Anda di halaman 1dari 18

T a n d a B a c a D a l a m K a r a n g a n | 111

UNIT 8 TANDA BACA DALAM KARANGAN

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda diharapkan dapat: 1. 2. 3. Memahami kepentingan tanda baca dalam karangan Menghuraikan jenis-jenis tanda baca dalam karangan Mempraktiskan teknik menulis huruf besar dan huruf condong

Pengenalan

anda baca merupakan salah satu aspek yang sangat penting dalam menentukan mutu sesebuah penulisan terutamanya penulisan ilmiah. Tanda baca berperanan sebagai tatacara atau peraturan untuk membantu penulis menyusun frasa dan klausa bersesuaian dengan idea yang hendak disampaikan dengan betul. Contohnya, penulis boleh memasukkan tanda titik jika hendak mengakhiri sesuatu idea atau persoalan, menggunakan tanda petik untuk menandakan memisahkan antara satu idea dengan idea yang lain. Selain itu, ia merupakan salah satu alat untuk membantu menyampaikan rasa, perasaan, sikap, emosi, di samping menentukan kejelasan, ketepatan dan penegasan. Walau bagaimanapun, tanda baca yang berlebihan juga akan mencatatkan penulisan ilmiah. Penggunaannya perlulah wajar dan sesuai dengan objektif dan matlamat penulisan. Berikut adalah beberapa tanda baca yang sering digunakan dalam penulisam ilmiah. Titik/Noktah ( . ) Tanda titik atau noktah mempunyai beberapa fungsi: (a) Melengkapkan Ayat Tanda titik berfungsi untuk melengkapkan ayat. Contoh: (i) Atur cara sumber dimasukkan dan disimpan pada cakera kerja.

T a n d a B a c a D a l a m K a r a n g a n | 112

(ii)

Lesitin merupakan sumber asli kolina (kumpulan vitamin B)dalam bentuk phosphatidylcholine (PC).

(b) Kependekan Nama Tanda titik dapat menyatakan kependekan kata. Contoh: (i) (ii) U.T.M T.S.Eliot

(c) Selepas Setiap Nombor Senarai Tanpa Tanda Kurung Tanda titik hendaklah ditulis selepas setiap nombor senarai yang tidak mempunyai tanda kurung. Contoh: (i) (ii) Reka bentuk aturcara yang lebih baik. Kecekapan pengaturcaraan yang bertambah.

(d) Memisahkan Ringgit dan Sen Tanda titik berfungsi untuk membezakan antara nilai ringgit dengan sen. Contoh: (i) (ii) RM 3.70 RM 3000

(e) Menunjukkan Tanda Perpuluhan Tanda titik digunakan untuk menunjukkan tanda perpuluhan. Contoh: (i) (ii) 7.8 peratus 5.4 juta

(f) Tanda Berhenti Tanda titik menunjukkan tanda berhenti. Contoh: (i) (ii) Pisahkan. Selitkan suis toggle.

T a n d a B a c a D a l a m K a r a n g a n | 113

Tanda Koma ( , ) Tanda koma ialah tanda baca yang digunakan untuk menyenaraikan tiga unsur atau lebih. Contoh: (i) Bahagian taip yang disukai oleh pencetak adalah roman, dan serif, serif segi empat sama, skrip, dan khas. Rangkaian komputer membenarkan pengguna yang kedudukan geografinya bertabur untuk berkongsi aturcara data dan peralatan.

(ii)

(a) Koma untuk Ayat Majmuk Tanda koma berfungsi semasa membina ayat majmuk, iaitu memisahkan klausa yang digabungkan dengan ayat utama. Contoh: (i) Keperluan seharian kolina menyamai dua kuning telur, iaitu kira-kira 4000 mg PC atau dua sudu besar lesitin granul dan menyamai 20 kapsul Lecitin 1200 mg. Melalui pengaturcaraan yang baik, sesebuah robot boleh bercakap menggunakan dialog mudah dan dengan sebuah aturcara yang lain, ia mungkin boleh bermain catur dengan anda.

