Anda di halaman 1dari 5

BPMN1013 PENGANTAR PENGURUSAN

NO MATRIK : 275000
KUMPULAN: KUCHING

SILA JAWAB KESEMUA SOALAN BERIKUT.

1. Berikan perbezaan diantara Deskripsi Tugas dan Spesifikasi Tugas bersama contoh bagi
setiap perbezaan tersebut.

Deskripsi Tugas ialah senarai aktiviti bagi sesuatu tugas yang dipertanggungjawabkan
kepada seseorang pekerja dalam sesuatu organisasi. Deskripsi tugas dapat membantu
seseorang pekerja itu untuk mengetahui kandungan tugas, tahap prestasi kerja yang harus
dicapai dan garis panduan yang mesti diikuti didalam melaksanakan tugas contohnya
nama jawatan, tugas kerja, tarikh deskripsi,fungsi dan aktiviti kerja manakala spesifikasi
tugas menterjemahkan deskripsi mengenai informasi bagi syarat-syarat minimum yang
diperlukan contohnya, kelulusan, kemahiran dan pengalaman seseorang pekerja.

2. Terangkan LIMA (5) kebaikan pengisian jawatan melalui kenaikan pangkat.

Lima (5) kebaikan pengisian jawatan melalui kenaikan pangkat ialah :


1) Menawarkan jawatan melalui kenaikan pangkat daoat membina moral dalam diri
pekerja.
2) Menggalakkan pekerja bekerja dengan lebih kuat kerana bagi mereka yang produktif
adalah sangat berpotensi untuk dinaikkan pangkat dalam kerja mereka.
3) Mengekalkan pekerja yang produktif kerana mereka mempunyai peluang yang cerah
untuk dinaikkan pangkat dalam pekerjaan mereka.
4) Pekerja dalaman yang dinaikkan pangkat kurang mengalami kesukaran dalam
menjalankan tugas kerana mereka sudah biasa dengan persekitaran tempat kerja
mereka.
5) Ini juga dapat menjimatkan kos kerana organisasi tidak perlu mengeluarkan modal
untuk pengiklanan, perjalanan pegawai penemuduga dan sebagainya.
3. Kepimpinan dalam organisasi moden berhadapan dengan banyak situasi yang
dihadapi oleh pemimpin masa kini. Jelaskan secara terperinci EMPAT (4) gaya
kepimpinan hari ini beserta contoh untuk setiap gaya kepimpinan.
Empat (4) gaya kepimpinan hari ini ialah;

I. Kepimpinan tranformasi.
Merupakan kepimpinan yang berinpirasikan kejayaan organisasi dengan memupuk
kepercayaan dikalangan subordinat terhadap apa yang patut dilakukan oleh
organisasi di samping memupuk nilai nilai seperti keadilan dan integrity di kalangan
mereka contohnya pemimpin hari ini memberi Bantuan Sara Hidup (BSH) untuk
rakyat supaya tidak panik dan bagi mereka yang tiada punca kewangan semasa
perintah kawalan pergerakan dilaksanakan.
II. Kepimpinan dan kejurulatihan.
Memberi tunjuk ajar kepada subordinat tentang bagaimana untuk menghadapi
cabaran cabaran khas yang mereka hadapi Contohnya menteri kesihatan yang baru
Dato Dr. Norhisyam Sebagai ketua operasi mengawal kes pandamik Covid-19 baru-
baru ini.
III. Kepimpinan raya memimpin.
Dengan menunjukkan contoh kepada subordinat bagaimana untuk memimpin diri
mereka sendiri. Contohnya barisan hadapan yang menjalankan tugas membantu
menangani penyakit berjangkit covid-19 kini, mereka maklum dengan pengagihan
tugas masing-masing walaupun tanpa pengawasan daripada ketua mereka semasa
melakukan tugas.
IV. Kepimpinan keusahawanan.
Ia adalah berasaskan kepada sikap seseorang ketua yang bekerja sendiri. Contohnya
pengusaha pasaraya yang menhadapi cabaran semasa menghadapi pandemik covid-
19 dimana mereka menawarkan pembelian secara dalam talian dan menghantar
pesanan terus ke rumah pelanggan walaupun mempunyai risiko kerugian tetapi akan
mendapat keuntungan sekiranya dilakukan dengan baik.
4. Hierarki Keperluan manusia yang diperkenalkan oleh Abraham Maslow merupakan
penerangan keperluan yang diterima ramai. Terangkan secara terperinci
mengenai keperluan-keperluan di dalam Hieraki Keperluan oleh Abraham Maslow.
I. Keperluan fisiologi.
Keperluan ini berkait rapat dengan fungsi biasa untuk sebuah jasad. Ini termasuklah
keperluan untuk air, makanan, rehat, seks dan udara. Sehingga keperluan ini
dipenuhi, sebahagian besar daripada tingkah laku manusia akan di juruskan bagi
memenuhi keperluan ini. Apabila keperluan dipenuhi barulah tingkah laku akan
ditumpukan bagi memenuhi keperluan di peringkat seterusnya dalam hierarki yang
digariskan oleh Maslow.
II. Keperluan keselamatan.
Keperluan ini berkaitan dengan kemahuan individu untuk bebas daripada bahaya
kepada tubuh badan dan kedudukan ekonomi. Dalam hal ini selalunya pengurusan
dapat berperanan bagi memenuhi keperluan ini dengan meyediakan gaji atau upah
yang mencukupi yang membolehkan pekerja sama ada membeli makanan dan lain-
lain keperluan asas untuk diri mereka.
III. Keperluan sosial.
Keperluan ini termasuklah keinginan untuk dicintai perkenalan dan persahabatan.
Keperluan ini menggambarkan tentang keinginan seseorang untuk di sayangi dan
diterima oleh orang lain. Apabila keperluan ini dicapai mereka akan beralih untuk
memuaskan keperluan penghormatan.
IV. Keperluan penghormatan.
Keperluan ini melibatkan kehendak untuk dihormati. Ianya selalunya dibahagikan
kepada dua kategori iaitu hormat diri sendiri dan dihormati oleh orang lain. Apabila
keperluan sosial dipenuhi maka tumpuan akan beralih ke keperluan yang seterusnya.
V. Keperluan pencapaian Hasrat diri.
Keperluan ini merujuk kepada keinginan untuk memaksimumkan apa jua kebolehan
yang dipunyai oleh seseorang individu. Sebagai contoh seorang pengetua yang cuba
sedaya upaya untuk menjadi pengetua yang terbaik dan menjadi contoh yang baik
kepada guru-guru dibawah seliaannya dan anak muridnya.

