Anda di halaman 1dari 10

1.

JENAYAH ROGOL
Definisi:
Rogol boleh didefinisikan sebagai suatu perbuatan atau
perlakuan seks ganas seperti memperkosa mangsa khususnya
perempuan secara paksaan atau tanpa kerelaan si mangsa.
Pendahuluan :
Jenayah rogol semakin dahsyat dan berleluasa. Lebih teruk lagi
mangsa diliwat dan dibunuh dengan kejam tanpa perasaan betas
kasihan. Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Meor Chek
Hussein Mahyuddin, 43 kes rogol dicatatkan di ibu negara
sepanjang tempoh enam bulan pertama tahun 2004.
Apa yang lebih menakutkan, sebahagian besar jenayah berat ini
dilakukan oleh golongan remaja lelaki dan mangsa rogol pula
adalah terdiri daripada remaja perempuan termasuklah kanakkanak.
Cukupkah atau wajarkah sekadar perempuan atau wanita disuruh
berjaga-jaga agar tidak menjadi mangsa sedangkan lelaki bebas
melakukan apa-apa sahaja? Apakah pendidikan ibu bapa
terhadap anak-anak kini perlu dikaji semula berdasarkan
pengaruh persekitaran seperti internet, VCD lucah dan
sebagainya.
Kelab Pencegahan Jenayah SMK Pasir Putih menyoroti jenayah
seks, punca dan cara menanganinya.
Fakta Kes :
Berikut adalah, beberapa Fakta Kes Rogol untuk perhatian kita
semua:
Kes 1:
Nurul Hanis Kamil, pelajar tingkatan 4 Sekolah Menengah Datuk
Abdul Rahman Yaakub, Jasin Melaka dirogol dan diliwat sebelum
dibunuh pada 3 Julai 2001 ketika pulang dari sekolah oleh
seorang pelajar
lelaki berusia 17 tahun dari sekolah yang sama.
Kes 2:
5 Julai 2003, Petaling Jaya:
Seorang remaja lelaki berumur 18 tahun dihukum penjara 9
tahun setelah mengaku bersalah merogol adik kandungnya
berumur 15 tahun.
Kes 3:

Mayat Siti Nadirah Budah, kanak-kanak perempuan berusia 5


tahun ditemui dalam keadaan separuh bogel di kawasan paya
yang terletak kira-kira 500 meter dari Kampung Sibuga Besar,
Sandakan Sabah. Mangsa dipercayai dirogol sebelum dibunuh
ketika pulang dari kelas agama pada 7 Julai 2001.
Berikutan kejadjan itu, seorang remaja lelaki berusia 17 tahun
ditahan oleh pihak polis.
Mengapa Jenayah Rogol Ini Boleh Berlaku ? :
Berikut disenaraikan secara ringkas beberapa punca jenayah
rogol
Punca kejadian rogol :
1. Kurangnya pendidikan agama dalam kalangan perogol,
2. Kesedaran akhlak dan moral yang amat rendah,
3. Ketagihan dadah dan minuman keras yang boleh merangsang
seks si penjenayah rogol,
4. Dorongan dan pengaruh VCD lucah dan internet yang amat
berleluasa,
5. Pergaulan yang bebas dalam kalangan remaja lelaki dan
perempuan, dan banyak lagi.
6. Mangsa suka melalui jalan, lorong atau tempat sunyi atau
kawasan semak,
7. Suka menggunakan jalan pintas (short cut) walaupun jalan
tersebut semak samun atau berbahaya,
8. Mangsa suka berjalan bersendirian atau berseorangan tanpa
teman,
9. Mudah menerima pelawaan orang lain dan mudah
mempercayai kata-kata sama ada orang yang tidak dikenali atau
baru dikenali,
10. Mangsa kebiasaannya mereka yang suka berkelakuan yang
boleh menarik perhatian perogol seperti memakai pakaian
mencolok mata iaitu pakaian ketat dan terdedah,
11. Mangsa juga biasanya yang suka berjalan atau berkeliaran
pada waktu malam,
12. Menaiki kenderaan awam secara bersendirian, dan banyak
lagi.