(ii)

(b) Tanda Berhenti Sekejap dalam Penulisan Tanda koma digunakan untuk menandakan berhenti sekejap dalam ayat yang kompleks ataupun ayat panjang. Contoh: (i) Untuk menukar sesuatu sistem nombor kepada sistem nombor yang lain, kita mestilah biasa dengan pemberat yang digunakan dalam setiap sistem nombor. Bagi memastikan anda memahami proses ini, tentukan perpuluhan yang setara dengan nombor perduaan 101011.

(ii)

(c) Menandakan Frasa yang Berlawanan Maksud Tanda koma berfungsi untuk menunjukkan frasa yang berlawanan dalam ayat.

T a n d a B a c a D a l a m K a r a n g a n | 114

Contoh: (i) Tidak seperti pangkalan data piawai yang hanya mengandungi data, pengkalan pengetahuan mengandungi fakta dalam hubungan dan konteks. Kaunselor tidak perlu mengetahui isi kandungan temubualnya dengan klien terlebih dahulu, manakala guru perlu mengetahui isi kandungan dan pencapaian khususnya perkara yang diajar.

(ii)

(d) Menandakan Contoh Tanda koma digunakan untuk menunjukkan senarai contoh dalam ayat. Contoh: (i) Lejer am contohnya, berantara muka dengan akaun belum bayar, akaun belum terima, bayaran gaji, dan sistem perakaunan lain yang melibatkan urusniaga kewangan. Banyak maklumat tentang murid untuk keperluan bimbingan dapat diperolehi daripada ujian dan teknik, contohnya pemerhatian, laporan daripada pihak-pihak tertentu, rekod peristiwa, soal selidik, temu ramah murid dan ibubapa, senarai semak dan skala peningkatan.

(ii)

(e) Menandakan Petikan Langsung Tanda koma digunakan untuk menandakan bahawa ayat seterusnya adalah petikan langsung. Contoh: (i) Menurut Ahmad (1998), Penggunaan teknologi maklumat di sektor perkhidmatan awam telah meningkat dengan pesatnya terutamanya sejak tahun 1994. Buku teks sebagai sebuah bahan bacaan dan wahana pendidikan untuk menyampaikan bermacam-macam ilmu sudah tentunya akan memperlihatkan laras-laras yang berbeza dan yang tersendiri. Hal ini pernah diperkatakan oleh White (1974),...the language of each subject tends to be a special register.

(ii)

(f) Memisahkan Penjelasan Semasa membuat penjelasan tentang sesuatu perkara, tanda koma digunakan untuk memisahkan penjelasan dengan perkara yang dijelaskan.

T a n d a B a c a D a l a m K a r a n g a n | 115

Contoh: (i) Latihan Kemahiran dan Pembelajaran, yang diadakan setiap tahun, membantu membiasakan para pelatih dengan sistem-sistem berteknologi baharu seperti penggunaan sistem komputer. Kaunseling ialah perhubungan seseorang dengan seorang lain, iaitu perhubungan antara perseorangan.

(ii)

(g) Memberikan Penekanan Tanda koma berfungsi untuk menunjukkan sesuatu perkara itu diberikan penekanan. Contoh: (i) (ii) Penggunaan pengautomasian pejabat, memudahkan urusan. Larutan itu mengalir, dengan cepat.

(h) Menandakan Penerang Tanda koma menunjukkan bahawa frasa berikutnya adalah penerang bagi frasa sebelumnya. Contoh: (i) (ii) Johor Bahru, ibu negeri Johor, terletak berdekatan dengan negara Singapura. Teknologi RISC, akronim untuk pengkomputeran set suruhan terkurang, merupakan kemajuan terbaru dalam reka bentuk mikripemproses.

Tanda Sempang/Sengkang ( - ) (a) Menunjukkan dan Menegaskan Ejaan Tanda sempang/sengkang digunakan untuk menunjukkan dan menegaskan tentang ejaan perkataan terutamanya ejaan yang sering mengelirukan. Contoh: (i) (j) r-e-g-r-e-s-i a-u-t-o-m-a-t-i-k bukan o-t-o-m-a-t-i-k

T a n d a B a c a D a l a m K a r a n g a n | 116

(b) Memisahkan Angka Tanda sempang/sengkang digunakan untuk memisahkan angka yang mempunyai fungsi yang berlainan. Contoh: (i) (ii) 07-5589423 09-6456009

(c) Menggabungkan Kata Tanda sempang/sengkang berfungsi untuk menggabungkan kata dasar yang dipendekkan untuk menyatakan sifat. Contoh: (i) (ii) Indo-Belanda se-Asia

(d) Kata Gandaan Tanda sempang/sengkang berfungsi untuk menunjukkan bahawa perkataan tersebut adalah kata gandaan. Contoh: (i) (ii) Beratus-ratus Kuih-muih

(e) Menandakan Penulisan Transliterasi Huruf Arab Tanda sempang/sengkang digunakan untuk menulis transliterasi huruf Arab. Contoh: (i) (ii) al-Quran al-Fatihah

(f) Huruf Besar yang Digabungkan dengan Huruf Kecil Tanda sempang/sengkang digunakan untuk menggabungkan huruf besar dan huruf kecil.

T a n d a B a c a D a l a m K a r a n g a n | 117

Contoh: (i) (ii) Yang di-Pertua Negeri Kepada-Nya

(g) Menunjukkan Perkataan yang Terputus Tanda sempang/sengkang berfungsi untuk menunjukkan perkataan yang terputus pada hujung ayat halaman teks. Perkataan yang terputus ini perlulah ditulis mengikut pemenggalan suku kata. Contoh kesalahan: Ia juga merangkumi aspek teknikal seperti pengurusan personel, pengurusan projek, perakaunan, dan kejuruteraan. Pembetulan: Ia juga merangkumi aspek teknikal seperti pengurusan personel, pengurusan projek, perakaunan dan kejuruteraan. Catatan: [Peraturan ini digunakan apabila penulis menggunakan tulis tangan ataupun mesin taip biasa.]

(h) Memisahkan Nombor dengan Angka Tanda sempang/sengkang digunakan untuk memisahkan nombor dengan angka. Contoh: (i) (ii) 11970-an Ke-20

Titik Bertindih (:) (a) Menyenaraikan Sesuatu Perkara Tanda titik bertindih berfungsi untuk menunjukkan bahawa terdapat senarai sesuatu perkara beikutnya.

T a n d a B a c a D a l a m K a r a n g a n | 118

Contoh: Penerimaan kakitangan perkhidmatan awam terhadap teknologi maklumat diuji dengan pemboleh ubah-pemboleh ubah bebas, iaitu: (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (b) Keserasian Mudah digunakan Mudah difahami Mudah digunakan Sukarela Latihan yang diberikan

Memisahkan Dua Klausa Utama

Tanda titik bertindih berfungsi untuk memisahkan dua klausa dalam sesuatu ayat. Contoh: (i) Ekonomi Malaysia: Gabungan Semua punca Pengeluaran (ii) Responden merasai bahawa penerimaan kakitangan terhadap teknologi maklumat adalah tinggi: mereka menggunakan teknologi maklumat secara sukarela dan bukan dipaksa. (c) Menandakan Rujukan Surah dan Ayat Tanda titik bertindih menandakan rujukan surah dan ayat daripada kita. Contoh: (i) (ii) Surah 6: 18 Surah 5: 22

(d) Menandakan Masa Tanda titik bertindih dapat menandakan masa bagi menunjukkan jam, minit dan saat. Contoh: (i) (ii) Kipas itu berputar dalam masa 2:34:08 Masa yang paling pantas dibuatnya ialah 1:15:02

(e) Menandakan Rima Tanda titik bertindih dapat menandakan rima.

T a n d a B a c a D a l a m K a r a n g a n | 119

Contoh: (i) (ii) Tarikh: 22 Jun 1999 Hari: Jumaat

(f)

Memisahkan Judul Kecil daripada Judul Besar

Semasa menulis bahan rujukan,judul besar dan judul kecil dipisahkan oleh tanda titik bertindih. Contoh: (i) Komputer : Pengenalan Kepada Bahasa Komputer dan Pengaturcaraan. The Pronoun and The Topic of Discourse : A Functional Perspective on Text.

(ii)

(g) Memisahkan Jilid, Bahagian, dan Halaman Tanda titik bertindih dapat memisahkan jilid, bahagian, dan halaman majalah ataupun jurnal sewaktu menulis rujukan. Contoh: (i) (ii) Jurnal Sains dan Teknologi 7: 32 : 10 (jilid 7, bilangan 32, halaman 10) Goh Oh Sing (1991).Pengajaran Tatabahasa KBSM: Masalah dan Perlaksanaan dalam Jurnal Dewan Bahasa 35: 1 Januari hlm. 4-8. (jilid 35, bilangan 1)

(h) Memisahkan Bandar dan Penerbit Tanda titik bertindih berfungsi untuk memisahkan tempat terbit dengan Penerbit buku, majalah ataupun jurnal bibliografi. Contoh: (i) (ii) Alan F. Westin (1985). The Changing Workplace. New York: MacMilan. Mahmud Saedon A. Othman (1996). Institusi Pentadbiran Undangundang & Kehakiman Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

T a n d a B a c a D a l a m K a r a n g a n | 120

(i)

Menulis Nisbah

Tanda titik bertindih digunakan untuk menulis nisbah. Contoh: (i) (ii) 1:5 1:4

Koma Bertitik (;) (a) Menyambungkan Dua Klausa Tanda koma bertitik berfungsi untuk menyambungkan dua klausa yang mempunyai hubungan yang sangat rapat dari aspek makna. Contoh: (i) Seseorang individu itu mungkin menghadapi masalah tugas dengan penuh semangat dan tenaga agar mendapatkan kejayaan; ataupun ia mungkin mengelakkan tugas tersebut untuk mengelakkan kemungkinan gagal. Pemboleh ubah bersandar ialah kecekapan perkhidmatan awam; pemboleh ubah tak bersandar ialah perkhidmatan yang cepat, perkhidmatan yang cemerlang, dan peranan pihak pengurusan atasan.

(ii)

(b) Memisahkan Kumpulan Perkataan Tanda koma bertitik digunakan untuk memisahkan dua atau lebih klausa yang terdiri daripada kumpulan perkataan yang mempunyai koma. Contoh: (i) Infrakstruktur rangkaian Sarawak Net telah direka bentuk dan dibangunkan untuk menyokong keupayaan menterjemahkan lalulintas data, suara,imej, dan video. (multimedia); keupayaan untuk membekalkan kapasiti lebar jalur (bandwidth) menurut kehendak dan keperluan pengguna dan untuk menjamin keupayaan lebar jalur berdasarkan kontrak lalulintas, pengawalan kesesakan lalulintas rangkaian dan kelebihan rangkaian. Orang-orang yang terlibat dalam lawatan itu ialah Puan Shaleena Mohammed, guru sastera sekolah Tun Aminah;Encik Azri Hamidi, pesara dari Kampung Sungai Pulai; Ustaz Fauzi Ramli; imam masjid Kampung Kulai dan Encik Imaran Said, penghulu Kampung Guar Kepayang.

(ii)

T a n d a B a c a D a l a m K a r a n g a n | 121

Tanda Kurung ( ) (a) Mengapit Keterangan dan Penjelasan Tambahan Tanda kurung digunakan untuk mengapit keterangan dan penjelasan tambahan dalam ayat. Contoh: (i) Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) telah mencatatkan pertumbuhan pesat pada setengah tahun pertama, iaitu sebanyak 8.5 peratus. Namun pada kebiasaannya, pengurus kredit akan mempertimbangkan juga faktor pengumpulan dalam membuat penilaian kredit ini.

(ii)

(b) Mengapit Sumber Bahan Rujukan Tanda kurung digunakan untuk mengapit sumber bahan rujukan. Contoh: (i) (ii) (Hiltebeitel, 1988) Tahun 1988 menyatakan jumlah pinjaman sewa beli yang tidak berbayar bagi individu adalah antara 25% hingga 50% (Rujuk Rajah 4.4).

(c) Mengapit Huruf atau Angka Senarai Tanda kurung berfungsi untuk mengapit huruf atau angka senarai yang tidak mempunyai tanda titik. Contoh: a. (i) (ii) (iii) (iii) b. (1) (2) (3) (4)

(d) Memberikan Penjelasan dalam Ayat Tanda kurung berfungsi untuk memberikan penjelasan dalam ayat yang dikira penting tetapi jika tidak dibuat di dalam kurungan, kelancaran ayat akan terganggu.

T a n d a B a c a D a l a m K a r a n g a n | 122

Contoh: (i) Selain itu, institusi kewangan mengambil langkah berhati-hati untuk mengelakkan kesan masalah tahun 2000 (Y2K) (mensyaratkan syarikat yang menjadi pelanggan menyatakan status pematuhan terhadap isu tersebut) sebelum meluluskan sebarang pinjaman. Panaskan ketuhar untuk sekurang-kurangnya sejam (suhunya mestilah tidak melebihi 180 darjah Celsius) bagi memastikan cecair tersebut bertindakbalas sepenuhnya.

(ii)

Tanda Kurung Siku [ ] Penggunaan tanda kurung siku amat terhad. Ia digunakan bagi perkara-perkara tertentu sahaja dan tidak digunakan menggantikan tanda kurung bulat. (a) Mengurangkan Huruf, Kata atau Kelompok Kata Tanda kurung siku digunakan untuk mengurungkan huruf atau kata atau kelompok kata sebagai pembetulan ataupun tambahan kepada petikan atau bahagian yang telah ditulis. Contoh: (i) (ii) Apabila kesejukkan, kawasan tersebut tidak berhabu[b]lur lagi. Teori ini [Teori Psikoanalitik] banyak membincangkan perkara lain yang berkaitan dengan personaliti seperti perkembangan ego dan kebolehan seseorang menghadapi situasi hidup sebenar dengan penuh kesedaran.

(b) Menandakan Tanda Kurung Tanda kurung berfungsi untuk menandakan tanda kurung yang terletak dalam tanda kurung yang lain. Contoh: (i) Sistem Penterjemahan Formula (FORTRAN [Formula Translating System]) adalah bahasa yang digunakan terutamanya untuk menulis aturcara komputer yang menggunakan formula arimetik secara meluas. (ii) (Tidak dijelaskan sama ada bukti tersebut [pakaian dan laporan punca kematian] ada dalam simpanannya atau tidak).

T a n d a B a c a D a l a m K a r a n g a n | 123

Tanda Kurung Dakap { } (a) Merangkumkan Beberapa Perkara Sebagai Pilihan Tanda kurung dakap berfungsi untuk merangkumkan beberapa perkara sebagai pilihan. Contoh: (i) Beberapa bidang { perniagaan am, bank, pendidikan kerajaan} menggunakan komputer secara meluas. Berikut ialah cara untuk mencari nila a dalam rumus: S = n/2 {2a+ (n-10d}

(ii)

Tanda Petik ( .....) Tanda petik ditulis secara berpasangan, iaitu dengan pembuka kata dan penutup kata. (a) Menandakan Petikan Langsung Tanda petik berfungsi untuk menunjukkan bahawa ayat tersebut adalah petikan langsung. Contoh: (i) (ii) Menurut Md. Sidin, Bahasa digunakan untuk menyampaikan idea atau berkomunikasi dengan orang lain tentang sesuatu idea. Menurut Emig (1971), istilah peninjauan ialah a process which includes everything from correcting minor mechanical errors to changing the entire piece substantially.

(b) Menandakan Tajuk Buku, Majalah, Karya, atau Wacana Tanda petik menandakan tajuk buku, buku, majalah, karya, atau wacana dalam bibliografi ataupun sumber bahan rujukan. Contoh: (i) (ii) Fail boleh terdiri daripada apa sahaja, iaitu daripada satu kata sehinggalah kepada novel Great American. The chronicle of Higher Education, dicetak semula dengan kebenaran C.J.H.

T a n d a B a c a D a l a m K a r a n g a n | 124

Tanda Petik Tunggal (...) (a) Menandakan Petikan yang Sudah Ada Tanda Petik Tanda petik tunggal dapat menandakan petikan yang sudah ada tanda petik. Contoh: (i) Apabila seseorang pengguna mengendalikan komputer peribadi untuk berkomunikasi dengan kerangka utama syarikat dan juga untuk melihat pangkalan data, data boleh dimuatkan ke dalam pangkalan data dan pangkalan data tersebut boleh dikacaubilaukan dengan berbagai-bagai cara. Beberapa jenis alatan ukuran boleh digunakan untuk mendapatkan ukuran kelembapan mutlak dan kelembapan nisbi.

(ii)

(b) Mengapit Terjemahan ataupun Keterangan Tanda petik tunggal berfungsi untuk mengapit terjemahan ataupun keterangan yang tidak menggunakan tanda kurung. Contoh: (i) Pada kebiasaannya, syarikat kewangan akan memastikan bahawa harga pinjaman (kadar pinjaman) adalah melebihi kadar pelarasan risiko. (ii) Ukuran kepekatan gas digunakan untuk memantau jumlah pengeluaran gas yang berlebihan dari boiler dandang. Garis Miring ( / ) Rujukan dan Kod (a) Garis miring digunakan dalam rujukan dan kod fail ataupun dokumen. Contoh: (i) (ii) PSKU/134/99 UHA/13/2000

(b) Pengganti Kata dan, atau, dan per Garis miring digunakan sebagai pengganti kata dan, atau, dan, per-.

T a n d a B a c a D a l a m K a r a n g a n | 125

Contoh: (i) Terdapat berbagai-bagai jenis peranti I/O khusus yang boleh digunakan dengan sistem mikrokomputer. Halajunya ialah 200km/jam.

(ii)

Elipsis (...) Elipsis ialah satu siri tiga titik yang digunakan tuntuk menandakan bahawa sebahagian bahan telah ditinggalkan dalam satu petikan tertentu. Contoh: Telah dibuktikan bahawa mesin mestilah berkebolehan menyimpan bukan sahaja maklumat digital yang diperlukan dalam pengiraan yang diberi ... tetapi juga suruhan yang mengawal rutin sebenar yang dilaksanakan pada data berangka... Penulisan Huruf Besar Huruf Pertama Awal Ayat Huruf pertama awal ayat mestilah huruf besar. Contoh: (i) Hubungan antara guru dengan pelajar sangatlah penting dalam sistem pendidikan. Melalui sistem pendidikan berkomputer ini juga, pelajar-pelajar akan dapat pengajaran mengikut kadar kemampuan masing-masing.

(ii)

Huruf Pertama Petikan Langsung Huruf pertama petikan langsung mestilah huruf besar. Contoh: (i) Istilah teknikal adalah penting bagi seorang pakar untuk berkomunikasi dengan pakar sejawatannya. (Abd Hamid, 1993).