5. Sebagai pengusaha sebuah pasaraya, anda pasti mahu memastikan prestasi perkhidmatan
yang diberikan adalah yang terbaik dan keselamatan yang terjamin ketika tempoh
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan bagi membendung penularan
wabak Covid-19 yang melanda negara. Oleh itu:
a) Jelaskan TIGA (3) jenis kawalan yang boleh dilaksanakan beserta kebaikannya.
Tiga (3) jenis kawalan yang boleh dilaksanan yang bersesuaian adalah;
1) Kawalan Awal.
Apabila pengurus membuat kawalan sesuatu aktiviti untuk dilaksanakan, maka
ianya dikenali juga dengan nama kawalan hadapan (feed-forward control).
Pengurus yang mengamalkan kawalan awal sering kali membuat polisi,
prosedur dan peraturan yang menghapus dan mengelak tingkah laku dan
gelagat yang tidak diingini. Kawalan awal ini bertujuan mengelak daripada
berlakukanya kesilapan.

2) Kawalan Semasa.
Kawalan semasa (concurrent control) merupakan kawalan yang dilakukan
semasa sesuatu kerja dilaksanakan. Bila kawalan ini dilakukan semasa sesuatu
kerja sedang dilaksanakan, pihak pengurusan boleh membuat pembetulan
dengan segera sebelum kesilapan yang lebih teruk boleh berlaku. Cara ini dapat
menjimatkan kos pembetulan. Ianya bukan sahaja dibuat ke atas prestasi
individu atau pekerja tetapi juga ke atas sumber-sumber bukan manusia seperti
peralatan, mesin dan susun atur pejabat.

3) Kawalan Maklum Balas.


Kawalan maklum balas (feedback control) merupakan kawalan yang paling
popular. Kawalan jenis ini dibuat selepas organisasi melaksanakan aktiviti-
aktivitinya dan hasil telah diperoleh iaitu apabila pekerja siap menyelesaikan
tugas yang diberi. Pengurus akan mengambil Tindakan pembetulan selepas
melihat pencapaian organisasi selepas tempoh masa tertentu.

b) Bagi setiap jenis-jenis kawalan tersebut, berikan SATU (1) contoh yang
bersesuaian.
Jenis contoh kawalan yang bersesuaian adalah;
1) Kawalan Awal.
Bakal pelanggan yang hendak masuk ke dalam pasaraya untuk membeli barang
semasa tempoh pandemic covid - 19 ini akan berbaris dengan jarak 1 meter
antara satu sama lain, kemudian ketika hendak masuk ke pasaraya setiap
pelanggan akan diperiksa dahulu suhu badan mereka bagi memastikan mereka
dalam keadaan sihat. Mereka juga akan meletakkan cecair sanitasi tangan
untuk pelanggan bagi meningkatkan lagi tahap kebersihan dan hanya
membenarkan seorang ketua keluarga sahaja boleh masuk ke premis untuk
membeli barang.

2) Kawalan Semasa.
Sebelum memulakan tugas setiap pekerja diberikan taklimat bagaimana cara
untuk “Standard Operating Procedures” iaitu SOP melayani pelanggan semasa
pandamik covid-19 ketika ini. Para pekerja juga akan membuat saringan
kesihatan setiap hari atau sebelum menjalankan tugas bagi memastikan tiada
jangkitan berlaku dikalangan pekerja dan mereka juga disediakan topeng muka
dan sarung tangan semasa menjalankan tugas untuk menambah keyakinan
pelanggan untuk datang membeli dipasaraya.

3) Kawalan Maklum Balas.


Waktu beroperasi dihadkan dari 7.00 pai ke 7.00 malam semasa tempoh Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP). Pasaraya juga ada menyediakan khidmat pembelian
dalam talian dan penghantaran terus ke rumah bagi menghadkan jumlah
pelanggan yang datang ke pasaraya dan memudahkan urusan mereka. Dengan
ini, setiap khidmat yang telah diberi kepada pelanggan mereka dapat mengetahui
tahap kepuasan bila habis sesuatu kerja atau layanan khidmat yang telah
dilakukan. Pelanggan sangat berpuas hati dan menyenangkan mereka terutama
sekali bagi yang tidak dapat keluar dan mana-mana yang diarahkan berkuarantin
di rumah.

SOALAN TAMAT.

Anda mungkin juga menyukai