Anda di halaman 1dari 59

MEMBINA MOMENTUM BISNES

Nik Ahmad Kamal (Pok Nik)


MEMBINA MOMENTUM BISNES (PART 1)
.
Apabila kita nak berniaga, antara aspek paling penting yang kita kena jaga ialah MOMENTUM.
.
Kalau kita tak dapat bina momentum kepada bisnes kita, maka bisnes kita akan lama kelamaan
berkubur begitu sahaja. Ini kerana semangat kita telah lama berkubur sebelum itu dan mengheret
bersamanya keyakinan kita terhadap bisnes kita.
.
kebanyakan dari kita memberikan selalu silap dalam prioritizing focus. kawe pun begitu juga.
.
kita dengar orang cakap yang gambar kena cantik, copywriting kena bagus dan macam2 lagi. Jadi
kita pun pergi upah photographer atau graphic designer untuk hasilkan sekeping dua gambar
dengan kos RM200-300.
.
Lepas tu kita buat ads, ataupun kita post dekat profile kita.
.
Tapi kalau kita setakat buat ads RM10 sehari, maka gambar yang cantik itu dan copywriting yang
power tu adalah sia sia. Kerana walaupun ia cantik, ia tidak diketahui oleh cukup ramai orang untuk
membawa momentum kepada bisnes kita.
.
gambar yang cantik, kalau dilihat oleh hanya 200 orang belum tentu akan membawa sale.
.
gambar yang hodoh, jika dilihat oleh 1 juta orang pasti akan bawa sales juga walaupun ia hodoh.
.
Dan kalau gambar yang cantik itu dilihat oleh begitu ramai mata, maka tentulah hasilnya akan jauh
lebih baik. Maka ini bermakna kalau ktia tak sanggup untuk spend lebih sikit untuk iklan, untuk
dapatkan traffic, maka jangan suka2 nak upah photographer atau seumpamnaya, kerana bagi kawe
itu hanya akan membazir masa dan wang.
.
setiap benda ada threshold dia untuk dia mampu berdiri dengan baik.
.
Traffic adalah sangat penting untuk mendapatkan momentum. Lebih cepat kita faham ini, lebih baik.
.
bagaimana nak dapatkan traffic?
.
1. Free Marketing - Sebenarnya tak ada marketing yang free. Kalau kita tak bayar dengan wang,
maka kita bayar dengan masa. Kita kena pilih la yang mana lebih bernilai. Masa kita atau wang kita
yang lebih bernilai.
.
ramai orang suka guna profile fb sekarang ini. mereka add friend sampai 5k dan mengharapkan 5k
orang akan nampak post mereka. apa yang mereka tak faham ialah, mereka sebenarnya
melambatkan perjalanan membina bisnes mereka sendiri. (personal opinion)
.
jika kita ada 5k friends yang kita add sendiri, mereka tu bukan targeted dan kita tak boleh
mengharapkan mereka akan teruja dengan post kita dan terus nak membeli dari kita. melainkan jika
mereka yang request nak add kita sebagai friend kerana berminat dengan content kita.
.
sebagai contoh buleh tengok profile safiey ilias dan puan ainon. follower mereka ada ratusan ribu,
dan setiap kali mereka post, maka beribu orang like dan komen.
.
tapi mereka tak pernah mengiklan di profile mereka. mereka bagi content. mereka hanya ceritakan
kejayaan dan projek orang kuat mereka. dan follower mereka yang begitu ramai ini pakat pakat add
friend dengan i orang kuat mereka ini.
.
dan orang kuat mereka ini iklankan bisnes. disebabkan orang kuat mereka ini di add, maka ia lebih
mudah untuk dapat bisnes kerana trust factor. trust factor adakah fasa terakhir dalam sales funnel
sebelum orang membeli
.
sebab itu sekarang saya tak rekomen buat profile untuk menjual. ia akan meyebabkan peniaga tu
give up akhirnya.
.
kalau nak guna profile, ada caranya. add friend dari orang yang respon pada iklan anda. respon
pada bahagian komen, " add saya di fb ye, jika nak tahu lebih lanjut" -'orang yang add tu adalah
piutang yang targeted. saya tengok produk furmon buat gini. engagement memang tinggi sungguh.
siap ada admin jaga.
.
2. Paid ads - ini adalah cara paling baik untuk dapatkan traffic. Ada banyak boleh pakai paid ads ni,
the vocket pun dah ada paid ads.. tapi saya tak belajar lagi semua tu. saya belajar fbads aje. Dan
saya tak berniat nak belajar paid ads yang lain selagi saya tak pandai fbads - ataupun sehingga
saya dapat keyakinan yang saya akan 99% konfem untung bila run ads.
.
Ini adalah cara paling cepat. ads ni sama je dengan gaji pekerja. Kalau tradisional, kita gaji pekerja
untuk hantar flyers. Yang ni kita bagi gaji kat fb untuk hantar flyers. Rate fb sekarang, satu iklan dia
deliver dia ambik dalam 1.5- 2 sen setiap delivery. Ini yang saya perhatikan untuk niche beauty.
niche lain saya tak tahu.
.
Kalau fb ambik 10 sen setiap delivery pun, kita tak patut kisah pun. Kita bayar aje lah. Habis, kalau
mahal rugi lah.
.
tolong betulkan persepsi kita semua. Kita rugi bukan sebab ads mahal. KITA RUGI PASAL KITA
TAK PANDAI. Hari tu saya pun marah bila ads mahal, bila reach rendah. Tapi sekarang saya tak
kisah sangat pasal tu.
.
yang paling penting sekarang bagi saya ialah PREDICTABILITY. Kita mahu mampu predict banyak
mana kita boleh dapat balik bila kita labur RM kita. Ini yang penting, sebab kalau kita tak boleh
predict, ktia tak boleh kembangkan bisnes kita.
.
Ini pun benda baru bagi saya sebenarnya. Saya pun baru faham yang ni bila saya start buat RND
dalam bulan lepas.
.
Sekarang ini, bila saya dah berjaya menjumpai audience yang betul, CPL (cost per lead) saya
berada pada kadar RM2.20++ . Ini bermakna, saya tahu banyak mana saya kena spend untuk
dapatkan leads yang cukup untuk pastikan bisnes saya ada momentum.
.
Bila saya tahu nombor ni, baru lah saya ada keberanian untuk beli telefon, dan offer gaji. Sebab apa
saya berani nak buat gitu? Sebab sekarang segalanya sudah CALCULATED.
.
Sekarang dah "bukan hentam keromo -> malas belajar -> balik solat hajat -> pastu nanges apasal
susah sangat nak berjaya."
.
Jadi sekarang saya berani untuk
1. beli telefon
2. gaji operator
3. restock produk ikut kemampuan
4. bagi komisen
.
Barulah akan ada tindakan yang konstruktif. Selagi kita tak jelas jalan kat hadapan, maka kita tak
akan berani untuk mengembangkan bisnes. Sebab kita buta.
.
Saya ada 3 profil lain yang saya guna untuk promo produk satu masa dulu.. kerja saya add friend,
pastu profil dah jadi macam katalog.
.
satu ketika saya suka wassap masuk, lepas tu saya jadi benci bila wassap masuk. Sebab wassap
masuk bermakna saya akan sibuk. Dan masalahnya, saya tak akan dpat keluar dari kesibukan itu,
sebab saya tak boleh gajikan orang kerana saya tak boleh ukur keberkesanan kempen saya.
.
so, saya berhenti buat profile dan saya hanya promote ikut ads sahaja. Inilah yang akan saya
lakukan. Selagi mana saya boleh ukur, selagi itulah saya boleh rancang macamana company saya
akan membesar dan dekat mana nak dibesarkan dulu, dan pekerja bahagian apa perlu disediakan
dulu.
.
MOMENTUM -> PREDICTABILITY -> HIGHER MOMENTUM -> CLEARER PREDICTABILITY
====END 1.51PM 30 september 2016 ====
* 10 kali edit untuk proses tambah content
good luck kawan2. :)

