Anda di halaman 1dari 12

1.0 PENDAHULUAN Tugasan EDU 3107 memerlukan saya mendalami ilmu sebagai seorang kaunselor.

Walaupun ia bukanlah bidang saya tetapi ia merupakan ilmu yang sangat berguna pada masa hadapan kerana walupun tiada kelayakan unutuk menjadi

seorang kaunselor tetapi saya boleh menjadi seorang pembimbing kepada anak anak murid pada masa hadapan. Jadi, tanpa ilmu yang mantap tidak mungkin akan wujud seorang pembimbing yang terbaik. Bahagian satu saya dikehendaki memillih satu teori yang dirasakan terbaik untuk membantu seorang pelajar bermasalah iaitu Amin. Dia seorang yang amat rendah diri dan tiada keyakinan untuk menruskan pelajarannya. Jadi, sebagai seorang kauselor saya perlu menggunakan teori yang dipilih untuk membantu Amin dengan sebaik mungkin. Seiring dengan itu, sebagai seorang kaunselor saya juga perlu menggunakan pelbagai kemahiran kaunseling kerana ia akan menjadikan seorang kaunselor tersebut lengkap dengan ilmunya dan tidak tempang umpama kapal yang tiada nakhoda yang tiada hala tuju. Saya telah mendalami beberapa kemahiran yang dirasakan terbaik yang boleh di aplikasikan sepanjang sesi kaunseling untuk membantu Amin.

2.0 TEORI KAUNSELING (REBT) 2.1 Latar Belakang Albert Ellis terkenal sebagai pemikir dan pencetus rasional emotif terapi, sebuah bentuk terapi yang popular dan banyak digunakan dalam proses kaunseling pada masa kini. Albert Ellis dilahirkan pada tahun 1913 di Pittsburgh, Amerika Syarikat. Teori REBT tercetus kerana dia mendapati bahawa teori psikoanalasis yang dipelopori oleh Freud tidak mendalam dan hanya merupakan satu bentuk pemulihan yang tidak saintifik. Pada awal tahun 1955, beliau telah menggabungkan terapi-terapi kemanusiaan, fisolofikal dan tingkah laku dan dikenali sebagai teori emosi-rasional (RET/ Rational Emotive Therapy). Semenjak itu beliau dikenali sebagai bapa kepada teori RET dan salah satu tokoh teori tingkah laku kognitif. Pada masa kanak-kanak, Albert Ellis sering mengalami gangguan kesihatan. Bahkan dia pernah menjalani rawatan di hospital akibat penyakit nefritis. Albert Ellis adalah orang yang mempunyai cita-cita yang tinggi untuk menjadi pakar dalam ilmu psikologi. Pada tahun 1947 hingga 1953 Ellis telah menjalankan kajian secara klasikal berasaskan psikoterapi. Hasil kajian mendapati bahwa terapi psikoanalisis tidak begitu menyeluruh dan tidak saintifik. 2.2 Pendekatan Teori Rasional Emotif Terapi Albert Ellis Sebuah pernyataan yang humanis dari Albert Ellis Acceptance is not love. You love a person because he or she has lovable traits, but you accept everybody just be cause they're alive and human (Penerimaan bukan cinta. Anda mencintai seseorang kerana dia memiliki sifat yang disenagi tetapi menerima semua orang hanya kerana mereka hidup dan seorang manusia) Pandangan pendekatan rasional emotif tentang kepribadian Albert Ellis, dapat dikaji dari konsep-konsep kunci teori Albert Ellis. Tiga tunjang utama membangunkan tingkah laku individu, iaitu dan Emotional consequence (C). yang Antecedent event (A), Belief (B),

