Anda di halaman 1dari 19

KERTAS CADANGAN

Memohon Kelulusan dan Peruntukan Program SPR IPGKSM bagi Melaksanakan Program

KURSUS KEPIMPINAN SEKRETARIAT SPR IPGKSM

Disediakan oleh:

Muhammad Zhariff Bin Hasnan, Setiausaha Sekretariat Pencegahan Rasuah, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan.

Setiausaha Sekretariat Pencegahan Rasuah, Institut Pendidikan Guru, Kampus Sultan Mizan, 22200 Besut, Terengganu Darul Iman. ______________________________________________________________ Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, 22200 Besut, Terengganu Darul Iman 16 Jun 2013

Tuan, Permohonan Menganjurkan Kursus Kepimpinan Sekretariat SPR IPGKSM Segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Sekretariat Pencegahan Rasuah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan (SPR IPGKSM) telah merancang untuk menganjurkan Kursus Kepimpinan Sekretariat SPR IPGKSM pada 4 sehingga 6 Julai bertempat di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA), Kuala Lumpur. 2. Sekretariat Pencegahan Rasuah Institut Pendidikan Guru (SPR IPG) dilihat sebagai salah satu platform untuk mendidik dan menerapkan nilai anti rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan di kalangan pelajar IPG. Oleh hal yang demikian, program ini telah dirancang untuk mendedahkan kepada ahli Sekretariat Pencegahan Rasuah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan (SPR IPGKSM) tentang rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan, peranan SPRM dalam menangani sesuatu jenayah dan fungsi SPR IPG dalam pencegahan rasuah berasaskan prinsip kebebasan, ketelusan dan profesionalisme.

3. Selain itu, program ini dirancang bagi memastikan hasrat dan objektif yang digariskan oleh SPRM dapat direalisasikan dan sekali gus memberikan suntikan semangat kepada ahli Sekretariat Pencegahan Rasuah Institut Pendidikan Guru

Kampus Sultan Mizan (SPR IPGKSM) bagi menyemai dan memupuk nilai integriti dan anti rasuah di kalangan pelajar IPG dalam usaha menjadikan sekretariat yang ditubuhkan ini berfungsi dengan efisien dan efektif. 4. Sehubungan dengan itu, bersama-sama surat ini disertakan kertas cadangan untuk penelitian dan pertimbangan kelulusan pihak tuan. Sekian, terima kasih.

Yang menurut perintah,

................................. (MUHAMMAD ZHARIFF BIN HASNAN) Setiausaha, Sekretariat Pencegahan Rasuah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan.

Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, 22200 Besut, Terengganu Darul Iman. _____________________________________________________________ Pengarah, Bahagian Pendidikan Masyarakat, Ibu Pejabat SPRM, Peti Surat 6000, 62007 Putrajaya. 16 Jun 2013

Tuan, Permohonan Menganjurkan Kursus Kepimpinan Sekretariat SPR IPGKSM Segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Sekretariat Pencegahan Rasuah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan (SPR IPGKSM) telah merancang untuk menganjurkan Kursus Kepimpinan Sekretariat SPR IPGKSM pada 4 sehingga 6 Julai bertempat di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia, Kuala Lumpur. 2. Adalah dimaklumkan bahawa ahli Sekretariat Pencegahan Rasuah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan (SPR IPGKSM) telah merancang untuk menganjurkan program ini bagi memberi pendedahan tentang rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan dan peranan SPRM dalam menangani jenayah. Di samping itu, program ini amat bermakna dalam pembentukan sahsiah guru yang berketrampilan dan berintegriti tinggi selari dengan Falsafah Pendidikan Negara (FPN). 3. Selain itu, kursus ini dirancang untuk memberi kesedaran tentang bahaya gejala rasuah sekali gus memberi kefahaman tentang peranan Sekretariat Pencegahan Rasuah Institut Pendidikan Guru (SPR IPG) dalam menangani jenayah rasuah di IPG sesuai dengan teras NKRA yang telah diperkenalkan kerajaan iaitu membasmi rasuah bagi memastikan sikap kebertanggungjawaban sering wujud dalam kalangan anggota pentadbiran dan juga penjawat awam.

4. Justeru itu, pihak kami memohon jasa baik pihak tuan untuk menghulurkan dana perbelanjaan bagi menjayakan Kursus Kepimpina Sekretariat SPR IPGKSM ini. Segala jasa baik pihak tuan amat dihargai. 5. Sehubungan dengan itu, bersama-sama surat ini disertakan kertas cadangan untuk penelitian dan pertimbangan kelulusan pihak tuan. Sekian, terima kasih.

Yang menurut perintah,

................................. (EN. KAMARUDIN BIN HASHIM) Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan Besut, Terengganu.

1.0

PENDAHULUAN

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah ditubuhkan pada tahun 2008 oleh Kerajaan dan Parlimen bagi meningkatkan keberkesanan dan kecekapan dalam usaha pencegahan rasuah serta untuk memperbaiki persepsi kebebasan dan ketelusan dalam pelaksanaan fungsi-fungsi Suruhanjaya. Suruhanjaya ini telah beroperasi pada 1 Januari 2009 dan telah dilancarkan secara rasmi pada 24 Februari 2009. Turut dibentuk adalah 5 mekanisme check and balance yang diwujudkan secara perundangan dan pentadbiran bagi memantau serta memastikan keberkesanan SPRM menjalankan tugas.

Pihak

SPRM

juga

telah

merancang

untuk

menubuhkan

Sekretariat

Pencegahan Rasuah Institut Pendidikan Guru (SPR IPG) bagi menjadikan pelajar IPG sebagai penyampai mesej anti rasuah kepada masyarakat kampus dan di luar kampus serta pelajar-pelajar di sekolah mereka ditempatkan nanti. Akhirnya, Sekretariat Pencegahan Rasuah Institut Pendidikan Guru telah ditubuhkan pada 22 Januari 2013. Penubuhan ini telah dirasmikan oleh YB. Dr. Haji Mohd Puad bin Zarkashi, Timbalan Menteri Pendidikan Pelajaran, Kementerian Pelajaran Malaysia di Auditorium Institut Integriti Malaysia. Penubuhan Sekretariat Pencegahan Rasuah Institut Pendidikan Guru adalah bertujuan untuk menerapkan nilai anti rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan di kalangan IPG.

Di samping itu, usaha-usaha penerapan nilai anti rasuah melalui kokurikulum pendidikan di Institut Pendidikan Guru (IPG) amat penting dan dipandang serius oleh kerajaan sebagai langkah melahirkan generasi berintegriti, bermoral dan melahirkan masyarakat yang bebas daripada jenayah rasuah di masa hadapan dalam menjayakan cabaran keempat Wawasan 2020. 2.0 VISI

1) Mewujudkan masyarakat Malaysia yang bebas daripada rasuah 2) Menjadikan SPRM agensi pencegahan bertaraf dunia

3.0

MISI

1) Menerajui usaha pencegahan rasuah di Malaysia 2) Menjadikan SPRM sebagai organisasi yang dinamik dan progresif melalui pembangunan kapasiti dan kapabiliti yang berterusan

4.0

OBJEKTIF

1) Membanteras

segala

bentuk

rasuah,

penyalahgunaan

kuasa

dan

penyelewengan secara berterusan.

5.0

PIAGAM PELANGGAN

1) Bertindak ke atas aduan berunsur rasuah dalam tempoh 24 jam selepas aduan diterima 2) Pengadu boleh mengetahui status siasatan ke atas aduannya selepas 28 hari bekerja 3) Siasatan dilengkapkan dalam tempoh 6 bulan 4) Maklumat dan identiti pemberi maklumat dirahsiakan mengikut undangundang yang berkuatkuasa 5) Menjamin keselamatan saksi-saksi selaras dengan Akta Pelindungan Saksi 2009 6) Pemeriksaan dan cadangan penambahbaikan terhadap sistem dan tatacara kerja dilengkapkan dalam tempoh 90 hari bekerja 7) Mendapatkan dan memelihara sokongan masyarakat dalam usaha pencegahan rasuah 8) Mendidik masyarakat dalam memerangi rasuah

6.0

ASPIRASI SPRM

Meningkatkan keyakinan dan memperbaiki persepsi masyarakat Malaysia dan antarabangsa ke atas keberkesanan SPRM dalam pencegahan rasuah berasaskan prinsip kebebasan, ketelusan dan profesionalisme.

