Anda di halaman 1dari 27

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

UNIT 3
TEORI PEMBELAJARAN, PENDEKATAN MENGAJAR DAN INTERPRETASI PENGAJARAN BAHASA

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini anda akan dapat :

1. Menghuraikan mazhab-mazhab dalam pembelajaran bahasa 2. Menghuraikan teori-teori Bahasa 3. Menjelaskan teori-teori pembelajaran bahasa 4. Menghuraikan pendekatan dan kaedah mengajar bahasa

PENGENALAN
Bahasa adalah milik manusia yang paling penting dan inilah yang membezakan mereka dengan makhluk-makhluk lain. Dengan bahasalah manusia dapat berhubung, melahirkan pandangan, perasaan dan pendapat, menyampaikan ilmu dan menciptakan keindahan melalui kesusasteraan dan menurunkan ilmu, kebudayaan, peradaban dari satu generasi kepada satu generasi.

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Kepentingan bahasa di dalam kehidupan kita sehari-hari memang tiada siapa yang akan menafikannya. Tetapi apakah itu bahasa, bagaimana

sifat-sifatnya dan cara mana ia lahir jarang-jarang diketahui oleh kita semua. Berkaitan dengan pengertiannya pelbagai pandangan dan pendapat telah diketengahkan melalui kajian-kajian terdahulu, Walau apa pun definisi yang diberi kita tetap akan bersetuju bahawa bahasa adalah sebagai satu lambang atau sistem lambang pertuturan yang arbitrari, yang digunakan oleh anggota masyarakat untuk berhubung. Pendapat Bloch dan Trager ini diperjelaskan lagi oleh ahli-ahli psikolinguistik moden yang mendefinisikan bahasa sebagai satu sistem kognitif manusia yang unik yang dapat dimanipulasi oleh manusia untuk menghasilkan sejumlah kalimat yang tidak terbatas berdasarkan unsur-unsur yang terbatas untuk dipakai oleh manusia sebagai alat untuk berkomunikasi dan mengumpulkan ilmu pengetahuan.

ISI KANDUNGAN

Apakah Mazhab-Mazhab Dalam Pembelajaran Bahasa? Dalam kajian bahasa, terdapat beberapa mazhab yang kemudiannya telah melahirkan deskripsi bahasa, teori-teori bahasa, teori-teori pembelajaran bahasa dan pendekatan, kaedah dan teknik-teknik mengajar bahasa. Antara mazhab-mazhab itu ialah mazhab behaviuris, mazhab kognitif, mazhab sosial dan sebagainya.

a. MAZHAB BEHAVIURIS Mazhab behaviuris yang dikenali juga sebagai mazhab tingkah laku amat mengutamakan pembelajaran kemahiran-kemahiran tertentu,

khususnya kemahiran fizikal, Mereka menganggap pembelajaran adalah perubahan-perubahan yang berlaku pada tingkah laku manusia yang berasaskan situasi-situasi tertentu. Bagi mereka, pembelajaran adalah proses luaran atau tingkah laku yang dapat dilihat dan diamati. Pembelajaran juga dapat dikawal dan diramal. Hubungan antara sebab-sebab dan akibat

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

atau rangsangan dan gerak balas adalah asas kepada berlakunya pembelajaran.

Para pendukung psikologi behaviuris beranggapan bahawa pemerolehan sesuatu perlakuan terjadi melalui ulangan dan latih tubi secara kerap. Semua bentuk pembelajaran perlakuan baru adalah berdasarkan persekitaran dan tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan keupayaan mental. Golongan ini berpendapat, otak manusia merupakan satu kotak hitam yang gelap dan apa-apa yang berlaku di dalamnya tidak dapat diamati dan diselidiki. Oleh yang demikian, sebarang kajian atau pembelajaran yang mengaitkannya dengan otak manusia haruslah ditolak.

