Anda di halaman 1dari 15

BUSINESS SCHOOL

JANUARI / 2014

BBPP1103 - PRINCIPLES OF MANAGEMENT

KAEDAH PEMBUATAN KEPUTUSAN,CARA MENGAPLIKASIKAN DALAM SITUASI SEBENAR,KELEBIHAN DAN KELEMAHANNYA

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : :

920619126048001 920619 - 12 - 6048 012 - 861 1115 azieaniza@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN

SANDAKAN LEARNING CENTRE

Page | 1

Page | 2

ISI KANDUNGAN

Mukasurat

1.0 PENGENALAN ......3 2.0 KAEDAH PEMBUATAN KEPUTUSAN BERKUMPULAN. .5 2.1 Kaedah yang Dipilih - Sumbangsaran ....7 2.2 Langkah Pelaksanaan .....8 2.3 Sumbangsaran dalam situasi sebenar...9 2.4 Kelebihan Sumbangsaran...12 2.5 Keburukan Sumbangsaran..13 3.0 RUMUSAN ................14 RUJUKAN

Page | 3

1.0 PENGENALAN
Menurut Kamus Dewan dan Bahasa , pembuatan bermaksud hal,cara atau proses membuat sesuatu.Keputusan pula bermaksud sesuatu yang sudah dibincangkan ;hasil daripada sesuatu perbincangan dan secara kumpulan pula bermaksud himpunan orang yang melakukan sesuatu bersama. Ainon Mohd (2003) dalam bukunya ada menyentuh perihal pembuatan keputusan ada menyebut, adalah fitrah setiap manusia yang berakal untuk berfikir,namun kadang-kadang seseorang itu akan membuat keputusan yang salah akibat tidak menggunakan logik akalnya.Walau bagaimanapun akibatnya perkara yang paling mustahak ialah keputusan perlu diambil untuk diri sendiri,keluarga,organisasi,masyarakat sekeliling serta Negara. Pembuatan keputusan merupakan satu proses yang amat penting dalam kehidupan seharian kita kerana setiap yang kita lakukan haruskan mempunyai satu kata putus ataupun keputusan yang terbaik yang membolehkan kita bertindak balas dengan setiap perkara yang kita alami. Proses pembuatan keputusan ini wujud dan dihadapi oleh setiap individu yang bukan hanya perlu membuat keputusan untuk diri sendiri tetapi juga perlu membuat keputusan untuk keluarga.Sebagai contoh,pembuatan keputusan untuk diri sendiri dapat dilihat apabila individu perlu memilih baju yang hendak dipakai pada hari itu, samada ingin memakai baju yang santai atau formal ke tempat kerja.Sebelum membuat keputusan,individu tersebut perlu menilai kerasionalan disebalik keputusannya itu agar bersesuaian dengan persekitaran yang dihadapinya.Setelah menilai tahap keputusan tersebut dari segi kesesuaian dan persekiran kerjanya keputusan akhir akan dapat ditentukan oleh individu tersebut. Seperti yang dinyatakan oleh Ahmad Atory Hussain(1991) bahawa sesuatu keputusan itu dianggap bersesuaian sekiranya ia berkesan apabila diaplikasikan. Kerasionalan keputusan itu juga bergantung kepada situasi yang dihadapi oleh individu mahupun kumpulan terbabit. Secara umumnya terdapat tiga situasi maklumat dalam pembuatan keputusan iaitu maklumat yang diperoleh telah lengkap,tidak lengkap atau tiada maklumat yang diperoleh langsung. Hal ini mewujudkan tiga persekitaran pembuatan keputusan. Persekitaran ini terdiri daripada: 1) Kepastian Hal ini adalah dimana pembuat keputusan akan memperoleh maklumat yang diketahui dengan pasti atau lengkap. Oleh yang demikian individu tersebut dapat mengenalpasti situasi atau peristiwa yang akan berlaku pada masa hadapan.Maka hasil
Page | 4

yang akan didapati dengan setiap kaedah keputusan dapat diketahui dengan tepat dan memberi hasil yang terbaik akan dipilih dan dilaksanakan.

