Anda di halaman 1dari 11

BBSH4103 HAZARD MANAGEMENT SEPTEMBER 2013

SELECT TWO NEWSPAPER ARTICLES RELATED TO WORKPLACE ACCIDENTS IN MALAYSIA. EVALUATE THE CAUSES OF THE ACCIDENTS AND SUGGEST WAYS TO REDUCE WORKPLACE ACCIDENTS IN MALAYSIA.

NAME

Jumratiah Binti Jaani

MATRIC NUMBER IC NUMBER

: :

760423125166001 760423125166

TELEPHONE NUMBER

017-8986475

E-MAIL ADDRESS

jumratiahjaani@yahoo.com

TUTORS NAME

Mohd Ekbal Khalid

LEARNING CENTRE

Tawau Learning Centre

A. ULASAN ARTIKEL 1 KEMALANGAN DI TEMPAT KERJA

TERKILAN TAK JAWAB SOALAN TERAKHIR ISTERI Nor Fazlina Binti Abdul Rahim Berita Harian, 25 Oktober 2013 Muka Surat 13 Seorang pegawai bank maut selepas ditembak di bahagian muka oleh pengawal keselamatan bank itu sendiri yang merompak bank berkenaan di Jalan USJ Central 2, Subang Jaya. Menurut Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar, kejadian itu berlaku pada 23 Oktober, pukul 6.18 petang. Mangsa yang bernama Norazita Abu Talib yang berumur 37 tahun ditembak menggunakan senjata pump gun oleh suspek ketika wanita itu membuka peti besi di bilik kebal bersama-sama seorang lagi pegawai bank. Pengawal Keselamatan itu kemudiannya melarikan diri dengan sebuah motosikal. Kini, usaha untuk memburu suspek sedang giat dilakukan. Norazita Abu Talib sudah bertugas selama 16 tahun di bank ini dan ketika kejadian mangsa sedang bertugas bersama empat lagi rakan sekerja wanita yang lain. Menurut Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar suspek sebenarnya bertugas di bank lain namun pada hari berkenaan, dia menggantikan pengawal keselamatan bank itu yang tidak datang bekerja. Identiti suspek telah dikenalpasti, difahamkan suspek yang menggunakan nama Ardi Hamza yang berumur 37 tahun. Suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan pernah beberapa kali bertugas di bank tersebut menggantikan pengawal keselamatan lain. Hasil siasatan mendapati kad pengenalan yang digunakan suspek tidak wujud dalam sistem. Sehubungan dengan itu, polis dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan membuat siasatan selanjutnya berhubung kes ini.

B. ULASAN ARTIKEL 2 KEMALANGAN DI TEMPAT KERJA JURUTEKNIK MAUT KILANG TERBAKAR Norazlina Binti Ismail Utusan Melayu, 26 Mac 2013 Muka Surat 5 Seorang juruteknik terbunuh manakala empat lagi cedera dalam kebakaran sebuah kilang kimia yang turut mengakibatkan berlakunya letupan di Lorong Perusahaan 1, Kawasan Perindustrian Perai Pulau Pinang pada 25 Mac 2013. Dalam kejadian pada pukul 11.45 pagi itu, Roslan Othman, 40, yang dipercayai berada di dalam bilik kawalan di tingkat tiga bangunan tersebut maut setelah 60 peratus tubuhnya terbakar akibat letupan. Empat yang cedera ialah Baharin Arsad, 49; Jamaluddin Ismail, 39; K. Ramish, 41; dan seorang pekerja kontrak warga Bangladesh yang hanya dikenali sebagai Mostak. Kesemua mereka dirawat di Hospital Seberang Jaya di sini. Penolong Pengarah Bahagian Penyiasatan Kebakaran Bomba dan Penyelamat negeri, Mohamadul Ehsan Mohd. Zin telah memberi kenyataan bahawa, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 11.45 pagi dan tiba di tempat kejadian beberapa minit selepas kejadian. Sebanyak tujuh buah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Perai, Butterworth, Bandar Perda dan Jalan Perak bersama 44 anggota dan lima pegawai dikejarkan untuk memadam kebakaran dan operasi menyelamat. Api marak di tingkat tiga dan pihak bomba terpaksa menggunakan semburan buih bagi mengawal api kerana di kilang tersebut terdapat beberapa jenis bahan kimia yang mudah meletup dan terbakar. Pihak bomba berjaya mengawal api daripada merebak ke beberapa kilang berhampiran. Seterusnya, api berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 12.31 tengah hari. Kebakaran tersebut menyebabkan 80 peratus daripada bangunan berkenaan musnah manakala punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan.

C. PUNCA KEMALANGAN Berdasarkan Akta Pengangkutan Jalan Raya 1997, Kemalangan bermaksud suatu kemalangan atau kejadian di mana kerosakan atau kecederaan dilakukan terhadap mana-mana orang, harta, kenderaan, struktur atau binatang. Definisi am bagi kemalangan pula ialah kejadian yang tidak diingini yang boleh mengakibatkan kecederaan, kesakitan, kematian atau kerosakan kepada harta-benda. Definisi yang diberikan oleh peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan pula adalah suatu kejadian yang berbangkit daripada atau berkaitan dengan kerja yang mengakibatkan kecederaan maut atau kecederaan tidak maut. Kemalangan di tempat kerja pula meliputi kemalangan yang berpunca dan terbit daripada pekerjaan yang dilakukan atau kemalangan yang melibatkan pengendalian mesin atau peralatan dan kemalangan di tempat kerja yang berpunca dari pekerjaan. Kemalangan di tempat kerja juga boleh berpunca daripada perjalanan, iaitu ulang-alik dari tempat kediaman ke tempat kerja setiap hari, dari tempat kerja ke tempat makan sewaktu rehat yang dibenarkan atau apa-apa sahaja yang berkaitan dengan pekerjaan. Kes 1: Pegawai Bank Mati Ditembak 1. Perkakasan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengesahkan bahawa pengawal keselamatan tersebut telah menggunakan senjata jenis pump gun untuk membunuh pegawai bank berkenaan. Pegawai bank tersebut mati ditempat kejadian akibat kecederaan teruk di bahagian kepala. Pihak PDRM perlu memeriksa semua pengawal keselamatan yang diberi lesen menggunakan senjata api. Perkara ini perlu dilakukan bagi memastikan hanya mereka layak diberi kebenaran untuk menggunakan senjata api. Bagi tujuan yang sama syarat pemberian lesen senjata api kepada pengawal keselamatan juga perlu ditambah baik pada masa hadapan. Pekerja i. Kegagalan syarikat keselamatan mematuhi undang-undang Menurut Timbalan Ketua Setiausaha Keselamatan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Alwi Ibrahim syarikat keselamatan tersebut telah melanggar syarat pekeliling Agensi Persendirian Bilangan 4 2010, Perkara 4.1.2 iaitu tidak melakukan tapisan keselamatan. Selain itu, syarikat tersebut juga tidak mematuhi Peraturan Tetap Operasi (PTO) mengikut Perkara 6.3, iaitu pengawal keselamatan KDN, selain Perkara 6.4 menyatakan pengawal keselamatan perlu mendapatkan lesen kelulusan membawa dan menggunakan senjata api terlebih dahulu.
3

ii. Pemalsuan Kad Penganalan Siasatan juga mendapati pengawal keselamatan berkenaan disyaki menggunakan kad pengenalan palsu dan ini adalah kesalahan serius. Pada 29 oktober 2013 Kementerian Dalam Negara telah menjalankan Ops ID secara besar-besaran di seluruh negara dan hasil siasatan mendapati sebanyak 282 pengawal keselamatan telah diperiksa dan lima ditahan kerana menggunakan MyKad palsu dan milik orang lain. Sementara itu dua daripada mereka dihadapkan ke mahkamah sepang dan dijatuhkan hukuman enam bulan penjara.

Kes 2: Juruteknik Maut Kilang Terbakar Kebakaran akan berlaku jika terdapat keempat-empat unsur seperti oksigen, bahan bakar, haba dan tindakbalas berantai (chain reaction). Dalam usaha mencegah kebakaran, kesemua unsur ini perlu dipisahkan. Oleh kerana oksigen berada di mana-mana, pencegahan kebakaran adalah lebih kepada mengawal bahan bakar dan haba atau memisahkan kedua-duanya. Tiga kategori bahan yang boleh mengakibatkan kebakaran adalah: Flammable Mudah terbakar Combustible Terbakar bila terkena sumber haba Explosive Mudah meletup.

