Anda di halaman 1dari 86

TIP MEMULAKAN BISNES

ANDA SENDIRI

B AH ARUDDIN MOH AMED


TIP MEMULAKAN BISNES
ANDA SENDIRI

Prakata

Kenapa Anda Perlu Berniaga.

Rugi sebenarnya jika di Malaysia ni anda tidak terbilang dalam salah


seorang dari jutawan. Kenapa? , bila saya katakan anda boleh jadi
JUTAWAN, anda takut,anda tidak yakin anda boleh jadi jutawan. Saya
bercakap benar, kenapa tidak anda boleh menjadi jutawan sedangkan
ramai yang telah menjadi jutawan termasuk pendatang asing sama ada
„pendatang haram‟ atau „pendatang halal‟. Mereka hanya berniaga kain,
mereka hanya berniaga air ditepi jalan tetapi pendapatan mereka berpuluh
ribu sehari. Rumah mereka besar, kereta mereka besar, keluarga mereka
bahagia, setiap bulan menghantar duit ke kelaurga meraka di negara asal.

Nah, jadinya bagaimana?.

Anda sedia maklum 9/10 sumber razaki adalah dari perniagaan.


Sebenarnya menurut kajian 92% mereka yang jutawan seluruh dunia
adalah dari punca berniaga. Saya cukup percaya dan yakin jika kita punya
kemahuan untuk Berjaya alam perniagaan pasti akan tercapai. Tiada jalan
singkat untuk berjaya. Saya memulakan perniagaan saya adalah kerana
kesedaran saya tentang setinggi mana pangkat saya ketika saya bekerja
sekarang tidak dapat saya wariskan kepada anak cucu saya. Warisan itu

Page 2
TIP MEMULAKAN BISNES
ANDA SENDIRI

bukan sahaja dalam bentuk kewangan tetapi pengalaman, tamadun


berniaga dan cara pemikiran.

Saya yakin, minat saya berniaga datangnya dari ayah saya. Semasa kecil
dulu, saya selalu membantu ayah saya di kedai cendol depan rumah dan
jika cuti sekolah menjual sayuran kampong, ubi kayu dan keledek keliling
kampong. Saya juga membuat perkara yang sama kepada anak-anak
saya, juga staf saya untuk mereka boleh belajar selok belok berniaga.
Mereka harus diterapkan sejak kecil dengan mentaliti berniaga.

Bangsa cina sangat memandang tinggi kepada golongan usahawan


walaupun berniaga kecil-kecilan. Berlainan dengan bangsa melayu,
mereka lebih suka anak mereka bekerja kerana lebih terjamin, ada cuti,
ada pakej kesihatan, kerja ikut masa dan lain-lain. Soalan pertama bila
mahu memilih menantu adalah apa perkerjaanya. Digambarkan pula
sesetengahnya orang berniaga ini ramai yang bankrupt, kalau kaya nanti
sombong, dan pelbagai alasan dengan momokan kosong menyebabkan
ramai diantara kita lebih suka makan gaji.

Saya memberi anda beberapa contoh bagaimana aliran tunai yang berlaku
setiap hari:-

Page 3
TIP MEMULAKAN BISNES
ANDA SENDIRI

1. Syarikat telekomunikasi seperti Celcom contohnya. Kalau secara


kasar ada 1 juta pelanggan sehari. Yang akan mengantar SMS antara satu
sama lain setiap 5 minit (selang masa 5 minit la). Dan caj yang dikenakan
untuk setiap SMS adalah sebanyak 1 sen. Pendapatan Celcom setiap 5
minit akan jadi RM10ribu. Setiap 5 minit je.

2. Rating Akademi Fantasia kiranya yang diterbitkan oleh Astro kita


kirakan secara kasar 1 juta penonton setiap hari. Bayaran untuk bill Astro,
RM1 sehari. Dan kalau pelanggan ni akan maintain guna Astro selama 3
bulan sepanjang tempoh Akademi Fantasia berlangsung. Maka
pendapatan Astro akan menjadi RM1juta sehari. Itu belum masuk untuk
undi SMS lagi

3. Setiap orang akan membelanjakan lebih kurang RM10 sehari untuk


makan. Bayangkan kalau dalam sesebuah Universiti. Untuk memudahkan
kita nampak realiti duit ni. Kira kasar dalam 10ribu pelajar universiti setiap
hari yang perlu makan. Maka perbelanjaan untuk makan sehari di
sesebuah universiti adalah sebanyak RM100ribu SEHARI. Kalau 10%
sahaja yang anda dapat dari 100 ribu saya rasa sudah cukup untuk sebuah
cafe kecil.

Sekarang bagaimana? Adakah anda sudah yakin anda boleh menjadi


JUTAWAN dengan berniaga?. Saya sertakan beberapa fakta sokongan
kenapa perlu anda berniaga sendiri. Saya punya ramai rakan yang

Page 4
TIP MEMULAKAN BISNES
ANDA SENDIRI

berpangkat dipejabatnya, di kilang mereka tetapi mereka semua hanya


dihormat bila mereka berpangkat besar setelah pancen mereka tidak lagi
dipandang. Ramai yang akan bersendirian dan baru mahu memulakan
perniagaan sendiri. Makan gaji sebenarnya beresiko tinggi, jika kita sihat
dan muda juga bertenaga selalunya syarikat suka tetapi sebaliknya kita
sakit dan kurang prodaktif kemungkinan kita diminta meninggalkan
syakikat, malang tidak berbau.

Kalau dah semua berniaga macam mana? Jangan risau sebenarnya baik
semua orang berniaga dan tentunya apa yang mereka niagakan bukanlah
barang yang sama. Saya yakin ramai lagi yang tidak membaca tulisan saya
ni dan masih ramai lagi mereka yang takut untuk memulakan perniagaan.

Perkara yang paling menarik dalam pakej berniaga ini adalah anda boleh
menjadi BOS kepada diri sendiri. Anda boleh mementukan masa bekerja
anda, anda boleh menentukan dimana anda bekarja, anda boleh
mementukan berapa gaji anda sendiri juga anda boleh membuat perkara
yang anda suka. Jika anda mahu pendapatan lebih anda berkerja lebih
kuat dan anda akan mendapat peluang yang lebih luas.

"Rahsia untuk bergerak ke hadapan ialah memulakan sesuatu. Rahsia utk


memulakan sesuatu ialah memecahkan tugas-tugas kompleks dan sukar
kepada tugas-tugas yg mampu di uruskan, dan mulakan perkara pertama"

Page 5
TIP MEMULAKAN BISNES
ANDA SENDIRI

Memerhati Perkara Asas sebelum membuka


sesuatu Bisnes
- Mengkaji tentang suasana dan kedudukan

Kita perlu mengkaji tentang latar dan 6sset6 kedudukan tempat baru itu. Jika
ia merupakan kawasan yang didiami pelajar dan pekerja, membuka kedai
dobi adalah cadangan yang baik. Kerana golongan seperti ini lebih cenderung
untuk menghantar pakaian yang kotor kedai dobi dari dicuci sendiri. Jangan
pula di kawasan seperti itu kita mulakan dengan perniagaan besi buruk dan
barang kitar semula. Selain itu, kawasan seperti ini juga sesuai dibuka
perniagaan makanan dan minuman. Kerana pelajar dan pekerja sentiasa
memerlukan tenaga untuk pergi belajar dan pergi bekerja. Katakan juga
keinginan untuk memulakan kedai alat tulis dan perkhidmatan potostet di
kawasan yang sama. Pendek kata, sesuatu kawasan itu perlu dikaji terlebih
dahulu sebelum memulakan perniagaan. Kerana perniagaan ini bukan untuk
suka-suka dan main-main, sebaliknya sesuatu yang serius dan berat.

- Mencari rakan kongsi yang boleh dipercayai

Tips yang seterusnya adalah mencari rakan kongsi yang boleh dipercayai.
Bukan sekadar seorang yang mempunyai wang untuk dilaburkan sahaja.
Setidak-tidaknya minat dan hobi pada benda yang sama akan menampakkan
lagi usaha yang dijalankan. Kerana manusia tidak akan jemu dan bosan
melakukan sesuatu yang menjadi kegemaran mereka. Katakan Yusri dan Lisa
mempunyai minat yang sama dalam bidang penerbitan dan periklanan. Jadi,
mereka telah bersetuju dan melaburkan sejumlah wang untuk memulakan
perniagaan ini di sebuah kawasan yang menjadi tumpuan. Kerana minta dan
pendapat dalam bidang yang sama sangat tinggi, perniagaan mereka
semakin maju. Kerana masing-masing memberi komitmen yang baik dalam
perniagaan ini. Bukan hanya seorang sahaja yang perlu bekerja, sebaliknya
kedua-dua belah pihak rakan kongsi ini. Pendek kata, perniagaan mereka
maju kerana minat dan hobi dalam bidang yang sama.

Page 6
TIP MEMULAKAN BISNES
ANDA SENDIRI

- Bermula secara kecil-kecilan

Tidak semua perniagaan itu perlu diusahakan secara besar-besaran yang


menelan belanja sehingga jutaan ringgit. Sekadar sebagai hobi dan minat
untuk memenuhi masa dan boleh dijadikan sebagai pendatan sambilan sudah
memadai. Contohnya Pak Abas yang menjalankan perniagaan menjual
kerepek di kampungnya. Perniagaan ini adalah perniagaan warisan daripada
ayahnya dahulu. Jadi, Pak Abas membantu ayahnya yang telah tua kerana
sudah tidak mampu melakukan pekerjaan berat lagi. Semakin lama, minatnya
telah mendalam dalam dunia perniagaan dan dia menguruskan sepenuhnya
perniagaan ini selepas kematian ayahnya. Pada awal penglibatan dalam
dunia penjualan kerepek, arwah ayah Pak Abas berniaga dengan menaiki
motorsikal sahaja. Selepas Pak Abas mengambil alih, dia telah membuat
pinjaman dengan bank untuk mendirikan sebuah kilang pembuatan kerepak
yang terletak di belakang rumahnya. Pendapatanya semakin maju tambahan
pula semasa musim perayaan dan juga musim perkahwinan. Kerana Pak
Abas telah mendapat pengalaman yang banyak semasa membantu arwah
ayahnya dahulu. Kini, Pak Abas telah mendirikan lima buah kilang di daerah
dalam negerinya.

- Mengupah pekerja yang boleh dipercayai

Setelah mempunyai kedudukan yang baik dalam perniagaan yang diceburi,


pasti kita ingin meluaskan perniagaan itu. Katakan perniagaan kedai pakaian
lelaki dan wanita. Membuka cawangan baru memerlukan lebih ramai perkerja
untuk menguruskannya. Maka, kita perlu mengupah orang yang boleh
dipercayai untuk memastikan perniagaan yang diusahakan selama ini tidak
dirosakkan mana-mana pihak yang cuba menjatuhkan kita. Mungkin kita
boleh mengupah jiran yang telah lama kita kenali sebelum memulakan
perniagaan itu atau juga mengupah kawan-kawan yang sudah kita maklum
dengan hati budi mereka. Jika tidak, perniagaan kita akan musnah berikutan
ada pihak yang iri hati dengan kesenangan dan kemewahan yang kita capai.
Oleh sebab itu, kita perlu menjalin perhubungan yang baik dan tidak
bermusuh dengan semua orang agar kita juga selamat dan perniagaan kita
terus maju.

Page 7
TIP MEMULAKAN BISNES
ANDA SENDIRI

- Mempunyai strategi yang berkesan

Selain itu, untuk memastikan sesebuah perniagaan itu 8sset88, kita juga perlu
mempunyai strategi yang berkesan. Bukan sahaja perniagaan, setiap
pekerjaan yang dilakukan juga memerlukan perancangan yang sempurna.
Jika tidak impian itu akan musnah di pertengahan jalan. Contohnya
memulakan perniagaan dalam bidang ubat-ubatan dan farmasi. Dalam dunia
yang serba canggih dan maju ini, kita sering dihantui dan dibayangi dengan
pelbagai wabak penyakit yang disebabkan penyalahgunaan bahan kimia
industri, wabak penyakit yang disebabkan bahan kimi berlebihan dalam
bekalan makanan seperti sayur dan wabak penyakit berjangkit yang mudah
disebarkan melalui migrasi manusia atau haiwan. Wabak penyakit berbahaya
memang sukar untuk diubati, tetapi kita masih mempunyai peluang untuk
mencegahnya. Maka, perniagaan dalam bidang ubat-ubatan dan farmasi
sentiasa mendapat sambutan yang baik kerana kita tidak mampu menjangka
saat kita akan ditimpa penyakit. Perniagaan ini adalah perniagaan yang
mampu memberi keuntungan kepada pengusaha. Masyarakat hari ini juga
semakin bijak untuk menentukan ubat yang berkesan bagi penghalang
penyakit merebak.

- Mendengar dan mengikuti kemahuan pelanggan

Pihak yang akan menentukan jatuh bangun sesebuah perniagaan itu adalah
pelanggan dan orang ramai. Maka, hasrat dan kemahuan mereka perlu
diambil kira dan tidak boleh dipandang ringan. Jika tidak, pelanggan akan lari
dan kita yang akan mengalami kerugian kerana gagal memenuhi kehendak
mereka. Sekurang-kurangnya kehendak pelanggan memberikan kita sesuatu
yang baru untuk dicuba dalam dunia perniagaan itu. Contoh yang paling rapat
dengan masyarakat adalah perniagaan francais iaitu McDonalds, yang
berjaya meluaskan perniagaan ke serata dunia. McDonalds di India telah
menyediakan menu khas bagi penduduk India dengan menyediakan burger
ayam. Mereka telah tampil dengan Chicken Maharaja Mac, kerana meraka
tidak boleh memakan daging. Selain itu, di Itali pula, mereka telah
menyediakan burger yang disajikan dengan daging khinzir. Di Norway pula,
burger telah disajikan dengan kepingan daging ikan salmon yang menjadi
kegemaran penduduknya. Bagaimana jika di Malaysia.

Page 8
TIP MEMULAKAN BISNES
ANDA SENDIRI

Tip 1 :: Merancang Perniagaan

Perancangan yang menyeluruh adalah penting untuk memudahkan anda


mengelak atau mengatasi masalah-masalah yang berkemungkinan timbul
bila anda mula menjalankan perniagaan. Perancangan anda harus berkisar
kepada satu kerangka asas yang merangkumi semua fasa operasi dan
menyediakan jawapan kepada segala isu sebelum operasi bermula. Ebook
ini menyediakan panduan bagi anda dalam merancang perniagaan
anda. Anda akan melihat sepintas lalu iklim ekonomi dan persekitaran
perniagaan di tempat anda serta maklumat asas yang anda perlu ketahui
sebelum memulakan perniagaan.

