Anda di halaman 1dari 12

Pengenalan

Pulau Pangkor
Pulau Pangkor dengan kombinasi perkampungan nelayan yang mempesona serta resort yang
mewah merupakan destinasi percutian yang mengagumkan dan mudah dikunjungi. Pulau
Pangkor memberi pelawat peluang untuk menginap di tempat penginapan berhampiran dengan
perkampungan nelayan bagi membolehkan mereka memerhatikan cara hidup para nelayan
sambil menikmati keindahan pantai atau memilih kemudahan resort yang tersedia di situ.
Penduduk di sini tinggal di beberapa perkampungan nelayan yang bertaburan di sebelah Timur
pulau ini yang bertentangan dengan pekan Lumut dan Teluk Batik. Pelawat juga berpeluang
melihat perkampungan ini sewaktu perjalanan feri dari Lumut yang mengambil masa selama 40
minit kerana feri ini singgah di kawasan penempatan utama iaitu Sungai Pinang Kecil dan
Sungai Pinang Besar sebelum berhenti di pekan Pulau Pangkor.
Dua pantai yang popular di Pulau Pangkor iaitu pantai Pasir Bogak dan pantai Teluk Nipah
menawarkan aktiviti-aktiviti seperti menyelam skuba, berenang snokel, bermain papan luncur air
dan memancing kepada mereka yang gemarkan sinaran matahari dan lautan biru. walaupun
Pantai Pasir Bogak telah banyak membangun namun Teluk Nipah masih lagi mengekalkan
suasana perkampungannya. Teluk Ketapang atau Turtle Bay masih lagi menerima kedatangan
penyu laut yang tiba di sini untuk bertelur. Ada juga antara resort di pulau ini yang menawarkan
kemudahan padang golf yang hebat.

Pulau Pangkor sebuah pulau di perairan Selat Melaka. Ia memiliki pantai-pantai yang indah dan
bersih serta laut yang jernih biru-kehijauan amat sesuai bagi mereka yang mencari kedamaian.
Pulau percutian yang semakin diminati para pelancong dalam dan luar negara. Pantai yang cantik
dan pemandangan yang menawan jadi tarikan utama ke Pulau Pangkor. Terdapat pelbagai jenis
penginapan disediakan di dua pantai perkelahan utama Pulau Pangkor iaitu Pantai Pasir Bogak
dan Pantai Teluk Nipah. Pasir Bogak menawarkan bilik, hotel, apartment dan chalet manakala
Teluk Nipah menawarkan beratus-ratus chalet yang bercirikan seni bina Melayu eksotik. Pakej-
pakej yang ditawarkan termasuk pakej percutian (individu, pasangan, keluarga & kumpulan).
Terdapat pelbagai kemudahan di pulau ini supaya percutian anda tidak terganggu. Seperti bank-
bank, pejabat pos, hospital, restaurant makanan laut, internet & banyak lagi kemudahan-
kemudahan yang lain. Untuk memudahkan anda bergerak kemana-mana anda boleh menaiki
teksi (van merah jambu) atau menyewa kereta & motosikal.

Pangkor Services menawarkan perkhidmatan tempahan hotel, chalet dan apartmen di Pulau
Pangkor. Mungkin anda gemar melancong atau sedang merancang untuk bercuti. Pulau Impian
menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti berikut:-

Kumpulan Sasaran

1. Pakej Berbulan Madu (Honeymoon Package)


2. Pakej Hari Keluarga (Family Day Package)
3. Pakej Kumpulan (Group Package)
4. Pakej Pelajar (Student Package)
5. Pakej Perkhemahan/Motivasi
6. Pakej Seminar

Senarai Pakej Pelancongan Yang Terdapat Di Pulau Pangkor

Pakej-Pakej Yang Ditawarkan

Jumlah Hari Dan Harga


PAKEJ BULAN MADU 3H PAKEJ BULAN MADU 3H
2M 2M
Pakej 1 Pakej 2
Penginapan Penginapan
Makan 6 kali Makan 3 kali
Maksimum 2 orang sahaja Maksimum 2 orang sahaja
Harga RM400 Harga RM300

PAKEJ STUDENT 2H 1M PAKEJ STUDENT 3H 2M


Penginapan 4 orang sebilik Penginapan 4 orang sebilik
Pakej termasuk:- Pakej termasuk:-
Sarapan 2 Sarapan
Makan Tengah Hari 2 Makan Tengah Hari
Makan Malam 2 Makan Malam
Feri Lumut - Pangkor Feri Lumut - Pangkor
Teksi Jeti Pangkor - Resort Teksi Jeti Pangkor - Resort
Minimum 40 orang Minimum 40 orang
RM75 seorang RM135 seorang

