Anda di halaman 1dari 3

Responden A

“Ok..masa saya mula datang..err..impression saya mcm..err..macam saya sebelum


ni..saya..18 orang guru sahaja..tapi di sekolah baru ni..saya 37 orang guru..jadi..ni
macam kejutan budaya untuk saya..di sekolah..yang bagi saya agak besar dan murid
seramai 300 orang..tapi Alhamdulillah..satu yang saya suka tentang sekolah saya
ini..walaupun saya berulang jauh..sejauh 42km sehala..dan 42km lagi balik..tapi
kerjasama dari guru-guru..hmm..dalam mengendalikan program
sekolah..sangat..sangat..menjadikan saya sangat gembira untuk bekerjasama dengan
diaorang..mereka memberikan kerjasama..dari pihak pentadbir sehingga ke pihak guru dan
staf.”
“ Alhamdulillah.. (batuk..) , kami dibahagikan kepada ahli jawatankuasa dan saya akan
memberikan komitmen yang sepenuhnya seperti mana yang telah diamanahkan dalam
perbincangan atau mesyuarat di sekolah.. dan..Alhamdulillah.. saya perhati..walaupun di
sekolah saya ini..Cikgu A memegang jawatankuasa A..tetapi dia tidak hanya tertakluk
kepada jawatankuasa A dan dia akan membantu B, C dan seterusnya..dan itu yang
berlaku di sekolah saya.”

Responden B
“Hmm, setakat hari ini alhamdulillah semuanya ok, tak ada konflik yang dalamanlah.
Antara kami masih boleh bekerjasama dalam semua aktiviti harian. Program sekolah masih
boleh bersama-sama.”
“Persepsi? Macam mana eh? Pada saya setakat hari ni alhamdulillah semuanya seperti
biasalah dalam sesuatu komuniti tu, hmm bukan semuanya kita rasa baik. Err dari segi
kalau dikata hubungan bertanggunggjawab dalam melaksanakan tugas hakiki tu semuaya
tak ada masalah, tapi untuk tugas sampingan tu mungkin kita akan nampaklah ada, adalah
yang bukan nak dikata menolak tugas, tapi kurang penyertaanlah dalam aktiviti-aktiviti
sampingan. Tugas hakiki setakat ni tak ada masalah.”
“Errr contohnya macam kadang-kadang, hmm sekolah kita akan adakan program
pembangunan murid, err hujung minggu, hari Sabtu. Jadi kalau tugas hari Sabtu ni maklum
sajalah dia akan jadi satu tugas yang mengganggu hari rehatlah. Jadinya mungkin err
kehadiran lambat, atau pun datang err datang tunjuk muka balik awal. Maksud saya macam
tulah. Ada juga possibility untuk tak datang terus. Macam tulah pada saya itu tugas
sampingan yang kadang-kadang kita pandang remehlah benda tu.”
“Kalau pada saya, saya punya persepsi saya sendiri, pandangan saya sendiri tu saya rasa,
setakat ni saya memberikan satu komitmen yang baik. Err sebab pada saya, saya pegang err
kalau kita tolong orang, orang akan tolong kita. Kalau kita mudahkah kerja orang, orang
akan tolong mudahkan kerja kita. Jadi pada saya, kita join program yang kawan kita err
hostkan, dan kita participate inshaAllah lain kita pula dibantu. Jadi setakat ni saya rasa
saya bagi komitmenlah atas apa yang diminta tolonglah. Kita panggil diminta tolonglah,
sebab bukan diarahkan. Sebab dia rakan sekerjakan dia minta tolong tu inshaAllah saya
buat setakat mana yang saya mampu.”
Responden C
“Memandangkan saya ketua bahagian Pengajian Am di Institusi tersebut,Jadi,
Alhamdulillah kerjasamaa dari staff di bawah saya tiada masalah dari segi komitmen pun
tiada masalah, dari segi pergaulan biasa dari segi arahan boleh diterima, maklum balas dari
staff jika ada teguran , masalah komen , masalah kerja dan komunikasi pun boleh diterima
dengn baik.Kerana jabatan kecil, begitu juga dengan Jabatan lain pun sama, tiada masalah
atau konflik yang timbul.”

Responden D

“Alhamdulillah, dari segi rakan sekerja tu ok saya tak ada masalah dengan mana-mana
rakan. Maksudnya kalau saya ni saya boleh bekerja dengan siapa-siapa je tanpa mengira
sangat latar belakang dia lah. Selagi mana saya boleh bekerjasama dengan orang tu dan
dapatkan satu maksudnya kalau kita ada kerja apa-apakan dan kita nak kerja tu “make
sure” siap.
Pandangan saya terhadap rakan sekerja, dari segi hubungan antara kami kita orang
memang dalam satu sekolah yang ramai. Murid dalam 1300 orang orang. Cikgu pun dalam
100 orang macam tu. Kat sekolah ni kita orang punya kedudukan dah diasingkan mengikut
jawatan masing-masing. Dari segi hubungan tu kadang-kadang kita tak tahu apa yang
berlaku di bilik guru. Macam saya setiausaha peperiksaan memang duduk di bilik
peperiksaan untuk menguruskan peperiksaan. Kadang-kadang pun berjumpa bila perlu.”
“Tak dinafikan memang wujud klik tu lah. Kadang kita ni mempunyai minat yang berbeza
kan. Jadi di mana yang ada keserasian dan persamaan tu di situlah kita duduk. Tapi di
sekolah saya walaupun nampak klik-klik tu wujud tapi gap tu tidaklah terlalu besar.
Maksudnya kita masilh boleh bekerjasama dalam satu pasukan.”
“Komitmen? Saya ni biasanya orang yang suka buat kerja tu cepat.Walaupun saya buat
kerja cepat, tapi saya nak kerja tu teratur.jadi, saya ni mengambil kira pandangan. Macam
mana nak cakap yer? Kata la kalau kita bekerjasama pastu katalah kawan kita ni ada
masalah kn. Saya tak cakap tak boleh awak tak boleh selesaikan masalah awak. Tak boleh
nak pergi tengok anak awak kea tau ambil anak awak ke atau awak nak selesaikan kerja
awak yang kerja kita ni tak selesai lagi. Saya jenis yang boleh tolerate la dengan kawan-
kawan untuk selesaikan apa-apa sahaja aktiviti.”

Soalan 2. Bagaimanan hubungan anda dengan rakan sekerja?


-Dengan rakan baik?
-Bagaimana komitmen anda dengan rakan-rakan sekerja?

Anda mungkin juga menyukai