TELUS

Perjalanan aktiviti-aktiviti SPRM dipantau dan dinasihati oleh lima badan khas yang bebas, disusuli dengan pembentangan laporan aktiviti SPRM di parlimen

BEBAS

Suruhanjaya ini bebas dan tidak dipengaruhi dalam membuat keputusan. Di samping itu, perjalanan tugas hariannya tidak dirujuk kepada mana-mana pihak

PROFESIONAL

Pegawai Suruhanjaya bertindak berlandaskan parameter undang-undang dan kod etika kerja jabatan dengan dibekalkan ilmu dan kemahiran yang secukupnya supaya dapat melaksanakan tugas dengan kompeten, kreatif, inovatif dan efektif

7.0

OBJEKTIF

SEKRETARIAT

PENCEGAHAN

RASUAH

INSTITUT

PENDIDIKAN GURU (SPR IPG)

1) Menerapkan nilai anti rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan di kalangan pelajar IPG 2) Mendidik dan mendedahkan pelajar IPG kepada program pencegahan rasuah melalui aktiviti kemasyarakatan di dalam dan luar kampus yang menekankan pada nilai-nilai murni 3) Menjadikan pelajar IPG sebagai penyampai mesej anti rasuah kepada masyarakat kampus dan luar kampus serta pelajar sekolah di mana mereka mengajar nanti 4) Meningkatkan kesedaran dan penghayatan terhadap nilai-nilai integriti semasa menjalankan tugas

5) Mewujudkan pusat rujukan ilmiah mengenai kesalahan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan serta peranan SPRM dalam menangani jenayah ini 6) Meningkatkan perkongsian pintar di antara SPRM dan IPG dalam usaha memupuk kesedaran pencegahan rasuah

8.0

PERANAN

SEKRETARIAT

PENCEGAHAN

RASUAH

INSTITUT

PENDIDIKAN GURU (SPR IPG)

Penubuhan SPR IPG adalah berkonsepkan dasar kerjasama yang diwujudkan antara SPRM dengan IPG seperti berikut :

8.1

PERANAN SPR IPG

1) Menyelaraskan

urusan

yang

berkaitan

dengan

pelaksanaan

program pencegahan rasuah sama ada yang dianjurkan oleh SPRM atau badan-badan pertubuhan pelajar. Ini termasuk penyelarasan bagi mendapatkan penyertaan masyarakat kampus atau hebahan makluman program 2) Memberi panduan dan informasi mengenai cara-cara pengendalian program pencegahan rasuah dan menyampaikan maklumatmaklumat aktiviti yang dianjurkan 3) Menjadikan organisasi perantara di antara Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG, SPRM dan pelajar di dalam pelaksanaan programprogram pencegahan rasuah 4) Mewujudkan suasana ceria SPR IPG dengan kelengkapan peralatan publisiti seperti banting, logo, pelekat, risalah dan lain-lain bahan penerbitan

8.2

PERANAN JABATAN HAL EHWAL PELAJAR IPG

1) Menyelaras urusan yang berkaitan dengan pelaksanaan program pencegahan rasuah sama ada yang dianjurkan oleh SPRM atau

badan-badan pertubuhan pelajar. Ini termasuk penyelarasan bagi mendapatkan penyertaan masyarakat kampus atau hebahan maklumat program

8.3

PERANAN SPRM

1) Ketua pesuruhjaya SPRM dan Rektor IPG menerajui sebagai penasihat. Struktur Organisasi Sekretariat Pencegahan Rasuah adalah seperti Lampiran 2) Peruntukan kewangan Pentadbiran Sekretariat dan aktiviti-aktiviti pencegahan rasuah akan disediakan oleh pihak SPRM. Sekretariat juga digalakkan supaya mengadakan program berkonsepkan perkongsian bestari 3) Peruntukan tahunan pentadbiran bagi setiap SPR IPG adalah sebanyak RM3,200.00 yang akan disalurkan oleh SPRM ke Jabatan Hal Ehwal Pelajar selewat-lewatnya pada bulan Mac setiap tahun.

