Anda di halaman 1dari 8

KERATAN VERBATIM SESI KAUNSELING TEKNIK KAUNSELING

PERNYATAAN MASALAH:
Farida merupakan seorang kerani. Suaminya bernama Firdaus, seorang jurujual kereta. Mereka
telah 15 tahun mendirikan rumah tangga dan dikurniakan 2 orang anak iaitu Hana dan Hani
(Autism). Farida sering mengalami stress kerana terpaksa bekerja dan pada masa yang sama
menguruskan hal rumah tangga sendiri. Tambahan lagi mereka mempunyai seorang anak
Autism yang bersekolah di sekolah khas. Apabila Farida cuba membawa perkara ini untuk
berbincang dengan Firdaus, dia sering dipukul dan diherdik kerana Firdaus menyatakan itu
adalah tanggungjawab isteri. Akibat daripada kesibukan bekerja dan menguruskan
rumahtangga, layanan Farida kepada Firdaus menjadi hambar dan dingin. Farida sering
mengadu masalah yang dihadapi ini kepada Warda, rakan sepejabatnya.
Pada masa yang sama Firdaus mempunyai skandal dengan Fasha rakan sepejabatnya.
Fasha dikatakan lebih memahami Firdaus yang terasa sunyi dan terpinggir tanpa layanan
seorang isteri. Akibat tekanan yang dihadapi oleh Farida, ia telah menjejaskan prestasi dan
disiplin kerjanya. Dia sering datang lewat, tidak bermaya dan tidak menyiapkan kerja-kerja yang
sepatutnya. Bagi mengatasi masalah Farida, Aina yang merupakan Bos Farida telah merujuk
Farida kepada Pn Atie, kaunselor di tempat Farida bekerja.

SESI PERTAMA
Farida mempunyai masalah rumahtangga yang menyebabkan dia merasa stres. Keadaan Farida
telah memberi kesan kepada prestasi kerja. Farida telah dirujuk kepada kaunselor untuk
berbincang masalah yang dihadapi olehnya. Farida bersetuju untuk menjalani sesi kaunseling
dengan kaunselor. Kaunselor cuba mendapatkan maklumat daripada Farida berkaitan masalah
yang dihadapinya. Farida menjawab satu soal selidik yang berkaitan dengan Stress. Farida juga
diajar teknik relaksasi dalam menguruskan stress.