Page 9
TIP MEMULAKAN BISNES
ANDA SENDIRI

Sebelum anda memulakan perniagaan, ada beberapa persoalan penting


yang anda perlu fikirkan, di antaranya adalah matlamat hidup anda sendiri,
perancangan perniagaan dan matlamat kerjaya jangka panjang anda.

Bentuk-bentuk perniagaan

Selepas menetapkan hala tuju dan menjalankan kajian serta perancangan


berkaitan, anda mungkin mendapat gambaran yang lebih jelas tentang
bentuk usaha niaga yang anda bakal jalankan. Sesebuah perniagaan boleh
beroperasi dalam tiga bentuk iaitu:

 Keempunyaan tunggal
 Perkongsian
 Syarikat

Keempunyaan tunggal

Keempunyaan tunggal adalah bentuk perniagaan yang paling mudah. Ia


dimiliki oleh seorang pemilik, tetapi tidak semestinya dijalankan oleh anda
seorang. Malah, perniagaan Keempunyaan Tunggal boleh menggaji ramai
kakitangan.

Kelebihan Keempunyaan Tunggal

 Sebagai pemilik tunggal, anda adalah ketua yang mempunyai kebebasan


mutlak dalam membuat keputusan. Sebarang kejayaan juga biasanya amat
memberikan kepuasan.

Page 10
TIP MEMULAKAN BISNES
ANDA SENDIRI

 Perniagaan Keempunyaan Tunggal boleh dimulakan dengan beberapa


langkah yang mudah tanpa memerlukan modal yang besar.
 Anda tidak perlu menyediakan laporan akaun, dan segala hal-ehwal
operasi perniagaan adalah urusan peribadi anda.
 Sebagai pemilik tunggal, anda boleh menjalin dan mengekalkan hubungan
baik dengan para pelanggan tanpa terikat kepada had-had “perhubungan
perniagaan”.

Keburukan Keempunyaan Tunggal

 Anda memikul tanggungjawab penuh ke atas semua hutang dan risiko


perniagaan.
 Anda memerlukan pengetahuan dan kemahiran dalam banyak bidang, dan
mungkin perlu mendapatkan nasihat dari pakar dalam bidang-bidang lain
seperti pemasaran atau sistem komputer.
 Dana anda mungkin terhad.
 Anda mungkin terpaksa bekerja lebih masa dan mungkin tidak boleh
mengambil cuti.
 Perniagaan terpaksa ditutup jika anda meninggal dunia.

Perkongsian

Perniagaan secara Perkongsian adalah bila mana anda menggabungkan


modal dan bekerjasama dengan sekurang-kurangnya seorang rakan

Page 11
TIP MEMULAKAN BISNES
ANDA SENDIRI

kongsi. Dalam usaha niaga bentuk ini, anda dan rakan kongsi anda adalah
pemilik bersama yang akan berkongsi agihan keuntungan atau risiko.

Kebaikan perkongsian

 Perkongsian bermakna anda berkongsi kerja dan mempunyai teman


berbincang jika perniagaan melalui kesusahan atau masalah
 Perkongsian bermakna mempunyai sumber kewangan yang lebih
 Perkongsian bermakna gabungan pengetahuan, kemahiran, buah fikiran
dan sumber-sumber daya yang lain.

Keburukan perkongsian

 Anda bertanggungjawab ke atas hutang-hutang perniagaan sekalipun ia


berpunca dari tindakan rakan kongsi anda. Dengan kewajipan tidak terhad,
setiap rakan kongsi juga bertanggungjawab menggunakan sumber-sumber
sendiri untuk melunaskan hutang-hutang rakan-rakan kongsinya.
 Potensi perkembangan perniagaan terhad
 Perselisihan faham dan pertikaian mungkin berlaku di kalangan rakan-
rakan kongsi
 Perkongsian berakhir bila salah seorang daripada rakan kongsi menarik diri
atau meninggal dunia.

Syarikat

Satu lagi bentuk perniagaan ialah dengan menubuhkan syarikat. Syarikat


adalah entiti berdaftar yang ditubuhkan oleh sekurang-kurangnya dua
orang, yang boleh memiliki harta, merangka kontrak perjanjian dan

Page 12
TIP MEMULAKAN BISNES
ANDA SENDIRI

menggaji kakitangan. Semua syarikat di Malaysia tertakluk di bawah Akta


Syarikat 1965.

Kebaikan Syarikat

 Ahli-ahli (pemegang saham) syarikat tidak terikat kepada pemilik syarikat.


 Pemegang saham tidak dibebankan dengan tanggungjawab pengurusan.
 Sekiranya perniagaan gagal, pemegang saham dilindungi oleh tata
perundangan.
 Syarikat mempunyai potensi perkembangan yang lebih tinggi jika
dibandingkan perniagaan Keempunyaan Tunggal atau Perkongsian.

Keburukan Syarikat

 Proses penubuhan melibatkan tatacara perundangan yang panjang lebar


dan perbelanjaan yang tinggi. Ini termasuk kos menerbitkan pelbagai
laporan kewangan syarikat.
 Syarikat kecil mempunyai liabiliti (tanggungjawab) terhad, maka bank-bank
dan syarikat-syarikat kewangan mungkin tidak dapat memulihkan dana
sekiranya perniagaan gagal. Dengan itu syarikat mungkin sukar untuk
meminjam sebanyak yang diinginkan.
 Perkembangan syarikat Sendirian Berhad mungkin terhad kerana ia tidak
boleh menjual saham kepada awam. Ini juga bermakna kerugian
ditanggung sepenuhnya oleh pemilik syarikat.

Page 13
TIP MEMULAKAN BISNES
ANDA SENDIRI

Francais

Satu kaedah alternatif dalam memiliki perniagaan sendiri tanpa bermula


dari bawah ialah dengan menyertai perniagaan secara francais. Francais
bukanlah satu “bentuk” perniagaan, tetapi merupakan kaedah atau sistem
usaha niaga di mana sesuatu perusahaan (francaisi) diberikan hak untuk
menjalankan perniagaan menurut perjanjian khas dengan syarikat induk
(francaisor). Oleh kerana francaisi menjalankan perniagaan di bawah nama
atau cap dagang yang sudah dikenali, dan menggunakan kaedah atau
konsep pemasaran yang telah terbukti, francais menjanjikan laluan yang
lebih selamat bagi anda memulakan perniagaan sendiri – pada masa yang
sama anda tidak berniaga bersendirian. Francais terkemuka termasuklah
restoran-restoran makanan segera, rantaian hotel, kedai foto, stesen
minyak, bengkel kereta dan pusat kecantikan, tetapi terdapat peluang
francais dalam hampir semua bidang perniagaan di Malaysia.

Setelah melalui proses perancangan perniagaan, kini tiba masanya anda


memulakan perniagaan. Sebelum memulakan perniagaan, anda perlulah
memastikan bahawa perniagaan anda itu didaftarkan di samping
memastikan segala lesen dan permit berkaitan diperolehi. Anda juga perlu
mengenal pasti lokasi dan tapak perniagaan yang sesuai. Anda
dikehendaki mendaftarkan perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat
Malaysia mengikut peruntukan perundangan yang digariskan iaitu Akta
Syarikat 1965

“ kenalpasti perniagaan yang ingin anda ceburi. jarang peniaga akan menemui apa yang dia serasi atau
suka dari bisnes pertama yang dia lakukan. tak salah saya , saya pernah mencuba lebih 50 jenis bisnes
pelbagai industri. tidak pula saya katakan perlu sebanyak itu untuk anda mencari pengalaman berniaga.
Coach Bahar “

Page 14
TIP MEMULAKAN BISNES
ANDA SENDIRI

Rancang dan terus rancang

Antara masalah utama bagi kebanyakan peniaga adalah gagal merancang


atau tidak tahu merancang. Kadang-kadang jika mahu membuka sebuah
kafe misalnya bukan sekadar anda tahu memasak sudah cukup untuk
berjaya dalam bidang tersebut.

Ramai orang berniaga hanya terikut-ikut orang lain berniaga, nampak satu
perniagaan kawannya maju dan di ikutnya untuk berniaga jenis yang
sama, lebih malang lagi di tempat yang sama. Walaupun anda
menjalankan perniagaan yang sama tetapi anda perlu sedar yang anda
akan menghadapi masalah yang berbeza dan suasana yang berbeza untuk
di selasaikan.

Walaupun sesetengah mereka merancang tetapi perancangan yang dibuat


salah dan tidak sesuai dengan masa, tempat dan keadaaan. Perancangan
yang di buat tidak mengikut kaedah yang betul.

Mereka hanya memikirkan keuntungan yang bakal di perolehi dari


memikirkan perkara-perkara seperti pasaran , ekonomi setempat , faktor
lain yang berubah dan lain-lain. Akhirnya perniagaan tadi tidak akan
bertahan lama.

saya jumpa antara mereka yang membuka franchises pada mulanya


mendapat keuntungan yang lumaian tetapi akhirnya pendapatan mereka
merundum disebabkan faktor persekitaran. contohnya anda membuka kafe
franchises itu hanyalah di taman perumahan yang tidak mempunyai cukup
ramai orang. tak mungkin jika kedai makan atau ais krim mereka nak beli
setiap hari dengan makan makanan yang sama dan akhirnya terpaksa di
tutup.

Page 15
TIP MEMULAKAN BISNES
ANDA SENDIRI

Tip 2 :: Cari panduan atau ilmu berniaga, ianya berterusan


dari pengalaman orang lain dan buku yang dibaca

Berniaga bukan hanya sekadar mereka yang mempunyai wang dan


membuka kedai untuk berjual, anda perlu ada ilmu. Melayu perlu belajar
dari bawah untuk tahu seluruh operasi perniagaannya.

Jika anda membuka restoran misalnya, perlulah tahu bagaimana


menguruskan nya, bagaimana mencari tukang masak, pandai merasa
masakan, tahu target pasaran, bagaimana melayan pelanggan walaupun
semua itu tidak anda buat.

Jika anda pernah menjadi tukang masak dan masakan anda sedap itu
bukan memastikan perniagaan restoran anda berjaya. Anda perlu tahu
lokasi, menu yang sesuai, budaya setempat dan lain-lain. Anda tidak boleh
terlalu yakin dengan ilmu teknikal yang anda ada menjamin kejayaan
walaubagaimanapun itu adalah kelebihan anda.

Page 16
TIP MEMULAKAN BISNES
ANDA SENDIRI

Kebanyakan mereka baru berniaga terus nak buka berniaga yang besar-
besaran. walaupun tindakan itu tidak salah tetapi perlulah ukur baju
dibadan sendiri. Mulakanlah kecil-kecilan, dan berkembang dari satu
cawangan ke cawangan lain, dari satu jenis perniagaan ke perniagaan
yang lain.

Belajarlah dari pengalaman, tanyalah dari orang lain, aplikasikanlah dari


pembacaan. Ini semua penting untuk memastikan anda berjaya dalam
perniagaan anda.Saya sudah jumpa mereka yang dari seribu modalnya
berdekit-dekit mengumpul beratus ribu. saya juga saksikan mereka yang
bermodal ratusan ribu akhirnya berhutang keliling pinggang.

Perkara paling basic adalah anda perlu belajar untuk berniaga. berniaga
adalah satu seni memujuk orang lain memberi duit kepada anda dengan
bersebab. ilmu teknikal yang anda tahu hanya sebahagian dari seninya.

Saya punya cerita yang menarik boleh dikongsikan bersama. satu ketika
dulu saya ditemukan sepasang suami isteri separuh umur yang baru
sahaja berhenti bekerja dari kerajaan. Beliau asalnya adalah seorang ketua
jabatan dan mempunyai rangkaian kenalan dari ahli politik hingga
pembekal. Dia berjaya mendapat pinjaman dari kerajaan bernilai jutaan
ringgit. saya kagum dengan beliau.

Beliau membuat perniagaan baja oraganik. beliau terlalu yakin dengan apa
yang beliau lakukan menghasilkan untung yang lumaian. malangnya beliau
tidak membuat analisa pasaran sebelum membangunkannya. kadang-

Page 17
TIP MEMULAKAN BISNES
ANDA SENDIRI

kadang untuk mendapat pinjaman dan bantuan kerajaan mungkin bukan


perkara sukar jika anda punya kenalan dan kertas kerja yang dilakar cantik.

saya bertanyakan beberapa soalan dan prbincangan basic, adakah baja ini
berkualiti, dimana mahu dipasarkan, sudahkah dibandingkan harga dengan
pesaing. soalan-soalan mudah saya menjadikan beliau marah, kononnya
saya tidak menyokong bangsa sendiri maju dalam perniagaan. saya berlalu
pergi dengan belum sempat semua persoalan yang saya tanyakan kerana
kebetulan saya pernah membuat kilang baja dan gagal.

Selang beberapa tahun, saya dikhabarkan kilang bajanya telah tutup.


beliau hanya beroperasi selama 4 bulan dengan pelbagai alasan yang
kononnya sukar mendapat pekerja, tidak ada sokongan dari peladang
untuk membeli bajanya dan pelbagai masalah. Akhirnya mesin yang di beli
menggunakan duit pinjaman ditarik oleh pihak bank.

Tetapi saya percaya dengan semangat kentalnya beliau boleh berjaya.


Beliau perlu belajar dan pengalaman kegagalan itu menjadi salah satu
silibus pembelajaran beliau. anda tidak perlu sombong untuk belajar
walaupun sudah Berjaya.

Page 18
TIP MEMULAKAN BISNES
ANDA SENDIRI

TIP 3 :: Tindakan Lebih Penting Dari Ilmu Perniagaan!

Jika anda membaca kisah para usahawan yang berjaya, majoriti


daripada mereka terdiri daripada mereka yang suka bertindak. Apabila mereka
mempelajari sesuatu ilmu baru, mereka terus mempraktikkan ilmu tersebut.
Itulah yang membezakan kenapa mereka berjaya dan kenapa sesetengah yang
lain masih lagi ditakuk lama.

Berapa banyak dalam masyarakat kita hari ini mempunyai kesedaran


untuk memulakan perniagaan sendiri. Telah hadir pelbagai jenis
seminar perniagaan, telah membaca pelbagai jenis buku berkaitan
dunia bisnes, telah menonton pelbagai rancangan bisnes tetapi masih
tidak mengambil sebarang tindakan.

Tindakan itu kuasa!