.
.
NEXT ( mungkin next post)
-paid ads
- scaleability
- support system
- jangka pertumbuhan
- going wide
- strategi closing wide
- going deep
- diff closing approach
- penjimatan kos iklan
- retargeting simple
- pematuhan prinsip sales funnel
.
-bersambung (nanti kawe edit sambil2)
MEMBINA MOMENTUM BISNES (PART 2)
CUSTOMER ACQUISITION AND RETENTION
- perihal mendapatkan dan mengekalkan pelanggan.
.
tak ada pelanggan = tak ada bisnes
.
oleh itu aktiviti yang teramat penting sekali ialah medapatkan pelanggan dan yang lebih penting lagi
ialah mengekalkan mereka.
.
dalam urusan mendapatkan pelanggan kita boleh pilih samada kita mahu go WIDE ataupun go
DEEP.
.
go wide ni lebih mudah sikit, dan dia tak renyah, dan ramai orang lebih suka go wide. Saya ada test
beberapa big player, ikan ikan jerung dalam marketing ni.. dan memang hampir kesemua yang saya
sempat test, mereka ini go wide. Dan mereka langsung tidak go deep atau cuba go deep.
Dalam peringkat awal bisnes, kita memerlukan cashflow. Cashflow adalah seumpaman raja. kalau
cashflow kita tercekik, maka bisnes kita akan mati. Model bisnes tu hebat macamana pun, produk tu
terbaik di dunia pun... itu semua tiada guna. Bila duit habis, bisness x boleh jalan.
.
Disebabkan keperluan kepada cashflow ini, maka suka tak suka kita terpaksa go wide. Bagi
kebanyakan orang, ini adalah isu survival.
.
Untuk go wide, perkara pertama yang kita kena buat ialah price structure.
.
Harga jual mestilah paling kurang 3 kali harga modal. Malahan ada yang sehingga 5-7 kali harga
modal. Ini kerana margin harga yang tinggi ini diperlukan untuk memainkan strategi GOING WIDE.
.
contoh.
.
Harga modal produk = RM12.00
Harga publish RM120.00
.
Untuk go wide, kita akan main dengan bajet yang besar. Mungkin RM2000 sehari atau RM1000
sehari atau mungkin lebih. Setelah mereka jumpa setting yang betul , mereka akan pump iklan
dalam jumlah yang besar, dan mereka akan dapat leads dalam 500-700 leads sehari. Closing rate
mereka juga adalah agak tinggi.. mungkin dalam 300 parcel sehari.
.
Ini normal bagi mereka. Dan adalah agak mudah untuk closing terutamanya rakyat malaysia jika kita
bermain dengan sentimen harga / diskaun / penjimatan / special offer / tawaran terhad dan
seumpamanya.
.
Ada kajian sebenarnya. Tawaran paling menarik untuk orang asia ialah tawaran harga dan
penjimatan - 34%, yang nombor dua pada 27% saya tak ingat apa dia. Kualiti jatuh nombor 3 pada
19%.
.
Sebab itu kalau kita closing pakai permainan harga, kita akan mudah close.
.
contoh.
.
mesej 1: Hi sis, terima kasih kerana menghubungi kami... bla bla bla.. harga sebenar produk ini ialah
RM120 untuk satu set bla bla bla... tapi sekarang kami ada PROMOSI dan sis akan JIMAT lagi
RM30. Untuk hariini sahaja.. Harga yang ditawarkan ialah RM90 sehingga jam 11.59 malam ni.
.
sapa2 yang dapat di close, dia dah dapat customer level 1.
.
selang beberapa hari, atau dekat gaji, dia akan bagi mesej lagi "hi sis, saya ada berita baik untuk
sis. hari ni hari jadi bos. Jadi bos bermurah hati untuk bagi harga diskaun tak masuk akal . 50%
diskaun!!
.
tak pernah lagi bos buat perangai macam ni sis. kalau sis nak, saya boleh simpankan untuk sis.
.
maka berbondong bondong lah orang akan beli.
.
maka dia dapat close customer level 2 dan kutip duit lagi kat situ.
.
tapi dalam database dia, masih ada ramai lagi yang belum membeli. Biasanya, golongan ini, buat
apa pun, memang tak akan beli, kecuali kita buat harga offer yang melampau lampau tak masuk
akal. Dan kita boleh buat harga offer yang melampau tak masuk akal ni, sebab harga kita adalah
sebenarnya dah markup 1000%.
.
so, dia akan tunggu hari hari istimewa, contohnya Merdeka. Dan dia akan buat merdeka sale.
.
Sis, sempena merdeka sale ni, company ada buat offer merdeka. sis akan dapat 50% off dan buy 3
free 1. Jadi sis akan dapat jimat sangat sangat. Harga biasa RM120 untuk seketul je. Tapi kali ni sis
akan dapat 4 ketul dengan harga RM180 aje. Murah sungguh tu sis.
.
ayat lebih kurang macam tu lah. Dan dia akan dapat close satu lagi golongan./
.
alhamdulillah selesai satu cycle. dan mereka akan terus buat iklan untuk dapatkan leads yang
banyak.
.
Setakat yang saya tunggu, proses ni biasanya ambil masa dalam 2 bulan. Sekarang saya dah
simpan nombor tu selam setahun dan dia berhenti setakat 3 atau 4 offer..
.
Ini bermakna, selepas 3 atau 4 offer, leads itu dibuang kerana leads itu tidak perform.
.
kehebatan kaedah ini, kita akan dapat duit dengan cepat dan dapat kembangkan company dan
dapat kumpul modal untuk strategi baru. Dengan duit yang ada ni, company akan buat iklan tv,
paper dan billboard.. tapi itu semua adalah proses mendapatkan pelanggan baru. Pelanggan atau
prospek lama sudah ditinggalkan.
.
produk-produk one off memang sesuai dengan pendekatan sebegini. Produk yang panas sekejap,
produk rebrand, produk dari china banyak yang sesuai dengan pendekatan hit anda run ni.
.
Tetapi kalau kita ada produk yang boleh mengekalkan customer secara life time, kita tak boleh go
wide. Kita mesti go deeep. Sebab kita nak dia beli lagi dan lagi dan lagi dan lagi.
.
Dengan go deep.. kita akan dapat LIFETIME CUSTOMER. Kita tidak lagi akan sentiasa tercari cari
lubuk baru customer, sebaliknya customer tu akan bawa lebih ramai customer kepda kita. .
.
company besar yang gah tidak bermain wide. mereka bermain DEEP.
.
NEXT - GOING DEEP - target customer for life
MEMBINA MOMENTUM BISNES (PART 3)
.
GOING DEEP - pre-requisite - mempersiapkan diri.
.
semasa kawe buat testing hari tu, kalau tak silap kawe, kawe ada beli sampai 10-15 produk dari
pelbagai niche. Kawe tengok diorang ni dok post parcel menimbun nimbun.. jadi kawe ingat mesti la
diorang ni power. Kawe tak faham kenapa diorang boleh buat sale macam tu punya banyak
sedangkan kawe sendiri tak mampu.
.
Mungkin sebab kawe newbie - kawe ingat kawe tak pandai. Jadi kawe pun sibuk la nak belajar itu
dan ini. Antara yang kawe buat ialah kawe pergi pada page2 yang ada 50k like, 70k likes dan kawe
tengok dia punya post yang buat ads.
.
Kawe tengok, takde la power sangat post dia tu. Tapi kebanyakannya gambar memang cantik la.
Ayat pun, biasa2 aje.. maknanya kawe rasa kawe pun pandai buat ayat macamtu.
.
so kawe fikir mesti closing dia hebat.
.
Tapi kawe tengok closing dia pun xde la hebat sangat. Takde la kawe sampai dapat rasa WOW
FACTOR ataupun dapat rasa KEAJAIBAN.
.
Jadi kawe fikir mesti follow up dia power.kawe pun tunggu lah apa mesej dia nak hantar .. dan kawe
tengok mesej yang dia hantar pun biasa biasa saja.
.
Sekali lagi kawe kecewa. kawe masih lagi mencari apa benda yang buat dia boleh jual begitu
banyak produk. MESTI ada keajaiban kat mana mana.
.
fikir punya fikir.. kawe pun cakap. "oooo mesti sale banyak tu sebab dia dapat customer baru dan
juga repeat sale yang tinggi. Mesti dia ada kaedah hebat untuk jaga pelanggan sedia ada. Kawe pun
tak fikir panjang, kawe beli aje 5-6 produk.
.
Dah sudah beli produk tu... tiba2 dunia terus sunyi sepi. Senyap senyap senyap.. maka kawe
tahulah bahawasanya mereka pun tak ada program untuk jaga customer yang dah beli.
.
.
Start hari tu .. kawe faham satu benda baru.
.
KAWE SEBENARNYA TAK TERUK MANA. walaupun kawe tak ada sales ratus ratus parcel sehari,
kawe sebenarnya tak teruk. apa yang diorang dok buat tu, insyaallah kawe pun mampu buat juga.
.
Start dari hari tu, kawe tidak lagi fokus kepada APA YANG TAK CUKUP dalam diri kawe. Sebaliknya
kawe fokus kepada dengan apa yang kawe dah tahu dan ada ni, kawe juga just as good as them.
.
Kawe ingat lagi masa kawe pergi pergi makan dengan saudara Khairi Ariffhensem kat kampung
baru. kawe cakap kat dia, kawe tak suka share apa2 kat fb, ataupun tulis apa2 kat fb. (sempat juga
paw kebab dia secucuk haha)
.
Dia senyum aje. Lagipun kawe nampak dia memang lapar sungguh masa tu. Tapi dia cakap simple
aje lah.. suka tak suka kawe kena share. nanti kita akan mula nampak hasilnya
.
anyway, cerita ni tak penting.
.
Yang penting ialah kena start dengan PERCAYA dengan kemampuan diri dulu.
.
seriously abe.
.
kita kena setel this part.
.
Lepas tu everything is history. Sebab sebenarnya kita tak perlu tahu banyak sangat pun nak buat
apa. Kita just buat aje. Dan bila dia dah starrt momentum, kita macam otomatik nampak apa next
step kita.
.
Sekarang ni kawe ada 3 biji telefon untuk buat closing. baru semalam kawe dah register lagi 2
phone untuk di jadikan phone closing.
.
kawe ada 10 orang part timers yang sedang berkongsi telefon. Kawe tak nak diorang dapat banyak
sangat leads pada masa ni sebab bagi kawe masa ni masa untuk diorang buang buruk.
.
Kawe cikgu dan kawe kerja makan gaji, jadi kawe tak dapat nak duduk monitor dia dari pagi sampai
malam. Kawe hanya akan jumpa dai sekali sehari sahaja.
.
Jadi kawe kena pastikan diorang tu akan dapat dalam 5 leads sahaja sehari supaya dia buat silap
dengan 5 orang sahaja. lagipun diorang student lagi. kawe tak nak kacau masa dia study. Lagipun
masa ni hanya pendedahan sahaja, diorang belum kerja lagi secara rasmi. Tapi gaji dan komisen
tetap juga kawe bagi
.
Esok kawe akan bagi lagi 2 phone. Dan pada masa tu akan ada 5 phone yang akan beroperasi.
Insyaallah kawe akan dapat layan lebih banyak leads selepas ini.
.
KPI kawe tak tinggi. kawe nak 1 telefon layan 20 leads sahaja sehari. Orang lain 3 telefon untk layan
600 leads sehari, tapi kawe nak satu telefon layan 20 leads sahaja.
.
Kena ingat. Kawe nak GO DEEP. kawe memang tak nak budak2 kawe layan terlalu banyak
whatsapp sehinggakan yang ada kat tangan tak layan betul2.
.
target kawe ialah untuk pakai 10 telefon, dengan setiap telefon layan 40 leads sehari. Insyaallah itu
akan lebih dari cukup untuk kawe capai 6 angka sebulan.
.
yang penting kita kena tahu kenapa kita buat sesuatu.
.
kawan2 yang kawe muliakan... GOOD LUCK. This one is for you.
NEXT - GOING DEEP- falsafah mengekalkan pelanggan.
.
p/s: kawe dah tak baca cerita orang. kawe tengah sibuk tulis cerita kawe.
MEMBINA MOMENTUM BISNES (part 4)

The power of predictability

Segalanya bermula 17 September baru ni bila kawe start buat RND baru. Masa tu kawe nak cari kos per
lead yang workable. Of course kita nak CPL yang rendah supaya kita boleh maximize untung.

Tapi jangan tertipu dengan CPL yang rendah kerana dulu kawe dok teruja dengan cerita cerita orang
dapat engagement 0.001 dsb sehinggakan bila kawe tengok engagement kos kawe yang tinggi, kawe jadi
tak berani nak scale up ads.

Kos iklan tidak penting. Kalau iklan mahal, kita kena kerja dalam ruang lingkup iklan yang mahal. Kalau
dah setahun nak dapatkan kos iklan yang murah tak dapat dapat maka kita kena fikir balik samada figure
yang kita nak capai tu betul2 relistik ataupun tidak.

