Anda di halaman 1dari 11

Rancangan Malaysia Ke-9 (2006-2010)

Latar Belakang
Menyediakan rangka kerja dan strategi dasar pembangunan yang diperkanalkan sepanjang tempoh pelaksanaan RRJP3. Menilai prestasi rancangan pembangunan sebelumnya dan mengenal pasti strategi dan program pada masa depan sejajar dengan perkembangan ekonomi yang dijangkakan. Memastikan arah aliran pertumbuhan bagi tempoh 20062010dapat dipertingkatkan mengikut unjuran bagi mencapai matlamat RRJP3. Memberi tumpuan pada Fasa Kedua Wawasan 2020 a) Fasa Pertama (1990-2005) : pembangunan fizikal dari segi prasarana ke arah pembangunan ekonomi dan social. b)Fasa Kedua (2006-2010) : pembangunan insaniah selaras dengan pembagunan fizikal dan Fasa Pertama.

Matlamat
Meningkatkan prestasi dan kemampuan Negara ke tahap yang lebih cemerlang untuk menghadapi cabaran semasa. Memperkukuhkan daya saing dan daya tahan serta meningkatkan inovasi. Mempertingkatkan produktiviti dan pengetahuan dalam ekonomi. Membangunkan sumber manusia yang berkemahiran dan berpengetahuan selaras dengan keperluan pasaran. Memperhebat langkah pembasmian kemiskinan. Menyediakan perkhidmatan dan kemudahan berkualiti tinggi.

Teras
Memperkukuhkan pertumbuhan ekonomi pada tahap yang lebih tinggi dan menguruskannya dengan berkesan. Menekankan konsep development with a human touch atau pembangunan berorientasikan rakyat (peoplecentered development). Mengenal pasti dan megusahakan sumber pertumbuhan baharu dalam sector pertanian dan industry asas tani, pembuatan dan perkhidmatan. Member tumpuan khusus terhadap pembangunan sumber manusia untuk menyokong pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan serta mempertingkatkan produktiviti dan daya saingan.

Strategi Pelaksanaan
Mewujudkan keseimbangan optimum antara matlamat pertumbuhan ekonomi dengan matlamat pengagihan yang saksama. Meningkatkan usaha membasmi kemiskinan, terutamanya dalam kalangan penduduk termiskin dan penduduk luar Bandar. Meningkatkan prestasi agenda pengagihan, terutama pemilikan ekuiti Bumiputera, pengagihan pendapatan antara kaum dan pembagunan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB). Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan berkualiti tinggi melalui system penyanpaian yang cekap dan berkesan untuk memenuhi keperluan rakyat yang semakin meningkat. Menggalakkan penyertaan IKS sebagai peneraju pertumbuhan ekonomi. Mengimbangkan bajet. Meningkatkan keberkesanan program penswastaan. Menguruskan sumber semula jadi secara berhemat dan mengimbangi pertumbuhan ekonomi dengan usaha perlindungan alam sekitar.

Misi Nasional(2006-2020)
satu rangka kerja bagi agenda pembangunan negara dengan menggariskan langkah-langkah utama yang harus diambil bagi tempoh lima belas tahun akan datang terdapat lima teras

TERAS 1: MENINGKATKAN NILAI DITAMBAH DALAM EKONOMI NEGARA

meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi merupakan pra-syarat untuk meningkatkan kedudukan ekonomi Malaysia ke arah kelas ekonomi berpendapatan tinggi tiga strategi utama -meningkatkan produktiviti dan daya saing negara -menjaga sumber pertumbuhan baru - mengembangkan pasaran bagi barangan dan perkhidmatan Malaysia

TERAS 2: MENINGKATKAN KEUPAYAAN PENGETAHUAN DAN INOVASI NEGARA SERTA MEMUPUK MINDA KELAS PERTAMA

usaha melahirkan modal insan berkualiti yang berpengetahuan, berinovasi dan memiliki nilai-nilai positif akan terus diberi keutamaan lima strategi utama -memperkukuh program pendidikan dan latihan -menjadikan Sekolah Kebangsaan sebagai sekolah pilihan -membina institusi pengajian tinggi bertaraf antarabangsa -menggalakkan R&D dan meningkatkan daya inovasi -memupuk nilai moral dan etika yang kukuh

TERAS 3: MENANGANI KETIDAKSAMAAN SOSIOEKONOMI YANG BERTERUSAN

menegaskan semula falsafah pertumbuhan dangan pengagihan bagi menangani ketidaksamaan sosioekonomi yang masih wujud di antara kumpulan etnik, wilayah dan bandar serta luar bandar enam strategi utama - membasmi kemiskinan -menambah baik pengagihan pendapatan -menyusun semula hak milik -menyusun semula guna tenaga -mencapai keseimbangan wilayah -membangunkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB)

TERAS 4: MENINGKATKAN TAHAP DAN KEMAMPANAN KUALITI HIDUP


Kerajaan senantiasa menekankan bahawa pertumbuhan ekonomi negara perlu disertai dengan peningkatan kualiti hidup untuk seluruh rakyat Malaysia enam strategi utama -meningkatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan -memenuhi keperluan perumahan dan menambah baik perkhidmatan bandar -membina infrastruktur asas -menambah baik kemudahan pengangkutan -memastikan pemuliharaan alam sekitar dan pengurusan sumber secara mapan -menjana pembangunan masyarakat yang positif

TERAS 5: MENGUKUHKAN KEUPAYAAN INSTITUSI DAN PELAKSANAAN NEGARA


kerajaan beriltizam unuk terus mempertingkatkan sistem penyampaian pekhidmatan awam melalui penubuhan Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH), pelbagai proses dan prosedur kerja serta dasar dan peraturan telah berjaya dinilai dan diperbaiki transformasi penyampain perkhidmatan akan terus dipergiat menerusi tiga strategi utama - mengintegrasi perkhidmatan merentasi agensi -mewujudkan keyakinan terhadap perkhidmatan berasaskan elektronik -mengamalkan perancangan, pemantauan dan penilaian berasaskan pencapaian (outcome-based palnning, monitoring and evaluation)

Anda mungkin juga menyukai