Anda di halaman 1dari 15

APLIKASI TERAPI RASIONAL EMOTIF TINGKAH LAKU (REBT)

TERHADAP KLIEN YANG MENGALAMI TEKANAN

Pengenalan
Terapi REBT – Terapi ABC
Pelopor dan pengasas - Albert Ellis
Gabungan intipati falsafah Stoic, psikoanalisis Freud, psikologi individu Alfred Adler dan
tingkah laku Pavlov & Wolpe
Berdasarkan andaian ketiga-tiga aspek kognitif, emotif dan tingkah laku mempunyai
hubungan sebab akibat (cause and effect).
Sejarah Albert Ellis
Dilahirkan pada tahun 1913 di Pittersburg
Pada umur 4 tahun – berpindah ke New York dan menetap di situ
1947-1953 – mempraktikkan psikoterapi analisis.
Memperkembangan pendekatan terapi rational emotif setelah mendapati pendekatan
psikoanalisis tidak berkesan.

Sejarah Perkembangan Teori


Rational Therapy (RT) Rational Emotif Therapy (RET) REBT (1990)
Tahap 1 : Percubaan Psikoanalisis (1949-1955)
Tahap 2 : Gabungan Teori-teori Lain
Tahap 3 : Perkembangan teori rasional emotif
- 1959 The Institute for Rational Living
- 1968 Institute for Rational Emotif Therapy
 Bertujuan menyebar pendekatan rasional emotif

PRINSIP-PRINSIP REBT
Setiap individu bertanggungjawab kepada emosi dan tindakan individu berkenaan.
Emosi yang tidak baik dan tingkah laku yang tidak berfungsi adalah berpunca daripada
pengalaman yang tidak rasional.
Setiap individu boleh mempelajari sesuatu yang realistik dengan latihan yang menjadikan
sebahagian dari diri individu berkenaan.
Membina realiti pandangan atau perspektif menerusi pengalaman, penerimaan dan kepuasan
diri dalam kehidupan.

PANDANGAN TERHADAP MANUSIA

Ellis telah membina teori terhadap sifat semulajadi manusia. Berikut adalah andaian-andaian
asas terapi REBT yang menyebabkan manusia tidak gembira, kecelaruan fikiran dan emosi
terganggu :-

Manusia dilahirkan dengan potensi berfikir dan berkelakuan rasional. Di samping itu, manusia
boleh berfikiran dan berkelakuan tidak rasional. Ini bermakna ia memikirkan perkara yang
baik dan buruk, yang betul dan yang salah yang munasabah dan yang tidak munasabah.

Individu mempunyai kecenderungan (ciri-ciri dalaman) untuk memelihara diri sendiri, untuk
mengasihi dan juga untuk berkomunikasi dengan orang lain, mencapai kebahagiaan dan
kesejahteraan serta untuk berkembang menuju ke arah mencapai nirwana kendiri (self-
actualisation).
Di samping itu, individu juga mempunyai kecenderungan untuk memusnahkan diri,
melakukan kesilapan secara berulang-ulang, melengah-lengahkan tindakan kerja, mengelak
membuat pemikiran, mengelak menggunakan potensi untuk berkembang dengan sejahtera.

Di samping itu, individu juga mempunyai kecenderungan untuk memusnahkan diri,melakukan


kesilapan secara berulang-ulang, melengah-lengahkan tindakan kerja, mengelak membuat
pemikiran, mengelak menggunakan potensi untuk berkembang dengan sejahtera.

Di samping itu, manusia juga mempunyai kecenderungan semulajadi untuk mempercayai


perkara-perkara ghaib dan tahyul, tidak sabar, menuduh dan menyalahkan diri sendiri dan
mengelak daripada berkembang ke arah nirwana kendiri.

Apabila manusia sudah biasa atau terlazim untuk bertindak dengan sesuatu cara yang
tertentu, mereka akan terus bertindak sedemikian sepanjang hayatnya, walaupun mereka
mungkin sedar bahawa tingkah laku mereka itu hanya membawa kemusnahan dan
kesengsaraan kepada diri mereka.

PANDANGAN REBT TERHADAP GANGGUAN EMOSI

Selain daripada teori mengenai sifat tabii manusia, Albert Ellis (1979) juga mengemukakan
punca-punca gangguan emosi manusia seperti berikut :-

Manusia sendiri yang menyebabkan dirinya merasa terganggu. Gangguan yang dirasainya itu
bukanlah disebabkan oleh faktor-faktor atau sumber-sumber luaran.

Manusia mewarisi tret-tret budaya dan biologi untuk memutar-putarkan pemikirannya


sehingga akhirnya ia sendiri yang akan mengalami gangguan emosi dan fikiran.

Manusia mempunyai kecenderungan untuk mereka-reka kepercayaan-kepercayaan yang


mengganggu mereka dan sengaja menyebabkan diri mereka terganggu.

Yang lebih penting ialah manusia mempunyai keupayaan untuk mengubah proses-proses
kognitif, emotif dan tingkah laku. Manusia boleh memilih untuk bertindak dengan cara yang
berlainan daripada pola-pola tingkah laku yang biasa. Manusia boleh memilih untuk tidak
membenarkan diri mereka terganggu. Manusia juga boleh melatih diri mereka untuk
mengalami gangguan yang minimum.

Terapi REBT cuba membantu manusia menerima bahawa manusia adalah insan yang tidak
sempurna dan masalah adalah sebahagian daripada hidup. Manusia harus belajar menerima
kenyataan ini supaya hidup dengan lebih harmoni dengan diri sendiri

Yang lebih penting ialah manusia mempunyai keupayaan untuk mengubah proses-proses
kognitif, emotif dan tingkah laku. Manusia boleh memilih untuk bertindak dengan cara yang
berlainan daripada pola- pola tingkah laku yang biasa. Manusia boleh memilih untuk tidak
membenarkan diri mereka terganggu. Manusia juga boleh melatih diri mereka untuk
mengalami gangguan yang minimum.
PROSES KOGNITIF-EMOTIF-TINGKAH LAKU

Selain daripada teori-teori yang dijelaskan di atas, terapi REBT juga mengutarakan proses
kognitif, emotif dan tingkah laku yang merupakan salah satu penekanan utama pendekatan
Ellis.