Kita tak sepatutnya terlalu peduli dengan kos iklan. Kita patut fokus kepada PREDICTABILITY. Jika ktia
boleh predict outcome yang mungkin kita capai, maka kita boleh scale up.

Fasa 1 RND 17-23 september

sales 2075

ads 521.58

overhead 909

modal produk 1245

profit/loss = -600.58

Masa ni kawe tak pakai operator. Yang ni kawe close sendiri. Di fasa ni kawe hanya nak tahu operating
cost untuk memasarkan produk kawe ni. Dan pada minggu tersebut, kawe telah rugi RM600.

Rugi RM600 ni tak apa. Ini adalah harga untuk kawe beli data. Daripada data yang kawe dapat kumpul,
kawe sudah tahu operating cost kawe.
.

Kawe juga dapt nampak beberapa demografi pelanggan kawe. Selain dari tu, kawe juga dapat test
beberapa pendekatan dalam closing prospek.

ktia tak akan dapat data secara percuma. Kita suruh fb bekerja carikan datan untuk kita. RM600 adalah
murah kerana dari RM600 tu kita boleh tahu jalan lebih mudah untuk dapat 6 angka pendapatan
insyaallah.

bagi kawe ia adalah pelaburan yang baik.

Selesai 23 september, kawe sudah ada beberapa tools yang sangat mahal dalam tangan kawe.

- demografi audience yang lebih precise

- skrip closing yang paling perform - kawe test 3 jenis pendekatan.

abe mungkin tertanya2 mana kawe boleh dapat idea sampai boleh test 3 jenis skrip.... kawe kumpul
semua skrip orang lain, masa kawe beli 15 jenis produk dulu tu abe. Ayat diorang memang ada la yang
best.. yang tu kawe pakai la.

dan kawe ada 3 version yang kawe boleh test.

Diperingkat ini, kawe terpaksa bertungkus lumus siapkan SOP dan Job scope untuk team closing kawe,
sebab kawe rasa macam kawe boleh dapat untung kalau kawe boleh tingkantkan keupayaan untuk layan
pelanggan.

Harus diingat, kalau kawe layan 1 wassap sehari, ataupun layan 100 wassap sehari.. overhead kawe
tetap sama. . Sewa kedai, bil telefon, bil api, gaji pekerja.. semua tu kekal sama. Jadi kawe mesti buat
supaya kawe boleh layan lebih banyak wassap.

Peringkat pertama - kawe guna 3 telefon. Ini berlaku dalam RND minggu yang berikutnya.
.

RND 26-30 september 2016

Kawe buat iklan pada anak murid kawe... dan ada lebih kurang 15 orang yang berminat. Kawe cerita
lebih kurang kat dalam wassap dan akhirnya kawe dapat 9 orang yang nak datang untuk tahu lebih
lanjut.

Kawe dah cakap kekosongan yang ada hanyalah untuk 4 orang. Tapi yang datang 9 orang. kawe cakap,
kamu semua dengar dulu penerangan dari saya. Lepas tu kamu semua balik dan fikir. kalau kamu terima,
kamu jangan macam2 nak berhenti sekerat jalan sebab kawe dah invest duit beli telefon dan subscribe
postpaid.

budak2 tu jawab ok.

Esoknya... kesemua 9 orang tu nak. Phone ada 3 aje.

masak kawe.

Rupanya bagus juga begitu. Kawe cakap kat diorang, yang kawe tak tahu lagi samada diorang boleh
handle ataupun tidak , jadi 3 orang kongsi 1 telefon. Dan kawe hadkan kepada 15 leads sahaja sehari
untuk 1 telefon, bermakna satu orang kena layan sebanyak 5 leads sahaja.

Diperingkat ini kawe tak ajar macam2. Kawe tak suruh diorang key in order atau buat apa2 task. Kawe
suruh diorang fokus biasakan diri guna apps dalam telefon tu.

Selama seminggu kawe jumpa diorang setiap hari dan tengok satu satu kat mana kelemahan dan
kekurangan . alhamdulillah diorang dapat ikut.

Minggu ni kawe dapat rasa untung sikit


sales 3238

ads 364.97

overhead 909

modal produk 1560.6

profit /loss 403.43

Untung ni tak dela best sangat

yang paling bestnya .. diorang excited.

Diorang excited bila ada orang masukkan duit dalam akaun. Tak pernah lagi jadi dalam hidup dia, ada
orang masukkan duit dalam akaun. Walaupun tu akaun kawe, tapi diorang seronok sebab diorang
memainkan peranan sehingga duit tu bergerak masuk

Kawe nak diorang rasa duit tu. So pada hari jumaat tu, ketika tutup kedai, kawe bagi insentif gaji pada
diorang. Dapat la sikit sorang. Dan atas sale tu juga, kawe bagi lagi komisen sales pada dia.

Sambil2 meeting tu, ada pula sales masuk RM369. Kat situ juga kawe bagi komisen pada budak tu.

expression dia masa dapat duit tu - PRICELESS.

Bila berurusan dengan manusia.. kita kena tambat hati. Kita kena buat dia nampak bahawasanya kita
ambil berat mengenai mereka. Kita kena fair dengan diorang. Kita tak boleh paksa diorang kerja macam
kuli.

Jadi kawe cakap pada diorang, pukul 9 kedai tutup. Tutup telefon. jangan jawab apa2 mesej. waktu kerja
dah habis, itu dah masa mereka dan kawe kena hormati masa mereka.

Insyaallah kalau kita hormat diorang , diorang akan hormat kita bailk. Ktia tak perlu tension dgn staff....
kita dan mereka berda dalam team yang sama.
.

Alhamdulillah, minggu tu bisnes kawe untung. Walaupun untung tu sikit, tapi ia dapat cover operasi
pada minggu tersebut.

apabila kita dapat nampak bahawa ia ada potensi, barulah kita boleh rancang setakat mana kita nak
cuba run ads kita.

PROJECTION 3-7 OKTOBER 2016.

berdasarkan kepada kemampuan semasa. kawe akan gandakan sebanyak 3.5 kali.

ads spend kawe akan buat RM1200++

untuk dapatkan dalam 320 leads dalam 4 hari ni.

target kawe ialah untuk mendapatkan 11k. Tapi kalau kawe dapat sales dalam 10k pun, itu dah capai
target kawe. Kalau sale 10k seminggu, sebulan dah boleh capai 40k.

Ok sangat untuk newbie macam kawe.

Bukan sales tinggi yang penting. Jangan salah anggap.

sales tinggi tu x penting.

Yang penting ialah KITA TAHU APA YANG KITA BUAT SAMPAI SALES TU NAIK BEGITU ATAU JATUH
BEGITU

Good luck kawan2.

