Anda di halaman 1dari 24

WSC 111 PING PONG

Tugasan

Nama : Lim Jia Yi

No. KP : 960215-02-5343

No. Matrik : 134243

Pusat Pengajian : Kejuruteraan Mekanik

Jurulatih : En. Mohd Mahyuddin Abdullah

Tarikh Hantar : 25/10/2018


Isi Kandungan

Bil. Tajuk Penting Muka Surat


1.0 Pengenalan
1.1 Pengenalan Ping Pong 1-4
1.2 Sejarah dan Perkembangan Ping Pong
2.0 Peraturan Dalam Permainan Ping Pong 5-6
3.0 Peralatan Dalam Permainan Ping Pong
3.1 Bet Ping Pong
3.2 Bola Ping Pong 7-11
3.3 Meja dan Jaring Ping Pong
3.4 Pakaian Permainan Ping Pong
4.0 Footwork Untuk Permainan Ping Pong 12-13
5.0 Kemahiran Asas Permainan Ping Pong
5.1 Kemahiran Memegang Raket
5.2 Kedudukan Berdiri dan Bersedia (Stance) 14-17
5.3 Kemahiran dan Teknik Membuat Servis
5.4 Jenis Pukulan
6.0 Isyarat Tangan Untuk Pengadil Semasa Permainan
6.1 Definisi
18-19
6.2 Sistem Ekspedit
6.3 Mata
7.0 Pemain Ping Pong yang Terkenal
7.1 Ranking Pemain Lelaki di Dunia
7.2 Ranking Pemain Wanita di Dunia 20-21
7.3 Pemain Lelaki yang Terkenal di Malaysia
7.4 Pemain Wanita yang Terkenal di Malaysia
1.0 Pengenalan
1.1 Pengenalan
Ping-pong (juga dipanggil "tenis meja") merupakan sejenis sukan dan permainan
dalam yang popular. Pemain akan memukul bola berulang-alik di atas sebuah meja yang
mempunyai jaring di tengahnya menggunakan pemukul atau bet. Pemain cuma boleh
memukul bola tersebut setelah ia melantun sekali di bahagiannya, dan mesti
mengembalikannya supaya ia melantun di bahagian lawan. Permainan ini boleh
dimainkan secara perseorangan atau beregu. Permainan ini laju dan memerlukan reaksi
pantas. Permain yang mahir boleh memberikan "putaran" pada bola, yang
membuatkannya melantun pada arah yang sukar dijangka, sekaligus menyukarkannya
dibalas.
Ping pong amat popular di Asia Timur dan merupakan antara sukan yang paling
banyak jumlah pemainnya. Ping pong kini menjadi salah satu sukan utama yang terbaru.

1.1 Sejarah dan Perkembangan Ping Pong


Pada mulanya permainan ping pong merupakan kegiatan masa lapang yang
digemari oleh penuntut-penuntut universiti di Britain. Corak dan bentuk permainan ini
telah didaftarkan pada tahun 1891 oleh Charles Barter dari Gloucestershire, dan lebih
kurang pada masa yang sama James Gibb, seorang pelopor Persatuan Olahraga Amatur
Britain telah membawa balik bola mainan seluloid dari Amerika yang kemudiannya
diperkenal sebagai alternatif kepada bola getah atau gabus yang digunakan pada masa
itu.
Tindakan ini membawa kejayaan serta-merta dan beberapa pengilang mula
memasarkan satu rangkaian nama-nama seperti Gossima, Whiff Waff, Flim Flam dan
Table Tennis. Apabila raket yang kosong disaluti velum diperkenalkan, istilah pingpong
pun dicipta. Ia diambil daripada bunyi ‘ping’ apabila bet bertembung dengan bola dan
bunyi ‘pong’ terhasil akibat dari bunyi bola melantun di meja permainan.
Dan sekali lagi James Gibb telah mencadangkan kepada pengilang John Jaque
Ltd. bahawa nama ini sesuai untuk bet, bola dan jaring keluaran mereka. Pada tahun
1902, seorang professor pelawat Jepun telah membawa balik permainan ini ke Jepun