9.0

NAMA PROGRAM Kursus Kepimpinan Sekretariat SPR IPGKSM

10.0

MATLAMAT PROGRAM

1. Memberi pendedahan kepada Ahli Organisasi Sekretariat Pencegahan Rasuah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan (SPR IPGKSM), Ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPGKSM, Ketua Unit dan Penolong Ketua Unit tentang rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan dan peranan SPRM dalam menangani jenayah 2. Memberi kesedaran tentang bahaya gejala rasuah di Malaysia. 3. Mendidik dan menerapkan nilai anti rasuah dalam kalangan Ahli Organisasi Sekretariat Pencegahan Rasuah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan (SPR IPGKSM), Ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPGKSM, Ketua Unit dan Penolong Ketua Unit. 4. Membentuk sahsiah guru yang berketrampilan dan berintegriti tinggi selari dengan Falsafah Pendidikan Negara (FPN). 5. Mengetahui fungsi SPR IPG dalam pencegahan rasuah berasaskan prinsip kebebasan, ketelusan dan profesionalisme. 6. Memperolehi ilmu pengetahuan dan pemahaman tentang rasuah dan berkongsi pendapat serta bertukar pengalaman di kalangan Pegawai SPRM dengan pihak IPG sendiri. 7. Memberi suntikan semangat kepada ahli sekretariat untuk melibatkan diri secara aktif dalam menggerakkan sekretariat ini di IPG sejajar dengan hasrat murni SPRM untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara bebas dari perlakuan jenayah rasuah.

11.0

KUMPULAN SASARAN -Ahli Organisasi Sekretariat Pencegahan Rasuah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan (SPR IPGKSM). (24 orang) -Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPGKSM (37 orang) -Ketua Unit (35 orang)

-Penolong Ketua Unit (35 orang)

12.0

TEMPAT Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia, Kuala Lumpur

13.0

TARIKH CADANGAN 4 Julai hingga 6 Julai 2013

14.0

CADANGAN TENTATIF PROGRAM 3 Julai 2013 8.30 malam : Bertolak ke Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA)

4 Julai 2013 5.00 pagi : Tiba di MACA : Pendaftaran dan check in di MACA 7.00 pagi 8.00 pagi 10.00 pagi : Sarapan :Taklimat kursus : Sesi ice breaking dan Kenali SPRM

12.00 tgh hri : Makan Tengah Hari 2.00 petang : Latihan Dalam Kumpulan 4..30 petang : Minum 5.00 petang : Riadah 6.00 petang : Makan Malam/Solat Maghrib 8.30 malam :Pengenalan Malaysia 10.30 malam : Minum Malam Kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah

5 Julai 2013 7.00 pagi 8.00 pagi : Sarapan : Perlaksanaan Program Pencegahan Rasuah Yang Berkesan, Pengurusan Program Pencegahan Rasuah 10.00 pagi : Bengkel Modul Pencegahan Rasuah

12.00 tgh hri : Makan Tengah Hari 2.00 petang : Melawat Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya

6.00 petang : Makan Malam/Solat Maghrib 8.30 malam : Persiapan Pembentangan 10.30 malam : Minum Malam

6 Julai 2013 7.00 pagi 8.00 pagi 10.00 pagi 10.30 pagi 11.15 pagi : Sarapan : Pembentangan Modul Pencegahan Rasuah : Kudapan/Persiapan Majlis Penutup : Majlis Penutup Kursus Kepimpinan Sekretariat SPR IPGKSM : Bersurai & Makan Tengahari

12.00 tgh hari: Check out

15.0

SENARAI TERLIBAT Rujuk Lampiran A

16.0

ANGGARAN KOS PERBELANJAAN Rujuk Lampiran B

17.0

PENSYARAH PENGIRING -En. Jafri Bin Jaffar -Pn. Che Naziha Binti Che Yaacob

18.0

PENUTUP Program ini dirancang bagi memberi pendedahan awal kepada ahli Sekretariat Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan (SPR IPGKSM), ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPGKSM, Ketua Unit dan Penolong Ketua Unit tentang jenayah rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan, peranan SPRM dalam menangani jenayah di Malaysia serta objektif penubuhan SPR IPG. Selain itu, program ini dapat menyuntik minat dan semangat ahli organisasi untuk bergiat aktif dalam menggerakkan program pencegahan rasuah di IPG demi merealisasikan hasrat murni SPRM untuk melahirkan generasi berintegriti, bermoral dan melahirkan masyarakat yang bebas daripada jenayah rasuah di masa hadapan dalam menjayakan cabaran keempat Wawasan 2020. Tambahan pula, program ini dapat membuka ruang dan peluang untuk perkongsian pendapat dan pertukaran pengalaman di antara ahli SPRM dan IPG bagi menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan di IPG khususnya. Kerjasama yang benar-benar komited dan optimum dalam

sesebuah organisasi seharusnya dijadikan iltizam dan aspirasi dalam pembentukan gagasan mahasiswa guru dan masyarakat yang unggul dan cemerlang dalam semua aspek.

