Anda di halaman 1dari 27

CONTOH SUKATAN PELAJARAN KELAB PENCEGAHAN JENAYAH.

1. JENAYAH ROGOL

Definisi:

Rogol boleh didefinisikan sebagai suatu perbuatan atau perlakuan seks ganas seperti memperkosa
mangsa khususnya perempuan secara paksaan atau tanpa kerelaan si mangsa.

Pendahuluan :

Jenayah rogol semakin dahsyat dan berleluasa. Lebih teruk lagi mangsa diliwat dan dibunuh dengan
kejam tanpa perasaan betas kasihan. Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Meor Chek Hussein
Mahyuddin, 43 kes rogol dicatatkan di ibu negara sepanjang tempoh enam bulan pertama tahun 2004.

Apa yang lebih menakutkan, sebahagian besar jenayah berat ini dilakukan oleh golongan remaja lelaki
dan mangsa rogol pula adalah terdiri daripada remaja perempuan termasuklah kanak-kanak.

Cukupkah atau wajarkah sekadar perempuan atau wanita disuruh berjaga-jaga agar tidak menjadi
mangsa sedangkan lelaki bebas melakukan apa-apa sahaja? Apakah pendidikan ibu bapa terhadap anak-
anak kini perlu dikaji semula berdasarkan pengaruh persekitaran seperti internet, VCD lucah dan
sebagainya.

Kelab Pencegahan Jenayah SMK Pasir Putih menyoroti jenayah seks, punca dan cara menanganinya.

Fakta Kes :

Berikut adalah, beberapa Fakta Kes Rogol untuk perhatian kita semua:

Kes 1:

Nurul Hanis Kamil, pelajar tingkatan 4 Sekolah Menengah Datuk Abdul Rahman Yaakub, Jasin Melaka
dirogol dan diliwat sebelum dibunuh pada 3 Julai 2001 ketika pulang dari sekolah oleh seorang pelajar

lelaki berusia 17 tahun dari sekolah yang sama.

Kes 2:

5 Julai 2003, Petaling Jaya:

Seorang remaja lelaki berumur 18 tahun dihukum penjara 9 tahun setelah mengaku bersalah merogol
adik kandungnya berumur 15 tahun.

Kes 3:

Mayat Siti Nadirah Budah, kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun ditemui dalam keadaan separuh
bogel di kawasan paya yang terletak kira-kira 500 meter dari Kampung Sibuga Besar, Sandakan Sabah.
Mangsa dipercayai dirogol sebelum dibunuh ketika pulang dari kelas agama pada 7 Julai 2001.
Berikutan kejadjan itu, seorang remaja lelaki berusia 17 tahun ditahan oleh pihak polis.

Mengapa Jenayah Rogol Ini Boleh Berlaku ? :

Berikut disenaraikan secara ringkas beberapa punca jenayah rogol

Punca kejadian rogol :

1. Kurangnya pendidikan agama dalam kalangan perogol,

2. Kesedaran akhlak dan moral yang amat rendah,

3. Ketagihan dadah dan minuman keras yang boleh merangsang seks si penjenayah rogol,

4. Dorongan dan pengaruh VCD lucah dan internet yang amat berleluasa,

5. Pergaulan yang bebas dalam kalangan remaja lelaki dan perempuan, dan banyak lagi.

6. Mangsa suka melalui jalan, lorong atau tempat sunyi atau kawasan semak,

7. Suka menggunakan jalan pintas (short cut) walaupun jalan tersebut semak samun atau berbahaya,

8. Mangsa suka berjalan bersendirian atau berseorangan tanpa teman,

9. Mudah menerima pelawaan orang lain dan mudah mempercayai kata-kata sama ada orang yang tidak
dikenali atau baru dikenali,

10. Mangsa kebiasaannya mereka yang suka berkelakuan yang boleh menarik perhatian perogol seperti
memakai pakaian mencolok mata iaitu pakaian ketat dan terdedah,

11. Mangsa juga biasanya yang suka berjalan atau berkeliaran pada waktu malam,

12. Menaiki kenderaan awam secara bersendirian, dan banyak lagi.

Jenayah Rogol sebenarnya boleh dicegah. Bagaimana ?:

Selain mengenakan hukuman yang berat terhadap penjenayah rogol, kita, khususnya kaum Hawa, boleh
mengambil langkah awal untuk mengelakkannya :

1. Dengarlah nasihat kedua-dua ibu bapa, guru-guru atau orang yang lebih tua daripada kita.

2. Pelajari dan amalkan ilmu agama yang diberikan kepada kita,

3. Jangan mudah mempercayai kata-kata orang yang baru kita kenali,

4. Jangan sekali-kali mengikuti orang yang kita tidak kenali,

5. Elakkan berjalan secara bersendirian,


6. Jangan sekali-kali menggunakan jalan atau lorong atau kawasan yang sunyi, semak-samun atau gelap,

7. Elakkan daripada menaiki kenderaan awam seperti teksi apabila bersendirian,

8. Jika anda diperhatikan atau diekori oleh seseorang yang mencurigakan, segeralah melarikan diri ke
tempat yang ramai orang.

9. Jika ada kelapangan, pelajarilah ilmu seni mempertahankan diri seperti Seni Silat, Tae Kwan Do,
Karate dan sebagainya.