Manusia berfikir, berperasaan dan bertindak secara serentak. Perkaitan antara ketiga-tiga
proses ini adalah sangat rapat sehingga gangguan di dalam mana-mana proses akan
meninggalkan kesan ke atas proses yang lain. Dengan itu, jika salah satu daripada proses ini
diubati atau dirawati sehingga sembuh, maka dengan sendirinya proses-proses yang dua lagi
itu akan turut dirawati (Amir Awang 1987

PROSES KOGNITIF-EMOTIF-TINGKAH LAKU

KONSEP-KONSEP TERAPI REBT

PANDANGAN TEORI TERHADAP SIFAT TABII MANUSIA

Individu berkecenderungan memelihara diri sendiri, mencapai kebahagiaan dan


kesejahteraan.

Individu berkecenderungan memusnahkan diri, mengelak menggunakan potensi untuk


berkembang dengan sejahtera.

ABSTRAK

Terapi Rasional Emotif Tingkah laku (REBT) mengemukakan pandangan bahawa gangguan
berhubung tekanan adalah berpunca daripada kepercayaan tidak rasional, falsafah dan sikap
yang bertentangan pada individu yang mengalami tekanan. Justeru, kertas kerja ini akan
membincang dan menghuraikan secara terperinci tentang bagaimana kaunselor yang
mengendalikan kes klien mengalami tekanan boleh dibantu dengan menggunakan Model
ABCDE, REBT. Klien merupakan seorang pelajar universiti yang telah mengikuti sesi
kaunseling individu secara sukarela. Klien telah dikenalpasti mengalami tekanan berdasarkan
empat jenis pemikiran tidak rasional iaitu Pendesakan (Demandingness), Sangat Teruk
(Awfulizing), Toleransi Kekecewaan Rendah (Low Frustation Tolerance) dan Penilaian
Menyeluruh (Global Evaluation) sehingga menyebabkan kehidupannya sebagai pelajar
universiti terjejas. Bagaimana klien menghubungkaitkan gangguan pemikiran dengan tekanan
yang dihadapi berdasarkan prinsip-prinsip REBT akan diperbincangkan dalam kertas kerja
ini. Selain itu, kaedah dan teknik REBT yang menggabungkan ketiga-tiga komponen kognitif,
emotif dan tingkah laku turut diimplementasikan dalam sesi kaunseling bagi menggalakkan
perubahan diri klien. Setelah melalui beberapa kali sesi kaunseling, klien telah mula
menunjukkan perubahan positif bukan sahaja dari segi pemikiran, bahkan tingkah laku dan
emosi di samping boleh berfungsi kembali secara normal dalam kehidupannya.

1.0 Pengenalan

Tekanan yang dihadapi oleh seseorang individu merupakan satu pengalaman atau kejadian
yang boleh mendatangkan gangguan ke atas pemikiran, perasaan dan aktiviti seharian.
Lessard (1998) mendapati bahawa tekanan bukan sahaja dialami oleh orang dewasa,
malahan turut dialami oleh pelajar universiti. Ini kerana universiti merupakan persekitaran
unik yang seringkali menuntut pelajar menyeimbangkan pelbagai peranan dan tugas yang
perlu dilaksana oleh mereka. Walaupun pelajar universiti sering terdedah kepada tekanan,
tetapi tahap tekanan yang dihadapi adalah berbeza antara sesama mereka (Goplerud, 2001).
Oleh itu, tekanan tidak selalunya memburukkan di mana ianya bergantung kepada tindak
balas individu terhadap faktor-faktor yang menyumbang tekanan.

Namun begitu, tekanan yang dihadapi boleh mengganggu secara serius kehidupan seharian
individu sekiranya tidak diatasi. Maka, adalah penting bagi seseorang kaunselor
mengenalpasti punca tekanan klien serta teknik dan kaedah yang digunakan dalam sesi
kaunseling agar klien dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi dan seterusnya
membantu kaunselor dalam meningkatkan keberkesanan proses kaunseling.

Justeru, Terapi Rasional Emotif Tingkah laku (REBT) yang merupakan salah satu terapi
kognitif tingkah laku boleh digunakan oleh kaunselor dalam sesi kaunseling bagi membantu
klien yang mengalami tekanan. Berdasarkan REBT, isu utama kepada seseorang individu
yang mengalami tekanan ialah bagaimanakah gangguan persekitaran boleh menghasilkan
tekanan. Individu itu sendiri yang menjadi penyebabnya iaitu hasil daripada kepercayaan
tidak rasional; bukan peristiwa yang dialaminya (Abrams & Ellis, 1994). Oleh demikian,
tekanan sebenarnya tidak wujud secara bersendirian di mana ianya wujud berdasarkan
persepsi dan tindakbalas individu yang mengalaminya. Dalam REBT, peristiwa yang dialami
(A) adalah lebih ketara berbanding sistem kepercayaan individu (B) terhadap reaksi tekanan
di mana individu yang mengalaminya akan kurang berusaha untuk menanganinya.
Sebaliknya, mereka lebih cenderung menyalahkan peristiwa (A) sebagai penyebab kepada
tekanan yang dihadapi dan akhirnya akan memberikan kesan negatif kepada emosi (C).

Maka, tekanan dapat dikurangkan melalui cara pemikiran seseorang individu yang
merupakan asas kepada rawatan REBT terhadap sebarang tekanan atau kebanyakan
gangguan emosi. Individu yang mengalami tekanan akan dibantu oleh kaunselor mengubah
falsafah, sikap dan sistem kepercayaan mereka yang menyebabkan gangguan. Kaunselor
juga akan membuktikan bahawa peristiwa yang dialaminya bukan penyebab kepada
gangguan psikologikal dan fisiologikal tetapi sistem kepercayaan tersebut. Justeru, kertas
kerja ini dibincangkan adalah untuk memahami bagaimana REBT boleh diaplikasikan dalam
sesi kaunseling terhadap klien yang mengalami tekanan.

2.1 Model ABCDE - REBT

Asas teori untuk kajian kes ini ialah Terapi Rasional Emotif Tingkah laku (REBT). Teori ini
telah diperkenalkan oleh Albert Ellis, seorang ahli psikologi klinikal pada tahun 1955 yang
lebih dikenali sebelumnya sebagai Terapi Rasional Emotif (RET). Teori ini mengandungi
beberapa komponen utama seperti falsafah, asas dan konsep teoritikal. Komponen utamanya
ialah Model ABCDE yang menjadi asas terhadap konsep kepercayaan tidak rasional serta
gangguan emosi dalam REBT.