Antecedent event (A) ialah peristiwa luar yang dialami. Peristiwa dahulu ialah fakta, kejadian, tingkah laku, atau sikap orang lain. Contohnya perceraian di dalam sebuah keluarga, kegagalan di dalam pepriksaan, dan di marahi guru merupakan antecendent event bagi seseorang individu Belief (B) ialah keyakinan, pandangan, nilai, atau verbalisasi diri individu terhadap suatu peristiwa. Keyakinan seseorang ada terbahagi kepada dua iaitu keyakinan yang rasional (rational belief atau rB) dan keyakinan yang tidak rasional (irrasional belief atau iB). Keyakinan yang rasional merupakan cara berfikir atau sistem keyakinan yang tepat, logik, bijaksana yang membawa kepada sikap produktif. Keyakinan yang tidak rasional merupakan keyakinan atau system pemikiran seseorang yang salah, tidak masuk akal, emosional, dan menjadi tidak produktif. Emotional consequence (C) merupakan konsekuen emosi sebagai akibat atau reaksi individu dalam bentuk perasaan senang atau hambatan emosi dalam hubungannya dengan antecendent event (A). Konsekueni emosi ini bukan akibat secara langsung dari A tetapi disebabkan oleh beberapa faktor yang datang dalam bentuk keyakinan (B) baik yang rB maupun yang iB. Selain itu, Ellis juga menambahkan D dan E untuk rumus ABC ini. Seorang kaunselor harus melawan (dispute; D) keyakinan-keyakinan tidak rasional itu agar kliennya mampu untuk menerima (effects; E) psikologis positif dari keyakinankeyakinan yang rasional. 2.2 Rasional Pemilihan Teori Secara kasarnya saya amat tertari dengan persepi Albert Ellis mengenai manusia. Bagi saya, semua manusia mempunyai kemampuan untuk berubah dan kaunselor akan bertimdak sebagai perangsang terhadap perubahan tersebut. Ia akan kekal jika sekiranya kesedaran tersebut wujud daripada pemikiran dan kesedaran seseorang klien tersebut ia akan kekal dan menjadi seorang individu yang lebih baik. Teori REBT amat teratur (ABCDE) kerana ia meliputi satu susunan yang amat membantu seorang kaunselor untuk membantu klienya. 2.3 Aplikasi Teori

Antecedent Event (A) : Amin berasa diri seorang yang miskin, lambat dari segi belajar kurang suka bertamya kepada guru. Melalui peristiwa ini, ia telah membawa sesuatu konflik di dalam diri Amin dan ia telah menimbulkan satu ganguan emosi yang telah menyebabkan sikap seseorang berubah Belief (B) : Lanjutan daripada peristiwa tersebut, dia selalu berfikir bahawa seseorang hendaklah cekap, cerdas dan berpencapaian tinggi pada setiap masa. Pemikiran tidak rasional inilah yang mendorong Amin untuk merasa rendah diri apabila berhadapan dengan rakan sebaya kerana merasakan dirinya tidak setaraf dengan rakan-rakannya. Consequence (C) : Disebabkan pemikirannya yang tidak rasional itu juga telah menyebabkan Amin mula membuat andaian-andaian negatif yang lain iaitu berasa dirinya miskin dan lambat dari segi belajar. Pada kebiasaannya orang yang selalu rasa rendah diri ini tiak akan banyak bercakap, dan hal ini pula meyumbang kepada masalah Amin yang kurang bertanya soalan kepada kaunselor apabila kurang faham mengenai isi pengajaran. Dispute (D) : Jadi peranan kaunselor tersebut adalah untuk membetulkan pemikiran yang tidak rasional dengan membuang sistem kepercayaan yang dipeganggnya itu. Dalam teori ini, untuk menghapsukan sistem kepercayaan yang salah itu, kaunselor perlu melaksanakan elemen keempat iaitu D (mencabar kepercayaan yang tidak rasional). Kaunselor perlu menerangkan dan menggantikan idea-idea yang tidak rasional dengan idea yang lebih rasional kepada Amin, yang mana Amin perlu menerima kelemahan-kelemahan diri kerana setiap daripada kelemahan itu adalah daripada lampau pengalaman-pengalaman itu mempengaruhi dirinya. lampau. Amin Kaunselor hendaklah itu juga hendaklah positif dan memberitahu bahawa Amin tidak boleh membiarkan pengalaman-pengalaman berfikiran memperbaiki kelemahan diri sekadar yang mampu. Jika Amin tidak dapat menerima kelemahan dirinya sendiri, bagaimana rakan-rakan yang lain hendak menerima diri Amin. Effects (E) : Jadi apabila Amin sudah berjaya mencapai pemikiran yang rasional di mana Amin sedar akan kesilapan yang dilakukannya, Amin akan melalui elemen yang kelima iaitu E (kesan). Dalam pada itu, Amin akan merasa tenang dan lega.