PERANAN PERBUALAN KONSEP


Kaunselor Assalamualaikum.. Farida.. Apa khabar Farida hari ini? Rapport
Klien Waalaikumussalam Puan..Alhamdulillah baik je..
Kaunselor Sebelum kita mulakan sesi, pernah tak Farida menghadiri
mana-mana sesi kaunseling sebelum ini?
Klien Tak pernah lagi puan
Kaunselor Okey..Sesi ini akan mengambil masa selama 45 minit
hingga ke satu jam. Apa yang dibincangkan dalam sesi ini
akan menjadi kerahsiaan saya. Akan tetapi sekiranya ada
perkara-perkara yang dikongsikan membahayakan diri
Huda dan individu lain, saya terpaksa berpandu kepada
limitasi kerahsiaan seperti yang telah dinyatakan dalam
borang persetujuan termaklum yang telah dibaca dan
ditandatangi Farida sebentar tadi.
Klien Baik puan, saya jelas dan faham
Kaunselor Ohh… Apa yang saya boleh bantu Farida? Sebelum itu,
boleh tak Farida perkenalkan diri dulu?
Klien Nama saya Farida. Saya berkahwin dan mempunyai 2
orang anak.. Saya ada masalah lah Puan.. Berkaitan
dengan keluarga saya.. Saya rasa sangat stress sekarang..
Nak buat kerja pun tak boleh… hmmm..dengan urusan
anak-anak lagi..anak bongsu saya autism puan..
Kaunselor Boleh kongsikan apa yang menyebabkan Farida merasa Penerokaan
begitu? masalah
Klien Payahlah nak cerita…saya rasa badan saya tak
bermaya..serabut...sesak nafas..teruk lah puan..diri saya
teruk
Kaunselor Saya faham yang perkara ini amat berat bagi Farida Refleksi
Perasaan
Klien Macam ni Puan.. saya tertekan dengan sikap suami
saya..langsung tak ambik peduli tentang hal rumah
tangga.. yang dia tahu semua saya uruskan.balik nak
makan.nak pakai baju kena siap iron..stoking kena siap
dalam kasut..sedangkan saya banyak lagi nak kena urus.
Anak-anak saya..kerja lagi
Kaunselor Ok.. saya faham Farida stress kerana tiada sokongan Refleksi isi
suami dalam urusan di rumah
Klien Saya ni selalu kena pukul dengan suami bila saya minta
tlg.. Sedangkan saya hanya minta bantuan sikit je untuk
tengokkan anak kami bila saya nak masak..Hmmm tak
tau lah puan. Salah saya juga sebab dari mula kahwin
saya memang uruskan seorang diri tugasan rumah..tapi
itu dulu sebelum ada anak..
Kaunselor Ohh Maksudnya.. Farida menyesal apa yang terjadi Konfrontasi
sekarang kerana sikap Farida dahulu?
Klien Hmmm.. ntahla puan…
Kaunselor Okey Farida, sebelum kita teruskan sesi..saya ada borang Ujian
DASS-21 yang akan mengukur tahap stress Farida.. Saya pengukuran
minta Farida jawab soalan-soalan dalam borang ini ya psikologi
Klien Baik puan
Kaunselor Okey Farida, memang keputusan ujian menunjukkan Teknik relaksasi
Huda dalam keadaan stress.. Sekarang saya akan ajar
Farida mengenai teknik relaksasi. Farida perlu aplikasi
dan buat apabila pulng nanti untuk membantu Farida
mengendalikan stress dan lebih tenang
Klien Ok terima kasih Puan.

SESI KEDUA
Farida, suami dan dua orang anak mereka telah hadir untuk sesi yang kedua. Farida dan suami
kelihatan tidak selesa untuk berbincang bersama. Pada sesi ini, Kaunselor cuba menerangkan
apa yang dibincangkan dengan Farida pada sesi yang lepas pada awal sesi. Kaunselor telah
mengaplikasikan beberapa teknik dalam kaunseling keluarga bagi membantu masalah Farida

