Anda di halaman 1dari 1

Badan Beruniform PBSM,

SMK Pengkalan Chepa,


16100, Kota Bharu,
Kelantan.

En. Muhammad Zulirfan bin Suhaim


Pengetua,
SMK Pengkalan Chepa,
16100, Kota Bharu,
Kelantan. 15 April 2023

Pengetua,

MEMOHON KEBENARAN MENGADAKAN BENGKEL IKATAN KAIN ANDUH

Merujuk kepada perkara diatas, saya wakil daripada Persatuan Badan Beruniform Bulan Sabit
Merah ingin memohon kebenaran untuk menjalankan Bengkel Asas Ikatan Anduh di sekolah.

2. Tujuan program ini diadakan  bertujuan untuk mengadakan bengkel asas ikatan anduh
anjuran badan beruniform persatuan bulan sabit merah (PBSM). Bengkel ini juga bertujuan
untuk memberi kesedaran tentang kepentingan ikatan kain anduh jika berlaku kecemasan.
Selain itu, bengkel ini dilaksanakan bagi memberi manfaat dan faedah kepada para pelajar. Di
samping itu, matlamat program ini adalah sebagai medium untuk menerapkan pengetahuan
tentang cara mempraktikkan penggunaan kain anduh dengan betul.

3. Maklumat tentang program yang akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 23 Jun 2023 (Jumaat)


Masa : 8.00 pagi – 11.00 pagi
Tempat : Dewan Sekolah Menengah Pengkalan Chepa, Kota Bharu.

4. Sehubungan dengan itu, kami mengharapkan jasa baik dari pihak Tuan agar dapat
mempertimbangkan permohonan kami ini dengan segera.

Sekian, Terima Kasih.

Yang benar,

…………………………….
(Pn. Annis Najiehah binti A.K.Ruhaizan)
Setiausaha,
Badan Beruniform PBSM.

Anda mungkin juga menyukai