Anda di halaman 1dari 3

anda telah bina laman web pertama anda dan kini adalah waktu emas anda untuk kuasai

industri anda di
google iaitu dengan naikkan ranking anda di google search

Cara Untuk Rankingkan Website di Google

ramai usahawan di luar sana terlepas pandang cara untuk naikkan ranking mereka di internet iaitu
Search Engine Optimization. Di topik ini saya, Adam Jamaludin akan berkongsi dengan anda tips dan
trick untuk naikkan laman web anda di Internet.

tips nak ranking website anda dalam google

ikut langkah ini tanpa gagal kerana setiap langkah ini adalah asas kepada ranking di internet

1. Karang post anda seminimum 300 patah perkataan dengan penuh dedidasi.

300 patah perkataan

Mengikut algorithm Google, jumlah perkataan minima untuk menunjukkan website anda berkualiti
adalah apabila anda punyai konten 300 patah perkataan. Mudahkan? Ianya seperti menulis karangan
pendek atau certot ( cerita pendek ) mengenai Industri Anda. Tulis mengenai industri ada, ini adalah
beberapa suggestion yang boleh berikan

1. 7 Tips Untuk….

2. Awas! Jangan Lakukan Perkara….

3. 3 Teknik Untuk…

4. 101 Cara Untuk…

5. Gunakan 7 Langkah ini Untuk…

mudahkan untuk mulakan topik? Dengan menulis topik yang berkaitan dengan industri anda, anda akan
lebih fokus dan mudah untuk mengarang. Bila anda punyai tajuk yang anda ingin tulis, mulakan terus!

2. Letakkan Gambar bersama Alt Attributes

Cara Untuk Rankingkan Website di Google

Jangan lupa letak gambar dan edit alt attributes. Nak lagi cantik, setiap gambar tu letakkan keyword yang
anda fokus.
Seperti contoh, letak gambar Mouse, tapi nak ranking mouse murah

so namakan gambar tu ” mouse murah.jpeg / mouse murah.png “

lepas upload ke website, fil in alt attribute “mouse murah”.

3. 3 Peratus @ 3% RULES

percentage yang paling cun dalam ranking adalah 3%. Kalau patah perkataan anda adalah 300 patah,
keyword anda hendaklah sekurang-kurangnya 9 kali pengulangan. Seperti contoh anda ingin ranking di
google menggunakan keyword ” laptop murah di Malaysia ”

langkah pertama anda perlu lakukan adalah bina post mengenai keyword pilihan anda ” laptop murah di
Malaysia “. Jumlah patah perkataan yang anda perlu letakkan hendaklah semina 300 patah perkataan
dengan 3% pengulangan keyword tadi.

Awas! Jangan lebih dari 3% !

kenapa tidak boleh lebih 3% ? Update dari Google algorithm , jika keyword anda lebih dari 3%, anda akan
dikira spam keyword secara berlebihan. Dan ini bahaya untuk reputasi laman web anda. Laman web
anda boleh dihukum , di penalized sehingga jatuh ranking.

4. Pilih Plug In Yang Boleh Bantu Anda Ranking

Jika anda masih belum ada plug in install di laman web anda, saya akan recommend plug Yoast SEO
untuk digunakan di website anda. Plug ini mesra pengguna dan punyai free version dan paid version.
Gunakan sahaja free version sudah cukup untuk bantu anda ranking di Internet.

Bagaimana Yoast SEO berfungsi?

Yoast SEO ini akan bantu anda untuk pilih dan pulih Title, Meta Description , Slug dan keyword pilihan
anda

Anda boleh adjust semula H1, H2 Title selari dengan pilihan keyword
Jumlah keyword anda juga akan diukur menggunakan plug in ini

Plug ini akan beritahu adakah keyword itu pernah digunakan atau tidak

Yoast SEO juga akan menilai sama ada keyword pilihan anda berada dalam GOOD atau BAD condition
dan akan berikan solusi pada anda untuk pulihkan pilihan keyword anda

5. Letakkan Featured Image

Ramai yang terlepas pandang mengenai Feautured Image. Jika anda melakukan perkongsian di Media
Sosial, featured image akan bantu pembaca tangkap isi konten website anda. Jika anda tidak letakkan
gambar untuk featured image , kebarangkalian untuk pengunjung ke laman web anda semakin rendah.
Saya telah lakukan experiment akan featured image ini.

Featured image yang mempunyai tajuk lebih suka diklik oleh pembaca berbanding featured image yang
kosong. Oleh itu lakukan edit sedikit Dan jika anda tidak berapa mahir edit, saya sarankan anda gunakan
Canva. Canva ini boleh digunakan di laman web dan anda juga boleh download apps ini di Playstore atau
Appstore.

mudahkan rasa untuk ranking di Google / Yahoo/ Bing sekarang? Lakukan tips ini dan berikan masa 3 ke
7 hari dan search semula keyword anda di google. Anda pasti akan dapat result!

Anda mungkin juga menyukai