PERANAN PERBUALAN KONSEP


Kaunselor Assalamualaikum En Fidaus dan semua.. Pasti En Firdaus Observing
tertanya-tanya tentang apa yang ingin dibincangkan pada family dance
hari ini. Sebenarnya begini, Farida ada berjumpa dengan
saya dan menyatakan dia berasa tertekan dengan masalah
di rumah kerana terpaksa menguruskannya seorang diri.
Jika dia meminta bantuan En Firdaus, dia akan dipukul.
Jadi sesi kali ini, kita akan cuba lihat kembali dari mana
datangnya masalah itu. Jadi saya buka peluang kepada
anda berdua dan anak-anak untuk luahkan apa sahaja
yang terbuku dalam fikiran masing-masing.
En Firdaus Saya masih tertanya-tanya. Kenapa saya pula yang kena Penolakan
datang.. sedangkan yang bermasalah tu Farida.. Itu
memang tanggunajawab isteri..dia pun memang dingin
dengan saya… Saya banyak lagi benda lagi yang nak kena
buat.
Kaunselor Ok teruskan tuan.. Dorongan
minima
En Firdaus Entahlah saya pun tak tahu dah nak buat apa dengan
Farida ni… Apa yang penat sangat nak uruskan anak-anak
dan rumahtangga..dulu okey je pun.
Farida Abang tak faham apa yang saya rasa…saya penat
bang..kerja seharian..nk uruskan si im ni ke sek
khas..makan pakai semua..yang abang tahu nak rumah
kemas..makan tersedia..baju siap iron..
Aisyah Mama, papa kenapa gaduh? Kita datang ni nak selesaikan
masalah bukannya nak tambah masalah. Tolong lah.. kat
rumah pun macam ni…sini pun macam ni..sampai bila nak
habis
Kaunselor Ok.. Bertenang En Firdaus.. Farida.. Kita boleh selesaikan Memberi
masalah ini dengan baik. Tujuan kita bincang adalah untuk penjelasan
baik pulih hubungan anda semua. Ini juga untuk masa
depan keluarga anda. Jadi saya mengharapkan kerjasama
daripada anda semua.
En Firdaus Dia ni haa Puan.. Saya rasa dia hanya focus kerja dan anak-
anak..sy ridukan kasih sayang isteri..dia dah tak layan saya
sebagai seorang isteri.. saya balik kerja dia dah tidur..pagi-
pagi dah keluar..walaupun dia memang siapkan makanan
dan sarapan..tapi saya rasa itu tak cukup..saya rasa sunyi
Farida Saya pun dah tak tahu nak buat apa dah.. Semua yang
saya buat tak kena. Lepas tu saya dengar cerita daripada
kawan, abang ada skandal dengan Fasha. Apa salah saya
bang..Hodoh dan buruk sangat ka saya berbanding Fasha
tu.. Saya nampak dengan mata saya sendiri. Remuk hati
saya ni bang.
Aisyah Mama… Tak baik cakap macam tu..Papa tu sayang mama
sangat-sangat. Mama je yang tak tahu..
Kaunselor Ok.. Saya faham apa yang berlaku sekarang.. Di sini saya Refleksi
dapat lihat bahawa hubungan En Firdaus dan Farida ada perasaan
konflik dan perselisihan faham. En Firdaus ada masalah
dengan Farida sehinggakan Farida rasa penat
menguruskan urusan rumahtangga seorang diri dan
mencurigai hubungan en Firdaus dengan Fasha. Hal ini Refleksi isi
telah menyebabkan Huda berasa stress.
En Firdaus Habis tu, apa yang Puan nak kami buat sekarang? Saya
malas nak fikir benda-benda kecik ni.. Banyak benda lain
lagi yang saya hendak fikir.
Farida Tindakan abang membuatkan saya rasa tertekan dan
betul-betul terluka..sampai hati abang buat saya macam
ni..
En Firdaus Tindakan apa yang buat awak sangat tertekan..cuba
bagitau saya sekarang
Kaunselor Ok.. sekarang boleh tak Farida cakap terus apa yang Person to
terbuku dalam hati kepada En Fidaus Person
Relationship
(Bowen)

(Farida dan Firdaus meluahkan perasaan sesama sendiri)


Farida : Saya dah penat tanggung semua ni.. dan saya nak
awak tahu.. saya kecewa dengan sikap awak..

Firdaus : Sikap apanya? Apa yang saya dah buat?

Farida : Selama ni tanggungjawab menguruskan rumah


tangga.. uruskan anak2 semua awak letakkan atas bahu
saya.. awak langsung tak peduli.. saya penat.. dengan
sikap awak yang cuba main kayu tiga belakang saya.. apa
salah saya pada awak?

Firdaus : habis awak ada ambil tahu kebajikan saya? Awak


ada layan saya sebagai suami? Awak xpedulikan saya pun..
asyik sibuk je dengan anak2.. Saya ingatkan awak mampu
nak uruskan semuanya.. dah memang tanggungjawab
isterikan.. saya fikir awak terlalu jaga anak sampai tak bagi
saya layanan langsung.. saya boring.. bosan.. saya sunyi..
tahu tak? So buat apa saya duduk rumah? Baik saya keluar
je.. lagi jiwa tenang..

Farida : Kenapa awak taknak faham saya? Awak sendiri


nampak apa yang saya buat kat rumah. Semua benda saya
yang uruskan sorang2.. saya penat.. sekarang awak
tambahkan tekanan saya.. awak cari perempuan lain..
sedangkan awak tahu.. masa saya habiskan uruskan
rumah tangga dan kerja..

Firdaus : Habis saya ni apa dalam rumah tu? Tunggul?

