Anda di halaman 1dari 16

MPU 2232

ETIKA PROFESIONALISME

NAMA :

KELAS : 1 DVM CTP

NO IC :

PENSYARAH : EN.SALAHUDDIN BIN ZAKARIA

ISI KANDUNGAN

BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT


1. PENGENALAN 1
2. 10 ciri ciri etika kerja 2 - 11
3. kesimpulan 12
4. lampiran 13 - 14
5. rujukan 15

PENGENALAN PEMBINAAN

Pembinaan merupakan binaan atau penyambungan infrastruktur dalam bidang seni


bina dan kejuruteraan awam Pembinaan skala besar memerlukan kepakaran dan
teknologi. Sesuatu pembinaan biasanya diketuai oleh ketua projek yang akan dibantu
oleh pengurus pembinaan, jurutera seni bina, jurutera pembinaan atau arkitek. Bagi
memastikan pembinaan berjalan dengan lancar, perancangan yang berkesan amat
penting. Proses pembinaan meliputi segala aktiviti yang dilakukan di tapak binaan
untuk memenuhi segala kehendak lukisan dan penentuan yang terkandung dalam
sesuatu dokumen kontrak binaan.

TANGGUNGJAWAB SEBAGAI KONTRAKTOR

Tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh seorang kontraktor adalah
seperti menyediakan bahan,peralatan dan memastikan pekerja melakukan pekerjaan
dalam keadaan yang selamat dan persekitaran tempat kerja yang efektif. Tugas
kontraktor juga menyiapkan segala tugas dengan baik mengikut spesifikasi dan
ukuran yang telah ditetapkan di dalam pelan. Kontraktor juga mempunyai
tanggungjawab yang besar untuk memastikan bahan atau peralatan seperti mesen atau
alatan tangan tidak rosak atau hilang. Pihak kontraktor juga perlu bertanggungjawab
membayar ganti rugi sekiranya ada insiden terhadap buruh saat saat melibatkan mesen
atau peralatan yang digunakan atau digunapakai. Selain itu kontraktor perlu juga
memastikan bilangan pekerja kesemuanya cukup sebelum dan selepas selesai bekerja.

10 CIRI ETIKA DALAM PEKERJAAN


Amanah dalam memlakukan setiap kerja

Sifat amanah adalah teras keharmonian dan kejayaan sesebuah institusi masyarakat atau
pekerjaan sebuah syarikat misalnya jika seseorang pekerja atau pegawai tidak mempunyai
sifat amanah segala urusan tidak akan berjalan sempurna dan membawa kepada
kehancuran institusi atau syarikat tersebut. Sifat amanah dalam kerja yang telah
diamanahkan tentunya akan menghasilkan nilai-nilai keperibadian seorang pekerja yang
baik. Pekerja-pekerja seharusnya patuh kepada arahan yang diberi dan melaksanakan tugas
itu dengan baik.
Mempunyai sifat Jujur

sifat jujur atau benar dapat membentuk hubungan yang sihat di antara sesama pekerja,
pekerja dan majikan dan sesama pelanggan atau pun orang yang berurusan di dalam
pekerjaan tersebut. Sifat jujur dan benar dapat membendung segala perasaan syak
wasangka dan tipu daya.

Menepati waktu
Para kontractor haruslah mematuhi waktu kehadiran yang ditetapkan. Mematuhi prosedur
berhubung peraturan meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja iaitu dengan mendapatkan
kebenaran daripada pengurus jabatan sekurang-kurangnya dua 2 jam sebelum kakitangan
meninggalkan pejabat. Kemudian haruslah melaksanakan tugasan tepat pada masanya.
penampilan diri

Kontraktor haruslah memakai pakaian yang kemas dan bersih semasa dalam proses kerja
sehingga selesai kerja.pakaian yang kemas dan bersih juga menunjukkan imej keterampilan
diri kita yang dapat dilihat dari segi fizikal oleh orang lain.dalam masa yang sama pakaian
juga haruslah mengikut prosidur keselamatan sepertimana yang telah ditetapkan oleh pihak
syarikat.

Komunikasi dalam sesebuah perbincangan


Dalam setiap perbualan atau perbincangan terdapat pelbagai adab dan tatasila yang perlu
dijaga antaranya menerima pendapat orang lain,tidak memotong kata perbicangan ketika
orang sedang melakukan perbincangan,menhindari perdebatan ketika memberi perbicangan
dan lain lain. Dalam setiap perbincangan perlulah mempunyai sifat bertolak ansur antara
satu sama lain. Matlumat yang inggin disampaikan haruslah benar dan sahih dan dapat
dipersetujui oleh kesemua pihak.

KERJASAMA
kerja berpasukan merujuk kepada pekerja yang bekerja dalam satu kumpulan yang
sering bekerjasama dan menjalankan tugas secara berganding bahu bagi mencapai
matlamat pasukan. Kerjasama juga bukan merujuk kerjasama dalam kumpulan
sewaktu sedang melalukan kerja tetapi kerjasama juga boleh diberi dengan saling
menyumbang komitmen dari segi keupayaan,kepakaran,kemahiran dan pengetahuan.

SALING HORMAT MENGHORMATI


Budaya saling hormat menghormati di kalangan para pekerja amat dituntut di setiap
kalangan pekerja. Tidak kira sebaya bawahan atau atasan. Kita perlu mempunyai rasa
hormat yang tersemat di dalam diri. Apabila kita menerapkan rasa hormat sesama pekerja
lain maka diri kita juga akan dihormati oleh sebahagian para pekerja lain. Sikap hormat
menghormati juga amat dituntut di dalam islam untuk memberi suasana tempat kerja lebih
ceria dan bahagia.