1. Persekitaran i. Litar pintas Kuasa elektrik boleh mencederakan dan membunuh. Ini boleh terjadi akibat daripada sentuhan dengan bahan atau pendawaian elektrik yang hidup mengakibatkan renjatan elektrik, terbakar dan kebakaran; pendawaian dan peralatan elektrik yang rosak dan boleh mengakibatkan renjatan elektrik, terbakar dan kebakaran; bahan atau dawai elektrik menjadi sumber nyalaan di persekitaran mudah terbakar atau mudah meletup. Akibatnya berlakunya kebakaran atau letupan. 2. Perkakasan i. Bahan kimia Letupan bahan kimia adalah punca utama kejadian yang meragut nyawa pekerja kilang tersebut. Bahan kimia bermaksud bahan-bahan yang bersifat racun, merengsa, memeka (sensitizer), menghakis, karsinogenik, mudah terbakar atau mudah meletup. Apabila bahan kimia ini tertumpah, terpercik, terhidu atau termakan ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada pekerja dan persekitarannya.
4

D. CADANGAN MENGURANGKAN KEMALANGAN DITEMPAT KERJA Warga pekerja merupakan penggerak utama dalam memastikan keutuhan ekonomi sesebuah negara. Bagi memastikan pekerja dapat berfungsi dengan cemerlang, keselamatan dan kesihatan pekerja perlu diutamakan di setiap tempat kerja, samada di sektor pembuatan, pembangunan, pertanian, perlombongan, perikanan ataupun perkhidmatan. Kemalangan di kalangan pekerja boleh mendatangkan implikasi serius seperti kehilangan nyawa dan kecacatan yang menelan kos yang tinggi. Perbelanjaan pampasan yang dikeluarkan oleh PERKESO untuk faedah hilang upaya kekal akibat kemalangan di tempat kerja dan akibat kemalangan dalam perjalanan semakin meningkat setiap tahun. Oleh itu, sesuatu perlu dilakukan. Berikut adalah cadangan yang untuk mengurangkan kemalangan ditempat kejadian:

1. Mewujudkan Persekitaran Berkualiti Melalui Amalan 5S Amalan 5S merupakan alat pengurusan persekitaran berkualiti yang dipelopori oleh Jepun dengan penumpuan kepada lima (5) langkah tindakan pelaksanaan yang bermula dengan huruf awalan S yang bermatlamatkan pengurusan amalan kebersihan yang bersistematik. Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke adalah perkataan Jepun yang diringkaskan menjadi 5S. Dalam Bahasa Melayu memberi maksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal. Amalan 5S merupakan teknik yang paling berkesan bagi mewujudkan budaya peningkatan secara berterusan atau dikenali sebagai Kaizen dalam Bahasa Jepun. Kaizen adalah cara pembaikan dilakukan secara sedikit demi sedikit tetapi berterusan terutama dalam aktiviti yang berorientasikan manusia dan proses. Bagi menjayakannya, penyertaan dan komitmen yang tinggi diperlukan daripada semua peringkat anggota dalam organisasi. i. Sisih (Seiri) Menyisih dan melupuskan (membuang) barang yang tidak perlu di tempat kerja Sisih merupakan satu proses kerja mengasing barangan yang diperlukan dan tidak diperlukan daripada sekumpulan barangan di tempat kerja. Proses pengasingan ini membantu dalam menentukan barangan yang diperlukan pada masa sekarang atau masa hadapan dan perlu disimpan di tempat penyimpanan yang ditetapkan. Barangan yang tidak diperlukan akan dilupuskan.

ii. Susun (Seiton) Menyusun dan menyimpan barang dengan kemas, mudah diambil dan disimpan semula ditempatnya Menyusun dan melabel dilakukan setelah kesemua barangan yang tidak perlu diasingkan. Susunan barangan dilakukan mengikut kumpulan yang sama. Tujuan utama menyusun ialah: Menjimatkan penggunaan ruang; Penyimpanan barangan lebih kemas dan teratur; dan Memudahkan proses mengesan dan mendapatkan barangan pada masa akan datang. iii. Sapu (Seiso) Mencuci atau membersih tempat kerja dengan rapi supaya tiada habuk, kotoran di atas lantai, mesin, peralatan dan persekitaran tempat kerja Persekitaran yang bersih diperlukan oleh emua peringkat pekerja untuk merasa selesa dan ceria apabila bekerja. Selain meningkatkan kecekapan kerja, menyapu juga boleh mempertingkatkan tahap keselamatan di tempat kerja dan peralatan yang digunakan. Tujuan menyapu untuk menghilangkan habuk atau kekotoran yang melekat di lantai, mesin di tempat kerja atau barang-barang yang telah disisih dan disusun. Satu senarai semak hendaklah diletakkan untuk menjadi panduan kepada pekerja tentang apa yang harus dilakukan pada masa akan datang dalam aktiviti ini. Menjadi keperluan