2)

Ketidakpastian Dalam situasi pembuatan keputusan dalam ketidakpastian,pembuat keputusan tidak mempunyai sebarang informasi atau maklumat untuk membantunya membuat keputusan .Hal ini menyukarkan pembuat keputusan untuk memastikan kesahihan sesuatu peristiwa yang bakal berlaku pada masa hadapan dan tidak dapat mengaplikasikannya. Oleh kerana itu, pembuat keputusan tidak mempunyai pilihan lain selain menggunakan pengalaman serta pertimbangan sendiri dalam membuat keputusan.

3)

Berisiko Pembuatan keputusan dalam keadaan berisiko pembuat keputusan mempunyai maklumat tetapi maklumat atau informasi yang diperoleh tidak lengkap.Hal ini membuatkan pembuat keputusan tidak tahu akan kesahihah peristiwa yang akan berlaku pada masa hadapan tapi akan cuba untuk mengagak kebarangkalian peristiwa tersebut berlaku.

Terdapat dua jenis pembuatan keputusan iaitu : 1. Keputusan Terprogram, iaitu apabila individu yang membuat keputusan bagi perkara yang berulangkali berlaku dan mudah untuk diselesaikan.Individu hanya perlu mengikut panduan yang telah disediakan.Ini membolehkan individu membuat keputusan yang sama bagi masalah yang serupa. 2. Keputusan Tak Terprogram,iaitu keputusan yang membabitkan masalah besar dan jarang berlaku. Faktanya tidak diketahui dan hanya dibuat pada masa yang tertentu sahaja.Individu perlu memberikan sepenuh perhatian,serius dan mengambil kira banyak faktor sebelum membuat keputusan.

Page | 5

2.0 Kaedah Sumbangsaran,Nominal dan Delphi


Sebelum memilih kaedah pembuatan keputusan secara kumpulan yang sesuai dengan situasi ditempat kerja saya. Disini saya menerangkan dulu sedikit sebanyak antara kaedah-kaedah yang terdapat dalam pembuatan keputusan secara berkumpulan. Terdapat tiga cara yang biasa dilakukan dalam pembuatan keputusan secara berkumpulan iaitu Brainstorming, Nominal, dan Delphi. Brainstorming merupakan satu teknik atau proses dimana setiap ahli dalam kumpulan akan mengeluarkan idea idea mereka agar dapat menyumbang kepada pembuatan keputusan.Ia juga adalah pembuatan keputusan yang melarang sebarang maklumbalas yang negative terhadap sebarang alternatif sebelum ia di kaji.Sesebuah kumpulan brainstorming biasanya terdiri daripada empat hingga lapan orang. Nominal pula merupakan kaedah pembuatan keputusan yang mana setiap ahli mempunyai penglibatan yang sama rata.Dengan kaedah ini juga ahli kumpulan akan membentang dan menilai idea setiap individu sebelum berkongsi idea tersebut dengan kumpulan lain.Terdapat empat langkap yang perlu dilakukan untuk membuat keputusan jenis ini. Langkah 1 : Setiap ahli perlu mencatatkan ideanya berdasarkan masalah yang dibincangkan. Langkah 2 : Setiap ahli akan membentangkan ideanya kepada ahli yang lain .Biasanya ia dibentangkan dengan menulis dipapan putih agar dapat dijadikan rujukan. Langkah 3 : Perbincangan akan diadakan untuk menilai keburukan dan keberkesanan setiap idea. Langkah 4 : Ahli akan secara senyap mengundi diatas sekeping kertas dan idea yang paling banyak undian akan diterima dan dilaksanakan. Delphi pembuatan keputusan jenis ini melibatkan soal selidik mengenai masalah yang khusus di kalangan ahli kumpulan,berkongsi hasil dan meneruskan lagi soal selidik tersebut dan memberi maklumbalas sehingga semua ahli bersetuju dengan keputusan yang dipilih.

