Anda di halaman 1dari 7

OBJEKTIF

Seminar ini dijalankan bertujuan untuk mecapai beberapa perkara. Antaranya adalah untuk:

 Memberi pendedahan dan kefahaman mengenai Inovasi dalam Pendidikan


 Memperkenalkan inovasi produk baru yang bermanfaat kepada guru-guru Sains terutama
guru Fizik
 Mendapatkan maklum balas dari peserta seminar berkaitan inovasi produk yang
dilancarkan.

DEFINISI INOVASI

Inovasi adalah suatu proses yang dilalui oleh sesuatu yang bukannya bersifat tunggal. Menurut
Ronger E. Miller, (1971) inovasi merupakan idea, amalan atau objek yang dianggap baru oleh
seseorang. Spencer (1994) pula menjelaskan inovasi ialah sesuatu yang di anggap baru dan lebih
baik daripada yang lama oleh seseorang individu. inovasi ialah kaedah mencari jalan untuk
menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau
penambahbaikan. Inovasi adalah hasil cetusan idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam mana-
mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi. Idea-idea ini boleh
merangkumi apa-apa perubahan dalam bentuk sistem dan prosedur, kaedah dan cara bekerja
mahupun pengenalan teknologi.

Melalui kemajuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), dunia pendidikan telah turut
sama-sama berkembang. Corak pengajaran dan pembelajaran juga sudah banyak melalui
perubahan. Jika dahulu, seorang guru benar-benar bergantung kepada papan hitam dan kapur putih
dengan murid-murid yang duduk mendengar segala ilmu yang dicurahkan. Namun sekarang tidak
lagi. Kecenderungan inovasi pembelajaaran lebih mirip kepada pengajaran berasaskan penemuan,
inkuiri, resos, projek dan pembelajaran secara aktif. Penumpuan kini memberi penekanan yang
lebih kepada penerapan aktiviti yang berbentuk mencari, meneroka, menilai dan mendapatkan
maklumat.
Terdapat dua peringkat dalam inovasi. Pertama adalah peringkat individu dan yang kedua adalah
peringkat organisasi. Pada peringkat individu, inovasi dilakukan oleh seseorang yang
memanipulasi nilai kreativiti dalam dirinnya dengan cara mengumpul maklumat, melakukan
penilitian kritis terhadap persekitaran dan akhirnya menstruktur idea baru bagi menghasilkan
sesuatu yang baharu atau membaik pulih kualiti sesuatu benda atau menyelesaikan sesuatu
masalah.

Pada peringkat organisasi, inovasi merupakan salah satu ciri-ciri yang penting dan ia lebih
berbentuk dinamik dan terbuka. Hal ini kerana sifat organisasi itu sendiri yang sentiasa hidup dan
berinteraksi secara aktif dengan persekitaran. Oganisasi inovatif ialah organisasi yang berwawasan
dan maju ke hadapan merencanakan segala perancangan teliti dan strategik dengan cara
memperhalusi ciri-ciri kekuatan dan menggunakannya bagi bersaing dengan organisasi lain.
Seterusnya meneliti ciri-ciri kelemahan dan merangka strategi bagi mengatasi setiap kelemahan
dan kekurangan yang ada. Selain itu, organisasi yang inovatif juga hendaklah melakukan
pemerhatian yang tajam dengan mengenal pasti peluang-peluang yang berpotensi di sekelilingnya.

KEPENTINGAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN

Malaysia merupakan salah sebuah negara yang sedang menjadikan inovasi sebagai pembaharuan
dalam pendidikan dengan matlamat meningkatkan kecemerlangan dan prestasi pelajar seiring
dengan peningkatan teknologi dunia. Malaysia ingin membentuk satu model pendidikan baru yang
berpaksikan inovasi, kreativiti dan kritis untuk memastikan negara terus berdaya saing dan sesuai
dengan persaingan global.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012)