1
dan memperkenalkannya kepada pelajar-pelajar universiti di sana. Tidak lama kemudian
seorang penjual berbangsa British, iaitu Edwards Shires telah memperkenalkan
permainan ini kepada orang-orang Vienna dan Budapest. Dengan ini benih untuk
perkembangan sukan ini telah tersemai dan ia kini telah mendatangkan sambutan
hampir di semua tempat di dunia.
Persatuan Pingpong (The Pingpong Association) telah dibuka. Kejohanan Sedunia
yang pertama telah diadakan di London pada tahun 1927. Pemenangnya ialah seorang
yang berbangsa Hungary, iaitu Dr. Jacobi. Selain daripada Fred Perry dari England,
yang memenangi pada tahun 1929, pemain-pemain Hungary boleh dikatakan menguasai
permainan ini sepanjang tempoh tahun 1930-an. Pasukan mereka diketuai oleh pemain
terkenal, Victor Barna, yang mana kemahiran dan inspirasi beliau telah banyak
membantu membawa sukan ini ke tahap semakin mendapat perhatian serius masyarakat
dunia.
Pemain-pemain eropah boleh dikatakan telah menguasai dunia pingpong sehingga
akhir tahun 1940-an menggunakan cara berjabat tangan untuk mementingkan corak
pertahanan lebih dari corak menyerang. Permainan ini telah mengalami corak
perubahan yang besar pada tahun 1950-an dengan kemunculan sandwich atau span
terbalik (inverted sponge) iaitu satu bahan baru untuk membuat muka pukulan bet.
Sebelum ini muka pukulan yang diperbuat daripada getah berbintik nipis (pimpled
rubber) telah banyak digunakan. Sehingga masa itu putaran (spin) hanya memainkan
peranan kecil dalam permainan yang dikuasai oleh corak pertahanan. Tetapi senjata-
senjata baru ini yang diperkenalkan oleh orang-orang Jepun amat menakjubkan.
ITTF sebagai badan pengawal (the rulling body) dengan cepat mengadakan
peraturan untuk mengawal perkembangan baru ini kerana pada pandangan sesetengah
pihak ia membekalkan kelebihan yang tidak adil kepada sesetengah pemain. Ketebalan
span dan getah sandwich adalah dalam kawalan dan ia kekal sedemikian hingga kini.
Tetapi sifat permainan ini telah pun berubah. Para juara kini telah mengukuhkan gaya
kepantasan dan putaran serangan laju (fast attacking speed and spin).
Pada tahun 1950-an, pemain Jepun telah menguasai dunia pingpong dengan corak
permainan dan cara cekak pen (pen-holder) yang mementingkan corak menyerang dan
gerak kaki yang pantas. Pasukan lelaki Jepun telah menjadi johan dunia pada tahun

2
1954 hingga 1959. Dalam tahun 1960-an negara China muncul sebagai sebuah negara
kuasa pingpong yang handal. Mereka menguasai dunia pingpong melalui penggunaan
corak laju dan dekat dengan meja.
Dalam tahun 1970-an, pemain-pemain Eropah menunjukkan kebolehan dan
keyakinan mereka sekali lagi dan bertanding hebat dengan pemain-pemain Asia dalam
beberapa pertandingan penting dunia. Dalam tahun 1980-an, pemain-pemain Eropah
dianggap lebih handal daripada pemain-pemain Asia, terutamanya pemain-pemain
Sweden yang telah menewaskan pasukan China dalam perlawanan antara pasukan lelaki
walaupun China masih menguasai negara-negara lain dalam bahagian wanita.
Pemain-pemain perseorangan Eropah seperti Grubba, Waldner, Applegren,
Persson, dan Lindh, manakala Guo Yuehua, Jiang Jialiang, Chen Longcan, Chen
Xinhua dan Yoo Nam Kyu dari asia adalah pemain lelaki yang menguasai dunia
pingpong. Dalam bahagian wanita pula, pemain-pemain dari China, Korea Utara, Korea
Selatan, Kepun, Hong Kong dan sebagainya masih mendahului pemain-pemain dari
Sweden, Hungary dan Rusia.

1.1.1 Perkembangan Ping Pong di Malaysia


Pada tahun 1952, sebuah persatuan pingpong ditubuhkan dan persatuan ini
dirasmikan pada tahun 1958 dan dikenali sebagai Persatuan Pingpong Malaya.
Pada tahun 1964, Persatuan Pingpong Malaysia (TTAM) pula ditubuhkan dan
selepas itu perkembangan pingpong di negara ini dipesatkan. Ini terbukti dengan
aktiviti-aktiviti persatuan tersebut. Persatuan ini telah melaksanakan banyak
kegiatan dalam negeri mahupun luar negara.
Pada masa sekarang, semua kaum telah kenal dengan permainan pingpong
dan ramai penduduk di negara ini menjadikannya sebagai rekreasi ringan.
Sehingga tahun 1974, boleh dikatakan semua yang terlibat dalam pertandingan
antara negeri-negeri Malaysia adalah daripada keturunan cina. Pada tahun 1974,
dan sehingga 1982, pertandingan untuk kaum lain (bukan cina) dimulakan. Ini
adalah satu langkah yang baik dan diharapkan kelama-lamaan, tidak akan wujud
perasaan perkauman dalam permainan ini.