Penutup :

Berdasarkan paparan yang saya sampaikan tadi, saya mengharapkan agar `SLOT 5 MINIT CEGAH
JENAYAH' ini dapat membantu kita untuk mencegah dan menghindari jenayah rogol, bukan sahaja
dalam kalangan kaum Hawa tetapi kita semua termasuklah kaum Adam.

Ingatlah, JENAYAH ADA DI MANA-MANA,

Oleh itu, HINDARILAH JENAYAH, SAYANGILAH WANITA, JANGAN BIARKAN HIDUP MEREKA TERSEKSA
DAN MERANA ! JANGAN BIARKAN HAWA NAFSU MENGUASAI DIRI KITA ! SEKIAN DAN TERIMA KASIH.

2. Buli

Pendahuluan

Jenayah dalam kalangan remaja belasan tahun di Malaysia bukan perkara baru, malah wujud sejak
berpuluh tahun yang lampau. Antaranya ialah kegiaat samseng. Walau bagaimanapun, sejak
kebelakangan ini timbul fenomena baru, iaitu mereka bukan sahaja berani membelasah dan membuli ,
tetapi juga nekad membunuh.

Apa yang menyedihkan, kebanyakan mereka yang disyaki ialah seseorang yang sememangnya dikenali
oleh mangsa.

KPJS mengupas Isu ini.

Fakta Kes

Berikut, dipaparkan beberapa Fakta Kes Belasah, Buli dan Bunuh yang pernah mengisi muka depan
akhbar-akhbar tempatan dan menjadi tajuk-tajuk utama siaran berita di kaca TV.

Kes 1 :  (Nak Tunjuk Hero)

Pada 7 Julai 2004, polis telah menahan 15 orang pelajar Sekolah Menengah Teknik Pendang, Kedah dan
disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerara disyaki merusuh dan membelasah dengan teruk
Mohd. Isa Nayan, seorang pelajar sekolah sama. Mangsa dipercayai mengalami lebam di bahagian
belakang, dada, dan pinggang, serta sukar untuk berjalan dan menerima rawatan di Hospital Alor Setar.
Dalam kejadian jam 12 tengah malam itu, mangsa dibelasah di dalam sebuah bilik di asrama sekolah
berkenaan selepas berlaku perselisihan faham dengan sekumpulan 15 orang pelajar terbabit. Selepas
kejadian itu kumpulan 15 orang pelajar terbabit mengugut mangsa agar tidak melaporkan kejadian itu
kepada guru atau warden, asrama.

Siasatan awal kes ini mendapat bahawa kumpulan 15 orang pelajar terbabit cuba menjadi dominan atau
'nak tunjuk hero' di sekolah yang baru dibuka dengan jumlah pelajar yang sedikit iaitu seramai 300
orang.

Tindakan awal yang telah diambil terhadap kumpulan pelajar terbabit. Selain disiasat mengikut Seksyen
147 Kanun Keseksaan kerana disyaki merusuh dan membelasah, mereka juga telah digantung sekolah
selama 14 hari.

Kes 2 : (Gara-Gara Sebuah Cerek)

Muhammad Farid Ibrahim, pelajar tingkatan 4 Sekolah Menengah Agama (SMA) Dato' Klana Petra
Maamor, Ampangan Seremban Negeri Sembilan, dibelasah hingga mati di antara pukul 10.30 pagi dan
4.15 petang, pada 28 Mac 2004 di Dorm Osman, Tingkat 2, Asrama Putera sekolah berkenaan oleh 8
orang rakan seasramanya akibat mangsa tidak meminjamkan cereknya kepada tertuduh.

Kelapan-lapan tertuduh sudahpun dihadapkan dan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Seremban Negeri
Sembilan.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan dan dibaca bersama
dengan Seksyen 149 kanun yang sama. Jika sabit kesalahan mereka boleh dihukum mati.

Kes 3: (Mati Akibat Teman Wanita)

Pada 7 Julai 2004, seorang mahasiswa undang-undang, Darren Kang Tien Hua dibelasah hingga mati oleh
sekumpulan 11 orang lelaki yang sebahagiannya terdiri daripada pelajar.

Dalam kejadian pukul 3.30 pagi, mangsa pergi ke sebuah restoran bersama-sama teman wanitanya.
Mangsa menegur sekumpulan 11 orang lelaki yang asyik memerhatikan teman wanitanya. Teguran
mahasiswa berkenaan mencetuskan pergaduhan sehingga menyebabkan dia dibelasah dengan teruk
hingga mati.

Ekoran kejadian itu, ke 11 lelaki terbabit termasuk beberapa orang pelajar telah ditahan reman selama
14 hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun
Keseskaan iaitu membunuh. Seksyen itu memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Persoalan :

Berdasarkan paparan beberapa fakta kes yang telah saya utarakan tadi, kami benar-benar
mengharapkan agar kes-kes seumpama ini tidak wujud dan tidak akan wujud di sekolah kita.
Namun sebelum mengakhiri slot ini, KPJ S meninggalkan beberapa persoalan untuk sama-sama kita
hayati dan fikirkan;

   Perlukah kita mengambil tindakan Buli, Belasah dan Bunuh terhadap rakan kita sebagai jalan
penyelesaian masalah yang kita hadapi ?,

   Tidak ada cara lainkah yang lebih bermoral dan berakhlak yang boleh kita gunakan untuk
menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi ?,

   Sudah tidak adakah Guru-guru Pengawas atau Guru Kaunseling tempat kita mengadu, berkongsi
masalah atau melaporkan segala masalah yang kita hadapi ?

