Anda di halaman 1dari 31

Teori Rasional Emotif

(Pendekatan Kognitif)
Disediakan oleh:
Chiew Yee Jie
Joyce Chong Yuan Ru
Kwek Shi Yi

Teori Rasional Emotif (TRE)

Diasaskan oleh Albert Ellis (1962)

Ellis (1979) menekankan pemikiran, perhitungan,


pemilihan, penganalisisan dan tindakan.

Pendekatan ini mengandaikan bahawa pemikiran,


emosi dan tingkah laku berinteraksi dan
mempunyai kesan kepada perhubungan.

TRE menekankan emosi yang dihasilkan oleh


pemikiran manusia itu sendiri.

Dengan gangguan emosi sebagai aktif daripada


kesalahan seseorang itu dan idea-idea yang
tidak logik tentang situasi tertentu.

TRE mengatakan bahawa sifat menyalahkan


itu adalah tonggak bagi gangguan emosi.

Untuk mengubati gangguan ini, seseorang


harus berhenti daripada menyalahkan diri
sendiri mahupun orang lain. Sebaliknya dia
sanggup menerima dirinya daripada menyesali
dan mengutuknya.

Terapi ini mangatakan bahawa manusia


dilahirkan dengan potensi boleh berfikir dan
membuat kerja-kerja yang bantu mereka
menerima diri mereka sebagai manusia yang
selalu membuat silap dan di samping itu
mempelajari hidup dengan aman.

TRE juga membantu seseorang klien untuk


bagaimana merasai tidak terluka atau tergores
perasaan walaupun apabila mereka itu tidak
diterima dan dikasihi oleh orang lain yang
berguna.

Perkembangan Teori

1950 an awalnya dikenali sebagai Rational


Therapy (RT)

1970 an teori diubahsuai dan dikenali sebagai


Rational Emotive Therapy (RET)

1990 an teori dimantapkan dan dikenali


sebagai

Rational

Therapy (REBT)

Emotive

Behaviour

Pandangan
terhadap
manusia

3 aspek
Teknik/strategi
untuk
membantu
klien

Peranan
kaunseling

1) Pandangan terhadap
manusia

Fikiran dan emosi manusia adalah berhubung kait

Manusia secara semulajadi adalah rational and irrational; sensible


and crazy
Manusia mudah dipengaruhi oleh perkara negatif & menyusahkan

Pemikiran adalah punca masalah atau kejayaan manusia.

Manusia menghadapi masalah bukan akibat daripada peristiwa


tetapi lebih kepada apa yang mereka fikirkan terhadap peristiwa
itu

Manusia mempunyai pilihan untuk


perasaan dan tingkah laku mereka

mengawal

pemikiran,

Manusia tidak dianggap sebagai baik atau jahat


sekiranya mereka memberi respon berdasarkan
sistem kepercayaan yang rasional.

Apabila reaksi mereka tidak rasional, maka


akan menganggap diri dan orang lain sebagai
jahat,
tidak
boleh
dipercayai,
tidak
bertanggungjawab dan sebagainya.

Bagi Ellis, secara semulajadi, manusia bersifat


tidak
rasional,
dan
cenderung
kepada
kegagalan.

Mengikut
kebiasaan,
mereka
gemar
menggunakan perkataan seperti mesti,
harus, dan patut dalam mengharungi likuliku hidup masing-masing.
Ekoran daripada itu, mereka sering mengalami
gangguan emosi, kemarahan, kebimbingan,
kemurungan, putus asa, kekecewaan dan
perasaan negatif lain yang akhirnya membawa
kepada tingkahlaku yang merosakkan.

Contoh satu kes hipotetikal:


Gelungan Pemikiran Tidak Rasional
Pemikiran Mei tidak
rasional

Reaksi orang lain


terhadap Mei juga
bersifat tidak
rasional

Mei benci pada diri


sendiri

Mei benci pada


orang lain

Mei melakukan
perbuatan yang
merosakkan dirinya

(Adaptasi daripada: Thompson, Rudolph &


Henderson, 2004:207)

Berdasarkan rajah diatas, boleh dikatakan bahawa


pemikiran tidak rasional Mei akan membawa kepada
perasaan

bencikan

diri,

seterusnya

tingkahlaku

merosakkan kendiri. Lama kelamaan, Mei akan benci


kepada orang lain. Apabila ini berlaku, orang lain juga
akan bertindakbalas secara tidak rasional terhadap
Mei. Gelungan tadi akan berulang buat kali kedua dan
seterusnya, sehingga Mei melakukan sesuatu untuk
membasmi
menjalani

pemikiran
sesi

rasional emotif.

tidak

kaunseling

rasional.

Misalnya:

berorientasikan

teori

Cara Gaya Pemikiran


Pemikiran Rasional

Manusia bertanggungjawab ke atas gangguan emosi yang dirasai, mempunyai unsur


kreatif dan sensual, mampu dan berjaya berkomunikasi dengan orang lain dengan
jelas dan bebas, boleh belajar dari kesilapan yang dilakukan, fleksibel, penerimaan
kendiri, berani ambil risiko, dan mempunyai matlamat jelas

Tingkahlaku rasional ialah sesuatu hasil yang berbentuk positif

Pemikiran Tidak Rasional

Cenderung untuk memusnahkan diri (self destructive), mengelak memikirkan tentang


sesuatu perkara, mengulangi sesuatu kesilapan, menyalahkan diri sendiri, tidak
mempunyai daya toleransi, percaya kepada kuasa ghaib (superstitious), merasa diri
terlalu sempurna, dan mengelakkan diri dari menuju penyempurnaan kendiri

Tingkahlaku yang berbentuk negatif dan tidak menguntungkan diri

2) Peranan Kaunseling

Peranan kaunseling yang berorientasikan teori ini


ialah menstruktur semula kognisi klien, termasuk
pemikiran dan kepercayaan tidak rasional agar
klien memperoleh satu pandangan dan falsafah
hidup yang lebih positif dan rasional.

Menurut Crawford dan Ellis (dalam Thompson,


Rudolph & Henderson, 2004), kepercayaan
tidak rasional boleh diklasifikasikan kepada 5
kategori, iaitu:
1. Kepercayaan bersifat kegagalan yang
menghalang pencapaian matlamat individu
yang berkenaan
2. Kepercayaan yang rigid dan dogmatik yang
membawa kepada hasrat yang kurang
realistik

3. Kepercayaan
anti-sosial
yang
memusnahkan hubungan sosial seseorang.
4.

Kepercayaaan tidak realistik yang memberi


satu gambaran palsu mengenai realiti.

5. Kepercayaan bertentangan yang berpunca


daripada premis yang palsu.

3) Teknik/strategi untuk
membantu klien

Ellis mengesyorkan
digunakan, iaitu
i. kognitif,
ii. emotif,
iii. dan behavioral.

supaya

jenis

teknik

i. Teknik Kognitif
Antara teknik-teknik yang biasa digunakan
termasuk:
Menstruktur
semula
pemikiran
dan
kepercayaan tidak rasional melalui penggunaan
akronim A-B-C-D-E
Mendefinisi
semula situasi negatif supaya
menjadi lebih positif
Menkonseptualisasi masalah menjadi holistik
dan menyeluruh berbanding dengan bahagianbahagian kecil yang terpisah.

Akronim A-B-C-D-E

A Activating event

B Belief system

C Consequence

D Defence

E - New Emotion

ii. Teknik Emotif


Teknik emotif berfokuskan domain afektif atau emosi klien. Antara
teknik yang disyorkan termasuk:

Unsur kecindan membantu klien untuk melihat situasi mereka dalam


perspektif, dan tidak memandang rendah terhadap diri sendiri.

Imageri membimbing klien untuk membentuk pola-pola emosi yang


positif. Contoh: menggambarkan bagaimana mengatasi ketakutan
atau fobia.

Latihan menyerang perasaan malu/ segan membantukan klien untuk


tidak terlalu mempeduli persepsi orang lain terhadap mereka.

iii. Teknik Behavioral


Antara teknik-teknik behavioral yang biasa
digunakan untuk membantu klien mencapai
matlamat kaunseling adalah seperti:
Teknik
operan
seperti
latihan
asertif,
pembentukan
Teknik klasikal seperti desensitasi bersistematik

Pengurusan kendiri termasuk pemantauan


kendiri
Tugasan kerja rumah membantu klien cuba dan
amalkan apa yang dipelajari dalam sesi
kaunseling dalam aktiviti seharian masingmasing.

Matlamat TRE

Bertujuan
untuk
membantu
klien
memperkembang pemikiran rasional dan
logikal melalui galakan mereka memikir dan
memahami pemikiran tidak rasional yang
diwarisi masa dahulu.

Klien
dibimbing
untuk
melihat
dan
menganalisis peristiwa yang diaktifkan dan
ganguan emosi yang dialami.

Pencapaian matlamat hanya berjaya apabila


klien benar-benar memahami punca asas
yang menimbulkan gangguan emosi dan
harus
mengikisnya
dengan
gantian
percayaan rasional atau logikal.

Objektif TRE

Memperbaiki dan mengubah segala perilaku


yang tidak rasional dan tidak logik menjadi
rasional dan logik agar klien dapat
mengembangkan dirinya.

Menghilangkan gangguan emosional yang


merosakkan.

Kebaikan TRE
1.

2.

Pendekatan ini cepat sampai kepada


masalah yang dihadapi oleh klien. Dengan
itu, penyelesaian masalah juga dapat
dilakukan dengan segera.
Kaedah pemikiran logik yang diajarkan
kepada klien dapat digunakan dalam
menghadapi gejala yang lain.

Klien merasakan diri mereka mempunyai


keupayaan intelektual dan kemajuan dari
cara berfikir.

Kelemahan TRE
1.

Ada klien yang boleh ditolong melalui analisa logik


dan falsafah, tetapi ada pula yang tidak begitu
geliga otaknya untuk dibantu dengan cara yang
sedemikian yang berasaskan kepada logik.

2.

Ada setengah klien yang begitu terpisah dari realiti


sehingga usaha untuk membawanya ke alam
nyata sukar sekali untuk dicapai.

3.

Ada juga klien yang terlalu berprasangka


terhadap logik, sehingga sukar untuk mereka
menerima analisa logik.

4.

Ada juga setengah klien yang memang suka


mengalami gangguan emosi dan bergantung
kepadanya di dalam hidupnya, dan tidak mahu
membuat apap-apa perubahan lagi dalam hidup
mereka.

Rujukan
http://kotakkati.blogspot.com/2012/05/teori-ra
sional-emotif-siri-ii.html
dilayari pada 13 Januari 2015.
https://www.scribd.com/doc/25089215/Terapi
-Rasional-Emotif
dilayari pada 13 Januari 2015.
Choong Lean Keow, PhD. (2010). Bimbingan
dan Kaunseling Kanak-kanak. Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd. Selangor.

Anda mungkin juga menyukai