Jenayah Rogol sebenarnya boleh dicegah. Bagaimana ?:


Selain mengenakan hukuman yang berat terhadap penjenayah
rogol, kita, khususnya kaum Hawa, boleh mengambil langkah
awal untuk mengelakkannya :
1. Dengarlah nasihat kedua-dua ibu bapa, guru-guru atau orang
yang lebih tua daripada kita.
2. Pelajari dan amalkan ilmu agama yang diberikan kepada kita,
3. Jangan mudah mempercayai kata-kata orang yang baru kita
kenali,
4. Jangan sekali-kali mengikuti orang yang kita tidak kenali,
5. Elakkan berjalan secara bersendirian,
6. Jangan sekali-kali menggunakan jalan atau lorong atau
kawasan yang sunyi, semak-samun atau gelap,
7. Elakkan daripada menaiki kenderaan awam seperti teksi
apabila bersendirian,
8. Jika anda diperhatikan atau diekori oleh seseorang yang
mencurigakan, segeralah melarikan diri ke tempat yang ramai
orang.
9. Jika ada kelapangan, pelajarilah ilmu seni mempertahankan
diri seperti Seni Silat, Tae Kwan Do, Karate dan sebagainya.
Penutup :
Berdasarkan paparan yang saya sampaikan tadi, saya
mengharapkan agar `SLOT 5 MINIT CEGAH JENAYAH' ini dapat
membantu kita untuk mencegah dan menghindari jenayah rogol,
bukan sahaja dalam kalangan kaum Hawa tetapi kita semua
termasuklah kaum Adam.
Ingatlah, JENAYAH ADA DI MANA-MANA,
Oleh itu, HINDARILAH JENAYAH, SAYANGILAH WANITA, JANGAN
BIARKAN HIDUP MEREKA TERSEKSA DAN MERANA ! JANGAN
BIARKAN HAWA NAFSU MENGUASAI DIRI KITA ! SEKIAN DAN
TERIMA KASIH.

2. Buli
Pendahuluan
Jenayah dalam kalangan remaja belasan tahun di Malaysia bukan
perkara baru, malah wujud sejak berpuluh tahun yang lampau.
Antaranya ialah kegiaat samseng. Walau bagaimanapun, sejak
kebelakangan ini timbul fenomena baru, iaitu mereka bukan
sahaja berani membelasah dan membuli , tetapi juga nekad
membunuh.
Apa yang menyedihkan, kebanyakan mereka yang disyaki ialah
seseorang yang sememangnya dikenali oleh mangsa.
KPJS mengupas Isu ini.
Fakta Kes
Berikut, dipaparkan beberapa Fakta Kes Belasah, Buli dan Bunuh
yang pernah mengisi muka depan akhbar-akhbar tempatan dan
menjadi tajuk-tajuk utama siaran berita di kaca TV.
Kes 1 : (Nak Tunjuk Hero)
Pada 7 Julai 2004, polis telah menahan 15 orang pelajar Sekolah
Menengah Teknik Pendang, Kedah dan disiasat mengikut Seksyen
147 Kanun Keseksaan kerara disyaki merusuh dan membelasah
dengan teruk Mohd. Isa Nayan, seorang pelajar sekolah sama.
Mangsa dipercayai mengalami lebam di bahagian belakang,
dada, dan pinggang, serta sukar untuk berjalan dan menerima
rawatan di Hospital Alor Setar.
Dalam kejadian jam 12 tengah malam itu, mangsa dibelasah di
dalam sebuah bilik di asrama sekolah berkenaan selepas berlaku
perselisihan faham dengan sekumpulan 15 orang pelajar
terbabit.
Selepas
kejadian
itu
kumpulan
15
orang