   Adakah kita akan hanya menyesali dan menginsafi perbuatan negatif kita setelah kita dikenakan
hukuman berat seperti hukuman sebatan rotan, penjara dan hukuman mati ?

Fikir-fikirkan, Renung-renungkan, tepuk dada tanya iman.

Penutup :

Berdasarkan beberapa persoalan tadi, carilah jawapannya. Saya pasti hanya diri kita sahaja yang dapat
memberikan jawapan yang terbaik.

INGAT…

JANGAN BULI KAWAN,

JANGAN BELASAH RAKAN,

JANGAN SEKALI-KALI BUNUH KAWAN,

TETAPI, JADIKAN PEDOMAN, PERKUKUH IMAN !

SEKIAN DAN TERIMA KASIH.

3. PENYALAHGUNAAN DADAH:

Definisi

Dadah ialah bahan kimia yang boleh menimbulkan kesan perubahan terhadap psikologi, emosi atau
tingkah laku seseorang.

Penyalahgunaan dadah ialah penggunaan bahan kimia secara tidak sah ataupun haram yang
mengakibatkan kerosakan fizikal, mental, emosi atau hubungan sosial seseorang.

Semua dadah adalah berbahaya. Kesan dadah bergantung kepada

1. dos atau kuantiti,


2. kekerapan dadah diambil

3. cara menggunakannya (seperti menghisap, menyedut, menyuntik melalu kulit dan sebagainya).

Dadah terdiri daripada beberapa jenis seperti Morfin, Heroin, Ganja, Kanabis, Kosoin dan banyak lagi.
Jenis dadah yang paling popular dan mengancam negara masa kini ialah'SYABU'

Kesan-Kesan Negatif Pengambilan Dadah :

Profil penagihan dadah di Malaysia menunjukkan bahawa sebahagian besar daripada penagih dadah
adalah di dalam lingkungan umur 15 - 25 tahun. Sebahagian besarnya ialah belia-belia yang masih
bersekolah sama ada di sekolah ataupun di pusat-pusat pengajian tinggi.

Antara faktor yang mendorong penagihan dadah ialah:

1. Keseronokan,

2. Perasaan Ingin Tahu,

3. Pengaruh Rakan Sebaya,

4. Meningkatkan Keseronokan Seksual,

5. Tekanan Jiwa.

Kesan pengambilan dadah akan menimbulkan kerugian atau kemudaratan kepada diri sendiri, keluarga
dan masyarakat. Orang yang paling dekat dengan penagih seperti ibu bapa, keluarga dan rakan-rakan
akan turut merasai kesan daripada penyalahgunaan dadah itu seperti kehilangan wang ringgit,
kerungsingan, penyakit berbahaya dan banyak lagi yang boleh menghancurkan keluarga terlibat.

Tanda-Tanda Penagihan Dadah:

1. Kemerosotan peratus kehadiran ke sekolah.

2. Tekanan yang kerap mengakibatkan kemarahan, selalu menguap dan tidak bermaya,

3. Hilang fokus terhadap pelajaran,

4. Risiko penagihan amat tinggi dalam kalangan pelajar yang merokok,

5. Kemerosotan prestasi pelajaran secara mendadak seperti kerja rumah tidak siap, peratus markah
jatuh secara mendadak,

6. Mengelakkan diri daripada tanggungjawab,

7. Kemerosotan rupa paras dan kebersihan diri,

8. Tabiat suka menyembunyikan apa-apa yang dilakukan atau yang dimiliki,


9. Hilang selera makan, kurang berat badan, mata berkaca-kaca dan berair atau mata kuyu,

10. Sering melakukan perbuatan menyedut melalui hidung seolah-olah melakukan perlakuan menarik
hingus,

11. Parut dan bekas suntikan di lengan dan di hujung jari bertukar warna akibat menghisap ganja,

12. Bau badan kurang menyenangkan,

13. Berdampingan dengan mereka yang diketahui merokok atau menagih dadah,

14. Kerap meminta wang secara berlebihan daripada keluarga,

15. Kerap meminjam wang daripada rakan,

16. Sering mencuri barang-barang yang mudah dijual dari rumah, kelas atau sekolah, saudara mara dan
sebagainya,

17. Selalu mengunjungi tempat-tempat terpencil tanpa sebab seperti stor dan bilik atau kawasan semak
yang jauh daripada orang ramai dengan tujuan menagih dadah, dan banyak lagi.

Walau bagaimanapun, kita tidak harus membuat kesimpulan sendiri yang seseorang pelajar itu penagih
dadah berdasarkan tanda-tanda yang saya katakan tadi. Ada baiknya kita menyiasat dahulu, bertanya
secara terus-terang kepada seseorang yang disyaki atau merujuk Guru Pengawas, Guru Kaunseling atau
pakar-pakar perubatan.

Penutup :

Secara realitinya, sama ada anda ada niat untuk menceburkan diri, atau baru mula melibatkan diri atau
sudah lama berkecimpung dengan dunia hina ini, Hanya anda yang tahu.

Pesan KPJS

HINDARILAH DAN JAUHILAH NAJIS DADAH,

JANGAN SEKALI-KALI MENOLEH KEPADANYA, JANGAN CUBA - CUBA DEKATI MEREKA YANG MENAGIH,
JADILAH INSAN YANG BERGUNA DAN BERMARUAH, INGAT, Dadah Musuh Negara.

