Anda di halaman 1dari 18

PROGRAM : BACHELOR OF TEACHING

(PRIMARY EDUCATION WITH HONOURS (BTPE)

SEMESTER / TAHUN : SEPTEMBER 2021

KOD KURSUS : HBEF3103

TAJUK KURSUS : PRINCIPLES OF INSTRUCTIONAL TECHNOLOGY

NAMA PELAJAR : SUDHA RAJASEKAHNAN

NO. MATRIKULASI : 840715086568001

NO. KAD PENGNEALAN : 840715-08-6568

NO. TELEFON : 011-51100915

E-MAIL : sudhamanindran@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM SRI RAMPAI LEARNING CENTRE


Pengenalan

Tanpa perancangan yang lengkap dan sistematik, seseorang guru itu tidak dapat
mencapai kompetensi dalam pengajaran. Semua guru yang melaksanakan tugas mereka dengan
jujur dan dengan penuh minat sentiasa merasakan perlunya mengetahui APA yang hendak dibuat
dan BAGAIMANA mereka merancang untuk melaksanakannya. Daya penarik, pengetahuan,
daya inspirasi, jenaka, hubungan mesra dan pengalaman bukan merupakan pengganti kepada
perancangan yang berterusan dan berkesan.(Prenh, 1980)
Menurut Hunter (1987), mengajar perkara yang tidak berguna secara baik atau mengajar
perkara-perkara yang buruk, merupakan kesilapan dalam pendidikan. Dengan itu, pengetahuan
tentang reka bentuk pengajaran adalah penting kepada seorang guru bagi memastikan
keberkesanan pengajaran yang dirancang dan disampaikan. Terdapat beberapa reka bentuk
pengajaran yang boleh digunakan oleh para guru. Apakah reka bentuk pengajaran? Menurut
Dick dan Reiser (1989), reka bentuk pengajaran ialah suatu proses sistematik untuk mereka
bentuk, membangun, melaksana dan menilai pengajaran. Richey (1986), pula mendifinisikan
reka bentuk pengajaran sebagai sains untuk mencipta spesifikasi pengajaran dengan terperinci
untuk pengembagan, penilaian dan penyelenggaraan suatu keadaan yang memudahkan
pembelajaran.
Justeru itu, walaupun terdapat banyak model reka bentuk pengajaran, tetapi
keseluruhannya, harus mengambil enam perkara asas yang merangkumi seluruh proses
pengajaran, iaitu, menentukan keperluan pelajar, menentukan matlamat dan objektif, membina
prosedur penilaian, mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian, mencuba sistem
pengajaran dan menilai keseluruhan sistem.

Gustafon (1991), telah membahagikan model-model tersebut kepada 3 tumpuan iaitu; Model
Berorentasikan Bilik Darjah, Model Berorentasikan Prodak dan Model Berorentasikan Sistem. Model
ASSURE merupakan satu contoh reka bentuk pengajaran yang berorentasikan bilik darjah kerana ia
merupakan model reka bentuk yang berskala kecil yang tertumpu kepada perancangan bagi satu masa
pengajaran.Tujuan utama reka bentuk pengajaran adalah untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan.
Menurut Dick dan Reiser (1989),pengajaran yang berkesan membolehkan pelajar memperoleh kemahiran,
pengetahuan dan sikap yang diharapkan. Pelajaran berkesan juga digemari oleh para pelajar. Oleh yang
demikian, dapatlah disimpulkan bahawa, pengajaran yang dirancang dengan teliti dan lengkap akan
membantu mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan perasaan hormat pelajar terhadap pengajar, sekaligus
membantu membina disiplin yang positif di kalangan murid atau pelajar juga pengajar. Ini kerana pengajar
dapat melaksanakan pengajarannya dengan lancer, menarik serta tidak membazir masa juga teratur
sepanjang proses P&P berlangsung.