Akhirnya, bolehkah ilmu-ilmu tersebut menjadikan anda seorang


usahawan berjaya tanpa sebarang tindakan? Ilmu itu penting, tetapi
tindakan mempraktikkan apa yang telah diketahui itu lebih penting.

Page 19
TIP MEMULAKAN BISNES
ANDA SENDIRI

TIP 4 :: Jangan Hilang Fokus Terhadap Apa Yang Diusahakan

Setiap perniagaan yang ingin berkembang bukan sahaja perlukan modal


kewangan sahaja tetapi ia juga perlukan modal tenaga, idea, kreativiti,
masa dan sebagainya. Oleh itu, ramai usahawan berjaya menyarankan
agar kita tidak mengerjakan beberapa perniagaan serentak di dalam
satu-satu masa kerana kita mempunyai limitasi terhadap perkara-
perkara tersebut.

Ketika kita asyik mengusahakan sesuatu perniagaan, maka tidak semena-


mena banyak sekali peluang perniagaan lain yang nampak meyakinkan dan
menguntungkan muncul. Sebelum ini tidak pernah pula kita melihat
peluang keemasan sebegini!

Sebenarnya itu salah satu cabaran dan dugaan terhadap usahawan baru seperti
kita. Banyak peluang-peluang sebegini cuba mengalihkan fokus

Page 20
TIP MEMULAKAN BISNES
ANDA SENDIRI

kita dalam mengerjakan perniagaan utama kita. Jadi abaikan sahaja


peluang tersebut.

Fokus kepada perniagaan kita sekarang dan sentiasa katakan kepada diri
sendiri bahawa perniagaan yang kita sedang usahakan sekarang adalah yang
terbaik.

Saudara, saya telah lihat ramai peniaga Melayu gagal kerana


hilang fokus. Apabila mereka berjaya menjual kuih pau dan
menjadi jutawan mungkin, maka mereka merasa diri sangat
hebat. Akulah hebat, akulah jutawan!

Maka mereka beranggapan, mudah untuk mereka berjaya di dalam


perniagaan lain. Maka mereka masuk buka pula perniagaan perabot.
Selepas itu, mereka gagal kerana demografi dan ilmu bisnes sesuatu
perniagaan itu tidak sama.

Akhirnya, perniagaan kuih pau entah ke mana, perniagaan


perabot entah ke mana.

Fokus kepada perniagaan yang kita usahakan sehingga benar-benar matang


dan stabil sebelum membuat keputusan untuk menceburi
bidang perniagaan lain. Jangan jadi seperti pepatah Melayu, “ yang dikejar
tidak dapat, yang dikendong berciciran “.

Page 21
TIP MEMULAKAN BISNES
ANDA SENDIRI

Tip 5 :: Tiada jalan pintas untuk menjadi kaya.

Ianya perlu ilmu dan usaha keras siang dan malam. Maaf, no short cuts here!
Sekiranya anda fikir bahawa ada caranya untuk buat duit banyak dengan cepat,
duduk rumah goyang kaki boleh dapat duit berjuta, dan tanpa usaha yang setimpal,
wang akan jatuh ke riba anda, maka anda silap, silap dan silap!

lima perkara yang anda perbaiki untuk terus berjaya dalam perniagaan

1. Sikap

Sikap menentukan kejayaan kita, jika sikap kita yang selalu negatif sampai bila
pun kita tidak akan maju. buang jauh-jauh sikap negatif seperti malas, boros, tak
jujur dan sebagainya.

2. Kepercayaan

Walaupun anda punya idea yang terbaik tetapi jika anda tidak percaya anda boleh
berjaya idea tersebut tidak akan terlaksana. kepercayaan kepada diri anda sendiri
adalah perkara terpenting membawa anda mencapai target yang anda sasarkan.

3. Keyakinan

Setelah anda percaya dengan apa yang anda lakukan anda perlu yakin, yakin bisnes
yang anda lakukan boleh membawa anda menjadi kaya raya.

4. Keazaman
Page 22
TIP MEMULAKAN BISNES
ANDA SENDIRI

Apa sahaja rintangan dan dugaan perlulah anda tempoh, sikap negatif orang pada
anda, sikap sinis dan cabaran dalam bisnes. berazamlah untuk anda terus berjaya.

5. Semangat

Semangat adalah suatu kuasa untuk anda bergerak kehadapan..

Memikirkan bahawa terdapat cara mudah menjana wanglah terjadinya ramai "Mat
jenin jutawan" terperangkap dengan penipuan-penipuan scam dan skim-skim cepat
kaya. Sekiranya anda setuju dengan checklist di atas, maka, selamat datang ke
kelab jutawan!

Anda telah melalui langkah pertama dan besedia untuk "bertanding" dalam "Who
Wants To Be A Millionaire" edisi realiti. Tetapi, perlu berpijak di bumi yang
nyata. Membaca segalanya di atas dan memahaminya adalah satu perkara.
Mempraktikkan apa yang di baca dan mengaplikasikannya setiap hari dan setiap
masa, adalah perkara yang lain.

Page 23
TIP MEMULAKAN BISNES
ANDA SENDIRI

Tip 6 :: Ubah Mindset Mengenai Kejayaan Perniagaan


Saya mula menjalankan perniagaan pada usia 10 tahun, jadi erti
kejayaan dari sudut pandangan saya tersangatlah naif. Pada
mulanya, saya berpendapat seseorang itu dikategorikan berjaya di
dalam bisnes apabila beliau dapat memandu kereta mewah,
memiliki rumah yang besar, memakai pakaian berjenama mahal
dan pelbagai simbol kejayaan palsu lain.

Salah satu kesilapan yang banyak dilakukan oleh orang-orang yang


baru menceburi dunia bisnes adalah tindakan membeli benda-benda
yang berfungsi sebagai bukti palsu kejayaan.
Tingkah laku membeli simbol-simbol duit dilakukan oleh individu yang
tidak memiliki banyak duit. Motif mereka adalah mahu menunjukkan
mereka kononnya mempunyai banyak duit, lalu mereka membeli
benda-benda yang mereka tidak mampu memilikinya.

Sehinggalah saya mula bertemu sekelompok usahawan yang


mempunyai perniagaan bernilai jutaan malahan puluhan juta ringgit
tetapi tidak memiliki sebarang simbol kejayaan seperti yang
difahami sebelum ini. Mereka hanya memandu kereta biasa dan
memakai pakaian jenama biasa.

Mereka berpendapat, kejayaan sebenar sesuatu perniagaan diukur


berdasarkan berapakah jualan dan keuntungan tahunan syarikat,
berapakah jumlah pekerja yang ada, berapa nilai aset syarikat dan
sebagainya.

Page 24
TIP MEMULAKAN BISNES
ANDA SENDIRI

Barulah persepsi saya terhadap kejayaan lebih meluas. Sangat bahaya


apabila seseorang usahawan memberi tafsiran yang salah dan sempit
terhadap erti kejayaan di dalam bisnes. Ia akan membuatkan kita
cenderung berusaha ke arah yang salah.

Berapa ramai dari kalangan usahawan Melayu yang menggunakan


duit keuntungan perniagaan untuk membeli kereta mewah untuk
buktikan kepada orang sekeliling bahawa mereka telah berjaya,
sedangkan perniagaan mereka baru hendak meningkat naik.

Duit tersebut sepatutnya digunakan untuk perkara yang lebih penting


seperti membesarkan perniagaan dan syarikat. Ini adalah akibat dan
kesan memahami definisi kejayaan yang salah.

Dalam kes yang lainya, saya masih teringat seorang sahabat


berlumba-lumba membuka beberapa buah syarikat dan anak syarikat
kerana bagi beliau erti kejayaan itu berada pada berapa bilangan
syarikat. Beliau sangat gah apabila berbicara dengan menceritakan
beliau memiliki berbelas-belas buah syarikat.
Hakikatnya sebahagian besar syarikat beliau tidak aktif pun!

Page 25
TIP MEMULAKAN BISNES
ANDA SENDIRI

Tip 7 :: Mengurus Kewangan Syarikat Dengan Penuh Disiplin

Kita seringkali mendengar bahawa kegagalan perniagaan orang


Melayu disebabkan mereka gagal menguruskan kewangan dengan
baik. Memang benar, perniagaan saya sendiri pada awalnya gagal
bukan kerana produk tidak bagus atau jualan yang merosot tetapi
oleh kerana saya mengabaikan pengurusan kewangan syarikat.

Page 26
TIP MEMULAKAN BISNES
ANDA SENDIRI

Entah mengapa, pengurusan kewangan seolah-olah sesuatu yang


tidak penting di dalam masyarakat Melayu. Kita tidak pernah
mencatat berapakah perbelanjaan harian kita, dari manakah
pendapatan kita dan kemanakah duit kita dibelanjakan. Jadi
apabila sang Melayu ini mula berniaga, maka jauh sekali dia akan
praktikan pengurusan kewangan terhadap perniagaanya!

Saya mula memandang serius mengenai pengurusan kewangan


apabila saya menubuhkan syarikat Sdn. Bhd. Pada mulanya
semuanya dilakukan kerana terpaksa disebabkan syarikat Sdn.
Bhd. wajib menghantar laporan audit setiap tahun. Pun begitu bagi
seorang Melayu, saya tidak nampak rasional kepentingan
pengurusan kewangan yang baik ini terhadap pembangunan
syarikat.

Lama-kelamaan barulah saya sedar bahawa kebocoran dan ketirisan


wang syarikat dapat diatasi apabila kita mencatat setiap sen duit yang
masuk dan keluar. Daripada maklumat duit masuk dan keluar
tersebutlah kita boleh merancang dan mengawal perbelanjaan ke arah
yang lebih baik. Jika kita hanya ingat-ingat dalam kepala, maka kita
sebagai pengarah sentiasa cenderung untuk berbelanja secara boros
tidak bertempat!

Catatlah perbelanjaan kita walaupun sekecil-kecil perbelanjaan seperti


membeli gula-gula 30 sen. Kerana dari situ ia akan melatih sikap untuk
berdisiplin dalam mengurus kewangan.
Jadi apabila kita beridisplin menguruskan perbelanjaan kecil maka tiada
masalah untuk kita menguruskan angka-angka besar.

Page 27
TIP MEMULAKAN BISNES
ANDA SENDIRI

Sekarang, apabila saya membeli gula-gula 30 sen pun mesti


mengambil dan simpan resit! Saya nasihatkan agar anda
mulakanlah audit kewangan syarikat sekarang walaupun syarikat
anda masih lagi kecil agar anda tidak menghadapi sebarang
masalah apabila syarikat telah besar.

Aliran tunai penting bagi memastikan pembelanjaan dibuat mengikut


budget yang telah ditetapkan. Perkara ini memerlukan disiplin yang tinggi
oleh usahawan.

Selalunya yang berlaku adalah kerana usahawan menggunakan duit lebih


dari pendapatan yang di perolehi. Kawal pembelanjaan kecil, ini yang
selalunya merugikan kita.

Asingkan gaji dengan pendapatan bisnes, anda sebagai usahawan harus


mengambil gaji dan mengasingkan duit bisnes dengan duit pribadi. Ada
sesetangahnya pula membelanjakan duit dengan perkara yang kurang
penting.

seorang kenalan saya suka sangat menukar warna cat kedainya dan
membuat renovation kecil kedainya setiap 6 bulan sekali. Jika
pembelanjaan yang anda keluarkan tidak boleh meningkatkan jualan
syarikat, anda perlu berfikir 2 kali sebelum bertindak.

Anda perlu mengurus aliran tunai syarikat dengan baik, jangan belanja
lebih dari pendapatan yang di perolehi. perlu tahu bila masa yang sesuai
untuk memberhentikan sesuatu.

Page 28
TIP MEMULAKAN BISNES
ANDA SENDIRI

Tip 8 :: Jika baru mula berniaga, elakan dari beberapa perkara


dibawah

1. Jangan buat ubahsuai kedai canggih manggih sampai habis beratus ribu
sedangkan projek belum bermula.

2. Jangan buat pinjaman yang besar-besar dengan bank, lebih teruk jika
pinjam dari adik beradik dan sahabat karib. Takut-takut jika bisnes ada
masalah hubungan kekeluargaan juga bermasalah.

3. Jangan buka terlalu banyak cawangan dengan pelbagai perniagaan


kerana sukar dikawal selia.

4. Jaga bisnes anda sendiri terutama dalam bab kewangan

5. Jangan dibuat semua keputusan dengan hentam-keromo , tuntutlah ilmu


bisnes.

6. Jangan tamak, fokus dengan matlamat anda.


Page 29
TIP MEMULAKAN BISNES
ANDA SENDIRI

Tip 9 :: Jangan Kecilkan Skop Rakan Kongsi

Di saat kita ingin memulakan sesuatu perniagaan, kita cukup teruja


untuk mempunyai rakan kongsi di dalam bisnes. Kita berpendapat
apabila mempunyai rakan kongsi, semuanya boleh dikongsi bersama
terutamanya dari segi permasalahan syarikat. Tetapi tanpa ilmu dan
pengalaman yang secukupnya, memiliki rakan kongsi senti asa
membawa kepada permasalahan.

Terdapat banyak idealogi dan pendapat orang bisnes terhadap rakan


kongsi. Salah satunya, orang bisnes berpendapat rakan kongsi perlulah
saling melengkapi di antara satu sama lain.

Sebagai contoh, jika kita merupakan orang yang menghasilkan produk, maka
kita mencari rakan kongsi di bahagian pemasaran. Jika kita
merupakan pengusaha, maka cari rakan kongsi yang boleh menjadi
pemodal. Maka itu telah melengkapi di antara satu sama lain untuk
pergi lebih jauh.

Page 30
TIP MEMULAKAN BISNES
ANDA SENDIRI

Saya sangat bersetuju dengan pendapat tersebut. Tetapi ada perkara


yang lebih penting dalam mencari rakan kongsi ialah mengenai sikap.
Kita perlu mencari rakan kongsi yang mempunyai sikap yang positif dan
bagus untuk perkembangan syarikat kita. Bagi saya kemahiran boleh
dilatih tetapi sikap amat sukar untuk dibentuk.

Apa gunanya mempunyai rakan kongsi yang sangat mahir di dalam sesuatu
bidang tetapi mempunyai sikap yang terlalu pentingkan diri sendiri, tidak
boleh menerima pendapat orang lain, tidak amanah dan sebagainya.

Usahawan yang mempunyai pemikiran kelas dunia tidak akan


melakukan semua perkara sendiri. Mereka akan bekerjasama dengan
orang lain untuk merealisasikan misi dan visi yang telah ditetapkan.