pelajar terbabit mengugut mangsa agar tidak melaporkan


kejadian itu kepada guru atau warden, asrama.
Siasatan awal kes ini mendapat bahawa kumpulan 15 orang
pelajar terbabit cuba menjadi dominan atau 'nak tunjuk hero' di
sekolah yang baru dibuka dengan jumlah pelajar yang sedikit
iaitu seramai 300 orang.
Tindakan awal yang telah diambil terhadap kumpulan pelajar
terbabit. Selain disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan
kerana disyaki merusuh dan membelasah, mereka juga telah
digantung sekolah selama 14 hari.
Kes 2 : (Gara-Gara Sebuah Cerek)
Muhammad Farid Ibrahim, pelajar tingkatan 4 Sekolah Menengah
Agama (SMA) Dato' Klana Petra Maamor, Ampangan Seremban
Negeri Sembilan, dibelasah hingga mati di antara pukul 10.30
pagi dan 4.15 petang, pada 28 Mac 2004 di Dorm Osman,
Tingkat 2, Asrama Putera sekolah berkenaan oleh 8 orang rakan
seasramanya akibat mangsa tidak meminjamkan cereknya
kepada tertuduh.
Kelapan-lapan tertuduh sudahpun dihadapkan dan dibicarakan di
Mahkamah Tinggi Seremban Negeri Sembilan.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa mengikut Seksyen 302,
Kanun Keseksaan dan dibaca bersama dengan Seksyen 149
kanun yang sama. Jika sabit kesalahan mereka boleh dihukum
mati.
Kes 3: (Mati Akibat Teman Wanita)
Pada 7 Julai 2004, seorang mahasiswa undang-undang, Darren
Kang Tien Hua dibelasah hingga mati oleh sekumpulan 11 orang
lelaki yang sebahagiannya terdiri daripada pelajar.
Dalam kejadian pukul 3.30 pagi, mangsa pergi ke sebuah
restoran bersama-sama teman wanitanya. Mangsa menegur
sekumpulan 11 orang lelaki yang asyik memerhatikan teman
wanitanya.
Teguran mahasiswa berkenaan mencetuskan
pergaduhan sehingga menyebabkan dia dibelasah dengan teruk
hingga mati.
Ekoran kejadian itu, ke 11 lelaki terbabit termasuk beberapa
orang pelajar telah ditahan reman selama 14 hari mengikut
Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan disiasat mengikut

Seksyen 302 Kanun Keseskaan iaitu membunuh. Seksyen itu


memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Persoalan :
Berdasarkan paparan beberapa fakta kes yang telah saya
utarakan tadi, kami benar-benar mengharapkan agar kes-kes
seumpama ini tidak wujud dan tidak akan wujud di sekolah kita.
Namun sebelum mengakhiri slot ini, KPJ S meninggalkan
beberapa persoalan untuk sama-sama kita hayati dan fikirkan;
Perlukah kita mengambil tindakan Buli, Belasah dan Bunuh
terhadap rakan kita sebagai jalan penyelesaian masalah yang
kita hadapi ?,
Tidak ada cara lainkah yang lebih bermoral dan berakhlak yang
boleh kita gunakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang
dihadapi ?,
Sudah tidak adakah Guru-guru Pengawas atau Guru Kaunseling
tempat kita mengadu, berkongsi masalah atau melaporkan
segala masalah yang kita hadapi ?
Adakah kita akan hanya menyesali dan menginsafi perbuatan
negatif kita setelah kita dikenakan hukuman berat seperti
hukuman sebatan rotan, penjara dan hukuman mati ?
Fikir-fikirkan, Renung-renungkan, tepuk dada tanya iman.
Penutup :
Berdasarkan beberapa persoalan tadi, carilah jawapannya. Saya
pasti hanya diri kita sahaja yang dapat memberikan jawapan
yang terbaik.
INGAT
JANGAN BULI KAWAN,
JANGAN BELASAH RAKAN,
JANGAN SEKALI-KALI BUNUH KAWAN,
TETAPI, JADIKAN PEDOMAN, PERKUKUH IMAN !
SEKIAN DAN TERIMA KASIH.

3. PENYALAHGUNAAN DADAH:
Definisi
Dadah ialah bahan kimia yang boleh menimbulkan kesan
perubahan terhadap psikologi, emosi atau tingkah laku
seseorang.
Penyalahgunaan dadah ialah penggunaan bahan kimia secara
tidak sah ataupun haram yang mengakibatkan kerosakan fizikal,
mental, emosi atau hubungan sosial seseorang.
Semua dadah adalah berbahaya. Kesan dadah bergantung
kepada
1. dos atau kuantiti,
2. kekerapan dadah diambil
3. cara menggunakannya (seperti menghisap, menyedut,
menyuntik melalu kulit dan sebagainya).
Dadah terdiri daripada beberapa jenis seperti Morfin, Heroin,
Ganja, Kanabis, Kosoin dan banyak lagi. Jenis dadah yang paling
popular dan mengancam negara masa kini ialah'SYABU'
Kesan-Kesan Negatif Pengambilan Dadah :
Profil penagihan dadah di Malaysia menunjukkan bahawa
sebahagian besar daripada penagih dadah adalah di dalam
lingkungan umur 15 - 25 tahun. Sebahagian besarnya ialah belia-