4. AKADEMIK DAN AKHLAK : Mana Lebih Penting ?

Pendahuluan :

Adakah Sekolah kita, telah melahirkan generasi pelajar kurang berdisiplin dan kurang bermotivasi
sehingga setiap masa pihak sekolah, khususnya Pihak Pentadbir dan Badan Pengawas perlu mengajar,
memarahi, mendenda, mengambil tindakan disiplin seperti gantung sekolah, hukuman rotan serta
mengadakan program demi program seperti Kempen Sifar Rokok, Kempen Menghormati Guru dan
sebagainya?
Kelab Pencegahan Jenayah cuba untuk merungkaikan persoalan-persoalan ini.

Persoalan

Jika jawapannya 'tidak', kenapa pula pelbagai bentuk tindakan, hukuman atau dendaan serta pelbagai
program perlu dilancarkan dan jika jawapannya 'ya', kenapa boleh jadi begitu?

Adakah pendidikan kita hanya memberikan penekanan pada kejayaaan kademik sehingga lupa kepada
pembinaan sahsiah yang baik serta disiplin yang tinggi?

Hari ini, bermula di peringkat sekolah rendah, ternyata kita hanya memberikan sanjungan yang
berlebihan kepada mereka yang berjaya dalam bidang akademik.

Suasana tidak menunjukkan bahawa mereka yang berdisiplin tinggi dan berakhlak mulia dijadikan
contoh kepada kejayaan kepada pelajar-pelajar lain. Kini kekayaan dan kejayaan seseorang dari segi
material dipandang tinggi tanpa melihat kepada peribadi mereka.

Tidak hairanlah jika kita melihat ada kalangan masyarakat kita yang mempunyai kedudukan tinggi dalam
satu-satu bidang terlibat dengan rasuah.

Jika akhlak dipandang remeh, maka terjadilah apa yang kita katakan sikap kurang berdisiplin dan
berakhlak membiak begitu sihat dalam kalangan kita.

Kita sering terbaca dan mendengar berita mengenai 'Mat Rempit' melanggar nenek tua. Kita terbaca
kisah pelajar dipenjarakan kerana tuduhan rogol. Kita terbaca pelajar buli rakan. Kita terbaca pelajar
pukul guru.

Malah di sekolah kita juga, suatu masa dahulu kita pernah dikejutkan dengan isu-isu pelajar menghina
dan melempar seorang Mak Cik penjaga tandas, kita pernah dikejutkan dengan berita pelajar
membuang seluar dalam ke dalam tangki pam tandas pelajar lelaki, kita pernah disajikan dengan isu
papan tulis di kelas dikopak dan dirosakkan, kita pernah dihidangkan dengan kes pelajar kencing di
dalam kelas dan banyak lagi.

Kempen saja tidak memadai jika kebanyakan pelajar tingkatan 5, 4 atau 3 gagal menunjukkan contoh
yang baik kepada adik-adik pelajar yang lain. Contoh, yang baik datang daripada diri kita sendiri.
Bagaimana adik-adik pelajar tingkatan 1 atau 2 mahu menghormati abang atau kakak pelajar tingkatan 4
atau 5 jika mereka membuli atau menunjukkan contoh teladan yang kurang sopan. Pendek kata, tidak
ada yang lebih indah melainkan `abang atau kakak hormat adik'  dan 'adik hormat abang atau kakak'.

Hari ini pihak pentadbir mahupun guru-guru kita, berasa amat kecewa melihat kita kurang menghormati
guru, kurang menunjukkan disiplin dan moral serta akhlak yang baik. Lebih-lebih lagi jika kita tidak
menunjukkan perubahan sama ada perubahan prestasi akademik mahupun prestasi disiplin serta akhlak
kita.

Apapun tindakan, hukuman, program atau kempen yang dilakukan oleh pihak sekolah, KPJS pasti, itu
semua hanya membazirkan wang pihak sekolah dan masa guru-guru sahaja jika semua pelajar yang ada
di sini termasuk saya, gagal memberikan dan menunjukkan penekanan sahsiah yang baik setanding
dengan usaha mencapai kejayaan akademik.

Anda mungkin setuju dengan pandangan saya bahawa guru-guru kita lebih bangga melihat seorang
pelajar berkelulusan rendah tetapi mempunyai disiplin dan budi pekerti yang tinggi, daripada pelajar
yang mempunyai prestasi akademik yang tinggi tetapi bersikap 'hidung tinggi'.

Malah pengetua kita, guru-guru pengawas dan semua guru akan bertambah bangga jika kita mampu
memiliki prestasi pelajaran yang cemerlang dan memiliki akhlak yang gemilang.

Kesimpulan

Jika ini berlaku, KPJS pasti dan amat pasti, guru-guru khususnya guru disiplin, tidak perlu lagi banyak
membazirkan masa mereka untuk mengambil tindakan disiplin dan hukuman kepada kita yang sering
melanggar peraturan sekolah dan pihak sekolah juga tidak perlu lagi membazirkan wang mengadakan
pelbagai program membentuk sahsiah dan disiplin kita, malah masa guru dan wang sekolah boleh
dihabiskan sepenuhnya untuk meningkatkan prestasi akademik kita.

Mungkin ini sesuatu yang terlalu ideal. Satu impian KPJS yang terlalu besar. Tetapi tanpa impian,
kenyataan tidak akan kesampaian. Marilah kita semua pelajar jadikan disiplin dan akhlak yang baik
sebagai satu wawasan menuju Visi dan Misi Sekolah iaitu melahirkan pelajar-pelajar gemilang akhlak.