Model ASSURE

Model ASSURE digubal pada tahun 1982 oleh Heinich dan rakan-rakannya. Model ini
merupakan model reka bentuk pengajaran yang boleh digunakan untuk merancang penggunaan
media dalam proses pengajaran secara sistematik. Model ini lebih berfokus kepada perancangan
pengajaran dalam bilik darjah. Perancangan pengajaran yang dirancang dengan teliti dan lengkap
dan tersusun akan menghasilkan pengajaran yang berkesan. Terdapat enam langkah utama
dalam model reka bentuk pengajaran ASSURE iaitu;

A – analyse learner (Analisis murid)


S – State objective ( Nyatakan objektif )
S – Select method, media and materials ( Pilih kaedah, media dan bahan )
U – Utilise media and materials ( Guna media dan bahan )
R – Require learner participation ( Penglibatan murid )
E – Evaluate and revise ( Nilai dan semak )

Analyse learner ( Analisis murid )


Menganalisis murid atau pelajar atau pelanggan dalam di dalam bilik darjah merupakan
langkah pertama dalam model ASSURE. Di dalam langkah ini, terdapat tiga ciri utama yang
dianggap kritikal dan perlu diambil perhatian iaitu, ciri-ciri umum perwatakan murid,
pengetahuan sedia ada murid serta gaya pembelajaran mereka.
Dalam proses menganalisis pelajar, seseorang guru perlu mengetahui latar belakang,
tahap sosio-ekonomi, umur, jantina, bakat, budaya dan gaya pembelajaran pelajar. Ini bertujuan
untuk memudahkan seseorang guru menyesuaikan isi kandungan pelajaran dan media dengan
tahap kebolehan dan keyakinan pelajar. Pemerhatian sedemikian rupa boleh diperolehi semasa
suai kenal, sesi pengajaran dan pembelajaran juga melalui borang data.

Bagi membantu keberkesanan pengajaran, pengetahuan sedia ada murid juga penting untuk
diambil kira. Dalam sesebuah bilik darjah, pengalaman dan pengetahuan murid adalah berbeza.
Oleh yang demikian, seseorang guru perlu mengetahui tahap pengetahuan sedia ada murid
terlebih dahulu sebelum memulakan topic pengajaran yang dirancang. Bagaimanapun, sekiranya
analisis mendapati murid-murid telah menguasai kemahiran dan pengetahuan berkenaan, maka
guru boleh menukar method kepada pembelajaran yang member penekanan individu serta
menyediakan instruksional kendiri yang membolehkan murid memenuhi kemampuan masing-
masing.
Manakala gaya pembelajaran merupakan kluster trait psikologi yang menerangkan
bagaimana seseorang itu menanggapi sesuatu, berinteraksi serta memeberi respon kepada
persekitaran pembelajaran yang disediakan oleh guru. Ia merujuk kepada cara yang paling sesuai
dan berkesan untuk seseorang menguasai pelajaran. Gaya pembelajaran individu dapat
mempengaruhi cara seseorang individu memproses maklumat serta membentuk persepsi.
Sesuatu perancangan pengajaran yang mengambil kira gaya pembelajaran akan menjadikan
sesuatu pembelajaran lebih berkesan dan berkualiti.

State objectives ( Nyatakan objektif )


Langkah kedua model ini , merupakan satu tahap penekanan kepada ilmu pengetahuan
atau kemahiran atau sikap baru yang akan atau perlu dikuasai oleh murid pada akhir
pembelajaran. Pernyataan objektif haruslah berfokus, jelas dan spesifik. Misalnya, ‘pada akhir
pelajaran, murid dapat membina 5 ayat penyata dengan menggunakan perkataan yang diberi.
Objektif-objektif yang jelas dapat memastikan adakah pencapaian murid mencapai kehendak
atau menepati ilmu pengetahuan atau kemahiran yang telah dipelajari.

Select method, media dan materials ( Pilih kedah, media dan bahan )
Terdapat tiga langkah penting dalam pemilihan bahan yang perlu dijalankan. Pertama,
pilih kaedah yang bersesuaian dengan ciri-ciri murid, pengetahuan sedia ada murid, gaya
pembelajaran serta objektif pembelajaran. Kedua ialah format media. Pemilihan format media
instruksional bergantung kepada objektif dan cara yang difikir paling berkesan dapat
menyampaikan isi kandungan pelajaran. Format media instruksional ini adalah merujuk kepada
alat yang digandingkan untuk menampilkan imej atau mesej. Misalnya, set computer multimedia
yang boleh menampilkan imej, grafik, teks, audio, dan video, televisyen, papan tulis, alat audio
seperti radio. Ketiga, memilih bahan sedia ada atau mengubah suai bahan yang sedia ada atau
mereka bentuk bahan yang baru. Ketiga-tiga tindakan ini haruslah merujuk kepada kesesuaian
objektif dan kesesuaian perancangan pembelajaran yang dirancang serta memenuhi semua
kehendak kurikulum dan tidak membebankan mana-mana pihak.