Mazhab ini diasaskan oleh Ivan Pavlov melalui kajian-kajiannya yang begitu bermakna. Konsep pelaziman klasik yang telah diperkenalkan kepada dunia psikologi kemudiannya diperkembangkan oleh pakar-pakar psikologi terkenal seperti J. B. Watson, B. F. Skinner clan E. L. Thorndike. Perspektif mazhab ini ialah perubahan tingkah laku manusia banyak dipengaruhi oleh alam sekeliling yang berperanan membentuk dan mengubahsuai perlakuan tersebut. Mazhab ini tidak menerima saranan pakar psikologi kognitif yang menganggap bahawa manusia boleh memilih keadaan yang membolehkan mereka memberi gerak-gerak balas tertentu. Menurut mazhab ini, tingkah laku manusia adalah ditentukan oleh pengalaman-pengalaman lampau serta keadaan di sekeliling mereka.

Dalam

proses

pembelajaran,

mazhab

ini

menekankan

kepentingan

rangsangan (stimulus) dan tindak balas (response). Peranan otak dan fungsinya tidak diambil kira langsung kerana hubungan-hubungan mental tidak dapat diamati dan diselidiki. Penguasaan sesuatu aspek pembelajaran bukanlah semata-mata merupakan ilmu pengetahuan. la memerlukan banyak latihan dan harus dikuasai dan dipelajari lebih daripada biasa.

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, mazhab ini menganggap pembelajaran bahasa adalah satu hal latihan. Bahasa bagi mereka adalah sesuatu yang hidup dan berubah. Bahasa perlu dipelajari dalam suasana lisan. Latihan bentuk dan pola-Pola bahasa adalah perlu untuk mewujudkan kebiasaan atau tabiat berbahasa. Penggunaan bahan-bahan sokongan, contoh-contoh yang jelas dan rancangan-rancangan pembelajaran yang menarik dan berkesan perlu disediakan untuk mendapatkan kesan rangsangan gerak balas yang sempurna.

b. MAZHAB KOGNITIF Teori psikologi kognitif berbeza dengan teori pembelajaran behaviuris. Ahli-ahli rasionalis yang berpegang proses kepada pemikiran. teori ini memandang menekankan manusia.

pembelajaran proses-proses

sebagai

satu

Mereka

dalaman

yang

berlaku

kepada

otak

Perubahan-perubahan tingkah laku atau yang disebut sebagai pembelajaran itu hanyalah suatu refleksi perubahan dalaman. Ahli-ahli psikologi yang bermazhabkan aliran kognitif ini termasuklah Piaget, Robert Glazer, John Anderson, David Ausubel, Kohler, Kaffka, Bruner, Gagne, E. H. Lennerberg, Robert Lee, Lakoff, George A. Miller dan sebagainya.

Istilah kognitif mulai dikemukakan ketika teori-teori J. Piaget ditulis dan dibicarakan pada kira-kira permulaan tahun 1960-an. Pengertian kognisi sendiri sebenarnya melibatkan aspek-aspek struktur intelek yang digunakan untuk memahami dan mengetahui sesuatu. Kognitif bukanlah hanya hasil kematangan organisme, bukan juga pengaruh persekitaran sahaja, bahkan ia melibatkan kedua-duanya sekali.

Perspektif kognitif tertumpu kepada keupayaan berfikir. Mazhab ini menegaskan kepentingan keupayaan manusia berfikir serta memproses dan

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

menilai data atau maklumat sebelum satu reaksi dapat dilakukan kepadanya. Menurut mereka, manusia adalah juga haiwan, tetapi ia bersifat lebih rasional dan aktif dalam menyelesaikan

masalahmereka.Sistempengolahaninformasidapatdikawaldenganbaikolehfikir andan pengetahuan yang sentiasa berada dalam keadaan sedar.

Teori ini menggariskan bahawa penyingkiran kesedaran mental atau fikiran yang diutarakan oleh mazhab behaviuris adalah satu kesilapan besar. Sebaliknya, mereka menganggap teori-teori pembelajaran menjadi bererti hanya jika fikiran dimasukkan ke dalamnya sebagai satu bahagian yang tidak dapat dipisahkan. Menurut pendapat orang-orang dalam aliran ini, haiwan sekalipun dalam pemecahan persoalannya menggunakan pola pemikiran atau celik akal. Teori ini mengakui adanya pembelajaran melalui proses cuba jaya dan ini dilakukan secara sedar. Pembelajaran melibatkan proses; mental dan tidak hanya aspek-aspek mekanikal sahaja.

Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, mazhab ini berpendapat kanak-kanak sejak dilahirkan lagi telah pun mempunyai satu alat di dalam otak mereka yang membolehkan mereka memahami bahasa yang didengarnya dengan mudah. Alat ini disebut sebagai 'LAD' (Language Aquisition Device) atau alat pemerolehan bahasa. Pembelajaran bahasa mementingkan kesedaran terhadap pola-pola sintaksis dan Ieksikal dan bukan satu pembentukan kebiasaan yang mementingkan latihan dan ulangan.

Fasa ini menggambarkan keupayaan murid-murid setelah berlakunya sesuatu pembelajaran. Biasanya, kadar keupayaan belajar dan tahap pembelajaran dapat diketahui melalui tingkah laku yang dicerminkan daripada darjah pembelajaran yang diperoleh. Dengan perkataan lain,

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

prestasi murid-murid dapat diukur dengan mudah dan ini dapat dilakukan melalui pelbagai cara, umpamanya dengan menggunakan penilaian norma, kriteria atau lain-lain cara pengukuran. Dengan melihat pencapaian mereka, prestasi murid-murid dari segi keberkesanan pembelajaran mereka dapat ditentukan.

Fasa maklum balas adalah pengetahuan yang menunjukkan prestasi seseorang sesudah melalui proses pembelajaran. Maklum balas seperti ini tidak sahaja menjadi pengukur kepada prestasi seseorang murid, tetapi juga berfungsi sebagai peneguh yang menentukan darjah kepuasan yang dirasai oleh individu tersebut. Peneguhan ini penting kerana jangkaan individu terhadap proses pembelajaran mereka dapat ditentukan oleh hasil yang telah dicapai.

c. MAZHAB SOSIAL Dalam pengertian yang agak luas, pendidikan bagi mazhab ini adalah proses yang melibatkan tiga faktor yang berkaitan dengan manusia. Pertama ia melibatkan apa sahaja berkenaan cara hidup satu kumpulan manusia atau masyarakat. Tiada satu pun daripadanya yang diwarisi secara biologi. Kedua, manusia dapat bertindak balas secara peka terhadap pengalaman. Cara ini membolehkan mereka memperkembangkan kepercayaan mereka terhadap dunia di sekeliling mereka, berkemahiran memanipulasi dan menilai cara-cara untuk mengeksploitnya. Ketiga, kanak-kanak sejak dilahirkan adalah bergantung sepenuhnya kepada orang lain. Mereka tidak berupaya memperkembangkan sahsiah manusia mereka tanpa mendapat bantuan, secara langsung atau tidak langsung.

Inilah caranya individu memperoleh kebanyakan daripada kapasiti fizikal moral dan sosial yang diperlukan. Keadaan inilah juga yang akan

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

menentukan caran mereka bertindak dan berfungsi dalam masyarakatnya. Ahli-ahli sosiologi menyebut perkembangan ini sebagai proses sosiolisasi. Istilah ini digunakan kerana proses tersebut adalah proses sosial yang berlaku dalam konteks sosial. Individu biasanya tertakluk kepada semua peraturan yang telah ditetapkan oleh kumpulan atau komunitinya.

Ahli-ahli sosiologi berpendapat, terdapat dua aspek persekitaran sosial yang penting dalam bidang pendidikan dan pembelajaran. Aspek ini melibatkan kanak-kanak dan sistem. Dalam hal ini, terdapat hubung kait antara sistem nilai dan pola-pola tingkah laku yang dimaksudkan itu.

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

AKTIVITI 3.1 Banding dan bezakan matlamat pendidikan untuk mazhab-mazhab berikut : Mazhab Behaviurus Mazhab Kognitif Mazhab Sosial

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Apakah Teori-Teori Bahasa?

Sebenarnya terdapat lebih kurang sepuluh teori linguistik yang terkenal dan masing-masing mempunyai ramai pengikut. Daripada. teori-teori ini, hanya dua sahaja yang dianggap penting yang tiap-tiap satunya mendasari perkaedahan dalam pengajaran bahasa. Teori-teori ini ialah teori mekanis yang mewakili Aliran Behaviurisme dan teori mentalis yang mewakili Aliran Kognitif

a. Teori Mekanis Teori ini memandang bahasa sebagai satu aktiviti fizikal semata-mata. dan mementingkan satu rangkaian turutan sebab dan kesan. la menganggap faktor-faktor persekitaran sebagai rangsangan dan tindak balas organisma pada rangsangan iaitu tingkah laku adalah sebagai gerak balas.