PAKEJ HARI KELUARGA/ PAKEJ HARI KELUARGA/


KUMPULAN 2H 1M KUMPULAN 3H 2M
Penginapan 3 orang sebilik Penginapan 3 orang sebilik
Pakej termasuk:- Pakej termasuk:-
Sarapan 2 Sarapan
Makan Tengah Hari 2 Makan Tengah Hari
Makan Malam 2 Makan Malam
Feri Lumut - Pangkor Feri Lumut - Pangkor
Teksi Jeti Pangkor - Resort Teksi Jeti Pangkor - Resort
Minimum 40 orang Minimum 40 orang
RM85 seorang (Dewasa) RM155 seorang (Dewasa)
Kanak-kanak (4-11 tahun) 70% Kanak-kanak (4-11 tahun) 70%
PAKEJ HARI KELUARGA/ PAKEJ HARI KELUARGA/
KUMPULAN 2H 1M KUMPULAN 3H 2M
Penginapan 2 orang sebilik Penginapan 2 orang sebilik
Pakej termasuk:- Pakej termasuk:-
Sarapan 2 Sarapan
Makan Tengah Hari 2 Makan Tengah Hari
Makan Malam 2 Makan Malam
Feri Lumut - Pangkor Feri Lumut - Pangkor
Teksi Jeti Pangkor - Resort Teksi Jeti Pangkor - Resort
Minimum 40 orang Minimum 40 orang
RM100 seorang (Dewasa) RM175 seorang (Dewasa)
Kanak-kanak (4-11 tahun) 70% Kanak-kanak (4-11 tahun) 70%

PAKEJ MOTIVASI 3H 2M
Penginapan Dorm/Khemah
Pakej termasuk:-
2 Sarapan
2 Makan Tengah Hari
2 Makan Malam
Feri & Teksi pergi/balik
Jungle Trekking
Minimum 40 orang
RM80 seorang

Lokasi Chalet, Hotel, Apartment Dan Resort Di Pulau Pangkor

• Pantai Pasir Bogak, Pulau Pangkor


menyediakan penginapan hotel dan apartmen yang lengkap dengan kemudahan seperti
restoran, disko serta kolam renang. Pantai ini merupakan pantai perkelahan yang amat
popular di kalangan para pelancong dalam negeri. Pantainya panjang dan dilindungi
pepohon rendang, amat sesuai melakukan aktiviti sukan pantai atau hanya untuk bersantai
dan mandi laut.

Contoh :

PUTERI BAYU BEACH RESORT


Lokasi: Pasir Bogak, Pulau Pangkor
Puteri Bayu Beach Resort mempunyai 82 unit Hotel Room dan 48 unit Chalet. Jumlah
semuanya 130 unit dan boleh menampung 200 -360 orang dalam satu-satu masa. Setiap bilik
disediakan kemudahan seperti air-cond, TV Astro, IDD telephone, coffee and tea making
facilities dan bilik air di dalam (hot & cold shower).

Harga :
Jumaat-Sabtu
Jenis Bilik Isnin - Khamis Cuti Umum
Cuti Sekolah
Standard RM115.00 RM135.00 RM180.00
Hotel Room Superior RM135.00 RM150.00 RM230.00
Deluxe RM150.00 RM200.00 RM280.00

Garden Villa RM190.00 RM250.00 RM380.00


Chalet Bayu Villa RM250.00 RM350.00 RM500.00
Family Villa RM450.00 RM550.00 RM800.00
Destinasi

Pulau Pangkor adalah syurga bagi pencinta alam dan mereka yang meminati sukan outdoor.
Pelbagai aktiviti boleh dijalankan seperti jungletrekking dan rapelling.
Burung enggang menjadi tarikan di Pulau Pangkor.

Kota Belanda (gambar atas) dan

Batu Bersurat (gambar bawah) adalah tinggalan sejarah yang terdapat di sana.

Replika Tembok Besar Cina yang sering menjadi kunjungan.


Bot Trip sekitar Teluk Nipah...

... dan snorkeling di Pulau Giam (Coral Island).

atau main jetski.

Jungle trekking
Tempat Yang Mesti Di Lawati Di Pulau Pangkor

Jalan-jalan keliling Pangkor. Anda boleh menyewa van (teksi) untuk melawat tempat-tempat
menarik di sini seperti tukang bot, taman Fu Ling Kung, kilang satay, kesan peninggalan
sejarah di Teluk Gedung dan sebagainya. Sambil itu singgah membeli cenderahati di Pekan
Pangkor
Pengangkutan

Feri yang selesa membawa anda ke Pulau Pangkor.

Untuk ke resort anda perlu menaiki teksi van.

Jika mahu bebas bergerak anda boleh menyewa motosikal atau basikal. Kereta sewa untuk
dipandu sendiri juga ada, jika anda memerlukannya.
Jeti Lumut - Pintu gerbang ke Pulau Pangkor. Perkhidmatan feri setiap 30 minit sekali
menawarkan tambang hanya RM10 pergi balik dari Lumut ke Pangkor. Di Lumut terdapat
Pusat Pelancongan di manda anda boleh mendapat pelbagai maklumat tentang Pulau Pangkor.
Tempat letak kereta mencukupi, dengan bayaran sebanyak RM10 sehari.

Jalan Laut
Pulau Pangkor boleh dikunjungi dengan feri yang mengambil masa 40-minit dari Lumut. Feri
ini bertolak setiap setengah jam sekali.

Jalan Udara
Syarikat penerbangan swasta seperti Berjaya Air mengendalikan penerbangan 5 kali seminggu
ke Pulau Pangkor dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah berhampiran Kuala Lumpur.

Jalan Darat
Gunakan Lebuhraya Utara-Selatan menuju ke Perak. Ambil susur keluar ke plaza tol Bidor.
Perjalanan seterusnya akan melalui jalanraya negeri. Ikut papan tanda ke '“Pelabuhan Lumut”.
Kemudian, ikut papan tanda yang menghala ke “Teluk Intan”, “Sitiawan” dan “Pulau Pangkor”.

Anda mungkin juga menyukai