Utilise media and materials ( Guna media dan bahan )


Pada peringkat ini, merupakan aras yang memerlukan penyediaan bahan yang sempurna
dan harus berakhir dengan penggunaan yang sempurna dan berkesan semasa proses pengajaran
dan pembelajaran berlaku. Penggunaan sesuatu media dan bahan haruslah member manfaat
kepada guru dan murid. Heinich (2005) mencadangkan lima langkah penggunaan media
instruksional yang berkesan iaitu;

1. Pratonton bahan : guru perlu melihat dan menilai terlebih dahulu media atau bahan yang
hendak digunakan sebelum dipertontonkan kepada murid bagi memastikan bahan
tersebut benar-benar sesuai dengan isi kandungan pembelajaran, bersesuaian dengan
budaya, kepercayaan, serta mempunyai nilai-nilai yang positif.
2. Sediakan bahan : sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlu
memastikan bahan yang berkaitan berada dalam keadaan yang sedia untuk digunakan,
serta tersusun penggunaannya.
3. Sediakan persekitaran pembelajaran : penyediaan bahan yang dipilih perlu disesuaikan
dengan persekitaran ruang pembelajaran yang dirancang, boleh dilihat, guru dan murid
dan murid boleh melihat antara satu sama lain.
4. Sediakan murid : ada murid atau penonton yang menonton kerana berminat atau sediakan
set induksi yang boleh menarik perhatian semua lapisan murid agar p&p dapat dijalankan
tanpa gangguan atau mengikut apa yang telah dirancang.
5. Sediakan pengalaman pembelajaran : sekiranya guru perlu sebagai pemuda cara dan
murid adalah pengguna bahan yang dirancang, maka guru perlu bertindak professional
dengan menguasai pengetahuan, kemahiran dan isi kandungan bagi membantu murid
menimba pengalaman pembelajaran.

Require learner participation ( Penglibatan Murid)


Penglibatan murid merupakah suatu suasana pembelajaran yang memerlukan penglibatan
murid atau pelajaran secara aktif bagi menghasilkan perubahan tingkah laku yang diharapkan.
Pemilihan media dan bahan sumber yang sesuai contohnya penggunaan gambar, gambar bersiri,
video dan animasi akan dapat mencetuskan perbincangan kumpulan, penjanaan idea dan
penglibatan aktif murid. Selain daripada itu, teknik membuat latihan, latih tubi, kuiz juga
simulasi adalah salah satu teknik menarik yang boleh meanarik minat semua murid untuk turuf
bergiat aktif sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berjalan.

Evaluate and revise ( Melakukan penilaian dan pengubahsuaian )


Langkah terakhir dalam model ASSURE ialah menilai dan menyemak semula. Proses ini
berlaku berterusan semenjak awal perancangan, semasa pelaksanaan dan akhir proses
instruksional. Penilaian dan pengubahsuaian sangatlah penting agar proses pengajaran tersebut
berkesan. Refleksi akhir pengajaran sangat perlu bagi mendapatkan respon hasil pembelajaran
tercapai atau tidak. Ia adalah bertujuan untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan proses
pengajaran dan pembelajaran yang telah dirancang berkesan atau tidak agar penambahbaikan
dapat dilakukan pada masa akan datang.
Tanpa perancangan yang lengkap dan sistematik, seseorang guru itu tidak akan dapat  mencapai
kompetensi dalam penggajaran. Semua guru yang melaksanakan tugas mereka dengan jujur dan
penuh  minat akan sentiasa memikirkan apa yang perlu dilakukan dan bagaimana mereka merancang untuk
melaksanakannya. Justeru itu, Proses Pengajaran dan Pembelajaran perlu dirancang dengan teliti untuk
memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran yang dirancang tercapai. Oleh yang demikian, Model
Reka Bentuk Instruksional ASSURE  boleh digunakan untuk membantu guru merancang dan
melaksanakan pengajaran dalam bilik darjah kerana hanya dengan perancangan pengajaran yang berkesan
membolehkan murid memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap yang diharapkan disamping
mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan rasa hormat mereka terhadap guru sekaligus membantu membina
disiplin yang positif melalui proses pengajaran yang sistematik dan menarik.

Perancangan mengajar merupakan susunatur pengajaran agar pembelajaran dapat berlaku secara
berstruktur. Pembelajaran berlaku sebagai satu proses yang berkembang secara berperingkat (Yusup
Hashim (2000). Justeru itu penyampaian pengajaran perlu disusun secara berperingkat-peringkat. Menurut
Yusuf Hashim (1998), rancangan pengajaran yang berorentasikan bilik darjah tidak menggalakkan guru
membina bahan pengajaran, sekadar hanya memilih bahan sahaja. Alasannya jelas; kerana ia menjimatkan
masa. Namun, realiti masa kini menunjukkan jumlah bahan pengajaran  yang tersedia ada masih kecil, dan
ini bermakna guru masih perlu menyediakannya sendiri. Dengan menggunakan Model ASSURE, ia dapat
membantu guru merancangan pengajaran yang dapat memanfaatkan penggunaan media. Melalui Model
ASSURE, ia memberi fokus kepada perancangan pengajaran pembelajaran berasaskan media dalam bilik
darjah. Model ini dapat membantu guru merancangan pengajaran berasaskan media dalam bilik darjah
masing-masing.

Dalam Model Reka Bentuk ASSURE ini, Analisis Murid sangat perlu jika sesuatu media hendak
digunakan dengan berkesan kerana ia harus disesuaikan dengan ciri-ciri murid, pengetahuan perlu ada dan
stail pembelajaran mereka sama ada dari kalangan murid auditori, visual atau kinestatik. Objektif
pengajaran pula perlu dinyatakan dengan jelas dan harus difokuskan kepada pengetahuan, kemahiran dan
sikap yang baru untuk dimuridi dan ia merupakan tahap minimum yang perlu dicapai oleh murid daripada
pengajaran yang dijalankan. Selain dari itu, kaedah pengajaran yang digunakan haruslah sesuai dan dipilih
berkait rapat dengan objektif, kandungan pengajaran dan kumpulan sasaran atau murid kerana terdapat
beberapa peringkat dalam pengajaran yang memerlukan beberapa kaedah yang berbeza sama ada secara
kelas, berkumpulan atau individu. Pemilihan media pula harus bersesuaian dengan kaedah yang dipilih dan
keperluan penggunaanya  dalam satu-satu pengajaran sama ada menggunakan media sedia ada,
mengubahsuai atau mereka bentuk media yang telah ditentukan. Selain dari itu, murid juga harus dilibatkan
dalam aktiviti pembelajaran seperti perbincangan, kuiz dan projek bagi memastikan proses pembelajaran
berlaku. Bagi melihat keberkesanan rancangan pengajaran yang dibuat, penilaian perlu dilakukan sama ada
sebelum, semasa dan selepas sesi pengajaran yang melibatkan aspek pencapaian murid dan pembelajaran
yang dihasilkan seterusnya  keberkesanan media dan kaedah pengajaran yang digunakan.

Penjelasan di atas jelas menunjukkan bahawa Model Rekabentuk ASSURE mengandungi elemen-
elemen penting yang boleh dijadikan satu panduan untuk merancang pengajaran agar matlamat utama yang
diharapkan dari pengajaran tersebut dapat dicapai. Melaluinya juga guru dapat mengintegrasikan ketiga-
tiga aspek pedagogi, psikologi dan teknologi dalam proses penyampaian ilmu yang perlu dilakukan secara
berterusan untuk melahirkan murid yang berfikiran kritis dan kreatif, seimbang dari segi intelek, rohani,
jasmani dan emosi seperti yang dikehendaki dalam Falsafah Pendidikan Negara.
Contoh pelaksanaan model ASSURE dalam pengajaran

Tajuk : Ke Puncak Jaya


1(a) Kelas : Tahun 5
Masa : 60 minit
Objektif : Di akhir pelajaran ini, murid dapat;
1. Membina ayat ayat berdasarkan gambar dengan menggunakan diksi yang sesuai.

Isi pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan


1. Tunjuk gambar (rujuk buku teks Bahasa Media :
Set Induksi Mentafsir gambar Melayu Tahun 5 m/s 86) Buku teks
(5 minit )
. berdasarkan 2. Teliti dan fahami aktiviti dalam gambar dan Pengtahuan
gambar buat soal jawab seketika; minta dua orang sedia ada
aktiviti mendaki murid menceritakan pengalaman masing- murid; Pernah
gunung masing semasa mendaki gunung atau bukit mengikuti
bersama rombongan atau bersama rakan- aktiviti
rakan atau semasa jungle tracking yang perkhemahan
dianjurkan oleh unit beruniform sekolah. unitberuniform
(ada aktiviti
Isi pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Alat Bantu
Mengajar
pengembaraan
dan mendaki
bukit)
Berbincang dan 1. Bentuk dua kumpulan murid. Edarkan Media :
Langkah 1 menyenaraikan diksi kad manila dan pen marker. Beri tugasan Buku teks
(10 minit ) yang bersesuaian kepada setiap kumpulan;
dengan gambar Bahan : Kad
Gambar A untuk kumpulan 1 manila Pen
. Berdasarkan aktiviti mendaki marker
gambar
aktiviti mendaki Gambar B untuk kumpulan 2
gunung/bukit dan mengembara Objektif :
mengembara murid Murid dapat
2.Berdasarkan gambar dan cerita menyenaraikan
pengalaman rakan, minta murid sekurang-
menyenaraikan seberapa banyak diksi yang kurangnya 5
bersesuaian dengan aktiviti yang diksi yang
dipaparkan. berkaitan dengan
aktiviti mendaki
Contoh : Gambar 1 atau
mendaki, berani, letih, mengembara

Gambar 2 Mengharung,
meredah

Media :
Langkah 2 Pembentangan 1. Ahli kumpulan membentang hasil Hasil kerja
(10 minit ) kumpulan dapatan kumpulan kumpulan
Membina 5 ayat 1. Berdasarkan hasil perbincangan, Bahan :
Langkah 3 contoh menggunakan 3 kumpulan diminta membina ayat hasil kerja
(20 minit ) atau lebih diksi yang dengan menggunakan diksi yang kumpulan
dipilih oleh kumpulan diperoleh bagi mengungkap cerita
masing-masing disebalik gambar kumpulan masing- Kad manila
masing.
Pen marker
2. Pembentangan kumpulan
Objektif: Murid
dapat membina
sekurang-
kurangnya 5
ayat dengan
menggunakan
diksi yang
sesuai bagi
mengungkapkan
cerita di sebalik
gambar.

Bahan :
Penutup Membina ayat sendiri 1. Murid diminta membina lima ayat bagi Buku kerja
(15 minit ) berdasarkan gambar setiap gambar dengan menggunakan diksi murid
dengan menggunakan yang dipilih
diksi yang dipilih Objektif: Murid
Gambar A lima ayat dapat membina
10 ayat dengan
Gambar B lima ayat menggunakan
diksi yang
sesuai bagi
mengungkapkan
cerita di sebalik
gambar.

Refleksi :
…..murid boleh
membina ayat….

…..murid tidak
dapat membina
ayat…

Tindakan
susulan: Jika
perlu
berdasarkan
refleksi
Pada peringkat analisis pelajar, terlebih dahulu guru telah mengetahui dan mengenal pasti semua
murid yang hendak diajar sama ada lelaki atau perempuan, kaya atau miskin, rajin atau malas, pandai atau
tidak telah merasai sendiri situasi pengembaraan dan pendakian semasa aktiviti perkhemahan unit
beruniform sekolah dijalankan. Oleh itu, adalah mudah bagi guru merancang kesesuaian objektif, media dan
bahan yang hendak atau boleh digunakan, cara penggunaan bahan (TV/video/komputer) oleh murid.
Keberangkalian penglibatan aktif murid dan nilai yang akan diperolehi sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung adalah sangat memuaskan.
Berdasarkan rancangan pengajaran di atas, langkah-langkah pelaksanaan model ASSURE
sepenuhnya berfungsi pada semua peringkat seperti;

1. Dalam set induksi (pemilihan bahan, pengetahuan sedia ada murid)


Media yang digunakan ialah gambar yang telah disediakan pada muka surat buku berkenaan.