telah menggariskan setiap murid akan belajar cara memperoleh ilmu pengetahuan sepanjang
kehidupan mereka (menerapkan perasaan ingin tahu dan mengamalkan pembelajaran sepanjang
hayat) bagi membolehkan mereka menghubungkan pelbagai disiplin ilmu dan mencipta ilmu yang
baharu. Oleh itu, untuk mencapai matlamat tersebut, pelajar perlu didedahkan dengan pelbagai
aktiviti yang menjana idea dan kreativiti pelajar supaya mereka mampu mencipta sesuatu yang
bermanfaat kepada masyarakat.
Kepentingan inovasi difokuskan dengan inovasi yang melibatkan matapelajaran sains yang
bermatlamat menjana pemikiran pelajar kearah pemikiran kritis, kreatif dan inovatif iaitu aktiviti
yang berorientasikan amali. Amali merupakan satu aktiviti pelajar yang bertujuan untuk
mencungkil prekonsepsi pelajar, menggalakkan perbincangan antara pelajar, mencabar pemikiran
pelajar dan membenarkan pelajar mengaplikasikan idea mereka dalam situasi yang baru (Lilia et
al, 2002). Oleh itu, penambahbaikkan dalam membina aktiviti amali yang berkesan perlu
dipertingkatkan seiring dengan perkembangan teknologi dunia yang melibatkan pengajaran dan
pembelajaran.

Kaedah amali dalam mata pelajaran sains merupakan kaedah pengajaran yang memberi peluang
kepada pelajar menjalankan penyiasatan melalui perancangan, pelaksanaan dan perbincangan
(Nurzatulshima et al, 2009). Guru merupakan individu yang memainkan peranan yang sangat
penting dalam pemilihan kaedah pengajaran yang bersesuaian dengan objektif pembelajaran. Hal
ini demikian kerana, guru perlu menyediakan keperluan kepada pelajar untuk melaksanakan amali
dan setiap pelajar harus diberikan peluang untuk melaksanakan amali tersebut. Terdapat juga
dalam kalangan guru yang mengajarkan tajuk-tajuk yang sukar tetapi masih menggunakan kaedah
tradisional (chalk and talk). Guru yang menjalakan amali pada tahap 5 (yang dijalankan oleh
pelajar sepenuhnya) hanya 24.88%, berbanding 38.2% merupakan amali pada tahap 3 iaitu guru
hanya menggunakan simulasi computer dan pelajar sebagai pemerhati (Idris, 2009).

Kepelbagaian pengajaran dalam menjalankan amali mendorong pelajar menjadi lebih aktif, tidak
berasa bosan atau tertekan sepanjang kelas. Penglibatan pelajar yang aktif dalam aktiviti yang
dilaksanakan dapat membantu pembentukan insan yang kritis dan kreatif serta berkemahiran
menyelesaikan masalah (Nurzatulshima et al, 2009). Dalam mencapai keberkesanan pengajaran
guru perlu menyediakan aktiviti pembelajaran yang bermakna dengan penggunaan eksperimen
secara simulasi menggunakan komputer. Hal ini demikian kerana, penggunaan eksperimen secara
simulasi menjadikan pengajaran yang sukar menjadi lebih mudah disamping masa yang
diperuntukkan untuk menjalankan amali juga menjadi rendah. Hal ini dibuktikan dari kajian oleh
Idris (2009) yang menyatakan antara faktor yang menyebabkan tahap pelaksanaan amali yang
rendah ialah kerana sukatan yang luas, bilangan amali yang banyak, masa pengajaran yang terhad,
kelengkapan makmal, kemudahan komputer serta jaringan internet di makmal sekolah.
Pembangunan inovasi yang melibatkan matapelajaran sains bagi topik elektrik diperlukan kerana
terdapat 6 daripada 25 amali yang dijalankan bagi tingkatan 4 dan 5 adalah dari topik elektrik.
Peratusan pelaksanaan amali bagi subtopik dalam elektrik adalah seperti berikut; Hukum Ohm
82.1%, Faktor yang mempengaruhi rintangan (panjang wayar) 62.3%, Faktor yang mempengaruhi
rintangan 16.7%, Litar selari dan sesiri 28.9% dan Daya gerak elektrik dan rintangan ialah 42.6%
(Idris, 2009). Hal ini menunjukkan kebanyakkan amali mempunyai pengukuran yang memerlukan
sistem pengukuran yang kebiasaanya mempunyai masalah yang menjadikan bacaan menjadi salah.

Peningkatan inovasi dalam melaksanakan aktiviti amali di dalam makmal sangat diperlukan untuk
memudahkan kaedah pengajaran secara kontekstual yang menjadikan kelas menarik dan
merangsang fikiran melalui pemerhatian dan penyiasatan mereka. Dalam situasi persekolahan,
amali sains perlu dilengkapkan dalam satu tempoh pengajaran yang ditetapkan, sama ada satu atau
dua waktu. Kebanyakan dua waktu bagi sesi persekolahan di Malaysia adalah antara 60 sehingga
90 minit dan tempoh waktu ini adalah mencukupi bagi sesuatu aktiviti amali yang dicadangkan.
Walaubagaimanapun, terdapat banyak hasil kajian yang mendapati bahawa pelajar bermasalah
untuk menyiapkan amali seperti kajian yang dijalankan oleh Nur Syahida (2002), Nor Aziah
(2001) dan Wrutheran et al. (2001).