Banyak jenis rakan kongsi, sebagai contoh, apabila kita menghasilkan


kek sendiri, kita boleh lantik syarikat lain untuk menjadi pengedar bagi
kek kita. Itu juga boleh dikategorikan sebagai rakan kongsi. Kita boleh
mengupah syarikat lain untuk buat pembungkusan kek kita, itu juga
boleh dikategorikan sebagai rakan kongsi.

Page 31
TIP MEMULAKAN BISNES
ANDA SENDIRI

Tip 10 :: Setiap Perkara Mesti Ada Hitam & Putih

Setiap perbincangan, perjanjian atau persetujuan yang termenterai di dalam


perniagaan perlulah disertakan secara bertulis. Jadikan catatan bertulis
sebagai satu amalan kerana jika kita hanya bergantung kepada persetujuan
lisan akan menimbulkan banyak masalah pada masa akan datang.

Walaupun rakan baik anda sendiri sebagai rakan kongsi perniagaan,


semuanya tetap perlu dilakukan secara bertulis, ada hitam dan
putihnya. Semua perkara perlu dibincangkan dari awal agar tiada
perkara berbangkit dikemudian hari, ketika perniagaan yang kita
usahakan sudah berjalan dengan baik.

Page 32
TIP MEMULAKAN BISNES
ANDA SENDIRI

Jangan hanya berbincang perkara yang seronok sahaja dengan rakan bisnes,
andaikan juga perkara yang tidak seronok akan berlaku.
Bincangkan berapakah keuntungan yang setiap dari anda bakal
perolehi, berapa pula nilai dari segi ekuiti di dalam syarikat, bagaimana jika
projek ini tidak mencapai keuntungan bagi tempoh yang
ditetapkan, bagaimana jika salah seorang ingin menarik diri dan
sebagainya.

Sebagai rakan kongsi, semuanya perlu dibincangkan secara terbuka dengan


mengetepikan status peribadi seperti seorang kawan atau ahli keluarga. Orang
Melayu sangat sopan santun tidak mahu berdiskusi banyak perkara secara
terbuka kerana risau bakal rakan kongsi terasa hati. Tetapi apabila terjadinya
masalah di hari kemudian, semua sopan santun tersebut biasanya hilang entah
ke mana.

Jadi, walaupun anda mengenali rakan bisnes anda dengan baik sebelum ini,
apabila melibatkan soal perniagaan, semuanya perlu dibincangkan serta
catatkan segala perbincangan di dalam bentuk bertulis untuk
rujukkan kedua belah pihak. Percayalah, ini adalah untuk kebaikkan
bersama.

Bukan itu sahaja, perlantikkan pekerja, perlantikkan agen dan apa sahaja
yang berkaitan perniagaan dan syarikat perlulah dilakukan di
dalam bentuk yang bertulis. Berapa banyak berlaku perselisihan faham di
antara ahli syarikat sama ada rakan kongsi, pekerja dan sebagainya akibat tiada
hitam dan putih sebagai rujukkan.

Saya pernah melalui situasi hendak memberhentikan pekerja tetapi


bagaimana hendak memberhentikan pekerja andaikata surat
perlantikkan pun kita tidak pernah keluarkan?

Page 33
TIP MEMULAKAN BISNES
ANDA SENDIRI

Tip 11 :: Pekerja Adalah Aset Bernilai

Saya cukup tidak senang apabila ada pihak yang cuba melaga-lagakan di antara
majikan dengan pekerja dengan pelbagai frasa yang kurang enak untuk
didengar.

Page 34
TIP MEMULAKAN BISNES
ANDA SENDIRI

Antara frasa keras yang kita selalu dengar, “ sampai bila kau hendak kerja
mengkayakan bos kau? “, “belum penatkah menjadi hamba
kepada bos anda?“, “belajar tinggi-tinggi, akhirnya makan gaji
dengan orang yang ada SPM jer? ” dan sebagainya.

Your employees are your best asset. Happy employees make for happy
customers.

Hakikatnya, majikan dan pekerja saling memerlukan. Tanpa pekerja, siapalah


majikkan dan begitulah sebaliknya. Jadi mengapa kita hendak mendabik dada?

Pada era sekarang, semua majikan perlu sedar bahawa pekerja adalah
aset mereka yang sangat bernilai. Malah tidak keterlaluan untuk kita
menganggap pekerja kita sebagai rakan kongsi kerana merekalah yang
menggerakkan syarikat kita. Saya sendiri sentiasa meletak kan diri saya
sebagai pekerja, apa yang saya tidak suka diperlakukan oleh majikkan,
maka saya tidak akan lakukannya kepada pekerja saya.

Saya juga percaya para pekerja juga wajar diberikan ganjaran dan
pembangunan karier yang sewajarnya. Pekerja yang bagus dan
berkelayakkan juga boleh diangkat menjadi rakan kongsi untuk
perniagaan kita. Bagaimana kita melayan pekerja kita, begitulah mereka akan
melayan kita.

Pekerja adalah aset yang perlu dibangunkan. Sebagai pemimpin yang


mempunyai pemikiran kelas dunia kita ada dua tanggungjawab
terhadap pekerja.

Page 35
TIP MEMULAKAN BISNES
ANDA SENDIRI

a. Kita wajib membantu mereka mencapai perestasi yang telah


ditetapkan.
b. Kita wajib membantu membina karier mereka.
Ada sesetengah pekerja tidak akan selamanya bekerja dengan
syarikat kita tetapi tanggungjawab di atas tetap perlu dilaksanakan.

Alhamdulillah, saya mempunyai rekod yang agak baik dengan semua pekerja
saya setakat ini. Saya sentiasa menganggap mereka sebagai
sebahagian keluarga saya dan walaupun kini sebahagian mereka tidak bekerja
dengan saya lagi tetapi mereka sentiasa menghulurkan tangan apabila saya
memerlukan bantuan.

Page 36
TIP MEMULAKAN BISNES
ANDA SENDIRI

Tip 12 :: Pemasaran Adalah Nadi Perniagaan

Saya adalah orang di dalam bidang pemasaran. Jadi saya berpendapat bahawa
pemasaran adalah nadi perniagaan yang perlu diberikan
perhatian serius oleh pemilik bisnes. Bagi saya pemasaranlah yang akan
menentukan kejayaan syarikat anda dalam jangka masa pendek.
Perkara-perkara lain seperti penjenamaan, pembahagian pasaran,
kualiti produk dan sebagainya itu adalah faktor yang menentukan
kejayaan untuk tempoh jangka panjang.

Oleh itu, anda perlu memiliki ilmu pemasaran yang secukupnya untuk
mengemudi perniagaan dan syarikat anda pergi lebih jauh. Apa yang
saya lihat syarikat Melayu terlalu takut untuk mengeluarkan bajet
pengiklanan. Jika disebut RM20,000 atau RM100,000 sebu lan untuk
pemasaran dirasakan sangat tidak masuk akal!

Tetapi kalau beli kereta mewah berharga RM500,000 menggunakan


duit syarikat, masuk akal pula! Tiada cara lain untuk kita bersaing di
dalam pasaran terbuka sekarang melainkan dengan mengukuhkan cara
dan teknik kita melakukan pemasaran. Oleh itu, anda perlu sentiasa
belajar ilmu dan teknik pemasaran yang terkini agar dapat diadaptasi
dalam menggerakkan perniagaan anda.

Page 37
TIP MEMULAKAN BISNES
ANDA SENDIRI

Walaupun anda memiliki produk yang paling bagus tetapi jika anda
gagal untuk menjualnya, maka anda tetap orang yang gagal.

Semakin besar bajet pemasaran kita, semakin besar capaian kempen


kita kepada prospek. Secara tidak langsung, jualan dan penjenamaan
perniagaan kita juga akan meningkat.

Walaupun syarikat dan perniagaan anda telah stabil dan mencatatkan jualan
yang konsisten, jangan lupa untuk sentiasa wujudkan bajet pemasaran. Ini
kerana bajet pemasaran seperti bajet pertahanan
sesebuah negara. Walaupun sesuatu negara itu tidak berperang, mereka tetap
perlu agihkan bajet pertahanan saban tahun untuk mengukuhkan pertahanan.
Kadang-kadang kita melaburkan duit pemasaran hanya
untuk mengukuhkan penjamaan kita di pasaran sahaja.

Page 38
TIP MEMULAKAN BISNES
ANDA SENDIRI

Tip 13 :: Perlu Ada Mentor Perniagaan

Bagi saya sudah menjadi satu kewajipan untuk kita memiliki mentor atau
penasihat bagi perniagaan kita. Dengan adanya mentor atau penasihat maka
kita akan dapat menjana banyak idea untuk
mengembangkan perniagaan yang kita usahakan ke tahap yang lebih
baik dan kita juga dapat mengelakkan daripada melakukan kesilapan -
kesilapan mudah.

Apabila saya ditimpa sebarang masalah sama ada dari segi model
bisnes, pekerja, pemasaran dan apa sahaja aspek di dalam perniagaan, saya ada
individu yang digelar mentor untuk saya ajukan permasalahan.
Oleh itu, carilah mentor yang bersesuaian dengan perniagaan yang anda
ingin usahakan. Mentor tidak akan sesekali menyelesaikan masalah bagi
pihak kita, sebaliknya mereka akan menunjukkan jalan kepada kita
bagaimana hendak menyelesaikan masalah tersebut.

Setiap mentor mempunyai prinsip dan mazhab bisnes yang tersendiri. Oleh
itu, jangan terikat dengan seorang mentor sahaja. Cari pelbagai

Page 39
TIP MEMULAKAN BISNES
ANDA SENDIRI

mentor agar persepsi anda terhadap sesuatu perkara dan permasalahan lebih
terbuka. Saya sendiri mempunyai beberapa orang mentor dan
penasihat untuk perniagaan saya.

Kebanyakkan mereka adalah mentor yang tidak dikenali ramai tetapi nasihat
mereka tersangatlah berharga seperti mutiara yang mahal harganya.

Page 40
TIP MEMULAKAN BISNES
ANDA SENDIRI

Tip 14 :: Perlukan Modal Yang Mencukupi Untuk Mengubah Dunia

Bagi mereka yang baru ingin memulakan perniagaan sendiri, saya


sarankan agar mencuba model perniagaan yang lebih mudah untuk
menghasilkan duit. Elakkan mencuba model perniagaan yang
terlalu sukar atau menelan kos yang tinggi untuk direalisasikan.

Sebagai contoh model bisnes yang lebih mudah ialah anda mengambil
baju kurung dari Vietnam dan menjual kembali di pasaran tempatan,
anda menghasilkan produk digital dan menjualnya di pasaran internet,
anda mengambil kasut daripada Brazil dan menjualnya melalui internet
dan 1001 jenis perniagaan lagi.

Page 41
TIP MEMULAKAN BISNES
ANDA SENDIRI

Model bisnes sebegini lebih mudah kerana anda akan mendapat aliran
wang tunai yang cepat. Berbeza dengan model bisnes yang bersifat
inovatif atau millennium yang sedikit sukar. Apabila kita menghasilkan
sesuatu produk, maka kita tidak terus menjana pendapatan daripada
produk tersebut tetapi kita akan menjana pendapatan daripada perkara-
perkara lain yang menjadi sampingan.

Contohnya bagaimana model bisnes Facebook? Facebook


merupakan platform yang diberikan secara percuma kepada
pengguna yang ingin bersosial di alam maya. Jadi bagaimana
Facebook buat duit? Facebook akan buat duit melalui pengikalanan
yang mereka perkenalkan. Tetapi sebelum memperkenalkan
pengikalanan, mereka perlu menghidupkan platform percuma
mereka terlebih dahulu.

Proses untuk menghidupkan platform tersebut menelan masa, kos dan


komitmen yang sangat tinggi. Ini saya gelarkan model bisnes yang ingin
mengubah dunia. Ia bersifat keuntungan jangka masa panjang. Rata-rata
orang muda seperti saya lebih berminat model bisnes seperti ini tetapi
tidak semua mampu untuk merealisasikan model bisnes ini kerana tiada
modal yang mencukupi.

Melayu yang mahu berniaga perlu mempunyai modal efektif dan


relevan.Contohnya jika mahu membuka bisnes bernilai RM100,000 perlu
ada wang tunai RM300,000.RM100,000 untuk bisnes,bakinya untuk
pengurusan dan modal menghadapi pelbagai masalah dalam
perniagaan.Adalah salah hanya mempunyai RM100,000 jika mahu
mmebuka bisnes bernilai RM100,000

Page 42
TIP MEMULAKAN BISNES
ANDA SENDIRI

Tip 15 :: Anda perlu belajar dari bawah.

Bangsa Melayu perlu belajar dari bawah sebelum masuk dunia


perniagaan.Bukan sekadar ada wang dan membuka bisnes,namun perlu
belajar dengan bekerja dalam bidang tertentu dan memahami selok belok
dunia perniagaan .Contohnya jika mahu membuka retsoran,bekerja dan
melihat situasi dunia perniagaan restoran dari pekerja mmebuat air,tukang
masak,pelayan dan sebagainya.Pengalaman dan kemahiran akan
membantu kita bila membuka perniagaan.

Saya mulakan bisnes saya dari kosong, ya benar dari kosong. tetapi saya
bawa dua perkara iaitu ilmu dan reputation.

Saya mulakan dengan dari bisnes yang kecil-kecil dan memilih bisnes yang
potensi untuk dibesarkan. hingga sekarang saya buat perkara yang sama.

Page 43
TIP MEMULAKAN BISNES
ANDA SENDIRI

saya mulakan bisnes dengan berlatih yang kecil-kecil, saya perhalusi seni
pemasarannya, seni perundingan, seni pengurusan dan lain-lain . Saya
umpamakan jika anda mahu bermain badminton, baru bermain tak
mungkin terus anda masuk bertanding. Anda perlu berlatih pukulannya,
dan bermain dengan mereka yang kecil-kecil dan jika bakatnya sudah di
gilap baru anda boleh masuk bertanding. begitu juga bisnes, kejayaan
dalam bisnes tidak ada template nya semudah A..B... dan C.

Saya yakin orang yang kuat asasnya, pukulannya dan asas bisnesnya
akan menang satu hari nanti walaupun bukan sekarang. Jika anda baru
bermula, berlatihlah dan bersabar akhirnya anda akan menang

Page 44
TIP MEMULAKAN BISNES
ANDA SENDIRI

Tip 16 :: Berusaha bersungguh-sungguh.

