Anda di halaman 1dari 1

UNIT KOKURIKULUM

SEKOLAH KEBANGSAAN KOTA


15100 KOTA BHARU, KELANTAN
Tel : 09-7484427 Email : dba1068@moe.edu.my

Bil. :
Tarikh : Januari 2023
UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN
16300 Bachok, Kelantan.
Up : En. Syarizal bin Abd. Rahim,
Pengarah Kokurikulum UMK

Tuan,

Per : Mohon Mengadakan Perkhemahan Tahunan Badan Beruniform SK Kota


di Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

2. Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah di rujuk.

3. Berhubung perkara di atas, Saya Shahree Bin Mohd Zain Penolong Kanan Kokurikulum
Sekolah Kebangsaan Kota ingin memohon untuk mengadakan perkhemahan tahunan badan
beruniform SK Kota di Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

4. Untuk makluman pihak tuan, ahli jawatankuasa badan beruniform SK Kota telah
merancang untuk mengadakan aktiviti perkhemahan tahunan seperti butiran berikut :-

Tarikh/Hari : 8-9 Februari 2023 (Rabu & Khamis)


Bilangan Perserta : 88 Orang Murid
Guru Pengiring : 10 Orang

5. Tujuan perkhemahan ini diadakan adalah sebagai aktiviti tahunan badan beruniform.
Selain itu, perkhemahan ini diadakan untuk memberikan pengalaman di samping dapat
memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan murid seperti berdisiplin, bekerjasama, berdikari
dan sebagainya.

6. Kami berharap pihak tuan dapat menimbang permohonan ini sewajarnya. Sekiranya
tarikh yang kami cadangkan itu tidak bersesuaian, maka pihak tuan bolehlah mencadangkan
tarikh yang lain. Akhir kata segala Kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai dan kami
dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah.

Anda mungkin juga menyukai