.
P/S: abe, ini eksperimen aje tau. kawe tak tau lagi betul jadi ke tidak tau... jangan ambik 100%, situasi
kita tak sama
MEMBINA MOMENTUM BISNES (PART 5) - episod : Tenang abe, abe kan anak jate...
.
Buat sales ni kadang2 macam main forex juga rasa. Nampak macam nak naik, dia pegi drop.
Nampak macam mendatar, dia jadi naik mencanak canak.
.
kalau dalam forex, kita tengok indicator dan signs untuk menentukan dia berkencederuangan untuk
turun ataupun naik. Dalam sales pun kena buat perkara yang sama.
.
Kawe nak ulang lagi sekali. Figure sales tu tak penting. Yang penting ialah KENAPA FIGURE
SALES TU JADI BEGITU. Kalau abe tak boleh lagi sampai tahap tak tahu kenapa figure sales jadi
seperti yang dia jadi.. abe tak boleh jadi tok bomoh sales lagi.
.
kalau abe jadi jugak, alamat sales tak tau kemana, untung tak tau kemana. Produk duduk bawah
katil, tokey dok minum kopi bincang dengan loser yang lain pasal ekonomi sekarang lembab dan
orang dah takde duit dan fb algorithm dah meracau, mark zukebeg anti melayu... dan macam2 lagi
topik selain dari topik faham angka.
.
kawe tau abe..
.
sebab dulu kawe pun begitu. kawe tengok kos ads tinggi, kawe sibuk nak cari kos 0.01. Diorang ni
pun satu hal juga, dapat 0.01 bukan lagi heboh screeshot bagai.
.
Bila tanya buat macamana, dia tak cakap. Bukan dia tak nak cakap, dia pun tak tahu kenapa jadi
0.01. Pastu bila engagement jadi 20sen, 30 posen, singgit... senyap aje kat rumah.. keluar minum
teh tarik konon cool.
.
abe jangan jadi macam tu tau.
.
Abe kena focus satu aje buat masa ni... belajar baca nombor.
.
==============
Sales - 0.00 -> 1401 -> 3454 -> 564
.
ingatkan sales akan naik ke 5k atau 6k. Sedap aje kawe tarik line buat graf projection dan mimpi
indah2. Tapi hakikatnya sales tak naik begitu. Sales berlaku kerana SIMULASI yang kita berikan.
Semuanya bergantung kepada emosi.
.
kawe tahu kenapa kawe punya sales naik ke 3454 dari 1401 dan kawe tahu kenapa sales kawe
jatuh ke 564 pada keesokan harinya.
.
kawe ada beberapa kumpulan database.
.
database satu - sebelum 4 oktober 500 orang
database 2 - 4 oktober 80 orang
database 3 - 5 oktober 90 orang
database 7 - 6 oktober 103 orang
database 5 - 7 oktober 89 orang
.
Semua database ni kawe hantar mesej lain lain. mesej dia tak sama, sebab dia masuk dalam funnel
kawe pada masa yang berbeza. Bila masuk minggu kedua, kawe gabung la mereka semua masuk
satu database
.
kawe dah ada jadual siapa patut dpat mesej mana, so budak closing kawe ikut aje jadual tu. Alah,
bukan payah pun abe.. abe tapi aje dalam excel... tarik sikit, dia jadi la list. Kalau tak pandai excel
jangan komplen pula abe... pergi belajar.
.
pada malam 5 oktober tu kawe dah blast satu mesej follow up yang agak mengerikan pada
database 1 - 500 orang tu.pagi esoknya, sebelum subuh dah ada sale 1k. masuk ikut online form.
so, kawe tahu la mesej follow up tu boleh bawak sale, so kawe simpan ketat ketat. itu akan jadi
senjata kawe nanti. Tugas kawe nak cari 20-30 senjata.. boleh la kawe layan database kawe sampai
setahun pun.
.
Malam ni kawe belanja la kawan2 mesej beracun tu. tengok link ni
.
http://bit.ly/2dIa6Cz
.
jadi bila masing2 tengok gambar pompuan tumbuh misai, emosi memang terganggu la bang.
Berapa ramai beli full set yang RM369 tu. Tengah bulan pun sanggup keluar duit, 2 orang swipe kad
kredit. Itu power kalau main emosi.
.
Lepas tu kawe rehatkan database besar tu dan kawe hantar mesej follow up day 2, day 3, day 4
pada databse kecik2 tu.
.
=======================================
.
cerita kat atas tu cerita kecik aje abe. Itu cerita teknikal, sapa sapa pun boleh buat. Cerita kat bawah
ni yang penting.
.
So sekarang plan kita dah tak jadi
projection kita dah lari
untung takde, rugi memanjang
.
apa nak jadi pada plan tu?
.
abe nak scrap buang plan tu ke abe? pastu tanya sifu sifi serata malaysia apa nak buat?
.
jangan macam tu abe. Kita anak jate.
.
Bila kita dah buat satu plan, kita dah rangka sungguh sungguh , tak tido malam buat kerja, perah
otak kita.. kita kena bagi peluang pada plan kita untuk sampai ke penghujung. Kita mesti nilai
kekuatan dia dan kelemahan dia. Bila game dia dah habis barulah kita fikir apa patut kita buat
dengan dia. Nak teruskan atau nak stop atau nak baiki.
.
Jangan sibuk pergi cari ebook pastu beli pastu ikut aje cakap orang dalam ebook tu ... pastu buat
sekerat jalan aje.
.
tak boleh macam tu abe.
.
Apa jadi kalau kita dah tak boleh menampung kerugian tu? kerugian tu besar sangat?
.
Sapa suruh main besar besar sedangkan kita tak tahu hujung pangkal bisnes kita/ potensi plan kita
dok kat mana?
.
main la ikut kemampuan kita supaya plan kita tu dapat sampai ke penghujung sebelum kita sampai
ke peringkat kita kena exit dan cut loss.
.
Kira elok elok abe.
.
MATEMATIK TAK PERNAH MENIPU
.
jangan malas kira, sebab nanti kena kira juga last last tapi kira dalam kerugian.
.
===================================
Secara dasar, kawe gembira walaupun kawe tak dapat capai apa yang kawe harapkan.
.
dalam masa 4 hari operasi kerja, kawe dapat
1. untung RM1433.90 setelah ditolak SEMUA kos bisnes kawe (boleh la = kalau sebulan mungkin
untung dalam 5k kot)
2. kawe ada lagi 326 leads yang belum membeli
3. budak2 kawe, kawe dapat bayar komisen 612.90
4. bisnes kawe dapat jalan walaupun kawe duduk kedai kopi baca buku.
.
===========================================
APA KAWE NAK BUAT SEKARANG?
1. kawe nak improve conversion rate kawe supaya kawe boleh close at least 40% dalam 3 hari
pertama. Skrip kawe akan kawe optimize balik.
2. kawe nak cari targeting baru untuk berlawan dengan targeting yang sedia ada sekarang. Mungkin
target yang ada sekarang dah dekat habis gas
3. kawe akan buat copywriting baru untuk insta pula.
4. kawe akan test mungkin 10 grafik baru - ini konfem bakar dalam 100-200 senang senang.
.
.
GOOD LUCK KAWAN2.
p/s: kawe tak tahu apa kawe merapu kat atas tu. kawe tak edit dan tak cek balik apa kawe taip.
Kalau ada salah silap .. kawe mintak maaf ye.
p/p/s : ini cerita eksperimen abe. Jadi kawe tak tahu dia jadi macamana kalau abe buat... hari ni jadi
macam ni, esok jadi lain... jadi berhati hati abe ye
MEMBINA MOMENTUM BISNES (PART 6)
.
Perkara paling penting yang kita kena tahu ialah NOMBOR. Please abe, tolong jangan malas
dengan yang ni.
.
Dulu poknik x pernah peduli pasal nombor, poknik buta dengan bisnes poknik sendiri. Bila jadi
macam ni, sale masuk banyak mana pun, kawe tak tahu samada kawe untung ataupun rugi.
.
Duit ada banyak kat tangan sebab sales masuk, tapi kawe memang tak tahu kemana nak dihalakan
duit tu. Memang la patut simpan duit tu, tapi poknik mana boleh tengok duit sangat...
.
abe pun gitu, kalau abe tak celik nombor bisnes abe sendiri.
.
Kawe nak cerita pasal optimizing ni sebenarnya, tapi sebelum kawe cerita yang ni, kawe kena ajak
abe abe buat costing dulu. Kalau tidak benda ni tak boleh jadi.
.
Kita kena senaraikan kos bisnes kita abe. Segala kos yang terlibat dalam bisnes kita. .
.
Dalam buku yang kawe baca {kawe x ingat dah tajuk dia) , ada 3 jenis kos yang kita kena
perhatikan.
.
cuba tengok post ni : https://www.facebook.com/qalbun.saleem.…/…/10205355624010664
.
the price you charge per product,
the volume of products you sell,
the cost of making business happen
.
3 kos ni je nak jaga. Kos yang kita nak tengok ialah kos untuk menjalankan bisnes kita.
.
apa yang terlibat dalam kos memastikan bisnes kita berjalan?
.
1. gaji - ini melibatkan gaji semua pihak yang bekerja untuk menjalankan bisnes kita. Termasuklah
kita abe. TERMASUK KITA. Abe jangan buat kerja takde gaji tau.
.
Kalau company tu takde duit lagi, tulis juga gaji kita. Tapi company x bayar lagi, company bayar bila
ada duit. 2 tahun lagi, bila company dah ada sale 200k ke, ambik la gaji abe tu dengan tunggakan 2
tahun. Pergi la enjoy kalau nak enjoy.
Itu hasil kerja keras abe. ITU HAK ABE. kenapa kita bagi gaji pada semua orang tapi pada diri
sendiri tak bagi gaji pulak?
.
Jangn pula abe ambik duit company, duit tu duit company, bukan duit abe. Jangan ambik. Set kan
gaji. Ok abe?
2. sewa bangunan - buat kerja dalam rumah sendiri, ambil la sewa RM200 sebulan .. boleh buat gitu
abe. Tak dosa. Tak masuk neraka. Abe bayar duit rumah 1500 sebulan setiap bulan, bisnes tu kena
la sewa dari abe dan ringankan beban abe sebagai tuan rumah.
.
3. Abe guna kereta buat pergi uruskan bisnes, kena la bayar sewa kereta tu pada tuan punya
bisnes. Sebab itu bukan kereta milik syarikat, itu milik abe sebagai individu
company xde duit nak bayar? sapa suruh bayar.
orang suruh rekod. Buat la bisnes betul2.. pastu bila bisnes dah berjaya boleh la claim sebahagian
dari company. Jadi dia masuk akaun dan ada pengecualian cukai. Bukannya cucuk duit dari ATM
dan cakap pada diri sendiri bahawa kita dah kerja keras dan kita berhak atas duit tu.
.
memang la kita berhak.. tapi cara kena betul.
.
4. bil- bil .. bil api, streamyx, telefon tu sapa bayar? company la bayar sebab buat kerja company.
Kenapa pulak nak tarik dari poket abe dan guna duit peribadi abe pulak?
kalau tarik duit abe pun xpe, itu makna bisnes tu berhutang dengan abe.
5. Semua perbelanjaan untuk menjalankan bisnes mesti dipertanggungjawabkan keatas company.
Sebab itu kerja company. Abe adalah sebagai pekerja kepada company walaupun company tu milik
abe.
6. abe pergi seminar dan segala macam urusan bisnes, itu patut bisnes yang tanggung. Bukan abe.
Cuma buat masa ni bisnes tak boleh bayar lagi. Takpe la. Buat betul betul. Nanti bisnes dah kukuh,
abe claim la dari company.
.
itu cara dia abe. Bila abe dah tahu kos untuk menguruskan dan menjalankan company, maka yang
lain jadi makin senang. Sebab abe tahu berapa banyak tanggungan abe.
.
bisnes jalan ke tak jalan ke, kos yang perlu untuk menjalankan company tetap ada. Walaupun
pekerja dia goyang kaki sebab sedang xde kerja, gaji dia kena bayar abe. termasuk lah gaji abe.
.
Pagi tadi laptop kawe rosak. Bisnes ada duit sikit saja. Kawe tak nak ambik duit company sebab
kawe nak guna duit tu untuk ambik stok, dan buat ads dan lain lagi.
.
Jadi kawe pun caj pakai kad kredit RM 2976.00 - maka bila ada duit sikit bisnes ni akan bayar pada
kawe. Kawe dapat duit kawe balik, laptop tu adalah hakmilik bisnes kawe. kawe beli laptop bagus
untuk bisnes kawe asus i7 8gb ram - jangan kedekut dengan bisnes sendiri abe...
.
Dari sini, kita akan tahu untung rugi kita, dan operational cost kita. Dan dari situ boleh la kita buat
pricing strategy yang betul.
.
Barula tak ringan sangat mulut cakap beli satu RM100, kalau beli dua RM120.. seadangkan ktia tak
tahu kos kita yang sebenar. Kos modal beli barang tu isu lain abe. Semua kos pengurusan bisnes
kena masuk dalam harga barang yang kita jual.
.
buleh abe? kemah abe.
.
malam ni abe kira semua kos bisnes abe setiap bulan.
.
kos bisnes kawe RM3800 sebulan . Ini termasuk gaji operator, gaji kawe, sewa kedai, bil telefon,
streamyx dll.
.
Ini kos berulang yang kawe kena tanggung. Kos iklan dan marketing belum masuk dalam RM3800
ni.
.
abe siapkan kos pengurusan bisnes abe dulu malam ni... nanti esok kawe guide untuk kira hok lain
pula insyaallah.
MEMBINA MOMENTUM BISNES (PART 7)
Hari tu masa mula mula buat RND, kawe kena ejas semua sekali sendiri. Masa tu memang hidup
kelam kabut lah.
Ads kena buat sendiri, page kena jawab sendiri, wassap pun layan sendiri jugak. Key in order, cek
akaun, rekod transaksi dan macam2 lagi.
CEO memang kerja dia begitu sebab dia Chief Everything Officer la katakan..
.
Setelah kawe mendapat hasil yang kawe agak berpuashati, maka kawe mula buat write up SOP,
JOB SCOPE dan KPI. Masa tu memang sedap la taip sebab kita dah lalui semua dan kita faham
semua.
.
Kawe dah lalui semua proses dari produk kat tangan kawe sehinggalah produk tu sampai kat
customer, pecah kat tangan poslaju, hilang tak tahu kemana, produk tak bawa kesan pada dia dan
macam lagi.
.
Pendek kata kawe dah ada skrip dan jawapan untuk itu semua. Bagaimana nak buat bila blue tick
saja, bagaimana nak buat kalau begitu dan begini.
.
berhari hari hari hari hari kawe menaip. Otak berpusing ligat memikir senario dan membayang
keadaan yang kawe dah lalui. Sebab kawe nak kena pastikan bila kawe bina team closing nanti,
kawe akan boleh guide dia bila customer tanya tu
.
Maka siapla SOP kawe dan kawe pun mula jalankan.
.
Tapi outcome yang anak buah kawe buat, tak sama dengan outcome yang kawe dapat. Walaupun
kawe dah bagi nota dan kawe dah bagi penerangan dan kawe dah cerita berulang kali.
.
Sabar abe. Benda ni memang sepatutnya jadi begitu. kita dah belajar bertahun bagaimana nak buat
ni, of course budak tu tak mampu buat sebaik kita buat
.
soalannya sekarang... ape kita perlu buat?
.
=====================================
1. Kita kenalpasti kat mana kita boleh improve. Senaraikan satu satu dan kecilkan scope dia, supaya
setiap tindakan menyelesaikan satu masalah yang spesifik.
.
Kawe tak kisah sangat pasal targeting dan iklan kawe sangat dah sebab kawe dah capai kos per
lead yang kawe nak dah. Tapi CPL ni pun tak akan bertahan lama. Seminggu dua aje, dia akan jadi
mahal sebab iklan tu dah basi. Orang yang sama dah tengok iklan kita berulang kali. Jadi dia dah
tak klik.
.
bila tiba masa tu, kawe akan tukar iklan lain pula , tukar gambar dan tukar headline dan
seumpamanya.
.
Tapi itu tak susah sangat, sebab ia tak melibatkan orang lain.
.
Yang kritikal sekarang ialah bagaimana kawe nak meningkatkan conversion rate closing team kawe.
.
kawe perasan beberapa perkara.
1. ada banyak perlanggaran SOP - keakuran SOP kawe tengok hanya pada kadar 70% - kawe kira
stiap mesej yang masuk tu.. dari 100 mesej ..memang ada lebih kurang 30-35 perlanggaran SOP
samada di peringkat fasa 1 interaksi pelanggan atau fasa 2 atau fasa 3 closing.
.
2. kawe tak boleh salahkan budak tu. diorang buat yang terbaik dah. cuma belum capai standard.
Solution kawe, - kawe jumpa sorang sorang dan tunjuk satu satu. Kawe buat satu nota yang ada
screenshot dan tunjukkan apa patut buat di setiap stage.
.
Alhamdulillah, keakuran SOP meningkat. TAPI SALES MASIH RENDAH.
.
3. bila pematuhan SOP telah berlaku tapi KPI masih tak dapat di capai, maka masalah adalah
terletak pada instrument yang kita guna. Dalam kes ini, skrip closing kawe.
.
4. skrip closing kawe ni, kawe buat berdasarkan kepada pemahaman kawe mengenai bagaimana
pelanggan mahu dilayan. Tapi bila kawe dapati cara layanan kawe itu tidak mendatangkan hasil
yang sepatunya, maka pemahaman kawe mengenai cara pelanggan patut dilayan adalah tidak lagi
tepat.
.
5. maka kawe kena ubah falsafah kawe mengenai customer service. kena baca buku balik kawe ni.
.
6. kawe tak nampak masalah pada mesej follow up kawe, kerana ia bukan berfungsi untuk close
tetapi untuk educate pelanggan kawe. Jadi, kawe tak akan ubah yang itu. Yang kawe akan ubah
ialah skrip awal kawe supaya lebih cekap dan lebih convert.
.
7. Bila dia dah lebih convert kawe kena kembali balik kepada targeting dan copywriting kawe pula,
sebab kawe tak boleh berterusan menghantar iklan yang sama pada audience yang sama dan
mengharapkan hasil yang berbeza. Itu tak masuk akal.
.
8.mengoptimasi kerja ni adalah satu kerja yang berterusan dan berulang sehinggalah kita jumpa
satu setting dan cara kerja yang menghasilkan hasil yang konsisten untuk satu jangkamasa yang
lama. Masa tu boleh mula berfikir untuk mengembangan produk line kita pula.
.
ada satu kesimpulan yang kawe nak highlight kat sini pada kawan2 - setiap masalah ataupun
kelemahan yang ada dalam bisnes kita, bila ktia selusuri balik kita akan dapati IA TETAP
BERPUNCA DARI KITA SEBAGAI BISNES OWNER.
.
Jadi jangan marah,
jangan tension
jangan kecewa.
JUST DO SOMETHING ABOUT IT.
insyaallah akan OK
.
doakan kawe ye kawan2. Mungkin atas asbab doa rakan2, bisnes poknik boleh melonjak ke bintang
kejora.
.
Sementara dia nak melonjak, poknik kena bersengkang mata. Insyaallah tak payah mana ni. Buat
satu satu satu satu satu satu satu satu
.
.
.
FOLLOW KAWE KAWAN2... KITA PANJAT SAMA2. JANGAN BACA SAJA....
MEMBINA MOMENTUM BISNES (PART 8)
.
Hari ni ialah hari yang kawe tunggu tunggu. Kawe tau dah, dia akan datang bertimpa timpa.
.
1. kawe discover hari ni bahawasanya skrip closing kawe tak boleh pakai. Patut la conversion kawe
rendah. Kawe kena ubah balik segala gala yang kawe dah buat berkenaan closing.
.
2 sales funnel kawe pun flawed rupanya. Semua tu kena start balik.
.
3. SOP kawe..., KPI kawe.. semua tu kena set balik. dan kawe kena buat balik RND kawe.
.
4. Takpe, kawe buat balik satu satu. Kawe buat balik. Kalu kena buat balik 1000 kali pun kawe buat.
Kawe tak kisah. Sebab kawe buat ni bukan sebab orang lain. Kawe buat ni untuk kawe jugak, untuk
family kawe, untuk legasi kawe
.
5. Orang lain x faham kedudukan kawe, kawe x kisah. Kawe tahu kawe nak capai apa, dan kawe
takde buat onar pada sapa sapa. Kawe buat kerja kawe.
.
6. hari ni budak closing kawe berhenti kerja 6 orang.
.
7. So, kawe akan cari pengganti, dan start balik kerja yang kawe dah buat selama 2 minggu setiap
hari.
.
8. Letih ko abe? Letih la. Tapi letih yang ni kawe tak kisah.
.
============================
Abe,
.
kalu abe baru rugi 2-3k, abe nak berhenti.. abe x payah meniaga la abe.
.
Yang kawe kena hadap sehari dua ni, bukan benda besar pun abe. Ini lah yang Allah hantar supaya
kawe cukup kuat untuk dapat apa yang kawe nak.
.
kawe dah duduk dan tulis macam2 dalam buku nota kawe... cari sebab apa jadi macam ni, dan apa
kawe patut buat.
.
5 mukasurat abe... list benda yang kawe kena buat. Takpe la.. kawe buat satu satu satu satu satu
satu.
.
Abe abe sekelian... abe kena bersedia untuk gangguan gangguan plan abe. Ia memang akan
berlaku.
.
so petang tadi, tutup semua ads... back to drawing board.
.
.
ALHAMDULILLAH......BRING IT ON.
.
.
good luck abe
MEMBINA MOMENTUM BISNES (PART 9) - Mencari kesempurnaan

hari ni kawe sehari suntuk pening duduk memikirkan bagaimana untuk mengatasi conversion rate yang
rendah untuk closing. Bukan mudah untuk menulis satu respon yang akan membuatkan orang nak beli
dari kita.

kawe ingat cikgu kawe ajar kawe masa kawe sekolah dulu... "kalau nak belajar bawak kapaleterbang,
kena belajar dengan pilot."

ini memang tepat.

so kawe pun sedang fikir la apa yang kawe patut buat.

apa yang kawe faham ialah setiap sesuatu yang kita buat .. ia adalah berpaksikan kepada falsafah hidup
yang kita pegang. Ini bermakna jika falsafah hidup yang kita pegang tu merupakan falsafah yang
cenderung kepada kejayaan, maka kita akan dapat kejayaan. sebab falsafah itu lah yang menentukan
tindak tanduk kita.

dan tindak tanduk kita akan menentukan hasil yang kita dapat.

Kawe tak pernah pandai menjual.

Jadi kalau ikut pada ilmu falsafah ni, kawe perlu tukar falsafah kawe mengenai jualan, mengenai
persuasion, mengenai kehendak pelanggan, mengenai hampir segala aspek berkenaan closing.

Kawe kena UNLEARN semua sekali yang kawe faham mengenai closing. Sebab kalau kawe tak unlearn,
setiap penambahbaikan yang kawe cuba buat tak akan membawa sebarang hasil selagi mana kawe tak
ubah believe system kawe.

.
kawe kena cari orang yang believe system dia berbeza dari kawe kerana cara dia kerja juga akan berbeza
dari kawe. Dan cara kerja yang berbeza ini akan membawa hasil yang berbeza

==================================

abe,

kalau bisnes abe stuck dah lama kat takuk yang sama... ini sebab abe pegang falsafah yang salah.
Falsafah abe tu untuk hasil yang banyak tu aje abe

abe kena grow abe.

abe kena jadi somebody else, satu identiti baru.

kawe bukan nasihat abe ni tau, kawe nasihat diri kawe. Sebab selagi kawe tak ubah, kawe stuck kat sini.

abe pergi baca dan jumpa orang2 dalam industri yang jauh lebih berjaya dari abe.. dan abe cari
pendapat dia yang abe tak setuju.

abe cari cara kerja dia yang abe tak buat.

abe tanya apa yang dia fikir dan kalau abe tak pernah fikir pasal tu sebelum tu, maka itu lah yang
sebelum ni merupakan batu penghalang kepada abe

mungkin abe kata produk abe tak sesuai kalau jual dengan cara tu. Mungkin abe kata produk abe ni
sesuai untuk orang jenis ni dan jenis tu aje

hati hati abe. Abe hanya sekadar membuat serkap jarang abe.

abe buat yang tu abe.


abe buat yang abe tak pernah buat

abe buat yang abe tak pernah setuju abe

lepas tu abe tengok apa hasilnya abe, dan abe sesuaikan dengan jiwa abe.

CHALLENGE YOUR ASSUMPTIONS abe.

sebab tanggapan abe lah yang menyebabkan abe duduk kat situ abe.