tempat/peralatan/kawasan yang disapu/dibersih pada setiap masa dengan jadual penyelenggaraan yang berkesan. iv. Seragam (Seiketsu) Mematuhi piawaian persekitaran berkualiti di tempat kerja bagi memastikannya bersih dan teratur sepanjang masa Seragam hanya dapat dilakukan setelah aktiviti sisih, susun, dan sapu telah disempurnakan. Seragam atau mengekalkan kebersihan tempat kerja pada tahap asal adalah penting supaya segala usaha yang dilakukan dalam tiga aktiviti terdahulu tidak menjadi sia-sia. Aktiviti yang dilakukan sendiri oleh setiap pekerja akan menyemai sifat kekitaan dan cintakan kebersihan di tempat kerja. Panduan diperlukan untuk dipatuhi oleh pekerja bagi menjamin kualiti dan piawaian yang telah ditentukan. Antaranya ialah Standard Operation Procedure (SOP), Work Instruction (WI), Guidebook, Carta Alir (Process Flow), gambar atau contoh fizikal dan Sistem Visual yang jelas.

v. Sentiasa Amalkan (Shitsuke) Melatih pekerja berdisiplin untuk mengamalkan sistem Amalan 5S secara berterusan supaya menjadi tabiat dan budaya kerja berkualiti dalam organisasi Budaya kerja cemerlang dapat dibangunkan dengan mematuhi panduan dan piawaian yang telah ditentukan. Setiap pekerja perlu faham, patuh, berusaha dan mengamalkan penjagaan kebersihan organisasi serta tempat kerja. Amalan kebersihan ini dapat disemai dalam diri individu dengan memberi tunjuk ajar menerusi program latihan secara berkala. Melalui amalan 5S, sesebuah organisasi boleh meminimumkan kadar kemalangan ditempat kerja ini adalah kerana amalan 5S merupakan kaedah atau alat pengurusan yang boleh mewujudkan persekitaran di tempat kerja berkualiti yang selesa, kemas dan selamat di dalam organisasi. Amalan ini telah dipraktikkan di negara Jepun sejak awal 1980 an lagi manakala di Malaysia amalan 5S telah mula dipraktikkan sekitar tahun 1980 an.

2. Pengenalan Sistem Biometrik Sistem biometrik bukan lagi satu sistem yang baru bagi industri teknologi yang mana ia telah diterima pakai di pelbagai negara dalam menuju era teknologi siber. Beberapa tahun dahulu, undang-undang telah menggunakan sistem biometrik sebagai satu pengenalan diri tetapi sekarang undang-undang telah berubah dari segi penggunaannya yang menekankan kepada penyelesaian masalah jenayah dan salah laku individu. Ini kerana sistem biometrik cap jari dapat membezakan seorang individu itu daripada individu lain. Berhubung dengan kes pembunuhan pegawai bank baru-baru ini, sistem biometrik perlu diperkenalkan bagi memastikan pengawal keselamatan yang memohon permit senjata api terdiri dari warganegara Malaysia. Ia sekali gus menentukan pengawal berkenaan tidak mempunyai rekod jenayah atau pernah terlibat dalam kegiatan tidak bermoral. Sistem ini banyak memberi kebaikan kepada semua organisasi awam dan swasta. Sistem ini digunakan untuk dua tujuan iaitu sebagai pengenalan dan pembuktian. Ini digunakan apabila berlaku suatu jenayah dan ia membantu pihak polis untuk mengenal pasti individu yang terlibat berdasarkan cap jari yang ada. Ini kerana tiada manusia yang mempunyai cap jari yang sama di dunia ini. Tambahan pula, sistem biometrik cap jari ini menggunakan sepenuhnya maklumat teknologi yang mana sesuatu cap jari yang dikaji hanya perlu dibaca melalui kamera video dan terus dimasukkan ke dalam komputer yang terus memberikan maklumat mengenai cap jari tersebut. Secara tidak langsung, ia memudahkan

dan menjimatkan masa penyiasatan dilakukan. Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk pengenalan diri seperti penggunaan nombor rahsia untuk mesin ATM dan semua keperluan yang memerlukan ciri-ciri keselamatan yang ketat.