Page | 6

2.1 Kaedah Pembuatan Keputusan yang dipilih Sumbangsaran


Setelah mempertimbangkan kesesuaian kaedah-kaedah pembuatan keputusan yang lain,saya memilih kaedah pembuatan keputusan Brainstorming ataupun sumbang saran sebagai kaedah yang amat bersesuaian dengan situasi yang sering saya lalui. Definisi bagi kaedah pembuatan keputusan sumbang saran ini adalah sumbang saran,pemerahan otak,percambahan fikiran, dan pemecahan minda manakala tokoh yang mempopularkan kaedah pembuatan keputusan secara sumbang saran ini iaitu Alex Faickney Osborn(1953) menyatakan bahawa ia adalah suatu teknik kreatif percambahan fikiran secara individu mahupun dalam kumpulan.Sementalahan itu,ada juga yang mentafsirkan sumbang saran ini sebagai satu kaedah yang digunakan untuk mendapat seberapa banyak idea dalam masa yang singkat dalam perbincangan sesuatu kumpulan.Asas dalam penggunaan kaedah sumbangsaran ini adalah ia mengasingkan penghasilan idea daripada dinilai oleh ahli dalam kumpulan pembuatan keputusan. Setiap ahli akan menyumbangkan idea-idea secara spontan bagi masalah yang dibincangkan.Selain itu, Osborn juga menyatakan hanya individu yang bekerja dapat menghasilkan percambahan fikiran dengan lebih berkesan.Beberapa kajian lain pula mengatakan sumbang saran ini merupakan suatu bentuk kaedah perbincangan yang menghimpunkan idea-idea atau gagasan, maklumat, pendapat, pengetahuan dan pengalaman setiap ahli. Kaedah Sumbang saran ini berbeza daripada kaedah perbincangan yang mana jika terdapat idea yang dibincangkan ia akan dianggap telah disokong,lengkap,tidak lengkap atau tidak dipersetujui oleh ahli yang terlibat dengan pembuatan keputusan, atau dalam ayat mudahnya idea tersebut mendapat maklum balas terus daripada ahlinya..Kaedah sumbang saran pula tidak mendapat maklum balas secara langsung daripada ahlinya kerana sebelum itu ideaidea tersebut akan dikaji dengan lebih mendalam sebelum idea yang betul-betul bernas dan berkesan di gunakan dalam sesuatu keputusan. Kaedah ini adalah digunakan untuk cuba mengatasi segala maklum balas negatif dan kritikan daripada ahli lain agar banyak idea-idea yang bermacam-macam bentuk dapat dikeluarkan dan akhirnya menghasilkan idea yang kreatif.
Page | 7

2.2 Langkah-langkah perlaksanaan kaedah Sumbangsaran


Yang pertama adalah mengenalpasti masalah.Ahli-ahli dalam kumpulan perlu memifirkan apa yang mereka hadapi dan menulisnya dengan jelas,senang difahami dan semua ahli dalam kumpulan tersebut menyetujui masalah yang dibincangkan. Masalah tersebut bukan semestinya perkara yang negatif tetapi boleh juga merangkupi pelbagai misalnya menambahbaik sesuatu perkara. Langkah kedua , ahli perlu menyediakan soalan atau idea yang hendak dikemukakan iaitu sekurang-kurangnya satu soalan atau idea setiap ahli tapi lebih banyak lebih baik.. Idea yang dikemukakan tidak boleh dikritik sebelum di kaji .Untuk mendapat idea yang lebih banyak ahli bolehlah menggunakan prinsip One Husband,4 Wife dalam bahasa melayunya ,Apa? Siapa? Bila? Kenapa? Berapa? Dimana? Bagaimana?. Langkah ketiga adalah menentukan jangka masa yang sesuai .Sesi sumbang saran yang dilakukan dan berkesan biasanya diantara 15 hingga 30 minit kerana jika masa yang digunakan lama maka sesi tersebut akan menjadi semakin hambar dan membosankan ahli. Hal ini akan mengakibatkan sesi sumbangsaran yang di jalankan tidak mencapai matlamat yang dijangka kan. Langkah keempat adalah penilaian,setiap idea perlu di klasifikasikan dan direkod kepada tiga bahagian iaitu kumpulan idea yang bernas, idea yang boleh diterima tetapi tidak bernas dan idea yang tidak memenuhi kriteria.Idea dalam kumpulan bernas hendaklah di berikan markah.Hanya idea yang memenuhi kriteria dan kesesuaian dengan matlamat akan dipilih.Namun begitu,idea-idea yang dalam kumpulan yang boleh diterima tetapi tidak bernas wajar dipertimbangkan dan boleh dijadikan panduan pada permasalahan lain.Oleh itu pembuat keputusan perlu fleksibel dalam tindakan dan perancangan yang diatur.