=============================

sekarang kawe tengah masuk kelas closing dan kawe suka sebab approach dia jauh berbeza dengan
approach kawe. total opposite.

kawe suka sebab apa yang kawe baru belajar tu tak mungkin akan kawe fikirkan kalau kawe tak jumpa
dengan orang yang tak setuju dengan cara kawe.

good luck abe!

p/s Kawe tengah edit lagi ni abe... x abis lagi mmikir nye ni
MEMBINA MOMENTUM BISNES - PART 10

bab merancang kempen

(POKNIK REPOST - sebab post asal, fb dah block sebab dia cakap spam. poknik x nak info ni hilang, jadi
poknik post sekali lagi)

poknik tak tahu cara kawan2 rancang kempen marketing kawan2. Tapi cara poknik tak komplikated.
simple saja.

a word of caution. Poknik tak tahu cara poknik ni betul atau salah. Poknik pun x peduli kalau salah pun,
bukan ada sapa2 pun dekat2 poknik yang poknik boleh refer, poknik kena balun aje. Pm kawan2 pastu
bikin sorang2.

anyway...

tengok gambar. Itu poknik punya performance untuk october. Takde la power. Ads pun gila tinggi kos
untuk sale yang sekadar macam tu, tapi poknik happy.

sebab target poknik untuk breakeven aje.Kalau untung tu dah kira bonus.

sekarang ni, CPL poknik ialah dalam RM2.-RM3.50 .. figure ni poknik dah happy.

yang poknik tak happy ialah closing ratio poknik. Closing rate memang rendah- 15.7% je.

so target poknik ialah untuk naikkan conversion rate yang ni.

selama 4 hari yang lepas poknik dah eksperimen dengan beberapa skrip, termasuk skrip percuma dan
juga skrip berbayar. Alhamdulillah, respon adalah agak baik, tapi closing masih jugak kekal pada tahap
15-18% sahaja.
.

Bila poknik sembang dgn kawan2 seperjuangan, rata2 cakap poknik kena push untuk capai closing rate
80%

WOW!!!

poknik rasa macam impossible. Tapi, dah member poknik dapat capai, maka itu la KPI yang poknik kena
target. So sekarang ni, isu tuning ni tak habis.

Poknik ada beli skrip yang closing rate dalam 80%, dan poknik modelkan closing skrip dan juga
procedure closing sperti dia. Dan dia pun cakap skrip poknik dah ok. I should be able to close anybody.

Alhamdulillah closing rate naik. Tapi masih lagi jauh dari mencapai 80% conversion.

so sekarang ni poknik ada syak yang leads yang poknik dapat tu, kemungkinan besar tak sesuai.
Maknanya dia respon pada ads kawe, tapi dia bukan sepatutnya yang poknik patut approach. Maknanya
ads poknik tu sendiri tak sepatutnya pergi pada diorang.

Apa yang poknik dapat simpulkan.. targeting poknik memang pergi pada orang yang minat skincare dan
suka beli skincare. Tapi golongan ni tak akan beli skincare poknik. Sebab skincare poknik ni standard
premium, jadi diorang tak akan beli yang harga agak tinggi.

Jadi, poknik syak yang targeting poknik ada sikit tak tepat. Poknik kena tengok balik avatar poknik dan
buat sedikit refinement kepada data customer research.

kalau kawan2 tak reti lagi buat avatar, atau buat customer research tolong BERHENTI BUAT SEMUA
BENDA dan pergi belajar benda ni dulu.

.
Dalam google bersepah nota pasal ni.Tapi kalau nak cepat dan nota terarah, pergi beli program si khairi
arif tu. Kat situ dia ajar habis pasal ni.

Jangan dok macam2 sangat tanya macam2 soalan. Poknik pun belajar kat sini juga haritu. ulang tengok
video dia 10-15 kali sampai faham.

Poknik GERRRENTIII.. dapat setel faham pasal bab ni.. kawan2 memang sengih aje la bila orang sembang
pasal targeting dan kenali pelanggan ni.

Kalau masih x boleh buat, maknanya masih tak faham. Pergi tengok lagi dan lagi dan lagi dan lagi

kalau nak beli program untuk belajar, jangan buat perangai lama.. dan beli tak tengok, tak study, tak
buat. pastu beli ebook lain pula.

Jadi poknik nak ejas balik targeting poknik dan copywriting poknik supaya lebih tepat pada custoemer.
poknik nak tengok balik video ni 2-3 kali lagi.

anyway balik kisah asal.

3 hari ni poknik nak buat beberapa benda ni.

1. whatsapp balik semua prospek yang senyap dan tanya dia betul2 dia minat lagi ke tak. Kalau tak nak
beli, cakap tak nak. Poknik nak kategorikan diorang ni sebagai tak nak.

2. poknik nak telefon sorang sorang yang dah beli. Dan poknik nak tanya kenapa dia beli. Dan kenapa dia
repeat sale, Dan apa dah jadi pada dia

3. Poknik nak tapi ebook - pasal membina momentum bisnes. Setakat ni dah dapat identify 23 chapters
dan setiap chapter ada dalam 3-6 subchapters.

.
ebook ni boleh pecah kepada banyak kategori.... insyaallah boleh siap ebook ni. Boleh juga kutip duit
sikit. Share pengalaman dan tips and tricks.

Poknik nak cerita start dari mula mula ambil botol pertama produk tu sehingga boleh buat sale 6 angka.
Poknik pun baru 5 angka baru sale poknik. Tapi poknik dah tahu dah camana nak dapatkan 6 angka
insyaallah. Nak kena siapkan beberapa perkeara aje.

GOOD LUCK kawan2.

p/s: agak2 laku tak ebook tu? heheehee

abe,

abe rekod tau nombor nombor tu abe. Kalau abe tak tahu abe dok kat mana, macamana abe nak tau
abe nak pergi mana?
MEMBINA MOMENTUM BISNES - PART 11
TQ partner...
poknik tak mampu urus semua. kawan kawan pun jangan uruskan semua.
berpartner dengan orang yang betul. bermula dengan betul ketika masih kecil.
GOOD LUCK!!
===========================
Partner poknik ni sebenarnya classmate poknik masa sekolah dulu. Masing2 bawak haluan
masing2
.
Tapi kalau dah takdir, dia memang akan datang balik. Tak guna ada bisnes kalau semua sekali kita
kena buat
.
2 tahun poknik stuck sebab poknik x peduli akaun. Poknik x peduli sebab poknik x pandai dan xde
disiplin akauan.
.
cari la partner. tapi itu bukan benda mudah.
MEMBINA MOMENTUM BISNES - PART 12
Risiko untuk bisnes memang banyak. Biasanya apabila kita mula rasa selesa, pelawat akan datang
dan mula mncari kelemahan kita. Tutup awal2 silap2 lampau. Mungkin kena keluar belanja sikit, tapi
kepala dah ringan sebab tak perlu fikir tentang risiko ini lagi.
==============================
DOSA DOSA BISNES 2014 DAN 2015 KENA TUTUP.
jangan tunggu abang long datang.
**gambar sebagai hiasan sahaja
teka teki... apa yang SEMUA orang kaya ada?
company sdn bhd.
slow2 bikin abe, 3-4 tahun lagi kita buka sdn bhd ok... kita bina dulu.
MEMBINA MOMENTUM BISNES - PART 13
.
JANGAN SUKA TUKAR NICHE ATAU PRODUK
.
kalau tidak abe tak akan dapat ada folder ni kat komputer abe. Dalam banyak2 benda, isi dalam
folder tu la yang paling mahal dalam komputer kawe.
.
abe nak buat apa pun abe buat la... asalkan abe buleh ada folder ni.
.
GOOD LUCK ABE!!
.
.
p/s: orang lain nak tunggang langgang kejar setiap produk HOT dalam pasaran pergi la kejar.. kawe
setia buat produk kawe sampai siap profiling kawe
MEMBINA MOMENTUM BISNES - PART 14
.
-kenali aset aset penting kita dan lindungi dari segala ancaman, samada ancaman dari kebodohan
diri sendiri ataupun ancaman dari hasad dengki orang lain
=================================
PASTIKAN BACKUP SEMUA LEADS YANG DAH DAPAT
.
tak kisah la diorang tu beli atau tidak,
yang penting, backup perlu di buat setiap hari.
kita tak tahu apa akan jadi, mungkin phone kita hilang, atau phone kita kena curi oleh orang yang
berniat tidak baik terhadap kita.
.
Apabila dia dapat telefon kita, dia boleh padamkan semua sekali. Dan usaha kita selama berbulan
bulan buat ads dan kumpul leads hilang begitu sahaja.
.
Ada yang kena sabotaj dengan pekerja sendiri
.
Ada yang hilang nombor sebab silap sendiri.
.
Tapi semua ini tak akan berlaku kalau kita jadikan satu disiplin untuk backup semua nombor yang
kita dapat kumpul.
.
Nombor ni adalah aset bisnes kita. Jaga betul betul. Backup setiap hari.
.
Hari ni dapat backup 894 leads - poknik dah belanja dalam 3-4 k untuk dapatkan leads ni. Bodoh lah
poknik kalau tak backup.
.
Ingat kawan2. Jangan tidur malam ni selagi tak buat backup.
.
GOOD LUCK!!
MEMBINA MOMENTUM BISNES - PART 15

Wujudkan bisnes sampingan yang kecil sebagai satu persediaan.

bisnes kita boleh jatuh tiba tiba

kita sendiri pun boleh jatuh sakit tiba tiba

wujudkan satu entiti bisnes dimana kita hanyalah sebagai seorang fasilitator dan tidak memainkan
peranan aktif dalam aktiviti bisnes tersebut.

biarkan mereka berdikari, biarkan mereka buat semua dan advise apa yang patut dilakukan seterusnya.

jangan jadikan bisnes anda bergantung kepada sosok tubuh anda.

=================================

akhirnya wujud juga team labuan. alhamdulillah.

bila sorang sorang kami semua hanya bakal membazir masa.

duduk berempat kongsi projek yang sama, insyallah akan ada kekuatan.

kejayaan insyallah akan datang.

selamat datang team!

Mohd Azizi

Fidry Aizam

Hafi Salleh

kita sama2 belajar.

GOOD LUCK!!
MEMBINA MOMENTUM BISNES. (PART 16) - CASE STUDY 4-6 OKT

4 oktober kawe bermula dengan rugi, sebab sales xde langsung dari closing team.

