekurang-kurangnya
sebagaimana Thailand mampu 'menthaikan' orang Melayu,Cina dan India di dalam
Thailand.

Contoh yang diberikan oleh Anai-anai memakan dirinya kembali.Anai-anai mengaku


bahasa Inggeris merujuk kepada penduduk England.Mengapa tidak mengatakan bahawa
346

'English' itu bahasa perdagangan sahaja?Dicipta oleh seorang raja Eropah untuk
memudahkan dia berniaga di England,Ireland,Wales dan Scotland?Jadi bagaimana
dengan bahasa Melayu?Adakah Anai-anai akan berkata,ia CIPTAAN INGGERIS UNTUK
MEMUDAHKAN MEREKA BERNIAGA DI NUSANTARA?Ini sungguh melucukan.

INGAT KATAKUNCI INI,DAHULU ORANG MELAYU MENGUASAI SELURUH


NUSANTARA,SEBAB ITU BAHASA MEREKA MENJADI LUAS DARI PASIFIK HINGGA
KE MADAGASKAR.Ini sama juga seperti bahasa Inggeris yang meluas kini,hasil dari
Empayar Imperialis British yang luas dan peranan orang Inggeris di Benua Amerika.Jika
Perancis yang mengambil posisi ini,tidak mustahil hari ini bahasa kedua kita adalah
bahasa Perancis.Jika kerajaan Siam yang dibangga-banggakan Anai-anai itu sangat luas
sehingga sampai ke Albania dan Australia,mengapa bahasa Siam terpinggir dan
minoriti?Tiada siapa yang mahu berbahasa Siam,kecuali orang Siam dan Thai.Orang Thai
pula didakwa oleh geng Anai-anai mencedok bahasa Siam.Jadi sebelum itu apa bahasa
orang Tai ini?Adakah bahasa orang gua dan orang hutan?Kasihan orang Thai ini,sudahlah
budaya dan tulisan dicedok dari orang Khmer,bahasa dicedok dari Siam
Ayutthaya,senibina dicedok dari Melayu Tambralingga.Patutlah ada cendekiawan Barat
mengatakan sejarah Thai adalah khayalan sahaja.

Quote:

"Melayu itu akar bangsa atau akar bahasa di nusantara ini, CBT?"

Ulasan:

Ini soalan provokasi,biar saya tolong jawab.'Melayu' adalah nama lain bagi rumpun
Nusantara.Namun telah dipolitikkan oleh Inggeris.Okey,biar saya bagi contoh.Orang Laos
dan Thai,ini sebenarnya dari akar bangsa yang sama.Namun telah berpecah kerana
masing-masing mahu bernegara sendiri.Menariknya,orang Lao bermati-matian
mendakwa berbeza dengan Tai padahal budaya dan bahasa tidak jauh beza.Orang Lao
berasal dari orang Tai yang berhijrah dahulu ke Indochina dan bercampur dengan orang
Mon dan rumpun Melayu Indochina.Percampuran ini menjadikan sedikit perbezaan
dengan etnik Tai lain (yang menjadi Thailand sekarang) yang berpindah lebih lewat ke
selatan Indochina kemudiannya.SEhinggakan orang Lao mencipta identiti sendiri yang
membezakan dengan ciri-ciri Tai yang menjadi induk mereka.Kemudian ini diburukkan
lagi dengan penjajahan Perancis.Orang Lao pun berjaya bernegara sendiri.Saya sudah
347

terangkan bagaimana istilah 'Melayu' ini dipolitikkan oleh Inggeris.Namun bangkai gajah
yang cuba ditutup oleh Inggeris tetap berbau kerana bagaimana orang-orang di
Kepulauan INdonesia sekarang memilih bahasa Melayu sebagai bahasa mereka??Soalan
khas saya kepada Anai-anai dan gengnya,MENGAPA PENDUDUK MALAYSIA DAN
INDONESIA TIDAK MEMILIH BAHASA SIAM AYUTTHAYA SEBAGAI BAHASA
PERSATUAN NUSANTARA??(padahal kata Anai-anai Empayar Ayutthaya-Monggol
begitu luas).

Anai-anai boleh menuduh orang penduduk Tanah Melayu di'melayukan' oleh Inggeris
namun bagaimana dengan Indonesia??Adakah Inggeris terlupa berpesan kepada Belanda
supaya menJawakan seluruh Indonesia supaya propaganda Inggeris 'memelayukan'
Tanah Melayu nampak 'smart' dan sukar dipertikaikan lagi?

Siam Ayutthaya iaitu nenek moyang Anai-anai pernah menguasai seluruh Nusantara,kata
Anai-anai.Tetapi BAHASANYA TIDAK MENJADI TREND DI NUSANTARA,padahal
berapa lama sejarah Ayutthaya tegak memerintah?Fakta sejarah yang betul,ialah Empayar
Melayu Srivijaya pernah memerintah seluruh Nusantara,sebab itu bahasa Melayu menjadi
lingua franca seluruh Nusantara.Ini tidak boleh disangkal lagi,sama ada sejarah realiti
atau sejarah fantasi.Siap ada manuskrip dan prasasti.

Quote:

"Haha...Saya setuju, tetapi root bahasa melayu bukan semestinya bangsa Melayu"
348

Ulasan:

Jadi 'root' Melayu merujuk kepada apa?Bangsa Alien dari planet Zargus?

Quote:

"Kalau serumpun, disatukan, rumpun Siamlah kita ini sebab raja-raja daerah kita
mengamalkan adat istiadat raja siam. Hari ini raja daerah dah jadi Sultan negeri.
Perkataan ‘Melayu’ ini saya belum jumpa lagi dalam Undang-Undang Kedah walau pun ia
bahasa pengantar Undang –Undang kedah. Kebaikkan tu banyak lah, antaranya
menjelaskan semula sejarah kita. Saya mengaku saya dari rumpun siam. Ramai penduduk
dari kedah ini adalah dari rumpun Siam dan mengaku bahawa datuk dan nenek mereka
dahulu boleh bertutur dalam bahasa Siam, bukan bahasa thai. Ada yang berasal dari
Patani, Yala, Phuket(nama lamanya, Hujung Salang) dan Trang. Di sebelah Yan pula,
mereka dari rumpun Acheh seperti Datuk Sanusi Junid, pembaca berita TV3 Yushanani
Yushak berasal dari Yan, Kedah. Sementara itu, kenalan saya dari Selangor, ramai dari
rumpun Jawa. Namun begitu,bagi kami bekas ikatan utamanya, Siam dan bukannya
melayu"

ulasan:

Yess...inilah agenda sebenar penulisan blog sejarahnagarakedah.AGENDA


MENSIAMKAN SELURUH NUSANTARA.TMP bertanya,jika bukan rumpun Melayu
(kerana kata Anai-anai 'Melayu' itu konsep INggeris),rumpun apa?Lantas bagaikan
mengantuk disorongkan bantal,Anai-anai menjawab rumpun Siam inilah.Bagaimana adat
istiadat raja Siam itu?Sejak bila raja Siam menakluk seluruh nusantara sehingga semua
raja-raja beradatkan raja Siam?Perkataan 'Melayu' belum jumpa dalam undang-undang
Kedah?SEbab itu menafikan kewujudan 'Melayu' itu malah menuduh kata 'Melayu' itu
ciptaan Inggeris?Baru kita tahu penyakit sebenar Anai-anai ini.Beliau terlalu berkiblatkan
Undang-undang Kedah (UUK).Bacalah buku sejarah lain.Sumber-sumber lain.Biar saya
beritahu mengapa UUK tiada perkataan 'Melayu' jika benar tiada langsung kata itu di
dalamnya (saya percaya kejujuran beliau).UUK adalah lebih kepada manuskrip undang-
undang ketika Kedah berada di bawah pengaruh Ayutthaya.SEbab itu tiada kata 'Melayu'
kerana ketika itu politik Siam lebih mempropagandakan budaya Siam.Namun hujah Anai-
anai 'terkantoi' dengan 'kitab saktinya' itu sendiri kerana kitab asal ditulis di dalam tulisan
349

Jawi dan berbahasa Melayu.Mengapa tidak ditulis dalam bahasa Siam Ayutthaya
kebanggaan Anai-anai?Kenapa 'menyembah' bahasa Melayu yang dipandang serong oleh
Anai-anai?

Saya bagi cadangan baik untuk Anai-anai.Tuliskan bahawa bahasa Melayu itu asal
namanya bahasa Siam,namun Inggeris telah 'memelayukan' bahasa Siam ini. :D

Bagus tak cadangan saya?

Quote:

"Raja-raja daerah ini tak payah kerja dan dengan itu bertindak menyerahkan wilayah Syah
Alam Yang Maha Mulia kepada Penjajah. Penjajah ini pula networkingnya
bagus,bukannya bodoh macam raja daerah"

Ulasan:

Amboi,sedapnya bahasa,sultan-sultan Melayu (raja-raja daerah) dikatakan


'bodoh'.Sudahlah direndahkan sebagai hanya raja daerah,kemudian dituduh bersekongkol
dengan Inggeris kemudian menjadi bodoh menyerahkan wilayah sendiri kepada
Inggeris.Jadi ini samalah menuduh nenek moyang raja-raja Melayu ini pengkhianat
bangsa lah ye.

Saya bukan tidak tahu sejarah raja-raja Melayu diperangkap oleh Inggeris.Namun
tuduhan penulis blog ini amat berat dan ada unsur penghinaan.Jika dilaporkan kepada
Suruhanjaya Menyiasat Penghinaan Ke Atas Sultan,bagaimana agaknya?Jangan sampai
penulis blog ini jadi seperti Andika Teruna.

Dalam ruangan komen itu,selepas jawapan dari Anai-anai itu,TMP kelihatan mula
terpengaruh dengan teori Anai-anai.Pada mulanya karakter TMP ini seperti bijak,namun
akhirnya menjadi 'cair' dan ter'mindcontrol' dengan sendirinya.Ini disebabkan TMP tidak
mempunyai pengetahuan sejarah yang luas.Ini samalah seperti pengaruh ajaran
sesat.Orang yang tidak punya asas agama yang kukuh akan cepat terpengaruh dengan
dakyah ajaran sesat.TMP mula goyang dan percaya dirinya bukan lagi Melayu tetapi Siam
Islam.Seolah-olah TMP mula malu menjadi Melayu yang kononnya agenda Inggeris.Mahu
'murtad' dari Melayu dan masuk ke dalam Siam Islam.Lihat,prinsip ini sama seperti
350

modus operandi ajaran sesat,mula-mula timbulkan keraguan.Kemudian ruang kosong


dari keraguan tadi diisi dengan dakyah sesat tadi,bukan kebenaran sebenar.

Kita lihat senario TMP ini:

Kembali, satu perkara lagi, apa yang saya cuba faham dari apa yang saudara cuba
sampaikan disini ialah Jawa, Mandailing, Kelantan, Perak, Johor semuanya adalah daerah
yang melahirkan loghat dan bahasa masing2, tetapi tiada satu pun daerah yang konkrit
untuk kaum melayu , betul?

Saya akan bersetuju jikalau dikatakan bahawa tiada satu pendapat yang MUKTAMAD
mengenai asal-usul bangsa melayu itu.

Kecuali dari fakta yang saya dapat dari buku sejarah pertumbohan bahasa kebangsaan
kita oleh Drs.Ismail Hussein (1966) yang mengatakan melayu itu asal dari sg.melayu
bertempat di sumatera.

Persoalan, bagaimana pula tempat sebegitu kecil umpama kuala lumpur (agaknya) boleh
mendatangkan bahasa yang sungguh berpengaruh dinusantara?

Dan bagaimana pula ia mengambil tempat sebagai rumpun bangsa?

ulasan:

Memanglah tiada daerah untuk 'sukukaum' Melayu.Tiada kaum yang bernama Melayu
atau loghat Melayu.SEBAB ETNIK-ETNIK NUSANTARA YANG BERKAITAN ADALAH
SEMUANYA MELAYU.Tiada pendapat muktamad tentang asal-usul Melayu?Ini nada
para orientalis Barat atau sarjana Barat yang berjaya mengelirukan diri sendiri.Atau nada
seorang anak Melayu yang tidak tahu langsung asal-usulnya.

Melayu berasal dari Sungai Melayu di Sumatera?JIka saya katakan orang Greek berasal
dari Grik di Perak bagaimana?Nama tempat tidak semestinya melambangkan asal-usul
bangsa.JIka hari ini saya namakan parit kecil dibelakang rumah saya sebagai PARIT
JERMAN,adakah 300 tahun lagi orang Jerman mendakwa mereka berasal dari parit kecil
dibelakang rumah saya?
351

Soalan akhir TMP menampakkan kemusykilan yang menjerat Anai-anai,dan


menariknya,Anai-anai tidak menjawab kemusykilan TMP ini.

Kemudian TMP berjaya direkrut sebagai ejen Anai-anai secara percuma.Kita saksikan
kenyataan dari TMP:

"Saya telah pun menjadikan fakta dalam blog ini sebagai salah satu dari sumber rujukan
dalam penulisan saya.

Saya berharap pihak tuan mengizinkan jika saya mencedok beberapa point yang saya
rasakan dapat menyokong hujah saya. lebih2 lagi bab2 perang"

Lagi pengakuan TMP:

"Jangan takut, dalam banyak2 hal saya akan refer pada blog ni...dalam membawak citer ni
keluar saya pun kena faham fakta juga...sebab ramai yang bertanya soalan yang
bukan2...nak suh refer suh baca kadang2 depa malas....:-)

Konsep bangsa berasaskan bahasa yang dicanang oleh stamford raffle, dan sejak bila
semenanjung Melaka di tukar ke semenanjung Melayu telah saya tulis didalam blog saya"

ulasan:

Ini adalah poin yang terbaik untuk membenamkan hujah Anai-anai tentang peta-peta
yang dicanangkannya untuk menidakkan sejarah Melayu dan lebih aneh lagi,beliau
menggunakan peta-peta ini sebagai hujah bahawa Inggerislah yang 'memelayukan'
penduduk 'semenanjung Melaka'.Dan ini kemudiannya dianut oleh TMP yang mula
percaya dirinya bukan Melayu tetapi Siam Islam.
352

Saya ingin beritahu lompang dalam dakwaan Anai-anai ini dan rahsia kerajaan Ayutthaya
yang menjadi kiblat Anai-anai.Pertama sekali kita kaji peta-peta Anai-anai ini.Semua
peta-peta Anai-anai adalah peta yang dilukis oleh penjajah.Antara peta kebanggaan Anai-
anai ialah peta Perancis bertarikh 1730,yang menunjukkan negara Siam.Kemudian satu
peta lain yang merujukkan tanah semenanjung sebagai 'Semenanjung Melaka'.

Pertama saya nak ulas peta 'SEmenanjung Melaka'.Peta ini digunakan oleh Anai-anai
untuk mencanangkan bahawa kononnya dahulu semenanjung ini dinamakan
'SEmenanjung Malacca' tetapi Inggeris telah menukarnya menjadi Semenanjung Tanah
Melayu.Padahal peta ini dilukis oleh orang Eropah,bukannya orang Melayu atau orang
353

Siam Islam versi Anai-anai.Dan satu lagi,mengapa tidak ditulis sahaja 'SEmenanjung
Ayutthaya' atau 'SEmenanjung Siam' sahaja?Bukankah kerajaan Siam besar ketika itu
mengikut dakwaan Anai-anai?Dan hujah yang diberi oleh Anai-anai ini menjerat dirinya
kembali.Ini kerana secara tidak langsung mengakui bahawa Melaka dahulu mempunyai
empayar besar sehingga mencakupi seluruh Tanah Melayu.Mengapa Syah Alam Yang
Maha Mulia (gelaran raja Siam versi Anai-anai) tidak sempat memberitahu pelukis ini
supaya menamakan semenanjung ini sebagai 'SEmenanjung Ayutthaya Siam Kedah'
???Tidak cukup gah kah kerajaan Siam Islam itu?SEhingga dilupakan oleh pelukis
peta??Mengapa nama Melaka lebih dikenali??

Dan peta abad ke 16 itu pula menunjukkan bahawa semua dakwaan Anai-anai mengenai
adat Siam,nama Melayu yang dicipta Inggeris dan pelbagai lagi adalah propaganda sahaja
dan andaian Anai-anai yang tidak berpuas hati menjadi Melayu di Malaysia.Kalaulah
Anai-anai diterima menjadi Perdana Menteri Malaysia,perkara pertama yang
dilakukan MUNGKIN MENSIAMKAN SEMUA MELAYU DI MALAYSIA INI.Membuang
semua perkataan 'Melayu',dan menggantikannya dengan Siam Islam.

Perhatikan tembelangnya semakin pecah dengan menghuruharakan asal-usul orang


Melayu:

"Saya dan rakan-rakan tak kisah pun samada saudara setuju atau tidak kerana kami pun
tidak meminta persetujuan sesiapa. Todahe facts are so clear. Sila saudara baca kesemua
artikel dan ambil faham, itu sahaja. Ramai pun yang sudah faham apabila meneliti
penulisan diblog ini secara terperinchi.

Saudara hanya menceritakan ketuanan Melayu dalam konteks hari ini sedangkan sultan-
sultan yang ada hari ini dilantik oleh PENJAJAH INGGERIS DAN THAI. Mereka bukan
waris yang sebenar kecuali Raja Perlis , Sultan Selangor dan Sultan Pahang sahaja.

Saya tidak keliru dengan perkataan “Malay Supremacy”, cuma ramai yang
menggunakannya untuk kepentingan diri sendiri dan ramai yang tidak faham pun, pak
turut saja. By the way, Malay Supremacy at whose expense, but if not the Malays
themselves who don’t even know their own history. Melayu tu datang dari mana? Dari
Xian, China (disebut Sian). Apa makna Melayu itu? Maknanya, Mari-lah-sini. Sedarlah
sikit, Melayu pun China juga, Cuma gelombang kedatangan kesini jauh lebih awal
saja.You and many others discover something new here"
354

ulasan:

Pertamanya,beliau mendakwa sultan-sultan dilantik penjajah,dan bukan waris


sebenar.Nasihat saya,jangan berani berkokok di dalam internet,usahakan bawa Tuan Nai
Long Kassim,pergi jumpa raja-raja Melayu dalam Majlis Raja-raja dan tanya salasilah
mereka...atau kasarnya cabar salasilah mereka betul atau tidak,kemudian bandingkan
dengan salasilah dalam wasiat.Berani atau tidak?Bawa berbincang dengan mereka (raja-
raja Melayu) untuk menghentikan segala kekeliruan.Jangan terburu-buru menuduh raja-
raja Melayu keturunan pengkhianat,bersekongkol dengan Inggeris,jika tidak benar...dapat
dosa kering sahaja.

Keduanya,ini paling menggelikan hati.Anai-anai mendakwa Melayu itu dari


Xian,China?Kalau dari YUnnan tidak mengapa juga kerana orientalis pun ada
mengatakan begitu.Tetapi dalam profilnya Anai-anai mendakwa Melayu dari Yunnan
pula.Bagaimana ni?Sekejap YUnnan,sekejap Xian?SEkejap jadi Siam,sekejap jadi
Melayu,huru-hara jadinya.Ini macam Identity Disorder.Kecelaruan identiti.

Dakwaan Anai-anai ini serupa dengan dakwaan golongan Racist dari kaum bukan
Melayu.Saya nak bagitahu,Cina..Cinalah...Melayu Melayulah...ia tidak sama.JIka kita
tanya sesetengah orang Thai,mereka pun ada mengatakan asal-usul mereka dari Xian.Dan
Siam itu bukan dari Siam Islam ini tetapi merujuk pada Xian,negeri nenek moyang orang
Tai (ini saya ambil dari pengakuan warga Thai dalam sejarahnagarakedag.blogspot).Jadi
segalanya jadi cacamarba di tangan Siam dan Thai ini.Anai-anai mahu 'menghalau' orang
Melayu ke Xian,padahal orang Tai kata itu negeri nenek moyang mereka.DI AKHIR
CERITA,ORANG TAI DAN MELAYU DIHALAU KE XIAN,DAN ANAI-ANAI
MENGAMBILALIH SELURUH BENUA SIAM DAN TANAH MELAYU.Bagus...bagus...

KESIMPULAN

Peta-peta Anai-anai dalam lingkungan abad ke-15 ke 17 Masehi.Melaka adalah negeri


Melayu yang berpengaruh ketika itu,jadi tidak hairanlah pelukis peta ERopah merujuk
kepada kata 'Malacca'.

Peta-peta ini tidak ada kaitan dengan Teori Memelayukan Oleh Inggeris.INI KERANA
REKOD CHINA MENYEBUTKAN PERKATAAN MO-LO-YU SEAWAL ABAD KE-5
MASEHI LAGI.Belum lagi saya bacakan riwayat sastera Sanskrit seperti Ramayana dan
Arya Purana yang menjangkau 400 tahun SEbelum Masehi!!Ketika itu tidak wujud
355

langsung orang Siam versi Anai-anai.Semuanya masih di alam roh lagi.Tiada manuskrip
sekurang-kurangnya seawal abad 5 Masehi menyebutkan perkataan 'SIAM'.Tetapi
perkataan 'MELAYU' (dan variasinya bergantung kepada loghat) memang ada!JADI
SIAPA YANG JADI MELAYU SEKARANG?Melayu jadi Melayu atau Siam Islam yang jadi
Melayu di negeri Melayu?

JADI SAYA CABAR ANAI-ANAI KELUARKAN PETA ABAD KE-5 HINGGA KE 11


MASEHI YANG MENUNJUKKAN KERAJAAN SIAM ISLAM INI.Baru dakwaan Melayu
adalah pendatang atau perampas takhta Siam nampak 'authentic'.MEMANG TIADA,DAN
JIKA ADA,MUNGKIN DILUKIS OLEH ANAI-ANAI MENGGUNAKAN
PHOTOSHOP.Mengapa?

Biar saya beritahu sejarah Ayutthaya.Ia bermula pada abad ke 12 Masehi,tepatnya sekitar
1351 sehingga 1767 Masehi.Ketika ini Empayar Srivijaya sudah mengalami
perpecahan.Akibatnya semua wilayah-wilayah jajahannya membebaskan diri dari
pengaruh Srivijaya.Kerajaan Angkor semakin maju.Di Jawa,muncul Kediri dan Majapahit
(Selepas kemangkatan Hayam Wuruk,pengaruh Majapahit mula merosot dan berpecah
menjelang abad ke 14).Di Sungai Chao Phraya,muncullah kerajaan Ayutthaya ini.Apabila
kuasa kerajaan Ayutthaya semakin kuat,pengaruhnya mencapai seluruh Indochina dan
negeri-negeri Melayu semenanjung.Terutamanya Kedah,sebab ia mempunyai pelabuhan
yang baik.Di masa inilah munculnya UUK itu.Ketika ini Kedah dibayangi pengaruh Siam
Ayutthaya.

Ini samalah seperti hari ini,dahulu British berkuasa dan membayangi negera-negara di
dunia.Kemudian hari ini Amerika tidak dinafikan masih lagi kuasa dunia dan ia
membayangi semua negara dunia pada hari ini.

Jadi sejak Ayutthaya menjadi kerajaan,barulah nama 'Siam' ini dipolitikkan oleh raja-raja
Ayutthaya.Jadi apa yang boleh saya simpulkan,kerajaan Ayutthaya inilah yang
memperkenalkan 'Siam' kepada dunia luar.Nak harap Sukhotai?Inskripsi
RamKhamhaeng pun sudah mula diragui keasliannya.Dan nama raja itu pun tiada dalam
rekod sarjana bangsa lain.Jadi Ayutthayalah yang membina hubungan antarabangsa
pertama secara besar-besaran bagi Benua Siam selepas kejatuhan Champa dan
Funan.Jadi ini logik mengapa manuskrip atau peta tentang 'Siam' hanya wujud tidak lebih
awal dari abad ke 15.

Melaka tidak disenangi oleh Ayutthaya kerana memotong peluang Ayutthaya mengaut
keuntungan lebih.Ini ibarat raja Pelabuhan Kelang yang tidak menyenangi Pelabuhan
356

Singapura kerana 'mencuri' kapal-kapal yang mahu lalu ke Selat Melaka.SEbab itu peta-
peta Anai-anai yang menunjukkan 'Empayar Siam Nagarakedah Pasai Ma' itu antara abad
ke 15 hingga 17.TIdakkan ada Siam Islam versi Anai-anai lebih awal dari abad ke 11 atau
12 Masehi.Keturunan Siam Anai-anai hanya wujud kerana Ayutthaya.Anai-anai adalah
Ayutthaya.Ayutthaya adalah Anai-anai.Itu saja.

Saya tidak mahu sentuh pasal sejarah kedatangan Islam (salah satu senjata Anai-
anai).Kerana saya pun tahu Islam telah pun tiba di Nusantara seawal Rasulullah s.a.w
masih hidup lagi.CUma ketika itu,bukan seluruh umat Melayu mendadak masuk Islam.Ia
mengambil proses beransur-ansur yang memakan jangka masa tertentu.

Saya petik lagi dari artikel 'Siapakah Yang Membuka Melaka?':

"Melaka dikatakan dibuka oleh Parameswara dalam tahun 1400 dan kononnya putera raja
Majapahit tanpa memberi bukti asal usul keturunan dan salasilahnya. Kefahaman kita
mengenai sejarah ini adalah kerana kita membaca buku-buku yang ditulis dizaman
Inggeris menjadi penjajah. Akan tetapi bukan Inggeris yang menulis sejarah Melaka
sebegini kerana Inggeris datang terkemudian, selepas Portugis dan Belanda tidak banyak
yang merka tahu ketika itu. Penulis sejarah ini tak lain dan tak bukan ialah Marhum
Melaka, Raja Kota Setar yang melarikan diri ke sana dari Kedah kerana bersubahat
membunuh Maharaja Benua Islam Siam, Khalifah Sharif dalam tahun 1821"

Ulasan saya...salah,salah dan salah.Ini bukti hanya UUK sahaja rujukan Anai-anai.Melaka
dibuka oleh putera raja Srivijaya yang mengalami perpecahan dan kemerosotan ketika
itu,bukan Majapahit.Majapahit adalah kerajaan Jawa.Jika putera Majapahit
yang membuka Melaka,maka tiadalah Sultan Melaka.Yang ada ialah Bentara
Melaka.Cubalah kaji sejarah secara meluas,jangan duduk di dalam tempurung
Ayutthaya,UUK dan Siam sahaja.JIka Ayutthaya menakluk seluruh Nusantara,mana nak
campak Prambanan dan Borobudur itu?Mana nak campak candi-candi Srivijaya di
Thailand itu?Anai-anai dan kelompoknya takut sekali nak menyebutkan tentang Srivijaya
kerana ia adalah EMPAYAR NUSANTARA TERBESAR DI ASIA TENGGARA.Tiada
kerajaan di Asia Tenggara sehebat Srivijaya.Yang ada menyaingi sedikit ialah Empayar
Khmer.Apatah lagi Ayutthaya yang berkali-kali gagal menakluk Melaka.Dan Melaka hanya
dapat dikalahkan oleh kuasa Eropah seperti Portugis,itupun setelah rahsia pertahanan
dan jambatan Melaka dipecahkan oleh pembelot.Tetapi Ayutthaya dikalahkan oleh Burma
sahaja dicampur orang Thai yang memberontak.
357

Saya bukan menulis untuk menafikan wasiat Anai-anai.Saya menulis bukan kerana
nama...(eh,tersasul pulak).Saya menulis adalah untuk memastikan penulisan Anai-anai
selepas ini lebih mantap dari segi kronologi sejarah.JIKa persoalan yang ditimbulkan oleh
penulis sejarahnegarakedag.blogspot pun tidak terjawab malah dijawab secara maki
hamun (ini dakwaan Adulyadeh,penulis blog itu) dan emosi,bagaimana untuk
menghadapi yang lain-lain?Saya nampak poin dari penulisan Anai-anai tetapi menjadi
kecewa dengan tuduhan-tuduhan kurang berpelajaran tentang asal-usul Melayu.

Saya tidak mahu mengesahkan tentang benar atau tidak salasilah keturunan Nai
itu,kerana saya bukan orang Siam dan hanya kerabat mereka yang faham dan tahu sendiri
salasilah keturunan mereka.Saya tiada masalah jika mereka mendakwa raja-raja
Ayutthaya itu adalah nenek moyang mereka.Lagi pun ini wasiat turun temurun (seperti
yang dikatakan Anai-anai).Yang ingin sayaTEKANKAN IALAH PANDANGAN ANAI-
ANAI TENTANG ASAL-USUL MELAYU ITU.Itu yang memang boleh dipertikaikan.Dan
saya juga bukan mahu mempertikaikan kesahihan UUK.Bagi saya,kitab ini penuh rahsia
dan wajib dikaji oleh pakar sejarah berkenaan hubungan negeri-negeri Melayu dengan
kerajaan di Benua Siam (Indochina).

Bagi saya,Anai-anai hanya 'expert' dalam sejarah Kedah dan Siam Ayutthaya,tetapi bukan
asal-usul Melayu dan orang Melayu.Kena belajar lagi,seperti saya yang masih cuba belajar
memahami rumpun Siam itu sendiri.

~Srikandi

Posted by Mistis Organization at 6:26 PM


358

Friday, August 13, 2010

Alter Terahsia Bangsa Melayu XI

(Di Gua Rahsia)

Anak cucu sudah kembali dari pengembaraan ke Angkor Wat.Apa yang anak cucu
nampak?Hahaha...sebenarnya banyak lagi rahsia di sana,yang anak cucu belum tahu
lagi.Bagaimana dengan Angkor Thom...

Apa yang Srikandi beritahu anak cucu?Sesungguhnya apa yang diketahuinya hanyalah
sedikit sahaja jika dibandingkan dengan apa yang terkumpul di dalam peti-peti ini.Lagi
anak cucu mengembara mencari rahsia Melayu,lagi banyak rahsia yang anak cucu tidak
tahu.Mari mendekat ke sini,Tok Aki mahu tunjukkan sesuatu.

(Tok Aki mendekati satu peti yang penuh berukiran dengan tulisan Mesir Purba)

Di dalam ini adalah rahsia yang terpendam beribu-ribu tahun dahulu.Tiada siapa yang
tahu perkara ini kecuali mereka yang mahu berfikir.Ini adalah peringkat rahsia dalam
rahsia.Ada sesuatu di sini,di tempat tinggal kita ini 3500 tahun yang silam.

Anak cucu!Jika bukan para sarjana Barat merekodkan kewujudan kita,para sarjana China
dan sasterawan Sanskrit akan menuliskan kewujudan kita,jika bukan raja Babilon
menyebut-nyebutkan tentang kita...para Firaun di sana akan menuliskan syair-syair
tentang kita...
359

Dan tanah tumpah darah kita ini...

Anak cucu ke sini bukanlah atas sebab untuk mengetahui apakah dia rahsia-rahsia
ini,tetapi lebih untuk memahami MENGAPA MEREKA BERSUSAH-PAYAH
MENCATATKAN KEWUJUDAN KITA.Sejak dari zaman berzaman,dari chariot dewa-
dewi Hindu yang berasal dari kerajaan-kerajaan yang hilang...dari kamar beradu Isis dan
Osiris....dari haruman bunga-bungaan misteri di Taman Tergantung Babilon,rahsia
kemelayuan tetap terjaga,anehnya...bukan dari mulut ke mulut kita wahai anak
cucu!TETAPI DARI TANGAN ORANG LAIN.Bangsa-bangsa purba bersilih ganti menjaga
tabut rahsia kita.Turun temurun.Entah siapa yang menyuruh mereka menyimpan
rahsia.Jadi Tok Aki ingin bertanya anak-anak cucu sekalian...mengapa mereka menjaga
rahsia kita??

(Tok Aki tiba-tiba ghaib dari pandangan.Suasana begitu hening dan sunyi.Di atas peti
terdapat secarik kertas dari daun papirus,tertulis kata-kata yang indah...)

Palingkan muka kamu...


Kepada bunga
kancing emas
satu rahsia...

Misteri Punt dan Petunjuk Di Dalam


The Egyptian Book of The Dead
360

"Those who preside over their altars are the similitude of the Maat Ra (Eye of Ra), and
the similitude of the Maat Heru (Eye of Horus)"

(Papyrus of Ani 'The Egyptian Book of The Dead' translated by E.A Wallis Budge)

Merenung kepada apa yang terjadi kepada keturunan Maya dan Aztek pada hari
ini,benar-benar menginsafkan.Betapa sesiapa yang tidak membaca sejarah agung
mereka,akan menganggap mereka adalah kaum picisan yang hina dan tidak
berpelajaran.Melihat keadaan mereka yang menjadi minoriti dan terpinggir akan
membuatkan sebilangan kita berfikir bahawa kaum ini sudah tentu tidak tahu membuat
apa jua ciptaan,hatta sebatang jarum sekali pun.Melihatkan keadaan mereka pada hari ini
akan membuatkan kita berfikir dari hutan manakah mereka berasal.

Kemudian rakan-rakan kita mengajak kita menonton filem yang berjudul '2012'.Ketika itu
seluruh dunia sedang sibuk memperkatakan tentang filem ini.Kita pun tidak mahu
ketinggalan dan sanggup beratur membeli tiket di pawagam.Ketika di dalam
pawagam,kita pun menekur menonton dengan asyiknya tanpa berkedip-kedip dan betapa
kagum dengan kesan khas filem ini.Keluar dari pawagam,kita pun mencari-cari tentang
maksud ramalan Maya tentang 2012.Alangkah terkejutnya kita apabila membaca tentang
MAya,melihat kesan-kesan tinggalannya...piramid-piramid yang besar-besar dan
khazanah astronomi yang mengagumkan dengan beratus-ratus komentar dari pakar
sejarah,sains dan astronomi tentang tamadun kaum yang kita anggap orang gua dan
orang hutan sahaja.

Bayangkan,ketika orang SEpanyol tiba ke semenanjung Yucatan,orang-orang Inca


menganggap mereka adalah jelmaan dewa-dewa dan kapal-kapal mereka adalah kenaikan
dewa-dewa (tamadun-tamadun AMerika Tengah adalah kerajaan agraria,berasaskan
pertanian) kerana mereka tidak pernah melihat kapal-kapal yang besar sebegitu.Apabila
diperangkap penjajah SEpanyol orang-orang Incaini tidak melawan padahal merekalah
yang gemar menangkap kaum-kaum lemah di sekitarnya.Orang-orang INca menyanjung
tinggi kehebatan pakaian dan kapal-kapal orang SEpanyol ini padahal pada masa yang
sama orang-orang SEpanyol ini berasa amat terkejut dengan kota-kota Inca yang hebat
dan khazanah emas yang terlampau banyak.Kaum yang membina piramid bukanlah kaum
yang bodoh tetapi mereka yang punya peradaban tinggi.Namun disebabkan PERASAAN
RENDAH DIRI TANPA BERSEBAB DAN SUKA MENYANJUNG ORANG
LUAR mengakibatkan akhirnya mereka dihapuskan serta-merta oleh para conquistador
yang mula sedar kaum-kaum ini walaupun punya peradaban yang tinggi namun kurang
peka dengan perkembangan semasa.Mereka tidak pernah melihat kapal,jadi mereka
361

menganggap orang yang keluar dari kapal itu adalah anak dewa.Akhirnya mereka dibunuh
beramai-ramai seperti ayam disembelih akibat kedunguan mereka itu.

Ini berlainan pula dengan orang-orang Melayu di Kepulauan Melayu.Bukan satu atau dua
yang datang menjajah,TETAPI EMPAT.Sepanyol,Portugis,Belanda dan Inggeris datang
'menziarahi' kita di sini.Toltek,Aztek,Inca dan Maya dihapuskan dengan mudah oleh
conquistador Sepanyol sahaja tetapi Nusantara memerlukan gabungan empat
'conquistador' untuk mengawal Nusantara.SEpanyol mengawal Filipina,Belanda
mengawal Indonesia,Inggeris mengawal Tanah Melayu dan Borneo,manakala semua ini
dimulakan oleh Portugis yang pernah memegang Melaka sebentar dan menjajah Timor
Timur.Ini belum termasuk kelibat Perancis yang menjenguk Indochina dan Amerika yang
pernah memegang Filipina sebentar (aneh juga,bagaimana Amerika boleh sesat sampai ke
Filipina).Namun adakah orang-orang Melayu hari ini pupus atau menjadi minoriti tidak
bernegara,seperti mana yang terjadi kepada orang-orang Aztek dan Maya?

SEPATUTNYA MELAYU PUPUS TIDAK BERSISA HARI INI DIKEROYOK 4


CONQUISTADORINI,terutamanya Tanah Melayu yang dipegang oleh 'raja conquistador'
iaitu Inggeris.Namun anehnya,orang-orang Melayu masih bernafas dan masih berbahasa
Melayu di dunia fana ini.Adakah kata-kata Hang TUah itu menjadi sumpah yang
benar?Inilah misteri yang memang tidak terpecahkan.Aborigine yang memegang pulau
sebesar Australia pun rebah,bagaimana orang-orang Melayu ini yang dituduh bermacam-
macam tuduhan seperti pemalas,kurang cerdik,lembik dan 'nak buat jarum pun tak reti'
boleh 'survive' selepas dilanda 'air bah' penjajahan yang memenatkan?Sepatutnya orang-
orang Melayu lenyap,tetapi apa yang berlaku sebenarnya?

Fikirkan,jika orang-orang Melayu tidak pernah melihat kapal,meriam,istinggar dan orang


Eropah,sudah tentu orang-orang Melayu akan dibelasah habis-habisan seperti yang
terjadi kepada Aztek,Maya,Toltek dan Inca.Benar,terutamanya di Tanah Melayu,kita
dapati tiada piramid-piramid segagah seperti yang dibina oleh Aztek dan Maya,namun
dimanakah orang Aztek yang amat hebat boleh membina piramid agam itu?DIMANA
MEREKA?

Mengapa orang Melayu menentang dengan darah,fikiran dan keringat...menggunakan apa


saja yang mungkin....keris,parang,tombak,meriam,istinggar,pemuras,kapal-kapal perang
untuk menghadapi serangan bertubi-tubi,bukan satu malah EMPAT NEGARA EROPAH
TERKUAT.Penjajah hanya menghantar Sepanyol sahaja untuk menghapuskan tamadun-
tamadun hebat di Benua Amerika,namun terpaksa menghantar beberapa negara penjajah
untuk menundukkan NUsantara.Mengapa orang-orang Melayu tidak menganggap orang-
362

orang Eropah ini sebagai dewa atau anak dewa yang turun dari kenderaan sakti?Padahal
kaum sehebat Maya yang hebat dari segi teknologi astronomi dan matematik boleh
dikalahkan dengan mudah.

Di manakah bangsa-bangsa hebat seperti Assyria yang membina kota Nineveh yang
agung?Di manakah Akkadia,Chaldea dan penakluk-penakluk Babilon yang pernah
berdagang dengan pedagang-pedagang Melayu pada hari ini?Di manakah keturunan
Firaun dan bangsa Qibti Mesir Purba yang membina piramid yang menjadi salah satu
keajaiban dunia dan pernah melawat 'Punt' 3500 tahun yang silam dan pernah bertemu
dengan pemerintah Punt iaitu orang 'Melayu' di sana yang bernama Raja Perehu dan
permaisurinya,Puteri Hati?

Semua bangsa-bangsa hebat ini lenyap dari peta sejarah,jika ada sisanya
sekalipun,keadaan mereka amat menyedihkan.Dahulu mereka sering membuli dua
bangsa picisan,Arab dan Yahudi yang sering dijadikan hamba dan bahan serangan,namun
hari ini lihatlah berapa banyak negara-negara Arab dan lihat peranan orang Yahudi yang
mencatur politik dunia.Orang Qibti Mesir hari ini telah lenyap menjadi orang Arab
Mesir.Namun berita baiknya,bangsa yang pernah dilawati para Firaun Mesir beribu-ribu
tahun dahulu masih ada!Menariknya,mereka masih mengucapkan perkataan-perkataan
yang pernah didengar oleh utusan Firaun dahulu,kira-kira 3500 tahun yang silam!

Petunjuk Dari Tulisan Rencong

Sebelum ini kita telah mengkaji corak tulisan purba orang-orang Melayu iaitu
Rencong.Tulisan Rencong pada masa dahulu ditulis pada tanduk kerbau, buluh, kulit
kayu, kertas dan daun lontar.Manuskrip-manuskrip ini kebanyakannya disimpan oleh
Belanda,majoritinya di Bibliotheek (Perpustakaan) Leiden.Dari manakah tulisan ini
berasal?Atau soalan yang mencabar dan luarbiasa,TAMADUN MANAKAH YANG
MENCEDOK TULISAN INI MENJADI TULISAN MEREKA?

Kita lihat kembali perbandingan antara tulisan-tulisan Aramaik,Phoenicia dan Brahmi


(Brahmi berasal dari tulisan Parsi Kuno di zaman Cyrus The Great).
363

Brahmi Dan Rencong


364

Aramaik dan Rencong


365

Phoenicia dan Rencong


366

Akhirnya tulisan jenis ini menjadi semacam tulisan jenis pepaku (cuneiform) yang
digunakan oleh Tamadun Sumeria.

Apabila melihat kepada persamaan aneh antara tulisan Rencong dengan tulisan-tulisan
purba ini,terdapat 3 andaian untuk menerangkan mengapa tulisan orang Melayu ini
mempunyai hubungan dengan skrip-skrip tersebut:

1-Orang Melayu mencedok tulisan orang Phoenicia pada zaman dahulu.Faktor bagaimana
ia terjadi kemungkinan besar dan dipercayai hasil dari aktiviti perdagangan antara kedua-
dua bangsa.

2-Orang Phoenicia pernah menetap di Nusantara,sama ada menjajah,penghijrahan atau


sebagai 'warganegara yang bekerja' di Nusantara.

3-Tulisan ini memang tulisan ciptaan orang Melayu Purba.Kemudian ditiru oleh orang
Phoenicia,kemudian dicedok oleh orang Aramaik kemudian diubahsuai oleh orang Ibrani
(Hebrew) dan seterusnya diambil oleh orang Aryan,yang kemudiannya membawa skrip ini
ke India untuk menuliskan kitab-kitab Veda,kemudian dicedok oleh orang Dravidia
(Tamil,Devanagari,Malayalam) seterusnya dicedok lagi oleh orang Khmer dan Nusantara
(menjadi Kawi dan Aksara),dari sini dicedok buat kesekian kalinya oleh orang Thai dan
BUrma.

Misteri persamaan tulisan Rencong ini dengan tulisan-tulisan dalam kelas Proto-
Canaanite benar-benar memeningkan pakar-pakar kajian skrip di Barat.Akhirnya 'dengan
367

berat hati' mereka meletakkannya di bawah kategori subBrahmi bersama


Kawi,Khmer,Thai dan lain-lain,memandangkan skeptikal mereka dengan skrip Asia
Tenggara yang dianggap mereka diinspirasikan daripada skrip Brahmi.Ini juga akibat
pandangan tradisional pengkaji Barat yang memandang semua skrip di Asia Tenggara
dipengaruhi oleh unsur-unsur Keindiaan.Namun ini tidak dipersetujui oleh para sarjana
lain seperti Jaspen,Marsden dan Jones yang mengesan misteri yang menyelubungi
Rencong ini,malah semakin dikaji sehingga bukan setakat skrip Rencong,malah bahasa
Melayu dialek Rejang itu sendiri menimbulkan misteri lebih besar,persamaannya dengan
perkataan-perkataan Mesir Purba!!

Rahsia Tersembunyi Di Dalam Relief Di Kuil Hatshepsut

*Perehu dan isterinya Ati

Kesedaran para ahli arkeologi,sejarahwan dan pakar bahasa tentang misteri yang
menyelubungi skrip Rencong memandu beberapa pengkaji mendekati dengan rapat selok-
belok tulisan ini,sejarah tempat di mana tulisan ini ditemui dan orang yang
menggunakannya.Seterusnya mereka mengkaji pula bahasa yang digunakan oleh skrip
ini,iaitu bahasa Melayu Rejang.

Charles Robert JOnes,seorang ahli American Research Center di Mesir telah menyatakan
bahawa kesedaran tentang pengaruh Phoenicia terhadap tulisan Rencong ini telah
ditimbulkan oleh J. Park Harrison pada tahun 1896 di hadapan Persatuan Geografi dan
Arkeologi Great Britain.Sarjana-sarjana budaya orang Semitik iaitu Sayce,M.Renan and
Neubauer yang telah memeriksa tablet-tablet buluh di Sumatera,telah menyimpulkan
bahawa karakter-karakter huruf dalam Rencong sememangnya mempunyai pengaruh
Phoenicia.Phoenicia adalah istilah Barat kepada orang Kanaan,satu bangsa purba yang
368

pernah mempunyai tamadun dan peradaban tinggi pada masa silam.Para pengkaji sejarah
menyatakan peradaban orang Phoenicia telah wujud kira-kira 1200 tahun Sebelum
Masehi.Mereka pada zaman dahulu tinggal di kawasan sekitar Palestin,Lebanon dan Syria
sekarang.Sarjana-sarjana Semitik berkenaan berkeras melaporkan bahawa REncong
adalah tulisan orang Phoenicia sama ada dipengaruhi atau mempengaruhi malahan Dr.
Neubauer menjelaskan dengan lebih terperinci bahawa bentuk-bentuk huruf Rencong
dikenalpasti adalah mirip versi tulisan orang Phoenicia pada abad keempat dan kelima
Sebelum Masehi.

Tablet-tablet ini telah dihantar ke England (salah satu rompakan khazanah Melayu
Nusantara,menjadikan sebahagian anak Melayu hari ini berasa rendah diri dan
mengalami kecelaruan identiti,sekejap merasa Melayu,sekejap merasa Cina,sekejap
merasa India,sekejap merasa Siam seperti sesumpah) oleh William Marsden pada tahun
1783 dan huruf-huruf dari tablet itu telah diterbitkan dalam bukunya yang bertajuk The
History of Sumatera.Kerja-kerja awal para sarjana menumpukan kepada sumber-sumber
kepada skrip Rencong dan struktur karakter dalam tulisan tersebut serta bunyi setiap
karakter.Hasilnya sungguh memeranjatkan apabila mereka mendapati tiada satu pun
skrip-skrip Keindiaan tertua yang menepati sama ada tulisan Rencong mahupun aksara-
aksara Sumatera berkaitan.Penemuan yang mengejutkan ini telah diterbitkan di jurnal
saintifik Oxford journal,Archaeologia Oxoniensis pada tahun 1896.Kesimpulan yang
dibuat mereka ialah tulisan ini telah dibina melalui hubungan secara langsung dengan
orang Phoenicia (bukan cedokan atau ubahsuai tulisan dari tulisan lain).

Pada tahun 1927,seorang pengkaji Jerman telah memulakan satu projek kajian bebas
berkaitan skrip orang Batak di tengah dan utara Sumatera.Pengkaji tersebut,Schroeder
telah turun ke Sumatera dan cuba mendapatkan jawapan sama ada terdapat data-data
yang secukupnya untuk menyesuaikan dengan jangka masa tulisan Phoenicia ini dicedok
atau mereka datang ke Sumatera melalui India atau dari Phoenicia ke Nusantara secara
terus.
369

Hasil kajian pengkaji Jerman ini boleh dibaca dalam artikel bertajuk A Phoenician
Alphabet On Sumatra.Di dalam artikel ini,beliau telah menunjukkan bukti-bukti
hubungan secara langsung antara skrip Phoenicia dan skrip Batak.Beliau juga
menunjukkan perbandingan kronologi pembinaan karakter antara Phoenician dan
Aramaik (tulisan Ibrani Kuno dan asal-usul Hebrew),dan menunjukkan perkara yang
sama telah berlaku pada skrip Batak!Schroeder mengatakan tulisan ini tiba ke Sumatera
pada masa pembinaan kerakter ini iaitu kira-kira 700 dan 650 Sebelum
Masehi.Kesimpulan dari kajian beliau ialah tulisan orang Batak adalah mewakili
perubahan dari tulisan Phoenicia ke Aramaik (dengan kata lain,ketika orang Ibrani mula
mempelajari tulisan orang Kanaan,draf tulisan yang belum sempurna diadaptasi ke
Aramaik yang dikenali pada hari ini telah sampai ke Nusantara,manakala draf tadi di
Tanah Kanaan telah mengalami perubahan demi perubahan sehingga menjadi tulisan
Ibrani Kuno,sementara draf tadi yang sampai ke Sumatera masih dipakai oleh orang
Nusantara).Beliau juga mengatakan 'draf' ini sampai ke Sumatera kira-kira permulaan
dan akhir abad ke 7 Sebelum Masehi.

Akibat dari pelbagai misteri dan tandatanya yang menyelubungi pakar-pakar bahasa dan
skrip dari Eropah sejak era penjajahan hingga tamat Imperialisme di Nusantara,pada
tahun 1961,Universiti Kebangsaan Australia telah menghantar seorang ahli antropologi ke
Sumatera.Pakar antropologi itu,M.A Jaspen telah menghabiskan beberapa tahun di antara
masyarakat Rejang Sumatera untuk mempelajari bahasa dan mengumpulkan cerita rakyat
dan kosakata bahasa Melayu Rejang.Pada ketika itu (1961) masih ada penduduk di sana
yang menggunakan skrip Rejang (seperti hari ini,masih ada orang menggunakan skrip
Jawi) terutamanya orang tua-tua dan pedalaman.Beliau telah menterjemahkan skrip ini
dari tulisan-tulisan pada buluh dan batang kayu dan mengkompilasikannya di dalam buku
yang bertajuk Rejang Ka Ga Nga Text yang diterbitkan oleh Universiti Kebangsaan
Australia.Kulit buku tersebut tercetak karakter-karakter Rencong yang ada persamaan
dengan huruf Phoenicia.

Jaspen juga telah mengusahakan kamus bahasa Melayu Rejang-Indonesia-Inggeris dan


memasukkan juga perbandingan antara bahasa Melayu Rejang dengan sebutan bahasa
Semitik Barat.Walaubagaimanapun,Jaspen telah meninggal dunia sebaik sahaja hasil
kerjanya diterbitkan yang mana mengandungi sebahagian dari siri kajian ANU's Pacific
Linguistics oleh Professor P. Voorhoeve (sekarang dikhabarkan bersara di Belanda).Hasil
dari gabungan kerja oleh M.A Jaspen dan Professor P. Voorhoeve yang juga menyokong
kajian para sarjana seawal abad ke-17,dijadikan rujukan Jones untuk membawa beliau ke
satu rahsia lain yang amat mengejutkan;terdapat unsur-unsur satu tamadun lain yang
370

lebih lama dari tamadun Phoenicia dan Ibrani yang telah dikesan dalam budaya Melayu
khasnya pada bahasa Melayu dialek Rejang,iaitu tamadun Mesir Purba!

Dalam kajian para sarjana sejarah dan linguistik telah menemukan kemungkinan yang
benar-benar memeningkan;lebih memeningkan dari tulisan Rencong,iaitu bagaimana
pengaruh bahasa kuno Mesir Purba yang telah pupus masih tertinggal di dalam bahasa
Melayu dialek Rejang.Dan petunjuk yang mungkin untuk dijadikan asas kajian seterusnya
ialah kembali ke abad 15 SEBELUM MASEHI;ketika Ratu Hatshepsut mengadakan
ekspedisi ke 'Tanah Para Dewa',Punt.

Punt,The Land of Gods

Para sarjana awal yang tidak memahami budaya Nusantara mengalami masalah ketika
mengkaji budaya masyarakat Rejang Sumatera.Pengkaji seperti Jaspen pada awalnya
menganggap masyarakat Rejang dan bahasanya adalah berlainan dengan bahasa
Indonesia/Melayu dan ini menghalang mereka daripada melihat petunjuk yang membawa
mereka kepada kajian pengaruh Mesir Purba.Tetapi pengkaji-pengkaji selepas mereka
yang memahami konsep Nusantara dan bangsa Melayu telah merasa satu kemestian
untuk merujuk kepada bahasa Melayu/Indonesia standard kerana rupa-rupanya
pengaruh Mesir Purba itu juga ada pada bahasa Melayu/Indonesia (memanglah sebab
bahasa Rejang itu adalah bahasa Melayu loghat daerah).Pengkaji seperti Jones ini
terpaksa merujuk kepada bahasa Melayu untuk memastikan makna perkataan Rejang
untuk diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris.Beliau telah mengesan terdapat
perkataan-perkataan 'aneh' yang terdapat dalam bahasa Melayu yang juga ada dalam
371

kosakata Mesir Purba,contohnya perkataan 'asem' dan 'lebun'.'Asem' bermaksud


'tamarind acid'(pemahaman Jones) dan 'lebun' ialah 'sejenis kayu'.Dari sini para pengkaji
dapat mengesan 'clue-clue' yang lain seperti asal-usul perkataan 'lubbanjawi' iaitu
kemenyan dalam bahasa Arab.Perkataan 'lubban' rupanya dicedok dari kata 'lebun' dalam
bahasa Melayu (rujuk artikel ATBM 'Rahsia Dari Wangi-wangian').

*sila klik untuk paparan lebih jelas

Jones memulakan kajian tentang kaitan antara bahasa Melayu Rejang dengan
Phoenicia,Ibrani (Hebrew) dan Mesir Purba apabila terjumpa kamus Rejang di dalam
perpustakaan UCLA (University of California,LOs Angeles).Beliau telah menyenaraikan
perkataan-perkataan antara bahasa-bahasa tersebut dengan bahasa Melayu dan membuat
analisis menggunakan perisian khas komputer dan hasilnya positif dalam kebanyakan
perkataan!!
372

Kajian lebih lanjut dari segi linguistik seperti frekuensi,konotasi dan pembahagian kata
dalam kosa kata Melayu Rejang dengan perbandingan kepada bahasa-bahasa Semitik
Purba ini menunjukkan bahawa terdapat kosa kata yang sama tetapi berbeza makna.Dan
ini bukanlah kebetulan mereka mempunyai kosa kata yang sama,namun di sana terdapat
proses perubahan yang dapat dikesan secara linguistik.Dengan kata lain,perubahan yang
mengambil masa beribu tahun telah merubah makna dari perkataan yang sama;yang
dikongsi oleh Melayu Rejang dan bahasa-bahasa Phoenicia,Ibrani dan Mesir Purba.Dalam
banyak keputusan,BAHASA MELAYU DILIHAT LEBIH BANYAK MENGEKALKAN
KEASLIAN;dengan kata lain ia lebih dipercayai adalah SUMBER ASAL KOSA KATA ITU
di mana perubahan makna itu lebih cenderung terjadi kepada bahasa Mesir Purba dan
lain-lain berbanding Melayu Rejang.Ringkasnya,para sarjana ini dengan berat hati dan
sukar mempercayai dengan kenyataan bahawa bahasa Mesir Purba,Phoenicia dan
Aramaik seolah-olah peminjam atau mencedok perkataan-perkataan Melayu ini!!

Antara perkataan yang sama antara bahasa Melayu dengan Mesir Purba ialah 'hati'
(heart).Ada juga yang berkongsi kata yang sama tetapi makna yang berlawanan.'Min'
dalam bahasa Mesir Purba bermaksud 'hari ini' tetapi 'meun' bermaksud 'esok' dalam
loghat Melayu Rejang.Ada juga yang sama perkataan namun ertinya yang lain,seperti
'betula' dalam bahasa Mesir Purba bermaksud 'gadis' aatau 'dara' dalam bahasa Ibrani
(Hebrew) namun Melayu Rejang mengenalnya sebagai 'keturunan'.Terdapat juga
perkataan yang hampir sama tetapi berbeza kerana kehilangan salah satu huruf atau
sebutan seperti 'mat' atau 'maat' adalah bermaksud 'mata' (eye) dalam bahasa Mesir
Purba tetapi dalam bahasa Melayu/Rejang,ia (eye) adalah 'mata'.Lihat huruf 'a' pada
hujung 'mata' telah tiada dalam sebutan Mesir Purba."Melek' bermaksud 'raja' (king)
punya kaitan dengan kata 'meligai' (Melayu standard:'mahligai) iaitu 'tempat tinggal raja'
dalam dialek Rejang.

Ati,kekasih 'hati' Raja Punt


373

Inilah adalah penemuan yang amat memeranjatkan tentang apakah kaitan terahsia antara
orang Melayu dengan misteri Punt,iaitu tanah suci yang didakwa oleh para Firaun sebagai
'tempat asal-usul moyang' mereka.Perkataan 'hati' telah ditemui pada rekod ekpedisi Ratu
Hatshepsut ke Punt pada abad ke 15 Sebelum Masehi.Dokumen ini,yang dirakamkan pada
ukiran relief kuil di Deir El-Bahari di Luxor di mana nama isteri kepada raja Punt yang
ditemui oleh utusan Ratu Hatshepsut ialah 'ati' (hati) yang bermaksud 'hati' (heart)!Nama
raja Punt itu pula adalah 'perehu' sebagaimana yang didekodkan oleh pakar bahasa dan
Egyptologi dari relief itu.'Perehu' kemungkinan besar adalah gelaran,dan 'perehu' adalah
tidak ragu lagi satu perkataan bahasa Melayu iaitu 'perahu' (boat).Jadi makna penuh
nama gelaran raja Punt ialah 'Raja Perahu' atau 'King of Ship/Boat'.Dan menariknya,kata
'perehu' terdapat pada tajuk kepada salah satu tablet buluh (tulisan Rencong) yang
diterjemah oleh Marsden iaitu 'Sejarah Perehu'.

Ini bercantum dengan salah satu alter terahsia bangsa Melayu sejak sekian lama,'LAUT
DAN BAHTERA' (rujuk artikel ATBM 'Viking of The Orient')

Perkataan 'Asem' pada bahasa Mesir Purba ialah 'emas' (gold) di mana pada spesimen di
relief kuil dan pada manuskrip papirus bermaksud 'gelang emas'.'Asem' ini direkodkan
sebagai 'produk dari Punt'.(rujuk alter Melayu yang lain iaitu EMAS pada artikel ATBM
'The King Solomon's Mines).Dari petunjuk ini,kita dapat simpulkan bahawa para Firaun
ini mengenal emas sebagai produk utama Punt.Dan dari sini kita tahu dari mana Ptolemy
mendapat nama 'Aurea Chersonese' (Golden Chersonese,'Aurum' iaitu istilah kimia bagi
emas diambil dari kata 'Aurea' ini).Ini muncul pada ukiran pada tembok utara dan selatan
pada kuil Dinasti ke-18 di Deir al Bahari,Luxor.

Pada dokumen bersejarah ketika era Hatsheput dan Thutmose III dan juga pada inskripsi
di makam Rekhmire dan Puyemre,'Asam' ialah produk Djahi(Phoenicia) dan
Nubia.Seorang sarjana,James H. Breasted menjelaskan bahawa 'asam' iaitu produk emas
berbentuk seperti donut ini adalah emas komersil yang diperdagangkan.Perkataan 'asam'
ini muncul dalam bahasa Melayu di seluruh budaya Malaysia,Indonesia dan Iban di
Borneo.Ia bermaksud 'masam' atau 'berasid/cuka'.Walaupun begitu,pada penggunaan di
masa silam,'asam' juga bermaksud logam berharga atau campuran logam berharga atau
'teraloi'.

Di dalam spesimen di relief itu juga ada diterangkan tentang 'anti'(bahasa Mesir Purba)
iaitu 'kemenyan' atau 'wangi-wangian' (rujuk ATBM 'Rahsia Dari wangi-wangian) iaitu
salah satu produk terpenting Punt,sama seperti emas.Kemenyan atau 'anti' ini adalah
374

objektif utama ekspedisi ke Punt kerana di Mesir Purba,kemenyan adalah bahan suci
untuk tujuan keagamaan.

Perkataan Ibrani (Yahudi) bagi kemenyan ialah 'labona' dan Arab menyebutnya
'lubban'.Anehnya,di dalam bahasa Melayu terdapat kata 'lebun' yang bermaksud sejenis
pokok (pokok kemenyan).'Lubbanjawi' adalah kata standard dalam bahasa Arab merujuk
kepada 'kemenyan pepejal' yang khas.Kata 'Jawi' itu merujuk kepada tempat ia terhasil
iaitu Tanah JAwi.Kemenyan dalam bahasa INggeris ialah benzoin resin,dimana kata
'benzoin' itu diubahsuai dari kata 'lubbanjawi' setelah mengalami perubahan pada
perkataan Inggeris lama 'benjawin'.

Pakar botani di UCLA,DAvid Verity,telah mengatakan bahawa pokok-pokok kemenyan


telah dibawa ke selatan Tanah Arab dan ditanam di sana setelah permintaan kepada
wangian dan kemenyan meningkat.

'Matahari' dalam The Egyptian Book of The Dead

The Egyptian Book of The Dead adalah kompilasi manuskrip-manuskrip papirus yang
menerangkan ritual-ritual keagamaan,ilmu sihir dan falsafah mistik orang Mesir Purba.Ia
tercatat dalam skrip hiroglif Mesir Purba.Ini adalah nama yang diberikan oleh pengkaji
Barat kepada koleksi manuskrip ini.Ia dikenali dalam budaya Mesir Purba sebagai 'Jampi
Kehadiran' atau 'Hari Keempat'.The Book of The Dead adalah koleksi yang merentasi
masa sejak Kerajaan Lama Mesir Purba dalam bentuk text Piramid hinggalah ke Era
Kerajaan Pertengahan dalam bentuk teks keranda (manuskrip yang diukir pada luar
permukaan keranda).Di dalam koleksi ini juga dijelaskan perjalanan roh selepas kematian
dan kehidupan selepas kematian.Ia juga menerangkan kewujudan alam ghaib.

Di dalam The Egyptian Book of The Dead ini ditemukan kata 'Maat Heru' yang berulang
kali.Kata 'Maat Heru' ini bermaksud 'Mata Horus' atau 'Eye of Horus'.Perkataan ini juga
375

ditemukan pada teks-teks Piramid.Ini adalah ekspresi tertua tentang Wadget atau 'mata
yang sihat'.Dalam mitologi Mesir Purba,'Mata Horus' adalah Matahari dan Bulan.Di
dalam peperangan dengan Dewa Kegelapan,Seth,'Mata Horus' ini dimusnahkan.'Mata' ini
diketahui adalah kuasa terkuat dalam mitologi Mesir Purba.Ia kemudiannya dipulihkan
oleh Isis dan dikenali sebagai Wadget atau 'Mata yang Sihat'.Horus akhirnya berjaya
menentang tentera Seth,di bumi dan di alam ghaib kegelapan.Di dalam budaya Mesir
Purba,Horus bermaksud hari siang atau terang.Ia juga ditampilkan sebagai 'Mata kepada
hari Siang'!

Di sini pakar bahasa dan budaya Nusantara semakin merasa keanehan dan misteri yang
tidak terjawabkan.Kata 'Maat' adalah sama erti dengan 'mata' dalam bahasa
Melayu.'Heru' pula sesuai dari segi linguistik dengan 'hari' dalam bahasa Melayu.Padanan
linguistik dengan struktur perkataan 'Maat Heru' dan 'Mata Hari' adalah mencapai
98%!'Mata Hari' dalam definisi biasa bermaksud 'Mata kepada Hari pada waktu siang'
adalah maksud yang sama dalam budaya Mesir Purba!!Dan 'Matahari' adalah 'Sun' dalam
bahasa Melayu,sama seperti sifat Horus sebagai dewa matahari!Pakar-pakar linguistik
dan sejarah yang mengkaji kaitan antara bahasa Melayu dan Mesir Purba menyimpulkan
perkataan ini 'adalah hubungan secara LANGSUNG ANTARA BUDAYA MELAYU
DENGAN MESIR PURBA'.

Raja Melayu Kuno di 'Tanah Para Dewa'


376

Rekod-rekod Mesir Purba telah mengesahkan bahawa lokasi Punt ialah satu kawasan luas
DI TIMUR MESIR.Di dalam The Book of The Dead,Punt ialah sebutan kepada dunia
sebelah timur (set nu Punt).Di dalam kesusasteraan Mesir Purba,The Shipwrecked
Sailor(terjemahan ke bahasa Inggeris),ada menceritakan tentang Raja Punt ini.Ia
mengisahkan seorang pelayar yang karam kapalnya dihanyutkan ke sebuah
pulau.Kemudian dia terserempak dengan 'ular besar' yang kemudiannya berdialog dengan
pelayar tersebut.'Ular besar' itu kemudiannya memberitahu pelayar itu bahawa dia adalah
raja tempat itu yang dikenali sebagai Punt.Seterusnya di dalam kesusasteran itu ada
menerangkan bahawa 'ular besar' (naga?) itu memerintah ke atas kawasan kepulauan.Ini
membatalkan teori Punt di Tanah Arab atau benua Afrika.'Memerintah pulau-pulau'
adalah ciri-ciri Raja Punt dan hanya Kepulauan Melayu sahaja lokasi yang tepat dengan
petunjuk ini!

(Kami akan dedahkan rahsia darah naga,sejarah dinasti darah naga,bangsa 'Mu' dan
tanah yang tenggelam dalam artikel ATBM akan datang)
377

Di relief kuil di Deir al Bahari,ada terakam kedudukan Punt di antara jalan perdagangan
beberapa tamadun agung.Ini adalah satu ciri-ciri yang menepati kedudukan Nusantara
sebagai jalan perdagangan antara India dan China.Dan eksport utama Punt ialah
kemenyan dan emas!

Dari sini dapatlah kita simpulkan bahawa ciri-ciri Punt dalam pelbagai manuskrip Mesir
Purba:

-berada di TIMUR Mesir.


-Raja Punt memerintah pulau-pulau
-terletak di jalan tengah perdagangan antara tamadun
-mengeksport emas dan kemenyan
-Gelaran raja Punt ialah 'perehu' dan orang Punt pandai membuat kapal dan perahu

Peti-peti di Gua Rahsia semakin bergegar-gegar mengeluarkan haruman misteri!!

Bukti-bukti lain bahawa ekspedisi Ratu Hatshepsut menuju ke arah Nusantara adalah
seperti berikut:

Faktor masa-Di dalam ramalan Amon pada permulaan pemerintahan Hatshepsut ada
menyatakan:

"...Tuanku telah melihat sehingga sampai ke pelabuhan kemenyan,untuk membuka ia


sepenuhnya...untuk mengetahui jaraknya...untuk membuka jalannya supaya patuh
kepada ayahku Amon"

Di Punt,ketua angkatan laut Mesir Purba,Nehesi telah bertemu dengan pemerintah


Kepulauan Melayu,Raja Perehu (boat in Malay) di mana kapal-kapal Mesir Purba telah
kembali ke Mesir pada tahun ke-5 pemerintahan Hatshepsut.Ini adalah JANGKA MASA
YANG CUKUP untuk pelayaran dari Mesir melepasi Laut Merah.Jika Punt terletak di
sepanjang pantai Afrika,jangka masa pelayaran adalah lebih pendek
sepatutnya.Kepulauan Melayu adalah lokasi yang menepati jangka masa ini.
378

Potoh (gelang dipergelangan tangan)-Nehesi(ketua angkatan laut Mesir Purba


sebagaimana yang diterakam pada relief di Luxor) melaporkan bahawa Perehu memakai
potoh pada pergelangan lengannya.Ini adalah budaya raja-raja Melayu,sila rujuk kepada
POTOH NAGA yang disimpan oleh Kesultanan Perak.

*Perhatikan 'keris' yang dimiliki Perehu

Keris-Ukiran di Kuil Hatshesut juga menjelaskan bahawa Perehu memiliki sebilah 'pisau
pendek' yang diselitkan pada kain sarungnya.Budaya Mesir purba tidak menyelitkan
senjata pada kain atau seluar.Senjata tajam akan diletakkan di dalam sarungnya dan
sarung senjata itu diikat pada tubuh atau digantung.Ini adalah 'style' pemakaian senjata di
dunia sebelah Barat.Tetapi relief ini jelas menerangkan 1001 misteri tentang tabiat
Perehu,memakai senjata yang diselitkan pada sarung (atau sampin?).Hanya gaya berkeris
sahaja yang menepati 'style' raja Punt itu.

Kapal-Pada relief di Makam Min,seorang pegawai kepada Thutmose III ada merakamkan
lawatan seorang pelayar dari Punt yang tiba ke pantai Mesir dengan kapalnya yang ganjil
(yang dilukis oleh pelukis Mesir Purba ketika itu).Kajian dari pakar dan cendekiawan
379

bersepakat mendakwa bahawa bentuk kapal pada ukiran di makam kuno itu lebih
cenderung kepada kapal-kapal Melayu terutama di Sumatera.National Geographic
bilangan 159 yang diterbitkan pada tahun 1981 ada mengulas tentang kapal Sumatera ini.

KESIMPULAN

Terdapat banyak lagi keserasian yang timbul di antara tamadun Mesir Purba dengan
budaya dan bahasa Nusantara.Namun sehingga ke hari ini para pengkaji tetap bingung
dengan penemuan aneh ini.Apakah yang terjadi di Punt 3500 tahun yang silam?Apakah
yang dilihat oleh Nehesi dan anak kapalnya tentang orang-orang Punt dan kediaman
mereka?Bagaimana perkataan Mesir Purba boleh ada dalam kosa kata Melayu dan
Rejang?Bagaimana pula tulisan asli Melayu mempunyai pengaruh
Phoenicia?SEpertimana prasasti yang juga ditemui di Benua Amerika yang dipercayai
milik tamadun seperti Maya dan Aztek,telah merakamkan ketibaan kapal-kapal dari Mesir
Purba dan penduduk di Benua Amerika berkata:

"...kamu tidak sepatutnya sampai ke sini...kecuali datang dari arah Tanah Punt..."

Fikirkan kata-kata yang mendalam ini,dan bayangkan di mana Tanah Punt itu.Adakah
Horus adalah salah satu raja di Tanah Punt?SEbagaimana gelaran dewa-dewi HIndu
kepada Nusantara sebagai 'The Fabulous Land of Gold' begitu juga para Firaun ini yang
mengenal Punt sebagai tempat menghasilkan emas dan kemenyan.

Mengkaji Nusantara sebagai Punt atau The Land of Gods akan membuka cerita lebih
menggemparkan.Betapa bangsa Qibti Mesir telah tiada tetapi bangsa yang sezaman
dengannya masih wujud dimuka bumi.Orang Kanaan (Phoenicia) yang berniaga dengan
orang Punt pun sudah pupus,namun rakan seperniagaan mereka masih hidup dan ada
yang berniaga seperti dahulu.

Ingat!Pengetahuan rahsia itu bagi orang yang memahaminya.Sekurang-kurangnya orang


Melayu masih dapat mempertahankan Rencong sehingga abad ke 19 dari jarak masa
beribu-ribu tahun.DAN BERTUAHNYA MASIH DAPAT MEMPERTAHANKAN
BAHASANYA SEHINGGA KINI walau pun banyak dugaan melanda.Legenda Perahu dan
Hati terakam di dinding kuil purba di Luxor,Mesir.Perahu dan hati adalah perkataan
Melayu biasa yang digunakan sehingga ke hari ini.Ini juga bermakna kedua-dua perkataan
ini adalah antara perkataan asli Melayu yang paling tua.
380

Pertanyaan yang semakin mendesak-desak di dalam dada ialah,apakah yang sebenarnya


berlaku lebih awal dari 3500 tahun yang silam di antara orang Melayu dan Mesir
Purba?Apakah maksud Tanah Nenek Moyang?

--------------------------------------------------

Coming Soon...

Alter Terahsia Bangsa Melayu XII

-Siapa Funan?Khmer atau Melayu?


-Austronesian dan Polinesia
-Kota yang hilang di dasar tasik Chini
-Bahasa-bahasa Nusantara
-XXXXX XXX XXXXX
-XXXXX XXX XXXXXX
-Helmet dan jaket perang orang Cham
-Item Locked
-Rumpun Melayu
-Item Locked
-Item Locked
-XXXXX XXXXX

Nampaknya petunjuk tidak muncul!Penjaga Gua Rahsia hilang tiada berjejak!Pencarian


semakin menemui jalan buntu!Apakah kesudahan pencarian ini??
381

Nantikan jawapannya dalam episod akan datang!

Hanya di MistisFiles...

Posted by Mistis Organization at 6:29 PM


382

Friday, August 13, 2010

Alter Terahsia Bangsa Melayu XII

Tiada lagi Gua Rahsia.Peti-peti pun sudah hilang entah ke mana.Siapa yang tahu jalan ke
Gua Rahsia?Kita sudah kehilangan petunjuk.

Dengar sini.Apa yang perlu kita lakukan sekarang ialah mengumpulkan semua petunjuk
yang ada.Setiap petunjuk akan membuka cerita yang berbeza.Dan setiap cerita,kita boleh
cantumkan misteri yang ada;kita boleh hubungkan antara satu sama lain.Di dalam siri
ATBM version 1.0 ada dijelaskan tentang petunjuk seorang lelaki 'Phoenicia' yang
dihormati di tempatnya,datang ke dunia sebelah sini,dan diberitakan menyunting seorang
gadis misteri.Kita juga telah maklum misteri tulisan orang Kanaan ini (Phoenicia) yang
punya persamaan dengan tulisan Rencong iaitu tulisan purba orang Melayu yang sempat
direkodkan.Dalam ATBM version 2.0 kita tahu bahawa ciri-ciri gadis misteri ini yang
punya hubungan dengan wangian dan bunga-bungaan.Dan mengapa sumber Judeo-
Sumeria menggelarnya sebagai 'Keturah' (wangian,kemenyan wangi,haruman).Kita juga
belajar tentang 'lubbanjawi',kemenyan wangi yang hanya boleh didapati di Nusantara.Kita
juga tahu tentang legenda emas di Nusantara,sehingga raja-raja Judah dan kerajaan Vedic
yang hilang berbisik-bisik tentangnya.Dalam ATBM version 3.0 kita belajar tentang sifat
bangsa misteri yang berdagang dan belayar.Kita juga sedar tentang misteri kerajaan-
kerajaan yang hilang di Indochina,telah menjadi legenda dan mitos oleh kaum-kaum yang
terkemudian mencorakkan Indochina.Kita juga menjelajah sehingga beribu-ribu tahun ke
belakang,ketika para Firaun memerintah Mesir Purba dan misteri perkataan Mesir Purba
yang 'tertinggal' di dalam kosakata bahasa Melayu.Kita juga tahu bahawa Punt ialah
kepulauan yang kaya dengan emas dan kemenyan wangi.Kita juga kenal siapa itu
Horus,Maat Heru atau Mata Hari di dalam The Egyptian Book of The Dead.

Dalam artikel terakhir ini,kita akan belajar tentang rahsia Firaun dan Raja Perehu,kaitan
di antara mereka.Siapakah Raja Perehu ini?Apakah hubungannya dengan Firaun
383

Mesir?Kita juga akan belajar tentang siapakah Brahma dan Puteri Mayang Mengurai.Kita
akan menghayati legenda cinta antara dua benua;orang Cham menyebutkan dalam
legenda mereka,Kaundinya dan Soma.Orang Khmer menuliskan nama dua kekasih ini
sebagai Preah Thaong dan Neang Neak sementara rekod China mencatatkan legenda ini
sebagai Brahmin dan Ye Ye,'Mayang Mengurai' yang disebut-sebut dalam hikayat-hikayat
Melayu dahulukala.Dan pembukaan rahsia tentang 'darah naga'.

Beribu-ribu tahun dahulu...menurut cerita para maulana dan fakih Nusantara,ketika Nabi
Ibrahim a.s meletakkan Siti Hajar dan anaknya Nabi Ismail a.s di kawasan tandus di bumi
Mekah,baginda tidak pulang ke Tanah Kanaan tetapi telah bergerak sehingga ke Timur
Jauh untuk berdakwah.Nabi Ibrahim telah singgah ke kawasan yang dinamakan Champa-
Kemboja dan melamar seorang gadis misteri di sana.Gadis misteri ini tidak diketahui
namanya namun orang-orang di Sumeria mahupun kota-kota Ur dan Kish memanggilnya
sebagai 'wangi-wangian' atau 'kemenyan wangi' atau dalam bahasa Ibrani Kuno sebagai
'Keturah'.

Siapakah sebenarnya Ibrahim dan Keturah?

"The Tabernacle of Melati and Mala"

"...She opened her mouth to swallow The Love of the Lovers, but could not close her
lips,because her lips was full of poison;the Poison of Soma...Venom of the Kings...

There were Hills in the distance; nearby much happiness there was
384

where the Poison was change by a Holy Man to the Lotus of Wisdom
at the peak of her heart;were the Flowers of Amity as gift for her Lover,The Patriarch..."

(page 275,Venom of The Kings,chapter 37:The Tabernacle of Melati & Mala


-Lodgekeeper's Diary)

Sejarah itu adalah kisah kita yang lalu.Tidak kira sama ada sejarah itu adalah sejarah
manis mahupun yang pahit,ia adalah jawapan kepada kewujudan kita hari ini.Jika kita
tidak wujud hari ini sekalipun,orang lain akan dapat membaca sejarah kita yang
dicatatkan mereka,dan mendapat jawapan mengapa kita pupus hari ini.

Kewujudan kita kerana sejarah yang panjang sebagai asbab yang menceritakan kepada
kita bagaimana orang-orang sebelum kita dapat menyelamatkan diri (survive) dari
kepupusan akibat perang atau penjajahan.Walaupun kita mempunyai 'penyakit
keturunan' atau mungkin boleh dipanggil 'saka' iaituHASAD DENGKI SESAMA
SENDIRI,namun semangat untuk berjuang bagi meneruskan warisan Kemelayuan tetap
membakar nafas perjuangan para pendekar dan pejuang bangsa.Kita sudah membaca
bagaimana bangsa-bangsa hebat di benua Amerika seperti Aztek,Inca dan Maya yang
mempunyai piramid-piramid dan peradaban tinggi akhirnya musnah begitu sahaja akibat
sikap SUKA MENYANJUNG BANGSA LUAR DAN SIFAT MERENDAH DIRI
(INFERIORITY COMPLEX) YANG KETERLALUAN menyebabkan mereka ditipu oleh
conquistador Sepanyol,yang sebelum itu berasa amat kagum dengan peradaban dan kota
mereka.Kita juga belajar bagaimana peradaban Assyria dan Babilon yang pupus kerana
sikap suka berperang dan kejam menyebabkan bangsa-bangsa lain yang merasa tertindas
menyimpan dendam untuk bertindakbalas.Peradaban di Sumeria didirikan di atas darah
peperangan antara negara kota,sementara peradaban Benua Amerika didirikan di atas
darah para korban di atas altar pemujaan.Peradaban China pula didirikan di atas
perebutan antara etnik-etnik China yang saban waktu merebutkan kekuasaan dan
menubuhkan dinasti maharaja (ini antara sebab kaum-kaum yang kalah dan lemah
seperti Tai dan Dai-Viet terpaksa berundur ke selatan).Peradaban Eropah pula didirikan
di atas sifat ingin tahu dan kagum dengan peradaban Arab-Islam,dan inilah pembukaan
cerita kepada Rennaisance di Eropah.

Namun peradaban Kemelayuan didirikan di atas PERDAGANGAN MARITIM dan


PENGEMBARAAN.Unikkan?

Para pelaut Melayu mengembara di seluruh Nusantara dan Pasifik;'The World's End' yang
begitu menggerunkan dan menjadi mitos kepada para pelaut Eropah sebelum abad ke-14
385

(sebab itu dalam filem Pirates of The Caribbean 3, Kapten Jack Sparrow kononnya
di'kunci' di dalam dunia ghaib di 'hujung dunia' dan kru The Black Pearl terpaksa
mengembara sehingga ke Singapura untuk menjejak kapten mereka).Apabila berhenti
pada satu-satu pulau,mereka menubuhkan penempatan dan kerajaan.Mereka tidak pula
membunuh puak-puak aborigine yang tinggal di pulau-pulau itu,malah ada yang
berasimilasi (berkahwin atau bergaul) dengan mereka.Sebab itu yang membunuh dan
menindas para aborigine ini adalah penjajah Eropah yang datang selepas itu.FIKIRKAN
BAGAIMANA ORANG ASLI,JAKUN,DAYAK dan seumpamanya masih mengekalkan
tradisi dan cara hidup mereka beribu tahun sehingga ke hari ini.Jika orang Melayu adalah
bangsa penjajah yang kejam,sudah tentu kaum-kaum aborigine ini sudah lama pupus.Jika
kaum aborigine Amerika yang gagah perkasa seperti Aztek yang biasa berperang dan
bermain dengan kepala manusia dan bau darah boleh hancur tewas di tangan penjajah
Sepanyol,apatah lagi Orang Asli di Nusantara yang lemah ini,yang hanya tinggal di ran
atau pondok-pondok buruk di dalam hutan berbanding 'Orang Asli' Amerika yang tinggal
di dalam bangunan-bangunan batu agam yang besar-besar.TetapiKEWUJUDAN
MEREKA hari ini ADALAH BUKTI BETAPA PERADABAN MELAYU ITU BERDIRI DI
ATAS PERDAGANGAN MARITIM DAN SIFAT SUKA MENGEMBARA.Tidak lebih tidak
kurang.

Bangsa Melayu (The House of Jawi) terdiri daripada pelbagai sukukaum dan etnik.Kata
'Melayu' itu sendiri mengandung makna yang mendalam.Ia adalah nama lain bagi Bani
Jawi yang 'homeland' nya di Nusantara (Asia Tenggara dan Pasifik Barat).Hari ini ada
sesetengah orang yang keliru dengan istilah 'Melayu' ini,terutamanya di Indonesia.Ini
terjadi kerana hanya Inggeris sahaja yang mengenal bangsa Nusantara ini sebagai
Melayu,manakala orang Belanda masih kabur dengan penduduk di tanah
jajahannya.Hasilnya ada orang yang menganggap 'Melayu' itu sukukaum sahaja dan
merujuk kepada sukukaum Melayu ini kepada orang Melayu di Malaysia.Jadi apabila ada
kaum-kaum yang seiras dengan ciri-ciri Melayu Malaysia,maka dikatakan ia adalah
sukukaum Melayu di antara kaum-kaum di Indonesia.Ini juga membawa erti bahawa
Malaysia adalah 'homeland' sukukaum Melayu ini.Ini adalah salah sama sekali kerana jika
mahu 'fight' di dalam kronologi sejarah sekalipun bersandarkan kepada Teori Sukukaum
Melayu' maka seluruh Indonesia itu adalah hak Malaysia (jika mereka mengatakan
Melayu itu Malaysia,Malaysia itu Melayu) kerana Empayar Melayu Srivijaya pernah
menakluk seluruh Nusantara.Pusat pemerintahan empayar ini terdapat di
Kelantan,Kedah Tua,Sumatera (Palembang,Jambi) dan Jawa.Ini adalah empayar bangsa
Nusantara yang universal.Orang-orang Jawa,Sunda,Mendailing,Minang dan
seumpamanya bila bercampur dengan 'Melayu' ini akan menjadi Melayu walaupun
mereka masih berbahasa loghat masing-masing.Anak-anak mereka akan memanggil diri
386

mereka sebagai ORANG MELAYU dan seterusnya menyebutkan keturunan


mereka,misalnya,"Saya orang Melayu berketurunan Banjar,saya orang Melayu keturunan
Pakistan dan Jawa,saya orang Melayu keturunan Bugis"...dan seterusnya.Uniknya,tiada
siapa pun yang memaksa mereka menjadi 'Melayu'.Ini bukan kes Raja Thai mahu
'menThaikan' orang Melayu,Cina dan India,ini bukan dasar penghapusan etnik atau
seumpamanya...tetapi INI ADALAH LUMRAH SEMULAJADI BANI JAWI.Mereka
menjadi Melayu kerana memang mereka adalah Melayu.

Ada juga pihak yang 'terlebih pandai' mengatakan Melayu itu adalah nama bahasa bukan
bangsa.Bagaimana orang Nusantara boleh terlampau bijak boleh mencipta satu bahasa
yang mempunyai nama lain dari nama bangsa yang menuturkannya.Nama Melayu bukan
hanya ditemukan pada istilah 'BAHASA MELAYU' tetapi dijumpai pada perkara-perkara
yang lain.NamaMELAYU itu dijadikan nama sungai,nama kerajaan dan wilayah,malah
seluruh nusantara ini dinamakan Malayadvipa di dalam antara karya sastera paling agung
dan dihormati di India iaitu Ramayana!Malayadvipa bermaksud 'PULAU-PULAU
MELAYU'.Bahasa Melayu bukan seperti bahasa Sanskrit yang merupakan bahasa saduran
dari bahasa Avestan dan buktinya kini bahasa itu semakin mengalami kepupusan.Bahasa
Sanskrit dibawa oleh puak Aryan ke Benua India sekaligus dengan ajaran-ajaran
Veda.Jadi Sanskrit adalah bahasa bagi ajaran Veda sebagaimana Arab adalah bahasa bagi
mengungkapkan ajaran Islam.Namun Sanskrit bukan bahasa asal Benua India.Ia adalah
bahasa puak Aryan dari Asia Tengah.Ini berlainan pula dengan bahasa Melayu.BAHASA
MELAYU ADALAH INDUK BAGI SEMUA LOGHAT ETNIK-ETNIK NUSANTARA.Sebab
itu Bahasa Melayu dijadikan antara isi dalam Sumpah Pemuda ketika pembinaan negara
Indonesia.

Bayangkan seluruh pemimpin di Indonesia tidak kira Jawa,Sunda,Aceh dan lain-lain


bersetuju menjadikan BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA PERSATUAN SELURUH
INDONESIA!Bukan bahasa Jawa,bukan bahasa Sunda,bukan bahasa Aceh apatah lagi
bahasa Siam Ayutthaya.

Rumpun Melayu di Indonesia boleh berkokok dengan 'bangsa Indonesia' mereka yang
merupakan khayalan Belanda yang menyangka rumpun Melayu di pulau-pulau Indonesia
adalah bangsa Keindiaan (prefix Indo- adalah bermaksud India atau ciri-cirinya) namun
anehnya apabila mengharap sesuap nasi di Malaysia dan seterusnya pasrah menetap di
Malaysia,lama-kelamaan mereka ini mula mengaku Melayu,dan anak-anak mereka yang
sudah mendapat kad pengenalan biru dan bersekolah di sini menganggap diri mereka
adalah Melayu BUKAN BANGSA KHAYALAN BERNAMA INDO-NESIA.
387

Selagi lagi,tiada siapa yang menekan mereka supaya mengaku Melayu.Kerajaan Malaysia
tidak memaksa rumpun Nusantara dari Indonesia ini menjadi Melayu di Malaysia.Mereka
tidak diseksa,diperangi,dipenjara atau didiskriminasi untuk menjadikan mereka sebagai
Melayu.Nama mereka yang asalnya keJawaan atau keSundaan atau keMinangan tidak
pula dipaksa untuk diMelayukan.TETAPI MEREKA MENJADI MELAYU SECARA
MISTIK DAN TANPA DISEDARI DI BUMI SEMENANJUNG EMAS INI!
Apabila anak-anak mereka membesar di kalangan orang Melayu di sini tiba-tiba menjadi
lebih Melayu dari dirinya dan mendapati budaya dan bahasa orang Melayu di sini punya
persamaan yang erat dengan budaya mereka,saudara-saudara kita dari Indonesia ini
seolah-olah tersedar dari mimpi yang sekian lama direka oleh penjajah Belanda dan ketika
itu barulah mereka sedar bahawa 'Indonesia' hanyalah sekadar nama negara sahaja
namun merekalah bangsa Melayu Nusantara yang berpijak di Timur Jauh!

Dan inilah yang membezakan antara bumiputra dengan kaum-kaum bukan bumiputra
seperti Cina dan India.Ini kerana etnik-etnik Melayu ini walau di mana sahaja APABILA
BERPIJAK DI 'TANDUK SEMENANJUNG EMAS' akan kembali kepada asal-usul mereka
sebagai MELAYU.Aneh bukan?

Mereka akan mengamalkan adat Melayu,berbahasa Melayu (disamping loghat kaum


masing-masing) dan beragama Islam.Ini berbeza dengan kaum Cina dan India yang masih
berdegil dengan budaya masing-masing malah apabila diberi peluang memerintah mahu
pula menghapuskan warisan Melayu secara gelojoh (seperti DAP).Pemimpin mereka
berkokok bertanyakan mengapa setelah lebih 50 tahun merdeka,mereka masih tidak
mendapat status bumiputra.Bagaimanakah orang-orang Melayu mahu memberi status
bumiputra kepada mereka PADAHAL SIKAP DAN MENTALITI MEREKA SEPERTI
PENJAJAH YANG MAHU MENJARAH BUMI DAN WARISAN ORANG-ORANG
BUMIPUTRA?Contohilah kaum Baba dan Nyonya yang pandai berasimilasi dengan
budaya orang-orang Melayu tanpa meninggalkan 'kecinaan' mereka.Ini tidak,masih
berdegil mahu membawa budaya Komunis ala Chin Peng dan Mao Ze Dong walau sudah
lama menghirup udara Malaysia.Setiap hari dihabiskan untuk berfikir apakah lagi isu
sensitif yang boleh dibangkitkan bagi menyakitkan hati orang-orang Melayu.

Pemimpin mereka berkokok sehingga habis suara,mengapa orang-orang seperti Khir Toyo
(keturunan Jawa),Najib (perdana menteri Malaysia,berketurunan Bugis) dan
seumpamanya boleh diiktiraf sebagai bumiputra padahal ada keturunan mereka yang
baru sahaja berhijrah ke Tanah Melayu.INI ADALAH SOALAN BODOH BERSIFAT
RASIS-KOMUNIS YANG KURANG BERPELAJARAN.Orang Melayu adalah salah satu
komposisi Bumiputra termasuk Orang Asli dan Bumiputra Sabah dan Sarawak.Orang
388

Melayu terdiri daripada pelbagai etnik dengan berbagai-bagai pula loghat daerah,yang ini
jika dikaji dalam aspek linguistik adalah dalam kelompok Malayo-Polynesia.Ini berbeza
dengan orang-orang Cina yang terkelompok dalam kelompok Sino-Tibetan.Sebelum era
penjajahan,penduduk Nusantara bebas ke sana ke mari sama ada di tanah semenanjung
mahupun pulau-pulau Melayu (Indonesia).Orang Kedah membuat penempatan di
Sumatera,orang Jawa membuka kampung di Selangor.Orang Bugis membina hidup baru
di Johor,orang Patani dan Champa berhijrah ke Aceh dan Borneo...ini adalah lumrah
dalam Alam Melayu Nusantara.Nusantara adalah 'negara' mereka.Tanah tumpah darah
mereka.Siapa sahaja diantara etnik-etnik Melayu ini yang naik memerintah sama ada
Tunku Abdul Rahman (keturunan Melayu Siam),Tun Abdul Razak (keturunan Melayu
Bugis),Tun Hussein Onn (keturunan Johor-Turki),Tun Mahathir Mohamad (keturunan
Melayu-India Muslim) dan kini Dato Seri Najib Tun Abdul Razak (keturunan Melayu
Bugis),mereka tetap menghormati budaya tradisi kaum-kaum Bumiputra dan
kepercayaan mereka.

Ini berlainan dengan pemerintah Chaivinis-Rasis-Komunis yang dengan gelojoh mahu


menghapuskan budaya dan agama kaum bumiputra khasnya ORANG MELAYU-
ISLAM.Tulisan Jawi mahu dipadam,azan diperlekeh,perarakan Maulidur Rasul
dibatalkan,gerai-gerai orang Melayu diruntuhkan dan lagi...lagi dan lagi.Dan ini akan
berterusan jika kita masih bermurah hati memberikan semua hak kita kepada bangsa
komunis (bukan semua orang Cina tetapi orang Cina yang menganut faham Rasis-
Komunis) maka tunggulah saat kepupusan kita kerana KEBODOHAN KITA MEWARISI
TABIAT PAK KADUK MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI.Perhatikan gelagat
orang-orang Melayu yang terkinja-kinja bersorak seperti monyet dan beruk ketika
berdemonstrasi atau ketika pilihanraya.Habis sesuatu isu atau pilihanraya,yang untung
adalah bangsa asing.
389

Tiada di antara etnik-etnik Melayu ini yang berusaha mengaku merekalah etnik terhebat
dan menjadi akar kepada bangsa Melayu.Tiada pula etnik Boyan mengaku merekalah
asal-usul Melayu dan sebenarnya orang Nusantara adalah "rumpun Boyanlah".Atau orang
Mendailing mengatakan raja-raja Melayu sebenarnya beradatkan raja-raja Mendailing
atau raja Batak.Etnik Jawa yang pernah membina kerajaan yang hebat itu juga tidak pula
berusaha 'menjawakan' seluruh Nusantara.Tambahan pula,tiada di antara mereka yang
mendakwa Inggerislah yang me'Melayu'kan orang Nusantara atau Malaysia.Rumpun
Nusantara di sebelah Indonesia hanya menganggap Malaysia adalah agenda British
namun bukan mengatakan Melayu itu agenda British,kerana sejarahwan mereka tahu
betapa bersejarah dan agungnya nama 'Mala-yu' itu.Ini kerana kerajaan yang dirujuk
sebagai 'Melayu' atau menggunakan nama Melayu seperti Empayar Srivijaya,Kerajaan
Malayu dan Kerajaan Dharmasraya adalah SEBAHAGIAN DARI SEJARAH INDONESIA!

Ini berlainan pula dengan sesetengah orang yang mendakwa 'rumpun' dialah yang
merupakan asal-usul orang Melayu malah mengatakan bahawa nama 'Melayu' itu adalah
ciptaan Inggeris!Ini amat melucukan kerana nama 'Melayu' ini benar-benar ada dalam
rekod China dan India purbakala (ini belum lagi rekod Eropah,Arab dan tamadun-
tamadun lain),manakala nama 'Siam' itu hanya wujud dalam kitab-kitab kuning
bertulisan Jawi dan berbahasa Melayu.Dalam hal ini sudah tentu bukan sahaja
sejarahwan Malaysia malah Indonesia juga berlepas tangan dari cerita sejarah ditahap
komik Naruto yang cuba diketengahkan oleh pihak-pihak yang berkenaan.Malahan
sejarahwan Thai yang pening dengan cerita fantasi Ramkhamhaeng juga menepuk dahi
setelah mendengar komik manga dari 'bangsa Harimau' yang lebih kurang sama dengan
utopia Sukhothai dan batu bersurat Ramkhamhaeng.
390

Begitu senang orang dijadikan bangsa lain hanya dengan mendengar cerita-ceriti yang
diselitkan beberapa fakta sejarah yang diubahsuai.Jika bukan tema 'Siam' pun,jika ada
pihak yang mendakwa dahulu semenanjung ini milik kerajaan Planet Zargus
misalnya,siap ada kitab bernama 'Undang-undang Zargus' (UUZ) dan mendakwa dahulu
penduduk Nusantara adalah rumpun Zargus,sudah tentu ada orang Melayu yang
merasakan dirinya adalah dari rumpun Zargus akibat cetek dalam ilmu sejarah
bangsanya.Ini adalah orang yang tiada jatidiri dan identiti.Cepat goyang apabila
ditunjal.Belum berpencak sudah mengalah.Ini bukan keturunan pendekar atau bangsa
Harimau.Dia mungkin berasal dari The Planet of The Apes.Oleh itu penting untuk
memiliki 'intuisi' Kemelayuan sendiri jika tidak mahu ditukar kepada bangsa lain secara
mendadak,tidak kira bertukar menjadi Siam,Thai,Filipino,Cina,India atau menjadi 'Mat
Salleh' (kerap terjadi di kalangan Elit Melayu dan ahli korporat Melayu).Atau sekurang-
kurangnya anda boleh "Bertukar!" menjadi Gaban.

Oleh itu teramatlah penting bagi kita untuk mempelajari warisan bangsa kita,meneliti
prasasti-prasasti,manuskrip dan tinggalan nenek moyang kita dan memahami bahawa
Melayu itu tiada sempadan negara.Alam Melayu adalah katakuncinya bagi kita untuk
mengelakkan secara tidak sedar bertukar menjadi pencacai kepada sejarah orang lain atau
kepada sejarah fantasi orang lain.

Legenda Kaundinya dan Soma


391

Di dalam ATBM VIII "The Land of The Gods" telah diselitkan sejarah kewujudan sebuah
kerajaan purba Funan.Funan adalah sebuah kerajaan yang wujud di Indochina dan
pengaruhnya mencapai seluruh Kemboja,sebahagian Vietnam di kanan dan Thailand di
kiri dan sehingga negeri-negeri Melayu utara semenanjung.Tidak diketahui sejak bilakah
kerajaan Funan ini sudah wujud tetapi ia dikesan dalam rekod China seawal 1 Masehi
lagi!Funan juga dikesan menjalankan perdagangan dengan negara-negara luar sejauh
Empayar Rom berdasarkan bukti-bukti arkeologi.'Fu-nan' (Fou-Nan) adalah sebutan
dalam lidah orang China di masa itu.Orang Khmer menyebutkan sebagai Nakhor Phnom
dan Dai-Viet menyebutnya sebagai Phu Nam.Funan atau Phnom ini bermaksud 'gunung'
dalam bahasa Melayu Standard di mana ia adalah perubahan beribu tahun dari kata
asalnya 'gnom'(Melayu Kuno).'Funan' ini juga adalah saduran dari kata 'penan' yang
bermaksud 'puak gunung' (perhatikan kaum Penan yang dikategorikan sebagai Dayak
darat manakala Iban sebagai Dayak laut).

Keselarian kata yang membawa maksud 'gunung' ini antara orang Khmer dan Melayu ini
adalah kerana pada zaman dahulu orang-orang Melayu,Mon dan Khmer mempunyai
hubungan erat di Indochina.'Gunung' adalah salah satu katakunci tabut rahsia
Melayu.Perhatikan bagaimana pengasas Kerajaan Khmer mempunyai hubungan terahsia
dengan keluarga dinasti Sailendra di Tanah Jawa.Saudara?Anak
angkat?Sepupu?Gabenor?Pegawai?Kita tidak tahu setepatnya.'Sailendra' adalah
bermaksud 'raja gunung'.Pengkaji Khmer dan sesetengah pengkaji Barat menolak teori
yang mengatakan keluarga raja Funan melarikan diri ke Tanah Jawa dan mendirikan
dinasti Sailendra di sana.Namun fikirkan ini,raja-raja Khmer dan orang Khmer sendiri
bermati-matian mengaku bahawa mereka adalah pewaris Funan padahal mengapa
Jayavarman II diberitakan 'baru pulang dari Jawa'?Aha...prasasti dari kuil purba Khmer
itu tidak dapat disorok kerana ia adalah satu-satunya catatan tentang Jayavarman II yang
dijumpai setakat ini.

Jadi siapakah sebenarnya orang Funan ini?Adakah orang Mon-Khmer atau Malayo-
Polynesian?

Orang Khmer mengaku Funan adalah 'hak' mutlak mereka padahal tiada pun prasasti
Khmer yang menyebutkan tentang Funan ini.Ukiran di Angkor Wat dan Bayon hanya
mencatatkan kewujudan kerajaan Champa,satu rumpun dengan Malayo-Polynesian.Jadi
kita perlukan sumber luar dahulu,terutamanya sumber China yang mula-mula
menyedarkan kita tentang kewujudan Funan ini.

Rekod China yang direkodkan seawal abad ketiga Masehi mencatatkan satu legenda
392

tentang 'orang suci' yang datang ke Kemboja dan mengahwini puteri tempatan.Seorang
pegawai China bernama Rang Tai telah tiba ke Funan pada abad ke-10 Masehi dan
mempelajari kisah tentang Brahmin yang mengahwini seorang puteri bernama Ye Ye (ada
versi lain menjadi Liu-Ye).Kata 'Ye Ye' ini diterjemah secara harafiah kepada bahasa
Inggeris menjadi 'Daun Kelapa' padahal sebenarnya ia bermaksud 'bahagian serat
kelapa/tumbuhan yang panjang' atau dalam istilah hikayat Melayunya 'MAYANG
MENGURAI'.Jadi dari sini kita tahu nama gelaran puteri ini iaitu Puteri Mayang
Mengurai,merujuk kepada kecantikan rambutnya yang panjang bak mayang mengurai.

Dalam legenda yang dicatat oleh pegawai dari China itu ialah bagaimana Puteri Ye Ye
cuba menyerang perahu atau kapal yang dinaiki oleh Brahmin itu tetapi kemudiannya
Brahmin itu dapat menewaskan puteri tersebut lalu kehandalan Brahmin itu (dinyatakan
Brahmin itu menggunakan kesaktiannya) telah menawan hati Puteri Ye Ye.Mereka pun
berkahwin dan dikatakan warisan dari keturunan mereka melahirkan raja-raja
Funan.Mula-mula kita mesti faham petunjuk dalam legenda ini.Terdapat dua watak
utama dalam legenda ini yang dikongsi oleh orang Cham dan Mon-Khmer.

Pertamanya watak 'orang suci' atau Brahmin yang datang dari negeri luar.Kemudian
watak Ye Ye/Liu Ye iaitu puteri tempatan yang menjadi raja atau pemimpin negeri.

Jika kita faham plot legenda ini betul-betul,kita akan dapat melihat kod-kod rahsia di
hampir semua legenda Melayu Purba;juga menggunakan plot cerita yang sama!

Mula-mula kita lihat rekod dari orang Cham (Champa).Di dalam inskripsi batu bersurat
yang bertarikh 657 Masehi (abad ke-5) yang dijumpai di tapak bersejarah My Son di
393

Vietnam ada mencatatkan legenda Brahmin dan Ye Ye ini di mana mereka dikenali
sebagai Kaundinya dan Soma.Sebenarnya dalam inskripsi itu tidak menyatakan nama
sebenar puteri ini tetapi setepatnya menghuraikan sebagai 'anak perempuan kepada
Soma' di mana Soma itu adalah seorang 'Raja Naga'.

Bagaimana dengan dari sebelah Khmer?Mereka mempunyai legenda yang sama namun
lebih kuat sebagai cerita rakyat yang popular di kalangan masyarakat mereka.Orang suci
itu dikenali sebagai Preah Thaong dan Ye Ye sebagai Neang Neak dalam versi Khmer.Oleh
kerana orang Khmer telah mendominasi Kemboja pada hari ini dan berkuasa menuliskan
sejarah mereka dengan lebih meluas maka para pengkaji moden lebih cenderung
menyangka Funan adalah kerajaan orang Khmer.Tetapi hakikat sebenarnya bukan sahaja
para pengkaji Khmer,malah cendekiawan Barat juga pada hari ini masih berdebat tentang
siapakah orang Funan ini.Ini kerana kekurangan bukti dan prasasti menyebabkan identiti
orang Funan ini masih samar-samar.Sebahagian cendekiawan Barat seperti D.G.E Hall
cenderung mendakwa orang Funan adalah dari keturunan Melayu sebagaimana orang
Cham.Tetapi ada juga pengkaji seperti Micheal Vickery yang mengatakan Funan adalah
Khmer.

*Lihat kostum orang Mon ini yang


bercampur-aduk dan perhatikan gadis sebelah kiri sekali memakai kain songket seperti
lagak seorang srikandi Melayu.

Mari kita lihat siapakah yang lebih mempunyai 'autoriti' dengan warisan Funan
berdasarkan apa yang mereka ada tentang kisah Funan ini.Orang Khmer mempunyai
cerita rakyat sahaja,namun orang Cham punya prasasti bertulis tentang legenda ini!Kini
dikatakan dijumpai inskripsi Khmer yang mengandungi cerita orang suci dan puteri
ini,namun isi inskripsi itu hanya menyambung motif yang ada dalam prasasti Cham;di
mana di dalam inskripsi Khmer itu menyatakan bahawa bahawa pemerintah-pemerintah
mereka adalah berasal dari Sri Kaundinya dan anak perempuan Soma.Mengapa inskripsi
394

itu hanya menurut motif cerita dalam rekod orang Cham?KERANA REKOD KHMER ITU
BERUSIA ABAD KE 10 MASEHI MANAKALA REKOD CHAM SEAWAL ABAD KE 5
MASEHI.Terima kasih kepada orang Cham kerana bijak dan rajin menuliskan rekod-
rekod.Sebab itu antara usaha untuk memadamkan sejarah sesuatu bangsa
ialah RAMPAS,MUSNAHKAN ATAU SOROKKAN REKOD-REKOD INI!

*Kompleks My Son di Vietnam

Nasib baik prasasti Cham dijumpai di Vietnam,jika pengkaji Khmer menjumpainya di


Kemboja silap haribulan batu bersurat itu mungkin dipecahkan.Dan dengan ini mereka
lebih selesa mendakwa Funan benar-benar orang Khmer.

Legenda ini menjadi cerita rakyat (folklore) dalam masyarakat Khmer sementara oleh
kerana orang Cham tidak bernegara pada hari ini apabila sebahagian mereka menjadi
rakyat Kemboja dan selebihnya menjadi rakyat Vietnam maka legenda ini semakin
dilupakan.Sementara orang Khmer semakin bercerita ke sana sini tentang legenda cinta
Kaundinya dan puteri Soma,orang Cham semakin tidak mengendahkan cerita PENTING
ini.Namun bangkai gajah tidak dapat ditutup kerana para pengkaji Vietnam telah
menjumpai prasasti tentang Kaundinya dan Soma di My Son yang merupakan tapak
purbakala orang Cham di Vietnam.Mengapa orang Cham punya cerita ini lebih awal dari
versi orang Khmer?

INI KERANA KERAJAAN CHAMPA SEMPAT SEZAMAN DENGAN ERA FUNAN.

Kerajaan Champa ketika itu sangat maju,hasil hubungannya dengan Funan dan orang
Champa lah yang mewarisi segala ilmu pengetahuan Funan.Lihat suasana peperangan di
antara Cham dan Khmer yang diukir oleh pengukir Khmer sendiri di Bayon.
395

*Relief di Bayon menunjukkan askar


Cham (memakai helmet dan membawa perisai) sedang bertempur dengan askar Khmer

Perhatikan kostum askar Cham berbanding askar Khmer.Askar Cham punya jaket perang
dan helmet (topi besi?) serta perisai panjang.Askar Khmer hanya memakai kain
selempang yang diikat-ikat ke tubuh mereka yang tidak berbaju dan seolah-olah memakai
cawat sahaja.LIHAT,ORANG LUAR MENAFSIRKAN ORANG MELAYU AMAT MAJU
DAN BERPELAJARAN namun hari ini ada orang Melayu memikirkan bangsanya dahulu
adalah bangsa hutan dan gua.Mengapa orang luar menilai Melayu dalam sejarah mereka
dengan begitu hebat dan maju?Dan mengapa orang Melayu Malaysia menilai bangsanya
begitu rendah dan menyedihkan?Sehingga ada anak-anak Melayu yang terkekeh ketawa
melihat gambaran Orang Melayu Patani yang memiliki pistol,meriam dan istinggar oleh
pembuat filem Thailand (rujuk filem Queen of Langkasuka).Perhatikan sekali lagi ukiran
ini.Ini bukan diukir oleh orang Cham atau orang Kedah TAPI ORANG KHMER SENDIRI
DI ZAMAN KERAJAAN ANGKOR ERA JAYAVARMAN VII DI AWAL ABAD KE 13
MASEHI!!

Orang Cham ketika itu masih berbisa kerajaan mereka.

Sebab itu mereka berjaya menakluk Angkor Wat,menyebabkan raja Khmer lari membina
Angkor Thom di tempat lain.Kenapa orang Cham ini beriya-riya hendak menakluk Angkor
Wat?Sebab ia ibukota Khmer?Kenapa Angkor Wat masih terpelihara sehingga ke hari
ini?Mengapa kota-kota lain dimusnahkan oleh pihak yang menang berperang di mana-
mana sahaja tetapi ANEHNYA ORANG CHAM INI MENINGGALKAN SAHAJA ANGKOR
WAT DALAM KEADAAN ELOK SELEPAS MENAKLUKNYA?
396

Kerana di Angkor Wat terdapat warisan Kemelayuan Funan atau RELIK yang diambil oleh
orang Cham,sebagai mengingati saudara mereka yang hilang!Memusnahkan Angkor Wat
bermakna SAMA SAHAJA DENGAN MEMUSNAHKAN WARISAN FUNAN DAN
RAHSIA KEMELAYUAN.

Sekali lagi,terima kasih orang Cham...anda adalah contoh warisan Melayu yang
bijak...kalaulah Dai-Viet tidak menjadi barbarian menjarah kerajaan anda,hari ini andalah
model Kemelayuan yang agung.

*Pakaian orang Mon. Orang Mon mempunyai


hubungan dengan orang Khmer berdasarkan kelompok bahasa mereka.Perhatikan
bagaimana orang Tai yang datang kemudian mencedok budaya orang Mon dan Khmer
serta satu lagi budaya,iaitu 'Srivichai'

Funan kemudiannya ditakluk oleh Chenla,satu kerajaan di utara Kemboja yang asalnya
ialah negara naungan Funan.Penaklukan Chenla ini bukanlah serangan ketenteraan
namun lebih cenderung kepada teknikal sosial dan politik,di mana raja Chenla telah
berkahwin dengan puteri Funan dan sekaligus seluruh Funan di bawah pemerintahan
Chenla.Ketika itu Funan sudah lemah kerana keruntuhan rangkaian perdagangan antara
Empayar Rom,India dan China.

Menariknya Chenla ini memang tidak dinafikan oleh para pengkaji ADALAH KERAJAAN
ORANG KHMER.

Chenla memang tidak diragukan adalah warisan Khmer tetapi bukan Funan,kerana
warisan Funan ini telah dikaji oleh ramai cendekiawan dan mereka menyimpulkan
397

bahawa budaya Funan adalah 'campuran kombinasi gaya Dvaravati dan Malayu' di mana
Dvaravati adalah kerajaan purba orang Mon dan Malayu adalah kerajaan purba orang
Melayu Nusantara yang dikesan ciri-cirinya muncul di sekitar utara semenanjung dan
Sumatera.

Jadi jika orang Khmer mengatakan raja-raja mereka adalah warisan Funan;INI
MUNGKIN BENAR.KERANA DARAH CHENLA TELAH BERCAMPUR DENGAN
DARAH FUNANmenghasilkan warisan pemerintahan rakyat Kemboja pada hari ini.

Namun untuk mengatakan bahawa Funan sahaja adalah benar-benar dari orang
Khmer,INI ADALAH FAKTA YANG SALAH.Funan adalah dari keturunan MALAYO-
POLYNESIAN.Hanya orang Cham tahu cerita sebenar tentang saudara mereka ini.Mereka
pernah berkerajaan bersama-sama dan ketika Funan menjadi empayar,Champa tetap
selesa menduduki pantai-pantai Vietnam tanpa ditakluk oleh Funan.Legenda Funan ada
dalam manuskrip Cham dan diletakkan di tapak yang dipandang suci oleh orang Cham
Kuno iaitu di My Son di Vietnam pada hari ini,di mana My Son adalah kompleks
kuil,istana dan monumen suci orang Cham Kuno (sebelum kedatangan Islam).Bayangkan
jika terdapat hikayat Melayu yang mengagungkan Shih Huang Ti membina Tembok Besar
China dan karya itu setaraf dengan Hikayat Hang Tuah dan Sulatus Salatin?Bukankah ini
sesuatu yang janggal?Jadi apa motif batu bersurat yang mencatatkan legenda Brahmin
dan puteri Mayang Mengurai di tempat suci (sacred or holy place) Champa?ADA RAHSIA
DI SINI.

Ketika Funan berkuasa,orang Khmer baru berhijrah ke Indochina dan menubuhkan


kerajaan Chenla.Chenla adalah kerajaan pertama orang Khmer.Chenla adalah
Khmer,Khmer adalah Chenla.Menariknya,para pengkaji bersepakat menyimpulkan
bahawa kerajaan Chenla ini telah menyerap budaya dan kostum Funan ini ke dalam
budaya orang Khmer.Jadi tidak hairanlah jika orang Khmer bermati-matian
mempertahankan bahawa Funan adalah dalam kelompok Khmer kerana jika dikatakan
bahawa Funan itu adalah sekelompok dengan Cham atau Malayo-Polynesian atau
ringkasnya warisan Kemelayuan,maka ini sudah tentu kurang selesa dan perlu dielakkan
dalam penulisan sejarah orang Khmer.Sejarah Chenla menyerap seluruh peradaban
Funan adalah fakta sejarah yang tidak boleh dipertikaikan.Namun bagaimana Chenla
boleh dipastikan sungguh-sungguh bercirikan Khmer manakala Funan sehingga ke hari
ini masih diperdebatkan identitinya?Padahal Chenla pernah dinaungi oleh
Funan?Tiadakah prasasti Chenla yang menyatakan Funan adalah benar-benar kerajaan
orang Khmer,seperti dirinya?Ya,memang tiada. TIADA PRASASTI CHENLA YANG
BERKONGSI SUKA-DUKA FUNAN.
398

YANG ADA ADALAH PRASASTI CHAM,YANG MELETAKKAN LEGENDA FUNAN


SEBAGAI SESUATU YANG AMAT DIHORMATI,SESUATU YANG AMAT DIKENANG.

Orang Suci Dan Tempat Menyimpan Rahsia

Siapakah orang suci itu?Dalam teks tertua yang menceritakan legenda orang suci yang
berkahwin dengan puteri tempatan ini,menyatakan nama orang suci ini adalah
BRAHMA.Ini adalah nama dalam bahasa Sanskrit.Variasi nama ini menjadi 'Brahmin'
iaitu telah diterjemahkan sebagai golongan pendeta Vedic.Brahma adalah tatabahasa
Sanskrit yang diadaptasi dari struktur bahasa Aryan Purba.Kata 'Brahma' berasal dari
kata 'ABRAHM' di mana dalam struktur Sanskrit huruf 'a' dihadapan telah dipindahkan
ke hujung perkataan.Jadi kata asalnya kemungkinan besar adalah 'Abrahama' namun
loghat Sanskrit menyebutkan kata ini dengan menghilangkan 'a' dipangkal kata dan lama
kelamaan meringkaskan kata 'Brahama' ini menjadi 'Brahma'.

(Ingat,Sanskrit adalah sekelompok dalam kelompok bahasa Indo-European sekelas


dengan bahasa Inggeris,jadi Abraham,Abrahama dan Brahma adalah struktur yang saling
berkait.Ini berlainan dengan bahasa Semitik seperti Aramaik,Ibrani dan Arab,contohnya
Arab menyebutnya sebagai 'Ibrahim',perhatikan sebutan pada pangkal kata 'i' berbeza
dengan 'a' yang dilafazkan dalam bahasa Inggeris yang satu 'keturunan' dengan bahasa
Aryan dan Sanskrit)

Dan ini telah disahkan oleh pakar bahasa Sanskrit dan pandit-pandit Hindu.

Anda nampak rahsia ini?

Sampai di sini,jika kita telah ada 'visi' sebagai DARAH KEMELAYUAN,kita akan
mengenal siapakah moyang kita ini,walaupun cuba menyorok dalam pelbagai legenda dan
nama.Hanya mereka yang punya 'darah naga' sahaja akan menyelinap intuisi yang
menyentap.

Hanya yang benar-benar mengalir 'darah naga' di dalam pembuluh darahnya sahaja akan
dapat menghidu misteri susurgalurnya yang sebenar.

Yang tidak mempunyainya walaupun mengaku bangsa Naga,bangsa Ular,bangsa


Harimau,bangsa Singa mahupun bangsa Monyet dan Beruk...akan terkeliru dan menjadi
pencacai kepada sejarah orang lain yang sama ada yang fantasi atau realiti.Tidak sampai
seminit seluruh nama bangsa dan jatidirinya menjadi sakibaki dan sisa kekotoran sejarah
399

orang lain yang bukan pun dari rumpunnya.

Namun orang Melayu dengan warisan KeMelayuannya yang agung tidak perlu mengaku
sama sekali sama ada mereka dari bangsa haiwan-haiwan di atas.Mereka adalah dari
bangsa Manusia yang punya jatidiri dan identiti sendiri.Bukan dari Xian,bukan dari
Yunnan...bukan dan bukan.Berfikirlah 10 kali sebelum mengaku anda berasal dari
Yunnan kerana sejarah anda tidaklah sefantasi itu jika anda benar-benar berdarah
Melayu.Tai,Viet,Burma dan Mon-Khmer telah dibuktikan secara linguistik dipengaruhi
budaya dan gaya Sino-Tibetan seperti Kantonis dan Mandarin,TETAPI BUKAN BAHASA
MELAYU YANG MISTERI INI.Sebab itu pakar bahasa mengelaskan bahasa Melayu
menjadi satu kelas dunia yang tersendiri.Bahasa Melayu adalah salah satu kelas bahasa
utama dunia iaitu istilah saintifiknya sebagai MALAYO-POLYNESIAN.Kini ia disebut
sebagai Austronesian kerana pengkaji mendapati bahasa asli Taiwan iaitu dipanggil
bahasa Formosan rupa-rupanya termasuk dalam laras bahasa Melayu!Adakah orang
Melayu Nusantara ini telah belayar hingga ke Taiwan?SUDAH PASTI YA!DAN BUKAN
ITU SAHAJA MALAH MEREKA PERNAH SAMPAI KE JEPUN!!

Satu puak Asli Jepun yang ditemui di sebuah kawasan tasik telah dikaji oleh para
penyelidik Jepun dan Barat dan mereka mendapati terdapat beberapa perkataan mereka
yang sama dengan bahasa Melayu seperti 'mata' dan 'batu'.Dan ingat sebelum migrasi
bangsa Yamato (bangsa asas Nippon atau Jepun moden pada hari ini) ke pulau-pulau
Jepun,para penyelidik sudah dapat 'menghidu' gaya budaya bangsa asal kepulauan Jepun
yang menyerupai kaum-kaum Malayo-Polynesian.

Satu daripada puak asli Jepun yang dikenali ialah puak Ainu.Puak Ainu ini amat misteri
kewujudannya.Sebelum ini ramai pengkaji menyangka mereka adalah dari keturunan
Eropah,namun kajian genetik mendapati mereka mempunyai kaitan dengan puak-puak
Eskimo dan Alaska.Dan jika mengkaji tentang orang Eskimo,hanya dua bangsa di dunia
ini diketahui mempunyai 'penyakit' genetik LATAH,iaitu Melayu dan Eskimo!

Dari Afrika (Madagaskar) hingga ke Tanah Kanaan dan Babilon,ke India,Sri Lanka hingga
ke Taiwan dan mencapai Jepun.Dari sini ke pulau-pulau Pasifik sejauh Hawaii dan
mencapai pantai Amerika (?).Sebab itu anak kapal Magellan terpaksa 'memaksa' Hitam
a.k.a Enrique menjadi kapten mereka supaya membawa mereka pulang ke Sepanyol.Jika
Hitam tidak bersetuju,sudah pasti anak-anak kapal Sepanyol yang masih tersadai ini turut
dibunuh oleh Humabon dan Lapu-Lapu;puak-puak Malayo-Polynesian Filipina yang
tengah mabuk darah ketika itu yang sebelum itu telah membunuh Magellan.Hitam telah
memandu kapal-kapal Magellan pulang ke Eropah merentasi Lautan Pasifik dan Benua
400

Amerika.Begitu indahnya masa silam orang Melayu.Begitu gigih mereka pada ketika
itu.Jauh perjalanan luas pemandangan.Moyang kita rupanya minat mengembara dan
belayar.Ombak laut dan lambaian pohon nyiur bagaikan kanvas bisu yang melukiskan
pahit manis sejarah kehidupan mereka.

'Darah naga' hanyalah istilah raja-raja sahaja.Darah ULAR BESAR atau NAGA ini
tercantum dalam peribahasa lama Melayu,"Tidakkan hilang bisa ular yang menyusur
akar".

Orang yang benar-benar Melayu tidak akan hilang bisa Kemelayuannya walaupun
merentasi waktu beribu tahun.Mereka tidak akan tiba-tiba berubah menjadi Siam,Cina
atau kaum lain secara tiba-tiba,kecuali menjadi seperti 'Tipah Tertipu' yang diperdaya
oleh orang lain yang ada agenda sendiri.Mereka yang tidak punya kesedaran identiti ini
akan hilang bisa Melayunya bersalin kulit menjadi Siam-Islam,Siam Perut Hijau,Cina
Yunnan,Cina Xian atau apa sahaja termasuk menjadi 'Mat Salleh'.

Berbalik kepada kisah orang suci tadi,kita tahu sebahagian rahsia dia.Kita tahu kisah
cintanya.Tidak perlu malu dan segan dengan anak cucu.Anak cucu akan korek rahsia
moyang habis-habisan!

Mari kita siasat.Dalam hikayat raja-raja Melayu dalam Sulatus Salatin,ada diceritakan
tentang keturunan raja-raja Melayu yang berasal dari Sang Sapurba,satu watak agung
dalam sejarah Melayu yang berasal dari kisah tiga orang putera luar yang bertemu dengan
dua orang gadis petani iaitu Wan Empuk dan Wan Malini.Dua putera raja itu akhirnya
berkahwin dengan Wan Empuk dan Wan Malini manakala yang bongsu yang bernama
Nila Utama yang bergelar Sang Sapurba (versi A.Samad Ahmad mengatakan Nila
Pahlawan bergelar Sang Sapurba) berkahwin dengan Wan Sendari iaitu anak kepada
Demang Lebar Daun,penguasa tempatan.Kita tinggalkan pihak di sebelah Demang Lebar
Daun,Wan Empuk-Wan Malini dan Wan Sendari (perhatikan pangkal nama Wan ini telah
digunakan di Sumatera,kaji kaitannya dengan keturunan Wan di Perak dan Kelantan hari
ini).Ini adalah keturunan Nusantara asli.Yang ingin kita sentuh ialah 'raja-raja' luar itu.

Jika kita hayati keturunan Sang Sapurba ini,mungkin kita akan amat-amat keliru dengan
campuran keturunan yang pelbagai seperti yang didakwa oleh Krisyna Pendita,Nila
Pahlawan dan Nila Utama itu.Perhatikan petikan dari Sulalatus Salatin dalam Cetera
Kedua:

"Adapun nama kami dan bangsa kami bukannya daripada bangsa jin dan peri.Bahwa
401

kami ini bangsa manusia;asal kami daripada anak cucu Raja Iskandar
Zulkarnain,nisab kami daripada Raja Nursyirwan Adil,raja masyrik dan maghrib,dan
pancar kami daripada Raja Sulaiman alahissalam..."

Jika kita selidiki,Zulkarnain adalah gelaran kepada kepada Raja Cyrus The Great dan ada
yang merujuk kepada Alexander The Great.Dalam Sulatus Salatin diceritakan Raja
Iskandar telah menakluk Raja Kinda Hindi.Dalam sejarah penaklukan Alexander The
Great,kita tahu bahawa raja itu pernah menyerang utara India.Namun Cyrus The Great
juga pernah menawan wilayah India seperti Gandhara (di Pakistan kini).Raja Nursyirwan
Adil kemungkinan raja-raja Parsi.Salah seorang anak raja Suran dirajakan di Amdan
Nagara dan ini merupakan nama Melayu kepada Hamadan di Iran kini.

Raja Suran adalah keturunan Raja Iskandar Zulkarnain.Raja Suran ini seringkali
disamakan dengan Raja Chola yang menyerang pelabuhan-pelabuhan Srivijaya.Raja
Zulkarnain ini pula dikatakan berbangsa Rum dari negeri Makaduniah (Makaduniya
adalah Macedon di Greek sekarang).Terdapat kepincangan maklumat dari segi kronologi
sejarah dan genetik di sini.Dan ini membuka tembelang sebenar para penyelenggara teks-
teks Sulalatus Salatin yang terdiri dari para orientalis Inggeris.

Jadi adakah Raja Chola ini berketurunan dari Alexander The Great?Ini adalah amat
menghairankan dan setengah melucukan kerana kita tahu Raja Rajendra Chola adalah
dari dinasti pemerintah selatan India.Chola adalah dari puak Dravidian.Pengaruh
Hellenestik atau Seleucid dari Empayar Alexander ini tidak sampai sejauh selatan
India.Pengaruhnya cuma negeri-negeri utara India,Afghanistan dan Iran.Selepas itu ada
pula nama Raja Sulaiman alahissalam.Ini sudah tentu Nabi Sulaiman a.s yang juga Raja
Israel Raya (961-922 Sebelum Masehi) yang mewarisi penyatuan Israel dan Judah oleh
bapanya Daud a.s.Sulaiman a.s adalah anak kepada Daud a.s dan Bathsheba.Mereka
adalah keturunan Bani Israel.

Jadi bagaimana ini?Nampaknya Sang Sapurba ini punya darah campuran


Hindi,Greek,Parsi dan Yahudi (bani Israel)!Benarkah begitu?Kita perlu meneliti semua
petunjuk ini satu persatu.Jangan pula jadi sesetengah pihak yang mendakwa Zulkarnain
itu berbangsa Siam dari Xian di China pula.Siam adalah etnik baru wujud sebagaimana
Tai ketika migrasi mereka ke Indochina.Terma 'Siam' ini dipopularkan oleh kerajaan
Ayutthaya.Sebelum kewujudan Ayutthaya,tiada etnik Siam ini.Siam adalah
Ayutthaya,Ayutthaya adalah Siam.Siam adalah istilah sosio-politik kepada Ayutthaya dan
negeri-negeri naungannya.Siam juga lebih kepada nama dinasti Ayutthaya,sebab itu
dinasti yang merampas Ayutthaya membuang nama Siam ini dan menggantikan kepada
402

Thai sebagai contoh 'Thailand'.Jangan terperangkap dengan dalih bahawa sejarah kita
kononnya khayalan dan terpaksa menerima sejarah orang lain yang juga rupanya sengaja
direka-reka malah bertahap superkhayalan.KITA KENA BERHENTI SEJENAK DAN KAJI
DAHULU.FIKIR DAHULU.Jangan gelojoh terburu-buru menjadi pencacai sejarah orang
lain.

Sulalatus Salatin telah disunting oleh orientalis seperti Shallabear,Winsted,Dulaurier dan


Maxwell.Tidak dinafikan mereka telah 'menambahbaik' kitab purba orang Melayu
ini.Antara penambahbaikan mereka ialah kata 'Makaduniah'.Ini terjadi ketika proses
suntingan, mereka menyangka Raja Zulkarnain yang menyerang India itu mungkin
Alexander The Great dari Macedon.Jadi dinyatakan Raja Iskandar Zulkarnain dari
Makaduniah.Walhal Cyrus The Great pernah menyerang sehingga ke Gandhara dan dari
sini mereka menyebarkan budaya,bahasa dan tulisan Aryan seperti Brahmi dan
kesusasteraan Sanskrit ke Benua India (Sulalatus Salatin menyebutnya sebagai Benua
Keling).Ada istilah 'Rum' dalam kitab ini.Sebenarnya orang Melayu dahulukala
menyebutkan sama ada budaya keParsian,Hellenistik (Greek) atau budaya Empayar Rom
sebagai 'RUM' sahaja.Jadi kita boleh buang 'Greek' dari senarai keturunan campuran Sang
Sapurba.Tinggal Parsi,Hindi dan Yahudi.Parsi dan Hindi adalah petunjuk kepada budaya
Vedic.Ingat,dalam ATBM II,kita telah belajar tentang kaitan nama Mala-Yu dengan
budaya Avestan-Vedic.Suffix -Yu adalah tambahan bagi kesusasteraan Avestan-Assyria
kepada cara berfikir atau jenis budaya.Bangsa Media (Ingat kisah Nabi Syuaib dan kaum
Madyan?),salah satu bangsa asas bangsa Iran telah digelar sebagai 'Mada-Yu' dalam
kesusasteraan Avestan-Assyria dari kata asal 'Mada'.Perkataan 'Mala' itu sendiri ada
dalam kosakata bahasa Ibrani (Ancient Hebrew)!Dalam Ibrani,'Mala' bermaksud
'memenuhi','menyelesaikan' atau 'mengabulkan'.Bukan itu sahaja,terdapat Mala lelaki
(Male of Mala) dan Mala perempuan (female of Mala).Jantina perempuan bagi Mala
dinamakan Malayah (Meleah) dalam Ibrani Kuno!

Mari kita susun kembali semua 'puzzle' ini!

Tiga bangsa campuran Sang Sapurba,yang datang ke Nusantara dan mengahwini Wan
Sendari,anak Demang Lebar Daun.

1-Hindi

2-Parsi

3-Bani Israel
403

Hindi dan Parsi adalah katakunci kepada budaya Vedic di mana terdapat ajaran Veda dan
Avesta.Bahasa Sanskrit (bahasa suci ajaran Veda) adalah saduran dari bahasa Avesta dan
Agatha (ajaran Zoroester Aryan).Ajaran Veda ini mengandungi tinggalan agama Ibrahim
(Ingat,agama berhala Hindu amat jauh dan berbeza dari makna-makna tersirat dalam
ajaran Veda yang suci dari tangan-tangan penyembah berhala).Brahma adalah Ibrahim
dan Saras (juga digelar Saraswati di mana 'wati' adalah suffix) adalah Siti Sarah!Ini
dijelaskan oleh sarjana Sanskrit iaitu Vidyarthy (seorang maulana muslim yang pakar
dalam kitab Veda) dan beliau pernah berdebat dengan golongan elit Brahmin Hindu yang
bergelar Pandit dari aliran Brahma Samaj tentang rahsia kitab-kitab Veda ini.Akhirnya
para Pandit ini meminta maulana ini meneruskan penggalian rahsia Veda yang mereka
sendiri tidak tahu selama ini!!

Jadi ini membawa kita kepada bayang-bayang Ibrahim a.s!

Jadi apa kaitan dengan Bani Israel?

Nabi Ibrahim a.s digelar Bapa Kepada Segala Bangsa.Nabi Ibrahim menurunkan tiga
bangsa;Bani Israel (The House of Israel),Bani Ismail (The House of Ishmael) dan bangsa
misteri ini,Bani Jawi (The House of Jawi).

Inilah pembayang kepada bangsa-bangsa dalam perlambangan Sang Sapurba!

Dalam hikayat Melayu ini kita dapati Sang Sapurba telah mengahwini puteri
tempatan,Wan Sendari.Raja Suran pula mengahwini Dara Segangga,seorang kerabat
diraja Gangga Negara (kerajaan ini dikesan terdapat di sekitar Dinding dan Beruas dan
melangkaui pengaruhnya sejauh Bidor di Perak) dan Onang Kiu,seorang puteri kerajaan
purba orang Mon (Gelanggi adalah nama Melayu bagi Klang Kio,sebuah kota orang
Mon.Ada pendapat mengatakan ia terdapat di Johor.Namun ada bukti mengatakan ia
terletak di Pahang).Tinggalan saki-baki orang Mon ini adalah puak-puak Orang Asli
seperti Senoi dan Jahai.Ingat,ini bukan kerajaan Siam Ayutthaya atau Tai
Ramkhamhaeng.Ini adalah kerajaan purba orang Mon.Orang Mon dan Melayu hidup
secara harmoni pada zaman purba,jauh sebelum kewujudan kaum Tai versi
Ramkhamhaeng dan Siam versi Ayutthaya.Perhatikan kostum orang Mon yang mirip
Melayu.Mereka ibarat 'Baba dan Nyonya' pada zaman purbakala.Mereka pandai
menyerap budaya Malayo-Polynesian.
404

*Kanak-kanak Mon dengan pakaian tradisi mereka

Terlanjur bercakap tentang puak-puak Orang Asli di Malaysia,kita kena faham terdapat
dua kategori dalam masyarakat Orang Asli berdasarkan bahasa mereka.Pertamanya
kategori Aborogine Malay,di mana bahasa mereka lebih dekat dengan bahasa-bahasa
Malayo-Polynesian.Contohnya Jakun,Temuan,Orang Kanaq,Orang Kuala dan
Seletar.Kedua,kategori Aslian,di mana bahasa mereka lebih dekat dengan laras bahasa
Mon-Khmer.Puak-puak Orang Asli dalam kelompok ini ialah seperti
Temiar,Senoi,Jahai,Mah Meri,Semang dan Jahut.Jadi FIKIRKAN,BAGAIMANA BAHASA
ORANG SENOI DAN TEMIAR INI MEMPUNYAI PERSAMAAN DENGAN KELOMPOK
BAHASA MON-KHMER?
405

Jawapannya,mereka pernah datang sejauh tanah semenanjung ini.Bukan sekadar di


Indochina sahaja (kini majoriti orang Mon terdapat di Burma dan ada yang menetap di
luar negara).Namun nasib baik orang Jakun dan Temuan berbahasa Malayo-
Polynesian,nanti jika semua Orang Asli Malaysia berbahasa Mon-Khmer,sudah tentu para
Rasis-Komunis-Chauvinis akan mengatakan orang Melayu benar-benar pendatang dan
merampas Malaysia dari tangan orang Mon.Jadi tugas Jabatan Hal Ehwal Orang Asli yang
amat penting ialah menjaga orang Jakun,Temuan,Seletar dan seumpamanya sebagai
bukti terdapatnya aborigine Melayu yang punya hubungan linguistik dan budaya dengan
Melayu-Melayu lain yang lebih terbuka sifatnya seperti Kedah,Johor,Jawa,Minang,Bugis
dan sebagainya.Jadi mereka tidak boleh 'menghalau' orang Melayu begitu sahaja dan
mendakwa bumiputra sebenar ialah Orang Asli.Orang Jakun ini nak campak mana?Sebab
itu dakwaan mereka ini bersifat rasis dan tidak berpelajaran.

Orang Han dan Monggol boleh menghalau orang Tai dan Dai-Viet dari wilayah-wilayah
mereka sehingga berebutkan tanah-tanah yang asalnya milik kaum-kaum Malayo-
Polynesian.Tetapi mereka tidak boleh menghalau orang Melayu begitu sahaja dari bumi
tanah tumpah darah ini pada hari ini.Ideologi komunis mereka tidak boleh terpakai di
sini.Jika golongan komunis ini masih berkokok,baik buang mereka semua ini ke Thailand
dan merasa di'Thai'kan oleh Raja Thai yang memang menyimpan dendam dengan orang
Han yang menghalau kaum mereka dahulu dari wilayah Xian,tempat asal etnik Tai.

Kini ada kelompok yang mendakwa diri mereka sebagai Siam Ayutthaya ingin pula
menghalau orang Melayu ke daerah Xian dan Yunnan.Orang yang masih berdegil
membanggakan keturunan dan menghina orang Melayu yang baik hati memberikan
tempat tinggal kepada mereka ini patut dicampak ke halaman istana Raja Thai.Silap
haribulan Raja Thai (yang tengah berusaha menjaga sejarah fantasi mereka dari
terbongkar) ini akan mengarahkan agar mereka ini dipijak-pijak oleh gajah diraja.Ketika
ini barulah terkocoh-kocoh mahu bersyukur kepada Ilahi dan terbayangkan saudara-
saudara Melayu mereka yang asyik mengalah dengan telatah mereka dan setia mendengar
luahan hati mereka diburu Raja Thai pada waktu silam.

Lihat rahsia ini.

Sang Sapurba dan Raja Suran dikatakan datang dari luar dan ada kaitan dengan budaya
Vedic.Kedua-dua mereka menjalinkan perkahwinan dengan puteri-puteri Nusantara.

Semak kembali kisah Kaundinya dan Soma!


406

Kedua-duanya,orang Malayo-Polynesian dan Mon-Khmer punya legenda orang suci dari


luar yang mengahwini puteri tempatan.

Dan hikayat-hikayat Melayu menyebutkan kisah yang sama!Bentuk yang sama!'Pattern'


yang sama!

APA MAKSUD SEMUA INI??

Biar kami beritahu rahsia ini.Semua kaum-kaum terawal di Nusantara punya legenda atau
kisah rakyat tentang perkahwinan orang luar dan puteri tempatan,dan anehnya kesemua
mereka punya plot cerita yang sama seterusnya;mengaku hasil dari perkahwinan ini
melahirkan keturunan raja-raja mereka!!!

Jadi apakah sebenarnya yang ingin diberitahu oleh legenda ini??

SEBENARNYA MEREKA SEDANG BERCERITA TENTANG PERKAHWINAN IBRAHIM


a.s DAN SITI KETURAH DALAM PELBAGAI VERSI CERITA RAKYAT!!

Jadi bukti seterusnya ada tersimpan di tangan Bani Israel,dirakam dan dikenang-kenang
di dalam kitab-kitab purba mereka!

"Abraham took another wife, whose name was Keturah.She bore him Zimran, Jokshan,
Medan, Midian, Ishbak and Shuah.Jokshan was the father of Sheba and Dedan; the
descendants of Dedan were the Asshurites, the Letushites and the Leummites.The sons of
Midian were Ephah, Epher, Hanoch, Abida and Eldaah. All these were descendants of
Keturah."

(Genesis 25:1-4)

"Abraham left everything he owned to Isaac.But while he was still living, he gave gifts to
the sons of his wife and sent them away from his son Isaac to the land of the east"

(Genesis 25:5-6)
407

Pembukaan Kepada Rahsia 'Darah Naga'

Cerita tentang 'Darah Naga' memakan ruang yang besar jika dihuraikan satu-persatu.Ini
kerana ia berhubungkait dengan pelbagai mitos yang dikongsi oleh Tamadun
China,Firaun Mesir dan Kabbalah Yahudi.Sebagaimana legenda Ibrahim (Brahmin) dan
Keturah (Puteri Mayang Mengurai/Puteri wangi-wangian) yang dikongsi oleh budaya
Mon-Khmer dan Cham,kisah 'Darah Naga' ini terdapat dalam kesusasteraan Mesir
Purba,mitos masyarakat China dan kultus-kultus mistik Kabbalah!

Dan rahsia 'Darah Naga' ini tidak boleh dibuka sewenang-wenangnya.IA ADALAH
RAHSIA DALAM RAHSIA.

Shriners bertahap 33rd degree pun tidak mengetahui asal-usul 'Darah Naga' ini.

Sebelum rahsia dibuka,kami ingin beritahu buat kesekian kalinya,BAHAWA MELAYU


ITU BUKAN YAHUDI ATAU DARI BANI ISRAEL.Tetapi jika ada golongan Bani Israel
yang datang ke sini,mereka telah terserap menjadi Melayu sepertimana orang India
(keturunan Pakistan,Benggali,Urdu,Hindi,Tamil dll) yang berkahwin dengan orang
Melayu cenderung menjadi Melayu di Nusantara ini (menjadi satu lagi cabang Melayu
iaitu golongan Mamak atau Mamu dan Mami).Melayu (Jawi) dan Yahudi (Israel) adalah
dari berlainan keturunan tetapi ada hubungan jauh.Dan ada dua 'jenis Melayu'.Satu
adalah Melayu hasil perkahwinan Abrahama (Ibrahim a.s) dan Keturah (Orang Yahudi
menggelarkan beliau sebagai Wangi-wangian,Khmer menggelarnya sebagai puteri
naga,tradisi Melayu Cham menggelarnya MAYANG MENGURAI),dan satu lagi adalah
Melayu Kuno Nusantara,yang dahulunya bergelar 'Darah Naga'.Ia adalah dari keturunan
sebelah ibu Melayu Moden,Siti Keturah (Melati/Damar Wangi/Ye Ye/Mayang Mengurai).

Tradisi Yahudi Kuno menyebutnya sebagai Leviathan ( L’V’Th’N),Ular Besar yang


berenang di Laut Merah (Giant Serpent).Ia adalah raksasa laut atau digelar sebagai
Draken.Kod Warna untuk menggambarkan legenda ini adalah hitam dan merah.Ini
adalah warna di atas Aziluth dalam mistik Kabbalah Tree of Life "Pohon Kehidupan".Ia
adalah Sacred of Binah.Bermula dari warisan The Giant Serpent ini muncullah pelbagai
kepercayaan karut Kabbalah,sehingga sampai penyembahan kepada Pentagram dan
408

Sabbatical Goat;Baphomet.

Terdapat satu ritual yang dinamakan Rite of Vampire.Semuanya berkaitan Dragon Blood
sebagai 'The Royal Blood of Kings'.Namun tradisi Kabbalah Yahudi membuatkannya
menjadi ramuan kepada mistik sesat yang menyeramkan.

Menariknya Kabbalah Yahudi menggunakan mantera-mantera dalam bahasa Mesir Kuno


untuk menjalankan ritual paling gelap dan terahsia mereka.Contohnya,mantera untuk
membangkitkan 'MIND'S EYE' dalam tubuh menggunakan mantera:

"Ti Ah Maat!"

Mantera ini dizikirkan (chanting) sehingga kuasa itu bangkit menyelubungi diri.Ketika
para rahib Kabbalah sedang bertafakur di hadapan berhala Ular Besar mereka,mari kita
perhatikan rahsia dalam mantera ini.