3
Pada tahun 1982, pertandingan bukan cina ditukar menjadi pertandingan
perpaduan di mana pemain-pemain cina yang belum pernah mewakili
dibenarkan bertanding. Diharap juga dengan lebih ramai pemain bukan cina
bermain pingpong, pemilihan pemain untuk pasukan negara kita akan
diperluaskan dan bakat-bakat baru dapat dicungkil.
Pada tahun 1972, satu pasukan yang terdiri daripada tiga orang pemain
lelaki telah pertama kali dapat menyertai Kejohanan Pingpong Dunia di Nagoya,
Jepun dan kita telah mencapai tempat ke-25 daripada 39 pasukan yang
mengambil bahagian. Dalam Kejohanan Pingpong Dunia ke-32 di Yugoslavia
pada tahun 1973, Malaysia telah mencapai tempat ke-18 daripada 52 buah
negara dalam bahagian lelaki manakala ke-19 daripada 40 buah negara bagi
wanita.
Di samping itu, Persatuan Pingpong Malaysia juga menjadi pengasas
Asian Table Tennis Union pada tahun 1972 dan sejak itu Malaysia telah
memainkan peranan penting dalam perkembangan pingpong di Asia. Dalam
kalangan negara-negara Asean pula, Malaysia pernah menjadi pengerusi dan
jawatankuasa teknik untuk mengelola Kejohanan Pingpong Belia Asean. Pada
tahun 1979, buat kali pertama seorang wakil dari Malaysia, Dato’ Michael Chen
telah dilantik menjadi ahli ITTF, sebuah badan sukan pingpong tertinggi dunia.
Pada tahun 1983 pula, seorang lagi rakyat Malaysia iaitu Encik Yap Yong
Yih telah dilantik menjadi ahli ITTF. Oleh demikian, Persatuan Pingpong
Malaysia berjaya memainkan peranan aktif dalam sukan pingpong dunia.
Kepercayaan yang diberikan ITTF kepada Malaysia untuk menjadi tuan rumah
Piala Dunia ke-2 (1981), ke-5 (1984) dan ke-12 (1991) dengan jelasnya
membuktikan Malaysia mempunyai kebolehteknikal yang tinggi.
Sejak tahun 1990, Malaysia telah menghantar beberapa pemain muda ke
luar negeri seperti ke Jepun dan Korea Selatan untuk mendapat latihan intensif
yang lengkap. TTAM juga berhasrat untuk mencari bakat baru yang terdiri dari
pelbagai latarbelakang kaum untuk menganggotai persatuan ini. Kini TTAM
mempunyai 15 ahli gabungan termasuklah 14 negeri dan Majlis Sukan Angkatan
Tentera. Keahliannya adalah seramai 20 000 orang. Selain itu, TTAM telah

4
menghasilkan 35 orang pengadil bertaraf antarabangsa dan 400 pengadil
kebangsaan yang menjalankan tugas mereka di persatuan masing-masing dan
juga pertandingan kebangsaan.
2.0 Peraturan dalam Permainan Ping Pong
Peraturan ping pong rasmi adalah peraturan- peraturan yang direka untuk melindungi
apa-apa kemungkinan yang mungkin timbul semasa permainan. Peraturan-peraturan ini
dikaji semula setiap tahun oleh International Table Tennis Federation (ITTF) dan sebarang
perubahan biasanya dilaksanakan mulai 1 September.

2.1 Peraturan
Diketahui bahawa setiap acara sukan mempunyai peraturan-peraturan tertentu.
Acara sukan ping pong juga mempunyai peraturan tersendiri, antara peraturan yang di
tetapkan oleh International Tabel-Tennis Federation (ITTF) dan Undang-Undang
Persatuan Ping Pong Malaysia ialah pakaian adalah hendak kemas, tidak dibenarkan
memakai jeans, selipar atau berkaki ayam iaitu tidak memakai kasut atau selipar.
Permain juga dilarang sama sekali memakai baju berwarna putih kerana ianya akan
menyebabkan bola ping pong akan tidak kelihatan oleh pihak lawan kerana warnanya
adalah sama.

2.2 Cara Bermain


Biasanya pungutan mata ialah sebanyak 11 mata (Lelaki & Perempuan).Terdapat
beberapa peraturan untuk membuat servis iaitu:-
 Servis akan bermula dengan bola mesti sentias berada di dalam tapak tangan
bebas yang pegun, terbuka dengan jari tertutup dan ibu jari bebas.
 Tangan bebas yang membawa bola mesti sentiasa berada di atas permukaan meja
dan di belakang garisan meja.
 Semasa membuat servis, bet mesti berada di atas permukaan meja dan memukul
di garisan belakang meja.
 Bola mesti dilempar tegak sekurang-kurangnya 16 cm ke atas oleh tapak tangan
tanpa menjanakan sebarang putaran.

5
 Bola mesti dipukul semasa ia menurun supaya -dalam permainan perseorangan, ia
melantun di kawasan pembuat servis dan kemudian di kawasan penerima.Dalam
permaian bergu ,ia melantun di kawasan kanan pembuat servis dan kemudian di
kanan penerima.
 Pemain yang membuat servis perlu meastikan bahawa tindakannya dapat dilihat
sepenuhnya oleh pengadil.
 Servis tidak boleh terlalu jauh dari bahagian badan kecuali lengan, kepala atau
kaki apabila diukur dari jaring.
 Jika bola tersentuh jaring semas melepasinya, satu penggilan'net' akan disebut dan
servis terpaksa dilakukan semula.