Target untuk dapatkan leads pada harga RM3.00 per lead memang dapat on the dot. tepat.- so itu satu
hal yang kawe suka. walaupun xde sales dari sales team.

hari tu ada 3 sales dari pelanggan yang terus membeli melalui link online. alhamdulillah dapat cover.

kos ads hari tu 243.99. ; leads dapat 80; CPL = RM3.05,

loss = RM146.64

tapi keseluruhan opeasi pada 4 oktober tu kawe tanggung rugi. Overhead company x dapat cover, gaji
budak x dapat cover. Tapi kawe ada leads. Jadi lah.

atas kertas nampak rugi, tapi kawe tak anggap rugi sebab aktiviti hari tu ialah aktiviti cari leads untuk
masukkan dia dalam funnel yang kawe nak.

5 Oktober - keadaan elok sikit. sebab dah mula ada sales dari team closing

ads = 236.68

leads = 90

CPL = 2.63

sale= 1401.00

profit - RM301.67

hari ni kawe untung. atas kertas pun kawe untung, kumpul leads puun kawe untung. sebab CPL lebih
murah berbanding sebelum itu.

kalau campur dengan kerugian 4 okt, kawe ada untung sikit dalam RM200. Bagi kawe ini bagus sebab
kawe nak balik modal aje bila aktiviti kumpul leads ni.

.
Kawe tak minat nak panggil aktiviti kawe ni aktiviti sales, sebab kawe bukan nak bua sales. Kawe nak
masukkan leads dalam sales funnel kawe. Harus diingat yang kawe tak berminat untuk dapatkan sales
terus. Kawe nak dia ni jadi lifetime customer kawe, jadi kawe kena masukkan diorang really deep dalam
funnel sebelum dia sampai ke stage buying decisiion.

Jadi kawe memang tangguh nak bagi buying trigger. Buying trigger melalui soft selling kawe start bagi
pada hari kedua. Sebab itu hari ni kawe ada sales 1k. sebab kawe dan mula bagi buying trigger dalam
mesej follow up..

Sales yang datang tu 90% dari aktiviti follow up bila kawe educate dia lebih mendalam tentang
keperluan untuk guna barang kawe.

Disebabkan kawe nak diorang ni membeli for life, kawe tak boleh guna pendekatan "stok nak habis"
atau " harga ni samapi 11.59 mlam ni sahaja" sebab dia akan dapat tangkap kawe menipu bila dia nak
membeli sekali lagi.

Jadi kawe kena main strategi lain iaitu bawak diorang masuk dalam dalam dulu sebelum bagi buying
trigger.

bila sales kawe naik dari 0.00 ke 1403, maknanya buying trigger kawe pada day #2 tu agak effective. Dan
kawe berharap pada day#3 nanti, buying trigger kawe akan membawa lebih banyak sales.

Alhamdulillah, sales hari ke 3 naik lebih tinggi berbanding hari ke 2.

6 OKTOBER 2016

ads - 257.13

leads -100

CPL - rm2.50

sales - RM3454.10

profit - 1513.08

.
Day 3 apabila dia masuk lebih dalam lagi kedalam sales funnel kawe, kawe akan bagi buying trigger
sekali lagi. Buying trigger untuk day 3 ni kerja dia untuk memperkuatkan lagi hujah buying trigger day 2
kawe.

Jadi kat sini, isu tu dah di momokkan dengan lebih kuat lagi oleh kawe.

Alhamdulillah sales naik lebih sekali ganda kepada RM3454.10. Sales figure ni tak penting. Yang penting
ialah kawe tahu buying trigger kawe tu effective.

Bila kita merancang strategi closing, mesej2 closing kita perlulah disandarkan pada kedudukan dia dalam
sales funnel kawe. Kawe kena tahu apa mesej kawe nak bagi pda dia sebelum dia wassap kawe lagi. Dan
sebelum kawe buat iklan lagi.

sales funnel kawe bukan complicated, sapa2 pun boleh buat.

day 1: kenali masalah, bagi solution, bagi info produk , bagi harga, ucap selamat malam.

day 2: produk kawe sebagai alternatif kepada yang ada dalam pasaran

day 3: realisti industri kosmetik - bahaya kosmetik bahan kimia

day 4. penggunan growth hormone dalam kosmetik dan kesannya.

day 5 risk reversal - money back guarantee

day 6 customer advantage and savings

day 7 - day 15 masih dalam perangkaan dan susun menyusun

bayangkan kalau kawe dapat siapkan sampai 15 buying triggers dan setiap buying trigger tu
menguatakan antara satu sama lain. Ini akan meningkatkan conversion rate kawe.

KPI kawe ialah 70% conversion rate. Ini bermakna kawe nak 70% dari orang yang wassap kawe tu
akhirnaya akan membeli . Dan 70% yang dah membeli tu akan terus jadi customer for life.- sebab dia
faham produk kawe sama macam kawe faham produk kawe. Semua yang kawe tahu dan kawe suka
mengenai produk kawe, kawe akan ceritakan .

itu target kawe.

masa mula2 dia wassap kawe, kawe tak kisah pun dia beli pun tak. objektif kawe, nak suuh dia tahu
produk kawe. kalau kawe dapat bagi harga, maka ia dikira bonus.

ini untuk awareness semata2

untuk hari kedua baru lah kawe buat perbandingan dan tunjukkan produk kawe sebagai alernatif. - kawe
tak nak dia beli sebab kawe bagi tawaran tak masuk akal ataupun dia beli sebab dia terpengaruh dengan
iklan.

kawe nak dia beli kerana dia tahu produk kawe tu adalah pilihan terbaik bagi dia. Kawe kena educate
betul2 sebab tu lah kawe tak boleh main permainan harga/diskaun/ scarcity/ limited time.

sebab kawe target untuk makan lama.

day 1 sales = 0.00

day 2 sales = 1400

day 3 sales = 3454.

Kawe harap kawe dapat sales 5k pada hari ke -4

. ini adalah THE POWER OF PREDICTIBILITY

.
MEMBINA MOMENTUM BISNES (PART 17 ) - bermula dengan betul

kawe repost dari profile kawe yang lama, mungkin ada kawan poknik kat sini yang pening belum dapat
connect the dots dan tak nampak the big picture lagi.

Abe kena usaha untuk dapatkan helicopter view version abe sendiri yang abe faham. Ini helicopter view
yang kawe faham, dan kawe catat beberapa bulan dulu.

Kalau kawe tak tulis atas whiteboard satu satu dan bina satu satu, kemungkinan RND kawe pun tak
boleh nak jalan sebab terlalu banyak bahagian yang tidak disediakan.

Anyway, abe tak perlu buat semua. Abe dapat buat sebahagian pun dah ok abe. Kawe pun dapat buat
sebahagian aje.

p/s: abe beli la whiteboard satu abe. . Beli yang besar. Untuk bisnes abe juga.

================================

2 Julai 2016 9.24 pm

Pada mulanya poknik nak sambung cerita malam tadi iaitu tentang bagaimana poknik study manual
internet marketing dari US tu... tapi poknik rasa poknik nak share yang ni dululah... sebab poknik rasa
ramai kawan2 poknik yang dok pening x tahu macamana nak marketkan produk dan post mengarut2 kat
facebook dengan harapan boleh dapat engagement.

anyway, apa2 pun yang nak buat, kita kena bersistem dan ada step by step dia. Kita tak boleh hentam
keromo.

kalau kita hentam keromo... alamatnya kita akan payah nak berjaya, dan merasa kecewa.

.
kat bawah ni nota poknik pada anak2 dropship dan mini stokis poknik. Diorang la yang poknik tengah
bimbing sekarang supaya dapat bergerak dare zero ke hero. Insyaallah Allah akan bagi rezeki pada yang
sungguh2 berusaha.

bisnes x perlukan duit modal

bisnes perlukan modal kesungguhan dan strategi yang betul.

takde duit tak apa. Jangan x ada rancangan.

P/S: gambar tu papan putih kat rumah poknik. Poknik guna sebagai idea board. Baru dapat pakai. Bulan
lepa poknik jumpa whiteboard orang buang. Poknik bersihkan dan paku kat dinding rumah poknik.

Kalau tak tulis rancangan kita dan tengok hari2... kita akan hilang arah dan mula buat kerja caca merba.

semoga rakan2 poknik kat sini berjaya.

=====NOTA UNTUK ANAK DROPSHIP=======

Assalamualaikum wbt.

Malam ini saya nak ceritakan sikit dekat mana kita berada sekarang dalam fasa marketing.

** tolong salin masuk buku nota dan faham betul2 sebab setiap kali kita nak buat kerja nak marketkan
produk, kita kena melalui proses ni satu persatu

Sekarang ini kita berada di fasa 1 - SEEDING MARKETING

Kat sini kerja kita ialah menabur benih, dan menyemai dan menyiram. Masa ni kita tak patut expect
untuk dapat rasa buah yang manis lagi. Ini bukan masanya. Masa mengutip hasil ialah ketika fasa lain.

(kadang2 kita dapat juga sale masa fasa ni)


.

Seeding marketing ada 6 bahagian

1. Testimonial

2. Behind the scene

3. Tips relevan

4. Story

5. Authority

6. Credibility

Content yang berkaitan dengan yang atas tu perlu diletakkan di merata tempat sebab kita nak tarik
traffic dan bina followers

Platform kena ada

1. Website / blog - paling penting dan mesti ada (nanti saya cerita bagaimana guna dan saya guide bila
tiba masanya nanti)

2. fb profile

3. fb page

4. ig

5 dan lain lain.

Cara:

1. update seeding post di blog.

2. Share di page (bukan post)

3. share di profile (bukan status update)

4. share di ig
5. share di platform2 lain.

Nak buat yang ni pun kadang makan masa juga. Tapi boleh makan lama. Nanti saya tunjuk contoh
bagaimana ada sorang kakak tu dapat makan dah berbelas tahun dari blog dia.

kandungan content

1. Testimonial

- kesan selepas

- sebelum / selepas

- video

-printscreen

2. Behind the scenes

- staf / anda bekerja

- gambar stok

- Mesin

- orang lain yg terlibat sama (3rd party - contoh abang poslaju , customer cod dll)

3. Tips relevan

-gambar banyak

- Numbers

- fakta2

-problem and solution

4. Story
- Your story (PALING PENTING) case study, product review, journal guna produk, day 1 sampai day 30
dan seterusnya

- Customer's story

5. Authority

- positionkan diri sebagai pakar dalam bidang tu

- Award yang dapat

- sijil2

- artis / selebriti/ pemimpin guna produk tu

6. Kredibiliti

- Paper

-majalah

- TV

- Event (kiosk, booth, exhibition, convention

- badan kerajaan (jakim, kementerian dll)

- Lab test

- Your character (gelaran diri... bagaimana membina persona dalam alam media sosial. Saya guna
persona poknik. Tuan tuan guna persona bagaimana?)