Anda perlu berusaha bersunguh-sungguh tanpa jemu.Usaha berterusan


sama ada dalam promosi,pemasaran,produk dan sebagainya.Tanpa usaha
keras,kejayaan tidak akan datang.

Kesanggupan untuk mengambil risiko adalah teras utama seorang


usahawan. Ini adalah kerana tidak ada jaminan langkah yang anda lakukan
berjaya atau sebaliknya. Anda perlu berani menerima kegagalan. saya
tidak ada niat untuk menakut-nakutkan anda, tetapi ianya adalah benar.
Berniaga ada seninya, ada orang kata berniaga ini seperti memperjudikan
nasib. Saya kurang setuju, berjudi anda tidak boleh merancang untuk
menang dan 99% menang adalah dari nasib. Berniaga anda punya
panduan, buku dan rakan untuk anda merancang untuk menang.

Page 45
TIP MEMULAKAN BISNES
ANDA SENDIRI

Semakin besar cita-cita anda, besarlah risiko yang harus anda tanggung.
Disini perkara yang juga anda harus hadapi adalah penilaian dari
masyarakat. mereka menilai anda dari kejayaan atau kegagalan anda. jika
anda berjaya dalam berniaga maka anda akan direstui dan dicontohi juga
didekati, sebaliknya jika anda gagal anda akan jatuh dengan teruknya.
risiko ini ramai yang takut untuk hadapi. Jika anda takut anda tidak boleh
jadi usahawan luar biasa.

Sebenarnya masyarakat boleh membantu dengan tidak menghina dan


mencurigai mereka yang telah gagal kerana sebenarnya mereka berani
mencuba untuk mencapai matlamat mereka.

Sebagai usahawan, saya telah berjaya dan saya juga pernah gagal dalam
percubaan saya. Itu semuanya adalah perjalanan mematangkan saya
dalam menghadapi hari-hari yang mendatang membuatkan saya suka
dengan cabaran dan risiko. Pengalaman yang lebih bernilai adalah
pelajaran dan pengajaran yang anda perolehi. pelajaran dan pengajaran
anda selalunya terima dari kegagalan masa lalu.

Page 46
TIP MEMULAKAN BISNES
ANDA SENDIRI

Tip 17 :: Bersabar dalam tempoh lama.

Anda perlu belajar bersabar kerna bisnes perlukan masa panjang.Dr


Mahathir berkata "Saya buka kedai roti dah 5 tahun tapi belum nampak
untung...".Perniagaan perlukan masa panjang untuk berjaya,bukan sekelip
mata.

Subjek yang saya minat semasa zaman persekolahan dan di universiti dulu
adalah subjek matematik. Subjek ini perlukan latih tubi yang tidak henti
setiap hari untuk menguasainya. jika anda sudah menguasai sesuatu sub
topik biasanya datanglah soalan macamanapun anda akan dapat
menyelesaikannya dengan cepat dan mudah. lebih banyak latihan, lebih
cepat anda boleh selesaikan soalan berikutnya. Kemahiran anda
menguasai subjek itu adalah selari dengan latih tubi yang berterusan.

Saya gunakan anologi yang sama tentang perkara ini untuk pandai

Page 47
TIP MEMULAKAN BISNES
ANDA SENDIRI

berniaga. didalam buku metametik ada banyak sub topik untuk anda
menguasainya. anda perlu menguasai setiap sub topik dalam perniagaan
dan buat latihan. semakin banyak anda berlatih, semakin minat anda buat
dan semakin lama anda berpengalaman menjadikan anda semakin mahir
menguasai ilmu perniagaan. kadang-kadang ada perlu gabungan
pengetahuan dari semua sub topik tadi untuk menyelesaikan satu soalan
rumit.

Dalam proses menguasainya anda perlu bersabar dan bersabar. mungkin


anda tersalah cara jalan tetapi membuatkan anda lebih berhati-hati untuk
menyelesaikan soalan seterusnya yang lebih kurang sama. gabungan
pengetahuan pemasaran, pengurusan, operasi membuatkan anda cepat
matang.

Saya pernah membuka beberapa perniagaan yang modalnya bukan sedikit


dan pendapatan jualan kurang daripada overhead yang diperlukan. saya
rugi 10 ribu sebulan dalam tempoh 6 bulan berturut-turut. Saya berfikir,
saya mencari formula, saya mencuba pelbagai experiment, saya banyak
belajar hingga saya berjaya membuatkan syarikat itu berkeuntungan dari
keadaan rugi sebelumnya, membuatkan saya puas. Ini semua kerana saya
pasti mesti ada jalannya penyelesaiannya dan perlu bersabar.

Jika anda membina sebuah perniagaan yang baru, ianya perlukan tenaga,
perlukan idea, perlukan modal. cuba bayangkan anda membanggunkan
sebuah restoran dengan kos renovation 300 ribu dan anda putus asa
dengan usaha anda hanya kerana anda rugi sebulan 5 ribu. Jika anda
teruskan anda baru rugi 5 ribu sebulan tetapi jika anda tutup sekarang
anda sudah rugi 300 ribu sekaligus.

Dalam penulisan saya sebelum ini saya ada nyatakan yang anda
sepatutnya mempunyai cash untuk wang pusingan selama sekurang-
kurangnya 6 bulan. ya ...ya ... saya faham, anda rugi tapi usahalah dan
bersabar. inilah berniaga namanya. saya juga tahu teori yang menyatakan
anda perlu tahu bila anda perlu berhenti jika perniagaan anda mengalami
kerugian. "tanya pada diri, kenapa aku tak boleh sedangkan ramai peniaga
Page 48
TIP MEMULAKAN BISNES
ANDA SENDIRI

diluar sana boleh melakukan nya". selalu saya percaya yang jawapan
pertama saya fikir adalah jawapan terbaik untuk saya buat, tentu ada
jalannya.

Saya nasihatkan anda untuk berniaga bersungguh-sunggguh. alang-alang


mandi biar basah, alang-alang berniaga biar sampai kaya. Pendatang halal
dan haram pun boleh berniaga menjadi kaya raya di malaysia kenapa kita
tak boleh. bersungguh-sungguh lah. ada beberapa peniaga melayu yang
saya jumpa mempunyai pendirian berbeza. kata mereka "saya berniaga
nak senang sikit tak tergopoh datang ofice jam 7 sebab saya kerja sendiri
dan ini syarikat saya sendiri". Ramai menyangka dengan berniaga mereka
boleh bersenang lenang, SALAH. sepatutnya anda perlu lebih kuat
berusaha, kalau dulu anda datang pejabat jam 8 sekarang berniaga anda
datang jam 6 pagi.

Page 49
TIP MEMULAKAN BISNES
ANDA SENDIRI

Tip 18 :: Mengenai jenis perniagaan.

Anda perlu mengenali jenis perniagaan dengan baik.Jika buka restoran


,tahu apa jenis masakan,cara promosi,cara menambahkan pelanggan dan
sebagainya.

Jika anda memilih untuk berniaga, mungkin antara panduan yang perlu
anda ambilkira adalah dengan mencari bisnes yang berkembang tanpa
memerlukan modal yang banyak. Adalah satu perkara yang berbeza
bisnes yang berkembang yang memerlukan modal yang banyak dengan
bisnes yang tidak memerlukan modal yang banyak.

Saya beri contoh syarikat coca-cola, berpuluh tahun dalam perniagaan


produk nya tetap sama. Mungkin syarikatnya hanya membuat
perkembangan melalui sale, rekabentuk tin atau botol yang di ubah sedikit
tetapi lebih menumpukan pemasaran, periklanan dan operasi. Ini tidak
berlaku pada syarikat PROTON atau TOYOTA,

Setiap kali sebuah model baru dikeluarkan, research, prototype dan


terpaksa membina pusat pengeluaran (kilang) yang baru untuk model yang
baru. Mungkin pandauan ini dapat memberi fahaman kepada anda untuk
memilih bisnes yang ingin anda ceburi. Panduan ini juga tidaklah secara
totalnya menyangkal jenis model yang lain yang mempunyai kekuatan
yang tersendiri.

Page 50
TIP MEMULAKAN BISNES
ANDA SENDIRI

Tip 19 :: Rajin meninjau bisnes.

Anda perlu rajin keluar dari pejabat dan meninjau dunia perniagaan sama
ada produk,pekerja dan segalanya.Sikap Melayu yang hanya terperap
dalam pejabat akan menyebabkan kegagalan.

Page 51
TIP MEMULAKAN BISNES
ANDA SENDIRI

Tip 20 :: Manfaatkan teknologi.

Anda perlu manfaatkan segala teknologi seperti peralatan mesin


moden,internet dan sebagainya.Ini akan membantu melahirkan produk
berkualiti dan berjaya dalam pasaran.

Gunakan facebook dan twitter untuk menarik pelanggan kenal produk dan
bisnes anda dengan memberi beberapa 'kejutan'.

Masukkan gambar produk dan perkhidmatan anda didalam facebook. Beri


beberapa soalan kepada bakal pelanggan dan memberi hadiah kepada

Page 52
TIP MEMULAKAN BISNES
ANDA SENDIRI

pemenang. sebagai contoh soalan nya berapa kotak produk yang berada
didalam kotak tersebut?. cuba teka itu dan ini, anda perlu jujur dan mereka
akan cuba menjawab dan share produk anda kepada rakan-rakan mereka.

contoh :: Berapa jumlah durian durian dibawah? atau berapa kilo berat
durian tersebut ? cuba teka dan anda akan mendapat hadiah menarik dari
saya.

dan anda sebenarnya menjual aiskrim durian atau kuih berasaskan durian
atau anda ada dusun durian

Page 53
TIP MEMULAKAN BISNES
ANDA SENDIRI

Tip 21 :: Sentiasa tambahkan aset.

Anda perlu sentiasa tambahkan aset seperti pembelian tanah,rumah


kedai,emas dan sebagainya kerna harganya akan meningkat.Beliau
mengatakan tanah di KL dibeli oleh Pavilion dengan harga RM7000 satu
kaki.

Mahu KAYA, perlu mengumpul harta bukan mengumpul duit.

Saya mulakan idea perniagaan perhotelan D‟impian dari saya mendengar


cerita Ray Kroc pengasas McDonalds lama dulu. Mungkin anda juga
maklum yang beliau membuka kedai makanan segera dan menjual burger.
Tetapi sebenarnya beliau adalah pemilik semua francais tersebut di US
dan hartanah nya sekali. Sebenarnya penjual burger ini bukanlah semata-
mata menjual burger dan kentang tapi sebenarnya beliau adalah usahawan
hartanah.

Saya selalu dinasihatkan bila berniaga, “orang kebanyakan lebih


pentingkan pendapatan bila berniaga tetapi orang kaya pentingkan asset”.
Dari idea itu saya cuba aplikasikan dengan kefahaman saya sendiri.
D‟impian membeli rumah kedai, dijadikan hotel budget. Membeli tanah,
diusahakan menjadi resort dan seterusnya dalam beberapa perniagaan
yang lain. Dalam perniagaan duit adalah alat permainan sahaja, boleh
datang dan boleh pergi bila-bila masa. Masalah kewangan menyebabkan
ramai orang bekerja sepanjang hidup mereka untuk orang lain. Akhirnya
tidak ada bukti segala usaha yang kita buat selama ini kepada
genarasinya.

Page 54
TIP MEMULAKAN BISNES
ANDA SENDIRI

Sistem pembelajaran sekarang hanya menumpukan anak-anak menjadi


professional supaya mereka akan mendapat pekerjaan. Mereka diasak
untuk cemerlang dan akhirnya makan gaji. Lebih cemerlang anda belajar,
lebih banyak anda tahu, lebih tinggi sijil anda perolehi membolehkan gaji
yang anda terima akan lebih tinggi, itu formulanya. Akhirnya ramai yang
bekerja demi wang.

Saya melihat anak saya, bangun seawal pagi untuk kesekolah. Belajar
siang dan malam untuk lulus peperiksaan. Saya imbau kembali betapa
sukarnya persaingan untuk mendapatkan tempat di university, berapa
banyak tenaga yang di kerah kearah mencapai segulung ijazah, berapa
banyak duit yang diguna untuk tujuan itu. Akhirnya, adakah bayaran gaji
yang anda dapat setimpal dengan pengorbanan yang telah anda curahkan
selama ini. Pendidikan itu sebenarnya sangat penting tetapi ianya perlu
menjadi jambatan kejayaan bukan jaminan kejayaan.

Setelah tamat pengajian, anda akan bekerja mengikut bidang yang anda
pelajari. Bila anda bekerja mengikut bidang anda, anda akan terlupa
menjaga bisnes anda sendiri dan anda akan menghabiskan masa anda
menjalankan bisnes orang lain. 80% dari perniagaan yang saya jalankan
bukan bidang yang saya tahu.

Jika anda belajar menjadi seorang tukang masak. Anda mendapat sijil dan
menjadi seorang tukang masak yang terbaik di university anda. Anda akan
bekerja menjadi tukang masak, anda akan leka mencari jenis makanan
baru untuk dimasak, teknik-teknik masakan, mengurus pekerja dan melatih
tukang masak baru. Sehingga ramai yang memuji masakan anda,
sehingga ada yang tidak percaya orang lain boleh masak sesedap
masakan anda.

Apa yang berlaku, anda akan menjadi tukang masak hingga keakhirnya.
Anda tidak ada masa untuk belajar bagaimana membuka restoran,

Page 55
TIP MEMULAKAN BISNES
ANDA SENDIRI

membuat duit dari masakan anda dan mencari tempat untuk dibuka
cawangan ke dua dan ke tiga untuk seterusnya.

Bidang pengajian saya adalah sains kompter menyebabkan saya selalu


bertemu dengan mereka sebidang dengan saya diluar kerjaya. Mereka
begitu mahir dengan semua aplikasi, hardware, teknologi baru bila
bercerita dengan apa yang mereka buat sekarang. Saya bertanya kepada
mereka “adakah syarikat ini anda pemiliknya”, jawapan nya “tidak, saya
hanya bekerja” . Melalui jawapan mereka, saya maklum ramai yang masih
tidak faham perniagaan sendiri dan kerjaya. Mungkin anda seorang
pegawai teknologi maklumat atau juruanalis system tetapi dalam masa
yang sama anda perlu memiliki perniagaan sendiri. Jika belum, mulakan
bisnes kecil anda sekarang.

Page 56
TIP MEMULAKAN BISNES
ANDA SENDIRI

Tip 22 :: Belajar dengan bangsa lain.