2.3 Undang Undang Permainan.


Sebelum tahun 2001 sistem kiraan mata untuk ping pong dilakukan sehingga
21 mata tetapi selepas itu,untuk mendapatkan atau menghasilkan permanianan yang
lebih menarik dan den menyeronokkan peraturan baru telah diperkenalkan iaitu
sistem kiraan 11 mata.

2.3.1 Memulakan Permainan.


Untuk memulakan permaianan, pemain perlu memutuskan siapakah
yang akan melakukan servis terdahulu dengan melakukan undi seperti
membaling duit siling dan pemain yang betul pilihannya akan memilih
samaada ingin servis terdahulu atau memberikan pihak lawan servis terdahulu
dan memilih arah meja yang diinginkan. Setiap pemain akan mempunyai dua
kali servis sebelum tukar kepada pihak lawan dan pemain yang berjaya
mendapat 11mata dahulu dikira menang, jika kedudukan seri pada mata 10-10
perbezaan setiap dua mata akan menentukan pemenang. Untuk pemain beregu
atau double, setiap pemain masih pempunyai dua servis sebelum bertukar
servis kepada pihak lawan, apabila bertukar servis, pemain yang menerima
servis pemain lawan akan membuat servis dan partner pemain yang sebelum
ini yang melakukan servis akan menerima servis tersebut. Servis yang

6
dilakukan mestilah pada bahagian meja yang berdiagonal dengan bahagian
meja pemain yang melakukan servis

3.0 Peralatan Permainan Ping Pong


3.1 Meja Meja
Meja ping pong mestilah berbentuk segiempat tepat, berukuran 2.74 m panjang
dan 1.525 m lebar dan tingginya dari lantai ialah 76 cm. Permukaan meja boleh
diperbuat dari pelbagai bahan tetapi mestilah memberi lantunan (bounce) bole lebih
kurang 23 cm tinggi apabila bola dijatuhkan dari ketinggian 30 cm. Permukaan meja
mestilah berwarna gelap dan pudar keseluruhannya dengan satu garisan putih yang
tebalnya 2 cm di setiap empat sisi meja itu. Permukaan meja dibahagi kepada dua
bahagian yang sama oleh satu jaring yang selari dengan kedua-dua garisan permukaan
meja. Untuk permainan beregu, kedua-dua permukaan meja itu dibahagi kepada 2
bahagian yang sama oleh garisan tengah yang tebalnya 3 mm dan selari dengan garisan
tepi meja.

3.2 Bola Bola

7
Bola ping pong mestilah berdiameter 40 mm dan berat 2.7 gram. Bola ping pong
boleh diperbuat daripada seluloid atau bahan plastik yang sama dan berwarna putih atau

kuning yang pudar. Bola pingpong digred kepada satu bintang sehingga tiga bintang,
masing-masing untuk latihan dan pertandingan. Bola pingpong mudah diperolehi dan
harganya tidaklah mahal.

3.3 Jaring Jaring


Untuk permainan ping pong terdiri dari jaring dan peralatan untuk memasangnya
ke meja pingpong, dan sering disebut gabungan jaring (net assembly). Panjang jaring
ialah 1.83 m dengan 1.525m di atas meja dan 15.25cm panjang di luar setiap garisan
tepi. Tinggi jaring adalah 15.25 cm di atas permukaan.

8
3.4 Bet
Oleh kerana terdapat berbagai-bagai jenis bet di pasaran pada masa ini, sehingga
untuk memilih bet boleh menjadi satu masalah. Bagi mereka yang baru belajar bermain
terutamanya terdapat beberapa panduan mudah yang boleh diikuti. Bet berbeza
mengikut bentuk dan corak tetapi keselesaan patut diutamakan. Jika ia kelihatan cantik
sahaja tetapi tidak selesa dipegang, kita tidak harus memilihnya.
Bet sepatutnya sepatutnya natural apabila digunakan tanpa menghalang atau
menggangu teknik permainan kita dan membenarkan kita mengekalkan kawalan
maksimum ke atas pukulan kita. Berat bet dan jenis bet yang digunakan juga harus
membenarkan keselesaan dan bersesuaian dengan corak permainan kita. Sesuatu bet
serba boleh adalah diperbuat daripada kayu lembut yang tidak melebihi lima lapisan
getah.
Getah yang digunakan boleh dibahagikan kepada dua jenis. Jenis pertama
ialahgetah terbalik ‘reverse’ yang licin dan rata dengan lapisan berbintik-bintik terbalik
(inverted pimples) di bawah dan diikuti oleh satu lapisan span. Jenis kedua ialah getah
berbintik keluar (pimples out) dengan atau tanpa satu lapisan span. Untuk pertandingan,
semua getah yang digunakan mestilah mempunyai logo ITTF. Getah yang digemari
ramai ialah getah yang terbalik (reverse) yang boleh mengubah sifat-sifat kelajuan dan
putaran bola secara meluas. Secara am, semakin tebal dan keras lapisan span, semakin
cepat bola memantul (rebound) daripada bet.
Di bawah undang-undang ping pong, tebal keseluruhan getah dan span tidak
boleh melebihi 4 mm. Jika getah digunakan pada kedua-dua permukaan bet, maka
warnanya mestilah sebelah berwarna hitam dan sebelah lagi berwarna merah. Jika kayu
digunakan pada salah satu permukaan, warnanya mesti warna hitam atau merah yang
dicelup tetapi bukan dicat.
Getah berbintik keluar dari span, boleh dibahagi lagi kepada bintik-bintik pendek
dan bintik-bintik panjang. Getah berbintik pendek digunakan oleh pemain corak
penyerang untuk memukul balik putaran lawannya kerana getah jenis ini mempunyai
darjah kawalan yang tinggi. Kelemahannya ialah putaran yang dijanakan adalah tidak
sekuat putaran getah terbalik. Seorang pemain pakar menggunakan jenis ini ialah Jiang

9
Jiliang dari China, johan perseorangan dunia pada tahun 1985 dan 1987. Getah berbintik
panjang digunakan oleh pemain yang menggunakan corak permainan bertahan.
Kelebihannya ialah ia boleh membalikkan putaran atas dan memulangkan putaran bola
belakang. Kelemahannya ialah ia amat susah dikawal dengan baik. Seorang pemain

pakar dalam bidang ini ialah Li Gun Sang dari Korea Utara dan beliau sekarang
mewakili Great Britain.

3.5 Pemain & Pakaian


Seperti yang dimaklumkan, pingpong boleh dimainkan secara perseorangan lelaki
dan wanita dan beregu lelaki dan wanita dan beregu campuran. Pakaian untuk seorang
pemain lelaki dan wanita termasuk baju lengan pendek, seluar pendek, stoking dan kasut.
Warna baju dan seluar bergantung pada kehendak pemain atau pasukan yang diwakilinya.
Pakaian yang sesuai dan selesa dapat membantu sewaktu permainan.

3.6 Kawasan (Arena) Permainan


Permainan pingpong boleh dijalankan di mana-mana tempat yang berdaftar,
seperti di kaki lima, tepi jalan, di dalam bilik, di dewan dan sebagainya. Arena
permainan pingpong berubah-ubah bergantung kepada keadaan pertandingan atau
perlawanan dan pihak penganjur. Tetapi dalam pertandingan antarabangsa, arena ini tidak
boleh kurang dari 14 meter panjang, 7 meter lebar, dan 4 meter tinggi untuk satu-satu
gelanggang. Arena ini mestilah dikelilingi oleh pelindung (surrounds) yang tingginya 75

10
cm. lantai arena mestilah berwarna gelap. Lampu mesti dipasang dengan jarak tidak
kurang dari 4 meter dari lantai. Di negara kita terdapat banyak dewan dan stadium
tertutup yang sering digunakan juga untuk perlawanan dan pertandingan ping pong sama

ada di peringkat negeri, kebangsaan ataupun antarabangsa. Umpamanya Stadium Negara


dan Stadium Badminton Kuala Lumpur pernah dijadikan arena pertandingan bertaraf
dunia

11
4.0 Footwork untuk Permainan Ping Pong
Kaki dan Footwork Footwork digunakan agar pemain dapat memainkan stroke
dengan tepat (memukul secara sempurna) sedini mungkin, dengan tubuh tetap seimbang
(balanced, siap, nyaman) dan bisa kembali semula setelah membuat pukulan untuk siap
distroke berikutnya. Pemain yang melakukan footwork itu juga bisa dengan baik mengatasi
serta bergerak ke lokasi (posisi) yang tepat untuk pukulan berikutnya secara tepat waktu
tanpa tergesa-gesa bahkan terlambat.

4.1 Jenis-jenis Gerak Kaki (Footwork)


Gerak kaki ping pong dibahagikan kepada tiga jenis iaitu gerak kaki satu langkah,
dua langkah, dan tiga langkah atau lebih. Arah pergerakannya biasanya ke depan, ke
belakang, ke samping kiri, samping kanan atau diagonal. Penggunaan gerak kaki
disesuaikan dengan jarak di mana bola yang datang dengan posisi pemain. Jika jarak bola
yang datang sangat dekat dengan pemain, pemain tidak usah untuk melangkahkan kaki
atau pemain hanya perlu gerak satu langkah sahaja. Jika jarak antara bola yang datang
dengan posisi pemain agak jauh, pemain pula perlu bergerak dalam dua langkah. Gerak
kaki dua langkah merupakan kaedah gerak kaki yang paling popular digunakan kerana
gerak kaki dua langkah merupakan gerakan yang paling pantas dan meliputi kawasan
yang luas. Namun begitu, jika jaraknya cukup jauh dari meja, pemain harus dicapai
dengan tiga langkah atau lebih.