'Ti Ah Maat' di mana 'Maat' bermaksud 'Mata' (ingat petunjuk dalam The Egyptian Book
of The Dead).Mantera ini adalah untuk membangkitkan 'penglihatan minda'.Ini
dinamakan nama sfera:Kether.Terdapat nama sfera lain yang aneh,iaitu Daath.Daath
adalah bererti 'royal edict' iaitu 'gelar diraja' dalam bahasa Ibrani Kuno (ingat Darth
Vader?Setiap gelaran Darth dalam filem Starwars merujuk kepada gelaran elit golongan
Darkside Force,Darth di dalam filem ini diambil dari kata Daath/Dath dalam bahasa
Ibrani/Hebrew).Perhatikan persamaan kata 'Datu/Dato' dalam budaya Melayu dengan
'Daath (disebut 'Dat') dalam budaya Ibrani Kuno.Perhatikan kata 'Maat' (disebut 'Mat')
dalam bahasa Mesir Purba dengan 'Mata' dalam bahasa Melayu.Dalam tatabahasa Ibrani
huruf 'u' dihujung 'Datu' hilang dan mereka menyebutkan sebagai 'Dat' sahaja.Mesir
Purba pula menghilangkan huruf 'a' dihujung kata 'Mata' dan menjadi 'Maat' (sebutan
'Mat').Cuba anda sebut 'MatHeru' berulangkali.Rasakan persamaannya dengan kata
'Matahari' (Heru adalah nama asal dalam bahasa Mesir Purba manakala orang Barat
menyebutnya sebagai Horus).

Maat Heru=Mata Heru=Mata Horus=Mata Hari.

Mengapa Kabbalah Yahudi menyebutkan mantera agama sihir mereka di dalam bahasa
Mesir Purba??INI KERANA BAHASA MESIR PURBA ADALAH BAHASA SUCI AGAMA
SIHIR KABBALAH!
409

Dan bahasa suci ini dipengaruhi 'BAHASA NENEK MOYANG DI THE LAND OF
GODS,PUNT!

Tanah Punt digelar sebagai 'Sun God Land'.Ini kerana kedudukannya yang menerima
cahaya matahari sepanjang tahun.Ini adalah ciri-ciri iklim Khatulistiwa!Dalam bahasa
Mesir Purba ia disebut sebagai 'Ta netjer'.Heru (tradisi Greek menyebutnya sebagai
Horus) adalah seorang raja di 'Sun God Land' ini.Tradisi Mu (nama lama Nusantara
mengikut mistik Barat) menghormati raja ini yang memerintah dengan saksama seperti
cahaya mentari,memberikan cahaya kesejahteraan kepada rakyat.Dari sini muncul
simbolisme 'Mata Heru' atau 'Matahari';kesan raja ini yang masih tertinggal ada bahasa
Mu/Punt yang masih bertahan sehingga ke hari ini!

(Ingat,kebiasaan kaum pagan menganggap raja-raja yang berkarisma sebagai dewa/tuhan


dan ini bertentangan dengan fikiran sihat yang dianjurkan oleh Islam)

Punt pada mulanya dianggap terletak di Afrika tetapi penemuan bentuk badak sumbu di
relief pada kuil di Luxor yang mempunyai hanya satu sumbu adalah menunjukkan ciri-ciri
badak Asia,bukan badak Afrika!Ketika ekspedisi Hatshepsut pada kurun 15 Sebelum
Masehi,dicatatkan pada relief pada tembok kuil bahawa Nehesi telah mengetuai ekspedisi
ke Punt mewakili Ratu Hatshepsut.Ketika itu Punt diperintah oleh Raja Perehu (King
Parahu) dan Permaisuri Hati (Queen Ati).
410

Rahsia Gelaran Pharaoh (Firaun) dan Kunci Sulit Amun-Ra di Kamar Raja-Raja

Para penyelidik telah mengkaji sejak bilakah gelaran 'Pharaoh' digunakan.Perkataan


'Pharaoh' sebenarnya berasal dari sebutan Mesir Purba 'Prao' atau 'Prau'.Kemudian
dicedok oleh Greek Purba (Yunani) dan Latin menjadi 'Pharao'.Kemudian orang Inggeris
menuliskannya sebagai 'Pharaoh' sehingga ke hari ini.Pada awalnya,maksud 'Prau' ini
bukanlah menunjukkan gelaran diraja tetapi tempat atau istana raja.

SOALANNYA SEKARANG,APAKAH SEBENARNYA 'PRAU' INI??

Nanti dulu,kita lihat dahulu sejak bilakah perkataan 'Prau/Prao' ini dipakai dalam budaya
Mesir Purba.

Catatan terawal di mana kata 'Prao' ini digunakan ialah merujuk kepada pemerintah di
dalam surat kepada Amenhotep IV (Akhenaten) ketika pertengahan era Dinasti ke-18
(1550-1292 Sebelum Masehi) di mana disebutkan dengan kata-kata:

"Prao,seluruh kehidupan,kekayaan dan hidup sihat!"

Gelaran 'Prao' ini digunakan selepas era Ratu Hatshepsut iaitu pemerintah sebelum
Amenhotep IV ini!Dinasti ke-19 dan seterusnya menjadikan gelaran 'Prao' ini digunakan
secara rasmi yang membawa maksud 'Tuanku'.
411

Dari sini kita dapat menghidu,dari mana orang Mesir ini mencedok kata 'Prao' ini.

PEMBUKAAN RAHSIANYA IALAH,KATA 'PRAO' INI BERASAL DARI NAMA RAJA


PUNT,RAJA PEREHU.

Perahu,juga disebut sebagai 'prau' atau 'prao' dalam literasi Sumeria-Mesir-Barat adalah
nama sejenis pengangkutan laut orang Melayu.Nama lain bagi perahu adalah
sampan.Raja Punt bergelar Raja Perahu menunjukkan penguasaannya ke atas laut dan
perdagangan maritim,profesion utama orang Melayu pada zaman purba.Ingat,bilakah
ekspedisi Mesir Purba bertemu Raja 'Prao' ini di Punt?

Iaitu KETIKA ERA RATU HATSHEPSUT!!

Patutlah inskripsi terawal yang mencatatkan gelaran 'Pharaoh' ini hanya dikesan selepas
era Hatshepsut.Sebab ketika era Hatshepsutlah Raja Kuno Melayu 'King Parahu'
memerintah seluruh Nusantara!

Raja Prao dan Permaisuri Ati.Misteri yang tidak tertanggungkan.Sebab itu para Firaun
menyebutkan tanah ini sebagai 'Tanah Nenek Moyang'.

INILAH HUBUNGAN TERAHSIA RAJA PEREHU DENGAN PARA FIRAUN.Gelarannya


dipakai oleh kerabat diraja Firaun.Tanyalah Tutankhamun dan Nefertiti,siapakah
sebenarnya 'Prao' ini?

Mari kita siasat lagi siapakah Raja Prao/Perehu ini.

Di dalam era Dinasti ke-12,perhubungan dengan Punt direkodkan di dalam 'Kisah Pelaut
Kapal Karam' yang terkenal dalam kesusasteraan Mesir Purba.Kisah ini menyebutkan:

"...Seorang pelaut telah tiba di satu kawasan kepulauan di mana kapalnya telah
karam.Dia cuba berenang untuk mendekati pantai.Sampai di pantai,pelaut itu pun
berjalan-jalan di sekitar pulau itu.Tiba-tiba seekor Ular Besar telah
menghampirinya.Pelaut itu berasa amat takut.Alangkah terkejutnya pelaut itu apabila
Ular Besar tadi berkata-kata dengannya:

Akulah Raja Punt.

Aku memerintah pulau-pulau.Aku berkuasa ke atas pulau-pulau ini.


412

Pelaut itu dilayan dengan baik oleh Raja Ular Besar itu.Dia diberi makanan,minuman
dan layanan mesra..."

Cerita ini mengandungi separuh mitos,dan separuh kebenaran.Mungkin penulisnya mahu


menggunakan teknik perlambangan kepada imej Raja Punt itu.Kemungkinan raja itu
memakai topi yang bermotifkan kepala ular atau kostum yang bercorakkan kulit
ular.Namun kata Ular Besar (Giant Serpent) itu mengandungi rahsia terdalam orang
Melayu.Dan rahsia ini tidak boleh dibuka sewenang-wenangnya SECARA LANGSUNG di
dalam blog percuma seperti ini.Ia adalah ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU.

Ini akan membuka rahsia 'Darah Naga' (The Dragon Court of Royal Bloodline).JIka anda
masih setia dengan kami,kami akan cuba bukakan sedikit demi sedikit.Selagi potoh NAGA
masih tersimpan di dalam simpanan Kesultanan Perak,selagi itu rahsia ini masih ada.Di
dalam hikayat Naga Kepala Tujuh,cerita rakyat negeri Perak,disebutkan mahkota anak
raja yang dicuri oleh Naga ini dan ini kononnya menjadi sebab Sultan Perak hari ini tiada
bermahkota.Tanyalah peristiwa Beting Beras Basah,dan kaji mengapa setiap pertabalan
Sultan Perak,mereka mesti membasahkan kaki di Beting Beras Basah ini.

Jadi siapakah warisan Raja Naga ini?Ingat lagi Soma atau Puteri Mayang Mengurai yang
jatuh cinta dengan ORANG SUCI?Soma adalah keturunan Raja Naga dalam cerita rakyat
Khmer.Dalam versi Khmer ini,Brahmin (Preah Thaong) telah sampai ke satu pulau dan
menjumpai 'RUMAH PARA NAGA' seterusnya bertemu dengan Neang Neak (Ye Ye atau
Mayang Mengurai),anak perempuan kepada Raja Naga (seolah-olah sama dengan kisah
pelaut yang bertemu dengan Ular Besar dalam sastera Mesir Purba tadi).Mereka pun
berkahwin atas restu Raja Naga,ayah kepada Neang Neak.Raja Naga itu kemudiannya
menyedut air di sekitar pulau itu dan menamakan ia sebagai Kampuchea Thipdei atau
Raja Kemboja.

Jika mengikutkan hikayat dari mulut orang Mon-Khmer ini,Raja Prao/Perehu itu
kemungkinan besar dari keturunan raja Soma (Naga).

Di dalam hikayat Pahang atau hikayat Tasik Chini,ada kisah dua ekor naga,SERI GUMUM
DAN SERI KEMBOJA!Dan kononnya di dasar Tasik Chini terdapat puing-puing kota
purba Khmer (tepatnya ialah kota orang Mon).Jika dikatakan kota Gelanggi itu di dasar
tasik ini,IA MUNGKIN BENAR.
413

Dan tanyalah kepada Nehesi,wakil angkatan laut Hatshepsut,tentang potoh yang dipakai
oleh Raja Prao itu.Jika potoh itu adalah POTOH NAGA sama seperti yang diwarisi oleh
Kesultanan Perak,maka tidak hairanlah motif ular dipakai pada mahkota para
Firaun.Renunglah topeng emas Tutankhamun yang penuh misteri itu.Perhatikan ukiran
ULAR yang melingkar atas mahkota.Jika gelaran Raja Punt diambil oleh para Firaun
ini,maka tidak hairanlah kostum dan motif Raja Punt ini,pasti dicontohi oleh
mereka.Sebab itu mereka menggelar Punt sebagai,THE LAND OF GODS...Tanah Para
Dewa.

Holy Land.

Dan ini Tuan-tuan dan Puan-puan...adalah bukti bahawa rahsia kita masih tersimpan di
merata dunia.Mencari jejak sejarah kita memerlukan kita belayar mengelilingi
dunia;sepertimana moyang kita dahulu.Sejarah kita direbutkan orang lain,terpecah-
pecah,bercaing-caing diambil oleh pelbagai kaum.Kaum yang tidak punya
sejarah,terpaksa mencedok sejarah kita dan mengaku ia warisan mereka.Sejarah,budaya
dan warisan kita di Indochina dipecah-pecah,direbut dan dikoyak-koyakkan secebis demi
secebis kemudian diambil cebis-cebis itu setiap kaum yang dahagakan warisan sejarah
agung kita.Srivijaya itu adalah Melayu,Melayu itu adalah Srivijaya maka tanyalah para
leluhur bangsa Thai siapakah dia Srivichai itu?Tanya pada nenek moyang Thai apakah dia
dinasti Teratai Srivichai itu?Lambang Garuda itu warisan siapa?Perhatikan siapa yang
terlampau megah menggunakan lambang Garuda ini,yang kini dikongsi oleh Indonesia
dan Thailand.Mengapa orang Khmer mengenal Srivijaya sebagai 'Malayu' sahaja?Kaji
414

tarian Srivichai dan sejarahnya...wahai anak-anak Melayu...kaji...kaji dan kaji sebelum


kamu semua menjadi pencacai sejarah orang lain.Sebelum kamu menjadi lembu dicucuk
hidung kepada budaya Barat yang juga mencedok budaya Semitik.Sebelum kamu terpaksa
menyapu lumpur kekotoran sejarah yang dipaksakan ke muka-muka kamu.

Dan ini Tuan-tuan dan Puan-puan...adalah seroja pelangi dan aurora lazuardi yang disapu
oleh mendung pembohongan dan buta sejarah oleh kita sendiri.Sampai bila kita mahu
merendah diri tak bertempat dan mengiyakan pembohongan orang lain terhadap permata
dan emas sejarah agung kita.Cukup-cukuplah Inggeris menipu kita,mengapa kita sanggup
menjilat pula pembohongan warisan kemelayuan oleh pihak-pihak yang juga berharap
merampas warisan kita (rujuk Teori Memelayukan Siam oleh Siam Ayutthaya).Sudahlah
Raja Thai berusaha mencipta pelbagai fantasi mahu menThaikan semua warisan Melayu
kita,inikan pula 'satu rumpun mereka' yang lain mahu menSiamkan sisa-sisa sejarah yang
ditinggalkan pada kita.Mengapa mereka kurang selesa dengan nama 'Melayu'?Sebab
mereka tahu,SEBENARNYA MEREKALAH PENCACAI SEJARAH DAN WARIsAN
AGUNG KITA,jadi apa yang perlu dibuat ialah menukarkan semua sisa-sisa sejarah yang
ada menjadi warisan Siam yang sebenarnya hanyalah dongeng di zaman moden.Tiada lagi
warisan Melayu selepas itu...tiada lagi ayahanda Ibrahim dan bonda Mayang
Mengurai.Yang ada selepas itu adalah Siam Ayutthaya Traikolanat Watpapat Sikulipat
Siapa Cepat Dia Dapat!Akhirnya yang kecewa adalah kita sendiri yang tergadai semua
sejarah agung dan warisan zaman-berzaman.Ingat!Tiada bukti pun orang Siam pernah
membina kota purba di sini.Gelanggi bukan kota Siam Ayutthaya atau Thai.

Sungguh!Cubalah wahai pakar psikik dan channeling Malaysia 'tengok-tengok'kan kota


purba ini jika semua ahli sejarah dan pakar arkeologi Malaysia sudah mengalah sebelum
berjuang...sesungguhnya kota ini adalah kota bersama orang Melayu Kuno dan orang
Mon.Tanyalah orang Temiar dan Jahai,bagaimana mereka boleh sesat ke hutan-hutan
Malaysia.Bahasa mereka adalah bahasa MON PURBA!!Wahai anak-anak
415

Melayu...kaji...kaji dan kaji sebelum kamu termuntah berkahak-kahak kerana mual


dengan daki kekotoran sejarah fantasi orang lain.Orang Mon dan Melayu Gelanggi inilah
Siam Asli yang sebenar...tiada orang Siam Anai-anai yang berbahasa Siam Kedah atau Tai
Ramkhamhaeng yang tertinggal di hutan-hutan Malaysia MENJADI ABORIGINE
SEBAGAI BUKTI KEWUJUDAN MEREKA TERHADAP HAK KOTA GELANGGI YANG
DIREBUT SETENGAH MATI OLEH TAI RAMKHAMHAENG ADULYADEH DAN SIAM
AYUTTHAYA ANAI-ANAI.Tiada...memang tiada.

YANG ADA ADALAH ABORIGINE MALAY SEPERTI JAKUN DAN TEMUAN SERTA
ASLIAN MON PURBA SEPERTI MAH MERI DAN JAHUT.

Jika dikatakan istilah 'Siam' itu hak orang Mon,YA INI MUNGKIN BENAR kerana
merekalah etnik selatan China yang terawal berhubung dengan kaum-kaum Malayo-
Polynesian.Ketika Tai Ramkhamhaeng terpisat-pisat 'membina' kerajaan gerila di utara
Indochina...orang Mon telah ada pagoda-pagoda emas dan negara-negarakota
mewah.Ketika Siam celup versi Ayutthaya baru membuka negeri di Sungai Chao
Phraya,sejarah manis orang Mon ini telah menjadi muzium sejarah sebagaimana sejarah
orang Melayu Funan dan Cham yang 'established' menjadi legenda yang dikenang-kenang
oleh orang Khmer sama ada diukir di kuil-kuil atau istana mereka.

Tuan-tuan dan Puan-puan!

Sejarah itu amat penting jika tidak,mengapa bangsa-bangsa lain bermati-matian


menulis,mengedit malah sanggup mencuri sejarah warisan orang lain untuk
416

membangkitkan estim diri (self-esteem)?Raja-raja mereka tidak sampai hati membiarkan


anak cucu mereka berasa rendah diri di kemudian hari di hadapan bangsa-bangsa lain
maka INILAH CARANYA UNTUK MEMBANGKITKAN 'PRIDE' DAN
'NATIONALISM' pada semangat anak bangsa mereka pada masa hadapan.Hasilnya orang
luar pun menghormati mereka kerana punya warisan sejarah (padahal dicedok dari
warisan kuno kita),dan ini membuatkan mereka lebih memiliki 'self-confident'.Tetapi
sesetengah anak Melayu lain cara berfikir mereka,mereka menganggap semua ini sia-sia
dan hanya menyuburkan rasa angkuh dan meninggi diri jadi cukuplah aku MENJADI
PENCACAI KEPADA SEJARAH FANTASI YANG KHAS DICIPTAKAN UNTUK AKU
SUPAYA AKU DAPAT MENJILAT AIR LUDAH DAN KAHAK PERASAAN RENDAH DIRI
YANG TIADA BERTEMPAT,MENJADI PENGEMIS BUDAYA DAN WARISAN BANGSA
LAIN.Jadi buta,pekak,tuli dan bisu.

Lihat dengan mata hati Tuan-tuan dan Puan-puan...!Betapa orang Khmer mengukirkan
kostum orang Melayu yang memakai jaket dan helmet perang siap berperisai,betapa
segaknya pahlawan Melayu Cham!Orang Khmer juga mengukir tentera-tentera Cham
menaiki kapal-kapal perang dengan ukiran aneh di muncung kapal yang sama dengan
ukiran di muncung perahu-perahu Kelantan dan Terengganu....Mesir Purba mengukirkan
Raja Perehu yang tegap dan kacak siap berkeris (malangnya mereka tidak mengukirkan
gelang potoh dilengan Perehu padahal tulisan hiroglif menyatakan Nehesi melihat Raja
Melayu Purba itu memakai gelang potoh)...rekod-rekod China Purba merakamkan
kehebatan orang Melayu Nusantara yang digelar mereka sebagai Kunlun belayar dan
mengembara,menguasai laut dan angin.Rishi-rishi Hindu mengarang syair memuji-muji
Malayadvipa (Kepulauan Melayu) sebagai bumi emas yang menakjubkan dan tempat
tinggal dewa-dewi;sama seperti gelaran para Firaun terhadap Nusantara.Tetapi mengapa
417

ada anak Melayu hari ini yang tergamak sanggup menelan air longkang dan najis sejarah
ciptaan penjajah dan sisa-sisa warisan yang dicuri oleh pelbagai kaum mendatang
termasuk Siam Ayutthaya yang berasal dari etnik Cina Xian di China.Siam Ayutthaya
sememangnya dari Xian (ini diakui sendiri oleh salah seorang keturunan mereka,jadi
salahkan dia...jangan salahkan Srikandi ek) dan Tai itu dari Shan dan Yunnan,TETAPI
BUKAN ANAK CUCU MAYANG MENGURAI INI!Bukan...bukan...dan bukan...!

Sekejap mengaku Melayu,sekejap mengaku Siam,sekejap mengaku Cina Xian,sekejap


mengaku Cina dinasti Tang,sekejap bangsa Harimau,sekejap puak Naga...akhirnya
mengaku Melayu keturunan Siam.Tanah Melayu pula sekejap dikatakan kepunyaan
Maharaja Siam,sekejap kepunyaan Raja India Monggol,sekejap milik Ayutthaya...sekejap
ini sekejap itu sekejap begini sekejap begitu seperti sesumpah...inilah contoh orang yang
tidak punya sejarah cuba untuk merompak sejarah orang lain.Mengapa begitu payah
menetapkan nama keturunan sendiri?Kenapa tersasul-sasul dan merapu meraban
sebegitu teruk?Tanah Melayu milik Monggol India?BUKAN...BUKAN...BUKAN...DAN
BUKAN....!!

Bagaimana kaum dan bangsa lain apabila ingin membicarakan WARISAN MELAYU DARI
SEGI FAKTA SEJARAH,mereka mengukir dan melukiskannya dengan indah,agung dan
mengasyikkan pada tembok-tembok kuil,istana serta manuskrip dan prasasti.Namun
mengapa penjajah bila ingin membicarakan tentang Melayu yang dijajah dan dijarah hasil
buminya MENULISKAN BAHAWA INI ADALAH BANGSA PEMALAS DAN
MUNDUR?Fikirkan perbezaan ini.Orang Tai,Mon,Dai-Viet dan Khmer berkali-kali
meyakinkan kita bahawa kita punya peradaban agung dahulu tetapi mengapa kita amat
percaya dengan mulut penjajah yang mengangkut 1001 prasasti dan manuskrip sejarah
kita ke Eropah?Mereka rampas semua kecerdikan kita masa silam dan kata:

"Ya...lihat,kamu tidak punya apa-apa!Nothing!Dari dahulu kamu memang bodoh dan


tidak punya apa-apa dan kini kamu mewarisi kebodohan itu!"

Malangnya ada orang Melayu hari ini teramat percaya kepada kata-kata ini dan berasa
malu menjadi Melayu dan sanggup 'menukar' bangsa asal mereka kepada bangsa
khayalan Siam Xian yang berasal dari etnik Cina yang lemah dan kalah berperang dengan
dinasti-dinasti China yang lebih gagah,dihalau beramai-ramai ke Indochina dan Tanah
Melayu,memeluk Islam dan berkahwin dengan orang Melayu sehingga menjadi Melayu
Siam pada hari ini.Bahasa Siam Kedah itu sendiri diakui oleh mereka sendiri punya
persamaan dengan bahasa Hokkien!Hanya orang yang tidak berpuashati dengan sejarah
kaumnya yang menyedihkan itu sanggup mendakwa orang Melayu itu tidak punya apa-
418

apa dan fantasi sahaja kerana perasaan dengki padahal sejarah kaum dia lah yang
superkhayalan laksana Superheroes dari komik Marvel.Semua warisan Melayu yang ada
seperti kitab (UUK sebagai contoh),artifak,candi,istana sehingga sejarah Kedah TUa yang
gemilang itu didakwa mereka sebagai hak Siam Xian ini sehingga Cyrus The Great yang
berketurunan Parsi Kuno itu dikatakan keturunan Siam Xian ini!Semua..semua dan
semua...warisan Melayu diambil oleh pelbagai kaum yang mendatang...sehingga akhirnya
tiada apa yang tinggal,dan kita menumpang pada sejarah orang lain yang dahulunya milik
kita.Pelikkan?Orang lain dijajah negara mereka sehingga terpaksa menumpang di tanah
orang lain yang dahulunya milik dia,tetapi lain pula dengan kita.Kita terpaksa
menumpang sejarah orang lain yang dahulunya milik kita.

KITA HARI INI TERPERANGKAP DALAM SEJARAH MELAYU ERA PENJAJAHAN.Ini


realitinya.Kita berfikir dengan pemikiran sejarah orang Melayu bermula dengan
kejatuhan Melaka,era penjajahan sehingga merdeka.SEjarah orang Melayu pada hari ini
di buku-buku teks sekolah adalahSEJARAH ORANG MELAYU SEKECIL SEJARAH
MALAYSIA YANG TERJAJAH PADAHAL SEJARAH MELAYU ITU SELUAS SEJARAH
NUSANTARA YANG MEMBINA EMPAYAR PERDAGANGAN MARITIM TERAGUNG
DUNIA!

Inilah gunanya memisahkan Nusantara kepada beberapa negara.Orang Brunei


memikirkan sejarah Melayu sekecil sejarah Brunei,orang Malaysia memikirkan sejarah
Melayu sekecil sejarah Malaysia,rumpun Nusantara di Indonesia pula memikirkan
perkara lain...tentang krisis identiti apakah benar aku ini berbangsa Indonesia ciptaan
Belanda,atau aku ini adalah rumpun Nusantara?Masing-masing pening memikirkan
masalah ini sampai bergaduh dan mahu berperang;isu Tarian Pendet dan batik dan
lagi...dan lagi...fikirkan sekiranya Nusantara ini disatukan seperti negara China.Orang
Manchu,orang Han,Monggol,Hui,Zhuang (sekadar menyebut beberapa contoh) telah cair
menjadi BANGSA CINA,dengan sejarah dan budaya yang diseragamkan.Tiada pula orang-
orang di wilayah-wilayah berbeza bergaduh berebut tarian dan baju di China.Tetapi orang
Indonesia yang dirasuk oleh hantu Belanda berebutkan tarian dan baju batik dengan
orang Malaysia yang sah-sah sama bahasa dan budaya dengan mereka.Memang
membingungkan!

SEmentara orang Indonesia dan Malaysia bergaduh,Cina Singapura mencuri air dari
Indonesia dan mencuri pasir di Malaysia buat menambak tanah sekangkang kera mereka
yang dihadiahkan sendiri oleh orang Melayu juga!SEmentara orang Indonesia dan
Malaysia bergaduh...keturunan Siam Xian yang telah menjadi Melayu cuba untuk mencuri
sejarah dan identiti orang Melayu Nusantara dan cuba berusaha menubuhkan identiti dan
419

nasionalis sendiri sebagaimana orang Lao yang berjaya menubuhkan identiti sendiri dari
sejarah Tai dan orang Tai yang berjaya menubuhkan identiti dan nasionalis sendiri hasil
pinjaman dan cedokan dari budaya Khmer dan 'Srivichai'.

Ini lebih membingungkan!

---------------------------------------

Jadi setelah lama kita mengembara,mari kita berhenti sejenak dan berfikir...siapakah diri
aku sebenarnya sebagai Melayu di bumi Nusantara ini.Adakah rahsia yang lain?

Mengapa nenek moyangku meninggalkan warisan mereka dan persoalan asal-usulku


begitu kompleks dan merumitkan?

Kita bagaikan berada di satu lorong yang gelap di mana hujungnya bercahaya.Kita ikut
cahaya itu,kalau-kalau di sana ada ayahanda dan bonda kita menyambut tangan-tangan
kita.

Dan kisah seterusnya ialah kisah suka-duka Nefi dan Lemani di Promised Land,dinasti
raja-raja Darah Naga di Mu dan Lemuria,dinasti Teratai Melayu Srivijaya dalam kenangan
sastera Tai-Khmer kuno,bangsa misteri di The Land of The East,rahsia Illuminatus
berkaitan pengetahuan tamadun yang tenggelam dan pembukaan TABUT RAHSIA BANI
JAWI...

Apa yang BERLAKU ketika ritual tersulit para Masons?Aha...anda kena tunggu lagi...!

ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU VOLUME III "THE RESURRECTION"


ACCOMPLISHED.

~Srikandi
Posted by Mistis Organization at 6:30 PM
420

Friday, August 13, 2010

Temubual bersama Srikandi

Temubual bersama Srikandi

Selepas berakhirnya siri Alter Terahsia Bangsa Melayu Volume 3.0 yang lalu,meja
pengarang MistisFiles telah dihujani pelbagai pertanyaan tentang rahsia KeMelayuan dan
Nusantara.Ada pihak yang menyokong Srikandi malah mengemukakan maklumat-
maklumat tambahan untuk berkongsi dengan pembaca MF.Ada pihak yang
membangkang dan mengkritik Srikandi.Ada yang tidak berpuashati dengan Srikandi.Ada
yang memakihamun Srikandi seolah-olah Srikandi telah memusnahkan seluruh
hidupnya!

Bukan sahaja di Malaysia,malah di Indonesia siri ini telah tersebar dengan meluas apabila
seorang peminat dari seberang (?) telah mengedit siri ATBM di dalam bahasa Indonesia
dan menyebarkannya di dalam blog-blog,forum dan laman web.Bukan sahaja orang
Minang,Bugis,Riau dan sebagainya,malah saudara serumpun dari kalangan orang Jawa
dan Sulu tertanya-tanya asal-usul Bani Jawi dan sedar akan kesamaan budaya dan
langgam bahasa antara kaum-kaum Nusantara.

Kami telah mengambil inisiatif bertemu dengan Srikandi,editor Alter Terahsia Bangsa
Melayu bagi membincangkan beberapa persoalan yang tidak sempat dirungkaikan di
dalam siri yang lepas.Kami juga akan cuba untuk mengorek pembayang-pembayang bagi
siri yang akan datang yang diketahui tajuknya sebagai "The House of Bni Jawi".

Di sebuah cafe yang berlatarbelakang pantai yang indah di semenanjung Yucatan,kami


dengan bangganya membawakan kepada anda Temubual Bersama Srikandi.Hayatilah
sejarah anda,kerana tanpa sejarah,anda mungkin akan disejarahkan...
421

-M.O

S:Penemubual

J:Srikandi

S:Sibuk nampak Srikandi sekarang?

J:Tidak juga,kadang-kadang saya ambil angin di Tikal dan Uxmal sambil buat
penyelidikan.Bosan...saya berehat di Cancun,ada sebuah resort yang memang kegemaran
saya.Menikmati angin Caribbean sambil berangan-angan di lembayung senja memang
mengasyikkan.

S:Wah,seronok nampak Srikandi,kalaulah saya dapat kerja yang hebat seperti ini...

J:(Srikandi tersenyum)Sebenarnya saudara,kebanyakan orang akan fikir pekerjaan orang


lainlah lebih menyeronokkan,selesa dan hebat.Seorang jururawat akan fikir kerja seorang
doktor adalah profesion yang hebat.Seorang kerani biasa akan fikir kerja seorang
pengurus pejabat adalah kerja yang hebat.Seorang cikgu sekolah akan fikir kerja seorang
pensyarah universiti adalah kerja yang hebat.Seorang juruteknik fikir kerja seorang
jurutera adalah kerja idaman Malaya.Dan semua orang fikir jadi Perdana Menteri nampak
hebat namun anda akan tahu betapa peritnya jiwa bila kena menguruskan sebuah negara
dan kadangkala jasa kita bukan dibalas dengan terima kasih namun dikutuk dan
dimakihamun.
422

Dahulu ketika saya kecil,saya bayangkan kerja seorang pakar sejarah atau arkeologi yang
menyeronokkan.Saya memang meminati bidang sejarah sejak kecil.Saya seorang ulat
buku.Sejak umur 7 tahun lagi saya telah membaca tentang sejarah negara-negara Asia
Tenggara.Habis satu siri ensiklopedia sejarah di perpustakaan sekolah saya 'dihafal' oleh
saya.Ketika di sekolah menengah saya nekad ambil bidang sastera ketika semua kawan-
kawan saya cenderung ambil aliran sains.Saya terpaksa berpisah dengan kawan baik saya
yang selalu di sisi saya sejak dari kecil,demi mengejar impian saya.Aliran sastera sudah
menjadi taboo sebagai aliran yang susah dapat kerja dan membosankan.Namun saya
percaya pada diri saya.Selepas habis SPM,saya terus memohon ke Tingkatan Enam,ketika
sebahagian besar yang lain terus ke matrikulasi,maktab dan universiti.Sekali lagi saya
ambil langkah kurang popular.Anda tahu 'keperitan' di Tingkatan 6?Orang kata kita
masih budak sekolah lagi.Masih campur dengan budak-budak hingusan lagi.Tidak ada
class.Masih pakai uniform sekolah.Tapi saya nekad.Saya gigih belajar dan belajar
bersama-sama rakan-rakan di Tingkatan 6 yang sebahagian besarnya berbangsa Cina.Di
sinilah saya belajar bergaul dengan rakan-rakan Cina.Kami bersama-sama menganjurkan
Hari Sukan,Hari Persatuan,Hari Kantin dan pelbagai lagi.Kami memimpin 'budak-budak
sekolah' membuat aktiviti kemasyarakatan.Ya,memang kami jadi budak sekolah tapi
inilah yang menjadikan kami kental sebagai pemimpin yang lasak.

Tidak hairanlah apabila saya lulus cemerlang dan diterima ke universiti,saya dengan cepat
diterima untuk menerajui pelbagai acara dan persatuan.JIka tidak saya seorang
wanita,mungkin saya sudah menjawat Pengerusi Persatuan Sejarah di universiti
saya.Ketika semua pelajar di universiti ketika itu tekun mendengar ucapan saya,saya
masih teringat peristiwa saya di boo dengan samseng-samseng sekolah ketika mengajak
mereka derma darah.Saya dilemparkan bungkusan air sirap dan rantai basikal saya
dijatuhkan.Saya menangis ketika itu mengenangkan betapa bodohnya saya bercampur
dengan budak-budak sekolah ini dan degil tidak mahu memohon ke universiti.Namun
rakan-rakan Cina saya menenangkan saya dan seorang dari mereka yang saya panggil Win
Cun berbisik kepada saya:

"...jika awak lemah semangat,tiada siapa di dunia ini akan dapat tolong awak..."

Saya kesat airmata.Saya bangkit dan pulang ke rumah dengan seribu semangat.Saya tidak
mengalah malah terus aktif mengadakan pelbagai acara di sekolah.Saya benar-benar jadi
tebal muka.SEgala umpatan dan sindiran saya kesampingkan.Saya tahu,budak-budak
tidak suka saya kerana ketika itu saya seorang yang agak garang.Mereka panggil
saya,"Akak Six Muka Cenge".Perkara paling manis ialah berjaya membawa Pertubuhan
Silat Gayong membuka cawangan di sekolah saya.Dan saya juga berjaya melobi Pejabat
423

Pendidikan Negeri supaya mengadakan Hari Membaca Peringkat Negeri di sekolah


saya.Saya hampir menangis apabila pengetua mengucapkan tahniah dan terima kasih
kerana membantu sekolah.Namun perkara yang paling saya tidak dapat lupakan sehingga
ke hari ini adalah satu peristiwa yang aneh,apabila seorang pelajar Tingkatan 4
menyampaikan pesanan kepada saya supaya berjumpa seseorang di kantin sekolah pada
waktu petang.Di kantin saya lihat ramai orang.Tiba-tiba Win Cun menarik tangan saya ke
tengah kantin.Saya hanya tersenyum,sebab saya tahu memang hari itu hari jadi
saya.Mereka telah buat satu majlis hari jadi khas untuk saya!Tiba-tiba seorang pelajar
lelaki yang bertutup muka dengan kain hitam datang dengan membawa sebiji kek besar
sambil dipimpin oleh pelajar-pelajar Tingkatan 5.Saya kenal mereka adalah murid-murid
Silat.Apabila kek diletakkan di hadapan saya,mereka membuka tutup kepala pelajar yang
membawa kek tadi.Anda tahu siapa dia?

Dialah yang melemparkan bungkusan air sirap ke muka saya!

"Kak,saya minta maaf pasal kejadian hari tu,waktu itu saya memang bodoh...akak
maafkan saya ye?"

Saya benar-benar terkedu ketika itu.Waktu ini saya benar-benar menangis.Betapa sikap
degil saya tidak mempedulikan segala gangguan dari pelajar itu memberi kesan
dihatinya.Dia telah menyertai pertubuhan silat yang saya usahakan dan ini telah
mematangkan sikap dan personalitinya.

Apabila saya berada di tempat saya pada hari ini,baru saya sedar betapa sukarnya menjadi
ahli sejarah,lebih-lebih lagi sejarah negara sendiri yang pecah berkeping-keping.Sejarah
yang dijajah,dijarah dan dipalsukan.Apabila saya beritahu tentang kebenaran
sejarah,adakalanya saya dihina dan dicemuh oleh orang yang selesa dengan jatidiri yang
diciptakan penjajah untuknya.

(suasana hening seketika)

S:Wow!Ini boleh bikin filem (Srikandi tersenyum).Apa pun ini satu pengalaman yang
menarik.Baiklah,kita masuk ke dalam perbincangan utama kita,iaitu siri Alter Terahsia
Bangsa Melayu.Apakah inti utama siri ini sebenarnya?Sebab ada yang masih kabur
dengan 'puzzle' yang bersimpang-siur di dalam siri ini.
424

J:Sejarah Melayu Nusantara terpecah kepada dua.Ini yang ingin disampaikan di dalam
siri ini.Pertamanya ialah Proto Mala yang memang sedia ada di Nusantara.Proto Mala ini
memang misteri namun kehadirannya dapat dikesan dalam bahasa Melayu,tulisan
Rencong dan catatan-catatan bangsa purba lain.Siri ATBM yang mendedahkan tentang
kaitan bangsa Phoenicia (Kanaan) dan Mesir Purba dengan budaya Melayu Nusantara
adalah kunci kepada teka-teki ini.Raja Perehu dan isterinya Hati adalah keturunan Proto
Mala.Apabila Nabi Ibrahim a.s tiba ke Nusantara untuk berdakwah,baginda membawa
sekali budaya Phoenicia dan tulisannya sekali.Sebab itu ada tulisan Rencong.Tulisan-
tulisan Phoenicia ini digunakan untuk menuliskan ajaran Ibrahim atau Brahma dalam
tradisi Avestan Purba.Dari sini muncul gaya tulisa Brahmi,yang digunakan untuk
menuliskan kitab-kitab Veda.Kemudian Dravidian (Tamil,Telegu,Malayalam dll)
mencedoknya.Kemudian barulah kaum-kaum Asia Tenggara seperti Burma,Tai dan
Khmer mencedoknya.Kita juga ada versi dari Brahmi ini iaitu Kawi dan Aksara.Nabi
Ibrahim telah mengambil seorang puteri dari Nusantara sebagai isterinya.Puteri Mayang
Mengurai ini punya gelar diraja dan 'ensign' bagi dinasti diraja ini adalah lambang 'Naga'
atau 'Ular Besar'.

Dari perkahwinan Nabi Ibrahim dengan Puteri Mayang Mengurai (Keturah,panggilan di


Sumeria dan Judah) inilah lahirnya satu ras baru yang lebih bijak dan maju (advance)
iaitu Deutro Mala.

INILAH INTIPATI SIRI ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU.

Anda boleh lihat siapa yang mula-mula sekali punya tulisan purba,Melayu Nusantara atau
kaum-kaum India?Rencong adalah setaraf dengan Brahmi dan Phoenicia namun tulisan
Tamil,Devanagari,Khmer dan Tai adalah subBrahmi,iaitu ubahsuai atau dipengaruhi oleh
425

skrip Brahmi.Bahasa Sanskrit adalah bahasa cedokan dari Avestan yang merupakan
bahasa suci kitab Zend Avesta yang berisikan ajaran Tauhid Nabi Ibrahim.Cyrus The
Great (Raja Koresy,Kurusy) menganut agama Ibrahim yang mentauhidkan Allah
s.w.t.Cyrus menganut agama Zoroester (Zarathustra) yang dibawa oleh seorang nabi yang
menyambung risalah Nabi Ibrahim.Nabi ini telah menentang orang Magus iaitu puak
pagan yang menyembah api.Magus inilah yang membawa agama Majusi.

S:Jadi siapakah Melayu pada hari ini?Adakah orang Jawa itu Melayu?

J:Deutro Mala tiba dari utara semenanjung.Ketika itu Nusantara telah ada Proto
Mala.Indochina ketika itu diduduki oleh Proto Mala.Ketika itu belum wujud lagi orang Tai
dan Dai-Viet.Apatah lagi Siam Sam-sam (Srikandi tersenyum kecil).Yang ada mungkin
sebahagian kecil aborigine Kecinaan seperti Mon atau Pyu.Boleh juga saya katakan
bahawa Deutro Mala itu dahulunya tinggal di Indochina.Jika kita angguk-angguk geleng-
geleng dengan Teori Melayu Berasal dari Palembang/Sumatera,MANA NAK CAMPAK
ORANG CHAM?Orang Cham ini (dahulu menetap di pesisir pantai Vietnam dan
sebahagian Kemboja) adalah benar-benar rumpun Melayu.Bahasa Cham adalah SATU
BENTUK BAHASA MELAYU PURBA.Anda tahu asal kata 'Orang'?Ini berasal dari kata
'Uran' yang ditemui pada prasasti-prasasti Cham Kuno.'Uran Utan' sebagai contoh adalah
kata Melayu Kuno merujuk kepada "orang Hutan' dalam bentuk moden.Dari
semenanjung barulah Deutro Mala ini bergerak ke pulau-pulau sekitarnya termasuk
Sumatera.Mereka bercampur dengan Proto Mala.Di Tanah Jawa tidak dinafikan telah ada
suku-suku Proto Mala ini.Percampuran Deutro Mala dan suku-suku Proto Mala di Jawa
menghasilkan etnik Jawa pada hari ini.

DEUTRO MALA INILAH MERUPAKAN NENEK MOYANG KEPADA MELAYU MODEN


PADA HARI INI.
Melayu Riau,Deli,Aceh,Kedah,Kelantan,Johor,Perak,Pahang,Terengganu,Bugis dan
sebagainya adalah contoh warisan Deutro Mala yang pekat Kemelayuannya.Di Tanah
Jawa terutama di wilayah tengah agak kurang 'rasa Melayunya' kerana ia adalah
426

percampuran Deutro Mala dan Proto Mala.Jadi ada percampuran darah di sini.Namun
dengan adanya orang Sunda yang punya budaya bercampur antara Kejawaan dan
Kemelayuan,menunjukkan bukti percampuran Deutro Mala dan Proto Mala di Tanah
Jawa.Namun Melayu semenanjung adalah benar-benar Deutro Mala asli.Sebab itu saya
bahagikan kaum-kaum Nusantara kepada 3 bahagian:

1.Mala-Polinesia:Kaum-kaum Deutro Mala yang terbuka sifatnya dan tinggal di pesisir


pantai.Profesion mereka adalah perdagangan maritim.Mereka banyak tinggal di
semenanjung,Sumatera dan pulau-pulau lain.

2.Mala KeJawaan:Kaum-kaum Nusantara yang bercirikan budaya Kejawaaan dari induk


di Tanah Jawa.

3.Mala aborigine:Proto Mala yang tertinggal dari arus kemajuan.Mereka masih


mengamalkan carahidup dan kepercayaan lama.Mereka tidak bercampur darah dengan
Deutro Mala dan terasing dari perubahan.Orang Asli,Jakun dan Dayak adalah contoh
aborigine.

Deutro Mala dahulunya tinggal di Indochina.Mereka ada yang sampai ke YUnnan.SEbab


itu ada teori yang mengatakan Melayu berasal dari Yunnan.SEbenarnya bukan Melayu itu
427

dari Yunnan,tetapi populasi mereka ada yang sampai ke Yunnan (Yunnan terletak di
selatan China dan bersempadan dengan IndoChina).Macam orang Melayu Johor.Kita
tahu di Singapura juga ada Melayu,namun adakah orang Melayu berasal dari
Singapura?SElepas etnik-etnik Cina yang kalah dan dibuli oleh etnik-etnik yang lebih
gagah dan menang perang bergerak beramai-ramai ke selatan,Deutro Mala ini makin
terdesak dengan migrasi yang mendadak ramai ini.Dahulu bukan ada peraturan
Pendatang Tanpa Izin.Kaum-kaum Kecinaan ini mendadak bermigrasi ke Indochina
dalam jumlah yang besar akibat dihalau oleh etnik seperti Han dan Monggol.Akhirnya
Deutro Mala ini terdesak berpindah lebih ke selatan atau ke pulau-pulau sekitar
Kepulauan Melayu.

Oleh itu jika kita ingin beritahu anak kita yang bertanya,

"Orang Melayu sudah bina apa,ibu?Orang Mesir ada piramid,kita ada apa?"

Katakan padanya,orang Melayu dahulu bina Angkor Wat dan Cham Tower.Namun semua
itu sudah berada di dalam wilayah orang lain,dan jadi hakmilik orang lain.Tahukah anda
di satu sudut di dalam Angkor Wat,terdapat ukiran dua orang gadis berpakaian
kebaya!Senibina Angkor Wat adalah senibina warisan Funan.Orang Melayu juga telah
bina Borobudur yang merupakan satu keajaiban.Jika orang Khmer berbangga dengan
Bayon dan Angkor Wat yang punya panel relief yang banyak,di Borobudur lebih banyak
panel relief ini malah seluruh Borobudur itu sendiri semacam satu bangunan galeri yang
mempamerkan lukisan-lukisan!Adakah Borobudur semata-mata dibina oleh orang
Jawa?Majapahit?
428

SALAH SAMA SEKALI!

Borobudur dibina ketika era Srivijaya,jauh sebelum muncul Majapahit.Ketika itu Tanah
Jawa dibawah pengaruh Srivijaya.Borobudur dibina oleh dinasti Sailendra yang berasal
dari Sumatera.Dan istimewanya dinasti ini ada kaitan dengan pengasas kerajaan
Angkor,Jayavarman II.Jayavarman II inilah yang membawa budaya dan senibina
Sailendra-Srivijaya ke Kemboja.NAMPAK TAK DI SINI RAJA-RAJA DI ASIA TENGGARA
ADA HUBUNGAN DI ANTARA SATU SAMA LAIN SEPERTI RAJA-RAJA EROPAH.

S:Bukankah itu semua adalah kuil HIndu dan Buddha?Nanti ada pihak yang kata Srikandi
mengagungkan sejarah Hindu-Buddha.

J:Ya,namun itu semua adalah hasil karya Bani Jawi sebelum di anugerahkan hidayah
Allah.Kita bukan hendak membincangkan tentang isu agama,namun topiknya di sini
adalah pencapaian dan tamadun orang Nusantara,TIDAK KIRA SEBELUM ISLAM DAN
429

SELEPAS MENERIMA ISLAM.Ini yang penting.Adakah kerana ia adalah kuil Hindu dan
Buddha,maka kita tidak mengaku ia adalahSENIBINA MELAYU PURBA?FIKIRKAN
MENGAPA KUIL-KUIL FIRAUN DI MESIR TIDAK DIMUSNAHKAN OLEH TENTERA
ISLAM YANG MENAKLUK MESIR.Mengapa Amru bin Al-'Ash,seorang sahabat nabi yang
berjaya menakluk Mesir tidak memusnahkan kuil-kuil Mesir ini?JIka mereka
memusnahkan piramid dan segala senibina Mesir Purba ini,sudah tentu kita tidak akan
mengenal siapa Raja Perahu dan Permaisuri Hati.

Sejarah tetap sejarah,namun bagaimana kita bertindakbalas dengan sejarah itu ADALAH
PERKARA TERPENTING.Daripada binaan-binaan ini kita tahu bahawa kita ada
kemampuan dalam senibina.Namun dari sejarah juga kita tahu bahawa nenek moyang
kita mengambil pilihan yang tepat dalam menerima Islam sebagai cara hidup walaupun
ketika itu zaman Imperialis telah tiba dan kita tidak sempat membangunkan binaan
berciri Islam dengan banyak kerana banyak tenaga dan masa dihabiskan untuk
menentang penjajah.

S:Terlanjur bercakap tentang Srivijaya,bolehkah Srikandi terangkan struktur empayar ini


secara ringkas?

J:Srivijaya ialah sebuah empayar maritim bersifat penguasaan perdagangan.Pelabuhan-


pelabuhan terbaik di sekitar Kepulauan Melayu berada dalam naungan Srivijaya.Setiap
negarakota,pelabuhan dan negeri yang bernaung di bawah Srivijaya bebas memerintah
dan mentadbir wilayah masing-masing.Namun bila-bila masa balatentera Maharaja akan
memantau aktiviti perdagangan di selat Melaka dan sekitar Kepulauan Melayu.Kedah
Tua,Langkasuka,Gangga Negara dan Gelanggi adalah antara wilayah naungan
Srivijaya.Konsep 'Federation' dalam Srivijaya berbeza dengan konsep Emperium China
terhadap negeri-negeri naungannya.Maharaja China tidak berhak mengambil kekayaan
Melaka contohnya namun Melaka membenarkan pedagang China berdagang di pelabuhan
Melaka.Namun Maharaja Srivijaya mengenakan cukai ke atas pelabuhan-pelabuhan
430

Nusantara menjadikan Srivijaya antara empayar terkaya di Timur Jauh.Ini ada dalam
catatan pengembara Cina dan Arab.Malah Empayar Srivijaya pernah menggunakan
matawang emas sebagai transaksi perdagangan.

*Prasasti tulisan Rencong

S:Sejak bila empayar ini muncul?

J:Srivijaya adalah 'The Lost Empire' yang hanya diketahui oleh masyarakat Nusantara
pada abad ke-20 selepas usaha-usaha penyelidikan dari Barat dan tempatan diusahakan
termasuk perbandingan dengan rekod-rekod China dan Arab.Pendapat yang popular yang
mengatakan empayar ini bermula sejak abad ke-7 adalah kerana lawatan seorang sarjana
dan sami dari China,I-Tsing yang menetap di salah sebuah kota empayar ini untuk
mempelajari bahasa Sanskrit dan agama Buddha.

Seterusnya ditemui juga pada abad ke-9 catatan-catatan pengembara Arab yang melawat
Zabaj (Srivijaya) ketika itu.SEbenarnya empayar ini telah lama wujud jauh sebelum abad
ke-7 Masehi dan di mana para pengkaji masih berselisih pendapat tentang bilakah
empayar ini ditubuhkan.Ada yang mengatakan seawal 3 Masehi dan ada yang
berpendapat kerajaan ini sudah ada sekitar 1 Masehi.Maharaja Srivijaya yang terawal
dikenal adalah Dapunta Hyang Sri Jayanasa,itupun kerana ditemukan namanya pada
Prasasti Kedukan Bukit dan prasasti-prasasti yang lainnya.I-Tsing juga dikatakan
menemui maharaja ini.Jika ketika itu catatan pengembara China ini menunjukkan
bahawa Srivijaya adalah satu kerajaan yang kaya dan makmur maka sudah tentu Srivijaya
telah wujud lebih lama dari saat I-Tsing menjejakkan kaki ke Nusantara.Satu empayar
yang sudah mewah dan kukuh seperti itu sudah tentu telah melalui jangka masa yang
lama untuk bangkit.Kewujudan empayar ini ditimbulkan oleh sarjana Perancis,George
Coedès sekitar 1918.Di mana sarjana Belanda dan Inggeris yang menjajah
Nusantara?Adakah mereka benar-benar tidak tahu kewujudan empayar ini?KITA KENA
FAHAM SEBARANG PERKARA YANG MENAIKKAN SEMANGAT,JATIDIRI DAN
IDENTITI AKAN MENYUKARKAN HEGEMONI IMPERIALIS.JIka rakyat Hindia Timur
(nama lama Indonesia ketika era penjajahan) sedar tentang kegemilangan mereka dahulu
431

maka ini mungkin akan membangkitkan jatidiri dan semangat nasionalis mereka.Jadi
sebenarnya kewujudan empayar ini telah lama diketahui oleh pihak Belanda namun
sengaja disenyapkan.Baca catatan seorang sarjana Belanda yang ikut bersama-sama
tentera Belanda yang menyerang istana Raja Lombok,di mana tentera Belanda dikatakan
telah membakar perpustakaan istana yang menyimpan rekod-rekod penting sejarah
Nusantara.Manuskrip-manuskrip daun lontar yang jumlahnya mencapai ratusan musnah
begitu sahaja.Antara yang sempat diselamatkan ialah Negarakertagama,yang
menceritakan tentang Hayam Wuruk dan Majapahit.Itupun telah disimpan Belanda
sehinggalah pada tahun 1973,naskhah asli kitab ini diserahkan kepada kerajaan Indonesia
ketika kunjungan ratu Belanda,Juliana Louise Marie Wilhelmina van Oranje-
Nassau.Adakah isi perpustakaan Raja Lombok Cakranegara telah terbakar habis?TIDAK
SAMA SEKALI.

SEBENARNYA PIHAK BELANDA TELAH MENGANGKUT SEJUMLAH BESAR


KHAZANAH MANUSKRIP NUSANTARA SEPANJANG PENJAJAHAN MEREKA DAN
KINI TERSIMPAN KEMAS DI UNVERSITI LEIDEN DAN LAIN-LAIN.

Kisah rompakan khazanah manuskrip berharga ini sama seperti kisah kapal The Fame
yang belayar ke England sambil membawa beribu-ribu khazanah kitab,manuskrip,surat
dan skrol.Kapal ini kononnya terbakar di tengah pelayaran padahal sebenarnya khazanah
kita selamat sampai di bumi Eropah.Apabila satu universiti di sana mengadakan pemeran
surat-surat Melayu,alangkah terkejutnya kita dari mana mereka mendapat semua
manuskrip dan surat-surat Melayu ini.Saya sendiri telah menghadiri pameran ini sekitar
90-an dahulu dan hampir menitiskan airmata membaca bait-bait surat cinta seorang
jejaka kepada kekasih hatinya yang ditulis lebih kurang 300 tahun yang silam.Betapa
halusnya bahasa orang Melayu dahulu,betapa tingginya seni dan sastera mereka.
432

S:Jadi pada pandangan Srikandi,bilakah wujudnya Srivijaya?

J:Empayar ini telah wujud sekitar ratusan tahun sebelum Masehi,secara peringkat demi
peringkat.Bermula dari sebuah negarakota kecil,mereka telah menakluk sedikit demi
sedikit Nusantara.Pada awalnya pemerintahan mereka berpusat di
semenanjung,kemudian berpindah ke Sumatera,kerana mudah mengawal selat
Melaka.Ketika I-Tsing sampai ke kota Srivijaya,empayar ini telah berpusat di Sungai Musi
berdekatan Bukit Siguntang.Ingat lagi perjanjian Sang Sapurba dan Demang Lebar
Daun?Demang Lebar Daun inilah antara maharaja Melayu Srivijaya yang tersembunyi
dalam sejarah.

S:Menarik,Demang Lebar Daun adalah watak yang misteri dalam Sejarah


Melayu.Berkenaan Sungai Musi dan Sumatera,ada teori yang mengatakan orang Melayu
berasal dari Sumatera.Apa pandangan Srikandi?

J:(Srikandi tersenyum kecil,dan melemparkan pandangan ke arah pantai Caribbean)Tidak


sudah-sudah dengan teori yang kurang berpelajaran.Anda tahu apa tujuan orang-orang
kurang cerdik ini buat teori-teori mengarut ini?TUJUANNYA SUPAYA UNTUK
MENGATAKAN BAHAWA ORANG MELAYU BUKAN PENDUDUK ASAL
SEMENANJUNG.Setengahnya mereka-reka bahawa orang Melayu berasal dari
Yunnan,yang lain mengatakan dari Taiwan dan yang lain pula mengatakan dari Sumatera
pula.Yang mana satu betul ini?JIka anak-anak Melayu angguk-angguk geleng-geleng
dengan semua teori dungu ini saya tidak hairan satu hari nanti mereka mungkin
mengatakan bahawa orang Melayu berasal dari sukukaum alien dari Planet Zargus
(Srikandi ketawa kecil).

Orang Melayu telah lama menetap di semenanjung,malah dahulu sempadan populasi


Melayu sampai ke Indochina.Lama sebelum kerajaan Majapahit muncul,telah ada
kerajaan Funan dan Champa.Ini adalah benar-benar kerajaan yang didirikan oleh rumpun
Melayu.Siapa orang Aceh?Mereka adalah keturunan Champa yang bermigrasi dari tempat
asal mereka akibat perluasan kuasa oleh raja-raja Dai-Viet.Bayangkan dari Vietnam
mereka berlayar sehingga ke Sumatera.JADI SEKALI LAGI,ORANG CHAM TELAH
MENYELAMATKAN KITA.Perpindahan orang Cham ke Sumatera adalah bukti bahawa
orang Melayu telah sedia ada di tanah besar.Sukukaum-sukukaum Kemelayuan memang
dari ras yang terbuka,cepat mesra dan berdiri di atas interaksi bersifat
antarabangsa.SEbab itu mereka cepat membina empayar jauh terlalu lama sebelum
giliran sukukaum Jawa di Tanah Jawa membina empayar kebanggaan
mereka,Majapahit.Raja-raja Majapahit itu sendiri bukanlah semuanya berdarah Jawa asli.
433

S:Apa maksud anda?

J:Mari kita belajar sejarah Majapahit.Ketepikan sikap dungu sesetengah orang seberang
yang buta sejarah.Saya akan bukakan rahsia sebenar BUAH MAJA YANG PAHIT.Hanya
waris berdarah BUAH MAJA YANG PAHIT tahu rahsia keturunan mereka.Pengasas
Majapahit,Raden Wijaya adalah anak kepada Rakeyan Jayadarma dan Dyah Lembu
Tal.Rakeyan Jayadarma adalah anak kepada pemerintah kerajaan Sunda Galuh manakala
ibunya,Lembu Tal adalah berdarah kerabat Singhasari.Jadi dari sini kita tahu bahawa
Raden Wijaya adalah berdarah campuran Sunda-Jawa.Raden Wijaya mempunyai 5 orang
isteri di mana empat darinya adalah puteri Kertanagara,raja terakhir dinasti Singhasari
yang dibunuh oleh Jayakatwang,seorang gabenor sebuah wilayah naungan Singhasari
yang memberontak.Saya tidak mahu sentuh 4 orang isteri berdarah kerabat diraja
Singhasari ini,saya mahu sentuh tentang seorang lagi isteri Raden Wijaya,kerana dia
adalah satu-satunya isteri pengasas Majapahit itu yang MELAHIRKAN ANAK LELAKI.

Dia bernama Dara Petak.Anda tahu siapa Dara Petak ini?Dia adalah puteri kepada Srimat
Tribhuwanaraja Mauliawarmadewa,raja kerajaan Dharmasraya,penyambung dinasti
kerabat Srivijaya yang masih tinggal setelah empayar Srivijaya berpecah.Dara Petak
adalah berdarah Melayu dinasti Malayu Dharmasraya,tinggalan Srivijaya.Ketika
kunjungan hormat Singhasari ke Dharmasraya,rombongan Kertanagara telah
menghadiahkan Arca Amoghapasa,satu arca seni yang dibuat khas sebagai persefahaman
diplomatik.Ekspedisi ini sering digelar sebagai Pamalayu dan disalahtafsir sebagai 'Perang
ke atas Malayu'.Ini adalah tafsiran yang kurang tepat kerana bagaimana Kertanagara
boleh menghantar satu arca yang tinggi seninya dalam masa mahu
berperang?SEBENARNYA KERTANAGARA MAHU MENYATUKAN KERAJAAN-
KERAJAAN SUMATERA BERSAMA SAMA MEREKA MENGHADAPI SERANGAN
MONGGOL YUAN.Tanpa sokongan balatentera dari kerajaan-kerajaan Nusantara
lain,susahlah Singhasari mahu menghadapi tentera Monggol yang terkenal amat ganas.
434

Sebagai balasan,raja Malayu Dharmasraya telah menghantar dua orang puterinya,Dara


Jingga dan Dara Petak untuk dijadikan sebahagian keluarga kerabat diraja Singhasari
untuk mengeratkan hubungan baik antara dua kerajaan.Dara Petak berkahwin dengan
Raden Wijaya,menantu Kertanagara yang kemudiannya mengasaskan Majapahit.Dari
perut Dara Petak,lahirlah satu-satunya zuriat lelaki Raden Wijaya,iaitu Jayanagara dan
dia inilah maharaja kedua Majapahit setelah ayahnya meninggal dunia.Jadi maharaja
kedua Majapahit ialah dari keturunan Melayu-Jawa.Dara Jingga pula berkahwin dengan
seorang pendeta yang dihormati.Dari perkahwinan ini lahir Adityawarman yang
kemudiannya menjadi jeneral perang Majapahit dan kemudiannya menubuhkan kerajaan
Pagar Ruyung atau nama lamanya Malayapura (Kota Melayu).Dalam sejarah Bali
pula,seorang anak Dara Jingga ini menurunkan keturunan raja-raja Tabanan dan
Badung.Hmm...seorang keturunan Melayu-Jawa menjadi asal-usul raja-raja Bali.SEbab
itu orang Melayu dan Jawa berkongsi budaya dan langgam bahasa kerana dahulu nenek
moyang kita berhubungan di antara satu-sama lain,bukan hanya duduk di kampung bagai
katak di bawah tempurung.Jadi kalau darah Melayu sudah ada pada raja-raja Bali,adakah
mereka tidak ada kena mengena dengan keris Bali,silat,batik dan tariannya sekali?Ini
bukan rakyat biasa,ini keturunan raja-raja.

S:Menarik sungguh cerita raja-raja Nusantara dahulukala ya!Nampaknya mereka ini


mengamalkan perkahwinan campur untuk menghasilkan ras diraja yang unik dan terbaik.

J:Ya,kita tidak boleh menyebutkan sejarah Majapahit tanpa menyebutkan peranan


Sumatera,kerana tanpa Sumatera,orang-orang di Tanah Jawa tidak mampu membina
empayar.Raden Wijaya berdarah Sunda-Jawa dan anak lelakinya berdarah Melayu-
Sunda-Jawa.Sepupu Jayanagara,Adityawarman (dari sebelah Dara Jingga) adalah jeneral
perang Majapahit dan bersama-sama Gajah Mada menawan wilayah-wilayah seperti
Madura,Bali dan juga Sumatera.Perkahwinan campur begini menghasilkan keturunan
435

yang bijak pandai.Mereka pandai berdiplomasi dan berinteraksi antara sesama etnik
Nusantara jadi ini memudahkan mereka membina empayar kekuasaan.Jika raja-raja
Nusantara ini bersikap dungu seperti bapak-bapak Indonan yang masih hingusan dengan
sikap berpecahbelah sesama rumpun Nusantara,nyawa Srivijaya dan Majapahit tidak
akan lama memerintah.Mungkin 4-5 tahun terus jatuh kerana tidak bersatu-padu.Ada
yang mahu berperang dengan saudara serumpun mereka dari Malaysia semata-mata
berebutkan kain batik dan tarian padahal Cina Singapura yang acapkali menipu bapak
Indonan ini dengan mencuri air dan 'mengancam' Indonesia tidak pula sibuk-sibuk mahu
mengacu-ngacukan buluh runcing kepada Singapura.Takut?Takut dengan kuasa militer
Singapura?MANA DIA JIWA BERANI GAJAH MADA DAN KERTANAGARA DALAM
JIWA-JIWA PAK INDONAN INI?Kertanagara sanggup menghantar arca sebagai tanda
persefahaman dengan Dharmasraya dalam menghadapi Monggol,namun bapak Indonan
tidak mahu bersatu dengan kita untuk menghadapi ancaman tersembunyi Singapura.Saya
pernah membaca satu artikel seorang wartawan Indonesia yang menganalisis hubungan
antara Singapura dan Indonesia.Alangkah sedihnya saya betapa negara sebesar Indonesia
mampu diperkotak-katikkan oleh negara sekecil Singapura.Bapak Indonan lebih suka
melompat-lompat terkinja-kinja memegang buluh runcing sambil menjerit "ganyang
Malaysia" saudara serumpun,sebudaya,sebahasa dan seagama dengan mereka dari
mengambil tahu betapa Indonesia dibuli oleh Singapura secara senyap.

Orang Singapura yang mencipta video Tarian Pendet,bapak Indonan pula menari tarian
Buluh Runcing secara tiba-tiba bagai dirasuk hantu Belanda.Begitu pelik penyakit mereka
yang termakan racun Belanda.Padahal jika Indonesia dan Malaysia bersatu,mereka akan
kembali menjadi harimau-harimau ekonomi sepertimana era Suharto-Mahathir
dahulu.Zionis Singapura campak racun di tanah,pak Indonan berebut-rebut menjilat
racun itu sambil terkinja-kinja mahu ganyang Malaysia.Bila orang Malaysia dan Indonesia
bergaduh berebut baju dan tarian,yang bertepuk tangan adalah Zionis Singapura.

Sedih sungguh mendengar kedua-dua rumpun ini berebut tarian dan baju batik,namun
sejuk mata saya apabila melihat Presiden Indonesia mengadakan kunjungan hormat ke
Malaysia dan bertemu dengan Sultan Mizan.Kedua-dua mereka beramah mesra dengan
masing-masing memakai songkok.

S:Ini ada soalan yang agak sensitif bagi sesetengah orang.Apabila membaca artikel
'Dilema Melayu dan Siam',nampaknya Srikandi menyerang habis-habisan Anai-anai.Apa
sebenarnya yang berlaku?

J:(Srikandi tersenyum sambil mencebikkan bibir)


436

Saya hanya mengusik Anai-anai sahaja.Namun di hati kecil saya,saya tetap menghormati
beliau lebih-lebih lagi Nai Long Kassim yang usianya sekitar usia bapa saya.Saya tiada
masalah dengan teori salasilah Ayutthaya beliau namun saya terpanggil untuk tampil
menjawab kekeliruan beliau yang di tahap kronik apabila merapu-rapu tentang asal-usul
Melayu.Teori Anai-anai mengatakan bahawa orang Melayu itu berasal dari Xian,di tengah
China!Ini amat melucukan dan benar-benar menggeletek kedua buah pinggang saya
(Srikandi ketawa kecil) SEbenarnya lagi jauh Anai-anai merapu dengan teori
Melayunya,lagi seronok saya mengusiknya.INI KERANA KELEMAHANNYA MULA
MUNCUL APABILA MEMBINCANGKAN ASAL-USUL MELAYU DALAM KERANGKA
TEMPURUNG SIAM CIPTAANNYA.JIka Anai-anai tidak memandai-mandai merapu
pasal Melayu,teorinya boleh jadi benar.Ini kerana ramai orang tahu sejarah raja-raja Thai
yang banyak palsu dan menyeleweng.

S:Tetapi beliau mengemukakan peta-peta lama dan kitab Undang-undang Kedah (UUK).

J:Peta-peta tidak berguna itu?Useless!Peta itupun dilukis oleh orang Eropah.Orang


Perancis yang melukis Peta Siam tahun 1730 itu menyangka kerajaan Ayutthaya amat
besar.Ini kerana mereka melukis peta itu selepas melawat Ayutthaya.Bagaimana dengan
peta semenanjung Melaka itu?Pelukisnya yang kemungkinan pengembara Portugis
melukiskan peta itu apabila melawat Melaka dan menganggap seluruh semenanjung di
bawah kekuasaan Melaka.Saya sudah tegaskan bahawa terma 'Siam' hanya muncul ketika
era Ayutthaya.SEbelum era itu kita masih kabur dengan status orang Siam ini,mungkin
kelompok-kelompok etnik-etnik Kecinaan yang menjadi pendatang di Indochina
sepertimana orang Tai.Anai-anai dengan angkuhnya mengatakan Melayu itu di bawah
437

rumpun Siam.Saya ingin bertanya sekali lagi,WUJUDKAH RUMPUN SIAM INI?Apa kata
bapak Indonan pula?Adakah bapak Indonan bersedia untuk mengaku Siam? (Srikandi
ketawa sinis).

S:Bagaimana dengan UUK?Cerita tentang adat Siam ada disebut dalam kitab itu.

J:Itu hanya silap faham Anai-anai mentafsir UUK.Anai-anai mendakwa raja-raja Melayu
beradatkan raja-raja Siam,atau dengan kata lain mencedok budaya Siam.Ini adalah
tafsiran yang dangkal dan bersifat komik Naruto.Saya petik ayat dalam UUK itu di
mukasurat 36:

"Fasal pada menyatakan adat raja-raja yang besar yang dahulu-dahulu itu jika
bergelar Paduka Seri Perdana Menteri Mangkubumi.Demikianlah zaman raja-raja
dahulu.Pada adat raja-raja di benua Siam gelar demikian itu bahasa Siam Cau Phaya
Kersan"

Anai-anai terkeliru apabila menyangka adat raja-raja Melayu berasal dari adat raja-raja
Siam apabila membaca sepintas lalu perenggan ini.Nampaknya Anai-anai gagal
memahami laras Bahasa Melayu Klasik.Ayat ini menjelaskan tentang adat raja-raja jika
membawa gelaran Paduka Seri Perdana Menteri Mangkubumi.Selepas itu diterangkan
bahawa DI NEGERI SIAM,PROTOKOL INI DIGELAR SEBAGAI CAU PHAYA KERSAN
MENGIKUT BAHASA SIAM.

Ini sama seperti jika saya bagi contoh:


438

"Ini adalah fasal yang menyatakan undang-undang Larangan Merokok.Demikianlah


pada zaman itu.Pada tradisi undang-undang di sebelah negara-negara Barat pula
undang-undang ini dipanggil Smoking Ban dalam bahasa Inggeris"

Maksud saya perenggan ini menerangkan protokol yang sama namun dipanggil dengan
bahasa berbeza.Itu sahaja.Mana datangnya teori mengarut pula adat Melayu berasal dari
adat Siam berdasarkan perenggan ini.

Selepas itu penyakit Sam-samnya semakin tenat apabila mendakwa dia langsung tidak
menemui kata 'Melayu' dalam UUK.Saya petik dakwaaannya dalam artikel Renungan
terbit pada April 2008 di ruangan komen:

"Kalau serumpun, disatukan, rumpun Siamlah kita ini sebab raja-raja daerah kita
mengamalkan adat istiadat raja siam. Hari ini raja daerah dah jadi Sultan negeri.
Perkataan ‘Melayu’ ini saya belum jumpa lagi dalam Undang-Undang Kedah walau pun ia
bahasa pengantar Undang –Undang kedah. Kebaikkan tu banyak lah, antaranya
menjelaskan semula sejarah kita. Saya mengaku saya dari rumpun siam. Ramai penduduk
dari kedah ini adalah dari rumpun Siam dan mengaku bahawa datuk dan nenek mereka
dahulu boleh bertutur dalam bahasa Siam, bukan bahasa thai. Ada yang berasal dari
Patani, Yala, Phuket(nama lamanya, Hujung Salang) dan Trang. Di sebelah Yan pula,
mereka dari rumpun Acheh seperti Datuk Sanusi Junid, pembaca berita TV3 Yushanani
Yushak berasal dari Yan, Kedah. Sementara itu, kenalan saya dari Selangor, ramai dari
rumpun Jawa. Namun begitu,bagi kami bekas ikatan utamanya, Siam dan bukannya
melayu"
439

Perhatikan pada bahagian yang mengatakan dia belum jumpa lagi perkataan 'Melayu' di
UUK.Ini pembohongan atau lawak jenaka ditahap komik Ujang dan Apo.Padahal pada
mukasurat yang sama di UUK ada menyebut kata 'bahasa Melayu'.Saya petik perenggan
seterusnya:

"Maka pada zaman raja Johor keturunan daripada anak cucu Sultan Iskandar itu
diubah pula digelar mangkubumi itu Paduka Seri Maharaja.Maka pada bahasa Melayu
bendahara itu panglima negeri..."

Di mukasurat yang sama,selepas perenggan adat Siam,diikuti pula perkataan


'Melayu'.Jadi apa yang menyebabkan Anai-anai begitu mamai sampai tidak perasan
perkataan 'bahasa Melayu' ini?

S:Agak menghairankan penulisan blogsejarahnagarakedah ini.Apa tujuan Anai-anai


sebenarnya?

J:Jangan tanya saya pasal tujuan dia menulis blog itu,tapi jika anda bertanya mengapa
Anai-anai meleret-leret sampai ke asal-usul Melayu,saya boleh jawab,SEBENARNYA
ANAI-ANAI INGIN MENSIAMKAN SEMUA ORANG MELAYU.JIka semua orang Melayu
merasakan mereka berasal dari orang Siam maka secara tidak langsung orang Melayu
akan tertunduk-tunduk,tertabik-tabik dan merendahkan kepala di hadapan Anai-
anai.Orang Melayu akan dipaksa secara halus untuk memanggil Anai-anai sebagai 'Yang
Mulia Anai-anai'.Anai-anai adalah keturunan raja-raja Siam Ayutthaya yang menjajah
Melayu.Jadi orang Melayu hari ini kena tunduk hormat dengan keturunan Anai-anai
kerana orang Melayu hanya salah satu sukukaum dalam rumpun Siam.Rumpun Siam ini
termasuk orang Jawa,Sunda,BUgis,Minang,Aceh dan sebagainya.Maka Anai-anai berhak
menuntut takhta kerajaan Malaysia dan Indonesia kerana katanya Ayutthaya dahulu
menguasai seluruh Nusantara.Tiada Majapahit dan Srivijaya.Semuanya khayalan.Yang
benar ialah Siam Ayutthaya Traikolanat Wat Pat Pat Sikulipatsiapacepatdiadapat.Orang
Melayu hanya mencedok budaya Siam Sam-sam ini.Orang Melayu adalah pendatang dari
Xian.Kemudian orang Melayu jadi rakyat bawahan Siam Ayutthaya.Kemudian orang
Melayu berkerjasama dengan Tai dan Inggeris menjahanamkan orang Siam ini sehingga
hilang takhta dan wilayah.Orang Melayu perampas takhta raja-raja Siam ini.Inilah cerita
Dragonball versi Siam di bawah arahan Anai-anai.Menarik kan?
440

S:Jadi yang manakah betul rumpun Melayu atau rumpun Siam?

J:Untuk mengetahui yang mana betul,kita lihat apakah bahasa yang benar-benar berkuasa
menjadi bahasa penyatuan Nusantara.Adakah anda dan saya ini sekarang bercakap
bahasa Siam Ayutthaya?Raja-raja Melayu juga pernah diburu,dijatuhkan dari takhta atau
ditakluk.Namun bahasanya tetap menjadi lingua franca Nusantara,bukti kerajaannya
pernah menjadi empayar.Raja-raja Ayutthaya juga diburu namun siapa yang mahu
bercakap bahasa Siam?Raja-raja Ayutthaya ini sendiri mengharapkan orang-orang
Melayu membantu mereka dari kejaran askar Thai.Jadi akhirnya mereka terpaksa belajar
bahasa Melayu dan menjadi orang Melayu.JIka Ayutthaya pernah menjadi
empayar,sekurang-kurangnya bahasanya tetap kuat sampai ke hari ini.Sepertimana
negara-negara Amerika Latin seperti Mexico dan Brazil yang masih berbekas bahasa
Sepanyol di sana kesan penjajahan.Mesir kini berbahasa Arab padahal sebelum menerima
budaya Arab-Islam,orang Mesir ada bahasa dan tulisan sendiri.Negara-negara Timur
Tengah majoriti berbahasa Arab hasil perluasan empayar-empayar Arab-Islam.Mengapa
bahasa Inggeris begitu penting berbanding bahasa Perancis pada hari ini?Ini kerana
perluasan empayar imperialis British.Jadi ini adalah kesan sosio-politik yang
biasa.Bahasa Melayu senang diterima sebagai bahasa penyatuan kerana ia adalah bahasa
standard yang digunakan oleh empayar-empayar Nusantara,terutamanya DISEBARKAN
KETIKA PEMERINTAHAN EMPAYAR MELAYU SRIVIJAYA.

Sejarah Melayu ada di Tanah Jawa,apatah lagi di Sumatera.Sehingga pulau Bali sendiri
pun berajakan darah Melayu.Anda tahu,tanpa bantuan cucu Raja Malayu
Dharmasraya,Gajah Mada pun tidak mampu menakluk Bali.Jadi pada awal pembentukan
Majapahit,orang Melayu dan Jawa bekerjasama membina empayar Nusantara.Sejarah
Melayu juga ada di Kalimantan dan Borneo.Adakah Brunei itu kerajaan Batak Karo atau
441

Jawa atau Siam Sam-sam?SEjarah Melayu ada di Thailand,Kemboja dan


Vietnam.SEJARAH MELAYU ADA DI MANA-MANA SAHAJA DI ASIA TENGGARA.

Jika benar Ayutthaya menjadi 'federation',raja-raja Ayutthaya mesti berdarahkan


Melayu.BUkan semata-mata Siam.Kita tidak pasti,adakah orang Siam Kedah ini berdarah
campuran Melayu-Mon,Melayu-Thai atau Melayu-Khmer.Ini kerana nama 'Siam' itu
adalah panggilan umum kepada sukukaum-sukukaum utara semenanjung,ringkasnya
Indochina.Hari ini orang Thai dan Siam Ayutthaya ini berebutkan nama Siam
ini.Nampaknya sekarang siapa yang terlalu panik mencari identiti?ORANG MELAYU
TETAP DENGAN KEMELAYUANNYA.Dan nama Melayu itu sendiri berjaya kekal sebagai
inti dalam nama sebuah negara.Mungkin benar sumpah Hang Tuah,"Tidak Melayu Hilang
Di Dunia".

Adakah hari ini ada negara bernama Siam?Adakah negara bernama


Jawanesia,Sundanesia,Bugisesia atau sebagainya?Namun nama Melayu tersembunyi
dalam nama sebuah negara.Ini bukan masalah adakah orang Melayu lebih hebat dari yang
lain tetapi BUDAYA KEMELAYUANLAH YANG PALING KUAT SEHINGGA
MEMPENGARUHI BUDAYA ETNIK-ETNIK NUSANTARA.JIka orang Jawa hanya duduk
diam di dalam pulau Jawa tanpa berinteraksi dengan orang Sumatera dan
semenanjung,mungkin mereka hari ini hanya menjadi seperti kaum Batak atau Toraja
sahaja.Siapa yang bina Borobudur yang hebat itu?Siapa bina Prambanan?Rakai Pikatan
dari dinasti Sanjaya?Siapa permaisuri hati raja Sanjaya Mataram itu?Rakai Pikatan yang
dikatakan membina Prambanan berkahwin dengan anak perempuan
Samaratungga,MAHARAJA SRIVIJAYA.

Moralnya sekarang,kita berkongsi budaya yang sama kerana raja-raja Nusantara


bercampurgaul antara satu sama lain.Melayu kawin Jawa,Jawa kawin Sunda,Sunda kawin
Melayu dan seterusnya.Raja-raja ini memilih berkahwin dengan putera-puteri luar adalah
bertujuan menghasilkan baka keturunan yang bijak pandai.

S:Jadi adakah benar-benar ada sukukaum Melayu?

J:Dimana sukukaum Melayu itu tinggal?Orang Sunda tanahairnya di barat Jawa.Orang


Madura di timur Jawa.Orang Jawa di tengah Jawa.Orang Bugis di Kalimantan,Sulawesi
dan Makasar.Orang Siam,Tai,Khmer dan lain-lain sejarahnya hanya seputar di
Indochina.Namun di manakah Melayu itu jika benar-benar ada sukukaum Melayu?Jika
saya katakan memang ada sukukaum Melayu,maka ini bermakna tanahair sukukaum
Melayu ini ADALAH MENCAKUPI SEMENANJUNG,SUMATERA DAN BORNEO.Luas
442

bukan?Sebab itu saya bahagikan rumpun Bani Jawi kepada dua subkategori;Kemelayuan
dan Kejawaan (tidak termasuk Proto Mala yang aborigine).Ini adalah Deutro Mala yang
membentuk orang Melayu dan orang Jawa pada hari ini.ORANG MELAYU DAN JAWA
IBARAT DUA SAUDARA DARI SATU INDUK.

Bukti kepada sejarah Kemelayuan yang agung adalah bahasa Melayu.Mengapa bahasa ini
tetap wujud dan menjadi bahasa persatuan Nusantara?Sebab-sebab politik dan sosial
sudah saya terangkan namun sebenarnya terdapat satu rahsia lain.

S:Apa dia?

J:SEBAB DARAH DIRAJA EMPAYAR SRIVIJAYA MASIH MENGALIR SEHINGGA KE


HARI INI.Warisan dari maharaja Srivijaya ini adalah Kesultanan Johor,Pahang dan
Perak.Kita tahu bahawa salah seorang keturunan Srivijaya ini telah membina kerajaan di
Temasik (Singapura) selepas diancam oleh Majapahit yang mula meluaskan
kuasanya.Pernah dengar nama Sang Nila Utama?Makamnya masih ada di Fort
Canning,Singapura.Kemudian salah seorang keturunannya iaitu Paduka Sri Maharaja
(terkenal dengan panggilan Parameswara) telah berpindah ke Melaka,membina
kerajaan.Kita tahu cerita selepas itu.Setelah kejatuhan Melaka,warisan Kesultanan Melaka
masih berlangsung di Pahang (Kesultanan Pahang berasal dari keturunan raja Melaka dan
Bendarahara),di Perak (Tengku Muzaffar Syah) dan Johor (Tengku Alauddin Syah).Jika
diambilkira darah keturunan Srivijaya ini yang masih menjadi raja-raja,usia dinasti
Srivijaya berusia lebih 1400 tahun!

S:Sungguh menarik bila kita menyusuri sejarah Nusantara ya!

J:Sebab itu kita kena belajar sejarah kita sendiri,kalau tidak akan terjadi perpecahan
443

akibat salah faham.Kita berperang dengan orang lain padahal rupa-rupanya orang yang
kita perangi adalah adik-beradik kita sendiri.Sejarah juga berperanan sebagai pemangkin
motivasi.Satu-satunya negara yang mengabaikan sejarah ketika semua negara
menumpukan kepada pembangunan sejarah walaupun semiskin Kemboja dan Burma
adalah negara kita.Sungguh sedih melihat cara ahli sejarah kita membuat kesimpulan
sejarah.Mesti mahu mengaitkan budaya kita datang dari luar.Bila dijumpai ada aborigine
Taiwan berbahasa rumpun Melayu,cepat-cepat terhegeh-hegeh menjilat buntut orang
Barat dengan mendakwa orang Melayu berasal dari Taiwan.Bila dijumpai ciri-ciri rumpun
Melayu di Yunnan,tiba-tiba jadi separuh gila mengatakan Melayu berasal dari Yunnan
pula.Ketika ahli sejarah pemalas kita sibuk mengaitkan asal-usul orang Melayu dari
pelbagai arah,para pengkaji Barat sedang sibuk mengkaji adakah orang Melayu ini
warisan dari benua Lemuria atau Mu yang tenggelam.Menarik kan?KITA SEBENARNYA
MEMANG DARI DULU BERADA DI SINI,DI SINI,DAN DI SINI.BUKAN DARI MANA-
MANA.

S:Terlanjur menyebut tentang Mu,boleh Srikandi cerita sedikit tentang darah naga?

J:(Srikandi tersenyum aneh)Awak nak pancing saya ya?Saya sudah katakan rahsia darah
naga ini amat merbahaya kerana sedikit saya dedahkan,ramai pula mendapat bisa
tulahnya sehingga demam kekeliruan (Srikandi tersenyum aneh lagi).Saya bukakan
sedikit rahsia.Jika anda mahu mengetahui rahsia Darah Naga ini,anda kena dekodkan
tulisan-tulisan hiroglif di makam Hatshepsut di Luxor,Mesir.DI SANA TERSEMBUNYI
RAHSIA RAJA PERAHU DAN PERMAISURI HATI,pemerintah Punt.Saya ada draf hasil
terjemahan tulisan ini dari Egyptologist di sana.Mereka tidak memahami sebahagian
istilah dalam relief itu,TETAPI MALANGNYA SAYA TAHU SEBAHAGIAN PERKATAAN
ITU BERSEKALI DENGAN RAHSIA PEREHU DAN HATI INI.
444

(Srikandi merenung tajam,dengan senyuman aneh)

S:Teruskan...

J:Cukup!Biarlah saya simpan dahulu rahsia ini.Biarlah rahsia,kata Siti Nurhaliza.

Siapa yang mahu mendekodkan semua manuskip dahulukala kena kuat dalam
pengetahuan sejarah.Misalnya Hikayat Merong Mahawangsa.Ada kisah kapal putera Rom
di serang garuda.Lucunya ada orang yang percaya ia benar-benar burung garuda yang
besar itu.Salah seorangnya ialah geng Anai-anai.SALAH SAMA SEKALI.Perlambangan
'garuda' adalah merujuk kepada Empayar Srivijaya.Ketika itu Srivijaya adalah tuan punya
SElat Melaka.Siapa yang mahu lalu di selat ini mesti dipantau oleh kapal-kapal peronda
Srivijaya.Tidak dinafikan terdapat lanun-lanun di selat ini,dan lanun-lanun ini
mempunyai hubungan dengan Srivijaya.Ini samalah seperti Kerajaan British yang
mengupah privateer mereka sebagai lanun-lanun untuk merompak kapal-kapal Sepanyol
di Atlantik dan Caribbean.Antara warisan Srivijaya yang tertinggal dalam budaya
masyarakat Asia Tenggara adalah lambang garuda.Lambang ini adalah lambang Srivichai
445

dan diambil oleh kerajaan Khmer sebagai seni mereka,kemudian dicedok oleh Tai ketika
serangan raja Tai ke ibukota Khmer menyaksikan pemindahan segala budaya Khmer ke
istana raja Thai.Catatan sejarah menyaksikan bahawa raja Tai mengangkut beratus-ratus
penari,tukang ukir dan seniman Khmer ke ibukota mereka sekaligus menyerap segala
budaya,tulisan dan kostum Khmer ke budaya Tai yang baru bertapak di Indochina.Tai
juga mencedok budaya negeri-negeri Melayu Kuno di selatan Indochina seperti Ligor dan
Sri Dharmaraja.Gabungan dari semua budaya cedokan ini lahirlah bangsa Thai sekarang.

Di dalam Hikayat Anggun Cik Tunggal misalnya terdapat nama Raja Bedurai Putih.Di
dalam Hikayat Anggun Cik Tunggal,Raja Bedurai Putih dari Negeri Tambang Papan itu
sebenarnya perlambangan dari raja Portugis,gabenor atau wakil raja atau sekurang-
kurangnya raja dari sebuah negeri di Eropah.'Bedurai' adalah kata 'viceroy' yang
dimelayukan atau dalam versi lain menjadi 'wizurai'.Anda boleh nampak sekarang,untuk
memahami hikayat-hikayat Melayu,kita kena kuat asas kronologi sejarah.Jika tidak kod-
kod dalam hikayat-hikayat ini tidak dapat dipecahkan.Samalah seperti untuk memahami
rahsia tradisi Darah Naga dan 'Pisau Ular'.

S:Bercakap mengenai Khmer,Srikandi ada menyentuh mengenai pengasas Angkor atau


Empayar Khmer iaitu Jayavarman II di dalam salah satu siri ATBM.Siapakah beliau
sebenarnya?

J:Saya cenderung mengatakan beliau ialah gabenor atau mempunyai hubungan darah
dengan dinasti Sailendra.Dinasti Sailendra ialah raja-raja Srivijaya yang menetap di
Jawa.Asal-usul mereka ialah dari Sumatera.Jadi mereka adalah cabang dari keturunan
diraja Malayu Sumatera.Namun ada pengkaji yang menolak pendapat ini seperti Claude
Jacques dan lain-lain.Mereka mengatakan bahawa kata 'chvea' pada batu bersurat di Sdok
Kok Thom itu merujuk kepada orang Cham.Ini kerana pada pendapat mereka,Jayavarman
II telah lama berhubungan dengan orang Cham dan ini lebih munasabah berbanding
beliau tinggal di istana Sailendra di Jawa.Bagi kita,mana-mana teori pun menunjukkan
bahawa budaya Khmer adalah berasal dari rumpun Melayu.Mengapa?Teori pertama
mengatakan Jayavarman II berasal dari istana Sailendra.Dinasti Sailendra berasal dari
Sumatera,dari kerajaan-kerajaan Melayu Purba.Teori kedua mengatakan Jayavarman II
ada hubungan dengan orang Cham,dan orang Cham adalah sememangnya rumpun
Melayu dan pernah mempunyai tamadun Melayu Purba yang agung!Jadi budaya Khmer
tidak dapat lari mesti duduk di bawah bayang-bayang sejarah Kemelayuan.Sebab itu saya
katakan TAMADUN PURBA MELAYU ADA DI INDOCHINA.Ini benar-benar The Lost
Civilization of Malays.
446

S:Kalau boleh kami mahu berbual panjang lagi dengan Srikandi,namun akur dengan masa
yang diberi oleh Srikandi....

J:Oh ya!Nasib baik anda ingatkan,saya ni kalau sudah syok bercakap pasal sejarah,lupa
dunia....

(Srikandi ketawa kecil)

S: .....jadi sebelum mengakhiri temubual kita,boleh Srikandi ceritakan asal-usul salasilah


Srikandi sendiri,mungkin pembaca ingin tahu,sebagai pengkaji sejarah sudah tentu sang
pengkaji tahu sejarahnya sendiri.

J:Emm...emmm....(Srikandi merenung tajam dengan senyuman mencurigakan)Awak nak


jerat saya ke?Ini soalan perli nampak?

(Srikandi mula ketawa kecil)

Baiklah,bapa saya berketurunan Jawa yang jika ditelusuri berasal dari Jawa
Tengah.Moyang saya jika diselidiki mempunyai hubungan darah dengan Embah
Gyatri,salah seorang isteri Raden Wijaya.Cukup saya katakan bukanlah hubungan
dekat,bau-bau bacang sahaja.Salasilah ini terlampau kompleks,dan saya pernah melihat
salasilah ini ketika kunjungan saya ke Magelang.Itu pun nasib baiklah saya membawa
bapa saya kerana dia masih fasih berbahasa Jawa halus.Ibu saya pula berasal dari
Perak,tepatnya dari Beruas.Nenek saya (sebelah ibu) punya hubungan dengan salah satu
kerabat diraja Perak.Cukup?

J:Nampaknya Srikandi punya darah kedua-dua warisan empayar ini;Srivijaya dan


Majapahit...

J:(Srikandi hanya tersenyum aneh)

Saya tidak mahu komen tentang itu,namun saya mahu ulang apa yang dikatakan oleh Win
Cun,rakan Cina saya ketika di Tingkatan Enam dahulu,seperti yang saya ceritakan di awal
temubual:

"...jika awak lemah semangat,tiada siapa di dunia ini akan dapat tolong awak..."
447

Hidup ini sebenarnya kejam dan hanya orang yang benar-benar kuat sahaja akan terus
wujud.Orang yang lemah semangat,hilang identiti dan jatidirinya akan menunggu masa
untuk pupus.Terima kasih kerana menemubual saya.

S:Oh,sepatutnya kami yang berterimakasih kepada Srikandi kerana sudi meluangkan


masa bersama kami.

Posted by Mistis Organization at 6:31 PM


448

Friday, August 13, 2010

Catatan Srikandi dari Guadalajara

Jangan dipendam
hati yang duka
kelak bersarang
bermuramdurja

Biar dibuka
rahsia di dada
Tiada pekung tiada dhoraka

Tiada curiga semua muditta


Biar dibuka
tiada rahsia

Menyusuri perjalanan jauh dari Calakmul ke Mexico City menimbulkan nostalgia kepada
saya ketika masih di belajar di tanah air.Ketika itu saya mengikuti rombongan konvoi 'The
Golden Chersonese' yang bermula dari Johor Bahru,merentasi Tanah Semenanjung yang
bertuah dan kemudiannya melepasi sempadan Thailand di pintu masuk Padang
Besar.Seterusnya kami menuju ke Hatyai,Phattalung seterusnya sampai di Ranong
(Segenting Kra).Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke Bangkok.Seterusnya kami ke
Aranyaprathet dan memasuki Kemboja.

Sepanjang perjalanan itu (khususnya di Indochina),saya mengkhayalkan kisah-kisah dan


hikayat Melayu dahulukala seperti puteri kayangan,nenek kebayan,putera raja atau pun
pengembara-pengembara dan pelaut (diidentifikasikan sebagai 'Malim' seperti Hikayat
Malim Deman) pernah terjadi di sini.Saya perhatikan Banjaran Tenasserim (Tenang
449

Siram atau Tanah Sari) yang indah,menimbulkan misteri betapa di sini pernah berdiri
beberapa negarakota Melayu Purba pada masa silam.Dan disini juga terjadinya
sebahagian hikayat-hikayat purba Melayu yang diceritakan turun-temurun sehingga ke
hari ini.Sebenarnya di sini bertaburan orang-orang Melayu di celah-celah nama-nama
Thai mereka bersama-sama kaum-kaum lain (Thai khususnya).Di Segenting Kra sebelah
Myanmar pula,terdapat perkampungan-perkampungan Melayu di mana orang Burma
memanggil mereka sebagai 'Pashu'.Zon semenanjung yang dihuni oleh 'Pashu' ini dikenali
sebagai semenanjung Myeik.Pada zaman purba,kawasan ini diperintah bersilih ganti oleh
kerajaan-kerajaan Mon dan etnik-etnik Malayan.Seperti yang diterangkan dahulu,orang
Mon adalah etnik Indochina antara yang terawal berinteraksi dengan orang Melayu pada
masa silam.Namun hubungan orang Mon dan Mela (antara nama purba puak-puak
Malayan di Indochina) amatlah misteri sehingga kini.Terdapat hipotesis di kalangan ahli
bahasa mendakwa istilah 'Mon' adalah kesalahan sebutan bahasa Kradai (bahasa-bahasa
seperti Tai dan Lao) terhadap huruf 'L' pada akhir perkataan 'Mel' atau 'Mal'.Ini samalah
seperti perkataan 'Setul' (nama sejenis buah dalam bahasa Melayu) iaitu nama sebuah
tempat di selatan Thai disebut sebagai 'Satun' oleh lidah orang Thai.

Tanintharyi adalah nama kawasan yang diduduki oleh orang-orang Melayu


Myanmar,merupakan versi sebutan Burma bagi Tanah Sari,satu wilayah purba orang-
orang Melayu dahulukala.Begitu dengan nama 'Tenasserim' yang dijadikan nama
banjaran gunung di sini sebelum ditukarkan menjadi Tanintharyi adalah istilah Melayu
iaitu 'Tenang Siram'.Betapa misterinya kewujudan orang-orang Melayu di Indochina dan
betapa anehnya mengenangkan pesona warisan keMelayuan yang hilang di Indochina.

Sebelum mengkaji Diari Lodgekeeper dahulu,saya benar-benar tidak menyangka bahawa


rahsia yang tersimpan di dalam diari ini berkenaan rahsia kerajaan-kerajaan Melayu
purba di Indochina adalah amat mengejutkan!Saya ketika itu hanya tahu sedikit sebanyak
tentang Champa,satu kerajaan Austronesia yang berbahasa rumpun Melayu di pantai-
pantai Vietnam.Saya masih ingat buku rujukan Sejarah Tingkatan Lima terbitan Sasbadi
yang saya tatap sebelum menghadapi peperiksaan.Di dalam terdapat tajuk kerajaan-
kerajaan awal di Asia Tenggara.Tercatat di sana nama Funan dan Champa,dan Champa
dinyatakan sebagai 'kerajaan Melayu terawal' di Asia Tenggara.Ketika itu saya berbisik di
dalam hati,bagaimana terdapat orang Melayu di Vietnam pada masa dahulu!

Pada muka surat ke 37,perenggan ke 5 di bawah tajuk 'The Realm of Mystic Flower' ada
mencatatkan:

"...tiga kerajaan bangsa bunga-bungaan,Teratai di kiri,Kembuja di tengah dan


Champaka di kanan..."
450

Ayat-ayat ini benar-benar menimbulkan perasaan aneh kepada saya.Sejak dari itu saya
bertekad untuk mencari warisan Kemelayuan yang hilang di Indochina.Semakin saya
membaca ayat-ayat seterusnya di dalam diari itu,saya semakin menjadi tidak
keruan.Betapa di dalamnya terungkap rahsia-rahsia yang begitu lama terpendam selama
beribu-ribu tahun!

Selama seminggu saya tiba-tiba mendapat demam panas ketika mengkaji tajuk 'The
Tabernacle of Melati and Mala'.Anehnya,beberapa kali saya mendapat mimpi-mimpi
aneh.Saya bermimpi tentang raja-raja purba dan daerah pemerintahannya yang
digambarkan aman makmur dan indah permai.Saya bermimpi didatangi seorang puteri
raja yang memakai mahkota berkerawang yang mirip sekali dengan perhiasan kepala yang
selalu dipakai oleh penari Menora di Kelantan.

Selepas mengalami mimpi aneh itu,saya terus mengatur rancangan untuk melawat negeri
pantai timur yang penuh misteri ini,Kelantan Darul Naim,semata-mata mahu melihat
dengan lebih dekat 'headgear' penari Menora.Sehinggalah ada satu malam saya
berpeluang menonton satu pertunjukan kebudayaan yang tertutup (saya dimaklumkan
dengan polisi kerajaan negeri ketika itu) menampilkan penari Menora.Namun 'headgear'
mereka tidak sama dengan apa yang dipakai oleh puteri raja dalam mimpi saya
itu.Kostum para penari itu seolah-olah penari tarian Thai yang memakai 'headgear' yang
bermuncung tajam.Saya pun menemui guru Menora yang melatih para penari tersebut
dan bertanyakan perkara tersebut.Beliau meminta saya melukiskan bentuk perhiasan
kepala puteri raja tersebut.Guru tua itu begitu lama merenung lukisan saya.Tidak
berkedip matanya merenung lukisan saya itu.

Beliau memandang saya dan mengatakan bahawa perhiasan tersebut pernah dilihatnya
ketika kecil dalam satu persembahan Menora di kampungnya di Songkhla (Singgora).Ia
adalah perhiasan satu aliran Menora kuno yang jarang dilihat kini.Namun begitu beliau
pun kurang pasti jika tarian itu adalah dari Menora atau tarian lain,namun beliau
mengatakan kini Menora jarang memakai 'headgear' sebegitu walaupun sesetengah
tempat beliau pernah melihatnya mirip seperti itu.Di kesempatan yang amat berharga
itu,beliau telah menceritakan sejarah Menora yang begitu menarik bagi saya;penuh
misteri untuk mencantum rahsia Kemelayuan yang hilang di Indochina.

Beliau menceritakan asal-usul Menora adalah dari Singgora dan pada masa dahulu
Singgora adalah sebuah kerajaan Melayu purba yang diperintah oleh Raja saifafat dan
Permaisuri Sri Mala.Tarian Menora ini kononnya diasaskan oleh cucu baginda
sendiri.Dari kerabat istana,tarian ini diajarkan kepada orang kampung termasuk orang
451

Thai yang menyerap tarian ini menjadi budaya mereka (orang Tai gemar kepada tarian-
tarian,raja Tai pernah mengangkut beratus-ratus penari Khmer ke ibukota kerajaan
mereka setelah menakluk Angkor dahulu).Kisah yang diceritakan oleh guru Menora itu
amat panjang dan sukar saya mengingatnya namun saya tertarik dengan nama permaisuri
Singgora itu yang bernama Sri Mala.Nama tersebut begitu terkesan di dalam diri saya.

Malam itu,saya tidak dapat tidur.Dahi saya berpeluh.Malam itu saya terasa amat
panas.Tiba-tiba saya terasa seseorang berada dihujung kaki saya.Saya cuba memanggil
rakan saya yang tidur di sudut sebelah bilik,namun suara saya seakan tidak keluar.Saya
cuba menjeling ke arah kaki saya.Alangkah terkejutnya saya apabila terpandang seorang
wanita yang aneh,dengan memakai perhiasan kepala!

Saya menjerit tidak keruan.Rakan saya terkejut dari tidur dan menenangkan saya.Malam
itu saya dapat tidur hanya setelah lampu bilik dibiarkan terpasang dan rakan saya tidur di
hujung kaki saya.

Paginya saya terus bergegas ke Kuala Lumpur.Saya terus ke Perpustakaan Negara dan
mencari maklumat tentang sejarah Indochina dan kerajaan-kerajaan purba di Asia
Tenggara.Sejam saya mencari namun saya masih tidak tahu apa yang saya cari.Ketika
asyik membaca,tiba-tiba mata saya tertarik dengan satu perenggan tentang sejarah
Hamsavati,sebuah kerajaan purba Mon.Perenggan ini menceritakan raja-raja dari dinasti
Mala yang berasal dari 'Sri Dharmaraja' dan dari garis keturunan dinasti ini telah
menurunkan Samala dan Vimala,dua orang putera yang menubuhkan Hamsavati,kerajaan
purba orang Mon.Ini amat-amat menarik dan menyimpan satu rahsia yang begitu
penting.Tiba-tiba saya teringatkan 'SriMala',nama seorang wanita yang menjadi
permaisuri sebuah kerajaan purba di Singgora.

Apa kaitan Sri Mala dengan Samala dan Vimala?

Apakah dia dinasti diraja Mala dan apa kaitan dengan Malayu?

Ketika itu saya merasakan saya hampir melengkapkan 'puzzle' ini,namun saya masih
ragu-ragu tentang perhiasan kepala puteri raja yang saya lihat dalam mimpi dahulu.Apa
kaitannya dengan kerajaan Mon,dua orang putera berdarah dinasti Mala,permaisuri Sri
Mala dan orang Kelantan?

Saya kembali ke perpustakaan pada keesokkan harinya.Saya cuba berjalan dari satu rak ke
satu rak.Hampir dua jam saya menelaah,namun saya kembali menemui jalan buntu.Saya
452

meletakkan kepala ke meja perpustakaan.Saya mengeluarkan 'walkman' dan memasang


'earphone' ke telinga.Ketika itu saya masih ingat,lagu Siti Nurhaliza,'Joget Berhibur'
sedang ke udara.Saya asyik melayan lagu ini sehinggalah ke lirik ini:

"Pohon berembang di atas gunung


Tumbuh dibawah pohon meranti
Janganlah hidup berulam jantung
Menunggu dia bersama mati"

Tiba-tiba saya tersentak.'Deja vu' mimpi saya tentang satu kerajaan purba yang aman
permai tiba-tiba menyentak di dalam kepala.Saya 'reverse' kan lirik itu kembali dan cuba
menarik seberapa banyak 'channeling' tentang petunjuk dalam lirik tersebut.Apa maksud
'pohon berembang di atas gunung'?

Saya mesti cari rahsia Funan,bisik hati saya.Funan adalah bermaksud 'gunung'.Kemudian
saya bergegas mencari maklumat tentang Funan,sebuah kerajaan terawal di
IndoChina,sekurang-kurangnya bermula 1 Masehi lagi.

Sekli lagi saya bergegas mencari dan mencari tentang Funan.Funan,seperti yang diketahui
umum masih kabur identiti mereka dan menjadi perdebatan antara sarjana untuk
menetapkan bahawa adakah ia kerajaan orang Khmer atau dari rumpun Austronesia.Saya
telah menemui beberapa buku yang saling berbeza pendapat antara yang mengatakan ia
kerajaan Khmer,kerajaan rumpun Melayu (seperti Champa) dan ada yang mengatakan ia
diperintah oleh raja Hindu dari India.Saya tidak tahu mengapa,setiap kali saya mencari
tentang Funan,saya pasti akan terhenti kepada bahagian Champa,sejak diketahui Funan
dan Champa pernah sezaman.

Pada satu ketika,sedang saya mencari-cari,tiba-tiba saya terpandang lukisan-lukisan


lakaran 'headgear' yang dipakai oleh bangsawan dan kerabat diraja Champa.Alangkah
terkejutnya saya apabila salah satu 'headgear' itu benar-benar sama dengan perhiasan
kepala yang dipakai oleh puteri misteri dalam mimpi saya!
453

Cerita selepas itu adalah menakjubkan.

Selepas penjajahan,warisan Kemelayuan benar-benar hampir lenyap di


Indochina.Penjajah telah memberikan tampuk politik kepada kaum yang dominan dalam
wilayah-wilayah jajahan,dan bermula sejak itu,nasionalis masing-masing mula
menuliskan sejarah.Nasionalis terutamanya Khmer dan Tai,telah berlumba-lumba
menuliskan sejarah bangsa masing-masing.Kecuali Vietnam kerana
istana,candi,bangunan dan tempat suci Champa masih terpelihara (Dai-Viet diketahui
amat kurang warisan binaannya kerana kerajaannya sama seperti Monggol;berdiri di atas
peperangan),nasionalis-nasionalis ini cuba untuk menafikan pengaruh politik
Kemelayuan di dalam sejarah negara masing-masing.Raja-raja Tai cuba men'Tai'kan
seberapa banyak nama-nama tempat yang berbau Melayu dan menamakan semula raja-
raja purba Melayu dalam lenggok Tai.Nama-nama raja Melayu yang pernah memerintah
Kambuja terselindung secara misteri dalam nama-nama Hindu mereka dan nasionalis
Khmer mendakwa mereka adalah dari keturunan Khmer asli.

Kini pengkaji sejarah dari luar malah dari dalam Thailand dan Kemboja sendiri mengakui
pengaruh Empayar Melayu ini yang menurunkan darah keturunan mereka untuk
memerintah Suvarnabumi;Srivijaya.
454

Pada abad-abad terawal di Indochina,segala kisah dan hikayat di sana adalah cerita
tentang raja-raja Melayu dan Jawa bersaing sesama sendiri mempertahankan
jajahan.Perlu diingat istilah 'Jawa' di sini bukanlah orang Jawa di Tanah Jawa,namun
satu suku Melayu yang menguasai Indochina pada zaman purba.Pada inskripsi dan
manuskrip purba Tamil,Sanskrit dan Sri Lanka menyebutkan mereka adalah 'Javaka'
manakala prasasti-prasasti Khmer menyebutkan mereka sebagai 'Chaeva'.Melayu di sini
merujuk kepada Srivijaya yang terkenal dalam catatan-catatan purba Indochina sebagai
'Chakravartin' (pemerintahan universal atau empayar).Saya telah mengetahui satu rahsia
penting ketika raja Haripunjaya menyerang Lavo (Lopburi sekarang-'Lavopuri') kira-kira
abad ke 9.Dari peperangan misteri ini saya mengetahui asal-usul orang Kelantan yang
mewakili dialek Pantai Timur dan perbezaan mereka dengan orang Kedah yang berdialek
utara.

Terdapat satu suku Melayu terawal yang pernah bersempadan dengan wilayah-wilayah
Cina pada zaman purba.Mereka pernah berperang dengan Maharaja Cina dan berjaya
menubuhkan kerajaan.Dan saya tahu dari mana asal-usul orang Mon dan kaitan mereka
dengan masyarakat Siam Kedah dan Melayu Kedah.

Di Kelantan,terdapat satu kawasan yang dinamakan 'Jawakoti' atau Titik Jawa.Ini adalah
kawasan yang paling terpenting dalam sejarah Kemelayuan,untuk menghubung era-era
purba mereka dengan era Srivijaya menjadi empayar perdagangan maritim.Dari sini saya
mengetahui dari mana asal-usul orang Jawa di Tanah Jawa yang tiba-tiba bangkit
membina kerajaan,kerana saya tahu orang Sunda terlebih dahulu telah pun lama
mempunyai kerajaan mereka sebelum kewujudan Majapahit.Siapakah yang membantu
orang-orang Jawa di Tanah Jawa membina peradaban?
455

Kebanyakan empayar di dunia akan meninggalkan binaan yang agung tanda kemuncak
peradaban mereka.Sekadar menyebutkan beberapa contoh,Mesir Purba meninggalkan
Piramid Agung Giza,Rom meninggalkan Colosseum,Greek meninggalkan kompleks
Athens,China meninggalkan Tembok Besar China,Moghul meninggalkan Taj Mahal dan
seteruskan sebagai tanda kemuncak kekayaan material dan hegemoni politik
mereka.Namun ketika orang di Tanah Jawa masih belum mempunyai kerajaan,telah
terbina kuil Buddha paling terbesar di dunia,Borobudur.Ketika ini,kuil-kuil Buddha di
China amatlah kecil dan sami-sami di sana hanya mampu mengukir patung Buddha di
gunung-gunung,yang paling terkenal ialah seperti di Lesyan.Namun satu tamadun yang
agung telah berjaya membina satu binaan yang kreatif dan menakjubkan.Sebab itu raja-
raja Srivijaya menghantar para pengukir dan tukang batu mereka kepada Maharaja Cina
untuk membaiki kuil dan membina candi-candi sebagai menjalinkan hubungan
diplomatik.Seorang raja Srivijaya yang bernama Cudamanivarman telah menghadiahkan
sebuah loceng yang dinamakan oleh Maharaja China sebagai “Kehidupan Seribu Tahun
Yang di Anugerah dari Syurga”.Orang-orang Melayu Srivijaya juga telah dipanggil oleh
Maharaja Cina bagi membaiki candi-candi di sana misalnya pada tahun 1079 tercatat di
kuil Taois di Kanton nama seorang pembesar dari Srivijaya yang bernama Ci-lo-lo (Chi-
lo-lo) yang dihantar oleh Maharaja Srivijaya yang bernama Divakara untuk membaiki kuil
tersebut.Maharaja Cina itu memberi gelaran kepada Maharaja Srivijaya itu sebagai
“Jeneral Agung”.Betapa manisnya hubungan antara Maharaja Cina dan Maharaja Melayu
Srivijaya pada masa silam.

Dari sini saya mengkaji dinasti Sailendra yang sebenarnya berasal dari Melayu Sumatera
sebelum menakluk Tanah Jawa dan hubungan mereka dengan kerajaan-kerajaan Melayu
terawal di Indochina termasuk hubungan mereka dengan orang Khmer dan
Angkor.Kemudian saya mengesan bahawa sebenarnya mereka berasal dari Indochina
yang pernah memerintah Kemboja (Funan?) kemudian berpindah ke Sumatera.Nama
456

dinasti ini ada tercatat dalam sebuah kuil purba Khmer.

Saya juga mengetahui rahsia raja-raja Kambujadesa dan Empayar Angkor.Titik kunci bagi
semua rahsia ini adalah di Ligor,ketika berdirinya satu kerajaan Melayu dari dinasti Mala
Purba bergelar Sri Dharmaraja.Saya menyelusuri sejarah Ketomala dan Sri Melati dari
'The Ancient Court of Mala'.Dan saya mempelajari bagaimana Ketolamala menubuhkan
istana Angkor dan misteri siapakah Sri Kambu.

Pada muka surat 47 di bawah tajuk 'The Bloodline of The Kings of Sacred Mountain ':

"Mereka berasal dari satu bangsa misteri yang pernah menerima utusan Mesir Purba
pada masa dahulu.Mereka inilah asal-usul gelaran 'Pharaoh' yang merupakan sebutan
versi Mesir Purba kepada 'Perahu' yang tercatat nama Raja Mala ini pada ukiran di
Kuil Hatshepsut di Luxor.Samala dan Vimala adalah satu garis keturunan dari
Ketolamala berasal dari kelas pemerintahan Mala-YU purba di Ligor,Negara Sri
Darmaraja yang maju dan berjaya"

Dari petunjuk dalam Diari Lodgekeeper ini saya mula mengkaji sejarah Kemboja dan
Thailand dan menghubungi rakan-rakan Khmer saya untuk mendapatkan senarai
manuskrip,inskripsi dan batu-batu bersurat dari era pra-Angkor sehingga saat-saat
kemuncak peradaban Angkor.

Saya belajar tentang Suryavarman II yang membina Angkor Wat.Saya juga belajar tentang
moyangnya Suryavarman I dan Jayaviravarman yang dipengaruhi aura Srivijaya.Semua
ini membawa saya ke satu dinasti yang samar-samar dalam sejarah Kemboja,Viravamsa.
457

Inskripsi Phimanakas mencatatkan:

Dhati vrah pada kamraten kamtvan an cri suryavarmmadeva ta sakata svey vrah
dharmarajya nu 924 caka

Inskripsi ini menunjukkan hubungan Suryavarman dengan kerajaan Sri Darmaraja


(Ligor) atau Tambralingga.Saya telah terangkan sebahagian rahsia Tambralingga di mana
seorang raja Melayunya bernama Chandrabhanu pernah berusaha menakluk Sri Lanka.

Kemudian saya menyedari keanehan pada Suryavarman I yang asal-usulnya dinyatakan


sebagai 'came from Malaysia' pada satu artikel kajian penyelidik Khmer.Kemudian rupa-
rupanya keanehan itu semakin membesar apabila saya mendapat tahu dari prasasti demi
prasasti,manuskrip demi manuskrip seperti Khmer Chronicle (Botomvaravamsa),inskripsi
Prasat Khna as Sri Narapativiravarman,inskripsi Ta Praya,Inscription Prasat Trapan Run
sekadar menamakan beberapa contoh menunjukkan hubungan keturunan mereka dengan
dinasti Melayu Srivijaya!

Tidak hairanlah raja-raja Angkor terawal selalu berulang alik ke Jawa kerana di sana
terdapat saudara mara mereka dari dinasti Sailendra yang merupakan 'ruling class'
Empayar Melayu Srivijaya.

Contohnya dalam inskripsi Prasat Trapan Run memperkenalkan seorang raja Angkor
bernama Jayavivarman sebagai 'raja Mala' (Maulimalaraja), menghubungkan beliau
kepada raja Srivijaya bernama Sujita dalam rekod-rekod orang Mon.

Dalam Batu Bersurat Talang Tua yang ditemui di Bukit Seguntang,Sumatera tercatat
perkataan 'Śrīksetra':

"Pada 23 Mac 684 Masehi, pada ketika itulah taman ini yang dinamakan Śrīksetra
dibina di bawah pimpinan Sri Baginda Śrī Jayanāśa. Inilah niat baginda: Semoga yang
ditanam di sini, pohon kelapa, pinang... (terjemahan Goerge Coedes)

Śrīksetra adalah sebuah tempat di Burma sekarang dan dikenali sebagai negarakota orang
Pyu pada masa silam.Menariknya di antara wilayah Indochina yang tercatat pernah di
bawah taklukan Jayanasa,Maharaja Srivijaya yang agung itu ialah Segenting
Kera,Dwarawati (Thailand Tengah dan Utara),Khemra Hilir (Kemboja),Khemra Ulu
(Laos),Arimadana (Myanmar) dan Sumatera Selatan.
458

Dahulu kita pernah tinggal di Indochina!

Semua keanehan ini membawa saya ke Angkor Wat sejak saya mengetahui siapa
Suryavarman II dan kaitan beliau dengan Sri Kambu,raja-raja Mala dan kerajaan Melayu
Ligor.Saya merenung ukiran-ukiran di tembok-tembok Angkor Wat tanpa sebarang
tujuan.Bisikan hati saya menuju kepada watak-watak perempuan pada ukiran bas-relief
kuil itu.Sebenarnya saya ingin mencari puteri misteri dalam mimpi saya.Malangnya
semua watak-watak wanita di Angkor Wat kerap digambarkan tidak menutup bahagian
dada.Ini tidak menggambarkan ciri-ciri puteri raja di dalam mimpi saya yang berpakaian
seolah-olah kebaya lama.Entah mengapa intuisi saya kuat mengatakan 'dia' ada di sini!

Saya mengelilingi tembok-tembok yang menceritakan peperangan dalam Ramayana dan


Mahabbrata dan juga sejarah Cham dan Khmer (Khemra).Kemudian setelah letih
menjelajah saya berhenti rehat di satu sudut kuil.Kemudian secara tidak sengaja saya
terpandang ukiran dua gadis yang seolah-olah berkebaya diukir di satu galeri!

Pakaian dua orang gadis itu amat ganjil dan berbeza dengan pakaian gadis Khmer di
ukiran-ukiran tembok lain dan anehnya ukiran dua gadis 'berkebaya' ini diukir dalam
galeri yang terasing dan nampak istimewa.Saya benar-benar teruja.Siapa mereka
berdua?Mengapa mereka memakai kebaya?

"Siapakah kamu sebenarnya?",

berkali-kali saya menyoal ke arah dua ukiran tersebut sehingga tiga orang pelancong
Korea menjeling-jeling ke arah saya sambil tersenyum.

Kemudian selepas beberapa lama,barulah saya tahu siapakah sebenarnya Suryavarman II.

Begitu agung dan syahdunya sejarah Kemelayuan pada masa silam.

Satu catatan yang menarik ialah Suryavarman I telah membina Preah Vihear merupakan
seorang Raja dari dinasti Malayu yang terakam dalam 'Riwayat Chiang Mai' (Chronicles of
Chieng Mai).Kemudian Preah Hear direbutkan oleh orang Khmer Kemboja dan Thailand
pada hari ini.Sejarah kita telah direbutkan oleh orang lain.

Insya Allah,saya akan jelaskan semua rahsia ini dengan lebih mendalam dalam Alter
Terahsia Bangsa Melayu V3.5 akan datang.
459

Rahsia Kemelayuan bagaikan 'puzzles' yang terpisah-pisah di sana-sini.Berada di


Indochina membuat kajian tentang Melayu,memaksa saya mengumpulkan rekod-rekod
Mon,Khmer,Tai dan Viet.Sejarah Melayu MESTI dibaca bersama-sama dalam semua
rekod berbeza ini.Ini kerana setiap rekod kaum-kaum ini mengandungi 'puzzle' masing-
masing yang perlu digabungkan dengan 'puzzle' yang dipegang oleh kaum lain.Jika
tidak,ia menjadi 'The Lost Civilization' yang tergelap dalam sejarah Indochina.

Perlu diingat sekali lagi,sejarah ditulis oleh mereka yang menang.

sembah salam Srikandi dari Guadalajara


15 April 2010

Posted by Mistis Organization at 6:32 PM


460

Friday, August 13, 2010

Catatan Srikandi II

Penyakit Buta Sejarah

Apakah kepentingan sejarah?Saya ingin bertanya kepada tuan-tuan dan puan-puan


semua.Apakah kepentingan sejarah kepada manusia khasnya kepada bangsa?Adakah
sejarah hanya sebagai cerita-ceriti sahaja untuk didengar?Dibaca?Atau hanya sebagai
subjek untuk lulus SPM?

Cuba tanyakan kepada para pemimpin yang buta sejarah.Atau para 'sejarahwan' kita yang
pemalas dan menganggap bidang sejarah ini hanya sebagai periuk nasi mereka,bukan
tanggungjawab kepada bangsa.Saya akan memberitahu kesan buruk penyakit buta sejarah
dari seorang pelajar sekolah sehinggalah kepada satu bangsa.Seorang pelajar sekolah yang
buta sejarah akan menghadapi kegagalan dalam subjek sejarah.Jika dia gagal dalam
subjek itu,keputusan peperiksaannya akan cacat walaupun dia mendapat semua A dalam
subjek lain.Namun siapa yang kisah?Kerana dia pun boleh ke universiti jika gagal dalam
subjek sejarah.Seorang sejarahwan yang buta sejarah (ini agak mustahil tapi benar) akan
membuat kesimpulan yang salah dalam jurnalnya kerana malas membuat kajian sendiri
atau setidak-tidaknya berusaha membuat 'cross-reference' dengan para sarjana lain.Dia
akan mengikut sahaja sejarah kontemporari yang ditulis oleh penjajah.Dia hanya terperuk
sahaja dalam pejabat dan jika mengajar,akan mengajarkan silibus sejarah versi
penjajah,meneruskan program mengkerdilkan jiwa dan jatidiri bangsanya.Tapi siapa yang
461

kisah,jika mengajar bahawa orang Melayu berasal dari Yunnan atau orang gua
sekalipun,duit gaji tetap masuk tiap-tiap bulan.

Seorang pemimpin yang buta sejarah lagi dasyat.Dia akan meneruskan polisi
membutakan sejarah bangsanya,jika tidak sebab dirinya yang buta sejarah,mungkn
sengaja membutakan matanya sendiri demi mencapai agenda politik sempitnya.Mungkin
tapak-tapak bersejarah diarahkan untuk dimusnahkan atas nama pembangunan,atau
dibiarkan bersemak-samun tanpa berjaga.Inilah yang berlaku kepada para pemimpin kita
tidak terkecuali kaum kerabat raja-raja Melayu.Ini berlainan pula dengan orang
luar,misalnya raja Kemboja Norodom Sihamoni misalnya,adalah seorang yang amat
mencintai hasil budaya dan seni Kemboja.Kerajaan Kemboja pula sanggup berusaha
bermati-matian mempertahankan tapak bersejarah Preah Vihear dari dikebas oleh
Thailand.Kerana apa tuan-tuan?Kerana sejarah itu amat penting bagi mereka.Kerana
suatu hari nanti mereka tidaklah sedungu sesetengah orang Melayu di Malaysia yang
percaya bangsanya adalah hamba sahaya raja Siam Ayutia.Dan percaya bahawa nama
bangsanya adalah ciptaan penjajah!

Satu bangsa yang buta sejarah akan ditipu hidup-hidup oleh orang lain.Akhirnya sesuatu
bangsa itu akan hilang jatidiri dan tidak mustahil tanahair,apabila tempat tinggalnya
didakwa milik orang lain lain dahulu.Kaji tuntutan Filipina ke atas Sabah.Kaji tuntutan
Kepulauan Spratly.Kaji kekalahan Malaysia dalam isu Pulau Batu Putih.Kaji Singapura
yang sengaja terlepas dari tangan kita.Kaji status Hong Kong setelah tamat penjanjian
koloni British.Kaji status Macau setelah tahun 1999 dengan Portugis.Lihat,tanah dan
negeri boleh bertukar tangan atas sebab-sebab sejarah,bukan penguasaan ekonomi atau
politik.ANDA NAMPAK RAHSIA INI?

Namun siapa yang peduli?Biar bangsa tergadai asal perut sendiri kenyang.

Kita pernah mendengar ada orang mencuri barang,meragut beg,merompak bank dan lain-
lain lagi,namun pernahkah kita mendengar ada orang mencuri sejarah,meragut sejarah
orang lain atau merompak sejarah orang lain?Inilah yang cuba dilakukan oleh orang-
orang yang mahukan tanahair kita ini.Contoh yang paling terbaik setakat ini adalah
percubaan yang dilakukan oleh blogsejarahnagarakedah.Terima kasih kepada penulis blog
itu yang menyedarkan kita bahawa kini taktik merompak sejarah orang lain sebenarnya
memang berkesan ke atas orang-orang Melayu yang dungu sepertimana kejayaan menipu
orang Melayu dalam MLM (sistem jualan langsung) sejak sekian lama.Saya merasa amat
sedih melihat wajah orang-orang Melayu yang kecewa dan murung ketika kes Island Red
Cafe tempoh hari.Saya mahu menjerit sahaja kepada orang-orang Melayu itu,mengapa
462

terlampau bodoh sehingga sanggup ditipu oleh orang lain?Saya percaya harta-benda
beratus ribu yang dikumpul oleh orang-orang Melayu untuk menyertai MLM itu adalah
harta yang halal dan jujur (bukan hasil judi atau loteri) namun sedihnya dikebas sebegitu
mudah oleh orang lain yang kaya-raya atas kesedihan orang Melayu.Kini bukan sahaja
segenap benda di Malaysia ini boleh dijadikan modal untuk berniaga,namun kebodohan
orang Melayu itu sendiri mampu dijadikan modal berniaga dan menjana wang beratus-
ratus ribu!

Fikirkan.Sampai bila mahu hidup dalam keadaan bodoh dan dungu sehinggakan sejarah
bangsa sendiri minta diajarkan oleh orang luar?Saya sudah membaca majalah REALITI
yang diterbitkan oleh geng-geng blogsejarahnagarakedah (saya kenal beliau).Dalam
ruangan Menjejak Bani Jawi,memang dinyatakan kesimpulan yang sama dalam laman
sesawang milik mereka,mengatakan nama 'Melayu' adalah ciptaan dan agenda British.Ini
adalah percubaan yang amat berbahaya.Kerana jika semua orang Melayu percaya
dakwaan ini,maka soalannya:Apakah nama asal orang Melayu sebenar sebelum
kedatangan British?

Maka orang Siam akan mengatakan orang Melayu dahulu bergelar Siam,sarjana India
mengatakan asal-usul orang Melayu adalah orang Malayalam (ini amat melucukan) dan
Ultrakiasu-Komunis berserta sejarahwan pemalas akan mendakwa orang Melayu berasal
dari Cina.Saya sudah terangkan bukti-bukti amat jelas dari pelbagai batu bersurat,juga
dari rekod Maharaja Cina,bahawa sebelum kedatangan orang Eropah ke Asia
Tenggara,terdapat dua nama panggilan orang luar terhadap kaum-kaum Nusantara.Teks-
teks berbahasa Pali dan Sinhala menyebut kita sebagai 'Jawaka'.Teks Sanskrit
menyebutkan kita sebagai 'Malai'.Manuskrip,prasasti dan legenda Khmer menyebutkan
kita sebagai 'Melayu' atau 'Mala'.Rekod-rekod Cina menyebutkan kita sebagai 'Mo-lo-
yu','Ma-li-yueh','Mo-li-yu-er' dan pelbagai lagi bentuk sebutan mengikut dialek atau lidah
orang yang menulisnya.

Jawaka,Cheava atau Chawa adalah nama umum kepada seluruh kaum dari Alam Melayu
begitu juga 'Mala','Malai','Mo-lo-yu' dan sebagainya adalah panggilan umum kepada
kaum-kaum Malayo-Polinesian di Nusantara.Tidak ada pula terjumpa perkataan
'Siam','Ayutthaya' atau 'Monggol-Kedah' pada zaman purba.TIDAK ADA.Memang tidak
ada.
463

Orang Arab memanggil orang Melayu pada zaman purba sebagai 'Zaba' atau 'Zabag' iaitu
satu versi penyebutan lidah orang-orang Arab kepada perkataan 'Jawak' atau
'Cheava'.Seorang pedagang Arab bernama Sulaiman yang singgah di Asia Tenggara pada
tahun 851 Masehi telah mencatatkan bahawa 'Maharaja Zabag telah menjadi maharaja
bagi seluruh kepulauan'.Jadi dari manakah munculnya idea bahawa nama 'Melayu' itu
sendiri adalah rekaan penjajah semata-mata orang Inggeris memanggil kita 'Malay' bukan
'Siam'?

Namun tidak mengapa jika anda membeli majalah itu,ia tiada kaitan dengan penipuan
sejarah oleh mereka.Malah saya sarankan belilah majalah itu kerana banyak perkara lain
yang boleh anda baca selain ruangan Menjejak Bani Jawi itu.Bantulah perniagaan orang
Islam.Jika mereka kaya,mereka akan bayar zakat dan Insya Allah,wang itu kembali
kepada orang Islam khasnya bangsa Melayu.

Mengkaji asal-usul Melayu,mestilah mengkaji SEJARAH ASIA TENGGARA


KESELURUHANNYA.Tidak boleh anda hanya mengkaji sesempit Malaysia sahaja.Jangan
sesekali menulis sejarah Melayu hanya bermula dari Kesultanan Melayu Melaka.INI
ADALAH KESILAPAN PALING BESAR PARA SEJARAHWAN KITA.Ini kerana sejarah
empayar yang didirikan oleh orang Melayu adalah sejauh 500 tahun Sebelum Masehi
(500 B.C)!Ini bukan saya yang kata,tetapi kajian para sarjana Tamil yang mengungkapkan
wujud bukti perdagangan antara India dan Nusantara (mereka merujuknya sebagai
Srivijaya) sejauh 5 abad sebelum kelahiran Nabi Isa a.s.Lihat,jika tiada orang Melayu yang
tahu asal-usul dirinya sekalipun,para sarjana dari seluruh dunia akan tampil memberikan
bukti bahawa kita dahulu pernah membina empayar perdagangan yang hebat.
464

Saya sendiri terpaksa berhempas pulas mempelajari bahasa Sanskrit bagi memahami
segala gelaran raja-raja Melayu dahulukala di Indochina khususnya di Ligor (Nagara Sri
Dharmaraja) dan Kemboja.Walaupun hanya asas dan terlampau singkat masa
pembelajaran saya itu (akibat kesibukan kerja) namun itu semua sudah cukup
memberikan saya kunci-kunci rahsia kehadiran darah keturunan Melayu di dalam istana
Angkor.Bertuahnya,para sarjana Khmer yang membantu saya adalah amat jujur dengan
sejarah dan tidak malu mengaku pengaruh keturunan Srivijaya (Melayu) yang mengalir
dalam diri para pembina Angkor Wat.Buat pengetahuan umum,orang Khmer amat anti
dengan orang Thai kerana orang Thai adalah pakar dalam mencuri,menipu dan
merompak sejarah dan warisan orang lain (ini bukan saya kata,tetapi orang Khmer yang
saya temuramah).Jadi fikirkan dengan warisan raja terakhir Ayutthaya yang lari ke
selatan Tanah Melayu akibat pemberontakan di dalam kota Ayutthaya
sendiri,bersembunyi di kampung-kampung Melayu,masuk Islam dan menjadi
Melayu.Hari ini orang Thai Ayutthaya yang berubah menjadi Melayu Islam masih berdegil
mahu merompak sejarah orang lain walaupun cuba dinasihati berkali-kali.

Saya mengkaji dinasti Ketolamala,Mahawangsa,Mahidhara,Kamara serta


Wirawangsa.Saya juga mengkaji gelaran 'Maulimalaraja','Kambojaraja' dan
'Paramakamboja' yang dirujuk oleh pakar sejarah Khmer sebagai 'berasal dari Kepulauan
Melayu'.Saya juga membaca sejarah dinasti Padmavamsa (wangsa bunga seroja) iaitu
nama keluarga bagi Chandrabanu,seorang Raja Melayu Tambralingga yang pernah
menyerang Sri Lanka.Menariknya saya telah membaca jurnal kajian pakar sejarah Khmer
tentang Funan (umum mengetahui orang Khmer bermati-matian mempertahankan
bahawa Funan adalah kerajaan mutlak orang Khmer) yang membuat kesimpulan bahawa
seorang raja Funan bernama Fan Man atau Fan Shih Man (nama dalam rekod China)
adalah berasal dari Kepulauan Melayu kerana mempunyai gelaran "Sri Man Dharmaraja"
yang ditemui dalam inskripsi di Dong-duong.Para sejarahwan Kemboja mengenalpasti
465

bahawa gelaran itu adalah gelaran khas yang biasa dipakai oleh istana Kamara dari
kerajaan Melayu Ligor.Seterusnya mereka mengaitkannya dengan satu dinasti Melayu
iaitu Paramakamboja di mana Sri Kambu,iaitu satu lagi watak legenda penubuhan
Kemboja,berasal.Menarik bukan?

Ini bukan untuk menuntut Angkor Wat atau Kemboja adalah milik Malaysia.Tetapi INI
ADALAH SEKADAR MEMBERITAHU REALITI SEJARAH KEMELAYUAN
SEBENAR.Biarlah Angkor Wat atau Kemboja ditangan orang Khmer,'saudara jauh'
Melayu itu,namun jangan sesekali anak-anak Melayu merasa rendah diri dengan bangsa
mereka.

Saya juga mengkaji asal-usul dinasti paling berkuasa di Asia Tenggara,Sailendra.Umum


mengatakan mereka adalah dinasti Jawa yang memerintah Jawa.Ya,betul mereka adalah
pemerintah Jawa.Namun bukan orang Jawa!Kajian dari pakar sejarah Indonesia
mendapati mereka adalah dinasti Melayu,mungkin dari Sumatera atau Semenanjung.Ini
kerana semua prasasti atau batu bersurat yang mencatatkan nama dinasti ini sama ada
dalam bahasa Sanskrit atau Melayu Tua (Old Malay).Prasasti Ligor ada mencatatkan
nama 'Sailendra' ini dalam bahasa Sanskrit,manakala di Jawa,prasasti-prasasti oleh
keluarga pemerintah ini ditulis dalam bahasa Melayu Tua!Bagaimana satu dinasti yang
kononnya dikatakan adalah raja-raja Jawa menulis kemegahan dinastinya dan nama
keluarganya dalam bahasa Melayu Tua!

Nama Sailendra juga dikenali dalam kesusasteraan Indochina.Sri Ksetra di Burma adalah
warisan Srivijaya,kemudian oleh dinasti Sailendra.Saya baru sahaja mencantumkan
misteri Sri Ksetra di Burma yang dikatakan pernah diduduki oleh Empayar Melayu
Srivijaya.Dalam Batu Bersurat Talang Tua tahun 684 masehi yang ditulis dalam bahasa
Melayu Tua ada mencatatkan:

"Pada tarikh 23 Mac 684 Masehi, pada ketika itulah taman ini yang dinamakan
Sriksetra dibuat di bawah pimpinan Sri Baginda Sri Jayanasa. Inilah niat baginda:
Semoga yang ditanam di sini, pohon kelapa, pinang, aren, sagu, dan bermacam-macam
pohon, buahnya dapat dimakan, demikian pula pokok buluh, waluh, dan pattum, dan
sebagainya; dan semoga juga tanaman-tanaman lainnya dengan bendungan-
bendungan dan kolam-kolamnya, dan semua amal yang beta berikan, dapat digunakan
untuk kebaikan semua makhluk, yang dapat pindah tempat dan yang tidak, dan bagi
mereka menjadi jalan terbaik untuk mendapatkan kebahagiaan. Jika mereka lapar
waktu beristirehat atau dalam perjalanan, semoga mereka menemukan makanan serta
air minum..."
466

Dalam jurnal yang diterbitkan oleh sekumpulan pakar sejarah Khmer,ada menyebutkan
istana raja-raja Sailendra di Sri Ksetra dan 'puzzle' dari rekod penulis China ada
menyebutkan berdekatan Sri Ksetra adalah dua kerajaan Kunlun;Kunlun Kecil dan
Kunlun Besar.Dari rekod Sin Tang Chou:

"Dari Mi-tchen,kami tiba di Kouen-lang di mana hidup satu puak dari Kunlun
Kecil;rajanya bernama Mang-si-yue;budayanya sama seperti Mi-tchen.Dari Kouen-
lang,kami telah di Lou-yu di mana ia adalah kerajaan bagi raja Kunlun Besar.Rajanya
bernama Seu-li-po-po-na-ta-chan-na.Negerinya lagi besar dari Mi-tchen.Dari sini kami
tiba di Tcha iaitu di Moti-pa dalam masa separuh hari".

Perkataan 'Lou-yu' adalah versi sebutan penulis Cina bagi 'Melayu'.Seterusnya penulis
Cina itu menyebutkan "Grand King of Kunlun" yang menunjukkan status 'Maharaja'.Ini
adalah merujuk kepada Maharaja Jayanasa atau maharaja-maharaja Srivijaya yang
lain.Bukti lain adalah dari tradisi Burma yang menyebut pengasas Sri Ksetra adalah
'Dattabaung' dan ini adalah dalam bahasa Pyu yang bermaksud 'maharaja'.Ini baru sahaja
jajahan Kunlun (Melayu) di Indochina,belum lagi di kawasan kepulauan di mana para
pengembara Arab menyebutnya sebagai 'Maharaja bagi seluruh kepulauan'.Lihat,begitu
luas pengaruh Empayar Melayu Srivijaya dalam sejarah Asia Tenggara.

Selepas mengkaji sebahagian kesusasteraan dan prasasti Khmer,Thai dan Mon...saya


benar-benar terkedu dan hampir-hampir menitiskan air mata apabila mendapati bahawa
dahulu raja-raja Melayu begitu berpengaruh dalam istana Angkor dan sejarah
Kemboja.Patutlah nama 'Kemboja' itu sendiri amat dekat dengan orang Melayu.Legenda
Khmer mengatakan bahawa sejarah mereka dibentuk oleh 'The Father of Brahmin' dan
'The Mother of Soma'.Dan apabila saya mengkaji jurnal-jurnal dari sejarahwan
Indonesia,saya menemui bahawa nama keluarga (dinasti) bagi Dharmasetu,seorang
maharaja Srivijaya antara terawal diketahui adalah dari Dinasti Soma!Semua ini dengan
bukti bahawa Sri Kambu,seorang lagi legenda Khmer yang dikatakan 'came from grass-
root of Malay Archipelago' menunjukkan beribu-ribu tahun dahulu,orang Melayu pernah
mendominasi seluruh Asia Tenggara malah adalah pribumi juga!

Perkataan Melayu itu sendiri memiliki harganya yang tertentu.Ada orang berebut-rebut
mahu dikatakan Melayu atas sebab Islam dan budaya.Kaum-kaum lain yang masuk agama
Islam secara tidak langsung terpengaruh dengan budaya dan bahasa Melayu sehingga
lama-kelamaan anak-anak mereka menjadi Melayu sepenuhnya selepas satu generasi
misalnya.Inilah punca apa yang dikatakan jika masuk Islam,maka dia juga akan 'masuk
Melayu'.Ini terjadi ke atas golongan India Muslim Malaysia (konotasi umum:Mamak)
467

yang mahu lari dari bayang-bayang Hindu dan keIndiaan,mahu bergabung dengan orang
Melayu sepenuhnya untuk 'meningkatkat taraf perhubungan sosial'.Ada yang mahu
dikatakan Melayu atas sebab subsidi dan hak-hak peribumi.Kesampingkan dengan
makna-makna negatif yang dikaitkan dengan nama 'Melayu' sehingga ada yang mengeluh
"aku malu bernama Melayu",kerana ramai lagi yang berlumba-lumba mahu masuk
Melayu kerana sebab-sebab tertentu.

Jika ada yang malu mengaku Melayu,ini tidaklah menghairankan tetapi bukan dua nama
ini:Bani Jawi dan Srivijaya.Ini adalah dua nama yang memiliki harga paling mahal di Asia
Tenggara malah menjangkaui seluruh dunia.Saya akan mulakan dengan 'Srivijaya'.Ini
telah diketahui seluruh dunia bahawa satu-satunya empayar maritim yang amat-amat
berjaya.Bangsa-bangsa lain yang diketahui profesion mereka adalah di laut seperti
Phoenicia dan Viking (Norsemen) tidak pernah membina rangkaian perdagangan dan
empayar maritim sehebat Srivijaya.Tetapi orang Melayu telah membinanya.Tetapi cerita
mereka bukan di Malaysia,tetapi di luar negara.Sebab itu orang Melayu Malaysia bersama
para sejarahwan dan pemimpin politik mereka hanya melompat-lompat dan berteriak
dengan sejarah Melaka sahaja.Maka jadilah sejarah orang Melayu bermula di Melaka
sahaja.Sebelum itu?Sebelum itu orang Melayu menjadi bangsat atau duduk di dalam gua
sahaja.Benar-benar menyedihkan.
468

Satu fakta yang memang tidak diketahui oleh Melayu Malaysia yang dungu;bahawa
sejarah Srivijaya mereka cuba dipecahkan sekeping demi sekeping dan dituntut oleh
pelbagai negara.Thailand mendakwa Srivijaya bermula di Ligor.Kemboja mendakwa
Srivijaya adalah dinasti raja-raja Khmer dahulukala.Sarjana India mendakwa Srivijaya
dimulakan oleh anak raja India atau orang-orang Malayalam,Indonesia mendakwa
Srivijaya bermula di Palembang dan Siam Ayutthaya mendakwa Srivijaya dimulakan oleh
keturunan mereka.Mengapa banyak orang cuba menuntut hak mereka ke atas Srivijaya?

INI KERANA SRIVIJAYA ADALAH SATU-SATUNYA EMPAYAR YANG PALING


EFFEKTIF,YANG BENAR-BENAR ADA DALAM SEJARAH ASIA TENGGARA SETAKAT
INI.

Srivijaya adalah satu-satunya kerajaan yang bertindak sebagai empayar yang memiliki
sistem 'federation'.Maksudnya semua kerajaan dan tanah di Asia Tenggara tunduk dan
bernaung di bawah raja-raja Melayu Srivijaya,untuk bersama-sama menyertai
perdagangan maritim yang dibuka oleh Srivijaya.Bukan konsep imperialisme dari
Barat.Tetapi konsep 'perdagangan maritim' yang benar-benar memeningkan ramai
sarjana Eropah bagaimana orang Melayu boleh membina empayar bukan semutlaknya di
atas penguasaan tentera dan peperangan tetapi lebih kepada hegemoni perdagangan dan
prestij.

Mengapa paling effektif?Kerana budaya dan bahasa Malayo-Polinesian yang berkembang


dari Madagaskar sehingga ke Kepulauan Pasifik,pelbagai prasasti dan batu
bersurat,binaan candi-candi seperti Borobudur yang merupakan antara 'Wonders' di Asia
Tenggara,catatan dan bukti dari sarjana asing,penggunaan bahasa Melayu sebagai lingua
franca sehinggalah ke hari ini (Malaysia,Indonesia,Brunei) dan penguasaan wilayah oleh
kaum-kaum Malayo-Polinesian adalah bukti paling nyata kewujudan empayar
ini.Walaupun banyak bangsa dan negara cuba menuntut hak mereka terhadap
Srivijaya,namun mereka tidak mampu menafikan hakikat paling penting ini.Apakah
hakikat itu?

BAHAWA RAJA-RAJA SRIVIJAYA MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI


BAHASA MEREKA.

Raja-raja Srivijaya menuliskan dengan megah kerajaan mereka pada prasasti-prasasti


dalam bahasa Melayu Tua.Jangan haraplah mereka mahu menggunakan bahasa Siam
Ayutthaya kerana ketika itu nenek moyang raja Naresuan ataupun Traikolanat masih di
alam arwah lagi dan bangsa mereka masih berada di Nanchao,Shan atau Yunnan.Tulisan
469

Siam pun tiada lagi dan bahasa Thai pun mungkin masih tiada dan kaum-kaum di Shan
dan Nanchao kemungkinan berbahasa Sino-Tibetan seperti Hokkien dan lain-lain.

