Anda di halaman 1dari 1

1.

0 PENGENALAN

Merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Keempat, gangguan merujuk kepada perbuatan

menganggu seperti usikan dan godaan. Malah merujuk kepada rujukan yang sama gangguan

juga adalah suatu perbuatan yang tidak memberi keselesaan kepada seseorang manusia. Selain

itu, berdasarkan Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat juga, seksual membawa maksud bukan

seks dan juga bukan persetubuhan antara lelaki dan perempuan.

Gangguan seksual merujuk kepada tingkahlaku rangsangan yang dilakukan oleh

individu terhadap individu yang lain tanpa kerelaan mangsa. Hal ini dapat dibuktikan melalui

kajian yang pernah dibuat oleh Ishak Mad Shah dan Lai Lee Ching, 2001 dimana gangguan

seksual boleh di definisikan sebagai satu perbuatan yang mempunyai unsur-unsur lucah keatas

golongan lemah tanpa kesanggupan individu tersebut.

Gangguan seksual bukanlah satu isu yang luar biasa atau tidak pernah kita dengari.

Gangguan seksual merupakan satu isu yang sering terjadi di dalam sesebuah organisasi. Isu ini

bukanlah satu isu yang baru namun isu ini sudah bertapak sekian lama di Malaysia malah isu

ini juga sering terjadi di luar negara ( Rohani Abdul Karim, 2008 ). Hal ini dapat dibuktikan

melalui satu kajian yang telah dilakukan Diane dan Valery,1999 dimana kajian telah dilakukan

di Kanada untuk melihat sejauh mana isu gangguan seksual ini mengganggu pekerja.

Berdasarkan kajian yang sama, sebanyak 1/3 daripada jumlah responden wanita mengatakan

bahawa gangguan seksual ditempat kerja menjadi punca berlakunya tekanan di tempat kerja.

Kajian ini membuktikan bahawa masalah gangguan seksual bukan sahaja menjadi masalah buat

negara Malaysia sahaja malah negara-negara lain juga menghadapi isu yang sama.

Anda mungkin juga menyukai