KPJS mengakhiri slot ini dengan sebahagian kata-kata hikmah dari Buku Peraturan Sekolah untuk
pedoman kita semua, yang berbunyi :

Tanpa 'peraturan' pelajar-pelajar tidak ada hala tuju dan tidak

mengetahui norma-norma sosial yang menjadi adapt pegangan masyarakatnya

SAMA-SAMALAH KITA BERHIJRAH,

 Dari kurang baik kepada baik

 Dari kurang bermoral kepada lebih bermoral,

 Dari kurang menghormati guru kepada lebih menghormati guru, dan

 Dari berfikiran negatif kepada berfikiran lebih positif,

SEKIAN DAN TERIMA KASIH.

5. PONTENG

`TAK NAK PONTENG?

Betulkah kita Tak Nak Ponteng ?,

Itulah isu yang ingin KPJS paparkan pada kali ini.


KPJS mendefinisikan ponteng sebagai 'tidak menghadirkan diri' atau `tidak wujud semasa orang lain
wujud'  tanpa sebab atau alasan yang munasabah.

KPJS juga mengklasifikasikan ponteng kepada 5 jenis iaitu:

1. ponteng sekolah (tidak hadir ke sekolah pada satu atau lebih hari)

2. ponteng kelas (tidak hadir ke kelas semasa suatu-satu pengajaran dan pembelajaran dijalankan)

3. ponteng perhimpunan (tidak hadir perhimpunan tanpa sebab)

4. ponteng GERKO dan SUKAN (tidak hadir untuk menjalankan sebarang aktiviti GERKO atau SUKAN)

5. ponteng solat (bagi pelajar Islam )

MENGAPA KITA TIDAK HARUS PONTENG KE SEKOLAH?

Kita sudah sedia maklum, sekolah merupakan institusi sosial paling penting kerana sekolah ialah tempat
kita dididik dengan ilmu pengetahuan serta diterap dengan disiplin dan nilai-nilai murni. Oleh itu, saya
amat yakin dan saya mengangap bahawa sekolah kita merupakan salah sebuah pusat latihan yang
memberikan pendidikan kepada para pelajar agar bersedia menghadapi cabaran hidup danseterusnya
mampu memimpin diri sendiri serta generasi akan datang.

Tidak dinafikan bahawa sekolah merupakan tempat kita menimba ilmu pengetahuan serta menerima
pendidikan secara formal dan segala aspek yang berkaitan. Tanpa bimbingan dan pengajaran yang
sewajarnya, saya yakin, kita tidak akan ke mana-mana. Kita tidak akan dapat mengikuti arus pemodenan
negara pada masa ini.

Rakan-rakan yang dikasihi sekalian,

Di sekolah, guru ialah individu yang paling bertanggungjawab terhadap pendidikan yang diberikan
kepada kita. Mereka terlatih dan profesional dalam pendidikan segala ilmu yang diajarkan dapat
membuka minda kita untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Penerapan nilai-nilai positif dan disiplin
yang tegas pula dapat membentuk imej dan keperibadian seseorang pelajar. Ilmu yang dipelajari di
sekolah merupakan benteng yang boleh menghalang kita daripada terpengaruh dengan anasir-anasir
jahat yang boleh merosakkan kita. Di samping itu, kegiatan KoKurikulum yang dijalankan di sekolah
dapat membentuk dan mencungkil bakatkepimpinan seseorang pelajar yang berpengetahuan dan
berwawasan tetapi dapat memberikan daya kekuatan untuk menangkis segala kegiatan jenayah .

Bayangkanlah kita ponteng sekolah hari ini,

Sudah tentu kita akan ketinggalan satu-satu formula atau topik yang diajarkan setiap mata pelajaran.
Jika pada hari ini ada 5 subjek yang diajarkan, kita sudah mengalami kerugian 5 subjek. Kalau setiap guru
memberikan kerja rumah dan sudah mengalami kerugian 5 kerja rumah dan sudah tentu kita tidak dapat
menyelesaikan tugasan atau kerja rumah yang diberikan. Keesokan harinya pula guru pasti akan
memeriksa kerja rumah yang diberikan, dan sudah pastinya akan menerima hukuman. Bayangkan kalau
kita ponteng berhari-hari. Sudah tentu kerugian dan masalah yang banyak akan kita alami.

Oleh itu, janganlah ponteng jika tidak ada sebab-sebab yang terlalu penting seperti sakit atau
sebagainya. Jika kita tidak pernah ponteng sekolah, sudah tentu kita dapat menguasai sesuatu topik atau
bab yang diajarkan oleh guru dengan baik. Apabila kita dapat menguasai mata pelajaran itu dengan baik,
kita boleh menjawab soalan dengan mudah. Dan bila kita boleh menjawab soalan dengan mudah, saya
amat yakin, kita mampu lulus dengan cemerlang dalam ujian atau peperiksaan. Bahkan bukan itu saja, di
sekolah juga kita diterapkan dengan nilainilai murni yang menjadikan kita sebagai seorang pelajar yang
cemerlang disiplin dan cemerlang akhlak. Bukankah itu sesuatu yang membanggakan pihak sekolah dan
ibu bapa kita.