Selain daripada itu, guru juga boleh menggunakan tayangan video berkaitan

dengan mendaki gunung ataupun pengembaran atau mungkin melalui tayangan discovery chanel
2. Langkah 1 (objektif, pemilihan bahan, dan penglibatan murid )
Dalam langkah 1, selaian mentafsir gambar, murid-murid juga boleh menyenaraikan diksi
(berdasarkan objektif P&P) melalui tayangan yang ditonton tadi. Dalam langkah ini juga, murid tidak
akan teragak-agak mengemukakan pendapat kerana pengalaman mereka dan tayangan yang ditonton
saling berkaitan. Oleh itu, penglibatan aktif murid dapat dilihat dan dinilai pada peringkat ini.
3. Langkah 2 (objektif, penglibatan murid, penilaian)
Berdasarkan hasil dapatan kumpulan, guru dapat melihat dan menilai sejauh mana keberkesanan
media dan bahan yang digunakan. Sekiranya murid menguasai sepenuhnya objektif yang hendak
dicapai, maka penambahan baikan mungkin tidak diperlukan diperingkat ini (bergantung kepada
tahap sosio-pembelajaran murid yang berikutnya) atau sebelumnya. Jika sebaliknya, maka tindakan
susulan perlu diambil sebagai langkah kepada keberkesanan sesi pengajaran pada hari berikutnya.
4. Langkah 3 (objektif, pemilihan bahan, penglibatan murid, penggunaan bahan)
Pada peringkat ini, murid digalakkan bercerita dengan menggunakan ayat sendiri berdasarkan diksi
yang disediakan oleh kumpulan masing-masing. Ahli kumpulan juga digalakan menghidupkan
sendiri media yang digunakan dengan mod mute dan menceritakan tayangan yang sedang ditonton
dengan menggunakan diksi yang sesuai dan bahasa sendiri. Objektif yang hendak dicapai dalam
langkah ini ialah boleh mengungkapkan isi bahan dengan menggunakan bahasa sendiri dan pemilihan
diksi yang sesuai.
5. Langkah 4 atau penutup (objektif, penglibatan murid, keberkesanan pemilihan bahan penggunaan
media atau bahan dan nilai)
Bagi mengetahui objektif pembelajaran tercapai dan penggunaan bahan berkesan,murid akan
diberikan tugasan peneguhan seperti, mengarang cerita pendek berkaitan aktiviti mendaki, atau
aktiviti pengembaraan, atau membina ayat berkaitan aktiviti yang ditayangkan atau dibincangkan
dengan menggunakan diksi yang sesuai. Selain itu, aktiviti menjawap soalan juga boleh dilakukan
oleh murid melalui word yang telah sedia diset oleh guru jika sekolah yang berkenaan menyokong
media dan bahan yang diperlukan serta murid-murid sudah mempunyai kemahiran menggunakan
computer.
Perbandingan Model Addie dan Assure

MODEL ASSURE Perbezaan MODEL ADDIE


Model ini telah diperkenalkan olehPengasas Model ini telah diasaskan oleh Rosset
Heinich, Molanda, Russell (1989). pada tahun 1987.

Untuk menyediakan panduan merancangDefinisi Merupakan proses generik yang perlu


dan mengendalikan pengajaran yang diubah suai sebelum dapat digunakan.
memerlukan penggunaan media. Ia adalah merupakan rangkaian soalan
yang akan membantu guru membuat
reka bentuk pengajarannya

Model ini berskala kecil dan lebih Fokus Lima komponen utama yang boleh
tertumpu kepada perancangan pengajaran digunakan untuk merancang
bilik darjah dan boleh dijadikan panduan pengajaran yang sistematik.
untuk merancang penggunaan media
dalam
pengajaran.
Analyse learner (Analisis pelajar). Jenis Peringkat Analisis

Sebelum memulakan sesuatu pengajaran Sasaran kumpulan murid, ciri-ciri


dan pembelajaran, guru perlu mengetahui pembelajaran murid, objektif
ciri-ciri umum murid seperti umur, pengajaran, tempoh masa yang
darjah/tingkatan, latarbelakang murid , digunakan, strategi pengajaran yang
tahap sosio ekonomi dan lain-lain lagi. dipilih dan pengalaman lepas murid.

State learning objectives (Nyatakan Design


objektif pembelajaran).
Tumpuan akan diberikan kepada
Pembelajaran membawa perubahan dari perancangan pengajaran dan
segi penguasaan pengetahuan, kemahiran pembelajaran, penentuan objektif
dan tingkah laku. Seperkara itu, apa yang pembelajaran, penyampaian isi
dipelajari itu perlu mempunyai objektif kandungan, alat pentaksiran yang
yang jelas dan konkrit supaya objektif akan digunakan, pemilihan jenis
pembelajaran dapat diukur pada akhir media yang sesuai dan juga latihan
proses pengajaran dan pembelajaran. pengukuhan dan pengayaan yang akan
diberikan ke atas murid mengikut
Select media and method (Pilih media tahap penguasai kemahiran yang telah
dan kaedah). disampaikan

Develop

Pemilihan isi kandungan dan


penggunaan
Terdapat empat langkah dalam proses ini
iaitu: teknologi
➢ menentukan jenis teknologi yang sesuai
digunakan Implement
➢ memilih kaedah yang sesuai untuk
pengajaran dan pembelajaran Melibatkan keseluruhan proses
➢ memilih format media yang sesuai ke pengajaran- pembelajaran iaitu daripada
atas kaedah yang dipilih pemahaman tentang kurikulum, penentuan
➢ memilih, mengubahsuai dan mereka hasil pembelajaran, pemilihan strategi
bentuk media yang dipilih pengajaran, pemilihan media pengajaran,
penggunaan alat pentaksiran yang sesuai
Utilise media and method (Gunakan media dan bentuk ujian.
dan kaedah).
Evaluation
Penggunaan bahan sumber perlu tepat pada
tempat dan masanya. Sebelum penggunaan, Merangkumi dua bahagian iaitu penilaian
pastikan anda semak langkah- langkah seperti formatif dan penilaian sumatif.
di bawah:
● semak bahan sumber sebelum digunakan
di dalam kelas.
● sediakan bahan untuk penggunaan di
dalam kelas
● sediakan persekitaran untuk
membolehkan pengguanan yang
optimum
● sediakan murid dari segi emosi dan
fizikal untuk mendapatkan manfaat
daripada bahan sumber
● sediakan pengalaman pembelajaran
untuk murid

Require learner response (Dapat respons


pelajar).
Guru boleh merancangkan sesi pengajaran-
pembelajaran yang melibatkan murid melalui
kaedah berpusatkan murid. Contoh
aktiviti berpusatkan murid seperti
menyediakan projek. Ini akan dapat
memotivasikan murid dan membolehkan
guru mengukur perubahan tingkah-laku
murid.

Evaluate (Nilai bahan, kaedah dan


seluruh proses pengajaran).

Penilaian semasa dan selepas pengajaran


dan pembelajaran membolehkan guru
membuat penambahbaikan dan
pembetulan serta menjalankan tindakan
susulan yang sesuai
melalui amalan refleksi.

Rumusan

Model reka bentuk ASSURE merupakan satu model pengajaran yang mempunyai banyak
kebaikan kepada guru dalam perancang pengajaran dan pembelajaran. Sebelum memulakan sesi
pengajaran, terlebih dahulu guru telah bersedia dengan keberadaan murid- murid yang dihadapinya.
Langkah-langkah yang diperkenalkan dalam model ASSURE secara lansung membantu guru merancang
strategi pengajaran berdasarkan tahap keupayaan dan kesediaan murid. Penggunaan sumber yang
menarik, terancang dan berkualiti pasti tidak akan membosankan murid. Hasil daripada itu, kesan positif
yang diperoleh daripada aktiviti pembelajaran akan dapat diaplikasikan oleh murid dalam proses P&P
yang mendatang.
Rujukan

Prof Madya Dr Wan Zah Wan Ali, Prof Madya Dr. Ramlah Hamzah, Dr. Rosini Abu (2011). HBEF
Prinsip Teknologi Pengajaran. Hak cipta Open Universiti Malaysia (OUM)

Modul Pengajaran KPD3016 & KPD3026 (2011). Pengajaran, Teknologi & Pentaksiran (Jilid 2), PPL
Universiti Pendidikan Sultan Idris . Tanjong Malim Perak

http://blogs.iium.edu.my/marzuki/files/2009/05/model-assure-pdf

http://www.moe.gov.my/bbt/pengurusanhakcipta.php

http://www.itc.utk.edu/”bobannon/writing_objektives.html

Anda mungkin juga menyukai