Anda di halaman 1dari 4

PENGENALAN BORIA

Boria adalah sejenis teater yang amat popular di negeri utara Malaysia, terutama Pulau
Pinang. Persembahan boria mempunyai dua segmen iaitu lakonan (lawak jenaka) dan nyanyian.
Kedua-dua segmen ini saling bergantung di antara satu sama lain dalam menentukan mutu
persembahan. Pada asalnya, para pelakon boria adalah lelaki sahaja. Watak wanita yang timbul
akan dilakonkan oleh seorang lelaki yang memakai pakaian wanita sambil merendahkan
suaranya agar tidak selantang suara lelaki. Lakonan akan dipenuhi dengan lawak jenaka yang
sengaja direka untuk menggelikan hati penonton. Jumlah pelakon biasanya enam orang.
Sebaik sahaja babak lakonan berakhir, muzik pula akan dimainkan menandakan
bermulanya bahagian kedua iaitu nyanyian. Si tukang karang iaitu ketua penyanyi dalam setiap
kumpulan, akan mendahului para kelasi (penyanyi/penari latar) masuk ke pentas sambil
memusing musingkan baton di tangan. Nyanyian dimulakan secara solo oleh tukang karang
yang kemudian diikuti oleh korus pihak kelasi.

LATAR BELAKANG BORIA


Secara umumnya asal permainan boria dikaitkan dengan peristiwa Karbala, iaitu peristiwa
pembunuhan Saidina Hussein r.a oleh tentera-tentera Muawiyah bin Abu Suffian. Kematian
Saidina Hussein r.a yang penuh tragik itu diperingati oleh kaum Syiah dengan mengadakan
upacara perkabungan tahunan khusus pada 10hb. Muharam di perkuburannya. Upacara itu
dikenali sebagai takziya.
Dalam upacara ini lakonan dibuat untuk memperingati peristiwa yang menyayat hati itu.
Seorang penyair akan mendendangkan syair-syair mengisahkan Saidina Hussein r.a dikepung
musuh. Bekalan air dan makanan disekat untuk melemahkan Saidina hussien r.a. Apabila
dendangan syair sampai ke episode pembunuhan Saidina Hussien r.a, pengikut-pengikut Syiah
ini akan meratap sambil menjerit dan memukul-mukul badan dengan sekuat hati sehingga
berdarah. Kaum Syiah menganggap perbuatan ini sebagai satu jalan untuk menebus dosa mereka
kerana membiarkan Saidina Hussien r.a menemui ajalnya di tangan tentera-tentera Muawiyah bin
Abu Suffian. Untuk acara akhir pula, mereka mengadakan satu perarakan yang membawa
lambang tangan berwarna merah serta bendera-bendera di sekitar kawasan pekuburan Saidina
Hussien r.a.
Acara tahunan ini mengalami perubahan sedikit demi sedikit dari semasa ke semasa. Syairsyair yang didendangkan tidak lagi berlegar di sekitar pembunuhan Saidina Hussein r.a. malah
telah diselangselikan dengan peristiwa-peristiwa yang terdapat dalam kitab Taurat, Injil serta
cerita rakyat dari timur. Para pengikut mulai berlakon agar dendangan syair menjadi lebih
realistik. Mereka akan melakonkan babak-babak tertentu sejajar dengan syair yang didendangkan
dalam persembahan.

Apabila gerakan Syiah bertukar menjadi pertumbuhan yang berbau politik, teater ini dijadikan
tempat mereka mencari pengaruh. Sambutan hebat didapati di merata tempat setiap kali diadakan
persembahan. Golongan kaya pula membiayai kos persembahan serta mengedarkan minuman
secara percuma untuk menarik perhatian orang ramai. Oleh sebab itulah teater ini dikatakan turut
berkembang selari dengan perkembangan fahaman Syiah. Di mana sahaja terdapatnya kaum
Syiah teater ini pasti wujud. Maka berkembanglah teater ini ke Parsi, India dan seterusnya
menjalar masuk ke Semenanjung Malaysia.

ASAL-USUL PERKATAAN BORIA


Soalnya sekarang ialah bagaimana timbulnya perkataan boria. Sesetengah sarjana
berpendapat bahawa perkataan boria diambil dari perkataan Hindustan yang membawa maksud
tikar.Perkataan ini timbul kerana kumpulan boria ketika itu menggunakan pakaian yang
diperbuat daripada tikar untuk menggambarkan kesengsaraan Saidina Hussein r.a di Karbala
Selain dari itu, ada pula pendapat yang mengatakan perkataan boria berasal dari perkataan
borai. Bori adalah satu kaum yang berasal dari Gujerat, India. Mereka berpindah serta menetap
di Pulau Pinang dan kaum inilah yang dikatakan memulakan permainan boria di Pulau Pinang.
Pendapat lain ada mengatakan bahawa nama boria lahir hasil dari gabungan perkataan bori dan
ria, maka terjadilah boria.

ORGANISASI KUMPULAN
Sesebuah kumpulan boria pada masa dahulu mengandungi 40 hingga 60 orang, termasuk
tauke(penaja), tukang karang,kelasi dan pemuzik. Kesemua ahli terdiri daripada orang lelaki.
Selepas Perang Dunia Kedua barulah terdapat penglibatan wanita dalam kumpulan boria.
Sesebuah kumpulan boria sering kali dibiayai oleh seorang tauke. Mereka bukan sahaja
terdiri daripada orang Melayu,tetapi juga orang Cina yang kaya dan sering menjadi tumpuan
anak-anak muda untuk dipujuk menjadi tauke. Kejayaan mementaskan persembahan boria

menjadi lambing prestij ketika itu.Oleh itu, ketiadaan kumpulan boria dalam sesebuah kampung
atau mukim dianggap sebagai sesuatu yang boleh memalukan penduduk kampung berkenaan.
Selain tauke, orang yang turut memainkan peranan penting dalam kumpulan boria ialah
tukang karang. Seorang tukang karang yang baik mesti berupaya membawakan lagu dengan
sempurna, lantang dan terang. Keupayaannya untuk memilih perkataan yang sesuai, terutama
untuk memuji tuan rumah adalah sesuatu yang sangat diharapkan untuk memancing derma yang
lebih. Sebab inilah tukang karang menjadi nadi penggerak untuk sesebuah kumpulan boria.
Pakaian tukang karang juga agak istimewa daripada ahli-ahli lain dalam kumpulan.

ALAT-ALAT MUZIK

Anda mungkin juga menyukai