3.0 KEMAHIRAN KEMAHIRAN KAUNSELING Sebelum sesi kaunseling dimulakan, kaunselor seharusnya menyemak rekodrekod klien untuk mendapatkan maklumat yang dianggap berguna. Kaunselor juga harus menyemak diskripsi tugas klien. Ini mungkin berguna untuk membantu dalam menilai prestasi dan proses membina matlamat kemudian nanti. Selain itu, kaunselor juga hendaklah menyediakan tempat dan masa yang sesuai untuk berbincang tanpa banyak gangguan. Menurut Mok Soon Sang (2010) proses kaunseling merupakan perhubungan antara kaunselor dengan klienya yang meminta bantuan. Bagi mencapai matlamat matlamat kaunseling, seorang kaunselor hendaklah mempunyai kemahiran kemahiran tertentu. Kemahiran yang perlu bagi seorang kaunselor iaitu tingkah laku memberi perhatian, kemahiran mendengar, kemahiran memandu klien, penjelasan, memberi nasihat, refleksi idea, refleksi perasaan, penjelasan idea atau intrepretasi, kekonkritan, ketika ini (immediacy), pendededahan diri, pemparafrasaan, konfrontasi, kesenyapan, penjelasan masalah, rumusan dan teknik bertenang. (Khoo Bee Lee, 2013) Kaunselor di sekolah memerlukan kemahiran-kemahiran asas dalam menjalankan sesi bimbingan dan kaunseling. Kemahiran kemahiran itu adalah tingkah laku memberikan perhatian, kemahiran mendengar, kemahiran menyoal, kemahiran memahami, kemahiran berempati refleksi idea, refleksi perasaan, intrepetasi, pendedahan kendiri, pemparafrasaan, konfrontasi, pemberian nasihat, kesenyapan, kemahiran ketika ini (immediacy) dan membuat rumusan. (Ee et al. 2011). Walaupun pelbagai kemahiran telah digarisakan tetapi fokus utama kaunseling tetap menjadi intipati kemahiran kemahiran ini iaitu memupuk kebolehan meyelesaikan masalah diri sendiri, membantu klien meguasai pelbagai kemahiran asas untuk adaptasi dan penyesuaian diri serta dapat menggunakan potensi dan pelbagai sumber yang sedia ada unutk mencapai prestasi yang lebih baik dalam kehidupan masa depan. (Mok Soon Sang, 2010).

3.1 Kemahiran Melayan (Dorongan Minima) Klien amat memerlukan pemerhatian daripada kaunselor. Klien berharap perluahan tersebut difahami oleh kaunselor. Dorongan minima merupakan respon yang ringkas yang menunjukkkan bahawa kaunselor sedang mengikuti dan memahami perkara yang disampaikan oleh klien (Khoo Bee Lee, 2013). Contoh 1 : Klien :Keluarga saya miskin, ayah saya hanya berkerja sebagai nelayan. Ibu saya pula seorang suri rumah Kaunselor Contoh 2 : Amin Kaunselor Amin : Sebenarnyasaya mempunyai masalah dalam pelajaran.. : Hmmm teruskan :Saya tidak tahu apa yang berlaku dalam hidup saya. Kaunselor : (angguk). : Ayah amin nelayan, ibu pula seorang suri rumah.

3.2 Kemahiran Berempati Kemahiran berempati merupakan satu kemahiran iaitu kaunselor cuba memahami serta merasai apa apa yang dirasai oleh klien. Kemahiran ini penting kerana bukan sahaja dapat membantu kaunselor memahami perkara yang dinyatakan oleh klien tetapi dia juga merasai perasaan yang dialami klien (Ee et al. 2011).Mendengar dengan telinga ketiga melibatkan kemahiran memikir dan membayangkan bagaimana orang lain merasa dan degan ini, ia merupakan langkah pertama ke arah empati (Reik, 1948; dalam Mok Soon Sang, 2011). Seorang murid mugkin mengadu dia berasa kelam kabut kerana dibebankan oleh pelbagai tugasan sekolah. Seorang kaunselor yang berpengalaman akan berusaha menentukan sama ada murid itu benar benar dibebankan oleh tugasan