Ingatlah, jika sering ponteng, kita amat terdedah kepada banyak gejala sosial yang negatif di luar sana.
Mula-mula melepak. Apabila melepak cuba mengganggu orang, merokok, menghidu gam, mengambil
syabu dan menagih dadah. Tidak cukup dengan itu, kita mengugut, membuli, kemudian membelasah
orang. Tidak puas lagi, kita terjebak dalam kegiatan hina seperti mencuri. menyamun, meragut ,
merompak dan seterusnya mungkin membunuh.

Adakah ini matlamat hidup kita? Adakah ini sikap seorang yang terpelajar? Adakah ini yang diharapkan
oleh pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat kita? Adakah kita rela untuk hidup tanpa hala tuju, jadi
penganggur ukur jalan sana, sini? Bolehkah kita, 'Menuju Ke Arah Kegemilangan Yang Menyeluruh'
seperti yang termaktub dalam Falsafah Sekolah, jika kita sering saja ponteng sekolah ? Adakah kita ?
Bolehkah kita ? atau Mampukah kita ?.Tanyalah diri kita kerana kita penentu segala-galanyanya.

Rakan-rakan yang dihormati sekalian,

Pihak sekolah mempunyai peraturan yang tegas lagi adil

1 .   Di dalam Buku Peraturan Sekolah : ponteng sekolah dan ponteng kelas adalah dianggap sebagai
Perkara 26.0 : Kes Salah laku Berat, yang boleh dikenakan tindakan gantung dan buang sekolah serta
merta, dan

2 .   hukuman rotan boleh dikenakan kepada mereka yang Lewat Hadir dan Tidak hadir ke sekolah tanpa
sebab yang munasabah serta ponteng perhimpunan rasmi dan ponteng solat (bagi pelajar Islam sesi
petang)

KPJS mengajak rakan-rakan semua, janganlah kerana kita rajin hadir ke sekolah kerana kita takut akan
hukuman dan tindakan yang akan diambil. Tetapi

1. hadirlah ke sekolah kerana diri kita penuh dengan motivasi,

2. hadirlah ke sekolah kerana ilmu, dan

3. hadirlah ke sekolah kerana ingin berjaya.

6. GENGSTERISME
ADAKAH anda seorang gengster ?

Adakah kita ahli mana-mana 'geng'di sekolah kita ?

Kali ini, KPJS mengutarakan satu isu yang hangat di pasaran`GENGSTERISME'

Golongan remaja dapat didefinisikan sebagai satu golongan peralihan iaitu peralihan dari segi sikap,
fizikal, mental, emosi, rohani dan jasmani daripada golongan atau alam kanak-kanak ke alam dewasa.
Golongan ini merangkumi individu lelaki dan perempuan yang berusia dalam lingkungan umur 13 hingga
20 tahun dan termasuklah semua pelajar.

Atas hakikat inilah, maka sesetengah remaja masih lagi terikut-ikut dengan gaya hidup kanak-kanak dan
sesetengahnya pula mahu kelihatan matang seperti orang dewasa. Hal ini mengakibatkan remaja
semakin tersepit dalam arus pemodenan negara dan akhirnya munculah golongan remaja yang
terjerumus dalam kegiatan jenayah dan masalah sosial.

PUNCA

1. Memang tidak dapat dinafikan bahawa punca utama masalah ini datangnya daripada masalah
kekeluargaan. Kajian mendapati hampir 70% remaja yang terlibat dalam masalah ini terdiri daripada
keluarga yang porak peranda. Remaja terbabit merasakan bahawa mereka sudah kehilangan tempat
untuk mengadu segala masalah dan malu untuk menghadapi masyarakat.

2. Dalam proses memajukan negara, kita disogokkan dengan pelbagai rancangan dan artikel yang kurang
bermutu dari Barat yang bertentangan dengan ajaran agama dan budaya kita. Rancangan dari Barat
menonjolkan ciri-ciri keganasan yang sesuai dengan naluri mereka yang sentiasa ingin mencuba sesuatu
yang baru.

3. Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga merupakan punca utama berlakunya masalah gengsterisme
dalam kalangan remaja. Hal ini kerana rakan adalah pengaruh terbesar yang boleh mengubah pendirian
seseorang. Remaja seharusnya menjauhkan diri daripada rakan yang bersikap negatif kerara dalam usia
yang meningkat naik, remaja perlu dapat menilai antara yang baik dengan yang buruk.

Remaja tidak akan melakukan jenayah sekiranya wujud kesedaran bahawa kegiatan tersebut menyalahi
undang-undang negara atau peraturan sekolah, melangcar batas agama dan budaya bangsa remaja itu
sendiri. Selain kurangnya kesedaran, remaja masa kini juga terlalu cetek dari segi didikan rohani dan
jasmani.

HUKUMAN ATAU TINDAKAN:

1. Hukuman atau tindakan undang-undang yang tegas akan dikenakan terhadap remaja yang melakukan
jenayah. Contohnya, Kes bunuh Muhammad Farid Ibrahim, seorang pelajar tingkatan 4 Sekolah
Menengah Agama (SMA) Dato' Klana Petra Maamor, Ampangan Seremban Negeri Sembilan, yang
dibelasah hingga mati. Hukuman yang dikenakan ialah dihadapkan dan dibicarakan di Mahkamah Tinggi
serta didakwa mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan mereka boleh dijatuhi
hukuman mati.