Kaunselor : Baiklah sekarang cuba Pn nyatakan pada


suami, apa yang Pn yang Puan ingin kan pada suami.

Farida : Abang, saya sangat sayangkan abang.. Cuma saya


tak cukup tengan nak buat semua benda. Saya mahu
abang sama2 bantu untuk uruskan keluarga kita
(Menangis)..

Firdaus : Yelah.. selama ni awak tak pernah nak terus


terang dengan saya. Bila awak dah cakap ni.. baru saya
tahu awak xcukup tangan nak uruskan keluarga (nada
sedih)

Farida : Anggapan awak pada saya amat salah sekali..


awakkan suami.. ketua keluarga.. memimpin saya sebagai
isteri. Kalaulah itu kelemahan saya…. Kenapa abg tak
nasihatkan saya? Tak tegur saya dengan baik. Ni tak, balik
rumah pn tak pandang saya. Apakah itu semua salah saya?
Awak yang buat saya macam tunggul sebenarnya.. maca
tak da hati dan perasaan..

Firdaus : Yelah2.. lain kali awak terus teranglah dengan


saya.. manalah saya tahu semua benda. Saya pun manusia
juga.. ada kelemahan.. saya pn sayang keluarga kita ni..
(sedih)..
Kaunselor Alhamdulillah.. Pn Farida dan suami telah meluahkan
semua yang terbuku dalam hati. Diharapkan tiada lagi
sebarang rasa tidak puas hati yang disimpan. Berterus
terang adalah sangat penting dalam sebuah perhubungan.
Jadi, ada siapa yang mahu luah atau mahu berkata apa2?
Farida & Tak ada Puan. (sedih)
Firdaus
Kaunselor Kalau tak ada. Saya akan tamatkan sesi untuk hari ini.
Diharapkan ada perubahan yang lebih baik pada masa
akan datang.. itu sahaja rasanya. Kita jumpa lagi pada sesi
akan datang. Assalamualaikum.
Semua Waalaikumussalam.. Terima kasih Puan.

SESI KETIGA
Pada sesi yang ketiga ini, kaunselor membuat follow up mengenai situasi Farida dan keluarga.
Klien telah mendapat celik akal. Kaunselor turut menggunakan pendekatan dalam terapo
keluarga Bowen pada sesi kali ini. Sesi telah ditamatkan kerana klien telah mendapat celik akal.