4.2 Cara Melakukan Gerakan Kaki (Footwork)


Pada mulanya, lutut pemain perlu ditekuk sedikit dan berat badan pemain
dibahagikan secara rata serta seimbang di kedua-dua kaki. Berat badan ditumpukan pada
kaki belakang. Apabila pemain ingin melangkah ke kiri, kaki kiri digeser ke arah kiri dan
berat badan dibebankan ke arah kaki kiri. Tambahan pula, jika perlu melakukan dua kali
langkah, maka caranya adalah sama. Di samping itu, jika seseorang pemain ingin
melakukan pukulan sangga depan (forehand), pemain harus gerakkan kaki kanan sedikit

12
ke belakang sehingga sama seperti posisi awal melakukan pukulan forehand supaya
pemain berada dalam posisi sangga depan yang betul apabila sampai kepada bola. Jika
pemain ingin melakukan pukulan sangga belakang, pemain perlu mengerakkan kaki
kanan terlebih dahulu. Setelah melakukan pukulan, pemain harus memperhatikan arah
bola dan kembali ke posisi awal dengan pantas. Apabila ingin bergerak ke kiri, dorong
dengan kaki kanan. Jika pemain tidak berada dalam posisi bersedia, pemain harus
kembali semula ke posisi yang sedekat mungkin. Namun begitu, pemain harus sentiasa
beringat supaya tidak melakukan apa-apa pergerakan ketika pihak lawan memukul bola.
Hal ini kerana, pemain tidak akan dapat meliputi bahagian yang dijauhi dengan berkesan.
.

4.3 Tujuan Kaki dan Footwork


Tujuannya untuk bisa bergerak bermain TM dengan bagus (movement, quickness)
agar selalu mendahulu bola dan tidak terlambat memukul dan tidak mudah letih, lain lagi
latihannya:
 Selain dari dua cara di atas ada lagi tambahannya.
 Ada 5 titik bola yang wajib dilihat, diikuti iramanya (rhytm) dan sesuaikan dengan
gerak tubuh; yaitu: titik bola ketika dipukul, diatas net, tepat menyentuh meja lawan,
dipukul lawan, mementul di meja sendiri.
 Lakukan jump dan side step sesuai 5 titik tadi, caranya coba temukan sendiri
 Sesuaikan tinggi tubuhmu (dengan menekuk lutut dan bahu telapak kaki) sesuai dgn
tinggi-rendah bola yg berubah2 seperti gunung itu

13
5.0 Kemahiran asas Permainan Ping Pong
5.1 Kemahiran Memegang Raket
Cara memegang bet akan menentukan cara pukulan bola dan cara pukulan bola
pula akan menentukan cara kita memegang bet. Dengan itu adalah sangat penting untuk
memegang bet mengikut cara pukulan yang diingini. Cara memegang bet boleh
dibahagikan kepada 2 iaitu cara pegangan pen dan cara pegangan shake hand.

i. Cara pegangan pen (Penhold Grip)


 Jari telunjuk dan ibu jari menggenggam pemegang seperti memegang pen.
 Jari-jari lain dibengkokkan di bahagian belakang bet.
 Pegang bet dalam keadaan selesa.

ii. Cara pegangan shake hand


 Kelima-lima jari menggenggam pemegang seperti berjabat tangan.
 Ibu jari dan telunjuk berada di bahagian permukaan bet yang berlainan.
 Jari tengah, jari manis dan jari kelengkeng menggenggam sepenuhnya pemegang
bet.
 Jari telunjuk lurus dan ibu jari dibengkokkan sedikit.

14
 Pegang bet dalam keadaan yang selesa

5.2 Kedudukan berdiri dan bersedia (Stance)


 Jarak kaki hendaklah berdiri mengangkang seluas bahu.
 Kaki kiri bertapak ke depan sedikit dari kaki kanan.
 Lutut bengkok sedikit dalam keadaan posisi yang bersedia.
 Halakan badan ke hadapan dengan membengkokkan bahagian belakang supaya
dagu berada dalam garisan tegak dengan lutut.
 Kedua-dua tangan yang berada di hadapan dengan siku yang membengkok
sebanyak 85 - 90 darjah.

5.3 Kemahiran dan Teknik Membuat Servis


Dalam pertandingan ping pong, servis memainkan peranan yang penting dalam
menentukan kejayaan. Tujuan servis adalah mendapatkan masa secara langsung apabila
pemain lawan membuat kesalahan semasa menerima servis atau gagal menerima servis.
Servis yang baik membolehkan pemain mempunyai inisiatif dan kedudukan aktif dalam
menguasai pemain lawan yang telah memulangkan servis dengan lemah. Servis boleh
dilakukan dengan pukulan hadapan dan pukulan kilas. Apabila membuat servis pukulan
hadapan, kaki kiri hendaklah berada di hadapan. Tempat berdiri ialah di tengah kiri
hujung meja. Servis pukulan hadapan lebih sesuai untuk pemain yang lemah dalam
servis. Namun begitu, bagi membuat servis dengan pukulan kilas (backhand), tempat
berdiri ialah di sebelah kiri hujung meja. Kedua-dua belah kaki berdiri berdamping tetapi
bercerai dan kaki kanan hendaklah bengkok sedikit ke hadapan.

