Anda di halaman 1dari 7

BAB 1

1.0 PENGENALAN PROJEK

Projek yang ingin dilaksanakan oleh kami untuk Projek Tahun Akhir 2021 ini
adalah projek penambahbaikan alatan tangan atau dikenali sebagai special tool.
Asalnya alatan tangan di keluarkan dalam keadaan bentuk kekal contohnya ia boleh
digunakkan dalam satu arah sahaja. Ini akan menyukarkan formen atau pengguna di
rumah untuk melakukan sesuatu pergerakkan dan kerja. Alatan tangan ini digunakan
secara meluas untuk membuka dan menutup skru di mana sahaja. Satu kelebihan
special tool yang kami ingin lakukan ini adalah untuk memudahkan formen atau
pengguna di rumah untuk menggunakannya dalam keadaan yang sempit. Alatan
tangan yang sedia ada ini materialnya agak mudah bengkok kerana ianya diperbuat
daripada logam yang nipis. Kos untuk melaksanakan special tool ini sedikit besar
kerana ia menggunakan bahan yang lebih kukuh.

Alatan tangan ini sememangnya sudah ada di pasaran tetapi kami ingin
melakukan penambahbaikan pada keadaan rupa bentuk dan penggunaanya.
Antaranya kami ingin menambah baik dari segi pengunaanya kerana alatan tangan
yang sedia ada ini hanya boleh digunakkan dalam keadaan satu arah sahaja atau
keadaan terhad. Kami akan menambahbaik alatan tangan ini menjadi 360 darjah
dan memudahkan pengguna di dalam apa jua keadaan seperti kekurangan ruang
untuk membuka skru. Alatan tangan yang sedia ada ini direka khas untuk formen di
bengkel atau pengguna di rumah. Untuk projek yang kami ingin laksanakan ini
adalah untuk para pekerja di bengkel supaya memudahkan kerja mereka dan
mempercepatkan masa ketika melakukan kerja.
1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN

Projek yang kami ciptakan ini akan memudahkan bagi semua bengkel dan
pengguna dirumah untuk melakukan kerja membuka skru nat. Projek kami ini juga
terdapat beberapa kebaikkan dan keburukkan antara kebaikannya ialah projek ini
mampu membuka skru nat dalam keadan ruang yang sempit kerana special tool
kami ini boleh bergerak sebanyak 360 darjah dan special tool kami ini lebih selesa
dipegang dan lebih tahan berbanding spana yang telah sedia ada tidak lupa juga
special tool kami ini juga mudah digunakan manakala kekurang projek kami ini pula
adalah dari segi kos agak tinggi dan kepanjangan alatan tangan ini terhad.

Projek kami ini juga mempunyai masalah semasa kami memilih tajuk ini
disebabkan kami telah dimaklumkan bahawa kami tidak boleh meminjam atau
menggunakan tenaga kerja orang lain selain daripada bengkel kami sendiri.Kami
sedikit sukar untuk menginovasikan projek ini tetapi kami bersyukur kerana kami
sudah mendapat idea bagaimana hendak diinovasi projek kami ini menggunakan
alatan-alatan di bengkel kami ini sahaja.

Antara kesan yang kami dapat berikan kepada bengkel dan pengguna rumah
adalah dapat memudahkan kerja-kerja dan dapat menjimatkan masa untuk
melakukan kerja membuka skru nat mereka kerana dapat membuka bahagian skru
nat dalam keadaan yang sempit dan dalam keadaan yang cepat.Special tool kami ini
juga terdapat 4 jenis pembuka nat yang berlainan jenis dan boleh ditukar-tukar
mengikut saiz yang meraka inginkan tidak lupa juga projek kami ini juga dapat
digunakan oleh semua peringkat umur kerana mudah digunakan dan selesa bila
dipegang.
1.2 PENYATAAN MASALAH

Projek kami terdapat permasalahan yang banyak berlaku di bengkel atau


dirumah. Antara masalah yang sering dihadapi ialah masa untuk penggunaan alatan
tangan ini. Aspek keselamatan pula perlu dititikberatkan kerana alatan ini
meggunakan 100% tenaga tangan. Ia perlu memastikan keselamatan pengguna
semasa menggunakan alatan ini terjamin. Alatan tangan ini juga menggunakan keluli
berkarbon tinggi yang keras oleh itu kami membuat pembalut getah di tengah alatan
tersebut untuk menggelakkan tangan pengguna melecet dan sebagainya.

Seterusnya permasalahan yang terdapat dari alatan tangan yang lama ialah
alatan tangan itu boleh digunakan dalam satu keadaan sahaja atau satu arah ketika
membuka dan memasang skru. Oleh itu, kami bersepakat untuk menambahbaik
alatan tangan ini menjadi pelbagai arah iaitu 360 darjah. Pengguna boleh
menggunakannya dengan mudah dan cepat kerana ia boleh digunakan dalam
pelbagai keadaan tidak kira dalam keadaan sempit atau terhad.

Selain itu, terdapat permasalahan yang terdiri daripada rungutan dan


ketidakpuasan. Antara rungutannya ialah daripada pengguna kerana agak sukar
menggunakan alatan yang lama disebabkan kualiti dan ketahanannya yang kurang
baik. Rungutan daripada pelanggan pula ialah dari segi masa yang sedikit lama
ketika formen sedang membetulkan kenderaannya. Ketidakpuasan pula di datangi
dari pelanggan, pembeli, dan pengguna kerana ia memerlukan tenaga sendiri yang
agak banyak dan masa ketika menggunakannya.

Akhir sekali pembaziran masa, kos, dan tenaga. Jika dibandingkan alatan
tangan lama dan alatan tangan yang kami menambaikkan ini (special tool) terdapat
perbezaan dari segi masa, kos, dan tenagan. Ketika menggunakan alatan tangan
yang sedia ada ia memerlukan masa yang lama kerana penggunaanya agak sukar.
Kami menambahbaik alatan tangan ini dengan menjadikannya 360 darjah agar
pengguna senang menggunakannya dan tidak mengambil masa yang lama. Kos
pula ia agak mahal berbanding alatan tangan yang lama kerana kami
menambahbaik dari segi rupa bentuk dan penggunaanya. Kemudian, tenaga juga
tidak terlalu banyak digunakan kerana kami telah menambahbaik untuk pengguna.
1.3 TUJUAN

Tujuan ini dilakukan bagi projek kami ini adalah untuk mencari cara
penyelesaikan masalah special tool sebelum ini iaitu spana yang sukar digunakan
dalam keadan yang sempit dan kegunaannya yang terhad dan juga bahan yang
kurang baik kerana senang bengkok .Kami telah membuat penelitian dan kami telah
jumpa jalan penyelesaiannya iaitu adalah projek yang kami lakukan .Special tool
kami ini lebih tahan dan selasa digunkan berbading dengan special tool yang lain
kerana bahan yang digunakan adalah bahan yang terbaik dan pada tempat
pemegang special tool ini kami letakkan getah supaya lebih selesa apa dipegang
dan tidak sakit tangan .

Kaedah yang kami gunakan adalah (biasa tapi serba boleh) sebagai contoh
special tool kami ini dapat membuat kerja pada ruangan yang sempit atau terhad
dan special tool kami ini mempunyai 4 jenis pembuka skru nat yang berlainan saiz
dan boleh ditukar-tukar saiz mengikut kegunaan.
1.4 OBJEKTIF

Objektif dari projek yang kami buat ialah untuk memudahkan dan
mempercepatkan masa pengguna iaitu formen dan pengguna di rumah. Selain itu,
kami mengenal pasti alatan tangan yang lama agak sukar diggunakan dan
mengambil masa yg lama untuk menyiapkan pemasangan dan pembukaan skru.
Oleh itu kami membina alatan tangan yang baru atau menambahbaik alatan tangan
yang lama dari satu arah pergerakkan menjadi 360 darjah.

Seterusnya setelah siap alatan tangan yang kami telah bina atau
menambahbaik itu kami akan mengujinya terlebih dahulu sebelum dipasarkan atau
membenarkan orang lain menggunakannya. Dari segi reka bentuk pula, kami akan
mengambil reka bentuk alatan yang lama tetapi kami mengubahnya dari segi
pemegang dan bentuk hadapan menjadikan ia 360 darjah.

Kemudiannya kami akan menilai setelah kami siap menghasilkan alatan


tangan (special tool) ini. Kami akan menilai dari segi ketahanan dan ukuran
ketepatan alatan tangan ini, jika ukuran dan ketahanan ini tidak melepasi yang
diiginkan maka kami akan membinanya semula. Alatan tangan kami ini atau dikenali
sebagai special tool akan disahkan oleh penyelia kami sendiri. Beliau akan menilai
dan mengesahkannya. Kami juga akan mengesahkan dari segi kekuatan keluli
tersebut dan kiraan ukuran sama ada teapat atau tidak.
1.5 KEPENTINGAN PROJEK

Sumbangan projek kami ini adalah untuk memudahkan,mempercepatkan


kerja-kerja membuka skru nat dan menjimatkan kos peralatan .Antara,
keberkesanannya Projek kami ini adalah dapat membuat special tool (spana) yang
boleh laras dan mempunyai 4 jenis mata pembuka skru nat dan boleh ditukar- tukar
mengikut kegunaan yang kita inginkan hal ini dapat menjimatkan kos peralatan .

Selain itu,projek ini dapat membuat kerja yang dalam keadaan yang sempit.
Seterusnya mengurangkan kos kerja kerana special tool ini senang untukdigunkan
dan sangat selesa. Di samping itu, sumbangan-sumbang ayat di atas ini akan
membuatkan pengguna alatan ini berpuas hati dan dapat memudahkan kerja-kerja
mereka. Akhir sekali, saya harap projek ini dapat memberi maanfaat yang banyak
seperti mana yang saya harapkan sebagai contoh dapat memudahkan kerja, dapat
menjimatkan kos, dan sebagainya
1.6 SKOP

Projek yang dihasilkan mempunya skop tertentu supaya fungsinya lebih


berfokus dan mampu dihasilkan dalam masa yang ditetapkan. Untuk projek ini skop
kajian hanyalah tertumpu kepada:

i. Alatan tangan (special tool) ini direka bentuk untuk membantu pengguna
menggunakannya dalam keadaan yang sedikit mudah berbanding alatan
tangan lama.
ii. Alatan tangan (special tool) ini boleh digunakan dimana sahaja kita berada
tidak kira dirumah, dibengkel, disekolah atau di mana sahaja.
iii. Alatan tangan (special tool) ini hanya untuk kegunaan formen dan pengguna
yang mahir meggunkannya semasa melakukan kerja membuka dan
memasang skru.
iv. Penilaian keberkesanan Alatan tangan (special tool) ini adalah berdasarkan
maklumat yang akan diambil melalui Data Teknikal semasa pegujian
dilakukan oleh pelajar dan pensyarah teknologi Pemesinan Industri semasa
kerja amali dijalankan.

Anda mungkin juga menyukai