3. Semua Pekerja Asing Diwajibkan Jalani Pemeriksaan Kementerian Sumber Manusia perlu bekerjasma rapat dengan kementerian berkaitan berhubung kemasukan pekerja asing ke negara ini. Perkara ini telah ditegaskan oleh menterinya iaitu Datuk Richard Riot. Beliau berkata pekerja asing diwajibkan menjalani proses pemeriksaan, khususnya berkaitan kesihatan, dan perkara ini perlu berkuat kuasa serta-merta. Kita tidak mahu negara kita dibanjiri pekerja asing yang mempunyai masalah kesihatan dan rekod jenayah. Oleh itu, pemeriksaan terhadap setiap pekerja asing perlu dilakukan sebelum mereka dibenarkan bekerja di negara ini. Kerajaan Malaysia perlu berbuat demikian untuk memastikan rakyat asing yang akan diambil bekerja tidak mempunyai dua rekod berkenaan. Kita tidak boleh membenarkan pekerja asing yang mempunyai penyakit berjangkit dan rekod jenayah datang berkerja di negara kita. Menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam, jumlah pekerja asing yang terlalu ramai adalah antara punca penyakit batuk kering (TB) kini dikesan di negara ini. Oleh itu adalah penting bagi seseorang pekerja asing yang ingin bekerja di Negara ini perlu menjalani dua pemeriksaan kesihatan, satu di negara asal mereka dan satu lagi di Malaysia. Pekerja asing yang tidak melepasi pemeriksaan kesihatan di Malaysia akan dihantar pulang ke negara asal.

E. RUMUSAN Dalam era ini, keselamatan pekerja merupakan elemen yang sangat penting dalam sesebuah organisasi. Tempat kerja yang kurang selamat meningkatkan risiko kemalangan serta kecederaan yang pastinya menjejaskan kesihatan. Dalam masa yang sama, pekerja yang kurang sihat adalah lebih berisiko untuk mengalami kemalangan. Keselamatan di tempat kerja adalah berkenaan pencegahan kemalangan, kecederaan atau penyakit di kalangan pekerja atau orang-orang lain yang berada di tempat kerja. Selain daripada memelihara nyawa serta kesihatan pekerja yang merupakan aset terpenting dalam sesebuah organisasi atau syarikat, pencegahan kemalangan secara tidak langsung dapat mengurangkan kos rawatan, pampasan, kehilangan produktiviti, ketidakhadiran bekerja, kerosakan harta-benda, perkhidmatan kesihatan masa depan, hilang upaya dan lain-lain lagi. Majikan atau pihak pengurusan atasan merupakan tonggak utama dalam memastikan kejayaan sesuatu program pencegahan kemalangan di tempat kerja. Ianya berkait rapat dengan pengetahuan majikan tentang aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, sikap, komitmen, harapan dan peruntukan yang sanggup dilaburkan untuk tujuan keselamatan dan kesihatan. Pihak pengurusan di setiap peringkat perlu memahami tentang kepentingan pencegahan kemalangan dimana ia merupakan sebahagian daripada tugas utama. Majikan perlulah berpengetahuan tentang aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta mampu memantau aktivitiaktiviti yang dijalankan. Peranan pekerja dalam pencegahan kemalangan adalah sama penting dengan majikan. Tanpa kerjasama serta sokongan pekerja, segala langkah keselamatan atau peraturan yang ditetapkan tidak akan dapat dipraktikkan. Cadangan untuk mewujudkan persekitaran berkualiti melalui amalan 5S

telahdikenalpasti sebagai alternatif yang sangat sesuai dalam mengurangkan risiko kemalangan di tempat kerja. Pengenalan sistem biometrik juga membolehkan kerja-kerja pengurusan data pekerja lebih mudah dan seterusnya tapisan keselamatan pekerja warga asing yang diambil bekerja dinegara ini merupakan langkah yang sangat wajar memandangkan aktiviti jenayah dinegara ini paling banyak melibatkan mereka.

RUJUKAN
Panduan Sistem Persekitaran Berkualiti (QES/5S) Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

http://www.astroawani.com/news/show/syarikat-pengawal-keselamatan-digesa-menyemakdata-pekerja-24989?cp http://www.astroawani.com/news/show/pengawal-keselamatan-bersenjata-api-ditapis-pdrm24866 http://www.astroawani.com/news/show/semua-pekerja-asing-diwajibkan-jalani-pemeriksaanrichard-riot-24977?cp http://www.astroawani.com/news/show/syarikat-pengawal-keselamatan-digesa-menyemakdata-pekerja-24989 http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0216&pub=Utusan_Malaysia&sec= Megabait&pg=me_01.htm


http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130326/je_03/Juruteknik-maut-kilangterbakar#ixzz2k2YBILaC

10

Anda mungkin juga menyukai