Tiga bahagian utama utama dalam Model ABCDE terdiri daripada peristiwa yang berlaku (A),
sistem kepercayaan (B) serta kesan emosi dan tingkah laku (C). ‘A’ mewakili sesuatu
peristiwa yang menyebabkan seseorang individu mengalami gangguan dan tekanan di mana
ianya boleh terdiri daripada semua kesimpulan, interpretasi dan persepsi terhadap sesuatu
peristiwa (Ellis & Dryden, 1997). Manakala, ‘B’ mewakili sistem kepercayaan seseorang
individu atau proses pemikiran terhadap sesuatu peristiwa yang berlaku. Grieger dan Woods
(1993) menerangkan bahawa sistem kepercayaan merupakan sebuah program perisian
individu (B) yang dicetuskan oleh sesuatu peristiwa (A). Sistem kepercayaan boleh terdiri
daripada kepercayaan rasional atau kepercayaan tidak rasional. Kepercayaan tidak rasional
merupakan sebarang permintaan atau tuntutan yang bersifat tidak logik, rigid serta tidak
konsisten dengan realiti. ‘C’ pula merupakan kesan kognitif, emosi dan tingkah laku individu
terhadap sesuatu peristiwa yang berlaku seperti apa yang dirasai, difikirkan dan dilakukan
apabila berhadapan dengan ‘A’. Ianya boleh menghalang kepada penyelesaian masalah dan
pencapaian matlamat klien seperti rasa marah, bimbang, bersalah, kecewa, malu dan
sebagainya. Aspek kognitif, emosi dan tingkah laku ini saling bergantungan antara satu sama
lain.

Ellis (1991) menegaskan bahawa peristiwa yang berlaku (A) bukanlah penyebab kepada ‘C’.
Sebaliknya, kepercayaan seseorang individu terhadap peristiwa yang berlaku dalam
kehidupan menyebabkan terhasilnya kesan tersebut (C). Namun begitu, kebanyakan individu
lebih memikirkan bahawa peristiwa tersebutlah yang menyebabkan tekanan. Dalam proses
membantu klien, kaedah untuk mencabar dan berhujah kepercayaan tidak rasional (D) serta
pembentukan falsafah dan kesan yang baru (E) adalah matlamat utama REBT. Proses
mencabar dalam REBT akan melibatkan tiga peringkat iaitu mengesan, menghujah dan
membezakan. Justeru, sekiranya individu berjaya mengubah kepercayaan tidak rasional
kepada kepercayaan rasional terhadap sesuatu peristiwa, maka secara tidak langsung,
mereka juga berjaya mengubah perasaan dan tingkah laku. Rajah 1 menerangkan interaksi
komponen utama bagi Model ABCDE.

Rajah 1 : Model ABCDE

A (peristiwa) B (kepercayaan) C (kesan emosi & tingkah laku)

D (intervensi mencabar) E (kesan)

Bagi menerangkan secara terperinci kepercayaan tidak rasional seseorang individu, Ellis
pada peringkat awalnya telah menerangkan sebelas kategori kepercayaan tidak rasional
(Ellis, 1962). Walau bagaimanapun, kajian-kajian berikutnya telah mengenalpasti empat
kategori proses kepercayaan tidak rasional yang dirujuk sebagai “teras kepercayaan tidak
rasional” iaitu Pendesakan, Sangat Teruk, Toleransi Kekecewaan Rendah dan Penilaian
Menyeluruh (Ellis, 1994; Walen, DiGiuseppe & Dryden, 1992).

Pendesakan merupakan kepercayaan rigid di mana seseorang individu secara dogmatiknya


mementingkan “mesti” atau “tidak mesti” terhadap sesuatu keadaan yang wujud (Dryden,
2003). Manakala, Sangat Teruk merupakan kepercayaan yang ekstrem hasil daripada
tuntutan individu yang tidak dapat dipenuhi (Ellis, 1994). Dryden (2003) merujuknya sebagai
persepsi terhadap sesuatu situasi atau peristiwa sebagai “melebihi daripada 100% teruk”
serta memperbesar-besarkan sesuatu peristiwa. Toleransi Kekecewaan Rendah (TKR)
merupakan satu kepercayaan ekstrem di mana individu melihat dirinya sebagai tidak dapat
bertoleransi atau bertahan langsung dengan sesuatu situasi yang berlaku hasil daripada
daripada tuntutan yang tidak dapat dipenuhi (Ellis & Dryden, 1997).

Penilaian Menyeluruh pula mewakili idea atau kepercayaan ekstrem yang telah
digeneralisasikan secara negatif terhadap diri, orang lain dan kehidupan hasil daripada
daripada tuntutan yang tidak dapat dipenuhi.

2.2 Kajian lepas

Kajian Schill et al. (1982) bertujuan melihat kesan kepercayaan tidak rasional dengan
tekanan dalam kehidupan di kalangan pelajar kursus psikologi. Soal selidik Irrational Beliefs
Test (Jones, 1969), Skala Kemurungan dan Inventori Pengalaman Kehidupan telah
digunakan. Berdasarkan skor IBT dan skala kemurungan, subjek kajian telah dibahagikan
kepada kelompok yang mempunyai pengurusan tekanan yang efektif dan sebaliknya.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan signifikan antara pelajar lelaki
dan perempuan dari segi kepercayaan tidak rasional. Pengkaji membuat kesimpulan bahawa
kelompok yang mempunyai pengurusan tekanan yang efektif mempunyai kepercayaan tidak
rasional yang rendah berbanding kelompok yang pengurusan tekanannya kurang efektif.

Kajian Smith et al. (1984) bertujuan mengkaji kesan pembolehubah kepercayaan tidak
rasional terhadap hubungan antara perubahan dalam kehidupan serta tekanan fizikal dan
psikologikal. Dapatan kajian menunjukkan bahawa individu yang mempunyai kepercayaan
tidak rasional yang tinggi adalah lebih mudah mengalami kesan negatif apabila terdedah
kepada tekanan berbanding dengan individu yang rendah kepercayaan tidak rasionalnya.
Tahap kepercayaan tidak rasional juga mempengaruhi hubungan antara perubahan dalam
kehidupan dan tekanan fizikal seseorang individu.

