Anda di halaman 1dari 2

FORUM : BAHAYA ISLAM LIBERAL

OBJEKTIF FORUM

i) Menerangkan definisi sebenar Islam liberal yang kini semakin menular .
ii) Membongkar tentang isu-isu semasa dan bahaya ancaman liberalisme.
iii) Mengenalpasti fahaman liberalisme yang meresap dalam kalangan
mahasiswa.
iv) Membincangkan solusi untuk menghadapi permasalahan yang timbul.


PERJALANAN

Forum akan dibuat sebanyak 2 pusingan dan setiap pusingan panelis akan
memberikan kupasan tidak melebihi 15 minit. Di hujung pusingan sesi soal jawab
akan dibuka dan seterusnya setiap panel akan diberi masa sekitar 5 minit untuk
membuat rumusan.


1) Panel 1: Dr. Abdullah B. Mohamad

2) Panel 2: Muhammad Uzair Izzat Amir B. Muhammad










SOALAN FORUM

Soalan 1: Panel 1 (15 min)

Mohon secara ringkas berikan definisi Liberalisme dan perkaitannya dengan
Islam Liberal.

Soalan 2: Panel 2 (15 min)

Diminta untuk panel menerangkan isu-isu semasa berkaitan liberalisme ini yang
telahpun merebak di kalangan masyarakat amnya, dan mahasiswa khususnya.

Soalan 3: Panel 1 (15 min)

Apakah faktor-faktor yang membawa kepada permasalahan ini dan bagaimana
fahaman ini boleh mengancam umat islam khususnya di Malaysia.

Soalan 4: Panel 2 (15 min)

Solusi yang boleh dicadangkan untuk dilakukan daripada sisi mahasiswa sendiri
selaku modal insan yang bertanggungjawab untuk membangunkan diri, agama
dan negara dalam membendung gejala liberalisme ini.

Pusingan rumusan (5 min)

Minta setiap panel merumuskan apakah benar-benar fahaman ini mengancam
umat islam di negara ini dan apakah saranan-saranan kepada mahasiswa
khususnya dalam mendepani senario ini.

Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai