Anda di halaman 1dari 1

Model ASSURE adalah satu bentuk pengajaran yang digunakan untuk memastikan

pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan ia berfokus
kepada perancangan pengajaran dalam bilik darjah. Terdapat enam langkah seperti:

Analisis pelajar: Proses menganalisis kumpulan sasaran atau pelajar dalam kelas.
Mengenal pasti objektif: Objektif pembelajaran dinyatakan dengan jelas supaya guru lebih
fokus kepada perkara yang sepatutnya dipelajari oleh pelajar.
Pilih media dan bahan: Perancangan pemilihan media, kaedah dan bahan sumber yang
perlu dibuat secara sistematik dan terancang.
Guna media dan bahan: Menyemak dan mengkaji bahan yang telah dipilih sebelum
digunakan dalam kelas untuk memastikan bahan tersebut sesuai digunakan kepada pelajar.
Penglibatan pelajar: Interaksi antara guru-guru dan murid-murid, aktiviti ini dapat
melibatkan pelajar berfikir secara aktif didalam kelas.
Penilaian: Dilakukan untuk melihat kekuatan dan keberkesanan media agar penambahbaikan
dapat dilakukan dalam pengajaran.

Kepentingan kaedah ASSURE adalah untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan.


Pengajaran yang dirancang dengan teliti dan lengkap membolehkan pengajaran berjalan
lancar. menarik dan sistematik. Pemilihan model reka bentuk pengajaran mampu
membimbing dan membantu guru untuk menggunakan media tersebut secara lebih tepat.

Anda mungkin juga menyukai