SENTIASA BERSIKAP POSITIF


Para kontraktor perlulah mempunyai mempunyai sikap yang positif dalam menyelesaikan
kesemua isu yang berkaitan dengan pekerjaan. Sifat positif juga dapat mewujudkan
persekitaran yang kondusif,menjamin kesejahteraab mental dan fizikal serta menyumbang
kepada perkembangan diri pekerja dan sesebuah syarikat.

PRODUKTIVITI TENAGA KERJA


Produktiviti dalam melakukan dan menghasilkan sesuatu pekerjaan adalah amat penting
dalam isu pembangunan negara. Produktiviti dalam kata lain ialah keberkesanan dalam
menyiapkan sesuatu tugasan dalam masa sama yang ditetapkan dengan hasil yang
memuaskan. Sebahagian besar kejayaan organisasi bergantung kepada produktiviti tenaga
kerja.

BERINTEGRITI
Sifat integriti amat penting dan harus disemat di dalam diri para pekerja. Apabila sifat ini
dipatuhi maka sukar untuk berlakunya permasalahan seperti menipu,merasuah atau tidak
amanah dalam sesuatu perkara atau ltidak berpegang teguh kepada prinsip pekerjaan.
Antara sifat integriti yang dapat dicontohi ialah sifat keikhlasan,amanah dan
bertanggungjawab.

5 KEBAIKAN MEMATUHI ETIKA KERJA

KEBAIKAN KEPADA ORGANISASI

Etika berperanan penting dalam menentukan kestabilan organisasi. Ia dapat


memelihara nilai-nilai murni organisasi dengan sikap bertanggungjawab dan prihatin
pada kebajikan masing-masing.Ia juga dapat memantapkan kestabilan,seterusnya
mempertingkatkan produktiviti,meningkatkan kredibiliti dan reputasi serta menjamin
perkembangan yang berterusan.
KEBAIKAN KEPADA INDIVIDU
Individu yang mendapat kebaikan fizikal,ketenangan jiwa dan perasaan.
Individu yang beretika juga dapat membina sahsiah diri ataupun keperibadian
yang baik kerana beliau memelihara dirinya dengan sebaik baik sifat yang
terpuji dan masyarakat jugak mengiktirafnya sebagai orang yang berbudi
serta berprestasi tinggi dalam sesuatu hal.
KEBAIKAN KEPADA KELUARGA
Etika memainkan peranan yang penting dalam pembentukan keluarga yang
beretika ikatan yang erat berdasarkan etika kekeluargaan yang sedimikian
dapat mewujudkan keharmonian. Oleh yang demikian keamanan dan
keakraban rumah tangga dapat menjamin keutuhan keluarga.
KEBAIKAN KEPADA MASYARAKAT
Kepentingan etika dalam sesebuah masyarakat tidak dapat dipertikaikan kerana ia
dapat memelihara keamanan,keadilan dan kesejahteraan yang berterusan. Masyarakat
yang beretika juga dapat membentuk persekitaran yang sihat dan menghindari
masalah-masalah sosial seperti pembuangan bayi, rompakan, penyeludupan barangan
haram dan seumpamanya.
KEBAIKAN KEPADA SYARIKAT
Seseorang individu yang mengamalkan etika kerja juga akan membentuk budaya
positif dalam kalangan para pekerja disekeliling dan akan memberi impak yang positif
kepada seluruh rakan serta majikan. Ia juga menunjukkan motivasi unggul dalam
sebuah syarikat yang dapat dilihat dari pekerja lain serta lebih dihormati dari pelbagai
organisasi.
KESIMPULAN

Etika membentuk satu tingkah laku yang positif dan mampu memperbaiki potensi
sesetengah individu pada satu-satu masa. Sekiranya prinsip dan disiplin sering kali
diikuti ianya membantu individu berkenaan melangkah lebih jauh tidak kira dalam
apa jua bidang sekali pun.Etika kerja diwujudkan adalah untuk mengawal tingkahlaku
para profesional supaya mereka dapat menggunakan segala pengetahuan, kepakaran
dan kemahiran yang ada untuk kebaikan semua pihak. Ini tidak dinafikan bahawa
etika kerja professional memainkan peranan yang amat penting untuk menjadikan
masyarakat yang beretika dan berjaya. Namun etika kerja ini perlu mempunyai
mekanisma yang tersendiri bagi mengawal tingkah laku individu yang banyak
dipengaruhi oleh faktor-faktor kendiri, persekitaran dan sebagainya.Bertepatanlah
dengan Firman Allah “ Aku tidak mengubah sesuatu kaum itu, sekiranya kaum itu
tidak mengubah dirinya sendiri”. Ini bermakna setiap individu perlu mengubah
paradigma untuk menjadikan diri seorang yang beretika, bermoral, berilmu dan
beramal.
LAMPIRAN
RUJUKAN
1. https://dpm2pdi.blogspot.com/2016/08/definisi-etika-pengertian-etika.html
2. https://www.slideshare.net/nurshafinazshahbani/etika-profesional-
52031703
3. https://www.coursehero.com/file/92211464/KEPENTINGAN-ETIKA-
PROFESIONAL-DALAM-KERJAYAdocx/
4. https://www.academia.edu/4236120/Folio_etika_professional_kendiri
5. https://www.scribd.com/document/392304842/Folio-Etika-Kerja
6. http://nurkaba.blogspot.com/2015/07/etika-professional.html
7. https://www.upm.edu.my/berita/
budaya_etika_dan_integriti_membentuk_budaya_kerja_cemerlang-20715?
L=en
8. https://raihan.awaken-image.com/kursus-etika-kerja-dan-keterampilan-diri/

Anda mungkin juga menyukai