Lampiran A SENARAI TERLIBAT SPR IPGKSM Ketua sekretariat Timbalan ketua sekretariat Setiausaha Penolong setiausaha Bendahari Penolong Bendahari : MUHAMMAD AMRI BIN AZMI : FATIN MULIANA BINTI MOHD YUSOFF : MUHAMMAD ZHARIFF BIN HASNAN : NURUL AFATEN BINTI ABD RAHMAN : NUR SHUHADAH BINTI SHAFIEE : MUADZ BIN AHMAD SHATHARI

Lampiran B 16.0 ANGGARAN KOS PERBELANJAAN

16.1 MAKANAN

BIL 1. Sarapan

ITEM

KOS (RM)

129 orang X RM3.00 pada 4,5 & 6 Julai 2013 5 orang pensyarah X RM3.00 pada 4,5 & 6 Julai 2013 2 orang pemandu bas X RM3.00 pada 4,5 & 6 Julai 2013 2. Makan Pagi/Kudapan 129 orang X RM3.00 pada 4,5 & 6 Julai 2013 5 orang pensyarah X RM3.00 pada 4,5 & 6 Julai 2013 2 orang pemandu bas X RM3.00 pada 4,5 & 6 Julai 2013 3. Makan Tengahari 129 orang X RM5.00 pada 4,5 & 6 Julai 2013 5 orang pensyarah X RM7.00 pada 4,5 & 6 Julai 2013 2 orang pemandu bas X RM5.00 pada 4,5 & 6 Julai 2013 4. Minum petang 129 orang X RM2.00 pada 4 & 5 Julai 2013 5 orang pensyarah X RM2.00 pada 4 & 5 Julai 2013 2 orang pemandu bas X RM2.00 pada 4 & 5 Julai 2013 5. Minum Malam 129 orang X RM2.00 pada 4 & 5 Julai 2013 5 orang pensyarah X RM2.00 pada 4 & 5 Julai 2013 2 orang pemandu bas X RM2.00 pada 4 & 5 Julai 2013 6. Makan malam 129 orang X RM5.00 pada 4 & 5 Julai 2013 5 orang pensyarah X RM7.00 pada 4 & 5 Julai 2013 2 orang pemandu bas X RM5.00 pada 4 & 5 Julai 2013

RM1161.00 RM 45.00 RM 18.00 RM1161.00 RM 45.00 RM 18.00

RM1935.00 RM105.00 RM30.00

RM516.00 RM20.00 RM8.00

RM516.00 RM20.00 RM8.00

RM1290.00 RM70.00 RM20.00

JUMLAH

RM6986.00

16.2 PENGINAPAN BIL 1. Penginapan (129 orang + 5 orang pensyarah + 2 orang pemandu bas ) ITEM KOS (RM)

JUMLAH

16.3 ANGGARAN KOS KESELURUHAN BIL 1. Makanan + Penginapan RM6986+0 (Peruntukan kewangan SPRM + Peruntukan Tabung Amanah) JUMLAH RM6986 RM6986 ITEM KOS (RM)

DISEDIAKAN OLEH

........................ (MUHAMMAD ZHARIFF BIN HASNAN) Setiausaha Sekretariat Pencegahan Rasuah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan

DISEMAK OLEH

................................................................... (PN. CHE NAZIHA BINTI CHE YAACOB) Penyelaras Sekretariat Pencegahan Rasuah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan

DISAHKAN OLEH

.. (EN. LATIF BIN HAMZAH) Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan

DILULUSKAN OLEH

(EN. KAMARUDIN B. HASHIM) Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan.

Dengan ini saya MELULUSKAN / TIDAK MELULUSKAN pemansuhan segala peraturan baru di kampus ini. Ulasan :

Anda mungkin juga menyukai