Tengok profile, tengok page, tengok ig- post yang ada tu dia seeding untuk bisnes ataupun menunjukkan
kita tak tahu nak tulis apa?

p/s: jangan tulis mengarut2.. nanti nampak macam badut

Disini kita nak capai 2 objektif

1. membina trust
2. membina raving fans

1. Membina trust

- Reply semua komen dan pm; ucap terima kasih; inbox kalau perlu untuk establish rapport

- Question and answer - buat FAQ

- Galakkan pandangan dari audience - raikan perbezaan pendapat; galakkan perbincangan sihat-
tunjukkan kita pakar dalam bidang tu. Buat research untuk merespon. Jangan ikut sedap mulut. (jangan
malas)

2. Create Raving Fans

- bina character diri

- consisten update (mesti ada value- jangan merepek)

-story post ( buat penceritaan- kisah hidup, pengalaman dll)

-premium content post - post sesuatu yang sangat tinggi nilai yang biasanya orang hanya akan dapat
kalau bayar.

contoh: post macam yang saya buat sekarang ni.

Sapa nak sales mencanak2 yang x boleh stop, sila konsisten buat ni dulu dalam seminggu dua ni.

boleh tengok contoh profile - search dan buat see first. Tengok

1. faiz sufi

2. abe nazz daimyo

3. peniaga jalanan

.
**jangan rasa kerdil. Diorang pun bukan lahir terus pandai. Buat la secara konsisten, nanti tuan tuan pun
akan pandai juga.

Bagilah peluang pada diri tu. Jangan asyik nampak kelemahan diri saja. Tak payah buat tu... member2
dan orang lain kat luar tu dah hari2 asyik tengok kelemahan kita aje. Kita tak perlu sorang lagi untuk
tunjukkan kelemahan kita.

Baiklah, ini semua profile yang saya ikut untuk tengok cara dia bina pengikut. Bila kita dah ada pengikut
yang ramai, bila2 masa boleh berbisnes.

jangan bazir masa buat aktiviti yang tak tahu halatuju- buat apa pun, biar ada sebab dan ada tujuan.

GOOD LUCK!!

================================

Poknik harap nota ini dapat bawa manfaat pada kawan2. Kalau belum ada step by step lagi bagaimana
nak bermula, boleh guna ni dulu.

nanti dah banyak sikit study, boleh adjust dan buat sistem marketing sendiri yang kawan2 lebih selesa

poknik doakan kawan2 rajin serajin rajinnya dan berjaya hasil dari rezeki yang Allah turunkan akibat dari
kerajinan tuan tuan.

padan muka. Sekarang dah terpaksa berjaya. AMINNNN

2 Julai 2016 10.07 pm –


MEMBINA MOMENTUM BISNES - PART 18

Sampai hari ni, sale untuk 2016 RM237,092.04 - jumlah tu besar tapi poket poknik kosong.

- poknik x jaga akaun. Jadi bisnes poknik walaupun dah jana 200k jualan, ia tak akan dapat bantu poknik.
Malahan poknik jauh lebih teruk dari sebelum mulakan bisnes.

Lesson - Jaga akaun dari hari pertama lagi.

Dulu poknik jual satu produk yang laku keras juga la. Dan masa mula mula tu, poknik buat ads sendiri,
dan poknik closing sendiri, dan sale poknik pun kira ok la juga. Tapi poknik x dapat lepas sales volume
yang tinggi sebab kemampuan poknik adalah sangat terhad.

Suka tak suka kita mesti dapatkan bantuan dan freekan diri kita untuk bina dan develop bisnes kita.

Jadi poknik pun, minta tolong kawan poknik untuk tolong bungkuskan produk dan pos. Poknik akan bank
in duit setiap hari untuk perbelanjaan pos dan elaun

so, sale naik.

Tak lama selepas itu, orang mula datang meyerah diri dan minta untuk jadi ejen dropship.

secara mendadak sales naik. Kesilapan poknik kat sini ialah poknik stop marketing poknik. Ads tutup, dan
closing pun x buat dah. Memang masa tu indah, sebab kerja poknik hanyalah approve order saja. Sales
masuk agak laju,... Sebenarnya tak laju sangat, tapi sebab poknik x perlu buat apa2, maka poknik happy.

.
Lesson : jangan sekali kali berhenti marketing sendiri. Bila kita berhenti marketing sendiri, kita berada
dalam keadaan yang sangat vulnerable dan sangat berisiko.

Bisnes kita tak akan mati selagi mana kita ada marketing team kita sendiri yang boleh perform. Bisnes
kita ialah milik kita. Dan semua orang yang menumpang bisnes kita, perlu kita anggap sebagai
sementara. Jika mereka mahu datang kita alu alukan dan berikan servis yang terbaik yang kita mampu.

Lesson : Ejen dropship bukan merupakan golongan yang mempunyai daya juang yang tinggi. Mereka
akan jual satu barang ketika barang itu hot. Selepas itu bila barang hot yang lain datang, mereka akan
pergi hurung barang tu pula.

Lesson : ejen memang akan minta macam2. Kita jual produk A, dia kata kalau produk A ni macam ni
macam ni memang lagi mantap. Last2 kita beli stok, dia hilang tak tau kemana. - Jangan dengar cakap
orang, jangan tunai permintaan orang. Sentiasa tengok nombor.

Bukan semua ejen dropship macam tu. Tapi terlalu ramai yang macam tu.

Ramai juga yang sebenarnya join dropship sebab nak ambil peluang. Mereka join dropship, beli barang
pada harga diskaun dan tinggalkan kita.

Lesson kat sini, sentiasa ambil yuran komitmen. Ini bermakna, kita elakkan mereka dari ambil
kesempatan atas baik hati kita.

Bagi rakan2 yang merupakan ejen dropship - anda perlu mula menukar falsafah perniagaan anda. Kalau
anda masuk bisnes, belajar marketing sebab nak buat duit lebih, maka lebih baik kalau pergi kerja part
time. Selagi tak tukar mindset... rakan2 dropship akan kekal kat situ.

Ramai aje ejen dropship yang sekarang ini dah jadi jutawan, dan dah upgrade diri. Tukar gameplan. Dan
anda akan dapat result yang berbeza

.
Pada satu ketika, hampir semua ejen dah tinggalkan poknik. Setakat yang poknik kira ... sekarang ni
masih ada dalam 4-5 orang sahaja yang masih setia ikut poknik.

Poknik punya falsafah simple aje.... walaupun poknik tak pandai sangat, poknik akan bagi yang terbaik
pada ejen poknik.

Janji no 1 poknik ialah , muka ejen poknk didepan customer mereka adalah priority poknik. Poknik rugi
pun xpe asalkan ejen poknik x hilang maruah depan customer. Tapi ini semua ada syarat la.

Sebab itu buat masa ini, poknik sediri tak buka pun lagi bisnes poknik kepada dropship. Tapi kalau
mereka nak join, poknik benarkan, itu tak ada masalah.

Sebenarnya punca utama kenapa poknik x buka lagi kepada dropship ialah poknik mahu siapkan sistem
dulu. Bila sistem dah siap, closing pun dah proven, dan poknik yakin yang ejen dropship boleh untung,
barulah poknik nak buka secara official.

sambung cerita..

Sale untuk produk A, makin lama makin teruk. Sebab poknik pun x buat marketing. poknik masa tu
terpaksa buat crisis control. Untuk mengelakkan kecederaan yang lebih parah. Poknik dah nampak
problem, tapi poknik x solve problem tu, sebab poknik kena setel perkara yang lebih kritikal

Tapi, bisnes apa apa pun memang akan mati jika kita tak ada control terhadap marketing kita sendiri.
Jangan sekali kali mengharap pada orang lain untuk uruskan marketing kita. Ada benda baru yang
bersinar sinar ... mereka terus lompat pergi. Itu hakikat yang kita mesti terima. Sebab mereka tak share
passion dan vision kita

Apabila keadaan dah meruncing, barulah poknik mula ambil produk lain untuk di pasarkan. 3 bulan
pertama memang paling parah, sebab masa ni masa cari tuning. Kalau dapat balik modal pun dah bagus.

.
Pada ketika cari tuning ni juga lah projek pertama poknik diisytiharkan 100% mati.

Lesson kat sini... jangan tunggu produk tu dah dekat nak mati baru nak buka bisnes baru. Bina satu
audience dalam satu niche dulu. Bila perlu, audience dah tersedia dan pemasaran dah boleh dijalankan
tanpa perlu bina audience baru. Sentiasa semai audience. Tak ada produk tak apa. Produk mudah cari.
Petik jari aje, produk dah dapat. Audience benda seksa bang.

benda yang paling mahal ialah bina audience.

Alhamdulillah sekarang ni, poknik dah jumpa audience profile yang berpotensi. Ada 3 kumpulan
semuanya yang poknik dok jalankan serentak. Dan mereka semua berpotensi. Bulan ini, poknik anggap
sebagai bulan untuk mengesahkan samada audience yang dah bina tu betul2 bagus ataupun tidak..

Sale dah naik dari 9k pergi ke 45k - ini masih game ikan bilis. poknik belum lagi sale besar tau kawan2.
Kawan2 harus ingat, sale tinggi tidak bermakna keadaan itu baik. MAS pun sale ratus juta setahun. Tapi
rugi billion.

Jangan tertipu dengan sales figure. Itu semua takde nilai.

Yang ada nilai ialah

NET PROFIT

ROI

CPS

CPL

CAC

CLOSING RATE

dan metriks metriks yang sebeingi.

.
.

Target poknik, november ni nak cuba capai 60k sales. Poknik tak nak naik dengan terlalu mendadak,
sebab ini akan bawa masalah lain kalau segmen lain dalam bisnes poknik ni tak di upgrade.

Siri nota MEMBINA MOMENTUM BISNES fasa 1 sudah sampai ke penghujung. Fasa 1 ialah mencari
momentum awal. FAsa 1 ialah survive.

Poknik nak bina siri nota MEMBINA MOMENTUM BISNES fasa 2 pula. Perjalanan ke SALE 6 ANGKA
SEBULAN.

nak pergi ke tahap baru, kena mindset baru, kena gameplan baru.

GOOD LUCK!!

. P/S: poknik harap 1 januari 2017 poknik terpaksa daftar GST


Disusun Oleh:

FB :Che Adzha

Anda mungkin juga menyukai