Sebab itu 'pride' Kemelayuan itu masih ada setidak-tidaknya masih tertinggal pada raja-
raja Melayu.

Keduanya 'Bani Jawi'.Jika dikatakan Melayu,mungkin ada yang memandang sinis dan
tidak mahu mengaku Melayu terutama para nasionalis Jawa dan Indonesia.Begitu juga
orang Siam Celup yang mati-mati mahu menegakkan teori Siam-Islamnya.Namun apabila
dikeluarkan istilah Bani Jawi,maka berebut-rebut tidak kira Siam Islam,Jawa Islam
mahupun pendatang India Muslim dan Bangladesh mahu mendakwa mereka adalah
sebahagian dari Bani Jawi ini.Mengapa begitu sekali istimewa istilah Bani Jawi ini?Semua
ini berpunca dari kajian salasilah para sarjana Arab dahulakala yang menyebutkan orang
Melayu itu berasal dari apa yang dinamakan 'Bani Jawi' yang jika ditelusuri asal-usulnya
bersambung dengan salasilah Nabi Ibrahim.

Saya akan keluarkan iklan tentang ATBM version 3.5 akan datang.Saya akan ceritakan
kepada anda kisah-kisah menakjubkan dari Indochina.Saya akan buktikan bahawa
konotasi 'Alam Melayu' itu benar-benar ada dalam hikayat-hikayat Melayu
dahulukala.Saya akan bukakan satu persatu misteri gelaran dan nama-nama raja-raja
Melayu di Kemboja yang berselindung dalam nama Sanskrit mereka.Saya akan ceritakan
mengapa orang Melayu masih wujud bernegara dan beraja walaupun empayar maritim
mereka yang berusia sejak 500 tahun Sebelum Masehi telah lenyap,tidak seperti bangsa
Assyria,Chaldea dan Akkadia yang lenyap tidak bersisa hari ini.
470

Saya akan ceritakan kepada anda kisah 'kerajaan Angsa' orang-orang Melayu Purba di
Indochina yang disebut 'Hamsavati' dalam sejarah Indochina,sejarah negeri Reman dan
asal-usul orang Mon.Saya akan bukakan rahsia hubungan orang Mon dan Ketaha dan
kaitan kerajaan Kedah Tua dengan Dvaravati,kerajaan orang-orang Mon.Saya akan
tuliskan rahsia orang Melayu Champa dan kaitan mereka dengan Funan dan kerajaan
Kambojadesa.Seterusnya dinasti Srivijaya dan Sailendra di Burma,Thailand dan Kemboja
berserta kaitannya dengan Khun Borom,legenda orang Lao dan Thai serta pengaruh raja-
raja Melayu di istana Angkor.Saya akan bukakan rahsia Jawakoti,Empayar Chermin
Kelantan,Majapahit-Kelantan,kaitan orang Jawa dengan orang Kelantan dan kaitan orang
Kelantan dengan orang Champa dan Kemboja.

Saya akan bukakan rahsia darah naga dan kaitan gelaran 'preah' dalam budaya
Khmer,'praoh' dalam budaya Mesir Purba dan hubungan mereka dengan Raja Perahu dan
permaisuri Hati,sebagaimana yang tercatat di Kuil Hatshepsut di Luxor,Mesir.

~Srikandi
The Secret Keeper of Mala,Sri Kambu Paramakamboja & Maulimalaraja.

Posted by Mistis Organization at 6:34 PM


471

Friday, August 13, 2010

Bingkisan dari Phnom Penh

Menikmati waktu senja sambil melihat bayangan menara-menara Angkor Wat begitu
mengasyikkan.Saya seakan-akan melihat para jurutera Melayu dan Khmer sedang
berbincang di satu sudut untuk merencanakan pelan pembinaan Angkor
Wat.Sebagaimana para ahli arkeologi Indonesia dan Kemboja,saya juga dapat merasakan
ada kaitan misteri antara Borobudur dan Angkor Wat.Apabila saya membaca dan
mempelajari bayangan keturunan Srivijaya (tradisi Khmer menyebutnya sebagai 'Melayu')
dalam salasilah istana Angkor,saya baru menyedari tangan-tangan misteri yang membina
Borobudur adalah tangan yang sama mewarnai Angkor Wat!

Dalam catatan-catatan saya yang lepas,saya ada memberitahu usaha saya menjejaki
warisan Kemelayuan yang hilang di Indochina.Pada hari ini saya begitu gembira dapat
bersama-sama rakan-rakan pengkaji dari pelbagai negara untuk duduk bersama
menghayati warisan Melayu yang begitu 'mistik' di Indochina.Sidang Warisan Melayu di
Indochina adalah hasil usaha pelbagai pihak dan saya sendiri bersama-sama rakan-rakan
Khmer di Akademi Diraja Kemboja (RAC) dan rakan sebidang di universiti tempatan di
sana.Sesiapa yang ada di sana pasti akan menemui saya,biasa memakai kebaya labuh atau
baju kurung.

Kesibukan saya di Indochina selepas pulang dari Amerika Tengah tempoh hari
membataskan saya menulis untuk siri Alter Terahsia Bangsa Melayu di MistisFiles.Kami
bekerja di belakang tabir bagi menjayakan seminar ini.Antara yang menarik perhatian
adalah tamadun Melayu Champa yang kurang diketahui masyarakat dunia,begitu juga
teknologi purba Kedah Tua yang hilang dari pengetahuan dunia hari ini.Perbincangan
472

tentang penemuan angka '0' pada prasasti-prasasti Srivijaya dan Champa terus menjadi
perbualan hangat sejak seorang ahli Matematik yang bernama Zakov pada satu seminar di
Eropah pada tahun 1975 pernah mendedahkan bahawa penemuan angka '0' di kepulauan
Melayu adalah lebih tua usianya berbanding yang ditemui pada tamadun India dan Arab.

Sebenarnya untuk membicarakan tentang tamadun Melayu,kita kena ingat DUA


PERKARA PENTING INI:
1-Tamadun Melayu bukan bermula dari Kerajaan Melaka
2-Tamadun Melayu bukan bermula semata-mata apabila orang Melayu menerima Islam

Dua perkara inilah yang memerangkap minda orang-orang Melayu terutamanya di


Malaysia.Perkara pertama telah menjahanamkan 'self-esteem' anak-anak Melayu apabila
menyangka bahawa Melaka hanyalah satu-satunya rujukan kepada dunia pengurusan dan
pentadbiran orang Melayu.Dari mana kekeliruan ini tersebar?Dari buku-buku teks sejarah
sekolah yang begitu memualkan perut apabila menatapnya.Sejarahwan Jepun berusaha
untuk meneutralkan imej kekejaman Jepun dan kekalahan mereka kepada kuasa Barat
dalam Perang Dunia Kedua,namun lain halnya dengan kementerian yang mengawal soal
pendidikan negara berserta para penulis buku teks sejarah Malaysia yang
diupah,MEREKA MENULIS SEOLAH-OLAH BEGITU BERBANGGA DENGAN
KEMUNDURAN BANGSA MELAYU DAN MENYAMBUT DENGAN GEMBIRA ERA
PENJAJAHAN.Lihat sejarah England misalnya atau buku teks sejarah Perancis.Sejarah
mereka mempunyai 'cross-link' dengan sejarah Norman,Viking,Rom dan bangsa-bangsa
Eropah yang lain.Semua diceritakan setepatnya dan ini benar-benar dapat diterima
akal.Namun di Malaysia,para sejarahwan atau penulis buku teks berdegil menulis sejarah
Malaysia amnya dan Melayu khususnya SESEMPIT GEOGRAFI MALAYSIA DARI
PERLIS SEHINGGA KE SABAH.

Mereka menulis seolah-olah orang Melayu ini,tiba-tiba muncul di Melaka dan menawan
seluruh semenanjung.Adakah orang-orang Melayu yang mundur dan miskin,tiba-tiba
boleh membina sebuah pelabuhan yang lebih kaya dari Venice?Mereka perlu menyingkap
tabir misteri yang menutup sejarah 500 tahun Sebelum Masehi (500 B.C) ketika para
pengasas Srivijaya mula membina jaringan perdagangan maritim di Alam
Melayu.Siapakah Nakhoda Tanggang?Malim Deman?Malim Dewa?Atau Malim Kundang?

MEREKA ADALAH PARA PELAUT DAN PEDAGANG MARITIM YANG DIKENANG


DALAM HIKAYAT-HIKAYAT MELAYU.Dan ini membayangi sejarah perdagangan
maritim yang begitu lama diterajui oleh orang Melayu,Srivijaya.
473

Siapakah Merong Mahawangsa yang profesionnya membawa barangan dan manusia dari
satu tempat ke satu tempat dengan kapalnya?Ingat kisahnya yang membawa putera Rom
untuk bertemu dengan puteri Cina?Semua watak-watak ini adalah bayang-bayang kepada
profesion purba orang-orang Melayu dahulukala,PERDAGANGAN MARITIM.

Orang Melayu tidak akan membina empayar sekiranya tidak bermula lebih awal.Namun
malangnya sejarah Srivijaya terpecah-pecah berkeping-keping dan direbut oleh orang
lain.Hasilnya,orang Melayu di Malaysia hanya mendapat serpihan sahaja,
iaitu KESULTANAN MELAKA. Jika 'serpihan' inipun telah membangkitkan kekaguman
dan prestij yang tinggi dari orang luar dan dalam diri orang Melayu sendiri tentang gaya
pengurusan pelabuhan,pentadbiran,undang-undang laut dan cukai,APATAH LAGI JIKA
DIBERITAHU TENTANG EMPAYAR MARITIM SRIVIJAYA yang punya rangkaian
perdagangan yang kompleks atau kerajaan Champa yang punya sukatan metrik dan ilmu
matematik yang tinggi.Kita tidak tahu semua ini,selama ini...kerana kita duduk di bawah
tempurung pemerkosaan sejarah paling sadis dalam hikayat Kemelayuan.

Kerajaan Melaka sebagai contoh,tidak berdiri dengan sendiri dan hanya tegak secara
individu.Penulis buku teks sejarah Malaysia perlu menceritakan sekali hubungan Melaka
dengan kerajaan sekeliling seperti Majapahit,Champa,Angkor dan Ayutthaya.Juga
perdagangan maritimnya yang mencakup sejauh kerajaan Ryukyu di kepulauan Jepun
sehingga ke Mesir.Ceritakan secara terperinci keadaan di pelabuhan Melaka dengan
kehadiran pedagang Cina,India,Jawa,Khmer,Bugis,Eropah,Arab dan
sebagainya.Ceritakan bagaimana sistem parking kapal-kapalnya di mana seorang
pengembara Portugis mengatakan sebanyak 500 kapal besar dan lebih 1000 kapal kecil
berlabuh di Melaka pada satu-satu masa,menggambarkan betapa sibuknya pelabuhan
'yang lebih kaya dari Venice' ini.Kita tidak tahu semua ini,selama ini...kerana kita
memikirkan orang Melayu tidak pandai mencipta apa pun hatta sebatang jarum,pemalas
dan 1001 sifat negatif lain yang benar-benar menyedihkan.

Pihak kerajaan sibuk mahu mencanangkan tentang jatidiri,namun jatidiri yang


bagaimanakah mahu dibina di atas luka penjajahan dan sejarah yang
digelapkan?JATIDIRI HANYA MAMPU DIBINA DARI BUDAYA,BAHASA DAN
474

SEJARAH BANGSA.Secara logik,pengasas Melaka bukanlah membina hegemoni


perdagangan di Selat Melaka secara sendirian dan tiba-tiba.Beliau membina kerajaan dan
pelabuhan setelah MEWARISINYA DARI SATU BUDAYA PERDAGANGAN YANG AMAT
LAMA.

Terdapat empat kerajaan orang Melayu sekurang-kurangnya,yang perlu difokuskan selain


Melaka.Pertamanya,Srivijaya.Keduanya,Champa.Ketiga,Kedah Tua dan yang
keempat,Langkasuka.Masing-masing mempunyai misteri dan keistimewaan yang perlu
disingkap.Sebab itu PERATURAN PERTAMA untuk memahami sejarah Melayu
adalah,MELAYU BUKAN SEMATA-MATA BERMULA DARI MELAKA.Ingat,ayat ini dan
anda akan menyeberangi ke dunia yang menakjubkan.Mahukah anda membuka rahsia
para dewa-dewi Hindu yang sebahagiannya adalah raja-raja Melayu di Suvarnadvipa dan
Suvarnabumi,dan lombong emas Kerajaan Israel Raya di bawah pemerintahan Nabi
Sulaiman?Ingat 'kata-kata hikmat' yang pertama ini.

Jika kita memikirkan selama ini budaya Melayu banyak menyerap dari
India,SEBENARNYA KITA TIDAK MENGETAHUI tentang Tamadun India yang
menterjemah kitab-kitab falsafah Jawa dan Melayu sebagaimana Tamadun Cina yang
menterjemah karya-karya sarjana Funan dan Champa.Kita jarang tahu semua
ini.Mengapa?Kerana bagi kita sejarah tidak penting sehinggalah kita semua disejarahkan
atau dimuziumkan perlahan-lahan sebagaimana orang Melayu di Singapura.Ketika itu
barulah terhegeh-hegeh mahu berdondang sayang atau berpenglipur lara menangisi
riwayat dan hikayat Melayu yang pupus di bumi sendiri.

Perkara kedua,juga sedikit sebanyak memesongkan orang-orang Melayu sebanyak 180


darjah dari realiti yang sebenar.Membincangkan perkembangan Tamadun Melayu tidak
475

semestinya menafikan pencapaian orang Melayu ketika sebelum kedatangan Islam.Islam


bermula sejak abad ke-7 Masehi,dan sebelum itu orang Melayu telah pun menggunakan
sistem metrik dan sistem perpuluhan sebagaimana ditemui pada prasasti-prasasti
Champa dan Srivijaya.Kita kena tahu membezakan sentimen agama dengan
sejarah.Sebagai contoh,bangsa Amerika pada hari ini diketahui umum bukan beragama
Islam dan mereka telah mencapai tamadun dan teknologi yang hebat.Adakah setelah
bangsa Amerika beramai-ramai memeluk agama Islam misalnya,maka sejarah peradaban
mereka sebelum Islam dipadam dan dihapuskan dengan alasan itu hanya mengagungkan
zaman kafir mereka?Sejarah Microsoft,McDonalds,KFC,Google,Yahoo! dalan lain-lain
akan dipadamkan serta-merta.Itu tindakan bodoh sama sekali.

Ini bukan hendak mengatakan Islam membawa kemunduran pula kerana kebetulan
ketika zaman penyebaran Islam,pihak Kristian pula menggunakan imperialisme untuk
menghalang perkembangan Islam.Perkembangan Islam di Nusantara seiring dengan
kedatangan kuasa Eropah.Keadaan ini akan sama sekiranya kuasa Eropah datang ketika
zaman Hindu-Buddha.Apa yang perlu ditekan di sini bahawa MELAYU BUKAN TIBA-
TIBA WUJUD SETELAH ERA KEDATANGAN ISLAM.

Jika hendak berkata tentang sejarah,kita perlu jujur walaupun berdepan dengan
kenyataan yang pahit,kerana dari situ kita boleh mempelajari segala kesilapan kita.Kita
seharusnya bersyukur atas anugerah iman dan Islam kita namun ini tidak semestinya
menafikan sejarah Melayu ketika sebelum zaman Islam.Bayangkan Amru al-As sebagai
penakluk Mesir memusnahkan segala warisan purbakala Mesir,Piramid,kuil-kuil Firaun
atas nama Islam,sudah tentu ini adalah moral yang buruk dan akan dikenang sebagai
kedunguan orang Islam kerana memusnahkan kesan-kesan tamadun orang lain.Tetapi
orang Islam tidak berbuat begitu di Mesir kerana mereka bukan datang untuk membawa
vandalisme kepada tamadun purba Mesir.Mereka datang untuk membawa cahaya
iman,dan tanpa memusnahkan kesan tamadun purba,penduduk Mesir berbondong-
bondong masuk Islam.Ini adalah hikmah dakwah mereka,kerana sekiranya mereka
terburu-buru memusnahkan segala kesan sejarah purba Mesir,sudah tentu penduduk
Mesir akan berfikir dua kali untuk menerima Islam.

Tidak perlu mereka-reka sejarah palsu dengan mengatakan keturunannya pernah


memerintah empayar Islam yang sebenarnya tidak wujud sama sekali.Empayar Islam di
Nusantara yang pernah ada ialah Empayar Cermin-Jeddah atau Majapahit-Kelantan (ini
adalah 'clue' kepada Batu Bersurat Terengganu) dan Kesultanan Melaka,di mana ketika
itu masih wujud kerajaan Majapahit yang beragama Hindu dan Ayutthaya yang beragama
Buddha.Kemudian Majapahit diruntuhkan perlahan-lahan oleh kerajaan-kerajaan Islam
476

yang muncul di Tanah Jawa seperti Demak dan Mataram Islam.

Jika benar keturunan kita pernah memerintah satu empayar Islam,kajian kita hendaklah
serasi dengan sejarah sekeliling dan ada 'cross-reference' dengan bukti sejarah lain.Saya
berasa sedih apabila orang Islam bergaduh dengan memakihamun antara satu sama lain
semata-mata kerana sejarah dan keturunan,juga pangkat dan takhta.Seorang penulis dan
blogger Merah Silu iaitu saudara Radzie Sapiee telah dicerca sehingga ke tahap keturunan
apabila penulis blog Merah Silu itu dihina sebagai keturunan lanun dan nama anaknya
juga dihina sebegitu keji.Turut mendapat penghinaan adalah sultan-sultan Perak yang
dikatakan keturunan lanun perampas takhta semata-mata kononnya negeri Perak adalah
berasal dari empayar 'Islam' mereka.Jika mereka adalah pewaris empayar Islam,mengapa
peribadi dan maruah mereka tidak sesuci agama Islam yang menggalakkan penganutnya
bersabar dan bermanis dalam kata-kata?Inikan pula sesama Islam?Ini terjadi akibat
pertanyaan saudara Radzie yang juga seorang pengkaji salasilah kerabat diraja Melayu
mempersoalkan kesahihan salasilah 'hikayat' mereka yang meyeleweng.Anda tahu
bagaimana ini berlaku?Sebabnya mereka telah mencampur adukkan salasilah raja-raja
Melayu dengan keturunan sebelah Siam mereka.Makam-makam raja Melayu ada yang
didakwanya secara membuta tuli adalah nenek moyang mereka dan begitu juga ada raja-
raja Melayu yang dimakihamun mereka sesuka hati.Ini kerana keturunan mereka telah
berkahwin dengan kerabat diraja Kedah dan bercampur-maur dengan darah Melayu
Kedah,dan apabila keturunan sebelah Melayu Kedah Tulen menjadi Sultan Kedah,kaum
kerabat mereka yang telah menjadi sebahagian kerabat diraja Kedah merasa marah
kerana keturunan mereka (Siam) tidak naik takhta Kedah.Mungkin mereka teringatkan
keagungan Ayutthaya pada zaman dahulu dan menyangka Kedah masih dinaungi oleh
Ayutthaya.Akibatnya,mereka sudah menjadi sebahagian kerabat istana Kedah,maka
kerajaan Kedah Tua yang lebih lama dari Ayutthaya juga dituntut mereka padahal
kerajaan ini tiada kaitan langsung dengan keturunan Nai yang telah memeluk Islam.
Saudara Radzie Sapiee hanya bertanya dengan baik namun dihadiahkan dengan
makihamun yang meleret-leret dan saya perasan gaya maki hamun yang meleret-leret ini
juga terdapat pada seorang keturunan Siam (Thai Malaysia) yang membuka blog
menentang blogsejarahnagarakedah.Ini adalah gaya makihamun Siam,tidak kira yang
Buddha atau yang Islam kerana saya pernah berkawan dengan orang Thai dan menonton
wayang kulit serta persembahan teater rakyat mereka yang penuh sindiran dan perlian
yang kadang-kadang berbau lucah dan kurang sedap didengar.Saya juga perasan kaitan
keturunan Arab Yaman dengan Siam dan campuran dari mereka ini mungkin membentuk
Siam Islam,dari apa yang saya baca dan pengetahuan meluas saya menyertai forum-forum
Siam Buddha dan juga yang disertai oleh keturunan Siam Islam yang mempunyai
'intermarriage' dengan keturunan Arab Yaman.Semua ini melalikan saya dengan karakter
477

makihamun mereka,'trademark' yang sukar dikikis dari peribadi mereka walaupun ada di
antara mereka pernah belajar di Masjidil Haram dan Jordan,malah mengambil jurusan
Islam pula!

Saya juga perasan bahawa cerita empayar 'Islam' mereka hanya laku di Kedah dan
sebahagian orang Melayu yang buta sejarah.Jika mahu 'fight' di forum-forum luar negeri
seperti Indonesia,Singapura mahupun Brunei,sudah tentu akan diketawakan,apatah lagi
berpencak di forum-forum Thailand dan Kemboja.Namun ini tidak berlaku jika kita bawa
sejarah Kesultanan Melaka,Patani atau Kerajaan Champa era Islam.Kerana semua
kerajaan ini ada kesan-kesan di negara-negara berkaitan.Sejarah Melayu Islam lebih
diterima berbanding sejarah 'Siam Islam' kerana tiada satu pun prasasti atau catatan
tentang empayar Siam Islam ini melainkan hikayat-hikayat atau kitab-kitab jawi Melayu
yang diselewengkan atau disalah tafsir oleh mereka.Sebab itu mereka hanya mampu
menceritakan wasiat dan penglipurlara tentang mitos empayar 'Islam' mereka di dalam
perhimpunan keluarga sahaja bukannya seminar dan sidang sebagaimana yang saya
hadiri sekarang.Cuba adakan pengkisahan dongengan mereka itu di Bangkok atau Phnom
Penh,sudah tentu akan dihalau oleh orang Thai dan Khmer malah tiada seorang sarjana
pun yang berani hadir kerana tiada siapa pun mahu terlibat dalam kisah hikayat perapu
mereka.

Saya juga perasan,untuk membuat dakwaan kewujudan empayar 'Islam' mereka nampak
logik,maka bermulalah proses 'Islamisasi' seluruh watak-watak,tempat dan sejarah
Nusantara.Nama-nama raja Thai Buddha di Islamkan,kuil-kuil dan candi-candi yang
nampak terang tiada kaitan dengan Islam juga diIslamkan.Semua sejarah kerajaan-
kerajaan Nusantara diIslamkan secara lucu,sehingga Srivijaya dan Majapahit juga
diIslamkan setelah Ayutthaya menjadi mangsa yang amat teruk 'diIslamkan'.Portugis
yang menyerang Melaka juga diIslamkan sehingga apabila ditanya pelbagai soalan tentang
kronologi dan kesan 'Islamisasi' itu,mereka berasa panik dan marah kemudian
kelamkabut mereka-reka cerita bagi menyedapkan hati supaya dongeng mereka itu
nampak benar.

Nasihat saya,kita boleh berbangga dengan Islam,NAMUN JANGAN SESEKALI


MEMBOHONGI ORANG LAIN dengan mempergunakan Islam untuk tujuan peribadi.

Saya juga perasan,apabila setiap kali penemuan sejarah baru berkaitan Melaka dan
Malaysia,tiba-tiba mereka mengaku itulah sejarah yang telah hilang dan cuba digelapkan
dan kemudian mereka-reka cerita bahawa ia ada kaitan dengan dongeng empayar mereka
itu.Dalam hal ini sejarah Kedahlah paling teruk 'diperkosa' mereka dengan setiap inci
478

sejarah Kedah dikaitkan dengan keturunan mereka.Saya juga perasan mereka tidak
mempunyai identiti yang tetap.Sekejap mengaku Melayu,sekejap mengaku Siam.Mereka
tidak boleh keluar dari bayang-bayang Siam/Thai mereka kerana orang tua mereka masih
berbahasa Thai Kedah dan masih menyimpan gelaran 'Nai'.Sebab itu dakwaaan mereka
bercampur-campur antara Siam dan Melayu.

Semua hikayat,kitab,kajian dan sebagainya yang bertentangan dengan hikayat


mereka,maka ia dinafikan terus kesahihannya dan serta-merta mendapat cop 'hasil
kerjatangan British',tahyul dan khurafat.Hanya hikayat merekalah yang benar dan suci
walaupun juga penuh dengan tahyul dan dongeng seperti garuda yang bercakap-cakap
seperti manusia dalam Hikayat Merong Mahawangsa.

Kebanyakan dari mereka ini luas pengetahuan sejarah tempatan namun menggunakannya
untuk menyesuaikannya dengan wasiat atau dongeng empayar mereka itu.Tujuan
utamanya ialah untuk menuntut takhta Sultan Kedah malah Yang DiPertuan
Agong!Dalam hal ini saya teringat tulisan Ibnu Rusydi dalam blognya yang mengatakan
kemungkinan besar mereka ini adalah orang Thai dari kerabat atau pengikut Raja
Ayutthaya yang terakhir,yang dikejar oleh para pemberontak Ayutthaya dahulu.Beliau
berpendapat yang mereka semua ini sebenarnya dari keturunan Boromoraja Ekkathat,
Raja Ayuthaya terakhir, yang melarikan diri ke Rundung (Ranong) akibat kekacauan dan
peperangan di Ayutthaya, dan seterusnya berkahwin dengan Kerabat Di Raja Kedah dan
keturunan mereka kini menjadi Melayu.Ketika dikejar oleh para pemberontak
(pemberontakan oleh seorang jeneral Ayutthaya bernama Thaksin),mereka bersembunyi
di negeri-negeri Melayu dan mengharapkan belas ihsan orang-orang Melayu yang pernah
diancam mereka dahulu.Sebahagian mereka akhirnya memeluk Islam manakala yang lain
tetap mengamalkan agama Buddha.Inilah misteri bermulanya konotasi Siam Islam
itu.Sebab itu setiap pertanyaan yang berbau fakta sejarah yang menentang dongeng
mereka itu akan disambut dengan leteran dan makihamun yang meleret-leret seperti
kesampukan hantu kerana hanya orang yang berbohong sahaja akan menjawab secara
panik dan dengan perasaan amat marah dan kurang selesa.

Ingat katakunci ini,sejarah Kedah mahupun era Kedah Tua sehinggalah Kesultanan Kedah
sekarang TIADA KAITAN LANGSUNG DENGAN SIAM ISLAM VERSI KEDAT.

Dan ingat lagi katakunci seterusnya,bahawa kelompok Tai-Kadai (Siam/Thai) adalah


kelompok yang terkemudian datang ke Asia Tenggara dari wilayah selatan China.Ketika
migrasi mereka ke Indochina secara beramai-ramai,Indochina sudah terdapat kelompok
'pribumi' yang lebih awal iaitu dari kelompok Mon-Khmer dan kita,Malayo-Polinesian.
479

Jadi jika terdapat perkataan loghat Kedah yang sama dengan bahasa 'Siam',itu bukan
sebenarnya dari bahasa Siam (Tai-Kadai) tetapi berasal dari kelompok Mon-Khmer.Dan
perlu diingat,sesungguhnya orang Thai/Siam telah mencedok bahasa dan budaya Mon-
Khmer serta Melayu Segenting Kra selama berabad lamanya dan ini dipersetujui sebulat
suara oleh pakar sejarah Kemboja (Khmer) dan Thailand sendiri.Kaji senibina Khmer
dengan senibina Thai.Bandingkan istana raja Kemboja dengan istana Raja Thai dengan
gaya bumbung mereka.Siapa cedok siapa?Budaya Ayutthaya lebih kepada 'Melayu' dan
Khmer berbanding budaya satu lagi kerajaan Thai yang lain,Sukhothai yang terletak jauh
di utara,lebih keCinaan (sinicized) berbanding Ayutthaya yang mencedok segala
budaya;dari senibina hingga tarian daripada jiran sekelilingnya iaitu Khmer dan
Melayu.Hari ini tidak kira Siam Buddha mahupun Islam mendakwa mereka sudah lama di
sini padahal semua orang tahu sebenarnya merekalah yang 'mengambialih' bahasa dan
budaya orang Mon (Kerajaan purba orang Mon terletak di Thailand Tengah,berjiran
dengan kerajaan-kerajaan Melayu Segenting Kra pada masa lalu).Apabila orang Mon telah
berhijrah ke Burma akibat trend penjarahan orang Thai yang terkenal apabila menakluk
negeri orang lain,orang Thai/Siam yang asalnya tiada identiti khas akibat pencinaan
(sinicized) telah perlahan-lahan membina identiti sendiri dengan mengadaptasi budaya
Khmer dan Melayu Segenting Kra terutama kerajaan Melayu Sri Dharmaraja.'Sinicized'
orang Thai samalah dengan orang Vietnam,berbanding orang Mon dan Khmer masing-
masing mengetahui mereka adalah 'pribumi' Indochina dan istimewanya kedua-dua
bangsa ini juga mengaku bahawa kelompok Malayo-Polinesian terutamanya Melayu
adalah pribumi yang lain,hidup dan saling mempengaruhi antara satu sama lain selama
beribu tahun sebelum kebanjiran orang Siam/Shan/Tai dan Viet-Muong/Dai-Viet dari
utara.Jadi jika ingin bertanya adakah Melayu itu pendatang atau tidak,tanya kepada orang
Mon dan Khmer ini,jangan tanya kepada orang Cina dan India mahupun Siam/Thai
Malaysia.Orang luar lebih jujur dari kaum-kaum lain dalam negara kita kerana kaum-
kaum pendatang terkemudian di Malaysia umumnya sengaja membutakan mata mereka
terhadap sejarah orang Melayu semata-mata mahukan berebutkan tanah kita ini,yang
penuh subur dengan segala mineral dan baik untuk pertanian serta strategik untuk
perdagangan laut.Tidak hairanlah ia digelar 'The Golden Chersonese' oleh pelukis peta
Greek.

Saya ingin beritahu satu rahsia.Jika ingin tahu sejarah Kedah,anda mesti belajar sejarah
orang Mon.Ada benang-benang merah antara orang Melayu Kedah dengan orang
Mon.Terutamanya lenggok bahasa mereka.Ini terjadi selama beratus-ratus tahun malah
mungkin beribu tahun.Untuk tahu lebih lanjut,anda kena tahu lebih tentang ilmu
linguistik dan sejarah,dan anda akan nampak rahsia antara orang Mon dan Melayu
480

Kedah.Sebagaimana untuk memahami orang Kelantan,anda kena tahu sejarah


Langkasuka dan Champa.Dan 'surprise'...jika anda mahu memahami sejarah orang
Jawa,anda kena kaji sejarah negeri Kelantan.Di mana?Anda akan dapat jika pandai
mencari.Jika tidak,tunggu sahaja Alter Terahsia Bangsa Melayu V3.5.

~Srikandi

10.45am June 25
Phnom Penh
Posted by Mistis Organization at 6:35 PM
481

Friday, August 13, 2010

Catatan Srikandi III

Catatan Srikandi III

Warna senja yang berbayang-bayang di puncak Gunung Pulai di Baling,Kedah tiba-tiba


membangkitkan satu perasaan mistik dalam diri saya.Bayangan seorang puteri sedang
bersimpuh sambil tangan kanannya menyusun jari-jemarinya seolah-olah kepala ular
tedung tiba-tiba berbalam-balam seolah-olah menggantikan puncak tertinggi di daerah
Baling itu.Ketika itu saya dalam perjalanan di dalam kereta pacuan empat roda,dalam
keadaan amat letih dan mengantuk.Renungan puteri misteri itu tiba-tiba hilang ditelan
merah senja yang membungkus puncak Gunung Pulai yang tingginya yang mempunyai
ketinggian 585 meter.

Bayangan puteri misteri itu mengingatkan saya tentang lagenda raja-raja perempuan yang
memerintah satu kawasan pemerintahan purba yang dipercayai bermula di Kelantan
sehingga menjangkau Patani dan utara Segenting Kra.Wilayah ini memang kaya dengan
legenda ratu-ratu yang memerintah,seperti Cik Siti Wan Kembang,Puteri Saadong,Ratu
Hijau dan adik beradiknya dan lain-lain lagi sekadar menyebutkan beberapa
contoh.Ketika ini saya teringatkan puteri jelita yang memakai 'headgear' Champa yang
pernah datang dalam mimpi saya dahulu.Semuanya seakan-akan mahu memimpin saya
ke arah petunjuk-petunjuk baru kepada misteri keMelayuan silam yang tidak pernah
terbongkar dalam mana-mana sejarah,sama ada yang fantasi mahupun yang realiti.

Saya masih teringatkan Siri Salma (pada masa itu diterbitkan oleh FarGoes atau Hasrat
Pelajar) yang amat digemari oleh saya.Biasanya ketika zaman sekolah dahulu,siri-siri
penyiasatan seangkatan dengannya seperti Siri Hadi (dari siri Hardy Boys) atau Siri Tiga
Penyiasat (dari siri The Three Investigators) juga garapan dari Enid Blyton menjadi
kegemaran budak-budak lelaki pada zaman saya dahulu,namun saya adalah satu-satunya
pelajar perempuan yang berebut-rebutkan buku-buku ini terutamanya Siri Salma (dari
Nancy Drew) ketika waktu meminjam buku di perpustakaan!Saya merasa bagaikan watak
utama siri itu,dikenali sebagai Salma,pergi mengembara dan merantau ke merata tempat
untuk mencari petunjuk-petunjuk kepada misteri baru yang muncul.
482

Saya telah dirasuk oleh bayangan itu lagi. Wanita muda yang bersimpuh sambil
menggaya-gayakan tangannya.Telapak tangannya dikuncup-kuncupkan bagaikan
menyerupai ular tedung atau pun seolah-olah memanggil-manggil diri saya supaya rapat
kepadanya.Ketika berhenti rehat di sebuah rumah seorang kru arkeologi di Kampung
Sera,saya dapat merasakan sesuatu yang amat ganjil pada diri saya.Apabila menjelang
malam,dah saya mula berpeluh-peluh.

Malam itu,seperti yang dijangka,saya telah bermimpi seorang puteri menari-nari dengan
tangan yang melambai-lambai ke arah saya!

Namun kali ini saya tidak mengigau seperti dahulu.Bacaan doa yang diajarkan oleh ibu
saya benar-benar berguna.Syukur kepada Allah s.w.t kerana melindungi saya dari
sebarang kejadian yang tidak diingini.Petunjuk kali ini adalah teramat misteri.Saya
seakan-akan pernah melihat puteri itu,tetapi tidak tahu di mana.Siapa pula gerangan
gadis itu?

Sepanjang hari saya memikirkan tentang puteri misteri itu dan cuba mengingat-ingat
kalau-kalau saya pernah melihatnya di dalam mana-mana tarian tradisional.Tiada.Saya
semakin buntu.Ketika berjalan-jalan di sebuah pekan (dirahsiakan),saya telah terpandang
satu restoran yang dimiliki oleh orang Thai Malaysia (orang Siam pada bahasa
tempatan).Saya ternampak satu patung wanita yang diletakkan di atas bar kaunter,dengan
gaya tangan yang sama seperti yang muncul dalam mimpi saya semalam!!

Semua ini tiba-tiba seperti satu 'flashback' kepada kenangan di Sungai Petani,ketika saya
dan kawan-kawan saya melawat bandar itu dalam satu rombongan sekolah.Ketika itu saya
telah terpisah dari kawan-kawan saya akibat terlalu asyik membelek majalah di kedai
buku.Saya cuba mencari-cari kelibat kelompok kawan-kawan sekelas saya namun
hampa.Saya semakin takut.Hari semakin petang.Saya tidak dapat menahan sebak.Mata
saya mula berair.Saya sedar bahawa saya telah tersesat!

Saya cuba pergi ke arah sebuah pondok telefon untuk menelefon guru kelas saya,namun
alangkah sedihnya saya apabila telefon awam di situ telah rosak gara-gara
vandalisme.Dalam hati saya menyumpah-nyumpah budak-budak 'senget' yang pastinya
adalah punca kesusahan saya petang itu.

Ketika berjalan longlai ke arah sebuah warung,seorang pemuda berumur dalam 30-an
menegur saya.Siapa tidak merasa hairan melihat seorang gadis yang bermuka sembab
dengan mata berair tanpa hala tujuan dan kebingungan?Pemuda itu sedang membaiki
483

motorsikal di sebuah bengkel motor selang dua pintu dari warung yang saya mahu
tuju.Selepas memberitahu masalah saya,pemuda itu memberikan telefon bimbitnya untuk
digunakan bagi menelefon guru kelas saya (saya tidak mampu untuk memiliki telefon
bimbit semasa di zaman persekolahan).Ketika menunggu guru kelas mengambil saya di
situ,saya duduk di bawah pokok sambil memerhatikan pemuda itu membaiki
motorsikal.Pada mulanya saya menyangka dia adalah seorang pemuda Melayu,namun
rupanya tidak.

Saya mula terkenangkan,ketika saya menelefon,mata saya terpandang satu kain yang
dipenuhi mantera-mantera yang aneh direntang di atas altar pemujaan yang dipenuhi
patung-patung Siam.Di atasnya terlihat satu lukisan seorang gadis bersimpuh dengan di
sisinya terdapat sebuah dupa dan saya kira seakan-akan pinggan-pinggan yang berisi
hidangan tertentu atau berisi buah-buahan.Anehnya,gadis itu tidak berpakaian dengan
terlampau banyak aksesori yang punya pengaruh Siam/Thai.Dia hanya bersanggul dan
memakai baju yang benar-benar mirip kebaya dan berkain batik!

Dan gaya tangannya,adalah mirip patung wanita di restoran-restoran Thai.

Setelah dapat mengingati dari mana petunjuk itu mula-mula saya pernah melihatnya,saya
pun bergegas ke Sungai Petani untuk melawat bengkel motorsikal yang pernah saya
singgah dahulu.Kalau boleh saya mahu bertemu dengan pemuda (mungkin umurnya
sudah mencapai 40-an kini) yang pernah membantu saya dahulu.Namun ketika tiba di
sana (berdekatan Taman Cinta Sayang),bengkel motorsikal itu sudah tiada.Tempatnya
digantikan dengan kedai Cina menjual buah-buahan.Saya tidak berputus asa.Saya cuma
mahu melihat kain mantera yang punya rajah dewi Thai itu dan bertanya asal-usulnya.

Ketika meronda-ronda di sekeliling pekan,saya ternampak satu kedai 'hardware' yang


memaparkan kain bermantera seperti yang saya inginkan.Gambar gadis dengan gaya
tangan melambai/terkuncup itu dilukis di bahagian bawah dengan gambar haiwan
seakan-akan kura-kura dan lain-lain figura aneh.Kain berwarna kuning itu penuh dengan
mantera-mantera dalam tulisan Thai.Saya pergi menemui pemilik kedai sambil berpura-
pura bertanyakan barang.Sambil berbual-bual,saya mengambil kesempatan menanyakan
tentang rajah dewi di dalam kain bermantera.

Kemudian barulah saya tahu nama gadis itu.

Pemilik kedai itu juga memberitahu saya bahawa mantera yang ditulis memenuhi kain
kuning itu bukanlah dalam bahasa Thai atau skrip Thai.Ia adalah dalam bahasa Khmer
dan dalam skrip Khmer,dengan simbol-simbol Khmer Kuno!

Selepas itu saya pun mengkaji dan mengkaji semua 'puzzle' yang muncul.Ini semua benar-
benar mencabar minda saya.Saya terpaksa belajar memahami petitih-petih kuno,legenda
rakyat Thai dan Khmer,belajar bahasa Sanskrit secara asas dan riwayat-riwayat
purba.Saya belajar sejarah Thai dari Lanna,Lanxang (Lancang),sejarah Lao dan Sukhotai
(Sukodaya).Saya belajar sejarah Kambujadesa dan dinasti Soma serta manuskrip-
manuskrip Khmer Kuno.Saya terpaksa menyelak NegaraKratagama karya Prapanca bagi
mengetahui wilayah-wilayah Srivijaya yang 'diambil alih' oleh Majapahit (menurut
Prapanca).Saya menjumpai wilayah kuno bernama Grahi yang terahsia dan paling gelap
dalam sejarah Melayu.Saya juga berjumpa dengan wilayah Srivijaya sejauh Martaban di
Burma dan hakikat paling tidak diketahui oleh anak-anak Melayu dan paling mahu
dipadamkan oleh nasionalis Khmer,bahawa terdapat riwayat kuno yang menyatakan
rakyat Khmer adalah di bawah pemerintahan 'Ma-La-Yu' iaitu nama yang dikenali oleh
orang Khmer merujuk kepada empayar maritim paling agung yang pernah ada dalam
sejarah Asia Tenggara,Sriwijaya.
484

Dari sini saya menjumpai hakikat paling menggemparkan bahawa nama 'Melayu' itu
bukan sahaja muncul sebagai satu kerajaan di Sumatera,bahkan terdapat satu kerajaan
kuno di Segenting Kra (setepatnya di sekitar Chaiya kini) yang digelar,kerajaan
Melayur.Ini menghapuskan sama sekali pendapat yang mengatakan bahawa nama
'Melayu' itu berasal dari nama sebuah kerajaan di Sumatera.Saya cuba mencari jawapan
kepada misteri paling gelap dalam kerajaan Grahi ini namun bukti kewujudan kerajaan ini
hampir mencapai tahap mustahil dalam dokumen bertulis berbahasa Melayu,tidak kira di
zaman Pallawa,Kawi atau Jawi.Apatah lagi dalam kajian moden bertulisan Rumi.Ya,Grahi
adalah kunci kepada misteri Kemelayuan di Indochina.Siapa dapat rahsia dari Grahi,dia
akan membuka rahsia Funan dan Kambojaraja.

Bagaimana dalam timbunan manuskrip Thai dan Khmer,dapat menemui sisa-sisa warisan
Kemelayuan dan bayang-bayang nusa pertiwi?Bagaimana dalam riwayat-riwayat Thai dan
Khmer yang bercampur-maur itu dapat terhidu harum seroja Kemelayuan dan santun
susila Sang Melati?

Tetapi saya dapat melihatnya.Malah semakin jelas.Saya tahu di mana mahu menjejak
sejarah Melayu yang bersembunyi di dalam pekat mantera Khmer Kuno dan tarian suci
diraja Angkor.Saya masih dapat menghidu warna darah Kemelayuan dan tinta emas
Sriwijaya di dalam mitos dan petitih Thai Kuno,tidak kira ia bersembunyi di era
Lanna,Sukhothai atau Ayutthaya.Saya tahu di mana mereka bersembunyi!

Bagaimana seorang dewi Thai yang dipuja-puja,mantera pujanya ditulis menggunakan


simbol suci Khmer?
485

Ingat,budaya Thai dicedok dari Khmer dan Melayu Segenting Kra.Budaya Khmer pula
dibayangi oleh budaya Sriwijaya.Jika anda mahu LIHAT BUDAYA MELAYU KUNO YANG
MASIH TERTINGGAL,perhatikan kostum Thai dan Khmer;BUKAN yang jadi komersil
atau pop,ia sudah bayak diubahsuai,lihat yang lebih asli di pedalaman.Tetapi orang
Melayu moden sudah tidak mengenalnya,dan semuanya yang berasal dari Indochina
semuanya dikatakan 'SIAM'.BUDAYA MELAYU PURBA TERMUZIUM DENGAN BAIK
DITANGAN THAI DAN KHMER.Bagus juga mereka ada.Sekurang-kurangnya jika saya
mahu tahu bagaimana senibina dan pakaian Melayu Purba di Indochina,saya terus
melihat Thailand dan Kemboja!

Kemudian pencarian saya terhenti kepada satu watak paling penting dalam sejarah
Kelantan.Siapa?

Siapa orang Thai yang tidak kenal RamaKhamhaeng?Beliau adalah seorang raja dari
kerajaan Sukhothai yang paling menyerlah dan kononnya beliaulah yang
bertanggungjawab mengubahsuai skrip Khmer menjadi skrip Thai seperti yang digunakan
pada hari ini.Tetapi bagaimana beliau mati?Ini adalah misteri yang menghantui semua
hikayat tentang raja ini.Pernah dengar legenda Suriyothai?Seorang permaisuri duduk di
atas gajah pergi berperang.Seorang wanita berperang di atas gajah!

Saya belajar memahami siapa di sebalik nama Urduja atau Durga Wijayamala,serang
puteri raja dalam riwayat Kelantan yang pergi berperang di atas gajah dan berhasil
memenggal kepala seorang raja yang ganas!

Cuba kaji mengapa kerajaan Sukhotai terus hancur selepas era Ramakhamhaeng,padahal
pada era beliaulah,Sukhothai mencapai tahap kemuncaknya.Siapa pengganti
Ramakhamhaeng?

Pada Abad 14 pula Ibnu Battuta (pengembara Arab yang terkenal)telah singgah di satu
tempat yang bernama "Kilu Krai" (Kuala Kerai di Ulu Kelantan sekarang) dan bertemu
dengan seorang raja perempuan yang bernama Urduja.Raja perempuan ini digambarkan
oleh Ibnu Battuta sebagai seorang yang gagah perkasa di sebalik wajahnya yang cantik
jelita.
486

Siapa Urduja?Sebab itu amat penting untuk saya sebagai penyelidik mempelajari sistem
nama-nama monarki Melayu purbakala.Raja-raja Melayu pada era pra-Islam dahulu
memakai gelaran Sanskrit untuk urusan rasmi atau dokumentasi dan gelaran tempatan di
kalangan rakyat.INILAH RAHSIA YANG AMAT MENGELIRUKAN RAMAI PENGKAJI
SEJARAH.

Siapa SuryaVarman I atau Jayaviravarman?Mereka secara umum adalah tokoh dalam


monarki Kemboja.Adakah mereka Khmer?SALAH.Mereka adalah Melayu.Seperti saya
dan anda.

SuryaVarman I adalah raja agung yang banyak membina candi dan binaan.Pernah dengar
Preah Vihear?Ada pengkaji mengatakan beliaulah yang membina ibukota Angkor
berpandukan rujukan bintang-bintang sebagaimana Piramid Agung dibina berpandukan
buruj Orion.Raja-raja Kemboja menyambung usahanya selepas itu sehingga terbinalah
Angkor Wat dan sejarah Angkor Wat inilah yang saya katakan ada kaitan dengan
Grahi.Saya boleh katakan...bahawa...blueprint Angkor Wat dikeluarkan dari dalam istana
Grahi.

Jadi seperti biasa,sudah tentu nama Suryavarman I ini amat direbut oleh nasionalis
Khmer tanpa mempedulikan kejujuran ahli sejarah mereka.Suryavarman I dikatakan dari
Khmer asli.Sama juga seperti nama empayar agung Sriwijaya,yang direbut oleh Thailand
dan Indonesia,juga India!

Perlu diingat bahawa rekod-rekod kuno dari China tidak mengenal apa itu Chaiya atau
Nakhon Si Tammarat.Nakhon Si Tammarat berasal dari kata 'Sri Dharmaraja'.Ramai
menganggap ia adalah nama kerajaan.Sebenarnya 'Sri Dharmaraja' menjadi popular
kerana seorang raja Melayu yang pernah menyerang Sri Lanka iaitu Chandrabanu
meletakkan kata 'Sri Dharmaraja' sebagai gelaran menjadi Chandrabanu Sri
Dharmaraja.Kedua-dua nama ini (Chaiya dan Nakhon Si Tammarat) telah diberikan oleh
Thailand.Tetapi terdapat nama 'Kio-lo-hi' dalam rekod kuno China.

IA ADALAH 'GRAHI' DALAM LENGGOK SEBUTAN ORANG CHINA PURBA.

Biar saya beritahu rahsia ini.

Durga Wijayamala telah membunuh RamaKhamhaeng di atas gajah dalam pertempuran


paling legenda seluruh Indochina.Wanita besi itu telah memenggal kepala raja Sukhothai
itu dan mencampakkan tubuhnya ke sungai,lalu menyembunyikan kepalanya sebelum
dituntut oleh sami-sami Sukhothai.Inilah legenda yang membayangi sejarah Sri
Suriyothai.
487

Ingat lagi gadis misteri yang melambaikan tangannya kepada saya dalam mimpi?Dan
lukisannya yang dipuja oleh pemuda Siam,mekanik dari Sungai Petani?Patungnya telah
dijadikan pelaris oleh masyarakat Thai.Kini patung dewi ini telah dipakaikan kostum Thai
moden.Dan lukisan gadis ini dalam kostum kebaya atau kostum Sriwijaya (berkemban
dan memakai selempang) adalah satu budaya tertua sekali berkaitan dewi ini.Asal-usul
pemujaan Nang Gwak (nama dewi pelaris ini) dikatakan berasal dari mitos yang berasal
dari India namun pengkaji budaya Thailand bersetuju mengatakan budaya dan kostum
dewi ini berasal dari kebudayaan kuno yang telah bertapak lama di Thailand.Apakah
kebudayaan kuno ini?Ia adalah Sriwichay.Mahu saya terjemahkan apa dia Sriwichay itu?

Anda akan faham misteri ini jika anda tahu tentang sejarah pemujaan TOK PEKONG
DALAM MASYARAKAT CINA MALAYSIA.Dewa Tok Pekong HANYA EKSLUSIF DALAM
KEPERCAYAAN CINA TEMPATAN.Anda tidak akan jumpa patung dewa yang berketayap
dan bersampin di dalam altar pemujaan di Hong Kong atau di Beijing.

Seorang sami Thai dari Baling telah mengajarkan saya mantera pelaris untuk Nang Gwak
ini.Saya bukan mahu amalkan benda-benda syirik ini,tetapi saya mendapat satu
kenyataan yang menarik dan begitu menakjubkan dari mantera Nang Gwak,gadis misteri
dari tamadun purba Thailand!

Setelah meneliti mantera ini:

โอม ศรีวิชัยกังเวียน ปูเจาเขาเขียวมีลกู คนเดี่ยว ชื่อนางกวัก ชายเห็นชายรัก หญิงเห็นหญิงทักทุกถ วนหนา พวกพาณิชชาพากูไปคาถึงเมืองแมน


กูจะไปคาหัวแหวน ก็ไดวันละแสนทะนาน กูจะคาสารพัดการก็ไดโดยคลอง กูจะคาทองๆก็ไดมเต็มหาบเพียงวันนี้เปนรอย สามหาบมาเรือน
สามเดือนเปนเศรษฐี สามปเปนพอคาสําเภา พระฤาษีผูเปนเจา ประสิทธิ์ใหแกลูกคนเดี่ยว สวาหะ
:

ohm sĕe-wí-chai gang wian · bpòo jâo kăo kĭeow mee lôok kon dìeow · chêu naang-gwàk ·
chaai hĕn chaai rák · yĭng hĕn yĭng ták túk tûan nâa · pûak paa-nít chaa paa goo bpai káa
tĕung meuang maen · goo jà bpai káa hŭa wăen · gôr dâi wan lá săen tá-naan · goo jà káa
săa-rá-pát gaan gôr dâi doi klông · goo jà káa tong gôr dâi-má-dtem hàap piang wan née
bpen rói · săam hàap maa reuan · săam deuan bpen sàyt-tĕe · săam bpee bpen pôr káa
săm-pao · prá reu-sĕe pôo bpen jâo · bprà-sìt hâi gàe lôok kon dìeow · sà-wăa hà

...saya mendapati kata 'see-wi-chai' tidak punya maksud dalam bahasa Thai dan
ditafsirkan terus kepada 'Sriwijaya' padahal kata 'Sriwijaya' ada maksud dalam bahasa
Sanskrit.Kata-kata permulaan 'Ohm' adalah kata-kata sanjungan atau pujaan dari agama
Hindu.Biasanya nama-nama dewa akan diletakkan di belakang kata puja
'Ohm'.Menariknya di sini,nama 'Sriwijaya' diletakkan di belakang 'Ohm'.Tiada dewa Thai
yang bernama Sriwijaya.Juga tiada nama dewa Hindu yang bernama Sriwijaya.Dalam
riwayat kuno Thai,ambillah petitih mana pun,dari era Lannathai atau Sukhothai
sekalipun,'SEE-WI-CHAI' hanya merujuk satu nama...

SRIWIJAYA.

Kandungan mantera ini menggambarkan maksud pelaris itu sendiri,membawa banyak


harta benda,emas atau kekayaan dan menjadikan perniagaan semakin baik.Ada juga
perkataan 'Khao Khieow' yang membawa erti yang mendalam.

Saya ingin beritahu anda satu perkara.Puji-pujian kepada raja-raja Melayu Sriwijaya
adalah satu budaya biasa ketika Sriwijaya berkuasa di IndoChina.Raja-raja ini dipuji dan
dipuja bagaikan Dewa Visnu dan Siva dalam prasasti dan riwayat-riwayat Thai Kuno.Dan
jangan terkejut jika sebahagian mantera sami Thai masih terlekat pujaan terhadap
488

'Sriwichai' ini,

NAMA EMPAYAR INI DIPUJA BAGAIKAN MASIH PUNYA BISA DAN KESAKTIAN.

Mungkin mereka dengan kepercayaan mereka,tetapi bagi saya kesaktian SEE-WI-CHAI


terletak kepada HEGEMONI PERDAGANGAN MARITIMNYA.Bukan jelmaan Visnu atau
Siva.

Apakah kaitan Sriwichai,Durga Wijayamala dan Ramakhamhaeng?

Cik Siti Wan Kembang dan Tanah Serendah Sekebun Bunga!!

Tetapi saya mahu tahu dahulu siapakah Nang Gwak sebenarnya :D

...atau saya boleh bertanya lagi,biar minda anda lebih sakit lagi...apa kaitan Nang Che Yam
dengan Nang Gwak???

Prasasti Grahi yang telah dijumpai di Kemboja adalah dalam bahasa Khmer.Namun ia
menceritakan tentang keagungan raja-raja Melayu Sriwijaya.Pelik?Anda kena belajar
memahami kenyataan ini!

Anda kena memahami bahawa Melayu itu tidak SESEMPIT PERLIS SEHINGGA KE
SABAH.Belajar nama empayar ini,SRIWIJAYA dan anda akan dapat tahu rahsia kerajaan
Grahi yang hilang.Sekali anda tahu rahsia Grahi,anda akan tahu apa yang berlaku 500
tahun sebelum Masehi.Sekali anda tahu riwayat 500 tahun sebelum Masehi...sebelum
Dapunta Hyang Jayanasa mendarat di Muara Tamwan dengan balatentaranya
sebagaimana yang tercatat di prasasti Kedukan Bukit,anda akan dapat memahami
mengapa Valmiki menuliskan nama 'Malayadvipa' (Kepulauan Melayu) dalam Ramayana
juga Vyasa dalam kompilasi Purana,beratus tahun sebelum kemunculan Gautama
Buddha.Sekali anda tahu mengapa para rishi menuliskan nama Kepulauan Melayu di
dalam kitab-kitab suci mereka...anda akan tahu siapakah dia watak misteri 'Maat Heru'
(Mata Hari) seperti yang tercantum di dalam The Egyptian Book of The Dead.

The history of thy beloved,


~Srikandi

Posted by Mistis Organization at 6:37 PM | | 6 comments


489

Sunday, January 23, 2011

Catatan Srikandi IV

Gambar menunjukkan raja dan permaisuri Melayu dari dinasti Sailendra sedang
berehat di dalam istana sambil dikelilingi para pegawai kerajaan dan inang-inang
diraja.Relief dari Borobudur,Indonesia.

Catatan Srikandi IV: Jangan keliru sejarah bangsa sendiri!

Ketika saya belajar sejarah dahulu,terutamanya ketika di tingkatan satu,saya memahami


selepas topik 'orang gua' (Paleolitik,Mesolitik dan 'litik-litik' yang lain) saya dihidangkan
tentang sejarah Kesultanan Melaka.Saya ketika itu walaupun masih kecil namun tetap
boleh berfikir dan terpinga-pinga mengapa sejarah Malaysia khasnya orang Melayu boleh
menjadi cacamarba sebegini.Jika teks Sejarah Malaysia dijadikan filem komersil,saya
jamin ia akan menjadi filem paling top oleh Rotten Tomatoes.Filem paling tidak senonoh
dari segi kronologi.

Ketika di tingkatan 5,barulah ada disentuh sedikit tentang kerajaan agraria dan maritim di
Asia Tenggara.Ada disebutkan tentang Champa dan Funan.JUga disebutkan tentang
Sailendra dan Sriwijaya.Namun ketika saya tidak tahu bahawa Sriwijaya yang amat hebat
itu adalah empayar orang-orang Melayu!Dan Sailendra yang merupakan dinasti penguasa
paling agung Asia Tenggara adalah dinasti Melayu!Memang saya tidak tahu.Dan ramai
tidak tahu.Ketika itu saya benar-benar tidak mengerti mengapa sejarah bangsa saya
adalah sejarah paling misteri dalam dunia.Tidak ada kesinambungan.Terputus dan
terpecah-pecah di sana-sini.Pada mulanya saya memikirkan bahawa orang Melayu itu
hanya terdapat di semenanjung.Kemudian saya tahu bahawa orang Melayu ada di
Sumatera.Kemudian rupa-rupanya ada satu kerajaan Melayu di Borneo,Brunei
Darussalam.Kemudian akhirnya saya tahu ada Melayu di Selatan Thai.Pada mulanya
juga,saya memikirkan bahawa kerajaan orang Melayu YANG MULA-MULA SEKALI
adalah Kerajaan Melaka.Sebelum itu orang Melayu mungkin tidak punya apa-apa
kerajaan.Saya diajar tentang Parameswara,penguasa pertama Melaka telah membunuh
Temagi,wakil pemerintah 'Siam' di Temasik dan melarikan diri sehingga membuka
Melaka.Saya berfikir,bagaimana 'Siam' boleh sampai nun...di Singapura sana.Hanya
dalam Sejarah Melayu sahaja disebutkan tentang Temagi ini manakala semua petitih-
petitih kuno dan riwayat Thai tidak menyebutkan apa-apa tentang penguasaan mereka
sejauh Temasik.Namun saya ketika itu mula memikirkan bahawa sebelum naik
Kesultanan Melaka,seluruh semenanjung adalah di bawah taklukan 'Siam'.Jadi dari mana
orang Melayu datang?Kenapa Siam yang terkenal kuat itu tidak menghalang penubuhan
Melaka?Saya benar-benar keliru dengan riwayat bangsa saya sendiri.

Apabila saya mengambil kursus sejarah di universiti,dan mengkaji sejarah Melayu Asia
490

Tenggara dengan semakin mendalam,saya menjadi semakin keliru apabila dijumpai


prasasti-prasasti berbahasa Melayu Kuno di merata tempat seawal abad ke-7 Masehi!Saya
juga tidak menyangka bahawa Champa adalah kerajaan orang Melayu dari suku Cham
yang punya kaitan rapat dengan orang Kelantan dan Terengganu.Saya semakin pelik
apabila empayar maritim Sriwijaya yang telah membina Borobudur itu ketika era dinasti
Sailendra memerintah Jawa menggunakan bahasa Melayu Kuno!

Kemudian saya tahu yang membunuh Temagi BUKANLAH PARAMESWARA tetapi Sang
Nila Utama,seorang putera dari keturunan Sriwijaya yang berpindah ke Temasik dari
Sumatera untuk lari dari hegemoni Majapahit yang semakin kuat di Palembang.DAN
SAYA TAHU BAHAWA TEMAGI BUKANLAH KETURUNAN THAI ATAU DARI
KERAJAAN AYUTTHAYA,tetapi keturunan sama ada MON-KHMER atau MELAYU
SEGENTING KRA dari kerajaan Melayu antara tergelap dalam sejarah
Kemelayuan,TAMBRALINGGA.Temagi dikatakan dibunuh pada tahun 1324 padahal
kerajaan Ayutthaya ditubuhkan kira-kira pada tahun 1354!Ayutthaya perlu mengambil
masa berpuluh tahun sebelum mampu menghantar tenteranya menakluki Temasik!

Cerita yang sebenar ialah,ketika hegemoni Sriwijaya ke atas Asia Tenggara sedikit demi
sedikit runtuh,maka banyak negarakota Melayu (Malay states) dan lain-lain (contohnya
kerajaan orang Mon) mula membebaskan diri dari Sriwijaya.Terutamanya ketika
serangan kilat Rajendra Chola dan peperangan dengan di Jawa telah melemahkan
hegemoni empayar ini menyebabkan Sriwijaya melepaskan wilayah-wilayahnya.Salah
satunya ialah Tambralingga yang kemudiannya dikenali sebagai Nagara Sri
Dharmaraja.Raja Tambralingga yang berjaya membebaskan diri dari pengaruh Sriwijaya
mula meluaskan pengaruhnya sendiri di seluruh semenanjung hingga ke
Temasik.Pengaruh Tambralingga semakin besar sehingga mampu menghantar angkatan
tentera menyerang Sri Lanka pada tahun 1247 Masehi.Tidak hairanlah pulau Temasik
adalah di bawah pengaruh Tambralingga jika sudah berupaya menghantar tentera sejauh
ke Sri Lanka.

Ukiran pada Borobudur pada abad sekitar 6-8 Masehi menunjukkan orang Melayu
telah mampu membina kapal-kapal besar dan membina rangkaian perdagangan ketika
di Kepulauan British masih berperang dengan bangsa Norman,Norseman dan puak-
puak Jerman Kuno.

Semua kekeliruan sejarah ini menyebabkan kesan yang bukan sedikit.Pertamanya orang
Melayu memikirkan dahulu seluruh semenanjung adalah di bawah Siam.Kemudian yang
lucunya,ada warganegara Malaysia keturunan Thai berdegil mengatakan bahawa Temagi
491

itu adalah wakil Ayutthaya dan dahulunya orang Thai adalah pribumi semenanjung!Ini
adalah KARUT kerana semua pengkaji sejarah tahu orang Thai adalah imigran termuda
ke Indochina ketika etnik-etnik Malayo-Polinesia (termasuk Melayu),orang Pyu,Mon dan
Khmer sudah berada lama di Indochina.

Ingat kisah Rajuna Tapa yang membuka pintu kota Temasik untuk tentera
Majapahit?Itulah sebab Parameswara lari ke Melaka!Bukan sebab membunuh
Temagi.Siap ada filem era Jalan Ampas lagi tentang serangan Majapahit ke atas Temasik
akibat pembelotan Sang Rajuna Tapa,seorang pegawai kerajaan Temasik di bawah
pemerintahan keluarga Parameswara.Sang Rajuna Tapa membelot kerana kecewa anak
perempuannya dihukum sula oleh raja akibat dituduh bermukah.

Semua ini bagaikan melengkapkan satu 'puzzles' yang berselerak di sana-sini!

Salasilah sejarah Melayu yang sekejap gelap sekejap terang menyebabkan banyak pihak
mengambil kesempatan.Bumi orang Melayu yang penuh kekayaan ini menjadi idaman
semua bangsa di dunia.Kedudukannya yang strategik di antara Barat dan Timur
dicemburui ramai orang.Bukan sahaja di darat malah lautan kelilingnya penuh dengan
sumber mineral.Kaji mengapa China yang jauh dari Kepulauan Spratly bermatian
menuntut kawasan ini.Dari segi kedudukan,Filipina dan Malaysia punya kelebihan kerana
lebih berdekatan.Kerana faktor-faktor kedudukannya yang jauh dari kepulauan ini maka
China terpaksa menggunakan SENJATA BERBAHAYA yang kurang dipedulikan
pemimpin UMNO yang 'duit rakyat didahulukan,perut sendiri diutamakan'.Apa senjata
itu wahai tuan-tuan dan puan-puan?

S E J A R A H.

China terpaksa mendakwa bahawa Kepulauan Spratly telah lama dikunjungi oleh para
nelayan dan pedagang China sejak berabad-abad dahulu padahal ramai pengkaji sejarah
maritim mengakui orang-orang China agak lambat menguasai laut selatan berbanding
kaum-kaum Austronesia yang terkenal sebagai para pelayar dan pengembara maritim dari
Hawaii hingga ke Madagaskar.Para pedagang China terpaksa menumpang kapal-kapal
orang 'Kunlun' untuk ke selatan kerana keadaan laut di situ amat berbahaya.Siapa orang
'Kunlun' dalam teks kuno Maharaja China?Tidak perlu saya beritahu.

Betapa indahnya kenangan bangsa Melayu pada masa-masa dahulu.Ahli sejarah luar
negara mengenang Melayu sebagai bangsa yang setaraf dengan Norseman dan
Phoenicia,pakar dalam ilmu maritim.Sehingga pada candi,tukang-tukang batu Melayu
mengabadikan profesion purba mereka dengan penuh megah.
492

Cukuplah Merong Mahawangsa yang diupah untuk membawa putera Rom menemui
puteri China menggunakan kapalnya.Inilah kisah profesion purba orang 'Kunlun' yang
terakam kemas dalam hikayat Melayu dahulukala.Sebab itu saya katakan
dahulu,membaca hikayat-hikayat Melayu perlu punya pengetahuan sejarah yang luas
supaya dapat membaca secara 'READ BETWEEN THE LINES'.Di dalamnya penuh kod-
kod rahsia yang hanya mampu dipecahkan jika pengetahuan kronologi sejarah kita
kuat.Orang Melayu dahulukala memang suka berkias-kias.

Sejarah Melayu yang sekejap gelap sekejap terang menggalakkan sekelompok orang yang
menggelarkan diri mereka 'Keturunan Merong' menuntut takhta Sultan Kedah dan Yang
Dipertuan Agong dengan cara memutarbelitkan sejarah dan mengisi lompang sejarah
Melayu dengan versi sejarah karut mereka.

Sejarah Melayu yang sekejap gelap sekejap terang menggalakkan golongan Ultrakiasu
mempermainkan sejarah Malaysia dengan cuba mengelirukan dan memutarbelitkan fakta
bahawa orang Melayu adalah pendatang.

Sejarah Melayu yang sekejap gelap sekejap terang menggalakkan orang lain menuntut
wilayah-wilayah Melayu pada zaman dahulu seperti yang berlaku ke atas Pulau Batu
Putih.

Sejarah Melayu yang sekejap gelap sekejap terang menggalakkan orang Melayu ke arah
buta sejarah bangsa sendiri dan penuh perasaan 'inferior' terhadap bangsa lain.

Saya galakkan anda semua wahai anak-anak Melayu tonton filem The Legend of Queen
Suriyothai dan King Naresuan dan belajar bagaimana bangsa Thai cuba menaikkan jatidiri
dan semangat patriotik bangsa dengan MENDEFINISIKAN SEMULA SEJARAH
MEREKA.Walaupun ada pakar sejarah tahu bahawa kostum perang di zaman Raja
Naresuan tidaklah seperti yang ditonjolkan,NAMUN MEREKA SEDAR BETAPA
PENTINGNYA PRESTIJ SEJARAH UNTUK MEMBANGKITKAN SEMANGAT BANGSA
MEREKA.Tidak kiralah sejarah realiti atau sejarah yang asalnya fantasi namun cuba
direalitikan.

Jadi apa yang pemimpin UMNO buat?Berkokok dan menyalak ke sana ke mari tentang
Ketuanan Melayu,namun menjahanamkan orang Melayu sedikit demi sedikit.Apabila
Ultrakiasu (ingat,bukan Cina tetapi yang rasis dan Ultrakiasu sahaja) mengadu mereka
dikatakan pendatang,maka pemimpin Umno membuat kenyataan bahawa Ultrakiasu
bukan pendatang.Namun apabila orang Melayu dihina malah agama dan nama Allah
dipermainkan oleh Ultrakiasu,apakah yang pemimpin UMNO ini
buat?AMARAN,AMARAN DAN AMARAN SAHAJA?Ini kedunguan saudara dan
saudari.Ini kebingungan yang tidak boleh dimaafkan.Pandai bila menghayun-hayunkan
keris ketika memekik 'Hidup Melayu!' namun pada masa yang sama menikam dan
membunuh warisan dan jatidiri Melayu sedikit demi sedikit.Apa gunanya Perkasa dan
Pekida?Dua organisasi ini semakin hari semakin menggalakan gengster-gengster dan mat
rempit Melayu berkeliaran di dalamnya.Mereka amat BERANI BERKOKOK DAN
BERGADUH.Tetapi mangsa mereka siapa?ORANG MELAYU JUGA!

Mereka hanya berani ke atas bangsa sendiri tetapi pengecut terhadap bangsa lain.Sebab
apa?Pertamanya sebab MEMANG MEREKA PENGECUT.Keduanya sebab bos-bos
mereka iaitu pemimpin UMNO ada 'deal' dengan Ultrakiasu.Ini semua cerita pasal
duit.No money no talk.Rasuah dan sogokan duit akhirnya menghancurkan orang Melayu.

Dahulu raja-raja Melayu dipermainkan British.Sekarang pemimpin-pemimpin Melayu


dipermainkan Ultrakiasu.Apa yang boleh saya katakan,why are you so stupid?
493

Kita tidak boleh harapkan satu lagi parti Melayu iaitu PKR yang jadi hamba sahaya pacal
yang hina kepada DAP.Ini memang sudah keluar carta.Buat pemilihan dalam parti pun
kelam kelibut,bagaimana hendak pegang satu Malaysia?

PAS,bermula dengan baik dengan tema agama,kerana AGAMA adalah berkait amat rapat
dengan Kemelayuan.Sama seperti separuh sejarah Thai adalah Buddha Theravada maka
80% dari warisan Melayu dan kekuatan sejarahnya adalah Islam itu sendiri.Jika seorang
Melayu sudah murtad dan masuk agama Kristian contohnya,anda akan lihat sedikit demi
sedikit dia akan hilang aura Kemelayuannya.Jadi 'makhluk' lain yang asing terhadap
Melayu dan segala rahsianya.

Tetapi amat mengecewakan kerana dek mahu menang pilihanraya,PAS seakan-akan rela
membutakan matanya sendiri laksana Kasim Selamat.Sudah-sudahlah berpolitik.Jangan
sampai PAS bertuhankan politik.Jika PAS membuang Melayu kerana jadi hamba politik
saya masih boleh menerima (walau dengan hati yang berat dan sedih) tetapi jangan
sampai PAS buang agama sekali akibat mahu menang pilihanraya.Ini sudah sampai
peringkat sadis dan 'gore'.

Adakah saya boleh berkata,biarkan luncai terjun dengan labu-labunya?

Kini saya mahu menumpukan kajian terhadap kerajaan Melayu sebelum Sriwijaya atau
era pra-Sriwijaya.Jika pada zaman Ratu Hatshepsut (1508 BC-1458 BC),sudah tercatat
nama 'Perahu' dan 'Hati' sebagai nama pemerintah Melayu pada zaman dahulu,sudah
tentu saya mahu tahu lebih tentang mereka.Mengapa?Tidak percaya?Tidak percaya
kerana tidak mungkin orang Melayu wujud sejauh 1500 Sebelum Masehi? :D

TETAPI SAYA MAHU PERCAYA.

Saya mahu percaya sebab jika orang Melayu tidak meninggalkan apa-apa tentang
kewujudan mereka SEKALIPUN,orang Mesir Purba teguh mengukirkan rahsia
Kemelayuan di dinding-dinding makam dan kuil mereka.Sebab apa?

Sebab moyang saya adalah pedagang dan pelaut yang handal.Rempah dan kemenyan
adalah antara barangan dagangan nenek moyang saya yang menjadi idaman para Firaun
dan Emperor Babilon.

Saya mahu tahu mengapa 'Maat Heru' dalam The Egyptian Book of The Dead yang terukir
pada keranda-keranda dan dinding makam Firaun punya hubungan dengan nama
'MATAHARI' dalam bahasa Melayu.Apa hubungan Melayu dengan bangsa Mesir
Kuno?Siapa Raja Matahari?

Siapa Raja Perahu dan Permaisuri Hati?Apa hubungan mereka dengan Raja Matahari?

Kemudian setelah mengkaji sejarah Phoenicia dan menemui beberapa petunjuk antara
orang Melayu dan bangsa Phoenicia,memimpin saya kepada petunjuk di Borneo.Saya
menemui nama lama bagi Borneo adalah berasal dari kata Borni merujuk 'slang'
pengembara Itali kepada kerajaan Melayu Brunei.Kemudian saya menggali lagi sehingga
mengetahui nama purba Brunei adalah Poni merujuk kepada catatan-catatan pengembara
China zaman dahulu.Pengembara China ini mencatatkan bahawa penduduk di kawasan
ini (Borneo sekarang) menggelarkan tanah mereka sebagai Poni/Puni.

INILAH PUNT YANG SEBENAR!

Inilah tempat tinggal Raja Perahu dan Permaisuri Hati!


494

Sungguh!Saya benar-benar teruja dengan sejarah Melayu yang penuh misteri!

~Srikandi

"Don't hide my Chronicles behind your blood of war.I'm vampire of history"

http://riwayatmelayu.blogspot.com/

Posted by Mistis Organization at 9:03 PM | | 32 comments


495

Sunday, January 23, 2011

Adakah Kita Perlu Melayan Ngomelan Ultrakiasu?

Adakah Kita Perlu Melayan Ngomelan Ultrakiasu?

Kali ini saya tidak mahu berbasa-basi.Tidak mahu meleret-leret.Straight to the point.Ok.

Kali ini kita ulas blog seorang ahli politik Ultrakiasu berfahaman Komunis yang dikenali
ramai.Jika mahu berurusan dengan Ultrakiasu,apa jua kajian sejarah Malaysia mereka
tentang 'ketuanan Cina' di Malaysia,itu bukanlah lesen besar mereka untuk menuntut
Malaysia dari tangan orang Melayu semutlaknya.Dari 'Ketuanan UMNO' itu cerita
lain.Tapi bukan dari tangan orang Melayu semutlaknya.Kena faham itu.Ada beza di situ.

Blognya kali ini 'copy-paste' daripada artikel oleh John Doe,penulis yang mempunyai gaya
yang sama dengan Micheal Chick,seorang lagi penulis kegemaran DAP,parti Chauvinist-
Communist Malaysia.PAS kena sedar hal ini.Kena langkah mayat si Kauvinis-Komunis ini
kalau nak tegak negara Islam.Kalau nak lawan UMNO,PAS kena bercerai dari DAP.Biar
DAP berjuang sorang-sorang.Biar hidup segan mati tak mahu macam dulu-
dulu.Menukarkan 'Ketuanan Melayu' kepada 'Ketuanan Islam' adalah lebih mudah
daripada jika DAP naik memerintah,dia akan paksakan 'Malaysian Malaysia'.Ia
bermaksud "ketuanan Cina berasaskan materialisme tahap berat' macam di Singapura.Ini
bukan lagi nak bincang pasal 'sekularisme' tuan-tuan dan puan-puan.Ini adalah
KAUVINIS-KOMUNIS.Tuhan mereka wang.Mereka 'kafir harbi' versi baru yang tak
berperang dengan pedang.Mereka berperang dengan propaganda dan pilihanraya.Tipu
muslihat.

Jadi PAS kena keluar sepenuhnya dari kerjasama dengan DAP.Biar sekularisme UMNO
belasah habis-habis semua komunis ini.Kemudian PAS datang dakwah pada UMNO
tentang sunnah Rasulullah s.a.w.Lama-lama lembutlah hati UMNO.Melembutkan hati
sekularis Melayu yang mengucap dua kalimah syahadah dan sembahyang,lebih mudah
rasanya dari melembutkan kafir harbi yang pekat dengan faham Komunis dan
Kauvinisnya.Apa pemimpin UMNO kata semasa nak jalankan hukum hudud?"Ala...takut
nanti semua orang Malaysia tak boleh kerja pasal kudung tangan...." atau "takut-takut
496

nanti habis batu-batu tepi jalan semua pakai nak rejam orang berzina.."

Cakap berlapik-lapik sambil tersengih-sengih.

Tapi apa DAP Komunis cakap tentang hukum hudud?

LANGKAH MAYAT SAYA DULU! (Karpal Singh)

Tegas dan keras.Ini hukum Tuhan syeikh...you masih nak berkoloborasi dengan orang
yang cabar hukum Allah macam tu sekali.Nak cabar langkah mayat dahulu konon.Kita
tengok,sama ada Karpal Singh mati dulu atau HUKUM ALLAH mati dulu.Bukan sahaja
Anwar harus bertaubat...Karpal Singh juga harus bertaubat sama.

:D

Sejarah tidak pernah berbohong.Cara yang digunakan oleh mereka ialah membuat
keraguan terhadap sejarah orang Melayu,dengan membesar-besarkan sejarah kedatangan
orang Cina walaupun Cina Muslim (etnik Hui,yang kadangkala didiskriminasi oleh
Komunis China) dengan motif bahawa Cina memainkan peranan yang amat besar di
Malaysia disamping merendahkan-rendahkan sejarah orang Melayu.Tidak kira betapa
besar pun peranan yang dimainkan,'pendatang tetap pendatang' kecuali mereka
membuang sifat Cina totok mereka,keangkuhan dan yang paling penting sifat
'ULTRAKIASU' mereka iaitu 'sindrom takut dikatakan pendatang'.

Ini artikel pertama:Lim Kit Siang1

Petikan pertama:

"Read the above again very carefully !! Sultan Muhammad Shah married a Johorean-
Temasik princess in 1363. Now, for all those products of Biro Tata Negara (BTN) out
there, what year was Malacca formed? 1403. So, there was a Johor king already in 1363?
Are you going to argue with Ketuanan Brunei on this? (By the way, he’s more Melayu than
YOU!) Also for those who insist that Penang be handed over to Kedah, read the following
again and again …"

Jawapan:

Siapa Biro Tatanegara?Puak UMNO bukan faham sejarah pun.Kata Ketuanan Melayu
konon,tapi tender-tender bagi kat Cina pasal kontraktor Cina suap duit.Ada seorang
tukang buat longkang Melayu yang cuba nak mohon tender dalam UIA.Tapi apa yang
orang Melayu dalam UIA tu buat?Bukan takat bos,kerani cabuk yang cuma bagi borang
pada tukang Melayu ini pun mintak 50 sen satu kaki.You all tahu betapa susahnya
usahawan Melayu nak survive pasal semua atasan Melayu ni main rasuah.Buat 100
institusi macam MARA pun tak jalan syeikh...kalau biawak-biawak pasir kat jabatan-
jabatan kerajaan itu semua hidup mengemis duit suap Cina.Ingat lagi tak Zul eletronik
yang pakar dalam bidang inovasi elektronik itu?Punya susah dia nak mintak tapak untuk
memulakan perniagaan.Encik Zul ini bukan berada di Beijing.Dia orang Melayu yang nak
berniaga di negara Ketuanan Melayu!

Cubala bagi tapak berniaga macam kedai elektronik di Jalan Pasar tu.Dah tentu Encik Zul
boleh tolong bantu siapkan 'final project' anak-anak Melayu sambil mengajar.All out!Jual
'spare part' elektronik.Encik Zul boleh ambil budak-budak universiti ini buat R&D.Buat
produk baru...pasarkan.

Jadi beralih kepada petikan tadi,siapa nak hairan dengan seorang "a Johorean-Temasik
princess in 1363".Kita ada dua hujah pemusnah:
497

1)Kerajaan Temasek memang ada sebelum penubuhan Melaka.Kalau puteri itu dari
'Johorean-Temasek',tiada apa yang perlu dihairankan.Tiada kaitan dengan Melaka.

2)Tahun 1403 itu dah expired.Sekarang penubuhan Melaka seawal tahun 1262 Masehi.

Pulau Pinang patut serah pada Kedah balik pasal pengunduran British bermakna wilayah-
wilayah kita yang dahulunya dijajah mereka sudah JADI HAKMILIK KITA
SEPENUHNYA.Segala perjanjian bodoh Sultan-sultan dahulu boleh dibakar hangus.Apa
nak takut dengan British?Dia orang sudah berambus pergi.So what?

Petikan lagi:

"The Johor ruler was under the Thais. The entire Peninsular belonged to the Thais! The
‘king’ of Singapore (Temasik), whom Parameswara of the Malaccan Sultanate murdered in
cold blood was in fact the brother-in-Law of the ‘King’ of Pattani, who was under
Ayodthaya rule. For those who do not know, Ayodthaya is in Thailand. And that, my friend
was already well established before 1363.

Next, Kota Gelanggi was also another Thai City, (yet to be publicized). And why not?
Because it is a Thai Buddhist kingdom. Yes, it’s along the Johor River. All I’m allowed to
say at this point is that Kota Gelanggi is REALLY along the Johor River. Expose Kota
Gelanggi, and you will find its 30ft Buddha statues and its many Buddhist Temples, in all
it’s glory"

Ulasan:

Pemerintah Johor dibawah Thai?Apa yang komunis ini merapu?Bila masa pulak orang
Thai terhegeh-hegeh sampai ke Johor?Kalau sampai ke Kedah itu bolehlah
dipercayai.Bahkan sampai di Selangor dan Kuala Lumpur pun tak pernah dengar
lagi,masakan pula tiba-tiba muncul orang Thai di Johor?Pelik...

Seluruh semenanjung di bawah Thai?INI LA BODOH SEJARAH NAMANYA.Bukan buta


sejarah lagi.What the hell?Owh...Temagi?Dia wakil kerajaan Tambralingga/Sri
Dharmaraja,BUKAN THAI.Sri Dharmaraja adalah 'Malay city-states'.Selepas
membebaskan diri dari Srivijaya,Sri Dharmaraja menguasai seluruh semenanjung
sehingga ke Temasik.Sebab sekarang Sri Dharmaraja (orang barat memanggilnya sebagai
Ligor) di dalam Thailand sekarang,maka sejarahnya jadi hakmilik Thailand dan orang
Thai?What the pathetic of this communist?!Sejarah tetap sejarah.You tak boleh tukar-
tukar macam you tukar baju.

Ayuthaya tertubuh tahun 1351,peristiwa di atas tahun 1363,dalam masa 12 tahun sahaja
tiba-tiba seluruh Tanah Melayu bawah Thai?My friend...Ayuthaya kena berperang dengan
Sukothai dahulu,kerajaan Angkor dan Sri Dharmaraja.Tiada dalam sejarah Thai yang
mengatakan mereka pernah menakluk sampai ke Johor.Wilayah mereka sampai ke Patani
sahaja,itu pun berjaya setelah beberapa kali berperang dan sepenuhnya jatuh pada tahun
1771.Kenapa Melaka boleh jadi satu kesultanan besar di dalam wilayah Thai?Kemudian
bila Melaka jatuh,senang-senang kerabat Sultan buka negeri Johor pula malah jadi
empayar besar.Dalam wilayah Thai tu cek...tak marah ke raja Thai,bila dalam kerajaannya
boleh pula orang Melayu buat kerajaan sendiri malah jadi empayar besar pula?

Masa mula-mula Ayutthaya tertubuh,Raja U-Thong ambil masa nak bangunkan


Ayutthaya yang berpaya.Rakyatnya hanya para pengikutnya yang berhijrah bersamanya
dari tengah Thailand.Masa tu kerajaan Sukothai paling kuat.Sebelah timur masih ada lagi
kerajaan Angkor di Kemboja.Ambil masa la apek oiii....
498

Kota Gelanggi bukan kota Thai.Ia milik Siam Asli.Siam Asli bermaksud penduduk asli
negeri Siam iaitu Melayu dan Mon.Apa nak dihairan dengan patung Buddha,sebab
sebelum kedatangan Islam,memang ada orang di sini yang menganut ajaran
Buddha,malah empayar Sriwijaya itu pun pengembang ajaran Buddha Mahayana.Tok
nenek moyang Lim Kit Siang pada zaman purba pun kemungkinan belajar bahasa
Sanskrit dengan pendeta Melayu.Agama Buddha bukan bermakna 'Cina' macam
Hindu=Tamil.Satu lagi penyakit penulis sejarah Ultrakiasu.Kalau
Islam=Melayu.Buddha=Cina.Hindu=Tamil.Sebab itu penulisan sejarahnya merepek-
repek.

Lagi:

"So, for Penang to go back to Kedah, ALL of the peninsula needs to go back to the Thais.
Sarawak needs to go back to Brunei, Brunei needs to go back to Majapahit, Sabah needs to
go back to the Philippines, and Parameswara needs to go back to Palembang, leaving the
Orang Asli in charge all over again. (I find it ludicrous that the Orang Asli are disqualified
as ‘Bumiputera’ although they have been here since 60,000 years ago) "

ulasan:

Patutlah berkokok pasal semenanjung dahulu bawah Thai...dia ni takut kalau Sultan
Kedah tuntut Pulau Pinang serah kat Kedah.Habislah 'Singapura Kedua' in the making...

Mari analisis satu persatu...

1)Penang to go back to Kedah

Yes...memang Pulau Pinang milik Kedah.Selepas British berambus,Pulau Pinang bukan


lagi milik British maka kita ada hak untuk kembalikan Pulau Pinang kepada Sultan Kedah.

2)ALL of the peninsula needs to go back to the Thais

Apa bodohnya apek ni?Orang Thai adalah imigran termuda Indochina dimana
Melayu,Mon dan Khmer selain Pyu adalah etnik-etnik Indochina awal.Semua pakar
sejarah tahu hal ini termasuk diakui oleh sejarahwan Thai.Itu baru INDOCHINA,apatah
lagi JOHOR yang nun kat hujung tu.Indochina tak abis jejak lagi,tiba-tiba muncul orang
Thai di Johor?Benak betul,kata orang kampung saya.

Thai bukan pribumi semenanjung macam Lim Kit Siang bukan pribumi
semenanjung.Kalau benar Thai menjajah semenanjung...THAI LAH YANG PATUT
KEMBALIKAN SELURUH SEGENTING KRA DAN SEMENANJUNG KEPADA
MELAYU,Thailand Tengah kepada orang Mon dan selebihnya kepada Kemboja sebab
dahulunya sebahagian wilayah-wilayah Thai sekarang di bawah Empayar Khmer.You
understand?

3)Sarawak needs to go back to Brunei

Kes Sarawak dan Sabah,'special' sikit.Dalam sejarah,memang kedua-dua wilayah ini


pernah di bawah Brunei TETAPI semasa undian untuk bersama Persekutuan
Malaysia,rakyat di kedua-dua negeri ini majoriti mahu merdeka bersama Malaysia.So
what?

TAMBAHAN PULA,dahulu tiada negara bernama Malaysia.Yang ada negeri-negeri


Melayu.Brunei adalah salah satu negeri-negeri Melayu.KESIMPULANNYA SARAWAK
DAN SABAH TETAP MILIK ORANG MELAYU BUKAN KOMUNIS CHIN PENG.
499

4)Brunei needs to go back to Majapahit

Apa benaknya apek ni?Kenapa pula Brunei nak kembali ke Majapahit?Lebih baik tulis
"Brunei needs to go back to Srivijaya".Sebab Sriwijaya lebih awal dari Majapahit,juga
pernah menguasai Brunei.

Satu lagi kebodohan apek ini,mana ada Majapahit kini?Yang ada Indonesia.Dahulu tiada
negara nama Indonesia.Orang Brunei pun mati-mati tak mahu masuk negara
Indonesia.Macam mana Brunei mahu kembali ke Majapahit.Tapi apek...you jangan lisau
punyerr...ada cara.

Bawa negeri Brunei sekarang naik mesin masa ke zaman Hayam Wuruk. :P

5)Sabah needs to go back to the Philippines

Kenapa pula Sabah perlu balik ke Filipina?Mana ada Filipina dahulukala?Sedangkan


Filipina pun dijajah bersilih ganti oleh Sepanyol dan Amerika,mana sempat buat empayar
takluk Sabah.Kebodohan apa yang cuba ditampilkan apek ini?

Presiden Macapagal tuntut Sabah atas kapasiti sejarah Kesultanan Sulu.Ini baru
betul.Tapi Macapagal pun salah.Kesultanan Sulu hanya berkuasa di Jolo dan sekitarnya
sahaja.Sabah di bawah Kesultanan Sulu hanya khayalan,sebab ada Kesultanan Melayu
lebih hebat dari Sulu,yang ada autoriti ke atas Sabah.Siapa?Kesultanan Brunei.

6)Parameswara needs to go back to Palembang, leaving the Orang Asli in charge all over
again

Sampai tahap ini,tak payah menjawab dengan panjang lebar...you just say..

'Lim Kit Siang and John Doe needs to go back to China, leaving the Orang Melayu & Orang
Asli in charge all over again'

Best tak ayat ni? ;D

Kita petik lagi:

"Next, the year 1363 is of great significance. Why? That was the year that the first Sultan of
Brunei converted to Islam. And he immediately became the Ruler of Brunei? What was he
before that? A fisherman? A carpenter? A farmer? What was Awang Alak Betatar in 1362?
And what happened the following year when he became a Sultan? Is becoming a Muslim
enough to justify becoming a Sultan? Was he the first person in Brunei to convert to
Islam?

Let’s scroll back time by 100 years; the year is now 1264. A full hundred years BEFORE
Awang Alak Betatar converted to Islam, and declared himself a Sultan. A trip to Bandar
Seri Begawan is not complete unless one visits the Muslim graves at Rangas. Chuck your
‘pantang’ out the window if you want to enjoy this first-hand, and in real life. Amongst
these tombstones is the one of a Chinese Muslim by the name of Pu Kung Chih-mu. He
was buried there in 1264. He was a Muslim, buried in a Muslim grave! This is more than a
hundred years earlier, before the ascension of Awang Alak Betatar as the ‘first’ Sultan of
Brunei. Not only that, he is not the only Chinese Muslim there. I cross-checked against the
Brunei Museum Journal of 1993, and found that this has been so well documented!! In
fact, this grave had already been found since 1973. Whole communities of Chinese
Muslims had already been living in Kampong Batu well before the 12th Century. It is
500

clearly recorded in the 1973 Brunei Museum Journal, and was visited by professors from
Japan and China. Pictures are on page 3, 4, 6, 8 and 12. Some are even in colour."

Ulasan:

Siapa Pu Kung Chih-mu?Raja China yang memerintah Brunei?Sudah tentu TIDAK.Tidak


perlu nak hairan ada kubur Cina Muslim di Brunei.Sebab negeri-negeri Melayu kaya
dengan hasil bumi sebab itu ramai orang Cina datang ke negeri-negeri
Melayu.Termasuklah Cina Islam yang datang berdakwah.Tapi YANG PUNYA AUTORITI
KE ATAS NEGERI-NEGERI MELAYU ADALAH ORANG MELAYU.

Melainkan ada kubur Maharaja China dan istananya di Brunei,baru orang respek.Ini takat
pedagang dan pendakwah Cina,perkara biasalah apek.

Buat-buat terkejut pula apek seorang ini.

Petikan:

"So, here’s another nugget for BTN un-educators. The Chinese brought Islam to this
region in 1264. Wait! That’s not even correct. It was even earlier, because, this Muslim
Chinese died in 1264. He had lived a full life in Brunei before he died. And before anyone
even thinks of contesting this, let me draw your attention to yet another well-established
fact, and let’s see how early the Chinese arrived.

According to records – as in the ‘Notes on the Malay Archipelago and Malacca Compiled
from Chinese Sources’ by WP Groeneveldt in 1880 – a Chinese Islamic trader arrived in
Brunei in the 10th century. His name was P’u-lu-shieh. He was both a trader and a
diplomat. SQ Fatimi writing in the Sociological Research Institute in Singapore in 1963
under an article entitled ‘Islam Comes to Malaysia’, P’u-lu-shieh name is akin to Abu al-
Layth.

The Brunei King at that time was named ‘Hiang-ta’. The arrival of the diplomat-trader
from China was greeted with great ceremony. If this is so, Islam actually arrived in Brunei
in the year of 977."

Ulasan:

Baguslah Islam datang awal ke negeri-negeri Melayu.Tidak kiralah siapa yang bawa,orang
Arab ke Parsi ke Cina ke...tiada masalah.Orang Arab bawa Islam ke negeri-negeri
Melayu,adakah bukti 'Ketuanan Arab' ke atas Melayu?Sudah tentu tidak.Jadi saya tidak
faham kenapa apek bodoh sejarah ini terlompat-lompat dengan orang Cina yang
membawa agama Islam ke negeri Melayu.Lim Kit Siang dan John Doe ini bukan orang
Islam pun...sepatutnya mereka mencontohi orang Cina yang memeluk
Islam,meninggalkan agama nenek moyang yang menyembah patung-patung tak bernyawa
hasil bikinan tangan sendiri.

Sebenarnya selain orang Cina Muslim,pedagang Arab juga cuba-cuba menyebarkan


agama Islam.Dalam sejarah,bukan oran Cina sahaja yang berdagang dengan raja
Melayu,orang Arab pun ada,Parsi pun ada.

Owh,dia nak bagitahu,orang Cina dah lama duduk Brunei.Tak patut tuduh mereka
PENDATANG.Masalahnya generasi sekarang bukan generasi dahulu.Generasi sekarang
yang cari sesuap nasi di sini dan Brunei adalah generasi yang lari dari kekacauan di China
serta mahu mencari rezeki dengan tenang di seberang laut.Generasi dahulu sudah pupus
501

sama ada terasimilasi dengan orang Melayu atau balik ke China.Orang Cina yang kahwin
dengan kerabat Sultan Brunei itu pun,anak-anaknya diberi nama Awang dan menjadi
'Melayu'.So what?

'Hiang-ta' itu adalah nama panggilan orang Cina dalam catatan mereka,tidak boleh
dijadikan bukti.Macam 'Se-li Ma-ha-la-sha' seorang raja Nusantara,sebenarnya bernama
'Seri Maharaja'.Itu slang Cina,lidah pendek susah nak sebut nama Melayu atau nama
Sanskrit.Sekarang pun ramai Cina Malaysia lidah pendek cakap Melayu pun teruk
pelatnya walaupun dah bertahun duduk Malaysia.

Lagi:

"If this is the year 977, and the Sultan’s name in the year 977 is Hiang-Ta, then how can
Awang Alak Betatar be the ‘first’ Sultan of Brunei in 1363? For those with very bad logic
(or timeline problems), the year 977 is 406 years older than 1363. And in the year 977, the
Chinese were already sending Muslim ambassadors to Brunei. The real question should
be, thus, who exactly was that ‘Hiang Ta’ who ruled Brunei in the year 977? An Iban? A
Kadazan or a Chinese?

It gets even better. The MOST interesting thing was that the Brunei king’s delegation to
China to return the emperor’s greetings was also headed by another Muslim official by the
name of P’u A-li (Abu Ali).

Based on this fact alone, Abu Ali must have held an important position in the Brunei
government if he was tasked to be Brunei’s ambassador in those days. This is again,
irrefutable proof that there was already a government, with a King, and some members of
his royal court were Muslims. Again, this is proof that Islam had already reached Brunei
before the year 977. This is 75 years into the beginning of the Soong Dynasty, and only
severely retarded people will say that Abu Ali was an Arab because of his name"

Ulasan:

Lepas itu nak cakap Abu Ali itu Cina?Lagilah tak logik.

Tidak kisahlah AWang Alak Betatar ke sultan pertama,Hiang-ta ke sultan pertama,YANG


PASTI BUKAN CINA KOMUNIS yang pertama jadi Sultan Brunei.Yang PASTINYA
ORANG MELAYU PRIBUMI BRUNEI.

Boleh tanya lagi sama ada Iban,Cina atau Kadazan si Hiang-ta itu?Antara ketiga-tiga
kaum itu di Brunei,siapa yang dikenali kerana Islam dan punya Kesultanan Islam dalam
sejarah Brunei???

JAWAPANNYA TIDAK ADA.

Kesemua kaum-kaum itu majoriti non-muslim.Yang ada autoriti ke atas Kesultanan Islam
ialah MELAYU BRUNEI.

Lagi:

"And by the way, Malacca was not to have been discovered for another 400 years. Is there
a prawn under the stone? You can bet your bottom dollar (because Ringgit is worthless
toilet paper) that whenever John Doe writes, there is.

A number of European historians claimed that Brunei was still not a Muslim nation until
the 15th century. However, the Ming Shih, Book 325, a Chinese reference book noted that
the King of Brunei in 1370 was Ma-ho-mo-sa. Some say that this should be read as
502

Mahmud Shah. In fact, local Brunei historians prefer to take this to refer to Muhammad
Shah, the first Sultan of Brunei.

Robert Nicholl, a former Brunei Museum curator argued in another paper entitled ‘Notes
on Some Controversial Issues in Brunei History’ in 1980 that the name Ma-ho-mo-sa
could be pronounced as Maha Moksha which means ‘Great Eternity’. ‘Maha Mokhsa’
would make it a Buddhist name. Nicholl goes on to argue that even the Brunei Sultan who
died in Nanjing in 1408 was not a Muslim. (History books always detail that the Sultan of
Brunei went to China, but few will state that he died there),

Another historian Paul Pelliot said Ma-na-jo-kia-nai-nai was reconstituted as Maharajah


Gyana (nai). But the closest title would have been Maharaja Karna. However Brunei
historians have insisted that the King was Sultan Abdul Majid Hassan, who would have
been the second Sultan of Brunei.

Nicholl further argued that Sultan Muhammad Shah converted to Islam as late as the 16th
century and not during the 14th century as is widely known. However according to Brunei
historians, Sultan Muhammad Shah converted to Islam in 1363 and that he ruled until
1402. After which time, it was Sultan Abdul Majid Hassan, who died in China who
ascended the throne. That was when Sultan Ahmad reigned in Brunei beginning 1406.

And why did I bring up this detail? Simple !! Read the top all over again:

-Sultan Muhammad Shah married a Johorean-Temasik Princess in 1363.

-And that Kota Gelanggi and the entire peninsular Malaya belonged to the Thais. And if
this is true and correct, then both the Sultan of Brunei and his wife, would have been
Buddhists.

-In fact, the entire peninsular Malaya had been Buddhist and/or Hindu ever since the
second century when Lembah Bujang was built. And since this is the year 1363, all of
Brunei and Borneo was also under the rule of King Hayam Wuruk, who was King of the
Majapahit empire. And what religion did they have? (I’ll give you a hint… they built the
Borobudor. And for those who claim that Borobudor is a mosque in disguise, please learn
to recognize temple architecture.)

Borrobudor in all its splendour."

Ulasan:

Lihat,Cina pendek lidah sebut 'Mahmud Syah' jadi 'Ma-ho-mo-sa'.Bukti diberi sendiri oleh
penulis Komunis.

Apa halnya dengan Maha Moksha?Aha...nak tahu kenapa?Kita lihat apa propaganda apek
Komunis ini seterusnya,sampai tahap ini dia mula memutarbelitkan fakta sejarah 360
darjah,dengan andaian bahawa sebenarnya Sultan-sultan Brunei itu adalah penganut
Buddha!

Kita analisis satu persatu:


503

1)Sultan Muhammad Shah married a Johorean-Temasik Princess in 1363.

Tiada Masalah.

2)And that Kota Gelanggi and the entire peninsular Malaya belonged to the Thais. And if
this is true and correct, then both the Sultan of Brunei and his wife, would have been
Buddhists.

Ini masalah.Thai tak pernah jajah SELURUH SEMENANJUNG.Kalau semenanjung di


bawah Thai sekalipun APA KENA MENGENA DENGAN SULTAN BRUNEI NUN JAUH
KAT BORNEO ITU?Baik tulis bahawa Borneo di bawah Thai terus.Hello,apek...you tau ka
Borneo kat mana?Borneo bukan cantum dengan semenanjung la.Tarak baca ka?

3)In fact, the entire peninsular Malaya had been Buddhist and/or Hindu ever since the
second century when Lembah Bujang was built. And since this is the year 1363, all of
Brunei and Borneo was also under the rule of King Hayam Wuruk, who was King of the
Majapahit empire. And what religion did they have? (I’ll give you a hint… they built the
Borobudor. And for those who claim that Borobudor is a mosque in disguise, please learn
to recognize temple architecture.)

Inilah dia bukti kebodohan sejarah yang pelik.BOROBUDUR BUKAN DIBINA ZAMAN
MAJAPAHIT.IA DIBINA ERA SRIVIJAYA.What a pathetic bullshit of you??

Kalau saya jadi diktator...saya pancung saja apek Komunis ni.Menyusahkan.Merepek-


repek.Buang masa.

Lihat,

"...And for those who claim that Borobudor is a mosque in disguise, please learn to
recognize temple architecture."

Wah...kalau dah kiasu...kiasu jugak,sampai dakwaan Megat Siam dan Anai-anai pun
MENAKUTKAN CINA KOMUNIS INI.Lawak...lawak...baca juga John Doe ini blog
KedahCyberSaiburi itu.

Petikan terakhir:

"Oh, and even more important is this:

“Sultan Abdul Majid Hassan whose proper name is Zein Ul-Abidin, frequented the near
distant islands, that He called ‘Solook’ (Sulu) from 1402 to 1424. Marrying the daughter
(Parmursuli) of the Sulu Tomaoi (chief) Baginda” – it means he had a Filipino wife.

Also important to note, that since this is 1363, Parameswara had not yet swum across
Pirate-Bay to reach Temasik yet. Hence, the need to locate the earlier kingdoms which
pre-date ‘His Royal Pendatangness’.

During the reign of Wikramawardhana, the series of Ming armada naval expeditions led
by Admiral Hajji Mahmud Shams (aka Zheng He), a Muslim Chinese admiral, arrived in
Java for several times, spanning the period from 1405 to 1433. By 1430, Zheng He’s
expeditions has established Muslim Chinese and Arab communities in northern ports of
Java, and thus Islam began to gain foothold on Java’s northern coast. “Admiral Hajji
Mahmud Shams (aka Zheng He) was so frustrated when he first arrived in Java, because
he could not find a single halal restaurant there”, so wrote Mah Huan, his scribe, thus
deciding to spread Islam to the “barbarians” as Chinese records would write.
504

Also interesting to note is the following:

“In late Yuan Dynasty, China became chaotic, people who lived along the coastal area of
Fujian, under the leadership of Ong Sum Ping’s siblings, escaped to eastern Kalimantan —
they landed at the river mouth. When they were exhausted, facing a shipping crisis,
someone lost their arms. After that, the Kadazans named it as Sungai Kinabatangan — the
place where the Chinese lost their arms.

Ong Sum Ping and his sister, and the Chinese people developed the area of Sungai
Kinabatangan, and they increased their influences there. With the increase of his
prosperity, the natives named him Raja, or King. The Chinese named him as ‘Chung Ping’
– meaning the General. We can clearly see that Ong Sum Ping controlled Eastern
Kalimantan.

This is Ong Sum Ping Rd in Brunei"

Ulasan:

Tak habis-habis dengan Parameswara yang dituduh pendatang.Eh apek,dahulu mana ada
pasport.Suka hatilah nak pergi mana.Semenanjung dan Sumatera memang wilayah
Melayu Srivijaya.Lainlah Lim Kit Siang.Asal-usul dari negeri China,lari ke negeri Melayu.

Sebab Zheng He tak jumpa restoran halal,dia jadi 'frust' kemudian ambil keputusan sebar
Islam?Benak apa Komunis ini?Reka-reka cerita pula macam Encik Asree.

Lihat dia mengaku masa Dinasti Yuan (ini dinasti Monggol yang jajah China),keadaan di
China porak poranda,maka Ong Sum Pin lari ke Borneo.Sekarang ini ada tak orang Cina
Sabah Sarawak atau Brunei yang boleh 'trace' keturunannya sampai ke Ong Sum Pin ini?

Kalau tiada jangan cakap slupa anjing la apek.Manyak bising saja.Susahkan olang kili
kanan.

Ok,kita ulas artikel kedua pula.Di sini:Lim Kit Siang2

Awal artikel disambung tentang peranan Om Sum Pin ini.Tak kiralah macam mana sekali
pun tetapi Cina zaman Ong Sum Pin ini sudah pupus dan tak akan ubah sejarah bahawa
Melayu adalah pribumi Brunei dan Cina adalah pendatang sahaja.

Petikan:

"Without Chinese help, Brunei and Sabah would have collapsed and fallen to the Muslim
pirate Suluks. And the year is the early 1400s. And for the record, ‘Kina’ (kee-na) is used
by Kadazan Dusun which similar to ‘Cina’ (chee-na) used by Malay which refer the
Chinese. So, the correct way to say it in today’s context, is to call it CheenaBatangan, and
Mount CheenaBalu, or Mount CheenaBaru (had they mispronounced it), and Kota
CheenaBalu (to replace the British given name of Jesselton)."

Ulasan:

Wau,itula saya sudah bilang pada Encik Asree,orang luar tidak kira Cina atau orang Barat
letak 'mark' pada Tausug adalah LANUN.Tapi Encik Asree degil.Mahu jugak hina orang
Melayu.Siapa yang bagi orang Tausug duduk dalam negeri Melayu?Cina Komunis?Alfred
Wallace?Melayu!
505

Seronok betul apek ini dengan nama-nama 'Kina' ini.Nak bagitahu orang Cina dah lama di
Borneo sampai dinamakan tempat-tempat sempena nama kaum dia.Tetapi Kinabatangan
atau Kinabalu bukan lesen untuk memadamkan 'title' pendatang.Sebab orang Kadazan
dah beribu tahun duduk di Borneo.Cina dari negeri China.Kadazan duduk di Borneo.You
understand,kids?

Kita petik lagi:

"This is the first clear record of the ‘Social Contract’. Both pendatangs would fight side by
side to ward off other vicious attackers. Both pendatangs would help each other in times of
need. And both pendatangs would intermarry, regardless of religion.

The second is that Maharaja Lela is a Chinese, and his name is General Ong Sum Ping.
Now I ask you this: What is the significance of the title ‘Maharaja’? It contains the word
‘Maha’ followed by ‘Raja’. It is a title to mean ‘Most High King’. A title befitting a God and
put together, it means “The God King, Lela”. The king of Thailand (Rama V, aka
Chulalongkorn) also changed his name, from Dharma Raja to Dewa Raja)

Using one’s brains, one would easily deduce the following:

Firstly, the Sultan of Brunei was extremely so grateful that he elevated his Chinese
brother-in-law to ‘God’ status.

Secondly, no Muslim is going to do that. ‘Maha’ anything is reserved for Allah. And to title
his Chinese brother-in-law in this manner, whether Ong Sum Ping was a Muslim or not, is
simply unthinkable had the Sultan really been a Muslim. Which again reinforces that
Sultan Muhammad Shah was no Muslim.

Thirdly, Malaysia still has the title ‘Duli Yang Maha Mulia’ so I could be wrong about
Muslims being able to call a human ‘Maha-something’ instead of the word reserved only
for the divine."

Ulasan:

'Both pendatang?'Trauma betul Cina Komunis ini dengan 'title' pendatang.Saya lihat yang
pendatang ni adalah Cina Ong Sum Ping.Sultan Brunei dan Melayu dah lama duduk
Borneo.Asal saja Melayu...dari Palembang...ini skeptikal Orang Barat kepada orang
Melayu.Padahal di semenanjung,di Borneo dah beribu tahun orang Melayu duduk
disitu.Cuba tanya orang Brunei,awak ni Melayu dari Palembangkah?Sudah tentu anda
akan dipandang 'slack' oleh mereka.Mereka Melayu Brunei.Saya tegaskan Melayu
Brunei.Bukan dari Palembang.

Bingungnya si Komunis ini dengan istilah 'maharaja'.

Maharaja bermaksud 'Great King'.Raja Besar dalam istilah lainnya.Ini istilah biasa.Bukan
nak kata Ong Sum Ping itu 'God'.Benak...benak.

Maharaja Lela itu bukan maksud maharaja yang memerintah.Maharaja Lela adalah satu
gelaran biasa untuk pembesar raja.Kerajaan Perak juga pakai gelaran ini.Cuba baca
sejarah Pasir Salak.Maharaja Lela yang berkomplot bunuh J.W.W Birch itu,Raja Perak
kah???

Sejarah SPM fail kot.Dah la bodoh.Sombong pulak.Tamak lagi.Lastly merepek macam


orang gila.
506

Ok,yang terakhir dari repekan tidak berpelajaran Komunis Malaysia:

"And the best of course, is reserved for last:

“In fact according to Chinese records of the Liang Dynasty, Tang Dynasty and Song
Dynasty, Brunei had been sending her envoys to China and had also been receiving envoys
from China. The earliest records stated that in the years 517AD, 521AD and 631AD, Brunei
had sent her envoys to China. In 977AD, China sent her envoys to Brunei.” (see The Brunei
Times)

The above sends a clear message that someone else was already King in Brunei circa 876
years before Sultan Muhammad Shah declared himself as Sultan. It is also very clear that
the Chinese were already in Brunei 53 years before the Prophet Muhammad was born.

Also important to note, that the Chinese arrived at least 876 years before Parameswara
reached Malacca. Could the Chinese have been the original royal lineage of Brunei?
Remember that by the Year 53-Before-Prophet Muhammad, Chinese had already been
living in Borneo. And never forget that the earliest Arabic maps label Malaya as ‘Barr Chin’
to mean Land of the Chinese.

And even earlier is this:

Second half of the 5th century: The Buddhist monk Hui-Shen and his Afghan companions
travelled from China to Fu-Sang. Yes, the Afghans were Buddhists and carved the
Bamiyan Buddhas that were destroyed by the Taliban.

Hui Sen visits Holotan (Java), on his way back to China. And the King of Java then sends
seven missions to China begging them to recognize his kingdom, because no one else
recognized them. This brings up strange questions. The Javanese kings did it, the Sultan of
Brunei did it, and even Parameswars did it. Why were all these kings sucking up to the
Chinese over the centuries? Is this what Ketuanan really means? Sucking up to China? All
the Austronesians have certainly done it for the past 1,600 years, or more…

Final parting thoughts… Why are the oldest mosques in Malacca shaped all like Pagodas
(in Trengkera)?

Why is there no ‘local’-shaped mosque architecture in Malacca? Why is there Bukit


Cheena in Malacca, but no Bukit Melayu or more importantly, no Bukit Sultan? Why is
there zero trace of any grave belonging to the Sultan of Malacca? Before anyone gives his
lame excuse, there are at least 15 royal graves here in Brunei. All intact, all complete, and
no missing links.

There are all records ranging from the Chinese (the later ones were Muslims) being in
Borneo right from the fifth century right up till the 15th century. So the next time someone
tells you that the Chinese only arrived in the 19th century …"

Ulasan:

Memanglah ada raja Melayu Brunei yang hantar duta ke Cina sebelum era Kesultanan
Brunei.Orang Cina pun catat ada kerajaan purba bernama Po-ni.Apa nak
hairan?Masalahnya si John Samdol ini terperangkap dengan Sultan-sultan dan pada
fikirannya:Sultan=Melayu.Sebelum naik sultan pertama Brunei,raja Brunei orang Cina
atau kaum lain.Stupid kiasu!

Perenggan yang ada perkataan 'Barr Chin' itu semuanya pembohongan Micheal
507

Chick.Sebab itu saya rasa John Doe dan Micheal Chick ini kemungkinan orang yang
sama.saya sudah jelaskan pembohongan 'Barr Chin' pada artikel lepas.

Kerajaan-kerajaan Nusantara hantar duta ke China sebab nak jalin hubungan diplomatik
dan atas urusan perdagangan.Nak harap Maharaja China?Semua maklum dinasti-dinasti
China AMALKAN DASAR TUTUP PINTU SEHINGGALAH KEDATANGAN IMPERIALIS
EROPAH terutama era Perang Candu.Orang Austronesia memang suka amalkan
semangat kejiranan.Bertanya khabar.Maharaja Cina TUTUP PINTU,orang Melayu
datanglah ketuk pintu.Bukan macam Lim Kit Siang.Bina banglo atas bukit,membesarkan
cina totok masing-masing.Bila mati,nak jugak jirat atas bukit.Bertanya khabar cuma nak
jual barang saja.Selain itu...haram!

Bentuk bumbung masjid Melaka bukan pengaruh Cina.Ia pengaruh Melayu Segenting
Kra.Lihat Masjid Kampung Laut macam mana.Sejarah Wali Songo ada kaitan dengan
Champa-Kelantan.Lihat Masjid Agung Demak macam mana.

Tiada nama bukit-bukit dengan nama 'Bukit Melayu'?Tidak perlulah sebab seluruh
semenanjung ini diberi nama Tanah Melayu dengan Bukit Cina itu dalam jajahan Tanah
Melayu.Ada faham? :D

Ya...Cina generasi baru ini hanya datang ketika abad ke-19.Ini gelombang besar-besaran
dengan faktor tolakan dan tarikan:

Tolakan:

Huru-hara di negeri China,kekacauan,kemiskinan,kebuluran.

Tarikan:

Kekayaan negeri-negeri Melayu.Aman damai,Galakan dari British untuk mengangkut


ramai imigran Cina untuk memajukan industri.

P/S:Kenapa John Doe berusaha nak lawan BTN dengan memanipulasikan sejarah
Brunei?Sebab di Malaysia tiada bukti Cina datang awalkah?Cari punya cari di Internet tak
jumpa,akhirnya terpaksa pakai sejarah Brunei nak lawan Ketuanan UMNO.Lawak...lawak.

KESIMPULAN

Sejarah tidak boleh diubah atau diputarbelit.Pendatang tetap pendatang.Janganlah


sedih.Kalau you tetap bersikap menyakiti hati orang Melayu dan terbawa-bawa dengan
faham komunis you,get out from here!

Di sini hanya terima orang Cina yang mengamalkan ajaran Tao dan Konfusius yang
berkasih sayang sesama insan dan menghormati orang-orang Melayu.Ini BARULAH
BUKAN PENDATANG.INI KAWAN MAAA...

;D

~Srikandi

(Srikandi telah mewujudkan laman khas untuk menjawab persoalan sejarah atau kes-kes
putarbelit sejarah.Sila ke halamansrikandi.Blog RiwayatMelayu hanya untuk artikel
formal dalam siri Alter Terahsia Bangsa Melayu,harap maklum)
508

Monday, April 11, 2011

Pelajaran Pertama: Malayo-Polinesian & Austronesian

Pelajaran 1:Belajar apa itu Malayo-Polinesian & Austronesian.

Untuk memahami apa yang dikatakan 'rumpun Melayu' atau Nusantara,kita mesti belajar
apakah persamaan antara etnik-etnik di dalam rumpun Nusantara itu.Kita mesti tahu
apakah beza antara rumpun Nusantara dengan kelompok-kelompok bangsa yang
lain.Saya jujur mengatakan bahawa ketika zaman klasik Kesultanan Melaka,telah timbul
apa yang dinamakan rumpun Melayu kerana Kesultanan Melaka telah bertindak sebagai
satu empayar yang menakluk seluruh semenanjung dan sebahagian
Sumatera;menyambung warisan yang ditinggalkan empayar Melayu Sriwijaya
dahulu.Empayar ini amat kuat dan disegani Timur dan Barat sehingga hanya kuasa
Eropah sahaja bergabung dengan pengkhianatan dari dalam,yang mampu
menumbangkan Kesultanan ini.

Mengapa orang Bugis lebih senang menyerap budaya Melayu Selangor?Mengapa orang
Jawa senang berasimilasi dengan orang Melayu Johor?Mengapa orang
Banjar,Mendahiling atau Rawa lebih rapat dengan orang Melayu berbanding dengan
orang Thai contohnya?Mengapa budaya berkeris ada pada orang Sulu,Jawa,Bugis dan
Melayu (sekadar menamakan beberapa contoh)?Kita lebih faham bahasa orang Boyan
atau orang Burma?
509

Kita mesti faham betul-betul perkara ini sebab jika kita tidak memahami perkara ini
sebetulnya,nanti ada orang yang dari kelompok bangsa lain contohnya Tai-Kadai akan
cuba memutarbelitkan fakta berkaitan kaum dan bangsa ini.Tidak memahami kategori
antara bangsa-bangsa ini menyebabkan kegiatan merompak budaya dan identiti akan
berlaku.Juga UNTUK MENGELAKKAN KEKELIRUAN BUDAYA sesama sendiri di dalam
KELOMPOK YANG SAMA.Contohnya keris adalah budaya etnik-etnik Malayo-
Polinesian.Jika orang Melayu berkeris,ini tidak bermakna mereka merompak budaya dari
orang Jawa.Jika orang Jawa pakai kain batik,ini tidak bermakna mereka mencuri kain
batik orang Kelantan.Kena faham betul-betul.Nanti tidaklah berperang sesama rumpun
sendiri disebabkan hal yang remeh-temeh begini.'French Fries' contohnya adalah
makanan orang Perancis dan Amerika.Namun tidak pernah orang Perancis berperang
dengan orang Amerika semata-mata berebutkan 'French Fries' ('pommes frites' dalam
bahasa Perancis).Tetapi ada orang yang ghairah mahu berperang semata-mata ingin
berebutkan rendang!Lihat beza mentaliti orang Eropah dengan orang Asia yang terjajah
pemikirannya.Apa yang mahu saya katakan lagi,why are you so stupid?

Ok,kita belajar sejarah secara santai.Tidak perlu tension-tension.Anda suka belajar


sejarah dengan cara menghafal tarikh-tarikh?Saya pun tidak suka!Sebenarnya sejarah
adalah subjek yang menarik.Sejarah melangkaui politik,budaya,geografi dan banyak
bidang lain.Sejarah akan menjawab banyak persoalan.Apa,mengapa,bila,dimana,siapa
dan bagaimana.Ok,biar saya teruskan 'lecture' saya tentang kelompok budaya dan bahasa
yang dikelaskan sebagai,Austronesia.

Austronesia adalah kelompok bahasa yang tersebar di zon yang dinamakan Oceania dan
Asia Tenggara sehingga ke Madagaskar.Orang Austronesia pula adalah mereka yang
bertutur bahasa-bahasa di dalam kelompok Austronesia.

Dahulu kelompok bahasa ini digelar sebagai Malayo-Polinesia.Kemudian ditemui di


Taiwan di mana terdapat kelompok-kelompok pribumi di sana bertutur bahasa mirip
bahasa-bahasa dalam Malayo-Polinesia yang kemudiannya dikelaskan sebagai bahasa
Formosa.

Gabungan bahasa Formosa dan Malayo-Polinesia inilah kemudiannya digelar


Austronesia.
510

Austronesia adalah salah satu kelompok bahasa utama di dunia.Austronesia juga


merupakan kelompok bahasa yang terbesar dari segi jumlah bahasa iaitu kira-kira 1268
jenis bahasa.Austronesia juga memiliki kawasan penyebaran paling luas,iaitu dari
Madagaskar hingga ke Pulau Easter.

Bahasa Melayu dan bahasa Jawa adalah dua bahasa Austronesia yang mempunyai ramai
penutur.Bahasa Melayu mempunyai lebih 40 juta penutur asli dan bahasa Jawa
mempunyai kira-kira 80 juta penutur asli.Dari segi etnologi dan jumlah penutur
sebenar,bahasa Melayu adalah bahasa Austronesia yang paling ramai penutur iaitu kira-
kira 300 juta penutur (digabungkan dengan Bahasa Indonesia iaitu salah satu dialek dari
bahasa Melayu) dan menduduki tangga ke-6 dunia,ranking bahasa paling meluas
digunakan.

Bahasa Melayu sebagai bahasa elit Austronesia adalah terkelompok pula ke dalam bahasa
Malayo-Polinesian Barat,bersama-sama bahasa Jawa,Sunda,Bugis dan lain-lain.Bahasa
Malayo-Polinesian Timur pula termasuklah bahasa-bahasa di kepulauan Pasifik seperti
Hawaii,Tonga,Maori,Samoa dan lain-lain.

Ok,sekarang anda faham siapakah itu orang Austronesia?Persamaan antara bahasa-


bahasa Austronesia yang paling ketara ialah menyebutkan bilangan jamak sesuatu dengan
mengulangi dua kali perkataan.Contohnya jika ada banyak kapal,mereka namakan 'kapal-
kapal' (bukan 'kapals').Satu lagi rahsia yang paling ketara namun jarang orang ketahui
ialah penyebutan nombor-nombor.Terdapat persamaan ketara antara penyebutan
nombor 1 hingga 10 misalnya diantara bahasa Hawaii,Tonga,Samoa dan lain-lain dengan
bahasa Jawa,Sunda dan ya...sudah pasti bahasa Melayu.Lihat jadual:
511

Lihat,nombor-nombor mereka,sama ada dipengaruhi bahasa Melayu atau dipengaruhi


bahasa Jawa.Sebab apa?Jawapan yang paling mudah,kena salahkan dua empayar
ini:Sriwijaya dan Majapahit.Tetapi kalau nak jawapan yang kompleks,kena jawab dengan
sejarah linguistik dan pergerakan kaum-kaum Austronesia.Bahasa Sunda misalnya
sebutan nombornya bercampur antara bahasa Melayu dan Jawa.

Ok,itu adalah persamaan antara bahasa-bahasa dalam kelompok Austronesia atau nama
klasiknya 'rumpun Melayu'.Rumpun ya...bukan orang Melayu.Serumpun maknanya
berkongsi budaya dan bahasa.Orang Batak misalnya berbeza dengan orang Melayu.Jadi
orang Batak bukan orang Melayu dari segi etnik-etnik dalam kelompok budaya
Austronesia. Masing-masing ada identiti.Apabila bercakap dalam konteks 'dalam rumah
sendiri' Melayu adalah salah satu kaum atau sub-bangsa dalam rumpun Austronesia.
Samalah apabila bercakap dalam konteks Malaysia,orang Kedah,orang Perak dan orang
Kelantan misalnya adalah ORANG MELAYU.Namun bila bercakap soal kenegerian,
masing-masing ada identiti sendiri seperti bahasa,senibina,makanan atau pakaian.Jadi
bila orang-orang Melayu sedar bahawa ada kaum lain yang seakan sama dari segi
wajah,bahasa dan budaya dengan orang Melayu maka mereka menyebut,"kita serumpun"
(rumpun Austronesia atau Nusantara).Jadi Thai,Burma,Viet ataupun Mon-Khmer
bukanlah serumpun dengan orang Melayu (ditolak faktor asimilasi atau cedokan bahasa
dan budaya) sebab asas atau induk mereka berlainan dari orang Melayu.Thai boleh
mencedok budaya Melayu Segenting Kra atau Khmer tetapi lihat bahasanya. Jauh
berbeza.Ini dinamakan 'asimilasi'.Bukan serumpun.Tetapi ini asimilasi antara dua
kelompok berbeza.Kalau anda faham masalah ini,saya tanya anda...orang Siam itu sama
atau tidak dengan orang Melayu?Serumpun atau tidak??

Siam adalah nama yang diberikan kepada kerajaan Ayutthaya.Rakyatnya ialah Siam.Tidak
kira Tai,Mon,Khmer atau Melayu.Ada satu lagi kerajaan Tai iaitu Sukhotai yang lebih awal
dari Ayutthaya.Tetapi Sukhotai bukan 'Siam'.SIAM ADALAH BUDAYA BERCAMPUR
ANTARA TAI-MON-KHMER-MELAYU.Siam bukan Melayu dalam ertikata
sebenarnya.Jadi konotasi adakah orang Melayu mencedok adat Siam adalah SALAH
SAMA SEKALI.Siamlah yang mencedok segala budaya di sekelilingnya!
512

Inilah gunanya tahu sejarah.Tidaklah nanti kita terkeliru sampai menjatuhkan prestij
sendiri secara sukarela.

Orang Tai ('Tai' bermaksud bangsa ini seluruhnya manakala 'Thai' ialah konotasi baru
lebih merujuk kepada orang Tai di Thailand) termasuk dalam kelompok Tai-Kadai atau
Kradai.Orang Tai ini juga banyak sub-bangsanya seperti orang Shan,orang Li,orang Kam-
Sui,Tai-Dam dan lain-lain.Etnik kedua terbesar di China selepas orang Han adalah
Zhuang,yang berasal dari bangsa Tai-Kadai ini.Bangsa Tai-Kadai ini asalnya tinggal
berselerak di selatan China sehingga ke utara Burma dan Assam di India.Mereka kaum
petani (agraria).Tai-Kadai adalah kelompok bahasa yang dipertuturkan oleh semua etnik
Tai ini.Mereka juga dilihat berkongsi beberapa budaya,yang paling ketara ialah perayaan
Songkran.

Budaya etnik Tai berbeza dengan apa yang dinamakan sebagai 'Siam'.Siam adalah
gabungan apa yang saya sebutkan tadi.Mula-mula orang Tai ini tinggal di bawah
pemerintahan Empayar Khmer.Jadi asimilasi telah ada dengan budaya Khmer.Kemudian
selepas berjaya membebaskan diri dari empayar ini,mereka mula membina kerajaan.Yang
paling tersohor ialah Sukhotai.Mereka mula menakluk kerajaan-kerajaan Mon di tengah
Thailand pada hari ini.Jadi mereka sudah berasimilasi dengan orang Mon yang lebih
dahulu punya peradaban di Indochina.Akhir sekali ketika menubuhkan Ayutthaya,mereka
telah berasimilasi dengan teruknya dengan negeri-negeri Melayu Segenting Kra dan
Kerajaan Angkor menjadi apa yang dinamakan sebagai 'SIAM'.Ketika menjarah Angkor
(serta menakluk sekali Angkor Wat) raja Ayutthaya telah mengangkut beribu-ribu
artisan,tukang ukir,tukang batu,para penari dan seniman Khmer ke Ayutthaya.Kemudian
apabila mereka mara lebih ke selatan,orang Tai ini melengkapkan identiti mereka sebagai
Siam,apabila berasimilasi dengan orang Melayu ketika menakluk negeri-negeri Segenting
Kra.Malah Ayutthaya itu sendiri adalah wilayah Negara Sri Dharmaraja,sebuah negeri
Melayu Segenting Kra.Kemudian terjadi konflik merebut tanah Ayutthaya dengan U-
Thong,raja pertama Ayutthaya yang 'menceroboh' masuk ke Ayutthaya sehingga ke
beberapa raja selepasnya.Riwayat Khmer menyebutkan apabila raja Negara Sri
Dharmaraja akhirnya tewas,beliau menyerahkan wilayah Ayutthaya sepenuhnya kepada
seorang raja Tai dengan syarat mengambil anak-anaknya sebagai anak angkat raja
Ayutthaya.

Kita boleh lihat persamaan senibina istana Raja Thai iaitu Grand Palace dengan istana
Raja Khmer Kemboja di Phnom Penh:
513

Istana diraja Khmer Kemboja

Istana Raja Thai di Thailand

Jadi siapa cedok siapa?Khmer adalah berbeza laras bahasa dan bangsa dengan orang
Tai.Bahasa Khmer adalah dari kelompok Mon-Khmer.Jika senibina orang Aceh dan
Melayu punya persamaan boleh dipertimbangkan kerana satu rumpun,tetapi orang
Khmer dan orang Tai dari rumpun berbeza!SEBAB APA TUAN-TUAN?Sebab
asimilasi,tidak kira sebab peperangan mahupun perkahwinan.Perkaitan orang Melayu
dengan orang Khmer pula banyak terkait akibat perkahwinan raja-raja Melayu Segenting
Kra dengan gadis-gadis Khmer.Maka lahirlah raja-raja seperti Suryavarman I mahupun
Jayaviravarman.Sujita,seorang raja Melayu Negara Sri Dharmaraja dari keturunan
Sriwijaya telah berkahwin dengan puteri Khmer dari keturunan Kambuja.Menarik bukan?

Ingat,jangan jadi katak di bawah tempurung.Melayu di Malaysia mula jadi katak di bawah
tempurung selepas dijajah British.Samalah seperti nasionalis Jawa yang terlompat-lompat
hulurkan buluh runcing.Itu semua akibat ditipu Belanda. Ingat dua kata kunci ini:
514

1. Dahulu tiada apa yang dinamakan Malaysia atau Indonesia.


2. Budaya adalah milik bangsa BUKAN NEGARA.

Bezanya,nasionalis Jawa ditipu Belanda sehingga jadi terlampau fanatik dengan bangsa
khayalan bernama 'Indonesia'.Tetapi Melayu Malaysia ditipu British sampai jadi
lembik,tidak bersemangat dan buta sejarah.Datang orang Siam cuit sikit...kelam kabut tak
ingat dunia...kemudian menyembah kaki raja Siam tanpa usul periksa.

Jadi saudara saudari sekalian,nampak tak bahawa bahasa kita,budaya kita adalah amat
luas menjangkau Malaysia sendiri.Bila bercakap tentang sejarah Melayu JANGAN
SESEKALI BERDASARKAN KAWASAN SESEMPIT MALAYSIA.Jangan saudara,
jangan. Sebab nenek moyang kita adalah pedagang dan pelaut yang amat disegani Timur
dan Barat.Dan kita bukan mula buat kerajaan ketika Kesutanan Melaka.Bukan saudara.
Banyak kerajaan-kerajaan sebelum Melaka,yang paling terkenal ialah Empayar
Sriwijaya.Belum lagi nak bercakap pasal 'city-states' Melayu yang bertaburan dari utara
semenanjung hingga ke Segenting Kra.Itu mungkin makan ratusan tahun Sebelum
Masehi, sebab ketika Sriwijaya meluaskan jajahan takluknya,telah ada kerajaan Grahi,
Kedah Tua atau Gangga Negara.Sejak bila kerajaan 'city-states' Melayu ini wujud?

Menariknya,prasasti 'Old Malay' ditemui seawal abad ke-7 Masehi.Tulisan 'Old English'
pula dijumpai seawal abad 8 Masehi.Salah satunya ialah puisi Beowulf.Itupun bahasanya
belum sepenuhnya 'English' sebab ada yang mendakwa ia masih bahasa Anglo-Saxon,suku
Jerman Kuno yang membentuk bangsa Inggeris hari ini.Prasasti Melayu Cham pula
seawal abad 2 Masehi.Bila bercakap sejarah bangsa,ingatlah...kita adalah antara yang
terbaik.

Baiklah para pelajar semua,kelas bersurai.Jumpa lagi di lain artikel.

The History of Thy Beloved,

~Srikandi

Posted by Mistis Organization at 5:27 PM


515

Monday, April 11, 2011

Pelajaran II:Kedudukan geografi Orang Melayu

Bulatan-bulatan merah menunjukkan pola kepadatan orang Melayu pada masa silam

Pelajaran kedua:Kedudukan geografi orang Melayu

Subtopik:Kedudukan geografi Tai-Kadai dan Mon-Khmer

(Ini adalah artikel pengiring bagi siri Alter Terahsia Bangsa Melayu V3.5)

Sekarang saya ingin terangkan kedudukan geografi kelompok-kelompok bangsa mengikut


linguistik mereka,terutamanya bangsa Melayu.Ini penting supaya nanti tidak ada yang
merewang-rewang sampai mengatakan kaum sendiri pernah menakluk Albania dan
Australia atau jadi raja Funan dan Sriwijaya.Kita mesti tahu di manakah pergerakan
bangsa Melayu,dan di manakah taburan pendudukan mereka di Asia Tenggara untuk
memahami hegemoni mereka dalam sejarah Asia Tenggara.Mesti banyak mengkaji
pelbagai aspek logikal,bukannya hanya bersumber satu pihak apatah lagi bersumberkan
cakap-cakap mulut sahaja.

Sebab itu ketika membicarakan siapakah di sebalik empayar maritim Sriwijaya contohnya,
kita mesti kaji,apakah bahasa yang digunakan atau apakah panggilan luar terhadap
mereka? Dua soalan ini adalah penentu kepada pemilik empayar purba ini di kala pelbagai
bangsa dan sub-bangsa (etnik/sukukaum) berebut-rebutkan empayar ini.Anda dapat
jawab soalan tentang Sriwijaya,anda akan dapat mengetahui kunci rahsia Kerajaan Raja
Parahu dan Hati.Ingat,ini amat penting untuk tahu kedudukan kita pada masa silam.
Hanya bangsa yang betul-betul kuat sahaja mampu bertahan sehingga ke hari ini.Bangsa
yang lemah akan ditindas sehingga tiada kerajaan dan negara.Jika kita hanya sukukaum
di antara orang Jawa,Bugis,Banjar,Sunda,Sulu,Aceh dan sebagainya...bayangkan
516

bagaimana orang Melayu mampu memiliki negara sendiri dan menamakannya sebagai
Malay-sia ('sia' bermaksud 'kawasan').Satu sukukaum di nusantara mampu memiliki
negara sendiri.Malah bukan satu,ada dua negara Melayu. Kekuatan bukan soal
ketenteraan dan keganasan semata-mata.Kekuatan bertahan (survival) lain cerita dengan
kekuatan yang dapat ditunjukkan segera.Di tengah-tengah permainan politik kuasa
Eropah juga kuasa Siam,orang Melayu masih mampu bertahan dan berdegil untuk
memiliki tanahair sendiri.Kita ambil contoh apa yang berlaku di Sulu.Kaum Sulu terkenal
amat handal bertempur dan berani serta mahir dalam selok-belok laut.Mereka pernah
mempunyai kesultanan sendiri yang dinamakan Kesultanan Sulu.Tetapi di mana mereka
sekarang?Di mana Kesultanan Sulu pada hari ini?Apa yang terjadi ialah ramai individu
mengaku sebagai waris Kesultanan Sulu dan keadaan semakin serabut.Sepanyol,Amerika
dan bangsa khayalan bernama Filipina bersilih-ganti membuli kaum Sulu ini.Sebab itu
strategi bangsa Melayu ialah:apabila Sriwijaya tumbang,rajanya cepat-cepat membuka
kerajaan di tempat lain...yess di Melaka.Kemudian apabila Melaka tumbang diserang
Portugis,rajanya menghantar anak-anaknya untuk dirajakan di tempat lain,iaitu di Perak
dan Johor.Pahang dan Terengganu pula dihantar para bangsawan Melayu untuk
memerintah di sana.INILAH DIA KUASA SURVIVAL...

Sepanjang hegemoni kuasa-kuasa Eropah,bangsa Melayu terpaksa bermain tarik tali


dengan kuasa Eropah.Sebab apa?Sebab jika tersilap bermain...padah jawabnya.
Pengajaran pertama? Ya,di Melaka.Kesilapan Sultan Melaka melayan kasar dan
memenjarakan wakil Portugis menyebabkan orang Melayu mendapat peluang belajar satu
pengalaman yang amat-amat pahit.Mengapa orang Melayu gagal memanfaatkan orang
Portugis ini di kala orang Burma dan Siam menggunakan askar upahan Portugis ketika
peperangan?BELAJAR DARI SEJARAH DAN ANDA AKAN MAMPU MEMIMPIN
MASA DEPAN.Kuncinya diplomasi.Pandai dalam ilmu ini,kuasa tentera manapun yang
datang,pasti dapat ditangani.

Warisan Kesultanan Melayu tetap bertahan walaupun di tengah-tengah kuasa Eropah


ini.Bagaimana Kesultanan Brunei boleh wujud namun Kesultanan Sulu di sebelahnya
ghaib dari peta politik pada hari ini??Kaji bagaimana Sultan Sulu gagal dalam
diplomasinya terhadap kuasa Sepanyol dan Amerika.Sultan Sulu boleh mengarahkan
kaum Sulu yang gagah berani berperang dan berperang tetapi sampai bila?Sepanyol pasti
menghantar lebih banyak tentera dengan strategi moden dan senjata moden.Kaji
bagaimana kebijakan Sultan Brunei dalam menghadapi Sepanyol.Kaji kemenangan orang
Melayu Brunei dalam Perang Kastil 1578 antara Brunei dan Sepanyol.Kaji dan kaji...

HANYA BANGSA YANG PANDAI BERKERAJAAN DAN PUNYA


517

PENGALAMAN MENUBUHKAN KERAJAAN SAHAJA LAYAK UNTUK


'SURVIVE' PADA HARI INI.

Jadi ini menjawab siapakah dia empunya sebenar empayar maritim Sriwijaya.Katakunci
ialah:Pengalaman.

Ini rahsianya sebelum dua rahsia lagi iaitu:

1. Apakah bahasa yang digunakan oleh Empayar Sriwijaya?


2. Apakah panggilan orang luar terhadap empayar ini?

Jawapan:

1. Bahasa yang digunakan ialah bahasa Melayu Kuno (Old Malay)


2. Pelbagai variasi panggilan mengikut lidah penutur namun tradisi Khmer menyebutnya
sebagai 'Malayu'.

Sebab itu saya katakan,malangnya empayar ini tidak menggunakan bahasa


Siam,Dayak,Sulu,Bugis,Hindi mahupun bahasa Belanda dan Inggeris.Prasasti kemegahan
empayar ini ditulis dalam bahasa Melayu Kuno.Tanyalah warisan Sriwijaya yang
terdekat...Kesultanan Melaka.Kesultanan ini pakai bahasa apa?Bahasa Eskimo?

Sebab itu sejarah Melayu bukan sejarah hikayat ataupun cakap-cakap mulut
sahaja.SEJARAH MELAYU DAPAT DIBUKTIKAN!Siap dengan segala manuskrip dan
prasasti.

Jika lidah orang Cina dan Arab tergeliat untuk menyebut nama 'Sriwijaya' tanyalah pada
orang Khmer,kerana ketika Sriwijaya masih berkuasa,orang Khmer telah membina
empayar mereka sendiri di Indochina.Hubungan Sriwijaya-Khmer terakam kemas dalam
banyak petitih-petitih kuno atau riwayat-riwayat mereka.Apa orang Khmer yang
dikatakan membina peradaban Angkor itu memanggil 'Sriwijaya'?Ingat perkataan ini:

MA-LA-YU.

Orang Eropah memanggil 'Kepulauan Melayu' (Malay Archipelago) bukan Kepulauan Sulu
atau Jawa kerana apabila bertandang ke Nusantara,yang menguasai pulau-pulau adalah
mereka yang mengaku Melayu.Empayar Sriwijaya yang menguasai kepulauan adalah dari
orang-orang Melayu sebab itu Kerajaan Angkor memanggilnya Melayu.Jika British
518

sempat sampai ketika Sriwijaya memerintah...of course British akan panggil Malayu
juga!Apabila Sriwijaya jatuh,naik empayar Melaka yang menguasai Selat Melaka
(walaupun selalu menghadapi perang dingin dengan Majapahit) pun MALAYU
JUGA!Jatuh Melaka,naik Empayar Johor-Riau yang menguasai Selat Melaka dan
perdagangan maritim...dan teka siapa?Orang Eskimo?SALAH.

MALAYU juga!

Sebab itu jangan salahkan orang Melayu jika orang Eropah berminat (dan gemar)
menamakan apa saja di Asia Tenggara dengan istilah 'Melayu'.Malay Archipelago,Malay
Peninsula,Malay Race...Malayo-Polynesia...Malayan tribes....dan lagi...dan lagi.Sebab apa
para pelajar sekalian?SEBAB BANGSA YANG PUNYA AUTORITI KEPADA
WILAYAHNYA AKAN CEPAT DIKENAL ORANG LUAR.Anda menyorok dalam
kampung dan kekampungan anda,orang tidak akan berminat mengenali anda.Sebab itu
institusi raja-raja AMAT PENTING dalam kamus hidup orang Melayu dahulu.Orang
Eropah terutamanya British jika mahu berurusan,mereka akan cuba berjumpa dengan
raja atau ketua kerajaan dahulu.Berdiplomasi.Mahu berniaga kononnya.Mahu tanah
untuk duduk.Bincang...bincang atas kapal.Buat perjanjian.

Siapakah orang pertama yang dijumpai oleh orang Eropah di Nusantara?Sultan Melaka
dan empayarnya yang terkenal.Orang Eskimokah?BUKAN.

MALAYU.

Kenapa tidak jumpa Majapahit dahulu?Atau jumpa orang Siam?Tidak boleh


saudara!Sebab orang Melayu amat popular ketika itu.Kena jumpa Sultan Melaka dahulu
sebab orang ini PUNYA AUTORITI BESAR DALAM PERDAGANGAN
REMPAH.Rempah adalah antara komoditi paling utama bangsa Eropah ketika
itu.Sebelum Coca-Cola wujud,minuman ringan kegemaran orang Eropah ialah perahan
buah atau arak atau air herba yang dicampur rempah!

Jadi kena terima hakikat.Orang yang popular senang dapat nama.Kenapa popular?Sebab
ada di mana-mana.Kenapa ada di mana-mana?

SEBAB MEREKA PERNAH BINA EMPAYAR YANG BESAR.

XXXXXXXXX
519

Sekarang kita masuk tajuk:Kedudukan Geografi Orang Melayu Pada Masa Silam.

Buka buku rampaian.Salin apa cikgu nak kata.Anak-anak Melayu jangan malas dengar
riwayat sendiri ya,nanti dibuli orang lain.

Pesisir Pantai

Inilah pola kependudukan orang Melayu pada masa silam,terutamanya ketika era
Sriwijaya.Ada yang hina orang Melayu ini lanun atau 'orang laut'.Tidak mengapa,saya
tidak marah malah gelaran itu mengukuhkan lagi kepopularan orang Melayu sebagai
pemilik mutlak Sriwijaya.Kata kerajaan maritim,kerajaan lautan.Sebab itu orang Melayu
rapat dengan Orang Laut.Sebab mereka perlu untuk jaga selat manakala orang Melayu
mentadbir dari negarakota-negarakota di pesisir pantai.Macam Athens dan Greek
(negarakota-negarakota Yunani) perlukan orang Phoenicia untuk jaga laut dan
perdagangan.Perlu belajar ilmu geografi dan struktur pentadbiran baru dapat jawab
rahsia Melayu.Bukan tengok hikayat merapu dan cakap-cakap mulut sahaja.Jika orang
tua anda kata,"bangsa kita dahulu takluk dunia sampai ke Albania nun"...BUKTIKAN!