15
Secara asanya, servis boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu servis berputar dan
servis tidak berputar. Servis berputar pula boleh dibahagikan kepada beberapa jenis
seperti servis putaran atas (topspin service), servis putaran belakang (backspin service),
servis putaran ke kiri (forehand sidespin service), dan servis putaran ke kanan (backhand
sidespin service). Pergerakan untuk membuat servis putaran atas ialah dengan
menggunakan bet ping pong menggeserkan bahagian separuh atas bola sambil memukul
mengatas ke hadapan. Pergerakan untuk membuat servis putaran ke belakang ialah
dengan menggunakan bet menggeserkan bahagian separuh bawah bola sambil mencantas
(slide) bola itu dengan kuat dari atas.
Servis putaran ke kiri (forehand sidespin) dapat dihasilkan dengan menggunakan
bet menggeserkan bahagian tengah sebelah kanan bola sambil dengan kuat ke sebelah kiri
manakala menggunakan bet untuk menggeserkan bahagian tengah sebelah kiri bola
sambil memukul dengan kuat ke sebelah kanan akan menghasilkan servis yang berputar
ke kanan. Tambahan pula, servis yang tidak berputar juga selalu digunakan dalam sesuatu
pertandingan supaya sukar dijangka oleh pihak lawan.

5.4 Jenis-jenis Pukulan Ping Pong


Pada dasarnya, teknik pukulan ping pong boleh dibahagikan kepada dua iaitu
pukulan pepat depan (forehand) dan pukulan kilas (backhand). Kedua-dua teknik ini
mendasari berbagai-bagai jenis pukulan seperti servis, smesy, pukulan drive, push, chop
dan block. Kekuatan pukulan bagi kesemua jenis pukulan ping pong adalah bergantung
kepada kilasan badan, ayunan lengan dan pergerakan pergelangan tangan.

5.4.1 Pukulan Pepat Depan (Forehand) Dan Pukulan Kilas (Backhand)


Pukulan pepat depan (forehand) dan pukulan kilas (backhand) merupakan
kemahiran asas dalam permainan ping pong. Pukulan pepat adalah pukulan
putaran atas yang agresif. Dalam pukulan pepat, pukulan pepat depan merupakan
pukulan paling kuat dalam permainan ping pong. Hal ini kerana, badan tidak
menghalang semasa membuat pukulan pepat depan berbanding dengan pukulan
kilas. Di samping itu, otot yang digunakan dalam pukulan depan lebih baik
daripada otot yang digunakan dalam pukulan kilas. Kebiasaannya, pukulan depan

16
merupakan pukulan yang paling bertenaga dalam permainan ini. Teknik pukulan
hadapan boleh dilakukan berdasarkan turutan berikut. Pertama, kilaskan badan
dan ayunkan tangan ke belakang. Kedudukan siku mestilah hampir dengan
pinggang pemain. Berat badan pemain perlu dialihkan ke kaki belakang supaya
pemain dapat melakukan pukulan depan dengan lebih bertenaga. Tambahan pula,
raket perlu serenjang dengan lantai semasa melakukan hayunan ke belakang.
Seterusnya, kilaskan berat badan ke kaki kiri bersama dengan ayunan
tangan ke hadapan. Pemain boleh melakukan sentuhan ketika lantunan bola pada
kedudukan yang paling tinggi, di depan dan bola berada sedikit ke kanan badan.
Kedudukan ini adalah paling sesuai dalam membalas balik bola ping pong. Berat
badan dipindah semula ke kaki hadapan.
Pukulan kilas pula merupakan pukulan yang sesuai dalam menghadapi
putaran atas jika berbanding dengan putaran belakang. Ketekalan dan kepantasan
secara umumnya adalah lebih penting semasa melakukan pukulan kilas. Pukulan
kilas adalah lebih mudah dalam mengawal meja. Pukulan kilas akan
menyebabkan pihak pelawan lebih mudah melakukan kesilapan atas kembalian
pantas semasa melakukan pukulan kilas.
Teknik dalam melakukan pukulan kilas adalah pusingkan lengan ke arah
pinggang di mana raket dan lengan haruslah menunjuk ke sisi, dengan siku pada
kedudukan 90 darjah. Berat badan dialihkan ke kaki belakang. Mata haruslah
sentiasa memandang bola. Badan ayun ke depan dengan memusingkan lengan
bawah ke depan. Raket ping pong harus bergerak dalam garisan lurus semasa
gerakan siku ke hadapan. Ketika melakukan sentuhan, sentap pergelangan tangan
ke depan dan melampaui bola, dengan itu menutup raket. Raket berpusing di
sekitar bola dan menghasilkan putaran atas. Berat badan dipindah semula ke kaki
hadapan. Teknik untuk membuat pukulan kilas yang lebih berkuasa adalah pukul
tepat pada bola dengan putaran yang kurang. Ini akan menenggelamkan bola terus
ke dalam span dan kayu. Raket ditutup bagi menghadapi putaran atas dan pukulan
kilas yang kencang. Namun begitu, raket perlu dibuka untuk mengatasi putaran
belakang dan pukulan kilas yang kurang kencang.