PERANAN PERBUALAN PROSES


Kaunselor Assalamualaikum..En Firdaus, Pn Farida dan anak-anak…
Semua Waalaikumussalam Puan…
Kaunselor Macam mana hari ini semua? Sihat?
Semua Alhamdulillah rasa ok je hari ini..
Kaunselor Alhamdulillah.. kelihatan semua lebih bersedia dan sihat.
Saya lihat Farida pun seperti lebih okey berbanding
sebelum ini muram sahaja.
Farida Alhamdulillah Puan.. Dah okey sikit
Kaunselor Okey, pada sesi lepas Farida telah dirujuk kerana masalah Rumusan kecil
prestasi dan disiplin.. Setelah penerokaan didapati Farida
mengalami stress kerana masalah rumahtangga..Tuan
diminta hadir menjalani sesi bersama bagi menyelesaikan
masalah yang sedang menggangu..Jadi boleh kita mulakan
sesi hari ni?
Firdaus & Boleh Puan…
Huda
Kaunselor Baiklah… Hari ini saya ingin maklumabalas En Fidaus dan Meminta
Farida selepas menjalani sesi lepas penjelasan
Farida Terima kasih puan..banyak membantu..selepas sesi yang Celik Akal
lepas..suami saya telah sedar yang dia langsung tidak
membantu saya dalam urusan rumah tangga sehingga
saya penat, stress dan mengabaikan tanggunajawab saya
sebagai seorang isteri… saya juga sedar salah saya..tak
endahkan suami..silap saya juga
En Firdaus Betul puan..saya banyak abaikan isteri dan anak-anak Celik Akal
saya..saya biarkan isteri saya menguruskan hal rumah
tangga seorang saja..saya ingat dengan mencari
keseronokan luar akan selesaikan masalah..rupanya
tidak..malah tambah masalah lagi.
Kaunselor Baik.. En Firdaus dan Farida telah sedar akan kesilapan Refleksi Isi
masing-masing dalam menguruskan rumahtangga dan
tidak pernah mengadakan perbincangan untuk
menyelesaikan perkara ini sebelum ini…
En Firdaus & Ya puan…itu salah kami..
Farida
Kaunselor Baiklah.. En Firdaus dan Farida serta Anak-anak telah Homework
faham apakah punca masalah ini berlaku dan bagaimana
ia membentuk keluarga En Firdaus dan Farida. Jadi saya
ingin memberikan tugasan kepada Puan dan anak-anak
untuk menyelesaikan masalah yang berlaku. Supaya
hubungan ini dapat dipulihkan semula.
Farida Bagaimana Puan?
Kaunselor Sebelum ini, En Fidaus pernah ada skandal di pejabat Going Home
dengan rakan sekerja rumah disebabkan terlalu sikap Again
dingin isteri. Malah, En Firdaus juga jadi seorang yang
pemarah.. Jadi saya cadangkan En Firdaus tingggalkan
hasrat untuk berkahwin lagi satu.. Kalau boleh En Firdaus
dan Farida perlu banyak berinteraksi banyak supaya ia
boleh memulihkan hubungan dengan keluarga.
En Firdaus Langkah seterusnya Puan? Apa yang patut kami buat?
Kaunselor Anda perlu kenal diri antara satu sama lain dengan lebih Self-
rapat. Setiap pertengkaran boleh diatasi dengan lebih differentiation
mudah jika banyak bersabar. Berat sama dipikul, ringan
sama dijinjing.. Ini juga akan membuatkan proses
pembezaan dan memiliki kendiri yang lebih stabil.
En Firdaus Baiklah Puan.. Insyaa Allah kami akan cuba terbaik untuk
lakukan apa yang Puan sarankan pada kami. Saya ingin
ucapkan terima kasih kepada Puan kerana sudi membantu
kami sekeluarga dalam mengatasi masalah ini. Saya
memang tidak berhasrat untuk berkahwin lagi satu..Cuma
waktu itu saya rasa sunyi..saya sangat sayangkan Farida
sebenarnya..Dialah cinta pertama dan terakhir saya.
Farida Saya pun ingin ucapkan terima kasih sebab Puan berusaha
nak membantu saya. Saya rasa lebih tenang sekarang.
Saya akan cuba bertolak ansur dan lebih rasional
kelak.Menjadi seorang ibu dan isteri yang baik.. Terima
kasih Puan.
Kaunselor Jadi ada apa-apa lagi yang ingin dikongsikan sebelum kita Meminta
tamatkan sesi. penjelasan
En Firdaus Terima kasih puan kerana membantu kami
dan Farida
Kaunselor Okey.sama-sama...terima kasih En Firdaus, Farida dan Kesimpulan
anak-anak.. Saya simpulkan apa yang telah kita dan
bincangkan pada sesi pertama sehingga sesi ini.. Pada sesi penamatan
pertama Pn Farida hadir menjalani sesi kerana dirujuk atas
sebab masalah disiplin dan prestasi..Pn Farida sedang
mengalami stress kerana masalah rumah tangga daripada
soal selidik DASS yang telah bibuat. Pada sesi pertama Pn
Farida di ajar teknik relaksasi untuk menenagkan diri dan
menguruskan stress. Pada sesi kedua semua ahli keluar
Farida diminta untuk hadir menjalani sesi dan
perbincangan telah dilakukan. Semua telah mendapat
celik akal dan menyedari kesilapan masing-masing dan
berusaha untuk mengubahnya.
Farida Betul puan
Kaunselor Jadi ada apa-apa lagi puan, en Firdaus
Farida Tiada puan..(senyum)
Kaunselor jika dah tiada apa-apa saya tamatkan sesi kita di sini.. Penamatan

Anda mungkin juga menyukai