Melayu perlu belajar dengan bangsa lain.Jika di Malaysia Cina berjaya


dalam bisnes,Melayu perlu belajar dengan mereka.Belajar dengan
manusia berjaya akan membantu kita berjaya seperti mereka.

Sikap berniaga orang kemboja

Berbual dengan sahabat saya yang telah menetap 20 tahun di Malaysia


tentang orang kemboja sungguh menyeronokan. Dia telah berkahwin
dengan gadis tempatan 10 tahun yang lalu kini mempunyai beberapa
rangkaian kedai pakaian di seluruh johor dan melaka.

Antara faktor terbesar kejayaan mereka ini adalah hubungan ukhwah


antara peniaga bangsa mereka sangat kuat. Mereka bantu membantu
antara satu dengan lain bukan bersaing. Mereka mulakan dengan bisnes
yang kecil ke pasar-pasar malam menjual kain. mereka percaya jika
berusaha walau tidak tahu membaca dan menulis sekalipun mereka boleh
berjaya dalam perniagaan.

Jati diri mereka tinggi. Kesusahan di negara asal membuatkan mereka


sentiasa mempunyai semangat untuk berusaha gigih. Mereka memandang
tinggi kepada mereka yang mempunyai perniagaan walaupun kecil. Mereka
beranggapan jika bekerja, ianya tidak boleh diwariskan walaupun sebesar
mana pangkatnya tetapi dalam perniagaan boleh di wariskan walaupun
kecil.

Mereka selalu menasihatkan berniaga biar dari kecil dan berkembang


menjadi besar. jangan terlalu rakus dengan perniagaan nak nampak besar
tetapi tak cukup modal. Perniagaan mereka nampak kecil dengan menjadi
tauke kecil tetapi sebenarnya mereka dalam proses belajar, mereka sangat
inginkan untuk berjaya dalam perniagaan. mereka akan menjadi tauke
Page 57
TIP MEMULAKAN BISNES
ANDA SENDIRI

besar bila tiba masanya.

Mungkin ramai antara penduduk tempatan iri hati dengan pencapaian


orang kemboja tetapi mereka mempunyai prinsip dalam berniaga. mereka
sangat rajin dalam berniaga, kerja tujuh hari semingu kerana mereka
beranggapan berniaga adalah periuk nasi mereka. Akhirnya mereka
membeli dan membina rumah-rumah yang besar dan berstatus kaya,
mereka mula membantu orang tempatan, bergaul dan hadir ke surau dan
masjid akhirnya mereka diterima baik didalam masyarakat.

Rahsia Orang Cina Berjaya

[Pengalaman]

Saya pernah tinggal di luar negara, bukannya sekejap lebih 5 tahun. Saya
juga pernah sampai lebih 40 negara. Antara kesamaan yang saya jumpa
adalah dimana sahaja ada orang cina. Ada juga kesamaan orang cina yang
saya jumpa di semua tempat iaitu mereka suka berniaga. Hingga di kota
london ada china town dan mereka menguasai beberapa jenis perniagaan
di mana mereka bertapak.

Saya mula berfikir, apa kelebihan mereka sampai boleh macam ni. Saya
tanyakan seorang rakan berbanga cina tentang persoalan ini. Antara faktor
yang menjadi pendorong mereka berjaya adalah :-

1. Kemiskinan, mereka berpendapat walaupun wang tidak boleh membeli


kasih sayang dan kesetiaan tetapi kekayaan boleh membahagiakan
keluarga mereka.

Page 58
TIP MEMULAKAN BISNES
ANDA SENDIRI

2. Perasaan kurang selamat, kerana kebanyakan mereka berhajrah dari


negara asal mereka untuk mencari rezeki.

3. Masalah survival di tempat orang

4. Tidak ada pilihan lain

5. Falsafah yang di ajar dari kecil.

Jika beberapa perkara diatas boleh di ikut anda, mungkin anda akan mula
berusaha mengejar kejayaan yang anda impikan.

Page 59
TIP MEMULAKAN BISNES
ANDA SENDIRI

Tip 23 :: Ikhlas dalam perniagaan.

Anda perlu ikhlas menjalankan bisnes,bukan hanya mencari kekayaan


namun memanfaatkan kekayaan untuk kebaikan.

Ada yang tanya saya, kenapa perlu anda berniaga dan bekerja kuat?

Saya kata saya MALU, jika kita tidak ada lagi perasaan malu, kita tak akan
berusaha keras. Saya malu jika saya gagal berniaga, jika saya gagal
bermakna bangsa saya gagal iaitu melayu. Jika saya gagal bermaksud
islam malaysia juga gagal. Saya dan anda perlu berusaha keras.

Jika kita gagal, kita akan miskin. Jika kita miskin, kita akan meminta. Jika
kita masih meminta, kita masih berharap. Jika kita masih mengharap, kita
akan ikut cakap orang. Jika kita masih mengikut cakap orang, kita tak akan
bebas berfikir. Berfikir untuk menolong, berfikir untuk berjaya dan kita tak
boleh gagal. Kita perlu MALU diri sendiri, malu dengan bangsa dan orang
lain.

Anda perlu MENANG, supaya anda LEBIH KUAT, jika kalah semua atau
sebahagian anda akan terus LEMAH. Orang yang lemah memang akan
jadi PENAKUT. Jadi seorang yang penakut anda tidak akan menang lagi.

Page 60
TIP MEMULAKAN BISNES
ANDA SENDIRI

Tip 24 :: Menolak mitos.

Ramai Melayu menganggap Cina berjaya kerna menipu sedangkan ia


mitos.Hakikatnya Cina berjaya kerna usaha keras dan gigih.Mereka datang
ke Tanah Melayu tiada apa-apa dan kini menguasai ekonomi negara.
Beliau menyindir "Kalau ada yang anggap Cina kaya sebab
menipu,buatlah!"

Sekiranya ditanyakan ramai orang, “siapa nak kaya?” tentu ramai yang angkat
tangan dan berkata “saya mahu bebas dengan masalah kewangan sekarang”. Tetapi
ramai yang tidak tahu kenapa dia perlu kaya dan dia perlu berniaga. Menyebabkan
sesetengahnya akan negative dengan kekayaan dari sejarah hidup mereka. Kaya
selalu di kaitkan dengan seorang yang sombong, ramai yang selalu menyebut kita
perlu bersederhana dan kaya akan membawa kealpaan dunia. Mungkin setengahnya
betul dakwaan mereka. Anda mesti mempunyai alasan yang lebih kukuh untuk
menjadi kaya dari jawapan biasa-biasa.

Saya kongsikan sebab kenapa saya mula berniaga dan berusaha untuk bebas
dari kesempitan kewangan. saya tidak mahu bekerja sepanjang hajat hidup saya.
Saya tidak mahu sekadar bekerja kononnya terjamin mendapat gaji setiap bulan dan
hanya membeli sebuah rumah dengan berhutang bertahun-tahun rupanya ianya
adalah liability bukan asset. Saya tidak suka menjadi hamba duit dan berebut-rebut
membayar hutang ke bank setiap bulan untuk pinjaman saya.

Page 61
TIP MEMULAKAN BISNES
ANDA SENDIRI

Tip 25 :: Mengamalkan peribadi mulia.

Usahawan perlu mengamalkan sikap positif dalam kehidupan seperti


rajin,amanah,tidak menipu dan sebagainya.Setiap amalan baik perlu
diterapkan jika mahu berjaya.Manusia yang menipu dan tidak amanah
,kejayaan bersifat sementara dan tidak kekal.

Tip 26 :: Menjauhkan sifat keji.

Melayu perlu menjauhkan sifat keji seperti suka berbohong,mungkir


janji,tidak amanah,menjual harga terlampau tinggi,hasad
dengki,menjatuhkan bisnes org lain dan sebagainya.Sikap keji adalah
punca kebanyakan usahawan Melayu gagal dalam bisnes.

Tip 27 :: Jangan terlalu bergantung dengan tender


kerajaan.

anda tidak boleh bergantung dengan tender kerajaan kerna kuota terhad
dan jumlah usahawan yang ramai.Melayu sepatutnya mempunyai produk
yang boleh berjaya di pasaran sama ada dalam dan luar negara.

Tip 28 Membayar hutang dengan baik.

Melayu perlu membayar hutang dengan baik dan menguruskan perniagaan


dengan betul.Hutang wajib dibayar walaupun satu sen.Ramai Melayu
mengabaikan hutang dan ini menyusahkan pihak yang memberi
pinjaman.Mereka yang tidak membayar hutang bukan sahaja
menyusahkan dirinya sendiri,namun menyusahkan pihak lain.

Page 62
TIP MEMULAKAN BISNES
ANDA SENDIRI

Tip 29 :: Mempunyai network.

Anda perlu mempunyai network agar saling bantu membantu sesama


bangsa.Amalan ini telah diterapkan bangsa Cina dan mereka berjaya...

Mempunyai rangkaian maklumat yang hebat dan bertindak PANTAS.

Usahawan perlu lebih aktif dalam mendapat maklumat yang tepat tentang
bisnes. Mempunyai rangkaian bisnes yang besar adalah lebih berharga
dari wang di zaman sekarang. Jika kita baca banyak buku pengembaraan
cina , india dan arab telah lama mereka lakukan. mereka berniaga dari satu
bandar dan berhijrah ke satu bandar lain dengan hanya membawa
barangan yang tidak terdapat dibandar berkenaan. perkara ini telah
dilakukan lebih 500 tahun dahulu.

Perkara ini boleh di ulang pada zaman ini, saya telah mengambara lebih 40
negara. saya lihat sesuatu idea bisnes hanya berkembang di kawasan
mereka. 90% produk hanya dijual di tempat mereka dikeluarkan.

Kini ekonomi malaysia semakin likat, apa salahnya kita meninjau beberapa
perkara diluar seperti di indonesia, singapura dan brunai. Mungkin
beberapa idea bisnes di sana boleh dibawa kemari dan sebaliknya.

Perkara ini perlukan maklumat yang tepat, Ayah saya berkata dulu " kita
kena jaga orang yang buat kerja untuk kita". kalau saya tafsirkan "kita kena
jaga orang yang memberi maklumat yang tepat untuk perniagaan kita"
mereka akan sentiasa memberi maklumat kerana mendapat imbuhan dari
kita.

Page 63
TIP MEMULAKAN BISNES
ANDA SENDIRI

Pasaran indonesia besar, pasaran england 6 kali ganda wangnya, pasaran


indonesia besar duitnya. Usahawan perlu kratif, perlu cepat dan pantas
bertindak melalui maklumat yang diperolehi. Apa yang orang mahukan di
suatu kawasan yang terdapat banyak di tempat kita.

Tip 30 :: Usahawan perlu banyak memberi.

Menurut buku Dr Thomas Stanley, "The Millionaire's Mind" antara sikap-sikap


jutawan adalah suka memberi. Hadis juga ada mengatakan bahawa sekiranya kita
memberi satu dengan ikhlas, 10 akan kembali kepada kita. Jadi, sekiranya anda
jenis kedekut dan tidak suka memberi, maka maaf, kelab jutawan bukanlah untuk
anda!

Diceritakan pada satu kisah seorang banduan dan akhirnya menjadi seorang
usahawan.

Seorang banduan Hassan yang 7 tahun merengkok dalam penjara akhirnya keluar.
Dia amat bersyukur dengan nikmat bebas. dia bertekad untuk menjadi seorang
yang berguna, lebih lagi latihan dan kekuatan kerohanian yang ditanamkan semasa
dipenjara sungguh menginsafkan.

Dia balik kerumah ibunya dengan keadaan tidak punya apa-apa. dia hanya punya
seratus ringgit ditangan nya dan dia bertekat untuk memulakan perniagaan
pertamanya.

Page 64
TIP MEMULAKAN BISNES
ANDA SENDIRI

Dia buntu nak mulakan untuk menjual apa sedangkan modal ditangan hanya ada
seratus. Dengan duit yang ada dia menjual nasi bungkus yang bernilai RM3
sebungkus. Dengan modalnya dia mendapat 50 bungkus. Jika dijual semuanya dia
akan mendapat RM150.

Dia memulakan langkahnya dan dia membuka gerai kecil dengan meja dan kerusi
di laluan sibuk. Dari pagi hingga tengah hari dia menjual tetapi hanya 3 bungkus
sahaja yang laku dijual. dia sedih dan amat sedih. dari duitnya ada seratus kini
duitnya hanya ada rm10 sahaja.

Semalaman dia berdoa dan berfikir untuk memulakan sesuatu yang baru, memohon
moga Allah berikan rezeki yang melimpah ruah padanya.hari kedua hassan tidak
boleh lagi menjual nasi kerana dia tiada modal. berbekal RM10 dia bertanya
ibunya yang tua.

"ibu apa lah nasib saya, duit tinggal sepuluh ringgit apa saya nak berniaga"

ibu menyebut "kau sedekahkan lah duit itu"

"aku nak makan apa, ini sahaja yang tinggil bu"

ibunya menyahut "setiap satu kau beri, Allah berikan 10 pada kau"

Dia membeli kacang dan dibungkuskan kecil-kecil, dibawa bakulnya juga kepasar
untuk menjaja. kali ini dia dapat lebih kurang 20 bungkus dari modalnya. dia
menjual seringgit sebungkus. Sudah laku 10 kali ini..dia semangat.

dalam perjalanan, masuk waktu zuhur. bergegas dia ke masjid. dalam keadaan
tergesa dia meletakan bakulnya di tepi tangga masjid dan dia sembahyang. lepas
sembahyang dapat dia berjumpa dengan imam masjid tersebut dan berbual-bual
dan menceritakan kisah semalam.

setelah mahu pulang dia melihat bakulnya kosong dengan kacang tadi. dia
bercakap dengan imam tadi dan imam tadi berkata "niatkan sedekah kerana Allah
akan gantikan". makmum ingat hassan mahu bersedekah dengan memberi kacang
di tepi tangga. dia tunduk dan insaf dengan berkata "saya sedekahkan semuanya".

Page 65
TIP MEMULAKAN BISNES
ANDA SENDIRI

Dia ambl bakul tersebut ...subahaallah ada duit didalamnya. rupanya ada rm 100
didalam bakul itu dicampak duitnya oleh jemaah semasa mereka ambil kacangnya.
Allah gantikan mudah bila dia kehendaki. semua perkara logic jadi tak logic.

Dia bersandar di tiang merenung kuasanya sedekah, Allah gantikan sungguh cepat.
mohon lah apa sahaja yang kita mahukan, Allah maha pemberi, maha mengetahui
dan maha kuasa.

Tip 31 :: Jaga hubungan baik dengan pelanggan.

