Anda di halaman 1dari 1

Terangkan 5 langkah menggalakkan inovasi dalam pendidikan dalam kalangan cikgu.

Perbincangan
perlu disertai dengan contoh.

Inovasi dalam pengajaran adalah untuk memudahkan pengajaran guru dan pembelajaran
pelajar. Antara langkah yang perlu diambil dalam menggalakkan inovasi dalam kalangan
guru ialah: Pertama, Kepimpinan sekolah perlu merangka strategi yang berkesan bagi
membawa perubahan dinamik dan menjadikan sekolah sebagai organisasi pembelajaran
yang kreatif dan inovatif. sekolah. contohnya menghantar guru mengikuti kursus teknologi
dan inovasi. Kedua, menyediakan kemudahan teknologi yang mencukupi di sekolah dapat
menggalakkan inovasi dalam kalangan guru dalam penyediaan pengajaran dan pembelajaran
di dalam kelas. Contohnya, membekalkan peralatan pendidikan berasaskan teknologi seperti
komputer dan projektor di setiap kelas. Ketiga, guru perlu berkemahiran dalam penggunaan
Teknologi Maklumat (information technology - IT). Guru mestilah diberi pendedahan
bagaimana cara untuk menggunakan teknologi dalam pengajaran dan mengaplikasikan
dalam pembelajaran di sekolah. Contohnya, melakukan kuiz di dalam kelas menggunakan
aplikasi “kahoort”. Keempat, menubuhkan kelab inovasi di sekolah. Penubuhan kelab ini
mampu menyediakan platform untuk pembangunan idea-idea antara guru-guru. Guru kelab
perlu diberi latihan khusus untuk mengendalikan aktiviti inovasi secara berkesan dengan
menggunakan pelbagai kaedah. Juteru itu kelab inovasi mampu menghasilakan guru-guru
yang lebih kreatif dan berinovasi. Kelima, Memberi anugerah penghargaan kepada guru
yang paling kerap melakukan inovasi dalam pengajaran di sekolah setiap tahun. Contohnya,
memberi hadiah wang tunai dan sijil. Hal ini, akan memberi semangat kepada guru untuk
melakukan inovasi dalam pengajaran.

Anda mungkin juga menyukai