Kajian Jacofsky (2005) terhadap 667 orang pelajar di sebuah universiti bertujuan
mengenalpasti potensi peranan kepercayaan tidak rasional sama ada bertindak sebagai
‘mediator’ atau ‘moderator’ antara pembolehubah punca stres dan tahap ketegangan stres.
Subjek kajian diminta melengkapkan alat ukur Graduate Student Beliefs dan Psychological
Student Stress. Hasil kajian menunjukkan bahawa kepercayaan tidak rasional didapati
bertindak sebagai ‘mediator’ antara kedua pembolehubah berkenaan iaitu GPA dan
perkahwinan dengan tahap ketegangan stres.

Dilorenzo et al. (2006) telah melaksanakan kajian terhadap 99 orang pelajar di sebuah kolej
semasa permulaan semester dan sebelum peperiksaan pertengahan tahun. Kajian ini
bertujuan mengenalpasti sama ada terdapat hubungan antara kepercayaan tidak rasional
dengan tahap tekanan di kalangan pelajar. Subjek kajian diminta melengkapkan soal selidik
Attitudes & Belief Scales II dan Profile of Mood States-Short Version. Hasil kajian
menunjukkan bahawa ciri Pendesakan, Sangat Teruk, Toleransi Kekecewaan Rendah dan
Penilaian Menyeluruh mempunyai hubungan terus dengan tahap tekanan (p<0.05).
Manakala, ciri Sangat Teruk, Toleransi Kekecewaan Rendah dan Penilaian Menyeluruh
bertindak sebagai pengantaraan antara hubungan Pendesakan dan tekanan di mana ianya
selaras dengan pendekatan REBT.

3.0 Metodologi Kajian

Data-data atau maklumat klien telah diperolehi selepas setiap kali sesi kaunseling individu
dilaksana oleh kaunselor terhadap klien. Klien merupakan seorang pelajar universiti yang
hadir mengadakan sesi kaunseling individu secara sukarela. Klien merupakan pelajar
perempuan dalam bidang pendidikan yang mempunyai prestasi pencapaian akademik yang
baik sepanjang pengajian di universiti. Kaunselor telah membuat pemerhatian terus dan
mencatatkan hasil dapatan perkembangan klien dalam borang laporan kaunseling yang telah
disediakan khas.

4.0 Dapatan Kajian

Dapatan kajian ini dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian pertama menyentuh tentang
latar belakang permasalahan klien secara ringkas tanpa mendedahkan maklumat peribadi
klien dalam penulisan ini. Bahagian dua pula mengkaji tentang punca klien menghadapi
tekanan berdasarkan kepercayaan tidak rasional dalam REBT dan bahagian tiga
membentangkan teknik dan kaedah REBT yang diguna oleh kaunselor dalam kes klien.

4.1 Latar belakang Permasalahan Klien

Klien telah mengalami satu peristiwa (A) dimarahi dan ditengking oleh Guru Penolong Kanan
di hadapan pelajar kelasnya kerana gagal mengawal kebisingan kelas pada hari pertama
menjalani latihan praktikum di sekolah. Klien berasa sangat tertekan dan kecewa (C). Apabila
diminta mengenalpasti tahap tekanannya (skala 1-10) dalam sesi kaunseling, klien
meletakkan tahap tekanannya adalah pada skala 7. Klien juga telah berubah secara
mendadak daripada bersikap esktrovert kepada introvert. Selepas tamat latihan praktikum,
klien lebih suka mengasingkan diri daripada rakannya dengan mengurungkan diri di dalam
bilik, tidak hadir kuliah serta kehilangan selera makan. Klien juga pernah memikirkan untuk
berhenti daripada meneruskan pengajian dalam bidang pendidikan kerana merasakan dirinya
tidak layak lagi untuk menjadi seorang pendidik.

4.2 Punca Klien Mengalami Tekanan Berdasarkan Kepercayaan Tidak Rasional Dalam REBT

Terdapat beberapa pandangan REBT yang boleh dikaitkan dengan kes ini. Tingkah laku klien
yang berubah daripada ekstrovert kepada introvert adalah selaras dengan pandangan REBT
bahawa manusia berkecenderungan ‘merosakkan diri’ mereka (self destructive).
Kepercayaan tidak rasional klien telah diperkukuhkan dengan ulangan kendiri (self repetition)
dan kenyataan diri (self-statement) yang tidak rasional sehingga menimbulkan tekanan pada
dirinya. Ellis (1997) menyatakan bahawa jika keterlaluan dan tidak dapat berfungsi dengan
baik, individu boleh mengalami penyakit neurosis atau psikosis. Walau bagaimanapun,
pemikiran, perasaan dan tingkah laku klien masih normal kerana beliau lekas menyedari
tekanan yang dihadapinya perlu diatasi dengan berjumpa kaunselor. Keadaan ini selaras
dengan prinsip REBT bahawa manusia berkeupayaan mengubah proses kognitif, emosi dan
tingkah laku mereka. Justeru, kaunselor sentiasa berfikiran positif bahawa klien boleh
melakukan perubahan tersebut dengan membantunya mengenalpasti kepercayaan-
epercayaan tidak rasionalnya.

Terdapat empat jenis kepercayaan tidak rasional yang telah dialami oleh klien sehingga
dirinya berasa tertekan. Bagi ciri Pendesakan, tekanan semakin dihadapi oleh klien apabila
beliau meletakkan ekspetasi yang tinggi agar berjaya sepenuhnya apabila menjalani latihan
praktikum di sekolah. Tuntutan klien ini mempunyai kaitan dengan kecenderungan individu
yang menganggap sesuatu perkara itu sebagai “mesti”, “sepatutnya” atau “seharusnya”
berlaku sehingga melahirkan perasaan kecewa dan marah terhadap diri sendiri apabila tidak
berjaya dicapai. Contohnya, “Saya mesti berkhidmat dengan cemerlang sepanjang menjalani
latihan praktikum nanti.”

Manakala, ciri Sangat Teruk yang merupakan kecenderungan individu memperbesarbesarkan


masalahnya atau melihatnya secara dramatik turut dialami oleh klien. Klien merasakan
sesuatu yang sangat teruk, memalukan dan catasthropic apabila dimarahi dan ditengking
oleh guru berkenaan pada hari pertama di sekolah. Keadaan ini bukan sahaja telah
meningkatkan tekanan diri klien, bahkan kesukaran beliau dalam menyelesaikan masalah.
Contohnya, “Saya rasa teruk sangat bila kena marah di hadapan pelajar.” Bagi ciri Toleransi
Kekecewaan Rendah, sikap klien yang tidak boleh bertoleransi dan bertahan langsung
terhadap peristiwa tersebut telah menyebabkan ianya dimanifestasikan dalam bentuk
kepercayaan tidak rasional apabila kembali ke universiti. Contohnya, “Saya tidak tahan
langsung apabila dimarahi dan ditengking oleh guru tersebut.”

Klien juga cenderung meletakkan harga dirinya pada tahap yang paling rendah sedangkan
pada hakikatnya klien seorang pelajar yang mempunyai tahap pencapaian akademik yang
baik. Keadaan ini selaras dengan ciri Penilaian Menyeluruh di mana individu suka
memperkecil-kecilkan dirinya. Ellis (1997) menyatakan bahawa lazimnya, perasaan yang
timbul adalah rasa bersalah. Contohnya, “Semua orang sudah tahu masalah saya”,
“Disebabkan peristiwa tersebut, saya tidak layak langsung menjadi seorang guru.” Tindakan
klien yang telah membuat satu generalisasi bahawa dirinya telah gagal dalam latihan
praktikum; sedangkan pada hakikatnya keputusan praktikum klien adalah lulus menunjukkan
kepercayaan tidak rasional klien.

4.3 Teknik dan Kaedah Berdasarkan Aplikasi REBT

Dalam kes ini, kaunselor telah memfokuskan penyelesaian masalah secara bekerjasama
dengan klien serta penstrukturan proses yang melibatkan kenalpasti masalah utama,
pembentukan matlamat klien, penggunaan Model ABCDE untuk menilai masalah klien serta
mengenalpasti dan mencabar kepercayaan tidak rasional klien. Ellis (1994) menyatakan
bahawa fokus utama REBT adalah bagaimanakah masalah semasa klien masih
menimbulkan gangguan berbanding bagaimanakah masalah klien diperolehi. Walaupun tiada
halangan bagi klien membincangkan peristiwa silamnya, tetapi REBT lebih menggalakkan
klien belajar menghubungkaitkan peristiwa silamnya dengan masalah semasa. Kesungguhan
klien untuk berubah serta menyedari keadaan dirinya yang semakin tidak terurus telah
memudahkan kaunselor membantu klien dalam kes ini.

Setelah klien dibantu mengenalpasti dan memahami gangguan emosi dan tingkah laku yang
dihadapinya, kaunselor membantu klien membentuk matlamat yang realistik berdasarkan
aspek emosi, tingkah laku dan kognitif. Klien ingin kembali menjadi seorang pelajar yang
bersifat ekstrovert di samping menumpukan kembali perhatian terhadap pembelajarannya.
Justeru, pendekatan REBT yang digunakan oleh kaunselor adalah bersifat multimodal dan
bersepadu iaitu menggunakan pelbagai teknik kognitif, emotif dan tingkah laku bagi
mengubah sistem kepercayaan tidak rasional klien dalam kes ini seperti berikut:

Kaedah Kognitif REBT

I.Teknik Terapeutik – Kognitif


Analisis Kepercayaan rasional dan tidak rasional
Pertikaian fikiran dan kepercayaan tidak rasional
Memimpin ke arah kesedaran mengubah fikiran
Mencabar klien ke arah pandangan hidup yang realistik
Kerja-kerja rumahVERBATIM:TEKNIK KOGNITIF
Kaunselor:Mengapa saudara mesti mengembirakan keluarga saudara?
CG:Kita hidup ni mestilah gembira. Siapa dalam dunia ni tak suka gembira. Kalau saya tak
mengembirakan keluarga saya, saya rasa bersalah. Saya adalah ketua keluarga. Itu
tanggungjawab saya.
Kaunselor:Jadi keluarga saudara sekarang ni......gembiralah?
CG:Itulahmasalahnya kaunselor. Untuk menjadi gembira kita kena kerjakeras.......tidak boleh
putus asa.......walau apa terjadi mesti terus ke depan......mesti terus baru berjaya......baru
boleh gembira...... betul tak!.
Kaunselor:Jadi apa yang telah saudara buat?
CG:Saya sekarang ni seorang jurujual. Tapi jualan saya slow sangat dan
keluarga saya tak gembira.
Kaunselor:Apakah makna gembira pada pandangan saudara?
CG:Gembira pada pandangan saya adalah orang yang selalu senyum.....memiliki
kemewahan.........dan mempunyai kerjaya yang stabil.
Kaunselor :Adakah keluarga saudara mahukan keadaan saperti yang saudara katakan?
CG :Tak tahulah kaunselor saya tak pasti. Saya nak juga mereka gembira walaupun
mereka kata sekarang ni ok. Sekarang ni kita ’broke’ macamana nak gembira.....kita mesti
ada duit baru gembira, betul tak kaunselor?
Kaunselor:Jadi tiada duit tidak boleh jadi gembira? Kalau bagitu saudara mengatakan orang
miskin ni tidak gembiralah.......kerana mereka tiada kemewahan. Mereka semuanya sekarang
ini dalam keadaan sedihlah.
CG :Saya tak pastilah kaunselor.
Kaunselor:Ok……sebelum kita melangkah jauh lagi dalam terapi
ini…..cuba saudara baca buku ini.
CG :Suruh saya baca pulak! Macam nak pi sekolah pulak kaunselor!
Kaunselor:Bukan bagitu........saya nak saudara baca tentang kebahagiaan rumah tangga.
Dalam buku ni.......menceritakan pengalaman penulis dalam mencapai kebahagiaan rumah
tangga beliau. Saudara baca dulu.......dan pada minggu depan kita bincang tentang
pengalaman penulis ini. Ok....
CG :Oklah.......kaunselor.

Intervensi kognitif membantu klien memahami, menilai dan memikirkan tentang


bagaimanakah cara mereka melihat diri sendiri, orang lain serta kehidupan mereka (Wessler
& Wessler, 1980). Antara teknik yang digunakan dalam kes ini ialah kaunselor mengajar
Model ABCDE kepada klien. Ellis (1977) mencadangkan agar Model ABCDE diajar kepada
klien untuk membantunya mencabar kepercayaan tidak rasional serta mengubahnya kepada
kepercayaan rasional. Kaunselor yang tidak mengajar langsung Model ABCDE akan
menyebabkan klien mungkin memikirkan bahawa peristiwa tersebut sebagai punca utama
kepada gangguan perasaan mereka (Dryden & Neenan, 2004). Justeru, sebelum kaedah
mencabar dilakukan, kaunselor telah memperkenalkan Model ABCDE secara didaktik kepada
klien agar beliau lebih memahami bagaimana tekanan yang dihadapinya adalah disebabkan
oleh sistem kepercayaan tidak rasionalnya. Maklumbalas diperolehi daripada klien bagi
menentukan sejauh manakah pemahamannya terhadap model tersebut.

Selain itu, teknik mencabar (dispute technique) kepercayaan tidak rasional dilakukan oleh
kaunselor dengan menggunakan perkataan dan intonasi suara yang bersesuaian agar klien
berasa tidak terancam. Ianya bertujuan menunjukkan kepada klien bahawa dirinya terganggu
bukan disebabkan peristiwa yang dialaminya, tetapi kenyataan-kenyataan yang dibuat
terhadap peristiwa berkenaan. Melalui kaedah ini, klien diminta membuktikan pemikirannya
berasaskan fakta, logikal dan rasional.

Berdasarkan empat jenis kepercayaan tidak rasional yang dimiliki klien, kaunselor telah
mencabar dan mengajar klien tentang bagaimana mengubahnya kepada kepercayaan yang
rasional iaitu Keutamaan Tidak Dogmatik, Kepercayaan Tidak Sangat Teruk, Toleransi
Kekecewaan Tinggi dan Kepercayaan Terhadap Penerimaan. Klien juga telah diajar
mengubah penggunaan perkataan ‘mesti’ kepada perkataan yang lebih selesa dan tidak
memberikan tekanan seperti “Adalah lebih baik jika saya dapat berkhidmat dengan
cemerlang sepanjang menjalani latihan praktikum”. Kaunselor juga telah memberikan
tugasan kerja rumah kognitif kepada klien. Kaedah ini amat penting dalam REBT bagi
membantu klien membuat perubahan secara mendalam terhadap kepercayaan tidak
rasionalnya serta bercorak re-education yang mementingkan proses pembelajaran kepada
diri klien. Kerja rumah yang diberikan dapat membantu klien bertindak sebagai ‘kaunselor’
kepada dirinya sendiri serta mengurangkan kebergantungan klien terhadap kaunselor
(Dryden & Neenan, 2004). Burns (1989) melaporkan terdapat kolerasi positif yang tinggi
antara tugasan kerja rumah berbentuk kendiri dengan peningkatan terapiutik. Bagi
meningkatkan pemahaman klien terhadap punca sebenar permasalahannya, RET Self Help
Form telah digunakan dalam kes ini. Klien telah diberi tunjuk ajar dan diminta mengisi borang
tersebut yang mengandungi contoh peristiwa (A), sistem kepercayaan klien (B) dan kesan-
kesan daripada sistem kepercayaan tersebut (C). Borang ini didapati amat membantu klien
mengenalpasti dan mencabar sistem kepercayaan tidak rasionalnya. Klien juga digalakkan
menggunakan RET Self Help Form di luar sesi kaunseling sebagai tugasan kerja rumah
sekiranya berhadapan dengan situasi tekanan dan seterusnya diperbincangkan dalam sesi
kaunseling yang berikutnya.

Kaedah Emotif REBT

II.Teknik Terapeutik – Emotif


Menggunakan imej secara rasional emotif
Memainkan peranan (role playing)
Latihan mencabar
Menggunakan paksaan dan ketabahan

VERBATIM:TENIK EMOTIF
Kaunselor:Saudara rasa sedih kalau keluarga saudara tidak gembira
CG :Ya...bagitulah......saya rasa bersalah.......tidak tenang......dalam pemikiran
saya senentiasa mencari jalan untuk mengembirakan keluarga saya.
Kaunselor:Jadi saudara menganggapkan bahawa kesedihan itu satu kesalahan besar?
CG:Saya tak pasti orang lain tapi saya rasa bersalah jika mereka tidak gembira
kaunselor.
Kaunselor;Kenapa saudara rasa bersalah sekiranya mereka tidak gembira?
CG:Kerana saya bertanggungjawab ke atas mereka.
Kaunselor:Bagus tu.......cerita tentang tanggungjawab ni......adakah saudara telah
menunaikan tanggungjawab saudara kepada keluarga saudara.
CG:Apa maksud kaunselor.
Kaunselor:Tanggungjawab kita ke atas keluarga seperti memberi makan yang
sempurna..........tempat tinggal yang selamat........persekolahan anak-anak yang termampu,
rekreasi bagi mewujudkan kemesraan..........pakaian yang bersesuaian dan banyak lagi.
CG:Ya......itulah yang saya nak buat.......tapi sebelum tu kita kena kerja keras dulu.
Kaunselor:Betul tu saudara......tapi buat permulaan saudara perlu kerja keras ke arah perkara
yang saya cakapkan tadi. Perkara asas dalam rumah tangga perlu didahulukan. Sekiranya
perkara asas tidak ada.......bagaimana perkara lain nak berkembang. Nak bina rumah pun
perlu ada ’foundation’ atau asasnya dulu barulah boleh bina yang lain saperti dinding
dan sebagainya. Betul tak?
Kaunselor:Saudara ni mementingkan diri sendiri saja......sebenarnya saudara tidak kesah
tentang perasaan keluarga saudara.....perasaan isteri dan anak saudara...........saudara
hanya pentingkan perasaan saudara saja nampaknya.
CG:Eh.....tidak bagitu kaunselor saya pentingkan perasan keluarga saya.....sebab tu saya
bekerja keras untuk mengembirakan mereka.
Kaunselor:Tetapi persoalan saya adakah mereka gembira sekarang ni?
CG:Tidak kaunselor.......tapi kita harus bekerja keras untuk gembira.
Kaunselor:Adakah keluarga saudara setuju dengan rancagan saudara.....jika mereka tidak
setuju bermakna.......mereka tidak gembira.....kita perlu berbincang dan
mengdengar perasaan keluarga kita tentang kegembiraan itu.Perbincangan ini akan
menjadikan pemikiran kita lebih waras. Kita mesti faham tentang konsep gembira. Wang dan
ringgit bukan segala-galanya. Sekiranya kita ditakdirkan jadi orang miskin......tidak
semestinya kita tidak boleh jadi gembira. Ada pelbagai cara untuk bergembira....
CG:Kalau tiada duit kita boleh buat apa kaunselor
Kaunselor:Kita buat ikut kemampuan kita......apa yang ada pada kita sekarang.......sekiranya
kita melangkaui kemampuan itulah yang menyebabkan keluarga kita kesusahan. Mungkin
saudara boleh lalui kesusahan ini......tetapi keluarga saudara......saya percaya tidak
mampu.....mereka mengalami perasaan kebimbangan dan gangguan emosi ...........dan gejala
ini boleh menyebabkan perkara yag tidak diingini berlaku..........sudah jatuh
ditimpa pulak nanti.
CG:Jadi apa perlu saya buat kaunselor.
Kaunselor:Apabila saudara pulang ke rumah nanti........tanya perasaan keluarga saudara
tentang rancangan saudara. Cuba hayati perasaan mereka.........adakah perasaan tersebut
baik atau buruk untuk keluarga saudara.......seterusnya berkata dalam fikiran saudara duit
bukan segalanya untuk mengembirakan keluarga saya. Kalau boleh hilangkan niat untuk
mengejar duit banyak dahulu. Kejar duit yang berpatutan dahulu. Untuk mengejar cita-cita
saudara ianya boleh difikirkan kemudian apabila keluarga saudara dah stabil dari segi
perasaan..........dan merasakan idea saudara boleh dilaksanakan.
CG:Ok.....saya akan cuba dulu kaunselor.
Kaunselor:Saudara tidak boleh kata cuba……..saudara patut cakap saya akan buat......right
away.......kalau tidak saudara tidak akan berjaya mengembirakan keluarga saudara......maka
perasaan bersalah saudara tidak akan hilang.

Antara kaedah emotif yang diaplikasi dalam kes ini ialah terima tanpa syarat (unconditional
accept). Pada peringkat awal sesi, kaunselor telah menerima diri klien seadanya dengan
tidak menilai dan berprasangka serta bersikap kongruen di mana ciri ini adalah penting dalam
REBT. Secara tidak langsung, ianya membantu klien untuk menerima dirinya sendiri
(unconditional self-acceptance). Ianya juga merupakan satu ciri positif bagi klien berusaha ke
arah peningkatan penghargaan kendiri serta tidak menyalahkan diri sendiri (Dryden &
Neenan, 2004). Klien telah diberikan pemahaman oleh kaunselor bahawa setiap individu
pernah melakukan kesilapan dan tidak kesemuanya adalah sempurna.
Teknik gambaran rasional-emotif (rational-emotive imagery) merupakan teknik agak popular
di kalangan pengamal REBT bertujuan membantu klien berhadapan dengan sesuatu situasi
tekanan. Ianya satu bentuk latihan mental bagi membina perasaan-perasaan baru di mana
klien akan membayangkan bagaimana mereka berfikir, berperasaan dan bertingkah laku
hampir sama dengan situasi sebenar (Maultsby, 1984). Dalam kes ini, kaunselor
telahmeminta klien menutup matanya dengan membayangkan peristiwa dimarahi dan
ditengking oleh guru tersebut serta merasai apa yang telah dilaluinya sebelum ini berserta
kepercayaan tidak rasionalnya. Dengan masih membayangkan situasi yang sama, klien telah
diminta mengubah perasaan dan kepercayaan tidak rasionalnya kepada kepercayaan
rasional.

Kaunselor menggalakkan klien melakukan latihan sebegini pada bila-bila masa sahaja di luar
sesi kaunseling sehingga ia menimbulkan kesedaran dan dapat menyelesakan perasaan
klien sendiri. Apabila klien berjaya mengubah perasaan tersebut kepada perasaan yang lebih
sesuai dan positif, bermakna klien telah mengubah tingkah laku dan pemikirannya dalam
situasi tersebut. Pengukuhan diberikan agar klien terus berkeyakinan dalam melakukan
perubahan.

Kaedah Tingkah laku REBT

III. Teknik Terapeutik – Tingkah Laku


Pendedahan (exposure)
Latihan menggempur malu (shame attacking exercise)
Mengambil risiko
Kerja-kerja rumah (homework)

VERBATIM:TEKNIK TINGKAHLAKU
Kaunselor:Saudara Chris, saudara melihat kegembiraan dengan adanya kekayaan. Saudara
bagitu optimistik dengan pandangan saudara. Saya rasa ada betulnya.......Tetapi saudara
pastikah kekayaan itu boleh membawa kebahagiaan.
CG:Sudah tentulah kaunselor depa dok tersenyum saja tentunya ok.....lagipun kerja
broker ni tidak perlu kelulusan tinggi. Hanya jalani latihan ’internship’ selama 6 bulan di
syarikat mereka tanpa gaji dan selepas tu boleh bekerja dengan mereka. Saya sangat yakin
saya boleh berjaya dapat duit banyak dengan pekerjaan ini.
Kaunselor:Sebelum ini saudara mengatakan saudara tiada duit.......tapi saudara sanggup
menerima tawaran latihan selama 6 bulan tanpa gaji......jadi bagaimana tu?
CG:Saya merasa yakin sebab saya lihat ramai orang di syarikat broker tersenyum dan
bahagia........dan mereka mewah.
Kaunselor:Sudahkah saudara bertanyakan kepada isteri saudara tentang perkara ini.
CG:Sudah.....tapi dia tidak setuju......dia tidak faham...untuk menjadi gembira kita perlu ada
duit dan kerja keras. Kami bertengkar dan perkara itu habis bagitu saja.
Kaunselor:Tahukah saudara mengapa isteri saudara tidak setuju dengan rancangan
saudara . Saudara sudah tanya apakah isteri saudara bersetuju dengan kepercayaan
saudara.......berkemungkinan isteri saudara rasa gembira walaupun tanpa duit yangbanyak.
CG:Itu saya tidak pastilah.....
Kaunselor:Ok beginilah saudara......selepas ini kita akan pergiberjumpa dengan seorang
broker yang telah berjaya dan berduit banyak. Kita akan mengdengar cerita beliau tentang
apa yang telah berlaku kepada keluarga beliau dalam mengejar cita-cita mendapatkan duit
yang banyak.
Teknik tingkah laku digunakan bagi membantu klien berhadapan dengan sesuatu situasi yang
ditakuti atau ingin dielakkan oleh mereka. Menurut Fried & Golden (1989) dalam Abrams &
Ellis (1994), antara kaedah yang sering digunakan oleh pengamal REBT ialah teknik rileksasi.
Dalam kes ini, klien bukan sahaja menunjukkan pemikiran, perasaan dan tingkah laku negatif,
bahkan reaksi-reaksi fisiologikal dan psikologikal seperti ketegangan otot terutama pada
bahagian leher, kepala dan terdapat ‘ulser’ di bahagian mulutnya. Latihan relaksasi telah
digunakan pada peringkat awal sesi kaunseling bagi mengurangkan ketegangan klien dengan
melibatkan pengenduran ketegangan otot. Klien digalakkan menggunakan teknik ini di luar
sesi kaunseling apabila mengalami tekanan.

Tugasan kerja rumah tingkah laku perlu dilakukan oleh klien dalam situasi kehidupan sebenar
bagi menggalakkan sesuatu tingkah laku yang baru (Ellis & Dryden, 1997). Klien telah diminta
melaksanakan kerja secara praktikal iaitu mengambil risiko dengan memberanikan dirinya
pergi ke fakulti bertujuan melihat reaksi pelajar dan pensyarah terhadapnya. Walau
bagaimanapun, klien tidak melaksana sebarang tindakan kerana masih berasa ragu-ragu.
Dalam sesi kaunseling berikutnya, kaunselor terus memberinya galakan untuk mencuba
sekali lagi tetapi ditemani oleh rakan baiknya.

Hasilnya, klien telah memaklumkan bahawa tiada sesiapapun yang menyindir atau
mentertawakannya. Sebaliknya, terdapat pelajar yang menyapa dan bertanya khabar tentang
dirinya dan ada juga yang langsung tidak mempedulikannya. Oleh kerana kaedah ini tiadanya
pemantauan terus daripada kaunselor, maka RET Self Help Form telah digunakan di mana
klien perlu mengisinya setiap kali melaksanakan tindakan dan seterusnya membincangkan
apa yang telah dipelajari dalam sesi kaunseling, terutama apabila klien kadang-kala masih
berfikir secara tidak rasional terhadap isu yang dihadapinya.
KELEBIHAN DAN SUMBANGAN
Meningkatkan kesedaran tentang pengaruh fikiran
Fokus kepada proses pemikiran
Mengubah struktur kognisi seseorang
Model ABC dan Intervensi
Kebaikan aktiviti dan latihan REBT
Meneruskan terapi sendiri
Pendekatan yang efisien dan terus
Prevensi dan psikopendidikan

B. LIMITASI
Pendekatan filosofikal - berkecenderungan mempraktik secara lemah
Keperbezaan persepsi antara terapis dan klien
Ketiadaan perhubungan rapport
Risiko
Masalah klien
Klien tidak bekerjasama

5.0 Kesimpulan

Model ABCDE yang digunakan dalam pendekatan REBT dapat membantu seseorang
kaunselor dalam menganalisis dan mengenalpasti kepercayaan tidak rasional seseorang
klien yang berhadapan dengan tekanan. Selain itu, teknik dan kaedah REBT yang
menekankan ketiga-tiga komponen tingkah laku, kognitif dan emotif jelas menunjukkan
bahawa ianya satu pendekatan yang mempunyai keistimewaan tersendiri serta berbeza
dengan pendekatan lain yang hanya memfokuskan kepada satu-satu komponen sahaja.
Teknik REBT lain yang boleh diguna oleh kaunselor yang berminat dengan pendekatan ini
ialah menggalakkan klien membaca buku REBT, mendengar kembali kaset rakaman sesi
kaunseling, penggunaan lagu jenaka, main peranan, shame-attacking exercise serta
penghapusan deria bersistematik (Ellis & Dryden, 1997). Selepas mengikuti beberapa kali
sesi kaunseling, klien telah menunjukkan perubahan positif dari segi kognitif, emosi dan
tingkah laku. Peranan kaunselor yang lebih bersifat aktif, mengajar dan memberikan galakan
serta komitmen klien untuk mencapai matlamatnya banyak membantu terhadap kejayaan
sesi kaunseling. Justeru, pendekatan REBT yang juga dikenali sebagai self-help therapy oleh
kebanyakan ahli psikologi adalah sesuai dan boleh digunakan bagi membantu klien
mengurangkan tekanan dengan memfokuskan kepada kepercayaan tidak rasional klien.

Rujukan
Abrams, M. & Ellis, A. (1994). “Rational Emotive Behaviour Therapy in the Treatment of
Stress.” British Journal of Guidance and Counselling. 22. 39 - 49.

Dilorenzo, T.A., David, D., & Montgomery, G.H. (2006). “The Interrelations Between
Irrational Cognitive Process and Distress In Stressful Acdemic Settings.” Personality
and Individual Differences . 42. 765-776.

Dyrden, W. (2003). “Rational Emotive Behaviour Therapy: Theoretical Developments.


Hove & New York : Brunner- Routledge.

Dryden, W. & Neenan, M. (2004). “The Rational Emotive Behavioural Approach to


Therapeutic Change.” Sage Publications Ltd.

Ellis, A. & Bernard, M.E. (1986). “What Is Rational Emotive Therapy?” Handbook of
Rational Emotive-Therapy. New York & Springer.

Ellis, A. & Dryden, (1997). “The Practice of Rational Emotive Therapy.” NY: Springer.

Ellis, A. (1994). “Reason and Emotion in Psychotherapy.” Secaucus, NJ: Birch Lane Press.

Goplerud, E.N. (1980). “Social Support and Stress During the First Year of Graduate
School.” Professional Psychology : Research & Practice. 11(2). 283-290.

Grieger, R. & Woods, P. (1993). “The Rational Emotive Therapy Companion.” Roanoke,
VA: The Scholars Press.

Jacofsky, M.D. (2005). “Mediating and Moderating Effects of Irrationality on Stress in


School Psychology Students.” Dissertation Abstracts International.

Lessard, J.J.(1998). “Adolescent Stress an Workload : From Bamboo Seed to Flying.”


Guidance & Counseling. 14. 15-19.
Schill, T., Adams, A.E., & Ramaniah, N. (1982). “Coping with Stress and Irrational
Beliefs.” Psychological Reports. 51. 1317-1318.

Smith, T.W., Boaz, T.L. & Denney, D.R. (1984). “Endorsement of Irrational Beliefs as a
Moderator of the Effects of Stressful Life Events.” Cognitive Therapy and Research.
8(4). 363-370.

Walen, S.R., DiGuiseppe, R., & Dryden, W. (1992). “A Practitioner’s Guide to Rational-
Emotive Therapy.” New York : Oxford University Press.

Wessler, R.A. & Wessler, R.L. (1980). “The Principles and Practice of Rational-Emotive
Therapy.” San Francisco : Jossey-Bass.

Anda mungkin juga menyukai