sekolah atau menggunakan helah bela diri untuk mendapatkan simpati (Mok Soon Sang, 2011). Jadi, seorang kaunselor perlulah merasai dunia peribadi klien seolah olah dunia tersebut merupakan dunianya. Contohnya kaunselor memahami perasaan, pemikiran dan harapan klien apabila klien tersebut sedang menceritakan dan meluahkan sesuatu kepada kaunselor yang dipercayainya. Respon kaunselor mestilah tepat kerana ia akan membawa kepada kosekuen yang berbeza. Contohnya apabila seorang kaunselor tersebut memberi respon yang tidak tepat, ia akan membuatkan klien membetulkan semula apa yang di cakapkan oleh kaunselor dan tiada penjelasan lanjut oleh klien. Tetapi jika respon yang tepat diberikan, penjelasan lanjut akan diterima daripada klien kerana mereka telah menerima ransangan daripada luar dan keyakinan kepada kaunselor tersebut. Contoh : Amin : Amin telah cuba untuk bertanya kepada rakan rakan tetapi mereka mereka menyatakan mereka tidak tahu, sedangkan dia merupakn seorang yang paling pandai di dalam kelas Kaunselor : Amin berasa sedih kerana Amin seolah olah tidak diendahkan oleh rakan rakan amin Di dalam contoh ini, ia mengaundungi komponen idea (tidak diendahkan oleh rakan) dan komponen afektif (sedih). Kemahiran berempati kaunselor akan membentuk gambaran kepada klien yang kaunselor telah memahami idea dan perasaanya, dia terdorang unutk mencritakan maslahnya dengan lebih lanjut. (Ee. Et. Al 2011). Amin akan berasa lebih yakin untuk terus bercerita kerana dia seolah olah telah bertemu dengan seseorang yang mampu untuk memahami perasaanya yang telah lama terpendam dan merasakan berada di tempat yang terbaik untuk berkongsi kisahnya.

3.3 Memparafrasaan Menurut Mok Soon Sang (2011) parafrasa merujuk kepada pengungkapan semula kandungan sesuatu dalam komunikasi lisan daripada seorang klien. Manakala, Ee et al. (2011) berpendapat wajar bagi seorang kaunselor meringkaskan kenyataan klien dari semasa ke semasa yang bertujuan membolehkan kaunselor menyemak pemahamananya tentang masalah yang di smapaikan serta meningkatkan ingatan guru terhadap isi isi penting yang telah yang telah dinyatakan oleh klien. Kemahiran memparafrasa ini ialah respons kaunselor setelah mendengar isi dan memerhati tingkah laku klien. Pemahaman kaunselor ini dinyatakan dalam bentuk ayat yang agak pendek tetapi tepat dan padat maksudnya. Parafrasa ialah respons kaunselor setelah mendengar isi dan memerhatikan tingkah laku klien. Matlamat utama ialah memudahkan penerokaan ke atas klien. Membuat parafrasa adalah penting untuk menunjukkan kaunselor mendengar dan memahami apa yang dikatakan oleh klien. Contoh : Amin : Orang miskin macam Amin ni memang tidak mampu untuk berjayakan cikgu? Orang kaya selalu berjaya dalam hidup. Mereka boleh dapat apa yang mereka nak Kaunselor : HmmmAmin rasa Amin tidak pandai dan tidak mampu untuk berjaya 3.4 Kesenyapan Menurut Dr. Khoo Bee Lee (2013) kesenyapan biasanya berlaku apabila klien berfikir tentang beberapa idea yang dibincangkan dan dalam sesetengah situasi, klien akan menjadi senyap semasa sesi kaunseling untuk mengorganisasikan semula pemikirannya. Manakala, Shostrom (1968); dalam Mok Soon Sang (2011) menyatakan kesenyapan kesenyapan ini mempunyai pelbagai makna yang berguna.

Mengikut kajian, kesenyapan kesenyapan ini akan membuat seorang berucap; mereka memberikan ruang untuk klien berfikir, mengemaskan idea, dan membuat refleksi (Mok Soon Sang, 2011). Penghentian sementara ini mempunyai pelbagai bagai erti. Klien berhenti bercakap kerana dia merasa tidak selesa untuk memberikan maklumat dengan lebih lanjut. Mungkin dia sedang melakukan penerokaan diri, iaitu dia akan mendapt celik akal terhadap masalah yang Kesenyapan ini merupakan satu petanda yang baik kerana ia memberikan masa kepada kaunselor dan klien untuk memikirkan tindakan apa yang seharusnya diambil seterusnya. Selain itu, ia juga memberikan peluang kepada klien yang tidak sempat menghabiskan hujahnya tadi berfikir kembali dengan tenang mengenai hujahnya itu atau mengingat kembali sesuatu yang barangkali dia terlanjur mengatakannya atau mahu mengubah fikirannya. Contoh : Amin Kaunselor : . : Nampaknya Amin sedang memikirkan sesuatu, boleh Amin kongsikan dengan saya? 3.5 Kemahiran Menyoal Soalan merupakan kaedah yang paling banyak digunakan dalam sesebuah sesi kaunseling. Ini adalah kerana ia merupakan cara yang paling mudah untuk mendapatkan sesuatu maklumat. Biasanya, soalan akan ditanya oleh kaunselor dan dijawab oleh klien. Menurut Khoo Bee Lee (2013), kemahiran menyoal membolehkan kita mengumpul lebih banyak maklumat dalam proses kaunseling. Soalan-soalan yang dikemukakan haruslah berkaitan dengan usaha