2. Kita merujuk kepada peraturan sekolah kita pula: Berdasarkan Buku Peraturan Sekolah pindaan 2003,
Perkara 26 tindakan ke atas pelajar yang terlibat dengan kes-kes 'gengsterisme'  seperti bergaduh,
mengugut, memukul, melepak dan sebagainya boleh digantung atau dibuang sekolah serta merta dan
akan dikenakan sebatan rotan.

Sebenarnya terlalu banyak yang boleh diperkatakan tentang masalah gengsterisme dalam kalangan
remaja. Semua masalah ini akan berakhir jika semua pihak bersatupadu, tidak kiralah sama ada ibu
bapa, pihak sekolah, pihak kerajaan, masyarakat sekeliling ataupun remaja itu sendiri.

KPJS mengingatkan diri kami sendiri dan juga rakan-rakan sekalian, janganlah pula kita jadikan alasan
bahawa jika kita mempunyai masalah keluarga atau institusi kekeluargaan di rumah tidak kukuh, kita
sewenang-wenangnya membabitkan diri ke arah budaya yang tidak bermoral ini.

Janganlah pula, apabila ibu bapa kurang memberikan perhatian, kita jumps 'geng'  kita.
Kalau 'geng'  yang kita jumpa itu baik, sering menasihati kita atau boleh berkongsi masalah dengan kita,
kita selamat. Tetapi, kalau 'geng'  itu sendiri 'membatu api' atau mengajak kita melakukan sesuatu yang
negatif untuk melupakan masalah kita, saya rasa kita amat-amat rugi.

Satu lagi pesanan KPJS, adalah lebih baik kita menubuhkan 'geng perbincangan'  atau 'study
group'  daripada kita menubuhkan 'geng-geng yang melampau'  yang amat merugikan dan suka
membuang masa, seperti suka membuli, suka menganggu, suka lepak dan banyak lagi.

Saya ingin bertanya kepada kita semua, ada berapa banyak 'study group'  atau `kumpulan-kumpulan
perbincangan'  yang ada di sekolah kita ini? Saya rasa kita boleh hitung dengan jari.

Rakan-rakan semua, kita anak-anak bangsa yang bakal meneraju negara Malaysia yang tercinta.

Fikirlah, bukalah mata, jangan sekali-kali kita asyik terleka,

Jangan asyik dibuai mimpi,

zaman remaja hanya sekali, sekiranya tersilap langkah, kita yang akan merana

SEKIAN DAN TERIMA KASIH.


Intro - Kelab Pencegahan Jenayah

Latar Belakang KPJ

Kelab Pencegahan Jenayah ialah kelab yang ditubuhkan di semua sekolah rendah dan
sekolah menengah kerajaan merujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 5/2006,
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Matlamat Penubuhan KPJ
1. Membangkitkan kesedaran dan kepekaan murid-murid terhadap kemungkinan wujudnya
gejala antisosial di sekeliling mereka.

2. Mewujudkan kerjasama yang erat di antara pihak sekolah dan pihak polis dalam usaha
mencegah perbuatan jenayah sama ada di dalam atau di luar sekolah.

3. Membentuk komuniti murid yang mempunyai kesedaran tinggi terhadap aspek


pencegahan jenayah dan mempunyai kefahaman tentang penguatkuasaan undang-undang
dalam konteks mewujudkan masyarakat yang harmoni dan aman.

Moto KPJ
“Mencegah lebih baik daripada Memerangi”

Objektif KPJ

1. Melahirkan kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam pencegahan jenayah.

2. Menanamkan nilai-nilai moral yang tinggi di kalangan murid.

3. Menimbulkan kesedaran bahawa pencegahan adalah lebih baik daripada memerangi


jenayah.

4. Menyediakan garis panduan tentang cara-cara pencegahan dan menjalankan aktiviti yang
bersesuaian.

5. Melahirkan murid-murid yang bertanggungjawab dalam hal menangani jenayah demi


agama, bangsa dan negara.

Peranan Ahli KPJ


Peranan Ahli KPJ adalah untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang mengambil kira lima
domain pembangunan murid Kementerian Pelajaran Malaysia:

1. Pembudayaan Adab Murid

2. Peningkatan Disiplin Murid


3. Perpaduan Murid

4. Patriotisme

5. Jatidiri

Jawatankuasa KPJ
Pelaksanaan KPJ di semua sekolah ditentukan dan dipantau oleh:
1. Jawatankuasa Bertindak melalui pendekatan masyarakat yang dibentuk oleh
Jawatankuasa Petugas Khas Menangani Gejala Salah Laku Murid peringkat KPM.
2. Jawatankuasa Disiplin Murid Jabatan Pelajaran Negeri
3. Jawatankuasa Peringkat Gabungan/Daerah/Zon (pengetua/guru besar yang dilantik oleh
KPPM)
4. Jawatankuasa KPJ peringkat sekolah

Jawatankuasa KPJ Peringkat Sekolah Rendah/Menengah

Penaung:

Pengetua/Guru Besar

Penasihat:

Penolong Kanan HEM

Pegawai Perhubungan Sekolah

Guru Penasihat:

Guru Disiplin Sekolah (2 orang)

AJK Kelab:
-Pengerusi
-Naib Pengerusi
-Setiausaha
-Penolong Setiausaha
-Bendahari
-Ahli Jawatankuasa (5 orang)
-Pemeriksa Kira-kira (2 orang)