17
6.0 Isyarat Tangan Untuk Pengandil Semasa Permainan
6.1 Peraturan & Undang-Undang Am Definisi

Rali (rally) Tempoh masa bola dimainkan.


Let Rali yang tidak menghasilkan skor.
Mata (point) Rali yang menghasilkan keputusan.
Tangan berbet Tangan yang memegang bet.
Tangan bebas Tangan yang tidak memegang bet.
Pembuat servis Pemain pertama yang memukul bola dalam satu-satu rali.
Penerima servis Pemain kedua yang memukul bola dalam satu-satu rali.
Pengadil Orang yang dilantik untuk mengawal sesuatu permainan.
Penolong pengadil Orang yang dilantik untuk menolong pengadil.
Garisan belakang Garisan yang dipanjangkan tanpa hadnya dalam kedua-dua
arah.

 Pemain dikira memukul bola apabila pemain itu menyentuh bola dengan bet yang
dipegangnya, atau terkena bahagian bawah pergelangan tangan yang memegang
bet.
 Seseorang pemain dikira membuat voli bola jika ia memukulnya sebelum bola itu
menyentuh gelanggangnya setelah dipukul oleh pihak lawan.
 Pemain dikira menghalang bola jika dia sendiri atau sebarang bola yang
dipakainya terkena semasa dalam permainan dan sebelum bola itu melintasi
permukaan permainan atau garis belakang, dan sebelum bola menyentuh
gelanggangnya setelah dipukul oleh pihak lawan.

6.2 Sistem Ekspedit


Sistem ini akan dikuatkuasakan sekiranya satu-satu permainan tidak dapat
diselesaikan selepas 15 minit, atau pada masa yang lebih singkat atas permintaan kedua-
dua pemain atau pasangan. i. Jika boleh masih dimainkan jika masa telah tamat,
permainan hendaklah dihentikan dan dimainkan semula dengan servis yang dibuat oleh
pemain yang membuat servis dalam rali ketika servis dihentikan. ii. Jika bola tidak

18
dimainkan ketika masa sudah tamat, permainan akan disambung semula sekali lagi
dengan servis yang dibuat oleh pemain yang menerima dalam rali sebelum permainan itu
dihentikan.

Selepas itu, pemain akan membuat servis bagi satu mata mengikut aturan hingga
akhir permainan. Jika pemain atau pasangan penerima membuat 13 hantaran yang baik,
pembuat servis akan kehilangan satu mata.

Apabila dikuatkuasakan, sistem ini akan kekal bagi sepanjang baki perlawanan
dalam perlawanan tersebut.

6.3 Mata
Melainkan satu rali itu adalah rali let, seseorang pemain akan kehilangan satu mata jika
 Pemain gagal membuat satu servis yang baik dan sempurna.
 Pemain gagal membuat satu pukulan kembali yang baik dan sempurna.
 Pemain melakukan voli atau menghalang bola, melainkan telah dibenarkan seperti
dalam peruntukan
 Pemain memukul bola dua kali berturut-turut.
 Bola menyentuh gelanggang dua kali berturut.
 Pemain memukul bola dengan sebelah bet yang tidak mengikut peraturannya.
 Pemain atau sebarang benda yang dipakainya menyebabkan permukaan
permainan berubah atau bergerak.
 Tangan bebas telah menyentuh permukaan permainan.
 Pemain atau sebarang benda yang dipakainya telah menyentuh jaring.
 Di bawah sistem ekspedit, pemain telah melakukan dan menerima servis atau
pasangan penerima servis telah melakukan 13 balasan berturut-turut

19
7.0 Pemain Ping Pong yang Terkenal
7.1 Ranking Pemain Lelaki Di Dunia

10/2018 – General List – Men


Ranking Previous Name Assoc. Ranking Pts.
1 1 FAN Zhendong CHN 17001
2 2 XU Xin CHN 15610
3 4 BOLL Timo GER 15025
4 5 OVTCHAROV Dimitrij GER 14375
5 3 LIN Gaoyuan CHN 14296
6 6 MA Long CHN 13950
7 7 LEE Sangsu KOR 13374
8 8 HARIMOTO Tomokazu JPN 13314
9 9 WONG Chun Ting HKG 12969
10 11 NIWA Koki JPN 12151

7.2 Ranking Pemain Wanita Di Dunia

10/2018 – General List – Women


Ranking Previous Name Assoc. Ranking Pts.
1 1 ZHU Yuling CHN 17469
2 6 DING Ning CHN 15984
3 2 LIU Shiwen CHN 15309
4 4 ISHIKAWA Kasumi JPN 15263
5 3 CHEN Meng CHN 15014
6 5 WANG Manyu CHN 14430
7 8 CHENG I-Ching TPE 14011
8 7 ITO Mima JPN 13910
9 9 HIRANO Miu JPN 13628
10 10 CHEN Xingtong CHN 12594

20
7.3 Pemain Lelaki Terkenal di Malaysia

Mohd Shakirin Ibrahim

7.4 Pemain Wanita Terkenal di Malaysia

21
Ng Sock Khim

22

Anda mungkin juga menyukai