menggalakkan klien menjelajah dan memahami perasaannya. Di samping itu, soalan yang ditanya perlu mempunyai tujuan yang tertentu dan berupaya untuk menarik perhatian klien untuk meluahkan perasaan dan masalahnya tanpa merasa dirinya tergugat.

Contoh 1 (Soalan tertutup) : Kaunselor Amin Kaunselor Amin Kaunselor Amin : Adakah Amin sihat pada hari ini? : Ya : Sudahkah Amin bersarapan? : Ya : Pelajaran Amin baik atau tidak? : Ya (Kelihatan murung)

Contoh 2 (Soalan terbuka) : Kaunselor Amin : Bagaimanakah reaksi mereka terhadap Amin? : Amin telah cuba untuk bertanya kepada rakan rakan tetapi mereka mereka menyatakan mereka tidak tahu, sedangkan dia merupakn seorang yang paling pandai di dalam kelas Teknik penyolan terbahagi kepada dua iaitu penyoalan secara tertup dan penyoalan secara terbuka. Ia merujuk kepada bagaimana respon seorang klien terhadap jawapan kaunselor. Bagi jenis tertutup, ia amat sesuai digunakan pada peringkat awal sesi kerana seorang kaunselor perlu mewujudkan rapport terlebih dahulu. Sewaktu penyoalan, kaunselor boleh membaca pergerakan non-verbal klienya kerana mungkin jawapan tidak selaras degan pergerkan atau tindak balas tubunya.

3.6 Membuat Rumusan Tindakan kaunselor untuk membuat rumusan merupakan proses menggulung segala yang dibincangkan dalam sesi kaunseling. Rumusan akan mengutamakan perkara perkara penting yang telah dibincangkan bersama sama klien (Ee et al. 2011). Menurut Khoo Bee Lee (2011) kemahiran merumus bertujuan untuk menyedarkan klien dan megimbas kembali apa yang telah dibincangkan semasa sesi kaunseling itu dan lebih besar daripada parafrasa. Contoh : Baiklah Amin, nampaknya Amin kurang yakin terhadap diri Amin disebabkan oleh Amin tidak dibantu oleh guru dan rakan rakan. Walupun Amin sangat bersemangat untuk berjaya tetapi Amin tidak mendapat sokogan dari individu individu yang berada di sekitar Amin.

4.0 RUMUSAN Secara keseluruhannya, sebagai seorang kaunselor kita perlu memikirkan cara yang terbaik untuk membantu klien mencari penyelesaian yang terbaik bagi mereka. Semua contoh yang diberikan merupakan bagaiman seorang kaunselor tersebut boleh menjalankan sesi kaunseling kepada Amin. Harapan saya ialah tugasan ini dapat memberikan manfaat yang terbaik demi untuk membentuk jati diri sebagai seorang guru yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

5.0 BIBLIOGRAFI Ee Ah Meng , Suppiah Nachiapan & Taquddin Abd Mukti (2012). Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Kuala Lumpur : : Oxford Fajar Sdn. Bhd. Ibrahim Ahmad (2002). Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Pecetakan Cergas (M) Sdn. Bhd. Lee Keok Cheong. Ee Ah Meng. Supiah Nachiappan. & Taquddin Abd Mukti. (2012) Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Mok Song Sang. (2010). Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Khoo Bee Lee. (2013). Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Ross, (2011, May 10). Teori Pemusatan Peorangan : Peranan Kaunselor.February 3, 2013, diambil dari http://bnkkk.blogspot.com/2011/05/teori-pemusatanperorangan-peranan.html

Anda mungkin juga menyukai