Page | 8

2.3 SUMBANG SARAN DALAM SITUAI SEBENAR


Kaedah sumbangsaran ini dapat diaplikasikan ketika berada ditempat kerja adalah apabila menggunakan kaedah ini pekerja akan lebih bersikap kreatif dengan mengeluarkan idea-idea yang membolehkan mereka menyelesaikan masalah dan produktif dalam melaksanakan tugas mereka. Matlamat setiap sesi sumbang saran yang diadakan dalam sesebuah organisasi adalah untuk mencari dan menghasilkan idea-idea baru mahupun kombinasi idea untuk menghasilkan keputusan yang lebih berkesan. Dalam situasi yang mana Pengurus kedai kek Family Trading telah membuat satu sesi sumbang saran atau percambahan fikiran dikalangan pekerjanya dengan matlamat agar produk yang terjual dikedai kek mereka akan mencapai seharian haruslah mencapai target jualan yang ditetapkan. Pengurus meminta setiap pekerja memberikan cadangan atau idea apa sahaja yang mereka rasakan sesuai tetapi dalam pada yang sama pengurus juga berpesan agar pekerja lain tidak mengkritik atau memberi maklum balas secara terus sebelum idea-idea dikeluarkan dikaji akan kesesuaiannya.Sebagai contoh, seorang pekerja memberikan pendapat bahawa kedai kek Family Trading boleh memberikan tawaran istimewa kepada pelanggan seperti Beli satu,percuma satu . Walaupun cadangan itu seakan-akan tidak bernas namun ia tidak akan dikritik secara tetapi akan dipertimbangkan mahupun di jadikan panduan pada masa hadapan. Pekerja dalam kedai kek Family Trading,adalah digalakkan memberi sumbangan idea terhadap sesuatu perkara atau kemahiran yang biasanya mereka lakukan sekiranya mereka mempunyai idea yang lebih efektif dalam misi menjadikan mereka lebih produktif. Dengan adanya idea yang kreatif daripada pekerja kedai kek Family Trading maka hasil yang diperoleh biasanya akan lebih kearah penyelesaian masalah atau matlamat,memikirkan kaedah baru untuk bertindak dalam sesuatu situasi atau menghasilkan bermacam hipotesis bagi sesuatu permasalahan itu. Namun begitu pengurus menetapkan masa untuk pengumpulan cadangan atau idea selama 15 hingga 30 minit dalam sesi sumbangsaran tersebut kerana di khuatiri pekerja akan berasa bosan dan letih kerana mempunyai tugasan yang lain atau belum siap.

Page | 9

Langkah-langkah perlu diterapkan dalam sesi sumbang saran Kedai Kek Family Trading adalah : 1. Memberi maklumat dan motivasi. Pada peringkat ini Pengurus perlu menjelaskan tentang maklumat masalah yang hendak dibincangkan dan kemudiannya mengajak pekerja-pekerjanya untuk aktif untuk memberi idea mereka. 2. Mengenalpasti. Pekerja akan diminta untuk memberikan idea mereka sebanyak mungkin.Semua idea mahupun pendapat pekerja harus di simpan,direkodkan dan tidak dikritik.Pengurus dan pekerja lain hanya dibolehkan membuat pertanyaan untuk mendapatkan penjelasan. 3. Pengkelasan.idea-idea pekerja akan diklasifikasikan berdasarkan kriteria yang ditetapkan dan disepakati oleh semua.Pengkelasan juga berdasarkan struktur atau faktorfaktor lain. 4. Mengesahkan. Pengurus serta pekerja akan bersama mengkaji semula sumbang saran yang telah dikelaskan. Setiap sumbang saran diuji kerasionalannya dengan objektif yang ingin di capai.Apabila melihat kesesuaian maka idea tersebut akan diambil. 5. Kata sepakat. Pengurus kedai kek Family Trading dan pekerja-pekerja lain akan cuba membuat kesimpulan maklumat-maklumat alternatif penyelesaian matlmat atau masalah yang dipersetujui.Setelah semua berpuas hati,maka idea yang paling banyak mendapat persetujuan adalah merupakan idea yang paling berkesan untuk meningkatkan jualan untuk mencapai target jualan. Dengan itu secara amnya, peraturan sumbang saran akan meliputi lima perkara,iaitu : 1) Sebarang idea daripada pekerja akan diterima samada idea yang sangat bernas,kurang bernas atau idea yang langsung tidak menepati matlamat sumbang saran. 2) Semua perkerja juga hendaklah aktif dalam memberi idea,pandangan,maklumat mahupun idea sebanyak mungkin agar pelbagai idea kreatif dapat dijana. 3) Pandangan atau idea dikeluarkan secara spontan 4) Pekerja boleh menggunakan idea rakan pekerja yang lain untuk memgembangkan lagi ideanya. Namun begitu,sesi sumbang saran yang diadakan oleh kedai kek Family Trading dalam situasi ini tidak akan dianggap berjaya sekiranya pengurus tidak memainkan peranan seperti memberikan masalah yang mampu merangsang pekerja.Oleh itu pengurus sebagai pemimpin sesi perlu memberikan topik atau permasalahan yang dirasakan menarik dan boleh mengembangkan idea dan pemikiran pekerja dalam memperbaiki prestasi mereka. Hal ini kerana
Page | 10