belia yang masih bersekolah sama ada di sekolah ataupun di


pusat-pusat pengajian tinggi.
Antara faktor yang mendorong penagihan dadah ialah:
1. Keseronokan,
2. Perasaan Ingin Tahu,
3. Pengaruh Rakan Sebaya,
4. Meningkatkan Keseronokan Seksual,
5. Tekanan Jiwa.
Kesan pengambilan dadah akan menimbulkan kerugian atau
kemudaratan kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat.
Orang yang paling dekat dengan penagih seperti ibu bapa,
keluarga dan rakan-rakan akan turut merasai kesan daripada
penyalahgunaan dadah itu seperti kehilangan wang ringgit,
kerungsingan, penyakit berbahaya dan banyak lagi yang boleh
menghancurkan keluarga terlibat.
Tanda-Tanda Penagihan Dadah:
1. Kemerosotan peratus kehadiran ke sekolah.
2. Tekanan yang kerap mengakibatkan kemarahan, selalu
menguap dan tidak bermaya,
3. Hilang fokus terhadap pelajaran,
4. Risiko penagihan amat tinggi dalam kalangan pelajar yang
merokok,
5. Kemerosotan prestasi pelajaran secara mendadak seperti kerja
rumah tidak siap, peratus markah jatuh secara mendadak,
6. Mengelakkan diri daripada tanggungjawab,
7. Kemerosotan rupa paras dan kebersihan diri,
8. Tabiat suka menyembunyikan apa-apa yang dilakukan atau
yang dimiliki,
9. Hilang selera makan, kurang berat badan, mata berkaca-kaca
dan berair atau mata kuyu,
10. Sering melakukan perbuatan menyedut melalui hidung
seolah-olah melakukan perlakuan menarik hingus,
11. Parut dan bekas suntikan di lengan dan di hujung jari
bertukar warna akibat menghisap ganja,
12. Bau badan kurang menyenangkan,
13. Berdampingan dengan mereka yang diketahui merokok atau
menagih dadah,
14. Kerap meminta wang secara berlebihan daripada keluarga,

15. Kerap meminjam wang daripada rakan,


16. Sering mencuri barang-barang yang mudah dijual dari rumah,
kelas atau sekolah, saudara mara dan sebagainya,
17. Selalu mengunjungi tempat-tempat terpencil tanpa sebab
seperti stor dan bilik atau kawasan semak yang jauh daripada
orang ramai dengan tujuan menagih dadah, dan banyak lagi.
Walau bagaimanapun, kita tidak harus membuat kesimpulan
sendiri yang seseorang pelajar itu penagih dadah berdasarkan
tanda-tanda yang saya katakan tadi. Ada baiknya kita menyiasat
dahulu, bertanya secara terus-terang kepada seseorang yang
disyaki atau merujuk Guru Pengawas, Guru Kaunseling atau
pakar-pakar perubatan.
Penutup :
Secara realitinya, sama ada anda ada niat untuk menceburkan
diri, atau baru mula melibatkan diri atau sudah lama
berkecimpung dengan dunia hina ini, Hanya anda yang tahu.
Pesan KPJS
HINDARILAH DAN JAUHILAH NAJIS DADAH,
JANGAN SEKALI-KALI MENOLEH KEPADANYA, JANGAN CUBA CUBA DEKATI MEREKA YANG MENAGIH, JADILAH INSAN YANG
BERGUNA DAN BERMARUAH, INGAT, Dadah Musuh Negara
4. AKADEMIK DAN AKHLAK : Mana Lebih Penting ?
Pendahuluan :
Adakah Sekolah kita, telah melahirkan generasi pelajar kurang
berdisiplin dan kurang bermotivasi sehingga setiap masa pihak
sekolah, khususnya Pihak Pentadbir dan Badan Pengawas perlu
mengajar, memarahi, mendenda, mengambil tindakan disiplin
seperti gantung sekolah, hukuman rotan serta mengadakan
program demi program seperti Kempen Sifar Rokok, Kempen
Menghormati Guru dan sebagainya?
Kelab Pencegahan Jenayah cuba untuk merungkaikan persoalanpersoalan ini.
Persoalan
Jika jawapannya 'tidak', kenapa pula pelbagai bentuk tindakan,
hukuman atau dendaan serta pelbagai program perlu dilancarkan
dan jika jawapannya 'ya', kenapa boleh jadi begitu?

Adakah pendidikan kita hanya memberikan penekanan pada


kejayaaan kademik sehingga lupa kepada pembinaan sahsiah
yang baik serta disiplin yang tinggi?
Hari ini, bermula di peringkat sekolah rendah, ternyata kita hanya
memberikan sanjungan yang berlebihan kepada mereka yang
berjaya dalam bidang akademik.
Suasana tidak menunjukkan bahawa mereka yang berdisiplin
tinggi dan berakhlak mulia dijadikan contoh kepada kejayaan
kepada pelajar-pelajar lain. Kini kekayaan dan kejayaan
seseorang dari segi material dipandang tinggi tanpa melihat
kepada peribadi mereka.
Tidak hairanlah jika kita melihat ada kalangan masyarakat kita
yang mempunyai kedudukan tinggi dalam satu-satu bidang
terlibat dengan rasuah.
Jika akhlak dipandang remeh, maka terjadilah apa yang kita
katakan sikap kurang berdisiplin dan berakhlak membiak begitu
sihat dalam kalangan kita.
Kita sering terbaca dan mendengar berita mengenai 'Mat Rempit'
melanggar nenek tua. Kita terbaca kisah pelajar dipenjarakan
kerana tuduhan rogol. Kita terbaca pelajar buli rakan. Kita
terbaca pelajar pukul guru.
Malah di sekolah kita juga, suatu masa dahulu kita pernah
dikejutkan dengan isu-isu pelajar menghina dan melempar
seorang Mak Cik penjaga tandas, kita pernah dikejutkan dengan
berita pelajar membuang seluar dalam ke dalam tangki pam
tandas pelajar lelaki, kita pernah disajikan dengan isu papan tulis
di kelas dikopak dan dirosakkan, kita pernah dihidangkan dengan
kes pelajar kencing di dalam kelas dan banyak lagi.
Kempen saja tidak memadai jika kebanyakan pelajar tingkatan 5,
4 atau 3 gagal menunjukkan contoh yang baik kepada adik-adik
pelajar yang lain. Contoh, yang baik datang daripada diri kita
sendiri. Bagaimana adik-adik pelajar tingkatan 1 atau 2 mahu
menghormati abang atau kakak pelajar tingkatan 4 atau 5 jika
mereka membuli atau menunjukkan contoh teladan yang kurang
sopan.
Pendek
kata,
tidak
ada
yang
lebih
indah
melainkan `abang atau kakak hormat adik' dan 'adik hormat
abang atau kakak'.

Hari ini pihak pentadbir mahupun guru-guru kita, berasa amat


kecewa melihat kita kurang menghormati guru, kurang
menunjukkan disiplin dan moral serta akhlak yang baik. Lebihlebih
lagi
jika
kita
tidak
menunjukkan
perubahan
sama ada perubahan prestasi akademik mahupun prestasi
disiplin serta akhlak kita.
Apapun tindakan, hukuman, program atau kempen yang
dilakukan oleh pihak sekolah, KPJS pasti, itu semua hanya
membazirkan wang pihak sekolah dan masa guru-guru sahaja
jika semua pelajar yang ada di sini termasuk saya, gagal
memberikan dan menunjukkan penekanan sahsiah yang baik
setanding dengan usaha mencapai kejayaan akademik.
Anda mungkin setuju dengan pandangan saya bahawa guru-guru
kita lebih bangga melihat seorang pelajar berkelulusan rendah
tetapi mempunyai disiplin dan budi pekerti yang tinggi, daripada
pelajar yang mempunyai prestasi akademik yang tinggi tetapi
bersikap 'hidung tinggi'.
Malah pengetua kita, guru-guru pengawas dan semua guru akan
bertambah bangga jika kita mampu memiliki prestasi pelajaran
yang cemerlang dan memiliki akhlak yang gemilang.
Kesimpulan
Jika ini berlaku, KPJS pasti dan amat pasti, guru-guru khususnya
guru disiplin, tidak perlu lagi banyak membazirkan masa mereka
untuk mengambil tindakan disiplin dan hukuman kepada kita
yang sering melanggar peraturan sekolah dan pihak sekolah juga
tidak perlu lagi membazirkan wang mengadakan pelbagai
program membentuk sahsiah dan disiplin kita, malah masa guru
dan wang sekolah boleh dihabiskan sepenuhnya untuk
meningkatkan prestasi akademik kita.
Mungkin ini sesuatu yang terlalu ideal. Satu impian KPJS yang
terlalu besar. Tetapi tanpa impian, kenyataan tidak akan
kesampaian. Marilah kita semua pelajar jadikan disiplin dan
akhlak yang baik sebagai satu wawasan menuju Visi dan Misi
Sekolah iaitu melahirkan pelajar-pelajar gemilang akhlak.
KPJS mengakhiri slot ini dengan sebahagian kata-kata hikmah
dari Buku Peraturan Sekolah untuk pedoman kita semua, yang
berbunyi :
Tanpa 'peraturan' pelajar-pelajar tidak ada hala tuju dan tidak

mengetahui norma-norma sosial yang menjadi adapt pegangan


masyarakatnya
SAMA-SAMALAH KITA BERHIJRAH,
Dari kurang baik kepada baik
Dari kurang bermoral kepada lebih bermoral,
Dari kurang menghormati guru kepada lebih menghormati guru,
dan
Dari berfikiran negatif kepada berfikiran lebih positif,
SEKIAN DAN TERIMA KASIH.

5. PONTENG
`TAK NAK PONTENG?
Betulkah kita Tak Nak Ponteng ?,
Itulah isu yang ingin KPJS paparkan pada kali ini.
KPJS mendefinisikan ponteng sebagai 'tidak menghadirkan diri'
atau `tidak wujud semasa orang lain wujud' tanpa sebab atau
alasan yang munasabah.

KPJS juga mengklasifikasikan ponteng kepada 5 jenis iaitu:


1. ponteng sekolah (tidak hadir ke sekolah pada satu atau lebih
hari)
2. ponteng kelas (tidak hadir ke kelas semasa suatu-satu
pengajaran dan pembelajaran dijalankan)
3. ponteng perhimpunan (tidak hadir perhimpunan tanpa sebab)
4. ponteng GERKO dan SUKAN (tidak hadir untuk menjalankan
sebarang aktiviti GERKO atau SUKAN)
5. ponteng solat (bagi pelajar Islam )
MENGAPA KITA TIDAK HARUS PONTENG KE SEKOLAH?
Kita sudah sedia maklum, sekolah merupakan institusi sosial
paling penting kerana sekolah ialah tempat kita dididik dengan
ilmu pengetahuan serta diterap dengan disiplin dan nilai-nilai
murni. Oleh itu, saya amat yakin dan saya mengangap bahawa
sekolah kita merupakan salah sebuah pusat latihan yang
memberikan pendidikan kepada para pelajar agar bersedia
menghadapi cabaran hidup danseterusnya mampu memimpin
diri sendiri serta generasi akan datang.
Tidak dinafikan bahawa sekolah merupakan tempat kita
menimba ilmu pengetahuan serta menerima pendidikan secara
formal dan segala aspek yang berkaitan. Tanpa bimbingan dan
pengajaran yang sewajarnya, saya yakin, kita tidak akan ke
mana-mana. Kita tidak akan dapat mengikuti arus pemodenan
negara pada masa ini.
Rakan-rakan yang dikasihi sekalian,
Di sekolah, guru ialah individu yang paling bertanggungjawab
terhadap pendidikan yang diberikan kepada kita. Mereka terlatih
dan profesional dalam pendidikan segala ilmu yang diajarkan
dapat membuka minda kita untuk berfikir secara kritis dan
kreatif. Penerapan nilai-nilai positif dan disiplin yang tegas pula
dapat membentuk imej dan keperibadian seseorang pelajar. Ilmu
yang dipelajari di sekolah merupakan benteng yang boleh
menghalang kita daripada terpengaruh dengan anasir-anasir
jahat yang boleh merosakkan kita. Di samping itu, kegiatan
KoKurikulum yang dijalankan di sekolah dapat membentuk dan
mencungkil bakatkepimpinan
seseorang
pelajar
yang

berpengetahuan dan berwawasan tetapi dapat memberikan daya


kekuatan untuk menangkis segala kegiatan jenayah .
Bayangkanlah kita ponteng sekolah hari ini,
Sudah tentu kita akan ketinggalan satu-satu formula atau topik
yang diajarkan setiap mata pelajaran. Jika pada hari ini ada 5
subjek yang diajarkan, kita sudah mengalami kerugian 5 subjek.
Kalau setiap guru memberikan kerja rumah dan sudah
mengalami kerugian 5 kerja rumah dan sudah tentu kita tidak
dapat menyelesaikan tugasan atau kerja rumah yang diberikan.
Keesokan harinya pula guru pasti akan memeriksa kerja rumah
yang diberikan, dan sudah pastinya akan menerima hukuman.
Bayangkan kalau kita ponteng berhari-hari. Sudah tentu kerugian
dan masalah yang banyak akan kita alami.
Oleh itu, janganlah ponteng jika tidak ada sebab-sebab yang
terlalu penting seperti sakit atau sebagainya. Jika kita tidak
pernah ponteng sekolah, sudah tentu kita dapat menguasai
sesuatu topik atau bab yang diajarkan oleh guru dengan baik.
Apabila kita dapat menguasai mata pelajaran itu dengan baik,
kita boleh menjawab soalan dengan mudah. Dan bila kita boleh
menjawab soalan dengan mudah, saya amat yakin, kita mampu
lulus dengan cemerlang dalam ujian atau peperiksaan. Bahkan
bukan itu saja, di sekolah juga kita diterapkan dengan nilainilai
murni yang menjadikan kita sebagai seorang pelajar yang
cemerlang disiplin dan cemerlang akhlak. Bukankah itu sesuatu
yang membanggakan pihak sekolah dan ibu bapa kita.
Ingatlah, jika sering ponteng, kita amat terdedah kepada banyak
gejala sosial yang negatif di luar sana. Mula-mula melepak.
Apabila melepak cuba mengganggu orang, merokok, menghidu
gam, mengambil syabu dan menagih dadah. Tidak cukup dengan
itu, kita mengugut, membuli, kemudian membelasah orang.
Tidak puas lagi, kita terjebak dalam kegiatan hina seperti
mencuri. menyamun, meragut , merompak dan seterusnya
mungkin membunuh.
Adakah ini matlamat hidup kita? Adakah ini sikap seorang yang
terpelajar? Adakah ini yang diharapkan oleh pihak sekolah, ibu
bapa dan masyarakat kita? Adakah kita rela untuk hidup tanpa
hala tuju, jadi penganggur ukur jalan sana, sini? Bolehkah kita,
'Menuju Ke Arah Kegemilangan Yang Menyeluruh' seperti yang

termaktub dalam Falsafah Sekolah, jika kita sering saja ponteng


sekolah ? Adakah kita ? Bolehkah kita ? atau Mampukah
kita ?.Tanyalah diri kita kerana kita penentu segala-galanyanya.
Rakan-rakan yang dihormati sekalian,
Pihak sekolah mempunyai peraturan yang tegas lagi adil
1. Di dalam Buku Peraturan Sekolah : ponteng sekolah dan
ponteng kelas adalah dianggap sebagai Perkara 26.0 : Kes Salah
laku Berat, yang boleh dikenakan tindakan gantung dan buang
sekolah serta merta, dan
2. hukuman rotan boleh dikenakan kepada mereka yang Lewat
Hadir dan Tidak hadir ke sekolah tanpa sebab yang munasabah
serta ponteng perhimpunan rasmi dan ponteng solat (bagi
pelajar Islam sesi petang)
KPJS mengajak rakan-rakan semua, janganlah kerana kita rajin
hadir ke sekolah kerana kita takut akan hukuman dan tindakan
yang akan diambil. Tetapi
1. hadirlah ke sekolah kerana diri kita penuh dengan motivasi,
2. hadirlah ke sekolah kerana ilmu, dan
3. hadirlah ke sekolah kerana ingin berjaya.

6. GENGSTERISME

ADAKAH anda seorang gengster ?


Adakah kita ahli mana-mana 'geng'di sekolah kita ?
Kali ini, KPJS mengutarakan satu isu yang hangat di
pasaran`GENGSTERISME'
Golongan remaja dapat didefinisikan sebagai satu golongan
peralihan iaitu peralihan dari segi sikap, fizikal, mental, emosi,
rohani dan jasmani daripada golongan atau alam kanak-kanak ke
alam dewasa. Golongan ini merangkumi individu lelaki dan
perempuan yang berusia dalam lingkungan umur 13 hingga 20
tahun dan termasuklah semua pelajar.
Atas hakikat inilah, maka sesetengah remaja masih lagi terikutikut dengan gaya hidup kanak-kanak dan sesetengahnya pula
mahu kelihatan matang seperti orang dewasa. Hal ini
mengakibatkan remaja semakin tersepit dalam arus pemodenan
negara dan akhirnya munculah golongan remaja yang terjerumus
dalam kegiatan jenayah dan masalah sosial.
PUNCA
1. Memang tidak dapat dinafikan bahawa punca utama masalah
ini datangnya daripada masalah kekeluargaan. Kajian mendapati
hampir 70% remaja yang terlibat dalam masalah ini terdiri
daripada keluarga yang porak peranda. Remaja terbabit
merasakan bahawa mereka sudah kehilangan tempat untuk
mengadu segala masalah dan malu untuk menghadapi
masyarakat.
2. Dalam proses memajukan negara, kita disogokkan dengan
pelbagai rancangan dan artikel yang kurang bermutu dari Barat
yang bertentangan dengan ajaran agama dan budaya kita.
Rancangan dari Barat menonjolkan ciri-ciri keganasan yang
sesuai dengan naluri mereka yang sentiasa ingin mencuba
sesuatu yang baru.
3. Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga merupakan punca
utama berlakunya masalah gengsterisme dalam kalangan
remaja. Hal ini kerana rakan adalah pengaruh terbesar yang
boleh mengubah pendirian seseorang. Remaja seharusnya
menjauhkan diri daripada rakan yang bersikap negatif kerara