Hubungan baik dengan pelanggan dan bakal pelanggan adalah sangat penting.
mereka yang telah pernah menggunakan produk kita adalah duta kita untuk
memperkenalkan produk atau perkhidmatan kita kepada rakan lain. Mereke juga
pastinya akan terus menggunakan perkhidmatan kita jika selesa.

Pemasaran melalui 'mulut ke mulut' adalah sangat berkesan kepada bisnes baru dan
bisnes kecil. Hubungan baik ini boleh dilakukan dengan banyak cara sebagai
contohnya melalui perjumpaan, e-mail, facebook, telifon dan lain-lain. Paling
kurang hantarlah kad hari lahir atau kad selamat hari raya kepada pelanggan anda
tanda ingatan anda pada mereka.

lebih-lebih lagi anda adalah pemilik perniagaan anda sekarang, mereka mahukan
layanan anda. Selalunya berjayanya suatu barang itu dijual bukan kerana
produknya tetapi siapa yang menjualnya

Page 66
TIP MEMULAKAN BISNES
ANDA SENDIRI

Tip 32 :: Mulakan sahaja

Saya banyak dapat SMS dan masej dari pelbagai pihak tentang mahu
memulakan bisnes mereka. soalan mereka kenapa mereka tidak boleh
bermula sedangkan....

- dah baca buku motivasi bisnes yang banyak, dah baca dua tiga kali dah.

- dah pergi seminar semua usahawan yang buat, siap nanggis - nanggis
lagi bila dalam seminar.

tapi tak tahu

- nak berniaga apa?

- nak berniaga kat mana?

- macam mana nak mula?

- dan paling masalah nya tak ada modal.

ada tak yang jadi macam keadaan diatas ni...

soalan pertama : nak bernaiga apa?

Page 67
TIP MEMULAKAN BISNES
ANDA SENDIRI

Jual lah apa sahaja, asal barang boleh dipakai orang...barang boleh
dimakan orang pasti laku dengan cara yang betul. dimalaysia senang jual
barang..

soalan kedua.

nak jual kat mana?

buatlah dari yang kecil, jual lah dimana -mana asal laku. betul ni. .. asal
jangan ada malu. kat mana ada orang berkumpul kat situ banyak duit..jual
je lah

macam mana nak mula?

kalau lambat bertindak maka lambatlah result nya. mulakan sekarang.


buatlah dengan apa yang ada ditangan.

modal ?

gunalah duit yang ada dalam poket. memang lah berniaga perlukan modal
tapi kenapa nak memilih menggunakan modal yang tinggi untuk
memulakan bisnes pertama anda. pilihlah bisnes yang hanya menggunakan
modal yang rendah. modal terbesar adalah idea dari anda dan jati diri yang
tinggi untuk berjaya.

Page 68
TIP MEMULAKAN BISNES
ANDA SENDIRI

CERITA

======

di kampung saya suruh anak muda bekerja sendiri , mencipta kerja sendiri
dan menjadi bos kepada diri sendiri.

saya minta mereka tanam serai, ditanya saya "boleh untung ke dengan
menanam serai je". saya cerita kan...

ditanya lagi "kat mana nak dapat benih", saya katakan "ambil lah dari
tanah saya"

ditanya lagi "siapa nak tolong usahakan, dimana nak dijual"

saya menyampuk , "jika begitu lebih baik saya beri sahaja duit pada awak
dan awak tak perlu buat apa-apa"

kita boleh beri alasan pada diri kita untuk tidak berjaya....

Page 69
TIP MEMULAKAN BISNES
ANDA SENDIRI

Tip 33 :: Usah berhenti mencari rangkaian bisnes baru.

Lebih ramai orang yang anda jumpa berkemungkinan lebih ramai anda
berjumpa bakal pelanggan baru anda. Saya percara dari rakan boleh
mendatangkan bisnes baru, saya mendapat banyak bisnes dari rakan-rakan
saya membantu.

Anda jumpa seorang dari mereka, mereka akan kenalkan 5 orang baru
yang anda belum kenal sebelum ini. Ambil masa dengan mereka dengan
sesekali minum kopi bersama mereka di warong dan sampaikan kepakaran
anda, berkawan dengan ikhlas.

Beritahu plan bisnes anda dan masa depan anda dan kenapa bisnes anda
terbaik. Mereka akan cadangkan nama anda kepada bisnes-bisnes baru
mereka. insyaallah. Database pelanggan lah antara perkara penting untuk
anda urus dengan baik.

Page 70
TIP MEMULAKAN BISNES
ANDA SENDIRI

Tip 34 :: Anda perlu KELUAR dari kedai

Anda seorang usahawan jangan hanya menumpukan pelanggan datang ke


kedai anda. Sekarang masanya sudah berubah, anda perlu keluar mencari
pelanggan melalui media baru seperti media on-line seperti facebook,
website dan blog, ada 13 juta pengguna facebook di Malaysia dan
meningkat setiap hari. Lebih ramai orang berbicara tentang perkara yang
lebih serious melalui on-line termasuk bisnes. Anda perlu mempunyai
website atau facebook walaupun anda mempunyai kedai. menggunakan
on-line membolehkan pelanggan terus berinteraksi dengan anda dan anda
boelh bertemu potensi pelanggan anda disini. Update selalu informasi,
gambar dan informal interaksi antara pelanggan dengan peniaga.

Page 71
TIP MEMULAKAN BISNES
ANDA SENDIRI

TIP 35 ::Buat perkara yang perlu

- Sebagai Usahawan/business owner, kita jangan terbeban dengan


kerja-kerja yang tak perlu. Kerja operasi harian yang rutin. Contohnya,
kerja kena check barang mentah cukup atau tidak. paip bocor siapa nak
baiki, pengeluaran cukup atau tidak dan pelbagai perkara lagi yang mana
ia boleh di selesaikan oleh orang lain. Kita sebagai pemilik perniagaan
mestilah bebas, fikiran bebas, bebas dari rutin kerja seharian yang mana
setiap bahagian sudah ada orang yang sesuai berfikir untuk kita.
Bagaimana kita mahu tenang dan mencari idea untuk kembangkan
perniagaan jika selalu dibebani oleh kerja-kerja remeh temeh? Walaupun
remeh temeh, ia tetap memerlukan kudrat dan masa emas kita. Tapi,
bagaimana mahu bebas? ok, kita ke point no.2,

- Jangan takut gajikan orang yang mahir dan pandai. Nak tunggu
lubang jadi dulu, baru nak cari cangkul? Tak boleh bang, kena cari cangkul,
baru boleh buat kerja (gali lubang). Sememangnya kebanyakan dari kita
takut dengan tanggungan gaji atau dengan kata lain, takut nak bayar gaji
lebih dari kemampuan kita. Saya setuju sebab saya pun begitu. Cuma
selepas satu masa, saya buat kerja gila. Duit tak ada tapi staff berbelas
orang. Tapi dengan adanya staff barulah saya boleh buat duit. Duit itu
dibayarnya gaji berbelas orang itu. Apa yang nak saya katakan disini
adalah, KEBERANIAN. Dan perkataan itulah yang membezakan antara
usahawan berjaya atau tidak. Berani mengambil risiko. Kebanyakan
usahawan yang bersenang lenang hari ini adalah usahawan yang BERANI.
Tapi bukan juga yang berani membuta tuli. Berani bukan sebarang berani,
berani mereka, BERANI BERILMU. Buat apa ambik staff jika tak ada kerja.
Nak besarkan pasaran pun kena ada staff tambahan. Dan satu lagi, setiap
tindakan kita mestilah di mulakan dengan doa. Allah akan memberikan kita
ketepatan, kekuatan dan keberanian dalam membuat keputusan yang
berisiko jika kita „tanya Allah‟ dulu.

Page 72
TIP MEMULAKAN BISNES
ANDA SENDIRI

- Jika anda sudah jumpa sesuatu perniagaan yang bernilai dan sesuai
dengan anda, JANGAN MENOLEH KEBELAKANG LAGI, teruskan, go ahead,
jalan terus dan jangan pikIr panjang lagi. Gomo ia sampai ia jadi mesin
duit kita. Dengan istilah lain, FOKUS. Sebab kesemua orang berjaya adalah
orang yang fokus. Orang yang baru nak stabil pun boleh collapse jika tak
FOKUS, apatah lagi kita yang belum lagi. Ada masanya untuk kita diversify
business kita. Dan kita sendiri yang akan ketahuinya nanti. Bagaimana? “
Surround your management team with staff better than you”

- Jangan takut beriklan. Iklan, Iklan, Iklan. Teruskan beriklan.


Teruskan memberitahu umum apa kita buat, apa produk kita, apa
kelebihan kita, kelebihan produk kita dan apa-apa saja. Kita akan berjaya
jika kita memiliki „brand‟ yang bagus dan dikenali. Brand ini yang
memudahkan kerja kita jadi kaya, „hari-hari hari raya‟..

- Berfikir di luar kotak. Cari kaedah bagaimana orang lain yang buat
duit untuk kita. Bagaimana kita boleh buat duit dengan tanpa adanya kita,
duit masuk macam air pasang dalam. Tidak logic? Logikla.. Cuma kena
fikir, study, baca buku dan yang paling penting, bergaul la dengan orang
yang lebih hebat dari kita. Orang itu akan cara tak sengaja akan keluarkan
idea bagaimana duit boleh bekerja untuk dengan sentuhan minimum dari
kita.

- Gajikan „budak jahat‟ sebagai pengurus Quality Control kita. Sebab,


apa? Sebab dia memang suka complain dan cari salah dan sememangnya
itu tugas QC untuk mencari apa yang tidak sempurna.

- Gajikan orang yang bijak tapi malas bagi menjadi pengurus kerana
ia takkan sibuk-sibuk nak cari kerja di tempat lain walaupun bertahun-
tahun mereka bekerja dengan kita. Sebab apa? Sebab dia pun malas nak
cari kerja. Hahahaha. Bunyi macam gila dan tak logic, tapi itu juga yang
berlaku di syarikat saya. Yang kekal paling lama adalah yang paling
pemalas

Page 73
TIP MEMULAKAN BISNES
ANDA SENDIRI

BONUS :: Nasihat Bisnes

Jika anda baru memulakan kehidupan baru dengan berniaga , anda perlu
mula memfokuskan dengan apa yang sedang anda usahakan. Anda hanya
perlu buat apa yang perlu anda buat. Selain itu anda perlu tahu melakukan
sesuatu mengikut keutamaan. Faham kan yang ini.

7 tabungan yg harus anda bahagikan keuntungan @ pendapatan anda setiap bulan.


1/7 bahagian simpanan yg dilupakan, 1/7 bahagian belanja utk diri sendiri, 2/7
bahagian utk keluarga, 1/7 bahagian utk bayar hutang, 1/7 bahagian utk
membesarkan perniagaan dan 1/7 utk zakat dan sumbangan. Dimana anda?

Kita tak perlu merebut semua peluang yg datang...kita tak perlu


mengerjakan semua perkara yg terfikir oleh kita...utk menjadi seorang yg
berjaya dan kaya, cukup ceburi satu @ beberapa bidang shj...dan
kerjakannya sekuat daya dan upaya anda.

Page 74
TIP MEMULAKAN BISNES
ANDA SENDIRI

Terdapat 4 jenis sungai perniagaan yg sentiasa mengalir dan tak pernah surut:
(1)Perniagaan makanan, (2) Perniagaan ubatan dan kesihatan (3)Perniagaan
pakaian dan (4) Perniagaan pendidikan.

"Setiap hari kita berbelanja dgn membayar wang kpd org. Kenapakah org lain tidak
membayar kpd kita setiap hari pula?"

Motivasi::"Saya membuka beratus syarikat. Mengikut 50 thn, saya dapati hanya


ada 2 prasyarat bagi berjaya. (Pertama), kita tentukan apa yg kita mahu. Memang
ramai yg tidak berbuat begitu. (Kedua),kita tentukan berapa harga yg perlu dibayar
bg memperolehi perkara yg kita kehendaki itu. Selepas itu, bersedia
membayarnya." H.L. Hunt pernah menjadi manusia terkaya di dunia.

Motivasi::Dalam menjual, kita harus lebih kreatif (1)mencari prospek dan (2)mengenalpasti motif
mengapa orang mahu membeli produk kita. Ia sebenarnya ujian sebenar kepintaran dan kekuatan fikiran
kita dalam berniaga.

Page 75
TIP MEMULAKAN BISNES
ANDA SENDIRI

Motivasi::Tiga cara menjana daya "kreatif" seorang usahawan itu adalah matlamat
perniagaan yg jelas, masalah yg mendesak dan persoalan yg fokus. Latih diri anda
menjadi lebih kreatif. kreatif dlm berniaga, kreatif dlm membuat keputusan, kreatif
dalam pemasaran...

Nasihat: Setiap matlamat yg anda impikan perlukan kesungguhan 100% dan kerja
kuat. Sekiranya sekadar ala-kadar keputusan akan kurang baik @ perlukan masa yg
lebih panjang @ 85% kemungkinan kegagalan anda perlu terima. Saya sedang
berusaha bersungguh untuk mencapai matlamat thn 2011, moga dipermudahkan.

Motivasi::Teorinya, ikan haruan suka berlindung pada tempat yg sejuk, mungkin


kaedah meletakan air batu dalam PUKAT yg dipasang dlm kolam boleh
memerangkap ikan lebih banyak.Teorinya masih belum dibuktikan lagi. Tapi saya
fikirkan dari semalam dan menarik, saya mahu kaitkan teori ini dgn dunia
perniagaan saya. ... bagaimana agaknya.

"Anda hanya boleh menang dangan melupakan kekalahan anda


semalam. Sebelum itu, buat persiapan hari ini bagi memastikan kemenangan anda
hari esok." bertindak sekarang, bangun, bangun. ayuh bangun.

Page 76
TIP MEMULAKAN BISNES
ANDA SENDIRI

Motivasi::"Seringkali apa yg anda rancangkan tidak menjadi kenyataan tetapi anda


tetap mendapat pengalaman melaluinya."

Motivasi::"Bukanlah kekayaan itu harta yg melimpah ruah, akan tetapi kekayaan


yg sebenarnya adalah kaya hati dan jiwa."

Motivasi::"Dalam perjalanan hidup anda akan bertemu simpang ke kiri @ ke


kanan. Anda juga akan temui peluang & cabaran. Perkara yang lebih penting
dalam memilih pilihan itu adalah harus anda memfokuskan pencapaian matlamat
yg telah anda impikan." Sudahkah anda mempunyai matlamat itu? kalau belum
lakukan sekarang.

Motivasi:: Anda banyak kerja yg hendak difikirkan, membebankan?,


memeningkan?. jangan risau, senaraikan kerja anda mengikut yg lebih
mudah@senang diselesaikan terlebih dahulu, adalah lebih baik dari tak berbuat
apa-apa kerja hari ni. Cubalah pasti berkesan.

Page 77
TIP MEMULAKAN BISNES
ANDA SENDIRI

Motivasi::Berniaga satu perjuangan, juga satu pertarungan. Yang menang terus


berlari, yg kalah tersungkur lesu. begitulah pusiangannya dua perniagaan dan
seterusnya. Yg kalah hari ni tak perlu putus asa utk mengejar kejayaan esok. Yg
menang berhati-hati, tak tentu nasib sentiasa menyelebahinya. "Berniaga bukan
senang", pening kepala memikirkannya.

Motivasi::Gagal sekali cuba lagi, bukan dunia sudah berakhir semalam dgn
kegagalan anda. bersikap positif dan tidak putus asa juga teruskan usaha utk
berjaya. Jangan ada "ALASAN" utk mengejar berjaya. Dah berjaya nanti
bersyukur dan belanja saya ...

Motivasi::Walau banyak kejayaan yg anda bawa dlm hidup anda. kegagalan juga
menjadi ukuran orang. Oleh itu bekerjalah sepuluh kali ganda bagi memastikan
anda tidak gagal lagi.

Motivasi::Di setengah-setengah keadaan. Kita boleh menasihatkan org, kita boleh


mengatur org, kita boleh mengawal org dan kita boleh memarahi org utk
mengubah sesuatu dgn lebih baik. TETAPI perkara yg lebih susah kita sukar
menasihatkan, mengatur, mengawal dan menyalahkan diri kita sendiri bagi
mengubah sesuatu utk lebih baik. betulkan, renung-renungkan lah. "Kempen Ubah
Diri dan Senyum Selalu".

Page 78
TIP MEMULAKAN BISNES
ANDA SENDIRI

Branding produk

Apabila mahu melakukan kerja-kerja branding, pertama-tama jawab soalan


ini:
"Apakah idea di sebalik brand produk saya?"

Brand kita adalah 'tag-line' kita.

Contoh tag-line Air Asia adalah "Now everybody can fly." Jadi, idea di
sebalik tag-line itu memang sangat mudah difahami.

Dulu tag-line Zaitun Industri adalah 'Tanpa Was-Was'. Idea di sebalik tag-
line itu juga sangat jelas.

Tag-line kita wajib menyimpulkan janji kita kepada pelanggan. Dengan


janji itu barulah akan tercipta hubungan-jiwa antara pelanggan dan brand
kita.

Janji Zaitun = Tanpa Was-Was


Janji Air Asia = Now Everybody Can Fly
Janji PTS = Memandaikan Bangsa
Janji PAS = PAS For All

Tag-line mesti pendek. Dapat dicetak pada kad bisnes kita.

Tag-line Coach Bahar " inikan terbaik "

Page 79
TIP MEMULAKAN BISNES
ANDA SENDIRI

nasihat bisnes ::
Dalam membuat keputusan bisnes hanya ada hanya ada tiga cara sahaja
untuk membuat keputusan.

1. Serang

Teknik ini sama lah seperti teknik peperangan. bila anda yakin anda
menang , anda perlu memulakan serangan atau gempur untuk menawan
sesuatu kawasan. adakah kawasan yang anda rancang itu sesuai dan tepat
masanya dengan 'tentera' dan kecekapan teknikal yang anda ada?. anda
perlu menyerang dengan kekuatan ala-kadar kalau itu pilihan anda ada.
tiada siapa yang tahu serangan dan percubaan anda lebih kedepan boleh
membawa kemenangan atau sebaliknya.

dalam teknik ini, anda bukan perlukan semata-mata semangat. Anda perlu
belajar ilmu serangan. takut-takut mati katak je nanti. jika anda terlalu
lama di kawasan anda mungkin anda akan terlalu selesa dan tetapi
mungkin anda diserang.

Dalam bisnes, teknik menyerang bukan hanya bermaksud berlawan


dengan pesaing semata-mata. serangan mungkin bertujuan meneroka
bidang baru atau kawasan baru. jika anda lebih besar menjajah, anda lebih
besar pengaruh, bila anda lebih besar pengaruh mungkin anda lebih kaya.

2. Elak atau undur

Teknik ini juga boleh anda guna dalam bisnes. kemenangan peperangan
samalah seperti kemenagan dalam medan bisnes. saya maksudkan anda
perlu bersedia dari segi pasukan, dengan masa yang tepat dan anda
benar-benar yakin. kadang-kadang anda mula diserang dikawasan anda.
ada banyak serangan, untuk tidak terus lesap dalam arena bisnes anda
mungkin anda berundur sebentar atau mengelak dikawasan lebih selamat

Page 80
TIP MEMULAKAN BISNES
ANDA SENDIRI

buat sementara waktu.

3. Hijrah

Mungkin anda sudah tidak yakin dengan bisnes yang anda jalankan
sekarang, buat apa tunggu dan menanggung kerugian yang lebih besar.
bukankan lebih baik untuk anda berhijrah ketempat lain dan melakukan
langkah baru. Insyaallah berhasil.

kesimpulan.

secara basic nya memang hanya ada tiga je cara untuk mengurus bisnes
dan membuat keputusan. mungkin ada 1001 cara lain hanya strategy
tambahan dalam mana-mana tiga teknik diatas. Anda benar memerlukan
ilmu berniaga, jika anda masih lemah dan tidak tahu bila masanya untuk
anda menyerang, berundur sebentar atau berhijrah sebelum anda dibunuh
terus atau mati kelaparan sendiri setelah dikepung musuh.

Moganya ilmu yang ringkas ini dapat menambah sesuatu kepada anda
dalam mengharung liku-liku medan perniagaan yang lebih mencabar tahun
2014.

Page 81
TIP MEMULAKAN BISNES
ANDA SENDIRI

Sembilan teknik dan stratigi berbeza mengikut keadaan


dalam bisnes anda.

1. Jangan berehat di tempat yang sukar bergerak. Jika diserang anda


sukar lari, sukar dibantu, sukar mendapatkan sumber.

Dalam perjalanan bisnes yang anda harungi, anda harus berhati-hati


dengan teknik niaga yang luas padangnya.

Walaupun anda berehat sebentar dari bisnes anda harus selalu


berwaspada dengan keadaan bisnes anda. Dari semua sudut dan segi
perlu diteliti. Jangan terlalu selasa dan mempercayai sistem yang anda
bangunkan. Takut-takut thunami tiba bila anda tidak bersedia.

Beberapa bahagian penting tidak diberikan kepada orang lain untuk


menguruskan nya. jika anda terlalu berehat dan mahukan bisnes anda
dijalankan oleh orang lain, anda perlu lakukan sesuatu sekarang. jika staf
kepercayaan anda berhenti maka semua sistem dan bisnes anda lumpuh
dan sukar untuk diperbaiki.

2. Jika berbisnes dipasaran terbuka, jangan tidak mengindahkan diplomasi

Ini penting, jika jenis perniagaan anda adalah dipasaran terbuka dimana
pelanggan anda adalah pelanggan orang lain juga. terdapat perebutan
pelanggan di sini. jangan abaikan diplomasi untuk masuk ke pasaran
tersebut. Jika anda berbuat demikian mungkin anda akan ketinggalan,
anda dipulau dan anda tidak dapat memahami mukabumi pasaran dengan
cepat.kecuali anda bermain pasaran yang tertutup dan bisnes anda tidak
ada orang lain yang buat di kawasan itu. sekurang nya anda perlu kenal
komeniti sekeliling anda.

3. Usah berlama dalam kawasan yang sukar bergerak dan sukar mendapat
bantuan.
Page 82
TIP MEMULAKAN BISNES
ANDA SENDIRI

Jika anda berbisnes dan mencuba teknik marketing yang terbaru atau pergi
ke cara yang lain tetapi tidak menghasilkan hasil yang baik, cepat-cepat
berundur kerana lebih lama anda di situ lebih banyak kerugian anda.

kekadang dalam bisnes kita mahu mencuba sesuatu yang baru, jika anda
kesan teknik yang terbaru ini tidak bagus atau merugikan cepat-cepat
undur dan buat stratigi yang lain.

4. Dalam situasi yang berbahaya rancang jalan keluar.

Jangan tunggu sampai dah teruk, sebagai peniaga dan usahawan hebat
anda perlu mempunyai banyak plan untuk keluar dari masalah bisnes. tak
kira dari masalah pasaran ke, masalah pekerja ke, masalah kewangan
ke..anda perlu cari jalan keluar dengan cepat sebelum terkubur.

Jika ada beberapa ada perlu korbankan, teruskanlah untuk memastikan


anda bertahan dalam bisnes anda yang telah lama anda bangunkan.

5. Bila terdesak, usaha bersunguh-sungguh dan bermati-matian

Jika tidak bisnes anda yang mati..ini hakikat. Gunakan segalanya, dan
segalanya jika anda masih sayang kepada bisnes anda. jangan simpan
ego anda...tukun kebawah untuk minta bantuan. susun semula stratigi dan
berkerja habis-habisan

6. Dalam beberapa keadaan , jalan dan pintu yang terbuka luas kekadang
perlu di elak.

banyak perkara dalam bisnes adalah hanya persepsi. ramai peniaga


berebut dengan gula. bila nampak banyak gula berduyun-duyun semut
datang.

kekadang anda perlu memilih jalan minority untuk memastikan bisnes anda
lebih kekal. saya berikan contoh, ramai peniaga akan terpengaruh dengan
Page 83
TIP MEMULAKAN BISNES
ANDA SENDIRI

khabar angin dan khabar peluang yang palsu. ramai akan membuka
cawangan itu dan ini. tetapi hakikatnya ...... pelanggan hanya sementara
dan lambakan pesaiang. orang kita suka bisnes ikut-ikutan.

7. dalam sesetengah keadaan, tahan diri dari menyerang musuh walaupun


yakin menang.

Jika anda fikir pesaing bisnes anda kecil dan yakin untuk anda kalahkan,
biarkan dia disitu. supaya anda lebih berhati-hati dengan musuh bisnes.
kekuatan anda akan bertambah. buang tenaga je nak lawan dan buang
duit je nak lawan. wujudkan keunikan dalam bisnes anda.

Kekadang, dalam beberapa keadaan memang pelanggan suka dengan


perbandingan warna-warni. bila bisnes anda ada yang dibandingkan maka
produk anda akan lebih banyak terjual. dah pergi kedai tu .. tapi dikedai
anda lebih banyak pilihan dan lebih berkualiti. ini semua adalah kerana
anda lebih kuat, lebih berkualiti dan lebih dipercayai. faham tak ni.

8. Dalam sesetengah keadaan, bersabar untuk menyerang kerana


mungkin kekauatan itu tadi hanya mendapatkan sebahagian sahaja dari
pasaran.

contohnya : dalam mempromosikan jualan anda, jangan terlalu kerap


membuat jualan murah. sehingga orang akan tunggu anda membuat
potongan barangan anda. mereka tidak membeli. jika anda selalu ,
mungkin anda boleh menjual dalam beberapa ketika tetapi idea anda
sudah dihidu pesaing anda, mereka juga boleh buat promosi yang sama.
tetapi jika masanya anda membuat promosi habis - habisan dengan idea
terbaik .. habis satu gudang barang direbut orang.

9. lupakan utuk menyerang sesetengah tempat kerana itu adalah stratigi


besar

Anda perlu lebih fokus dengan matlamat bisnes anda. jika anda fokus
dengan apa yang anda mahu capai anda aka memperolehi apa yang anda
Page 84
TIP MEMULAKAN BISNES
ANDA SENDIRI

mahu.

Anda perlu faham, saya bukan menyebut menyerang dan berlawan itu
perlu ada persaingan. tetapi kekadang masa dan diri kita juga adalah
musuh utama kita. itu semua adalah perumpamaan untuk mudah
difaham...

Tip menjadi salesman hebat


1. Berfikiran besar
Anda bukan sahaja memikirkan jualan anda, anda harus memikirkan untuk
satu kumpulan. anda harus menjaga hubungan rapat dan membesarkan
rangkaian anda. saya nasihatkan jika anda baru, janganlah anda hanya
bergaul dengan salesman yang baru atau hanya berkawan dengan
salesman dari syarikat anda sahaja. anda buat kaji selidik sedikit siapa
antara mereka yang mendapat jualan yang tinggi. anda cuba dekati dia,
berbual dan berkawan, tanya rahsia mereka dan buat apa yang mereka
buat tetapi dalam skop produk anda.

2. Leverage on Your Established Customers


Tentulah ini yang paling penting iaitu membesarkan kebarangkalian
pelanggan anda, besarkan pasaran anda setiap hari dan buat sekurangnya
5 pelanggan baru setiap hari. jangan duduk disatu tempat sahaja, fikir-fikir
dan terus fikir.

3. fahami pelanggan anda


Walaupun banyak strategy marketing, mereka yang adalah mereka yang
faham kehendak market. tidak semua strategy boleh digunakan dengan
berkesan. lebih baik anda fokus dengan apa yang anda percaya...lakukan
sekarang.

4. kurangkan berjanji, lebihkan memberi


Fikirkan apakah kebaikan yang mereka dapat jika bersama anda? ...„Say
only what you mean, and mean what you say‟. berikan yang terbaik kepada
Page 85
TIP MEMULAKAN BISNES
ANDA SENDIRI

pelanggan anda..insyaallah berjaya.

5. Pengurusan masa
Jangan buat pelanggan anda menunggu, uruskan dengan terbaik masa
anda. jika anda berjanji untuk berjumpa, lakukan tepat pada masanya.
perkara ini adalah asas penting.

6. perhubungan rakan dengan baik.


tidak kira sama rakan atau pelagggan anda perlu melakukan hubungan
baik dengan semua.

7. cari cara terbaik services pelanggan

8. Believe In Your Product


Anda adalah orang pertama yang harus percaya terhadap perkhidmatan
atau produk yang anda jual.

9. Perlu mempunyai proper action untuk memastikan pelanggan anda


membeli. anda perlu faham perbezaan antara sale dan marketing.
marketing hanyalah info untuk mendapatkan sale. berapa ramaipun anda
jumpa tetapi tak menjual pun tak guna

+++++++++++++++++++++++++++++ SEKIAN TERIMA KASIH +++++++++++++++++++++++++

Page 86

Anda mungkin juga menyukai