jika topik yang dibincangkan pekerja bukan sahaja akan cepat bosan malah mereka tidak akan dapat memberikan idea-idea mereka yang pelbagai. Pengurus juga berperanan sebagai pengadil yang mana ia tidak akan menyebelahi mana-mana individu atau kumpulan.Sebagai contoh, salah seorang pekerja dalam kedai kek Family Trading merupakan anak saudara kepada pengurus namun begitu ketika pembentangan idea pengurus bersikap sama rata dan adil dalam melayan setiap pekerjanya walaupun disitu terdapat pekerja yang mempunyai hubungan persaudaraan dengannya. Idea-idea yang dipilih juga haruslah diperkemaskan untuk dijadikan panduan pada masa hadapan dan digunakan sebaiknya.

Page | 11

2.4 KELEBIHAN KAEDAH SUMBANG SARAN


Sumbangsaran sememangnya merupakan satu kaedah yang popular dalam pembuatan keputusan.Jika dibuat dengan betul,tentu sekali ia akan menberikan banyak kelebihan yang hebat.Antara kelebihan yang boleh didapati pembuatan keputusan sumbang saran adalah apabila idea dapat dikumpul dalam masa yang singkat daripada sekumpulan orang yang terlibat dalamnya. Selain itu juga interaksi di kalangan pekerja yang mempunyai pengalaman yang luas dan pengetahuan akan melahirkan idea-idea yang banyak dan baik untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul. Sebagai contoh pekerja lama di kedai kek Family Trading yang lebih berpengalaman boleh menyuarakan idea-idea mereka dan pekerja setahun jagung disitu akan menjadikan idea itu sebagai panduan mahupun menokok tambah atau mengubahnya menjadi idea yang lebih hebat. Bukan itu sahaja,semua yang individu dalam sesi sumbang saran ini bebas untuk mengutarakan idea mereka dan akan diterima tidak kira sama bernas,kurang bernas atau langsung tidak berkaitan dengan matlamat sesi sumbang saran.Tambahan pula,masa yang singkat dalam menjalankan sesi ini menjadikan ia lebih menarik,cepat,rancak dan tidak menjemukan pekerja-pekerja seterusnya menambahkan lagi banyak idea dapat dihasilkan daripada setiap pekerja.Kaedah sumbang saran ini juga akan menyebabkan pekerja lebih aktif dan berani dalam memberikan pandangan dan idea mereka kerana pengurus atau pekerja lain tidak perlu memberi respon serta merta dan tidak boleh memberikan penghakiman,penilaian atau kritikan terhadap idea-idea yang dikemukankan. Akhir sekali, pekerja boleh mengambil atau menumpang idea rakan sekerja yang lain,mengubah atau mengembangkan idea tersebut untuk melahirkan idea yang baru.Kelebihan kaedah sumbangsaran ini juga adalah ia dapat melahirkan pemikiran kreatif dikalangan pekerja dan suatu penghasilan yang invotif dalam menjadikan kerja-kerja mereka lebih produktif pada masa hadapan.

Page | 12

2.5 Kelemahan Kaedah Sumbangsaran


Antara kelemahan yang ada dalam sumbangsaran adalah ia akan menjadi kelam kabut sekiranya tiada perancangan oleh pengurus terhadap pekerja dan kemahiran memimpin daripada pengurus yang mengetuai sesi sumbangsaran tersebut.Hal ini kerana,pekerja akan masing-masing menyuarakan idea mereka secara terus-terusan dengan spontan yang mana pengurus perlu melantik seorang daripada pekerja untuk merekod kesemua idea tersebut jikalau tidak semua idea tersebut hanya sekadar cakap dimulut dan akan menjadi sia-sia. Selain itu,ada juga segelintir pekerja yang sukar untuk memberikan pandangan dan menyuarakat pendapat kekangan daripada kekurangan pengalaman,keyakinan diri dan sebagainya.Sebagai contoh pekerja yang baru masuk bekerja di kedai kek Family Trading berasa rendah diri untuk menyuarakan pendapatnya dihadapan pekerja yang telah lama bekerja dan mempunyai pengalaman yang lebih luas berbandingnya. Tambahan pula, sesi sumbang saran yang diadakan juga hanya praktikal bagi kumpulan yang dianggotai tidak lebih daripada 20 orang ahli , ini kerana jika terlalu ramai orang yang menyuarakan pendapat dalam satu-satu masa maka masa perbincangan akan semakin lama dan hal ini akan membosankan pekerja yang terlibat seterusnya sesi sumbang saran yang dibuat akan menjadi hambar dan matlamat untuk menyelesaikan suatu permasalahan tidak tercapai.

Page | 13

3.0 RUMUSAN
Kesimpulannya, Pembuatan keputusan merupakan satu proses yang amat penting dalam kehidupan seharian kita kerana setiap yang kita lakukan haruskan mempunyai satu kata putus ataupun keputusan yang terbaik yang membolehkan kita bertindak balas dengan setiap perkara yang kita alami. Proses pembuatan keputusan ini wujud dan dihadapi oleh setiap individu yang bukan hanya perlu membuat keputusan untuk diri sendiri tetapi juga perlu membuat keputusan untuk keluarga. Sumbangsaran adalah kaedah yang dapat menjana sejumlah besar idea untuk penyelesaian masalah dalam masa yang singkat ,Idea-idea yang pelbagai tesebut perlu diperkembangkan,dibaiki,disimpan dan digabungkan dengan idea-idea yang lain supaya menjadi lebih berkesan dan praktikal untuk dilaksanakan daripada suatu permasalahan. Dengan kaedah sumbangsaran ini juga akan melahirkan pekerja yang berfikiran out of the box thinking. Kaedah ini juga dapat membantu perkerja-pekerja meningkatkan daya cipta untuk menghasilkan tenaga kerja yang lebih berkualiti,inovatif dan seterusnya dapat mencapai target jualan yang diimpikan. Namun begitu untuk mendapat atau keputusan yang benar-benar berkesan segenap segi aspek harus dipertimbangkan dan tidak patut dipandang remeh.Hal ini kerana,boleh sahaja idea yang dianggap remeh dan tidak bernas tidak menyumbang apa-apa kepada pembuatan keputusan dan tidak semestinya idea yang dianggap bernas itu seratus peratus berkesan dengan permasalahan atau matlamat yang ingin dicapai.

(2662 patah perkataan)


Page | 14

APENDIKS 3.0 Rujukan


Ainon M.,(2003), Teori dan Kepimpinan : Panduan Aplikasi di Tempat Kerja,PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd. Ahmad S.A, (2008), Principles of Management,Meteor Doc. Sdn. Bhd. Brown V,Paulus,P.B,(1996), A Simple Dynamic of Model of Social Factors in Group Brainstorming, Small Group research. DBP,(2013),Kamus Dewan Edisi keempat,DBP. Joyce M.H,(2006), Kamus Dwibahasa,Oxford Fajar. Lehrer,Jonah,(2013),Groupthink,Newyorker Osborn A.F, (1963),Applied Imagination : Principles and Procedures of Creative Problem Solving(Third Revised Edition),Charles Scribners Sons. Pedagogi dalam Pendidikan[online], berfungsi, http/pomizipedagogy.wordpress.com/kaedah/sumbang-saran/ Wikipedia[online],available, http://en.m.wikipedia.org/wiki/Brainstorming Zimmerman T,(2012),Wildland Fire Management Decision Making,Journal of Agricultural Science & Technology.

Page | 15

Anda mungkin juga menyukai