Pengendalian aktiviti amali memerlukan guru bertindak sebagai pengurus yang cekap. Ini kerana
walaupun aktiviti amali telah dirancang dengan baik, suasana pembelajaran akan menjadi kelam
kabut jika ianya tidak dikendali dan diurus dengan baik (Jones & Harty 1981; Packard & Race
2000). Oleh itu, eksperimen secara simulsi yang dibangunkan adalah satu alternatif baru kepada
guru untuk mengatasi masalah yang timbul disamping memberi pendedahan tentang aplikasi
simulasi di dalam makmal.

Kesimpulannya, kerajaan Malaysia telah bersungguh-sungguh menjadikan Malaysia sebagai


negara pencipta dengan melaksanakan pengubalan dasar-dasar negara seperti mewujudkan pelan
pembangunan pendidikan Malaysia (PPPM) yang akan tertakrif dengan perkembangan gelombang
dalam kurikulum pendidikan. Usaha yang dijalankan oleh kerajaan telah terbukti berjaya
mengubah minda masyarakat Malaysia untuk berdaya lebih maju ke hadapan. Melalui inovasi ini
juga, kita dapat mengharungi perubahan masa depan dengan sungguh baik dan cemerlang.
ISU DALAM INOVASI PENDIDIKAN

Terdapat beberapa isu yang berlegar dalam dunia pendidikan terhadap usaha-usaha bagi
melakukan inovasi. Yang pertama adalah kepakaran tenaga yang terhad. Kebanyakan guru atau
pensyarah yang sudah lama bertugas tidak berminat atau tidak mahu mengaplikasi teknologi dan
lebih selesa kekal dengan kaedah mengajar secara tradisional atas faktor usia, tidak berkemahiran
dalam mengendalikan alatan teknologi terkini dan lain-lain. Namun ada juga tenaga pengajar yang
terlatih namun bilangannya sedikit. Ini akan memberi cabaran terhadap pengaplikasian inovasi
dalam pendidikan.

Rentetan dari itu, berlaku juga kekurangan terhadap khidmat sokongan. Khidmat sokongan yang
dimaksudkan ialah kakitangan sokongan yang berupaya melakukan kerja-kerja penyelenggaraan
alatan komputer. Hal ini kerana membekal dan menyelenggara komputer di sekolah akan menelan
belanja yang besar dan ini menyebabkan peralatan yang mengalami kerosakan dibiarkan begitu
sahaja tanpa dibaiki. Selain itu, guru yang mempunyai kemahiran pula dibebankan dengan kerja-
kerja membaik pulih. Bagi mengatasi masalah ini, unit sokongan teknikal perlu diwujudkan di
setiap sekolah.

Inovasi pendidikan turut berdepan dengan masalah isi kandungan dalam internet kerana teknologi
pada hari ini amat bergantung dengannya. Terdapat pelbagai jenis maklumat yang boleh diakses
dan tidak ditapis kesahihan dan kandungannya. Hal ini boleh mengundang bahaya dan
kemudaratan khususnya kepada golongan remaja. Maklumat yang tidak sesuai seperti keganasan,
hasutan, pornografi, penderaan dan sebagainya. Ini telah memberi cabaran kepada dunia
pendidikan untuk membentuk atau mencorakkan sendiri mod pedidikan agar tidak tersalah arah
dan matlamat asal dapat dicapai dengan jayanya.
Akhir sekali, inovasi pendidikan yang menjadikan internet sebagai medium utamanya akan
berdepan dengan isu penyebaran maklumat yang tidak tepat. Internet memiliki keistimewaan di
mana ia tidak dikawal oleh sesiapa pun. Semua orang berhak memberi dan menyalurkan sebarang
maklumat dan idea tanpa sempadan. Ini boleh menimbulkan keraguan dan kesalahfahaman
terutama kepada golongan pelajar sekiranya mereka tidak dapat membezakan di antara maklumat
yang betul dan salah. Oleh itu, para pendidik perlu mempersiapkan murid-murid dengan perisai
agar mereka berupaya menepis segala cabaran yang menghalang dalam memperoleh sebuah
pendidikan yang sempurna.

Anda mungkin juga menyukai