Anda di halaman 1dari 2

VKMB PEMBANGUNAN MASYARAKAT

REFLEKSI PEMBANGUNAN MASYARAKAT

Pada saat negara dilanda wabak pandemik Covid-19, telah banyak mengubah
norma kebiasaan kehidupan masyarakat pada hari ini. Perdana Menteri Malaysia telah
mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 16 Mac 2020 yang lalu
demi mengekang wabak covid-19 ini semakin merebak tanpa dapat dibendung.
Walaupun kita merasakan kesannya dari segi pergerakan, bersosialisasi, bekerja dan
sebagainya namun dari sudut positifnya kurangnya segala aktiviti akibat PKP ini
berkurang jugala pencemaran yang berlaku. Bidang Pendidikan juga turut terkesan
dengan perubahan ini bila mana sekolah dan institut Pendidikan tinggi sama ada
awam mahupun swasta mengubah kaedah perlaksanaan Pendidikan kepada
pembelajaran atas talian sepenuhnya. Pembelajaran atas talian ini sebenarnya mampu
menghasilkan seseorang yang mempunyai kemahiran pembelajaran sepanjang hayat
(Life Long Learning).
Pada zaman yang serba moden masa kini, kemahiran pembelajaran sepanjang
hayat ini adalah salah satu kemahiran utama yang perlu dikuasai oleh setiap individu
untuk Berjaya dalam abad yang mencabar ini lebih-lebih lagi bagi generasi muda.
Kemahiran ini memerlukan seseorang yang mampu menentukan apa yang perlu
dipelajari, mencari maklumat atau bahan untuk dipelajari, mempunyai kemahiran
pembelajaran kendiri dan berdikari, bermotivasi serta boleh bertindak secara aktif
terhadap pembelajarannya dengan melakukan pentksiran kendiri atau cara lain. Bagi
pelajar universiti, pada masa inilah peluang mereka untuk mengasah kemahiran
pembelajaran sepanjang hayat supaya mereka bersedia menghadapi alam pekerjaan
yang lebih mencabar.
Bagi pelajar universiti, inilah masanya untuk mengasah kemahiran
pembelajaran sepanjang hayat supaya mereka bersedia untuk alam pekerjaan. Pelajar
perlu menyusun jadual pembelajaran sendiri, mencari bahan pembelajaran selain yang
diberikan oleh pensyarah, menyusun waktu perbincangan bagi tugasan berkumpulan,
menentukan tarikh tutup pecahan kerja-kerja tugasan kumpulan supaya boleh
dilengkapkan sebelum tarikh tutup tugasan. Dalam pada meningkatkan kemahiran
pembelajaran, pihak universiti juga tidak ketinggalan memupuk sifat prihatin dengan
keadaan sekeliling yang ada dikomuniti pelajar bila pihak universiti memasukkan
subjek pembelajaran Pembangunan Masyarakat.
VKMB PEMBANGUNAN MASYARAKAT

Pembangunan Masyarakat yang diajar kepada pelajar sedikit sebanyak


memupuk dan membina masyarakat yang prihatin kepada golongan yang memerlukan
bantuan. Membangunkan masyarakat sejahtera merupakan perkara yang amat penting
dan releven untuk dibincang dan diwancanakan secara lebih serius. Pembangunan dan
kesejahteraan masyarakat merupakan tunjang utama dalam menjana suasana yang
lebih terarah kepada kebahagiaan dan keamaan yang sebenarnya dalam sesebuah
komuniti bahkan dalam sesebuah negara. Dalam membentuk masyarakat yang
sejahtera, Melalui subjek ini, para pelajar dapat belajar dan membuat kajian
bagaimana cara mengenal pasti golongan yang ada dikomuniti mereka sama golongan
remaja, golongan warga tua mahupun golongan ibu tunggal.
Bagi pelajar semester 1 Pengajian Jarak Jauh (PJJ) Universiti Utara Malaysia
kami telah diberi tugasan mengenal pasti golongan ibu tunggal yang ada dikalangan
masyarakat kita. Melalui tugasan ini, kmk mengenal pasti punca utama terjadinya
peningkatkan golongan ibu tunggal ini sama ada kematian suami atau diceraikan oleh
suami mereka dan masalah mereka dalam membesarkan anak dibawah jagaan mereka
dan punca pendapatan mereka. Kami juga diberikan tugasan untuk membuat laporan
dan cara membuat laporan berhubung kertas kerja, minit mesyuarat, dan penulisan
surat rasmi untuk membuat lawatan ke rumah kebajikan ibu tunggal. Dengan adanya
tugasan seperti ini dapat mengajar kami bersedia menghadapi situasi akan datang
sekiranya bekerja di bidang perkhidmatan masyarakat atau pun membuat aktiviti kerja
amal diluar pejabat.
Pengalaman belajar subjek seumpama ini tidak akan diperoleh hanya dengan
secara teori. Program yang ada semasa belajar subjek ini secara tidak langsung akan
memupuk semangat kerjasama dikalangan pelajar serta mendidik pelajar mencapai
matlamat dalam kerja berpasukan. Pelajar-pelajar juga dapat belajar cara-cara untuk
membentuk dan membina satu kumpulan kerja yang amat memerlukan satu bentuk
semangat kerjasama antara setiap individu semasa lawatan dalam mencapai objektif
kumpulan atau objektif sesuatu organisasi ditubuhkan. Selain itu, ianya juga dapat
membantu para pelajar dalam mengendalikan sesuatu projek atau program dan
meneruskan usaha murni berkhidmat kepada masyarakat. Diharap dengan adanya
subjek ini yang dipelajari oleh mahasiswa dan mahasiswi di Universiti, dapat
membentuk jati diri mereka serta memberi mereka dorongan agar lebih berkeyakinan
dalam menempuh hidup.

Anda mungkin juga menyukai