dalam usia yang meningkat naik, remaja perlu dapat menilai


antara yang baik dengan yang buruk.
Remaja tidak akan melakukan jenayah sekiranya wujud
kesedaran bahawa kegiatan tersebut menyalahi undang-undang
negara atau peraturan sekolah, melangcar batas agama dan
budaya bangsa remaja itu sendiri. Selain kurangnya kesedaran,
remaja masa kini juga terlalu cetek dari segi didikan rohani dan
jasmani.

HUKUMAN ATAU TINDAKAN:


1. Hukuman atau tindakan undang-undang yang tegas akan
dikenakan terhadap remaja yang melakukan jenayah. Contohnya,
Kes bunuh Muhammad Farid Ibrahim, seorang pelajar tingkatan 4
Sekolah Menengah Agama (SMA) Dato' Klana Petra Maamor,
Ampangan Seremban Negeri Sembilan, yang dibelasah hingga
mati. Hukuman yang dikenakan ialah dihadapkan dan
dibicarakan di Mahkamah Tinggi serta didakwa mengikut
Seksyen 302, Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan mereka
boleh dijatuhi hukuman mati.
2. Kita merujuk kepada peraturan sekolah kita pula: Berdasarkan
Buku Peraturan Sekolah pindaan 2003, Perkara 26 tindakan ke
atas pelajar yang terlibat dengan kes-kes 'gengsterisme' seperti
bergaduh, mengugut, memukul, melepak dan sebagainya boleh
digantung atau dibuang sekolah serta merta dan akan dikenakan
sebatan rotan.
Sebenarnya terlalu banyak yang boleh diperkatakan tentang
masalah gengsterisme dalam kalangan remaja. Semua masalah
ini akan berakhir jika semua pihak bersatupadu, tidak kiralah
sama ada ibu bapa, pihak sekolah, pihak kerajaan, masyarakat
sekeliling ataupun remaja itu sendiri.
KPJS mengingatkan diri kami sendiri dan juga rakan-rakan
sekalian, janganlah pula kita jadikan alasan bahawa jika kita
mempunyai masalah keluarga atau institusi kekeluargaan di
rumah tidak kukuh, kita sewenang-wenangnya membabitkan diri
ke arah budaya yang tidak bermoral ini.
Janganlah pula, apabila ibu bapa kurang memberikan perhatian,
kita jumps 'geng' kita. Kalau 'geng' yang kita jumpa itu baik,
sering menasihati kita atau boleh berkongsi masalah dengan
kita, kita selamat. Tetapi, kalau 'geng' itu sendiri 'membatu api'
atau mengajak kita melakukan sesuatu yang negatif untuk
melupakan masalah kita, saya rasa kita amat-amat rugi.
Satu lagi pesanan KPJS, adalah lebih baik kita menubuhkan 'geng
perbincangan' atau 'study
group' daripada
kita

menubuhkan 'geng-geng yang melampau' yang amat merugikan


dan suka membuang masa, seperti suka membuli, suka
menganggu, suka lepak dan banyak lagi.
Saya ingin bertanya kepada kita semua, ada berapa
banyak 'study
group' atau `kumpulan-kumpulan
perbincangan' yang ada di sekolah kita ini? Saya rasa kita boleh
hitung dengan jari.
Rakan-rakan semua, kita anak-anak bangsa yang bakal meneraju
negara Malaysia yang tercinta.
Fikirlah, bukalah mata, jangan sekali-kali kita asyik terleka,
Jangan asyik dibuai mimpi,
zaman remaja hanya sekali, sekiranya tersilap langkah, kita yang
akan merana

Anda mungkin juga menyukai