T a n d a B a c a D a l a m K a r a n g a n | 126

Huruf Pertama Kitab Suci dan Nama Tuhan Huruf pertama dalam ungkapan yang bersangkutan dengan kitab suci dan nama Tuhan ataupun kata ganti-Nya hendaklah huruf besar. Contoh: (i) (ii) Yang Maha Mengetahui Hamba-Nya

Huruf Pertama Gelaran Huruf pertama gelaran kehormatan, keturunan, dan keagamaan yang diikuti oleh nama orang mestilah huruf besar. Contoh: (i) (ii) (iii) Sultan Salahuddin Tun Hussien Onn Datuk Manolito Carisas

Huruf Pertama Nama Jawatan dan Pangkat Huruf pertama nama jawatan dan pangkat diikuti oleh nama orang ataupun yang merujuk kepada seseorang mestilah huruf besar. Contoh: (i) (ii) Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad. Naib Caunselor Datuk Prof. Ir. Mohd. Zulkifli bin Tan Sri Mohd. Ghazali. Huruf besar tidak digunakan sebagai huruf pertama untuk nama jawatan dan pangkat yang tidak diikuti nama orang ataupun yang tidak merujuk kepada seseorang.

Contoh: (i) (ii) Siapakah nama perdana menteri wanita pertama di Asia? Jawatan pengerusi akan diberikan kepada ahli majlis yang banyak memegang saham syarikat.

Huruf Pertama Nama Khas Huruf pertama nama khas mestilah huruf besar.

T a n d a B a c a D a l a m K a r a n g a n | 127

Contoh: (i) (ii) Akronim Huruf pertama akronim mestilah huruf besar. Contoh: (i) (ii) FAMA UDA Asia. Lembaga Urusan dan Tabung Haji.

Huruf Condong Nama Buku, Majalah dan Surat Khabar Nama buku, majalah,dan surat khabar yang tidak digaris mestilah ditulis condong. Contoh: (i) (ii) Berita Harian Pengurusan masa: Satu pengenalan

Menulis nama Ilmiah ataupun Ungkapan Asing Huruf condong digunakan semasa menulis nama ilmiah ataupun ungkapan asing kecuali yang telah disesuaikan ejaannya. Contoh: (i) (ii) Sistem maklumat dikelaskan mengikut masa sambutan sistem. Penggunaan AI yang terbesar oleh Computer Science Corporation adalah sistem pakar yang direka bentuk untuk membantu mencapai maklamat Strategic Defence Initiative.

Menyatakan Sambungan Huruf condong digunakan untuk menyatakan sambungan di bawah teks. Contoh: (i) (ii) Bersambung ke halaman 12 Lihat lampiran sebelah

T a n d a B a c a D a l a m K a r a n g a n | 128

Kesimpulannya, semua jenis dan bentuk penulisan karangan memerlukan penguasaan tanda baca yang baik sama ada penulisan yang berteraskan pada ilmu sains dan teknologi ataupun ilmu-ilmu kemanusiaan. Sepertimana komponen penulisan yang lain, tanda baca boleh menjadikan sesebuah penulisan itu berkesan, menarik dan diminati oleh pembaca.

KATA KUNCI 1. Noktah 2. Koma 3. Akronim 6. Titik bertindih 7. Titik berkoma 8. Tanda kurung 11. 12. 13. Sempang Garis Miring Tanda petik

PENILAIAN KENDIRI 1. Bincangkan pengertian serta kepentingan tanda baca. 2. Apakah fungsi titik bertindih dan titik berkoma. 3. Apakah perbezaan tanda kurung dan tanda kurung siku.

Bahan Rujukan Awang Sariyan. (1992). Asas Penulisan Deskriptif. Kuala Lumpur: Menara Ilmu Sdn Bhd. _____________( 2006. Tertib Mengarang. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Henry Guntur Tarigan. (1986). Menulis sebagai Satu Ketrampilan Berbahasa. Bandung: Penerbit Angkasa. Ismail Ahmad. (1996). Penulisan Saintifik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Sulaiman Masri et al.(2007). Bahasa Melayu; Rujukan Menengah. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai