Anda di halaman 1dari 2

kelebihan buka kedai dobi jenis layan diri seperti ini?

(1) Operasi boleh dijalankan 24 jam

(2) Tenaga kerja yang minima dan kita tak perlu upah ramai pekerja untuk jaga tempat ni. Lagipun
pelanggan akan cuci sendiri.

3) Pendapatan akan tetap masuk walaupun kita tak berada di premis perniagaan

(1) Pelanggan tidak mempunyai peralatan yang sesuai untuk mencuci

Sesetengah jenis fabrik, adalah tidak sesuai untuk dicuci menggunakan air. Ia perlu dicuci
menggunakan kaedah dry cleaning, dan kat mana mereka boleh dapatkan perkhidmatan tersebut?
Jika anda jawab, di kedai dobi, sila berikan 10 markah kepada diri anda sendiri.

Bukan itu sahaja, sesetengah jenis fabrik agak sukar untuk dicuci. Lebih-lebih lagi jika kain yang
mempunyai banyak bulu-bulu, manik-manik, mutiara dan macam-macam lagi. Memang agak sukar
untuk dicuci, melainkan orang tersebut mempunyai pengetahuan yang sangat baik dalam bidang
cucian.

Mereka tau macam mana nak mencuci tanpa merosakkan pakaian tersebut.

(2) Pelanggan tak ada masa untuk lakukan cucian

Cubalah anda buka almari pakaian anda. Adakah pakaian anda terdiri daripada satu warna sahaja,
ataupun terdiri daripada pelbagai warna?

Pakaian berwarna ni, satu masalah paling leceh ialah warnanya boleh luntur apabila dibasuh. Apabila
kita nak uruskan pakaian seperti ini, kita perlu mengasingkan pakaian yang berwarna terang, warna
gelap dengan yang warna putih.

Basuh secara berasingan, bilas pun asing-asing. Saya rasa ini sangat membuang masa. Lebih senang
kalau kita suruh orang lain yang buatkan untuk kita.

(3) Baju terlalu banyak untuk dicuci

Biasanya untuk orang yang memang jenis sentiasa sibuk. Memang tak ada masa nak cuci pakaian
sendiri. Baju yang di pakai dikumpul dalam baldi, dan tahu-tahu dah penuh satu baldi. Kalau nak
basuh sendiri, mesti akan ambik masa yang panjang, jadi lebih baik hantar ke dobi.

Biasanya kalau timbang dalam kilogram pun dalam sekitar RM7 – RM12 bergantung kepada
perkhidmatan yang diinginkan.

(4) Tak ada tempat untuk sidai selepas dah dicuci

Terutama sekali kalau pelanggan kita tinggal dirumah kongsi. Zaman sekarang ni, agak susah nak cari
rumah sewa. Kalau ada pun, kebanyakkannya kita cuma boleh sewa bilik sahaja. Bila kita sewa bilik,
ruang untuk kita buat kerja-kerja penyucian ni memang agak terhad.

Jadi, kalau tak nak pening-pening kepala, pakaian lebih mudah hantar ke dobi untuk dicuci. Tak
kiralah sama ada hantar ke dobi jenis layan diri atau jenis perkhidmatan.

(5) Tempat tak sesuai untuk cuci pakaian


Lebih kurang macam poin sebelum ni. Kalau poin yang sebelum ni, tak ada tempat untuk sidai, kita
masih boleh cuci, cuma tempat untuk sidai baju kita tu yang tak ada. Kali ini, jangan kata nak sidai,
nak mencuci pun tak boleh.

(6) Mencuci sendiri sangat susah nak sangat membazir masa

Anda tau macam mana nak cuci karpet? Cuci comforter? Saya rasa la kan, kalaulah saya ditugaskan
untuk cuci karpet, boleh jadi saya akan habiskan sekurang-kurangnya sehari suntuk untuk mencuci
sahaja. Itu belum masuk part pengeringan lagi.

Kalau cara pengeringan dah salah, akibatnya karpet akan mengeluarkan bau yang busuk. Ah… dah
kena cuci semula.

(7) Selepas cuci perlu lipat dan gosok

Setakat hari ini, saya masih belum pernah jumpa lagi mana-mana mesin basuh yang boleh cuci dan
bila dah siap cuci dia terus lipat pakaian tersebut. Ataupun mesin basuh yang mampu menggosok
pakaian apabila baju siap cuci, siap dikeringkan, dan secara automatik ia boleh gosok pakaian
tersebut.

Saya tak jumpa lagi mesin seperti itu. Tak taulah kalau mesin macam ni dah wujud. Entah berapa
harganya. Adakah ia lebih murah berbanding kita dapatkan perkhidmatan cucian di kedai dobi?

Apa yang saya tahu, melipat dan menggosok pakaian adalah servis tambahan yang boleh ditawarkan
oleh pemilik perniagaan dobi. Selain buat duit dengan mencuci pakaian pelanggan, anda juga boleh
buat duit dengan menggosok dan melipat pakaian mereka.

(8) Pakaian perlu sedia untuk diguna semula dalam tempoh masa 24 jam

Keadaan cuaca di Kuala Lumpur di sekitar bulan Februari ini adakalanya tak menentu. Kadang-
kadang matahari memancar dengan sangat terik di waktu pagi, namun hujan turun pula dengan
lebatnya di sebelah petang.

Jika anda mempunyai pakaian tertentu yang perlu dibasuh, dan ingin diguna pada hari yang sama,
adakah anda akan ambil risiko untuk basuh sendiri (dan mungkin pakaian tersebut tak kering) atau
anda lebih rela tak basuh pakaian tersebut.

Baiklah, seperti yang anda lihat. Sekurang-kurangnya terdapat 8 sebab kenapa pelanggan perlu
dapatkan khidmat daripada kedai dobi untuk uruskan pakaian-pakaian kotor mereka. Sekiranya anda
dapat menghidu, terdapatnya keperluan yang tak dipenuhi disesuatu kawasan yang boleh anda
kenalpasti, maka boleh jadi ini adalah peluang terbaik anda untuk buka perniagaan dobi disitu.

Dari banyak-banyak panduan yang saya baca mengenai perniagaan kedai dobi ini, faktor paling
penting sekali yang banyak dibincangkan ialah LOKASI.

Sebenarnya, dobi jenis perkhidmatan dan juga dobi jenis layan diri, masing-masing ada
kelebihannya yang tersendiri. Bukan semua tempat sesuai untuk buka kedai dobi. Dengan kenaikkan
kos sara hidup, dan pendapatan yang tak meningkat, setengah orang berpendapat basuh sendiri
adalah lebih jimat. Jadi individu seperti ini mungkin tak akan melangkah masuk ke kedai dobi walau
sekalipun.

Anda mungkin juga menyukai