Jika anda kaji taburan orang Melayu,mereka ada di pesisir pantai Sumatera,semenanjung
dan pesisir Borneo serta pulau-pulau di antaranya.Orang Melayu juga ada di pesisir timur
Pulau Jawa.Sebab itu orang Sunda budayanya bercampur antara Melayu dan
Jawa.Kerajaan Brunei duduk di tengah-tengah pedalaman Sarawakkah?Bukan.Brunei
terletak di pesisir Borneo.

Kenapa pesisir pantai?Nak saya bagitahu?

SEBAB SENANG AKSES KE LAUT.

Dahulu,jalan pengangkutan paling cepat adalah melalui jalan laut.Orang Melayu boleh
berdagang dengan Maharaja China merentasi semenanjung,tembus ke Thailand dan Laos
atau menyusuri Vietnam kemudian masuk ke Forbidden City mengadap Maharaja
China.TETAPI INI KERJA GILA.

Dahulu tiada pesawat Boeing 747.Jadi SIAPA YANG MENGUASAI LAUT MAKA
DIA YANG MENGUASAI PERDAGANGAN ANTARABANGSA.

Siapa yang menguasai perdagangan antarabangsa maka bahasanya...tolong sambung cik


520

abang cik akak...nak saya sambung juga?

SIAPA YANG MENGUASAI PERDAGANGAN ANTARABANGSA MAKA


BAHASANYA AKAN MENJADI LINGUA FRANCA.

Senang ceritakan?Tidak payah mengaku ini dan itu tetapi satu habuk pun tarak.Bahasa
apa yang punya ranking ke-6 dunia?Hai,lupa pula ya (Seorang menteri Kata ranking ke-4
dunia,tapi tak apalah saya merendah diri).Baru semalam rasanya saya 'lecture' abang-
abang...kakak-kakak semua.Bahasa apakah yang dikatakan oleh penulis Eropah abad ke
17-18,Jean-Baptiste Tavernier dan Louis Thomassin sebagai,"language of the learned in
all the Indies, like Latin in Europe"???

Ok,sebab itu bahasa Melayu jadi meluas sampai ke hari ini.Dalam kes ini saya tabik spring
pada Indonesia kerana MENDAULATKAN bahasa Melayu (bahasa Indonesia) sehingga
jadi begitu elit dan dihormati di Indonesia.Bahasa ini begitu diangkat di sana sehingga
Cina,India dan lain-lain akan belajar betul-betul bahasa ini sampai ke pelat-pelatnya.

Ok,oleh kerana orang Melayu ada di semenanjung (termasuk Indochina),ada di Borneo


dan Sumatera (Filipina juga sebenarnya tetapi ini ada kes lain) maka TANYA DENGAN
JUJUR,APA SEBABNYA??

Ingat baik-baik:

1-Perdagangan
2-Empayar

Ada orang buat hipotesis,orang Melayu sebenarnya bangsa tinggal di laut sahaja dengan
sampan-sampannya tidak jejak darat.Hairan juga sebab Maharaja Sriwijaya dan Sultan
Melaka tidak buat istana atas sampan.Siapa nak belajar bahasa orang yang duduk atas
sampan sahaja 24jam.Ini hipotesis yang tidak logik.Tidak munasarawak.Bangsa yang
24jam duduk atas sampan tidak akan dapat 'survive' sehingga ke hari ini.Viking dan
Phoenicia pun sudah pupus.

Jika orang Melayu tidak tinggal di pesisir pantai,mereka tidak akan mampu menguasai
lautan.SEBAB ITU DI TENGAH-TENGAH SEMENANJUNG ADA ORANG ASLI yang
berbahasa mirip Mon-Khmer.Orang Asli duduk di mana cik abang,cik akak?Tepi laut?

Orang Mon adalah pembina negarakota (city-states) berasaskan pertanian


521

(agraria).Kerajaan kuno mereka yang dapat dikesan ialah Dvaravati di tengah


Thailand.Negarakota Melayu macam Gangga Negara atau Kedah Tua bina pelabuhan tepi
pantai.Pada masa dahulu orang Melayu berhubung dengan orang Mon kerana
perdagangan hasil hutan.Hasil pertanian dari negarakota-negarakota Mon dihantar ke
pelabuhan-pelabuhan Melayu Purba seperti Langkasuka atau Kedah Tua.Di sini mereka
saling bertukar barangan.Orang Melayu beri orang Mon hasil laut.Macam hari ini,Orang
Asli turun pekan jual petai pada orang Melayu.

Kedudukan orang Tai pula masih berkeliaran di sekitar Nanchao,Yunnan,Guangxi iaitu


selatan China,utara Burma hingga utara Vietnam.

Jadi populasi bangsa Melayu dahulu kepadatannya bermula dari pesisir pantai sehingga
ke dalam.Di mana-mana di Asia Tenggara.Ok,sekarang dengar baik-baik cikgu nak
bagitahu ini.Jangan tidur anak Melayu.

Ada tidak orang Siam di Borneo? Di Sumatera?

Orang Jawa datang dari mana? Sumatera?

Orang Sulu ada atau tidak di Indochina? Ada prasasti? Ada bukti?

Soalan di atas contoh sahaja. Bukan nak 'downgrade' mana-mana sukukaum.

Ok,saya jawab.Orang Siam tentulah tiada di Borneo dan Sumatera.Secara


tradisinya.Orang Jawa umum tahu datang dari Pulau Jawa.Orang Sulu hanya berkisar di
Kepulauan Sulu dan Laut Sulu di selatan Filipina dan utara Sabah.

Orang Melayu bagaimana?

Di Borneo dan Sumatera memang ada orang Melayu.Orang Melayu datang dari...seluruh
Asia Tenggara.Tiada pulau atau laut khas untuk orang Melayu.Jika Bugis dari
Makasar/Sulawesi,Madura dari Pulau Madura,Aceh dari utara Sumatera,Sulu dari selatan
Filipina...orang Melayu bertaburan merata-rata di pesisir pantai Asia Tenggara.JIka
semenanjung dikatakan asal-usul Melayu,di Sumatera dan Riau,orang Melayu telah ada
sejak zaman-berzaman.Jika Sumatera dikatakan asal-usul Melayu,dari Johor sampai ke
Segenting Kra,orang Melayu buat kerajaan-kerajaan 'city-states'.

Prasasti Kedukan Bukit abad ke-7 Masehi, ok. Lihat apa Ptolemy,pelukis peta Greek
522

labelkan Pulau Phuket di Thailand dalam petanya tahun 157 Masehi.Bukan 1511 ya...ini
157 Masehi,junjungan besar kita pun belum lahir lagi dan di sekitar Mekah mungkin ada
suku-suku Jurhum (sukukaum asli Tanah Arab sebelum kedatangan Arab Quraisy) tinggal
tidak jauh dari situ.1 abad 57 tahun selepas kelahiran Nabi Isa mengikut kalendar
Gregorian.

Claudius Ptolemy pada petanya tahun 157 Masehi melabel Pulau Phuket sebagai Jung Si
Lang.Kemudian orang Eropah zaman kolonial menafsirkannya sebagai 'Junk
Ceylon'.Sudah jadi maksud lain pula menjadi "Jong Sri Lanka".SEBENARNYA...MARI
DEKAT SIKIT ANAK MURID CIKGU NAK BAGITAHU.

Nama sebenar pulau itu adalah HUJUNG SALANG.Ini nama paling kuno setakat
ini.Kemudian dipanggil 'Bukit'.Kemudian datang orang Siam panggil ia jadi
'Phuket'.Claudius Ptolemy memang jujur dalam hal ini dan benarlah tanah semenanjung
ini adalah "Aurea Chersonese" (Semenanjung Emas) seperti yang dilabelnya.Jadi sebelum
timbul kerajaan Melayu di Sumatera,telah ada orang Melayu di Phuket,Thailand tahun
157 Masehi!

Bahasa Melayu telah ada pada abad ke-2 Masehi!Benarlah prasasti tertua di Indochina
iaitu pada abad ke-2 Masehi berbahasa Melayu suku Cham.Sebab itu saya amat obses
dengan Melayu Segenting Kra.Benar-benar misteri yang tidak
tertanggungkan.Terutamanya Grahi dan Nagara Sri Dharmaraja.Persamaan budaya orang
Kelantan dan Jawa.Orang Kelantan kuat kenegerian mereka.Orang Jawa pun kuat
'kejawen' mereka.Saya benar-benar tenggelam dengan sejarah Melayu Segenting Kra
(Itsmian Malay Kingdoms).Benar-benar hilang lesap macam hikayat raja-raja kayangan.

Ingat cikgu bagitahu dahulu,JIKA ORANG MELAYU HARI INI TIDAK TAHU
KEWUJUDAN MEREKA PADA MASA LALU,ORANG-ORANG LUAR TETAP
ADA BUKTI KEWUJUDAN KITA PADA MASA SILAM.

Jadi ingat katakunci pelajaran kita hari ini:

ORANG MELAYU PADA MASA DAHULU KEBANYAKANNYA TINGGAL DI


PESISIR PANTAI.

The History of Thy Beloved,


~Srikandi
Posted by Mistis Organization at 5:28 PM
523

Monday, April 11, 2011

Pelajaran III: Pengaruh Kebudayaan Tinggi

Pelajaran 3: Belajar pengaruh kebudayaan tinggi,Teori Klimaks dan Teori Penyusutan.

(Ini adalah artikel pengiring ATBM v3.5.Dimaklumkan ada di antara isi artikel menyentuh
situasi orang Melayu di Malaysia.Namun konsep asal ATBM tentang Melayu adalah
semua orang Melayu seluruh dunia khususnya di negara-negara Asia Tenggara)

Saya ingin beritahu kepada anak-anak Melayu sekalian bahawa ramai 'orang yang
terancam' akan cuba 'downgrade' sejarah agung kita.Tidak kira dari luar mahupun
dalam.Orang luar mahupun sesama 'adik-beradik' kita.Saya namakan sindrom ini sebagai
"Kiasu-Sejarah".Orang luar sebab mereka terancam dengan konsep Ketuanan Melayu
walaupun secara rambangnya orang Melayu bukanlah benar-benar 'tuan' di sini.Sebab
satu lagi kerana tujuan politik.Mereka mahukan kuasa dan tanah orang Melayu KERANA
KUASA DAN TANAH ORANG MELAYU MASIH BERTAHAN KERANA
FAKTOR SEJARAH.Tidak percaya?Saya beritahu.

Orang Melayu bukanlah benar-benar 'tuan' di sini.Kek ekonomi negara dilahap dan
'dimentekedarah' oleh kaum-kaum lain (tidak perlu saya beritahu).Sasaran 30% kek
ekonomi semasa era DEB tidak pernah tercapai.Bayangkan hanya mengemis 30% sahaja
dari kekayaan ekonomi tetapi tidak pernah tertunai.Namun ada orang masih terancam
524

dengan nama 'DEB'.Walaupun mereka tahu DEB tidak begitu berjaya (hanya berjaya
melahirkan korporat Melayu yang kedekut dan kontraktor subsidi) namun mereka masih
tidak berpuashati.Nama 'DEB' itu masih jadi sumpahan kepada keturunan mereka.

Jadi orang Melayu bukanlah benar-benar 'tuan' di sini.Bila-bila masa 'orang itu' boleh beli
Malaysia.Pemimpin kita sudah lama dibeli mereka.Lihat isu judi bola.Sekejap boleh
sekejap dimansuhkan.Siapa yang beli pemimpin UMNO supaya kata 'boleh'?Padahal jika
pemimpin UMNO ikut agama,sudah tentu tahu JUDI ITU HARAM.Ini terlampau 'basic'
dalam hukum agama.Budak-budak sekolah agama rakyat pun tahu.Saya mahu beritahu
anda bahawa pemimpin UMNO tidak ikut agama mereka.Mereka ikut siapa yang
'membeli' mereka.Bukan semua tetapi majoriti.Jadi kesimpulannya,politik moden tidak
benar-benar mampu menyelamatkan survival orang Melayu.Apa yang mempertahankan
orang Melayu setakat ini?

-Hak Keistimewaan Orang Melayu


-Sistem Raja-raja Melayu
-Islam

Tiga benda ini,jika saya adalah golongan 'yang terancam' itu...saya akan hapuskan serta-
merta jika saya naik memerintah Malaysia atau berjaya membeli pemimpin UMNO.Tiga
benda ini kalau terhapus,maka orang Melayu Malaysia akan merempat sepenuhnya di
atas muka bumi ini.Saya letakkan Islam di akhir kerana jika hak keistimewaan Melayu
dan sistem raja-raja Melayu hancur sekalipun,orang Melayu tetap boleh bertahan jika
bersatu atas nama agama.Namun jika orang Melayu tidak ikut agama,maka you are
TOTALLY OUT!

Islam adalah benteng terakhir yang paling ampuh.Islam menyebabkan orang Cina Muslim
dan India Muslim ('mamak' dalam panggilan mesra orang Melayu) merasa kasihan
melihat saudara mereka dari kalangan Melayu.Ketika Islamlah,orang Cina dan India lebih
nampak mengapa orang Melayu bermati-matian mahu pertahankan tanah tumpah darah
mereka.

Saya boleh katakan,orang Melayu bertahan secara teknikalnya (abaikan faktor Islam)
kerana faktor sejarah.Pertama,kerana kita adalah 'pribumi' (istilah UMNO
'bumiputra').Hak Keistimewaan orang Melayu tegak atas premis ini.Tanah Rizab Melayu
tegak atas premis ini.SEJARAH MENGATAKAN ORANG MELAYU ADALAH
PRIBUMI MALAYSIA.JIka kita bukan pribumi maka tiadalah Hak Keistimewaan
Melayu.Apa yang membuatkan Melayu layak dapat 'special rights'?
525

SEJARAH

Sebab itu caranya ialah putarbelit sejarah sehingga mengatakan ORANG MELAYU
ADALAH PENDATANG.'Simple' tak taktik ini?Sebab itu saya katakan sejarah juga
penting.

'Adik-beradik' kita pula dijangkiti sindrom ini kerana mahu 'upgrade' sukukaum
sendiri.Dari sukukaum kepada satu bangsa yang hebat sehingga Melayu pun terbalik jadi
sukukaum mereka.Saya tidak mahu ulas panjang tentang ini.

Kelebihan bangsa Melayu pada masa dahulu ialah mereka menakluk kebanyakan wilayah
pada masa silam BUKAN SEPENUHNYA MENGGUNAKAN KUASA TENTERA.Mereka
menggunakan 3 faktor ini untuk mengembangkan empayar.

-Kelas memerintah (ruling class)


-Hegemoni perdagangan
-Prestij kebudayaan

Ok,para pelajar sekalian,buka buku nota.Anak-anak Melayu jangan malas belajar sejarah
sendiri nanti kena buli orang luar,tanah kena rampas macam Pulau Batu Putih atau jadi
hamba sahaya Sultan Siam.

Pengaruh Kebudayaan Tinggi

Kekurangan fakta tentang sejarah Melayu menyebabkan ramai orang tidak faham
mengapa orang Melayu masih wujud dan bahasanya paling tersebar luas berbanding
bahasa Siam Pendang (contohnya).Ketika Empayar Sriwijaya mendominasi perdagangan
antarabangsa di Asia Tenggara,orang 'English' masih beridentitikan Angles dan
Saxons,dua kaum Jerman Kuno yang berhijrah dari Jerman moden ke kepulauan
British.Bayangkan ketika itu telah ada satu kerajaan yang bernama Melayu di
Sumatera,kaya dengan emas.Ketika itu juga tiada kerajaan bernama 'China' atau
'India'.Orang Melayu tahu tentang 'China' dari panggilan para pedagang Parsi 'Che-
na'.Orang dari India orang Melayu mengenalnya sebagai 'Keling' berasal dari Kalinga,satu
kerajaan kuno di India.Tetapi nama 'Melayu' itu memang ada sebagai sebuah kerajaan
yang menjalankan perdagangan emas!

Kebudayaan orang Melayu mencapai kemuncaknya ketika zaman Sriwijaya dan


Kesultanan Melaka.Kostum,bahasa dan budayanya menjadi standard kepada semua ras
526

Melayu seluruh Asia Tenggara.Jika mahu lihat budaya Melayu Sriwijaya yang
tertinggal,lihat budaya selatan Thai dan Filipina.Di Filipina,bahasa Sriwijaya iaitu bahasa
Melayu kuno masih tertinggal pada bahasa-bahasa puak di sana!

Bayangkan kebudayaan Melayu telah sampai ke kemuncaknya pada abad ke 7 Masehi.Ini


bermakna untuk sampai ke tahap itu orang Melayu telah bina rangkaian perdagangannya
beratus tahun sebelum itu.Dan sudah tentu orang Melayu telah wujud lebih lama dari
itu!Mengapa terjadi demikian?Hari ini cikgu nak bagitahu para pelajar sekalian tentang
maksud kebudayaan tinggi.

Kebudayaan tinggi adalah kebudayaan yang mencapai tahap klimaks dan mengekalkan
ciri-cirinya yang unik dan prestij.Ketika orang Melayu mencapai klimaks
kebudayaan,budayanya dan bahasanya telah menyebar ke seluruh pelusuk Asia
Tenggara.Kebudayaan klimaks ini akan diikuti oleh sub-sub budaya yang lain.Klimaks
kebudayaan ini juga dipengaruhi oleh ciri-ciri yang unik dan prestij berpunca dari
kreativiti sesuatu bangsa.

Contohnya ketika dinasti-dinasti Melayu memerintah Indochina,mereka telah


meninggalkan klimaks kebudayaan yang tinggi dan diikuti oleh orang Khmer dan
Thai.Jayavarman II yang mengasaskan Angkor adalah Senapati Sriwijaya (gabenor) yang
membawa corak pemerintahan dinasti Melayu,budaya dan seni ke dalam masyarakat
Khmer di Kemboja.Ketika dinasti Melayu memerintah Jawa (melalui dinasti
Sailendra),mereka telah membawa seni dan budaya Melayu ke dalam masyarakat pribumi
Jawa.Kita masih dalam kajian sejak berapa lama dinasti Sailendra sudah bertapak di
Jawa.Sebab itu ada budaya keris dalam masyarakat Jawa.Contohnya dalam sejarah raja-
raja Bali,salasilahnya dimulai oleh raja dari dinasti Melayu.Begitu juga dalam salasilah
raja-raja Kemboja.

Kebudayaan tinggi menyebabkan sub-subbangsa lain akan mengadaptasi kebudayaan


tinggi ini ke dalam kebudayaan tradisional mereka.Contohnya kaum Sulu.Mereka
mengadaptasi keris dan pengaruh bahasa sejak zaman-berzaman hasil hegemoni
Sriwijaya ke atas kepulauan Sulu dan Filipina.Dengan kata lain apabila tiba klimaks
kebudayaan bangsa Melayu,maka budaya Melayu mempengaruhi kaum-kaum
Austronesia yang lain.

Bagaimana proses pengaruh ini berlaku?

Ok,kalau anda mengkaji sejarah Asia Tenggara sedalam-dalamnya melalui sumber-


527

sumber primer (bukan ulasan atau olahan nasionalis) seperti prasasti,riwayat


(chronicles),manuskrip dan catatan sejarah,anda akan dapat gambaran besar tentang
aktiviti 'Malay ruling class' dalam banyak kronologi sejarah Asia Tenggara.Orang Melayu
sifat dia suka buka kerajaan.Kalau ada 4 adik beradik maka mereka kalau boleh tak nak
bersatu buat satu kerajaan,tetapi buat 4 kerajaan berbeza.Sampai rela berperang sesama
sendiri.Dalam sejarah Melayu yang masih dikesan setakat ini,terdapat dua era sahaja di
mana orang Melayu bersatu dalam satu empayar iaitu era Sriwijaya dan Kesultanan
Melaka.

'Malay ruling class' adalah kunci kepada sejarah Kemboja dan Thailand.Dinasti-dinasti
Melayu yang terkenal adalah seperti dinasti Mala,dinasti Soma dan sudah pasti dinasti
Sailendra.Sejarah Melayu penuh dengan suka duka 'Malay city-states'.Sebab itu ketika
hegemoni Sriwijaya,negarakota-negarakota Melayu ini tetap wujud dan popular.Saya akan
sentuh banyak lagi tentang rahsia 'Malay ruling class' ini pada artikel utama.

Hegomoni perdagangan tidak perlu saya ulas panjang.Maharaja Sriwijaya dari dinasti-
dinasti Melayu ini telah membuka aktiviti perdagangan di Selat Melaka dan Laut China
Selatan dan ini telah disambut dengan baik oleh suku-suku Austronesia yang
lain.Bayangkan betapa kaum-kaum Austronesia mengenang keagungan zaman
kegemilangan perdagangan laut Asia Tenggara,menyebabkan Maharaja Sriwijaya
menggunakan matawang emas,raja-raja Jawa dan Melayu menjadi pemerintah terkaya "in
all the Indies".Datu-datu di Laut Sulu dan Filipina mampu menyimpan emas yang banyak
hasil perdagangan emas dan cukai.Bugis,suku-suku Makasar,Sulu,Bajau,Orang Laut dan
lain-lain mendapat manfaat berkhidmat dengan raja-raja dan bangsawan Melayu dalam
arena perdagangan laut.Kerancakan perdagangan laut ini terakam kemas pada 'wonders'
Sriwijaya iaitu Borobudur yang dilambangkan dengan ukiran kapal pada bas-relief.

Bangsa yang punya peradaban tinggi akan tetap 'survive' walaupun ketika
imperialisme.Bangsa Melayu adalah payung kepada semua kaum-kaum Austronesia
ketika mereka memasuki era imperialisme supaya tidak terus pupus.Kemerdekaan
Malaysia memberikan harapan kepada sukukaum lain supaya membebaskan diri dari
pengaruh Barat.Lebih baik merdeka di bawah adik-beradik Austronesia yang lain dari
dicabut jatidiri oleh orang luar yang 100% berbeza adat budaya.Lihat kaum Sulu/Filipina
yang ada di Luzon.Mereka lebih 'sepanyol' dari orang Sepanyol atau Amerika Selatan
sendiri.Lihat orang Sulu yang berdekatan Sabah.

Prestij kebudayaan adalah sebab mengapa sukukaum-sukukaum Austronesia yang lain


tertarik untuk mencedok ciri-ciri budaya Melayu.Anda sudah belajar tentang sebutan
528

nombor-nombor di kalangan bahasa-bahasa Austronesia adalah mirip nombor-nombor


dalam bahasa Melayu.Ini kerana bangsa Melayu adalah bangsa Austronesia yang paling ke
hadapan tamadun dan prestij kebudayaannya.Orang Aztek dan Maya hebat ilmu sains dan
teknologi bangunannya tetapi siapa yang mahu meniru cara berpakaian mereka?Orang
Aztek ini bagaikan watak Predator dalam franchaisi filem Predator.Predator nampak
hebat dengan segala teknologi persenjataan yang canggih tetapi penampilannya tetap
haiwan seperti katak yang hodoh.Orang Aztek dan Maya amat canggih sistem
astronomi,kalendar dan ilmu sains mereka tetapi berpakaian seperti orang Penan.

Tetapi orang Melayu yang membina Borobudur dan negarakota-negarakota pesisir pantai
Asia Tenggara segak memakai tanjak dan kostum yang kemas.Terutamanya ketika
Kesultanan Melaka,kostum era ini menjadi model kepada kostum raja-raja Melayu
sehingga ke hari ini.Maharaja Sriwijaya pula memakai mahkota yang diperbuat dari emas
tulen.Sungguh indah bila mengenang kegemilangan bangsa Melayu yang hilang ketika
dulu.

Apabila sampai kepada klimaks,setiap tamadun pasti ada penyusutan.Namun adakah


penyusutan itu menjahanamkan terus bangsa itu atau meminimumkan jumlah atau
kewujudannya?Tamadun Babilon,Phoenicia dan Assyria pernah mencapai tahap klimaks
ketamadunan dan kebudayaan,tetapi apabila sampai ke titik penyusutan,maka mereka
terus pupus dengan teruknya.Ketika peperangan dengan Babilon,Medes dan
Scythia,ibukota Empayar Assyria ditakluki dan hancur namun anehnya bangsa Assyria
ikut jatuh dan pupus dengan teruknya.Ini penyusutan yang drastik.Tetapi bangsa Melayu
ketika empayarnya hancur,mereka degil bina kerajaan di tempat-tempat lain!

Sriwijaya bina ibukotanya di merata tempat sampai ahli sejarah sukar menetapkan lokasi
sebenar.Apa tujuannya?SURVIVAL.

Raja Rejendra Chola dari dinasti Chola terpaksa menyerang negarakota-negarakota


pesisir pantai di bawah hegemoni Sriwijaya untuk menjatuhkan Sriwijaya namun
gagal.Jika Rajendra Chola hanya menyerang Palembang,Maharaja boleh memerintah dari
Kedah atau Borneo.Maka caranya serang semua pelabuhan Sriwijaya.Tetapi Raja Chola
masih belum berjaya.Sriwijaya cuma lemah namun tidak jatuh sepenuhnya.Ketika
Empayar Chola jatuh pada abad ke-13 di bawah Pandyan,Sriwijaya masih wujud lagi dan
malah ada menghantar duta ke China.Anda nampak strategi politik Maharaja Sriwijaya
ini?

Apabila hegemoni Sriwijaya jatuh sepenuhnya apabila nama 'Sriwijaya' itu sendiri dengan
529

rasminya tidak terpakai lagi sebagai sebuah empayar,dinasti Sriwijaya masih memerintah
lagi!Dimana?Di Sumatera,iaitu tepatnya di Kerajaan Melayu yang pernah ditakluki
Sriwijaya dahulu.Dari situ muncul kerajaan Dharmasraya,menyambung warisan
Sriwijaya.Lihat,Sriwijaya punya 'base' yang kebal dari kepupusan.Apabila dikatakan
Majapahit mahu menyerang kerajaan Melayu ini dalam ekspedisi Pamalayu,tidak
kedengaran dalam rekod sejarah pembunuhan beramai-ramai orang Melayu tetapi apa
yang terjadi ialah orang Jawa Majapahit menghadiahkan tugu besar kepada Kerajaan
Melayu dan mengambil dua puteri Melayu untuk dipermaisurikan di istana
Majapahit,juga menjemput ramai artisan dan tukang-tukang Melayu membangunkan
Majapahit.Teka siapa Gajah Mada?Orang Melayu!

Cuba teka apabila Sriwijaya jatuh,apa yang orang Melayu buat?

Bina kerajaan Dharmasraya!Bina Empayar Chermin-Kelantan!

Cuba teka apabila Dharmasraya makin terdesak oleh hegemoni Majapahit,apa orang
Melayu buat?

Bina Kesultanan Melaka!

Cuba teka apabila Kesultanan Melaka jatuh diserang Portugis?

Bina Empayar Johor-Riau!Hantar anak raja dan bangsawan Melayu ke Perak,Pahang dan
Terengganu!

INILAH KUASA SURVIVAL.

Tanpa kemahiran ini jangan mengaku anak Melayu.Jika pengecut dan jual tanahair
sendiri kepada orang luar,jangan dakwa diri anak Melayu.Jika rela sejarah sendiri
dirompak dan diputarbelit orang lain,jangan mengaku Melayu!

Jika tiada alter terahsia dalam diri tidak aku mengaku Srikandi.

Posted by Mistis Organization at 5:29 PM


530

Monday, April 11, 2011

Pelajaran IV:Mengenal kategori Orang Asli

Pelajaran IV:Mengenal kategori Orang Asli

Bonus:rumusan dari 4 pelajaran.

Selamat Hari Raya semua alters dan jiggers!

Sekarang kita belajar memahami petunjuk dalam kajian bahasa dan budaya masyarakat
Orang Asli Malaysia.Dari sini nanti kita akan faham bahawa orang Melayu sebenarnya
pribumi mutlak Malaysia sekaligus Asia Tenggara.Sejarah Melayu adalah istimewa sebab
terdapat konsep proto dan deutro.Melayu Proto adalah pribumi asal sebelum terdapat
Melayu Proto lain yang menerima peningkatan tamadun dan peradaban tinggi menjadi
Melayu Deutro,sementara Melayu Proto ini tetap mengamalkan cara hidup lama turun
temurun.

Dahulu bila bercakap tentang Orang Asli,kita akan memikirkan tentang satu kaum yang
mundur yang tidak maju tinggal di hutan-hutan.Kita memikirkan bahawa,orang Melayu
dan Orang Asli ini adalah dua entiti yang tiada kaitan LANGSUNG antara satu sama
lain.Sebenarnya Orang Asli inilah ASET ORANG MELAYU yang paling penting dan
sebenarnya ANUGERAH yang amat-amat bernilai!

Sebab ada pihak yang kebingungan mengatakan bahawa Orang Asli ini adalah bumiputra
sebenar dan orang Melayu adalah pendatang.

Tetapi bila kita bertanya kepada mereka,sejak bilakah orang Melayu mula MENDATANGI
Malaysia atau Asia Tenggara?Adakah sama seperti imigran-imigran zaman British
dahulu?Apabila pakar sejarah Thailand mengakui bahawa sebelum kedatangan orang
531

Thai ke Indochina,Thailand diduduki oleh lebih awal oleh etnik-etnik Malayan (selain
Mon),bagaimana kita boleh 'gayat' sedikit dengan kewujudan kita di sini?

Mereka pun tidak tahu bila orang Melayu mula 'datang' ke Malaysia.Sebab apa tidak
tahu?SEBAB MEMANG KITA PRIBUMI MALAYSIA!

Tetapi Orang Asli bagaimana?

Mereka boleh menipu orang Melayu yang dungu dan pemimpin Umno,juga sesetengah
pemimpin Pas yang percaya Hang Tuah adalah orang Cina.Tetapi mereka tidak boleh
menipu sejarah.

Biar saya beritahu anda SIAPAKAH SEBENARNYA ORANG ASLI DI MALAYSIA.

Orang Asli di Malaysia terbahagi kepada dua berdasarkan bahasa:

1-Aborigine Malay
2-Aslian

Aborigine Malay memiliki bahasa mirip bahasa Melayu.Contoh Aborigine Malay adalah
orang Jakun dan Temuan.Aslian pula memiliki bahasa mirip bahasa-bahasa dalam
kelompok Mon-Khmer.Contohnya orang Semai dan Mah Meri.

Aborigine Malay adalah Proto Mala.Mereka adalah kelompok kaum-kaum Austronesian


yang tidak menerima anjakan tamadun.Cuba bandingkan orang Jakun dengan orang
Hawaii atau Papua (kaum Austronesia yang lain).Lebih kurang sama sahaja.Proto Mala
yang lebih maju (kerana tinggal di pesisir pantai dan terdedah kepada pergaulan
antarabangsa) lama kelamaan menolak Proto Mala yang hidupnya berasaskan pertanian
dan buruan binatang lebih jauh ke pedalaman.

Proto Mala yang tinggal di pesisir pantai dan menjalankan perdagangan maritim lama
kelamaan berubah menjadi Deutro Mala.Mereka kemudiannya menubuhkan kerajaan dan
negarakota dan mengaku bangsa mereka sebagai 'Malayu'.

Proto Mala yang menjalankan kehidupan sara diri dengan pertanian dan berburu
binatang bercampur dengan orang Mon yang datang dari utara.Orang Mon memang kaum
yang berasaskan agraria (pertanian).Orang Mon memang ada kerajaan-kerajaan
negarakota di Thailand Tengah dan Burma.Orang Mon dan Melayu bina negarakota
532

bersama-sama di Thailand Tengah sehingga ke Segenting Kra.Sebab itu budaya orang


Mon seakan sama seperti orang Melayu.Cuba lihat 'kebaya' Mon bagaimana.

Salah satu kerajaan orang Mon yang terkenal adalah Dvaravati.Budaya kerajaan kuno ini
ditafsirkan sebagai pakar sejarah dunia sebagai 'gabungan orang Mon dan Malayan'.

Orang Mon bermigrasi ke Burma disebabkan kerajaan mereka di Thailand Tengah diserbu
oleh tentera Sukhotai.Selebihnya turun ke Kedah dan lain-lain kawasan di semenanjung
dan berasimilasi menjadi orang Melayu hasil perkahwinan campur.

Sebab itu bahasa orang Senoi seakan-akan bahasa dalam kelompok Mon-Khmer.Sebab itu
saya sudah menjelaskan bahawa sudah menjadi perkara biasa pada zaman silam apabila
rajanya seorang Melayu,rakyatnya tidak semestinya semua Melayu.Macam hari
inilah.Katakan kita ambil kerajaan Gangga Negara di Perak sekarang.Rajanya Melayu
tetapi rakyatnya bercampur antara Melayu,Mon,Khmer dan sebagainya.Kerajaan Angkor
pernah diperintah oleh kerabat Melayu dari kerajaan Nagara Sri Dharmaraja.Dahulu
orang Melayu Indochina berbesan dengan orang Khmer atau Mon.Kahwin campur antara
satu sama lain.Sebab itu timbulnya istilah 'orang Siam'.

Orang Kuala atau orang Kanaq sepertimana orang Jakun adalah Melayu Proto merupakan
tipikal kaum-kaum Austronesia di Asia Tenggara dan Pasifik.Lihat wajah orang Hawaii
atau Samoa.Sebab orang Melayu pandai berniaga,ramah,pandai bertolak ansur dengan
orang luar dan tahan lasak (survive) maka mereka lebih ke hadapan dari kaum-kaum
Austronesia yang lain seperti Hawaii,Samoa,Tonga,Papua dan sebagainya serta
membantu kaum-kaum yang lain rapat dengan orang Melayu supaya lebih maju bersama-
sama,contohnya orang Jawa,Bugis,Batak dan sebagainya.

Kaum-kaum Austronesia Timur ini (Hawaii,Tonga,Papua,Samoa dll) tinggal begitu jauh


dari orang Melayu menyebabkan mereka kurang mendapat anjakan tamadun manakala
kaum-kaum Austronesia Barat seperti Jawa,Bugis,Orang Laut,Bajau,Sulu dan sebagainya
mendapat manfaat dari peranan dan keterampilan yang dimainkan oleh raja-raja Melayu
dan orang Melayu dalam perdagangan maritim.Siapa duduk rapat dengan orang
berilmu,maka dia pun berilmu.Siapa berkawan dengan mat rempit maka dia pun
merempit.

Golongan Utrakiasu memang tidak boleh faham semua kronologi dan riwayat
Melayu.Sebab mereka memang tidak mahu faham punyerr.
533

Ini bukan semudah masalah kebanjiran orang Han ke Taiwan(terutamanya ketika Parti
Kaomintang kalah dengan Parti Komunis China sehingga menyebabkan pribumi Taiwan
makin terdesak ke pedalaman).Ingat,pribumi Taiwan seperti kaum Utsul adalah kaum
Austronesia yang bahasanya mirip bahasa Melayu!

Jadi orang Han di Taiwan memang pendatang dan tarikh kedatangan mereka memang
boleh dibuktikan sepertimana kedatangan imigran British ke Malaya!

Tetapi bilakah TARIKH KEDATANGAN ORANG MELAYU KE MALAYSIA?Ketika


Kesultanan Melaka?Masalahnya Batu Bersurat Terengganu berbahasa Melayu ditulis lama
sebelum Kesultanan Melaka naik.Okla,zaman Sriwijaya katakan abad ke 7 Masehi.

Tidak tepat sebab ada prasasti Cham berusia abad ke 2 Masehi yang berbahasa Melayu
suku Cham!

Okla...okla...mungkin zaman Funan abad pertama Masehi.

Tidak tepat saudara saudari sebab orang Melayu berbahasa dalam kelompok
Austronesia.Jika ingin letak label 'pendatang' kepada Melayu maka kena letak label
pendatang kepada orang Hawaii,orang Samoa atau orang Papua juga supaya mereka
semua ini adalah pendatang di rantau Asia Tenggara dan Pasifik!

Orang Serani di Melaka contohnya (ada contoh lain yang lebih baik sebenarnya) memang
sudah ada di Malaysia zaman-berzaman,tetapi adakah orang Serani di Sulawesi atau
Sumatera yang punya bahasa dan budaya sama?Sudah tentu tiada sebab orang Serani di
Melaka adalah keturunan Portugis.Maksudnya mereka bukan pribumi.

Jadi sejak bila wujudnya kaum Austronesia dan bahasa Austronesia?

BERIBU-RIBU TAHUN DAHULU!

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
534

Petunjuk Rahsia Pada Orang Asli

Sekarang saya mahu beritahu saudara satu lagi bukti orang Melayu adalah pribumi.Saya
tinggalkan perkataan ini.

Orang Asli.

Jika saya katakan bahawa orang Jakun atau Temuan itu adalah Proto Melayu atau asal-
usul Melayu,mungkin ada yang membantah dan tuduh saya merendah-rendahkan orang
Melayu.Tetapi sabar saudara sebab apa yang anda sangka KELEMAHAN ITU
SEBENARNYA KEKUATAN YANG PALING AMPUH!

Apa bangsa di dunia yang masih punya bentuk protonya?Suku Arab asli seperti Jurhum
sudah pupus.Itu pun bukan zaman Paleolitik.Adakah ada orang proto-Han yang masih
hidup dan masih punya komuniti sendiri?Jika ada,adakah bahasanya dapat dikesan mirip
bahasa orang Han?Adakah lagi kaum-kaum Anglo,Saxon atau Viking (asal-usul orang
Inggeris) yang masih mengekalkan gaya hidup Paleolitik atau zaman purba
dahulu?TIADA!

Tetapi orang Melayu bertuah sebab ketika semua bentuk proto bangsa-bangsa di dunia
sudah pupus,orang Melayu masih punya bentuk protonya yang asli!

Saya ada melihat foto-foto dalam satu blog yang kelihatan merendah-rendahkan orang
Melayu dengan menyamakan orang Melayu dengan orang Asli (digambarkan selekeh dan
tidak bertamadun) untuk membuktikan bahawa keturunan merekalah yang
'mentamadunkan' Melayu (mereka mendakwa raja Siam Sam-sam mentamadunkan
Melayu).Bagi saya biarlah,sebab saya ada BUKTI KUKUH KEWUJUDAN BANGSA SAYA
dari foto-foto itu.Dari mana keturunan Siam Sam-sam datang?Dari planet Zargus?

Hello,kawan...setiap bangsa di dunia MESTI MELALUI ERA PROTO.Proto bermaksud


bentuk awal sesuatu bangsa itu seperti era Paleolitik.Senang cakap,mesti jadi ORANG
GUA dahulu baru capai tamadun sikit-sikit sampai bina peradaban.

Mana ada bangsa di dunia TIBA-TIBA ZASSSSS! jadi raja-raja bina empayar besar.Bina
istana.

Nabi Adam dan Siti Hawa pun turun ke dunia sehelai sepinggang.Terpaksa tutup tubuh
dengan pucuk-pucuk kayu.Nabi Adam terpaksa melalui ERA ORANG GUA dahulu
535

sebelum berdikit-dikit maju.Tuhan tidak turunkan Nabi Adam dan Siti Hawa bersama-
sama istana syurga dan para pelayannya!

Jadi sekali lagi saya tegaskan setiap bangsa di dunia mesti lalui era PROTO dahulu.

Tetapi bertuahnya ORANG MELAYU MASIH ADA BENTUK PROTONYA KETIKA


ERA TEKNOLOGI MAKLUMAT,NANO DAN NUKLEAR!

Jadi jangan fikir Orang Asli tiada kaitan dengan kita.Jabatan Hal Ehwal Orang Asli perlu
jaga betul-betul mereka sebab 'mereka sanggup mengekalkan kehidupan masa lalu kita'
dan jadi bukti kewujudan orang Melayu sebagai salah satu kelompok Austronesia yang
tersohor.

Jika kita malu sebab rupa ingatlah bangsa Viking atau suku Jerman Kuno (proto-English)
dahulu tidak secantik Keira Knightley atau sekacak Jude Law iaitu orang Inggeris
sekarang.Orang Inggeris yang rupawan akibat kahwin campur dengan orang dari Iberia
(Sepanyol,Portugis) atau dengan orang Frank (Perancis) dan Itali.

Lebih penting kita ada bukti bahawa kita pribumi Asia Tenggara dari sebab rupa yang
remeh-temeh itu.

Ok,sekarang Srikandi mahu rumuskan keempat-empat pelajaran kita dan apa


kepentingannya.

RUMUSAN

Dalam pelajaran pertama saya sudah ajar anda bahawa terdapat satu kelompok bahasa
yang amat besar merangkumi Madagaskar hingga ke Pasifik termasuk Asia Tenggara.Dan
bahasa Melayu adalah dalam kelompok itu.Ini menjelaskan bahawa KITA BUKANLAH
BERSENDIRIAN.Kita ada pengaruh bahasa dan budaya yang AMAT BESAR.Sebab itu
jangan berfikir tentang Melayu sesempit GEOGRAFI DARI PERLIS SEHINGGA KE
SABAH.Jangan sesekali.Jangan jadi macam pemimpin UMNO.Kita bukan bangsa
UMNO.Kita bangsa Melayu!

Bagaimana kelompok bahasa kita punya pengaruh geografi yang besar? Sebab kita dari
bangsa yang BESAR. Sebab kita punya PENGARUH YANG BESAR.

SEBAB KITA ADALAH DARI INDUK MANUSIA YANG BESAR!


536

Induk yang masih mengekalkan kewujudannya.

Kita,bangsa Melayu,bukan seperti Siam Sam-sam yang terhasil dari perkahwinan campur
atau 'diMelayukan' akibat akulterasi budaya dan asimilasi secara paksaan atau bukan
paksaan.Kita bangsa yang berdiri di atas jatidiri dan konkrit sejarah yang teramat kukuh!

Sebab itu bahasa Siam Pendang (contohnya) tidak punya geografi seluas bahasa
Austronesia (yang punya pengaruh Melayu).Bahasa Siam Pendang hanya difahami oleh
orang Siam Malaysia sahaja.Orang Mon,Burma atau Thai tidak begitu faham bahasa Siam
Pendang ini.Mengapa?SEBAB ITU ADALAH BAHASA SUKU YANG MENCEDOK DAN
MENGUBAHSUAI DARI BAHASA-BAHASA BANGSA SEKELILINGNYA!Bahasa Siam
Pendang ada campuran perkataan Mon,Khmer,Thai dan Melayu.

Dalam pelajaran kedua,saya jelaskan tentang orang Melayu yang banyak tinggal di pesisir
pantai pada zaman dahulu.Ini menjelaskan mengapa di pedalaman Malaysia ada suku Asli
yang berbahasa mirip bahasa Mon-Khmer.Bukan sebab Melayu pendatang
tetapi ORANG MELAYU MEMANG SUKA DUDUK DI TEPI PANTAI UNTUK
MUDAH BERLAYAR.

Orang Melayu mudah ditemui di pantai-pantai


Sumatera,Jawa,semenanjung,Indochina,Borneo serta seluruh Kepulauan Melayu.Mereka
memang ada di situ sejak beribu tahun,berpindah atau berulang alik dalam kawasan
mereka.

Dalam pelajaran ketiga saya sudah jelaskan mengapa ada kaum-kaum Austronesia yang
mirip budaya kita dan punya bahasa mirip kita.Sebab kita dahulu adalah kaum
Austronesia yang tersohor dan berketrampilan.Kita bina negarakota dan empayar.Kita
buka laluan perdagangan laut.Kita bina rangkaian pelabuhan.Sebab itu orang Bajau,orang
Laut dan Sulu ada berkongsi budaya dan bahasa dengan Melayu.

Dalam pelajaran keempat saya telah jelaskan bahawa terdapat Abrogine Malay atau
Melayu Proto dalam kelompok Orang Asli Malaysia.Ini bermakna orang Melayu adalah
pribumi Malaysia dan Asia Tenggara.Orang Austronesia awal biasanya berkulit gelap dan
berambut kasar di sebabkan kegiatan lasak mereka di laut dan darat.Selepas berhubungan
dengan orang luar,barulah muncul ras Austronesia yang lebih segak.
537

Saya,Srikandi telah menjelaskan beberapa rahsia Kemelayuan yang terdapat dalam tabut
rahsia ini.Selepas ini Srikandi akan dedahkan beberapa rahsia tentang The House of Bni
Jawi,tulisan di makam Firaun tentang bangsa ini dan Raja Hari (Sun King-Horus) yang
pernah memerintah Nusantara beribu-ribu tahun dahulu.

~On these ruins,I write my ancient chronicles...


Posted by Mistis Organization at 5:33 PM
538

Monday, April 11, 2011

Ucapan Alu-aluan Dari Hermit

Para jiggers dan alters sekalian,

Pada tahun 1980-an dahulu,beberapa pengkaji telah menjumpai satu kaum yang tinggal
di tepi sebuah tasik di pedalaman Jepun.Kaum ini begitu jauh dari pembangunan dan
masih mengamalkan cara hidup tradisional.Bahasa kaum ini tidak mampu difahami oleh
para pengkaji tersebut dan bahasa mereka tidak pula punya persamaan dengan bahasa
Jepun mahupun bahasa-bahasa sekitar.Namun anehnya,para pengkaji tersebut mengesan
tiga perkataan yang memungkinkan hubungan mereka dengan satu bangsa lain.Perkataan
itu adalah:mata,batu dan air.

Di laut sekitar Okinawa,berdekatan Pulau Yonaguni,telah dijumpai sebuah struktur


piramid menyerupai ziggurat di dasar laut!Piramid ini terletak kira-kira 100 kaki ke dalam
laut dan mempunyai gerbang,tangga dan jalan berturap batu.Pakar mengatakan usia
piramid ini berdasarkan ujian radiokarbon ialah kira-kira 8000 tahun Sebelum
Masehi,dan peradaban Jepun ketika itu hanyalah berdasarkan cara hidup memburu
binatang dan mengumpul makanan untuk sara diri.Peradaban piramid di Mesir bermula
kira-kira 5000 tahun selepas itu!Siapakah yang membina piramid ini?Satu penemuan
yang masih dirahsiakan oleh para pengkaji ialah:tulisan mirip tulisan Rencong telah
ditemui di barat daya struktur itu terukir di 'hall chamber' di sebelah dalam piramid,yang
merupakan 'access denied' atas sebab-sebab yang tidak munasabah oleh pihak-pihak
tertentu.
539

Jim Mower,seorang ahli arkeologi di Universiti College London telah menimbulkan


pandangan bahawa sekurang-kurangnya usia peradaban dasar laut Okinawa itu
menjangkau 10,000 tahun dan peradaban ini kalau tidak melebihi sudah pasti setaraf
dengan peradaban Mesopotamia dan Lembah Indus.Ahli arkeologi itu juga mengatakan
bahawa "ini telah mengubah banyak pandangan tentang peradaban Asia
Tenggara".Perhatikan,beliau tidak berkata tentang 'peradaban Asia Timur'.

Saya merasakan semua orang sudah tahu tentang satu keris purba yang ditemui di sebuah
kuil purba di Okinawa.Ya...Okinawa lagi.

Sebab itulah,tidak berapa lama dahulu beberapa penyelidik di Mistis Organization telah
berusaha menghubungi seorang gadis yang juga seorang prodigi senyap dalam bidang
sejarah di Malaysia.Gadis ini memiliki ciri-ciri kehidupan seperti beberapa prodigi
terkenal dari gen bangsa misteri ini;Adiputra,Sufiah Yusuf (kedua-duanya prodigi
matematik ketika kanak-kanak) atau Ainan Celeste Cawley (prodigi kimia) sekadar
menamakan beberapa contoh popular.Di Singapura,telah acapkali lahir prodogi-prodigi
540

Melayu seperti di Nanyang Technological University,dan kisah seorang pemuda Melayu


yang mendapat cGPA 4.00 dalam Fizik di Eropah.

Kami di Mistis Organization telah memantau gadis ini sejak usia 12 tahun dan mula
membuat kajian bagaimana beratus-ratus prodigi Melayu yang menunjukkan pencapaian
luar biasa ketika kecil,mula menyusut bakat luarbiasa mereka apabila dewasa.Ingatkah
saudara saudari akan Mohd. Shukri Hadafi,ketika kecilnya pada usia tiga tahun sudah
mampu membaca suratkhabar!Mohd. Shukri Hadafi pernah menjadi anak angkat Prof.
Diraja Ungku Aziz dan muncul dalam filem Menanti Hari Esok arahan Jins Samsuddin
pada tahun 1977.Namun kehidupannya selepas itu menempuh hari-hari gelap dan
akhirnya menjadi seorang penagih dadah.

Perlukah selepas ini saya menceritakan kepada anda,tentang Sufiah Yusuf?

Biar kami beritahu anda satu rahsia,sebagai pembukaan dari saya,merangkap 3rd Order
dalam organisasi.Ada sekumpulan pemikir di sebelah Barat telah mengkaji kemungkinan
kacukan gen Melayu dengan mana-mana bangsa akan memudahkan lahirnya prodigi-
prodigi luarbiasa bertaraf dunia!Mereka telah mula menyedari bahawa kacukan gen
Melayu dan gen bangsa lain adalah kunci kepada 'manusia-manusia mutan' masa
hadapan.Mereka telah mula memilih beberapa anak-anak muda dan melatih mereka serta
menghantar mereka untuk cuba memikat gadis-gadis Melayu.Mengapa gadis
Melayu?Kerana percubaan sebelum ini menghantar gadis-gadis mereka untuk membuat
hubungan dengan lelaki Melayu menemui kegagalan,ada diantara gadis-gadis mereka
'dipaksa' mempelajari agama Islam dan ini berakhir dengan kes perebutan anak atau
penceraian.Anda tahu pada era mana terdapat kekerapan kes-kes lelaki Melayu
menghadapi kes perebutan anak dengan wanita asing bukan?Ya,dan saya ingin tekankan
tentang 'sebab-sebab wanita-wanita asing itu begitu degil untuk mengambil anaknya
dari gen Melayu itu,lari ke negaranya'.Saya boleh terima alasan ini;kasih sayang seorang
ibu.Namun biar saya simpan rahsia lain.

Dan gen yang terhasil dari kacukan ini akan dimanipulasikan untuk tujuan-tujuan
tertentu.Jika saya bercakap tentang 'Universal Soldier' pada masa depan,saya akan
bercakap tentang 'tentera-tentera prodigy' ini.Saya ingin bertanya,adakah filem
Hollywood yang telah membikin satu filem tentang kanak-kanak prodigi yang diculik dan
dilatih untuk misi-misi rahsia?

Sebab itu apabila gadis ini dapat membaca kod-kod rahsia di dalam Diari Lodgekeeper
pada suatu hari dan menterjemahkannya kepada kami...ya...kami pasti dialah orangnya.

Gadis ini mampu membaca sejarah Sriwijaya 500 tahun sebelum Masehi dan
menterjemah tulisan-tulisan Mesir Purba dan maksud-maksud di dalam The Egyptian
Book of The Dead,The Black Book dan The Golden Book of Scarab Ankh.Untuk
mengetahui sejarah Melayu lebih 1000 tahun sebelum Masehi,terpaksa mencarinya di
dalam kitab-kitab paling misteri di dunia The Mummy dan piramid yang menakjubkan!

Jika orang Melayu yang dungu berusaha memadamkan sejarah bangsanya sendiri,saya
nasihatkan anda akan menemui kegagalan paling pahit kerana orang Mesir
Purba,Phoenicia,Assyria,Babilon dan sejauh Viking di utara Eropah...mereka ada
menyimpan jejak sejarah Kemelayuan yang paling misteri.JIka anak-anak Melayu yang
bingung dan orang lain yang cemburu cuba membakar 'Sejarah Melayu'...malangnya
'Sejarah Melayu' telah di'fotostat' banyak-banyak dan diberi kepada bangsa-bangsa
lain!Sepertimana Maharaja Sriwijaya telah menghantar keturunannya untuk membina
berpuluh-puluh negarakota untuk mengekalkan survival dan hegemoni,maka sejarah
Kemelayuan telah disimpan kemas dalam lipatan sejarah bangsa-bangsa lain untuk tujuan
yang sama.
541

Sebab itu apabila gadis ini meminta kami menghantarnya ke Kemboja dan Vietnam untuk
membaca riwayat Melayu yang tersembunyi di sana,kami sudah tahu tentang kenyataan
bahawa...moyang kita dahulu telah menyembunyikan banyak kod-kod rahsia di merata
tempat di dunia...untuk kita mencarinya adalah ternyata benar!

Induk-induk Melayu pada masa purba telah menuliskan riwayat mereka pada pelbagai
bahasa selain bahasa ibunda dalam pelbagai tulisan.Selepas mereka mengukirkan huruf
terakhir,dengan penuh harapan...bahawa...suatu hari nanti ada anak Melayu yang dapat
membaca riwayat terahsia ini.

...dan gadis ini,dengan aura penuh misteri dan bakat prodiginya dalam bidang yang
dianugerahkan Tuhan kepadanya...akan membawa kami dan anda semua ke alam epik
riwayat terahsia,jauh ke dasar laut Okinawa.... sehangat padang pasir Sahara.

-Hermit
3rd Order

Posted by Mistis Organization at 5:34 PM


542

Tuesday, April 12, 2011

Ucapan Pembukaan oleh Srikandi

Pisang emas dibawa belayar,


Masak sebiji di atas peti;
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.

Pulau Pandan jauh ke tengah,


Gunung Daik bercabang tiga;
Hancur badan dikandung tanah,
Budi baik dikenang juga.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Dua pantun klasik di atas membuka tirai kata-kata alu-aluan Alter Terahsia Bangsa
Melayu edisi 3.5;mengalu-ngalukan semua anak-anak Melayu dan peminat sejarah
Melayu ke taman riwayat terahsia saya.Selamat datang ke lubuk pusaka paling misteri dan
sakti di segenap kemelayuan anda.

Izinkan saya,Srikandi membuka bicara dengan seribu warha susila,wardi nan sentosa.

Alangkah seronoknya dapat mengenali keunikan dan ragam budaya orang lain.Namun
alangkah bertuahnya anda dapat mengenali diri anda yang sebenarnya,menggali rahsia
demi rahsia di mana sebelumnya anda tidak pernah memikirkan begitu jauhnya misteri
yang menyelubungi diri anda.Misteri yang membuatkan anda tertanya-tanya di sepanjang
hayat anda.Ini terjadi kepada saya ketika mula-mula menatap sebuah diari yang aneh
pada tahun pertama saya di universiti.

Pada mukasurat ke 233,di bawah tajuk The Royal Ark of Matahari,saya menemui kata-
kata berikut:
543

"Beritahuku,siapa Matahari.Siapa Hati.Beritahuku bagaimana peperangan antara


Badi dan Perahu.Siapa Kama yang mencemburui si Hati.Aku tak jumpa di bumi
Melayu.Di sini jauh terasing di Volga aku menemui ratu Kama.Kama dan Badi.Dari The
Land of Gods ke tanah para Viking dan Bulgar.Dan keris misteri tanpa hulu ini,terukir
nama:Kama ku yang tersayang...."

Keris tanpa hulu ini telah dijumpai di Rusia pada tahun 1999.Ketika Lonecryer (seorang
penyelidik yang menyumbang idea kepada MF) menunjukkan perenggan yang
menyebutkan tentang keris itu,saya segera faham.Saya mengeluarkan keratan akhbar
yang memuatkan berita tentang penemuan 'The Misterious Ancient Wavy
Dagger'.Sebenarnya penemuan sejarah Melayu adalah terlalu banyak di bumi Rusia
berupa artifak-artifak purba yang bernilai berjuta-juta dollar,sebahagian besarnya
berlegar-legar di pasaran gelap dan dimiliki oleh pemburu-pemburu harta di kalangan
mafia dan komrad yang korup.Lonecryer menerangkan kepada saya tentang seorang
Spetsnaz (komando Rusia) telah membocorkan rahsia ini kepada Lodgekeeper ketika
pengembaraannya di Rusia pada awal 80-an dahulu.Selepas Perang Dingin,penjualan
senjata dan kereta kebal yang terlebih pengeluarannya berleluasa di kalangan pedagang
senjata.Di sebalik kerancakan penjualan senjata di pasaran gelap,ialah lambakan artifak-
artifak aneh yang tidak diketahui berasal dari mana.

Lonecryer juga menunjukkan gambar seorang pemberi maklumat yang telah ditangkap
dalam satu serbuan oleh FSB.Lelaki itu berdiri membelakangi satu papan kenyataan
dengan gaya sedang menghisap rokok.Di sudut kanan papan kenyataan ini tertulis
perkataan Комитет государственной безопасности menunjukkan bahawa lelaki yang
berurusan dengan Lodgekeeper ini bukan seorang yang biasa.Selepas itu adalah berita
buruk.Keris yang muncul dalam akhbar Utusan Malaysia (dalam kolum kecil yang
terpinggir) telah berpindah ke tangan pedagang artifak yang menyamar sebagai kurator
muzium.Anehnya,kerajaan Rusia mula sedar akan sesuatu.Sebuah think tank bawah
tanah di Leningrad dalam bidang penyelidikan sejarah mula merangka draf untuk
menggalakkan para pelajar Rusia mempelajari budaya Melayu dan bahasanya.Ada sesuatu
yang memeranjatkan di dasar Sungai Volga!

Beratus-ratus tahun dahulu,kira-kira 200 tahun Sebelum Masehi,pengaruh kerajaan


Malayu telah pun harum di seluruh dunia sebagai pengeksport emas;mewarisi sumber
emas utama 'The King Solomon's Mines' bagi pembangunan Haikal Sulaiman dan
perhiasan Ziggurat di bawah Emperor Babilon.'Gold purifier' telah dibina di merata
tempat di bumi Malayu.Para pedagang Melayu Kuno berdagang emas sehingga ke
Persepolis dan barangan mereka menembusi hingga ke utara wilayah steppe Rusia,ke
544

Tatarstan sekarang dan memasuki Sungai Volga.Dari sungai ini,barangan-barangan ini


mencapai ke St. Petersburg di Rusia kini.Dari sinilah puak-puak Norseman dan para
pahlawan Viking berbisik-bisik sesama mereka tentang perhiasan emas dari The Land of
The East.Di satu cabang sungai Volga telah dinamakan 'Sviyaga' merupakan transliterasi
bahasa tempatan kepada nama satu dinasti purba Melayu yang nantinya akan berubah
menjadi empayar maritim yang amat berpengaruh.

SRIWIJAYA

Ketika orang-orang Kausasus Kuno berbisik-bisik tentang Sviyaga,para pedagang Arab-


Parsi berurusan dengan Sribhoja di kala para pedagang China mula menyedari dinasti
'Sanfoqi' mula naik untuk mengambil alih hegemoni emas kerajaan Malayu di
Sumatera.Dinasti kuno ini sebenarnya berasal dari semenanjung dan mula menggerakkan
perluasan kuasa untuk menundukkan dinasti-dinasti pemerintah suku-suku Melayu di
seluruh Asia Tenggara.Sehingga akhirnya,para pedagang Arab menggelarkan raja dari
dinasti ini:"Maharaja bagi seluruh kepulauan".

Dinasti Sriwijaya menjadi satu "ruling house" yang amat berpengaruh dan menggerunkan
sehingga nama orang Melayu itu sendiri menjadi momokan bagi kaum-kaum Austronesia
di sekitar Nusantara.Kemudian muncul satu dinasti Melayu yang lebih 'advance' dari segi
teknologi pertanian,menggabungkan diri ke dalam keluarga pemerintah Sriwijaya.Dinasti
ini berasal dari dinasti-dinasti Melayu Indochina dan punya pengalaman luas dalam
politik Champa dan Funan.Itulah dinasti Sailendra;raja-raja dari gunung.

Semua ini memerlukan saya bermula di Indochina,untuk menjejak siapakah Sriwijaya


ini,yang dahulunya hanyalah nama satu dinasti Melayu yang memerintah negarakota yang
kecil,juga asal-usul Sailendra yang nama dinasti ini dijumpai sejauh di Burma.Buat
permulaan,saya harus mengkaji beberapa artifak purba yang amat penting,untuk
membuka beberapa kunci ghaib bangsa Malayu.Pedang Cura Simanjakini,gelang potoh
545

naga dan keris Taming Sari (kesemuanya di Negeri Perak,Malaysia),Cogan Daun Emas
Riau-Lingga,Prasasti Matari Singa Jaya Himat yang bertulisan Rencong,Keris Majapahit
(di Kelantan) sekadar menamakan beberapa contoh dari senarai saya.Artifak-artifak ini
amat penting untuk mengetahui kronologi riwayat terahsia Melayu.Sebagaimana yang
telah diisytiharkan di dalam Prasasti Matari Singa Jaya Himat:

"...Matari Singa Jaya Himat namanya.


Lama-lama baranak lanang;
Matari Singa Jaya Mat, dari ratu,
lami lami bangsa Malayu..."

Prasasti ini amat berbeza dengan prasasti-prasasti lainnya (Kedukan Bukit, Talang Tuwo,
Kota Kapur) yang bertuliskan aksara Pallawa atau Kawi,prasasti dari Palembang ini
menggunakan aksara Rencong,tulisan purba Melayu.Di perbuat dari tembaga dan terdiri
dari bait-bait seakan puisi yang amat panjang,usianya tidak dapat ditafsir dengan
jelas.Pendapat semasa mengatakan ia diukir ketika era awal Majapahit.Dan prasasti ini
telah mengungkapkan dengan megah nama satu bangsa;BANGSA MALAYU...dengan
teramat-amatlah jelasnya dan tiada satu pun prasasti purba yang mengungkapkan nama
bangsa atau kaum sepertimana bangsa Melayu sebagai contoh bangsa 'Siam
Merong'.Tiada prasasti mengungkapkan nama 'Siam','Jawa','Bugis' atau 'Sulu' dengan
megah dalam satu prasasti...bukan semata-mata batu sahaja tetapi prasasti tembaga!Saya
pasti leluhur kita dahulu ada mengukirnya di kepingan emas,namun sudah pasti hilang
akibat dirampas ketika peperangan dan sebagainya.

Bagaimana dengan anggapan sesetengah orang yang tidak berpelajaran yang mengatakan
nama 'Melayu' dari perkataan Jawa atau ciptaan British?Mahu sahaja saya
mencampakkan kepingan tembaga Prasasti Matari Singa Jaya Himat ke muka-muka
petualang bangsa ini.

Pada mukasurat ke 316,di bawah tajuk kecil,Ephra & Mala Dynasty:

"Raja Mala gemarkan isteri dari kerajaan asing.Raja Mala turun dari perahu naganya
menuju ke satu kota.Raja Mala meletakkan kemenyan wangi di atas kain dan semua
orang dalam kota itu terpegun dengan batu ajaib yang amat wangi itu.Seorang gadis
dari Kerajaan Sulaiman terpesona dengan batu ajaib.Raja Mala membawanya pulang
sebagai hadiah dari Tanah Babil,kota yang makmur dan sentosa"
546

Candi Sukuh

Kajian alternatif dari para saintis dan ahli geografi mencadangkan satu benua yang
tenggelam di lautan Pasifik.Bangsa yang terselamat dari benua ini telah melarikan diri ke
Jepun,Taiwan dan Asia Tenggara.Selebihnya tiba ke Benua Amerika.Sebab itu kita dapati
budaya dan kostum kaum-kaum di Sabah seperti Murut atau Kadazan atau etnik-etnik
tertentu di Sarawak seakan sama dengan kaum-kaum Red Indian.Lihat gubahan bulu
burung yang dibuat topi.Satu kuil purba di Indonesia menyerupai 100% rekabentuk
piramid Maya padahal ia adalah kuil Hindu!Bagaimana senibina Maya boleh melangkaui
sampai ke Pulau Jawa?

Kuil Maya

Tiada kuil Hindu di India yang menyerupai piramid Maya sebagaimana Candi Sukuh.Jika
saya katakan kejuruteraan senibina Melayu Purba yang asli adalah piramid-piramid,anda
mungkin kurang percaya.Lihat,tiada satu pun candi Buddha di dunia yang menyerupai
candi Borobudur ciptaan Melayu Sriwijaya.Senibinanya seakan meninggalkan banyak
'puzzle' yang sehingga kini memeningkan para pengkaji.Sehingga kini mereka masih
547

mencari makna di sebalik stupa besar di puncak Borobudur.Anehnya,stupa ini tidk berisi
patung Buddha tetapi kosong,dan satu fakta yang anda harus tahu bahawa Borobudur
dibina berdasarkan kejuruteraan piramid!Pembinanya telah menyusun kepingan-
kepingan batu sehingga ke puncak tanpa menggunakan bahan perekat;tetapi
menggunakan teknik tanggam yang kreatif.Siapakah yang handal menggunakan teknik
tanggam ini?Bangsa Melayu.Sebab itu istana-istana zaman dahulu seperti Seri Menanti di
Negeri Sembilan hanya menggunakan tanggam tanpa paku.Bahtera-bahtera Melayu juga
menggunakan teknik tanggam yang unik.

Jika anda mempunyai kesabaran dan pengetahuan yang benar...saya akan pimpin tangan
anda ke lautan rahsia yang menakjubkan.Saya akan ceritakan kepada anda epik dari
riwayat rahsia yang memakan masa beribu-ribu tahun yang silam.Saya akan bukakan
rahsia Borobudur sebagai balai cerap perbintangan dan Angkor Wat yang dibina dari kota
purba Sailendra kuno.Saya akan bacakan kepada anda riwayat-riwayat Melayu yang
ditulis dalam bahasa Thai,Mon dan Khmer.Saya akan pimpin tangan anda mengeja nama
bangsa sendiri yang terukir di atas batu bersurat nenek moyang.

...dari runtuhan dan puing-puing ini,aku tuliskan riwayat silamku yang terahsia...
Kukesat darah dan keringat di atas nisan sejarahku...
ku ukir kembali sejarah bangsa di atas air mata dan peperangan...
Semoga suatu hari nanti...ada anak bangsa yang mengerti perasaan hatiku...

Saya,Srikandi... cucu kepada pemegang riwayat terahsia ini dengan penuh rasa rendah
diri membawakan kepada anda,

ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU VOLUME 3.5 "THE HOUSE OF BANI


JAWI"

~Srikandi
The House of Bni Jawi
Posted by Mistis Organization at 6:37 AM
548

Tuesday, April 12, 2011

Alter Terahsia Bangsa Melayu XIII

Selamat datang ke Gua Rahsia!Cucu semua masih ingat pada Atuk ya?Rindu Atuk pada
cucu-cucu semua.Sudah beberapa purnama kita tidak bersua.Cucu-cucu semua mari
mendekat pada Atuk.Atuk mahu bercerita.

Sebenarnya cu...orang Melayu telah ada sejak zaman pemerintahan Nabi Sulaiman a.s
iaitu ketika Kerajaan Israel Raya naik memerintah.Kerajaan ini antara kuasa besar dunia
ketika itu,malah kuasa dunia utama yang tidak terkalahkan.Sejak zaman-
berzaman,pengetahuan tentang emas dari Nusantara telah terakam dalam kitab-kitab
Ibrani dan Suryani Kuno dan ini memandu kepada penjelajah Eropah seterusnya untuk
mencari 'The King Solomon's Mines' yang sebenar.Tidak ada satu tempat di dunia yang
dirakam dalam peta-peta kuno sebagai 'bumi emas' mahupun 'semenanjung emas',selain
bumi di mana orang Melayu tinggal.Pulau Sumatera di mana etnik-etnik Melayu tinggal
juga dijoloki sebagai 'Pulau Emas'.Dari mana Atuk tahu bahawa bumi kita ini telah
disinggahi kapal-kapal dari Israel Raya?Melalui kitab-kitab Hindu seperti Purana.Kitab-
kitab Sanskrit ini pula mengambil cerita-cerita atau hikayatnya dari kitab-kitab lain yang
lebih kuno,terutamanya dari kitab Avestan,iaitu dalam bahasa Parsi Kuno.Di dalam kitab
Avestan ini pula tercatat kisah-kisah Raja Babilon dan peperangannya dengan jiran
sekitar,antaranya Kerajaan Israel Utara,Kerajaan Samirah juga Judah.Selepas perpecahan
Empayar Israel Raya,dan perluasan kuasa oleh bangsa Chaldea dan Emperor-emperor
Babilon,kisah 'syurga emas dari Timur' meniti di bibir-bibir dayang-dayang di
Etemenanki dan Gerbang Ishtar.Mereka memandang perhiasan Haikal yang
bergemerlapan dan tertanya-tanya dari manakah semua kekayaan emas ini didapati oleh
Bani Israel.
549

Tahukah cucu-cucu semua,bahasa Melayu Kuno era Sriwijaya yang tertinggal di


Kepulauan Filipina dan sekitarnya masih mengekalkan begitu banyak kosa kata Ibrani
Kuno (Ancient Hebrew) dan Kanaan (Phoenicia)?

Atuk akan ceritakan satu legenda seorang raja yang memerintah bumi Malayu beribu-ribu
tahun dahulu.Dan peradaban raja ini menjadi inspirasi kepada para pembina piramid di
Mesir dan Amerika Tengah.Segala aura Ketuanan Melayu berasal dari raja misteri ini dan
dia berkuasa mutlak ke atas tanahairnya.Raja ini amat gagah dan tidak berputus asa
melawan segala musuh durjana.

Sebelum itu,ada perkara yang Atuk terlupa nak tunjuk pada cucu.Tanpa benda ini Atuk
tidak boleh bercerita.Ya,peti-peti kita.Lihat di sana satu peti besar yang bertulis perkataan
'Wangsa Malayu'.Di dalamnya ada gulungan-gulungan watikah yang bertulis dinasti-
dinasti Melayu Kuno seperti Dinasti Teratai,Dinasti Seroja,Dinasti Mala,Dinasti Raja
Gunung hingga kepada Dinasti Sriwijaya.Sebelum 300 tahun SM kita tidak tahukah
apakah dinasti-dinasti Melayu yang memerintah Nusantara ini.Sehinggalah catatan-
catatan pada tembok kuil di Mesir dan tulisan pada Makam Raja-raja mengesahkan nama
satu dinasti purba dari 'Tanah Nenek Moyang'.

Sila lihat satu peti kecil di dalamnya. Ya...ini dia...Matahari.

"THE CHRONICLES OF MATAHARI"


550

"Others say that he is Heru-ur (the Old Horus), who dwelleth in Sekhem; others say that
he is Thoth; others say that he is Nefer-Tem; and others say that he is Sept who doth
bring to nought the acts of the foes of Nebertcher"

(Papyrus of Nebseni,The Egyptian Book of The Dead)

Sejarah bangsa Melayu secara kontemporarinya hanya diketahui seawal Sriwijaya.Paling


awal pun kerajaan Champa di Vietnam kini (sejak Funan masih menjadi perdebatan).Oleh
kerana orang Champa dahulu bertempat di Vietnam yang kini menjadi sebahagian dari
Indochina,maka anak-anak Melayu mungkin tidak menyedari terdapat suku Melayu yang
membuka kerajaan yang memiliki peradaban maju di Vietnam.Suku Melayu Cham ini
mempunyai bahasa yang secara linguistiknya cenderung kepada bahasa-bahasa
Austronesia berbanding jiran-jirannya seperti Mon-Khmer atau Sino-Tibetan.Orang
Champa punya kaitan rapat dengan suku-suku Melayu yang lain.Sebab itu apabila raja-
raja Champa memeluk Islam,anehnya,selepas itu raja-raja Melayu di Sumatera,Borneo
dan Semenanjung mula mengikut jejak raja Champa,menunjukkan pertalian antara
Champa dengan dunia Melayu bukan sekadar bahasa tetapi talian persaudaraan.Raja
Khmer,Thai mahupun Burma tidak pula memeluk Islam,berbanding raja Patani atau
kerajaan di dunia Melayu yang lain.

Apabila seseorang mendapat hidayah dan kebenaran,sudah tentu dia mahu


mengkhabarkannya kepada saudara-saudaranya.Inilah yang berlaku kepada raja-raja
Champa yang menghantar para mubaligh agama ke serata Nusantara untuk membantu
menyebarkan Islam.Kadangkala kita keliru,dengan budaya Champa ini.Kadang-kadang
apabila disebutkan peranan mubaligh Champa kebanyakan kita tersilap dengan
mentafsirkannya kepada mubaligh dari Cina.Suku Melayu Champa memang rata-ratanya
berkulit cerah dan memiliki mata sepet disebabkan kahwin campur dengan orang
Cina,Mon atau Khmer.Kadang-kadang apabila terdapat senibina Champa di dalam
masjid-masjid lama,kita cenderung mengatakan ia adalah senibina masjid Cina.Sejarah
Champa lebih dekat dengan negeri Kelantan.Dan pendakwah-pendakwah awal di
Kelantan dulu banyak datang dari Champa.Perkataan Melayu purba juga kebanyakan
punya persamaan dengan bahasa Champa.Salah satu perkataan yang terkenal adalah
'orang'.Pada satu prasasti abad ke-2 Masehi milik kerajaan Champa ditemui perkataan
'eurang' merujuk kepada manusia terukir dalam tulisan aksara.Di dalam lagenda Melayu
Indochina,pada zaman dahulu terdapat satu kaum yang asyik berperang dengan dinasti
China di utara.Akhirnya kaum ini menang perang dan membuat sempadan negara untuk
mengelakkan raja China mengganggu lagi tanah-tanah kaum ini.Kaum ini digelar Jawaka
551

dan merupakan pewaris kepada satu tamadun purba yang hilang di Indochina.Kaum
Jawaka ini muncul dalam teks-teks kuno Sri Lanka berbahasa Pali,catatan-catatan
pengembara Arab dan Parsi serta riwayat-riwayat dinasti China.Anehnya kaum Jawaka ini
punya rujukan silang yang bertindan dengan nama 'Melayu' di mana raja Melayu bagi
dinasti Seroja (Pathomwangsa) di Tambralingga juga disebutkan di dalam riwayat
berbahasa Pali sebagai 'raja Jawaka'.Dalam log-log istana Maharaja China juga
menyebutkan nama 'Mo-lo-yu' atau 'Ma-li-yue' merujuk kapada Zabag,sebuah kerajaan
maritim yang unggul di laut selatan.Zabag pula adalah istilah para pedagang Arab dan
Parsi,berasal dari perkataan 'Jawak' iaitu Jawaka.

Lihat,mengkaji sejarah Melayu memerlukan kita meneropong dari banyak sumber.Jika


tidak,kita akan gagal mencantum sebegitu banyak misteri yang tersembunyi dalam
sejarah Kemelayuan.Kita tidak boleh menggali sumber-sumber dari dalam Malaysia atau
Indonesia sahaja,tetapi mesti menerawang ke seluruh pelusuk dunia.Profesion purba
bangsa Melayu sebagai pelaut,pengembara dan pedagang adalah MASALAH TERBESAR
untuk kita menggapai sejauh mungkin tarikh-tarikh yang ada.Orang Melayu gemar
membina negarakota-negarakota di merata tempat dan apabila kalah berperang,mereka
segera berpindah ke tempat lain.Segala peradaban dan kesenian tinggalan orang Melayu
tadi menjadi milik orang lain.Sebab itu 'bekas-bekas' tangan bangsa Melayu berada di
tempat lain.Contohnya di Kemboja.Para sejarahwan mereka mengakui bahawa dinasti-
dinasti awal Kemboja adalah raja-raja Melayu,dan mengesahkan bahawa raja Khmer
pertama ialah Jayavarman II yang menubuhkan Angkor,setelah bertahun-tahun belajar
sistem pentadbiran dari dinasti Melayu Sailendra di bawah naungan Emperium
Sriwijaya.Sebelum penubuhan Angkor kerajaan orang Khmer adalah Chenla dan ini
adalah kerajaan di utara Kemboja.Chenla menjadi dominan setelah berhasil menakluk
Funan melalui taktik perkahwinan kerabat diraja.Kemudian Chenla telah dikalahkan oleh
Sriwijaya dalam peristiwa 'Kepala Maharaja Zabag' yang popular itu,terakam dalam
catatan pengembara Arab,Mas'oudi dan riwayat-riwayat Buddha di Kemboja.Chenla
552

dikalahkan melalui serangan laut dengan beratus-ratus kapal perang dihantar oleh
Maharaja Sriwijaya.Sebab itu sebagai taktik,Jayavarman II yang belajar dari kesilapan
Chenla memindahkan ibukota kerajaan barunya jauh ke daratan,untuk mengelakkan
serangan dari laut.

Orang Melayu khususnya di Malaysia sememangnya tidak biasa mendengar tentang


Sriwijaya berbanding Melaka hanya kerana sejarah Kesultanan Melaka jelas dan masih
baru berbanding usia lebih 1000 tahun Empayar Sriwijaya.Satu faktor yang pasti ialah
pelabuhan Melaka amat terkenal di sebelah barat sehingga mendapat jolokan 'Venice
Timur' kerana kekayaannya.Di era Kesultanan Melakalah orang Melayu mula belajar
berdagang dengan bangsa-bangsa Eropah yang mula menemui jalan laut ke
Timur.Kejatuhan Melaka juga berpunca dari orang Eropah dan ini menguatkan lagi
kewujudan Melaka melalui catatan-catatan orang Eropah.NAMUN BAGAIMANA
CARANYA KITA TAHU TENTANG SRIWIJAYA?

Dari pengembara Arab,Parsi,pedagang China dan India.Juga dari kaum-kaum Asia


Tenggara yang lain seperti Khmer,Thai,Mon dan Burma.

Inilah harapan untuk kita belajar bagaimana nenek moyang kita membina satu empayar
maritim BUKAN SEMUTLAKNYA DI ATAS PENGUASAAN TENTERA tetapi berdiri di
atas HEGEMONI PERDAGANGAN DAN PRESTIJ.

Sejak diketahui bahawa terdapat satu empayar kuno yang pernah menguasai Asia
Tenggara,sejarah orang Melayu seakan-akan naik lagi setakuk berdasarkan kronologi
masa.Dahulu orang Melayu memikirkan bahawa mereka lahir dari Kesultanan
Melaka.Sebelum itu,entah...ada yang meracau-racau mengatakan berasal dari anak raja
India atau berasal dari orang Cina berkahwin dengan India.Ada yang mengigau berasal
dari Siam.Tetapi penemuan prasasti-prasasti berbahasa Melayu kuno,terutamanya
Prasasti Kedukan Bukit menyingkap satu RAHSIA YANG AMAT BESAR.Orang Melayu
sudah ada sebelum Kesultanan Melaka!Benarlah penjajahan merupakan vakum yang
telah mengkuarantinkan orang Melayu dari mencapai sejarah agung mereka di luar
kepompong sejarah Melaka.
553

Sejak itu para pengkaji sejarah;kebanyakannya dari luar dan sejarahwan Indonesia mula
mengkaji tentang misteri empayar Sriwijaya.Semua 'puzzle' yang ditemui di Kemboja,
Thailand,Indonesia,Malaysia dan Filipina akhirnya terjawab dengan kewujudan satu
empayar 'thalassocracy' yang paling berpengaruh di seluruh Asia Tenggara. Kebingungan
para pengkaji dan ahli arkeologi yang menemui prasasti-prasasti berbahasa Melayu Kuno
di merata tempat di samping gelaran-gelaran dinasti Melayu di Kemboja,Thailand dan
seluruh Asia Tenggara serta para pembesar mereka di Filipina selesai dengan nama ini;
Sriwijaya.Ketika para pengkaji luar sibuk meneliti empayar agung ini,para sejarahwan
Malaysia masih duduk di dalam kepompong sejarah Melakanya bermalas-malasan.Lepas
itu mengeluarkan kenyataan pelik bahawa orang Melayu tidak mampu bina kapal besar,
malahan sanggup berhabis beribu-ribu ringgit membina replika kapal Flor de La Mar yang
menyerang Melaka!Ini satu kedunguan para sejarahwan Malaysia. Sebab itu ada menteri
Malaysia yang mengeluarkan kenyataan tidak berpelajaran mengatakan bahawa orang
Melaka berperang hanya menggunakan tombak dan keris sahaja. Orang Melaka memang
kalah dengan kuasa Portugis tetapi bukan sebab berperang dengan keris,tetapi dikhianati.

Tahukah anda bahawa beratus-ratus kapal pedagang,kapal perang atau kapal pelaut
Sriwijaya masih tersadai di dasar laut Selat Melaka,Laut Champa (Laut China Selatan)
dan sekitar Borneo?Tetapi ini hanya heboh di Indonesia.Ketika orang Melayu Malaysia
mengetuk-ngetuk kepala menangisi kebodohan sejarah bangsa yang kononnya tidak
mampu membuat sebatang jarum,pakar-pakar perkapalan Eropah telah menemui kapal-
kapal Melayu dengan teknik pembuatan kapal 'sewn-plank and lashed-lug' di mana teknik
ini hanya digunakan oleh orang Melayu sahaja ketika era Sriwijaya.Pakar arkeologi
maritim,Pierre-Yves Manguin merasa amat terkejut ketika era Sriwijaya,pembina kapal
Nusantara telah mencipta teknik pembuatan kapal yang amat maju,jauh dibandingkan
dengan contoh-contoh tongkang China sezaman dengannya.
554

Dari mana kita tahu kewujudan Sriwijaya?Dari para pengkaji luar.Goerge Coedes dari
L'École française d'Extrême-Orient,sebuah institusi kajian sosio-budaya Asia telah
menemui rahsia satu empayar maritim yang hilang ketika menafsirkan catatan-catatan
kuno China berkenaan 'Sanfotsi' dan prasasti-prasasti berbahasa Melayu Kuno berkenaan
'Sriwijaya'.Tidak ada bukti bertulis tentang Sriwijaya seperti kitab-kitab atau rekod dalam
bahasa Melayu sebagaimana Kesultanan Melaka yang dirakan kewujudannya dalam
Sulalatus Salatin.Kita hanya mengharapkan rekod-rekod dari dinasti-dinasti China serta
bukti perdagangan seperti bangkai kapal atau artifak.Satu tindakan yang bijak oleh raja-
raja dahulu ialah mereka senantiasa menghantar duta ke Negeri China untuk menjalin
hubungan diplomatik.

Jika yang demikian bagaimana sebelum era Sriwijaya?Adakah orang Melayu hanya wujud
ketika bermulanya Sriwijaya?

Tidak,kerana terdapat konsep 'city-states' Melayu yang berselerak di seluruh Nusantara


sebelum era Sriwijaya.Terdapat kerajaan yang bernama Melayu di Sumatera yang
mengeksport emas, juga kerajaan yang bernama Melayu di Segenting Kra.Terdapat juga
kerajaan purba di Pahang yang dicatat dalam rekod Maharaja China,juga tercatat nama
'Dungun' sebagai satu pelabuhan kuno dalam senarai pelabuhan pada satu rekod China
Purba sekitar 1 Masehi!

Kita tidak tahu bilakah sebenarnya Sriwijaya bermula kerana rekod dari I-Tsing itu adalah
ketika Sriwijaya mencapai tahap kemuncaknya.Apa maksud dari semua misteri ini?

SEBENARNYA SEMAKIN DALAM KITA MENGKAJI SEJARAH


MELAYU,SEMAKIN JAUH KITA MENGGAPAI MASA SILAM. Dan sejarah
Melayu mampu ditelusuri sehingga ke zaman Mesir Purba!
555

Mengapa begitu?Charles Robert JOnes,seorang ahli American Research Center di Mesir


telah menemui bahawa terdapat pengaruh Mesir Purba di dalam beberapa sisi budaya
Melayu.Pertama sekali bahasa terutama bahasa Melayu Sumatera.Yang paling
mengejutkannya ialah penemuan perkataan 'Maatheru' yang punya padanan ketara
dengan perkataan 'Matahari'.'Heru' adalah 'god-king' dalam tradisi Mesir Purba dan
diterjemahkan kepada Horus dalam bahasa Greek.'Maat' bermaksud 'eye' dalam bahasa
Inggeris.Jones mendapati orang Mesir purba seolah-olah 'menyingkatkan' sebutan
perkataan dalam bahasa Melayu.Contohnya 'baik' (good) menjadi 'bw/bai' dalam bahasa
Mesir Purba.'Hawa' (hot breath) menjadi 'hh' (diterjemah dari hiroglief).'Agak'
(approximately) menjadi 'aga'.

Mata (eye) menjadi 'maat'!

Bagaimana orang Melayu menggabungkan perkataan 'maat' dan 'heru' menjadi 'matahari'
yang merujuk kepada 'sun'?SIAPAKAH KITA SEBENARNYA?

Terdapat banyak lagi perkataan dalam bahasa Melayu yang punya persamaan dengan
bahasa Mesir Purba.Adakah pembina piramid adalah berasal dari suku Austronesia?Ini
yang memeningkan para pengkaji American Research Center.

Terdapat rahsia besar di sini.Beribu-ribu tahun dahulu,terdapat hubungan yang erat


antara Mesir Purba dengan The Land of Gods.

Kod-kod Rahsia dari The Valley of Kings

Terdapat banyak rahsia sebenarnya yang tidak mampu difahami oleh Egyptologist dan
pengkaji sejarah Mesir Purba.Ini kerana mereka tidak punya pengetahuan pada masa
yang sama tentang orang Melayu dan etnik-etnik Austronesia.Di Lembah Raja-raja,iaitu
kompleks makam para Firaun,terdapat ukiran kapal-kapal besar yang dibina untuk
perjalanan jarak jauh.Para pengkaji 'Ekspedisi Punt' kerap mengaitkan Punt terletak di
Afrika,tepatnya di Somalia atau orang Phoenicia.Namun apa gunanya kapal-kapal besar
itu?Orang Mesir Purba diketahui bukanlah pembuat kapal yang mahir dan sering
dikhabarkan bahawa kapal-kapal Mesir Purba tidak dapat bertahan lama di laut dan
sering tenggelam (kebiasaannya mereka membinanya dari batang-batang jerami).Jika
Punt di Somalia,bukankah lebih senang membuat ekpedisi dengan berjalan kaki sahaja
daripada mengambil risiko berlayar di Laut Merah?Namun gambar-gambar kapal besar di
Luxor itu menceritakan rahsia besar hubungan keturunan raja-raja Mesir dengan apa
yang dinamakan 'Tanah Nenek Moyang'.
556

Sebelum kita membongkar lagi rahsia dari Lembah Raja-raja,mari kita belajar bagaimana
kod-kod rahsia dari hikayat-hikayat Melayu dapat dipecahkan.Sulalatus Salatin adalah
teks semi-sejarah yang banyak menyimpan rahsia bangsa Melayu.Kesimpulan yang jelas
dari teks ini ialah betapa hubungan antarabangsa orang Melayu pada masa dahulu amat
signifikan dan terampil.Raja-raja Melayu menjalinkan hubungan diplomatik,menghantar
duta,mengadakan perkahwinan dengan raja/puteri luar dan menerima kunjung
hormat.Salah satunya Raja Suran.Raja Suran bukanlah orang Melayu tetapi satu raja
purba yang keturunannya telah berkahwin dengan anak Demang Lebar Daun,pemerintah
Palembang.Siapakah Demang Lebar Daun?Baginda kemungkinan adalah pemerintah
kerajaan Melayu yang kembali bebas atau pemerintah Dharmasraya setelah hegemoni
Sriwijaya merosot.Raja Suran sering dikaitkan dengan Rajendra Chola I yang menyerang
pelabuhan-pelabuhan Sriwijaya.Dalam Sulalatus Salatin,Raja Suran adalah keturunan
Raja Kinda Hindi yang telah dikalahkan oleh Iskandar Zulkarnain.Rajendra Chola pula
keturunan Tamil-Dravidia.Bila disebut 'Hindi' maka kita mestilah membayangkan
kerajaan-kerajaan utara India seperti Maurya,Gupta atau Pala.Setidak-tidak pun Empayar
Kushan atau Gandhara.

Di dalam Purana dan Mahabharata,tercatat nama kaum-kaum utara yang dinamakan


'gerombolan barbarian' seperti Yavanas,Sakas,Pahlavas,Hunas dan Kambojas (terdapat
banyak lagi seperti Parasikas,Kiratas) yang sering menyerang perbatasan utara
India.Yavana atau Yona sebenarnya sebutan lidah Sanskrit kepada Ionia,wilayah yang
terletak di Anatolia sekarang,dahulunya di bawah pengaruh Hellenistik Greek.Lidah Arab
menyebutnya sebagai Yunani,dan ini diikuti oleh lidah Melayu.Hunas adalah kaum
Hun,salah satu kaum gasar berkuda seperti Scythia atau Sakas dalam sebutan
Sanskrit.Pahlavas ditafsirkan sejarahwan kepada Pahlavi atau Parthia,satu kerajaan barat
laut Iran.Dan akhirnya Kambojas iaitu kaum Kamboja dari kelompok Aryan yang
berbahasa Avestan.
557

Semua kaum-kaum utara ini (sama ada dipengaruhi oleh Hellenistik mahupun Parsi)
kemungkinan adalah bayangan kepada 'Iskandar Zulkarnain' yang mengalahkan 'Raja
Kinda Hindi'.Kemudian Iskandar Zulkarnain telah mengahwini puteri Raja Kinda
Hindi.Keturunannya inilah melahirkan Raja Suran dan dari keturunan Raja Suran ini ada
yang berlayar ke Sumatera dan berkahwin dengan anak raja Melayu.

Salah satu negeri yang diserang Raja Suran ialah Gangga Negara yang dikatakan terletak
di Perak.Tetapi dalam Inskripsi Tanjore tidak disebut Gangga Negara atau Gangganagar
sekalipun.Kewujudan Gangga Negara hanya diketahui dalam Sulalatus Salatin dan
Hikayat Merong Mahawangsa sahaja dan tiada prasasti yang menyebut nama kerajaan
ini.Kajian oleh Colonel James Low pada tahun 1849 pula hanya menjejak satu kerajaan
purba lain iaitu Kerajaan Beruas.Kerajaan ini adalah lebih tua dari Kesultanan Melaka
dan mungkin sezaman dengan Langkasuka.Beliau hanya mengagak bahawa terdapat satu
kerajaan yang lebih tua dari Kerajaan Beruas ini.

Apakah maksud dari semua ini?

SEBENARNYA KISAH RAJA YANG MENEUTRALKAN MONOPOLI


EMPAYAR-EMPAYAR MARITIM MELAYU TELAH BERLAKU BERULANG
KALI.

Sebelum Rajendra Chola datang menyerang pelabuhan-pelabuhan Sriwijaya,cara yang


sama juga telah digunakan oleh raja-raja sebelumnya setiap kali empayar maritim
Nusantara memonopoli cukai dan perdagangan di Selat Melaka.

Cuba teka,mengapa Portugis menyerang Kesultanan Melaka,satu lagi empayar maritim


Melayu selepas Sriwijaya?MONOPOLI PERDAGANGAN REMPAH.

Raja Suran menyerang Tanah Melayu sehingga ke Temasek kemungkinan untuk


memusnahkan monopoli satu empayar maritim sebelum Sriwijaya.Dalam Sulalatus
Salatin,telah diceritakan Raja Suran kononnya mahu menundukkan China kerana semua
kerajaan tunduk kepadanya kecuali China.Dalam perjalanan dari Benua Keling,Raja
Suran telah berperang dengan kerajaan-kerajaan di Tanah Melayu sehingga sampai ke
Temasek.Sampai ke Temasek,raja Suran telah bertanya kepada para pedagang China yang
singgah di sana berapa lamakah perjalanan ke negeri China.Namun pedagang itu yang
tahu Raja Suran mahu menyerang negerinya telah membuat helah supaya Raja Suran
membayangkan letaknya negeri China itu terlampau jauh.Setelah itu Raja Suran pun
membuat satu peti kaca dan masuk ke dalamnya lalu ditenggelamkan ke dalam air.Selepas
558

puas melihat dunia bawah air,diceritakan Raja Suran telah membuat satu batu peringatan
yang menerangkan segala penaklukannya ke atas Tanah Melayu sehingga ke Temasek.

Menariknya,Batu Bersurat Singapura yang dijumpai ketika Stamford Raffles 'membuka


Singapura' menceritakan perkara yang sama seperti yang tertulis di dalam Sulalatus
Salatin!Terdapat kisah Raja Suran yang menakluk semenanjung hingga ke
Temasek.Catatan pegawai Stamford Raffles juga menceritakan penemuan satu batu yang
amat besar di muara sungai Singapura.Kedudukan batu itu amat aneh dan terdapat
inskripsi yang sukar dibaca terukir pada batu.Mereka cuba menggunakan asid untuk
menimbulkan tulisan tetapi masih sukar dibaca.Pegawai Inggeris ini menyimpulkan batu
besar itu adalah batu yang pernah diangkat oleh Badang,satu watak legenda dalam
Sulalatus Salatin.

Terdapat satu rahsia tentang kewujudan Sulalatus Salatin.Pada permulaan kata-kata yang
menerangkan sebab Tun Seri Lanang menyusun kitab itu:

"Pada antara itu ada seorang Orang Besar, terlebih mulianya dan terlebih besar
martabatnya daripada yang lain. Maka ber¬kata ia kepada fakir, "Hamba dengar ada
Hikayat Melayu dibawa oleh orang dari Goa; barang kita perbaiki kiranya dengan
istiadatnya, supaya diketahui oleh segala anak cucu kita yang kemudian daripada kita,
dan boleh diingatkan oleh segala mereka itu. Dan adalah beroleh faedah ia
daripadanya."

Goa di sini bukanlah Goa di India,tetapi kerajaan Gowa di Sulawesi.Semasa kejatuhan


Melaka,rakyat,tentera mahupun perompak telah melarikan banyak khazanah dari istana
berupa kitab-kitab atau hikayat-hikayat.Sebahagian khazanah itu telah dikumpulkan di
Gowa,satu kerajaan yang punya hubungan erat dengan Kesultanan Melaka.Ketika
Kerajaan Johor-Riau sudah stabil dan menguasai kembali perdagangan selat,di zaman
Tun Seri Lanang itulah,para pedagang Melayu telah berlayar ke Sulawesi dan singgah di
pasar-pasarnya.Salah satu jualan di sana ialah jualan kitab-kitab,manuskrip dan
hikayat.Pedagang-pedagang Melayu telah membeli mana-mana kitab atau manuskrip
yang sempat dan dari sinilah Orang Besar itu meminta Tun Seri Lanang menyusun
kembali semua manuskrip itu menjadi Sulalatus Salatin yang kita tatap pada hari ini.Ini
bermakna terdapat puluhan malah ratusan lagi hikayat-hikayat Melayu di Gowa itu.Dari
sinilah kemungkinan besar para pengarang La Galigo mendapat ilham mengarang hikayat
panjang tersebut.

Di antara manuskrip-manuskrip tersebut, terdapat sebuah manuskrip yang menceritakan


559

seorang raja yang memerintah Nusantara lama sebelum lahirnya Raja Suran.Raja ini juga
mempunyai empayar maritimnya sendiri,cara yang akan berulang-rulang kali muncul
selepasnya.Namanya ialah Hari.

Beribu-ribu tahun sebelum wujudnya Sriwijaya,Emperor Hari telah berkuasa di The Land
of Gods.Kuasa yang paling dicemburui oleh para musuhnya ialah:

Perdagangan maritim.

------------------ X * X--------------------

Bibliografi:

-Sulalatus Salatin,A. Samad Ahmad


-Journal of the Asiatic Society of Bengal Vol XVII,Part II-July to December
-Specimen C,frame no.176 inscribed stone,Luxor.
-Specimen G,frame no.67 west block (?),3rd tomb
-Inscription found in Province Wallesley,Col.James Low.
-Note on the Inscription from Singapore,Hons. Col. Butterworth,C.B,James Low.
-In The History of Sumatra, William Marsden
-Phoenician Characters In Sumatra," Part 6, (1892-1895)
-Edouard Naville, "The Naval Expedition to the Land of Punt," The Temple of Deir El
Bahari, III (London: Egypt Exploration Fund, 1884) Plates LXXVIII-LXXXI
-Margaret Bunson, The Encyclopedia of Ancient Egypt, (New York: Facts on File, 1991)
-Munoz, Paul Michel, (2006), Early Kingdoms of the Indonesian Archipelago and the
Malay Peninsula, Editions Didier Millet.
-Po Klaus Garai Inscription (BEFEO IX, Notes D'epigraphie: Nouvelles incriptions de Po
Klaus Garai, Louis Finot)
-Chronicles of Chiang Mai
-From the Red to the Med,Harry Bourne

---------------------------------------------

Next....
560

Alter Terahsia Bangsa Melayu XIV

"The Federation of Maritime Powers & Seaports"

-Siapakah Srivijaya?
-Dari mana kita tahu tentang Srivijaya?
-Pelbagai hipotesis tentang Srivijaya
-Siapakah Maharaja Zabag?
-catatan Mas'udi
-Siapakah Sribhoja?
-Dari mana asal-usul Srivijaya?
-Srivijaya sebagai sebuah empayar
-Penakluk Segala Pelabuhan
-"Maharaja Seluruh Kepulauan"
-The Guardian of Malacca Straits
-Srivijaya sebagai pengasas hegemoni perdagangan
-Monopoli dan prestij Srivijaya
-Siapakah orang Bugis,Bajau Laut,Orang Laut dan Sulu?
-Profesion purba Bangsa Melayu
-'The Eastern Norsemen and Phoenicia'
-Dari Madagaskar sehingga ke Hawaii

Riwayat Melayu telah tenggelam ke dasar lautan yang dalam...bersama-sama MistisFiles


kita cari kembali hikayat bangsa!

Posted by Mistis Organization at 7:28 PM


561

Tuesday, April 12, 2011

Alter Terahsia Bangsa Melayu XIV

Hujan rintik-rintik di luar.Suasana di Bangkok pagi itu sejuk sekali.Lelaki muda itu
menyelak langsir,melihat dari luar bangunan National Library of Thailand.Dia merenung
titis-titis hujan terjun di jalanan yang becak.Memorinya ligat mengingat-ngigat kata-kata
anak buahnya;seorang pelatih dalam bidang arkeologi yang berkerja di Sumatera.

"Monsieur,dengarlah kata-kata saya ini...mereka telah menjumpai berpuluh-puluh


prasasti menakjubkan terbenam di dalam lumpur.Saya telah membaca laporan dari ketua
ekspedisi...dan apa yang saya beritahu dahulu..."

"San fo qi?"

"Saya telah beritahu tuan bukan?"

Lelaki muda itu kelihatan resah.Dia mundar mandir di dalam ruang pejabat,kemudian
terus duduk di hadapan meja kerjanya sambil kedua-dua tangannya menggenggam
;sambil bermain dengan jari-jemarinya.Di atas mejanya terletak satu plat tembaga
berkilat yang terukir namanya:Georges Coedès

"Di Ligor,mereka telah menjumpai satu batu yang terukir tulisan-tulisan yang amat
kuno.Orang aku telah meminta sami-sami Buddha menterjemahkan erti dalam batu
bersurat itu,namun sami-sami itu semuanya tidak berguna!Aku terpaksa mengupah
seorang pandit tua dari Ceylon yang tahu bahasa Sanskrit dan Pali.Dia mengesan
beberapa perkataan yang boleh dibaca,namun ada perkataan-perkataan yang tidak
mampu diterjemahkan," Coedes teringatkan kata-kata sahabatnya di Paris,beberapa
minggu selepas dirinya dilantik menjadi pengarah di National Library of Thailand.

"Apa isinya?"

"Nama seorang Maharaja..."

Coedes menyelak helaian-helaian jurnal di atas meja.Dia terpandang satu perkataan di


hujung perenggan:Lo-Yue

"Aku tidak setuju!Kamu lihat apa keadaan orang-orang di sini,mustahil mereka boleh
membina sesuatu sehebat itu?"
562

"Apa masalahnya?Mundur?Terjajah?"

"Kamu tahu apa yang Raffles tulis?"

Coedes mencebik bibir sambil tersenyum mengejek,"...dan kamu tidak tahu apa yang
ditulis Raffles selepas dia menjumpai Borobudur..."

Lelaki muda itu masih termenung mengingatkan dialog antara dirinya dan sahabat
baiknya setahun yang lepas.San fo qi,hatinya berbisik.Kepalanya ligat memikirkan misteri
itu.Dia bangun lalu mengambil laporan-laporan tebal yang berisi koleksi rekod-rekod
China Purba berkenaan kerajaan-kerajaan di Asia Tenggara.San fo qi dan Sribhoja adalah
benda yang sama,detik hatinya.

"Monsieur...ingatlah kata-kata saya ini,di sana...beribu-ribu tahun yang silam...terdapat


satu empayar yang amat megah.Mereka menjalankan perdagangan maritim yang amat
berjaya;dari Sumatera hingga ke Visaya.Dari Jawa hingga ke Kemboja.Mereka berdagang
dengan dinasti-dinasti China,dagangan mereka sampai ke India dan tiba sejauh Empayar
Rom dan menembusi runtuhan Persepolis.Monsieur,rahsia yang paling tersembunyi
adalah kemegahan yang tidak terbandingkan."

Coedes tiba-tiba tersentak.Matanya melilau sambil tangan kanannya mencari-cari hadiah


pemberian pelatih arkeologi itu kepadanya.Kemudian dia mengeluarkan perlahan-
lahan,satu syiling purba yang diperbuat dari emas tulen.Kilauan aneh dari syiling emas itu
begitu mempesona.

Srivijaya,Coedes berbisik.

"...Monsieur,rahsia yang paling tersembunyi adalah kemegahan yang tidak


terbandingkan..."

THE FEDERATION OF MARITIME POWERS & SEAPORTS


563

"Srivijaya is remembered today not for its temples or even its own literary records but
in the literature of foreign countries, whose merchants enjoyed the facilities of the
Malay seafarers "

( O. Wolters )

Tidak dinafikan,kewujudan sesuatu entiti itu adalah disebabkan kesan-kesan yang


ditinggalkan.Peradaban Assyria jika dikaji dari segi kota-kota atau bangunan-
bangunan...memang hampir tiada dan hampir mustahil untuk dibuktikan
kewujudannya.Ibukotanya,Nineveh kini sudah rata menjadi pasir.Namun adakah
peradaban Assyria itu tidak wujud hanya disebabkan Nineveh sudah hilang dari muka
bumi?

Peradaban Assyria wujud disebabkan beratus-ratus prasasti,manuskrip,catatan-catatan


ahli sejarah,helaian-helaian kitab agama dan rekod-rekod kerajaan yang akhirnya
membuktikan bahawa peradaban ini benar-benar wujud.Sebab itu,walaupun Nineveh
hanya tinggal lagenda,keberadaannya mampu dibuktikan melalui sumber-sumber bertulis
yang lain.Inilah yang terjadi kepada empayar maritim ini;Sriwijaya.

Pada tahun 1918,selepas beberapa tahun meneliti,akhirnya George Coedès dari École
française d'Extrême-Orient (Institut Kajian Timur Jauh Perancis) yang ketika itu
berkedudukan sebagai pengarah telah mengemukakan satu nama yang kemudiannya
membuka satu rahsia besar kepada sejarah Asia Tenggara.Beliau mendapati terdapat satu
empayar maritim yang hilang di Asia Tenggara di mana bukti kewujudannya berada
dalam pelbagai bentuk sumber;dari prasasti,rekod dari China,riwayat dari India dan Sri
Lanka,serta catatan-catatan pengembara Arab dan Parsi.Beliau mendapati nama 'Sanfotsi'
yang tercatat di dalam rekod-rekod kuno China adalah entiti yang sama dengan 'Sribhoja'
yang terdapat dalam teks-teks Arab dan India.Beliau juga merujuk entiti yang sama
muncul dalam prasasti-prasasti yang ditemui di Sumatera,tertulis dalam bahasa Melayu
Kuno.Teks-teks China juga kadangkala menyebutkannya sebagai 'Shilifoshih' sementara
Sumatera muncul dalam manuskrip-manuskrip kuno dengan nama 'San Fo Qi' atau
'Sanfotsi'.

Goerge Coedes telah menjumpai satu empayar maritim yang dahulunya amat berkuasa di
Asia Tenggara!

Penemuan Coedes ini telah mencantum beratus-ratus 'puzzle' yang lain;empayar yang
sama disebut dalam rekod-rekod China,prasasti di Nusantara dan India,juga catatan-
catatan pengembara Arab dan Parsi.Kesemua rekod-rekod luar negara ini pula bertepatan
dengan prasasti-prasasti yang ditemui di seluruh Asia Tenggara.Antaranya Prasasti
Ligor,Prasasti Chaiya,Laguna Copperplate,Prasasti Kedukan Bukit,Prasasti Telaga
Batu,Prasasti Talang Tua,Prasasti Tanjore dan sebagainya.Kesemua rekod bertulis ini
mengukuhkan kewujudan empayar maritim paling misteri dalam sejarah dunia.

Kewujudan Sriwijaya tidak diketahui dengan tepat bilakah ianya bermula.Catatan dari
pengembara yang juga sami Buddha dari China,I-Tsing,adalah ketika Sriwijaya mencapai
tahap kemuncaknya.Ketika itu,Sriwijaya menjadi pusat pengajian Buddha Mahayana
terbesar di dunia sehinggakan para sami Buddha dari China wajib mempelajari bahasa
Sanskrit di Sriwijaya sebelum melanjutkan pengajian ke India.Sriwijaya memerlukan
beratus tahun untuk muncul sebagai empayar yang terkenal!

Catatan dari K.A Nilakanta Sastri menyatakan wujud rekod-rekod dari manuskrip-
manuskrip purba India bahawa terdapat kewujudan hubungan perdagangan dengan Asia
564

Tenggara sejauh 300 tahun Sebelum Masehi.Para sarjana Tamil lebih cenderung
menyebutkan ini sebagai 'hubungan dagang dengan Sriwijaya'.

Sriwijaya umumnya diketahui sejauh apa yang dicatat dalam Prasasti Kedukan
Bukit.Menggunakan skrip Pallava,dalam bahasa Melayu Kuno:

Swasti Shri Shakawarsatita 605 ekadashi


Shuklapaksa wulan Waishaka dapunta hiyang naik
Disambau mangalap siddhayatra di Saptami Shuklapaksa
Wulan Jyestha dapunta hiyang marlapas dari Minanga
Tamvan (Tamvar?) mamawa jang bala dua laksa dangan
dua ratus tsyara disambau dangan jalan saribu
Tlu ratus sapuloh dua banyaknya. Datang di Matajap (Mataya?)
Sukhatshitta. Di pantshami shuklapaksa Wulan
Laghu mudik datang marwuat manua
Syriwijaya jayasiddhayatra subhiksa.

Maksud dalam bahasa Melayu Moden:

Selamat dan Bahagia. Dalam Syaka 605


Sebelas hari Bulan Waisyaka. Baginda naik kapal
Mencari untungnya pada tujuh hari
Bulan Jyestha, Baginda berlepas dari Muara
Tamvan membawa bala dua laksa dengan
Dua ratus pawang di kapal dengan jalan seribu
Tiga ratus sepuluh dua banyaknya. Datang di Matajap
Sukacita. Di lima hari Bulan
Belayar mudik datang membuat benua
Srivijaya kota yang jaya, bahagia dan makmur.

Ketika ini,seorang maharaja Sriwijaya yang bernama Dapunta Hiyang Jayanasa telah
berlayar ke Palembang pada tahun 682 Masehi untuk membina kota Sriwijaya dengan
membawa tentera sebanyak 2000 orang,200 pawang dan 1312 tentera berjalan kaki.Dari
sinilah pengkaji mengetahui nama empayar ini:Sriwijaya.Inilah prasasti yang tidak
ternilai kepentingannya dalam membuktikan kewujudan empayar maritim ini.
565

Siapakah Sriwijaya?

Satu perkara yang menarik tentang Sriwijaya,kewujudan direbut oleh pelbagai negara
pada hari ini.Contohnya Thailand yang mendakwa Sriwijaya bermula di wilayah selatan
Thai,tepatnya di Chaiya.Kemboja menampilkan nama-nama raja dinasti Sriwijaya yang
memerintah Angkor dan Kamboja,juga penemuan Prasasti Ligor di perbatasan Kemboja
menunjukkan asal-usul dinasti ini terutama Sailendra adalah dari Funan yang terletak di
Kemboja.Sri Lanka menampilkan sejarah raja Vijaya yang kononnya bermigrasi ke
Sumatera dan mewujudkan kerajaan Sriwijaya.India menyatakan hipotesis tentang orang
Malayalam yang berhijrah ke Sumatera.Juga tentang legenda Raja Vijaya.Malaysia
dengan Kesultanan Melakanya yang dikatakan warisan mutlak Sriwijaya disamping teori
Sriwijaya berasal dari wilayah Langkasuka.Dan akhirnya sudah pasti,Indonesia dengan
Sriwijaya sebagai lambang kemegahan kebangsaannya.

Terdapat juga suku kaum tertentu yang cuba menaikkan prestij kaumnya dengan
mendakwa empayar ini milik mereka.Namun malangnya mereka tidak mampu
menampilkan apa jua prasasti atau bukti bertulis bahawa kaum mereka pernah
memerintah Sriwijaya.Sriwijaya hanya mengeluarkan prasasti dalam bahasa Sanskrit atau
Melayu Kuno atau campuran kedua-dua bahasa.

Ini adalah bukti jelas kepada para sarjana seluruh dunia bersepakat bahawa Sriwijaya
ADALAH EMPAYAR ORANG-ORANG MELAYU.Maharaja-maharajanya menuliskan
dengan megah kerajaan dan nama keluarga dinasti mereka dalam bahasa Melayu Kuno!

Dari Sriwijaya inilah,kebudayaan Melayu tersebar ke seluruh pelusuk Asia


Tenggara.Bahasa Melayu menjadi lingua franca,bahasa perdagangan,bahasa pentadbiran
dan bahasa persuratan.Taraf bahasa Melayu di Asia Tenggara adalah setaraf dengan
bahasa Latin.Dahulu,raja-raja Eropah wajib mempelajari bahasa Latin untuk berhubung
antara kerajaan-kerajaan di Eropah.Seorang kerabat diraja Perancis contonya,disamping
berbahasa Perancis,dia juga wajib mempelajari bahasa Latin.Bagaimanakah bahasa Latin
menjadi lingua franca?

Melalui Empayar Rom.

Bagaimanakah bahasa Melayu menjadi lingua franca?

Melalui Empayar Sriwijaya.

Faktor bahasa ini adalah hujah terkuat untuk membuktikan bahawa Sriwijaya adalah
milik mutlak bangsa Melayu.Sebagai contoh,sekiranya Sriwijaya adalah milik orang-orang
Tausug,adalah tidak relevan maharaja-maharaja Tausug menuliskan prasasti dalam
bahasa Melayu Kuno.Sekiranya teori bahasa Melayu hanya berfungsi sebagai bahasa
perdagangan (ini teori yang selalu dicipta oleh fanati-fanatik sukukaum tertentu yang buta
sejarah),ini bermakna sebelum kemunculan maharaja-maharaja Tausug ini,ADA
SEBUAH EMPAYAR YANG MENYEBABKAN BAHASA MELAYU MENJADI LINGUA
FRANCA.Bahasa menjadi lingua franca,adalah disebabkan hegemoni pemerintahan
sesebuah kerajaan.Bahasa Inggeris menjadi dominan pada hari ini kerana British pernah
menjadi empayar kolonial terbesar di dunia.Penguasaan British di Amerika menyebabkan
bahasa Inggeris menjadi dominan di Amerika walaupun selain imigran British,terdapat
juga imigran dari kalangan bangsa-bangsa Eropah yang lain seperti imigran
Itali,Jerman,Perancis,Sepanyol dan sebagainya.Bahasa Arab menjadi lingua franca di
Timur Tengah kerana penguasaan wilayah oleh empayar-empayar khalifah Islam pada
masa dahulu.Bahasa Sepanyol menjadi dominan di Amerika Selatan kerana kesan
penjajahan Sepanyol di sana.JADI KONSEP BAHASA MENJADI LINGUA
FRANCA ADALAH DISEBABKAN OLEH HEGEMONI PEMERINTAHAN.
566

Perhatikan Prasasti Kota Kapur ini:

Siddha titam hamba nvari i avai kandra kayet ni paihumpaan namuha ulu lavan tandrun
luah makamatai tandrun luah vinunu paihumpaan hakairum muah kayet ni humpa unai
tunai.
Umentern bhakti ni ulun haraki. unai tunai kita savanakta devata mahardika sannidhana.
manraksa yan kadatuan çrivijaya. kita tuvi tandrun luah vanakta devata mulana yan
parsumpahan.
paravis. kadadhi yan uran didalanna bhami paravis hanun. Samavuddhi lavan drohaka,
manujari drohaka, niujari drohaka talu din drohaka. tida ya.
Marppadah tida ya bhakti. tida yan tatvarjjawa diy aku. dngan diiyan nigalarku sanyasa
datua. dhava vuathana uran inan nivunuh ya sumpah nisuruh tapik ya mulan parvvanda
datu çriwi-
jaya. Talu muah ya dnan gotrasantanana. tathapi savankna yan vuatna jahat. makalanit
uran. makasuit. makagila. mantra gada visaprayoga. udu tuwa. tamval.
Sarambat. kasihan. vacikarana.ityevamadi. janan muah ya sidha. pulan ka iya muah yan
dosana vuatna jahat inan tathapi nivunuh yan sumpah talu muah ya mulam yam manu-
ruh marjjahati. yan vatu nipratishta ini tuvi nivunuh ya sumpah talu, muah ya mulan.
saranbhana uran drohaka tida bhakti tatvarjjava diy aku, dhava vua-
tna niwunuh ya sumpah ini gran kadachi iya bhakti tatvjjava diy aku. dngan di yam
nigalarku sanyasa dattua. çanti muah kavuatana. dngan gotrasantanana.
Samrddha svasthi niroga nirupadrava subhiksa muah vanuana paravis chakravarsatita
608 din pratipada çuklapaksa vulan vaichaka. tatkalana
Yan manman sumpah ini. nipahat di velana yan vala çrivijaya kalivat manapik yan bhumi
java tida bhakti ka çrivijaya.

Terjemahan dalam bahasa Melayu Moden:

Keberhasilan ! (disertai mantera persumpahan yang tidak difahami ertinya)


Wahai sekalian dewata yang berkuasa, yang sedang berkumpul dan melindungi
Kadātuan Śrīwijaya ini; kamu sekalian dewa-dewa yang mengawali permulaan segala
sumpah !
Bilamana di pedalaman semua daerah yang berada di bawah Kadātuan ini akan ada
567

orang yang memberontak yang bersekongkol dengan para pemberontak, yang


berbicara dengan pemberontak, yang mendengarkan kata pemberontak;
yang mengenal pemberontak, yang tidak berperilaku hormat, yang tidak takluk, yang
tidak setia pada saya dan pada mereka yang oleh saya diangkat sebagai datu; biar
orang-orang yang menjadi pelaku perbuatan-perbuatan tersebut mati kena kutuk biar
sebuah ekspedisi untuk melawannya seketika di bawah pimpinan datu atau beberapa
datu Śrīwijaya, dan biar mereka
dihukum bersama marga dan keluarganya. Lagipula biar semua perbuatannya yang
jahat; seperti mengganggu :ketenteraman jiwa orang, membuat orang sakit, membuat
orang gila, menggunakan mantra, racun, memakai racun upas dan tuba, ganja,
saramwat, pekasih, memaksakan kehendaknya pada orang lain dan sebagainya,
semoga perbuatan-perbuatan itu tidak berhasil dan menghantam mereka yang
bersalah melakukan perbuatan jahat itu; biar pula mereka mati kena kutuk. Tambahan
pula biar mereka yang menghasut orang
supaya merusak, yang merusak batu yang diletakkan di tempat ini, mati juga kena
kutuk; dan dihukum langsung. Biar para pembunuh, pemberontak, mereka yang tak
berbakti, yang tak setia pada saya, biar pelaku perbuatan tersebut
mati kena kutuk. Akan tetapi jika orang takluk setia kepada saya dan kepada mereka
yang oleh saya diangkat sebagai datu, maka moga-moga usaha mereka diberkahi, juga
marga dan keluarganya
dengan keberhasilan, kesentosaan, kesehatan, kebebasan dari bencana, kelimpahan
segalanya untuk semua negeri mereka ! Tahun Śaka 608, hari pertama paruh terang
bulan Waisakha (28 Februari 686 Masehi), pada saat itulah
kutukan ini diucapkan; pemahatannya berlangsung ketika bala tentara Śrīwijaya baru
berangkat untuk menyerang bhūmi jāwa yang tidak takluk kepada Śrīwijaya.

Kita akan berjumpa beberapa perkataan yang masih wujud dalam bahasa Melayu Moden
seperti=

1.hamba
2.sumpah
3.kasihan
3.tunai
4.jahat
5.aku
6.uran (orang)
7.yan (yang)
8.ka (ke)

Terdapat berpuluh-puluh lagi prasasti dalam Bahasa Melayu Kuno ditulis oleh Empayar
Sriwijaya,untuk merekodkan watikah empayar ataupun pemberitahuan peristiwa.Dari
prasasti ini jelaslah bahawa Empayar ini diperintah oleh raja-raja Melayu Kuno dan ini
bertepatan dengan bukti-bukti dari Indochina.Dari Inskripsi Po Klaus Garai:

Dalam Saka 972,Pulyang Sri Devaraja mahsenapati, anak saudara perempuan Sri
Paramesvaravarmadeva, datang untuk mengambil kota Pandranga untuk Sri
Paramesvaravarmadeva.

Ketika itu negeri Champa dalam pengaruh Sriwijaya dengan dibuktikan nama diraja 'Yang
Pu Ku Vijaya Sri' ditemui dalam prasasti di Vietnam.Perhatikan perkataan 'mahsenapati'
dan ini adalah gelaran jawatan dalam sistem Kedatuan (Emperial) Sriwijaya.

Prasasti Ligor pula yang ditemukan di selatan Thai menceritakan tentang Raja Sriwijaya
dan pembangunan trisamayacaithya untuk menyembah dewa-dewa agama Buddha, serta
menyebutkan seorang raja bernama Vishnu dengan gelar Sarwarimadawimathana atau
pembunuh musuh-musuh yang sombong tiada bersisa. Begitu pula prasasti Nalanda yang
568

dikeluarkan oleh Raja Dewa Paladewa. Isinya menyebutkan tentang pendirian bangunan
biara di Nalanda oleh Raja Balaputradewa, Raja Sriwijaya yang menganut agama Buddha.

Wilayah kekuasaan Sriwijaya meliputi seluruh Sumatera,Jawa,


Semenanjung Tanah Melayu hingga ke Ayutthaya di selatan Thai,menjangkau ke Kemboja
sehingga ke Vietnam Tengah (Champa).Kemudian ke timur mencapai Borneo,Sulawesi
dan Kepulauan Filipina.Dengan menguasai Selat Melaka, Selat Sunda,Laut Sulu dan Laut
Jawa,Sriwijaya menjadi penguasa lautan Asia Tenggara paling digeruni dengan
autoritinya mengutip cukai ke atas kapal dagang yang lalu di Asia Tenggara.Prasasti Ligor
mempunyai dua bahagian.

Dalam prasasti Ligor (A):

“Pujian terhadap raja Sriwijaya yang di ibaratkan bagai Mnu yang


memberi berkah bagi dunia menyerupai Indra dan semua raja tetangga
taat kepadanya ditulis pula pendirian sebuah bangunan batu
trisamayacahtya untuk padma, pani, sakyamuni, dan wajrpani”.

Prasasti Ligor (B):

"Pujian bagi raja yang berhasil menaklukkan musuh-musuhnya dan


merupakan wujud kembar dewa kasta yang dengan kekuatannya
disebut (sebagai dewa) Wisnu, kedua mematahkan keangkuhan semua
musuhnya (Sarwarimadawimthana). Ia adalah keturunan dari (keluarga
Syailendra) yang tersohor disebut Srimaharaja.”

Membincangkan prasasti-prasasti Sriwijaya memerlukan ruang penulisan yang amat


besar,mungkin beberapa buah tesis setebal ensiklopedia.Kewujudan prasasti-prasasti
berbahasa Melayu Kuno ini membuatkan Sriwijaya tidak syak lagi merupakan hak milik
bangsa Melayu yang paling tidak diragukan dan membatalkan apa jua dakwaan tidak
berpelajaran sukukaum-sukukaum tertentu yang gagal menampilkan apa jua prasasti
dalam bahasa sukukaum mereka,bagi menuntut nama agung Sriwijaya.

Catatan-catatan Para Pengembara Arab dan Parsi

Para pengembara Arab dan Parsi adalah salah satu sumber terpenting disamping rekod
dari China.Legenda para pengembara Arab dan Parsi ini muncul dalam kisah-kisah
pelayaran Sinbad.Sriwijaya sebagai penguasa lautan Asia Tenggara,akan mudah
dikunjungi oleh para pedagang dan pengembara dari seluruh dunia,termasuk dari Arab
dan Parsi.Orang Arab Kuno memanggil orang-orang Sriwijaya sebagai Zabaj,merupakan
transliterasi bagi sebutan Jawak atau Javaka yang terakam dalam kitab-kitab Pali Kuno.
569

Dalam catatan pengembara Arab disebutkan tentang kerajaan Zabag:

"Di Laut Champa (Laut China Selatan) adalah empayar sang Maharaja, raja seluruh
kepulauan,yang berkuasa atas kerajaan tanpa batas dan mempunyai pasukan tak
terhitung banyaknya.Bahkan kapal yang paling terpantas tidak dapat menyelesaikan
dalam masa dua tahun mengelilingi pulau-pulau yang berada di bawah
pengaruhnya.Wilayah raja ini menghasilkan segala macam rempah-rempah dan
aromatik,dan tiada kerajaan lain (sebagaimana empayar ini) mampu mendapatkan
banyak kekayaan dari bumi"

-Catatan pengembara Arab Al Ma'sudi pada 943 Masehi yang melawat Sriwijaya / Zabag /
Sribuza.

Dalam catatan di atas,kita tahu bahawa Zabaj ini menguasai seluruh kepulauan dan
mempunyai armada tentera yang ramai.Keluasan jajahannya sehinggakan kapal yang
paling pantas pun tidak mampu menghabiskan pelayaran mengelilingi seluruh jajahan
Zabaj dalam tempoh 2 tahun.Komoditi utama yang didagangkan oleh Zabaj ialah
REMPAH RATUS dan WANG-WANGIAN.Rempah ratus amat diperlukan di dunia
sebelah Barat kerana rempah boleh memanaskan badan dikala cuaca sejuk.Rempah sering
dimasukkan ke dalam arak sebagai tonik.Wangi-wangian ialah kemenyan,dan kemenyan
memang disukai oleh orang Arab.Dua benda ini adalah komoditi paling mahal ketika itu
sehinggakan ia memberi kekayaan yang tiada taranya berbanding kerajaan-kerajaan lain
di dunia.Maharaja Sriwijaya menjadi terlampau kaya sehinggakan dalam catatan
pengembara Parsi,setiap pagi,maharaja akan mencampakkan syiling emas ke dalam
sebuah kolam sebagai ritual.Selepas kemangkatan maharaja itu,para kerabat diraja
berebut-rebut mengaut kembali timbunan duit emas yang mendap di dasar kolam!

Pada abad ke-12 Arab Geografi El Idrisi menulis dalam Kitab Rujar tentang penduduk
Zabaj yang melakukan perjalanan ke Sofala dan Zanj di pantai sub-Sahara Afrika:

"Penduduk dari Zabaj pergi ke tanah Sofala dan mengeksport besi dari sana dan
membekalkannya untuk seluruh wilayah India. Tidak ada besi setanding dengan
mereka dalam kualiti dan ketajaman ...... Penduduk Zabaj selalu diperlukan di Zanj di
kedua-dua kapal besar dan kecil dan memperdagangkan barang dagangan mereka
sesama sendiri,kerana mereka memahami bahasa masing-masing"

Sememangnya telah diketahui umum bahawa salah satu pelabuhan kesayangan


Sriwijaya,Kalah (Kedah) adalah pelabuhan antara terkaya yang mengeksport besi ke
India.Menakjubkan,catatan pengembara Arab ini telah terbukti pada hari ini apabila
penemuan tamadun Sungai Batu di Kedah telah menyaksikan tapak-tapak loji
pembakaran besi dan ini bertepatan dengan catatan dari El Idrisi!

Di Universiti Leiden terdapat satu kitab berbahasa Parsi ditulis pada abad ke-16,`Ajâ’ib al-
Makhlûqâ,menceritakan maharaja Sriwijaya duduk di atas takhta yang diperbuat dari
emas padu sambil dikelilingi oleh dayang-dayang yang cantik jelita.Terdapat berpuluh-
puluh lagi kitab Parsi Kuno yang masih dikaji kemungkian besar menyimpan rahsia paling
rumit tentang hubungan antarabangsa orang-orang Melayu Sriwijaya dengan empayar
Parsi dan Rom.Sejarah orang Melayu terakam indah dalam catatan orang asing,ditulis
megah bagaikan raja-raja kayangan dan kerajaan-kerajaan bunian.

bersambung....

Artikel terbaru Srikandi dalam RiwayatMelayu

__________________________________________________
570

Coming soon...

Alter Terahsia Bangsa Melayu XV

The Federation of Maritime Powers & Seaports

Chapter II

-Prasasti-prasasti Melayu Kuno


-Kelas pemerintahan
-Hegemoni perdagangan
-Prestij Kebudayaan
-Rahsia dari kitab Parsi Kuno
-Perenggan-perenggan penuh misteri dari riwayat Pali Kuno
-Datu-datu Melayu di Filipina
-Perayaan nenek moyang Melayu di Filipina
-Laguna Copperplate
-Pelabuhan-pelabuhan Sriwijaya
-Pembina kapal-kapal
-Dari Ryukyu hingga ke Mediteranean
-Rekod-rekod dari China
-"Persekutuan Kuasa-kuasa Maritim"
-Maharaja Pelabuhan
-Prasasti Tanjore
-Pertemuan dengan Umar Abdul Aziz

Apakah sambungan kisah empayar maritim teragung ini?Nantikan seterusnya di


MistisFiles!

-----------------------------------------------

Posted by Mistis Organization at 7:33 PM


571

Tuesday, April 12, 2011

Alter Terahsia Bangsa Melayu XV

Seorang pemuda menunggang kuda dengan pantas menuju ke arah sebuah rumah
sederhana besar.Dia memperlahankan kudanya dan menyapa sekumpulan lelaki yang
duduk-duduk di tepi tembok.

"Tuan Wazir ada?"

"Ya,dia ada di dalam,dia sedang berbual-bual dengan para pedagang dari Antakiah," ujar
seorang lelaki sambil mengusap-ngusap janggutnya.

Pemuda itu terjun dari kudanya dan menuju ke arah sebuah balai.Sekumpulan lelaki
sedang berbual-bual santai.Pemuda itu mengecam seorang lelaki yang agak berusia dan
berwibawa dari kumpulan lelaki yang berpakaian pedagang kafilah.

"Assalamualaikum tuan!Moga Allah merahmati anda!" laung pemuda itu.

Lelaki yang digelar Tuan Wazir itu menjawab salam pemuda itu dengan wajah ceria.Dia
mempersilakan pemuda itu menyertai halaqah mereka."Apakah berita yang anda bawa?"

Pemuda itu membetulkan jubah hitamnya seraya berkata,"Saya membawakan satu surat
penting yang diperolehi dari pelabuhan Yaman.Ia ditulis oleh seorang raja besar dari
dunia sebelah timur,Zabag yang menakjubkan..."

Air muka Tuan Wazir kelihatan berubah."Maharaja Zabag.Raja yang memiliki emas dan
572

wangi-wangian.Dia pernah menghantar surat kepada Amirul Mukminin Umar Abdul


Aziz.Apa katanya?"

"Sang raja meminta kita menghantar lebih ramai orang untuk mengajarkannya tentang
agama Islam dan undang-undang Islam.Selain itu,raja telah mengirim hadiah-hadiah
ajaib dari dunia Timur sebagai tanda persahabatan," tutur pemuda itu bersungguh-
sungguh.

"Cepat,beritahu berita ini pada Amirul Mukminin!Arahkan semua pemberian Maharaja


Zabag dihantar ke kediaman khalifah!" gesa Tuan Wazir kepada pemuda itu.

Seorang pemuda dari kelompok pedagang Antakiah memerhatikan semua yang berlaku
dengan serius.Matanya kelihatan merenung tajam ketika pemuda berjubah hitam itu
menuturkan kata-katanya kepada Tuan Wazir.Ketika rombongan pedagang itu pulang ke
Antakiah,pemuda itu segera mendapatkan seekor kuda dan bergegas pantas menuju ke
Damsyik.

Dia sampai ke sebuah biara usang.Dia pun memanggil-manggil nama seseorang.Namun


kesunyian terus menggigit.Hari semakin senja.Pemuda itu merasa tidak sabar lalu
menolak pintu reput dihadapannya."Kau ada bawa sesuatu?"

Pemuda Antakiah itu menoleh terkejut,"Pastor,saya ada bawa khabar penting untuk
tuan."

Dia itu pun menceritakan apa yang didengarnya dari pemuda berjubah hitam.Pastor tua
mendengar dengan teliti.Kemudian dia membawakan satu lukisan kuno;seorang raja
dikelilingi beberapa orang lelaki.

"Itu adalah Prester John.Gelarannya Rex Regnum.Dia adalah maharaja bagi hujung
dunia.Dia memiliki kekayaan emas yang banyak dan menguasai lautan.Dia memiliki
segala macam wangi-wangian dan rempah yang tidak ternilai harganya.Surat kepada
orang-orang Muslim itu adalah sekian banyak surat yang turut dihantarnya kepada Paus
dan Maharaja Rom"

"Prester John?" Pemuda itu berbisik dengan mata bersinar-sinar.

"Dia pernah menghantar surat semacam itu kepada Manuel,Kaisar Baizantin dan
Alexander,sang Paus," Pastor itu mendekati pemuda Antakiah lalu meletakkan tangan
573

kanannya ke bahu pemuda itu.

"Ini adalah misi suci kamu.Beritahu kepada ketua Paderi Jerusalem,supaya mereka boleh
menghantarkan berita ini kepada raja-raja Salib.Suruh mereka cepat-cepat membina
kapal-kapal dan cari di manakah dia kerajaan Prester John!"

Pemuda Antakiah merasa hairan."Mengapa kita mesti mencari Prester John?Mengapa dia
begitu penting?"

Pastor itu tersenyum,"Kamu tahu siapakah Prester John dan kerajaan Hujung Dunia?"

Pemuda Antakiah terdiam.

Pastor itu menyambung,"Prester John telah menakluk semua kuasa-kuasa laut di


sekelilingnya dan menghantar beribu-ribu kapal untuk memiliki berpuluh-puluh
pelabuhan terbaik di seluruh Timur Jauh.Prester John memiliki kekayaan dan rempah
yang teramat banyak. Jika kita dapat berhubung dengannya,kita akan mampu
mengalahkan agama Muhammad dan menegakkan salib di atas Holy Spulcher!

Pemuda Antakiah itu terketar-ketar,"Er..er...siapa...Prester John?"

"Rex Regnum seluruh lautan dan pelabuhan-pelabuhan!!"

THE FEDERATION OF MARITIME POWERS & SEAPORTS

Bahagian Kedua

"...his name is Jayaviravarman.He is an emerald from sky,ascending the throne of The


Kings of Mala.His name full of prosperity,from the blessed bloodline of the emperor of
the sea,the great court of Srivijaya..."

(notes for Inscription of Prasat Trapan Run,Cambodia)


574

Sejarah Srivijaya merupakan sejarah universal eksklusif Asia Tenggara.Semua sejarah


klasik negara-negara Asia Tenggara pasti akan menyebutkan hubungan mereka dengan
Srivijaya.Tanyalah petitih-petitih kuno Khmer dan Thai.Rujuk sejarah Indonesia.Semak
sejarah Malaysia.Telusuri sejarah Champa dan Vietnam.Jelajah sejarah Brunei dan
Filipina.Anda akan melihat jangkauan tangan sang maharaja Sriwijaya.

Prasasti Kedukan Bukit yang ditulis menggunakan bahasa Melayu Kuno bertarikh 683
Masehi mengungkapkan kejayaan Sriwijaya dalam salah satu operasi
ketenteraannya.Ramai orang terkeliru bahawa sekitar empayar ini bermula pada abad ke-
7 Masehi (Prasasti Kedukan Bukit ditulis pada abad ke-5 Masehi).Sebenarnya abad ke-7
Masehi adalah masa-masa kegemilangan Sriwijaya.Malahan jika kita lihat catatan I-
Tsing,seorang pengembara dan sami Buddha dari China:

"...tiba dan menginap selama 6 bulan.Mempelajari tatabahasa Sanskrit di sini.Sang


raja memberikan daku bantuan dan menghantar daku ke negeri yang bernama
Moloyu...."

Ini adalah catatan I-Tsing bertarikh 671 Masehi.Ketika itu,Sriwijaya adalah pusat
pengajian bahasa Sanskrit dan agama Buddha.Dan lihat tahun Prasasti Kedukan
Bukit.Selepas 12 tahun dari tarikh I-Tsing melawat empayar Melayu itu,Sriwijaya
melancarkan serangan ke Minanga untuk memperluaskan kuasanya!

Sebagaimana yang diketahui umum,nama Sriwijaya telah tersebar ke pengetahuan dunia


setelah penemuan oleh Goerge Coedes,pengarah Institut Kajian Timur Jauh Perancis,yang
menyedari bahawa sebutan Sanfotsi,satu kerajaan besar yang selalu berhubung dengan
Imperial China adalah kerajaan yang sama dengan Sribhoja,nama yang dikenali oleh
pedagang Arab dan India.Salah satu kerumitan untuk mengesan kerajaan ini
adalah KEPELBAGAIAN namanya mengikut lidah catatan-catatan orang luar.Malah
pedagang Arab juga memanggil Sriwijaya sebagai Zabag,dan Zabag adalah nama kuno
bagi Sribhoja.Orang China memanggilnya sebagai Sanfotsi atau San Fo Qi.

Gabried Ferrand mengatakan bahawa kerajaan Sriwijaya telah wujud sejak tahun 392
Masehi.Pandangan tersebut berdasarkan sumber orang Cina yang mendakwa bahawa
Negara She-Yeh (Cho-Ye) bererti Jaya atau Wijaya atau Sriwijaya.Kemudian, I-Tsing
menyebutkan Sriwijaya sebagai Shih-Li-Fo-Shih.Dalam bahasa Arab, yang berbeza
dengan sumber orang Cina,Sriwijaya disebut sebagai Syarbazah (satu lagi nama lain selain
Zabag).
575

Pada riwayat yang lain,orang China juga memanggilnya sebagai 'Kunlun' (The Great
Kunlun).Dalam tradisi Khmer,kerajaan ini dikenali sebagai Malayu dan garis keturunan
kerajaan ini digelar 'Maulimalaraja' (The Kings of Mala).Dalam riwayat Pali (Pali adalah
bahasa perantaraan agama Buddha;bahasa orang kebanyakan,berbanding Sanskrit,bahasa
tinggi kaum Elit Hindu),terutama dalam sejarah Sri Lanka,orang Sinhala memanggil
kerajaan ini sebagai Jawaka dan rajanya sebagai 'Raja Jawaka' (King of Javaka).Jawaka
adalah nama kuno bagi Sriwijaya merupakan nama satu empayar purba orang-orang
Melayu yang berpusat di Indochina,juga sebuah empayar maritim (predesessor of
Sriwijaya) yang pernah berdagang dengan kerajaan-kerajaan kuno India dan pengaruhnya
pernah menjangkau seluruh Sri Lanka.Sebab itu dalam sesetengah riwayat Tamil dan Sri
Lanka menyebutkan bahawa Srivijaya pernah memiliki Sri Lanka.

Pecahan dari Empayar Jawaka ini adalah Langkasuka,Funan dan Champa,dan empayar
ini juga pernah memegang Kepulauan Filipina dan Borneo.

Dalam teks La Galigo (manuskrip panjang Bugis),Sriwijaya dinyatakan sebagai


Senriwijaya,dalam teks ini,kononnya Raja Syurga bermesyuarat dahulu dengan
Senriwijaya untuk melantik raja Luwu yang pertama.Luwu adalah kerajaan Bugis yang
pertama sekali.Ini menunjukkan bahawa kerajaan Luwu punya hubungan dengan
Empayar Sriwijaya dan dibawah pengaruh Melayu.

Selain kepelbagaian nama,empayar ini juga digelar berdasarkan nama raja.Riwayat China
yang menyebutkan nama 'Kunlun' (Kunlun adalah nama China bagi Empayar Jawaka)
sebenarnya menyebutkan nama seorang Raja Melayu bernama 'Ku Long'.Ini dibuktikan
576

dalam catatan Tong-tien:

Tong-tien,sebuah teks yang ditulis pada akhir abad ke-8,mengandungi ayat-ayat berikut,

"Ketika zaman Suei (582-618 M),sang raja (raja Funan) kononnya mempunyai nama
keluarga 'Ku-Long'.Di sana ada banyak keluarga yang memiliki 'nama keluarga' yang
sama.Seorang tua,ketika disoalsiat,telah mengatakan bahawa K'uen-luen (Melayu)
tidak mempunyai nama keluarga.'Ku-Long' adalah kesilapan sebutan untuk K'uen-luen
(sebutan China Kuno untuk orang Melayu)"

Terdapat satu rahsia di sini.Raja-raja Melayu dahulukala mempunyai dua nama


rasmi.Satu nama yang diambil dari kata Sanskrit,dan satu nama timangan tempatan
(nama Melayu).Nama Sanskrit digunakan pada urusan rasmi dan dipahat pada
prasasti.Nama Melayu digunakan dikalangan rakyat jelata.Nama raja-raja Melayu zaman
Funan dicatatkan oleh pencatat China adakalanya adalah nama Melayu.Contohnya Fan
Shi Man adalah 'corruption' bagi 'Panglima'.Fan Shih Man adalah seorang raja agung
Funan.Ku Long,seorang raja Funan yang tercatat dalam teks Tong-tien adalah nama biasa
bagi orang Melayu,pada hari ini masih ada di negeri Kelantan.Sebab itu untuk menjejak
sejarah Melayu yang hilang di Indochina,kita mesti menghayati sejarah Kelantan dan
Kedah.Gelaran 'Ku' adalah satu gelaran yang amat purba,tercatat sebagai 'Yang Pu Ku
Vijaya Sri' dalam sejarah Champa sekitar tahun 999 Masehi.Jika terdapat gelaran 'Ku'
pada raja Funan dan Champa,ini membuktikan orang Melayu pada zaman purba adalah
'ruling class' di Indochina.

Nama-nama pangkal seperti Ku,Nik,Wan,Tuan dan sebagainya mempunyai makna yang


tersendiri dalam sejarah bangsa Melayu yang penuh misteri.Salah satu pangkal nama
dalam budaya Melayu yang hilang ialah 'Pau'.Dalam Sulalatus Salatin ada dinyatakan
gelaran diraja Champa yang memakai pangkal nama 'Pau'.Sebagaimana 'Ku','Pau' juga
punya status tersendiri.Dalam Sulalatus Salatin:

"Hatta berapa lamanya Pau Gama pun. matilah. Maka Raja Jakanaklah menggantikan
ayahanda baginda; baginda beristerikan seorang puteri, Pau Ji Yan Bi namanya;
beranak seorang lelaki, Pau Kubah namanya. Setelah Pau Kubah besar, maka Raja
Jakanak pun matilah, maka Pau Kubahlah kerajaan menggantikan ayahanda baginda.
Baginda beristerikan anak raja Lakiu, Pau Cin namanya. Maka baginda beranak
beberapa orang lelaki dan perempuan. Ada seorang anak baginda perempuan, terlalu
baik parasnya; maka dipinang oleh raja Kuci, tiada diberi oleh Pau Kubah, lalu
diserang oleh Pau Kuci. Maka berperanglah orang Kuci dengan orang Cempa, terlalu
577

ramai; tiada beralahan."

(A-207,A. Samad Ahmad)

Para sejarahwan Tamil yang mengesan hubungan dagang antara pedagang India dan satu
empayar maritim sejauh 300 tahun sebelum Masehi telah tersilap menyangka bahawa
empayar misteri yang berhubung dengan mereka adalah Sriwijaya.Sebenarnya ia adalah
empayar Jawaka yang diperintah oleh dinasti Sailendra Kuno.Dinasti Sailendra
mempunyai pengetahuan luas dalam teknologi saliran dan pertanian.Nama 'Jawaka' ini
kadangkala disebut sebagai 'Savaka' mengikut sesetengah riwayat India-Sri Lanka.Dinasti
ini adalah salah satu dinasti Melayu yang terkenal dalam sejarah
Indochina.Kemudian,lama kelamaan satu dinasti baru muncul,menguasai Indochina dan
mempengaruhi kerajaan-kerajaan Mon dan Chenla di sekelilingnya.Dinasti Melayu ini
memiliki kemahiran maritim yang tinggi dan bijak menentukan tempat-tempat strategik
untuk menubuhkan pelabuhan.Dinasti ini kemudiannya menguasai Langkasuka,sebuah
empayar kecil di Segenting Kra yang terbentuk hasil perpecahan Empayar Jawaka
(bahagian utara dikuasai oleh Chenla dan negarakota-negarakota Mon).

Dari sini dinasti ini menubuhkan pusat pemerintahan di Medang Ghana (terletak di
Kelantan sekarang) dan bekas wilayah Empayar Jawaka di Jawakoti.Seorang maharaja
dinasti ini,Dapunta Hiyang Jayanasa telah berjaya menakluk Sumatera dan bermulalah
penguasaan dinasti paling berprestij ini;dinasti Sriwijaya.

Persekutuan Kuasa-kuasa Laut dan Pelabuhan

Sebelum Dapunta Hiyang menakluk Minanga,sebagaimana yang terpahat pada Prasasti


Kedukan Bukit,terdapat beberapa maharaja Sriwijaya yang memerintah pada era
semenanjung.Seorang maharaja Sriwijaya yang bijak telah memikirkan untuk menakluk
Sumatera dan semenanjung,bagi menguasai Selat Melaka.Kemudian,beliau merancang
membina atau menakluk pelabuhan-pelabuhan di sepanjang pesisir pantai Sumatera dan
578

semenanjung.Pada masa dahulu,perdagangan maritim di Asia Tenggara tertumpu di Laut


Champa dan pesisir pantai Segenting Kra.Panduranga,salah satu pelabuhan paling
penting sebelum era Sriwijaya dan juga pelabuhan Oc Eo,milik Funan yang menjalankan
perdagangan sejauh empayar Rom.Dari tengah Indochina ke Segenting Kra,menganjur ke
semenanjung,bertaburan negarakota-negarakota Melayu (Malay city-states).Langkasuka
adalah kerajaan penting sebagai 'federation' baru mencantumkan semua negarakota-
negarakota Melayu Segenting Kra setelah perpecahan Empayar Jawaka,mendesak
sebahagian keturunan dinasti Sailendra berpindah ke Jawa.

"On the narrow isthmus to the southwest of Funan, Malay citystates controlled the
portage routes that were traversed by traders and travelers journeying between India
and Indochina. By the tenth century A.D. the strongest of them, Tambralinga (present-
day Nakhon Si Thammarat), had gained control of all routes across the isthmus"

(Area Handbook of the US Library of Congress)

Negarakota Melayu ini adalah misteri terbesar.Dalam riwayat Sukothai juga legenda raja-
raja Lao,menyebutkan bahawa raja-raja Melayu ini memang telah wujud sejak zaman
berzaman.Ketika migrasi etnik Lao dan Tai ke Indochina,mereka telah menemui
negarakota-negarakota Melayu ini sedia ada,bersama-sama etnik-etnik lain seperti Mon
dan Chenla (Khmer Kuno).

Contohnya di negeri Perak kini terdapat tiga negarakota Melayu pada zaman
purba;Gangga Negara,Beruas dan Manjung.Gangga Negara diperintah oleh raja-raja
Melayu-Kambuja dan garis keturunan mereka digelar,Sri Kambu,yang juga muncul dalam
pelbagai prasasti dan riwayat kuno Khmer.Beruas dan Manjung,pula adalah diperintah
oleh Melayu semenanjung dan terletak ke darat,berbanding Gangga Negara yang memiliki
pelabuhan.Selepas kejatuhan Gangga Negara,Beruas dan Manjung bersaing sesama
sendiri meluaskan penguasaan.Di sepanjang sungai Perak,terdapat terminal-terminal
perdagangan dan pemunggahan barangan dari pelabuhan utama Gangga Negara di
muara.Kekayaan dari perdagangan laut menyebabkan raja Gangga Nagara mampu
membuat istanakota yang dikelilingi parit dan raja Beruas mampu membina istana kulit
kerang.
579

Di utaranya ialah peradaban Lembah Bujang dengan pelabuhan Kataha yang masyhur
sejak era Jawaka/Zabag.Selepas perpecahan empayar Jawaka,maharaja Sriwijaya
sememangnya mengintai peluang untuk menakluk kota pelabuhan ini yang ketika itu
sempat membebaskan diri dari Langkasuka.Juga pelabuhan Sungai Mas dan kerajaan
Kedah Tua yang menjangkau Burma.Kerajaan ini diperintah oleh raja-raja Melayu sebagai
'supreme ruling class' dan orang bawahannya yang bercampur antara suku-suku Melayu
Segenting Kra dan orang Mon.Binaan di Sungai Batu bertarikh 110 Sebelum Masehi
adalah binaan manusia paling tertua di Asia Tenggara,mengatasi apa jua peradaban
terkenal di sini seperti Angkor,Dvaravati malah Srivijaya sendiri.Ini adalah sisa tinggalan
kerajaan Kedah Tua yang bernaung di bawah Empayar Jawaka atau Zabag dalam sebutan
pedagang Arab.Ke utara lagi adalah pelabuhan-pelabuhan kecil milik 'Malay city-states'
yang telah wujud sejak berabad-abad lamanya di sepanjang Segenting Kra sehingga ke
Dvaravati (Thailand tengah).Ketika era Langkasuka,empayar ini mempunyai pelabuhan
Kataha,Patani dan Nagara Sri Dharmaraja,dan ketiga-tiga pelabuhan ini adalah pusat
perdagangan maritim utama.Selepas dinasti Sriwijaya berpindah ke Palembang dari
Kelantan (Chih-Tu),maharaja Sriwijaya juga memantau perkembangan Langkasuka dan
apabila empayar ini berpecah kepada Patani dan Sri Dharmaraja (Ligor) serta wilayah-
wilayah terpisah di Kelantan dan Perak sekarang,maharaja meluaskan pengaruhnya
dengan menyerang Kataha dan merampasnya dari Kedah Tua.Kemudian menguasai
Segenting Kra sehingga ke Chaiya.Maharaja Sriwijaya juga menempatkan kerabat
keturunannya di dalam istana Sri Dharmaraja.

Dari Medang Ghana (Kelantan),maharaja menyerang Jawa dan menundukkan kerajaan-


kerajaan kecil termasuk dinasti Melayu Sailendra yang berpindah dari Indochina sejak
awal lagi.Maharaja tidak menghapuskan dinasti Sailendra,malah menjalinkan ikatan
580

keluarga melalui perkahwinan diraja,tambahan lagi salah seorang maharaja Sriwijaya


mempunyai darah dinasti Soma yang memerintah Funan suatu ketika dahulu
(Dharmasetu berdarah dinasti Melayu Soma).Kemudian maharaja menguatkan
cengkamannya di Sumatera serta menguatkan ibukotanya di Palembang.Namun satu lagi
tujuannya belum tertunai iaitu bekas wilayah Jawaka paling makmur;Kerajaan Melayu
yang bertempat di Jambi yang juga adalah kerajaan kembar dengan kerajaan Melayu di
Segenting Kra.Berasal dari dinasti Matahari (Suryawangsa),mereka adalah keturunan
diraja Melayu antara yang tertua dan moyang mereka memiliki reputasi beribu-ribu tahun
dalam menjalankan perdagangan emas dengan empayar Parsi,raja-raja Babilon dan Israel
Raya (di bawah pemerintahan Sulaiman dan Daud a.s).

Kerajaan ini menamakan pemerintahan mereka sebagai 'Malayu' bersempena raja-raja


dinasti Mala yang punya prestij di Indochina sehingga ke Temasek menjangkau Borni
(Borneo) sehingga ke Kepulauan Visaya (Filipina) dan 'suffix' -yu adalah pengiktirafan
dari empayar Parsi berasal dari bahasa Assyria ketika orang-orang Mala purba
menjalankan perdagangan dengan mereka melalui jaringan maritim Phoenicia.

Maharaja menghantar beratus-ratus kapal dan beribu-ribu tentera berjalan kaki ke arah
ibukota Melayu.Jika kerajaan Melayu di Segenting Kra mampu ditundukkan,sudah tentu
saudara mereka di Sumatera juga boleh.Maharaja akan membuktikan bahawa dinasti
Sriwijaya adalah benar-benar pewaris kepada 'The Kings of Mala' (maulimalaraja) yang
menjadi naungan kepada semua ras Melayu di dunia.Pewaris kepada Raja Perahu dan
Permaisuri Hati.Pewaris kepada raja-raja Jawaka dan empayarnya.Mengatasi dinasti-
dinasti Melayu yang lain seperti Mahawangsa,Pathomwangsa,Somawangsa dan Sailendra.

Marjaya Sriwijaya!

Marjaya Sriwijaya!

Raja kerajaan Melayu melawan namun ditenangkan oleh jeneral Sriwijaya.Mengingatkan


bahawa dinasti Matahari dan dinasti Sriwijaya adalah saudara sebangsa,pertumpahan
darah mampu dielakkan.Maharaja membaiki kembali tembok kota dan pelabuhan serta
melantik semula raja Melayu sebagai pemerintah pelabuhan yang terletak di Sungai
Batang Hari (Sungai ini mengambil nama sempena seorang raja purba yang memulakan
dinasti Suryawangsa),taktik yang sama digunakan oleh maharaja ke atas pelabuhan
Kataha.

Penawanan kerajaan Melayu mengukuhkan kegemilangan Srivijaya.Perdagangan emas


581

dan kemenyan di dalam genggaman.Pulau Jawa dalam kawalan saudara mereka;dinasti


Sailendra.Sriwijaya mengalih perhatian ke Borneo,satu lagi pusat kuasa bangsa Melayu
yang terkuat,di bawah kekuasaan dinasti Parahu.Jika di Indochina,raja-raja Melayu
mengawal puak-puak Pyu,Mon,Chenla dan Yue (etnik-etnik selatan China seperti Tai dan
Hmong),di Sumatera dan Jawa dengan pelbagai etnik bukit termasuk Batak,di Borneo
pula,raja Melayu memerintah puak-puak Dayak,Bugis,Bajau,Suluk (Tausug) dan pelbagai
lagi etnik-etnik Austronesia Borneo.

Sriwijaya mahu menawan dinasti Parahu!

Maharaja mahu menjadikan Sriwijaya sebagai penakluk segala dinasti Mala!

Jika maharaja mampu menundukkan dinasti Parahu,maka seluruh Borneo dan


Kepulauan Visaya adalah di bawah hegemoni dinasti Sriwijaya.Perdagangan rempah
adalah di bawah telunjuk Sriwijaya.Sriwijaya menjadi 'ruling class' bagi seluruh dinasti-
dinasti Melayu.Ibukota kerajaan dinasti Parahu terletak di Puni (Brunei
sekarang).Maharaja menghantar beratus-ratus kapal ke Puni untuk menundukkan raja
dinasti Parahu,satu dinasti Melayu yang amat dihormati dan disegani oleh seluruh kaum-
kaum Asia Tenggara termasuk para pedagang China.

Seperti yang dijangka,Raja Puni menyerah kalah tanpa apa-apa perlawanan.Puni


dijadikan pelabuhan naungan untuk mengawal perdagangan rempah dan hasilbumi
Borneo dan Visaya (Filipina).Sebelum itu maharaja mengarahkan raja Puni menundukkan
lanun-lanun di Sulawesi dan Sulu yang mengganggu perdagangan penting
Sriwijaya.Selepas menundukkan lanun-lanun,maharaja tidak menghukum mereka secara
drastik,tetapi menjadikan lanun-lanun itu supaya bekerja dengan orang-orang
Melayu.Hasilnya,setiap jeneral-jeneral laut Sriwijaya (mendekati jawatan Laksamana
ketika Kesultanan Melaka) memiliki tentera-tentera sendiri dari kalangan Orang
Laut,Bajau,Bugis,Sulu dan puak-puak Visaya.
582

Maharaja menempatkan ramai Senapati dan Bupati Sriwijaya di setiap wilayah kuasa-
kuasa laut dan ramai datu-datu untuk mengawal pelabuhan-pelabuhan
Sriwijaya.Maharaja pun membuka laluan perdagangan laut antara India dan China,dan
bangsa Melayu sekali lagi menjadi pengurus kepada jaringan perdagangan maritim antara
yang tersibuk di dunia.

Semua kuasa-kuasa laut dan pelabuhan-pelabuhan entreport seluruh Nusantara tunduk


kepada kekuasaan dinasti Sriwijaya;dinasti dari Bukit Si Guntang Mahameru.Senapati-
senapati Chenla dan Mon tunduk kepada maharaja Melayu Sriwijaya.Bupati-bupati Jawa
dan Sumatera tunduk kepada pemerintah Melayu Sriwijaya.Datu-datu Borneo dan Visaya
tunduk kepada Emperor Sriwijaya.

Kemudian maharaja mengabadikan kejayaan ini ke dalam prasasti,dalam bahasa Melayu


Kuno:

"...Laghu mudik datang marwuat manua


Shriwijaya jayasiddhayatra subhiksa..."

(Belayar mudik datang membuat benua


Srivijaya kota yang jaya, bahagia dan makmur)

Betapa megahnya kata-kata ini,dituliskan dalam bahasa Melayu Kuno yang menjadi
lingua franca Asia Tenggara ketika itu.Sehinggakan sami-sami China terpaksa
mempelajari bahasa Melayu sebelum belajar bahasa Sanskrit dari para pendeta-pendeta
Melayu Sriwijaya.Catatan tentang I-Tsing,sami China yang belajar tatabahasa Melayu:

"...berlayar dengan menumpang perahu orang Parsi dari Guangzhou,Yi Jing (I-Tsing)
tiba di Sriwijaya (Palembang,Sumatera) selepas 22 hari, di mana dia menghabiskan 6
bulan berikutnya belajar tatabahasa Sanskrit dan Malayu. Dia meneruskan untuk
merakam lawatan ke negara-negara Malayu dan Kiteh (Kedah), dan pada tahun 673
selepas sepuluh hari perjalanan tambahan mencapai 'kerajaan orang-orang yang
telanjang' (selatan barat Shu). Yi Jing mencatat kesan tentang 'masyarakat
Kunlun',iaitu kata Cina kuno bagi masyarakat Melayu."Orang Kunlun mempunyai
rambut keriting, badan gelap,kaki tidak beralas dan memakai sarung."

Bukti dari Yi Jing ini tidak menyebutkan nama bahasa lain sebagai contoh,'Tausug' atau
'Siam',tetapi 'Malayu',menunjukkan disamping Sanskrit sebagai bahasa agama,bahasa
583

Melayu adalah satu bahasa yang wajib dipelajari di seluruh emperium Sriwijaya.Maharaja
menggunakan bahasa Melayu,bukan Tausug atau Siam (sebagai contoh) kerana beliau
berbangsa Melayu!Jelaslah bahawa orang Melayu dan sejarahnya mampu dibuktikan
secara konkrit bukan secara hikayat atau dongengan.Terima kasih kepada para
pengembara China yang rajin mencatat sejarah Melayu pada zaman dahulu.

Keterangan tentang rupa paras 'orang Kunlun' adalah merujuk kepada masyarakat Melayu
di Indochina dan Segenting Kra,di mana catatan yang sama juga diceritakan dari penulis
berlainan.Dalam History of Sui Dinasty:

"...the people of Linyi (Champa) possessed dark skin and curly hair, and that after first
Sui Emperor Yangdi conquered Southern Chen Dynasty in AD 589, Linyi sent in tributes.
Linyi stopped tributes till Sui armies, led by General Liu Fang, attacked them in AD 604.
(Sui Emperor, in addition to attacking Linyi, had invaded Ryukyu.) According to
"History of Sui Dynasty", further to the southwest of Linyi (Champa) would be a statelet
called Zhenla (Chang-la or Chenla), a vassal of Funan. Zhenla (Chang-la) male
population were recorded to be small in size but dark in skin, but some females were said
to have lighter skin. Chang-la people all had curly hair. To the west of Zhenla (Chang-la)
would be a statelet called Zhu-jiang, and to the south Che-qu. Numerous statelets existed
further, with rulers carrying Indian names. It is no strange to see this phenomenon
when we examined the history of southeast Asia as a whole to find that Indian influence
had spread across the whole area much before the Chinese poked their nose in the same
area,.."

Champa adalah salah sebuah kerajaan Melayu di pesisir pantai Vietnam,termasuk dalam
naungan Sriwijaya dengan salah seorang rajanya memakai gelaran dari kerabat Sriwijaya
iaitu 'Yang Pu Ku Vijaya Sri'.
584

Maharaja Sriwijaya tidak menetapkan satu-satu kota pelabuhan sebagai pusat


pemerintahan mutlak.Keburukannya ialah,jika ibukota diserang,segala harta benda dan
kekuatan Sriwijaya akan musnah.Jadi maharaja bebas memerintah dari semua kota
pelabuhan,namun sebagai memudahkan pentadbiran,Palembang dijadikan rujukan
pentadbiran Sriwijaya.Adakalanya maharaja menggunakan Kataha sebagai pusat
pemerintahan.Adakalanya maharaja menggunakan Puni (Brunei) untuk mengawal
jajahan Sriwijaya.Ini adalah strategi bijak,tidak seperti bangsa Assyria yang terus musnah
setelah Nineveh hancur,atau seperti Ectabana yang dikalahkan dan setelah itu bangsa
Medes pun seakan hilang dari sejarah.

Kemakmuran Sriwijaya menjadikannya legenda di kalangan kawan dan lawan.Contohnya


terpahat di satu kuil purba di Tanjore,India:

"....tumpukan harta yang banyak, Vidyadhara-torana membuka gerbang kota


pedalaman yang luas yang dilengkapi perlengkapan perang, berhiaskan permata
dengan kemuliaan besar, gerbang kemakmuran Sri Vijaya; Pannai dengan kolam air,
Malaiyur dengan benteng terletak di atas bukit; Mayirudingam dikelilingi oleh parit;
Ilangasogam yang tak gentar dalam pertempuran sengit...; Mappappalam dengan air
sebagai pertahanan; Mevilimbangam, dengan dinding tipis sebagai pertahanan;
Valaippanduru, memiliki lahan budidaya dan hutan; Takkolam yang memiliki
ilmuwan; pulau Madamalingam berbenteng kuat; Ilamuri-Desam, yang dilengkapi
dengan teknologi hebat; Nakkavaram yang memiliki kebun madu berlimpah; dan
Kadaram berkekuatan seimbang, dengan tentara memakai kalal.."

Dengan menguasai jaringan perdagangan sama seperti apa yang dilakukan oleh Empayar
Zabag (Jawaka),Sriwijaya adalah dinasti Melayu paling berpengaruh dan disegani di
seluruh Asia Tenggara.

Sriwijaya Dalam Kenangan

Empayar Srivijaya menguasai Selat Melaka (Melaka), yang hampir penting untuk
perdagangan antara China dan India. Ini menekan aktiviti lanun di sepanjang
perdagangan Selat Melaka, memudahkan, tetapi tidak menghancurkan pesaing bukan
Srivijaya melainkan menggunakan mereka sebagai sumber kedua bagi perdagangan.
Sriwijaya berpengaruh luas di kawasan-kawasan yang menggunakan campuran diplomasi
dan penaklukan, dan akhirnya dikendalikan dengan gaya pentadbiran 'persekutuan kota-
kota pelabuhan'. Sriwijaya menguasai bahagian Sumatera, Jawa Barat, Sri Lanka,
Kalimantan Barat, Sulawesi, Maluku, Filipina, dan Pulau Sulu serta Visayas dan utara
585

semenanjung Melayu (Segenting Kra);ia berdagang dengan orang Arab,Empayar Pala di


Bengal, bahagian lain India, ke Madagascar dan di sepanjang pantai timur Afrika, di
antara Pulau Rempah dan pelabuhan dari China selatan, terutamanya Canton (Guangshou
/ Kuangchou) dan pelabuhan lain dari Guangdong / daerah Kwantung wilayah (Macau).
Antara pusat komersil yang penting untuk peniaga Srivijaya juga ialah Kerajaan Fujian
(Min), dengan Fukien ("Pendirian Yang Gembira") Negeri (Min Sheng), ditambah dengan
pelabuhan Amoy (Hsia-men/Xiamen) dan Fu-chou (Fuzhou / Foochow "Kota Selamat').

Pelabuhan ini menjadi penting di bawah Dinasti Sung (mulai sekitar tahun 960, tetapi di
selatan hanya selepas tahun 1127), tetapi perdagangan dengan Sriwijaya berlangsung
selama beratus-ratus tahun sebelum itu (dicatatkan 300 tahun Sebelum Masehi).Sebuah
kuasa laut dengan tempoh sehingga abad ke-13, Sriwijaya memiliki ratusan kapal dan
puluhan ribu tentera, tapi tidak selamanya bertahan sehingga ke hari ini. Sriwijaya
mungkin mempunyai ibu kota, di Palembang (di Sumatera), tetapi kawasan ini adalah
jaluran panjang paya-paya yang sukar untuk menggali - mungkin gambaran lebih jelas
akan muncul kemudian,mungkin sekiranya terdapat peruntukan dan usaha yang keras
untuk menggali.Kita tahu bahawa Sriwijaya adalah salah satu kerajaan terkaya pada
masanya, mungkin berkembang sejak 500 Masehi, tapi jelas mendominasi pantai Selat
Melaka selama sekurang-kurangnya 640 tahun!

Khom terawal (Angkor) adalah kemungkinan peradaban anak sungai, dan sebuah stupa
dibina di Chaiya, Suratthani (selatan Thailand) adalah warisan Srivijaya. Pada awal abad
ke-11, melalui 20 tahun serangan oleh raja Chola dari Coromandel India, Sriwijaya
kehilangan kawalan ke atas perdagangan China-India dan merosot,berakhir sekitar 1400,
ketika Ayutthaya menjadi semakin penting.Islam telah datang ke Sumatera, putera
terakhir Srivijaya menubuhkan Kesultanan Melayu Melaka pada tahun 1402, dan
memeluk Islam pada tahun 1414.

Walaupun secara umumnya sebelum penemuan Sriwijaya secara akademik oleh


Coedes,nama Sriwijaya hampir tidak diketahui oleh masyarakat moden hatta penduduk
586

Asia Tenggara malahan orang Melayu sendiri,legenda Sriwijaya sebenarnya masih


tersimpan kemas dalam ingatan kerabat diraja dan bangsawan di Indonesia dan
Malaysia.Dalam pada itu,masih ada banyak kebingungan, kerana dengan merujuk kepada
Sriwijaya sebagai sebuah kerajaan, ketika "kuasa politik" atau "persekutuan" sebenarnya
lebih tepat. Ini mungkin tidak mempunyai raja yang berkuasa, hanya pangeran dan kasta
penguasa. Melibatkan perkilangan, pusat-pusat keagamaan, komersil dan politik,
sekurang-kurangnya beberapa abad, yang terdapat dalam rekod Arab dan Cina.Orang
Khmer menyebutnya Melayu,yang lain punya nama lain - yang membantu menambah
kebingungan dan ketidakjelasan ... tetapi sifat yang berbeza dari negara itu kemungkinan
bahaya yang paling parah ke memori itu,menyebabkan Sriwijaya seakan 'hilang' dari
lipatan sejarah Asia Tenggara.Di kawasan-kawasan pedalaman tetap berada di bawah
pemimpin tempatan (Datu-datu), seringkali disusun dalam rangkaian kesetiaan melalui
pernikahan, namun dipacu oleh hubungan perdagangan primer, dan dasar kerjasama
dalam persekutuan maritim. Kepelbagaian budaya dalam bidang perdagangan dan
pengaruh Srivajaya yang kondusif (selesa) untuk perdagangan,dan dalam banyak hal
memperkuatkan jaringan hegemoni empayar ini.

Raja-raja Melayu dinasti Sriwijaya berkasta Kesatria,merupakan pengiktirafan dari puak-


puak Kamboja yang membawa budaya Avestan;Kamboja adalah puak Aryan yang sekian
lama menjalankan perdagangan dengan dinasti-dinasti Melayu.Karavan perdagangan
antara India dan Mon Dvaravati terjadi di masa awal Buddha. Kemudian perdagangan
laut, dengan menggunakan kapal besar, mulai, meliputi sebahagian besar pantai selatan
Asia barat China, dengan perdagangan yang signifikan menggunakan kuda selama seribu
tahun yang lalu.Rekod Parsi menyebutkan duta-duta yang dihantar dari Sri Lanka untuk
Maharaja Anusharwan (memerintah 531-578 M,pemerintah Parsi dinasti
Sasanid,kemungkinan inilah Nursyirwan Adil dalam hikayat Melayu), membawa sepuluh
ekor gajah, 200,000 keping dari kayu jati dan tujuh penyelam mutiara. Logam mulia dan
batu, rempah-rempah, (terutama cengkih, pala dan kapulaga), gaharu, cendana, kapur
barus, makanan, jute, lilin, timah dan logam lain, ternakan dan bahagian-bahagian
haiwan (termasuk, tetapi tidak terhad kepada taring, tanduk) , tekstil dan barang ubat
yang tersenarai (antara lain, kemungkinan besar termasuk jimat, candu, sirih, pisau dan
cermin, walaupun rekod penghantaran tidak tersedia). Dari Sri Lanka mereka berdagang
dengan Ligor, Lavo dan Lopburi dalam apa yang digelarkan sebagai Siam, dan mendirikan
bandar pedalaman dari Kambojagama, tenggara Mon Haripunjaya (kemungkinan besar
pada laluan karavan tua).

Akhirnya,komuniti perdagangan Sriwijaya menghasilkan pemimpin-pemimpin hebat


yang menukar penyelesaian komersil menjadi negara politik yang terancang dan
587

berkembang menjadi satu lagi kerajaan yang agung,kerajaan Angkor.Suffix -Varman


untuk penguasa di Angkor adalah sebuah nama Ksatria, menghubungkan mereka dengan
Arya Kambujas. Hal ini menunjukkan bahawa sifat raja-raja dan kepercayaan sihir yang
digunakan untuk menyokong kerajaan adalah berasal dari tradisi yang kuno, mungkin
dari Mesopotamia,tetapi ini memerlukan analisis yang lebih berkesan.

Ketika kegemilangan empayar ini,sang maharaja ada mengirimkan surat-surat kepada


kekhalifahan Islam. S.Q Fatimi telah menerbitkan catatan tentang dua surat dari Mihraj
Zabag (empayar Zabag) kepada Khalifah Muawiyah (661M-680M) dan Khalifah Umar
Abdul Aziz (717M-720M).[rujuk:"Two letters from Maharaja to the Khalifa", Islamic
Studies (Karachi), 1963].Isi surat itu sama,memohon dihantar pendakwah Islam untuk
mengajarkan agama Islam kepada maharaja.

Apa yang paling penting di sini adalah kemahiran Sriwijaya yang memulakan konsep
perdagangan untuk terlibat dalam pembukaan dan penempatan, yang merupakan konsep
yang agak unik dan jarang diketahui pada empayar-empayar lain.Sesuatu empayar
biasanya terbentuk melalui ketenteraan dan penguasaan wilayah secara paksaan,tetapi itu
bukanlah Sriwijaya yang istimewa ini.Diplomasi bangsa Melayu amat aneh dan
misteri.Walaupun sekian banyak perdagangan maritim dari pelbagai kaum dan bangsa
telah terjadi sebelum era Sriwijaya,namun ia tidak terlalu difokuskan dengan minat yang
mendalam,sebagaimana empayar Melayu ini,di mana konsep koloniasasi oleh penjajah
Eropah untuk membina empayar perdagangan bukanlah konsep yang 'ajaib' dan
penguasaan perdagangan oleh China yang lebih kepada konsep penghijrahan beramai-
ramai,namun Sriwijaya membina hegemoni perdagangan dengan kuasa 'magis' dari sikap
diplomasi yang bijak dari orang-orang Melayu.

Ketika Burma,Khmer dan Siam berkongsi banyak persamaan,penduduk di negara-negara


itu dikuasai oleh kumpulan-kumpulan etnik tertentu,orang-orang di kepulauan, orang-
orang Vietnam,Bangladesh,China dan Korea pula sangat berbeza.Orang-orang Mongol
mampu memaksakan kuasa atas kawasan yang amat luas dan memiliki kepelbagaian etnik
yang kompleks-dari suku-suku Monggol dan China hingga ke bangsa Parsi,Eropah dan
Arab,tetapi hanya untuk sekitar 150 tahun.Empayar British juga luas,di mana empayar ini
dijoloki sebagai ‘the sun never set',juga bertahan tidak begitu lama.

Tetapi Sriwijaya berakhir sekurang-kurangnya 640 tahun,selama lebih enam abad,dan


memerintah ke atas pelbagai suku Austronesia,Mon-Khmer,Tai-Kadai dan para pedagang
asing....mungkin disebabkan mereka menemui nilai dalam kepelbagaian,dan cuba untuk
tidak memaksakan penguasaan mahupun budaya mereka ke atas wilayah jajahan.
588

Next...

Alter Terahsia Bangsa Melayu XVI

Petunjuk Tersembunyi Dalam Chiang Mai Chronicles

-Siapakah Suryavarman?
-Petunjuk tersembunyi di dalam Preah Hear
-Siapakah Malayu dalam riwayat Khmer?
-Kod-kod yang tidak boleh dibaca
-Rahsia di dalam batu-batu
-Tempat yang tidak boleh dilihat
-'raja-raja Mala'
-Sri Kambu dan Kedah Tua
-Dinasti Mahawangsa
-Siapakah Merong?
-Rahsia batu berlubang tengah
-Puteri Khmer yang diculik
-Raja Lao yang memakai gelaran diraja Malayu
-Kerajaan Lanxang dan dinasti Malayu
-Perahu siput Nang Kemuning
-Hubungan raja-raja Melayu dan Kambuja-Khmer
-Misteri Sri Dharmaraja

Menjejaki misteri Melayu semakin mendebarkan!Nantikan pengembaraan seterusnya....

Hanya di MistisFiles!

Posted by Mistis Organization at 7:37 PM


589

Tuesday, April 12, 2011

Alter Terahsia Bangsa Melayu XVI

Sebelum orang-orang Thai muncul sebagai kekuatan yang dominan pada abad ke-
13,Thailand didominasi oleh orang-orang Mon dan Khmer.Mon adalah satu kaum dan
tamadun yang berpusat di tepi barat dataran tengah.Mereka mendirikan kerajaan
Dvaravati yang misteri.

Dari sejumlah kecil koleksi inskripsi dan patung-patung yang diketahui para
sarjana,bagaimanapun,mengetahui bahawa kerajaan itu melangkau ke timur menuju
Kemboja,ke utara menuju ke Chiang Mai dan ke barat menghampiri Burma.Di
Kemboja,adalah orang-orang Khmer,dengan menumpu di negara Kemboja pada hari ini
dengan ibukota mereka di Angkor,"The City of Angels".Mereka mengawal sebahagian
besar Thailand,terutamanya timur laut Thailand dan selatan Laos,selain Kemboja sendiri.

Di selatan Dvaravati...adalah bayang-bayang Srivijaya,sebuah empayar maritim yang amat


berkuasa di Asia Tenggara.Melayu,adalah dalang di sebalik nama Srivijaya,adalah orang-
orang yang punya sejarah misteri di Indochina,suka membina negarakota-negarakota di
merata tempat.Mereka juga menyebar di seluruh Thailand dan budaya mereka dikongsi
oleh misterinya Dvaravati.Srivijaya,walaupun kita memiliki sedikit maklumat
tentangnya,tidak dapat diragukan adalah salah satu yang paling terkuat-jika tidak
pun,adalah merupakan empayar maritim yang benar-benar berkuasa.
590

Salah satu negarakota mirip Dvaravati adalah Chih-Tu (Tanah Merah),yang terletak di
Kelantan pada hari ini.Mengikut rekod Dinasti Sui (581-618),kerajaan ini merupakan satu
kerajaan yang berperadaban tinggi.Di dalam 'Meridionaux',Matounlin telah menyebut
dalam tahun 638 Masehi,Seng-Kao (Chiang Mai) telah menghantar duta pertamanya ke
kerajaan China.

Di dalam rekod Dinasti Sui,merujuk kepada misi oleh Tchan Sun dan Wang Kiun
Tching,memberitahu serba sedikit tentang Chih Tu:

"Nama keluarga raja Chih-tu adalah Tan Chu (Chudam), dan nama peribadinya adalah
Li-fo-shi. Sejak bila sejarah putera ini bermula kami tidak tahu. Kami hanya diberitahu
bahawa ayahnya, selepas meninggalkan takhta untuk menjadi seorang biarawan,
dihantar kepadanya kedudukan kerajaan, kedudukan yang telah diadakan selama
enam belas tahun. Raja ini Li-fu-to-Hsi mempunyai tiga isteri, yang semuanya puteri
gerbang yang sekitar seratus langkah berasingan. Pada masing-masing gerbang,
diselubungi dengan loceng emas kecil, yang dicat Bodhisattva dan abadi yang
menjulang tinggi di udara..."

Berdasarkan rekod kuno ini,para sarjana bersepakat bahawa nama China "Li-fo-shi" atau
"Li-fu-to-Hsi" adalah transkripsi kepada SriVijaya menunjukkan bahawa
Lawasangharatha (nama Pali bagi Chiang Mai) ialah 'Srivijayan King' dan sekaligus
membuka rahsia bahawa Chiang-mai mempunyai hubungan rapat dengan istana
Sriwijaya dari kerabat Sri Dharmaraja.

Chiang Mai bermaksud 'kota para sami' dan terjemahan dari istilah bahasa Pali untuk
makna yang sama:Lawasangharatha.

Legenda China mengatakan seorang raja telah meninggalkan takhtanya untuk


mengabdikan diri sebagai sami.Dan kerajaannya diserahkan kepada anaknya yang
bernama,Srivijaya...

PETUNJUK

TERSEMBUNYI

DI DALAM

CHIANG MAI CHRONICLES


591

Dhati vrah pada kamraten kamtvan an cri suryavarmmadeva ta sakata svey vrah
dharmarajya nu 924 caka

{...mewarisi gelaran 'Kamvan' dan berasal dari darah keturunan Dinasti


Matahari...dia...(Suryavarman I) memerintah seluruh negeri Dharmaraja pada tahun
Saka 924...}

(Inscription of Phimanakas,Cambodia)

Untuk melihat kebudayaan Melayu purba sebelum cahaya hidayat Islam tiba di
Nusantara,kita boleh melihat 'bayang-bayang' nya di Indochina.Segenting Kra hingga ke
tengah Thailand dan menuju ke Kemboja mewarisi kebudayaan Melayu Kuno zaman
Buddha (abaikan dahulu Sumatera).Ke barat terletak satu lagi kerajaan purba suku
Melayu yang amat popular dalam riwayat Indochina,Champa.Tetapi ini kerajaan
Hindu.Segenting Kra,tidak dinafikan adalah tempat lahirnya beberapa dinasti diraja
Melayu yang mencapai tahap legenda dan kultus dalam hikayat-hikayat Indochina.Di
dalam artikel ringkas ini,kita akan membincangkan sejauh mana bayang-bayang 'ruling
class' raja-raja Melayu di seluruh Indochina pada masa silam.

Petunjuk Pertama:Sulalatus Salatin

Di dalam Sulalatus Salatin terdapat beberapa bahagian yang menceritakan tentang benua
Siam.Apa yang menarik,gelaran 'Cau' dalam Sulalatus Salatin:

"Maka Paduka Bubunnya pun terlalu marah; maka baginda sendiri hendak berangkat
menyerang Melaka. Maka ada seorang anak Bubunnya lelaki, bernama Cau Panden; maka
592

ia bercakap ke bawah duli Paduka Bubunnya hendak menyerang Melaka. Sembahnya:


"Duli Pra Cau, lengkapi patik; patiklah mengalahkan Melaka itu". Maka Paduka Bubunnya
pun terlalu sukacita mendengar sembah anaknya, Cau Panden itu.."

Juga disebutkan dalam perenggan yang lain tentang raja Patani,Cau Seri Bangsa
(Sriwangsa) yang memeluk agama Islam lalu memohon nobat dari Kesultanan
Melaka.Dalam Sulalatus Salatin,kesimpulan umum yang boleh dibuat ialah,gelaran 'Cau'
ini ialah gelaran untuk kerabat raja Siam.Untuk mengetahui kerajaan apakah yang
sezaman dengan Kesultanan Melaka,umumnya merujuk kepada Kerajaan Ayutthaya
(1351-1767).Namun jika diteliti,gelaran 'Cau' (Chao) tidak popular digunakan oleh raja-
raja Ayutthaya.

Satu lagi misteri ialah raja Patani juga disebut dengan gelaran Cau ini.Ini
bermakna,Ayutthaya bukanlah saingan Melaka ketika itu.Hujah ini diperkukuhkan lagi
dengan penemuan bukti terbaru bahawa Empayar Melaka bermula pada abad ke-11 bukan
abad ke-13!Semua ini memimpin kepada misteri siapakah kerajaan Benua Siam ketika
peristiwa dalam Sulalatus Salatin dan siapakah Paduka Bubunnya sebagai pemerintah
Siam dan asal-usul gelaran Cau yang dikongsi oleh Patani dan Siam.Umum mengetahui
bahawa Patani adalah kerajaan Melayu bukan Thai.Di sini,kita mestilah membezakan
makna 'Siam' dan 'Thai'.Siam bukan Thai,namun Thai kemungkinan terserap ke dalam
Siam.Siam adalah gelaran purba dari bahasa Mon-Khmer:Syam,merujuk kepada satu
kelompok kaum di Indochina pada masa silam.

Sebenarnya kerajaan di Benua Siam yang disebutkan dalam Sulalatus Salatin


itu ialah Nagara Sri Dharmaraja (Tambralingga).

Satu lagi 'puzzle' ialah,mengapa raja Patani memohon nobat dari Melaka?Patani adalah
satu kerajaan legenda,berasal dari empayar Segenting Kra yang
terkenal,Langkasuka.Jawapan kepada semua misteri ini adalah:KETURUNAN RAJA-
RAJA SRIWIJAYA.

"Srivijayan Bloodline"

Pertama sekali perlulah difahami rahsia ini:bahawa dinasti Sriwijaya bermula di


semenanjung,TEPATNYA DI SEGENTING KRA.Dinasti Melayu kuno ini dipercayai
berasal dari Istana Sri Dharmaraja (Sri Dharmaraja Court),iaitu Nakhorn Si Thammarat
di Thailand pada hari ini.Dari sini,beberapa dinasti muncul,salah satunya ialah
Pathomwangsa (bermaksud:bunga seroja) di mana Chandrabanu Sri Dharmaraja,raja
593

Melayu yang menyerang Sri Lanka pada abad ke-11,berasal dari garis keturunan ini.Satu
lagi ialah Sriwijayawangsa,yang pada era awalnya banyak mempengaruhi sejarah Kemboja
dan Dvaravati hingga ke Chiang Mai.Bagaimana sampai ke Chiang Mai?

Catatan era Dinasti Sui mengatakan bahawa Seng-Kao (sebutan Cina untuk Chiang Mai)
mempunyai ibukotanya bernama Chih-Tu.Menariknya.Chih-tu juga disebut dalam catatan
pada era yang sama merujuk kepada satu kerajaan yang hilang di sekitar Kelantan
sekarang.Chih-tu bermaksud 'Red Earth' dan di Kelantan ada tempat bernama 'Tanah
Merah'.

Di dalam rekod Dinasti Sui lagi,merujuk kepada misi oleh Tchan Sun dan Wang Kiun
Tching,memberitahu serba sedikit tentang Chih Tu:

"Nama keluarga raja Chih-tu adalah Tan Chu (Chudam), dan nama peribadinya adalah
Li-fo-shi. Sejak bila sejarah putera ini bermula kami tidak tahu. Kami hanya diberitahu
bahawa ayahnya, selepas meninggalkan takhta untuk menjadi seorang biarawan,
dihantar kepadanya kedudukan kerajaan, kedudukan yang telah diadakan selama
enam belas tahun. Raja ini Li-fu-to-Hsi mempunyai tiga isteri, yang semuanya puteri
gerbang yang sekitar seratus langkah berasingan. Pada masing-masing gerbang,
diselubungi dengan loceng emas kecil, yang dicat Bodhisattva dan abadi yang
menjulang tinggi di udara..."

Berdasarkan rekod kuno ini,para sarjana bersepakat bahawa nama China "Li-fo-shi" atau
"Li-fu-to-Hsi" adalah transkripsi kepada SriVijaya menunjukkan bahawa
Lawasangharatha (nama Pali bagi Chiang Mai) ialah 'Srivijayan King' dan sekaligus
membuka rahsia bahawa Chiang-mai mempunyai hubungan rapat dengan istana Sri
wijaya dari kerabat Sri Dharmaraja.Ini kerana dalam tradisi sejarah Sriwijaya di
Indochina,pakar sejarah Thailand dan Kemboja mengenalnya melalui kerajaan Nagara Sri
Dharmaraja,di mana ditemui banyak persamaannya budaya dan gelaran raja-raja Sri
Dharmaraja sesuai dengan sejarah Sriwijaya.

Jika kita cantumkan dengan bukti dari Sulalatus Salatin,misteri ini semakin rumit.'Chao'
adalah gelaran khas untuk raja-raja Chiang Mai.Namun dalam sejarah Melayu,'Cau'
digunakan untuk gelaran di Benua Siam dan raja Patani.Dimanakah letaknya Chiang
Mai?Chiang Mai terletak nun di utara Thailand.
594

Mengapa Raja Patani meminta nobat dari Melaka?Jika berpandukan kepada bukti-bukti
dari Chiang Mai dan Sri Dharmaraja,kita boleh menyimpulkan bahawa raja Patani adalah
dari GARIS KETURUNAN YANG SAMA DENGAN SULTAN MELAKA.Ini juga
menunjukkan bahawa nobat,sebagai lambang kebesaran kerajaan Melayu,pada masa itu
diwarisi oleh Melaka dan autoritinya dipegang oleh Melaka.Mengapa raja Patani tidak
mencipta nobat sendiri,dan terpaksa memohon nobat dari Melaka?Semua ini akan
membawa kita kepada garis keturunan Sriwijaya.

Dari sini,jika raja Patani bukan dari garis keturunan Sriwijaya (Kesultanan Melaka adalah
warisan Sriwijaya yang tidak boleh disangkal lagi),PRESTIJ YANG ADA PADA NAMA
SRIWIJAYA,memungkinkan raja Patani memerlukan PENGIKTIRAFAN.Sebagaimana
Raja Lumu (berasal dari Sulawesi) yang memohon perlantikannya sebagai Sultan
Selangor melalui perkenan Sultan Perak (dari garis keturunan Sriwijaya;dari cabang
Kesultanan Melaka),begitu jugalah yang dilakukan oleh raja Patani.Ini menunjukkan
bahawa seluruh Dunia Melayu dan suku-suku Austronesia meyakini,DARAH
KETURUNAN SRIWIJAYA MEMPUNYAI DAULAT SEBAGAI 'RULING CLASS'
YANG SEBENAR.

Lama sebelum kedatangan Raja Mengrai dari selatan China,kawasan sekitar utara
Thailand di Chiang Mai termasuk dalam kerajaan Haripunjaya.Ini adalah kerajaan orang
Mon.Namun raja-raja Chiang Mai sebelum era Lanna Thai memiliki darah
Sriwijaya.Dipercayai bahawa suku kaum yang tinggal di sini pada zaman purba adalah
kaum Lawa.
595

Dalam Chamadevivamsa,yang ditulis pada permulaan abad ke 15 dan di dalam


Jinakalamali,yang siap ditulis pada tahun 1516,mengandungi bukti berikut:

"Seorang raja Haripunjaya bernama Atrasataka pergi untuk menyerang Lavo dimana
Ucchittachakravatti sedang memerintah.Pada saat ketika dua penguasa itu disiapkan
untuk berperang, seorang raja Sri-dhammanagara bernama Sujita tiba di Lavo dengan
tentera yang cukup besar dan armada kapal perang. Dihadapkan oleh serangan
mendadak, dua raja yang berperang ini (raja Haripunjaya dan Lavo) melarikan diri ke
arah Haripunjaya.Ucchita tiba lebih dulu, berkahwin dengan ratu dan menyatakan
dirinya sebagai raja.Kemudian Sujita, raja Ligor, membuktikan dirinya sebagai pemilik
Lavo. Pada tiga tahun terakhir,penggantinya,atau mungkin
anaknya,Kambojaraja,pergi untuk menyerang Ucchita lagi di Haripunjaya,namun
dikalahkan."

Konflik antara Lavo dan Haripunjaya mencerminkan permusuhan antara dua dinasti
terulung Melayu sebagai 'ruling-class' Indochina,Sailendra dan Sriwijaya yang tumbuh
dalam skala yang lebih besar untuk menjadi krisis.Sarjana menyimpulkan serangan ini
sebagai penaklukan empayar Kemboja ke atas negara-negara jiran yang lebih lemah,Lavo
dan Haripunjaya.Namun pada masa yang sama,Kerajaan Kemboja juga diserang kerana
riwayat ini menceritakan dengan jelas,menunjukkan bahawa penakluk itu dari Sri
Dhammmaraja atau Ligor. Penguasa Lavo,Ucchittachakravatti disebut sebagai
'Chakravati', merujuk kepada pengaruh Angkor.Dia samaada Jayavarman IV atau
penggantinya. Sebagaimana Lavo bertindak sebagai pos kawalan tentera Empayar
Kemboja, kawalan ke atas Lavo mengakibatkan penaklukan takhta Angkor (oleh raja
Melayu Sujita). Di sisi lain, kita akan melihat bahawa penguasa Angkor berikutnya,berasal
dari keluarga Sri Dhammaraja atau Kerajaan Ligor.Dalam serangan oleh dinasti Sailendra
yang kini berpusat di Jawa,Sriwijaya sedang mencari jalan keluar,dan istana Kemboja
menjadi sasaran mereka.

Dinasti Viravamsa
596

Setelah pemerintahan Jayavarman V,telah muncul satu inskripsi yang menunjukkan tiga
raja, Udayadityavarman, Jayaviravarman dan Suryavarman yang berkuasa secara
bersamaan di lokasi kerajaan Angkor.Sarjana membuat spekulasi bahawa mereka
bersaing di atas takhta Angkor sementara pada hakikatnya,ketiga-tiganya berdarah
Melayu Sri Dharmaraja dan bergabung dalam perjuangan mereka untuk mengambil
kawalan dari arah darat (kerabat Sriwijaya umumnya lebih sukakan perdagangan
maritim).Sebuah petikan dari riwayat Khmer,Botomvaravamsa,menjelaskan titik misteri
ini:

"Di sana ada anak saudara Maharaja yang diaturkan oleh Dhammavidhi Prah
Rsiphatta,untuk menikahi ratu pada waktu itu dan naik takhta dengan nama
Botomvaravamsa.Dia ditugaskan Virauraja sebagai Obyauraja dan Udayaraja sebagai
Obraja-nya.Setelah kematian Botomvaravamsa,Prah Virauraja yang menjadi
Obyauraja,naik takhta.Setelah pemerintahan Virauraja,Prah Udayaraja yang
ditugaskan sebagai Mahaobjraja,naik takhta."

Menurut petikan ini,satu tatacara telah dilaksanakan oleh pendeta Angkor bagi
mewujudkan kepimpinan baru.Suryavarman (Preah Botomvaravamsa) merupakan anak
saudara dari Raja Angkor pada waktu itu dan ditetapkan untuk naik takhta Angkor
sementara Jayaviravarman (raja Virauraja) menjadi Obyauraja (raja kedua) dan
Udayadityavarman (Udayaraja) menjadi Obraja (jeneral tentera).Kita akan melihat
bahawa Jayaviravarman dan Udayadityavarman adalah saudara dan berkaitan dengan
kerajaan Chrestapura (Lavo) dan mensamarkan asal sebenar mereka dari Ligor dan
mereka seolah-olah tidak asing dengan kerajaan Angkor. Mereka adalah penyumbang
kepada Suryavarman I yang lebih muda yang kemudiannya akan menjadi penguasa utama
dari takhta Angkor.

Semua ini menunjukkan bahawa terdapat satu era di istana Angkor dimana kerabat diraja
Melayu Sri Dharmaraja menjadi 'ruling-class' bagi seluruh empayar Khmer.Seorang raja
Melayu bernama Sujita juga telah menakluk Lavo (Lawapuri/Lavapuri/Lopburi) yang
merupakan warisan kerajaan legenda Mon,Dvaravati.Kerajaan Dvaravati adalah benar-
benar kerajaan SIAM ASLI kerana populasinya bercampur dengan budaya Melayu
Segenting Kra dan Mon.Istilah 'Melayu Segenting Kra' adalah panduan,di mana budaya
mereka zaman Buddha dahulu diwarisi oleh Kemboja dan Thailand,termasuk senibina
dan kostum,setelah mereka beramai-ramai memeluk Islam dan memasuki era budaya
baru.Senibina dan budaya Melayu Segenting Kra akhirnya telah dimajukan oleh orang
Thai dan Khmer sehingga apa yang kita lihat pada hari ini.

Salah satu binaan Melayu Segenting Kra ketika kerabat Sri Dharmaraja atau Grahi
597

membayangi istana Angkor,ialah Preah Vihear.

Ia dibina oleh Suryavarman I,setelah raja ini menewaskan saudara-saudaranya,menaiki


takhta Angkor dan menerajui Empayar Khmer.

Siapakah Suryavarman I?

Beliau berdarah Melayu Sri Dharmaraja dari sebelah bapa.Bapanya,raja Nagara Sri
Dharmaraja (Ligor) telah mengahwini seorang gadis Khmer.Bukti-bukti dari beberapa
riwayat cenderung menunjukkan bahawa bapanya itulah Sujita,yang menyerang
Lavo.Banyak inskripsi membuktikan pemerintahan Suryavarman berlaku pada seawal
1002 Masehi (924 Saka).Jika tarikh ini adalah tepat,Suryavarman dinobatkan pada masa
yang sama sebagai raja Jayaviravarman mengarah ke spekulasi bahawa mereka bersaing
takhta Angkor.Pandangan yang lain adalah bahawa Suryavarman I dan Jayaviravarman
adalah dua gelaran yang berbeza yang diberikan kepada raja yang sama.Kita akan melihat
bahawa tiada satu pun dari dua spekulasi ini adalah benar.Untuk memulakan,inskripsi
Phimanakas membuatkan ia jelas bahawa bagi kenaikannya pada 1002 Masehi (Caka
924),Suryavarman I sebenarnya menaiki takhta Sri Dharmaraja.

"Dhati vrah pada kamraten kamtvan an cri suryavarmmadeva ta sakata svey vrah
dharmarajya nu 924 caka"
598

Bahagian pertama dari petikan itu menyebutkan bahawa beliau berasal dari garis dinasti
Suryavamsa (dinasti Matahari) dan mewarisi gelaran "Kamtvan", penghormatan untuk
seorang raja Kemboja.Bahagian terakhir,"dharmarajya nu svey vrah 924 Caka" harus
diertikan bahawa "ia (Suryavarman I) memerintah atas Prah Dharmaraja pada 924 Caka".
Kedua-duanya menunjukkan Suryavamsa punya hubungan yang kuat dengan kerajaan
Kemboja dari Tambralinga (nama lain bagi Nagara Sri Dharmaraja).Beberapa sumber
menyebutkan bahawa ia sebenarnya putera raja Sochita (Sujita) atau Jayaviravarman
sendiri.Sementara ayat seterusnya memberitahu beliau telah naik takhta Angkor pada
1002 Masehi, Suryavarman I dilantik pada masa yang sama,untuk memerintah Sri
Dharmamaraja,hanya selepas Jayaviravarman berakhir (turun takhta) pemerintahannya
pada tahun 1006 Masehi yang mana Suryavarman I seharusnya naik takhta Angkor.Beliau
adalah jelas adalah Kambojaraja yang tertulis dalam riwayat Chamadevivamsa dan
Jinakalamali,yang keluar untuk menyerang kerajaan Lavo dan memaksa mereka untuk
menetap di Haripunjaya. Prasasti yang tertulis namanya lebih banyak terdapat bahagian
barat laut negara itu,menunjukkan keterlibatannya dalam pembukaan dan pembentukan
kembali Lavo.

Terdapat bukti lain yang menceritakan asal-usul Suryavarman I ini.

Prasasti yang terletak di tiang sebelah barat Prah Vihear mempunyai bahagian yang
berkaitan dengan asal-usul Suryavarman I,bahkan,walaupun tidak secara
jelas,Suryavarman I adalah dari garis keturunan raja Kemboja pertama, Sri Kambu.

"Ada sebuah keluarga yang membuat tulisan-tulisan tentang keluarga Kambu dan
pelbagai jabatan perkhidmatan kerajaan,penulisan tentang perbuatan mulia yang
berdaulat dari S.M Crutavarman kepada Yang Mulia Cri Suryavarman,keluarga dari
S.M Indravarman yang pergi ke Isvaraloka dan ratu KA Cri Viralaksmi dari Vrah Srok,
kerabat wanita dari Cri Icanavarmadeva yang pergi ke Rudraloka, dan SM Cri
Isanavarmadeva yang pergi ke Paramarudra."

Hunbungan ini menjelaskan mengapa Suryavarman I disebut sebagai Kambojaraja dalam


tradisi Mon.Ini juga menjelaskan tentang asal usul raja Ketomala (satu keturunan raja-
raja Melayu dinasti Ketomala),raja Angkor yang terdahulu mulai dari raja Indravarman I
menjadi punya garis keturunan yang juga dari Sri Kambu. Melanjutkan warisan
ini,Suryavarman dan keturunannya yang dikenali sebagai pembina besar batu candi yang
merangkumi kemudiannya,kuil terkenal Angkor Wat. Keluarga yang disebutkan dalam
petikan di atas di mana bertindak menyimpan semua catatan sejarah tentang keturunan
Sri Kambu adalah keluarga Sri Sukarman (ini mempunyai nama yang punya kaitan
599

dengan dinasti Sailendra di Jawa) dan prasasti ini juga memberitahu lokasi semua tulisan
ini ditanam.

Koleksi tulisan-tulisan suci dirakam pada dedaun (diyakini pada daun lontar,'kertas'
orang-orang Melayu pada zaman silam) dan disimpan di K.J Cri Cikharicvara di K.J. Cri
Vrdhesvara mahupun di Kamlon,iaitu candi-candi purba di Kemboja.Apabila semua
catatan dijumpai,kita akan tahu lebih banyak tentang masa lalu raja-raja Melayu yang
memerintah Kemboja.Namun,seperti disebutkan dalam prasasti,mereka tertulis pada
daun-daun,yang sudah pasti tidak mampu bertahan lama.

Siapa pula Sri Kambu?

Sri Kambu adalah dipercayai raja pertama Kemboja,lebih merupakan legenda dari mulut
ke mulut dalam tradisi Khmer.Namun terdapat beberapa prasasti membayangi nama
legenda ini.

Di dalam prasasti Khmer,ditemui di lokasi Ayutthaya.

"Dalam dunia (Naga) bhuja, raja pertama Guchanagapura ialah Sri bhuja Bhagadatta"

Ini dikenalpasti bahawa penguasa Guchanagapura sebagai raja Bhagadatta Naga,dan


melalui dia,warisan 'Naga' ditanamkan di Lembah Menam.Penting untuk dicatat bahawa
Bhagadatta itu bukan nama tapi gelaran Raja ParamaKamboja. Tradisi Syam (Siam)
bagaimanapun merujukkan gelaran itu dengan Dinasti Ming, bersama kedua-dua garis
keturunan Mon dan kerajaan Khmer purba.Identiti Ming yang sama dijumpai kemudian
menjadi simbol dari kepimpinan awal suku Mongolia itu.Dalam teks China dirakam
selama kerajaan Tang dari China, Paramesvara juga ditemukan dalam hubungan dekat
dengan Bhagadatta,atas nama Kola.

"Kolo juga disebut Kolo-fu-sha-lo.Nama raja adalah Shih-li-po-lo,nama peribadinya Mi-


Shih-po-lo.Dinding kota yang dibina dari batu dan rumah-rumah ditutupi dengan daun
kelapa. Ada 24 chou."

Kata "Kolo-fu-sha-lo" adalah transkripsi kata Sanskrit 'Kolagujala',yang bererti bangsa


Gajah.Teks ini menyebutkan bahawa nama raja adalah "Shih-li-po-lo" dan nama
peribadinya adalah "Mi-Shih-po-lo".Sarjana bersepakat bahawa dua nama ini harus
digabungkan menjadi "Shih-li-po-lo-Mi-Shih-po-lo" yang merupakan transkripsi China
"Sri Paramesvara".Tradisi Siam dari Khun Borom bersama-sama dengan kerajaannya
600

menyebarkan tamadun diantara mangsa banjir (Great Flood,merupakan legenda Khmer


dan Thai yang merujuk satu Banjir Besar pada masa silam,menyerupai kisah Nabi Nuh),
menunjukkan lebih lanjut bahawa warisan Khun Borom atau Paramesvara kembali lebih
awal selepas banjir besar.Jika dakwaan itu benar,pendirian negara ParamaKamboja oleh
Naga Raja Bhagadatta, haruslah dapat mendahului dasar Kerajaan Kambuja Barat,Daya
Desa atau Parthia (bangsa Kambuja berasal dari Asia Tengah,tiba di Nusantara dan
bercampur dengan suku-suku Asia Tenggara).Bahkan,penemuan terbaru para sarjana
Khmer menunjukkan bahawa watak mistik Sri Kambu yang menghasilkan bangsa
Kemboja (Khmer), adalah seorang tokoh misteri dari keturunan Malayo-Polinesian
(Melayu).Para sarjana Khmer menyatakan hubungan Sri Kambu dengan Mesir Purba
(Ingat Raja Parahu?) mungkin merupakan pemangkin kepada Empayar Kambuja
Barat.Selama munculnya kerajaan Simha dari Seth,bukti menunjukkan bahawa warisan
Simha tersebar ke kebudayaan Kemboja.Selalu dibandingkan dengan singa,Raja Simha ini
yang terkenal kekuatan fizikal mereka dan sering digambarkan sebagai gergasi,suatu sifat
khas kasta Ksatria Kambojan barat.

Di sini dipercayai dengan kuat,bahawa Sri Kambu berasal pula dari garis keturunan raja-
raja Gangga Negara yang berpusat di Perak pada hari ini.

Dalam prasasti di atas juga ditemui perkataan 'Sri Bhuja'.Ini adalah kenyataan paling jelas
yang merungkaikan dari mana pedagang Hindu dan Arab kadangkala memanggil
Sriwijaya sebagai Sribhoja.

Dari semua keterangan di atas,tidak hairanlah mengapa di dalam The Chiang Mai
Chronicles,mendakwa bahawa Suryavarman I,seorang emperor Khmer yang agung
berasal dari Malayu.Suryavarman I adalah seorang arkitek dan pembina yang
agung,membina banyak candi dan yang paling terkenal ialah Preah Vihear,yang menjadi
pertikaian antara Thailand dan Kemboja suatu ketika dahulu.

Sebagai pengetahuan,Chiang Mai kini terbahagi kepada 4 bahagian: Nakhon Ping,


Srivijaya, Mengrai,dan Kawila.Mengrai adalah nama raja Lannathai yang menakluk
Chiang Mai dari kuasa Mon Haripunjaya.Kawila adalah salah seorang raja Chiang
Mai,Chao Kavila.Nakhon Ping bermaksud Negara Ping.Dan Srivijaya...adalah misteri yang
hampir mustahil untuk terjawabkan.

Semua misteri ini,jika mampu difahami,akan memimpin anda kepada rahsia tersembunyi
yang lebih rumit lagi.Anda akan memahami apakah Dinasti Ketolamala dan nama sakti
ini...Maulimalaraja,yang dipakai oleh kerajaan Melayu Sri Dharmaraja seterusnya
601

membuka rahsia mengapa beribu-ribu tahun dahulu,raja-raja Lao (berkaitan dengan


negara Laos kini) memakai gelaran 'Maulimalaraja' yang bermaksud,

"Raja-raja dari keturunan Mala"


-----------------------***********---------------------------
Coming soon...

Alter Terahsia Bangsa Melayu XVII

Maulimalaraja dan Sri Dharmaraja

-Kisah Istana Sri Dharmaraja


-Cinta gadis Khmer
-Misteri Grahi
-Bayangan dinasti Matahari
-Serangan ke atas Lavopuri
-Puteri Khmer di atas perahu siput
-Budaya Melayu Segenting Kra
-Raja orang Kensiu dan Kintaq
-Siapakah pemilik asal Ayutthaya?
-Sriwijaya dan Sri Dharmaraja
-Pembukaan kepada misteri dinasti Ketomala
-Rahsia dari bangsa Bunga-bungaan
-Siapa raja-raja Mala?

Mengembara ke kerajaan kayangan di Indochina.Menyelesaikan kod-kod rahsia dari


pelbagai prasasti dan riwayat purba.Menyelusuri legenda gelap raja-raja Melayu purba di
tanah Kemboja.Epik pengembaraan paling mendebarkan!!

Hanya di MistisFiles!!
Posted by Mistis Organization at 7:41 PM
602

Tuesday, April 12, 2011

Alter Terahsia Bangsa Melayu XVII

Di kawasan runtuhan kota purba di Wat Hua Wiang di Chaiya,daerah Suratthani di


Thailand,telah ditemui batu bersurat di pintu kota purba berketinggian 1.30 meter,dan ini
tidak termasuk bahagian yang masih tertanam di dalam tanah,dengan lebar batu ini
mencapai 45 cm dan berketebalan 13 cm.

Di dalam batu bersurat ini tercatat nama seorang raja purba dan dinasti yang
diwakilinya,Padmawangsa (dinasti Teratai).Dipahat dalam bahasa Sanskrit dan bertulisan
Kawi Kuno,disebutkan di dalamnya bahawa raja itu mempunyai hubungan dengan dua
lagi dinasti purba,Sailendra dan Sriwijaya.

Berdasarkan ini,seorang pengkaji sejarah Thailand,Chand Chirayu Rajani berusaha untuk


meyakinkan peminat-peminat sejarah Sriwijaya,sebuah empayar legenda thalassocracy di
Asia Tenggara juga menarik perhatian pakar-pakar sejarah dunia bahawa ibukota
empayar terkenal itu sebenarnya berada di selatan Thailand.

Sebenarnya,terdapat beratus-ratus malah beribu-ribu manuskrip dan batu bersurat yang


ditemui di seluruh Thailand malah Indochina,mengungkapkan sejarah paling gelap raja-
raja Melayu serta 'city-states' mereka yang hilang sejak berabad-abad lamanya.Sebahagian
603

besar rahsia ini telah disenyapkan oleh para sejarahwan Thailand,namun 'malangnya'
didedahkan pula oleh sejarahwan Kemboja yang juga turut menemui kesan-kesan garis
keturunan Sriwijaya dan Sailendra,yang tercatat dalam petitih-petitih kuno Khmer
sebagai "Malayu".

Generasi baru yang mengkaji sejarah Thailand semakin ghairah mahu mengetahui
siapakah 'Sriwijaya' dan siapakah 'Malayu'...rahsianya cuba ditutup rapat oleh istana
Chakri,namun batu-batu bersurat itu seakan-akan mahu 'bersuara'...rahsia yang lama
terpendam,semakin lama semakin menggamit seribu satu persoalan.

Riwayat-riwayat Thai Kuno mengatakan terdapat seorang raja yang amat alim dalam
perihal ajaran Buddha,dan dari raja ini...orang-orang Thai purba mempelajari agama
Buddha...

Svasti,

Raja pelindung bandar Tambralingga yang mendukung Phraparitti Prahyokshan yang


melindungi ajaran Buddha.Bagindalah yang keturunannya datang dari wangsa suci,
Padmawangsa.Rupa parasnya bagus bagaikan hari Rabu tahun Reka (Ayam),
wajahnya umpama bulan purnama memerintah sambil memegang sastera juga
memayungi dharma serta menanggung bebanan menjadi kepala kepada kerabat
diraja.Bagindalah yang memegang gelaran Sri Dharmaraja...

MAULIMALARAJA & SRI DHARMARAJA


604

"Those who,after the reign of Uroja, occupied the throne of Champapura,where Sri
Bhadrasvara is the essence of the kingdom and the perpetuity universally known,from
the descendant of Paramesvara,was the king Uroja; after him was Cri Man
Chrimatiman Dharmmaraja"

(Inscription of Dong-doung,Vietnam)

Sri Dharmaraja adalah nama sebuah kerajaan kuno yang membayangi sejarah Thailand
dan Kemboja.Selalu muncul dalam hikayat-hikayat Melayu sebagai 'Ligor',kini ia terletak
di Nakhon Si Thammarath,sebuah daerah di Thailand.Perkataan 'Nakhon Si Thammarat'
itu sendiri adalah sebutan lidah orang Thai kepada 'Nagara Sri Dharmaraja'.Riwayat-
riwayat Sinhala dan Pali menggelarkannya Tambralingga,merupakan nama kota dalam
Nagara Sri Dharmaraja.Rekod China menyebutkan ia sebagai Ho-ling,Tanmaling,Tan-ma-
liu dan Po-ling.Catatan Tamil menyebutnya sebagai Madamalinggam.Asalnya,ia adalah
berkonsepkan 'Malay city-states' namun selepas bebas dari pengaruh Sriwijaya (sekitar
abad ke-11 Masehi),Tambralingga mula meluaskan kekuasaannya ke seluruh Segenting
Kra hingga mencapai Temasek (Singapura),di mana raja Tambralingga telah melantik
Temagi sebagai wakil pemerintah.Selepas itu,empayarnya digelar 'Nagara Sri Dharmaraja'
dengan istilah 'nagara' yang bermaksud wilayah kekuasaan yang besar dan bukan lagi
sekadar sebuah negarakota.

'Sri Dharmaraja' diambil dari gelaran yang dipakai oleh keturunan pemerintah kerajaan
ini.Gelaran ini dikesan dipakai oleh salah seorang rajanya yang paling
terkenal,Chandrabanu.Beliau telah memakai gelaran ini menjadi Chandrabanu Sri
Dharmaraja.

Dalam inskripsi di Chaiya,tercatat nama raja ini:

Penahi Chandrabhaanumtanah Sri Dharmaraja sayah Dharmsoksmaanni

Dikalangan para pedagang asing,kerajaan ini lebih dikenali sebagai 'Ligor',berasal dari
apa yang mereka dengar dari orang-orang Melayu (Legur) yang juga berdagang di sekitar
Segenting Kra.Kerajaan ini diperintah oleh raja-raja Melayu Segenting Kra dimana garis
keturunan mereka mempunyai kaitan dengan dinasti Sriwijayamala dan Kedah
Tua.Rakyatnya berbilang kaum,dengan kaum Melayu sebagai aristokrat dan golongan
pedagang,Mon,Khmer dan etnik Tai yang baru tiba dari utara.

Kerajaan Melayu Purba ini dikesan pernah sezaman dengan Funan dan Champa,malah
605

pernah berada di bawah Funan.Ini dikuatkan dengan perlantikan salah seorang jeneral
perang tempatan,Sri Man yang bergelar 'Sri Mate Sri Man Dharmaraja' sebagai Emperor
Funan.'Sri Man Dharmaraja' menurut pakar sejarah Indochina merujuk kepada kerabat
istana purba Sri Dharmaraja.

Pada peringkat pertengahan kerajaan Angkor,kerabat dari istana Sri Dharmaraja telah
memainkan peranan dalam pemerintahan Empayar Khmer,sehinggakan siapa yang
menduduki takhta Sri Dharmaraja,maka dia juga akan memerintah Angkor.Seperti yang
diketahui umum,kerajaan Angkor ditubuhkan oleh Jayavarman II,yang mempunyai
hubungan dengan keluarga dinasti Sailendra yang berkuasa di Jawa.Sailendra ialah
dinasti Melayu Purba yang membayangi Funan.Namun selepas Funan direbut oleh orang
Khmer melalui Chenla (bukan dengan peperangan,tetapi melalui
perkahwinan),kebanyakan kerabat diraja Sailendra berpindah ke semenanjung sebelum
ke Jawa,dan menubuhkan dinasti Sailendra di Jawa.Legenda Jawa menyebutkan seorang
yang bernama Aji Saka yang mula-mula menjadi raja di Jawa dan membawa tamadun
kepada penduduk Jawa.Dalam riwayat Khmer,raja Sailendra itu adalah Ajiraja,yang
mempunyai darah keturunan Saka,salah satu rumpun Kamboja yang mengahwini kerabat
raja Melayu Kuno Indochina pada masa silam.

Apabila Sri Dharmaraja di bawah pengaruh Sriwijaya,maka secara tidak langsung,istana


Angkor juga di bawah kawalan Sriwijaya.Seperti biasa,Sriwijaya tidak menjajah Angkor
secara langsung,tetapi acapkali mendesak Angkor memenuhi bekalan pertanian untuk
keperluan rangkaian perdagangan maritim Sriwijaya.

Untuk mengetahui rahsia kerajaan Ayutthaya dan Angkor,Sri Dharmaraja adalah kunci
yang hilang kepada semua teka-teki.

Dharmasokaraja

Sebelum Sriwijaya menjadi pusat pengajian agama Buddha antarabangsa (sami-sami dari
China,India dan sejauh Tibet datang belajar di sini),Sri Dharmaraja adalah pusat
pengembangan agama Buddha pada masa silam.Ketika itu agama orang Tai
kebanyakannya percaya kepada 'nat' dan tahyul.Sri Dharmaraja telah membuat hubungan
dengan Sri Lanka dalam hal-hal keagamaan Buddha.Ini berbeza dengan satu lagi saudara
serumpun mereka di timur laut,Champa yang menganut fahaman Hindu sejak zaman-
berzaman.
606

Mengapa menjadi pusat pengajian agama Buddha?Ini kerana pada masa yang sama,Sri
Dharmaraja adalah pusat perdagangan yang penting,warisan dari Empayar Jawaka yang
berpecah sebelum itu.Ini tercatat dalam catatan Chao Ju-Kua,

"Negeri ini,terletak di laut dan mengendalikan selat melalui lalu lintas darat dan
laut,mengawal laluan dari semua arah ... Jika kapal-kapal dagang lewat tanpa masuk
ke dalam kawalan negeri ini,perahu-perahu mereka akan bersedia keluar untuk
melakukan serangan gabungan,dan semua bersedia untuk mati. Ini adalah alasan
mengapa negeri ini merupakan pusat pelayaran yang besar...."

Ini menunjukkan ketika itu,Sri Dharmaraja adalah penguasa Selat Melaka dan
semenanjung.Ini kerana siapa yang menguasai Selat Melaka dan semenanjung,maka dia
akan menguasai perdagangan antara negeri-negeri barat termasuk India,dengan
China.Jika pada hari ini,Singapura kaya-raya hasil pelabuhannya yang mengawal di ekor
Selat Melaka,bayangkan,Sri Dharmaraja yang mengawal Selat Melaka dari arah kepala
selat pada masa silam.

Warisan agama Buddha yang diambil oleh raja Sri Dharmaraja adalah sejauh era Asoka
(304–232 Sebelum Masehi) dan ini mengesahkan pandangan sejarahwan India seperti
Nikalanta Sastri tentang hubungan India dan negeri-negeri Melayu sejauh 300 tahun
sebelum Masehi.Sarjana Khmer mendakwa terdapat pengaruh dinasti Maurya di dalam
bayang-bayang Sriwijaya dan Sri Dharmaraja.Sebab itu,rajanya juga menggelar
kerajaannya sebagai Dharmasoka dan rajanya sebagai Dharmasokaraja.

Ada pendapat yang mengatakan Dharmasokaraja adalah satu kerajaan lain.Dicatatkan


dalam legenda Thai 'Mukh Batoh',bahawa dinasti Sailendra telah menubuhkan kerajaan
kecil di sekitar Segenting Kra (sebelum berpindah ke Jawa) di bawah perlindungan raja
penjaga kepada dinasti Sriwijayamala.'Raja penjaga' itu diyakini kuat sebagai raja Nagara
Sri Dharmaraja.

Tidak banyak diketahui tentang raja-raja Sri Dharmaraja.Kemungkinan hanya keturunan


mereka sahaja yang tahu salasilah kerabat raja Sri Dharmaraja.Namun dalam sejarah
Indochina,terdapat dua orang raja dari istana Sri Dharmaraja (di luar bayang-bayang
Angkor) yang terkenal.Salah satunya ialah Sujita,yang disebut-sebut dalam riwayat-
riwayat orang Mon (Mon Chronicle) seperti Chamadevivamsa dan Jinakalamali,yang telah
menyerang Lavo,sebuah kerajaan terkenal orang Mon di tengah Thailand.Seorang lagi
ialah raja Melayu Sri Dharmaraja yang dikenali di kebanyakannya dalam riwayat-riwayat
Thai kuno,iaitu Chandrabhanu Sri Dharmaraja.
607

Chandrabhanu,'Javakan King' yang Menyerang Sri Lanka

Chandrabhanu Sri Dharmaraja,adalah seorang raja yang memerintah


Tambralingga,sebuah negarakota Melayu (Malay city-states) di utara semenanjung Tanah
Melayu,tepatnya di kawasan yang dikenali sebagai Segenting Kra,satu jalur daratan yang
menghubung semenanjung Malaysia dengan Indochina.

Beliau memerintah pada tahun 1230 hingga 1270 Masehi.

Nama raja ini terkenal di kalangan sejarahwan Thai disebabkan penemuan inskripsi di
Wat Hua Wiang di Chaiya.Di dalam batu bersurat no.2,dimuatkan puji-pujian bagi Phra
Adhiraja Phra Ong,iaitu gelaran putera mahkota Sriwijaya di mana ia disebutkan sebagai:

"baginda maharaja mempunyai kesegakan lagi menawan.Bangsawan seperti sinar


mentari dan bulan laksananya"

Anehnya gelaran ini untuk putera mahkota,di mana gelaran untuk 'maharaja' adalah Phra
Chao Khrung Srivijaya,atau setidak-tidaknya dipahat nama Phra Chao Chandrabhanu
Dharmaraja.Ini menunjukkan,pengaruh raja yang lebih tinggi dari Chandrabhanu,dalam
kes ini,seorang raja besar dari keturunan yang sama,sudah pasti raja-raja dinasti
Sriwijayamala.Pada batu bersurat ke-23 pula,ada dinyatakan bahawa pengganti maharaja
itu datang dari raja keturunan 'Sailendra'.Pada batu bersurat ke-24 pula dinyatakan
Chandrabhanu adalah dari dinasti Padmavamsa atau Pathamawong (dinasti Teratai).

Dalam batu bersurat itu seterusnya menceritakan kekuasaan Sriwijaya (Sriweechai) yang
mengandungi 15 wilayah jajahan dengan beratus-ratus pos kawalan dan ketua-ketua
pemerintah tempatan yang membuat hubungan dengan Sriwijaya dan berkerjasama
antara satu sama lain.Sriwijaya juga mempunyai jaringan perdagangan yang luas.Apa
yang menariknya,di dalam riwayat Sri Dharmaraja ini ada menyebutkan sistem
pemerintahan Sriwijaya yang berkonsepkan 'maharaja pelindung' dan jawatan maharaja
ini diperintah bersama merangkumi hal-hal politik dan pengurusan jaringan perdagangan
maritim.15 kota-kota yang terdiri dari kuasa-kuasa laut dan pelabuhan-pelabuhan utama
dalam kesatuan Empayar Sriwijaya mempunyai peluang untuk menggantikan kuasa
kerajaan pusat dan menguasai empayar (ini adalah sama dengan konsep 'Yang Dipertuan
Agong' yang diamalkan Malaysia pada hari ini).

Namun setelah beberapa lama,Tambralingga mula membebaskan diri dari Sriwijaya.Raja-


rajanya mula membina kubu-kubu dari batu-bata untuk menahan serangan laut
608

Sriwijaya.Setelah aman sedikit dari gangguan Sriwijaya,raja Tambralingga pun meluaskan


penguasaan wilayahnya sendiri dan menamakan kerajaannya sebagai 'Sri
Dharmaraja'.Raja Sri Dharmaraja mula melebarkan pengaruhnya hingga keseluruhan
Tanah Melayu sampai ke Temasek (Singapura).Di sini,raja melantik seorang wakil
pemerintah bernama Temagi,untuk mentadbir Temasek.Ketika ini Sriwijaya sudah
berpecah,namun kerajaan pusatnya masih berkuasa di Sumatera,khususnya sekitar
Palembang dan Jambi.

Nagara Sri Dharmaraja menjadi dominan dan makmur,dan ketika inilah raja membina
monumen yang terkenal iaitu Phra Borom Dhatu dan Wat Mahathat yang mengandungi
stupa besar gunanya untuk menyimpan 'gigi Buddha',yang kononnya berada di Sri Lanka.

Keinginan raja Chandrabhanu untuk memiliki 'gigi Buddha' itu membuatkan beliau
menghantar tentera lautnya menyerang Sri Lanka pada tahun 1247 Masehi.

Riwayat-riwayat Pali menceritakan ketika Kerajaan Jaffna memerintah,seorang raja


'Javaka' telah melakukan serangan ke atas Sri Lanka.Di dalam Mahavamsa,iaitu Riwayat
Sri Lanka ada menyebutkan:

"Kemudian menjelangnya tahun ke-11,setelah penobatan Raja Parakramabahu...(pada


tahun 1247 Masehi) sesuatu yang tidak terduga terjadi.Seorang raja Javaka menyerang
Sri Lanka.Dia adalah penjajah pertama yang datang dari negara belah tenggara.Dia
datang dari bahagian utara (semenanjung Tanah Melayu)"

"Pada masa itu,daerah ini dikenali sebagai 'Tambralinggadesa' dan ia dikenali sebagai
sebuah negeri beragama Buddha.Raja penjajah ini juga merupakan penganut
Buddha,bernama Chandrabhanu.Ia mendarat di pantai selatan Sri Lanka.Ada lagi
rujukan untuk pendaratan,yang mengatakan ia mendarat di pantai utara-barat.
Namun,ia dan orang-orangnya bukanlah selepas Magha"

"Mereka juga mulai menjarah milik orang tidak berdosa.Tapi raja Javaka ini cuba
untuk memenangi hati para Buddha,entah bagaimana"

"Jadi dia tidak pernah menghancurkan tempat-tempat ibadah Buddha.Sebaliknya,ia


diperbaiki mereka dan membayar penghormatan juga"

Ada teori lain tentang asal-usul raja Javaka,Chandrabhanu ini.Mengikut


Mahavamsa,tempat kelahirannya adalah 'Vathuwaviyan' di Semenanjung Tanah
609

Melayu.Teori ini muncul melalui inskripsi yang ditemui di sana.Sarjana selatan Thai
berpendapat bahawa nama ini berasal dari kata Melayu,'Batu Wangian' dimana tempat
suci para kerabat Padmawangsa (kerabat bunga Teratai) dilahirkan.

Kata 'Javaka' berasal dari nama empayar purba Melayu,'Jawaka' yang dikenali sebagai
'Savak' dalam loghat Pali dan 'Zabak/Zabag' oleh para pedagang Arab.

Sampai disini,sudah ada bukti untuk menunjukkan bahawa beliau berasal dari generasi
Raja SriVijaya.Namun,dari zaman kuno,Sri Lanka telah pun memelihara hubungan agama
dengan negeri-negeri Melayu sekian lama sejak zaman Gupta dan Asoka.

Di masa lalu,sami-sami Buddha Sri Lanka telah melakukan perjalanan ke Siam,Kemboja


dan Burma.Ada bukti sejarah untuk menunjukkan bahawa mereka pergi ke pulau Jawa
dan Sumatera serta Semenanjung Tanah Melayu.

Armada laut Chandrabhanu telah melancarkan serangan ke bahagian selatan pulau Sri
Lanka,tetapi dikalahkan oleh raja Sri Lanka.Namun Chandrabhanu mampu mendirikan
kerajaan bebas di bahagian utara pulau itu,sehingga namanya termasuk dalam daftar raja-
raja Kerajaan Jaffna yang memerintah Sri Lanka.Tetapi pada tahun 1258 ia diserang dan
ditundukkan oleh Pandya.Pada 1262 Chandrabhanu melancarkan serangan di selatan
pulau itu,pasukannya kali ini diperkuatkan dengan penambahan pasukan Tamil dan
Sinhala,namun sekali lagi dikalahkan kerajaan Pandya (kerajaan ini juga yang
menewaskan kerajaan Chola) ketika Pandya bergabung dengan tentera Sri Lanka dan
Chandrabhanu sendiri terbunuh dalam pertempuran itu.Walau bagaimanapun,anak
Chandrabhanu masih mampu mempertahankan kawalan ke atas kerajaan utara,walaupun
tunduk kepada Pandya dan memerintah sehingga akhir abad ke-14.

Serangan Chandrabhanu ke atas Sri Lanka itu membuktikan terdapatnya kekuatan dari
Asia Tenggara yang mampu menghantar serangan malah membina kerajaan di luar
kawasan Asia Tenggara.Namun penguasaan dinasti-dinasti Melayu di Sri Lanka
sebenarnya berlangsung lebih lama,tepatnya ketika era keemasan Sriwijaya.Penemuan
candi purba di Kantarodai menyaksikan senibina menyerupai elemen-elemen
Borobudur.Anehnya,pakar arkeologi Sri Lanka mendakwa pengaruh ini adalah datang
dari luar ke Sri Lanka.Ini kerana gaya senibina candi Kantarodai tidak dijumpai di mana-
mana di Sri Lanka malah di tanah besar India.Usia tapak arkeologi si Kantarodai adalah
seawal abad ke-2 Sebelum Masehi!Pakar-pakar sejarah Sri Lanka agak bingung
memikirkan dari mana senibina stupa bulat ini tiba,akhirnya mereka berpagang kepada
Teori Borobudur setakat ini bagi memecahkan kebuntuan.Senibina Borobudur benar-
610

benar senibina unik dinasti Melayu Sailendra.Rahsia dan asal-usul dinasti misteri ini akan
dijelaskan terperinci di dalam artikel 'The Sailendras' yang akan menyusul
nanti.Semuanya akan dijelaskan tentang hubungan Sri Dharmaraja dengan Sailendra dan
Sriwijayamala.

Penubuhan Ayutthaya dan Pembukaan Sebuah Rahsia

Ayodhya adalah salah satu wilayah Sri Dharmaraja.Kehadiran U-Thong,seorang raja


peranakan Cina-Tai telah merebut wilayah ini dari Sri Dharmaraja.Lama kelamaan kuasa
dinasti raja ini semakin kuat dan akhirnya berhasil menyerap Sri Dharmaraja ke dalam
Ayutthaya (Ayodhya Baru).Pada masa yang sama,kerabat Sri Dharmaraja memasuki
istana Ayutthaya melalui hubungan persaudaraan apabila raja-raja Ayutthaya mengambil
kerabat diraja Sri Dharmaraja sebagai anak-anak angkat.Sebab itu dalam sejarah
Ayutthaya,dinasti Ayutthaya yang bercampur darah dengan kerabat Sri Dharmaraja tidak
menyenangi dinasti Sukhotai.Sukhotai pernah menyerang Sri Dharmaraja sebelum
itu.Dengan penubuhan Ayutthaya,Sri Dharmaraja telah berhasil menundukkan Sukhotai
menjadi negeri bawahan Ayutthaya.Namun begitu Sukhotai tetap memainkan peranan
dalam sejarah Ayutthaya,sehinggakan bangsawan mereka ada yang menjadi raja
Ayutthaya.Ketika itu terdapat 4 kerabat atau kelompok di Ayutthaya yang punya pengaruh
besar dalam politik Ayutthaya:

1.Supannabhum (kemungkinan orang Mon)


2.Uthong, (peranakan Cina-Thai)
3.Sukhothai, (Thai)
4.Sri Thammarat (Melayu)

Pada era Ayutthayalah,budaya Melayu Segenting Kra dan kerabat Kemboja ('Khmer'
menurut sarjana/nasionalis Khmer) telah mempengaruhi segala aspek kehidupan orang
Tai dengan lebih menyeluruh sehinggakan mereka juga digelar sebagai 'Siam'.Asimilasi
611

Tai yang dahulunya memegang identiti kaum-kaum Monggol Selatan ketika era Dinasti
Yuan berubah dengan drastiknya menjadi kaum yang berbudayakan Khmer dan Melayu
Segenting Kra namun berbahasa Kradai.Tai-Siam ini berlainan dengan Tai Utara yang
disebut Lanna dan kebudayaan Lanna.Juga keseniannya berlainan dengan Tai Yuan iaitu
Sukhotai (Tai Yuan,dengan 'Yuan' adalah nama dinasti Monggol yang memerintah
China,nenek moyang orang Tai berasal dari pergunungan Altai,dari salah satu suku
Monggolia),Tai Ayutthaya ini telah berjaya mendapatkan identiti mereka sendiri hasil
cedukan yang teruk dari bangsa Melayu Segenting Kra dan Khmer.Ketika inilah,kaum
wanita Tai,mula memakai kain sarong,atau sampot dan para wanita bangsawan pula
memakai kain sarong dengan gaya berkemban,pakaian wanita Sriwichai (Sriwijaya) pada
masa silam.Hiasan kepala pula (headgear) diubahsuai dari mahkota-mahkota raja-raja
Kemboja (Khmer).Senibina dicedok 100% dari Kemboja dan Segenting Kra,terutama
ketika raja Ayutthaya menawan Angkor,beribu-ribu artisan,penari dan tukang-tukang
Kemboja dibawa ke kota Ayutthaya untuk membangunkan tamadun Siam.Tarian pula
banyak meniru tarian Mon dan Melayu.Ukiran meniru ukiran kuil-kuil Angkor namun
senibina Ayutthaya menggunakan bata (bricks) manakala kuil-kuil Angkor dibina dengan
cara memotong batu-batu gunung (stone).Cara ini mewarisi kejuruteraan Sailendra dan
Sriwijaya.Contohnya Borobudur dan candi-candi di Jawa yang menggunakan batu (stone)
bukannya (bricks).Teknologi bata (bricks) biasa digunakan oleh kerajaan Kedah Tua.Di
Lembah Bujang,dijumpai rumah-rumah membakar bata-bata merah.

Raja-raja Sri Dharmaraja sejak dari era Raja U-Thong,menghadapi kuasa baru Ayutthaya
yang terbina dari bekas wilayahnya sendiri.Sri Dharmaraja masih di bawah bayangan
Ayutthaya.Apabila raja Patani,juga masih saudara dengan kerabat Sri Dharmaraja
memeluk Islam,raja Sri Dharmaraja mula memusuhi Raja Patani dan sebaliknya semakin
rapat dengan Ayutthaya yang seagama (Buddha).Namun begitu,Ayutthaya masih
menyimpan hasrat untuk memiliki Sri Dharmaraja yang mempunyai rangkaian
perdagangan maritim dan pengaruhnya yang besar ke atas negeri-negeri Melayu.Suatu
ketika,raja Sri Dharmaraja yang terakhir bernama Sri Raja berjaya ditangkap oleh
Chakrapat,raja Ayutthaya.Semasa di dalam tahanan Ayutthaya,Sri Raja merasa hidupnya
tidak terlalu lama lalu menyampaikan pesanan penting kepada Raja Ayutthaya,Chakrapat:

"Bana Sri Dharmasokaraja memohon untuk mempersembahkan 3 laki-laki, 3


perempuan, dan 100 laki-laki dalam rombongan daripada tiga lelaki dan tiga wanita.
Dia meminta bahawa raja menerima anak-anak dan cucu iaitu sebanyak 3 laki-laki dan
3 perempuan sebagai wakil untuk mengutip cukai, dan dia berjanji bahawa tiga lelaki
dan tiga wanita itu akan berkhidmat untuknya selepas peninggalannya"
(Riwayat Sri Dharmaraja)
612

Siapakah yang diminta oleh Sri Raja untuk dijamin dalam penjagaan Chakrapat,raja
Ayutthaya?Petikan seterusnya dari riwayat itu menyebutkan:

"Nay U adalah adik dari Bana Sri Dharmasokaraja; isterinya Nan Keo. Nay Ku dan
Nay U adalah anak saudara dan cucu dari Sri Bana Dharmasokaraja.Isteri Nay Ku
bernama Nan Cam, dan bahkan isteri U bernama Nan Gambejra."

Jelas di sini,anak cucu Sri Raja mempunyai pangkal nama Nay.Isteri-isteri mereka
berpangkal nama Nan (Nang).Inilah asal-usul keturunan 'Nai' iaitu kerabat Sri
Dharmaraja,Melayu Segenting Kra.Adakah raja Ayutthaya mahu menerima tawaran
(wasiat sebenarnya) oleh Sri Raja?Sudah tentu ya,kerana dengannya,dia mampu memiliki
warisan perdagangan maritim dan ufti dari negeri-negeri Melayu.

"Ketika Bana Sri Dharmasokaraja meninggal dunia, raja (Chakrapat,raja Ayutthaya)


telah memiliki Nay U, Nay Ku, dan bahkan Yu datang untuk memberikan
penghormatan kepadanya, dan meminta daripada mereka perak dan emas untuk
disimpan ke simpanan kerajaan"
(Riwayat Negeri-negeri era Pertengahan)

Ketiga-tiganya (Nay U,Nay Ku dan Nay Yu) adalah anak cucu raja Sri Raja,iaitu raja Sri
Dharmaraja terakhir sebelum negerinya diserap ke dalam Ayutthaya.Raja Sri Raja telah
berwasiat kepada Raja Chakrapat,supaya mengambil anak dan cucunya sebagai anak
angkat setelah sepeninggalannya.Raja Ayutthaya itu mendengar dengan penuh teliti dan
berjanji.Selepas pemergian Sri Raja,Raja Chakrapat menunaikan janjinya lalu mengambil
ketiga-tiga Nay itu sebagai anak angkat raja Ayutthaya dan menaikkan Prah
Sodhanaraja,anak kepada Sri Raja sebagai anaknya sendiri.Anak cucu raja Sri Dharmaraja
itu kemudiannya telah dilantik semula sebagai penguasa di Ligor,iaitu Sri Dharmaraja
yang baru.Keturunan mereka itulah yang digelar sebagai 'Nai' sehingga kini.Gelaran
Nay/Nai ini juga mempengaruhi sistem penggelaran bangsawan Thailand pada hari
ini.Begitu juga gelaran 'Nang' (rekod Khmer menyebutkan 'Nan') iaitu gelaran bagi wanita
seperti nama 'Nang Che Yam' adalah berasal dari kerabat diraja Ligor/Sri
Dharmaraja.Sebenarnya 'Nai' ini cuma gelaran keturunan sebagaimana Tengku,Wan atau
Nik.

Apabila menjadi penguasa Ligor,keturunan Nay ini dibenarkan mengutip cukai ke atas 12
negeri di bawah Sri Dharmaraja lama.Ini yang dimaksudkan dengan "meminta daripada
mereka perak dan emas untuk disimpan ke simpanan kerajaan".Apakah 12 negeri di
613

bawah Sri Dharmaraja lama?

Petunjuk di Chaiya

Ini adalah stupa yang dimaksudkan,dibina oleh Chandrabhanu Sri


Dharmaraja,senibinanya adalah asli Melayu Segenting Kra.Stupa inilah yang diletakkan
dalam 'seal' Nakhon Si Thammarat.

Riwayat Nagara Sri Dharmaraja dan Riwayat Phra Dhatu Nakorn telah menunjukkan 12
wilayah Sri Dharmaraja lama,di mana ini dijumpai pada sebuah kuil Buddha purba di
Chaiya dalam wilayah Suratthani sekarang.Digelar sebagai 'kota Naksat' dalam bahasa
Thai merujuk kepada simbol-simbol dalam Naksat Pi,kalendar purba yang digunakan
oleh orang Kedah Tua/Langkasuka pada masa silam untuk meramal musim penanaman
padi.

๑. เมืองสายบุรี ปชวด ถือ ตราหนู

๒. เมืองปตตานี ปฉลู ถือ ตราวัว

๓. เมืองกะลันตัน ปขาล ถือ ตราเสือ

๔. เมืองปะหัง ปเถาะ ถือ ตรากระตาย

๕. เมืองไทรบุรี ปมะโรง ถือ ตรางูใหญ

๖. เมืองพัทลุง ปมะเส็ง ถือ ตรางูเล็ก

๗. เมืองตรัง ปมะเมีย ถือ ตรามา


614

๘. เมืองชุมพร ปมะแม ถือ ตราแพะ


๙. เมืองไชย (เมืองบันไทยสมอ) ปวอก ถือ ตราลิง

๑๐. เมืองทาทอง (เมืองสะอุเลา) ประกา ถือ ตราไก

๑๑. เมืองตะกั่วปา – ถลาง ปจอ ถือ ตราสุนัข

๑๒.เมืองกระบุรี ปกุน ถือ ตราสุกร

Maksudnya:

1. Negeri Saiburi (Narathiwat) membawa lambang Chut (Tikus)


2. Negeri Patani membawa lambang Chelu (Lembu)
3. Negeri Kelantan membawa lambang Khan (Harimau)
4. Negeri Pahang membawa lambang Thauh (Arnab)
5. Negeri Sraiburi (Kedah) membawa lambang Merong (Ular Besar/Naga)
6. Negeri Phattalung (Bedelong) membawa lambang Mahleng (Ular Kecil)
7. Negeri Trang membawa lambang Mahmia (Kuda)
8. Negeri Chumpon membawa lambang Mameh (Kambing)
9. Negeri Jaya (Krabi) membawa lambang Wouk (Beruk)
10.Negeri Thaa Thong (Kanchanadit) membawa lambang tahun Raka (Ayam)
11.Negeri Takuapa-Thalang (Phuket) membawa lambang Cho (Anjing)
12.Negeri Kraburi membawa lambang Kun (Kura-kura)

Ini bermakna pada masa silam wilayah Sri Dharmaraja adalah sejauh Ayutthaya hingga ke
Pahang.Sebab itu di dalam Sulalatus Salatin,tersebut kisah raja Pahang Purba bernama
Maharaja Dewasura yang ditawan oleh Seri Bija Diraja,ketika Melaka menyerang
Pahang.Maharaja Dewa Sura ini adalah berketurunan Siam Asli dan konotasi 'Siam Asli'
ini adalah merujuk kepada Melayu Segenting Kra atau Mon dimana tradisi Khmer
menyebutnya sebagai 'Syam Kut'.Penulis (Srikandi) akan menerangkan apakah itu 'Syam
Kut' pada topik berikutnya.

Ketika itu,Melaka yang semakin meluaskan empayarnya merampas Pahang daripada Sri
Dharmaraja yang selepas itu menjadi naungan Ayutthaya.Ini menyebabkan Ayutthaya
semakin 'panas' dengan tindak-tanduk Melaka yang semakin berani.Mengapa Ayutthaya
tercabar?Ini kerana Sri Dharmaraja adalah negeri 'anak angkat' kesayangannya.Telah
diterangkan sebelum ini tentang Nay U,Nay Ku dan Nay Yu,anak cucu Sri Raja (raja Sri
Dharmaraja lama terakhir),yang diambil sebagai anak angkat oleh Chakrapat (1509-
1568).Dalam filem Sri Suriyothai,raja inilah yang membunuh Sri Sudachan dan
615

Worawongsathirat dari dinasti U-Thong,dengan pertolongan dari kerabat Sukhotai dan


Sri Thammarat (orang-orang Melayu Ligor).

Siapakah Syam Kut?

Apakah dia Syam Kut?Ditemui terpahat pada dinding Angkor Wat,segerombolan tentera
Khmer sedang berarak untuk pergi berperang.Anehnya,ada sekelompok tentera yang
berpakaian agak berbeza dari tentera-tentera Angkor yang lain.Mereka memakai kain
sarung dan di kepala mereka terdapat lilitan kain.Orang-orang Khmer purba memanggil
unit tentera ini sebagai 'Syam' (seperti unit-unit tentera dalam kerajaan Athens seperti
Arcadia dan Sparta juga seperti unit Myrmidons yang diketuai oleh Achilles dalam Perang
Trojan).Sejarahwan Khmer merujuk ukiran tentera aneh ini sebagai "salah satu unit
tentera upahan dari Sriwijaya".Kelompok Syam inilah asal-usul terbitnya nama 'Siam' dan
kemudiannya dipakai oleh orang-orang Thai ketika penubuhan Ayutthaya.

Semua ini akan membawa kita kepada satu nama,

"Maulimalaraja"

Dimana gelaran ini adalah 'title' diraja yang paling dihormati,digunakan oleh raja-raja
Laos purba di Lanxang (Lancang),raja-raja Funan dan Kemboja serta raja-raja
Dharmasraya di Sumatera.

Kita kembali ke masa belakang,kira-kira 1700 tahun yang silam,ketika seorang raja
Melayu purba sedang enak-enak berehat di istananya,sambil ditemani oleh
gundiknya,dari orang Kensiu yang ditemuinya di bukit ketika berburu.Wajah gadis bukit
itu agak menarik hatinya,dan raja Melayu itu meminta izin dari ibu-bapanya untuk
menjadikannya gundik diraja.

Kita akan belajar rahsia hubungan raja-raja Melayu dengan etnik-etnik bukit berbahasa
Mon-Khmer ini...siapa Nang Kemuning,raja Kayangan yang menculik puteri
Khmer,perahu siput dan rahsia Maulimalaraja dalam episod seterusnya,"Mahidhara Court
& Ketomala Dynasty"...

Celoteh terbaru Srikandi di halamansrikandi

----------------------------------

Next...
616

Alter Terahsia Bangsa Melayu XVIII

"Mahidhara Court & Ketomala Dynasty"

-Preah Ketomala
-Preah,Prah,Praoh dan Raja Perahu
-Siapa Ketura dan Ketula?
-XXXXXXXX
-XXXXXXXX XXXXXX XXX XXXXX
-Istana di Gunung Jerai
-Naga yang membaham pulau
-Cinta gadis bukit
-"XXXXXXXX"
-Kisah raja beristeri dua
-Darah Malayu dalam Puteri Mera
-XXXXXXX XXXXXX XXXXX
-Surat dari Lanxang
-Gelaran raja-raja Mala
-Kisah dua beradik Samala dan Vimala
-Dari Ketomala ke Sriwijayamala
-XXXXXXXXX XXXX XXXXXXX

Rahsia makin sukar untuk dibaca!Siapakah Malayu?Siapakah


Sriwijayamala?Sungguh!Epik Kemelayuan itu amat mengasyikkan!

Nyalakan jamung...kita baca bersama-sama ayat-ayat pada batu bersurat...

Setia bersama MistisFiles,menjejak rahsia nenek moyang...

Jangan ke mana-mana!!
Posted by Mistis Organization at 7:43 PM
617

Tuesday, April 12, 2011

Alter Terahsia Bangsa Melayu XVIII

Kira-kira 20 kilometer dari Kompong Cham,di Kemboja telah ditemui sebuah candi purba
abad ke-7 Masehi.Perjalanan ke sini dari Kompong Cham akan merentasi rumah-rumah
desa dengan diapit Sungai Mekong.Prasat Han Chey,itulah namanya yang diberi
penduduk tempatan menyimpan sejarah yang amat penting buat orang Khmer,kerana di
sana ditemui prasasti bertulisan Khmer,yang merupakan transkrip tulisan Khmer paling
tua pernah diketahui.Prasasti ini mengandungi puji-pujian kepada Raja Bhavavarman
II,anaknya juga beberapa orang terkenal,yang dipahat pada 35 baris ayat dalam bahasa
Sanskrit.Bhavavarman II adalah seorang raja ketika era Chenla.Anehnya,prasasti itu
berumur lebih tua,iaitu kira-kira abad ke-6 Masehi,berbeza dari usia bangunan di mana ia
ditempatkan.

Terdapat satu baris ayat yang penuh misteri di antara deretan puji-pujian untuk sang raja.

Legenda Tai dan Lao menceritakan tentang Khun Borom dan Khun Lao,iaitu kononnya
adalah asal-usul raja-raja mereka.Penelitian selanjutnya oleh sejarahwan Khmer dan Tai
sendiri berkenaan mitos raja ini menunjukkan kemungkinan besar Khun Borom adalah
bayangan kepada satu dinasti purba raja-raja yang pernah memerintah seluruh Indochina
sehingga selatan China.Sesuatu yang menggamit misteri,apabila ulasan sarjana kuat
mengatakan bahawa Khun Borom ini sama ada raja-raja Srivijaya ataupun wujud sezaman
dengan raja-raja Srivijaya.
618

Sebab itu,di dalam surat seorang raja Lao kepada pemerintah Khmer sekitar abad ke-16
dari kerajaan Lanxang menggelarkan dirinya 'Maulimalaraja' atau 'Raja orang-orang
Mala' (The King of Mala People),gelaran yang biasa digunakan oleh raja-raja Melayu dari
istana Sri Dharmaraja (semenanjung Tanah Melayu) dan Dharmasraya (Sumatera).Orang
Lao mendakwa Fa Ngum yang membuka Lanxang adalah keturunan Khun Lao (atau Khun
Lo),watak legenda orang Lao.Malah istilah 'Sisattanakanahok' yang merujuk kepada
Lanxang yang digunakan oleh pemerintah Lao adalah berasal dari sebutan Sanskrit untuk
'Sri Santan Naga Nahud'...iaitu gelaran khas raja-raja Melayu Indochina,terutamanya raja
Champa,Simha Jayavarman yang berasal dari istana Sri Dharmaraja.

Semua misteri ini tercantum dalam puji-pujian kepada raja Chenla,Bhavavarman II yang
turut menggunakan 'title' raja Melayu purba,dalam prasasti yang dipercayai paling tertua
menggunakan skrip Khmer.

Misteri dalam inskripsi Han Chey ini sememangnya memeningkan para sarjana sejarah
Indochina,mengapa raja-raja Lao,Chenla dan Champa berkongsi gelaran 'Raja dari orang-
orang Melayu'.

Puji-pujian kepada Bhavavarman II,raja Chenla ini tertulis,

"...mala malayu iva malayam raja"

yang bermaksud:'Mala Kings of Malayu' (Raja-raja Mala dari Malayu)...

Mahidhara Court & Ketomala Dynasty


619

"The message of the Prah Chao Sisattanakanahok, the "Mauli of the Mala people" of
the Lanxang country, in correlation to Prah Boromindaraja Ramadhipti of the Kamboja
Kingdom"

(Message from a Lao King to Borommaracha IV,King of Lovek)

Sejarah raja-raja Melayu adalah sungguh mengasyikkan.Mereka bina kerajaan dan


negarakota di merata-rata tempat,bina kapal-kapal dan berlayar menduduki pesisir-
pesisir pantai Asia Tenggara,berperang untuk meluaskan kuasa atau mempertahankan
diri serta berkahwin dengan puteri-puteri kerajaan lain.Untuk memahami rahsia
Melayu,kita mesti memahami 'pantang-larang'nya.Apakah pantang larang dalam
memahami rahsia Melayu?

Pertama sekali ialah jangan sesekali melihat sejarah Melayu sesempit dari Perlis hingga
Sabah.Keduanya jangan memulakan sejarah Melayu hanya seawal dari Kesultanan
Melaka.Ini kerana dahulu raja-raja Melayu bina negarakota di merata-rata tempat di Asia
Tenggara sejak beribu-ribu tahun dahulu,seawal era Mesir Purba.Sarjana barat seperti
Charles Jones mendapati nama 'Perahu' dan 'Hati' yang terukir dalam tulisan hiroglif
Mesir di Luxor tidak punya kaitan yang meyakinkan pada bahasa-bahasa Afrika dan
India,namun mempunyai hubungan istimewa dengan bahasa Melayu.Dari lokasi seutara
Laos dan Chiang Mai sehingga ke Singapura,dari Sumatera hingga ke Borneo...adalah
'realm' pengaruh pemerintahan raja-raja Melayu.Sebahagian pembesar-pembesar Melayu
menuju ke Kepulauan Filipina dan menubuhkan pemerintahan di sana dan di sinilah
muncul sistem Kedatuan Filipina.Suryavarman I,raja Angkor adalah raja Kemboja
berdarah Melayu sebelah bapa dan Khmer sebelah ibu.Nasionalis Khmer seringkali
menafikan dan cuba menyembunyikan raja-raja Melayu yang memerintah Kemboja,tetapi
ahli sejarah mereka tidak mampu lagi menutup bukan bangkai gajah,tetapi sebuah taman
harum-haruman yang mekar di Indochina.Menyelusuri sejarah sebelum penubuhan
Angkor adalah amat mengujakan,seringkali terjumpa bayangan raja-raja Melayu dan
gelaran-gelaran yang digunakan mereka dalam inskripsi dan riwayat-riwayat
Khmer.Walaupun raja-raja Melayu ini bersembunyi di dalam gelaran Sanskrit dan Khmer
mereka,namun ahli sejarah Kemboja dapat membezakan mana satu gelaran-gelaran
Sanskrit yang menjadi identiti raja Melayu dahulukala.Contohnya suffix -mala yang
dipakai dihujung nama seperti Ketomala,Vimala dan Sriwijayamala adalah khas
digunakan oleh keturunan yang disebut oleh sejarahwan Khmer sebagai 'Ma-la-yu'.Begitu
juga gelaran 'Sri Siantan Naga' atau 'Sri Santan' adalah 'title' khas raja Melayu,yang
dipakai oleh raja Champa dan Lao.Gelaran-gelaran ini terukir pada pelbagai prasasti yang
ditemui di Indochina.
620

Nama 'Malayu' itu sendiri dipahat oleh tukang-tukang Khmer di batu-batu bersurat
mereka seawal abad ke-6 Masehi dalam skrip Khmer purba,begitu juga prasasti tembaga
di Sumatera yang terukir JELAS perkataan 'bangsa Malayu' dalam skrip Rencong.Ini
menunjukkan bahawa pendapat yang mengatakan nama 'Melayu' itu berasal dari
perkataan Jawa atau ciptaan British adalah pandangan dungu dan tidak
berpelajaran.Tiada siapa yang tergerak hatinya untuk memahatkan perkataan 'British'
atau 'Jawa' dalam prasasti-prasasti seawal abad ke-6 Masehi,apatah lagi 'Tausug' atau
'Negrito' sebagai contoh,namun nama "Malayu' itu sendiri adalah nama yang penuh rahsia
dan keajaiban.Sudah selayaknya nama 'Malayu' itu punya prestij yang tinggi,dan orang-
orang Melayu punya bukti yang teramat konkrit dan mustahil untuk diganggu-gugat lagi
bahawa nama bangsa mereka telah terpahat pada prasasti.

Sejarahwan Khmer melambangkan satu pengaruh kerajaan yang besar (The Great
Kingdom) yang disebut sebagai 'Mahidhara' yang seringkali dirujuk kepada Sriwijaya atau
Sri Dharmaraja (sebagai negarakota yang memiliki aura Malayu sebagaimana
Sriwijaya).Seorang raja legenda mereka yang disebut sebagai Prah Ketomala yang
memiliki kisah separuh mitos adalah salah seorang yang punya hubungan dengan
kerajaan 'Mahidhara' itu.Sebelum kita pergi lebih jauh,dengan persoalan lebih rumit dan
kompleks,mari kita memahami dahulu gelaran paling misteri di Indochina sejak berabad-
abad lamanya iaitu,Maulimalaraja.

Maulimalaraja

"...mala malayu iva malayam raja"

(sebaris ayat yang terpahat pada Prasasti Han Chey di Kemboja,abad ke-6 Masehi)
621

Ini adalah gelaran misteri yang dipakai oleh Simha Jayavarman,raja Champa dan
Jayaviravarman,raja Angkor.Ia juga dikesan dipakai oleh Setthathirath,raja Lao dari
kerajaan Lanxang (Lancang) ketika mengutus utusan kepada raja Kemboja era kerajaan
Lovek,Boromindaraja (Borommaracha IV) serta terpahat seawal kurun ke-6 Masehi
dalam prasasti Han Chey berisi puji-pujian untuk Bhavavarman II,raja Chenla.

Gelaran 'Mauli' yang juga muncul sepertimana gelaran yang dipakai oleh dinasti Mauli
(yang memerintah Dharmasraya) di Sumatera paling menarik dikesan dalam riwayat raja
Boromindaraja,raja Kemboja kerajaan Lovek (selepas Angkor ditakluk oleh Ayutthaya).
Raja Boromindaraja telah menaiki takhta pada tahun 1555 pada umur 44 tahun.
Menyedari bahawa barisan hadapan sebelah timur kerajaannya telah terabai sedemikian
lama ketika peperangan dengan Ayutthaya,Boromindaraja telah berusaha untuk
menguatkan pertahanan.Dia menghantar pasukan dan pegawai untuk membina sebuah
bandar di pantai timur.Pada sempadan Champa,dia membina benteng-benteng untuk
mencegah gangguan baik dari Cham atau Dai Viet yang pada ketika itu masih berjuang
untuk kawalan ke atas Champapura (wilayah Vietnam hari ini).Setelah mengamankan
sebelah timur negara itu,raja Boromindaraja menyiapkan pasukan kecil untuk
menghadapi serangan dari Ayutthaya,yang ketika itu di bawah pemerintahan seorang raja
baru Dharmaraja (nota:catatan Khmer menyatakan raja Ayutthaya baru ini bergelar
Dharmaraja,kemungkinan punya hubungan dengan Melayu Ligor).Sesampainya di
Ayutthaya, ia menghantar utusan untuk membawa permintaan kepada Raja Siam yang
baru itu.

"Kerajaan Kemboja tidak pernah melakukan kesalahan apapun terhadap Ayutthaya


dari negara Siam.Sebaliknya,Ayutthaya telah menghantar pasukan untuk menyerang
Kerajaan Khmer beberapa kali.Sekarang kita,sebagai saudara anda lebih muda,
membawa tentera untuk melawan anda.Jika kekanda (iaitu raja Siam) bersetuju untuk
menyerahkan wilayah Nokorraja-sima di sebelah barat dari Bachin hingga laut yang
merupakan sebahagian dari wilayah Khmer yang dirampas oleh Siam di masa lalu,
'adik' anda yang lebih muda ini (Boromindaraja) akan menarik pasukannya kembali
serta-merta"

Setelah berunding,raja Dharmaraja,Raja Ayutthaya menjawab kembali.

"Atas permintaan adik tentang wilayah barat itu,ia tidak dapat diberikan kerana
kekuasaan ke atasnya telah ditetapkan oleh raja Hamsavati"

Sangat menarik untuk dicatat bahawa di dalam komunikasi mereka,para penguasa dari
622

kedua-dua kerajaan menyebutkan diri mereka sebagai saudara.Tidak jelas bahawa itu
hanya kebiasaan umum sebagai tanda hormat atau kedua-duanya memiliki hubungan
kekeluargaan. Catatan sejarahwan Khmer menyatakan bahawa datuk dari raja
Boromindaraja adalah putera dari seorang puteri Siam,Si Sagnam dan naik takhta Khmer
di bawah gelaran Dharmaraja juga.Setelah pertarungan yang berakhir dengan kekalahan
tentera Khmer dan memukul mundur barisan yang tersisa kembali ke Kemboja,dua
kerajaan itu berdamai di antara satu sama lain semula kerana ketika itu raja Khmer
tersebut terpaksa berhadapan dengan satu lagi ancaman baru,iaitu keghairahan Raja Lao.
Setelah berunding,raja Lao Lanxang membuat keputusan sendiri untuk menakluk
Kemboja sebagai negeri bawahannya.Dia mengutus utusannya bersama-sama dengan
1000 tentera, gajah-gajah perang dan mesej kepada kerajaan Kemboja.Mesej raja Lao
yang mendorong kerajaan Khmer ke dalam pertarungan gajah perang (budaya popular di
Indochina pada masa dahulu termasuk raja-raja Melayu dahulukala),bermula dengan
pendahuluan:

"Mesej daripada Prah Chao Sisattanakanahok, "Mauli dari orang-orang Mala" dari
negara Lanxang,dalam kaitannya dengan Prah Boromindaraja Ramadhipti dari
Kerajaan Kemboja"

Sangat menarik untuk dicatat bahawa raja Laos telah memperkenalkan dirinya sebagai
"Mauli dari orang-orang Mala" yang merupakan tradisi dari kerajaan 'Mala dari Malayu'
(nota:ini diambil dari istilah sejarahwan Khmer,secara tradisinya bangsa Khmer mencatat
'Mala' dan 'Malayu' sebagai entiti yang sama).Sepertimana sarjana Khmer telah melihat
bahawa Lanxang sendiri selalu dikenali oleh Lao barat sebagai Muang Chawa (Ini berasal
dari nama Jawaka,empayar Melayu purba sebelum kebangkitan Sriwijamala),penemuan
ini menyokong teori masa lalu berkenaan hubungan di antara Lanxang dan
Champapura.Pada bahagian berikutnya dari mesejnya,Raja Laos menyampaikan syor
untuk menyatukan kedua-dua negara.

Siapakah Kekanda Raja Siam dan apa kaitan dengan Syam Kut?
623

Nama Siam berasal dari Syam,iaitu sebutan orang Mon-Khmer kepada suku Melayu yang
membina kota di selatan Lembah Menam.Suku Melayu ini punya hubungan dengan
Cham,satu lagi suku Melayu yang menduduki sebahagian Vietnam pada hari ini pada
masa dahulu.Perhatikan kaitan antara 'Cham' dengan 'Syam'.Asal-usul perkataan 'Syam'
ini adalah 'Cham' kerana lidah Sanskrit yang pekat kadangkala menjadikan bunyi 's'
sebagai 'c' atau sebaliknya (vice versa).Contohnya dalam inskripsi,nama Srivijaya ditulis
pada awalnya sebagai 'cri vijaya'.Kemungkinan besar,orang Khmer dahulu memanggil
'Champa' sebagai 'Syampa'.Selepas kejatuhan Sri Dharmaraja kepada Ayutthaya,konotasi
Siam/Syam ini diambilalih oleh suku-suku Tai yang berkahwin campur antara orang
Mon,Khmer dan Melayu Segenting Kra.

Syam Kut bermaksud Kota Siam,adalah nama sebuah negarakota Melayu yang
kemudiannya dinaungi oleh Sri Dharmaraja(Ligor).Rakyatnya dipanggil 'Siam' oleh orang
Mon-Khmer.

Bukti paling jelas tentang nama 'Syam' ini ialah pada penggambaran dari Angkor,dimana
apa yang menjadi misteri adalah bahagian di bawah label "Syam Kut", jelas
menggambarkan kumpulan-kumpulan bukan Khmer di bawah komander mereka
sendiri.Hal ini menunjukkan perbezaan antara kumpulan-kumpulan itu dengan tentera
Khmer dari kerajaan Angkor (tentera Angkor bukanlah semuanya berbangsa
Khmer).Inskripsi kecil yang lain mengenalpasti komander mereka sebagai "Anak
rajyakaryya bhaga paman jen jhala ta nam Syam Kuk",seorang perwira kerajaan dari
Paman bhaga "jhala Jen" yang bernama "Siam Kuk" (ayat dalam inskripsi itu jika kita
lihat memiliki kata-kata dalam bahasa Melayu dan jika diterjemah lebih kurang seperti
ini:'Anak raja 'karya' paman 'jen jhala ta' yang bernama Siam Kuk).Petunjuk ini
menggambarkan para askar di Syam Kuk terdiri dari pasukan yang tidak mempunyai
formasi dan kelihatan tidak teratur serta lebih primitif daripada unit-unit tentera dari
kumpulan-kumpulan ketenteraan Angkor.Melihat dengan teliti tentera Siam Kut lebih
sesuai dengan ciri-ciri para askar Guchanaga (berkaitan dengan tentera Paramakamboja
dalam hikayat Mahabbharata).Bulu Merak yang menghiasi aksesori mereka itu
nampaknya digunakan untuk dekorasi pada kedua-dua tombak mereka dan hiasan
kepala.Mereka juga memakai pakaian yang menutup di bahagian bawah yang nampaknya
sama dengan pakaian tradisional Mon atau sarung Melayu yang disebut "longyi".

Sumber Kemboja telah mengenalpasti bahawa Siam Kut/Kuk adalah rujukan Khmer
kepada sebuah bandar di selatan Lembah Menam.Terletak sekitar Ayutthaya,Siam Kut
adalah sebahagian dari Sri Dhammaraja (dari sini muncul nama 'Siam').Para askar Siam
yang tidak diragukan lagi adalah askar Sriwijaya yang bergabung dengan pasukan Lavo
624

(ingat:raja Melayu bernama Sujita yang menakluk Lavo) yang berperang bagi pihak
tentera Angkor. Walaupun berselindung di sebalik penampilan primitif mereka,mereka
sering disebutkan dalam teks-teks purba China sebagai 'askar yang memiliki keberanian
tak tertandingi'.Di sisi lain,bukti menunjukkan bahawa bangsa Tai atau Laos dari negara-
negara utara sudah mengadaptasi budaya Khmer.Melalui kerajaan Lavo,Xiangmai
(Chiangmai) menerima budaya Khmer jauh sebelum kewujudan Haripangjaya
(Hariphunjaya).Pakaian tradisional mereka terdiri dari sepotong kain yang lebih
besar,memakai dengan hujung depan lewat di antara kaki dan ketat ke belakang,persis
sama seperti cara askar Khmer dan Lavo mengenakan pakaian.Mungkin benar mereka
telah direkrut ke dalam unit tentera Angkor dimana mereka diletakkan di bawah batalion
tentera Lavo.Dari sini kita dapat mengetahui,terdapat unit khas tentera Melayu dalam
ketenteraan Angkor.Mereka memakai pakaian tradisional sendiri berbeza dengan pakaian
seragam tentera Angkor.Ini samalah seperti tentera Tartar dalam pasukan Turki
Uthmaniyyah atau tentera Cossack dalam pasukan Poland,Ukraine dan Russia.

Dengan rahsia yang didapati dari inskripsi dan tradisi Kemboja,kita tahu bahawa nama
'Siam' itu adalah nama sebuah negarakota berkonsepkan 'Malay city-states'.Ia bukan
identiti orang Tai pada asalnya.Rakyat negarakota ini digelar 'Siam' walaupun berbangsa
Melayu atau Mon.Kemudian ia ditakluk oleh Sri Dharmaraja,sekaligus di bawah pengaruh
'Mahidhara' iaitu naungan sebuah 'federation' atau negara besar,tidak lain tidak bukan
ialah Emperium Sriwijaya.

"Mauli"

Nama ini muncul dalam surat yang diutuskan oleh utusan perang raja Lao kepada raja
Lovek,Kemboja.

Nama 'Mauli' ditemui pula pada Prasasti Grahi tahun 1183 di selatan Thailand.Prasasti itu
berisi perintah Maharaja Srimat Trailokyaraja Maulibhusana Warmadewa kepada bupati
Grahi yang bernama Mahasenapati Galanai supaya membuat arca Buddha seberat 1 bhara
2 tula dengan nilai emas 10 tamlin. Yang mengerjakan tugas membuat arca tersebut
bernama Mraten Sri Nano.

Dinasti Mauli menggantikan dinasti Sailendra dalam memegang kekuasaan ke atas


wilayah-wilayah Sriwijaya selepas perpecahan empayar maritim itu.Dalam manuskrip
berjudul Chu-fan-chi karya Chau Ju-kua tahun 1225 disebutkan bahawa negeri San-fo-tsi
memiliki 15 daerah bawahan, yaitu Che-lan (Kemboja), Kia-lo-hi (Grahi, Ch'ai-ya atau
Chaiya selatan Thailand sekarang), Tan-ma-ling (Tambralingga, selatan Thailand), Ling-
625

ya-si-kia (Langkasuka, selatan Thailand), Ki-lan-tan (Kelantan), Ji-lo-t'ing (Cherating,


pantai timur semenanjung Malaysia), Tong-ya-nong (Terengganu), Fo-lo-an (muara
sungai Dungun, daerah Terengganu sekarang), Tsien-mai (Semawe, pantai timur
semenanjung Malaysia), Pa-t'a (Sungai Paka, pantai timur semenanjung Malaysia), Pong-
fong (Pahang), Lan-mu-li (Lamuri, daerah Aceh sekarang), Kien-pi (Jambi), Pa-lin-fong
(Palembang), Sin-to (Sunda), dan dengan demikian, wilayah kekuasaan San-fo-tsi
membentang dari Kamboja, Semenanjung Malaysia, Sumatera sampai Sunda.

Selain itu,satu lagi fakta yang jarang diketahui dan cuba disorokkan oleh sejarahwan
Tamil ialah catatan ahli geografi Cina,Ma-lin Tuan (sekitar 1200) menyatakan bahawa
Chou-lien telah menjadi negeri bawahan dari Sanfotsi (sebutan China untuk
Sriwijaya),juga mengesahkan dakwaan yang sama pada manuskrip Sung-shih (960-
1279).Chou-lien adalah nama China untuk kerajaan Chola di India.Ini bertepatan dengan
catatan sejarahwan Khmer bahawa,Sriwijaya dengan bantuan beberapa negeri
bawahannya telah berjaya menyerang balas serangan Chola dan menghalau mereka balik
ke India.Sememangnya ahli sejarah tahu bahawa prasasti Tanjore yang dipahat atas
perintah raja Rajendra Chola itu hanyalah sebagai 'dakwaan berlebih-lebihan' sebagai cara
untuk menakut-nakutkan saingannya seperti kerajaan Hoysala dan Pandya di India.Ini
tepat dengan catatan dari Thailand yang menyebutkan bahawa ketika raja Melayu
bernama Chandrabanu dari negeri Sri Dharmaraja menyerang Sri Lanka pada abad ke-
13,yang menghadapi beliau bukanlah kerajaan Chola,tetapi kerajaan
Pandya.Penyelewengan sejarah Chola-Sriwijaya ini amat memalukan malah ada di antara
penulis-penulis kita sendiri yang mengagung-agungkan serangan 'pengecut' Rajendra
Chola itu malah ada yang mendakwa Raja Suran adalah raja Chola tersebut.Kemungkinan
besar,hanya pelabuhan Kedah sahaja yang berjaya diserang oleh tentera Chola,kemudian
menurut riwayat Kemboja,saki-baki tentera Chola itu ada yang lari ke Indochina dan
mempengaruhi istana Kemboja.Kemudian tidak berapa lama selepas itu,kerabat dinasti
Sriwijaya merampas kembali kedudukan mereka dalam istana Kemboja dan
menghapuskan pengaruh Chola di Nusantara.Sebab itu TIADA DALAM CATATAN luar
sama ada dari China atau Arab yang mengatakan Sriwijaya menjadi negeri bawahan
Chola.Serangan Chola itu sebenarnya hanya berpaksikan prasasti Tanjore tersebut,tidak
lebih dari itu.Malah dalam prasasti Tamil yang ditemui di sana,ada yang mendakwa raja
mereka telah menakluk China!Dakwaan menakluk China itu sebenarnya hanyalah
bertujuan untuk menakut-nakutkan musuh mereka,memandangkan negeri China adalah
besar dan mustahil kerajaan Tamil mampu menakluk seluruh China.Dari sini kita tahu
bahawa Rajendra Chola tidak pernah menakluk Sriwijaya,dan dakwaan raja Chola yang
dipahat pada prasasti dengan bangga itu sebenarnya hanya menunjukkan bahawa
keagungan empayar Sriwijaya,setaraf dengan Emperium China.Pada masa itu di selatan
626

India,sesiapa yang mampu mengatakan bahawa dia mampu mengalahkan China atau
Sriwijaya,maka dia adalah raja yang amat hebat.

Gelaran Maulimalaraja juga dipakai oleh Jayaviravarman,raja Kemboja ((1002-1006).Dia


adalah abang kepada Udayadityavarman dan telah disebutkan dalam inskripsi Prasat
Khna sebagai Sri Narapativiravarman.Prasasti dari Prasat Trapan Run memperkenalkan
Jayaviravarman Sebagai Raja Mala (Maulimalaraja), menyambung salasilah dirinya
kepada kerabat Sriwijaya, raja Sujita di dalam riwayat Mon.Sriwijaya,sebagaimana
menurut catatan-catatan Khmer,merupakan 'negara penaung' kepada Empayar
Angkor,malah bersama-sama mencorakkan politik Kemboja.Begitu indah peranan raja-
raja Melayu pada masa dahulu di Indochina.Nama 'Raja Mala' terpahat dalam pelbagai
batu bersurat di Indochina,menunjukkan sejarah bangsa Melayu adalah sejarah
bertulis,bukan dongengan,cakap-cakap orang tua mahupun wasiat-wasiat orang mati
yang sudah tentu ditokok-tambah sesedap rasa dari mulut ke mulut.

Tidak layak nama 'Malayu' itu sekadar cakap-cakap mulut.Nama 'Malayu' dipahat pada
prasasti-prasasti dan diletakkan di dalam tempat-tempat suci,sama ada ketika era Hindu-
Buddha hinggalah pada zaman Islam.Anda boleh membaca buku '7 wali Melayu' oleh
Abdul Ghani Said,yang menerangkan dengan jelas peranan wali Melayu kepada dunia
Islam.Diceritakan Syeikh Haji Said Al-Linggi telah menghadiri mesyuarat para wali
dimana Syeikh Habib Nuh,wali Melayu dari Singapura juga menghadirinya.Syeikh Haji
Said selepas keluar dari bilik suluknya (bilik untuk berzikir atau menyendiri)
memberitahu bahawa umat sebelah Timur diwakili oleh dirinya dan Habib Nuh.Sungguh
mulia peranan wali-wali Melayu untuk kebaikan umat Nusantara.Ketika era penyebaran
Islam,bahasa Melayu adalah bahasa agama Islam di Nusantara,dan tulisan Jawi juga
dicipta berasaskan bahasa Melayu.Sehinggakan untuk mempelajari Islam di Asia
Tenggara pada masa dahulu,mesti tahu bahasa Melayu dan Arab.Orang Melayu dan
bahasanya menjadi asbab hidayat kaum-kaum Nusantara termasuk orang Siam dan
Tausug.Orang Siam diIslamkan oleh pendakwah-pendakwah Champa,Patani dan
semenanjung manakala orang Tausug misalnya diIslamkan oleh pendakwah Melayu
Johor keturunan Arab.Untuk ikram (muliakan,melayan) kaum-kaum ini,orang Melayu
berlembut hati malah berkongsi kekayaan buminya kepada kaum-kaum yang dahulunya
menjadi lanun atau orang gasar.Orang Melayu dan sifat tolak ansurnya yang tinggi
mentamadunkan mereka sehingga sama-sama menghirup nikmat iman dan Islam.Ketika
era Buddha,orang Melayu melahirkan bikkhu,sami dan pendeta bertaraf antarabangsa
sehingga menguasai 'Yoga Tantra'.Yoga Tantra inilah yang dicari oleh Atisa,seorang
pendeta dari Tibet.Beliau sanggup berlayar dari Tibet ke Sumatera semata-mata mahu
mendalami hakikat pertapaan Yoga Tantra ciptaan Melayu Sriwijaya.Sehingga apabila
627

beliau pulang ke Tibet,beliau telah mengasaskan aliran Buddha yang baru iaitu yang kini
dianut oleh sami-sami di Istana Potala,hasil pembelajarannya dari pendeta-pendeta
Melayu.Ketika era Islam,orang Melayu tetap ke hadapan melahirkan ramai ustaz,ulama
dan mufti dan ini diakui oleh ulama Mesir bahawa 'jika mahu belajar agama Islam dengan
sempurna,disyorkan belajar pada ulama-ulama Arab,namun jika mahu lebih mendalami
agama Islam,disyorkan belajar pada ulama-ulama Melayu'.Ketika bangsa Melayu
beramai-ramai meninggalkan agama menyembah patung tak bernyawa,orang
Tai,Khmer,Burma dan sebagainya masih mengamalkan agama nenek moyang di mana
agama mereka itu sendiri diajarkan oleh orang Melayu beribu tahun
dahulu.Ironinya,Orang Melayu kini sudah sinonim dengan Islam,sehingga wujud,dogma
yang menyebutkan bahawa jika masuk Islam,maka masuk Melayu.

Berbalik kepada gelaran Maulimalaraja,sebenarnya gelaran ini bertitik tolak dari raja-raja
Melayu purba yang memerintah pelbagai negarakota pada masa silam.Raja-raja Melayu
ini mencapai prestij yang tinggi.Mereka amat bijak dalam perdagangan maritim.Jika anda
mengatakan bahawa orang Bugis dan Sulu adalah penguasa lautan,orang Melayu adalah
PENGURUS kepada penguasa lautan.Raja-raja Melayu membuka laluan perdagangan laut
dan mengurusnya,kemudian orang Laut,Bugis dan Sulu berkhidmat kepada raja-raja
Melayu.

Legenda Khmer menyebutkan seorang raja yang berasal dari Kedah,disebut Prah
Ketomala.

Misteri Prah Ketomala

Menurut tradisi Khmer,kelahiran Prah Ketomala adalah dihubungkan dengan Indra


(nama seorang dewa).Ketika dikandung,kononnya si ibu melihat dalam mimpi bahawa
Indra telah menjelma ke dalam kehamilannya.

"Ibu Ketomala sedang hamil dan satu malam dalam mimpinya dia melihat Dewa Indra
menyentuh perutnya dan memberikan sebentuk kristal dengan 5 warna-warna cerah.
Dia mengatakan kepada suaminya untuk bertanya kepada peramal raja.Peramal telah
meramalkan bahawa dia akan dikurniakan seorang putera dengan kemuliaan atas
musuh-musuhnya ke segala arah.Kemudian dia berjaya melahirkan seorang bayi.Bayi
itu diberi nama Prah Ketomala"

Menurut tradisi Khmer lagi,kononnya dewa Indra telah membinakan sebuah candi untuk
Prah Ketomala sebagai cucunya dengan menghantar seorang arkitek bernama
628

Visnukarman.Tradisi Khmer ini menunjukkan raja-raja Melayu suka membanggakan diri


dengan cara mengaitkan diri mereka dengan dewa;bukti mengamalkan konsep 'dewaraja'.

Sejarahwan Khmer mengatakan kewujudan raja legenda Ketomala tidak dapat dibuktikan
melalui inskripsi konkrit Angkor.Namanya iaitu "Keto-mala" menunjukkan bahawa dia
adalah seorang Raja Mala dari Kedah yang menghubungkan dia kepada Raja Sailendra
empayar Sriwijaya.Pada masa dahulu 'Kedah' dikenali sebagai 'Keta' atau 'Ketaha'.Nama
'Keto-mala' bukanlah berasal dari bahasa Sanskrit atau Khmer malah tiada maksud
perkataan itu dalam bahasa Sanskrit.Ia juga dipercayai bahawa nama Ketomala bukanlah
satu orang,tetapi adalah garis raja-raja yang menerima perlindungan khusus dari kerajaan
Indra.Dari senarai penguasa Khmer,pada anak didik pertama Dewa Indra jelas
Indravarman II yang mewarisi gelaran dari ayahnya Prithivindravarman. Sejarahwan
Khmer melihat bahawa Prithivindravarman datang dari Malayu untuk menguasai
Champapura dan mencipta sebuah garis keturunan baru dari raja-raja Ketomala dari
Kemboja.Mungkin untuk tujuan pengiktirafan,yang demikian itu adalah adat untuk raja
yang mula menelusuri garis keturunan nenek moyangnya dan Indravarman berbuat
seperti itu.Prasasti Dong-doung menjejak garis keturunan Indravarman kembali ke raja
Rudravarman.Jelas bahawa dia adalah Rudravarman,raja Chenla yang digulingkan dari
takhta Kemboja dan pergi untuk berlindung di Yunnan.Tai dan tradisi Lao mengingati dia
sebagai Khun Borom dan bahawa keturunannya,Khun Inh kembali untuk membina
Ayutthaya dan bandar-bandar lain di Indochina.Dalam hubungan dengan tradisi Siam
utara,inskripsi yang sama memperingati Indravarman raja pertama yang boleh
dikenalpasti sebagai Indravarman I,pengasas Indrapura di Dong-doung (ingat Prasasti
Dong-duong yang mengaitkan Champa dengan Sri Dharmaraja) dan Prithivindravarman
adalah keturunan langsung darinya.Prasasti Sanskrit dari Prasat Cha Chuk merakamkan
salah satu purohita (pegawai) bernama Visnubhatta yang juga berkhidmat berturut-turut
di bawah raja Yasovarman dan Harsavarman.

Sejarahwan Kemboja menyifatkan bahawa legenda orang Tai tentang Khun Borom telah
disalah anggap sebagai perkaitan dengan penghijrahan bangsa Tai dari Yunnan.
Mereka berpendapat bahawa legenda Khun Borom adalah keturunan Raja Rudravarman
yang mana dirinya bukanlah penduduk asli Yunnan tetapi seorang pelarian dari kerajaan
Khmer dari Kemboja.Dikejar oleh puak Chenla,dia menetap dan mengasaskan fahaman
Buddha aliran Mahayana di Yunnan yang akan kemudiannya,mendakwa dirinya sebagai
dewaraja Paramesvara,nenek moyang Empayar Angkor.Menurut legenda yang sama,salah
seorang putera bernama Khun Inh mendirikan kerajaan di Ayutthaya. Ini bertepatan
dengan munculnya dinasti Sailendra dari Empayar Sri Vijaya yang kemudiannya menjadi
dinasti Ketomala di Angkor.Sebaliknya,beberapa generasi pertama dari raja-raja
629

Ayutthaya baru tidak dilapisi dari dua dinasti Angkor.Seperti yang akan kita lihat
nanti,hubungan mereka dengan Khun Borom adalah melalui Raja Mengrai dari
Lannathai.Mereka adalah sebahagian daripada kerajaan Kaeo yang melarikan diri dari
Yunnan,digulingkan oleh Mongol dan menetap di Xiangrai melalui penginapan Raja
Mengrai.

Suryavarman II,mempunyai pertalian dengan kerabat Sriwijayamala menerusi


Jayaviravarman VII.

Kesimpulan yang dapat dilihat dari sini ialah,raja-raja Melayu Indochina mempunyai
pelbagai hubungan dengan kaum-kaum lain,seperti Khmer dan Tai.Dua dinasti utama
ini,Sailendra dan Sriwijaya menghasilkan dinasti-dinasti kecil Melayu-Khmer seperti
Devavamsa dan Ketomala.Mereka menaiki takhta Angkor dan memerintah seluruh
Kemboja.Raja-raja Melayu di Indochina biasanya berasal dari istana Sri
Dharmaraja,Gangga Nagara atau keturunan Kedah Tua.Hubungan raja-raja Melayu dan
orang Melayu sendiri di Indochina amat kompleks dan memerlukan kajian
lanjut.Walaupun nasionalis Khmer cuba untuk 'meng-khmer-kan' raja-raja Melayu
ini,namun batu-batu bersurat yang menuliskan salasilah raja-raja Melayu membuktikan
misteri yang seterusnya.Misalnya Prasasti Say-Fong (Laos) memperkenalkan Jayavarman
VII (seorang raja Angkor) sebagai anak kepada Dharanindravarman II dan seorang puteri
dari Jayadityapura.Melalui ayahnya,dia adalah sepupu kedua Suryavarman II,dan melalui
ibunya Chudamani yang juga puteri Harshavarman III,dia adalah cicit Suryavarman I dari
dinasti Sriwijaya (Suryavarman I berbapakan Melayu,beribukan Khmer).

Sebab itu pembina Angkor Wat,Survarman II,punya hubungan keluarga dengan Melayu
Sriwijaya.
630

Siapakah 'Malayu' dalam Inskripsi Han Chey?

Barisan transkripsi yang mengandungi puji-pujian kepada Bhavavarman II yang bergelar


'Raja Mala dari Negeri Melayu'.

Malayu adalah nama satu kaum yang menjadi 'ruling-class' tertua dalam sejarah
Indochina.Di sana terdapat juga nama 'Malayang' dimana bermaksud,'negeri Melayu'
dalam bahasa Khmer.'Mala' adalah nama tertua bangsa ini,dimana ketika kaum Asia
Tengah tiba di Asia Tenggara seperti Kamboja dan Saka beribu-ribu tahun dahulu,mereka
memanggil bangsa ini sebagai 'Mala-yu',dimana -yu adalah suffix dalam bahasa Avestan
mewakili bangsa,budaya atau cara pemikiran.Tradisi Khmer menyebutkan nama raja-raja
Melayu sebagai 'Raja Mala'.Sebagaimana di Sumatera,terdapat satu kerajaan kuno
bernama 'Malayu' (Malayang dalam bahasa Khmer),kerajaan yang punya nama yang sama
juga terletak di utara Segenting Kra.Anehnya,selepas Funan ditakluk Chenla,raja-rajanya
memakai gelaran 'raja orang Mala'

Warisan ini membuktikan bahawa Malayu,yang juga sebahagian dari Sri


Dhammaraja,adalah sebenarnya Funan yang menjadi sebahagian daripada Empayar
Chenla selepas pembukaan Bhavavarman (cucu kepada raja Funan,berkahwin dengan
gadis Khmer dan memberontak kepada datuknya).Prasasti Han Chey, pada baris
pertama,memperkenalkan Bhavavarman sebagai "mala malayu iva malayam raja",iaitu
bermaksud:Raja Mala dari Malayu.Ini adalah tulisan pertama setakat ini yang berkaitan
dengan seorang raja Chenla sebagai penguasa Funan (Malayu).Sarjana Khmer cuba
menakrifkan siapa itu Malayu menurut tradisi dan legenda mereka.Mereka mengatakan
631

bangsa Malayu mungkin berasal dari raja laut Naga Mohodara,di mana bangsa ini
mempunyai kebiasaan khusus memperkenalkan diri mereka dengan bunga (Mala)
terutama teratai (Botum atau Padma).Ini adalah identiti khas bangsa Malayu yang
berselindung di sebalik bunga-bungaan dan wangi-wangian.Bukti dari tradisi bangsa
Khmer ini dan pandangan mereka terhadap orang Melayu membuktikan pandangan Bani
Israel terhadap Keturah,iaitu dalam bahasa Ibrani Kuno bermaksud 'wangi-
wangian'.Setakat ini,inilah batu bersurat yang paling tertua mencatatkan nama bangsa
Melayu,yang mana ketika ini bangsa Inggeris belum wujud lagi,apatah lagi Siam mahupun
Tausug sekadar menamakan beberapa contoh.

Tradisi Khmer sendiri menyatakan kegemaran bangsa ini terhadap bunga-


bungaan,sehinggakan nama dinasti atau kerajaannya dinamakan sempena nama bunga-
bunga.Apabila menyambut tetamu,pada masa dahulu,mereka sering meletakkan bunga
atau jambangan bunga di rumah untuk menyerikan suasana.Para gadis mereka sering
menyelitkan bunga-bunga di telinga.Identiti ini,menurut tradisi Khmer tidak diragukan
lagi adalah berasal dari 'Malayang' atau dalam bahasa Khmernya bermaksud negeri
Melayu.Lem Chock Moth,sejarahwan Kemboja menyatakan Malayang ini adalah identiti
negara Malaysia pada hari ini,sebagai negara bagi orang-orang Melayu.Anehnya,beliau
menyatakan bahawa bangsa ini punya sejarah silam dengan bangsa-bangsa besar di
Mediteranean terutama bangsa Greek (mungkin Troy) yang disebut olehnya sebagai
sebahagian dari satu kelompok keturunan Mohodhara (sejak peperangan Trojan,Babilon
dan Parsi merupakan inspirasi kepada Ramayana dan Mahabbharata serta disebut dalam
kitab-kitab Vedic).Legenda Kemboja mengatakan bahawa kalungan bunga digunakan
sebagai sebahagian dari hiasan kepala mereka.Perkataan 'Malayang' (Mala-yang)
bermaksud kerajaan/negeri bangsa Mala,telah banyak kali muncul dalam prasasti-
prasasti Khmer sebagai salah satu negeri dalam Funan dan seterusnya Empayar
Angkor.Sejarah Dinasti Tang menyatakan bahawa terdapat delegasi duta dari 'Mo-lo-yu'
pada tahun 644 hingga 645 Masehi,sebaik sahaja kedatangan duta dari 'Ho-ling' yang
menghantar dutanya pada tahun 640 Masehi.Nama ini merujuk pada negara Malayu
terletak di pantai timur Sumatera dan berpusat di wilayah 'Jumbi' (sebutan Khmer).Hal
ini juga menarik untuk dicatat bahawa Jumbi,kata dalam bahasa Khmer untuk sebuah
pohon bunga yang dikenali dalam bahasa Sanskrit sebagai Kemboja.Prasasti Han-Chey
memperingati kemenangan Bhavavarman atas 'Raja Gunung' (Funan) yang berada di
Mahidhara dimana legenda Khmer mengenalpastinya sebagai raja 'Kamboja Crivijaya'
(sebenarnya yang tepat ialah raja dinasti Sailendra).Semua ini mengingatkan kita pada
masa dahulu,raja-raja Melayu mempunyai hubungan rapat dengan kaum-kaum bukit
Mon-Khmer (hill-tribes) dan menjadikan sebagai tentera atau berkhidmat dalam
istana.Gadis-gadis mereka yang memiliki wajah rupawan dijadikan gundik-gundik,dayang
632

atau isteri raja-raja Melayu.Terdapat dalam legenda Khmer tentang seorang raja
Malayang yang memikat gadis Khmer dan raja-raja Melayu dahulukala mempunyai
pengikut di antara orang Kensiu dan Kintaq (pribumi yang menduduki pedalaman Tanah
Besar Asia Tenggara,sebahagian mereka terdapat di Malaysia dan dikategori sebagai
Orang Asli bersama-sama Melayu Proto seperti Jakun) yang kemudiannya menjadi
bangsa Khmer.

Persoalan 'darah naga' pada bangsa Melayu adalah cerita yang lain.Orang Khmer memang
tepat memperincikan setiap sisi bangsa misteri ini.

Identiti Funan dalam Inskripsi Han Chey

Inilah Prasasti Han Chey yang mencatatkan nama bangsa 'Melayu' malah nama kunonya
sekali iaitu 'Mala',seawal abad ke-6 Masehi,ketika di Kepulauan British,belum wujud lagi
'Englishmen' (suku-suku Celtic,Viking dan Jerman yang bersemendaan sesama sendiri
mewujudkan bangsa Inggeris pada hari ini).Nama 'China' pun belum wujud apatah lagi
'Siam' mahupun 'Tausug' sekadar contoh.

Umum mengetahui,nasionalis Kemboja bermati-matian menuntut kerajaan Funan adalah


kerajaan orang Khmer.Namun sampai hari ini,tidak ada bukti konkrit mengatakan Funan
benar-benar kerajaan Khmer.Nama Funan itu sendiri didapati dari rekod China,Fu-
nan.Anehnya,kerajaan Chenla yang pernah menjadi negeri bawahan (vassal) kepada
Funan,dipastikan kerajaan orang Khmer berdasarkan inskripsi dan tradisi Khmer
sendiri.Namun bukti bertulis dari Khmer tidak pula menyatakan dengan terus terang
bahawa Funan adalah kerajaan orang Khmer.
633

Dengan pengakuan Bhavavarman II ini di dalam Prasasti Han Chey,yang mengiktiraf


dirinya sebagai 'Malayu iva Malayam raja' (raja negeri Melayu),maka sahlah bahawa nama
Funan (Fu-nan adalah sebutan dari rekod China,bukan nama sebenar atau panggilan oleh
penduduk Funan) yang sebenar ialah Malayang/Malayam,iaitu bermaksud 'negeri
Malayu'.Selepas menakluk sepenuhnya wilayah-wilayah Funan,raja Chenla itu
memahatkan kejayaannya dalam prasasti tersebut dan mengiktiraf dirinya sebagai 'Raja
Mala dari Negeri Malayu'.Ini adalah petunjuk paling terahsia tentang nama asal
Indochina.Ini menunjukkan pada zaman purba,sempadan negeri-negeri Malayu adalah
dari Yunnan bersempadan dengan wilayah China hingga ke Temasik iaitu Singapura
sekarang ini.Ini adalah negeri-negeri Melayu di Tanah Besar Asia,belum termasuk di
bahagian kepulauan,terutama di Sumatera dan Borneo.

Rahsia tersembunyi dari Fa Ngum

Fa Ngum adalah seorang raja yang dikatakan pengasas kepada kerajaan Lao Lanxang
(Lancang).Raja ini dikesan menggunakan 'title' diraja yang biasa digunakan oleh raja-raja
Melayu Indochina seperti raja Champa dan Sri Dharmaraja.

Selama mengeksploitasi kedudukan Fa Ngum,Kerajaan Xiangtong (panggilan orang Tai


kepada Muang Sua,kini termasuk dalam Luang Phrabang) menyedari bahawa mereka
telah sampai kepada tujuan terakhir yang berkaitan dengan negara asal mereka.Kerajaan
Xiengtong adalah kerajaan awal orang Lao yang serumpun dengan bangsa Tai,sebelum
menubuhkan kerajaan Lanxang.Pada saat itu, takhta Xiangtong diduduki oleh bapa
saudara Fa Ngum,Fah-Kham-Hiao.Setelah Fah-Kham-Hiao meninggal dunia,kerajaan
634

Xiangtong menjemput Fa Ngum kembali untuk menaiki takhta yang seharusnya menjadi
miliknya sesuai dengan haknya sebagai waris yang layak.

Oleh yang demikian,selepas kematian Raja Chao Fah-Kham-Hiao,menteri dan pegawai


yang sebelumnya ditinggalkan Putera Fa Ngum tidak membuang masa menjemput putera
Lao itu menaiki takhta kerajaan Xiangtong.Putera Fa Ngum telah naik takhta pada tahun
1353.Ketika dia mencapai usia 37 ia diberi nama "Phragna Fah-La-Thorani
Sisatanakanahud".

Kerajaan Lao Lanxang

Sangat menarik untuk dicatat bahawa gelaran "Phragna Fah-La-Thorani


Sisatanakanahud" adalah transkripsi Lao dari judul bahasa Sanskrit "Pongna Prah
Dharnindra Sri Santan Naga Nahud" yang menghubungkan dia ke legenda Khun Lo atau
Dharnindravarman dari inskripsi Khmer.Sarjana Khmer melihat bahawa kedua-dua
warisan dari kerajaan Melayu "Sri Santan Naga" dan "Mauli kepada orang Mala" juga
hadir dalam riwayat lain raja Lao Lanxang,sebagai pewaris keturunan Fa Ngum.Hal ini
kemungkinan terlalu awal untuk mengesahkan yang demikian,namun,untuk mengaitkan
kesimpulan tentang hubungan Fa Ngum dengan raja Champa ketika itu,Simha
Jayavarman, mereka kemungkinan adalah berasal dari Sri Dharmaraja (dengan maksud
lain,Fa Ngum sebenarnya keturunan Melayu dari istana Sri Dharmaraja).Mungkin
salasilahnya sama seperti Suryavarman I,dalam kes ini,bapa Fa Ngum kemungkinan
Melayu yang berkahwin dengan wanita Lao.Sementara Simha Jayavarman menubuhkan
kembali negara Champa dengan memusnahkan kawalan Dai-Viet terhadap kawasan
tersebut (Laos kini),Fa Ngum pula tiba-tiba menubuhkan kawasan yang dibuka oleh raja
Champa itu sebagai ibukota negeri baru (Lanxang).Ini menunjukkan terdapat hubungan
antara raja Champa dengan Fa Ngum,setidak-tidaknya kalau bukan pertalian keluarga.
Kehadirannya membawa kembali budaya Melayu Indochina dan Khmer ke wilayah utara
Mekong buat pertama kali setelah kerajaan Xiengtong memutuskan hubungan dengan
empayar Khmer.Perlu dicatatkan di sini,bahawa orang Lao adalah rumpun Tai yang
635

paling awal berhijrah ke Indochina sebelum perpindahan beramai-ramai orang Thai.

Terdapat banyak petunjuk di Kemboja dan Laos tentang aktiviti raja-raja Melayu pada
masa purba.Rahsia Melayu terpecah-pecah disimpan di dalam riwayat-riwayat Mon,Lao
dan Khmer.Negeri-negeri Melayu di Indochina yang disebut dalam batu bersurat Khmer
sebagai 'Malayang' seakan-akan menjadi kerajaan kayangan dalam hikayat-hikayat
Melayu. Padahal jelas,ditulis pada batu bersurat nama 'Malayang' dan 'Mala raja'
itu.Kemungkinan di sanalah Puteri Kaca Bertuang atau Raja Antah Berantah (sekadar
contoh sahaja) bermain-main di taman bunga-bungaan hikayat-hikayat Melayu.

Untuk meneruskan pencarian kepada petunjuk-petunjuk seterusnya,kita akan


menyelusuri Sungai Mekong dan menggali batu-batu bersurat di Pulau Jawa untuk
menjejak nama satu lagi dinasti Melayu purba yang amat berpengaruh,Sailendra.

-----------------------------------------------------------

Coming soon... Alter Terahsia Bangsa Melayu XIX

"The Sailendras"

-Apa itu dinasti Sailendra?


-Dari mana asal-usul Keluarga Diraja Sailendra?
-Mengapa dinasti Sailendra menuliskan prasasti dalam Bahasa Melayu?
-Borobudur dan kejuruteraan senibina Melayu Sailendra
-Sailendra dan Srivijaya
-Sailendra dan Indochina
-Sailendra dan Melayu

Penantian selama beribu-ribu tahun.Rahsia dari dalam tabut yang menyebarkan wangi-
wangian Melati dan Mala.Mari menyelusuri rahsia 2000 tahun antara dinasti paling
berkuasa di Asia Tenggara!

Hanya di MistisFiles!!

Posted by Mistis Organization at 7:43 PM


636

Tuesday, April 12, 2011

Alter Terahsia Bangsa Melayu XIX

Lokasi:Nakhon Si Thammarat,Thailand
Masa:10 a.m

Kajian sedang giat dijalankan terhadap kewujudan sebuah entiti politik yang digelar
'Sriwijaya' di bahagian selatan Thailand,di mana batu bersurat yang dikenali sebagai
Prasasti Ligor dijumpai.Kedua-dua sisi prasasti ini mempunyai tulisan.Isi dari sisi
pertama, yang dikenali sebagai Prasasti Viang Sa (Prasasti Ligor A),adalah tentang 'Lord
King' Sriwijaya,yang dituliskan sebagai "hanya raja yang tertinggi dari semua raja bumi",
telah mendirikan tiga bangunan dari batu-bata yang indah (Trisamaya caitya);rumah
Kajakara (Padmapāņi),dari pemusnah Mara (Buddha),dan Vajrin (Vajrapani).Di sisi lain,
yang dikenali sebagai Prasasti Ligor B, terdapat maklumat tentang nama "Visnu" yng
digelar "śesavvārimadavimathana" (pembunuh musuh-musuh sombong tidak bersisa) dan
juga seorang yang disebut sebagai Sri Maharaja.Sesuatu yang menarik perhatian
ialah,gelaran "pembunuh musuh-musuh sombong tidak bersisa",mempunyai kaitan
dengan gelaran "viravairimathana" (pembunuh musuh-musuh perwira) pada sebuah
prasasti yang ditemui di Nalanda,India.Prasasti tersebut mencatatkan perihal seorang raja
dari 'bumijawa' dengan gelaran yang sama,berasal dari sebuah dinasti.

Pengkaji kemudiannya mendapati dalam Prasasti Kelurak dan Prasasti Kalasan yang
637

ditemui di Jawa,Indonesia,ditemui gelaran "vairivaravira-mardhana" (pembunuh musuh-


musuh ternama).Kedua-dua prasasti ini menceritakan tentang dinasti pemerintah yang
sama.

Para sejarahwan dan sarjana akhirnya telah menyimpulkan kewujudan satu dinasti purba
yang amat berkuasa di Asia Tenggara suatu ketika dahulu.Dinasti ini adalah arkitek yang
terulung,pembina yang gigih dan penguasa yang bijak.

"The Sailendras"

“There was a king of Yavabhumi (Java) who was the ornament of the Śailendra dynasty,
whose lotus-feet bloomed by the luster of the jewels in the row of trembling diadems, on
the heads of all the princes, and who, as his name showed was the illustrious tormentor
of the brave foes (Viravairimathana). His fame, incarnate, as it were, by setting its foot
on the regions of (white) palaces, in white water lilies, in lotus plants, conches, moon,
jasmine and snow and being incessantly sung in all the quarters, pervaded the whole
universe.”

(Nalanda Inscription,India)

Antara sifat bangsa Melayu ialah mempertahankan sistem beraja.Raja adalah tunggak
kehidupan sosial pada masa lampau.Orang Melayu akan sedaya upaya mempertahankan
rajanya,walaupun ada di antara raja-raja ini atau kaum kerabatnya tidak sedar
diuntung,mengambil kesempatan atas sanjungan orang Melayu kepadanya.Namun
sesetengahnya mempunyai peribadi yang mulia dan mengambil tanggungjawab
mempertahankan agama,bukan mempertahankan perut sendiri.

Sebab apa orang Melayu mempertahankan raja?Ini kerana pada masa silam,raja-raja
638

Melayu inilah yang menguasai daratan dan lautan Asia Tenggara,menjadi 'Maharaja
seluruh kepulauan'.Mereka membina empayar,menyatukan seluruh pelabuhan dan
menjalankan perdagangan maritim antara India dan China.Kesan nostalgia raja-raja
Melayu pada masa silam bukan sahaja masih terasa di dalam hati dan sanubari orang
Melayu,malah terakam kemas dan riwayat-riwayat Thai,Burma,Vietnam ,Laos dan
Kemboja...di Indonesia selain Malaysia sendiri,rekod-rekod pengembara dan maharaja
China,dijumpai pada batu bersurat di India dan sejauh kitab-kitab kuno di Iran dan peta-
peta pengembara Greek.

Sebagaimana sistem monarki di seluruh dunia yang terdiri daripada dinasti-dinasti,begitu


juga raja-raja Melayu.Salah satunya ialah dinasti Sailendra.

Sailendravamsa

Prasasti Nalanda

"Pujian bagi raja yang berhasil menaklukkan musuh-musuhnya dan


merupakan wujud kembar dewa kasta yang dengan kekuatannya
disebut (sebagai dewa) Wisnu, kedua mematahkan keangkuhan semua
musuhnya (Sarwarimadawimthana). Ia adalah keturunan dari (keluarga
Sailendra) yang tersohor disebut Srimaharaja.”

(Prasasti Ligor B,Chaiya,Thailand)


639

Sailendra ialah nama sebuah dinasti yang pernah menyebarkan pengaruhnya dari
Indochina,semenanjung Malaysia,Sumatera,Jawa,Filipina hingga sejauh India.Nama
Śailendravamsa dijumpai pertama kali di dalam Prasasti Kalasan dari tahun 778 Masehi
(Śailendragurubhis; Śailendrawańśatilakasya; Śailendrarajagurubhis). Kemudian nama
itu ditemukan di dalam Prasasti Kelurak dari tahun 782 Masehi (Śailendrawańśatilakena),
dalam prasasti Abhayagiriwihara dari tahun 792 Masehi
(dharmmatuńgadewasyaśailendra), prasasti Sojomerto dari tahun 725 Masehi
(selendranamah) dan prasasti Kayumwuńan dari tahun 824 Masehi
(śailendrawańśatilaka).Semua prasasti tersebut ditemukan di Indonesia.Nama dinasti ini
ditemukan juga dalam Prasasti Ligor di Thailand dari tahun 775 Masehi dan juga turut
ditemui pada Prasasti Nalanda di India.

Namun yang demikian,nama 'Sailendra' muncul untuk pertama kalinya dalam sebuah
prasasti batu yang ditemuidi Sojomerto di daerah pesisir barat laut Jawa Tengah.Oleh
kerana ia merupakan
nama peribadi,andaian yang jelas adalah ia menunjukkan si pemunya nama ialah orang
yang menurunkan keturunan dari keluarga 'Sailendra'. Prasasti Sojomerto tidak bertarikh,
tetapi mengikut kajian,ia berasal dari pertengahan abad ketujuh.Prasasti tertua berkenaan
dinasti ini- tidak hanya dari Jawa Tengah, tetapi seluruh Indonesia - adalah dijumpai di
batu piagam Canggal,yang dikeluarkan oleh raja Sanjaya pada tahun 732 Masehi.Ini
memperingati asas tempat suci Siva lingga di Gunung Ukir bukit, sekitar 10 km hanya
timur Candi Borobudur.Nama Sanjaya muncul sekali lagi dalam piagam Mantyasih dari
907 Masehi, ditemui sekitar 15 km sebelah utara Candi Borobudur.

Telah diyakini bahawa pemerintah dari dinasti Sailendra inilah yang membina
Borobudur,candi Buddha terbesar di dunia.Ketika ini,empayar Sriwijaya telah dikuasai
oleh dinasti ini,dimana sebelum itu empayar ini diperintah oleh raja-raja dari dinasti
Sriwijayamala.

Di dalam Prasasti Nalanda di India,terukir nama 'śailendrawańśatilaka' (permata dinasti


Sailendra) dan Balaputradeva,raja Jawa.Penemuan nama dinasti ini sejauh India
menyebabkan ramai sarjana tertarik untuk mengetahui siapakah dia dinasti ini
sehinggakan mampu memahatkan prasasti sejauh India.
640

Misteri asal-usul dinasti Sailendra

Asal-usul keluarga Sailendra ini masih menjadi bahan perbincangan. Berbagai pendapat
telah dikemukakan oleh sejarawan dan arkeologi dari berbagai negara. Sesetengah
pengkaji mengatakan bahawa keluarga ini berasal dari India seperti Majumdar,Moens dan
Nilakanta Sastri, yang lain mengatakan dari Funan (Coedes), sementara yang lain
mengatakan bahawa mereka adalah asli dari Kepulauan Melayu (Poerbatjaraka).Kita akan
menyiasat satu persatu misteri asal-usul dinasti ini.

Majumdar mengandaikan bahawa keluarga Sailendra di Indonesia, baik di Sriwijaya


(Sumatera) atau Medang (Jawa), berasal dari Kalinga (India Selatan). Nilakanta Sastri
dan Moens mempunyai pendapat yang sama. Moens menganggap bahawa keluarga ini
berasal dari India dan tinggal di Palembang sebelum ketibaan Dapunta Hiyang.Pada
tahun 682 Masihi, keluarga ini berangkat ke Jawa kerana tekanan Dapunta Hiyang dan
tenteranya.Pada masa itu, pusat Sriwijaya berada di Semenanjung Tanah Melayu.

Slametmuljana mempunyai idea yang sama berdasarkan gelaran 'Dapunta' yang ditemui
dalam Prasasti Sojomerto.Gelaran ini juga ditemui pada Prasasti Kedukan Bukit (Dapunta
Hiyang).Kedua-dua inskripsi ini ditulis dalam Bahasa Melayu Kuno.Oleh kerana asal
bahasa ini adalah dari Sumatera dan di sanalah wilayah berkembangnya Kadātuan
Sriwijaya sekitar 680 AD bolehlah diandaikan bahawa 'Dapunta Selendra' adalah salah
satu pegawai Sumatera Selatan yang melarikan diri ke pantai utara Jawa di sekitar
Pekalongan.Namun dalam teori Slametmuljana ini tidak jelas menyatakan adakah
pegawai tersebut berasal dari India.Teori ini juga antara hujah sarjana lain yang
mengatakan asal-usul dinasti ini adalah dari Sumatera,sekaligus pandangan
Slametmuljana ini terkelompok dalam Teori Nusantara.

Coedes pula memiliki kecenderungan untuk menganggap bahawa Sailendra di Nusantara


berasal dari Funan (Kemboja).Jatuhnya Kerajaan Funan disebabkan oleh rusuhan telah
641

mendorong keluarga ini ke Jawa,di mana mereka kemudiannya menjadi penguasa di


Medang (Mataram) pada pertengahan abad ke-8 menggunakan 'Sailendra' sebagai nama
keluarga.

Pendapat bahawa keluarga Sailendra ini berasal dari Nusantara (Jawa) dikemukakan oleh
Poerbatjaraka.Menurut beliau,Sanjaya dan keturunannya adalah raja dari keluarga
Sailendra,asal-usul dari Kepulauan Melayu dan beragama Hindu-Siva.Tapi kemudiannya
Paņamkaran (salah seorang kerabat Sailendra) menjadi pengikut Buddha
Mahayana.Pendapat ini didasarkan pada Carita Parahyangan yang menyebutkan bahawa
Rakai Sanjaya memerintahkan anaknya, Rakai Panaraban atau Rakai Tamperan untuk
menukar agama kerana agama ini dihormati oleh semua orang.

Pendapat Poerbatjaraka,adalah berdasarkan Carita-Parahyangan, kemudian disahkan


oleh inskripsi yang ditemui di wilayah Kabupaten Batang.Dalam inskripsi ini, yang
dikenali sebagai Prasasti Sojomerto,nama Dapunta Selendra disebutkan,juga nama
ayahnya,Santanu, dan ibunya bernama Sampūla (da pū nta selendra namah santanū nāma
ņda bapa ņda bhadrawati nāma aya ņda sampūla nāma ņda).Menurut Boechari, tokoh
yang bernama Dapunta Selendra adalah moyang dan pengasas kepada semua raja-raja
dari keturunan raja Sailendra di Medang.

Siapakah sebenarnya Sailendra?

Prasasti Sojomerto
642

Oleh kerana Prasasti Sojomerto ditulis dalam Bahasa Melayu Kuno,nama 'Dapunta
Selendra' adalah jelas ejaan Melayu dari kata Sanskrit 'Sailendra'.Jika keluarga Sailendra
berasal dari India Selatan,sudah tentu mereka akan menggunakan bahasa Tamil atau
setidak-tidaknya bahasa Sanskrit pada prasasti mereka.Penemuan Prasasti Sojomerto
menunjukkan asal usul keluarga Sailendra dengan Dapunta Selendra sebagai moyang dan
pengasas dinasti telah berjaya dijumpai.Berdasarkan gaya paleografiknya,Prasasti
Sojomerto ditulis pada pertengahan abad ke-7 Masihi.

Prasasti Sojomerto telah membenamkan semua teori-teori karut dari Nilakanta


Sastri,Moens dan lain-lain yang mengatakan dinasti ini berasal dari India Selatan.Prasasti
ini memang kuat diyakini menetapkan asal-usul dinasti ini kerana menerangkan siapakah
Dapunta Sailendra dan ibu bapanya dalam bahasa Dapunta Sailendra sendiri,bahasa
Melayu.

Rahsianya terletak pada gelaran 'Dapunta'.Gelaran ini adalah gelaran khas raja-raja
Melayu Kuno dari keturunan Sriwijayamala.Dalam Prasasti Kedukan Bukit,tercatat nama
'Dapunta Hiyang Jayanasa',seorang maharaja Sriwijaya yang menyerang Sumatera.Ketika
itu,pusat empayar berada di semenanjung Tanah Melayu.Dapunta ialah gelaran tertua
bagi keturunan Sailendra kerana selepas itu gelaran bagi raja-raja dinasti ini ialah 'Rakai'
iaitu gelaran bagi raja-raja Jawa.Rakai pada asalnya ialah penguasa tempatan Jawa di
bawah hemegemoni Sriwijaya sebagaimana jawatan 'Datu'.'Dapunta' berasal dari
'Dapunta Hiyang' seperti mana perkataan 'Dapunta Hiyang Jayanasa' dalam Prasasti
Kedukan Bukit.

Kedua-dua prasasti ini;Kedukan Bukit dan Sojomerto ditulis dalam bahasa Melayu
Kuno.Prasasti Sojomerto telah membenarkan sekaligus mengesahkan dakwaan
Poerbatjaraka.Sebab itu sejarah Melayu adalah sejarah yang tepat dan terpahat pada batu
bersurat.Bukan dongengan atau cakap-cakap mulut apatah lagi wasiat orang mati.
643

Universiti Nalanda.Di sinilah seorang raja Melayu menghadiahkan sebuah biara sebagai
asrama para pelajar.

Nama 'Sailendra' menjadi terkenal kerana nama dinasti ini dijumpai terpahat pada
prasasti tembaga di Nalanda,India.Di dalam prasti ini jelas merakamkan nama
"śailendrawańśatilaka' (permata dinasti Sailendra).Prasasti ini bertarikh 860 Masehi dan
ditulis dalam skrip Devanegari dan proto-Bengali, menyatakan bahawa seorang raja
Suvarnadvipa (Sumatera) bernama Balaputradeva memberikan anugerah untuk Nalanda
(Universiti Nalanda).Prasasti itu juga mencatatkan bahawa Balaputradeva adalah
sebahagian dari dinasti Sailendra di Javabhumi (Jawa,di sebelah timur).Anugerah itu
berupa pembinaan biara untuk para pelajar tinggal.Prasasti tembaga itu mempunyai
mohor berlambangkan dua ekor pelanduk,lambang Universiti Nalanda.

Penguasa dan pengasas dinasti-dinasti Jawa

Dinasti Sailendra adalah antara dinasti terawal yang menubuhkan Kerajaan Medang di
Jawa.Malah menurut Poerbatjaraka,dinasti ini adalah perintis kepada dinasti-dinasti lain
dalam Kerajaan Medang.Mengapa pakar sastera Jawa ini mengatakan yang demikian?

Terdapat tiga dinasti yang pernah berkuasa di Kerajaan Medang,iaitu dinasti


Sanjaya,dinasti Sailendra serta dinasti Isyana.Sanjaya dan Sailendra berkuasa ketika
kerajaan Medang berpusat di Jawa Tengah sementara Isyana ketika pusat kerajaannya
berpindah ke Jawa Timur.Teori awal mengatakan bahawa dinasti Sanjaya dan Sailendra
sama-sama berkuasa di dalam kerajaan Medang.Ia dikemukan oleh Dr. Bosch.Beliau
menyebutkan bahawa,di dalam Kerajaan Medang terdapat dua dinasti yang berkuasa,iaitu
dinasti Sanjaya dan Sailendra.Istilah dinasti Sanjaya merujuk kepada nama pendiri
Kerajaan Medang,iaitu Sanjaya yang memerintah sekitar tahun 732 Masehi. Dinasti ini
menganut agama Hindu aliran Siva.
644

Ibu dari Sanjaya adalah Sanaha,cucu Ratu Shima dari Kerajaan Kalingga di Jepara.Ayah
dari Sanjaya adalah Sena/Sanna/Bratasenawa,raja Galuh ketiga.Sena adalah putera
Mandiminyak,raja Galuh kedua (702-709 Masehi).Dikemudian harinya,Sanjaya yang
merupakan penerus Kerajaan Galuh yang sah,menyerang Galuh dengan bantuan
Tarusbawa,raja Sunda.Penyerangan ini bertujuan untuk menyingkirkan Purbasora.

Ketika Tarusbawa meninggal dunia pada tahun 723 Masehi,kekuasaan Sunda dan Galuh
berada di tangan Sanjaya.Di tangannya,Sunda dan Galuh bersatu kembali.Tahun 732
Masehi,Sanjaya menyerahkan kekuasaan Sunda-Galuh kepada puteranya Rakai
Panaraban (Tamperan).Di Kalingga,Sanjaya memegang kekuasaan selama 22 tahun (732-
754 Masehi),yang kemudian diganti oleh puteranya dari Déwi Sudiwara,iaitu Rakai
Panangkaran.Rakai Panangkaran dikalahkan oleh dinasti dari Sumatera (?) yang bernama
dinasti Sailendra. Pada tahun 778 Masehi raja Sailendra,yang beragama Buddha aliran
Mahayana memerintahkan Rakai Panangkaran untuk mendirikan Candi Kalasan.

Sejak itu Kerajaan Medang dikuasai oleh dinasti Sailendra.Sehinggalah akhirnya seorang
puteri raja Sailendra yang bernama Pramodawardhani menikah dengan Rakai
Pikatan,seorang keturunan Sanjaya,pada tahun 840–an.Rakai Pikatan kemudian
mewarisi takhta mertuanya.Dengan demikian, Wangsa Sanjaya kembali berkuasa di
Medang.

Namun Poerbatjaraka menolak teori di atas.Bagi beliau dinasti Sanjaya tidak


wujud.Menurutnya,Sanjaya tidak pernah ada,kerana Sanjaya sendiri adalah anggota
keluarga Sailendra.Dinasti ini mula-mula beragama Hindu,kerana istilah Sailendra
bermakna “penguasa gunung” iaitu sebutan untuk Siva.

Selain itu,istilah 'Sanjayawamsa' tidak pernah dijumpai dalam prasasti mana pun,
sedangkan istilah 'Sailendrawamsa' ditemukan dalam beberapa prasasti, misalnya prasasti
Ligor, prasasti Kalasan, dan prasasti Abhayagiriwihara.Jika dinasti Sanjaya amat berkuasa
sehingga dikatakan membina candi Prambanan,sudah tentu mereka mampu memahat
nama keluarga pada batu bersurat.Realitinya tidak ada nama keluarga Sanjaya terpahat
pada batu bersurat.Ini bermakna keluarga Sanjaya masih bernaung di bawah nama
keluarga Sailendra.

Poerbatjaraka juga berpendapat bahawa,Sanjaya telah memerintahkan agar


puteranya,iaitu Rakai Panangkaran bertukar agama,dari Hindu menjadi Buddha.Teori ini
berdasarkan atas kisah dalam Carita Parahyangan bahawa Rahyang Sanjaya menyuruh
Rahyang Panaraban untuk bertukar agama.Dengan demikian, yang dimaksud dengan
645

istilah “raja Sailendra” dalam prasasti Kalasan tidak lain adalah Rakai Panagkaran sendiri.

Carita Parahyangan memang ditulis ratusan tahun sesudah kematian Sanjaya.Walaupun


demikian,kisah di atas seolah terbukti dengan ditemukannya sebuah prasasti yang
mengisahkan tentang seorang pangeran bernama Sankhara yang bertukar agama kerana
ayahnya meninggal dunia akibat menjalani ritual terlalu berat. Sayangnya,prasasti ini
tidak jelas angka tahunnya,serta tidak menyebutkan nama ayah Sankhara tersebut.

Jadi Poerbatjaraka menyebutkan bahawa hanya ada satu dinasti saja yang berkuasa di
Kerajaan Medang,iaitu dinasti Sailendra yang beragama Hindu Siva.Sejak pemerintahan
Rakai Panangkaran,dinasti Sailendra terpecah menjadi dua.Agama Buddha dijadikan
agama resmi negara,sedangkan cabang Sailendra lainnya ada yang tetap menganut agama
Hindu,misalnya seseorang yang kelak menurunkan Rakai Pikatan.Rakai Pikatan inilah
yang dijadikan hujah wujudnya dinasti Sanjaya.

Satu lagi dinasti yang dikatakan memerintah Medang ialah Isyana.Istilah Isyana berasal
dari nama Sri Isyana Wikramadharmottunggadewa,iaitu gelaran Mpu Sindok setelah
menjadi raja Medang (929–947 Masehi).Dinasti ini menganut agama Hindu aliran Siva.

Berdasarkan agama yang dianut,Mpu Sindok diyakini merupakan keturunan


Sanjaya,pendiri Kerajaan Medang era Jawa Tengah.Salah satu pendapat menyebutkan
bahawa Mpu Sindok adalah cucu Mpu Daksa yang memerintah sekitar tahun 910–an.
Mpu Daksa sendiri memperkenalkan pemakaian Sanjayawarsa (kalender Sanjaya) untuk
menunjukkan bahawa dirinya adalah keturunan asli Sanjaya.Dengan demikian, Mpu
Daksa dan Mpu Sindok dapat disebut sebagai anggota dinasti Sanjaya.

Namun Poerbatjaraka, Pusponegoro,dan Notosutanto menolak teori kewujudan dinasti


bernama Isyana.Menurut mereka,dalam Kerajaan Medang hanya ada satu dinasti
saja,iaitu dinasti Sailendra,yang asalnya beragama Hindu.Kemudian muncul dinasti
Sailendra yang beragama Buddha apabila terpecah dengan munculnya anggota yang
beragama Buddha.

Dengan kata lain, versi ini berpendapat bahwa Mpu Sindok adalah anggota Wangsa
Sailendra yang beragama Hindu Siva,dan yang memindahkan istana Kerajaan Medang ke
Jawa Timur.KESIMPULANYA,HANYA DINASTI SAILENDRA SAHAJA
PEMERINTAH KERAJAAN MEDANG YANG SEBENAR.

Teori Poerbatjaraka tepat setakat ini,kerana berdasarkan epik rakyat dan ditemui pula
646

prasasti yang bersesuaian dengan epik tersebut.Ini bermakna sejak kita mengetahui
bahawa Sailendra berasal dari dinasti Melayu,maka dinasti ini telah menurunkan
beberapa keluarga pemerintah Jawa.Bagaimana?PERKAHWINAN CAMPUR.Kita tahu
bahawa Majapahit yang muncul beratus tahun sesudah kerajaan Medang Kuno adalah
beragama Hindu.Sebenarnya,yang menganut agama Buddha pada masa lampau ialah
bangsa Melayu.Dan ini identiti negarakota Melayu Segenting Kra.Orang Melayu suka
bertukar agama,di mana dirasakan agama asal terlalu banyak menyeleweng.Buddha
adalah agama yang dilihat cuba membetulkan agama Hindu.Apabila tiba Islam,orang
Melayu bertukar agama lagi,kerana mereka mendapati agama ini adalah benar sebenar-
benarnya;menyembah Tuhan Yang Esa,bukan patung-patung batu buatan tangan sendiri.

Jadi jelas diyakini,keturunan Rakai Pikatan telah menjadi keturunan Jawa apabila unsur
Melayu telah mula hilang sedikit demi sedikit.Ini terjadi pada pemerintah Melayu yang
berkahwin dengan orang Khmer dan Lao di Indochina.Biasanya anak raja rapat dengan
ibu mereka,sementara ayahnya;si raja Melayu selalu keluar untuk berperang atau
berdagang.Ini selalunya memakan masa berbulan-bulan.Lama kelamaan,anak tersebut
cenderung dengan bahasa atau budaya ibu mereka,tidak kira Jawa,Khmer atau Lao.

Ini menunjukkan bahawa legenda Aji Saka itu adalah benar.Aji Saka ialah tokoh legenda
Jawa,orang luar yang membawa peradaban pada bangsa Jawa.Dinasti Sailendra adalah
dinasti Melayu Segenting Kra pada asalnya,menurut sumber dari Kemboja yang
mengatakan wujud raja Aji Saka di mana 'Saka' merujuk kepada kaum 'Saka',rumpun
bangsa Kamboja.Apa rahsia semua ini?Pada masa dahulu,yang membawa ajaran Veda ke
Nusantara ialah kelompok Kamboja ini.Kemungkinan mereka mula-mula membawa
ajaran Veda yang suci;menyembah satu Tuhan bernama Brahma.Kemudian hari berganti
hari,ajaran asal Veda telah rosak dan menjadi agama Hindu yang menyembah beratus-
ratus dewa.Apabila kelompok Kamboja yang mengajarkan agama Veda telah hilang
meresap menjadi Melayu,tiada siapa yang membetulkan ajaran Veda,maka raja-raja
Melayu mengikut sahaja kelompok Hindu yang baru.Ini ibarat apabila ulama-ulama kota
Mekah semuanya menyeleweng,maka kemungkinan besar raja-raja Melayu juga
cenderung untuk menyeleweng kerana kiblat agama Islam adalah di Tanah Arab.Begitu
juga ajaran Veda berkiblatkan India.Perlu diingat,bangsa Kamboja bukanlah Dravidia
seperti Tamil atau Telegu,mereka ialah puak-puak Aryan yang berkulit cerah.Wajah
mereka iras-iras antara keturunan Greek dan Parsi,berkulit kemerah-merahan.Mereka
berbahasa Parsi Kuno seperti Avestan.

Nama kerajaan Medang pula ada tercatat dalam Prasasti Laguna (Laguna Copperplate)
bertarikh 822 Saka (900 Masehi) yang ditemui di Manila,Filipina.Penemuan prasasti yang
647

ditulis dalam skrip Kawi dalam bahasa Melayu Kuno yang mempunyai perkataan
pinjaman dari Sanskrit dan beberapa elemen kosa kata bukan dari bahasa Melayu iaitu
dari bahasa Jawa Kuno dan Tagalog Kuno.Ini menunjukkan bahawa orang-orang atau
pegawai kerajaan Medang telah memulakan perdagangan antara pulau dan hubungan luar
negeri di kawasan-kawasan sejauh Filipina,dan membuktikan hubungan antara kerajaan
Melayu Kuno dan Filipina memang wujud.INI ADALAH BUKTI KUKUH HUBUNGAN
ANTARA ORANG MELAYU DENGAN KEPULAUAN FILIPINA.Sebab itu orang yang
menafikan pengaruh Melayu di Filipina adalah bagaikan katak di bawah tempurung.Ahli
sejarah Filipina sendiri mengakui asal-usul bangsa mereka adalah orang Melayu.Laguna
Copperplate adalah surat hutang.Ini bermakna dalam urusan pentadbiran,bahasa Melayu
adalah bahasa dominan.Kewujudan perkataan Jawa disebabkan oleh kerana dinasti
Melayu Sailendra memerintah dari Jawa.Istilah Tagalog kerana untuk memudahkan
orang tempatan yang biasa bertutur dalam bahasa daerah mereka.

Mengapa dinasti Sailendra menulis prasasti-prasasti dalam Bahasa Melayu?

Prasasti Gondosuli

Adakah hanya Prasasti Sojomerto sahaja yang dipahat oleh dinasti terkemuka ini yang
menggunakan bahasa Melayu Kuno?Setakat ini terdapat enam prasasti termasuk Prasasti
Sojomerto yang dipahat oleh dinasti Sailendra menggunakan bahasa Melayu Kuno di
Indonesia tidak termasuk di Thailand dan India:

-Prasasti Sojomerto, Desa Sojomerto, Kecamatan Reban, Batang, Jawa Tengah.

-Prasasti Gandasuli I, Candi Gondosuli, Desa Gondosuli, Kecamatan Bulu, Temanggung,


Jawa Tengah

-Prasasti Gandasuli II, Candi Gondosuli, Desa Gondosuli, Kecamatan Bulu, Temanggung,
648

Jawa Tengah

-Prasasti Bukateja, Bukateja, Purbalingga, Jawa Tengah.

-Prasasti Dewa Drabya, Dieng, Jawa Tengah.

-Prasasti Maņjuįrighra, Candi Sewu, Prambanan, Klaten, Jawa Tengah

Berbanding hanya tiga prasasti dalam bahasa Sanskrit:

-Prasasti Tukmas, Dakawu, Grabag, Magelang, Jawa Tengah.

-Prasasti Canggal, Candi Gunung Wukir, Desa Kadiluwih, Salam,


Magelang, Jawa Tengah

-Prasasti Tri Tepusan, Kedu, Temanggung, Jawa Tengah

Ini menunjukkan di Kerajaan Medang sendiri,raja-raja Sailendra cenderung menuliskan


prasasti dalam Bahasa Melayu Kuno.Bayangkan,setelah Poerbatjaraka menafikan
wujudnya dinasti Sanjaya,ini bermakna penguasa mutlak Kerajaan Medang adalah dinasti
Sailendra yang menuliskan prasasti kemegahan dinasti mereka dalam bahasa Melayu
Kuno.

Prasasti yang paling penting kemungkinan setakat ini ialah Prasasti Sojomerto yang
memberitahu nama pengasas keluarga Sailendra iaitu Dapunta Sailendra.Dalam prasasti
ini menyebutkan:

1. ... – ryayon çrî sata ...


2. ... _ â kotî
3. ... namah ççîvaya
4. bhatâra parameçva
5. ra sarvva daiva ku samvah hiya
6. – mih inan –is-ânda dapû
7. nta selendra namah santanû
8. namânda bâpanda bhadravati
9. namanda ayanda sampûla
10. namanda vininda selendra namah
11. mamâgappâsar lempewângih
649

Terjemahan prasasti dalam Bahasa Melayu moden:

Sembah kepada Siwa Bhatara Paramecwara dan semua dewa-dewa


... dari yang mulia Dapunta Selendra
Santanu adalah nama bapanya, Bhadrawati adalah nama ibunya,Sampula adalah
nama isterinya dari
yang mulia Selendra.

Lihat perkataan-perkataan Melayu Kuno antaranya:

1-ku samvah hiya (ku sembah dia)


2-namanda (namanya)
3-bapanda (bapanya)
3-vininda (bininya)

Prasasti Bukiteja pula berisi sebaris ayat yang pendek,tetapi punya erti yang besar:

"ini padehanda Hawang Payangnan"

Maksud:

"ini sisa tubuhnya Hawang Payangnan"

Kemungkinan besar prasasti ini adalah batu nisan bagi orang yang bernama Hawang
Payangnan.Batu bersurat ini mempunyai usia dan gaya tulisan yang sama digunakan oleh
dinasti Sailendra.Perhatikan sebarisan ayat pendek ini menggunakan sepenuhnya
tatabahasa Melayu seperti 'ini' dan '-nda' (-nya).

Persoalannya,mengapakah dinasti Sailendra menggunakan bahasa Melayu Kuno dalam


mengungkapkan kemegahan dinasti mereka?Terdapat dua kesimpulan:

1-Dinasti Sailendra ialah berketurunan Melayu


2-Dinasti Sailendra di bawah pengaruh kebudayaan dan bahasa Melayu

Kesimpulan pertama memang tidak diragukan bahawa dinasti Sailendra adalah dinasti
Melayu.Semua prasasti di bawah nama keluarga Sailendra jika tidak berbahasa Melayu
Kuno,dipahat dalam bahasa Sanskrit.Tiada prasasti yang di dalamnya tertulis nama
650

Sailendra dalam bahasa Jawa kecuali Prasasti Kayumwunan yang dwibahasa (Sanskrit
sepenuhnya kemudian disambung Jawa Kuno).Yang ada ialah prasasti yang berisi aktiviti
raja-raja bawahan Sailendra atau dari keluarga Sailendra yang biasanya memakai gelaran
'Rakai'.Hanya bahasa Melayu Kuno dan Sanskrit digunakan untuk menuliskan prasasti
yang membawa nama 'Sailendra'.Sepertimana dua prasasti yang dikaitkan dengan candi
Sewu,Prasasti Manjusrigerha dan Prasasti Kelurak.Uniknya,Prasasti Manjusrigerha
memakai tulisan Jawa Kuno dan berbahasa Melayu Kuno,sedangkan Prasasti Kelurak
beraksara Prenagari dan berbahasa Sanskrit.

Kesimpulan yang kedua pula kemungkinan besar Dapunta Sailendra ialah pegawai atau
gabenor Sriwijaya yang memerintah Jawa.Jika beliau orang Jawa,maka oleh kerana beliau
termasuk pegawai Sriwijaya maka kehidupannya telah dipengaruhi cara hidup
Melayu,termasuk bahasa.

Jadi walau apa pun kesimpulannya,kita tahu bahawa pada abad ke-8 Masehi,bahasa
Melayu Kuno telah pun menjadi bahasa standard raja-raja Austronesia.Malah menjadi
lingua franca empayar-empayar Asia Tenggara.

Siapakah Poerbatjaraka?

Ada sesetengah orang yang mempertikaikan prasasti-prasasti seperti Kedukan


Bukit,Talang Tuwo,Sojomerto dan lain-lain yang dilabelkan sebagai 'Bahasa Melayu
Kuno'.Ini kerana terdapat campuran istilah Sanskrit di dalam prasasti-prasasti
tersebut.Sebenarnya dalam prasasti Jawa Kuno juga bercampur perkataan Sanskrit.Jadi
orang yang layak untuk membezakan yang mana bahasa Jawa Kuno,Melayu Kuno dan
sepenuhnya Sanskrit ialah orang yang belajar ketiga-tiga bahasa itu.

Siapakah Poerbatjaraka?Adakah beliau seorang Melayu?Tidak,beliau berketurunan Jawa


dan pakar dalam kesusasteraan Jawa.Jadi mengapa beliau berhujah tidak wujud dinasti
Jawa Sanjaya malah semua dinasti Medang berasal dari Sailendra?Sailendra pula
dikatakan dinasti Melayu berdasarkan Prasasti Sojomerto dan lain-lain
prasasti?Bukankah lebih baik beliau berbohong sahaja mengatakan tulisan pada prasasti-
prasasti tersebut berbahasa Jawa ataupun Sanskrit?Tiada siapa yang tahu.Mahaguru
Sanskrit dari India pun tidak tahu.Ini kerana tulisan pada batu-batu bersurat ini punya
variasi tulisan antaranya Kawi (tulisan ini tidak mampu dibaca oleh pakar dari India
walaupun berasaskan skrip Brahmi),Pallava,Pranagari atau Jawa Kuno.Jika pakar
Sanskrit dari India boleh membaca sekalipun,mereka tidak mampu membaca sebahagian
perkataan,yang merupakan bukan bahasa Sanskrit tetapi dari Melayu Kuno.Poerbatjaraka
651

boleh membohongi semua orang,mengatakan semua prasasti Sailendra berbahasa Jawa


Kuno.Tetapi realitinya beliau tidak berbuat demikian.

Sebenarnya,beliau ADALAH SARJANA TULEN,BUKAN NASIONALIS JAWA.Beliau


berpegang pada prinsip.

Nama penuhnya ialah Prof. Dr. Raden Mas Ngabehi (Lesya) Poerbatjaraka
(Purbacaraka).Lesya ialah nama timangannya sejak kecil.Ayahnya Raden Tumenggung
Purbadipura adalah sastarawan istana kesayangan Susuhunan Pakubuwana X,raja
Surakarta.Bagaikan kuah tumpah ke nasi,Poerbatjaraka secara automatiknya, juga
mempunyai minat terhadap kesusasterawan Jawa dan bahasa Jawa.Anak kepada pekerja
istana membuatkan beliau senang untuk akses kepada khazanah kesusasterawan
Jawa.Beliau belajar bahasa Melayu dan Belanda di sekolah Hollandsch-Indische School
(bahasa Melayu sebenarnya telah lama diajar di sekolah-sekolah Belanda,sebagai bahasa
standard).Kepandaian beliau dalam bahasa Belanda menyebabkan beliau sering dilihat
berbual dengan tentera Belanda malah orang Belanda amat senang dengan beliau.

Poerbatjaraka mula belajar Sanskrit selepas terlibat dengan bahan-bahan kesusasteraan


Jawa Kuno yang memerlukan kepakaran dalam bahasa Sanskrit.Ini adalah ketika beliau
bertugas di Muzium Gajah.

Oleh kerana kepakarannya dalam bahasa Jawa Kuno,Melayu Kuno dan Sanskrit serta
mahir dalam beberapa tulisan seperti Kawi dan Jawa Kuno,maka beliau telah dihantar ke
Belanda,untuk mengkaji 'khazanah' yang dirompak Belanda sebelum itu.Poerbatjaraka
ditugaskan di Universiti Leiden di Belanda sebagai pembantu Prof. Dr. Hazeu, mahaguru
kesusasteraan Jawa.Kemudian pada tahun 1926,walaupun tidak pernah menghadiri
652

kuliah,Poerbatjaraka diperkenankan untuk mendapatkan gelaran doktor dengan


tesisnya,Agastya in den Archipel.

Sekembalinya di Muzium Gajah pada tahun 1930-an,beliau telah diberi jawatan sebagai
kurator manuskrip dan diberi tugas untuk mengkatalog semua manuskrip Jawa.

Setelah kemerdekaan Indonesia,beliau dilantik sebagai profesor di Universiti


Indonesia,Jakarta,Universiti Gajah Mada,Yogyakarta dan Universiti Udayana,
Denpasar,Bali.

Jadi Prof. Dr. Raden Mas Ngabehi Poerbatjaraka adalah orang yang paling tepat untuk
kita rujuk.Bukannya sesetengah dari kita yang kononnya pakar bahasa tetapi rupa-
rupanya hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.Pakar bahasa,sejarahwan dan
linguistik sememangnya maklum akan gaya bahasa Melayu Kuno.Cuma sesetengah orang
yang tidak berpuashati dengan betapa banyaknya prasasti dalam bahasa Melayu
Kuno,bukan bahasa sukukaum mereka,akan cuba menegakkan benang yang basah.Tiada
siapa yang mahu menuliskan kemegahan kerajaannya dalam bahasa kaum mereka bahkan
raja-raja Nusantara tahu bahasa mana yang standard untuk dipakai sebagai menunjukkan
prestij.Jadi serahkan kepada yang pakar.

Borobudur,'Wonders' Melayu Sailendra

Apabila membicarakan tentang Sailendra,sudah tentu kita akan teringatkan 'masterpiece'


mereka;Borobudur.Bukanlah untuk membincangkan topik agama di sini,tetapi tentang
kejuruteraan senibina dan seni ketukangan Melayu purba yang tiada tolok bandingnya.

Borobudur adalah salah satu monumen Buddha terbesar di dunia,malah candi Buddha
653

paling terbesar di dunia.Dibinakan oleh seorang raja dari dinasti Sailendra, ia dibina
untuk menghormati kemuliaan Buddha dan pendiri candi tersebut,seorang raja.Nama
Borobudur dipercayai berasal dari kata Sanskrit "vihara Buddha Uhr" , yang bererti biara
Buddha di atas bukit. Candi Borobudur terletak di Muntilan,Magelang,dan berjarak
sekitar 42 km dari kota Yogyakarta.

Borobudur adalah kombinasi harmoni stupa,kuil-gunung dan diagram ritual.Kompleks


candi ini dibina pada beberapa tingkat di sekitar bukit yang membentuk pusat
alam.Peringkat pertama di atas dasar terdiri daripada lima teras persegi,bersaiz tepat dan
membentuk dasar piramid.Di atas peringkat ini adalah tiga platform lingkaran yang
menonjolkan oleh stupa utama.

Tangga disediakan menuju ke stupa besar.Tapak dan koridor pejalan kaki melampirkan
teres persegi dihiasi dengan 'relief' terpahat di batu.Mereka menggambarkan berbagai
tahapan perkembangan jiwa menuju penebusan dan episod dari kehidupan Sang
Buddha.Teras melingkar yang dihiasi dengan tidak kurang dari 72 kerawang stupa
masing-masing mengandungi patung Buddha.Dinding-dinding Borobudur terpahat oelh
khazanah 'bas-relief' yang memukau,hingga jumlah panjangnya kira-kira 6 kilometer! Ini
telah dikatakan sebagai koleksi terbesar dan paling lengkap 'relief' Buddha di dunia,tak
tertanding dalam apa jua karya seni individu walau di mana di dunia ini.Penceritaan
654

'relief' pada dinding utama dibaca dari kanan ke kiri,mereka pada koridor dari kiri ke
kanan.Hal ini dilakukan untuk tujuan Pradaksina,satu ritual,yang membuatkan para
pelawat akan bergerak mengikut arah jam.Borobudur mengandungi sekitar 2670 'bas-
relief' individu (1460 naratif dan 1212 panel dekoratif),yang meliputi bahagian depan
bangunan dan koridor.Jumlah luas permukaan 'relief' ialah 2500 meter persegi (26,909.8
sq ft) dan ianya terdapat di tapak tersembunyi (Kamadhatu) dan lima platform persegi
(Rupadhatu).Borobudur adalah galeri 'relief' paling menakjubkan di dunia.

Seperkara yang menarik,struktur Borobudur tidak memakai simen atau bahan perekat
sama sekali,melainkan sistem tanggam (interlock) iaitu seperti mencantum blok-blok
Lego.Teknik tanggam memang menjadi kepakaran orang Melayu.Anda boleh ke Muzium
Negara untuk menyaksikan sebuah pintu istana dari Kerajaan Setul (Satun,di Thailand
sekarang) yang tidak menggunakan sebarang paku.Begitu juga istana Sri
Menanti.Senibina perahu dan kapal Melayu awal juga tidak menggunakan sebarang paku.

Borobudur bagaikan 'puzzle' yang dibina dalam skala besar.Tidak ada candi atau kuil di
mana-mana hatta di India sekalipun yang berkonsepkan seperti Borobudur.

Borobudur dibina antara 750 dan 842 Masihi;300 tahun sebelum pembinaan Angkor Wat
di Kemboja dan 400 tahun sebelum katheral-katheral besar mula tegak di
Eropah.Sesungguhnya orang-orang Melayu adalah pembina yang unggul pada zaman
655

dahulu.Namun kita tahu,apabila kerajaan Melayu runtuh dan keturunan dirajanya


lupus,segala kepandaian orang Melayu juga lupus.Melayu memerlukan kepimpinan
baru,bermula dan membina keagungan kembali.Jatuh...dan bangkit kembali.Namun
harganya amat mahal perlu dibayar;jatidiri.Dalam keterlupaan orang Melayu akan
keagungan silam mereka,hanya prasasti dan bahasa mereka yang menyelamatkan maruah
dan kebanggaan mereka.Mujurlah raja-raja Melayu bijak merakamkan bahasa mereka
dalam prasasti.

Menariknya,Slametmuljana di dalam bukunya Asal Bangsa dan Bahasa Nusantara


mengemukakan pandangan bahawa bahasa Melayu berasal dari bahasa yang ada di
daerah sekitar Indochina meliputi Champa, Mon-
Khmer,Bahnar,Rade,Jarai,Sedang,Mergui,Khaosan,Shan,dan sejenisnya.Jika mengikut
pandangan beliau ini,maka sememangnya Sailendra adalah dinasti Melayu yang berasal
dari semenanjung.Rahsia dinasti ini malah disimpan oleh satu lagi dinasti pemerintah
Asia Tenggara yang amat kental kemelayuannya serta empayar maritim tertua di Asia
Tenggara.Kita akan menggali apakah dinasti yang namanya masih terlekat dalam
mantera-mantera Thai dan dipuja-puja.Dari sini mereka membina empayar,menguasai
lautan dan memonopoli pardagangan.Semua ini bermula dari nama sebuah keluarga
diraja,Sriwijayamala.

-------------------------------------------

Next...

Alter Terahsia Bangsa Melayu XX

"The Srivijayan"
656

-XXXXX XXXXXX
-XXXX XXXXXXXXXX
-XXXXXXXXXXX
-XXXX XXXX XXXXXXXXX
-XXXXXXXXX
-XXXXX
-XXXXXXXX Kedukan Bukit XXXXX XXXXXXXX
-XXXXXXXXX
-XXXXXXXX
-XXXXXX XXX XXXXXXXXXX
-Mala XXXXXX XXXXX XXXX
-XXXXX
-XXXX XXXXXXXXXX
-XXXXXXXXXXX
-XXXX XXXX XXXXXXXXX
-XXXXXXXXX

Petunjuk sudah hilang!Tiada lagi peti-peti misteri.Gua Rahsia sudah tertutup!

Apa yang akan berlaku seterusnya?

Nantikan episod terakhir "The House of Bani Jawi" dalam keluaran akan datang!

Semestinya di MistisFiles...

Posted by Mistis Organization at 8:01 PM


657

Tuesday, April 12, 2011

Alter Terahsia Bangsa Melayu XX

Lokasi:Topkapi Palace Museum,Turki


Masa:9.30 PM

Di dalam sebuah kitab usang di dalam arkib Istana Topkapi,terdapat halaman-halaman


yang menceritakan sebuah kerajaan besar di Timur.Kitab itu bertajuk Ajā'ib al-makhlūqāt
wa gharā'ib al-mawjūdāt karangan Abu Yahya Zakariya' ibn Muhammad al-Qazwini.Di
dalam satu halaman tertulis nama Zabag,sebuah kerajaan yang menakjubkan di dunia
Timur.Kerajaan ini mempunyai kekayaan emas yang banyak dan menguasai perdagangan
rempah-ratus.Rajanya duduk di atas takhta yang diperbuat dari emas padu serta memakai
mahkota yang juga diperbuat dari emas.

Di dalam sebuah arkib rahsia di The Vatican Library,terdapat sebuah surat yang ditulis
oleh seorang raja besar dari Timur;yang digelar oleh raja-raja Eropah sebagai Prester
John.Raja ini mendakwa telah memiliki 'tiga tanah India'.Tiga tanah India itu ialah dari
Malabar ke Asia Tenggara,dari Malabar ke Sind dan pantai timur Afrika (termasuk
Madagaskar).

Di sana ada satu bangsa yang terlupakan sejarah silam mereka yang penuh gilang-
gemilang.Masyarakat Austronesia mengenang kegemilangan ini dengan menjadikan
bahasa bangsa itu sebagai lingua-franca;bahasa pemersatuan,sebagaimana raja-raja
mereka menyatukan kesemua pelabuhan-pelabuhan Asia Tenggara pada masa
lalu.Walaupun bukti bertulis dan kukuh berselerak di seluruh dunia;batu
658

bersurat,manuskrip dan rekod dari luar cuba menyakinkan anak-anak bangsa itu pada
hari ini,namun disebabkan beberapa individu yang korup seperti pemimpin politik dan
ahli sejarah yang pemalas...rahsia penting dari khazanah sejarah mereka semakin lama
semakin hilang.

******** XXX *********

Di runtuhan sebuah kuil purba Khmer di satu lokasi di Thailand,kelihatan seorang sami
sedang bertafakur di dalam satu ruangan.Mulutnya terkumat-kamit mengalunkan doa:

"Om Sriwichay..."

"Om Sriwichay....."

Beribu-ribu tahun dahulu terdapat seorang raja besar yang harum namanya dari Chiang
Mai hingga ke Chaiya.Raja ini telah meninggalkan takhtanya dan menjadi seorang
petapa;mencari erti hidup dan jalan mencapai kebebasan nafsu.Raja ini telah
meninggalkan kerajaannya kepada anaknya,yang nantinya akan menjadi seorang
pengasas kepada sebuah empayar maritim yang amat berkuasa di seluruh daratan dan
air.Dari keturunannya inilah munculnya raja-raja di Bukit Seguntang dan sultan-sultan
Melaka.

Persoalannya,siapakah sebenarnya 'Sriwichay'?

"The Srivijayan"
659

"...Bahawa beta minta diperbuatkan hikayat pada Bendahara peri persetua dan peri
petuturan raja-raja Melayu dengan istia¬datnya sekali; supaya diketahui oleh segala
anak cucu kita yang kemudian daripada kita, diingatkannya oleh mereka itu; Syahadan
beroleh faedahlah ia daripadanya."

(Sulalatus Salatin,Malaysia)

Ketika raja-raja Viking,Anglo-Saxon,Normans dan lain-lainnya berperang sesama sendiri


di Eropah selepas kemerosotan Empayar Rom,orang-orang Melayu telah berada di
puncak;berjaya membina rangkaian perdagangan maritim antara China dan India.Tidak
dinafikan bahawa kekuatan sebenar raja-raja Melayu ialah kebolehan semulajadi mereka
dalam menjalankan perdagangan maritim;inilah kuasa sebenar yang ada pada
mereka,bukan sepenuhnya kuasa tentera...mereka telah merintis ke arah kemajuan
perdagangan di Asia Tenggara,menjadi emperium yang disegani lawan dan kawan.

Sehingga ke hari ini,kuasa 'perdagangan maritim' mereka itu masih berdaulat sehingga
menimbulkan trauma kepada bekas perdana menteri Singapura yang bimbang gabungan
Malaysia-Indonesia akan membina pelabuhan-pelabuhan yang akan meranapkan
Singapura selama-lamanya.Kes Pelabuhan Tanjung Pelepas benar-benar mengajar nya
betapa bangsa misteri ini belum mengeluarkan 'alter terahsia' mereka yang
sebenar.Bagaimana dengan usia setahun jagung pelabuhan ini,tiba-tiba berjaya
memindahkan operasi dua syarikat gergasi perkapalan dunia,Maersk dan Evegreen dari
Pelabuhan Singapura ke sini?Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera sememangnya
dikurniakan Tuhan kepada mereka.Atas sebab inilah,selama beribu-ribu tahun,raja-raja
Melayu telah menyimpan rahsia ini;bahawa jika mereka berjaya menguasai selat,mereka
akan kaya-raya sebagaimana raja-raja di China dan India tanpa perlu bersusah-
payah.Mengapa?Kerana selat itulah satu-satunya jalan laut terpantas yang
menghubungkan kedua-dua benua kecil itu!

Maka raja-raja Melayu mengambil peranan sebagai orang tengah;menjaga tol rangkaian
perdagangan antara Timur dan Barat.Ini benar-benar menjadi,dan mereka menjadi kaya-
raya dengan sekelip mata!

Ini adalah kisah bagaimana seorang anak raja menggunakan rahsia ini;yang juga
digunakan oleh Raja Matahari dan Raja Perahu dalam menguasai seluruh kepulauan Asia
Tenggara pada masa silam.Ini adalah kisah satu dinasti diraja yang amat berpengaruh di
semenanjung kemudian namanya harum di seluruh dunia.Keluarga diraja inilah yang
menubuhkan sebuah empayar maritim yang amat terkenal di seluruh dunia.Di dalam
660

petitih-petitih rakyat Kelantan dan utara semenanjung menyebutkan nama keluarga


diraja ini sebagai,Sriwijayamala.

Sriwijayamala

Sriwijayamala adalah nama sebuah dinasti Melayu yang pernah memerintah sebahagian
Indochina dan utara semenanjung Malaysia sehingga menubuhkan sebuah empayar
maritim yang dikenali sebagai 'Srivijaya' yang kemudiannya berpusat di
Sumatera.Keluarga Sriwijayamala yang asalnya bertempat di daerah Kelantan,Narathiwat
sehingga ke Songkhla pada hari ini.Jembal,Legeh dan Reman (semua nama ini pernah
menjadi negeri-negeri Melayu) juga adalah wilayah kaum kerabat Sriwijayamala.Jembal
menjadi sebahagian wilayah Kelantan pada hari ini,Raman pernah di bawah
pemerintahan raja Ligor kemudian terserap ke dalam wilayah Perak (Hulu Perak) dan
Legeh kini menjadi sebahagian wilayah selatan Thailand (Ra-ngae).

Sejarah keluarga ini amat misteri.Amat kabur adakah dinasti ini bermula sezaman dengan
Sailendra,sebuah lagi dinasti purba Melayu yang membina kerajaan Medang di Jawa,atau
lebih dahulu darinya.Namun kita tahu hubungan antara keluarga Sriwijayamala dan
Sailendra kerana penggunaan kata 'Medang'.Menurut petitih dan riwayat rakyat
Kelantan,negeri Kelantan dahulunya dikenali sebagai Medang Kamulan dan Medang
Ghana.Medang Kamulan sememangnya nama satu kerajaan mitos di Indonesia.Dan kita
tahu bahawa kerajaan Medang (Mataram Kuno) di Jawa diasaskan oleh dinasti
Sailendra.Namun persoalannya,dari mana ahli sejarah tahu bahawa riwayat kuno rakyat
Kelantan ini benar dan dapat dibuktikan?
661

Dari rekod Dinasti Sui berusia abad ke-7 Masehi,menurut catatan pengembara yang
pernah melawat satu kerajaan yang bernama Chih-Tu:

"... Chi Tu adalah bangsa turunan dari Funan, yang terletak di dalam laut selatan,
belayar seratus hari untuk mencapainya,tanah di sini berwarna merah, sehingga
bernama 'Kerajaan Tanah Merah (Chi bererti merah, Tu bererti bumi).Timur
bersempadan Po -Lo-La, Barat bersempadan dengan Po-Lo-So,Selatan bersempadan
Ho Lo Tan, ribuan kilometer persegi keluasannya.Raja mempunyai tiga isteri dan
kerajaan memeluk agama Buddha ...."

Rekod Dinasti Sui (581-618) ini menggambarkan sebuah kerajaan yang maju disebut Chi-
Tu. Lokasi Chi-Tu diduga berada di sekitar Kelantan atau negara Pahang di Semenanjung
Tanah Melayu, atau di Songkhla dan Pattani Wilayah Thailand selatan namun ditentang
oleh beberapa pengkaji.Namun bukti terbaik untuk menyokong teori Kelantan adalah
ketika para utusan meninggalkan Chi-Tu,mereka belayar dengan mengambil 10 hari
untuk mencapai Champa,ini menunjukkan kerajaan itu terletak di kawasan 'tanah merah'
di suatu tempat di sekitar sungai utama dari Kelantan.Prasasti Buddhagupta yang ditemui
di Kedah menyebutkan Raktamrttika, ertinya adalah tanah berwarna
merah.Menariknya,memang ada tempat bernama Tanah Merah di Kelantan.

Apa kaitan Chih-Tu dengan Sriwijayamala?

Menariknya lagi,Chih-Tu ini mempunyai kaitan dengan sejarah Chiang Mai,yang terletak
jauh ke utara wilayah Thailand sekarang.

Dalam "Meridionaux", Matounlin mengatakan bahawa Seng-kao atau Seng-chi adalah


ibukota Chih-tu dan di 638, telah menghantar ufti bersama-sama dengan tiga negara lain
ke China.

Kata China "Seng-kao" atau "Seng-chi" adalah kesilapan sebutan dari kata "Seng tche"
yang bererti bandar para biarawan yang merupakan terjemahan yang tepat dari kata Pali
"Lawasangharatha" dan kemudian sebutan Tai "Chiang Chi Mai ".Pribumi asal Seng-Kao
adalah suku Lawa yang membentuk majoriti penduduk Lembah Menam.Menurut tradisi
Siam,Chiang Mai menerima nama pada saat Buddha Gautama dan murid-murid datang
ke Suvannphumi untuk misi agama.Setelah pesta yang diadakan oleh suku-suku Lawa
untuk menyambut Buddha Gautama, empat lelaki suku Lawa telah ditahbiskan menjadi
sami.Tempat itu kemudian disebut Chiang Chi Mai,yang bermaksud 'kota para biarawan
baru' dalam bahasa Tai yang kemudiannya sebutannya dipendekkan menjadi Chiang Mai
662

pada hari ini.Disebabkan kekayaan sejarahnya,Chiang Mai masih mempertahankan


tradisi yang dikongsi di antara negara-negara Indochina hari ini.Satu perkara yang
menarik,sejarahwan Thailand berpendapat suku Lawa ini berasal dari selatan Thailand
atau dari Kemboja dan nenek moyang mereka termasuk dalam kelompok
Austronesia.Setelah menerima asimilasi dan tekanan dari pengaruh Mon-Khmer di
sekeliling mereka,secara beransur-ansur bahasa mereka menjadi sebahagian dari keluarga
Austro-asiatic.Proses ini mengambil masa beratus-ratus tahun.

Inilah jawapan kepada misteri raja Sriwijaya yang bernama Lawasangharatha yang
menubuhkan Chiang Mai Lama.Sebab itu suku Lawa ini (kini termasuk dalam kelompok
'hill tribe' dalam Thailand) mendakwa asal-usul mereka ialah dari Chiang Mai.

Dalam ATBM XVI yang lalu juga,kita telah belajar tentang sejarah Chiang Mai sebelum
kedatangan Raja Mengrai,pengasas kerajaan Lanna.Chiang Mai diduduki suku Lawa yang
kemudiannya diserap kedalam pengaruh Haripunjaya,sebuah kerajaan Mon di utara
Dvaravati.Analisis terhadap riwayat-riwayat kuno di Chiang Mai menunjukkan nama
"Lawasangharatha" itu kemungkinan besar nama seorang raja,dalam kes ini raja
Sriwijaya.Ini dibuktikan dalam dua rekod dari China.Di dalam rekod Dinasti Sui
lagi,merujuk kepada misi oleh Tchan Sun dan Wang Kiun Tching,memberitahu serba
sedikit tentang Chih Tu:

"Nama keluarga raja Chih-tu adalah Chu Tam (Chudam), dan nama peribadinya
adalah Li-fo-shi. Sejak bila sejarah putera ini bermula kami tidak tahu. Kami hanya
diberitahu bahawa ayahnya, selepas meninggalkan takhta untuk menjadi seorang
biarawan, dihantar kepadanya kedudukan kerajaan, kedudukan yang telah diadakan
selama enam belas tahun. Raja ini Li-fu-to-Hsi mempunyai tiga isteri, yang semuanya
puteri gerbang yang sekitar seratus langkah berasingan. Pada masing-masing gerbang,
663

diselubungi dengan loceng emas kecil, yang dicat Bodhisattva dan abadi yang
menjulang tinggi di udara..."

Berdasarkan rekod kuno ini,para sarjana bersepakat bahawa nama China "Li-fo-shi" atau
"Li-fu-to-Hsi" adalah transkripsi kepada SriVijaya menunjukkan bahawa
Lawasangharatha (nama Pali bagi Chiang Mai) ialah 'Srivijayan King' dan sekaligus
membuka rahsia bahawa Chiang-mai mempunyai hubungan rapat dengan istana Sri
wijaya dari kerabat Sri Dharmaraja.Ini kerana dalam tradisi sejarah Sriwijaya di
Indochina,pakar sejarah Thailand dan Kemboja mengenalnya melalui kerajaan Nagara Sri
Dharmaraja,di mana ditemui banyak persamaannya budaya dan gelaran raja-raja Sri
Dharmaraja sesuai dengan sejarah Sriwijaya.

Dengan kata lain,dalam tradisi kaum-kaum Indochina,Sri Dharmaraja itu adalah


Sriwijaya,dan begitu juga sebaliknya.Ini terjadi kerana persamaan bahasa dan budaya
mereka;budaya bangsa Melayu.

Jadi dalam rekod oleh dua pengembara China ini,kita mendapati dua perkara menarik:

1-Nama "Li-fo-shi" adalah khas kepada 'Srivijaya'.'Li-fo-shi' atau nama sebenarnya 'Shih-
li-fo-shih' adalah sebutan China kepada 'Sri-wi-chay' mengikut sebutan suku-suku selatan
China seperti Shan,Hmong,Lao dan Tai.Ini bermakna pengaruh raja-raja Melayu telah
sampai ke selatan China.

2-Nama keluarga raja tersebut,Chudam yang menunjukkan nama keluarga berketurunan


Melayu.Namanya keluarga Chudam (Chu Tam dalam teks China) adalah konsisten
dengan warisan Chudammani,yang merupakan salah satu nama keluarga Sriwijaya dalam
rekod Khmer (Kemboja).

Perhatikan,dalam dua rekod di atas,kedua-duanya menyebutkan raja Chih-Tu mempunyai


tiga orang isteri.

Semua ini mempunyai persamaan dalam satu lagi rekod dari China.Tong-tien,sebuah teks
yang ditulis pada akhir abad ke-8,mengandungi ayat-ayat berikut,

"Ketika zaman Suei (582-618 M),sang raja (raja Funan) kononnya mempunyai nama
keluarga 'Ku-Long'.Di sana ada banyak keluarga yang memiliki 'nama keluarga' yang
sama.Seorang tua,ketika disoalsiat,telah mengatakan bahawa K'uen-luen (Melayu)
tidak mempunyai nama keluarga.'Ku-Long' adalah kesilapan sebutan untuk K'uen-luen
664

(sebutan China Kuno untuk orang Melayu)"

(Sir William Meyer memberikan perkataan 'Malays' untuk 'K'uen-luen' dalam teks China
ini)

Pada masa silam,orang-orang China mengenal Melayu sebagai 'K'uen-luen' atau


'Kunlun'.Ini sebenarnya berasal dari nama seorang raja Funan yang bernama Ku
Long.Sebutan 'Ku' dan 'Long' sememangnya pangkal nama orang Melayu yang masih
diamalkan di Kelantan.

Daripada semua bukti dan rekod-rekod China ini,para sarjana Kemboja menyimpulkan
bahawa asal-usul kebanyakan raja-raja awal Funan dan utara Indochina (Chiang Mai
sebagai contoh) ialah dari kawasan yang kini di dalam negeri Kelantan yang menjadi
sebahagian Malaysia pada hari ini.

'Mala'

Dalam Prasasti Hanchey berusia abad ke 6 Masehi di Kemboja,ada menyebutkan tentang


Bhavavarman,raja Chenla yang berjaya menakluk wilayah Funan dan atas kejayaan ini
beliau telah memahatkan namanya sebagai 'Raja orang-orang Malayu'.Bhavavarman
dalam prasasti ini ialah Bhavavarman II,di mana sebelum itu ada seorang keturunan
diraja Funan yang bernama Bhavavarman (Bhavavarman I) telah lari ke Chenla,yang
merupakan negeri orang Khmer dan mengahwini Kambujatajalakshmi,seorang gadis
Khmer (gadis bukit).
665

Beliau adalah cucu kepada Rudravarman,emperor Funan.Bhavavarman I telah bertindak


lari ke Chenla kerana tidak berpuashati dengan datuknya dan mahu
memberontak.Bhavavarman kemudian merampas takhta Chenla dan menyusun angkatan
tentera menyerang kerajaan datuknya.Akhirnya Funan jatuh ke tangan Chenla.Di sini kita
boleh lihat kedua-dua negeri ini,Chenla dan Funan dibawah kekuasaan raja-raja Melayu
pada suatu ketika.Kemudian Chenla yang dahulunya negeri bawahan Funan menjadi
berkuasa dan menjadikan Funan negeri pengufti kepada Chenla.Selepas kematian
Bhavavarman,Chenla diperintah oleh saudara Bhavavarman yang juga mengahwini gadis
Khmer.Kemudian takhta Chenla diwarisi oleh anak cucu mereka yang 'diKhmer'kan oleh
ibu mereka yang berasal dari Khmer Chenla.Jadilah kerajaan Chenla kembali menjadi
kerajaan orang Khmer sehinggalah berpecah kepada Chenla Laut dan Chenla
Darat,kemudiannya ditakluki oleh Sriwijaya.Funan telah berpecah dan tenggelam selepas
itu selepas ramai kerabat diraja mereka berpindah ke negeri-negeri Melayu di selatan
yang bertaburan di bawah Persekutuan Langkasuka.Kemudian,ada di antara mereka
berlayar ke Jawa dan menubuhkan dinasti Sailendra di sana,menyertai sebahagian
kerabat mereka yang telah bertapak di Jawa sejak sekian lama.Raja-raja Funan adalah
dari garis dinasti Sailendra.

Bhavavarman II menggelarkan dirinya 'raja orang Melayu' menerusi ayat "...mala malayu
iva malayam raja" yang terpahat dalam skrip Khmer antara yang terawal pernah
ditemui.Terjemahan penuh bagi ayat ini ialah 'raja Mala dari Malayu'.Apa yang ingin kita
fokuskan di sini ialah perkataan 'Mala' ini.Dan mengapa perkataan ini digandingkan
dengan perkataan 'Malayu' dalam ayat itu.

Cuba semak kembali catatan pengembara dalam rekod Dinasti Sui tentang kedudukan
Chih-Tu.

"...Timur bersempadan Po -Lo-La, Barat bersempadan dengan Po-Lo-So,Selatan


bersempadan Ho Lo Tan, ribuan kilometer persegi keluasannya..."
666

Katakuncinya ialah 'Ho-Lo-Tan'.Apakah Ho-Lo-tan?

Dalam abad ke 5 masihi, sejarahwan China,Shenyao (414-512) dalam Sung Shunya sudah
mencatatkan nama Ho-lo-tan atau Kuo-lo-tan sebagai sebuah ibu kota di Semenanjung
Tanah Melayu.Sesetengah sejarahwan percaya bahawa kerajaan Srivijaya Pertama (Sri
Vijaya Mala) telah wujud di Kelantan dan berkembang ke Malayu, Sumatera kira-kira
pada akhir abad ke tujuh.Dapunta Hiyang Jayanasa telah membangunkan sebuah ibu kota
di Palembang (Sri Vijaya II).Kelantan diserahkan kepada puteranya,Dapunta Hiyang
DiRaja.Kemudian kedua-dua kerajaan ini disatukan oleh Sanjaya (Jaya Shinha) cucu
Jayanasa dalam satu empayar yang disebut oleh orang Cina,San-Fo-Tse (Tanah Serendah
Sekebun Bunga dalam kenangan riwayat Kelantan).

Jadi Chih-Tu adalah negeri di utara Kelantan atau Ho-Lo-Tan.Kelantan pula dijoloki
dengan nama 'Tanah Serendah Sekebun Bunga' ketika era pemerintahan Cik Siti Wan
Kembang yang nama Sanskritnya ialah Durga Wijayamala (ingat,raja-raja Melayu punya
dua nama;nama Sanskrit dan nama Melayu pada zaman silam).

Perhatikan nama 'Durga Wijayamala',yang mengandungi -suffix 'Mala'.Penggunaan -


suffix 'Mala' pada hujung nama Sanskrit adalah khas kepada raja-raja Melayu pada masa
silam sebagaimana -suffix 'varman' pada raja Kemboja dan Champa atau 'gupta' pada
raja-raja dinasti Gupta di India.Dalam legenda Khmer ada menyebutkan nama seorang
raja bernama Ketomala (Keto berasal dari 'Keta' iaitu negeri Kedah).Semua ini membawa
kita menelusuri jauh ke zaman silam,ketika dua orang adik beradik dari negeri Reman
datang menubuhkan kerajaan di kalangan orang Mon.
667

Samala dan Vimala:Rahsia Hamsavati

Penaklukan Chenla ke atas negeri-negeri sekitarnya telah membawa pengaruh Khmer ke


Dvaravati dan Irravati Bassein.Ketika ini orang Dvaravati adalah dari keturunan Mon-
Khmer dan bertutur menggunakan bahasa Mon,bahasa dominan bahagian barat Empayar
Angkor dan mereka tidak jauh berbeza jika dibandingkan dengan seluruh rakyat
Khmer.Selama krisis di dalam dinasti pemerintahan,para pemuka agama mengambil
kesempatan mencipta peralihan politik dalam lapisan kepimpinan Empayar
Angkor.Walaupun terdapat banyak gangguan,saksi menunjukkan agama Buddha selalu
merupakan pilihan Khmer dan Mon dan ini selalu menjadi punca mereka diredakan dari
konflik serta menjalinkan hubungan lebih rapat.Dalam pada itu,sebuah riwayat kuno
telah merakamkan tentang penubuhan Hamsavati (Pegu) kira-kira 825 Masehi oleh dua
adik-beradik,Samala dan Vimala.

Bandar ini bernama Hamsavati sempena seekor burung suci hamsa (angsa) secara tiba-
tiba muncul ketika dua bersaudara itu mencari tempat untuk membina
penempatan.Riwayat tersebut menyatakan bahawa dua bersaudara itu dari Takkaxila dan
membawa diri mereka keluar ke arah barat untuk menubuhkan kerajaan mereka sendiri.

Sangat menarik untuk dicatat bahawa nama mereka berakhir dengan "Mala", merupakan
petunjuk bahawa mereka berasal dari raja-raja Mala dari Malayu ("mala malayu iva
malayam raja").Asal-usul orang Mon Hamsavati dari Malayu menunjukkan bahawa
Sudhammavati atau Sri Dharmaraja yang menurut tradisi Mon adalah asal-usul bangsa
mereka sama dengan Dvaravati dari Lembah Menam.Sementara Samala naik takhta,
adiknya Vimala dihantar ke Taxila (Takkaxila) untuk menyelesaikan
pembelajarannya.Ketika dia kembali ke rumah,dia mendapati bahawa ia tidak disambut
semula sebagai janji oleh saudaranya.

Dalam keadaan yang marah,dia membunuh saudaranya Samala dan memerintahkan


orang untuk membunuh anak saudaranya (anak Samala) juga,tapi sang ibu berjaya
menyembunyikan anaknya di luar kota.Setelah waktu berlalu,orang asing beragama
Hindu yang diusir dari kota datang kembali untuk menyerang Hamsavati.Anak Samala
668

yang kini sudah dewasa kembali dari persembunyian dan menyelamatkan Hamsavadi dari
orang-orang Hindu. Vimala,mengakui bahawa itu adalah anak saudaranya,mengakui
dosanya dan akhirnya menyerahkan takhta kepadanya.Cerita ini juga menyebut bahawa
raja muda Ata-Kumma telah membina Kyaikatha (pagoda Ata) di wilayah Tathon.Sangat
menarik untuk dicatat bahawa identiti Mon muncul pertama sebagai orang-orang di
Hamsavati dan kesimpulan yang dapat dibuat dari riwayat kuno ini dari asal-usul Mon di
Sudhammavati harus berada di kawasan yang disebut sebagai Malaysia pada hari ini.

Dari riwayat Hamsavati (Hamsavadee) ini kita memahami bahawa orang Mon
menganggap mereka berasal dari Sri Dharmaraja sebagaimana orang-orang Mon
Dvaravati di tengah Thailand.Dan menurut legenda Mon lagi bahawa bangsa mereka
berasal dari sebuah tempat yang bernama 'Ramanadesa'.Telahan sarjana Kemboja tentang
asal-usul Mon dari 'satu wilayah yang kini berada di Malaysia' semacam mahu
menyebutkan tentang negeri Reman yang kini menjadi sebahagian daerah Hulu Perak di
negeri Perak,Malaysia.Negeri Reman pernah berada di bawah raja Ligor dan
sememangnya sebelum itu negeri Reman adalah termasuk dalam wilayah 12 negeri-negeri
Nagara Sri Dharmaraja yang disimbolkan dengan karakter haiwan dalam kalendar Naksat
Pi.

Dapat juga disimpulkan bahawa dua adik beradik itu berasal dari kerajaan Reman yang
bersusurgalur dari keturunan Sriwijayamala,merantau ke utara untuk cuba menubuhkan
kerajaan sendiri.Di tengah-tengah orang Mon,mereka belajar menyesuaikan diri dan mula
membina kerajaan.Kebanggaan orang Mon terhadap raja-raja Mala mereka
mengakibatkan mereka mendakwa bangsa mereka berasal dari Ramanadesa (negeri
Reman).Kita sudah maklum akan kepentingan nama 'Mala' kepada orang Mon dan Khmer
dalam menaikkan prestij mereka.Inilah sebabnya mengapa Bhavavarman II,raja Chenla
mendakwa dirinya 'Raja Mala dari Malayu'.
669

Setakat ini kita telah dapat mengumpulkan 4 tokoh yang berasal dari dinasti
Sriwijayamala:Ketomala,Samala,Vimala dan Durga Wijayamala.Dan seorang lagi bernama
Sri Mala,permaisuri raja Singgora (Songkhla) yang terkenal dalam sejarah asal-usul
Menora.Menarik bukan?Semua mereka ini memakai gelaran 'Mala' dan orang-orang di
Kemboja pada masa silam mengenal keturunan yang memakai gelaran Mala dihujung
namanya sebagai 'Malayu'.

Dari sini kita boleh menghidu aktiviti raja-raja Melayu dari Pegu hingga ke Chiang
Mai;dari Kemboja dan Champa hingga ke Ligor.Kesukaran raja-raja Melayu ini untuk
bersatu menyebabkan mereka sesuka hati membuka banyak kerajaan yang dikenali
sebagai negeri-negeri Melayu (Malay states).Mengesan riwayat-riwayat semua negeri-
negeri ini hampir mencapai tahap mustahil kerana ada di antara mereka memerintah
negeri yang majoritinya orang Mon,Khmer atau Tai.

Namun seorang keturunan mereka telah berlayar ke Sumatera dan menubuhkan kerajaan
di sana.Kemudian bermulalah zaman keemasan dinasti ini.Nama lelaki yang gagah berani
itu ialah Jayanasa.

'Srivijaya Empire'

Sukacita.
Pada lima hari Bulan
Belayar mudik datang membuat benua
Srivijaya kota yang jaya, bahagia dan makmur.

(Kedukan Bukit Inscription,Sumatera,Indonesia)


670

Dahulu orang-orang di Indochina hanya mengenal satu bangsa sahaja apabila berurusan
dengan suku-suku Austronesia;mereka memanggilnya Chawa.Nama 'Chawa' ini mewakili
keturunan Melayu-Indonesia pada hari ini.Nama Chawa ini sebenarnya berasal dari tanah
besar Asia,bukan dari Pulau Jawa.

Dari Kelantan kebudayaan 'Chawa' ini merebak ke seluruh kepulauan.Pada


mulanya,dinasti Sailendra lah yang bertanggungjawab membawa kebudayaan Chawa ke
Pulau Jawa.Sebab itu terdapat tempat bernama 'Titik Jawa' di Kelantan.Chawa
sebenarnya bukan nama khas untuk satu-satu kaum,ia lebih kepada satu ciri kebudayaan.

Seorang raja dari dinasti Sriwijayamala menjejak langkah Sailendra.Beliau dengan


kekuatan dua puluh ribu bala tentera berserta dua ratus pawang dan tentera berjalan kaki
sebanyak seribu tiga ratus dua belas,raja Sriwijaya ini mula menyerang Sumatera.Kita
tahu namanya kerana tercatat di dalam Prasasti Talang Tua:

Svasti
cri cakavarsatita 606 dim dvitiya cuklapaksa vulan caitra
sana tatkalana parlak Criksetra ini
niparvuat parvan dapunta hyang Cri Yayanaca (-ga) ini pranidhanan dapunta
hyang savanakna yang nitanam di sini...

Maksudnya dalam Bahasa Melayu Moden:

Selamat dan bahagia!


Pada tanggal 23 Mac 684 Masehi, pada saat itulah taman ini yang dinamakan Śrīksetra
dibuat di bawah pimpinan Sri Baginda Śrī Jayanāśa.
Inilah niat baginda: Semoga yang ditanam di sini...

(Talang Tua Inscription,Indonesia)

Prasasti ini jelas memberikan nama raja itu selepas gelaran 'Dapunta Hiyang'.Prasasti
Kedukan Bukit hanya menyebutkan 'Dapunta Hiyang' tanpa menyebutkan siapakah nama
raja tersebut.Namun para sarjana bersepakat bahawa Dapunta Hiyang Jayanasa jugalah
yang disebut dalam Prasasti Kedukan Bukit.

Dalam satu versi dari Pantai Timur ada menceritakan tentang Jayanasa ini.Dapunta
Hyang Sri Jayanasa dikatakan telah menubuhkan kerajaan di Kelantan yang sebelumnya
dikenali dengan Medang Ghana.Pusat pemerintahan kepada kuasa besar Yawadwipa ini
671

terletak kira-kira 4.8 kilometer ke barat Bukit Panau, di Jajahan Tanah Merah,Kelantan
sekarang.

Menariknya Dapunta Hyang Sri Jayanasa juga dikenali dengan Prabhasadharma,Raja


Merong Mahawangsa,Maharaja Gegar Alam dan Maharaja Segenta Alam dalam hikayat-
hikayat Melayu.

Setelah Yawadwipa (ini nama kuno yang digunakan juga oleh dinasti Sailendra)
diperluaskan,nama kerajaannya juga ditukar kepada Sriwijaya Mala.

Raja besar ini kononnya gugur di Teluk Madura dalam misi penaklukannya ke atas
Kalinga atau Jawa Tengah selepas berjaya menawan Palembang (Prasasti Kedukan
Bukit).Pusat pemerintahannya juga dipindahkan dari Sri Wijaya Mala ke Palembang
manakala nama Sri Wijaya Mala pula diubah kepada Medang Bhumi.

Semasa hayatnya,pemerintahan Medang Bhumi diserahkan kepada cucunya bernama


Sanjaya setelah dia sendiri memindahkan pusat pemerintahannya ke Palembang. Sanjaya
mewarisi kegemaran datuknya,suka meluaskan tanah jajahan dan hasilnya
Terengganu,Pahang,Kedah,Segenting Kra,Kemboja,Burma dan Vietnam berada di bawah
taklukannya.Dari nama Sanjaya inilah munculnya nama 'San-fo-tse' oleh para
pengembara China pada masa silam.

Kaitan antara orang Kelantan dan Jawa masih dapat dilihat dari budaya mereka seperti:

1-Kain batik
2-Wayang Kulit

Jika kita melihat senibina awal Asia Tenggara,mereka membina candi menggunakan batu
gunung yang dipotong (batu hitam).Candi-candi di Jawa dan Kemboja menggunakan
batu-batu gunung ini.Teknologi bata (brick) pula dipelopori oleh Kedah Tua (penemuan
dandang membakar batu-bata di Lembah Bujang) dan juga digunakan oleh Kerajaan
Pagan di Burma dan Ayutthia.Hanya candi-candi Khmer dan di Pulau Jawa sahaja ketara
menggunakan batu-batu gunung yang dipotong.Dari sini kita dapat melihat persamaan
antara senibina di Jawa dan Kemboja.

Kita maklum bahawa Chenla pernah ditakluk oleh Sailendra yang ketika itu rajanya
memegang gelaran 'Maharaja Zabag' oleh pedagang Arab.Kemudian ramai kerabat
dirajanya dibawa ke Jawa.Salah satunya ialah Jayavarman II yang masih kecil,yang
672

kemudiannya menubuhkan empayar Angkor.

Kini terdapat dua dinasti Melayu yang amat berkuasa di Asia Tenggara;Sriwijayamala dan
Sailendra.Sailendra menguasai Jawa sementara Sriwijaya menguasai semenanjung dan
Sumatera.Sriwijaya juga menguasai istana Angkor melalui Sri Dharmaraja.Semua ini
berlaku sebelum kuasa Thai dan Annam (Dai-Viet) menjadi dominan di
Indochina.Riwayat-riwayat Kemboja ada menyentuh tentang pergeseran antara dua
dinasti terulung ini.Beberapa serangan dari Jawa ada dilaporkan dalam riwayat Champa
dan Kemboja untuk mengurangkan hegemoni Sriwijaya yang semakin mendominasi
perdagangan laut.

Namun pada suatu hari yang bertuah itu,dua dinasti teragung ini menjalinkan tali
persaudaraan.Kenangan silam suka-duka di Segenting Kra mengimbau kembali.Melalui
perkahwinan diraja,dua dinasti pemerintah Asia Tenggara ini bergabung untuk
menguasai khazanah perdagangan maritim antara India dan China;antara Timur dan
Barat.

"lamun batinah Putari Kambang Murna namanya,


lamun lanangn Matari Singa Jaya Himat namanya.Lama
lama baranak lanang; Matari Singa Jaya
Mat, dari ratu, lami lami bangsa Malayu..."

(Matari Singa Jaya Himat Copperplate,Palembang,Indonesia)

************ XXX *************

Deru angin dari pantai menghilangkan debar di dada.Nun jauh di lautan sana,terdapat
rahsia yang diidam-idamkan kawan dan lawan.

Tabut rahsia telah ghaib dari pandangan.Kisah seorang tua dengan cucunya,gadis aneh
yang menjaga peti-peti misteri di dalam gua lenyap dalam kabus pagi.

Semua ini ibarat 'puzzles' yang bila anda mampu mencantumkannya dengan
sempurna,anda akan melihat 'sesuatu' di sana.
673

Semua rahsia jika anda sanggup menjejaknya lebih jauh ke masa silam,anda akan
bertemu dengan mitos puak-puak Lemuria.Beribu-ribu tahun dahulu,sebelum pembinaan
piramid di Mesir Purba,suku-suku Lemur mula bertebaran ke timur dan barat dari Lautan
Pasifik selepas kenaikan aras laut menenggelamkan peradaban mereka.Di antara suku
Lemur tersebut,terdapat satu puak yang menduduki kelas pemerintahan Lemuria.Puak-
puak ini menghasilkan garis keturunan aristokrat yang memerintah Lemuria berabad
lamanya.

Di dalam plat emas yang bertulisan Ibrani Kuno yang kemudiannya dijadikan objek ritual
oleh kelompok Church of Mormon,tertulis nama puak pemerintah itu...

"Ma-la"

Alter Terahsia Bangsa Melayu Version 3.5 "The House of Bani Jawi"
COMPLETED.

***********************************

Next...

Temubual Bersama Srikandi


Posted by Mistis Organization at 8:03 PM
674

Wednesday, April 13, 2011

Temubual Bersama Srikandi

Temubual Bersama Srikandi

Lokasi:Universiti Islam Antarabangsa


Masa:10.43 a.m

Kelas pemerintahan,hegemoni perdagangan dan prestij kebudayaan adalah tiga faktor


penguasaan bangsa Melayu kepada budaya elit Austronesia.Berasal dari satu peradaban
yang tenggelam di Lautan Pasifik,kebudayaan dari peradaban ini menyebar ke Tanah
Besar China,ke benua Amerika dan sudah pasti ke Asia Tenggara.

Sempena berakhirnya siri Alter Terahsia Bangsa Melayu v3.5 "The House of Bani
Jawi",pihak MistisFiles telah mengambil inisiatif untuk menemubual moderator siri
ini,Srikandi yang merupakan pelajar dan juga pensyarah sambilan di sebuah universiti
tempatan.Masih muda dan memiliki stamina yang luarbiasa dalam mempertahankan
sejarah Melayu,beliau banyak menghabiskan masa lapangnya di perpustakaan mini milik
keluarganya jika tidak ke kuliah.Di dalam perpustakaan mini inilah beliau banyak
menemui kenyataan yang mengejutkan tentang dinasti-dinasti purba Melayu pada masa
silam.

Temubual ini banyak berkisar tentang persoalan ATBM v3.5 semenjak dilancarkan
Disember tahun lalu di MistisFiles.Kami juga menimbulkan beberapa soalan provokasi
tentang pemikiran dan fikrah Srikandi dalam bidang sejarah.Menariknya,dalam temubual
kali ini,Srikandi mengambil kesempatan memohon maaf.Untuk apa?Ini dan banyak lagi
675

di dalam temubual antara paling kontroversi di MistisFiles.

Berlatarbelakangkan banjaran Titiwangsa yang mengasyikkan,kami bawakan khas kepada


anda Temubual Bersama Srikandi.Hayatilah sejarah anda sebelum anda disejarahkan.

-M.O

S:MistisFiles J:Srikandi

S:Boleh kita mulakan?

J:Dengan penuh rasa besar hati...

S:Ramai yang tidak berpuas hati mengapa Cik Seri tidak banyak mengupas tentang Raja
Matahari.Saudari ada menyentuh tentangnya dalam "The Chronicles of Matahari" namun
persoalan tentangnya terhenti begitu saja.Boleh beri ulasan?

J:Belum sampai masanya.Persoalan The King of Matahari adalah amat kompleks dan kita
hanya tahu mengenainya berdasarkan cerita yang dipahat dalam tulisan hiroglif Mesir
Purba tembok dan dinding makam.Di dalam A Phoenician Alphabet On
Sumatra,Schroeder telah menemui kaitan skrip-skrip di Sumatera seperti Batak dan
Rejang yang mempunyai kaitan dengan skrip Phoenicia.Pada tahun 1961,Universiti
Kebangsaan Australia telah menghantar seorang ahli antropologi ke Sumatera.Pakar
antropologi itu,M.A Jaspen telah menghabiskan beberapa tahun di antara masyarakat
Rejang Sumatera untuk mempelajari bahasa dan mengumpulkan cerita rakyat dan
kosakata bahasa Melayu Rejang.Pada ketika itu (1961) masih ada penduduk di sana yang
menggunakan skrip Rejang (seperti hari ini,masih ada orang menggunakan skrip Jawi)
terutamanya orang tua-tua dan pedalaman.Beliau telah menterjemahkan skrip ini dari
tulisan-tulisan pada buluh dan batang kayu dan mengkompilasikannya di dalam buku
676

yang bertajuk Rejang Ka Ga Nga Text yang diterbitkan oleh Universiti Kebangsaan
Australia.Kulit buku tersebut tercetak karakter-karakter Rencong yang ada persamaan
dengan huruf Phoenicia.

Charles Jones telah menggabungkan kerja-kerja M.A Jaspen dan Professor P. Voorhoeve
mengenai cerita rakyat Melayu di Sumatera dan skrip mereka dan mendapati bukan
sahaja Phoenicia malah satu tamadun lain yang juga muncul dalam budaya mereka.Ini
adalah Mesir Purba yang juga memiliki beberapa persamaan dalam perkataan Bahasa
Melayu.Salah satu perkara yang memeningkan beliau ialah perkataan 'Matahari' adalah
sepadan dengan transliterasi perkataan 'Maatheru'.Sejak Heru (Horus) adalah salah satu
dewa utama Mesir Purba,maka sudah tepat mengapa Punt digelar 'Tanah Para
Dewa'.Heru adalah 'Sun-God' dan ini punya kaitan yang teramat rapat dengan 'Matahari'.

Kajian telah dijalankan di Luxor dan di sana mereka menemui koleksi tulisan tentang
Horus,sebelum dia menjadi raja dan mendapat kuasa sebagai dewa.Legenda itu
menyebutkan tentang sebuah kepulauan yang berada 'di bawah bayangan matahari'
sepanjang masa.

S:Ini sesuatu yang menarik.Siapakah Horus sebelum berkuasa menjadi raja?

J:Itulah yang saya beritahu ada tentangnya.Kita sebenarnya mempunyai hubungan


dengan Mesir Purba pada masa silam.Siapakah Horus?Namanya dalam bahasa Mesir
Purba ialah Heru (Horus ialah sebutan Greek) dan dalam legenda raja ini,dia telah berjaya
mengalahkan musuh-musuhnya dalam satu peperangan,kemudian dia mendapat kuasa
penyembuhan dari kesakitan yang dialaminya.

S: ...dan kepulauan yang berada 'di bawah bayangan matahari' sepanjang masa?

J:Saya tinggalkan jawapannya kepada anda.

S:Apakah kaitan Raja Matahari dan Raja Perahu?Yang mana muncul dahulu?

J:Raja Matahari wujud beratus-ratus tahun sebelum kemunculan Raja Perahu.Raja


Perahu menerima delegasi dari Hatshepsut kira-kira 2000 tahun Sebelum Masehi yang
silam,dan kunjungan Hatshepsut itu dilihat bagaikan 'pay homage' kepada tanah nenek
moyang.Ini berpunca dari raja-raja terawal dinasti Mesir Purba yang kemudiannya
menjadi legenda dan disembah sebagai dewa.
677

S:Raja-raja Mesir Purba berasal dari kelompok Austronesia?

J:Ada rahsia tertentu di sana yang mengungkapkan cara hidup pemerintah yang berlainan
dari rakyat biasa.Juga bahasa dan kepercayaan.Saya tidak boleh menghuraikan lebih
lanjut di sini.

S:Boleh terangkan sedikit tentang bahasa?

J:Kajian Charles Jones mendapati persamaan yang amat ketara dalam bahasa Mesir
Purba dengan bahasa Melayu.Perkataan 'mata' (eye) menjadi 'maat' begitu juga 'hawa'
(breath) menjadi 'haw'.Perkataan-perkataan ini adalah asli bahasa Melayu dan bukan
cedukan dari Sanskrit.Charles Jones telah menyenaraikan lebih 50 perkataan bahasa
Melayu yang punya kaitan dengan bahasa Mesir Purba.Apa yang boleh saya simpulkan di
sini kemungkinan besar apa yang terjadi di Mesir Purba pada masa dahulu sama seperti
yang berlaku di Madagaskar di mana golongan pemerintahnya iaitu dari bangsa Merina
adalah berlainan bahasa dan cara hidup berbanding suku-suku Afrika yang lain.Kita tahu
bahawa Merina berasal dari Malayu-Polinesia.Rumah tradisional mereka menyerupai
rumah orang Melayu terutama salah satu makam diraja Merina yang menyerupai rumah
orang Minang di Padang.

S:Saya masih tidak puas hati dengan perkataan 'Matahari'.Cuba jelaskan lagi rahsia di
sebaliknya.Apakah kaitan dengan Horus atau Heru?

J:Matahari bermaksud 'sun' dalam Bahasa Inggeris.Menariknya perkataan ini mempunyai


sub-perkataan iaitu 'mata' yang mempunyai erti 'eye'.'Hari' pula bermaksud 'day'.Jadi jika
kita ambil pendekatan ini,ia bermaksud 'mata kepada hari'.

Menariknya di dalam koleksi hiroglif yang dijumpai di makam-makam firaun dan


kemudiannya dikumpulkan menjadi naskah The Egyptian Book of Dead,ditemui konsep
'maatheru'.'Maatheru' bermaksud 'Eye of Horus'.Sejak diketahui Horus adalah 'Sun-God'
maka kita mempunyai persoalan yang misteri tentang 'matahari'.Adakah 'hari' benar-
benar bermaksud 'day' atau ada maksud lain?Namun saya telah dapat akses kepada
beberapa spesimen terbaru dan tidak diterbitkan kepada umum tentang kehidupan Horus
sebelum menjadi raja.Dr. Zahi Awass adalah antara mereka yang terawal akses kepada
spesimen ini dan di sana terdapat perdebatan hangat tentang asal-usul Horus.

S:Beritahu sedikit tentang kehidupan Horus sebelum menjadi raja.


678

J:Saya hanya boleh beritahu sedikit daripadanya...

S:Mengapa?Beritahu kesemuanya.Sudah tentu peminat-peminat anda dan pembaca setia


MistisFiles di luar sana ingin tahu.

J:No,this is top secret.I was instructed not to talk too much about this topic.

S:Who instructed you?

J:A guy from Kementerian.Shortly after I arrived in Malaysia for my studies at Phnom
Penh,this guy...

(Perbualan seterusnya dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu)

J: ....relate to what I got from United Nation's Theosophy.They have been write about the
master race and their civilization.Saya telah beritahu anda tentang ini lama dahulu.Kini
kajian antropologi dan arkeologi telah menumpu di Asia Tenggara,dan penemuan demi
penemuan yang menghairankan tentang peradaban di sini yang lebih tua dari yang
didapati di Mesopotamia.Ban Chiang di Thailand contohnya adalah antara bukti yang
ditemui.Pada masa yang sama,penemuan demi penemuan dijangka akan di dapati dari
tapak arkeologi Sungai Batu dan di Lembah Bujang keseluruhannya.Ini baru usaha
'pemalas' yang hanya bertumpu di Lembah Bujang yang sebelumnya diusahakan oleh
orang lain.Jika semua usaha 'pemalas' ini meneroka hutan rimba di Pahang dan
pedalaman Perak sebagai contoh,saya pasti mereka akan berjumpa dengan pelbagai
peradaban silam yang menakjubkan.

S:(Penyoal mula memprovokasi) Apa yang ada di sini,selain batu-batu retak dan runtuhan
candi yang tidak menarik?Malaysia penuh dengan hutan rimba,pacat dan lintah-lintah.

J:Anda salah.

(Srikandi merenung dengan pandangan yang penuh misteri)

Sebenarnya pakar sejarah dan arkeologi lebih terkesan dengan tapak-tapak arkeologi yang
mampu mengungkapkan tamadun pra-sejarah.Monumen-monumen batu yang megah
dan kota-kota purba hanya untuk industri pelancongan dan menarik minat orang ramai
679

sahaja.Tetapi lebih menakjubkan jika kita dapat menjumpai tamadun nenek moyang
orang yang membina monumen-monumen megah tadi.Ya,saya setuju jika tamadun pra-
sejarah itu masih mampu mengekalkan sebahagian monumennya itu sudah tentu ia
seribu lebih baik dari Angkor Wat atau Piramid Giza.Tetapi kita semua maklum peredaran
masa yang begitu panjang menghauskan monumen-monumen mereka.

Puing-puing pra-sejarah sebenarnya lebih berharga dari Colosseum atau Tembok Besar
China.Itu dari segi pemahaman ahli arkeologi.Sebab dari sini kita tahu pergerakan awal
manusia dan membantu menerangkan asal-usul manusia.Anda tahu,di Jepun masih
diperdebatkan asal-usul bangsa Jepun,adakah dari rumpun Austronesia atau Sino-
Tibetan.Kiyomizu-dera atau Himeji Castle tidak mampu menjawab persoalan ini
walaupun dibina begitu megah.Tetapi di sana ada kelompok sarjana yang berpagang
bahawa asal-usul pribumi Jepun adalah suku-suku Austronesia.

Signifikannya ialah,cuba kita bayangkan,walaupun Malaysia tidak memiliki binaan-


binaan atau monumen megah yang besar dan kukuh,tanahair kita ini penuh dengan
tapak-tapak arkeologi pra-sejarah yang mengagumkan,tersembunyi dan terahsia dari
masyarakat dunia.Tanahair kita ini adalah transit pergerakan manusia sejak zaman-
berzaman.Malaysia kaya dengan semua ini namun apa yang menyedihkan,tenaga manusia
dalam bidang berkaitan amat sedikit.Yang ada pun bermalas-malasan makan gaji buta
sahaja.Saya tidak kata semua,tetapi kita boleh agak dari hasilnya yang kita dapati pada
hari ini.

S:Saya masih tidak nampak kepentingannya.Ramai orang masih bermegah-megah dengan


Tembok Besar China dan Piramid Giza.

J:(Sambil tersenyum hambar) Dari mana mereka mendakwa bahawa terdapat tamadun
tertua Mesopotamia di lembah antara Furat dan Tigris?Adakah anda nampak piramid
besar atau ziggurat di sana?Atau anda nampak Tembok Besar di sana?Tetapi kita tahu
bahawa Sumeria cukup popular sebagai rujukan kepada tamadun tertua manusia.Sarjana
tidak merujuk kepada Tamadun China atau Mesir Purba.BERCAKAP TENTANG
SEJARAH,KITA BERSAING DARI SEGI USIA.Bukan bangunan-bangunan batu.Kita
tidak menemui kota purba yang penuh dengan bangunan-bangunan berukiran di Sungai
Batu,tetapi sebuah pisau pemotong yang dijumpai di sana cukup untuk membuktikan
bahawa tamadun di sana adalah yang tertua di Asia Tenggara.Penemuan loji-loji yang
menunjukkan industri pemprosesan besi telah ada di Lembah Bujang seawal kurun
pertama Masehi adalah sesuatu yang 'rare' dalam koleksi penemuan tamadun
dunia.Jangan terkejut,kini para sejarahwan telah beralih ke Asia Tenggara sebagai salah
680

satu pusat permulaan tamadun manusia.Dahulu khalayak akademik sudah menjumpai


beberapa bukti bahawa kesan-kesan tamadun di Asia Tenggara adalah lebih tua usianya
dari Tamadun Yantze-Kiang di China.Kemudian kita menemui kesimpulan bahawa
tamadun di China mengadaptasi teknologi dari Asia Tenggara.

Cuba bayangkan,apabila bercakap tentang asal-usul tamadun manusia,semua jari akan


menuding ke Malaysia.Ketika ini Piramid Giza,Tembok Besar China apatah lagi Menara
Eiffel bagaikan habuk-habuk di kaki lima.

S:Mengagumkan!Baru saya sedar kepentingannya.Sejarah amat penting untuk


meningkatkan prestij sesuatu bangsa atau negara.Tidak hairanlah negara-negara luar
sanggup menghabiskan berjuta dolar untuk mengkaji dan menggali kembali sejarah
negara mereka.

J:Bukan sahaja berjuta dolar untuk menggali sejarah malah BERJUTA DOLAR UNTUK
MENCIPTA SEJARAH.

S:Bagaimana itu?

J:Sejarah yang direka-reka.Contoh yang terbaik ialah apa yang diusahakan oleh
Thailand.Kita tahu bahawa sejarah bangsa Thai di Asia Tenggara hanya bermula pada
abad ke-11 Masehi.Kemudian mereka mendapat identiti melalui cedukan dari Khmer dan
Melayu Segenting Kra.Jika anda mahu melihat kebudayaan asal Thai anda boleh melihat
suku Shan,Hmong atau Zhuang di China.Mereka adalah suku Tai yang tidak berhijrah ke
Indochina semasa peperangan atau tekanan dari emperium China dan Monggol.Kini
Thailand mencipta pelbagai medium sejarah yang direka-reka dari membina sendiri Batu
Bersurat Ramakhamheang sehinggalah menerbitkan filem-filem propaganda
sejarah.Replika Angkor Wat diletakkan di kawasan Grand Place di Bangkok dan jangan
terkejut jika mereka mendakwa Angkor Wat sebenarnya dibina oleh orang Thai dengan
orang Khmer dijadikan hamba abdi mengangkut batu-batu gunung.Sudah tentu orang
Khmer teramat marah apabila mendengar tentang ini.Dan yang kita tidak sedari selama
ini ialah China.Saya sudah beritahu anda sebelum ini,bahawa tamadun pra-sejarah kini
adalah teramat penting lebih penting dari Tembok Besar China,maka kerajaan Komunis
China berusaha mengupah pelbagai pakar seni dan sejarah untuk mencipta kesan-kesan
tamadun terawal manusia di China.Kita sudah maklum tentang percubaan Filipina untuk
mencipta kaum Tasaday yang dikatakan masih mengamalkan hidup primitif tanpa
sebarang pengaruh moden sejak beribu-ribu tahun.Akhirnya percubaan Filipina itu gagal
apabila salah seorang penyelidik terserempak dengan salah seorang lelaki dari kaum
681

Tasaday tadi di tengah bandar dengan memakai t-shirt!

Semua ini untuk mendapatkan pengiktirafan dunia bahawa merekalah kaum terawal
bertamadun di dunia.Sebab itu kini mereka ingin merampas Malaysia dari tangan orang-
orang Melayu;selain dari kedudukannya yang strategik di laluan perdagangan
antarabangsa dan hasil bumi yang melimpah ruah,adalah kekayaan bukti-bukti pra-
sejarahnya yang masih belum digali.Namun kita tahu bahawa beberapa sarjana
mengingatkan dunia tentang rahsia kita yang belum disingkap.Antaranya ialah
Oppeinhemer dan Aryso Santos.Itu yang mendapat hebahan media.Saya telah membaca
berpuluh-puluh artikel tentang kaitan Austronesia dengan petunjuk-petunjuk mengenai
Atlantis dan Lemuria.Apatah lagi yang ditulis oleh kelompok-kelompok New Age Religion
yang menuding jari ke arah kawasan Malaysia-Indonesia sebagai asal-usul 'master race'
dari 'Mu' yang dikatakan benua tempat tinggal 'gods'.

S:Sangat mengujakan!Saya perasan semacam ada perkaitan dengan Punt sebagai 'The
Land of Gods',bukankah begitu Cik Seri?

J:Semua ini adalah sebahagian dari epik yang ditemui di satu lokasi di Luxor dan Lembah
Raja-raja.Dan kita tahu bahawa agama Kabbalah berasal dari mistik agama misteri Mesir
Purba.'Maatheru' adalah sembahan kaum Kabbalis dan kultus-kultus gelap Yahudi.Secara
tidak langsung,mereka menyembah 'Matahari',nama seorang raja dari 'kepulauan di
bawah bayang mentari'.'Maat' adalah salah satu 'chant' atau seruan suci dalam satu ritual
Kabbalah.

S:Di sini saya semakin keliru dengan apa yang Cik Seri cuba sampaikan.Apakah motif
anda berkata demikian?

J:Saya terpaksa mempelajari sebahagian ritual Kabbalah,Mormon dan kultus sihir


Merovingian untuk menggali dari mana asal-usul kepercayaan tentang 'Eye of Horus'
ini.Ya,sudah pasti dari Mesir Purba namun saya cuba mengkaji kemungkinan dari sumber
lain.Oklah,apa yang sebenarnya saya cuba maksudkan bahawa,tradisi kepercayaan
sesuatu kelompok biasanya didasarkan kepada satu warisan turun-temurun yang cukup
lama.Ini lebih berharga dari sekadar epik atau kesusasteraan,kerana tradisi turun-
temurun ini berubah menjadi satu kepercayaan agama.Seperti yang kita tahu,Horus
adalah salah satu dewa yang tertua dalam kepercayaan Mesir Purba.

Katakuncinya ialah tradisi turun-temurun.Siapakah Matahari?


682

S:Ya,siapakah Matahari??

J:Perhatikan bagaimana kaum-kaum Austronesia menggunakan panduan bintang-


bintang di langit semasa pelayaran di waktu malam.Bangsa Melayu sebenarnya adalah
pakar dalam astronomi pada masa silam.Bangsa yang pakar dalam astronomi adalah
mereka yang terlibat dalam pelayaran.Siapakah yang membina Stonehenge?Suku Celtic
atau Druid kata 'pop culture' namun saya setuju dengan pendapat tentang bangsa
Norsemen.Sejak pakar menemui bahawa Stonehenge dibina berdasarkan perubahan
musim dan pergerakan jasad di langit,maka kita sudah mampu mencantumkan sedikit
misteri di sini.Anda tentu sudah tahu tentang bangsa Viking yang menjadi asas bangsa-
bangsa Eropah.Kaji sejarah Eropah dan anda akan jumpa betapa Norsemen dan Viking
selalu menyerang suku Celtic dan Germanic di pesisir pantai Eropah.Mereka membawa
pengetahuan astronomi mereka dan seni pembuatan kapal kepada suku darat Eropah.

Beginilah bangsa Melayu menyebarkan gagasan Austronesianya kepada rantau Asia-


Pasifik.

Satu lagi fakta menarik,Angkor Wat yang dibina oleh Suryavarman II yang merupakan
saudara mara kerabat Sriwijaya di Kemboja adalah dibina berdasarkan kedudukan
bintang-bintang,sama seperti Piramid Mesir.

S:Saya semakin kurang jelas terhadap sejarah bangsa Melayu.Sampai di sini saya
merasakan seolah-olah apa yang saya pelajari di sekolah dahulu hanya 1 peratus dari
semua bahan-bahan yang ditampilkan oleh Cik Seri?

J:(Srikandi tersenyum) Sebabnya sejarah bangsa Melayu kebanyakannya ditulis oleh raja
dan kerabat diraja.Apabila berlaku peperangan,sebahagian besar khazanah ini musnah
atau hilang.Rakyat marhaen biasanya tidak menyimpan bahan-bahan kesusasteraan
ini.Mereka sebagai contoh,para petani hanya menumpukan soal kehidupan mereka
sahaja.Golongan terpelajar biasanya bekerja di istana dan kadangkala menjadi kerabat
diraja.Pemuda yang pandai bersajak atau pujangga akan cepat-cepat dilamar oleh raja
untuk menjadi penghibur atau pengarang.Gadis jelita yang pandai menari biasanya cepat-
cepat dilamar raja untuk dijadikan dayang atau penari istana.Jadi kesenian dan
kesusasteraan hanya berlegar-legar di istana.Apabila berlaku peperangan,maka hanya
sebahagian hasil kesusasteraan ini sahaja yang mampu diselamatkan.Contohnya Hikayat
Merong Mahawangsa dari tentera-tentera Thai dan bahan-bahan sastera sejarah yang
kemudiannya dijilidkan menjadi Sulalatus Salatin dari pencerobohan Portugis.
683

S:Jika begitu bagaimana saudari tahu sisi gelap yang tidak mampu diketahui sejarah
Melayu kontemporari kini yang mengagung-agungkan sejarah Melaka sahaja?Bagaimana
saudari tahu dinasti raja-raja Melayu yang langsung tidak pernah saya dan ayah saya
apatah lagi anak mahupun cucu saya dengar sepanjang hidup kami?

(Srikandi menghela nafas panjang sambil melemparkan pandangannya ke arah puncak


gunung)

J:Dari mana?Dari khazanah raja-raja Melayu yang disimpan oleh pelbagai bangsa seluruh
dunia.Sebagai contoh,salasilah 'Maulimalaraja' disimpan oleh arkib Kemboja.Saya juga
menyimpan salasilah dinasti Sriwijayamala sebelum Dapunta Hiyang Jayanasa.Anda tahu
dari mana saya mendapatinya?

S:Dari mana?

J:Seorang sami tua di sebuah wat Buddha di Ranong,Thailand.Salasilah itu ditulis dalam
bentuk puisi dalam skrip Khmer Kuno dan dibaca sebagai satu mantera.Sami itu
menyimpannya sejak turun-temurun dari warisan keturunannya.Sebab itu saya
katakan,menjejak sejarah Melayu amat sukar dan mencabar.Saya bagaikan Lara Croft
dalam permainan Tomb Raider apabila ke Indochina tahun lepas menjejak dinasti-dinasti
purba Melayu (Srikandi ketawa sehingga menampakkan barisan putih giginya)

S:Saya faham sekarang bahawa raja-raja Melayu adalah kunci kepada semua teka-teki
bangsa Melayu.Merekalah yang menyimpan rahsia bangsa Melayu.Bolehkan Cik Seri
berikan ulasan lanjut tentang gelaran Maulimalaraja?Di dalam artikel 'Mahidhara Court &
Ketomala Dynasty' ada menyebutkan pelbagai raja Indochina termasuk raja
Champamemakai gelaran ini,apa rahsianya?

J:Maulimalaraja adalah gelaran yang bermaksud 'mahkota raja-raja Mala'.Ia dipakai


seawal empayar Jawaka lagi (empayar sebelum Srivijaya-editor) dan menjadi 'cult' dalam
tradisi kerajaan-kerajaan di Indochina yang pernah berada di bawah pemerintahan
Funan,Chenla ataupun Angkor.Namun ada sedikit perbezaan sebenarnya dalam gelaran
yang dipakai oleh raja Lao.Beliau memakai gelaran 'mahkota orang-orang Mala'.Dalam
istilah hari ini,'mahkota raja-raja Melayu' dan 'mahkota orang-orang Melayu'.Entiti 'Mala'
dan 'Malayu' adalah berkait rapat dalam tradisi Khmer.Ini menunjukkan beribu-ribu
tahun dahulu,raja-raja Melayu begitu popular di Indochina.Gelaran-gelaran mereka
menjadi begitu prestij sehinggakan raja Lao membubuhkan gelaran ini untuk
684

mengukuhkan kiriman mesej beliau kepada raja Kemboja.Raja Lao sedar bahawa orang
Mala adalah kaum tertua di Indochina dan mempunyai prestij sebagai 'ruling-class' yang
terunggul.Beliau juga sedar hubungan Malayu dengan kerabat diraja Khmer.Jadi untuk
membuatkan raja Kemboja terkesan dengan mesej darinya,amat perlu membubuhkan
nama 'mahkota orang-orang Malayu' itu.

S:Mengapa terjadi begitu sekali?Maksud saya dari mana raja Lao belajar tentang gelaran
diraja ini?

J:Orang Lao adalah etnik Tai yang pertama sekali sampai ke lembah Mekong,jauh
sebelum ketibaan orang Thai.Ketika mereka sampai ke Indochina,mereka bertemu dengan
kerajaan-kerajaan Melayu purba yang disebut sebagai 'Malayang' dalam teks-teks kuno
Khmer juga terpahat pada batu bersurat mereka.Saya berpandangan bahawa orang Lao
ketika itu tahu untuk 'pay respect' kepada kedaulatan raja-raja Melayu,sebagai pemilik
asal Indochina.

S:Sungguh misteri sejarah kerajaan Melayu di Indochina pada masa dahulu,bagaimana


dengan persoalan Sri Dharmaraja?Dalam artikel 'Maulimalaraja & Sri Dharmaraja' ada
disebutkan 12 wilayah 'Naksat Pi'.Dari mana datangnya simbol-simbol haiwan ini?

J:Pada masa silam,rakyat Kedah Tua menggunakan satu takwim untuk meramalkan
ketibaan musim menuai padi.Mereka menggunakan simbol-simbol haiwan untuk
menamakan bulan-bulan,tidak ubah seperti tradisi orang Cina.Takwim ini amat popular
sehingga kepada suku-suku Mon dan Tai yang datang kemudian.Kemudian orang Mon
menamakan bulan-bulan ini dalam takwim itu mengikut bahasa mereka.Kita dapat
mengesannya kerana wujud perkataan 'Merong' itu.'Merong' bermaksud naga.Pernah
dengar Hikayat Merong Mahawangsa?Apabila kerajaan Kedah Tua runtuh,dan orang
Melayu mengalami peralihan ke zaman klasik dan beramai-ramai memeluk
Islam,pengarang mereka ketika itu mengumpulkan kembali kesusasteraan purba
mereka.Yang masih menyimpannya ialah orang-orang Mon atau orang Melayu yang
masih berketurunan Mon yang mengingati cerita tersebut.Maka terbitlah Hikayat Merong
Mahawangsa dalam tulisan Jawi dan berbahasa Melayu Klasik,namun mengekalkan nama
'Merong' yang bermaksud naga dalam bahasa Mon.Orang Thai tidak menyebut naga
sebagai 'merong',mereka menyebutnya 'mangkorn/mang-gon'.

S:Siapakah sebenarnya di sebalik Sri Dharmaraja?Adakah orang-orang Mon?

J:Sudah tentu salah.Raja-raja Sri Dharmaraja berketurunan Melayu dan mereka ada
685

hubungan dengan kerabat diraja Angkor.Kerajaan orang Mon ialah


Dvaravati,Haripunjaya,Lavo dan Thaton sekadar menyebutkan beberapa nama.Sri
Dharmaraja ialah nama baru kepada Tambralingga,sebuah kerajaan city-states Melayu
purba yang sezaman dengan Gangga Negara,Kedah Tua dan Langkasuka.Ketika raja
Chandrabhanu menyerang Sri Lanka,riwayat Sri Lanka,Mahavamsa mengenalnya sebagai
'The king of Jawaka from Tambralingga'.Jawaka merujuk kepada orang-orang
berketurunan Austronesia di kawasan Malaysia-Indonesia kini,bukan Mon.Dan kita tahu
bahawa orang Mon bukan 'seafarers nation'.Mereka adalah kaum agraria.Mereka tidak
akan mampu menghantar armada ke tengah-tengah lautan ganas.

S:Bagaimana dengan dakwaan Blogsejarahnagarakedah tentang Merong dan kerajaan


Siam Islam?Ada ulasan?

J:Saya sudah bosan dengan mereka sebenarnya kini.Kelompok manusia yang tiada
identiti dan tercari-cari identiti.Sungguh menyedihkan,bahawa mengingatkan orang Thai
telah berjaya mengukuhkan identiti mereka dengan merompak identiti Melayu Ligor dan
Khmer pada masa silam,tiba-tiba mereka ini pula yang sebahagiannya berketurunan
Sultan Ligor tercari-tercari identiti mereka kembali dengan mengemis sejarah orang
Mon,Thai dan semestinya Melayu.Tambah menyedihkan,ada bahagian-bahagian dari
dakwaan mereka itu yang mengaku berasal dari Cina.

Ada sebahagian dari mereka sememangnya berketurunan Sultan Ligor.Ada sebahagian


dari mereka adalah berketurunan orang Mon dan Thai yang menjadi hamba pengikut
Sultan Ligor tadi.Yang berlebih-lebihan sekarang,memakihamun dan mereka-reka cerita
karut adalah yang berketurunan orang Mon atau Thai yang menjadi hamba sahaya Sultan
Ligor Syariff Abu Bakar Syah,yang mengikut keluarga Sultan yang lari dari penguasaan
dinasti baru Chakri selepas runtuhnya Ayutthaya.

Saya ingin berpesan kepada mereka yang berdarah raja tulen dari raja Melayu Sri
Dharmaraja (Ligor),jangan terperangkap dengan permainan mereka yang bukan berdarah
raja.Mereka mahu gunakan nama Sultan Ligor sebagai cara untuk merompak sejarah
Melayu dan kalau boleh memerintah Malaysia menggunakan nama Sultan Ligor.Sungguh
aneh sikap tamak dan materialistik mereka.

S:Saya mendapati Sri Dharmaraja ini adalah 'key' kepada banyak kejadian di
Indochina,contohnya serangan seorang raja bernama Sujita ke atas kerajaan orang Mon di
Lavo merupakan raja Melayu dari Sri Dharmaraja.
686

J:Ya,saya telah menerangkannya di dalam 'Petunjuk Tersembunyi Di dalam Chiang Mai


Chronicles' bahawa ada tertulis dalam Jinakalamali,teks berbahasa Pali yang
mengandungi riwayat orang Mon,mengenai dua orang raja,Atrasataka dari Haripunjaya
dan Ucchittachakravatti dari Lavo.Kedua-duanya raja Mon.Apabila mereka siap sedia
untuk berperang,tiba-tiba datang berita bahawa satu angkatan tentera yang besar tiba dari
selatan,tepatnya dari Sri Dharmaraja.Itu adalah Sujita,yang dikenal oleh orang Mon
sebagai 'Malaraja'.Kedua raja Mon itu melarikan diri ke utara.Lavopuri kemudiannya
menjadi milik Sujita.Lavopuri adalah nama lama bagi Lopburi;melalui lidah orang
Thai,kini terletak di Thailand.Perhatikan pada peta Thailand,Lopburi jauh terletak di
tengah Thailand.Sebab itu saya tidak hairan dengan kerajaan Melayu Champa yang
berkedudukan di pantai timur Indochina,sebab pada masa silam,raja Melayu dari
Segenting Kra boleh menyerang kerajaan Mon di tengah Thailand sesuka hati.

S:Bagaimana dengan dua dinasti ini,Sriwijayamala dan Sailendra?Benarkah keluarga


Sailendra yang menubuhkan kerajaan Medang atau Mataram Kuno di Jawa?Jika
Sailendra menubuhkan kerajaan di Jawa dan dikatakan membawa kebudayaan Melayu ke
pulau itu,bagaimana dengan Sriwijayamala?Dapunta Hiyang Jayanasa datang dari
Sriwijayamala,bukankah begitu?

J:Tiada bantahan tentang kerajaan Medang.Semuanya telah disahkan kerana kewujudan


prasasti-prasasti di Indonesia.Mujur keluarga Sailendra menuliskan prasasti dalam
bahasa mereka,Melayu Kuno,kerana nama dinasti mereka begitu besar sehingga
membayangi Funan dan sejauh India.Jika tidak sudah tentu pelbagai bangsa yang tidak
ada kena mengena dengan keluarga pemerintah Asia Tenggara ini akan menuntut nama
keluarga ini berasal dari bangsa mereka.Balaputradewa,seorang raja Sailendra
mengarahkan para pekerja di Universiti Nalanda mengukirkan namanya dan nama
dinastinya pada plat tembaga dengan mohor khas Universiti Nalanda,kemudian
dipamerkan di universiti purba itu sebagai memorial.Sudah tentu ini menimbulkan
sensasi kerana tiada seorang raja India pun yang mampu memahatkan prasasti di Asia
Tenggara,kecuali para pedagang sebagaimana Prasasti Buddhagupta,itupun kerana
pemahatnya bersyukur kerana selamat dalam perjalanannya.Sriwijayamala adalah dinasti
purba yang berasal dari pantai timur Malaysia.Di sini kita lihat hubungan Patani dengan
Kelantan.Di sebelah pantai barat Malaysia pula ialah dinasti Mahawangsa dari Kedah Tua
dan Langkasuka.Kedua-duanya memiliki sejarah raja-raja yang panjang dan
tua.Yup,Jayanasa ialah Melayu Semenanjung.

S:Saya sudah nampak kepentingan semua prasasti-prasasti itu.Ia adalah bukti konkrit
kewujudan dinasti-dinasti Melayu ini sebagai 'ruling class' Asia Tenggara.Apakah lagi
687

signifikannya semua prasasti atau batu bersurat ini dalam membuktikan sejarah Melayu?

J:Prasasti-prasasti ini menunjukkan tamadun dan prestij.Nama-nama dinasti pemerintah


Asia Tenggara memahatkan prasasti dalam bahasa Melayu Kuno menunjukkan
ketamadunan Melayu itu sendiri berada pada tahap yang disegani.Sailendra dan Srivijaya
adalah dua nama yang harum ke seluruh dunia,dihormati oleh kawan dan lawan.Jika raja
Srivijaya itu orang Bugis contohnya,sudah tentu beliau akan memahatkan batu bersurat
dalam bahasanya atau separuh Sanskrit,separuh Bugis.Tetapi tiada prasasti Srivijaya
setakat ini dalam bahasa Bugis atau Bugis campur-campur Sanskrit.Apatah lagi dalam
bahasa lain seperti Siam Kedah mahupun Tausug,sekadar menyebutkan contoh.Emperor-
emperor maritim Srivijaya memahatkan bahasa Melayu pada prasasti!Ini sudah cukup
membuktikan siapa sebenarnya Srivijaya dan carilah mana-mana ensiklopedia seluruh
dunia,semuanya setuju bahawa empayar ini dikuasakan oleh orang Melayu.Sebab itu
sekarang masih muncul kesultanan Melayu yang kuat dan berdaulat seperti Brunei dan
gabungan negeri-negeri Melayu menjadi satu negara berdaulat bernama Malaysia.Sebab
aura 'ruling class' Melayu itu masih kuat.Mereka adalah bangsa yang pernah menjadi
'ruling class' Asia Tenggara dan memang layak mereka bertahan atas nama satu negara
dan masih mempunyai kerajaan pada hari ini.

S:Nampaknya ada orang tertentu yang masih tidak berpuas hati,mempersoalkan prasasti-
prasasti berbahasa Melayu Kuno ini.Apa pendapat Cik Seri?

J:(Srikandi ketawa kecil) Sudah tentulah orang itu tidak berpuas hati kerana realiti pahit
yang terpaksa diterimanya.Para sarjana lingustik dan bahasa semuanya sepakat tentang
bentuk bahasa Melayu Kuno,mengapa 'budak-budak hingusan' seperti dia boleh
mempersoalkannya?Ini tidak relevan dan kita boleh abaikan dia.Contohnya dalam kes
penguasaan atau 'realm' empayar Melayu ke atas Kepulauan Filipina,ada yang
membantah.Bila saya ajukan bukti konkrit kepadanya,bukan bukti cakap-cakap mulut
atau cerita-ceriti penglipurlara,wah...bukan main marah dia dengan realiti pahit yang
sukar untuk diterima.

S:Apa bukti konkrit itu?

J:Laguna Copperplate Inscription.Ini adalah satu-satunya inskripsi tertua di Kepulauan


Filipina sehingga ke Laut Sulu.Apa bahasa yang dipakai?Tausug,Bugis?Sudah tentu
tidak.Bahasa dalam prasasti tembaga ini ditulis dalam bahasa Melayu Kuno sebagai
bahasa utama atau teras,bercampur dengan istilah Jawa Kuno dan istilah-istilah lain yang
dikenal sebagai Tagalog Kuno serta perkataan Sanskrit.Ahli linguistik tahu ia bahasa
688

Melayu Kuno kerana menggunakan susunan tatabahasa Melayu.Nah!Inilah bukti konkrit


'realm' kerajaan Melayu setepatnya Kerajaan Medang yang dikuasai dinasti Melayu
Sailendra di bawah 'maritime federation' yang diperintah oleh keluarga Sriwijaya.

Apabila saya ajukan bukti ini,orang yang marah tadi mempersoalkan bahasa Melayu Kuno
yang tidak pernah didengarnya.Bukan sahaja dia,saya pun tidak menggunakan bentuk
bahasa ini dalam kehidupan seharian saya tetapi saya dan para sarjana linguistik tahu ia
ADALAH BAHASA MELAYU KUNO bukannya bahasa Jerman sebagai contoh.Saya
pernah membaca jurnal seorang pegawai British di Seberang Perai yang terjumpa satu
batu bertulisan seperti skrip Brahmi di sebuah sungai.Kemudian beliau mengupah
beberapa orang sami dari Sri Lanka dan India untuk membaca tulisan itu.Malangnya
tiada seorang dari mereka yang mampu membacanya walaupun pakar dalam bahasa
Sanskrit,Pali dan Tamil.Mengapa?

SEBAB BATU BERSURAT ITU DITULIS DALAM TULISAN KAWI DAN DALAM
BAHASA MELAYU KUNO!

Perhatikan kata-katanya:

"...our Brahman and Buddhist priests here are so stupid that I have not been able to
derive any assistance from them,and although I can trace some of the letters,I think,to
inscription published in the Journal of Asiatic Society of Bengal,I have not ventured to
attempt the decyphering of them..."

(Srikandi membacakan satu catatan jurnal Asiatic Society of Bengal,isu Julai-Disember


1848)

Jika pegawai British itu mengatakan 'so stupid' kepada pakar-pakar Sanskrit bertaraf
Brahmin yang gagal mendekodkan tulisan itu,maka saya juga mengatakan 'so dumb and
stupid jerk' kepada 'budak hingusan' yang mempersoalkan bahasa Melayu Kuno
tersebut.Jika pegawai British itu mengimport Poerbatjaraka
atau Slametmuljana untuk mendekodkan tulisan itu sudah tentu kemarahannya hilang
kepada para Brahmin dan sami Buddha tersebut.

S:Saya dapati adakalanya saudari agak angkuh dan mengeluarkan kata-kata kasar ketika
menjawab komen atau menulis artikel,terutama dalam laman Srikandi Berceloteh...

J:(Srikandi tersenyum) Saya hanya angkuh pada orang yang angkuh.Pada pembaca yang
689

lain,saya layan dengan baik.Kita mesti tegas pada mereka yang cuba bersikap bodoh
sombong dengan kenyataan sejarah Melayu.Kekurangan ilmu mereka bukan tiket untuk
mereka berdegil dalam memijak-mijak realiti sejarah bangsa Melayu.Anda boleh semak
bagaimana saya berdebat dengan 'nyamuk-nyamuk' ini.Mereka berdebat dengan
bermodalkan kebodohan dan emosi,tetapi saya berdebat dengan hujah dan fakta-
fakta.Akhirnya...seperti biasa,saya dimakihamun dan dikutuk dengan pelbagai gelaran
yang jelek kerana berjaya mematahkan hujah mereka.Saya tidak marah malah saya
semakin kuat dan bangga apabila membuktikan betapa mereka belum matang dan
bersikap kebudak-budakan.

(Srikandi mencebikkan bibirnya)

S:Apakah isinya Laguna Copperplate itu?

J:Tentang pembebasan hutang emas ke atas seseorang bernama Namwaran.Berdasarkan


ini kita tahu bahawa bahasa Melayu adalah antara bahasa elit Austronesia dan menjadi
lingua franca pentadbiran dan perdagangan sejak awal kurun Masehi lagi.

S:Saya ingin menyentuh tentang penterjemah dari India yang diupah oleh pegawai British
di Seberang Perai untuk menterjemahkan tulisan pada batu bersurat.Mengapa mereka
gagal dan apa yang terjadi selanjutnya?

J:Sudah tentulah gagal,sayang...(Srikandi merenung sinis) sebab bahasanya tidak pernah


diketahui oleh Brahmin dan sami Buddha itu walaupun tulisannya memakai tulisan
Brahmi seperti Pallava.Sebab itu gagal,gagal dan gagal.ITULAH PERBEZAAN ANTARA
BAHASA SANSKRIT DENGAN BAHASA MELAYU.Jemputlah sami besar Sanskrit
sedunia sekalipun,dia akan terpinga-pinga membaca tulisan yang berbahasa Melayu
Kuno.Ini samalah seperti saya paksa Orlando Bloom membaca akhbar Utusan.Saya akan
persoalkan mengapa dia tidak boleh baca padahal tulisan akhbar itu pakai tulisan Roman
sama dalam Bahasa Inggeris.Dia mungkin akan cuba menyebut namun sebutannya pelik
dan dia sendiri tidak memahaminya.Itulah yang terjadi kepada para Brahmin itu.Itu
pakar Sanskrit bertaraf Brahmin tau...bukan budak-budak sekolah yang perasan bagus.

Selanjutnya dalam jurnal itu...saya ringkaskan...pegawai British itu akhirnya berjaya


mengetahui isi kandungan batu itu dan ternyata ia menggunakan huruf Kawi yang biasa
digunakan dalam sastera Jawa Kuno dan untuk menulis prasasti-prasasti Melayu Kuno.
690

S:Saya ingin bertanya tentang...

J:Maafkan saya,masa tidak mengizinkan saya untuk terus ditemubual,harap boleh


disingkatkan...(Srikandi memotong)

S:Oh ya,saya sebenarnya ingin bertanya lebih lagi namun masa tidak
mengizinkan...sebelum saya lupa,saudari sebenarnya belum menjawab soalan saya
tentang kehidupan Horus sebelum menjadi raja.

J:Ya kah?(Srikandi ketawa mengekek) Melayu kan mudah lupa....

Tetapi saya janji hanya beritahu sedikitkan?Ok...ia berkaitan dengan Ra...satu lagi Sun-
God.Ra inilah mula-mula digelar 'The Eye of day'.Ra ini adalah 'the Creator God' dan
tahapnya sama seperti Zeus dalam mitologi Greek dan Brahman dalam agama
Hindu.'Heru' sebenarnya berasal dari perkataan 'Hari' dan dari perkataan 'Matahari'
dalam bahasa Melayu,Ra mendapat gelarannya.

S:Sekejap!Saya tidak faham.Bukankah saudari menjelaskan tadi bahawa kajian masih


tidak pasti adakah'hari' benar-benar bermaksud 'day' atau ada maksud lain?Namun dari
kenyataan baru ini saudari pasti bahawa 'Hari' bermaksud 'day' bukan satu nama?

J:Sebenarnya,saya sudah mencapai satu tahap kefahaman yang luas tentang siapakah
Horus dan anda akan dapat rahsianya jika mengetahui gelaran yang dipakai oleh Ra.Ini
samalah jika anda tahu asal-usul raja-raja Mesir selepas Hatshepsut,mula memakai
gelaran 'Prao' (Firaun).Saya hanya beritahu anda dan yang di luar sana tidak sampai 10%
dari apa yang diceritakan di dalam The Black Book of Scarab.Matahari....adalah satu
gelaran sebenarnya.Ia memberikan prestij kepada raja-raja Mesir dan digunakan ke atas
dewa-dewa.Seperti juga 'Perahu' yang disebut 'Prao' dalam hiroglif Mesir Purba.

Begitu juga dengan Maulimalaraja,yang dipakai oleh Bhavavarman I raja Chenla,Simha


Jayavarman raja Champa,raja-raja Kemboja dan raja Lao.Anda nampak rahsia ini?

(Srikandi merenung aneh)

S:Gelaran...semuanya berbalik kepada gelaran...

J:Baca kembali ketika Horus mahu berperang dengan Set,apakah yang


dilakukannya?Sebab itu saya katakan bahawa dinasti pemerintah awal Mesir Purba bukan
691

pribumi asal Mesir.Mereka dari tempat lain.

S:Dari sini?

(Srikandi hanya tersenyum)

J:Siapakah yang memberikan gelaran 'Matahari' atau 'Maatheru' kepada Ra?

S:Ya,harap Cik Seri boleh beritahu,peminat di luar sana pasti tertunggu-tunggu jawapan
ini.

(Srikandi hanya mendiamkan diri,sambil tersenyum dan membelek-belek jurnal-jurnal


dihadapannya;hanya membiarkan penemuramah ternanti-nanti)

S:Baiklah jika saudari tidak mahu beritahu tidak mengapa.Ok,soalan terakhir.Selepas


berakhirnya ATBM version 3.5,apakah rancangan saudari selepas ini?

J:Saya ingin berehat sebentar.Maksud saya untuk menulis bagi MistisFiles.Tambahan


pula saya mahu sambung belajar.

S:Berapa lama berehat dari menulis untuk MistisFiles?

J:Mungkin 6 bulan atau setahun.

S:Di mana sambung belajar?Dalam bidang yang sama?

J:Tidak.Saya mahu mendalami bidang agama di utara tanah air.Saya merasakan akhir
dari pencarian bangsa misteri ialah terletak kepada keistimewaan dalam agama
Islam.Saya tertanya-tanya,mengapa Emperor Srivijaya mengutus surat kepada Muawiyah
dan Umar Abdul Aziz semata-mata mahu mempelajari agama Islam.Rahsia bangsa
Melayu disimpan oleh raja-rajanya.Saya mahu tahu,apakah isi 'tabut' yang disimpan oleh
mereka sejak zaman-berzaman.

S:Tabut?Tabut apa? (penyoal mula memancing)

J:"Abraham left everything he owned to Isaac.But while he was still living, he


gave gifts to the sons of his wife and sent them away from his son Isaac to the land of
the east"
692

(Srikandi membacakan petikan dari Genesis)

Juga saya tinggalkan apa yang didengar oleh Daniel Kaplan,ilmuwan dari Universiti
Skovde:

"Some even say that Abraham had other children who went east and became the
Brahmins, or the highest caste of Hindus and early priests of Buddhism"

S:Apa maksud semua ini sebenarnya?

J:Saya ingin tahu apakah 'gifts' itu.Dan apa yang difikirkan oleh raja-raja Melayu
Nusantara apabila terdengar kelahiran seorang nabi terakhir di Tanah Arab.Saya mahu
tahu apakah isi tabut rahsia yang diwarisi raja-raja Melayu zaman-berzaman,sehinggakan
mereka menanti-nantikan nabi terakhir ini,dan mengajak bangsa Melayu memeluk Islam
beramai-ramai secara drastik.

S:Ini sesuatu yang menarik?Boleh jelaskan lebih lanjut tentang tabut itu?

J:Saya kira anda sudah banyak kali bertanya selepas menyatakan "Ok,soalan
terakhir"...(Srikandi tersenyum)

S:Baiklah...maafkan saya.Kata-kata terakhir,mungkin?

J:Di kesempatan ini saya ingin meminta maaf pada abang Anai-anai kerana ada di antara
artikel saya agak provokatif.Saya positif kepada keturunan Nai selepas menemui sejarah
raja-raja Ligor dari arkib Kemboja.Saya fikir,masalah sekarang adalah sedikit kekeliruan
tentang apa yang berlaku kira-kira 200 tahun dahulu di Sri Dharmaraja.Tapi saya minta
jangan celarukan sejarah bangsa Melayu dengan mengatakan Melayu adalah ciptaan
British,sebab saya tahu anda masih berada dalam kekeliruan.Jika anda bukan berdarah
kerabat raja Ligor dan dari keturunan Mon atau Thai yang menjadi rakyat Ligor,saya
minta hentikan segala kecelaruan ini.Sejak raja-raja Ligor dirakamkan pada riwayat
Khmer sebagai 'Malayu',saya tahu duduk letak perkara sebenarnya.Mungkin yang
Melayunya sahaja ialah Sultan Syariff Syah dan kaum kerabatnya,manakala keturunan
Siam Kedah kini hanya campuran keturunan Mon dan Thai.

Kepada anak-anak Melayu,berjuang seperti saya.Jangan takut.Kita mesti kuat.Sejarah


anda telah siap dipahat oleh nenek moyang pada batu-batu bersurat dan prasasti-
prasasti.Jangan rasa rendah diri.Bersemangatlah!Apa yang diketahui oleh saya sukar
693

untuk digambarkan tentang masa lalu bangsa Melayu.Cuma saya ingin berpesan gigitlah
agama Islam ini dengan gigi-gigi geraham anda sekuat-kuatnya,jangan terlepas.Kita
berada di destinasi terakhir pencarian spiritual.

Posted by Mistis Organization at 7:30 AM


694

Wednesday, April 13, 2011

Catatan Srikandi V

Catatan Srikandi V:Rahsia dari Kemboja

"Saya mengakui bahawa kamu,Malay...juga Indonesian dan orang-orang Filipina adalah


antara pribumi atau penduduk terawal Asia Tenggara,begitu juga dengan kami orang
Khmer,dan orang Mon"

Saya mengalihkan pandangan kepada Nari,rakan saya dari Kemboja.Ketika itu kami
berada di dalam The Library of Congress,Amerika Syarikat.Saya masih teringat peristiwa
itu.Ketika saya menulis artikel ini,saya sedang berada di sebuah madrasah di utara
tanahair.Malam yang dingin disertai hujan rintik-rintik bagaikan menggamit kenangan
indah di Amerika.Entah mengapa,malam ini amat menusuk perasaan saya.Sayup-sayup
kedengaran suara gadis-gadis sunti menghafal AlQuran di dalam bilik asrama.Ada yang
membaca kitab.Saya membuka tingkap kayu dan melemparkan pandangan ke
luar.Suasana kampung di waktu malam amat menggamit perasaan misteri.Saya
memandang sebuah bukit yang berbalam-balam di hujung kampung.Sayup-sayup sawah
padi terbentang di sebelah kiri.Saya menopang dagu di atas lengan berdekatan
tingkap.Angin malam begitu menggigit.Namun saya tahankan.Saya biarkan angin itu
menjamah wajah saya.

"Mengapa kamu berkata begitu?Bukankah kamu dahulunya menafikan kata-kata saya


dahulu?Kamu berkata Melayu tiada asal-usul,entah datang dari mana..," saya meletakkan
buku yang masih terbuka di atas meja sambil tersenyum memandang Nari,gadis Khmer
yang berambut panjang bagaikan apsara yang terukir di tembok Angkor Wat.
695

Nari tunduk memandang buku-buku yang berselerak di hadapannya.The Indianized


States of Southeast Asia (Goerge Coedes),Recueil des Inscriptions du Siam: Inscriptions
de Dvaravati, de Crivijaya et de Lavo (George Coedes),Deux Itineraires de Chine en Inde
(Paul Pelliot) dan beberapa lagi buku-buku tebal kelihatan berada di hadapan Nari.Nari
memandang tepat ke arah salah satu buku yang terbuka.Pada buku itu terdapat satu
gambar sebuah kuil purba Khmer,Beng Mealea yang terletak 40 kilometer dari timur
Angkor.

'Blind door',Beng Melea

"Sebelum ini saya hanya berpura-pura di hadapan kamu.Saya sebenarnya telah tahu
hubungan orang Melayu dengan Khmer seawal zaman Funan namun saya tidak dapat
menerima beberapa hakikat di sana yang menyebabkan saya tetap berdegil
mempertahankan pendapat saya," Nari menjawab dengan nada serius.

"Hakikat apa?" saya bertanya.

Nari hanya tersenyum hambar sambil melihat gambar Beng Mealea.

Saya berbaring di atas katil.Saya memandang alang-alang.Saya masih terkenangkan


perbualan saya dengan Nari.Entah mengapa,ketika saya cuba untuk melupakan Melayu
dan sejarah gelapnya di sini,semakin banyak pula petunjuk dan bayangan-bayangan
perasaan tentang apa yang sebenarnya berlaku beribu tahun dahulu di utara Malaysia
sehingga ke Indochina.

Suara gadis membaca AlQuran masih sayup-sayup kedengaran.Saya tiba-tiba menitiskan


air mata.Saya tidak mampu menahan hati yang resah gelisah di sini.Sudah beberapa kali
saya histeria dan pengsan.Namun gadis-gadis madrasah di sini amat cekap
menenteramkan diri saya.Kebanyakan dari mereka sebaya dengan saya.Namun mereka
696

penuh dengan ilmu agama dan hafaz AlQuran.Alangkah baiknya jika saya menjadi seperti
mereka.Tenang dan tenteram dengan AlQuran di dada-dada mereka.Tetapi di dada saya
tiada AlQuran.Saya hanyalah seorang gadis yang miskin ilmu agama.Saya tiada apa-apa
amal yang mampu dibanggakan di hadapan Tuhan.Mereka tidur dengan tenteram selepas
menghafaz ayat-ayat suci.Tetapi saya saban malam diganggu bayangan puteri celaka yang
menggamit-gamit tangannya.Apa lagi yang dimahunya?Saya benar-benar tidak faham.

"Hakikat bahawa Ibu kami bangsa Khmer,iaitu Mera ialah seorang puteri Malayu"

Saya memandang tepat ke arah Nari.Nari bersandar dan memeluk tubuh.Dia mengangguk
perlahan sambil tersenyum.

"Adakah mereka tahu tentangnya?" saya masih memandang Nari.Saya seakan masih tidak
percaya.

"Sebahagian dari mereka.Tetapi saya telah menemui beberapa perkara yang membuktikan
hal ini.Saya cuba untuk bersikap nasionalis terhadap bangsa saya namun nama 'Malayu'
itu sendiri banyak dikaitkan dalam riwayat-riwayat Khmer purba,akhirnya saya
mengalah," Nari merenung ke arah foto Beng Mealea.

Darah Naga

"Apa perkara-perkara yang membuktikan tentang 'dakwaan baru' kamu itu," saya
memancing.

The Library of Congress


697

Nari tersenyum ke arah saya.Beberapa pelajar kelihatan sedang membelek-belek buku di


rak buku.The Library of Congress adalah perpustakaan terbesar di dunia dari segi jumlah
buku.Ia mengandungi 32 juta katalog buku dan 61 juta manuskrip.Sudah semestinya
'syurga' bagi ulat buku seperti saya.

"The King of Serpent," Nari menunjukkan ke arah sebuah manuskrip Khmer abad ke-
16,yang memaparkan lakaran seekor naga dikelilingi air laut."Ia adalah Naga Laut
Mohodhara dalam tradisi Khmer.Legenda mengatakan bahawa Mera,adalah anak kepada
The King of Serpent,atau Naga King.Mera kemudiannya mengahwini Kaundinya atau Sri
Kambu.Seperti yang anda tahu,nama 'Kh-mer' itu sendiri dipercayai kombinasi dua nama
ini;Kambu dan Mera."

Saya tersenyum.Semua itu ada dalam kepala saya.Tetapi saya begitu teruja dengan
manuskrip Khmer itu.

"Kaundinya dan Mera.Bagaimana dengan Cham?Kamu setuju pendapat saya tentang


orang Cham yang juga mempunyai legenda puteri yang mengahwini Kaundinya?Malah
mereka memahatnya di Mi Son iaitu tempat suci mereka pada masa silam," ujar saya.

Nari menarik nafas panjang."Saya cuba menafikan yang ini,namun setelah mengunjungi
Mi Son sendiri ketika lawatan ke Vietnam pada 2 tahun lepas,hati saya kuat mengatakan
yang legenda Kaundinya dan Mera ini berasal dari orang Cham."

Angin malam terus menderu-deru masuk ke dalam bilik.Kain langsir berkibar-kibar


perlahan.Kak Mashitah melarang saya membuka tingkap pada waktu malam.Namun
malam ini saya melanggar kata-katanya.Saya mahu menghadapi sendiri puteri jahanam
itu.Saya telah memulangkan kembali sanggul emas yang saya jumpa di Banteay
Srei.Namun gangguan itu datang lagi.Saya pernahbermimpi dan mengigaukan puteri
Champa yang memakai 'headgear' seperti penari Menora namun ia hanya datang dua kali
sahaja.Kali ini puteri memakai mahkota berkerawang.Dia cuba bercakap sesuatu,tetapi
saya tidak dapat mengecam bahasanya.Ia bukan bahasa Khmer atau Mon.Selepas berkata-
kata,puteri itu tersenyum ke arah saya dan melambai-lambai.

"Ini adalah Naga Mohodhara.Manuskrip ini adalah kain yang mengandungi mantera-
mantera kuno yang dilukis di atasnya menggunakan dakwat organik," Nari menunjukkan
ke arah foto satu kain kuning yang dipenuhi lakaran haiwan suci dan jelmaan
dewa,dikelilingi rajah-rajah ganjil dan tulisan Khmer purba.Saya memerhatikan sahaja
foto dalam buku tebal itu.
698

"Apa motif kamu menunjukkan tentang gambar naga-naga ini?" tanya saya.

Nari mendekatkan wajahnya kepada saya."Saya ada terbaca tentang mitos yang
mengatakan bangsa Malayu berasal dari Naga Laut Mohodhara ini.Ia ada tertulis dalam
riwayat-riwayat Mon dahulukala."

Tiba-tiba saya teringatkan Hikayat Merong Mahawangsa.Merong bermaksud 'ular besar'


atau 'naga'.Mahawangsa ialah nama dinasti,sepertimana dinasti Viravamsa dan
Padmavamsa.'Vamsa' menjadi 'Wangsa' dalam bahasa Melayu adalah berasal dari
Sanskrit,kemudiannya berubah menjadi 'bangsa'.'Mahawangsa' kemungkinan besar
bermaksud 'wangsa besar' atau 'keluarga besar'.Saya mula mengesan sesuatu.Jika saya
dapat 'trace' balik sejarah Mon sebelum era Sriwijaya,saya pasti dapat mengetahui
siapakah 'The Serpent King' itu.

Saya bertanya,"Mengapa orang Mon?Mengapa mereka yang mempunyai mitos tentang


Malayu?"

Nari menggeleng-gelengkan kepala sambil tersenyum menyindir ke arah saya."Bangsa


sendiri pun tidak menahu,itulah sebab saya katakan dahulu sebagai provokasi terhadap
kamu,bahawa bangsa Malayu tidak tahu berasal dari mana.Entah timbul dari
mana.Sebelum saya jumpa kamu,saya pernah mengatakan demikian kepada beberapa
orang pensyarah dan pelajar Malayu.Mereka hanya tersengih-sengih dan yang lucunya
ada yang mengangguk-angguk;entah dia setuju entah tidak.Sebab itu di negara kamu
orang-orang Cina sudah berani mengatakan Melayu itu pendatang.Di Kemboja,orang-
orang Cina di sana telah diasimilasikan ke dalam kehidupan Khmer,dan mereka menjadi
Khmer bukan sebab paksaan seperti yang berlaku di Thailand dan Indonesia.Mereka
diasimilasikan dengan menggunakan sejarah Khmer yang menakjubkan.Orang Cina
699

mengaku kehebatan sejarah kami;kagum dengan Angkor Wat dan Beng Mealea."

Tiba-tiba saya merasakan,hanya Malaysia sahaja yang begitu toleran dengan kaum-kaum
lain;membenarkan sekolah berasaskan kaum dibuka sewenang-wenangnya sementara
negara-negara Asia Tenggara lain menekan kaum Cina supaya berasimilasi dengan
budaya mereka.Bukan sahaja kenyataan siapa pendatang tidak kedengaran,malah sekolah
berasaskan kaum pun sama sekali diharamkan.

Saya cuba menduga,"Apa yang istimewanya dengan Malayu?Di Malaysia tiada Angkor
Wat atau Beng Mealea."

"Ya,itulah yang saya fikir pada awalnya.Di Malaysia tiada apa-apa binaan yang mampu
dibanggakan kamu,bukan?Saya memikirkan Malayu mungkin berasal dari 'sea-gypsies'
atau orang dari hutan rimba,maaf...saya tidak bermaksud menghina tetapi ini pandangan
awal saya.Tetapi...."

"Tetapi apa?"

Nari terdiam.Dia mengerutkan dahinya."Anehnya,sejarah bangsa kamu bertebaran di


seluruh Indochina.Catatan-catatan dari China menceritakan kehebatan empayar
kamu.Batu-batu bersurat bertebaran di Asia Tenggara sehingga ke India yang
menceritakan nama dinasti-dinasti raja kamu.Riwayat Mon mengatakan raja
kami,Suryavarman I yang membina Preah Viharn adalah Malayu.Saya semakin bingung
dengan kenyataan ini.Semakin digali,semakin saya tidak dapat menafikan betapa
besarnya peranan Malayu kepada sejarah Indochina dan Asia Tenggara."

Saya tersenyum dan berkata,"Jika kamu tidak memandang Malaysia sahaja sebagai
tempat tinggal Malayu,kamu akan jumpa lebih banyak lagi rahsia.Borobudur,kamu kenal
Borobudur?"

"Ia adalah bangunan Buddha yang terbesar di dunia,"ujar Nari.

"Siapa yang bina?"

Nari menjawab,"Ya,saya maklum tentang raja Sailendra dan Mataram Kuno."

Saya menunjukkan foto Angkor Wat,"Lama sebelum Angkor Wat atau Beng Mealea atau
Banteay Samre dibina,raja Sailendra telah membina Borobudur.Mereka hanya
700

menuliskan prasasti dalam dua bahasa sahaja,iaitu..."

"...Old Malay & Sanskrit,"sampuk Nari.Matanya bersinar.

Saya mengiring badan saya sambil kepala saya berbantalkan lengan.Angin malam tidak
menderu-deru lagi seperti tadi.Namun suhu di dalam bilik semakin dingin.Suara gadis
membaca AlQuran sudah tidak kedengaran.Mereka mungkin sudah tidur untuk bangun
tahajud nanti.Sekali sekala angin datang menerpa ke arah tubuh saya yang hanya dibaluti
baju kurung nipis,namun saya biarkan sahaja kedinginan malam menyakiti tubuh
saya.Saya masih terkenangkan selepas saya berkata tentang raja Sailendra dan
Borobudur,Nari sekali lagi menunjukkan ke arah foto Beng Mealea,sebuah kuil purba
yang dipercayai dibina seawal abad ke-12,ketika pemerintahan Suryavarman II yang turut
membina Angkor Wat yang terkenal itu.

"Sebab itu saya beritahu kamu,bahawa sejarah Malayu begitu membingungkan.Apabila


saya menggali lebih dalam sejarah Kemboja,saya seakan-akan melihat bahawa raja-raja
Khmer dan Malayu bersilih ganti memerintah
Kemboja.Jayavarman,Suryavarman,Jayaviravarman,Dharanindravarman,Bhavavarman
dan seterusnya adalah nama-nama raja Kemboja dahulukala dan saya sebagai pengkaji
sejarah,kini sukar menentukan yang mana benar-benar berdarah Khmer dari Chenla."

Nari menyambung,"Legenda Mera sebagai puteri kepada The King of Serpent.The King of
Serpent atau Naga King digambarkan tinggal di sebuah pulau,iaitu digambarkan tanah
yang dikelilingi air.Pulau itu bernama Kok Thlok.Ketika Kaundinya sampai,dia
diceritakan terdampar di sebuah pulau.Kemudian dia bertemu dengan Mera dan
melangsungkan perkahwinan di pantai pulau itu.Soalan saya yang sehingga kini tidak
terjawab,bagaimana Mera tinggal di pulau sedangkan Indochina bukan pulau tetapi tanah
besar Asia.Kemudian di dalam satu riwayat tentang kedatangan Sri Kambu atau
Kaundinya ini ada menyatakan juga bahawa tempat bernama Kok Thlok ini telah ada raja
Cham yang memerintah.Lihat di sini," Nari menunjukkan satu perenggan di salah satu
buku-buku tersebut.

"In the year 1 of the Buddhist era [commonly beginning with Buddha's death in 543 B.C.],
the king of the Chams is shipwrecked near the Dangrek Mountains, where he forms a new
state and also becomes ruler over Kouk Thlok. In the year 100 of the Buddhist era, King
Atichavong of Indraprastha hands over portions of his kingdom to his sons; to the fourth,
named Preah Thaong, he gives the southern part. As a result of disobedience, Preah
Thaong is later exiled together with his people.He arrives at Kouk Thlok, displaces the
701

Cham ruler, and himself becomes king. Later he meets the daughter of the naga king on
the beach. A marriage ceremony takes place in the subterranean kingdom, after which the
naga king creates a realm on earth for his son-in-law by drinking up the ocean. The new
land is named Kampuchea," Nari membacakan perenggan tersebut.

"Ini diambil dari satu riwayat diraja Khmer yang diterjemah oleh penterjemah Perancis
bernama Moura pada tahun 1883.Di sini saya begitu terpegun apabila mengetahui orang
Cham telah memerintah Kok Thlok seawal 500 tahun Sebelum Masehi menurut riwayat
diraja ini.Kemudian legenda mengatakan The King of Serpent telah bertindak menyedut
semua air dan menjadikan Pulau Kok Thlok sebuah tanah besar dan dinamakan
Kampuchea."

Saya mendengar dengan penuh teliti apa yang keluar dari mulut Nari,gadis Khmer.

"Siapa Cham?Cham ialah satu suku yang terkelompok dalam Malayo-Polinesia.Bahasa


mereka mendekati bahasa Aceh dan Bornean Malay.Dari mana mereka datang?Bukti dari
catatan sejarah menyatakan bahawa raja Champa pernah memerintah Wat Phu di Laos
kini.Sebab itu kawasan itu dinamakan Champassak.Kuil Khmer di sana dikatakan berasal
dari kuil-kuil Cham."

Seketika saya tersenyum sendiri.Di dalam “The Shipwrecked Sailor” iaitu sebuah riwayat
berusia kira-kira 2050 tahun Sebelum Masehi di Mesir Purba tepatnya ketika era
Kerajaan Pertengahan,ada menyatakan kapal-kapal Mesir Purba yang terdampar di
sebuah pulau.Kemudian mereka berjumpa dengan seekor ular besar setinggi sepanjang 50
kaki.Ular itu boleh berkata-kata dan melayan mereka dengan baik.Ular itu malah
mendakwa dirinya raja Punt,iaitu nama pulau tersebut.Ada diterangkan gambaran wajah
'ular' itu.Dia memakai celak mata yang tebal dan mempunyai janggut.Dan jika kita
perhatikan topeng Tutankhamun dan raja-raja Mesir Purba yang lain,kita akan dapati
karakter ular di dahi,mata yang bercelak tebal dan janggut.Ahli arkeologi agak bingung
mencari di manakah pulau Punt itu.Di Laut Merah tidak ada pulau!
702

"Bukankah saya pernah beritahu anda tentang Punt di Borneo? Pelliot seorang
sejarahwan, ada menyatakan kononnya Kaundinya pernah memerintah sebuah negeri di
Kalimantan pada abad ke-6 Masehi.Lem Chuck Moth,sejarahwan negara anda mendakwa
Sri Kambu atau Kaundinya bukan berasal dari India tetapi dari satu tempat di Kepulauan
Melayu," jelas saya.

"Kesimpulannya...,"Nari seolah-olah meminta jawapan.

"Kesimpulannya ialah apa yang anda dapat dari lawatan ke Mi Son di Vietnam 2 tahun
lepas," saya tersenyum.

Legenda tentang naga memang telah lama berakar umbi dalam masyarakat Melayu
purba.Orang Jakun iaitu salah satu suku Proto-Melayu mempunyai legenda naga mereka
sendiri.Legenda naga Seri Kemboja dan Seri Gumum adalah berasal dari mitos suku
Jakun ini.

Nari merenung kembali foto Beng Mealea."Beng Mealea ini sebenarnya menyimpan satu
misteri.Sebagaimana rahsia bangsa kamu."
703

Beng Melea

"Apa maksud kamu?"

"Sebagaimana sebahagian rahsia Malayu berada di tangan Khmer,begitu juga jika kamu
memahami rahsia di Beng Mealea."

Nari tersenyum ceria sambil memegang erat tangan saya.Ketika itu saya merasakan satu
perasaan aneh;seolah-olah seorang saudara yang jauh terpisah kembali bertemu.

Saya tidak sedar bila air mata saya menitik lagi.Kini Nari telah menyambung pelajarannya
ke peringkat Master.Dia tua 5 tahun dari saya.Cita-citanya ialah menjadi ahli arkeologi.

"Nari,saya ingin bertanya satu soalan yang amat penting," kata saya sebelum kami keluar
dari The Library of Congress Reading Room.

"Apa dia?" ujar Nari sambil memandang satu mosaic melambang Dewi Minerva.

"Apakah panggilan orang Khmer Purba kepada bangsa saya pada masa silam?" saya
memandang wajah Nari dengan penuh berharap.

Nari tersenyum ke arah saya sambil berjalan laju ke hadapan tanpa menghiraukan
saya.Saya tiba-tiba merasa marah dengan tindakannya seperti mempermainkan
saya.Tiba-tiba Nari menoleh ke belakang dan menjerit.

"Ma...la...yu!!!"

Beberapa pengunjung perpustakaan terbesar di dunia itu kelihatan menoleh ke arah


704

Nari.Seorang pengawas perpustakaan seperti mahu berjalan ke arah Nari,namun Nari


cepat berjalan menyusup ke balik dinding dan hilang entah ke mana.

Jam menunjukkan pukul 1 pagi.Saya menutup tingkap.Kemudian saya merenung ke arah


ukiran palang kayu yang tersusun pada tingkap.Benar.Beng Mealea menyimpan rahsia
yang terpendam.Ukiran palang kayu pada tingkap rumah lama itu membuatkan saya
seolah-olah berada di hadapan Beng Mealea.Beng Mealea bermaksud 'kolam
seroja'.Mealea,Mala dan Malayu.

Malam itu saya tidur nyenyak tanpa gangguan.

~Srikandi
"Mala Malayu iva Malayam raja"

Posted by Mistis Organization at 8:07 PM


705

Saturday, April 23, 2011

Catatan Srikandi VI

Catatan Srikandi VI: "Don't cry,Srikandi"

Malam semalam saya pengsan lagi.Sebelum itu saya terasa badan saya lemah tiba-
tiba.Ketika pengsan,saya terasa seolah-olah di bawa ke satu pulau.Pulau itu seolah-olah
tanpa penghuni.Kemudian ada suara riuh-rendah.Ada seseorang memegang kepala
saya.Kemudian saya tersedar.Ramai pelajar Maahad mengelilingi saya.

Apabila sakit begini,ketika saya kecil,ibu saya selalu duduk di sisi saya sambil mengusap-
ngusap kepala saya.Ibu saya yang menyuapkan makanan ke mulut saya.Selalunya ibu
hanya memasak bubur nasi berlaukkan ikan bilis goreng.Tapi bubur itu benar-benar lazat
bagi saya.Ibu akan menyuapkan bubur itu ke mulut saya.Adakalanya ibu membubuhkan
sedikit kicap masin ke dalam bubur untuk membangkitkan selera saya.Sepanjang ibu
menyuapkan makanan,bibirnya sentiasa senyum.Wajah ibu sungguh cantik.Dia berasa
gembira melihat saya menelan bubur nasi perlahan-lahan.

Apabila malam,badan saya semakin panas.Ibu akan duduk di sisi saya,sambil menuamkan
dahi saya dengan air batu.Mulutnya terkumat-kamit membaca doa.Wajahnya saya lihat
agak gelisah.Ayah pula jarang di rumah.Pekerjaannya sebagai konsultan sebuah firma
terkenal memerlukannya banyak bekerja di luar kawasan.Kadang-kadang seminggu ayah
tiada di rumah.

Ketika itulah,kira-kira tengah malam,saya terasa seperti ditindih sesuatu.Suasana bilik


amat dingin.Ibu tidur di lantai,menemankan saya.Saya ingin bersuara,namun lidah saya
kelu seribu bahasa.Kemudian saya mendengar suara,sayup-sayup kedengaran,

"Puteri jadi begini sebab ibu puteri langgar pantang"

Dada saya semakin berdebar."Dia tak nak ambil dari warisnya,jadi kami serahkan pada
706

puteri sebagai anaknya"

Aku tak mahu...aku tak mahu,tiba-tiba hati kecil saya memberontak.

"Mayang Mengurai..ooo Mayang Mengurai...sayang seribu kali sayang"

Dada saya semakin sesak.Saya ingin bersuara namun suara saya seperti tertahan di dalam
kerongkong.Tiba-tiba ibu terpacul di sisi.Wajahnya serius.Mulutnya terkumat-kamit
membaca sesuatu,kemudian menghembuskan ke ubun-ubun sampai ke kaki.Tidak lama
kemudian saya dapat menggerakkan tubuh saya.Saya peluk ibu dan menangis.Ibu
tersenyum dan mengusap kepala saya.Dia menenangkan saya berkali-kali.

"Tak ada apa sayang...benda tu dah pergi...pergi tidur ya!"

Saya kembali terbaring di atas katil.Saya peluk erat bantal busuk saya.Cahaya rembulan
masuk ke dalam ruang bilik melalui kaca tingkap yang berwap dingin.Saya merenung
bulan purnama.Tidak berapa lama kemudian saya pun tertidur.

Pagi esoknya,saya lihat ibu memunggah barang-barang di dalam rumah.Habis berselerak


segala benda di tengah rumah,di dalam bilik terutamanya."Ibu cari apa?" saya bertanya.

Namun ibu diam sahaja.Saya pun masuk ke bilik.Saya mencapai sebuah buku dan
membacanya sambil berbaring.Tidak berapa lama kemudian,saya terdengar bunyi tapak
kaki di luar.Saya pun bergegas mengintai di celahan tingkap bilik yang terbuka
sedikit.Saya lihat ibu berjalan ke arah belukar di kanan rumah dan menghilang.Saya
perasan dia memegang sesuatu yang dibalut kain kuning.

Saya kenal barang yang dibalut kain kuning itu.Kalau tak silap saya,ia adalah sebilah keris
purba pemberian datuk saya sebelah ibu.Datuk saya bernama Ngah Jabor,merupakan
cucu seorang panglima jajahan Larut dan Matang.Saya rapat dengan datuk saya itu.Dia
suka bercerita apabila kami berkunjung ke rumahnya.Salah satu cerita yang paling saya
gemar ialah tentang sejarah Negeri Perak.Mungkin salah satu sebab saya menyukai
sejarah ialah faktor datuk saya yang seorang ini.Pengetahuan sejarah tentang Negeri
Perak sungguh luas.Apa yang dia ceritakan banyak selari dengan buku Cempakasari
Negeri Perak yang saya baca kemudian hari.

Salah satu cerita yang agak menggerunkan saya ialah tradisi raja-raja Perak yang perlu
mengunjungi 99 buah gua di sepanjang pantai negeri termasuk Beting Beras Basah yang
terkenal itu.Raja akan menaiki kapal berserta berpuluh-puluh perahu hulubalang.Pada
masa dahulu menurut datuk saya,raja mesti minum arak di setiap gua dan menyeru
mambang di dalam gua.Saya kurang percaya cerita ini.Bagi saya,jika benar,mungkin
terjadi pada zaman sebelum Islam atau awal Islam di mana masih berbekas amalan
Hindu-Buddha atau animisme dalam masyarakat Melayu dahulukala.

Suatu ketika datuk saya itu memanggil saya duduk di sisinya."Cucu atuk ni nak dengar
cerita tak?"

Sudah tentu saya mengangguk dengan gembira.Kemudian dia memulakan ceritanya.

"Dahulu negeri Perak ini adalah sebuah pulau.Penjaganya ialah Naga Kepala Tujuh"

"Betul ke tok?Naga tu duduk kat mana?"

"Ini cerita rakyat sahaja,naga tu duduk di dasar laut.Kononnya ketika bakal Sultan
pertama Negeri Perak berlayar dari Melaka ke sini,naga ini pernah muncul lalu
menjatuhkan mahkota raja ke dalam laut.Sebab itu raja kita tidak bermahkota"
707

"Yang terselamat antaranya ialah pedang Curasimanjakini,tengkolok dan keris Taming


Sari,ketika kejadian itu kononnya bahtera raja berhenti di sebuah beting pasir yang tiba-
tiba muncul.Itulah Beting Beras Basah"

Hari ini saya mula terfikir,tradisi potoh naga berasal dari mana?Saya yakin dalam senarai
barang kebesaran yang dibawa dari Melaka itu tidak termasuk potoh naga.Dan saya yakin
potoh naga adalah asli alat kebesaran Negeri Perak.Mungkin dari kerajaan Gangga
Negara,Beruas dan Manjung.

Dalam catatan lanjutan yang diterjemahkan dari makam Hatshepsut di Luxor,Mesir ada
menceritakan secara terperinci kostum Raja Perahu,pemerintah Punt yang menyambut
delegasi Mesir Purba yang diketuai oleh Nehesi,ketua delegasi Mesir.Raja Perahu
memakai ikat kepala (saya kira tanjak),memakai senjata yang disisip di pinggang (saya
berpendapat ia adalah keris) dan memakai gelang di lengan (ya,ini adalah potoh).Di
dalam ukiran relief pada dinding yang menceritakan Raja Perahu dan isterinya,Hati tidak
terpapar gelang potoh ini.Anehnya ia tercatat pada keterangan di dinding makam dalam
hiroglif.Jadi jika ada raja di mana-mana di dunia ini yang ingin mengaku mewarisi Raja
Punt yang digelar pemerintah "The Land of Gods",dia mesti mewarisi 3 eleman diraja;

1)tanjak atau ikat kepala,

2)senjata tersisip dipinggang dan,

2)gelang di lengan.

Anda boleh namakan siapa raja di dunia ini yang menepati 3 elemen Raja Punt ini?Raja
Thai?Tidak,raja Thai dan Kemboja mempunyai mahkota bermuncung dan tidak memakai
potoh.Raja Thai biasanya memegang pedang bukan senjata tersisip dipinggang.Raja
China?Lagilah tidak.Maharaja China memakai jubah dan topi.Raja-raja
Eropah?Tidak,mereka ada mahkota,tidak memakai potoh dan tiada pisau tersisip.Raja-
raja Arab dan Parsi?Ok,ada suku-suku Arab yang mempunyai tradisi membawa senjata
seperti pedang pendek dan disisipkan ke pinggang.Ikatan di kepala?Ya,orang Arab atau
Afrika ada yang memakai ikat kepala,contoh yang paling popular ialah igal dan
serban.Gelang di lengan?MEREKA 'TERKANTOI' DI SINI'.

Raja Arab dan Parsi tiada potoh.Begitu juga raja-raja Semit yang lain seperti
Babilon,Chaldea,Assyria dan sebagainya.Mereka kekurangan salah satu 3 elemen itu atau
kesemua sekali.

Montezuma raja Aztek?Raja Maya di Amerika Tengah?Tidak...tidak...tidak.Raja-raja di


India?Tidak...tidak...tidak.

HANYA RAJA MELAYU SAHAJA YANG MEMPUNYAI CIRI-CIRI RAJA PUNT!

Terutamanya Sultan Perak dan Terengganu,setakat ini yang saya tahu ada tradisi
memakai potoh naga semasa pertabalan.

Tiba-tiba saya teringatkan Nari,si gadis Kemboja.

"Tradisi naga memang berakar umbi dalam masyarakat kami.Mera atau Soma adalah ibu
bangsa Khmer,merupakan anak kepada raja Naga 'The King of Serpent'.Keturunan 'The
King of Serpent' inilah mewariskan darahnya kepada bangsa yang hebat ini," ujar Nari
dengan penuh bangga.

Saya hanya tersenyum melihat gelagat Nari.Saya sebenarnya sebelum ini banyak melayan
708

dan bersabar dengan karenah Nari.Bila bercakap pasal bangsa dan sejarah,Narilah
juaranya.Dia sering menunjukkan kompleks Angkor untuk menunjukkan kehebatan
tamadun Khmer.Benarlah kata setengah kawan bahawa orang Khmer memang angkuh
bila bercakap pasal sejarah.Bukan semua tetapi kebiasaannya.

Saya menjawab dengan wajah selamba,"Kamu tahu siapakah King of Serpent itu?"

Nari menjawab dengan yakin,"Preah Naga,tuan punya Pulau Kok Thlok atau Nagadvipa
yang kemudiannya menjadi Nokor Khmer atau Kampuchea".

Saya menjawab,"Apakah Preah?Di sana ada Preah Thong,bukan?Menantu Naga King".

"Preah bermaksud 'sacred' (suci,dihormati),ia gelaran raja-raja kami.Ia juga digunakan


pada tempat suci seperti Preah Khan atau Preah Vihear,"

"Saya tahu raja Thai memakai gelaran Phra,ada kaitan?" saya berkata.

Nari mencebikkan bibir,"Seperti biasa,bangsa penyamun itu merompak hampir kesemua


budaya kami sehingga ke gelaran-gelaran raja.Tanah kami juga dirompak
mereka.Sepatutnya tanah Kemboja lebih besar dari apa yang orang Khmer dapati pada
hari ini".

Kami juga menerima nasib yang sama...Nari,detik hati saya.Tanah bangsa Melayu
sepatutnya hingga ke Ban Malayu di Ranong,Thailand.Malah Ayutthaya sendiri adalah
wilayah Sri Dharmaraja sebelum kedatangan U-Thong,raja Ayutthaya pertama.

Rahsia Parahu

Saya kemudian berkata,"Phra diambil dari kata Preah,bukan?" Nari


mengangguk."Bagaimana dengan Preah?"

Nari menjawab,"Ia perkataan asli Khmer".

"Iya?"

"Saya pasti"
709

"Bagaimana jika saya katakan,perkataan Preah diambil dari kata 'Perahu' yang bermaksud
'boat' dalam bahasa Inggeris?"

"Karut!" Nari membantah."Preah bermaksud 'sacred' (suci atau keramat)".

Saya tersenyum.Gadis Khmer ini memang 'angkuh'."Prao adalah gelaran untuk raja-raja
Mesir Purba,anda percaya?"

"Setahu saya 'pharaoh',bukan begitu?" Nari kelihatan kurang yakin.

Saya seperti mendapat bola tanggung.Nari nampaknya kurang tahu tentang gelaran para
Firaun Mesir."Itu dalam bahasa Inggeris yang diadaptasi dari bahasa Greek,Pharao.Orang
Greek pula mengambilnya dari perkataan asal Mesir purba iaitu,'prao'.Terdapat versi lain
yang dijumpai pada hiroglif seperti prah dan prau.Semua versi ini;prao,prau atau prah
menariknya digunakan selepas pemerintahan Ratu Hatshepsut,ketika pertengahan era
Dinasti ke-18 (1550-1292 Sebelum Masehi)".

Nari mengangkat keningnya."Apa signifikannya dengan semua ini?Kamu nak kata gelaran
preah berasal dari Firaun Mesir dan The Mummy?" Nari ketawa mengejek.

"Bukan,seperti yang saya katakan tadi,perkataan preah berasal dari 'perahu' yang
bermaksud 'boat' dalam bahasa Inggeris".

"Karut!Apa pula kaitan dengan The Mummy?" Nari memperli.

"Sebab 'The Mummy' yang menjelaskan bahawa gelaran raja Khmer berasal dari satu
perkataan Malayu".

"Nonsense!Saya tidak faham apa yang kamu kata!"

Saya makin senyum dan hampir mahu ketawa melihat gelagat Nari."Sebenarnya gelaran
'Prao' digunakan selepas Ratu Hatshepsut melawat Punt,satu pulau misteri yang berada di
timur Mesir.Tercatat pada makam Hatshepsut bahawa nama raja Punt ketika itu adalah
Parahu."

"Jadi?"

Saya menambah,"Selepas Hatshepsut,raja-raja Mesir Purba mula menggunakan gelaran


Prao,dan catatan terawal di mana kata 'Prao' ini digunakan ialah merujuk kepada
pemerintah di dalam surat kepada Amenhotep IV (Akhenaten) ketika pertengahan era
Dinasti ke-18 (1550-1292 Sebelum Masehi) di mana disebutkan dengan kata-kata:

"Prao,seluruh kehidupan,kekayaan dan hidup sihat!"

Nari membangkang,"Itu tidak bermaksud prau,prah atau prao adalah asal preah.Dan ini
tidak bermaksud Punt ialah Malaysia atau Parahu adalah lelaki yang berbangsa Malayu!"

Ah,jangan sempitkan takrif Melayu hanya berada di Malaysia,cetus hati saya dengan
sedikit geram.Saya menjawab,"Mari dengar apa yang saya katakan.Jika anda tidak
percaya dengan perkataan 'Parahu' adalah perkataan Melayu 'Perahu' maka anda harus
tahu bahawa isteri Parahu bernama Hati,ini yang tercatat pada tembok makam
Hatshepsut.Menariknya dalam bahasa Mesir Purba,'Hati' bermaksud 'heart'."

"Jadi?"

Saya mengangkat kening,"Dalam bahasa Melayu,'hati' juga bermaksud 'heart'."


710

Nari terdiam.Saya mengambil peluang untuk menambah,"Prao,pada awalnya bukanlah


bermaksud gelaran atau puji-pujian.Ia bermaksud tempat tinggal atau kenaikan dalam
bahasa Mesir Purba.Perahu adalah perkataan Melayu merujuk kepada kenderaan utama
kaum-kaum Austronesia yang berkeliaran dari Hawaii hingga ke Madagaskar.Orang
Melayu adalah pelaut yang disegani.Banyak masa mereka dihabiskan di dalam kapal atau
perahu.Jika anda tanya pada mereka,'Where is your home?Mereka pasti menjawab,"My
home is here,at the sea!".

Nari cuba membantah,"Namun preah bukan berasal dari perahu atau prao atau prah!"

Saya menjawab tenang,"Ia samalah jika kamu menafikan gelaran Samdech yang berasal
dari kata Samraj atau Samraat,dalam bahasa Sanskrit bermaksud 'emperor'."

Sebenarnya legenda pulau dan naga adalah dikongsi bukan sahaja dalam mitos
Khmer,malah Melayu dan Mesir Purba.Menariknya 'legenda pulau dan naga' dalam
kesusasteraan Mesir Purba (“The Shipwrecked Sailor”) merujuk kepada ekspedisi kapal-
kapal Mesir Purba ke dunia sebelah timur.The King of Serpent yang ditemui oleh pelayar
Mesir Purba adalah susuk orang sama atau keturunannya yang juga ditemui oleh Preah
Thong atau Kaundinya.Kaundinya juga menemui The King of Serpent di pulau itu dan
perbezaannya,Kaundinya bertuah dijadikan menantu oleh The King of Serpent.

Legenda Kedah mengatakan dahulu,Gunung Jerai adalah sebuah pulau.Dan di sekitar


gunung inilah munculnya Merong,iaitu bermaksud 'Ular Besar' dalam bahasa purba Mon-
Malayu.Maka lahirlah Hikayat Merong Mahawangsa.Hikayat ini sungguh berkuasa dan
mengandungi rahsia besar sehingga menyebabkan kerajaan Siam (era Chakri) merasa
terancam dan memerintahkannya dibakar ketika menjajah Kedah pada abad ke-19.Raja
Siam tidak dapat menerima hakikat bahawa Indochina pernah diperintah oleh raja-raja
Kedah sebelum imigran Tai tiba secara beramai-ramai.Saya sudah jelaskan susurgalur
raja Kedah ini bergelar Ketomala dalam rekod Khmer.'Keto' bermaksud Ketaha dan 'Mala'
bermaksud dinasti Malayu.Rekod Burma mengatakan raja-raja Ketomala pernah
memerintah kawasan Mergui Peninsula yang di dalamnya terdapat daerah Tanintharyi
(Tanah Sari) atau Tenasserim (Tenang Siram).Semua ini berlaku lama sebelum Nabi Isa
a.s lahir ke dunia.
711

"Negeri Perak kononnya dijaga oleh Naga Kepala Tujuh.Sebab itu raja Perak memakai
gelang berkepala naga...."

"...ah,itu semua syirik.Mana ada naga kepala tujuh jaga negeri ini pula.Ayah...ayah...",tiba-
tiba ibu menyampuk dari dapur.Nampaknya ibu memasang telinga dari tadi.Datuk hanya
tersenyum memandang saya."Ini semua kisah rakyat sahaja,cu.Buat seronok-seronok
bersembang.Sudahlah,pergilah tidur."

Saya pun berjalan menuju ke bilik.Namun langkah saya terhenti apabila terdengar satu
perkataan dari mulut datuk,perkataan yang benar-benar menimbulkan perasaan aneh
dalam diri saya.

"...Mayang Mengurai,tak sia-sia aku hantarkan kau belajar pondok..."

Saya tahu dan yakin bahawa kata-kata itu ditujukan pada ibu saya.Siapakah ibu saya
sebenarnya?

Dedalu Tangis,lihat dedaunnya yang mengurai panjang

Dalam catatan China iaitu rekod kerajaan Qi Selatan,ada menyebut tentang legenda Mera
dan Kaundinya*.Mera disebut sebagai Liu-Ye yang bermaksud 'Willow Leaf' oleh
penterjemah Inggeris.Menariknya sejarahwan Champa mengidentifikasikan Liu-Ye
sebagai Mayang Mengurai.Mungkin dari sifat pohon dedalu yang apabila menjadi
banyak,dedaunannya mengurai panjang hingga ke tanah.Tapi janggal juga,sebab mayang
ni selalu merujuk pada mayang pada kelapa,iaitu bunga pokok kelapa.
712

Kenapa Mayang Mengurai?Seperti yang saya katakan tadi,Mayang Mengurai ini setahu
saya berkaitan dengan mayang pohon kelapa.Cuba lihat tradisi cerita rakyat
Terengganu,dan lagunya Ulek Mayang.Dukun menggunakan mayang kelapa lalu
memukul tubuh pesakit.'Willow' pula bermaksud dedalu.Mungkin Liu-ye maksudnya
Puteri Dedalu?Tetapi ini membawa konotasi negatif kerana selalunya dedalu dikaitkan
dengan parasit dan diterjemah ke sifat manusia lebih kurang macam pisau
cukur.Mungkin pencatat China tersalah tafsir apabila bunga pokok kelapa dilihat seperti
daun dedalu.Apabila saya mengkaji lagi rekod-rekod China purba,kemudiannya saya
menjumpai contoh yang lebih tepat.Rupa-rupanya 'Liu-Ye' hanya disebut dalam rekod
kerajaan Qi Selatan.Dinasti-dinasti lain menyebutnya sebagai 'Ye-ye' yang bermaksud
'Coconut leaf' (DAUN KELAPA)!!

Subhannallah!!

Melayu dan sejarahnya benar-benar mengasyikkan!

Dan fakta berikut ini sungguh mengejutkan:Pohon dedalu (Willow) tidak tumbuh di
Kemboja!*

Nampaknya Puteri Mayang Mengurai yang sering muncul dalam hikayat-hikayat Melayu
dahulukala itu memang wujud dan dicatat oleh para pengembara China purbakala.Jika
saya ada peruntukan besar,saya ingin ke Beijing (bukan ke Beijing untuk membuktikan
Hang Tuah seorang Cina) untuk menggali segala rekod maharaja China tentang orang-
orang Melayu dan lautnya.Orang-orang China dahulukala jujur dalam mencatat tidak
seperti golongan kiasu kini yang pembohong dan tamak haloba.

Sebab itu saya katakan,jika anda belajar sejarah menurut cara dan gaya yang saya
ajarkan,bukan cara sejarahwan Malaysia yang pemalas,anda akan jumpa banyak perkara
yang menakjubkan.450 tahun dijajah kuasa Eropah menyebabkan kita,orang Melayu
seolah-olah masuk ke dalam 'black hole' yang apabila pada tahun 1957 kita kembali ke
bumi,kita mengalami amnesia,lupa sejarah kita yang lalu.

Ketika saya teringatkan semua peristiwa itu,saya masih terbaring di atas katil,beransur
pulih dari kesakitan.Di sisi saya terletak kemas kitab "As-Syamailul Muhammadiyah'
karangan Imam At-Tirmizi.Sungguh banyak tentang peribadi nabi s.a.w tertulis di dalam
713

kitab itu.Membaca peribadi nabi s.a.w sedikit sebanyak meneguhkan peribadi saya dalam
berjuang menghadapi hidup ini.

Airmata saya tiba-tiba mengalir deras.Saya masih teringatkan datuk dan ibu.Datuk telah
lama pergi,ketika saya masih darjah enam.Kehilangan datuk menyebabkan saya
kehilangan segala misteri negeri Perak,negeri kesayangan dan tempat lahir saya.Saya
hilang sumber cerita dan penglipurlara.Saya tidak sempat untuk bertanya lagi tentang
sejarah Melayu,lebih-lebih lagi kini saya bergelar sejarahwan.

Saya mencapai beg tangan saya.Saya keluarkan satu balutan kain kuning dari dalam beg
tangan.

Sebilah badik yang mempunyai mata berlok;seolah-olah keris kecil,tergenggam kemas di


tangan saya.Saya merenung bahagian mata badik yang beralun-alun seperti ular yang
menyusur.Maafkan aku Mayang Mengurai,detik hati saya.Air mata saya mengalir lagi.

Tiada yang lebih menyeksakan seorang gadis yang berumur 15 tahun apabila patah salah
satu tempat bergantungnya.Dia tidak sempat untuk mengenal siapa Mayang
Mengurainya.Dia belum sempat untuk mencari asal-usulnya.*

*Legenda Kaundinya dan Mera menyebutkan bahawa Kaundinya telah mengahwini


Mera,seorang gadis tempatan dan memulakan Kerajaan Funan yang terkenal itu.

*Paul Pelliot,'Le Fou-nan',BEFEO 3 (1903),p 256.The History of the Southern Qi records


her name as Liu Ye,'Willow Leaf',although the dynastic histories vary slightly,for example
Ye Ye,'Coconut Leaf'.Interestingly,willow do not grow in Cambodia.

*Ibu Srikandi meninggal dunia akibat kanser.


Posted by Mistis Organization at 11:08 PM | | 69 comments
714

Friday, October 21, 2011

Catatan Srikandi VII

Catatan Srikandi VII

"The truth is out there"

Semasa saya kecil-kecil dahulu,saya selalu mencuri makan serbuk milo ketika ibu sedang
sibuk di depan televisyen pada bulan puasa.Jika ibu tertidur,saya apa lagi,terus buka peti
ais dan meneguk air sirap yang ibu simpan semasa sahur.

"Adik buat apa tu?"

"Tak de pape...", saya menjawab laungan ibu dari arah ruang tamu.Agak berdebar
juga,bagaimana ibu boleh terbangun secara tiba-tiba.

Ibu memang tegas dalam melatih saya untuk berpuasa.Semasa kecil saya begitu rimas
dengan perintah agama untuk berpuasa.Tak boleh makan,tak boleh minum.Hidup
sepanjang-panjang hari dengan berlapar dan dahaga.Begitu menyiksakan.Setiap masa
mata saya asyik melirik ke arah jam besar di ruang tengah.Penantian adalah satu
penyiksaan.Kadang-kadang,dah pukul 7 petang pun,nak menunggu beberapa minit untuk
berbuka adalah pengalaman yang paling dasyat.Setiap saat dikira bagai 'countdown'
malam tahun baru.

Bila masa berbuka,sayalah orang pertama meneguk air!


715

"Makanlah buah kurma dahulu baru minum air...", ibu menegur.Saya hanya tersengih-
sengih memandang ibu.

Bila dewasa begini,pengalaman berpuasa begitu memotivasikan saya.Ia bukan satu


penyiksaan lagi,tetapi sumber inspirasi dan kekuatan.Berpuasa membuatkan saya begitu
tenang dan matang.Semua tindakan saya begitu jelas ketika berpuasa.Emosi saya
stabil,fikiran saya lapang.Bila usia menginjak dewasa,barulah saya mengerti mengapa
Tuhan memerintahkan kita berpuasa.

Kalau tidak silap saya,dalam satu kajian perubatan ada mengatakan 90% penyakit
berpunca dari perut.Kadang-kadang saya berjalan-jalan di bandar,saya terpandang juga
iklan ubat-ubatan yang memaparkan gambar-gambar najis mangsa pelbagai
penyakit.Agak 'geli' juga melihatnya.Ada yang hitam legam dan berpintal-pintal.Memang
benarlah satu fakta yang mengatakan dari rupa keadaan najis seseorang,pakar perubatan
boleh tahu apakah penyakit yang dideritainya.Dalam iklan itu,pelbagai gambar najis
mangsa dipaparkan,menunjukkan tahap kesihatan mereka yang teruk berpunca dari
makanan yang mereka ambil sehari-hari.Tetapi ini dapat dielakkan jika mereka
berpuasa.Berpuasa mampu membersihkan usus kita berkali ganda dari mengambil ubat-
ubatan.Ia lebih berkesan dan tidak meninggalkan kesan negatif.

Mencari pengertian puasa bagaikan mencari jejak-jejak sejarah Melayu yang


misteri.Ketika di bangku sekolah dahulu saya tidak mengerti mengapa saya perlu belajar
sejarah terutama sejarah Malaysia yang 70% nya berkisar zaman penjajahan.Kini baru
saya tahu era sebelum imperialisme menyimpan 1001 rahsia Asia Tenggara dan dunia
Kemelayuan.

Malay is truly Southeast Asia.Asia Tenggara adalah tanahair orang Melayu dan segala
misterinya.Ketika ahli arkeologi,pakar genetik dan DNA serta ahli kajian genome sedunia
semakin tertarik dengan kawasan bernama Asia Tenggara ini,kita tahu mengapa ada
'orang luar' yang beria-ria mahu orang mengiktiraf dirinya berasal dari Asia Tenggara.

Orang Melayu adalah etnik yang unik berbanding mana-mana etnik Asia Tenggara kerana
menduduki kedua-dua bahagian tanah besar dan kepulauan.Ini memberitahu kita bahawa
induk Asia Tenggara adalah Austronesia.Di bahagian tanah besar Asia Tenggara,terdapat
4 kaum yang dikenal pasti oleh majoriti ahli sejarah dalam dan luar Asia Tenggara sebagai
'indigenous' iaitu:Mon,Pyu,Khmer dan kita,Malayu.Kaum Pyu sudah pupus manakala
orang Mon semakin tersepit dan menuju ke arah kepupusan bahasa dan budaya.Yang
masih bertahan adalah Malayu dan Khmer kerana kedua-duanya memiliki peradaban
716

tinggi dan tahap survival yang lasak.

Hubungan orang Melayu sebagai suku Austronesia dan Khmer sebagai suku Austro-asiatic
sememangnya diketahui sejak zaman berzaman.Orang Khmer adalah 'mainlander'
manakala Melayu adalah 'seafarers'.Orang Melayu membuka perdagangan maritim dan
memerlukan barang dagangan dan pertanian untuk didagangkan.Transaksi ekonomi
berlaku antara kedua-dua kaum ini.Orang Khmer juga meminati galian mahal
ini;emas,yang dilombong oleh orang Melayu.Raja-raja Khmer selalu memesan sejumlah
perhiasan dan jongkong emas yang banyak dari negeri-negeri Melayu untuk menghiasi
kuil-kuil mereka.Tradisi emas dengan negeri-negeri Melayu memang berakar umbi dari
sejarah yang panjang dan ini membuka rahsia yang lain mengapa Raja Siam tetap
mahukan negeri-negeri Melayu naungannya menghantar bunga emas ke Bangkok pada
masa dahulu.

Antara pengkhususan kajian sejarah saya ialah hubungan antara Malayu dan
Khmer.Kedua-dua kaum ini memiliki hubungan misteri pada masa silam sejak ramai
pengkaji mula sedar sebahagian raja-raja Angkor adalah berketurunan Melayu!

Saya juga mengkaji hubungan bangsa Melayu dengan kaum-kaum bukan serumpun (non-
Austronesia) yang lain seperti Thai,Burma dan Dai Viet di Asia Tenggara.Dan yang paling
penting sekali,hubungan Melayu dengan sukukaum-sukukaum Austronesia sendiri seperti
Jawa,Sunda,Bugis dan sebagainya.

Sudah semestinya jika kita membuka buku teks sejarah Tingkatan 3,kita tidak akan
menemui nama raja-raja Angkor yang berketurunan Melayu seperti Suryavarman
I,Jayaviravarman,Udayadityavarman II,Harshavarman III,Jayavarman VII,Indravarman
II atau Jayavarman VIII.Ini semua adalah nama Emperor-emperor Empayar Khmer atau
kerajaan Angkor yang terkenal itu.Bagi kita,Angkor adalah Khmer dan semua raja-rajanya
adalah Khmer.INI SALAH!Hubungan bangsa Melayu dengan bangsa-bangsa di
sekelilingnya adalah SAMA DENGAN HUBUNGAN BANGSA JERMAN DENGAN
BANGSA-BANGSA EROPAH DI SEKELILINGNYAsebagai contoh.Dahulu hubungan
orang Melayu dengan Mon dan Khmer amat rapat sehingga terjadi perkahwinan sesama
mereka.Tanah bangsa Melayu juga menjangkau tengah Thailand dan bersempadan
dengan Kemboja,tanahair bangsa Khmer.Di Battambang,Kemboja buat pengetahuan anda
merupakan bekas wilayah negeri Melayu pada masa silam.Ini semua ada tercatat dalam
prasasti atau petitih-petitih kuno bangsa Khmer.
717

Kita kena belajar memahami dari sekarang bahawa hubungan orang Melayu dengan entiti
di sekelilingnya bersifat antarabangsa.Bukti konkrit paling jelas menggambarkan maksud
ini adalah Sulalatus Salatin,yang menceritakan hubungan kerajaan Kesultanan Melaka
dengan kerajaan-kerajaan di sekelilingnya seperti Majapahit,Champa,Pasai,Pahang atau
Ayutthaya.Inilah karya sejarah yang bijak,menceritakan betapa 'international' nya orang
Melayu pada masa dahulu,belum dikira era Srivijaya lagi.Saya sudah tegaskan berkali-
kali,hubungan kerajaan-kerajaan silam di Asia Tenggara adalah sama seperti hubungan
kerajaan-kerajaan di Eropah.Sebagai contoh keturunan bangsawan Jerman,Saxe-Coburg
dan Gotha mewarnai beberapa keluarga diraja Eropah seperti Sweden dan England.Puteri
Sybilla dari Sweden (1908-1972),isteri kepada Putera Gustav Adolf,Duke of Västerbotten
yang merupakan ibu kepada Raja Sweden, Carl XVI Gustaf adalah dari keturunan
bangsawan Jerman tersebut.Contoh yang paling jelas adalah suami kepada Ratu Victoria
dari England,Putera Albert adalah keturunan Jerman Saxe-Coburg dan Gotha.Jadi tidak
hairanlah mengapa dalam Riwayat Chiang Mai yang ditulis di atas manuskrip dedaun
pada tahun 1827 menyebutkan Suryavarman I (maharaja empayar Khmer) berketurunan
dari Malayu.Suryavarman II pula (yang membina Angkor Wat) adalah sepupu
Jayavarman VII,yang merupakan cicit Suryavarman I!

Kita sesungguhnya berhubung dengan bangsa Khmer melalui peperangan dan


perkahwinan.

Raja Sujita dari negeri Melayu Sri Dharmaraja telah mengahwini seorang gadis Khmer
dan melahirkan emperor ke-39 Angkor,Suryavarman I yang telah membina Preah Vihear
yang kini menjadi perebutan antara Kemboja dan Thailand.Seorang emperor dari dinasti
Melayu Sailendra telah menakluki Chenla (negeri asal bangsa Khmer) pada tahun 774
Masehi.Seorang kanak-kanak cerdas telah ditawan bersama-sama ekspedisi ketenteraan
Sailendra itu,dan diasuh di dalam istana Sailendra,kemudiannya apabila dewasa menjadi
pengasas Empayar Khmer.Dia adalah Jayavarman II,yang fasih berbahasa Melayu
718

Kuno,bahasa tradisi dinasti Sailendra dan Sriwijaya,dua 'ruling house' yang amat
berkuasa di Asia Tenggara ketika itu.

Saya pernah menghadiri satu teater Khmer berkenaan raja-raja Angkor.Ketika itu
terdapat satu slot tentang adegan peperangan dengan Champa.Kemudian adegan seorang
raja dan permaisurinya memberi restu kepada para perajurit.Yang menarik hati saya ialah
pakaian raja itu yang bersampin dan memakai 'vest' sebagaimana gambaran raja-raja
Melayu pada masa dahulu.Mahkotanya juga berbentuk tanjak.Saya berbisik kepada rakan
sebelah saya (orang Kemboja),dan dia memberitahu saya bahawa raja itu adalah
Jayavarman VII dan di masa pemerintahan beliau,memang ada peperangan dengan
Champa.

Menariknya,apabila saya mengkaji lebih dalam ternyata Jayavarman VII adalah dari susur
galur raja Melayu dan pernah tinggal di Champa beberapa lama.Saya kurang jelas adakah
dari sebelah ibu atau ayah,namun saya yakin dari sebelah ibu kerana perkataan
'cudamani' pada nama ibunya,Sri Jayarajacudamani,adalah 'title' khas
Maulimalaraja,garis keturunan raja-raja Melayu Indochina.Kemudian barulah saya tahu
bahawa beliau adalah cicit Suryavarman I selepas membaca ulasan sebuah prasasti di
Laos,iaitu Prasasti Say Fong!

Salasilah raja-raja Melayu Indochina tercatat dalam pelbagai prasasti dan manuskrip
Khmer,Mon dan Thai!

Di dalam rekod Dinasti Sui (581-618 Masehi),merujuk kepada misi oleh Tchan Sun dan
Wang Kiun Tching,memberitahu serba sedikit tentang Chih Tu:

"Nama keluarga raja Chih-tu adalah Chu Tam (Chudam), dan nama peribadinya
adalah Li-fo-shi. Sejak bila sejarah putera ini bermula kami tidak tahu. Kami hanya
diberitahu bahawa ayahnya, selepas meninggalkan takhta untuk menjadi seorang
719

biarawan, dihantar kepadanya kedudukan kerajaan, kedudukan yang telah diadakan


selama enam belas tahun. Raja ini Li-fu-to-Hsi mempunyai tiga isteri, yang semuanya
puteri gerbang yang sekitar seratus langkah berasingan. Pada masing-masing gerbang,
diselubungi dengan loceng emas kecil, yang dicat Bodhisattva dan abadi yang
menjulang tinggi di udara..."

Li-fo-shi adalah sebutan China kepada Srivijaya,seorang putera raja Melayu purba yang
memulakan dinasti yang teragung itu.Dimanakah Chih Tu?Chih Tu diyakini berada di
kawasan Kelantan sehingga ke Patani pada hari ini.Persekutuan dengan beberapa
negarakota Mon menyebabkan nama Chih Tu juga dikesan sejauh Chiang Mai,kawasan
yang dahulunya merupakan sebahagian Haripunjaya,sebuah negarakota (city-state) Mon.

Perhatikan nama keluarga pemerintah Chih Tu adalah 'Chudam'.Sebab itu sejarahwan


Thailand mendakwa Jayavarman VII adalah berasal dari dinasti Melayu
Indochina,sekurang-kurangnya punya kaitan dengan suku Cham.

Betapa asyiknya tenggelam dalam misteri raja-raja Melayu di tengah-tengah riwayat


Khmer dan Mon.Saya benar-benar ingin kembali ke zaman silam dan ingin melihat
sendiri bagaimana raja-raja keturunan Melayu ini memerintah Empayar Khmer di dalam
istana secantik Preah Vihear.Mereka pasti berbahasa Mon,Khmer dan Sanskrit bila
berurusan dengan rakyat Kemboja,dan apabila bertemu dengan saudara mara mereka
sudah tentu berbahasa Melayu.Adakah bila saya datang mengadap emperor-emperor
Angkor ini dan cuba berbahasa sendiri terhadap mereka,adakah mereka memahami
saya,cucu cicit yang seketurunan dengan mereka,Malayu?

Adakah mereka memahami saya?

"Mera juga disebut sebagai Ye Ye dalam pelbagai rekod dinasti China,yang diterjemah
oleh penterjemah Inggeris sebagai 'Coconut Leaf'," Nari bercerita tentang Mera,puteri
Funan yang menurunkan bangsa Khmer.

"Mayang Mengurai..."

"Apa kamu kata?" Nari menyoal.

Saya menarik nafas panjang.Gadis Khmer itu merenung saya menanti jawapan.Pada
zaman dahulu,ada seorang puteri dari Malayu yang memerintah pulau Kok Thlok,berjiran
dengan raja-raja Cham purba.Ketika itu bangsa Khmer berada di utara,tepatnya di utara
720

Laos sekarang.Namun begitu mereka belum lagi wujud sebagai 'Khmer'.Mereka digelar
Chenla,atau Zhenla,lebih merupakan etnik-etnik selatan China.

Bersambung....

(Ikuti kisah Srikandi dengan rakan Khmernya, Nari berhadapan dengan seorang pemuda
dari Thailand yang berdebat tentang sejarah Indochina,yang akan diupdate dalam
ruangan yang sama)

~Malayu from Lords of The Sea Dragon


Posted by Mistis Organization at 12:02 AM
721

Friday, October 21, 2011

Catatan Srikandi VII part II

Catatan Srikandi VII part II

"At the end there are two of us"

Terdapat beberapa city-states di Indochina pada masa lampau seperti Javaka dan Syam
yang diterajui oleh 'Mala Kings of Malayu' seperti yang tercatat di dalam Prasasti Hanchey
abad ke-6 di Kemboja.Bersama-sama city-states Pyu dan Mon,raja-raja Malayu ini
berhubung dengan raja-raja Pyu dan Mon melalui pertukaran budaya dan
perdagangan.Semua ini berlaku kira-kira beberapa abad sebelum Masehi.

'Mala Kings of Malayu' ini juga sezaman dengan 'Cham Kings' dalam riwayat Khmer di
mana 'Cham Kings' ini telahpun berada di Indochina sejauh 500 tahun sebelum
Masehi.Ini sezaman dengan era Achaemenid di Parsi dengan emperor-emperor seperti
Cyrus The Great,Cambyses II dan Darius I.Kita kena faham mengapa orang-orang Melayu
begitu berkeras mempertahankan institusi beraja,kerana institusi beraja mereka antara
yang tertua di dunia,pada masa yang sama kesultanan Kedah adalah antara kesultanan
tertua di dunia!

"Mayang Mengurai adalah nama yang sering digunakan dalam hikayat-hikayat kami
merujuk kepada nama puteri sebuah kerajaan purba Melayu," saya berkata sambil
722

merenung jurnal Paul Pelliot.

"Apa maksud 'Mayang Mengurai'?" tanya Nari.

Saya menarik nafas panjang,"Mayang adalah bunga pokok kelapa manakala mengurai
adalah keadaan sesuatu dedaunan yang berjujuran atau berjuntaian,anda juga boleh
gunakan ia pada rambut,seperti rambut yang mengurai"

Kemudian saya menunjukkan pada satu perenggan pada jurnal,"Lihat sini Nari...menurut
rekod dari kerajaan Qi Selatan,pada abad ke-5 Masehi ada mencatatkan tentang 'Liu Ye'
seorang puteri di Indochina yang memerintah sebuah kerajaan.Namun rekod dari dinasti
lain seperti Liang,Liu Song atau Chen menyebutkan tentang 'Ye Ye' yang bermaksud
'Coconut Leaf'.Dalam budaya Melayu,sesebuah kerajaan kadangkala diperintah oleh raja
perempuan,seperti yang berlaku pada Kerajaan Patani dan Kelantan".

Mata Nari bersinar."Coconut Leaf dan Mayiang..."

"Mayang Mengurai.." saya merenung mata Nari dalam-dalam.

"Yes...of course that.Saya lihat ada persamaan di situ.Namun mungkin ianya


kebetulan?Siapa tahu?" Nari mahu mempertikai.

Saya tersenyum.Saya mengalihkan pandangan pada puncak Ammergau Alps di


kejauhan.Siapakah yang tahu,ketika suku-suku Jerman Kuno masih menggunakan tulisan
Rune dan memakai dialek Saxon Tua,dan bahasa Inggeris belum sepenuhnya wujud dan
masih senada dengan bahasa suku Jerman kuno...bahasa Melayu telahpun wujud di
dalam istana Funan seawal 1 Masehi!

"Hai,Nari!Di sini awak bersembunyi ya,puas saya cari," tiba-tiba seorang pemuda
menyapa kami berdua."Hmmm...Siti xxxxx (Srikandi) pun ada sekali,ha ha
ha...bagus...bagus," Pong,pemuda Thailand itu ketawa menyeringai lalu duduk di hadapan
kami.Ketika itu kami di perpustakaan kampus.

"Ha...apa yang kau nak?Penyibuk!" Nari memasamkan muka.Tindakan Nari itu tambah
menggelikan hati Pong.

"Saya duduk sebentar pun tak boleh?Saya ada sesuatu yang pasti mengejutkan awak,"
Pong berkata sambil tersenyum mengejek.
723

Nari memandang wajah saya dengan muka masam mencuka.Saya hanya tersenyum
sahaja sambil mengangkat kening."Kami tak undang awak untuk membuat cerita karut di
sini,faham?" Nari membulatkan matanya.

Pong ialah seorang pelajar dari Thailand yang suka mengusik Nari.Mereka selalu berdebat
tentang kelebihan negara masing-masing dari segi sejarah.Pong pada asasnya selalu kalah
dalam perdebatan,ya...sebab semua orang tahu sejarah Thai lebih muda berbanding
Khmer di Indochina.Namun Pong tetap berusaha membuat provokasi untuk
merendahkan-rendahkan sejarah Khmer dan Kemboja.Pong amat rajin mencari apa jua
kenyataan dan sumber yang menafikan tamadun orang Khmer.

"Pernah dengar nama ini,Indravarman III?

"Itu adalah raja Angkor kami,mengapa?Dengkikah?" Nari mencebikkan wajahnya


mengejek.

"Aha...raja Angkor kebanggaan kamu itu adalah keturunan Tai," balas Pong selamba.

"Karut!Kamu dan bangsa kamu selalu menipu dan mencuri budaya kami!" Nari
membantah.Pong hampir mahu ketawa melihat gelagat Nari.

"Menurut satu batu bersurat Sukhotai iaitu Inskripsi Nombor Satu,pada masa dahulu
kawasan Sukhotai telah diperintah oleh kaum Khom sebelum ditakluk oleh dua adik
beradik Thai,Po Khun Bang Klanghao and Po Khun Pha Muang.Khun Pa Muang telah
mengahwini anak perempuan Jayavarman VIII dan bapa mertuanya telah mewariskan
takhta empayar Khmer kepadanya dengan gelaran Sri Indravarman," jelas Pong.

"Khun Bang Klanghao pula seperti yang kita tahu telah mengasaskan Kerajaan Sukhotai
dengan gelaran Sri Indraditya.Jadi dalam sejarah,kita tahu bahawa Sri Indraditya adalah
pengasas Kerajaan Sukhotai,namun kita tidak tahu ke mana perginya saudara Sri
Indraditya yang lain,iaitu Pha Muang tadi.Sebenarnya selepas Jayavarman VIII
mangkat,Khun Pha Muang telah diangkat menjadi emperor Angkor!" Pong tersenyum
lebar.

"Dalam sejarah Angkor,tercatat nama raja selepas Jayavarman VIII adalah Indravarman
III.Ini sama dengan catatan dalam batu bersurat Sukhotai yang menunjukkan gelaran
Khun Pa Muang ialah Sri Indravarman!Maka Indravarman III dan Sri Indravarman atau
Khun Pa Muang adalah orang yang sama!" tambah Pong lagi.Nari semakin berkerut
724

dahinya menahan rasa tidak puas hati.

"....Indravarman III adalah berketurunan Thai dari Sukhotai!Dan orang Khmer telah
menjadi hamba sahaya seorang raja Thai!" tambah Pong diakhiri dengan ketawa kecil.

"Cukup!!Apa yang kamu beritahu adalah fantasi kamu sendiri.Semuanya


karut!Indravarman III adalah orang Khmer bukan Thai dari Sukhotai!" Nari membantah.

"Hahaha!Apa yang saya beritahu ini ada tercatat pada batu bersurat.Apa lagi yang kamu
mahu bantah?Sebab itu seorang raja kamu bernama Nak Ang Eng (Narayanaraja III)
menuliskan bahawa raja Khmer pertama ialah Trosok Peam.Mana dia raja-raja 'Varman'
kamu pergi selepas Jayavarman IX?" Pong menyoal Nari.

Nari terdiam.Pong mengambil kesempatan,"Pernah dengar tentang Sweet Cucumber


King?".

Nari merenung tajam Pong."Aha...dialah yang membunuh raja 'varman' yang


terakhir.Seperti yang kita tahu,Sweet Cucumber King menurut legenda Kemboja adalah
hamba suruhan Raja Siharaja,pada saya mungkin Jayavarman IX...dan raja telah
memberinya lembing khas untuk menjaga ladang tembikainya dan mengarahkannya
supaya membunuh sesiapa yang datang mencuri.Satu malam,si hamba telah mengesan
seseorang berjalan mengambil buah tembikai di ladang raja tersebut.Si hamba telah
melempar lembing raja ke arah si pencuri.Lembing tadi mengenai tepat dan si pencuri itu
terbunuh.Apabila hamba tadi memeriksa tubuh si pencuri,rupa-rupanya pencuri tadi
adalah rajanya sendiri!" Pong bercerita.

"Jadi?" saya mencelah.

Pong memandang saya sambil tersenyum,"Raja-raja 'Varman' telah dibunuh oleh si


hamba Khmer itu dan dalam riwayat menjelaskan si hamba tadi yang bernama Ponha
Chey telah dilantik menjadi raja kerana raja sebelumnya tiada waris lelaki.Ponha Chey
telah mengahwini puteri raja dan menjadi raja Kemboja dengan gelaran Trasok
Peam!Bertuahnya dia,pembunuh raja mewarisi takhta raja yang dibunuhnya,malah
mengahwini puteri raja pula...hahaha!"

Pong ketawa."Saya nak tanya kamu Nari yang manis,mengapa Ponha Chey tidak memakai
gelaran 'Varman'?"
725

"Varman atau tidak,mereka semua adalah Khmer!" balas Nari.

"Salah!Raja-raja Varman adalah orang Khom,bukan Khmer!" balas Pong pula.

"Who the hell of Khom?Kami tidak pernah mendengar perkataan itu!Perkataan itu hanya
rekaan kamu,pencuri Thai!" Nari membantah.

"Sebab itu Ponha Chey tidak memakai gelaran Varman sebab dia bukan berdarah
Khom!Dia adalah asli Khmer,macam kamu!"

"Ponha Chey tidak memakai gelaran itu sebab tidak mahu mengaitkan dirinya dengan
agama Hindu.Beliau adalah seorang penganut agama Buddha yang taat.'Varman' adalah
warisan era Hindu," jelas Nari.

"Really?" Pong memprovok.

"Yes,stupid jerk!!" Nari separuh memekik.

"Apa motif kamu berkata tentang,Khom?" saya mencelah,sekadar menjadikan keadaan


tidak bertambah panas.

Pong menarik nafas sambil tersenyum megah,"Bagi kami orang Thai,yang membina
semua candi-candi Angkor termasok Bayon,Banteay Srei dan Angkor Wat adalah orang
Khom,bukan Khmer,yang merupakan hamba kepada pemerintah Khom."

"Siapa Khom?" saya menduga.

Pong memandang Nari dengan senyuman mengejek,kemudian memandang kepada saya


dan berkata,"Khom adalah satu kaum pribumi yang menduduki Kemboja,sebelum
kedatangan kaum hamba iaitu Khmer.Khom adalah kelas pemerintah dan
bangsawan,serta artisan juga pedagang.Dalam versi lain,Khom juga bermaksud 'selain
Khmer' sama ada campuran Thai,Mon,Malayu dan Cham.Antara mereka,tetapi sudah
pasti bukan Khmer."

"Saya mahu bukti atau rekod bertulis yang menyokong dakwaan anda tentang Khom,"
saya mencabar.

"Hahaha...saya dah agak,kamu mesti menanyakan tentang itu.Jangan risau Siti,saya ada
726

bukti itu.Ketika siri pengembaraan Zhou Da Guan,seorang diplomat kerajaan dinasti Yuan
China pada tahun 1296,ketika sampai di Kemboja,beliau telah mencatatkan bahasa orang
kebanyakan berbeza dengan bahasa para pegawai dan orang atasan.Orang kebanyakan
rata-rata berkulit gelap tetapi golongan pertengahan dan bangsawan rata-rata berkulit
cerah.Zhou juga melaporkan bahawa rakyat tempatan tidak tahu menghasilkan sutera
malah menenun sutera atau menjahit pakaian sekalipun!Jadi fikirkan,bagaimana kaum
yang tidak tahu memegang jarum boleh menghasilkan ukiran yang menakjubkan seperti
yang kita lihat di Banteay Srei atau Angkor Wat!Kesimpulannya yang membina dan
mengukir semua itu adalah orang Khom iaitu orang Kemboja Kuno yang mempunyai
teknologi yang maju sebelum kerajaan mereka ditakluk oleh bangsa hamba sahaya iaitu
Khmer.Khmer sendiri memanggil mereka sebagai Siam," jelas Pong panjang lebar.

"Siapa cakap?Kami tidak pernah dengar pasal Khom dan segala repekan kamu itu!Khom
hanya wujud di Thailand sahaja.Kemboja adalah Khmer,Khmer adalah Kemboja!Kamu
adalah bangsa pencuri!Thai telah mencuri segala aspek budaya Khmer dari
kostum,senibina malah bahasa diraja Thai adalah Khmer!" kata Nari meninggi.

"Semua budaya itu adalah dari orang Khom.Dan itu bukan bahasa Khmer,itu adalah
bahasa Khom!" balas Pong.

"Tulisan kamu juga adalah cedukan dari tulisan kami!" Nari menambah.

"Itu bukan tulisan Khmer,itu tulisan Khom!" Pong menjawab sambil ketawa mengejek.

"Kamu ingin mencuri Preah Vihear dari kami!!" Nari separuh memekik.Beberapa orang
pelajar memandang Nari.

"Phra Viharn dibina oleh Khom,bukan kamu,Khmer!" balas Pong bersahaja.


727

Prasat Phnom Rong

"Kembalikan Prasat Phnom Rong kepada kami,pencuri!" mata Nari hampir


berkaca.Pipinya mula merah padam.

"Khom,Khom,Khom,faham tak?!Bukan kamu,hamba sahaya!" Pong membulatkan


matanya dengan senyuman jahat.

Saya sudah nampak kini.Taktik yang digunakan oleh Pong.Pong,dan majoriti sejarahwan
Thai yang pekat nasionalisnya telah mencipta satu bangsa khayalan yang dilabel sebagai
'Khom'.Gunanya untuk menampan tuduhan dari pihak Khmer yang menyatakan bahawa
Thai menceduk segala budaya Khmer.Jadi apabila orang mempersoalkan budaya Thai
yang sama dengan Khmer,maka 'Khom' ini akan tiba-tiba muncul dan pada masa yang
sama segala aspek orang Khmer direndah-rendahkan seperti memanggil mereka 'hamba'
kepada 'Khom' tadi.Padahal 'Khom' ini sebenarnya penuh kekaburan.

"Sila tunjukkan tulisan Khom pada Nari," saya mencelah.

Nari dan Pong berhenti berbalah.Nari kelihatan cuba menahan air matanya dari
keluar.Pong memandang wajah saya sambil mengenyitkan mata.Saya mengerutkan
dahi.Tanda serius.

"Err...saya tidak bawa contoh di sini,maaflah," Pong cuba berdolak-dalik.

Saya tersenyum hambar lalu mengeluarkan satu makalah tentang sejarah Indochina.Saya
menyelak-nyelak makalah itu dan sampai di satu halaman yang menunjukkan skrip-skrip
728

tertentu lalu menyuakannya kepada Pong.

"Ini skrip Khom,bukan?" soal saya.

"Ya...ya...ini Khom," Pong mengiyakan sambil matanya tidak berkelip memandang ke arah
halaman tersebut.

Skrip Khom (Khmer Kuno)

Saya memandang Nari.Nari agak murung.Postur tubuhnya mendap di atas kerusi


perpustakaan.Bahunya jatuh.Matanya masih berkaca.Nafasnya tersekat-sekat.Wajahnya
agak tegang.Matanya membulat merenung ke bawah.

Saya bersimpati terhadap Nari.Selepas era Angkor,orang Khmer telah menghadapi


peperangan demi peperangan sehinggalah era Khmer Rouge.Negara Kemboja menjadi
huru-hara dan pernah dijajah Perancis dan Vietnam.Berjuta rakyat Kemboja mati sama
ada dibunuh oleh para penceroboh mahupun pemimpin mereka sendiri.Pernah dengar
pasal monumen yang menempatkan tengkorak-tengkorak hasil kekejaman Khmer
Rouge?Etnik Khmer di selatan Vietnam pula didiskriminasi oleh kerajaan Vietnam,malah
mereka yang digelar Khmer Krom ini pernah melalui peristiwa pembunuhan kejam
beramai-ramai dalam Peristiwa 'Grandfather Tea' pada tahun 1813 oleh tentera
Vietnam.Berpuluh-puluh Khmer Krom ditanam hidup-hidup di dalam tanah dengan
kepala mereka di luar.Kemudian kepala mereka dijadikan tungku manusia untuk merebus
daun teh.Kepala mereka dibakar hidup-hidup!Askar yang menyeksa mereka hanya
berkata "Berhati-hati,jangan tumpahkan teh tuan saya".

Thailand menjarah tanah Kemboja dari arah barat,Laos dari arah utara dan Vietnam dari
arah timur.Di dalam Kemboja,berkecamuk perang saudara.Thai dan Viet membunuh
729

rakyat Kemboja dari luar,Di dalam,Pol Pot menyeksa dan membunuh rakyatnya
sendiri.Tanah Kemboja hingga kini masih dipenuhi periuk api.Saya lihat airmata Nari
tumpah.Namun Pong tidak perasan.

"Nari,cuba baca tulisan ini," saya meminta.

Nari menegakkan kepalanya.Dia mengemaskan kedudukannya.Sempat juga dia menjeling


tajam Pong,kemudian membaca tulisan yang saya tunjukkan.Tulisan itu terdapat dalam
sebuah gambar yang menunjukkan dinding sebuah wat lama di Thailand.

Nari membaca tulisan itu dengan lancar.Pong tidak lagi senyum mengejek.Dia seakan
serius kini.Dia memandang saya,seolah-olah berkata:jangan...jangan tanya yang itu.

"Pong,cuba kamu baca tulisan yang kamu panggil Khom ini," saya mengecilkan kedua
mata saya dengan senyuman sedikit menggoda.Saya menunjukkan satu perenggan lain.

Pong kelihatan merenung lama,sambil mulutnya terkumat-kamit perlahan.Saya menjeling


ke arah Nari,dia nampaknya semakin bersemangat.

"Bacalah!!" Nari mengerah Pong.

Pong memandang Nari,sedikit lucu tetapi kemudian kembali serius cuba membaca skrip
Khom itu.Lama menunggu saya berkata,

"Sudahlah Pong,kamu tidak boleh membaca tulisan itu bukan?"

"Ini tulisan Khom,bukan Thai sekarang.Ini tulisan suci dan kuno,hanya sami-sami yang
selalu membacanya,saya kurang fasih lagi.Tetapi dari tulisan inilah skrip Thai dicipta,"
dakwa Pong.

"Tetapi Pong,takkan kamu tak sedar,mengapa Nari boleh membacanya?" saya menduga.

Pong terdiam."Sebabnya ini adalah tulisan Khmer Kuno,bodoh!Saya Khmer dan saya tahu
membaca tulisan ini," Nari melepaskan geram.

"Itu tidak mengubah tentang raja hamba kamu yang digelar Sweet Cucumber King.Dia
telah membunuh raja-raja Khom 'Varman' dan melantik dirinya menjadi raja Khmer
pertama," jawab Pong tidak mahu mengalah.
730

"Pong...," Pong memandang ke arah saya."Hikayat Sweet Cucumber King adalah diambil
dari satu legenda Burma.Hamba penjaga ladang itu bernama Nyaung-u Sawrahan.Dan dia
telah membunuh rajanya sendiri iaitu Theinhko yang mengambil buah tembikai dari
ladangnya kerana haus.Kemudian Nyaung-u Sawrahan telah dilantik oleh permaisuri
sendiri untuk mengelakkan pemberontakan dan kekacauan dalam kerajaan.Dia inilah
yang bergelar Taungthugyi Min".

"Ang Eng bukanlah seorang sejarahwan.Beliau hanya raja yang mengarahkan riwayat
Khmer dibukukan berlainan dari kajian barat.Walaupun ideanya bernas namun caranya
salah iaitu dengan tidak menekankan raja-raja sebelum Trasok Paem," sambung saya.

"Sebab itu Preah Vihear milik kami,bukan si Khom,rekaan kamu itu," Nari menyampuk
membalas dendam.

Pong kelihatan tidak berpuashati,"Siapa yang bina Phra Viharn?"

"Suryavarman I,pencuri!" jawab Nari.

"Adakah dia Khmer macam kamu?" Pong menyoal Nari.

Nari merenung bosan ke arah Pong,"Sudah tentulah,bodoh!"

"Salah!!Suryavarman I adalah dari dinasti Malayu,faham?Termasuk Udayadityavarman II


dan Harshavarman III.Menurut Profesor Keng Vannsak pula,Jayavarman VII adalah dari
keturunan Cham dan beliau mempunyai dokumen dan bukti konkrit mengenainya.Raja
Khmer pertama adalah Trasok Peam,Trasok Peam,faham?Maknanya orang Khmer mula
memerintah tahun 1336,sebelum itu adalah orang Khom termasuk dinasti Malayu,Cham
dan Siam" Pong menjawab.

"Apa yang kamu merepek ni?" Nari kembali panas.

"Siti,jangan mendiamkan diri...beritahu Nari siapa Suryavarman I," Pong seolah-olah


mahu melaga-lagakan saya dengan Nari.Bijak dia mengekploitasi keadaan.Macam raja-
raja Thai di tengah-tengah kuasa Eropah.

Saya tersenyum sendirian.Pong memandang mata saya seolah-olah mahu berbisik:apa


tunggu lagi jawablah,kali ni kamu akan terperangkap dengan saya.
731

"Pong...Suryavarman I memang keturunan Melayu tetapi ibunya adalah orang


Khmer.Dahulu kami,orang Malayu dan Khmer berhubungan rapat dan saling
mengadakan perkahwinan sesama kami.Kami berkongsi sejarah Indochina dan suka-duka
di sana.Semua ini terjadi sebelum kedatangan orang Thai.Adakalanya dinasti Malayu
memerintah,tetapi mereka memerintah bukan atas dasar menakluk namun atas ikatan
kekeluargaan.Ini bukan seperti Thai yang melanggar Pattani dan Ligor dahulu atau
menceroboh Angkor," saya melepaskan diri dari 'perangkap' Pong.

"Ayutthaya didirikan di atas tanah Sri Dharmaraja,sebuah city-states Malayu.Kemudian


Ayutthaya menceroboh Angkor dan menghalau rajanya ke Chaktomuk (Phnom
Penh).Pong...ada peribahasa yang mengatakan "sejarah ditulis oleh orang yang
menang".Tiada apa-apa yang salah dengan pepatah ini,tetapi ia adalah salah dan adalah
satu kesilapan yang tidak beretika bahawa satu negara boleh menulis sejarah negara
lain.Jika anda mahu mereka-reka cerita,jangan melibatkan maruah orang lain,ok?" saya
mengangkat kening,ke arah Pong.

Pong hanya mencebik bibirnya mendengar kata-kata saya.Nari tersenyum-senyum sambil


menjulurkan lidahnya ke arah Pong.Pong hanya menjeling sahaja melihat gelagat
Nari.Kemudian dia memandang saya dengan senyuman dendam.

"Kamu bernasib baik kerana Siti ada dengan kamu hari ini,Nari...lain kali saya pasti akan
membuatkan kamu menangis teresak-esak macam hari tu," kata Pong sambil ketawa
mengejek."Permainan belum tamat...saya pasti kembali.Saya tetap akan kacau kamu,"
Pong membulatkan matanya kepada Nari."Huhuhu...apa lagi nak pencuri ni mahu
katakan,sila berambus sekarang,kamu dah kalah secara rasminya," Nari ketawa.Begitu
seronok dia nampaknya melihat Pong yang masih tidak berpuashati."Saya akan pastikan
Siti tetap bersama saya bila kamu datang menyibuk,pencuri!".

"Huh...pengecut!" Pong pun berlalu dari situ menuju ke arah pintu perpustakaan.Nari
ketawa mengekek.Beberapa pelajar memandang ke arah kami.Nari memekup mulutnya
menahan ketawa.

Nari memegang tangan saya."Terima kasih Siti,kamu penyelamat saya".Saya hanya


tersenyum memandang wajah Nari.Matanya membulat ceria,tidak lagi berkaca.

Saya memandang gambar Preah Vihear yang menjadi perdebatan antara Nari dan
Pong;antara Kemboja dan Thailand.Saya merenung dalam-dalam ke dalam Preah Vihear
dan seolah-olah ke alam fantasi;dengan keadaan bangunan itu ketika selepas baru
732

dibina,amat cantik dan masih mempunyai hiasan-hiasan bertatah emas.Saya seakan-akan


melihat seorang lelaki memakai mahkota bertanjak dan sampin seperti mana yang saya
lihat dalam teater Jayavarman VII dahulu sedang bersiar-siar di sekeliling bangunan.

"Suryavarman I..." bisik saya.

Beliau pasti mempunyai nama Melayunya.Nama yang dikenal oleh rakyat jelata.Sarwa
Jagat?Jati Sukma?Badik?

Suryavarman I beribukan wanita Khmer.Ayahnya adalah seorang raja sebuah city-


states Melayu Indochina.Ini ada tercatat dalam riwayat-riwayat Mon.Dalam manuskrip
Mon kuno itu tercatat perkataan 'Malayu' dengan jelas,merujuk bangsa raja yang menjadi
bapa Suryavarman I.Riwayat-riwayat Mon inilah yang menjadi rujukan manuskrip-
manuskrip Thai terkemudian seperti Chiang Mai Chronicles.

Sampot

Jika anda menonton filem Raja Bersiong yang diterbitkan berwarna (Seniwati Sarimah
ada berlakon),anda akan melihat dayang-dayang istananya memakai sampot,iaitu kain
sarung orang Khmer.Saya begitu ingin tahu siapa yang mengarahkan kostum filem
itu.Dari mahkota raja,pakaian hulubalang Melayu Indochina sehinggalah kostum para
penari dan dayang.Tidak hairanlah raja-raja Melayu ada beristerikan orang Khmer atau
Mon pada masa dahulu.Samalah macam sultan dan raja Melayu utara sekarang yang ada
733

mengambil orang Thai sebagai isteri.

Nari mengajak saya ke Studentenfoyer,tempat yang paling saya benci kerana ramai
'budak-budak nakal' di sana.Keadaan di sana juga agak riuh-rendah dan ada pasangan
yang berciuman serta berpakaian tidak senonoh.Saya menggelengkan kepala sambil
menghadiahkan senyuman kepada Nari.Nari agak kecewa."Saya mahu habiskan sedikit
lagi,awak pergilah dulu,nanti kita jumpa di kaffestag," ujar saya.

"You must pay for it,Srikandi"

Saya masih menelaah buku-buku sejarah Asia Tenggara.Makalah-makalah yang


memuatkan artikel seperti "Why the Sailendras were not a Javanese dynasty" tulisan
Roy E. Jordan.Pandangan Goerge Quinn dan Professor Vladimir Braginsky.Saya
merenung gambar Preah Vihear kembali.

"....dia berani bagaikan api suria...


lahir dari seroja angkasa...
ibunya ialah kesatria pertiwi
bapanya ialah permata raja-raja
Mala dari Malayu..."

Saya teringat bait-bait kata yang diterjemahkan Nari untuk saya dari sebuah mantera
kuno Khmer yang berasal dari satu batu bersurat yang dijumpai di Pergunungan
Dangrek,Kemboja.Puisi ini ditujukan kepada emperor Angkor berdarah Melayu
ini,Suryavarman I.
734

Hari semakin petang,dan perpustakaan semakin lengang.Saya pun berkemas untuk keluar
dari perpustakaan.Saya menuju ke arah barisan rak-rak buku yang panjang untuk
meletakkan buku.Entah mengapa,tabiat saya apabila di perpustakaan rajin untuk
meletakkan buku di tempat asalnya,tidak di atas troli yang disediakan.Ketika berjalan di
antara rak-rak itu saya perasan ada orang bergerak di belakang saya.Saya menoleh.Tiada
siapa di belakang saya.Saya memerhatikan sekeliling.Tingkat yang saya berada sekarang
(tingkat 3),sudah hampir tiada pelajar.Mereka sudah turun ke bawah.

Saya buat muka selamba,cuba memberanikan diri.Ah,siapa yang berani berbuat perkara
yang tidak baik di dalam perpustakaan ni.Kalau sampai satu tahap,saya tak teragak-agak
untuk menjerit.Tiba-tiba ada bunyi buku jatuh di rak seberang sana.Saya buat tidak
peduli.Tapi sampai bila?Akhirnya saya letakkan buku Le Funan oleh Paul Pelliot itu di rak
berdekatan secara tergesa-gesa.Saya sempat melihat label rak
itu:Kunstpsychologie (Psychology of Art).Saya terus bergegas keluar dari celah-celah rak
itu.Perasaan takut mula menyelubungi saya.Tiba-tiba pergelangan tangan saya dipegang
kemas oleh seseorang.Segera saya menoleh.

"Malayu..."

Pong menggengam tangan saya dengan kemas sambil merenung tajam ke dalam mata
saya.Sebelah tangannya ada sebuah buku nota saiz A4.Kemudian dia merapatkan buku
nota itu ke dadanya,dengan menghadapkan kulit buku ke arah saya.Di atasnya tertulis
dengan sebaris perkataan:Am Ende stehen wir zwei (at the end here are the two of us).

Saya menarik-narik tangan saya dari genggaman Pong.Tetapi Pong semakin mencengkam
pergelangan tangan saya.Senyum jahatnya semakin melebar.

"Lepaskan tangan saya,Pong...," minta saya lembut.Saya tahu dalam keadaan begitu saya
harus berlembut dengannya.Lelaki akan semakin ganas jika wanita juga bertindakbalas
dengan kasar.Lelaki ada ego tersendiri bila berdepan dengan wanita yang tidak mahu
menurut kemahuannya.Saya harus 'menyejukkan' egonya,kemudian cuba berbincang dan
menolak dengan lembut segala kemahuannya.Saya memejamkan mata.

"Jika kamu mahu sesuatu dari saya,bukan dengan cara begini...," kata saya lagi apabila
Pong terus merenung wajah saya sambil tersenyum jahat.Saya tidak mahu berkata,apa
yang kamu mahu?Pertanyaan tipikal yang dungu dari kebanyakan wanita apabila
berdepan dengan situasi begitu.Lelaki akan semakin meninggi egonya dan seperti
mengantuk disorongkan bantal,terus menyuruh si wanita mengikut kemahuannya.
735

Cara saya berjaya.Pong melepaskan tangan saya."Mengapa kamu menyebelahi Nari?"


Pong menyoal saya.

"Saya bukan menyebelahi dia,saya hanya bertukar pandangan saya dengan kamu
berdua.Kamu boleh bangkang saya,bukan?" jawab saya.

Pong terdiam,dan mengangguk-angguk sambil memandang saya."Tadi,saya tidak boleh


bangkang kamu,tetapi kamu tidak patut menjatuhkan air muka saya di depan
Nari,mengapa kamu benci saya?" Pong membalas.

"Es tut mir leid,saya tidak bermaksud untuk menjatuhkan air muka
kamu,Pong...errr...mengapa kamu tidak boleh bangkang saya?Saya tidak kisah.Kritiklah
saya,saya terima".

Pong memandang kedua mata saya tepat."Kamu benar.Dan saya tidak mampu
mematahkan hujah kamu.Kamu tahu,saya telah membaca sebahagian riwayat Thai yang
tersimpan di sebuah wat purba di Phatthalung.Sebahagian lagi ada tersimpan di arkib
diraja di Grand Palace".

Pong menyambung,"....saya tahu sebahagian kata-kata kamu adalah benar.'Mala Ratcha'


adalah satu garis keturunan di Angkor dan Funan.Jika kami menganggap Khmer
bukanlah pewaris sebenar empayar Angkor tetapi Khom,persoalannya siapakah
sebenarnya Khom itu?Bagi saya Khom adalah...." Pong berhenti.

Saya mengangkat kening.

Pong memanjang jari telunjuknya dan menyentuh bahu saya.

"Kamu...kamu dan kamu...,Malayu"

Pong membelakangkan tubuhnya dari saya dan berjalan perlahan-lahan menjauhi


saya."Apa yang kamu lihat dari riwayat itu?" saya cuba memberhentikan Pong.Pong
menoleh ke arah saya.

"You must pay for it..." jawab Pong selamba sambil menunjukkan perkataan Jerman yang
tertulis di buku notanya.

Pong sebenarnya pemuda yang baik.Dia dahulunya cuba mendekati saya,tetapi entah
736

mengapa saya tidak gemarkan sikapnya.Apabila dia menyedari dia hanya bertepuk
sebelah tangan,dia cuba memikat Nari.Namun caranya agak pelik iaitu suka mengusik
Nari dengan merendah-rendahkan sejarah Khmer dan Kemboja.

Malam itu saya bermimpi wajah ibu.

*Es tut mir leid=saya minta maaf

Posted by Mistis Organization at 12:06 AM


737

Friday, October 21, 2011

Catatan Srikandi VIII

Catatan Srikandi VIII

"A guy from Kementerian"

Saya tersenyum sendirian di bilik belajar saya."Setuju Sejarah Di tafsir Semula",tajuk satu
artikel di dalam sebuah akhbar tempatan.Saya menghentikan lagu "Little
One".Bunyi shredding dari Karl memeningkan saya,walaupun lagu itu banyak
memberikan kenangan pada saya.Di akhir lagu,distortion pada riff yang diselang-seli
nada rendah yang mendayu-dayu sedikit sebanyak membantutkan emosi saya ketika
itu.Sekarang bukan masa untuk bersedih.

Saya terasa mahu ketawa sahaja melihat foto Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay
Kim.Ulasan dari Profesor Datuk Dr Ramlah Adam tiba-tiba terasa menggeletek buah
pinggang kanan saya.Saya terbayangkan mereka dan orang-orang di Jabatan Sejarah
seperti sekumpulan badut sarkas yang sedang terkinja-kinja.Kemudian salah seorang dari
mereka berkata,"It's float!..."

Saya tak faham apa yang mereka buat dalam pejabat mereka.Mereka seolah-olah sekadar
'clown of politics'.Bila ada isu politik yang timbul baru nak bersuara.Jadi selama ini apa
yang mereka buat?Saya paling anti orang karang buku sejarah sekolah
menengah.Sepatutnya buku teks sejarah bukannya dikarang oleh cikgu-cikgi sekolah yang
perasan bagus.BUKU TEKS SEJARAH SEPATUTNYA DISUSUN OLEH AHLI SEJARAH
YANG KOMPETEN.Cikgu-cikgi sekolah yang mengarang buku teks sekolah pada hari ini
sepatutnya dipenjara 3 bulan atau didenda beratus-ratus pound sterling kerana
738

membingungkan ramai di kalangan kita dan membiakkan generasi buta sejarah termasuk
sebilangan ahli politik yang dungu.

Generasi buta sejarah ini ibarat 'maggots of ignorance'.Mereka ini sama ada jadi lembik
dan akan diperkotak-katik atau membiak menjadi rasis yang tak bertempat.Saya
merenung gambar 'pakar-pakar sejarah negara' ini sambil ketawa di dalam hati.

Baru sekarang nak berkokok selepas apa yang saya perjuangkan selama ini.Saya pernah
berdebat dengan profesor saya yang mengajar satu subjek sosio-politik tentang hubungan
Nazi dan imigran Yahudi di Poland.Rata-rata mereka yang kononnya 'pakar sejarah' ini
sama bertindak macam kontraktor kelas F yang pandai membodek dan menjaga kantung
sendiri.Saya benar-benar berharap sejarahwan Malaysia sedar dari tidur yang panjang di
dalam bilik aircond.

Apa pun sebenarnya saya tidaklah menghentam professor berdua tu,sebab mereka dahulu
pernah saya jadikan inspirasi untuk berjaya.Cuma tindakan mereka yang agak lewat tu
yang membuatkan saya 'gelihati'.

Sejarah adalah senjata politik yang berbisa.Tidak percaya?Zionis Antarabangsa melobi


PBB untuk hak ke atas Palestin melalui sentimen 'Promised Land'.Satu epik sejarah yang
terkandung dalam kitab-kitab agama.Lihat melalui kisah sejarah Nabi Musa a.s dan 40
tahun Bani Israel sesat di Padang Sinai,Theodor Herzl boleh mempengaruhi dunia untuk
merelakan perampasan hak ke atas penduduk Palestin.Kenapa Jepun berdegil untuk tidak
memasukkan kisah 'comfort woman' dalam buku teks sejarah mereka?Kisah beratus-ratus
atau beribu wanita dijadikan hamba seks untuk tentera Jepun terutamanya wanita Korea
dan China telah menjadi igauan ngeri bagi kerajaan Jepun untuk memikul 'dosa silam'
kerajaan yang terdahulu.Kes-kes seperti Rape of Nanking menjadi senjata untuk
mengawal Jepun.Tentera Jepun masih dikawal jumlahnya dalam satu perjanjian ketika
akhir Perang Dunia Kedua.

Saya cadangkan untuk pemilihan pemimpin negara,senator atau Ahli Dewan,mereka


mesti ada ijazah dalam sejarah.Namun jika disogokkan dengan harta dan wanita
pun,pakar sejarah pun akan tumbang.Jika pemimpin negara kita kuat agama dan
berpengetahuan dalam sejarah,kita telah berjumpa Mr.Right.

Melihatkan perkembangan semenjak dua menjak ini,saya teringatkan seorang jejaka dari
Kementerian yang pernah menelefon saya untuk berjumpa.Nampaknya kata-katanya
betul.Saya tersenyum.Bagaimana seorang pelajar sejarah boleh merubah sedikit sebanyak
739

iklim politik Malaysia.It's cool.Ada orang yang sangka dirinya hebat sebab fikir blognya
boleh menggoyangkan dunia MLM.Ada orang yang perasan cantik fikir blognya boleh
memikat penjaga gol kebangsaan.Tetapi ada seorang 'budak perempuan' yang bakal
menggoncang dunia.

"........(nama sebenar saya)?"

"Ya,saya.Siapa tu?"

"Saya dari kementerian.Saya nak buat appointment dengan cik.Saya telah maklumkan
kepada HEA tentang appointment ini.Mereka telah luluskan cuti pada hari itu.Cik boleh
berjumpa saya pada.........."

"Nak cakap pasal apa ni?"

"Glasnost & Prestroika"

"??...."

"Jangan beritahu sesiapa tentang ini..."

Saya tidak tahu bagaimana lelaki itu mendapat nombor telefon saya.Anehnya nombor
telefonnya tidak tertera di paparan telefon bimbit saya.Saya memikirkan mungkin
panggilan itu palsu atau ada orang berniat tidak baik dengan saya.Untungnya,saya bukan
perempuan bodoh.Saya telah berpakat dengan seorang kawan saya (lelaki) untuk
mengekori saya dan bertindak jika ada apa-apa perkara tidak baik terjadi kepada
saya.Kawan saya itu bekas punkster yang mempunyai ramai 'kenalan' yang boleh
dipanggil turun bila-bila masa.

Saya memandu skuter saya dengan perasaan agak gugup.Saya memandang cermin
sisi,memastikan kawan saya masih mengekori saya.Sampai ditempat yang dituju,saya
melihat ada sebuah kereta Maserati Merak SS menanti.Seorang lelaki tampan keluar dari
kereta dan menuju ke arah saya.Usianya mungkin sekitar awal 30-an.

"Cik boleh parking skuter cik di sini.Kita pergi dengan kereta saya"

Saya berasa amat curiga dengan lelaki itu.Dia tidak memperkenalkan diri atau
bertanyakan apa-apa kepada saya;untuk memastikan adakah saya yang dia cari?
740

Dia kelihatan berkeyakinan tinggi.

"Bukan di sini?"

"Tidak,di sini tidak ada privacy.Ada tempat khas untuk kita berbincang"

"Saya tidak kenal encik dan sudah tentu berasa curiga dengannya," saya mengangkat
kening sambil melemparkan senyuman.

Lelaki itu tersenyum.Dia mengeluarkan satu kad kuasa yang amat jarang dan unik.

"Puas hati?"

"Saya tidak mahu naik kereta,biar saya naik skuter sahaja," saya bertegas.Saya bukan
gadis murahan yang boleh dibawa ke hulu ke hilir.

Lelaki itu agak bengang dengan jawapan saya.Dia memujuk saya.Saya masih berdegil
untuk mengikutnya.Saya pernah menampar rakan lelaki sekelas dengan saya yang
memaksa saya naik keretanya.Dia boleh membawa seberapa banyak bohsia yang dia
mahu tetapi bukan saya.

"Baiklah,kalau begitu cik ikut dari belakang," lelaki itu mengalah dengan kedegilan saya.

Kami sampai ke sebuah bistro mewah.Lelaki itu rupanya telah menempah satu bilik VVIP
bercermin gelap.Saya memberi isyarat mata kepada kawan saya supaya menunggu di
luar.Saya telah setkan nombor telefon kawan saya,jadi jika ada apa-apa yang berlaku saya
akan membuat 'missed call' dengan menggunakan 'fast dial'.Lelaki itu menjemput saya
duduk.Saya pun duduk sambil tangan saya menyeluk ke dalam poket 'sweater'
saya;bersedia untuk membuat 'fast dial' bila-bila masa.

"Cik Siti boleh panggil saya Jeffri.Saya berbesar hati dapat bertemu dengan pelajar pintar
seperti kamu.Kami di kementerian memang ada memantau pelajar-pelajar yang
berpotensi dan mampu mengubah paradigma masa depan negara..." lelaki itu
berkata.Saya merasa pelik.Kenapa pula saya?

Encik Jeffri memulakan perbualan secara santai,kemudian mula kepada topik yang lebih
berat,bertanyakan kursus yang saya ambil dan sejauh mana pemahaman saya dalam satu-
satu topik.Kemudian dia masuk ke topik yang paling saya minati;sejarah Melayu.
741

"Apa yang kamu tahu pasal Malay city-states?"

"Ia sudah ada sebelum era Srivijaya,malah Srivijaya berdiri di atas persekutuan Malay
city states ini," saya menjawab.

"Boleh anda namakan beberapa Malay city-states?

"Gangga Negara,Grahi,Kerajaan Melayu di Sumatera dan di Segenting Kra,Beruas dan


Tanah Merah (Chih Tu)..."

"Langkasuka?"

"Ia lebih kepada persekutuan kerana bergabung dengan Kedah Tua dan beberapa city-
states lain di Segenting Kra"

Encik Jeffry tersenyum.Kemudian dia membulatkan matanya.

"Kamu tahu,kebanyakan Malay city states ini terletak di mana?"

"Maksud encik Jeffry?Pada wilayah negara pada hari ini atau bagaimana?" saya musykil.

"Kedudukan geografinya"

Saya faham apa yang dikehendakinya,"Owh...sudah tentu majoritinya dibina di pesisiran


pantai,untuk mudah akses ke laluan perdagangan laut"

"Jika saya katakan ada Malay city states yang dibina jauh ke pedalaman?"

Saya tiba-tiba merasa satu kejutan.Satu perasaan misteri terpaut di hati saya.Kemudian
saya teringatkan Diari Lodgekeeper.

"Taman Bunga-bungaan di tengah hutan rimba...." (The Weird Flowers from The Mystic
Mountain,m/s 355)

Encik Jeffry mengeluarkan satu foto hitam putih yang diambil menggunakan kamera
Ordinary Kodak 1891.Gambar menunjukkan beberapa pegawai British berdiri di hadapan
sebuah kota purba yang luas.Juga tiga orang lelaki Orang Asli yang berdiri di belakang
mereka.Ukiran pintu bangunan seperti yang saya kenal pada Banteay Srei atau Chau Say
742

Tevoda.

"Ini kuil di Kemboja...apa kaitannya?" saya merenung foto itu.

"Salah,ini di ambil di negara kita sekitar 1800-an.Pegawai British yang tengah tu


berkhidmat dengan Frank Athelstane Swettenham.Mereka ketika ini telah menjumpai
satu ibukota sebuah city-statesMelayu sezaman dengan Dvaravati dan Chih Tu" Encik
Jeffry memandang wajah saya dengan serius.

Saya bagaikan tak terkata melihat sebuah foto hitam putih yang begitu
mendebarkan.Wajah para pegawai British yang berdiri berderetan itu tiba-tiba
menyeramkan saya.Di belakang mereka adalah sebuah kota purba yang penuh misteri.

"Ada keluar dalam mana-mana jurnal?"

"Ada,dalam Journal of the Royal Asiatic Society...saya tidak ingat bilangannya,dan


beberapa jurnal berbahasa Belanda.Dalam catatan yang diberitahu kepada saya,terdapat
pelbagai artifak seperti kraftangan Mon dan ukiran teko seperti yang dijumpai di
Pahang...."

Saya menduga,"Mengapa encik katakan ia sebuah kota dari city states Melayu?Jika saya
katakan ia adalah kota Mon purba sebagaimana Haripunjaya atau Dvaravati,atau kuil
Khmer bagaimana?"

Encik Jeffry tersenyum memandang wajah saya yang serius."Cik Siti,saya telah lama
mengikuti tulisan kamu.Yup,saya adalah die-hard-fan senyap kamu.Tulisan kamu penuh
dengan nasionalisme Melayu yang kental,bukan?Cik Srikandi,saya hairan dengan kata-
kata sebegini,atau ada kesaninferiority complex?"

"Emm...saya bukan nasionalis.Saya pejuang sejarah.Tidak ada istilah inferority


complex dalam kamus hidup saya.Tahniah kerana menjadi mangsa tulisan saya," saya
membalas.

Encik Jeffry berpura-pura bertepuk tangan."Hmm...jarang saya lihat remaja yang berani
seperti kamu.Remaja hari ini lebih suka berfacebook dan pergi ke gig"

"I'm not that type"


743

Encik Jeffry masih tersenyum."Baiklah,kamu nampak tak bucu yang sedikit di belakang
orang Sakai ni?"

Saya merenung foto kembali.Ada sedikit bucu seperti puncak menara.Tetapi jaraknya
kurang jelas,adakah benar-benar di belakang orang Sakai itu.

"So,what?"

"Itu adalah puncak sebuah piramid"

Saya mengerutkan dahi."Di belakang mereka?"

"Tidak,ia terletak jauh berpuluh meter ke belakang,dan cukup besar.Saya tidak dapat
menganggarkannya tetapi memang cukup besar"

"Macam mana encik tahu?Saya fikir jika melihat kepada foto ini rasanya amat sukar untuk
menganggak jaraknya"

Encik Jeffry menaikkan bahunya.Sengaja membuatkan saya begitu teruja ingin tahu.

"Ada foto lain?"

Encik Jeffry mengangguk,sambil tersenyum lembut.

"Boleh beri saya tengok?"

Encik Jeffry masih tersenyum,sambil merenung saya.Saya mula merasa curiga."Iya...boleh


tapi kalau Cik Siti benarkan saya keluar date dengan Cik Siti," Encik Jeffry seakan mahu
ketawa.

Saya menggenggam telefon bimbit.Jantan gatal,bisik hati saya.Namun saya berpura-pura


senyum."Kalau kedekut,tak payahlah...saya nak baliklah"

"Eh,jangan macam tu.Foto ini pun punya insuran yang tinggi untuk saya
membawanya.Sekurang-kurangnya perlu 4 atau 5 pegawai yang ada latarbelakang latihan
polis untuk mengiringi saya membawa foto ini"

Saya mengerutkan dahi."Maknanya ada orang lain?"


744

Encik Jeffry seakan mahu ketawa,"Di luar...semua pelanggan kedai ini adalah SB (Special
Branch)"

Saya tiba-tiba berasa takut.Terasa mahu menangis pun ada.Saya mahu keluar dari situ
dengan segera.Tetapi kata-kata Encik Jeffry seterusnya menggamit minat saya.

"Di depan piramid itu diberitakan terdapat sebuah batu bersurat.Terdapat 5 jenis
tulisan.Tiga tulisan tidak mampu dicam walaupun satu tulisan itu cenderung kepada skrip
Brahmi atau Pallava yang diubahsuai.Mujurlah terdapat dua tulisan yang dapat dicam.Cik
Siti nak tahu tulisan apa?"

"Tulisan apa?"

Encik Jeffry menarik nafas,"Tulisan Greek Kuno dan Phoenicia"

Saya tidak hairan dengan tulisan Greek sebab dahulu pelabuhan-pelabuhan negarakota
Melayu purba memang berdagang dengan Empayar Rom.Tetapi apa pula kena-
mengenanya dengan Phoenicia?

"Sudah didekod?"

"Ya,dan apa yang saya dengar amat mengejutkan tentang masa lalu Malay city-states ini.
Completely different of what we know today"

"Apa katanya?" saya agak terburu-buru bertanya.

Encik Jeffry seakan mendapat jerat baru."Mungkin di pertemuan lain,Cik Siti,tetapi saya
harap tidak begitu formal seperti ini"

Saya tiba-tiba begitu menyampah dengan 'a guy from kementerian ini'.Terdesak cari calon
isterikah?Saya menekan butang 'fast dial'.Apa nak jadi jadilah.Saya dah tak tahan duduk
dengan lelaki gatal ni.Biar budak-budak punk di luar tu berentap dengan SB.Saya tahu SB
sudah tentu tak akan bertindak lebih,sebab ini misi top secret.Foto di depan saya adalah
tebusan paling mahal untuk SB-SB itu buat kecoh.

Encik Jeffry seakan mahu ketawa."Cik Siti jangan dok kalut.Bilik ini kalis-RF.Kata orang
kampung,tak dapat line"
745

Saya pura-pura bersikap tenang,"Kalau tiada apa-apa,izinkan saya minta diri dulu"

Untungnya lelaki kementerian itu mengikut kehendak saya.Sebelum saya beredar,saya


bertanya satu soalan yang begitu ingin saya tanyakan sejak saya memandu skuter ke bistro
itu lagi.

"Err....saya nak tanya,macam mana encik Jeffry tahu tentang saya?"

"Lonecryer"

Saya sedikit terkejut."Kenal ke?"

Saya tak menjawab soalan bersahaja dari Encik Jeffry,sebaliknya bertanya,"Siapa


Lonecryer sebenarnya?Dia kerja dengan siapa?"

"Dia macam kamu juga dahulu,dan pernah bekerja dengan kerajaan...ok itu sahaja"

Saya ingin ingatkan kepada pembaca saya bahawa nama-nama di atas bukanlah nama
sebenar.Saya ada etika untuk melindungi rahsia 'a guy from kementerian' mahupun
Lonecryer.Saya hanya penyumbang dalam laman MF ini dan tidak lebih dari itu.

'A guy from kementerian' inilah yang menyarankan saya tidak memberitahu lebih tentang
'Matahari'.Dan dia pernah berkata pada 2 tahun lepas tentang kemungkinan kerajaan
ingin merombak subjek sejarah.Dan kisah selepas itu benar-benar memotivasikan.Banyak
cadangan saya menjadi realiti pada hari ini.Saya fikir lelaki itu adalah psy-ops dalam
kerajaan.

...........

Saya benar-benar kagum kerana bertemu dengan lelaki yang banyak pengetahuan
sejarah.Ah,mungkin dia mencedok dari tulisan saya.Maklumlah mengaku senyap-senyap
membaca semua catatan saya di blog.

Masih teringat kata-katanya,"Tapak warisan yang amat berharga seperti ini kebanyakan
telah musnah kerana pembangunan.Kesan-kesan sejarah Malay city-states di sepanjang
pesisir pantai majoritinya terhapus disebabkan pembinaan pelabuhan baru oleh British
atau sultan-sultan terkemudian.Apa yang kita harapkan sekarang ialah kesan kota-kota
yang tersembunyi di pedalaman.Catatan Hugh Clifford tentang laporan pegawainya
746

tentang kota misteri di Lembah Bama menunjukkan ada sesuatu rahsia besar yang
disembunyikan oleh pihak British.Apa yang perlu kita lakukan sekarang ialah melobi
kerajaan untuk lebih peka mencari jejak city-states Melayu ini,dan memuliharanya.Para
pengkaji Srivijaya dari Thailand amat cergas menggali kota-kota purba Melayu di Satun
dan Ranong.Pakar dari Belanda dan Perancis sudah banyak kali menerbitkan jurnal
tentang Tambralinga dan Srivijaya dan berminat untuk mencari kota ke-12 Sri
Dharmaraja yang hilang itu,Kota Gelanggi.Srikandi...saya amat tertarik dengan fakta
bahawa raja-raja berdarah Melayu pernah memerintah Angkor.Raja-raja ini tentu tahu
bagaimana untuk membuatkan hubungan dengan Malay city-states yang bertaburan di
sekitar empayar Khmernya..."

Saya teringatkan catatan askar British yang menulis sepucuk surat kepada Gabenor India
tentang situasi pihak British yang membedil kota Melaka setelah berjaya mendapatkannya
dari Belanda.Mereka meratakan kesan-kesan kota Melaka dengan membedilnya
menggunakan meriam.Anehnya,mereka meninggalkan hanya pintu gerbang A Famosa
sahaja.

Adakah kota purba itu sudah hilang diganti dengan ladang getah atau kelapa sawit yang
ditanam secara besar-besaran?Sungguh di pihak Inggeris,mereka menyimpan banyak
rahsia tentang sejarah kita yang lalu.Apa kandungan Perjanjian Bangkok 1909?Raja-raja
dinasti Chakri sudah tentu rimas dengan riwayat-riwayat Mon dan Pali yang
menceritakan raja-raja dari garis keturunan Maulimalaraja yang pernah mendominasi
Indochina pada zaman purba.Siam dan Inggeris berusaha meratakan kesan-kesan
kerajaan Langkasuka dan Kedah Tua,tetapi bertuahnya catatan-catatan para duta
kerajaan-kerajaan Melayu pada masa silam tersimpan kemas di dalam arkib Maharaja
China,pengembara Arab dan Parsi.Itu pentingnya hantar duta.Bukan tanda lemah.Bila
orang lain dakwa kita tidak pernah bina kerajaan dan tak bertamadun...tup-tup keluar
catatan-catatan dinasti Sui,Song atau Tang misalnya menceritakan kerajaan-kerajaan
purba kita yang datang hantar duta.Malahan ada di antara catatan imperial China yang
memuji kerajaan purba Melayu sebagai 'maju' dan 'mewah'.Antaranya ialah Chih Tu
(Tanah Merah).

Raja-raja Melayu purba bukan sahaja hantar duta malah memahatkan prasasti,untuk
merekod kerajaan mereka.Saya akan ceritakan pada anda tentang hubungan para
pengembara Melayu dengan pribumi Australia beribu tahun dahulu,nama Melayu yang
tertinggal di sana selepas Banjir Besar,kisah kaum Mala yang menjadi elit pemerintah
'Mu' dan ukiran keris pada piramid.
747

Saya akan keluarkan promo ATBM 4.0 Deluxe "The Origin of The Sea Dragon".Saya akan
gali lebih banyak riwayat Mon dan Khmer dan berusaha mendapatkan khazanah Funan
dan Champa.Saya akan tampilkan riwayat Imperial China "Èrshísì Shi" (The Twenty-Four
Histories) seperti Book of Liang,Book of Song dan catatan atau rekod para pengembara
China seperti Chi Tu Gou Ji,Chan Chun,Pei Su dan Chao Ju Kua.

Saya akan bawakan anda ke Sumatera,Brunei,Jawa dan Filipina sehingga ke Maluku dan
Australia untuk menjejak garis keturunan 'Mala Kings from Malayu'.

Saya akan bawakan rahsia dari segala prasasti raja-raja,menembusi gerbang Sriwijaya,dan
sampai ke peraduan putera dan puteri untuk menggali emas dapunta,para bentara dan
maharaja.

Posted by Mistis Organization at 12:08 AM


748

Friday, October 21, 2011

Catatan Srikandi IX

Catatan Srikandi IX

"Follow your heart,Srikandi..."

Subuh tadi setelah selesai menyiapkan tugasan saya,tanpa saya sedari saya terlelap di
depan komputer riba saya.Di luar hujan renyai-renyai.Dalam keadaan amat mengantuk
itu saya tiba-tiba teringatkan satu peristiwa yang menyentuh hati saya ketika lawatan ke
Thailand 2 tahun lepas.Suasana sejuk subuh itu mengingatkan apa yang saya rasai di
sebuah tanah perkuburan di Thailand.

Dua tahun yang begitu memenatkan.Dua tahun setelah pengembaraan saya ke


Eropah.Minat saya terhadap sejarah Melayu memungkinkan segala-galanya.Kehadiran
saya dalam satu seminar sejarah di sebuah universiti luar negara menarik minat
sekumpulan think tank negara yang bergerak secara persendirian.Ada sesuatu yang saya
miliki yang membuatkan mereka mendekati saya.

Sejarah Malay city-states adalah penuh misteri.Dari negarakota-negarakota Melayu


inilah munculnya 9 negeri-negeri Melayu di dalam Malaysia pada hari ini yang
mempunyai raja masing-masing.Negarakota-negarakota Melayu inilah nenek moyang
kepada semua negeri-negeri Melayu ini.Dalam catatan Khmer ia disebut sebagai
'Malayang' yang bermaksud 'negeri Malayu'.Sehingga ada direkodkan bahawa raja Angkor
pernah berurusan dengan seorang pemerintah Malayang di kawasan yang dikenalpasti
oleh pengkaji Kemboja sebagai Battambang pada hari ini.Dari sekian banyak 'Malayang'
ini yang bertaburan dari Singapura,semenanjung hingga ke Segenting Kra menembusi
Thailand dan Kemboja pada hari ini,kini tinggal 9 negeri dan 1 negeri yang kini menjadi
749

Negara Brunei Darussalam,mempunyai kedaulatannya sendiri.Saya belum menulis


tentang negeri-negeri Melayu di Kepulauan Indonesia,terutamanya di Sumatera.Maka
dari sekian banyak warisan Malay city-statesini,hanya 10 negeri yang benar-benar
berkuasa mewarisi kedaulatan empayar dapunta dan maharaja sejak kira-kira 2000 tahun
yang silam.

Sistem beraja Melayu adalah antara yang paling tua dengan Kesultanan Kedah antara
kesultanan tertua di dunia.Kita di Malaysia mungkin tidak tahu menahu tentang adakah
orang Melayu pernah menjalankan perdagangan maritim pada abad pertama
Masehi,namun rekod tentang aktiviti kita pada masa lampau memang 'meriah' di luar
negara.Terutamanya dalam rekod-rekod imperial China.Raja-raja Melayu purba bijak
menghantar duta-duta ke negara China,dengan pengetahuan bahawa di istana China
memang terdapat tukang tulis yang akan merekodkan aktiviti istana dan akan disambung
walaupun berpindah dari dinasti ke dinasti.Jadi tindakan ini bukan sebagai tanda mereka
lemah atau tanda sebuah penyerahan (submission) tetapi cara untuk merekodkan
kewujudan mereka,kewujudan tamadun Melayu,kewujudan keturunan kita di masa
lampau supaya generasi Melayu era nuklear dan teknologi maklumat pada hari ini tidak
berasa rendah diri malah bersemangat untuk terus maju ke depan.

Siapa yang tahu tentang kesahihan kerajaan Langkasuka?Nama Langkasuka memang


popular dalam kesusasteraan Melayu (Hikayat Merong Mahawangsa contohnya) dan Jawa
(Kakawin Negarakertagama),namun orang yang dungu dan pesimis di kalangan kita
menganggap Langkasuka adalah dongeng atau kerajaan khayalan.Namun apabila ditemui
dalam rekod era Dinasti Liang (abad ke-6) Masehi yang mengatakan terdapat sebuah
kerajaan bernama 'Lang-ya-xiu' terletak di semenanjung,maka nama Langkasuka tadi
yang tercatat dalam hikayat-hikayat Melayu tiba-tiba menjadi sensasi dan trivia!

Malah dalam rekod Dinasti Liang tadi mengatakan bahawa kerajaan purba ini telah wujud
sejak abad pertama Masehi lagi!

Bila ada anak-anak Melayu yang buta sejarah (saya lebih maksudkan mereka yang
berpelajaran,ada yang menjadi pemimpin politik) mempertikaikan sejarah bangsa mereka
sendiri,adakah mereka akan percaya apabila saya suakan hikayat-hikayat Melayu sebagai
bukti kewujudan kerajaan-kerajaan Melayu silam?Sudah tentu tidak.Pendidikan luar
negara mereka mengatakan bangsa mereka sebagai 'barbarian' dan 'uncivilized'.Mereka
pula mengatakan sejarah Melayu adalah mitos dan dongeng.Namun apabila saya ketuk
kepala-kepala mereka dengan rekod-rekod imperial China ini seperti Book of Song,Book
of Liang,Book of Wei,Book of Sui dan lagi dan lagi maka adakah mereka akan
750

tersedar?Adakah mahu saya hentak kepala mereka dengan batu-batu bersurat atau
prasasti itu?Mahukah saya rebus semua catatan-catatan pengembara China seperti Chi Tu
Gou Ji,Chan Chun,Pei Su dan Chao Ju Kua kemudian memaksa semua 'cendekiawan-
cendekiawan' (atau cendawan) ini menelan air rebusan tadi panas-panas??

Kebodohan sesetengah dari kita adalah kerana terlalu selesa menjadi pekak,bodoh dan
bisu di dalam tempurung yang dibuat khas ketika era kolonial untuk kita.Tak kiralah kita
berpendidikan dalam atau luar negara,namun kalau sudah terjajah pemikiran,maka yang
keluar dari mulut dan tangan yang menaip adalah ekspresi minda yang terjajah dan
terkongkong dengan 'inferiority complex'.

Salah satu ciri pemikiran terjajah ialah sibuk mengaitkan Hang Tuah dengan orang
Cina,mengaitkan orang Melayu berasal dari India dan Yunnan di China dan mengatakan
bahasa Melayu berasal dari Sanskrit.

Bahasa Inggeris yang pekat dengan istilah Jerman Kuno dan mempunyai hubungan
dengan Sanskrit tidak pula sibuk-sibuk dikatakan berasal dari Sanskrit.Pernah tak belajar
lingustik tentang kelompok bahasa yang dinamakan Indo-European?Kalau anda belajar
tentang kelompok bahasa ini anda mungkin terkejut apabila mengetahui bahawa bahasa-
bahasa Eropah mempunyai kaitan dengan bahasa Sanskrit.Rekod pertama tentang kaitan
antara Sanskrit dengan bahasa-bahasa Eropah ialah catatan Filippo Sassetti,seorang
pedagang Itali yang mengatakan terdapat banyak perkataan Sanskrit yang punya
perkaitan dengan bahasa Itali seperti deva/dio (God),sarpa/serpe (serpent), sapta/sette
(seven).

Kita ambil contoh perkataan ibu dalam bahasa Inggeris ialah 'mother'.Old English disebut
'modor'.Dalam Sanskrit disebut sebagai 'mater',bahasa Iran disebut 'matar' manakala
bahasa Celtic disebut 'mathir'.What the hell of this?

Sebab itu bahasa Inggeris dikelompokkan dalam satu kategori linguistik yang sama
dengan Sanskrit.Ini BARULAH BETUL dikatakan English berasal dari Sanskrit atau
Sanskrit berasal dari English.TETAPI BAHASA MELAYU BERADA DALAM KELASNYA
YANG TERSENDIRI.Bahasa Melayu berada dalam kelompok Malayo-Polynesia dan
berada dalam kelompok besar Austronesia apabila ditemui bahasa pribumi Taiwan mirip
bahasa-bahasa Nusantara.

Pengaruh Sanskrit dalam bahasa Melayu adalah kerana interaksi antarabangsa BUKAN
kerana bahasa Melayu berasal dari Sanskrit.Anda mungkin terkejut bukan sahaja terdapat
751

pengaruh bahasa Sanskrit malah istilah Phoenicia,Ibrani (ancient Hebrew) dan Mesir
Kuno (ancient Egypt) masih tertinggal dalam bahasa Melayu!

Ini bermaksud terdapat interaksi antarabangsa antara bangsa Melayu dengan bangsa-
bangsa purba di dunia.Di antara istilah-istilah pengaruh asing ini terdapat istilah-istilah
yang bukan berasal dari mana-mana namun mempunyai keunikan dan keasliannya yang
tersendiri.Dan ini meletakkan kelas bahasa Melayu dalam kelompoknya yang sendiri,dari
Madagaskar hingga Polynesia.

"Siti,saya ingin nyatakan kepada kamu,apa yang kamu lihat nanti adalah rahsia negara
saya.Kamu boleh tulis sedikit tentangnya,tetapi bukan semua," Pong berkata saya ketika
saya di depan bangunan Kementerian Pertahanan Thailand 2 tahun yang lalu.

Saya mengangguk perlahan,sambil merenung ke arah Phaya Tani (Seri Patani),sebuah


meriam besar peninggalan kerajaan Patani.Tanpa saya sedari saya melangkah
meninggalkan Pong dan menuju ke arah meriam besar itu.Saya mengusap-ngusap
meriam besar itu.Tiba-tiba saya merasakan seolah-olah saya sebagai seorang pemerintah
sebuah kerajaan.Sebagai Yang Mulia Ratu Biru.Saya merasakan saya sedang memeriksa
meriam besar itu yang dibuat atas arahan saya untuk menghadapi ancaman luar.Ah,ini
pengaruh filem Queens of Langkasuka,detik hati kecil saya.Air mata saya menitis.

"Siti!Mari...kita masuk ke dalam..." Pong memanggil saya.

Di dalam bangunan Kementerian Pertahanan Thailand,saya ditanya beberapa


soalan.Adakalanya saya di'backup' oleh Pong yang akan menerangkan secara terperinci
dalam bahasa Thai jika pegawai yang menemuduga saya tidak berpuashati.Kemudian saya
dan Pong pun dijemput menaiki sebuah kenderaan pacuan 4 roda yang bercermin
gelap.Bayangkan adakah saya selesa sebagai seorang gadis Melayu bersama-sama lelaki-
lelaki Thai yang sudah pasti tidak saya percayai (walaupun saya kenal Pong,namun dia itu
pun 'bermasalah') di dalam kenderaan bercermin gelap?Akhirnya saya menaiki kenderaan
itu bersama seorang pegawai wanita (setelah dimohon,dan di'backup' oleh Pong).
752

Anda tahu ke mana saya akan dibawa?

Saya akan dibawa melawat satu tapak makam diraja berusia kira-kira 700 tahun.Makam
diraja purba itu digazetkan sebagai pemakaman raja-raja kerabat Sukhotai dan
Lavo,namun Pong berbisik kepada saya bahawa dia sangsi melihat beberapa batu nisan
makan yang berbentuk teratai dan tulisan kuno yang menyatakan perkara sebaliknya.Saya
berfikir,kenapa tiba-tiba keluar perkataan Sukhotai?Itu kerajaan di utara.Lavo?Itu
kerajaan di tengah Thailand.Kalau disebut Ayutthaya saya boleh terima lagi.

Kenderaan pacuan 4roda itu merentas kawasan pedalaman di selatan Thai,tepatnya di


Surat Thani Province.Bergegar-gegar kenderaan itu merempuh jalan yang berbukit-
bukit.Namun saya tidak tahu berada di mana.Cermin gelap menghalang
pemandangan,manakala saya diberikan tempat duduk di tepi pintu kereta dengan
pegawai wanita di tengah dan Pong di hujung sebelah lagi.

Saya teringatkan kata-kata Pong,pemuda Thailand yang pernah menyimpan perasaan


terhadap saya,"Siti,apa yang saya lihat di dalam arkib negara saya amat
mengejutkan.Apabila saya membaca sebahagian manuskrip,saya asyik teringatkan wajah
kamu.Tak tahu kenapa".

"Saya telah dibawa melihat satu makam diraja yang amat cantik.Ia terletak sepi di dalam
hutan rimba.Pada mulanya saya tidak perasan apa-apa yang luarbiasa,namun saya
terjumpa satu batu nisan yang ditulis dalam tulisan Cham atau Mon Kuno yang membuat
saya bertambah rindu kepada kamu".

Saya bertanya,"Jadi makam siapakah itu?"

Pong tersenyum penuh muslihat,"Mari bersama saya,saya akan tunjukkan sesuatu..."

Saya menerima pelawaan Pong ketika program pertukaran pelajar sebuah universiti di
Bangkok.Ketika itu Pong telah menjadi pegawai pelatih di salah sebuah arkib
negaranya.Saya terus menghubunginya sebaik sahaja tiba di Bangkok.

Ketika di perjalanan,saya perasan suasana semakin gelap dan sejuk.Tiba-tiba saya berasa
seram.Pong bertanya sesuatu kepada pegawai wanita.Kemudian Pong berkata
perlahan,"cuaca mendung".Saya merasa hairan.Bagaimana Pong boleh perasan apa yang
saya rasa.Mungkin dia perasan saya semakin memeluk tubuh menahan sejuk.Ah,mata
keranjang.Rupanya dia senyap-senyap memerhatikan saya.Kenapa dia tidak
753

memerhatikan sahaja pegawai wanita disebelahnya.

Setelah perjalanan yang amat memenatkan dengan hanya berhenti rehat sebanyak 3
kali,akhirnya saya sampai di destinasi.Ketika pintu dibuka,saya melihat satu pintu
gerbang yang amat tua;tiangnya sudah kehitam-hitaman diseputi lumut dan
daki.Dekorasi pintu gerbang itu kelihatan campuran Thai dan Khmer;ya sudah pasti
berasal dari gaya Melayu Segenting Kra (Isthmian Malay).

Pong berbisik,"mengikut sejarah tempatan,pintu gerbang ini dibina pada abad ke-16,oleh
seorang Lorddi daerah ini atas arahan raja Ayutthaya...mari,kita masuk ke dalam.."

Saya dan Pong merentasi pintu gerbang dan berjalan melintasi pohon-pohon
rimbun.Namun latarbelakangnya hutan rimba yang gelap menakutkan saya.Macam dalam
filem-filem bergenre noir atau melancholic.Saya akhirnya melihat makam pertama
dengan hiasan binaan di atas makam yang kaya dengan seni pertukangan ukiran batu
yang halus.Saya meneliti makam aneh tersebut.Mungkin pemiliknya adalah raja atau
bangsawan yang dihormati.Binaan itu dengan keadaan permukaannya dari batu granit
gunung yang dipotong,diselamuti daki dan lumut yang berselupar di celah-celah ukiran
menyebabkan seolah-olah ukiran gaya Gothic dan Elizabethan di Eropah yang penuh
misteri.

"Selamat datang ke makam diraja Grahi!" Pong tiba-tiba berkata.Saya menoleh ke arah
Pong.Apakah benar kata-katanya?

Saya memandang Pong,"Benarkah kata-katamu itu,Pong?Dari mana kamu tahu?"

Pong tersenyum melihat wajah ingin tahu saya."Dari batu nisan merah di hujung
sana...ada mencatatkan rahsia yang amat penting tentang tempat ini.Sebab itu tempat ini
tidak ada dalam kalendar pelancongan negara saya.Sebab itu juga,kamu tidak dibenarkan
untuk mengetahui jalan ke tempat ini".
754

Saya berjalan di celah-celah kuburan sepi.Batu nisan semua kuburan ini begitu aneh,ada
yang berbentuk stupa Buddha dan patung-patung.Ada yang berbentuk batu empat segi
dengan tulisan Siam di atasnya.

"Kesemua pemilik batu-batu nisan di kawasan ini adalah penganut Buddha.Batu nisan
paling awal dipercayai berusia abad ke 12 Masehi.Tetapi saya mengesan batu nisan bukan
penganut Buddha di tempat lain," Pong menjelaskan.

Saya memerhatikan nisan merah yang dikatakan menyimpan rahsia besar.Ukirannya


sederhana,macam ukiran kelopak bunga yang terdapat di tembok pintu Bantey Srei di
Kemboja.Ukiran bunga seroja yang tengah kembang.Suasana sekeliling semakin
gelap,ditengah kesamaran cahaya mentari pagi.Kawasan lereng tanah tinggi itu diselimuti
kedinginan dan kabus.

Saya mengusap tulisan pada batu nisan.Ini tulisan Kawi Kuno,detik hati saya."Ada usaha
penterjemahan?" saya bertanya.

Pong seperti biasa tersenyum penuh muslihat.

Saya memandang batu nisan merah itu kembali. Saya cuba menafsir apakah tulisan itu
mahu memberitahu.

Di sini bersemadi
empat belas keluarga
yang mati dibunuh
oleh puak utara
pada 15 haribulan tahun Saka 1221

Saya menoleh ke arah Pong.Saya membaca lagi tulisan Kawi itu,sambil menunggu kalau-
kalau Pong mahu menterjemahkan untuk saya.Tapi Pong mendiamkan diri sambil pura-
pura memerhatikan ukiran pada sebuah pondok batu.

"Pong!..." saya menjerit perlahan,memaksa Pong bersuara.

Saya menunggu dengan sabar.Saya seolah-olah mendengar Pong ketawa di dalam hatinya.
755

Dari pemegang keluarga Grahi dan Srimala


Empunya hak pada Sri Dharmaraja

Tiba-tiba saya merasa seram sejuk.Itulah suasana dingin yang aneh yang begitu
menyentap perasaan saya.Apa yang saya ketahui tentang Sri Dharmaraja tercantum di
sini.Jelas bahawa kerajaan Grahi yang disebut dalam riwayat imperial China sebagai Kio-
lo-hi adalah kerajaan berkerabat dengan Tambralinga atau Sri Dharmaraja.

Ada beberapa tulisan lagi di bawahnya.Nampaknya Pong mengatakan 'makam diraja


Grahi' berdasarkan tulisan pada batu nisan merah ini.Saya menoleh ke arah Pong.Pong
masih buat tidak faham.Dia lebih suka melihat wajah saya dalam keadaan ingin tahu dan
tertekan.

"What?" Pong hampir mahu tergelak.

Saya masih merenung Pong dengan tajam.

"Ok..ok...yang seterusnya ialah rahsia sulit.Saya telah mengangkat sumpah di hadapan


pegawai bahawa tidak mendedahkan beberapa perenggan.I'm sorry..."

Saya menjadi marah."Apa yang kerajaan kamu mahu sembunyikan?Apa yang raja kamu
takut?Saya benar-benar hairan dengan negara kamu..."

"Err..bukan begitu Siti..." Pong tersengih-sengih.

"...kalau tidak apa?!Beratus tahun kerajaan kamu memusnahkan bukti,menyembunyikan


dan memutarbelit sejarah.Kamu boleh memupuskan orang Mon dari mukabumi dan
memutarbelit sejarah Angkor dan Khmer tetapi bukan kami,faham!" saya separuh
menjerit.

Pong memandang sekeliling dengan perasaan bimbang."Jangan bising Cik Siti....nanti


pegawai tentera akan menahan kita.Saya bertanggungjawab atas keselamatan kamu di
sini sebab saya yang bawa kamu ke sini.Jangan susahkan saya,lebih-lebih lagi diri Siti
sendiri..."

Mendung berarak lesu.Puncak gunung diselimuti kabus.Suasana semakin gelap.Nisan-


756

nisan kaku dan patung-patung aneh nampak begitu gothic dan menyeramkan.

"Beritahu saya kubur-kubur orang Islam tu!" saya separuh mengugut.Saya terpaksa
kerana serik dengan perangai Pong yang suka bermain-main.

"...Massaman graves?Mana ada?Ini semua perkuburan penganut Buddha.." Pong


berdolak-dalik.

"Saya tahu...sebab kamu ada terlepas cakap,ada kubur bukan penganut Buddha di sini.."

"Oh ya...tapi tak semestinya Muslim kan?" Pong tersengih-sengih mengejek.

"Takkanlah orang Kristian!!" saya menjerit geram.

Saya sudah berasa bosan dengan Pong.Hujan mula rintik-rintik,menitis ke permukaan


tiang tua yang berukiran aneh.Saya pun berlari menuju ke satu arah.Pong menjerit mahu
menahan saya.Dia mengejar saya.Kemudian dia berhenti apabila melihat saya duduk
bersimpuh di atas sebuah kawasan perkuburan yang terasing.Kesemuanya terdapat kira-
kira 10 buah kubur dengan batu nisan berukiran sederhana.Terdapat beberapa kubur
yang mempunyai rekabentuk batu nisan Aceh.Saya merenung batu nisan itu,yang masih
bertulisan Kawi atau Cham.

"Ini yang kamu semua mahu sembunyikan...." saya mengeluh perlahan.

"Tempat ini dibina oleh Raja Siam dari abad ke 16 hingga ke 18.Dipercayai raja Siam yang
memulakan tradisi ini mendapat galakan dari salah seorang gundiknya yang berasal dari
selatan Thai.Itu yang saya tahu Siti...selebihnya...." Pong berhenti di situ.

"...siapa mereka di bawah ini...adakah mereka dibunuh?Kenapa mereka dibunuh?" saya


mengomel sendirian sambil bersimpuh di atas tanah kubur tanpa memandang Pong yang
berdiri menghadap saya.

"Mereka mungkin kerabat diraja Grahi yang memeluk Islam atau rakyat Patani..."

Saya menangis tersedu-sedu di depan batu nisan.

"Kita tidak boleh berbuat apa-apa...sejarah ditulis oleh mereka yang menang..."
757

Saya tiba-tiba berdiri dan menghadap Pong.Pong begitu terkejut dan panik dengan
keadaan saya.Saya memandang wajah Pong dengan penuh dendam.Saya melangkah ke
depan,dan Pong serta-merta bergerak ke belakang dengan riak muka ketakutan.

"Hei Siti,wajah awak macam Megan Fox dalam Jennifer's Body..." Pong cuba untuk
ketawa.

Malam itu kawasan pergunungan benar-benar sepi.Keadaan menjadi semakin


dingin.Darah di bawah makam sudah lama kering beribu-ribu tahun dahulu.Tiada lagi
kabus malam.Kegelapan adalah syaitan yang menghisap darah si pengecut.

Apabila saya merenung ke luar tingkap dalam subuh pagi yang dingin semalam,saya
melihat rintik-rintik hujan;mengingatkan saya pada air yang membasahi ukiran pada
dinding tiang.Ukiran itu penuh motif bunga-bungaan.Bunga Melur dan Bunga Kemboja.

Apabila saya membaca komen yang menghina dan memakihamun saya semata-mata saya
berkeras mempertahankan sejarah,saya kembali berasa sedih.Walaupun di alam maya
saya membalas komen dengan tegas dan agak kasar,namun sebagai wanita perasaan saya
begitu halus.Air mata saya menitis.Bagaimana saya mahu menyelamatkan bangsa ini dari
pupus dan hilang tanahair.Agama akan menyatukan mereka.Sejarah akan memotivasikan
mereka.

*********
758

Nama saya Srikandi. Bangsa saya ialah Melayu. Asal bangsa saya ialah Nabi Adam
a.s,manusia pertama. Agama saya ialah Islam. Rumah kaum kerabat saya ialah dari
Pasifik, merentasi Asia Tenggara hingga Madagaskar, pantai timur Afrika. Saya pribumi
Asia Tenggara. Saya bukan berasal dari Yunnan, Taiwan, India atau dari mana-mana.
Asal-usul saya di sini, Asia Tenggara.

Telahku semahkan darah pada batu bersurat, telahku perahkan limau pada keris
wasiat. Sampai masa aku bangkit untuk berjuang. Ku pertahankan bangsa atas nama
agama. Sebab wujud bangsaku kerna membela agama. Bukan sebab bangga aku
membela bangsa. Bukan sebab dunia aku membela bangsa. Sebab hakikat kebenaran
yang diminta. Sebab kasihkan agama.

~Srikandi

Alter Terahsia Bangsa Melayu


Catatan Srikandi

....goodbye for a while I love u all...


Posted by Mistis Organization at 12:11 AM
759

Thursday, December 1, 2011


The Origin of The Sea Dragon

Kira -kira abad ke-6 Masehi,seorang raja dari negeri Chenla telah berjaya menakluk seluruh jajahan

Funan,sebuah empayar lagenda Indochina dan Asia Tenggara.

Raja itu kemudiannya memerintahkan tukang ukirnya memahatkan kejayaan itu dalam sebuah batu bersurat

yang akan diletakkan di dalam sebuah kuil suci.Dalam batu bersurat itu,raja tersebut,Bhavavarman II...telah

menggelarkan dirinya sebagai,

"Mala Malayu iva Malayam raja"

yang bermaksud:Raja Mala dari Malayu...

Nun jauh di pedalaman,mitos tentang naga-naga laut yang bernama Seri Gumum,Seri Pahang dan

SeriKemboja berlegar-legar di kalangan masyarakat orang Jakun yang tinggal di sekitar Tasik Chini.Cerita

tentang naga-naga laut itu diwarisi dari zaman-berzaman,mengungkapkan rahsia antara orang Melayu dan

suku-suku Mon-Khmer pada zaman purba.

Lagenda Khmer mengatakan bahawa seorang lelaki yang bijaksana telah berjaya menawan hati seorang puteri

dari keturunan 'Naga'.Catatan China dari pelbagai dinasti termasuk Dinasti Qi menyebutkan nama puteri

ini;Ye-ye yang diterjemahkan oleh pengkaji Eropah sebagai:Coconut Leaf...


760

Anehnya,sejarahwan Champa yang berkongsi budaya dengan dunia Melayu menuliskan nama puteri itu

sebagai:Mayang Mengurai...

Dalam catatan yang lain ada menyebutkan tentang 'Mala Dynasty' iaitu nama sebuah dinasti purba yang

dikenali sebagai pemerintah 'Malayang' yang muncul dalam banyak manuskrip purba Khmer sebagai 'negeri-

negeri Malayu'.Bangsa Malayu dicatat dalam lagenda Khmer sebagai keturunan yang berasal dari Naga Laut

Mohodhara yang menyukai bunga-bungaan...

Menariknya,raja-raja Lao awal menggunakan gelaran diraja 'Sisattanakanahok' yang berasal dari kata 'Sri Si

Antan Naga Nahud' iaitu gelaran raja-raja Melayu purba terutamanya oleh Raja Champa,Simha Jayavarman.

Terdapat beberapa rahsia lagi yang tertulis dalam kitab-kitab kuno dalam tulisan Pali di sebuah kuil purba di

Thailand...

Dan di dalam 'circle' para penulis kerohanian Eropah,ada mengungkapkan tentang sebuah peradaban silam

yang tenggelam di lautan Pasifik...

...........

.....

...

...

...

...
761

..

...

..

....dari kitab-kitab purba Mon seperti Chamadevivamsa dan Jinakalamali...

dari rahsia-rahsia yang tersembunyi di dalam Chiang Mai Chronicles...

dari epik La Galigo yang penuh misteri...

bait-bait dalam kitab Pararaton...

kain suci yang tergantung dalam sebuah wat purba di Ranong,Thailand...

petunjuk-petunjuk dalam Hikayat Merong Mahawangsa...

makna-makna yang sulit di dalam prasasti-prasasti Angkor


762

rahsia yang terlakar pada tembok runtuhan di My Son,Vietnam...

laluan sepi ke kota Gelanggi...

kotak misteri di dalam runtuhan pagoda di Bagan,Burma

pintu rahsia ke bawah tanah Borobudur,Indonesia

ukiran-ukiran di Angkor Wat...

manuskrip-manuskrip purba kaum Batak Simalungun di Danau Toba...

lembar-lembar lusuh di sebuah kuil tua di Luang Phrabang,Laos..

makam purba di belantara,Brunei Darussalam...

tulisan-tulisan pada batu besar di Papua dan Maluku...

mitos puak-puak aborigine di Hawaii...

dari rekod-rekod imperial China seperti Book of Song,Book of Liang,Book of Wei,Book of Sui

dan catatan-catatan para pengembara China seperti Chi Tu Gou Ji,Chan Chun,Pei Su dan Chao Ju Kua.....

di sana...

ada sesuatu...
763

AKAN DATANG
764

Mei 2012
765

"The Origin of The Sea Dragon"


Alter Terahsia Bangsa Melayu ver4.0 Deluxe
766
767

antara kajian menarik:

Rahsia dari Prasasti

Petunjuk Tersembunyi dalam Jinakalamali

Mitos di kalangan penduduk Polynesia

Legenda naga dalam masyarakat Jakun

Lagenda naga dalam kesusasteraan Khmer

Naga Soma,Mayang Mengurai dan Ye ye

dan banyak lagi...

disusun oleh

~Srikandi

Posted by Mistis Organization at 9:55 AM | | 57 comments


768

Wednesday, December 21, 2011


Catatan Srikandi X

Catatan Srikandi X

Penafian/Disclaimer: Setakat ini penulis iaitu Srikandi/Cik Seri tidak mempunyai sebarang akaun

Facebook.Akaun Facebook yang menggunakan nama penulis dan hasil kajiannya ialah peminat yang

berlagak seperti penulis.Penulis tidak menghalang mana-mana fans membuka medium penyebaran namun

menyamar dengan mengekploitasikan nama penulis dan kajiannya adalah sesuatu yang tidak beretika dan

memalukan.Penulis menganjurkan (recommendation) akaun fans seperti FB Alter Terahsia Bangsa Melayu

dan FB Mistisfiles (admin kedua-duanya tiada kaitan dengan Mistis Organization) yang walaupun

menggunakan nama dan kajian tetapi tidak berlagak seolah-olah penulis atau dari organisasi.Harap

maklum.
769

"The girl who sold the world"

K adang-kadang pada waktu malam,sebelum melelapkan mata,saya selalu memandang siling sambil

berangan-rangan.Tipikal gadis yang perasan dirinya kanak-kanak manja.Hmmm.Kadang-kadang saya fikir

masa depan,kadang kadang saya fikirkan kematian.Oh.

Sambil memandang bintang-bintang 'glow in the dark' di siling saya terus berangan-rangan tentang kisah-

kisah lampau saya.Kenangan bersama ibu dan ayah.Saya terkenangkan wajah ibu yang lembut dan

jelita.Tipikal wanita Melayu 'terakhir'.Kenangan bersama ibu dan ayah menyesak-nyesak dalam

memori.Kadang-kadang saya tersenyum sendiri,kadang-kadang sedar tak sedar,air mata tumpah ke pipi.

Kenangan itu bagaikan kabus lautan di pagi hari.Bila kita mahu mencapainya,kita tidak menemui apa-

apa.Kekosongan.

Pada malam yang sepi itu saya terdengar bunyi muzik dari rumah seberang.Rumah yang diduduki anak-anak

bujang pelajar universiti (?) yang minat muzik dan gajet-gajet mahal.Tapi bergantung harap pada pinjaman

PTPTN.Cuma sesetengah dari mereka yang saya diberitahu (sudah tentu saya pernah berborak dengan

mereka) memiliki bisnes MLM yang 'membanggakan'.

"Grandma take me home...*

grandma take me home...."

Saya memeluk bantal Garfield saya,kemudian mula berangan jauh ketika kecil,saya teringatkan bapa saudara

saya.Kami memanggilnya "paksu" sebab dia yang paling bongsu.Paksu memang 'rugged' orangnya.Dia

memang hantu muzik.Zaman itu muzik rock di Malaysia memasuki era 'leleh' dan 'lentuk' dengan vokal

mendayu-dayu dan struktur lagu yang lebih 'emo' (My Chemical Romance versi Melayu) dan meleret-

leret.Namun ketika itu paksu saya sudah melayan muzik 'Seattle sound' seperti Mudhoney,Pearl Jam dan

Soundgarden.Ada yang saya tertinggal?


770

Saya tidak terkejut jika di kala itu ada anak muda kita yang mula menjelajah versi muzik baru setidak-

tidaknya The Pixies dan R.E.M yang menjadi rujukan band-band grunge itu.Butterfingers pernah dikritik

kerana 'Seattle sound'nya dan OAG mula mendapat perhatian.

"Said why don't you stop your crying

Go outside and ride your bike

Thats what I did, I killed my toe..."

Saya benar-benar rindukan paksu.Paksu seorang yang tampan.Saya akuinya.Zaman itu remaja lelaki suka

memakai baju flannel atau kemeja kotak dengan t-Shirt di dalam.Dengan jeans yang tak berbasuh selama

berbulan-bulan dan memakai baju kumal atau baju bundle (oh ya...saya fikir tahun 1993-1994 ialah

permulaan zaman bundle di Malaysia) yang lusuh,mereka mula melalak lagu-lagu Nirvana.Paksu sanggup

menghabiskan duit kerjanya semata-mata untuk membeli gitar karan (electric guitar).Selepas itu dia

membeli overdrive pedal dan kemudian distortion membuatkan atuk saya mengamuk dengan bunyi bingit

dari biliknya.

"Dalam rekod purba dari manuskrip-manuskrip Mon dan Pyu city-states,terdapat satu petunjuk mengenai

kerajaan Kunlun Besar yang dijumpai dalam rekod para pengembara Cina...," Sophie Jan Rothsmarck,gadis

Jerman yang sempat bersama saya dalam satu program pada Disember 2008 yang lalu.

"Dimana tu?" saya bertanya kepada Sophie.

"Dalam manuskrip yang ditulis ketika era pemerintahan Alaungsithu dari kerajaan Pagan di Burma.Lihat

fragmen ke-35,menunjukkan bahawa raja 'Ayi' mempunyai kegemaran melaga ayam dan menyimpan 'pisau'

sebagai perhiasan selain senjata.Manuskrip ini ditulis berdasarkan 19 catatan suci pada daun yang ditulis oleh

para pendeta Buddha ketika kewujudan Pyu city-states," Sophie menjawab panjang lebar.
771

Saya melihat ke arah yang ditunjukkan oleh Sophie pada jurnal para pengkaji Burma dan Lao yang

dikeluarkan pada Mei 1996."Kira-kira abad ke-2 Sebelum Masehi...catatan-catatan dari orang-orang Pyu yang

sudah pupus pada hari ini mengatakan tentang satu kerajaan yang berjiran dengan mereka...," saya berbisik

perlahan.

"What do you think,Siti?" Sophie merenung mata saya,meminta pandangan.

Saya membacakan catatan pengembara China,dari rekod Sin Tang Chou:

"Dari Mi-tchen,kami tiba di Kouen-lang di mana hidup satu puak dari Kunlun Kecil;rajanya bernama Mang-

si-yue;budayanya sama seperti Mi-tchen.Dari Kouen-lang,kami telah di Lou-yu di mana ia adalah kerajaan

bagi raja Kunlun Besar.Rajanya bernama Seu-li-po-po-na-ta-chan-na.Negerinya lagi besar dari Mi-tchen.Dari

sini kami tiba di Tcha iaitu di Moti-pa dalam masa separuh hari".

Saya mengalihkan pandangan kepada gadis Jerman itu.

"Sophie,Lou-yu adalah nama orang-orang Cina Purba berikan kepada orang Melayu pada masa lalu

berdasarkan panggilan orang Melayu sendiri kepada nama bangsa mereka iaitu 'Malayu'.Dan Kunlun adalah

juga antara nama yang biasa diberikan oleh mereka merujuk Melayu purba.Dua petunjuk ini memang

kuat,bahawa ada negarakota Melayu di Indochina sejauh wilayah Burma pada hari ini.Tidak hairanlah

pengkaji Khmer mengatakan rekod Angkor menunjukkan ada sebuah wilayah city-statesMelayu di

Battambang dalam wilayah Kemboja pada hari ini.Jika orang Cina Purba menyebut negeri Melayu sebagai

Mo-Lo-yu,maka pemerintah Angkor menyebutnya sebagai Ma-la-yang," saya memandang mata biru Sophie.

"Saya setuju dengan awak,Siti,mujurlah Yazakumar,wakil pemerintah di utara Arakan telah mengarahkan

pembinaan inskripsi Myazedi.Dari sini kita dapat menyahkod bahasa Pyu yang sudah pupus melalui 3 lagi

bahasa lain yang dipahat pada batu bersurat itu..." Sophie terhenti apabila saya memotong.
772

"...Burma,Mon dan Pali...ya tiga bahasa yang juga dipahat bersama,bijak putera Kyansittha (seorang raja dari

Dinasti Pagan) itu."

Prasasti Myazedi

Saya memunggah salinan-salinan manuskrip-manuskrip berbahasa Pali yang ditemui di seluruh Burma

terutama di kawasan negarakota Pyu paling selatan iaitu Sri Ksetra.Sri Ksetra adalah tapak arkeologi yang

paling besar berbanding tapak-tapak arkeologi Pyu city-states yang lain.Dipercayai Sri Ksetra pernah

berhubung dengan beberapa kerajaan atau empayar Asia Tenggara yang terkenal seperti

Champa,Funan,Tambralinga,Pan-Pan,Chih-Tu dan empayar maritim Sriwijaya.Manuskrip-manuskrip ini

sempat difotokan oleh mubaligh,pegawai kolonial,pedagang dan pengkaji dari Eropah.Kemudian spesimen

foto lama tadi diproses semula ke dalam bentuk digital dan dinaiktarafkan mutunya.

Pyu adalah satu kaum berbahasa Tibetan-Burma yang dipercayai terawal menduduki kawasan yang

dinamakan Myanmar pada hari ini.Malah orang Burma banyak menyerap sebahagian budaya dan bahasa Pyu

ke dalam ketamadunan Burma,sama seperti yang mereka lakukan kepada orang Mon terutama ketika

kebangkitan kerajaan Pagan.Hari ini sejak jatuhnya semua negarakota Pyu ke tangan orang Burma dari

kerajaan Pagan,maka perlahan-lahan orang Pyu pupus ciri-ciri kebudayaan mereka,bahasa dan identiti.Semua

orang Pyu telah terserap ke dalam kebudayaan Burma.Menjelang abad ke-13,orang Pyu lenyap sepenuhnya

dari muka bumi.Perlu dicatatkan di sini,hubungan orang Pyu dengan orang Burma seperti hubungan orang

Melayu dan Jawa;adik-beradik serumpun.Bahasa Pyu dekat dengan bahasa Burma Kuno.
773

"....ayat ini mengatakan,dari garis raja-raja kami warisan Sri Ksetra dan Tagaung memerintah negeri ini

dengan dharmapala dan kemuliaan shakya...," Sophie membacakan salah satu terjemahan dari manuskrip

dalam kelompok fragmen bernombor 55."Pada hari ini,gigi Sang Buddha selamat ditahbiskan di dalam

Pagoda Seribu Syurga.Para pendeta memandikan para pendosa dengan air suci dari Tambrabhumi..."

"....berhenti.Saya rasa di situ," mata saya ke kanan dan ke kiri.Memikirkan sesuatu.Sophie menyandarkan

bahunya pada tubuh kerusi.

"Yes...Tambralinga!" saya dan Sophie seakan-akan menjerit serentak."Wait...wait.." tiba-tiba saya menukar

suasana.Saya tersedar sesuatu.

"Tambra bermaksud kemerah-merahan.Kita boleh katakan juga perkataan 'tambrabhumi' bermaksud 'Tanah

Merah'.."

"Chih-tu?" mata Sophie bersinar.

"Hmmm.....," saya terkenangkan Tanah Merah di Kelantan.Tempat itu memang misteri.Pyu city-

states,Tambralinga,Chih-Tu,Tanah Merah,Lawasangharata,Chiang Mai,Pagan.....oh...senarainya akan

berterusan.Bisnes maritim orang Melayu pada masa lalu telah menghubungkan 'puzzle-puzzle' yang hilang

dengan kerajaan-kerajaan orang Pyu dan Mon.Boleh dikatakan sistem beraja orang Kelantan boleh dijejak

sehingga era abad ke-2 Sebelum Masehi dengan kenyataan bahawa raja-raja Melayu dahulu menghantar

anak-anak mereka ke merata Indochina,membuka negarakota dan dirajakan oleh kaum-kaum Tibetan-Burma

atau Mon-Khmer.Ini ada dikisahkan dalam Hikayat Merong Mahawangsa.

Menyebut tentang Hikayat Merong Mahawangsa,ia lebih menceritakan susur galur raja-raja dalam 'federation'

Segenting Kra (Kra Isthmus),Langkasuka yang terkenal itu.Langkasuka ialah sebuah empayar yang

menggabungkan beberapa negarakota Melayu dan Mon di sepanjang Segenting Kra sehingga mencapai

Dvaravati,'grand Mon city-states' yang terletak di tengah Thailand sekarang ini.Langkasuka adalah penerus

Kedah Tua,kerajaan purba yang mempunyai catatan yang agak meriah dalam rekod negara-negara
774

luar.Hubungan orang Melayu dari kerajaan Kedah Tua dan Langkasuka dengan negarakota-negarakota Mon

menyaksikan pengaruh-mempengaruhi terutamanya dari segi dialek bahasa Kedah pedalaman yang

pekat,anda akan jumpa beberapa perkataan Mon-Khmer di dalamnya.Mungkin juga perkataan-perkataan itu

adalah asal dalam bahasa Melayu namun di'Mon-Khmer'kan.Kita kurang pengetahuan berkenaan dengannya

sementelah kita kekurangan ahli linguistik yang punya minor dalam bidang sejarah dan arkeologi.Perlu

dicatatkan di sini,kadangkala dialek-dialek Malayu-Mon itu kerapkali dicop sebagai 'Siam' dan hari ini Siam

dirujuk sebagai orang Thai di Thailand,satu bangsa tiada kaitan sama sekali dengan Malayu dan Mon.

"Lihat ini Siti...," sebuah foto lama keadaan di dalam ruang suci sebuah kompleks pagoda di Bagan.Kelihatan

banyak relik di dalamnya,bersusun-susun.Keterangan menunjukkan foto ini diambil ketika era Perang

Inggeris-Burma Ketiga.Di antara relik-relik seperti kitab-kitab suci,gulungan-gulungan fabrik bertulisan dan

lainnya terselit sebilah pisau berkeluk-keluk.

"...adakah ini..."

"Kris?You mean that?" saya merenung foto itu.

Anawrahta (1044–1077) telah menubuhkan Empayar Pagan,dengan menakluk banyak negarakota Mon yang

tersisa.Kemudian mereka menuju ke selatan dan bertemu dengan beberapa negarakota-negarakota kecil yang

bertutur dalam bahasa Melayu loghat utara!Sehingga kini,orang-orang Melayu di selatan Burma adalah

keturunan orang Kedah.Malah nama Banjaran Tenasserim diambil dari bahasa Melayu 'Tenang Siram'.Orang

Burma dan kita telah berhubung lama sebelum era Sriwijaya!

"...Pyu city-states seperti Halin,Beikthano,Maingmaw,Binnaka juga mempunyai jaringan perdagangan dengan

kerajaan Kedah Tua dan Langkasuka.Seperti yang kita maklum,Malay city-states di Segenting Kra mempunyai

kelebihan akses ke perdagangan laut antarabangsa,manakala faktor geografi Pyu city-states menghadkannya

untuk terlibat aktif dalam perdagangan maritim.Jadi Pyu city-states bertindak sebagai hub-hub pengumpulan

hasil hutan dan pertanian untuk keperluan pelabuhan-pelabuhan entreport Langkasuka dan Kedah Tua," kata
775

Sophie.

Saya teringatkan Pong,pemuda Thailand yang menjadi secret admirer saya.Dia bersungguh-sungguh

mengajak saya ke sebuah kuil purba di Ranong.Katanya dia ingin menunjukkan secarik kain suci yang

tergantung di sebuah palang di sana.Masuk ke kuil purba itu,sami menunjukkan isyarat sesuatu.Pong tunduk

berlutut.Saya masih berdiri.Pong memandang saya dengan wajah berkerut.Dia menarik tangan saya.

"Pong,saya tidak boleh berbuat begitu.Agama saya melarang saya menunjukkan apa-apa tanda penyerahan

pada patung-patung.Beritahulah sami itu,senyuman manis saya adalah tanda menghormatinya kerana lebih

tua dari saya," saya menjelaskan sebaik mungkin agar Pong tidak tersinggung.

"Ok...ok...nevermind.Your sweet smiles,saya kira sami itu tidak berkecil hati malah Lord Buddha akan

bergembira bila melihat senyuman awak yang seksi itu..." Pong mengenyitkan mata ke arah saya.

Saya menggeleng-gelengkan kepala dengan mulut sengaja dimuncung-muncungkan sambil mata menjeling ke

arah lain.Nakal sungguh!

Pong membawa saya ke satu ruangan yang nampak sulit.Di dalamnya terdapat satu patung Buddha sederhana

besar.Pong mendongak.Saya pun mendongak.SElembar kain kuning lusuh yang mendebarkan tergantung

melayang-layang.Oh,apa yang saya nampak?

Ketika kerajaan Sukhotai (1238–1583) mula melebarkan pengaruhnya di utara,raja-rajanya mula membuat

hubungan dengan Tambralinga di selatan.Satu fakta yang jarang diketahui,agama Buddha Theravada yang

dianut oleh orang Thai sekarang adalah hasil dari tindakan raja-raja Sukhotai mengimport sami-sami Melayu

dari Tambralinga.Sesetengah pengkaji (majoritinya nasionalis Thai) selalu menulis bahawa ajaran Buddha

Theravada di Thailand,berasal dari sami-sami Sri Lanka.Sebenarnya,majoriti pengaruh Buddha Theravada

orang Thai awal adalah dari sami-sami Tambralinga.Ini kerana ketika kerajaan Chola menyerang Sri

Lanka,ramai sami terbunuh sehingga ada catatan mengatakan raja Sri Lanka ketika itu,Vijayabahu meminta

Anawrahta,raja Burma menghantar sami-sami untuk menyegarkan kembali agama Buddha di sana!Jadi ini

bertepatan dengan catatan sejarah yang mengatakan pada sekitar abad ke-12 dan 13,Tambralinga atau Sri

Dharmaraja menjadi pusat pengembangan agama Buddha yang terpenting.Sebab itu apabila raja Patani

memeluk Islam,raja Ligor (Sri Dharmaraja) masih pekat dengan agama Buddhanya.Walaupun

bersaudara,namun kerana perbezaan agama,raja Ligor sanggup bermusuh dengan Patani dan menyebelahi

kerajaan Siam (Ayutthaya) yang seagama dengannya.Kita maklum bahawa Ligor dilantik menjadi

'supervisor' oleh Kerajaan Siam (Ayutthaya dan dinasti Chakri) untuk mengawal negeri-negeri

Melayu utara.
776

Meneliti riwayat-riwayat Mon,Pali,Pyu juga Khmer menginsafkan saya betapa konotasi 'Melayu berasal dari

Sumatera' atau 'Melayu pelarian dari Sumatera' berdasarkan sejarah Melaka yang kurang difahami adalah

kenyataan yang teramat jumud,sempit,kebudak-budakan dan tidak berpelajaran.Memahami riwayat-riwayat

dari kaum-kaum Indochina ini membuka pandangan yang teramat sempit perihal bangsa Melayu yang selama

ini tidak atau kurang kita ketahui.Betapa kita punya sejarah di merata-rata Asia Tenggara.Di semenanjung,di

Borneo,di Sumatera,di Jawa,di Filipina hingga ke Pasifik dan tanah besar Asia,Indochina.Jika menuduh

Melayu dari Sumatera,bagaimana dengan orang Melayu utara dan pantai timur yang punya sejarah beribu

tahun dengan Funan dan Champa serta hubungan istimewa dengan orang Mon,Khmer dan Burma jauh

sebelum kewujudan Sriwijaya dan Majapahit?

Damn!Kita selama ini menjadi musuh kepada apa yang kita tidak fahami.

Memahami diri sendiri rupanya begitu sukar.Kelak kita akan tahu siapakah diri kita yang sebenarnya.

"...I fell asleep, and watched tv

Woke up in my Mother's arms!!!"

Paksu melalak lagi.Saya memandang ke arah pintu bilik paksu.Saya berjalan bertatih ke arah pintu dan

mengetuk-ngetuk pintu dengan botol susu saya.Paksu masih melalak lagi.Saya pun mengetuk-ngetuk dengan

lebih keras.Tiada kedengaran suara paksu.Pintu terkuak,wajah paksu terpacul."Woi budak kecik,nak apa?"

"Nak ainnnnyiin anyii paksuuu..."

"Masuklah...dok diam-diam situ," Paksu membenarkan saya masuk walaupun dalam nada tidak mengalu-

ngalu.

Saya memerhatikan paksu melalak lagu Dive,Aneurysm,In Lithium dan seterusnya...dia semakin lupa dunia

dan terlompat-lompat sambil memegang gitar karannya.Tiba-tiba saya meluru ke depan dan mengetuk-
777

ngetuk botol susu ke kotak amplifier milik paksu.Paksu masih melalak.Kemudian saya memusing-musingkan

penutup botol,meniru perbuatan ibu bila mengisi susu ke dalam botol.

Saya pun menyimbah air susu ke badan amplifier paksu.

Tiba-tiba keadaan senyap sedikit.Saya ketawa.Bertepuk-tepuk tangan tanda gembira.Saya seperti telah

berjaya menghapuskan kejahatan.Saya melompat dan ketawa lagi.Kemudian apa yang saya sedar,tubuh saya

melayang dan tersepuk ke penjuru dinding!

Rupa-rupanya paksu menghempuk saya dengan gitar karannya!

Ibu terpacul serta-merta.Paksu masih tergamam.Ibu mendukung saya sambil mengusap-ngusap belakang

saya.Saya seakan masih terdengar suara amukan atuk,dan aksi paksu terjun tingkap dan berlari entah ke

mana.

Kini paksu bekerja di luar negara.Saya jarang menemuinya,cuma ketika Hari Raya setahun yang lalu,saya

sempat bertemu dengannya.Bila saya bangkitkan kisah saya dihempuk dengan gitar,paksu tersengih-sengih

malu,oh!cute nya paksu.Paksu masih tampan seperti dahulu.Namun tidak lagi memakai jeans yang tidak

berbasuh berbulan-bulan.
778

Malam itu,saya memeluk bantal Garfield sambil berangan-angan.Wajah paksu hilang dan saya mula

menyanyi perlahan mengikut muzik dari rumah pelajar-pelajar bujang itu.Saya menyanyi dan

menyanyi,seperti paksu dahulu ketika menjiwai lagu-lagu grunge.Saya tidak sedar bila saya terlelap.

Grandma take me home 19x

I wanna be alone

*Sliver,Nirvana

~Srikandi

all apologies....

Posted by Mistis Organization at 4:00 PM


779

Wednesday, December 28, 2011


"Sophie Jan Rothsmarck"

Catatan Srikandi XI

"Sophie Jan Rothsmarck"

"Saya merasa hairan dengan bangsa kamu,The Malays...," Sophie Jan Rothsmarck,gadis Jerman

kelahiran North Rhine-Westphalia itu berkata kepada saya.

Saya memandang ke arahnya sambil memuncungkan mulut dan mengangkat kening."Apa yang kamu nak

hairankan?"

Sophie tersenyum kecil ke arah saya.Dia meletakkan buku 'Recueil des Inscriptions du Siam: Inscriptions de

Dvaravati, de Crivijaya et de Lavo' ke atas meja.Dia memandang saya sambil berpeluk tubuh."Saya tidak

nampak apa yang istimewanya pada bangsa kamu.Kamu tidak mempunyai Colosseum atau Tembok Besar

China.Negara kamu teramat miskin kesan-kesan bukti fizikal yang agung namun anehnya..."

"Apa dia?" saya mengerutkan dahi.

"Setiap catatan Imperial China mencatatkan nama-nama raja-raja city-states dan empayar kamu dari dinasti

ke dinasti,para pengembara China mencatatkan kemewahan raja-raja kamu dan kemajuan fizikal kerajaan

kamu seperti kota bertembok tinggi,istana dari emas dan sebagainya.Begitu juga catatan-catatan pengembara

India,Parsi dan Arab.Mereka mengatakan empayar kamu tersangat luas.Maharaja memakai mahkota

emas.Dan kota besar yang disaliri parit di sekelilingnya...."

Saya mengeluh panjang.

Can you feel my love buzz?

Can you feel my love buzz?

Can you feel my love buzz?

Can you feel my love buzz?*


780

Paksu mencampakkan gitarnya ke katil.Saya berjalan terkedek-kedek menuju ke bilik paksu.Saya lihat banyak

poster kugiran rock ditampal dalam bilik paksu.Poster Cromok 'Forever in Time'.Pearl Jam ketika album

'Ten'.Metallica ketika 'The Black Album'.Bilik paksu bersepah dengan kaset-kaset bertaburan jatuh dari rak ke

lantai.Paksu masih terbaring lesu.Di sampingnya berhamburan nota-nota belajarnya dari ITM (sekarang

UITM).Saya duduk di lantai sambil menunggu paksu bangun.Saya mahu paksu memetik gitar untuk

saya.Kadang-kadang paksu mendukung saya sambil melambung-lambung saya ke atas.Saya akan ketawa

terkekek-kekek.Gayat.

Saya tidak sabar lalu bangun dan menyentuh gitar paksu.

Ting...

Tringggg...

Tinnngg...

Paksu terjaga.Matanya bulat memandang saya."Hoi,budak kecik!Jangan kacau paksu,pergi main jauh-jauh!".

Saya senyum menyeringai ke arah paksu."Nak anyin paksuuuu....!"

Paksu menangkap saya lalu diribanya saya."Nak geletek?"

Saya ketawa terkekeh-kekeh."Aaaa nakkk gletekkk,nak anyyinnn..."

Paksu menggeletek pinggang saya.Saya menggeliat sambil ketawa terkekeh-kekeh.Paksu ketawa melihat

gelagat saya."Budak comel,duduk sini.Paksu nak main lagu baru..."

Paksu memainkan lagu 'The Man Who Sold The World'.Lagu ini pernah dibawakan oleh Nirvana ketika

konsert 'MTV Unplugged in New York' pada 18 November 1993.Perlu dicatatkan bahawa lagu ini bukanlah

ciptaan Kurt Cobain mahupun Nirvana sendiri.Ini adalah cover song di mana penyanyi asalnya ialah David
781

Bowie,seorang penyanyi British yang terkenal.Lagu ini sebenarnya mula dikenali secara meluas di seluruh

dunia selepas di 'cover song' kan oleh Nirvana walaupun ada artis lain yang turut sama menyanyikannya,

sebagai contoh Lulu dan Nine Inch Nails.Menariknya apabila David Bowie menyanyikan lagu ini selepas

fenomena Nirvana,generasi terkemudian mengatakan David Bowie membawa cover song dari Nirvana!

"Sesuatu yang begitu aneh bagi saya.Bila saya melawat Malaysia,saya tidak nampak sesuatu dari kesan-kesan

kerajaan hebat yang dihebohkan dalam riwayat-riwayat dinasti China mahupun pengembara mereka.Misalnya

catatan Chang Chun,duta dinasti Sui yang melawat Chi tu dalam abad ke-7 Masehi:

Kerajaan Chi-tu,yang sama bentuk dengan Funan,adalah terletak di laut selatan.Melalui laut,ia

boleh dicapai lebih dari 100 hari perjalanan.Warna tanah di tempat itu adalah

merah,dengannya nama kerajaan itu dinamakan.Di timurnya ialah kerajaan Po-lo-la,di barat

ialah kerajaan Po-lo-suo dan di selatan ialah Ho-lo-tan.Di utaranya ialah laut.Negeri ini

keluasannya beberapa ribu li (1 li bersamaan 6.667 meter persegi).Nama keluarga rajanya

ialah Qu-tan,namanya pula ialah Li-fu-dou-sai,"Sophie membacakan rekod kerajaan Sui tentang satu

kerajaan yang hilang di kawasan Kelantan-Patani.

Catatan tentang Chi-Tu

Sophie menyambung lagi,"Catatan dari pengembara dan pedagang yang bernama Sulaiman yang mencatatkan

satu kerajaan besar bernama Zabaj pada tahun 851 Masehi,kemudiannya dikomentar oleh Abu Zaid Hassan

pada tahun 916 Masehi:

Raja Zabaj dikenali sebagai 'Maharaja'....dia memerintah ke atas pulau-pulau yang tidak

terkira banyaknya.Pulau-pulau Sribuza,Rami...semuanya kepunyaan Maharaja.Kerajaan

maritim Kalah juga di bawah takluknya...pulaunya sendiri adalah subur dan populasi

penduduknya sangat padat dan berterusan"

Saya mengecilkan mata.Serius berfikir.Saya teringatkan satu ceramah agama yang menceritakan kerajaan

Nabi Sulaiman a.s yang memerintah seluruh dunia ketika itu.Tiada kerajaan sebelum dan selepasnya yang
782

lebih hebat.Saya teringat akan penemuan kosakata bahasa Ibrani dalam bahasa Melayu terutama dari suku

Minang dan kajian bahasa Melayu Kuno era Sriwijaya yang mengandungi beratus-ratus istilah Ibrani Kuno

oleh pengkaji Sepanyol.Ada rahsia di sini.Ini bermakna ketika kerajaan Nabi Sulaiman a.s memerintah Israel

Raya dan menjadi kuasa dunia kira-kira 1000 tahun sebelum Masehi (perkiraan sarjana Bible),terdapat

hubungan antara pedagang Melayu dan Bani Israel.Mengapa kebanyakan orang Melayu memanggil 'father'

sebagai 'abah' dimana dalam bahasa Ibrani (Hebrew) ia bermaksud 'father' (Abba)!Jadi ketika kerajaan

Sulaiman a.s,kira-kira 1000 tahun sebelum Masehi,orang Melayu telah wujud!

Sophie menyambung kembali catatan pengembara Arab tentang Maharaja dan empayarnya:

"...setiap pagi,kami diberitahu,perbendaharaan kerajaan dibawa,seketul jongkong emas

dalam bentuk batu-bata,ke hadapan maharaja yang mana untuk dilontarkan ke sebuah tasik

berdekatan istana.Ketika maharaja masih hidup,tiada siapa yang berani mengusik jongkong-

jongkong emas di dalam tasik itu.Apabila maharaja mangkat,penggantinya memerintahkan

semua jongkong emas di dalam tasik dikeluarkan.Selepas dikeluarkan,emas-emas tadi dikira

dan ditimbang,kemudiannya dibahagi-bahagikan di antara kaum kerabat diraja,para jeneral

tentera,para hamba dan orang miskin.Bilangan jongkong emas dan beratnya dicatit ke dalam

rekod istana dan prestij seseorang raja ditentukan berdasarkan jumlah jongkong emas yang

mereka tinggalkan"

Saya menarik nafas.Seakan-akan begitu sesak dada saya.

Sophie memandang saya,"Siti,beritahu saya,beritahu orang-orang Jerman,dimanakah kerajaan emas kamu

ini?Bagaimana teknologi jongkong emas boleh wujud di era awal sejarah Malaysia?Ketika

Saxons,Norseman,Viking dan Celt berperang sesama sendiri di Jerman dan pesisir pantai Eropah,bangsa
783

kamu mempunyai empayar yang mengeluarkan komoditi emas!It's weird...weird...weird..."

Saya seperti hendak menjerit memberitahu tentang penemuan loji-loji pemprosesan besi di Lembah Bujang

yang baru-baru ini ditemui oleh sekumpulan pakar dari USM.Teknologi ini adalah satu-satunya ditemui di

Asia Tenggara di mana tamadun lain tidak ditemui loji-loji pemprosesan logam seperti

Angkor,Lavo,Mon,Burma mahupun Champa,apatah lagi Sukhotai atau Ayutthaya.Loji-loji besi ini

membenarkan catatan seorang pengembara Arab,Abu Dulaf al-Muhalhil yang berasal dari Bukhara,telah

singgah di Kalaha (Kedah) pada tahun 940 Masehi:

"Apabila saya sampai di Kalah, saya dapati tempatnya amat indah dengan tembok-tembok

kota, taman-taman bunga dan aliran mata-mata air dari bumi. Saya lihat lombong bijih timah

yang tidak ada tolok bandingnya dalam dunia ini. Di dalam kota ada tukang-tukang membuat

pedang "qala'i" iaitu pedang Hindi yang tulen…seperti di negeri China, terdapat orang-orang

yang tidak menyembelih ternakan yang mereka makan. Penduduknya mempunyai sistem

keadilan dan mempunyai penjara serta hukuman denda.."

Kalaha (Kedah Tua) ketika itu adalah pemproses besi dan pengeluar pedang untuk dieksport ke luar

negara.Pedang-pedang itu,melalui para pedagang India dan Parsi sampai ke tangan para Kaisar dan

Kisra,askar-askar empayar Rom dan puak-puak Arab.Kedah juga dikenali sebagai 'Qala'i' oleh orang Arab

dahulukala kerana keluaran pedang 'Qala'i' nya yang bermutu tinggi.

Dahulu,catatan pengembara Arab ini mengenai negeri-negeri Melayu pada zaman purba dikatakan fantasi dan

khayalan 'The Arabian Nights' oleh sarjana Eropah era kolonial.Namun hari ini,penemuan demi penemuan di

seluruh Asia Tenggara mengunci mulut mereka.

"Ok,ini semua bukan seperti kisah 'The Arabian Nights' (Hikayat 1001 Malam) jika kamu membuktikan di

mana perginya kerajaan-kerajaan emas kamu itu?Sebelum saya melawat Malaysia,saya telah membaca

sebahagian besar catatan Imperial China era Sui,Song dan Tang dan para jurutulis termasuk duta dan diari

para pengembara China.Saya membaca rekod kerajaan-kerajaan era Vedic di India tentang 'the ancient Malay

city-states' serta membaca prasasti tembaga Nalanda di India tentang keagungan Balaputradewa,Maharaja

Sriwijaya.Kerajaan-kerajaan di India juga membina beberapa biara dan kuil untuk 'the emperor of Malays' ini

dan sebahagiannya kini dimodifikasi oleh kerajaan-kerajaan selepasnya dan diwartakan sebagai kuil dinasti

mereka.Dalam fikiran saya ketika itu,wow!Saya mesti lihat tempat asal semua keajaiban ini.Malaysia.Namun

malangnya...saya hanya melihat Stadthuys dan A Famosa di Melaka malah replika kapal besar di muziumnya

ialah kapal Portugis,Flor de la Mar...mana perginya kapal-kapal para penakluk dan pembina empayar maritim

Asia Tenggara,seperti yang dicanangkan oleh para pengembara Arab dan China?Saya mahu lihat kapal 'The

Viking of Orient' ini..."Sophie merenung saya tajam.Apa masalah dia?Seolah-olah saya yang bersalah dalam

masalah yang saya sendiri pun tak faham.


784

Saya menghembus nafas,"Kamu sudah melawat Indonesia?"

Sophie mengangkat bahu."Mengapa pula Indonesia?"

"Sebahagian bukti fizikal empayar maharaja ada di sana..."

"Bukankah kamu dari Malaysia,mengapa saya harus pergi ke negara lain untuk mencari sejarah Malaysia?"

"...not just so called Malaysian history..ini sejarah The Malays...dahulu tiada negara-negara yang bernama

'Malaysia' atau 'Indonesia',these crap was created by imperialism.The Malays,adalah 'the skilled seafarers'

dan 'knowledgeable in oceanography'.Sejarah mereka boleh ditemui merata-rata di seluruh Asia

Tenggara.Rumah mereka ialah Asia Tenggara.Remember this again,their home is not only Malaysia...not

only Indonesia...but Southeast Asia,Southeast Asia.."Saya melontarkan kata-kata.

Sophie enggan mengalah,"Jadi kamu hendak mengatakan tentang Borobudur?Kalasan?Candi-candi di

Indonesia?Saya boleh terima jika kita bercakap tentang Sriwijaya.Tetapi bagaimana pula dengan

Langkasuka?Juga sebuah 'federation' untuk semua city-states Mon and Malays?"

Sophie membacakan catatan Liang-shu (The History of Liang Dynasty) kira-kira 515 Masehi,

"...kota kerajaan Lang-hya-shu dikelilingi oleh tembok tinggi dan mempunyai dua pintu

gerbang,menara-menara dan balai-balai.Raja mengenderai gajah dan dibayangi dengan

payung putih dan pengibas.Raja diringi oleh bendera-bendera,panji-panji dan gendang.."

Saya seperti tahu apa yang ingin dikatakan oleh Sophie Jan Rothsmarck sebentar lagi.Ah,damn!

"Langkasuka tidak ada kaitan dengan Indonesia hari ini.Setuju?Langkasuka terletak dari kawasan Kedah-

Kelantan,menyelusuri Segenting Kra hingga mencapai selatan Thailand Tengah.Ia menyatukan beberapa

negarakota Mon dan Melayu dan menguasai pelabuhan-pelabuhan di sepanjang Segenting Kra.Siti yang

bijaksana...di manakah kota bertembok tinggi dengan dua pintu gerbang itu pada hari ini??"

Kota bertembok tinggi dan dua pintu gerbang.Kota bertembok tinggi dan dua pintu gerbang.

Kota bertembok tinggi

...dan dua pintu gerbang.


785

Saya merenung sungai yang hitam berkeladak di bandar Sungai Petani,Kedah.Saya termenung lama.Suasana

senja di Sungai Petani amat mengasyikkan.Saya lihat beberapa budak-budak gothic berjalan berkelompok

menuju ke CS (Central Square) dari arah stesen bas Sungai Petani.

Saya mahu ke Gunung Jerai. Ada seorang lelaki pertengahan umur yang memanggil saya 'putri' mahu

menemui saya. Katanya di atas gunung itu ada sebuah istana raja zaman dahulu.Dia mahu saya 'tengokkan'.

Di dalam bas loncat,saya tertidur.Senja di luar memancarkan cahaya kemerah-merahan.Seolah-olah warna

kain bidai di istana raja Ketomala dalam riwayat Kemboja.Dari jauh saya dapat lihat puncak gunung

Jerai.Kemudian saya tertidur. Saya lihat dalam mimpi saya wajah Pong dan Sophie Jan Rothsmarck.

*Love Buzz,Nirvana.Lagu asal oleh Robbie van Leeuwen.

~Srikandi

The Naga King's Daughter


Posted by Mistis Organization at 12:24 AM | | 18 comments
786

Tuesday, July 10, 2012

"Moonlight on The Epitaph"

Catatan Srikandi XII

Disclaimer: Penulis tidak mempunyai akaun Facebook atas nama penulisan Catatan Srikandi dan ATBM.Fans

boleh menyebarkan pengetahuan dari tulisan penulis,namun tidak boleh menyamar atas nama Srikandi,yakni

penulis Catatan Srikandi dan ATBM.Amat mendukacitakan terdapat pihak yang menyamar menjadi penulis

dalam akaun Facebooknya.Peminat Srikandi hanya boleh berhubung dengan penulis di blog ATBM,Celoteh

Srikandi dan MistisFiles sahaja.Harap maklum.

"Moonlight on The Epitaph"

di atas nisan sejarah

ku tuliskan riwayat silamku

dengan darah peperangan

Suara ayam berkokok bersahut-sahutan di luar.Saya berbaring di atas tilam toto selepas menunaikan solat
subuh.Bayu dingin dalam suasana perkampungan yang damai.Di kaki gunung Jerai itu tiba-tiba saya

terkenangkan suasana kampung saudara sepupu di Kuala Kangsar.Kabus pagi saling mengintai di balik

bukit.Gelap dinihari masih lagi kelihatan di luar.Dari tingkap saya memandang langit .Kemudian saya

mendengar seakan rintik-rintik kecil.Saya menarik selimut tebal ke dada saya.

"Arghhhhh...sedapnya tidurrrr....."

Saya menggeliat penuh nikmat.Selimut saya tarik lagi sampai menutup muka.Kalau di universiti saya jarang
787

dapat tidur dengan selesa macam ni.Setiap kali dapat bilik asrama,mesti saya dapat katil atas 'double-

decker'.Tak tahu apa malangnya nasib saya.Dapat katil atas susah saya mahu tidur lesak,kata orang

Perak.Tapi di sini saya dapat mengiring ke sana ke sini,buat pusingan 180 darjah pun boleh.Tidur ni memang

salah satu nikmat Tuhan yang sangat besar.Alhamdulillahhh....bisik hati kecil saya,sambil memejam mata

penuh nikmat.Ada orang yang punya wang berjuta-juta,tetapi tidak dapat tidur nyenyak.Sungguh,tidur adalah

salah satu nikmat Tuhan yang selalu kita lupakan.

"Dek Ti....oooo....Dek Ti....mana dia ni....tidoqqq ka..."

Alamak,Tok Midah mai dah...bisik hati saya.Malas betullah nak tolong masak sarapan.Buat-buat pura-pura

tidurlah.Saya menyelimuti seluruh tubuh saya dengan selimut.Dalam kegelapan di bawah selimut,saya

teringatkan kata-kata Pak Habiburrahman,pegawai universiti dari Indonesia yang berketurunan Bugis.

"Orang Bugis adalah suku Melayu Tua...mereka suka berlayar dan merantau.Mereka ada hikayat epik yang

lebih tua dari Ramayana dan Mahabbrata yang dibanggakan orang India..."

"Maksud bapak...La Galigo...?" soal saya acuh tak acuh.

"Iya...bijak kamu...", Pak Habiburrahman tersenyum manis.

Epik La Galigo adalah antara karya terbesar dalam sejarah dunia,mengandungi lebih 6000 halaman dengan

300,000 baris.Manuskripnya diduga ditulis pada abad ke-18 atau 19,dari tradisi lisan yang bersambung-

sambung.Tradisi lisan inilah yang dikatakan oleh sarjana lebih tua dari epik Ramayana dan Mahabbrata dan

juga lebih panjang mengalahkan kedua epik India itu.

Epik ini berkisarkan pelayaran Sawerigading.Menariknya,epik ini dimulai dengan babak mesyuarat Raja Di

Langit,La Patiganna dengan beberapa kerajaan seperti Senrijawa yang disifatkan sebagai 'pertemuan

keluarga',untuk melantik Raja Di Bumi.Pengkaji La Galigo sepakat mengatakan bahawa Senrijawa adalah

empayar maritim legenda Asia Tenggara,Srivijaya!

"...Dek Ti..."

Tok Midah membuka pintu.Saya mendiamkan diri."Tidoq pulak budak ni...Dek Ti...bangkit aih...tak mau

sarapan ka...",saya terasa Tok Midah duduk di sisi saya.Saya perlahan-lahan mengalihkan badan.Saya

berkeadaan telentang namun kain selimut masih menutupi wajah saya."Bangkit aih...main-main pulak dengan

tok ya...!"

Tok Midah menarik selimut yang menutup wajah saya.Saya tersenyum namun dengan mata terpejam.Tok
788

Midah memukul-mukul perlahan bahu saya."Main-main dengan tok ya...tak pueh tidoq ka lagi Dek Ti ni...."

saya membuka mata saya.

"Tok masak apa?"

"Mai la bangkit...nak tau kena la pi dapuq..." Tok Midah mencubit pipi gebu saya.

Saya tersenyum memandang nenek angkat saya itu.Tok Midah menjadi nenek angkat saya ketika saya

menyertai program pelajar angkat usahasama universiti dan penduduk kampung berdekatan Gunung Jerai

itu.Tok Midah pernah datang ke rumah saya di Perak.Kami sudah macam keluarga sendiri.

Saya pula berada Kedah seminggu untuk menunaikan hajat Abang Hamid yang memberitahu saya,kawannya

ada menjumpai seketul batu nisan purba di atas Gunung Jerai.Tulisan di atas batu nisan itu tidak dapat dibaca

kerana mengandungi karakter-karakter kuno menurut Abang Hamid.Ketika saya berjalan menaiki Tangga

1000 bersama rombongan seramai 7 orang termasuk saya,Abang Hamid ada menceritakan sedikit tentang

sejarah Kedah yang bagi saya punya kaitan dengan riwayat-riwayat Khmer purba dan Hikayat Merong

Mahawangsa.

"Kedah ini asalnya kerajaan besar.Kerajaannya mencapai nun Burma sana hingga ke Kemboja.Kalau nak kira

orang Kedah inilah Melayu asli dan paling tua antara sekian banyak suku Melayu di alam Melayu ni.Kerajaan-

kerajaan purba macam Patani dan Ligor memang ada kaitan kerabat dengan raja-raja Kedah.Nama pun

Kedah Tua,memang Kedah ni banyak warisan sejarahnya...",Abang Hamid berhenti sambil menghisap rokok

daun.Pelik saya melihat Abang Hamid ni,kelihatan steady sahaja walaupun sedang menaiki anak-anak tangga

curam,sedangkan diri saya sudah tercungap-cungap.Sudah beberapa kali perjalanan rombongan tergendala

sebab saya minta berhenti rehat.

Suku Melayu paling tua,bisik hati kecil saya.Siapa suku Melayu paling tua?Orang Bugis mengatakan mereka

adalah Suku Melayu Tua.Orang Kedah juga tidak kurang hebatnya dengan riwayat raja-rajanya yang

bersimpang-siur dengan sejarah Kemboja,Thailand dan Burma.Orang Kelantan dikatakan Melayu paling
789

asli.Bagaimana dengan suku Melayu di Sumatera?Tulisan purba Rencong,manuskrip dan prasasti-prasasti

yan mendokumentasikan sejarah Melayu Nusantara banyak di sana.Siapa Melayu paling tua?

Apabila berkata tentang sejarah,kitalah antara yang paling disegani di Asia Tenggara.Ingat perkara ini.Saya

sudah memberitahu anda semua,pembaca saya yang sangat saya sayangi.Saya berani berkata sebab saya ahli

sejarah yang terlibat dalam kajian cross-reference.Dalam disiplin sejarah,penyelidikan secara cross-

reference atau rujuk silang dengan pelbagai sumber adalah satu jurus yang amat berbisa,secara saintifiknya,ia

adalah satu teknik penyiasatan yang banyak membantu ahli sejarah mencari jawapan kepada segala teka-teki

atau untuk mencantum kronologi.Pernah tengok CSI?Jika pakar forensik ada unit IT yang mempunyai

perkakasan yang canggih untuk menganalisa dengan teknik perbandingan cap jari atau wajah suspek,maka

rujuk-silang adalah teknik yang ampuh dalam disiplin penyiasatan sejarah.

Raja-raja Kedah dalam riwayat Khmer digelar Ketomala dengan Prithivindravarman,salah seorang raja

Angkor sebagai 'came from Malayu' dalam jurnal-jurnal Kemboja,sama seperti Suryavarman I yang juga

'...from Malayu' dalam riwayat Siam 'The Chronicles of Chiang Mai'.Prithivindravarman,dikatakan dari garis

keturunan Ketomala,dimana disyaki oleh pengkaji Kemboja ada kaitan dengan kerabat Kedah dan

Malayu.Nama Kedah terakam dalam riwayat bangsa-bangsa lain.China purba menyebutnya sebagai

'Kiteh',Tamil purba sebagai 'Kadaram' atau 'Kataha',Parsi dan Arab sebagai 'Kalah,Qalah' dan Khmer purba

sebagai Keta,Ketah atau Keto.Nama tempat yang tercatat dalam sejarah bangsa-bangsa lain adalah bukti jelas

ia adalah pusat perdagangan yang terkenal yang dikunjungi oleh ramai orang dari serata dunia.

Orang yang langsung tidak mengetahui semua ini akan mengatakan orang Melayu pendatang dari

Indonesia.Adakah sebelum datang segala makhluk yang kelaparan untuk mencari rezeki di bumi kita ini,tanah

semenanjung ini kosong begitu sahaja?'Orang Melayu dari Indonesia' itu tak berani sentuhkah?Jejak bumi

pun tidakkah?Para sarjana bersepakat mengatakan kaum Merina di Madagaskar adalah berasal dari ekspedisi

empayar Melayu Srivijaya,jadi tanah sejauh Madagaskar boleh jejak,Tanah Melayu tak boleh 'orang Melayu

dari Indonesia' nak jejak?Nak tunggu segala makhluk kelaparan mencari rezeki di sini jejak rasmi bumi

semenanjung,baru 'orang Melayu dari Indonesia' yang duduk hanya seberang Selat Melaka ikut jejak.What a

stupid retarded!

Mereka itu sebenarnya mahukan bumi kita.Itu sahaja ceritanya.Makhluk-makhluk Tuhan yang kelaparan itu

tidak tahu mencari rezeki di tanah asal mereka lalu mencarinya di bumi bertuah kita.Kemudian menyalak

macam anjing yang kekenyangan.Ingat!Orang lain sanggup mati berebutkan tanah kita ini,kerana kita duduk

di persinggahan antara Barat dan Timur,laluan transit antara India dan China.Kita ada selat tersibuk di

dunia,di mana selat ini adalah 'checkmate' untuk kapal-kapal mencari laluan paling singkat yang lain antara

India dan China.Lain kata,kita duduk di atas timbunan emas permata.Siapa yang tak mahu harta benda?

'Orang Melayu dari Indonesia' tidak bina Langkasuka.Mereka tak bina Kedah Tua dan loji pemproses besi
790

tertua Asia Tenggara.Orang Melayu bukan datang dari Indonesia.Bukan pula Malaysia.Orang Melayu datang

dari SELURUH ASIA TENGGARA!Apa yang dinamakan Malaysia,Indonesia,Brunei dan sebagainya pada hari

ini di Asia Tenggara,pernah dijejak tanahnya oleh orang Melayu dan kawasan 'permainan' mereka zaman-

berzaman;rumah orang-orang Melayu khasnya dan wilayah Austronesia amnya.Southeast Asia is the home of

Malays.Mana tidaknya,kita adalah bangsa pedagang dan pelayar paling disegani dunia setaraf dengan bangsa

Phoenicia dan Norsemen.'Viking of The Orient' tidak duduk senyap dalam hutan atau gua.

Apabila berkata tentang sejarah,kitalah antara yang paling disegani di Asia Tenggara.Ingat perkara ini.

Sejarah Melayu akan dijumpai dalam riwayat raja-raja Angkor,Champa dan Siam.Misalnya pengasas Empayar
Angkor iaitu Jayavarman II pernah tinggal di negeri-negeri Melayu sebelum dibantu oleh pihak dari Malay

city-states itu untuk menentang overlords seluruh Kemboja bagi persaingan menyatukan Kemboja dan

menjadi raja empayar Khmer.Para pendekar Melayu juga dijadikanbodyguard istana oleh raja Angkor dan ini

disebutkan dalam manuskrip Khmer abad ke-16.Bagaimana orang Melayu boleh dipercayai oleh kerabat diraja

Khmer sehingga dilantik menjadi pengawal istana jika tidak bermastautin di Kemboja dan dikenal begitu lama

oleh raja-raja Angkor.

Saya menceritakan dan menekankan tentang sejarah bangsa sebab saya sayangkan bangsa saya atas satu sifat

ini;memeluk Islam secara beramai-ramai tanpa bertangguh dan tanpa menumpahkan darah.Dalam sebanyak

mana keburukan dan perspektif negatif yang dilemparkan kepada orang Melayu,mereka menjadi mulia sebab

masih sayangkan agama.Bangsa Monggol dan Tartar sebelum memeluk Islam banyak menjarah kota-kota

Islam dan membunuh berjuta umat Islam sebelum menjadi pengikut Islam yang taat dan membentuk

wilayah-wilayah Kazakhstan,Kygyztan dan sebagainya.Bangsa Arab sekalipun pernah menjadi musuh

Islam,maksud saya kalau kita membaca kisah-kisah para Sahabat nabi s.a.w,kita akan membaca pelbagai
791

kisah kaum kafir Quraisy menyeksa orang Islam di kalangan mereka.Tetapi dalam sejarah Melayu dan

Nusantara,perkara-perkara begini tidak kita dengar dan terbaca.Apabila raja Melayu masuk Islam,maka

secara automatik rakyatnya beramai-ramai membuang sembahan-sembahan patung dan animisme kepada

mentauhidkan Allah s.w.t.Tanpa peperangan,tanpa sengketa.Islam masuk ke Nusantara melalui cara

perdagangan dan hubungan muamalah,bukan paksarela atas nama peperangan.Bangsa Cina masih banyak

yang kafir dari Islam begitu juga dengan India.Negara paling banyak penduduk Islam ialah Indonesia yang

merupakan campuran kaum-kaum Nusantara/Austronesia termasuk Melayu.

Nikmat yang paling bernilai ialah nikmat Islam dan iman.Allah s.w.t telah letakkan bangsa Melayu di tengah-

tengah transit perdagangan.Cukuplah Allah s.w.t anugerahkan kita Selat Melaka,darinya banyak rezeki

melimpah ruah atas keizinan-Nya.Dunia Allah Taala sudah bagi,Allah s.w.t pilih lagi kita orang-orang Melayu

dalam agama Islam,apalagi nikmat Allah yang mahu kita dustakan lagi?Bumi subur,laluan perdagangan,ada

minyak pula.Sebab itu orang luar sanggup bermati-matian berebutkan homeland kita ini sehingga sanggup

menipu mengatakan kita pendatang.Saya namakan ini sindrom 'pendatangness' sebab hanya mereka berjiwa

pendatang sahaja tiba-tiba melatah tak tentu pasal menuduh orang lain pendatang.

Kalau tidak mengapa I-Ching (Yi Jing) seorang sami dan pengembara China dari era dinasti Tang singgah di

negeri-negeri Melayu dan menceritakan di hadapan Maharani Wu bahawa dia bertemu dengan 'the nation of

Mo-lo-yu' serta belajar bahasa Melayu untuk menimba ilmu kependetaan Buddha dari mahaguru-mahaguru

terkenal di sana?Ketika era keemasan Srivijaya,orang Melayu adalah rujukan kedua kependetaan agama

Buddha selepas India dan jika tidak mampu ke India untuk belajar agama Buddha,para pelajar seluruh dunia

ketika itu akan singgah di negarakota-negarakota Melayu purba untuk belajar agama Buddha.Terdapat

universiti di kota Srivijaya,sama seperti Universiti Islam Antarabangsa atau Pesantren Temboro,di mana

seluruh dunia bertumpu untuk belajar agama.I Ching menyebutkan bahawa beliau telah melihat kitab-kitab

asli Buddha seperti Tripitaka yang sebanyak 500 gatha ditulis dalam 'bahasa Sriwijaya' (bahasa Melayu Kuno)

dan jika diterjemahkan dalam bahasa Cina akan memakan ribuan jilid.

Segala makhluk kiasu yang takut miskin dan kebuluran itu wajib membaca catatan I-Ching;Account of

Buddhism sent from the South Seas dan Buddhist Monk's Pilgrimage of the Tang Dynasty untuk mengetahui

pengiktirafan orang Cina purba tentang 'the nation of Mo-lo-yu',satu bangsa purba yang sejak zaman

berzaman menduduki Asia Tenggara yang digelar 'Southern Sea' oleh dinasti-dinasti purba Cina seperti Shu

dan Chen.
792

Ketika darjat kerohanian Buddha orang-orang Melayu mencapai tahap 'dewa' sehingga sami Cina selesa

belajar dengan orang Melayu (I Ching pernah dirompak dan ditinggalkan berbogel oleh perompak jalanan

ketika di India,manakala ketika di wilayah Srivijaya,beliau diberi perlindungan oleh Maharaja

Srivijaya),ketika salah seorang maharaja Melayu Srivijaya,Indravarman mengutus surat kepada Khalifah

Umar Abdul Aziz yang terkenal warak untuk belajar tentang Islam,ketika itu pintu hidayat tidak boleh

ditahan-tahan lagi.Satu persatu raja-raja di Alam Melayu memeluk Islam termasuk raja Champa dan

Patani.Mereka rela mencampak segala ilmu kerohanian Buddha aliran Tantra (orang Melayu purbakala antara

pengasas aliran 'sufism' Buddha ini) yang dibangunkan mereka,meninggalkan kemasyhuran mereka ketika era

Hindu-Buddha,memeluk Islam dan menghadapi kemaraan Imperialis Eropah.

Kami sampai di kem perkhemahan sekitar pukul 3 petang.Suasana di puncak gunung amat misteri.Saya begitu

kepenatan,masih di dalam situasi tidak percaya saya boleh sampai ke puncak.Abang Hamid akan

menunjukkan saya kawasan batu nisan aneh itu selepas asar.

Saya berehat di dalam khemah dan sempat berfikir-fikir tentang seorang pelajar saya yang asyik 'menganggu'

sesi kuliah saya.Namanya Nik Azri.Ketika saya memberikan syarahan,dia akan mengangkat tangan dan mula

bertanya soalan-soalan yang kadang-kadang menguji kesabaran saya.Matanya asyik merenung wajah saya

ketika saya bercakap dan mula menunjukkan muka pesimis;tersengih-sengih dan mencebikkan bibir seolah-

olah memperlekehkan saya.Kemudian dia akan mengangkat tangan.

"Err...Cikgu Siti,apa buktinya bahasa Melayu menjadi bahasa perdagangan di sekitar Sulawesi?Berikan saya

bukti-bukti yang jelas.Cikgu mengatakan bahawa raja-raja Bugis dan Kepulauan Rempah menggunakan

bahasa Melayu dalam urusan rasmi,siapa yang kata?Saya mahu bukti jelas bukan cakap-cakap

orang...",beberapa pelajar menjeling ke arah Nik Azri yang tersenyum mengejek.Hanya si nakal itu saja berani

membahasakan diri saya 'cikgu' manakala para pelajar lain seperti biasa memanggil saya dengan nama Cik

Siti.Saya sedar ramai pelajar tidak berpuashati dengan Nik Azri,namun kerana dia memegang jawatan penting

MPP dan berpengaruh maka mereka mendiamkan diri sahaja,tambahan lagi pelajar junior yang

mengharapkan kupon asrama.

Saya merenung wajah Nik Azri.Pemuda itu mengangkat keningnya,sambil tersengih.Saya merenung lantai

seketika sambil cuba tersenyum."Bahasa Melayu sememangnya adalah bahasa perdagangan sejak zaman-
793

berzaman di kawasan Asia Tenggara.Ini disebabkan faktor aktiviti para pedagang dan pelayar Melayu yang

aktif di Selat Melaka dan sekitarnya.Thomas Bowrey* yang telah berlayar dan berdagang di sekitar Teluk

Bengal dan Asia Tenggara selama 19 tahun pada abad ke-17 mencatatkan bahawa,'...whereas in all the

islands...the Malay Language is received and generally used in all trading ports of those islands,as a

Trading Language...' menunjukkan pengaruh bahasa Melayu sebagai bahasa perdagangan". Saya menarik

nafas.

"Dalam catatan yang lain,Bowrey menulis,'...there is several different nations and languages...but I must tell

you,that the Malayo Language spoken in the Islands,is somewhat different from the true Malayo spoken in

the Malayo country, although not so much,but to be easily understood by each other. The Malayo spoken in

the Islands is called Basadagang (bahasa dagang), that is to say, the Merchants or Trading Language,and is

not so well esteemed as the true Malayo...',jadi dalam konteks ini jelas pemerhati Eropah yang

berpengalaman selama 19 tahun ini membuat kesimpulan yang tepat tentang situasi bahasa Melayu ketika

itu".Saya meletakkan fail saya di atas meja.Saya mengangkat kening ke arah pemuda nakal itu."Adakah ini

membantu anda,Nik Azri?" Saya pula tersenyum mengejek ke arahnya.

Nik Azri nampaknya tidak mahu mengalah.Mungkin dia keturunan Bugis yang tidak percaya bahasa Melayu

digunakan secara meluas oleh raja-raja Bugis dan para Daeng yang berlayar dan berdagang hingga ke

Johor."Itu cakap-cakap orang Cikgu,saya sudah katakan tadi,bukti-bukti yang jelas...saya mahu bukti

konkrit,dokumen atau manuskrip.Cikgu ada?",pemuda itu menjuihkan bibir dan seperti biasa beberapa kerat

juak-juaknya mula membuat kecoh dalam dewan kuliah.

"Bawa bertenang.Soalan awak Nik Azri...tak mencabar langsung,dalam dua pucuk surat Sultan Abu Hayat dari

kerajaan Ternate kepada King John III (Portugis) masing-masing ditulis dalam tahun 1521 dan

1522,sepenuhnya ditulis dalam bahasa Melayu",saya tersenyum ke arah pelajar perempuan yang mula

memprovok Nik Azri.

"Saya mahu tengok contohnya",budak nakal itu tidak berpuashati.

"Bila-bila masa awak boleh datang ke bilik saya,saya akan tunjukkan contoh manuskripnya",saya membalas.

Nik Azri kadangkala bertindak di luar kesabaran saya.Ada kertas jawapan ujian atau peperiksaan semesternya

yang mempunyai 'mesej-mesej rahsia' yang ditujukan kepada saya;sebagai penyemak kertas jawapan.'Love u

so much...' atau 'My dream girl' acapkali ditulis dalam font kecil dihujung kertas jawapan.Saya sedar

perbezaan umur saya tidak jauh beza dengan beberapa pelajar.Saya antara tenaga pengajar termuda di sini.

Sultan Abu Hayat ialah antara pemerintah Kesultanan terkuat di wilayah yang dikenali di Barat sebagai

'Spices Island'.Pemerintahan Kesultanan ini pernah mencakup timur Sulawesi,Ambon dan Seram.Ketika
794

berurusan dengan kuasa asing,sultan-sultannya berkomunikasi dalam bahasa Melayu.Contohnya dalam

sepucuk surat tahun 1522 kepada raja Portugis:

Ini surat kaseh Sultan Abu Hayat surat datang ke-pada ayahanda Sultan Portukal dunia

'alam ialah yang maha besar...

"Siti, nak tengok batu nisan tu tak?"Abang Hamid bertanya petang itu.

Kami pun meredah satu denai yang sederhana panjang.Kemudian kadangkala berhenti.Lama juga kami

berpusing-pusing mencari batu nisan itu.Adakalanya Abang Hamid berpatah balik.Saya lihat dahi Abang

Hamid berpeluh.Tiba-tiba saya rasa tak sedap hati.

"Kenapa Abang Hamid?",saya berbisik perlahan sambil memandang lelaki berusia 40-an itu.

"Semua tanda ke batu tu dah hilang,"keluhnya.Suasana mula bertukar senja.

Saya menenangkan diri saya.Mulut saya terkumat-kamit membaca surah Alam Nasyrah.Lebih kurang sejam

kami mencari.Saya bergerak mengikut Abang Hamid ke satu belukar terletak berdekatan pokok besar yang

ditumbuhi 'pokok langsuir' di dahannya."Abang rasa di sini tempatnya,syukur...itu dia di sana,"Abang Hamid

bergerak cepat dan menyelak satu rimbunan belukar tebal.

Saya melihat satu batu yang sederhana besar,berbentuk hampir segiempat sama membujur.Di atasnya ada

sebarisan tulisan aneh seakan-akan tulisan Kawi atau sub-Pallava.Benar-benar diri saya diselubungi misteri

apabila bertekuk mendekati nisan tua yang terbaring itu.Saya cuba membaca tulisan itu,namun gagal."Apa

katanya?"suara Abang Hamid kedengaran di belakang saya tetapi garau sedikit.

"Siti tak dapat nak terjemah,tapi ada tulisan yang macam melambangkan angka-angka,"saya membalas tanpa

memandang Abang Hamid.

Di sini bersemadi

tujuh keluarga

yang mati dibunuh

oleh pengkhianat dari Ligor

pada 13 haribulan tahun Saka 1376

Suara garau itu membaca tulisan pada batu nisan.Saya spontan menoleh ke belakang.Alangkah terkejutnya

saya apabila Pong tiba-tiba berdiri di situ,bukannya Abang Hamid.Wajahnya sungguh ngeri,darah pekat

keluar dari mulutnya.Bajunya koyak rabak.Tangan kanannya terkulai seakan-akan patah.Saya seperti mahu
795

menangis.

"...kau buat apa di sini Pong?"saya bersuara tiba-tiba tanpa kesedaran.

"Yang bunuh orang-orang kau ialah orang kau sendiri.Bukan kami.Dalangnya Putera Ligor,saudara raja

kamu.Dia yang hasut Raja Siam..."Pong ketawa menyeringai.Sungguh menyeramkan.

"Bohong...!"

Tiba-tiba suasana menjadi gelap.Saya merasa pening.Mata saya melilau ke sana sini mencari cahaya.Gelap

amat. Tiba-tiba ada sesuatu di pangkuan saya.Benda yang keras dan bersalut tanah lembab.Saya dengar bunyi

tangisan dari benda itu.Tak semena-mena suasana bertukar cerah sedikit.Saya memandang ke atas,ke punca

cahaya itu.Cantiknya rembulan itu.Saya masih memangku benda keras seakan batu pejal itu.Kemudian saya

memandangnya.

Batu nisan.Cahaya rembulan melimpahi permukaannya.Saya lihat tulisan di atasnya diukir dengan warna

merah.Seperti darah segar yang keluar dari luka yang baru. Saya mendongak.Rembulan itu bergerak-

gerak.Kemudian saya lihat rembulan tadi bertukar menjadi cahaya lampu suluh.Saya sempat mengecam

wajah Abang Hamid sebelum segala-galanya kabur.

ku tuliskan riwayat silamku

dengan darah peperangan

biar hanyirnya membau perjuangan

*Thomas Bowrey's bilingual dictionary,published by Sam London in 1701

~The Naga King's Daughter


Posted by Mistis Organization at 2:11 PM
796

Tuesday, July 31, 2012

"The Black Diary"

Catatan Srikandi XIII

"The Black Diary"


797

ku tuliskan riwayat silamku

dengan darah peperangan

biar hanyirnya membau perjuangan

"Hahahaha!Apa yang Siti merepek ni sayang...saya tidak ada apa-apa...,"Pong ketawa mengejek di dalam
telefon.Saya benar-benar merasa jengkel dengan panggilan 'sayang'."Betul,kamu tidak ada apa-apa?"saya

meminta kepastian.

"Wah...alangkah bertuahnya saya,tuan puteri raja sombong yang dahulunya jual mahal dengan saya,kini

begitu mengambil berat terhadap saya yang hina ini...hahaha...!"Pong semakin galak mengetawakan saya.

"Sudahlah!"saya memutuskan talian telefon bimbit.Kalau saya sedang memegang gagang telefon,sudah tentu
saya menghempaskannya sekuat hati biar pecah gegendang telinga Pong.Seperti yang dijangka,tak sampai

beberapa saat,Pong membuat panggilan.Saya duduk dengan perasaan bengang.Sambil menjeling ke arah

telefon bimbit,saya mengawal desahan nafas kemarahan saya perlahan-lahan.

Telefon bimbit semakin galak berbunyi tidak berhenti-henti.Saya semakin rimas.Saya menekan butang

'call'.Sayup...sayup kedengaran suara Pong meminta 'ampun'.

"Please...i'm so sorry...don't treat me like this...Siti...please give me one chance...."

Ekor mata saya memandang ke sana sini.Kepala saya mula memikirkan apa hukuman yang harus saya

kenakan kepada si jahat itu.Sambil tersenyum,saya mendekatkan bibir saya ke telefon."Give me a favor..."

"Okay...okay....ingat tak kain suci yang terentang di atas palang kuil di Ranong?"
798

"So..?"

"Saya akan beritahu siapa lukisan lelaki dalam rajah suci itu..."

Ah...dia pandai memancing saya!Memang saya begitu ingin tahu siapa lelaki misteri yang memegang senjata

seakan keris dalam rajah kuno bertulisan skrip Khmer purba di atas kain lusuh yang tergantung terbuai-buai

di palang kuil lama di Ranong tersebut.

"Cakaplah lagi pasal lelaki tu..."saya memancing kembali.

"Siti maafkan saya?"

"Cakap dulu!!"saya mula hilang sabar dengan pemuda Thailand itu.

"Okay...okay...menurut sumber dari sami tua di kuil berdekatan,memberitahu saya bahawa lelaki dalam rajah

itu adalah salah seorang dari dua putera raja Sri Dharmaraja ketika era Siwichai.Namanya Indera Sairen.."

Mata saya bersinar.Masih terngiang-ngiang di telinga saya kata-kata lembaga yang menyerupai Pong di

Gunung Jerai.

"Yang bunuh orang-orang kau ialah orang kau sendiri.Bukan kami.Dalangnya Putera Ligor,saudara raja

kamu.Dia yang hasut Raja Siam..."

Apa yang berlaku antara Sri Dharmaraja dan Sukhotai beratus tahun dahulu selepas perpecahan wilayah-

wilayah Segenting Kra milik Empayar Srivijaya dahulu?Apa yang dibisikkan oleh Sri Raja,raja terakhir Sri

Dharmaraja kepada Chakrapat,raja Ayutthaya semasa raja Melayu itu hampir menghembuskan nyawa

terakhirnya?Apa yang berlaku antara Ligor dan Kedah ketika raja Ligor (Sri Dharmaraja baru),Syariff Abu

Bakar Syah mahu membebaskan diri dari pengaruh Thai?Mengapa negeri-negeri Melayu tidak membantu

Ligor?
799

Saya semakin pening.Kisah-kisah sedih beratus-ratus tahun yang lampau itu bagaikan batu-bata di

Baphuon,Kemboja 'The biggest puzzle in the world'.

Malam itu,selepas solat maghrib,saya mensedekahkan al-fatihah kepada Allahyarham Nai Long Kassim dan

umat Islam.Saya rasa ada sesuatu yang ingin disampaikan oleh arwah.Walaupun anak cucu dan orang yang

tidak ada kena mengena dengan waris raja Ligor itu kerap merepek-repek dan 'over-acting' sehingga

mengaburkan sejarah sebenar,saya dapat merasakan beliau benar dalam beberapa hal.Tentang itu biar saya

rahsiakan dahulu.Saya benar-benar terkilan kerana tidak dapat bersemuka dengan beliau.Saya rasa jika saya

dapat bersemuka dan berbual-bual dengan beliau secara peribadi tanpa kehadiran 'pembodek-pembodeknya'

yang merepek-repek itu,pasti saya dapat mencungkil rahsia besar hubungan Ligor dengan Kedah,Ayutthaya

dan Chakri pada masa silam.Pasti saya dapat mencantum beberapa 'puzzle' yang hilang ditelan zaman.

Selepas solat,saya membuka laptop saya di atas katil.Saya masih memakai kain telekung saya,menggodek-

godek laptop saya,membuka emel dan membalas yahoo messenger.Nampaknya ada emel baru.Ada seseorang

hantar lagu pada saya.Saya mengklik 'play'.

Lagu dari Tai Oratai - Wun Tee Bau Mee Ai.

Di dalam emel itu ada 'caption':Bila saya melihat Kanyaphak Suwankut,saya teringatkan kamu.Dia adalah

artis kegemaran saya.Kamu faham maksud saya kan?

Saya pun terbaring di sisi laptop sambil melayan alunan lagu siam itu.Nadanya mendayu-dayu.Tiba-tiba

telefon saya berbunyi.Si jahat itu lagi.Saya mengangkat panggilan.

"Seperti yang saya janjikan,saya akan beritahu kamu satu rahsia tentang kuil lama itu.Juga sejarah raja-raja
800

Thai pada masa dahulu dengan negeri-negeri selatan (negeri-negeri Melayu),tentang 'Krung Siwichai' dan

dinasti teratai Sri Thammasok..."

"Beritahu saya Pong,saya maafkan kamu..."perlahan suara saya.Air mata saya seperti mahu menitis.Tidak

tahu mengapa.Adakah kerana alunan sayu lagu siam itu atau kerana saya begitu sensitif.

"Baiklah...owh sebelum itu saya ketika ini berada di dalam bilik di mana Goerge Coedes pernah

bertugas...macam biasa,saya ni suka merayau-rayau...hahahaha,"Pong cuba membuat saya ketawa.

"......"

"Okay..okay...begini.Kira-kira 800 tahun yang lalu,beberapa kerajaan Thai telah terbentuk di atas tanah bekas

wilayah-wilayah Empayar Khmer.Raja-raja Lanna dan Sukhotai sebenarnya ialah gabenor-gabenor di bawah

empayar Khmer yang memberontak.Raja Mangrai telah menawan Haripunjaya,negarakota Mon di utara

Siam.Secara automatik,Chiang Mai yang bersejarah jatuh ke tangan Lanna..."

Saya berbisik di dalam hati,Chiang Mai pernah di bawah raja-raja Chih Tu (Sriwijaya purba sebelum era

Dapunta Sri Jayanasa).Suku Lawa yang merupakan pribumi Lawasangharata (nama lama Chiang Mai) berasal

dari Kemboja sebelum bermigrasi ke utara.Nenek moyang suku ini adalah Austronesia (Melayu purba)

sebelum berasimilasi dengan etnik Mon-Khmer.Dari nama 'Lawa' ini,suku Tai terawal tiba di

Indochina,Lao,mendapat namanya.

"Sukhotai telah menjadikan Hamsavati sebagai negeri bawahannya,tindakan pertamanya menakluk kerajaan-

kerajaan Mon di sekitar.Raja Wareru telah menduduki Martaban dari perpecahan empayar Pagan hasil

pertolongan Sukhotai.Selepas itu mereka meluaskan pengaruh ke selatan.Kerajaan Suvarnabhumi dan

Tambralingga,dua kerajaan legenda Indochina jatuh ke bawah pengaruh Sukhotai.Tambralingga pada

mulanya adalah sekutu Sukhotai menentang sisa pengaruh Srivijaya,kemudian selepas bebas dari pengaruh

Srivijaya,raja-rajanya mula tamakkan kuasa dan menguasai sehingga ke Temasik(Singapura lama).Sukhotai

sudah lama mengintai peluang memiliki Tambralingga yang kini bergelar Nagara Sri Dharmaraja kerana

pengaruh besarnya ke atas negeri-negeri Melayu.Siti telah maklumkan,Sri Dharmaraja punya pengaruh

misteri ke atas kerusi emperor-emperor Angkor.Siapa yang duduk di atas Sri Dharmaraja,dia yang

menentukan corak politik istana empayar Khmer.Ini tercatit dalam Prasasti Phimanakas di Kemboja.Dalam

batu bersurat itu mengatakan bahawa Suryavarman I telah naik takhta Sri Dharmaraja pada tahun saka

924.Kita tahu Suryavarman I adalah emperor Angkor selepas itu.Siti tahu rahsia sebenar konflik antara

Sukhotai dan Sri Dharmaraja?Sukhotai mahu menewaskan Khmer melalui Sri Dharmaraja.Apabila raja

Chandrabhabu mangkat di Sri Lanka,Sukhotai melanggar Sri Dharmaraja tidak lama selepas itu.Sri

Dharmaraja adalah 'key point' dalam konflik antara Thai-Khmer.Pengaruh Melayu Sri Dharmaraja amat kuat

dalam istana Angkor,sejak raja pertamanya,Jayavarman II pernah tinggal di negeri-negeri Melayu dan pernah
801

berlayar ke istana Srivijaya,ketika dinasti Sailendra memerintah.Ini adalah beberapa lama selepas catatan

Mas'udi dalam "Meadows of Gold and Mines of Gems" yang terkenal itu diambil dari catatan seorang

pengembara bernama Sulaiman pada tahun 851 Masehi."

"Jadi apa kaitannya dengan lelaki dalam rajah itu?"saya menyoal.

"Itu adalah Putera Indera Sairen.Anak kepada raja dinasti teratai,Chandrabhanu.Dialah raja yang berhati

mulia,mengajarkan ajaran Theravada kepada orang-orang Sukhotai.Indera Sairen ada seorang saudara

bernama Indera Khao Kheo.Mereka berdua,mengikut legenda kami adalah jelmaan Buddha yang

sejahtera.Mereka adalah dewa-dewa tempatan yang kini masih ada kultus di wilayah Nakhon Si Thammarat

yang memuja mereka."

Tiba-tiba saya dapat mengagak bahawa pada suatu masa,Sri Dharmaraja menguasai seluruh semenanjung

Tanah Melayu dan juga mengawal empayar Khmer yang semakin melemah.Pengaruh wilayahnya amat luas

ketika itu.Ini sebenarnya yang dimaksudkan 'benua Siam' oleh waris Raja Ligor itu.Sri Dharmaraja secara
spesifiknya mengawal 12 negeri-negeri Melayu yang dilambangkan dalam takwim 12 haiwan mengikut

kalendar penuaian padi Kedah Tua.Oh,sejarah Melayu begitu misteri dan mengasyikkan.

"Siti,ketika peperangan Burma-Siam (1568–1569),Ayutthaya telah kalah dalam Pengepungan Ketiga

Ayutthaya.Siam menjadi negeri bawahan Burma.Raja Siam telah meminta bantuan dari negeri-negeri Melayu

selatan Thai ketika itu.Sebenarnya hubungan negeri-negeri Melayu Segenting Kra dengan Ayutthaya baik

ketika itu kerana ramai kerabat Ayutthaya awal adalah dari keturunan Nai dan Nang dari Sri

Dharmaraja.Dalam Riwayat Sri Dharmaraja ada disebutkan tentang anak-anak angkat raja Ayutthaya

sehingga mereka dibenarkan mengutip cukai dari 12 negeri Melayu bawahan Sri Dharmaraja bagi pihak

Ayutthaya dari satu satu perjanjian sulit."

"Perjanjian oleh siapa?"

"Pra Sodhanaraja,anak Sri Raja kepada raja Siam Ayutthaya."


802

Saya hairan.Kini Ligor telah sah sebagai 'supervizor' baru bagi negeri-negeri Melayu utara.Dalam Sejarah

Melayu,Sultan Melaka disebutkan bahawa berkata,'raja Benua Siam itu bukanlah orang lain kepada kita'.Ini

bermakna 'raja Benua Siam' itu punya pertalian dengan Sultan Melaka dan orang Melayu.Sehingga tentera

Melaka pernah berperang di bawah arahan 'raja Benua Siam' itu dalam kitab Sulalatus Salatin (Sejarah

Melayu).Apa semua ini?

Saya membuka kitab Undang-undang Kedah.Kitab ini punya rahsia besar hubungan negeri-negeri Melayu

utara dengan Ligor dan negeri-negeri Melayu Segenting Kra.Kitab ini bagaikan perakam masa antara kita

dengan negeri-negeri Melayu seperti Setul,Reman,Patani,Ligor,Singgora dan lain-lain yang telah lenyap

dimakan zaman.Negeri Setul Mambang Segara terutamanya macam kerajaan di alam mimpi padahal pintu

istananya masih tertayang di Muzium Negara.Jika anda lihat lambang Satun (Setul) di Thailand anda akan

lihat gambar dewa laut.Itu adalah 'Mambang Segara' iaitu nama lama bagi kerajaan purba Setul.Sebahagian

sejarah purba kita dipegang oleh orang Thai.

“Sebermula banyak emas ditempa Bunga Emas, dihantar ke Benua Siam Dua Puluh Emas masa Raja

dahulu-dahulu, pada masa Sultan Muhammad Jiwa tambah sepuluh emas sebab sukar ia ditempahnya itu”

Apa semua ini?Mengapa mesti hantar bunga emas?

Saya membuka Hikayat Merong Mahawangsa,yang kronologinya melampui beratus-ratus tahun sebelum era

Ligor dan Ayutthaya.(Tambralingga bermula 1 Masehi begitu juga Langkasuka,mengikut pendapat sarjana

Barat)
803

"Tidak berapa lama setelah lengkap segala kelengkapan dan bingkisan serta beberapa pakaian yang akan

dibalasnya kepada saudaranya negeri Kedah itu.Setelah diperbuat surat itu lalu diserahkan kepada utusan

itu serta berpesan kepada saudaranya,"Barangkali kita beroleh putera maka hendaklah saudara kita

perbuat beri seperti bunga emas dan bunga perak itu hantarkan mari kepada kita kerana pekerjaan itu

amat kesukaan bermain akan dia."

Mengapa tradisi menghantar bunga emas dan perak disebut dalam dua manuskrip ini?Apa rahsianya?Saya

termanggu kebingungan.Satu adalah dokumen perundangan.Satu lagi bertaraf epik dan legenda.Tetapi tradisi

menghantar bunga emas dan perak disebutkan.Ini adalah misteri.Jika saya memahami rahsia dan

perlambangan di sebalik bunga emas dan perak,saya akan dapat mengorek rahsia suku

Lawa,Langkasuka,raja-raja Chih-Tu dan Tambralingga.

Setelah membuat sedikit kajian,saya memahami beberapa perkara.Tradisi menghantar bunga emas dan perak

memang tradisi Kedah Tua/Langkasuka dengan negeri-negeri Melayu Segenting Kra,ya seperti yang kita baca

dalam Hikayat Merong Mahawangsa,dengan tujuan mengekalkan hubungan saudara.Raja Patani,Sri

Dharmaraja punya kaitan dengan Kedah Tua.Dahulu raja Langkasuka menghantar bunga emas tanda hadiah

menyambut kelahiran cucu anak-anaknya yang menjadi raja-raja Malay city-states di 'benua Siam'.Dalam

sejarah Indochina terdapat dua induk keturunan raja-raja yang memerintah sekitar utara

semenanjung,Segenting Kra hingga ke Chiang Mai.Pertamanya Kedah Tua yang di dalam riwayat-riwayat

Kemboja menyebutnya sebagai dinasti Ketomala.Keduanya ialah Chih-Tu (kerajaan Tanah Merah) di kawasan

Kelantan-Patani sekarang yang menurunkan raja-raja Champa dan Funan (sejak dinasti Pan seperti Fan Shih

Man,dikesan dalam pelbagai cross-referenceriwayat berasal dari Chih-Tu atau Pan-pan di Kelantan).

Apabila Sri Dharmaraja menjadi besar sehingga menakluk seluruh semenanjung,Kedah tunduk dibawah

pengaruhnya,pada masa yang sama tradisi menghantar bunga emas dan perak diteruskan.Kemudian setelah

Sri Dharmaraja tunduk dibawah Ayutthaya,penghantaran bunga emas bukan lagi sebagai ikatan kekeluargaan

namun sebagai simbol politik,tanda penyerahan atau cukai.Inilah yang tertulis dalam riwayat Sri Dharmaraja

sebagai 'menyimpan emas dan perak dalam simpanan kerajaan'.


804

"Awak baca diari itu.Buka mukasurat 422,"lelaki yang dipanggil Lonecryer itu berkata.

Ketika itu saya di Universiti Teknologi Mara Perlis di Arau.Di depan saya terdapat satu diari tebal yang

usang.Saya berdebar-debar.Saya menyentuh diari itu.Nampaknya ia terdiri dari cantuman beberapa buku

atau helaian-helaian kertas tambahan kepada satu diari induk,menjadikan ia semakin tebal.Tertulis di

depannya:

by Lodgekeeper

Diari Lodgekeeper,bisik hati saya.Ini Diari Lodgekeeper.Oh,benarkan saya membaca bab 'The Tabernacle of

Melati and Mala'.Saya mahu lebih lagi pasal Soma,Ye ye dan Keturah.

Tetapi saya membuka mukasurat 422.

Ada sebuah peta di situ.Peta lama yang menggambarkan seluruh Indochina dan semenanjung Tanah

Melayu.Tulisan di kiri kanan adalah dalam bahasa Sepanyol atau Portugis.Peta itu cukup tua,tetapi di

belakangnya ada satu peta lain.Oh,salinan kepada peta Ptolemy,'Geographike Hyphegesis'.Saya melihat

perkataan seperti Pulo Condo,Hujong Salang dan Kampong.

"Kenapa dengan peta ini?"Saya bertanya.

"Ini peta Ptolemy,ahli geografi Yunani,telah melukis peta ini seawal abad pertama Masehi berdasarkan

beberapa peta lama yang lain dan catatan pengembara.Awak boleh lihat nama-nama tempat sekitar Asia

Tenggara khasnya di semenanjung,Segenting Kra hingga ketengah Indochina berbau Melayu.Awak lihat

nama-nama tempat seperti 'Pulo' ialah bermaksud Pulau dan 'Jung' bermaksud tanjung.Ini menunjukkan

bahasa rakyat adalah bahasa Melayu tulen,cuma bahasa persuratan istana bercampur dengan Sanskrit atas

faktor agama anutan."

"Ada orang Melayu tinggal di sini masa tu?"Saya menunjukkan ke wilayah Tenasserim sekarang di Burma.

"Ya,si bertuah..."saya tersenyum dengan usikan Lonecryer.

"Ini semua ada Malay city-states yang bertaburan sepanjang Segenting Kra.Mereka macam Greece punya

city-states atau Trojan atau Phoenicia.Ada city-states yang berperang sesama sendiri.Ada yang buat allied dan

serang kelompok lain.It's all about politics babe..."Lonecryer tersenyum kepada saya.
805

"Jadi apa tugasan saya kali ini?"tanya saya.

Lonecryer menunjukkan wilayah Hamsavati,Arakan,Ava dan Martaban juga Mandalay kemudian

menunjukkan Chiang Mai,Luang Phrabang sehingga ke tengah Thailand.Kemudian menunjukkan kawasan

Angkor di Kemboja.Jarinya terus menunjukkan wilayah Champa dan akhirnya berhenti ke tengah Segenting

Kra.Dia bersuara:

"Ada rahsia beberapa kurun sebelum Masehi di tempat-tempat ini.Usia Langkasuka dan Tambralingga yang

kita ketahui selama ini sebenarnya jauh ke belakang dan ini ada kaitan dengan pra-Sriwijaya.Jika kita tahu

apa konflik yang berlaku antara Malay city-states di Indochina dan semenanjung pada masa lampau,kita akan

tahu dengan siapa ketua-ketua puak Lao berurusan sehingga mereka menabalkan raja-raja mereka dengan

gelaran 'Mahkota orang-orang Mala'.Di sini ada salinan manuskrip dalam bahasa Pali kuno yang

menceritakan catatan para sami pengembara dari Bihar.Mereka kononnya bertemu dengan beberapa raja di

sekitar sempadan Burama-Thailand sekarang pada abad ketiga Sebelum Masehi.Buat rumusan

darinya,"Lonecryer memberikan satu bungkusan bersaiz A4.

Saya mengambil bungkusan itu."Baiklah,saya beransurlah kalau tidak ada apa-apa,"saya meminta diri.

Lonecryer mengangkat kening."Hai,nak buat harta pulak."

Saya buat-buat tak faham."Apa dia?"

Lonecryer tersenyum panjang.Saya tak dapat menahan perasaan lalu menyerahkan Diari Lodgekeeper

kepadanya."Bukan diari ni diberi pada saya untuk kajian juga?"

"Oh no...ini rahsia sulit.Saya bawa untuk tunjuk saja pada awak,Siti...."Lonecryer tersengih memandang saya.

Ketika Lonecryer berlalu menuju ke arah dewan makan asrama perempuan,saya hanya merenung sedih
806

melihat diari yang berada di tangan lelaki itu.Saya mengertap bibir,sambil memandang couple-couple yang

bersidai di Mushroom UiTM Arau.

Kisah-kisah sedih yang terjadi di Segenting Kra pada masa lalu menghantui saya.Saya hanya merenung

salinan manuskrip aneh di depan saya.Sejarah Melayu benar-benar memabukkan saya dan hampir-hampir

membuat saya kelemasan dan putus asa.

biar hanyirnya membau perjuangan

biar badinya mengasap kebangkitan

~The Naga King's Daughter

The Ketomala & Tanamera Dynasty


807

Sunday, September 16, 2012

Ucapan Pembukaan dari Lonecryer

K e hadapan jiggers dan alters,

Ketika bertugas di Tanah Melayu sekitar 1930-an,seorang pengembara dan amatur dalam bidang arkeologi

British,Gerald Brosseau Gardner,telah menjumpai beratus-ratus manik dan beberapa tinggalan di sebuah kota

yang tersembunyi di dalam hutan di Johor.Apabila diteliti,alangkah terkejutnya dia apabila mendapati usia

manik-manik itu sekitar 700 Sebelum Masehi iaitu bermula dari era Hittite,Phoenicia dan Empayar Rom!Ada

juga manik-manik yang diperbuat dari kaca yang hanya terdapat di sekitar Cyprus sekitar 1100 hingga 300

Sebelum Masehi!

Ini telah merubah pandangan Gardner terhadap penduduk di Tanah Melayu secara peribadi dan setelah

diperkenalkan oleh rakan Amerikanya kepada sebilah keris,Gardner telah merasakan sesuatu yang aneh dan

mula menghidu satu tamadun purba yang hilang,seperti yang diyakini oleh para pengamal kultus-kultus

rahsia Eropah.Gardner kemudiannya mula berminat dengan sihir dan amalan mistik orang-orang Melayu.

Hari ini G.B Gardner lebih dikenali di Eropah sebagai 'Father of Wicca' iaitu satu kultus sihir Neo-Pagan yang

popular di Barat.

Apakah yang dijumpai oleh Gardner semasa bertugas di Johor?Selain dari apa yang beliau terbitkan dalam

Journal of Malayan Branch of Royal Asiatic Society pada tahun 1933,terdapat beberapa makalah lain yang kita

tidak ketahui,menceritakan masa silam orang-orang Melayu berhubung dengan bangsa-bangsa purba yang
808

telah pupus seperti Hittite (diyakini era Nabi Ibrahim a.s),Phoenicia (orang Kanaan) dan Mesir Purba.

Apa yang dijumpai oleh beberapa individu British sama ada bertugas sebagai pegawai

kerajaan,pengkaji,pengembara dan sebagainya,di mana hasil kajian mereka berselerak dalam jurnal-jurnal

antarabangsa,menunjukkan hasil kajian yang sama diutarakan oleh Srikandi dalam blog

riwayatmelayu.Sebelum penemuan di dalam jurnal oleh individu era kolonial didedahkan,Srikandi telah

memberitahu kami tentang petunjuk-petunjuk di beberapa tempat mengenai kaitan tamadun Melayu dengan

Mesir Purba,dengan Phoenicia,dengan Ibrani (Bani Israel,Yahudi Kuno) serta kaum-kaum peribumi Amerika

seperti Maya,Inca dan Aztek.Penemuan di tapak arkeologi Oc-eo di Vietnam tentang syiling-syiling Rom

memang terkenal,namun penemuan manik-manik era Hittite di Johor kurang diketahui dan ini amat

mengejutkan sama seperti penemuan teknologi peleburan besi di Kedah oleh pengkaji USM.

Buat pengetahuan anda,kaum Hittites adalah sezaman dengan Assyria,Babilon (era Namrud juga termasuk di

dalamnya),Kerajaan Israel Raya dan Judah (era Nabi Daud dan Nabi Sulaiman a.s).Bagaimana barangan era

1000-800 sebelum Masehi boleh dijumpai di Johor Lama?

Ada sesuatu yang berlaku di sana 1000 tahun Sebelum Masehi,sebagaimana yang diberitahu oleh Srikandi

tentang Raja Hari dan empayar maritimnya.Dalam artikel ATBM 'The Chronicles of Matahari' Srikandi

menjelaskan bahawa Horus atau dalam sebutan Mesirnya 'Heru' adalah Raja Hari dimana perlambangan

dewa Mesir ini dinamakan "maatheru' dalam bahasa Mesir Purba yang diterjemahkan sebagai 'The Eyes of

Heru',Mata kepada Hari.

Namun apa yang dikesalkan ialah,kebanyakan artifak kita telah dilarikan oleh pihak British manakala raja-

raja Melayu ketika itu majoritinya tidak memahami sejarah nenek moyang.

Ini menunjukkan sebelum Srivijaya bangkit sebagai kuasa maritim yang mengawal Selat Melaka,telah muncul

beberapa hegemoni kuasa laut sebelumnya.Selat Melaka dari dulu sampai kini kekal sebagai laluan

perdagangan paling sibuk dan menguntungkan.

Saya boleh membayangkan kapal-kapal dari Babilon,Phoenicia dan Anatolia sampai ke sini dan berdagang

dengan nenek moyang kita.Tidak hairanlah Gunung Ledang dikenali dengan nama 'Hebrew'nya iaitu Mount

Ophir oleh orang Barat.Siapa kata Bani Israel tidak kenal orang Melayu?Jika kita dapat mengusahakan supaya

mengakses manuskrip-manuskrip Ibrani di universiti-universiti di Israel untuk mengesan aktiviti kerajaan

Judah,Samarra atau Israel Raya dengan nenek moyang kita,kita akan dapat membuka kunci segala misteri.

Kita mungkin kekurangan bukti fizikal setua Piramid Giza atau Tembok Besar China.Tetapi kita mempunyai

jejak bisnes maritim yang lebih tua dari Taman Tergantung Babilon.
809

Ketika saya bertemu dengan Srikandi di 'Mushroom',Universiti Teknologi Mara Perlis,beliau ada

menunjukkan petunjuk terbaru...bahawa tradisi ular besar atau naga adalah berasal dari kultus kuno tamadun

Melayu yang hilang.Srikandi sekaligus menunjukkan bahawa terdapat perkaitan antara raja-raja yang

memerintah Alam Melayu pada era purba dengan imej dewa-dewi Mesir Purba dan Hindu.Petunjuk paling

dekat terletak di Kemboja,dengan sejarah emperor-emperor Angkor berdarah Melayu memerintah bersama-

sama orang Khmer.Jika kaum Maya mempunyai tradisi 'ular besar' sehingga dijadikan dewa,maka kita

mempunyai 'Merong' iaitu bahasa lama Melayu era Jawaka (pra-Srivijaya) merujuk kepada 'ular besar'.Tradisi

naga yang begitu kuat dalam budaya Khmer namun kita tahu apabila Preah Thong dan Nang Neak (Kaundinya

dan Soma dalam prasasti Champa) iaitu Bapa dan Ibu orang Khmer mula bertemu,dicatatkan kelibat 'Cham

King' dalam riwayat Khmer.Ini bermakna sebelum kehadiran orang Khmer,raja-raja serumpun dengan bangsa

Melayu telah lama memerintah Asia Tenggara!

Jadi saya tidak hairan bahawa bisnes maritim orang Melayu mencapai era Hittite,Babilon,Assyria dan

Empayar Rom.Selagi kosakata 'MATAHARI' masih berada dalam bahasa Melayu,selagi itu saya percaya

hubungan bangsa Melayu dengan Mesir Purba.

'The Origin of The Sea Dragon' itulah kata-kata yang dibisikkan oleh Srikandi kepada saya,merujuk kepada

rajah suci Khmer Kuno abad ke-16 menunjukkan lukisan naga yang berenang di laut.Misteri bangsa yang

hilang diabadikan dalam riwayat paling terahsia di Indochina.Menyelusuri kepada salasilah moyang kepada

raja-raja Srivijaya,Seri Gumum dan Seri Pahang hingga kepada Horus 'Mata-Hari'.

Jika Srikandi pandai membahagikan masanya dan tidak menghabiskan masanya merayau-rayau atau melepak

bersama rakan-rakan sekuliah di Wangsa Walk dan KL Festival,kita akan cepat mengetahui siapakah

sebenarnya 'The Sea Dragon' itu.Kita mahu tahu lebih dalam apa yang ditemui oleh 'The Naga King's

Daughter' ini.

-Lonecryer
‫הים דרקון של מקורו‬

Haifa,Mei 2@12.

Posted by Mistis Organization at 8:44 AM | |


810

Tuesday, September 18, 2012

Pembuka Bicara dari Srikandi

di atas nisan sejarah

ku tuliskan riwayat silamku

dengan darah peperangan

ku tuliskan riwayat silamku

dengan nanah dan tangisan

biar hanyirnya membau perjuangan

biar badinya mengasap kebangkitan

Kepada para pengkaji ilmu,para pencinta sejarah,anak-anak bangsa,para

pendidik,negarawan-negarawan,kerabat diraja dan warisan Srivijaya...Dari gerbang para Dapunta dan


811

Bentara,saya...Srikandi membuka bicara dengan seribu syahmura santun nan susila.

Tidak dinafikan bahawa Hang Tuah,seorang komander,negarawan,perancang militari

terunggul,laksamana,ketua tentera dan pemikir...dalam manuskrip-manuskrip lama Melayu,menyatakan

bahawa 'Tidak Hilang Melayu Di Dunia'.Ramai akan mencebik dengan kata-kata ini daripada editor majalah

lawak,mat-mat kilang,teknokrat sehinggalah Tun Dr. Mahathir Mohamad (dengan maaf) sendiri punya

'inferior' terhadap kata-kata ini.Tidak hilang Melayu di dunia,adalah satu ayat yang amat misteri dan apabila

ia jatuh ke tangan saya,'The Wizard of History'...saya dengan kuasa sihir 'channeling' saya,melihat sehingga

1300 tahun Sebelum Masehi sebuah tamadun satu bangsa yang tidak pupus sehingga ke hari ini sementelah

bangsa-bangsa hebat seperti Mesir Purba,Akkadia,Assyria,Media,Phoenicia dan sebagainya pupus sebagai

satu 'state-nation'.

Sargon of Akkadia,Nebuchadnezzar II yang menakluk Judah dan Jerusalem,Nimrod of Mesopotamia yang

sezaman dengan Nabi Ibrahim dan Ashurbanipal King of Nineveh adalah mereka yang menyaksikan rahsia di

sebalik ayat-ayat Hang Tuah.Ada yang menganggap Hang Tuah adalah fiksyen,namun di mana saya mahu

mencampakkan kata-kata ini,"

“Malacca is such importance and profit, that is has no equal in the world. It is a city state made for

merchandise, fitter than any other in the world.."

Ini bukan kata-kata Hang Tuah atau Hang Buah...jika kita rasa ia fiksyen,tetapi ini adalah kata-kata Tom

Pires,pengembara dan penulis Portugis yang berasal dari Lisbon yang hidup pada abad-16.Begitu juga kata-

kata ini,

“Malacca is the richest seaport with the greatest number of wholesale merchants and abundance of shipping

that can be found in the whole world..”

dari penulis dan pedagang Portugis,Duarte Barbosa.Jika seorang pedagang yang pakar menyatakan saiz

pasaran dan bisnes kepada anda,adakah anda menafikan?Jika saya pergi ke Guangzhou dan menyatakan

kepada anda saiz pasaran borong di sana,adakah anda percaya?Pergi tanyalah para 'pedagang' di Chow Kit

atau Plaza TAR.Jika kita percaya kepada kewujudan Melaka sebagai "greatest number of wholesale merchants

and abundance of shipping" dari pedagang luar negara,mengapa tidak kita percaya kepada personaliti Hang

Tuah?Pelabuhan perdagangan yang mampu menjalankan bisnes maritim yang berskala besar mengatasi

peranan Venice di Itali tidak mungkin wujud tanpa orang-orang yang bersifat negarawan dan bijak dalam

siasah perniagaan.

Dahulu orang mencebik tentang kisah Hang Tuah pergi ke Jepun dalam Hikayat Hang Tuah,namun apabila

ditemui rekod-rekod hubungan Kerajaan Ryukyu dengan Melaka seperti Maharaja Sho Tako telah
812

mengirimkan utusan dan hadiah kepada Sultan Mansur Shah berupa 2,000 buah mangkuk, 5 buah kipas,20

buah tembikar,5 bilah pedang dan 25 kotak kain sutera,barulah mereka sedar bahawa ada 'something' dalam

hikayat Melayu lama itu.Tanyalah para pengkaji Jepun tentang rekod-rekod kerajaan Ryukyu dengan

Aceh,Siam dan Jawa.

Jika Hang Tuah tidak wujud,Melaka juga tidak wujud.

Jika Melayu hilang di dunia,maka dunia ini juga akan hilang.

Hang Tuah tidak bercakap soal budaya atau identiti.Ya...kita tahu orang Melayu di Singapura semakin

terhakis identiti mereka kerana asakan budaya material di sana.Anak-anak Melayu sudah biasa bercakap

bahasa Inggeris di rumah.Di utara,anak-anak Melayu tidak kenal bahasa mereka dan bangga berbahasa

Thai.Bangsa juga ditukar menjadi 'Thai Muslim'.Jika saya melihat dari aspek ini,saya akan percaya bahawa

Hang Tuah membuang masa saya dan merepek-repek.Tetapi sebenarnya beliau TIDAK MEREPEK.

Hang Tuah bercakap mengenai soal SURVIVAL.Melayu tetap Melayu walaupun diasak berbagai-bagai

bencana.Cara mereka bertahan amat unik,menggunakan diplomasi dan tolak ansur.Dengan cara yang aneh

ini,mereka bertahan dan tetap wujud walaupun bangsa-bangsa purba sezaman dengan mereka musnah dan

pupus tidak bersisa.Hang Tuah tahu,apabila beliau dilantik menjadi ketua angkatan laut Melaka,pada masa

yang sama beliau telah menjadi duta dan mendapat tiket untuk mengembara ke seluruh dunia.Dari kerajaan-

kerajaan yang dilawatinya,Hang Tuah telah menyedari bahawa kerajaan-kerajaan itu mempunyai sejarah dan

rekod perdagangan dengan kerajaan-kerajaan Melayu sebelumnya.Saya tidak hairan dengan kisah Hang Tuah

pernah melihat piramid ketika pengembaraannya ke Mesir.Idea nenek moyang berdiri megah di tempat

orang.

Jika orang Melayu tidak survive,mereka akan mengikut jejak bangsa-bangsa yang hilang.Mengapa orang

Melayu sangat membenci Yahudi?Kerana mereka pernah berurusan dengan mereka beribu tahun yang silam

dan kenal perwatakan dan cara orang Yahudi berniaga.Mengapa tulisan Rencong mendekati tulisan

Phoenicia?Mengapa ada kosakata Ibrani (Old Hebrew) dalam bahasa Melayu?Mengapa ada perkataan Mesir

Purba dalam bahasa Melayu?Mengapa ada persamaan kata dalam bahasa Maya dan Melayu?Why..why...and

why...dan senarai ini akan berterusan jika kita tidak memahami cerita di sebalik kata-kata Hang Tuah.

Identiti dan budaya mungkin akan hilang jika kita miskin sejarah.Sejarah adalah benteng terakhir untuk

mempertahankan identiti bangsa.Walaupun bahasa dan budaya lenyap sekalipun,jika kita punya jejak

sejarah...kita tidak akan pupus.Kaum Inca sudah pupus bahasa dan budaya,namun bukti sejarah masih ada

dan dunia masih merakam tamadun mereka.Biar orang Melayu di Thailand dan Singapura pupus budaya dan

bahasa namun kita di sini masih punya tanahair.Jika kita masih punya harapan,harapan itu akan menyalakan

mimpi-mimpi kita.Jika semua lilin-lilin impian sudah padam,kita hanya perlukan satu sahaja lilin.Satu
813

sahaja.Dengan satu lilin ini,ia akan menyalakan lilin-lilin yang lain.Itulah harapan.Jika anda semua mati dan

terpadam di dalam hujan lebat sekalipun,biar saya menjadi harapan yang menyala-nyala.

Bila saya bercakap pasal 'Tidak Melayu Hilang di Dunia',saya bercakap pasal sikap optimistik Hang Tuah.Self-

confident.Self-esteem.Hang Tuah bercakap berdasarkan pengalamannya sebagai duta dan komander satu

empayar maritim yang hanya dikendalikan dari satu 'seaport'.Jika yang bercakap itu Hang Buah atau Hang

Rempit,kita boleh abaikan,tetapi tunggu tuan-tuan dan puan-puan...yang bercakap itu adalah seorang

negarawan ulung.Namanya disebut dalam dua manuskrip teragung,Sulalatus Salatin dan Hikayat Hang

Tuah.Jika Melaka hanya kampung nelayan yang miskin dan Hang Tuah adalah ketua kampungnya,kita boleh

abaikan sahaja tetapi tunggu abang-abang,kakak-kakak...yang berkata itu adalah seorang komander tentera

dan pakar sains politik teragung,yang menukar Melaka menjadi Venice Timur Jauh.

"Whoever is lord of Malacca has his hand on the throat of Venice"

-Tom Pires

Jika Hang Tuah adalah fiksyen.Melaka juga adalah fiksyen.

Tom Pires adalah fiksyen,Venice adalah kota Cinderella.

Sebab itu,bila saya bercakap tentang 'Tidak Melayu Hilang di Dunia',saya bercakap tentang bisnes maritim

orang-orang Melayu yang menjangkau 1100 tahun Sebelum Masehi.Saya bercakap tentang survival dan

dayatahan untuk memperjuangkan kewujudan.Walaupun dijajah beratus tahun,kita akhirnya masih punya

tanahair dan masih mengekalkan institusi raja-raja kita,di mana institusi raja-raja kita adalah yang tertua di

Asia Tenggara mengatasi Thailand dan Kemboja serta antara tertua di dunia!

Bila bercakap tentang institusi raja-raja yang tertua,saya bercakap tentang dayatahan mengekalkan tradisi

kepimpinan dan hegemoni politik.Ketika seluruh dunia diserang demokrasi dan menyerah kalah,kita masih

mengekalkan tradisi kepimpinan kita.Apabila tradisi raja kita kekal maka nama 'Srivijaya' juga

kekal,sebagaimana yang terpahat dalam prasasti-prasasti,bukan sahaja di tempat kita,malah di India dan

China malah sejauh kerajaan Abbasiah dan arkib di Vatican.Jika kerajaan-kerajaan purba di India

memahatkan sejarah kita di dalam prasasti mereka,seperti Tanjore dan Nalanda serta dinasti-dinasti imperial

China merekodkan nama kita di dalam manuskrip-manuskrip diraja mereka maka bisnes maritim kita adalah

'real'.Pengurusan pelabuhan kita adalah 'real'.Transaksi perdagangan kita adalah 'real'.Perniagaan borong kita

adalah 'real'.Urusan tol dan cukai antara Timur dan Barat adalah 'real'.Kawalan trafik perkapalan antara India

dan China adalah 'real'.

Bila bisnes maritim kita adalah 'real'.Srivijaya adalah 'real'.Melaka adalah 'real'.
814

Jika bisnes maritim kita adalah fiksyen,Selat Melaka adalah fiksyen,Singapura adalah fiksyen.Tetapi kita

tahu,Singapura hari adalah negara maju hasil bisnes antarabangsa melalui kawalan trafik Selat Melaka.Jika

Segenting Kra dijadikan terusan,kita akan lihat siapa yang akan jadi 'cacing di dalam mikrowave'.

Jadi,bila ada orang berkata 'Tidak Melayu Hilang di Dunia',ini bergantung kepada tahap pemikiran anda dan

self-esteem anda.Hang Tuah mengeluarkan kata-kata itu ketika dirinya bersemangat melihat status

pengurusan pelabuhan dan perdagangan orang Melayu mencapai tahap sehingga orang luar mahu

menaklukinya.Di dalam Sulalatus Salatin ada menyebutkan situasi Melaka ketika itu:

“Maka segala dagang atas angin dan bawah angin sekaliannya datang ke Melaka; terlalu ramai bandar

Melaka pada zaman itu. Maka segala orang Arab dinamai Malakat, ertinya perhimpunan segala dagang,

kerana banyak jenis dagangan ada di sana…”

Adakah Sulalatus Salatin merepek-repek dan berkhayal?Seperti Hang Tuah berkata 'Tidak Melayu Hilang di

Dunia'?Namun apabila Tom Pires yang menulis di dalam bukunya Suma Oriental:

“There is no doubt that the affairs of Malacca are of great impertance, and of much profit and great honour. It

is a land that cannot depreciate on account of its position, but must always grow. No trading port as large as

Malacca is known, nor any where they deal in such fine and highly-prized merchandise. Goods from all over

the East are found here; goods from all over the West are sold here. It is at the end of the monsoons where you

find what you want and sometimes more then you are looking for”

Bukankah seperti sama dengan ulasan Sulalatus Salatin?

Sebab itu bila beratus tahun sebelum kewujudan Melaka,apabila tertulis nama kerajaan Langkasuka pada

manuskrip Hikayat Merong Mahawangsa maka orang-orang Melayu yang perasan mereka berpelajaran

mengetawakan kerajaan fiksyen dan dongengan ini.Namun apabila para sarjana antarabangsa menemui nama

"Lang-ya-xiu" dalam rekod Dinasti Liang,sarjana Tamil menemui perkataan ""Ilangasoka" terpahat di dalam

kuil purba di Tanjore,disebut jelas 'Langkasuka' dalam rekod era Majapahit,Kakawin Negarakratagama,hari

ini Langkasuka bukan lagi mimpi penglipurlara.

“When the king goes forth he rides upon an elephant. He is accompanied by banners, fly-whisks, flags and

drums and he is shaded with a white parasol. The soldiers of his guard are well-appointed. The inhabitants

of the country say that their state was founded more than four hundred years ago..."

-rekod imperial Dinasti Liang 500 Masehi mengenai negara "Lang-ya-xiu".


815

Apabila seorang sarjana Belanda menemui satu batu bersurat yang mulanya dijadikan mainan oleh para

penduduk kampung di Sumatera,beliau merasakan tulisan aneh pada batu itu mempunyai rahsia yang

mendalam.Apabila ditemui kata 'Srivijaya,kota yang makmur' pada batu bersurat,ramai orang merasakan ia

adalah omong-omongan dan sekadar kata-kata azimat.Namun apabila Goerge Coedes,seorang sarjana yang

mengkaji sejarah Asia Tenggara mendedahkan bahawa nama 'Sanfotsi' dalam rekod dinasti Sung,merujuk

kepada Srivijaya,sebuah empayar maritim yang hilang,kemudiannya beratus-beratus manuskrip,catatan

pengembara dan prasasti muncul dari Parsi,Arab,India,China sehinggalah kepada riwayat-riwayat

Mon,Thai,Khmer dan Burma mengungkapkan sebuah hegemoni politik yang memakan masa lebih 1000

tahun.

"Sanfotsi (Srivijaya) is situated between Cambodia and Java. . . . The people are skilled at fighting on land

and water. . ."

-rekod imperial Dinasti Sung abad ke-10 Masehi

Srivijaya pada hari ini tidak dapat dinafikan oleh sejarahwan adalah legenda politik dan bisnes maritim Asia

Tenggara.

Apabila seorang kenalan menunjukkan kepada saya satu salinan mikrofilem sebuah manuskrip dari koleksi

The Institute of Microfilmed Hebrew Manuscripts berdasarkan beberapa projek pemuliharaan manuskrip

Ibrani Kuno seperti Mishna dan Piyyut,saya telah nampak maksud dari kata-kata sosok misteri,Laksamana

Hang Tuah.

Saya melihat kata '‫ 'תּנּין‬yang bermaksud 'dragon' setelah menyemak mengikut kamus moden.Namun rakan

saya yang mempunyai darah Yahudi di sebelah ibu menyatakan bahawa ia bermaksud raksasa air,atau 'ular

besar yang tinggal di laut' (sea monster).

Manuskrip itu amat susah difahami,kerana menggunakan bahasa Ibrani (Old Hebrew) era Biblical sekitar

abad ke-6 Masehi.Manuskrip itu majoriti isinya ialah mengenai tatacara atau ritual satu aliran keagamaan

tertentu.Terdapat kata 'ophir' di sana sebagai satu kalimah pemujaan.Saya teringatkan panggilan orang Barat

terhadap Gunung Ledang sebagai 'Mount Ophir'.Apabila saya ajukan makna 'ophir',rakan saya menjawab 'ring

of fire'!

Hebrew:

Malay=Hebrew=English

Api=ophir=ring of fire.
816

Adat=dawth=law

Surau=sawraw=house,small mosque/fort

Egyptian:

Malay=Egyptian=English

Mata=maat=eye

Perahu=perehu=boat

Phoenicia:

Malay=Phoenicia=English

Rabun=rabun=blindness(Malay),large eye(Phoenicia)

Bala=Baal=disaster(Malay),fertility(Phoenicia)

Bagaimana perkataan-perkataan dari bangsa-bangsa purba boleh ada dalam kosakata Melayu?Bahasa Melayu

berhubung dengan bahasa Sanskrit dan Arab melalui faktor agama,Parsi dan Cina melalui perdagangan dan

bahasa-bahasa Eropah melalui penjajahan dan globalisasi,tetapi bagaimana dengan Ibrani,Mesir Purba dan

Kanaan (Phoenicia)?Kosakata Phoenicia contohnya mempunyai makna yang berlawanan dengan bahasa

Melayu dengan kata yang sama.Adakah ini kebetulan?Ini amat aneh dan membingungkan!

Tidak Melayu Hilang di Dunia,membawa erti mendalam bagi saya.Bila saya merenung dalam-dalam kata-

kata Laksamana Hang Tuah ini,saya seperti dibawa mengembara ke Sumeria di zaman Sargon

II,Nebuchadnezzar ketika menawan Jerusalem,pasar-pasar di kota Petra oleh kaum Arab Purba

Nabatean,raja-raja Media (Madyan) dan Parsi,Cyrus The Great dan Cambyses II dan dataran Persepolis juga

kota Rom di bawah Hadrian dan Marcus Aurelius.

Kemudian era kejatuhan Empayar Rom,kebangkitan Srivijaya,era Kesultanan Melaka,era

penjajahan,kemerdekaan dan saya melihat langit terbuka;teknologi maklumat dan angkasa lepas.Saya melihat
817

satu kuasa yang amat kuat untuk bertahan dari segala kesengsaraan,bukan menggunakan kekerasan,tetapi

sikap kesabaran yang tinggi yang melenyapkan dendam dan kesakitan.

Saya akan membawa anda jauh ke hutan rimba di tengah Mexico menjejak dewa naga Quetzalcoatl,menjejak

ritual aliran Kabbalah paling rahsia "The Sect of Dragon Lord of The Rings" di runtuhan Babylon di

Iraq,menjejak kultus-kultus Naga Suci di Perancis dan Jerman,membawa anda membaca makna-makna

paling purba dalam manuskrip Pali di wat-wat usang di Thailand dan Laos,menghayati riwayat-riwayat Mon

dan Khmer,tentang legenda raja Naga dan mencari anak gadisnya...'The Naga King's Daughter'.

Saya akan bacakan kepada anda riwayat Seri Gumum,Seri Pahang dan Seri Kemboja,mencari asal-usul

moyang emperor-emperor Srivijaya,saya akan menggali untuk anda emas dan permata para Dapunta,Bentara

dan Maharaja.

dengan rendah diri,saya persembahkan untuk anda asal-usul nenek moyang,

"The Origin of The Sea Dragon"


‫הים תּנּין של מקורו‬
Chapter IV

~Srikandi

"Don't hide my Chronicles behind your lack of consciousness.I'm wizard of history"

Posted by Mistis Organization at 8:08 AM


818

Saturday, December 8, 2012

Alter Terahsia Bangsa Melayu XXI

Selamat datang ke tuan-tuan dan puan-puan!Namaku Srikandi.Daku adalah cucu kepada penjaga semua peti-

peti ini.Sekarang semua peti-peti ini telah dikunci.Dan kuncinya berada di dalam genggaman daku.Daku telah

diwasiatkan untuk memegang rahsia dalam peti ini,kerana ia mengandungi rahsia orang berdagang,orang

bermusafir dan raja-raja.Mari ikut Srikandi ke balairong seri.

Lihat disini,pertama-tama daku diajar oleh empunya peti bahawa terdapat tiga tulisan disini.Tulisan orang

Mesir,tulisan orang Kanaan dan tulisan orang Parsi.Di sini daku diajar rahsia orang berdagang dan orang
pulang ke negeri asal.Daku juga diajar bahasa-bahasa dan peradaban kuno.Di sini,Srikandi nak tunjukkan

satu lukisan kuno yang menggambarkan seekor ular laut yang besar.Ular besar ini adalah lambang kepada

seorang raja yang pernah memerintah Asia Tenggara beribu tahun dahulu.Kisah pelayaran bertemu raja ini

tersebut dalam kesusasteraan Mesir Purba dari Era Kerajaan Pertengahan 'Tale of the Shipwrecked Sailor',di

mana pengembara dari Mesir Purba telah bertemu dengan raja ular ini.Raja ini ketawa mendengar kata-kata

orang Mesir itu yang menawarkan hadiah berupa kemenyan wangi kerana menolongnya dalam

kesusahan,tetapi anehnya raja ular itu sebaliknya memberitahu bahawa dia adalah raja bagi kepulauan itu

yang memang kaya dengan wangian dan kemenyan.

Si empunya peti telah mengajarkan kepada daku hikayat dari The Egyptian Book of Dead,tulisan-tulisan

hiroglif yang menceritakan seorang raja bernama Hari.Raja ini mempunyai perdagangan maritim antara

timur barat dan terkenal dengan perdagangan emas dan kemenyan.Empayarnya dikenali sebagai The King's

Mines (Lombong raja) oleh penguasa Mesir Purba yang terkemudian.


819

Daku pada mulanya sangsi dengan semua ini.Namun rahsia tentang raja ular itu sebenarnya terpelihara dari

mulut ke mulut,memakan masa beribu-ribu tahun,oleh pelbagai etnik dan bangsa yang bersilihganti.Jadi

Srikandi telah menemui kunci bagi masalah ini,yang tersembunyi dalam riwayat Kaundinya dan Soma,atau

Mera...anak kepada raja ular itu!

Ini memerlukan Srikandi membaca riwayat purba Khmer,dan rekod dari Champa di Myson,Vietnam.Namun

Srikandi telah menemui satu keganjilan dalam riwayat Mera ini.Keganjilan ini adalah sesuatu yang pelik dan

ini memandu Srikandi kepada khazanah yang lebih bernilai dari The King Solomon's Mines.Srikandi telah

berjumpa lombong wangian kepunyaan The King of Serpent yang mengetawakan kekayaan raja Mesir Purba

yang tidak setanding dengannya.

The Naga King's Daughter telah memberitahu daku siapakah Merong dan jalan ke King's Mines!

The Bloodline of Naga King's Daughter

(....she lives in a house on earth because the Nagas would die from the constants presence in the

underworld.Preah Thong marries her.From Indra she received her son,Keto Mala...)

-Sejarah Diraja Khmer,terjemahan oleh Moura 1883


820

Benang-benang merah antara riwayat Khmer dengan sejarah bangsa Melayu akan dapat diketahui jika kita
bijak 'read between the lines' sebagaimana membaca Hikayat Merong Mahawangsa.Hikayat ini mesti dibaca

bersama-sama Riwayat Diraja Khmer,atau kodeks-kodeks Mon purba yang kini telah disalin ke bahasa Thai

era Klasik.Sejarah bangsa Melayu di Indochina amat tua,setanding dengan misteri sejarah Melayu di

Borneo.Beberapa rahsia akan dapat diketahui dengan berpandukan riwayat Khmer dan batu bersurat yang

dipahat oleh raja-raja Cham.Apabila kita dapat memecahkan kod-kod di dalam riwayat-riwayat ini,kita akan

dapat mengetahui siapakah The King of Serpent yang dicatat oleh pencatat istana Mesir Purba sebagaimana

yang dicatat dalam Ameni-amenna Codex.

Rahsia pertama yang kita cuba untuk membongkarnya,ialah mengapa di dalam tradisi Khmer mengaitkan

pengasas kepada Funan ialah anak perempuan kepada 'King of Serpent'.Juga kisah 'King of Serpent' juga

tercatat di tempat suci Cham di Myson.Kebetulan?Apakah rahsia yang sebenarnya cuba untuk dijelaskan di

sini?Di dalam riwayat Khmer juga ada diberitahu,ketika Kaundinya (bapa bangsa Khmer) tiba

Indochina,'Cham King' atau raja Cham sudah lama bertapak dan memiliki wilayah yang luas di

Indochina.Finot(1911,31) yang memetik dari rekod diraja Khmer:

Adityavamsa, king of Indraprastha, is discontented with one of his

sons, Prah Thong, and expels him from his kingdom. The prince

arrives at Kouk Thlok, where a Cham ruler reigns. The prince

usurps the throne. One day, the tide comes up sooner than expected

and the prince has to pass the night on a sandbank. A

nigi of great beauty comes to play on the beach. Prah Thong falls
in love with her and obtains her consent to marriage. The king

of the nagas, her father, enlarges the land area by drinking the water

that covers the land, builds him a capital, and changes the name of

the land to Kambuja.

Di sini kita tahu bahawa nama 'Cham' muncul dalam terjemahan Finot dari rekod asal Khmer itu.Ini

bermakna,dalam sejarah Khmer,orang Cham tidak mampu diketepikan sama sekali dan jika dalam sejarah

Khmer (Khmer Annals) sendiri mengaku bahawa sebelum kewujudan bangsa Khmer,bangsa Cham telah lama

wujud di Inddochina (Kok Thlok).Persoalannya,mengapa kita mesti merujuk kepada 'Khmer' dan 'Cham'

untuk menjejak sejarah bangsa Melayu?


821

Hubungan Antabangsa

Jika kita membaca Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu,SL) kita akan mendapati bahawa karya sejarah itu

banyak menyebutkan beberapa kerajaan di sekeliling Melaka.Ya,SL adalah rekod sejarah yang ditulis untuk

menceritakan tentang Melaka,sebuah negarakota-pelabuhan (seaport) yang pengaruhnya mengawal wilayah

dari Singapura hingga Patani,dan sebahagian Sumatera.SL seakan-akan kodeks atau rekod sebuah dinasti

sepertimana dinasti-dinasti China dan sesungguhnya SL adalah karya yang amat berharga dan penting sekali

bagi bangsa Melayu khususnya dan rumpun Nusantara/Austronesia amnya.SL juga seperti Kakawin

Negarakertagama,iaitu himpunan puisi yang menceritakan tentang Majapahit.Pendek kata SL adalah rekod

tentang Kesultanan Melaka.Sebab itu,SL kerap dijadikan rujukan kepada sejarah bangsa Melayu dan ini

mendatangkan satu kesan negatif,iaitu menyangka bahawa sejarah Melayu hanya bermula di

Melaka.Mujurlah,sebuah 'federation' yang wujud di Segenting Kra hingga ke Kedah,iaitu Langkasuka,telah

berjaya menyimpan sejarah orang Melayu di utara di dalam satu prosa sejarah agung,iaitu Hikayat Merong

Mahawangsa.

Apa yang ingin ditekankan di sini,sejarah Melayu tidak boleh tidak pasti akan menyebutkan tentang hubungan

antarabangsa mereka.Ini adalah WAJIB dalam karya-karya Melayu.Ini kerana,bangsa Melayu adalah

pengembara,pelayar dan pedagang pada masa silam.Adalah pelik,jika kita mengkaji sejarah Melayu tanpa

mengambil kira hubungan mereka dengan bangsa-bangsa sekeliling seperti Mon,Khmer,Burma,Dai-Viet,Thai

mahupun suku-suku Austronesia sendiri seperti Jawa,Sunda,Dayak,Aceh,Bugis dan sebagainya.Juga bangsa-

bangsa yang selalu berdagang dengan mereka seperti China,India,Parsi,Arab dan lain-lain.Setiap bangsa yang

membuat hubungan dengan satu-satu bangsa lain,pasti akan menyimpan rekod,setidak-tidaknya disebut

dalam hikayat mereka.Jadi sekiranya kita mendapati sumber dari rekod sesuatu bangsa amat kurang atau

tiada sama sekali,kita boleh mencarinya dari sumber kedua,iaitu rekod asing.Inilah disiplin sejarah yang

betul,namun yang anehnya,ramai sejarahwan Malaysia yang pemalas dan apabila tidak menemui apa-apa dari

rekod yang ditulis oleh orang Melayu,maka dia akan berpegang kepada pemikiran 'inferior' nya.Jika dia rajin

sedikit,dia akan berpegang kepada sumber penjajah,atau orientalis seperti Raffles untuk menafsir sejarah

Melayu.Ini adalah sikap yang mengecewakan.

Jika kita lihat sejarah Eropah,setiap suku-suku Eropah seperti

Danish,Frank,Norman,Celt,Druid,Norse,Saxons,Swedish,Croat dan sebagainya mempunyai rekod sejarah

yang saling berhubungkait antara satu sama lain.Ini kerana seperti biasa,bangsa-bangsa yang tinggal

berdekatan dalam satu kawasan akan berperang dan berkahwin sesama sendiri.Ini adalah lumrah.Seperti juga

jika kita lihat suku-suku bangsa di benua kecil India,mereka berperang dan membuat hubungan sosial sesama

sendiri.Misalnya kerajaan-kerajaan Tamil menyerang orang Sinhala di Sri Lanka seperti Chola dan

Pandyan.Juga orang Moghul (clan) yang berkahwin dengan orang Telegu ketika dasar perluasan kuasa ke

selatan oleh Aurangzeb.Juga ketika Persekutuan Maratha ketika menjadi kuasa imperial terakhir India
822

sebelum era British Raj.Ini adalah tabii biasa dalam sejarah manusia.Jadi yang peliknya,dalam buku teks

sejarah Malaysia,tidak diterangkan hubungan Melayu dengan Khmer,Burma atau lain-lain.Malahan nama

'Khmer' sendiri adalah janggal kepada kebanyakan kita,mungkin kita selalu memanggil dengan nama 'orang

Kemboja'.

Mengapa orang Khmer penting kepada sejarah Melayu?

Credit: John Fung

Seperti mana kepentingan setiap rekod-rekod imperial China kepada sejarah kerajaan-kerajaan Melayu dan

Nusantara amnya,begitu juga kepentingan rekod dari manuskrip Khmer kepada kita.Ini kerana terdapat

beberapa perkara penting tentang hubungan Melayu-Khmer:

1-pemerintah-pemerintah Angkor ada yang berdarah Melayu

2-kaum kerabat Angkor ada yang menjalinkan perkahwinan dengan Melayu Segenting Kra

3-'Siam Asli' dalam SL merujuk kepada suku-suku Mon-Khmer,bukan Thai

3a-Orang Asli di Malaysia bertutur dalam dua kategori bahasa,Proto-Melayu dan Mon-Khmer,menunjukkan

sejarah purba yang kompleks antara Melayu dan Khmer/Mon.

4-panglima dan 'imperial guards' kerajaan Angkor adalah diambil dari kalangan pendekar Melayu

5-banyak pemerintah Angkor yang tinggal di kampung-kampung Melayu atau dibesarkan berdekatan dengan

orang Melayu,malah pengasas Angkor,Jayavarman II sendiri dibesarkan di istana Sailendra.

6-Cham,satu bangsa yang bertutur dengan bahasa dan budaya yang mirip dengan Melayu,adalah serumpun

dengan Melayu dan mempunyai sejarah panjang dengan Khmer.


823

Terdapat banyak lagi poin penting yang mengaitkan kepentingan Khmer kepada sejarah Melayu dan ini perlu

dibuat satu tesis mengenainya.Sebab itu usaha seperti yang dibuat oleh RAC (Akademi Diraja Kemboja) dan

pihak-pihak di Malaysia seperti Sidang Warisan Melayu di Indochina adalah usaha yang tepat.Ingin dijelaskan

di sini,dua kerajaan ini,iaitu raja-raja Thai dan Kemboja mempunyai 'secret vault'nya sendiri yang mempunyai

sejarah penting hubungan mereka dengan orang Melayu.Ini yang diberitahu oleh rakan sejawatan kepada

penulis (Srikandi) semasa acara oleh RAC itu.

Mengapa Cham?

Kita tahu bahawa Cham adalah satu bangsa yang pernah mempunyai kerajaan yang hebat pada masa

lampau,Champa.Kita boleh bayangkan kebanyakan suku-suku Austronesia mempunyai kerajaan mereka

sendiri,seperti orang Sunda mempunyai Tarumanagara dan juga kerajaan Sunda Galuh,hasil penyatuan

kerajaan Sunda dan Galuh.Orang Jawa dengan Majapahit,Singhasari mahupun Demak.Malahan orang Dayak

juga mempunyai sejarah Kerajaan Kutai.Begitu juga dengan orang Cham yang menubuhkan kerajaan

Champa.Sejarah tua dari rekod China dan Champa sendiri menyatakan bahawa peperangan antara orang

Cham dan dinasti China pada zaman purba (beberapa dekad Sebelum Masehi) di kawasan selatan China

(kemungkinan di utara Laos dan Vietnam) sehingga membawa kepada kekalahan tentera China.

Orang Cham juga disebut dalam rekod diraja Khmer ketika permulaan migrasi orang Khmer ke

Indochina.Moura (1883) dan Poree-Maspero (1950) dalam terjemahan mereka dari manuskrip diraja Khmer:

A few months before his death, Buddha arrives at the island Kouk

Thlok (land of the thlok tree) and prophesies that a trakuot (a kind

of lizard) living there by a thlok tree would obtain rebirth as the

son of the king of Intakpath (Indraprastha) and later become king

of a new state at Kouk Thlok. In the year 1 of the Buddhist era

(commonly beginning with Buddha's death in 543 B.c.), the king of

the Chams is shipwrecked near the Dangrek Mountains, where he


824

forms a new state and also becomes ruler over Kouk Thlok. In

the year 100 of the Buddhist era, King Atichavong of Indraprastha

hands over portions of his kingdom to his sons; to the fourth,

named Preah Thaong, he gives the southern part. As a result of

disobedience, Preah Thaong is later exiled together with his people.

He arrives at Kouk Thlok, displaces the Cham ruler, and

himself becomes king. Later he meets the daughter of the nciga

king on the beach. A marriage ceremony takes place in the subterranean

kingdom, after which the nGga king creates a realm on earth

for his son-in-law by drinking up the ocean. The new land is

named Kampuchea. After nine months a daughter is born. In

the year 500 of the Buddhist era the Cham king comes with an

army from Laos, but they are beaten back. The daughter of Preah

Thaong and the niiga princess then become pregnant by the god

Indra. Their son is Ketmealea, for whom Indra orders a palace to

be built by Viivakarman. In the year 600 of the Buddhist era

Preah Thaong dies.

Kita juga maklum bahawa orang Cham mempunyai ikatan bahasa dan budaya yang sama dengan orang

Melayu khasnya,jika kita lihat prasasti antara yang tertua di Indochina (prasasti yang paling tua juga dimiliki

oleh Cham) iaitu Prasasti Dong Yen Chau,Vietnam maka kita boleh lihat bahawa bahasa Melayu adalah 'the

ancient language' di Indochina jika para sejarahwan Laos dan Thai menyebutkan Cham sebagai 'the ancient

nation'.Dalam Prasasti Dong Yen Chau,dijangka dipahat pada awal abad ke-4:

"Siddham! Ni yan Naga pun putauv, ya uran spuy di ko, kurun ko jmay labuh nari svarggah, ya uran

peribhu di ko, kurun saribu tahun ko davam di naraka, dnan tijuh kulo ko"

Perhatikan beberapa perkataan Melayu purba yang masih digunakan sehingga ke hari ini,

uran=orang

yan=yang

pun=pun

kurun=kurun

saribu=seribu

tahun=tahun

davam=diam

di=di
825

naraka=neraka

dnan=dengan

tijuh=tujuh

ni=ini

Dalam kategori linguistik sekalipun,orang Cham adalah serumpun dalam kategori Malayo-Polinesia dan

punya kaitan rapat dengan bahasa Aceh.Ini benar kerana dalam sejarah,keturunan raja Acheh adalah berasal

dari anak raja Cham,di mana ia dicatatkan di dalam SL sebagai Syah Pau Ling.Dipercayai Syah Pau Ling inilah

raja Acheh yang pertama,iaitu Ali Mughayat Syah yang terkenal amat bijak dalam seni peperangan sehingga

keupayaan tenteranya mampu mengalahkan armada Portugis di Aru pada tahun 1524.

Selain hubungan sejarah,bahasa dan budaya yang kuat,orang Cham dan Melayu juga mempunyai hubungan

'kekeluargaan' yang misteri.Apabila Melaka di dalam kesusahan,raja Champa sempat membantu menghantar

tentera walaupun negerinya juga menghadapi ancaman Annam (Dai-Viet).Acheh juga dibawah keturunan

Cham berterusan menyusahkan Portugis di Selat Melaka.Apabila Champa sepenuhnya jatuh ke tangan

Annam,maka pelarian Champa ini banyak lari ke semenanjung selain ke kawasan berdekatan seperti ke

Kemboja.Kaum kerabat Cham banyak lari ke Melaka,ketika Kesultanan Melaka dan ini dicatatkan dalam

SL.Syah Indera Berman (Indravarman),saudara Syah Pau Ling telah dijadikan pegawai kerajaan kerana

kebijakan politiknya oleh Sultan Melaka ketika itu.Ketika era Khmer Rouge,ramai juga pelarian Kemboja

(orang Cham) yang disambut oleh kerajaan Malaysia atas persamaan agama dan bangsa.Fenomena ini tidak

aneh,jika kita menyelusuri sejarah Melayu dan orang Cham yang memakan masa ribuan tahun.
826

Tradisi Naga

Jika kita memahami setakat ini,kita akan faham mengapa rekod dari Khmer dan Cham amat penting dalam

merungkai masalah 'The King of Serpent'.Jika anaknya adalah ibu kepada Khmer,maka sudah tentu ayahnya

bukan Khmer...malahan anaknya sendiri...dari bangsa lain.Ini adalah logik yang mudah.Jika nabi Ibrahim a.s

menurunkan bangsa Arab dan Bani Israel,maka sudah tentu baginda bukan dari bangsa Arab dan apatah lagi

Yahudi.Kisah 'The Naga King's Daughter' ini adalah konsep bangsa Khmer dalam menceritakan asal-usul

bangsa mereka,seperti mana mitos Khun Borom oleh orang Thai dan Laos.Kita tahu,Khun Borom adalah

konsep orang Tai dalam menceritakan migrasi mereka ke Indochina setelah kerajaan Nanchao runtuh.Kisah

ini juga mempunyai konsep cerita yang hampir sama dengan Merong Mahawangsa,dengan ciri-ciri

'menghantar anak-anak raja untuk menjadi raja di beberapa kawasan'.Yang trivianya,pengkaji Kemboja

mendapati kisah Khun Borom adalah bayangan kepada kisah raja-raja Srivijaya di Indochina.Penulis

(Srikandi) berpendapat,ini adalah versi Thai kepada Hikayat Merong Mahawangsa,dan ini adalah sebab yang

kuat mengapa raja Thai ketika era Chakri memerintahkan hikayat ini dibakar dan dihapuskan.

Apabila terdapat legenda yang punya konsep serupa (Hikayat Merong Mahawangsa) dan Khun Borom,juga

'The Naga King's Daughter' dari pihak Khmer (Mera) dan Cham (Soma),apakah 'read between the lines' yang

boleh dibuat?

HUBUNGAN SEJARAH

Ini adalah katakunci mengapa sejarah Melayu tidak boleh dibaca berasingan dengan rekod-rekod asing di

sekeliling mereka.Penulis (Srikandi) ingin mengesyorkan sejarah Malaysia khasnya (walaupun siri Alter
827

Terahsia Bangsa Melayu dalam skop sejarah Melayu seluruh dunia khasnya dan Nusantara amnya) mesti

ditulis semula bersama-sama hubungan dengan kaum-kaum Asia Tenggara yang lain,sepertimana sejarah

Eropah.Bukannya menumpu kepada hubungan dengan kuasa imperialis.Ini adalah pendekatan yang tidak

bijak.

Di dalam sejarah Khmer,naga adalah unsur yang sangat penting.Dalam seniukir mereka,naga kepala tujuh

adalah konsep yang sangat penting dan ini muncul dalam pelbagai kedudukan di dalam senibina

Khmer.Contoh yang popular ialah tembok kiri kanan di jalan masuk Angkor Wat.Ini bertitik tolak dari kisah

'The Naga King's Daughter' yang dipercayai diwarisi dari legenda Funan.

Apa yang menariknya,kisah yang sama dipahat di Myson,tempat suci raja-raja Cham (sebelum era Islam).

Dalam kisah Seri Gumum,dari hikayat Pahang,ada seekor naga yang diberi nama Seri Kemboja dan naga ini

adalah antagonis.Apabila dalam keadaan terdesak,Seri Kemboja meminta bantuan 'Siam' dan Seri Kemboja

dibantu oleh serangan meriam dari 'Siam'.Penulis (Srikandi) memikirkan ini adalah perlambangan kepada

politik Asia Tenggara,khususnya di Indochina...dan hubungan Pahang dengan sejarah Indochina.

Dan ini menjejak kisah yang sama beribu-ribu tahun kebelakang,iaitu ketika era dinasti ke-12 Mesir Purba

(1991-1782 SM).Di dalam catatan yang ditulis oleh Amenii (penulis Mesir Purba bagi hikayat ini) ada

menceritakan kisah seorang pelaut yang terdampar di sebuah 'pulau ajaib'.Pulau itu dikenali sebagai Punt dan

rajanya ialah 'The King of Serpent.Yang menariknya,Punt adalah pulau dan bukan tanah besar,dan ini

menolak teori Punt sebagai Somalia,Sudan atau sebagainya di Afrika.Aneh,kerana semua hikayat Mesir

mengenai Punt menegaskan ia adalah PULAU dan bukan tanah benua,namun sebahagian para pengkaji masih

mengaitkannya dengan negeri-negeri Afrika.Walaupun bukti kapur barus untuk mengawetkan mayat para

Firaun diyakini datang dari Sumatera,namun dalam kes Punt ini,mereka tidak percaya kapal-kapal Mesir

mampu mengharungi keganasan Lautan Hindi.

Kajian penulis (Srikandi) mendapati Punt adalah Borneo pada hari ini setelah nama purba Borneo adalah

slang Latin kepada 'Brunei'.Jadi Borneo sebenarnya adalah Pulau Brunei.Apabila mendapati rekod purba

China menyebut Brunei sebagai Poni atau Puni maka penulis yakin bahawa orang Mesir Purba juga

memanggil Brunai/Borni sebagai PUNI.

Untuk menambah sensasi,Sri Kambu,iaitu pengasas kepada Funan muncul dalam jurnal sejarah Kemboja

sebagai 'seorang yang datang dari kawasan seperti Kalimantan'.Ini adalah salah satu teori yang mencabar teori

Kaundinya atau Sri Kambu berasal dari India.Jika ini benar maka ini adalah melengkapkan 'puzzle' 'The King

of Serpent'.
828

Dalam catatan lain,terdapat dua raja yang memiliki nama yang sama,Sri Mara dalam rekod raja-raja Cham

dan Funan.Keduanya (Cham dan Funan) mengaku berasal dari sasilah anak perempuan 'raja Naga' itu.

Persoalannya,siapakah sebenarnya 'The Naga King's Daughter'?

Rujukan:

Sulalatus Salatin edisi Shallebear

Asian Folklore Studies, Volume 52, 1993 : 333-358

Pelliot (1902, 144-45; 1951,12)

Moura (1883,11,4-11; 1971,1-7)

Pore-Maspero(1950,239-40)

makalah-makalah oleh Lee Chuck Moth

The Šaiva Religion among the Khmers (Part I),Sanderson

Hikayat Merong Mahawangsa

Chiang Mai Chronicles

Dong Yen Chau Inscription

Negara Melayu Champa,Wan Abdul Rahim Kamil bin Wan Mohamed Ali bin Wan Ahmad Hakim

----------------------------------------------------------------------

Alter Terahsia Bangsa Melayu XXII

ACCESS DENIED

Nantikan pengembaraan seterusnya mencari tradisi raja Naga di Asia Tenggara!

Hanya di MistisFiles...

Anda mungkin juga menyukai