Keahlian:
Terbuka kepada semua murid di sekolah berkenaan

Aktiviti Kelab Pencegahan Jenayah


1. Ceramah dan Dialog: 
-Pencegahan Jenayah oleh pegawai perhubungan polis
-Penyalahgunaan dadah dan hukumannya

2. Kursus, Bengkel dan Seminar:


-Membentuk keterampilan diri
-Pembentukan sahsiah murid

3. Lawatan Sambil Belajar:


-Penjara
-Sekolah Henry Gurney

4. Kempen:
-Antijenayah
-Antimerokok
-Antidadah

5. Perkhemahan:
-Kem Motivasi untuk murid berisiko tinggi
-Perkhemahan Jati Diri

6. Pertandingan:
-Sketsa jenayah murid-murid sekolah
-Mencipta logo dan slogan antijenayah

7. Penerbitan:
-Menerbitkan buletin KPJ
-Mengedarkan berita-berita pencegahan jenayah

8. Program-program Khas:
-Karnival KPJ
-Program bersama PDRM (cth: Rakan Cop)
-Program Jati Diri
KELAB PENCEGAHAN JENAYAH

AKTIVITI TAHUNAN KELAB PENCEGAHAN JENAYAH (KPJ) 2014

Bulan Aktiviti Objektif

Januari Mesyuarat Agong 1.  Memberi pendedahan kepada para ahli


tentang prosidur dan tatacara bermesyuarat.

2. Mendidik para ahli untuk bersikap lebih

demokratik dan toleransi.

3. Melantik Jawatankuasa kelab.

Februari Mengadakan Majlis 1. Memupuk nilai kepimpinan dalam kalangan


Pelantikan Ahli Jawatankuasa ahli.
Sesi 2014
2. Melancarkan dan melicinkan pelaksanaan

aktiviti kelab

Mac Ceramah 1. Mengingatkan pelajar sentiasa memberi


  perhatian semasa berada di jalan raya terutama

Tajuk pelajar yang berlesen dan menunggung


KESELAMATAN JALAN
RAYA DI KALANGAN motosikal ke sekolah.
MURID
   

Penceramah: Sub. Insp. Mohd 2. Utamakan keselamatan sendiri tanpa mengira


Fauzi Bin Hj. Mokhtar
(Pegawai Perhubungan Polis)
di mana pelajar berada.

3. Memberi kesedaran kepada murid bahawa

nyawa seseorang adalah tidak ternilai.

April- Kempen Sifar Ponteng 1.  Memberi pendedahan kepada pelajar tentang
May Sekolah kesan negative ponteng sekolah

2. Mendisiplinkan pelajar agar patuh kepada

peraturan sekolah terutama pelajar Tingkatan

Peralihan- Tingkatan 5 supaya tidak terlibat

dengan  ponteng sekolah.

Jun- Julai Ceramah 1.  Memberi pendedahan kepada pelajar tentang


  kesan negative buli pelajar yang lebih lemah

Tajuk kepada diri sendiri dan orang lain.


BULI
  2.  Memberi pendedahan kepada pelajar tentang

Pelajar membuat buku skrap faktor- faktor aktiviti buli, keburukan aktiviti
bertajuk “BULI”
buli pelajar dan cara mengatasi / membendung

masalah buli di kalangan pelajar sekolah.

3.  Mendisiplinkan pelajar agar patuh kepada


peraturan sekolah supaya tidak terlibat dengan

aktiviti buli pelajar dan mengelakkan diri

daripada dibuli.

Ogos Lawatan Sambil Belajar Ke 1. Mendedahkan ahli kepada budaya luar yang
Muzium Polis Dan Kilang sihat
Nutrigen
2. Memupuk nilai murni dengan melakukan

aktiviti berfaedah sebagai satu langkah

pencegahan jenayah.

3. Memberi keyakinan kepada ahli untuk bergaul

dengan masyarakat.

4. Mengeratkan hubungan dengan agensi lain

seperti Muzium Polis di samping membantu

murid untuk membanteras dan mencegah

jenayah di kalangan pelajar.

September Ceramah dan Pameran 1. Menyalurkan mesej tentang keburukan


  merokok dan akibatnya.

Tajuk 2. Memberi kesedaran tentang merokok tidak


ANTI ROKOK
hanya membahayakan kesihatan diri , merokok

juga membahayakan nyawa orang lain.


 

Sepanjang Program 1. Meningkatkan tingkahlaku positif dalam


tahun   kalangan pelajar yang sering melanggar

“MASIH ADA YANG peraturan sekolah.


SAYANG”
2. Membantu meningkat kendiri murid agar lebih

terarah.

3. Meningkatkan pengetahuan tentang jenayah,

keburukan dan hukuman yang diterima sebagai

satu langkah pencegahan.

4. Memberikan kesedaran kepada ahli dan murid

sekolah tentang keburukan melakukan jenayah.

5. Melatih ahli/ murid untuk berkomunikasi.

6. Memupuk sifat kepimpinan

Sepanjang Mengadakan aktiviti-aktiviti 1. Memupuk nilai murni dengan melakukan


tahun pencegahan jenayah di aktiviti dan memberi info berfaedah sebagai
sekolah:
  satu langkah pencegahan jenayah,

Sudut Pencegahan Jenayah 2. Memupuk budaya memberikan sumbangan

kepada masyarakat khususnya sekolah.

3. Menceriakan dan mencantikkan kawasan


sekolah, sebagai satu alternative untuk

menyihatkan minda dan badan.

Anda mungkin juga menyukai