Teori ini menekankan bahawa bahasa adalah perangai dan individu lebih banyak belajar melalui pengalaman daripada. melalui otaknya. la tidak mementingkan peranan mental dan apa yang perlu dikaji ialah data-data, iaitu kalimat-kalimat yang dapat diamati dan diukur. Bahasa dalam bentuk kalimat-kalimat sebagai perangai yang secara langsung dapat diamati dan diselidiki.

Selain daripada. itu, teori ini juga mementingkan penekanan kepada bentuk-bentuk linguistik. Segala penghasilan bunyi atau sebutan sesuatu kata harus dapat dilakukan secara tepat terutama daripada aspek fonologi, struktur, intonasi dan lain-lain penguasaan sistem bunyi. Di samping itu pula, latihan dan latih tubi yang kerap tidak boleh diabaikan. Oleh kerana kemahiran bahasa adalah dipandang sebagai satu kebiasaan, maka satu

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

10

tabiat mestilah ditanam ke dalam diri pelajar-pelajar itu, iaitu dengan memberi mereka peluang berlatih berulang kali. Satu pendedahan kebiasaan yang baik akan pasti dapat melahirkan satu bahasa yang juga baik.

Teori mekanis mengutarakan beberapa ciri penting.

i.

Bahasa dikuasai melalui proses pengulangan, iaitu mengulang sebanyak

mungkin sesuatu kemahiran bahasa itu sehingga menjadi satu kebiasaan.

ii. Bahasa adalah suatu tingkah laku manusia yang dihasilkan daripada operasi rangsangan dan tindak balas. Perlakuan ini sama seperti tingkah laku yang lain yang boleh dikuasai melalui latihan dan pengulangan.

iii. Bahasa adalah alat untuk berhubung. Aspek lisan yang berupa percakapan atau pertuturan sangat dipentingkan.

iv. Makna sebagai pancaran fikiran dan perasaan manusia dianggap tidak penting. Bahasa adalah satu sistem bentuk dan bukan himpunan makna yang menjadi simbol pemikiran. sebagai

v. Pengukuhan dan ganjaran di dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran adalah penting.

vi. Bahasa dihuraikan secara deskriptif atau struktural dalam bidang analisis ayat, prinsip konstituen terdekat digunakan.

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

11

vii. Dalam

proses

pembelajaran, kegagalan

kesalahan pelajar itu

yang di

dilakukan.

oleh

pelajar-pelajar

adalah

dalam

membentuk

biasaan-biasaan yang betul dan tepat.

b. Teori Mentalis Teori ini memandang bahasa sebagai satu aktiviti mental yang merupakan satu kebolehan khas manusia secara semula jadi. la

menganggap bahasa adalah sebagai pengetahuan yang dihasilkan oleh sesuatu proses dalam otak dan saraf dan ini boleh berlaku setelah ianya menerima bahan buku dalam bentuk perangsang daripada telinga, mata dan lain-lain alat pancaindera. Apa yang perlu dikaji ialah proses yang terjadi di dalam otak dan saraf itu yang membolehkan pembentukan dan penghasilan bahasa tersebut.

Teori ini juga tersangat menegaskan 'makna',dan proses-proses yang tersembunyi yang terlibat dengan penghasilan bahasa. Mengikut teori ini, semua bidang penghuraian bahasa mestilah berdasarkan logik kerana sesuatu yang tidak dapat dimengertikan itu adalah tidak bermakna dan tidak dapat diterima. Dari segi pembelajaran bahasa, teori ini menekankan kepada pengetahuan seseorang itu.

la menganggap pengetahuan seseorang itu tentang struktur bahasa yang hendak dipelajari itu penting kerana dipercayai pengetahuan ini

memudahkan pembelajaran bahasa itu. beberapa ciri penting

Teori mentalis mengutarakan

i. Manusia sejak lahir sudah mempunyai kebolehan untuk

menguasai

bahasa. Perkara ini adalah innate sifatnya, iaitu bersifat semula jadi.

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

12

ii. Ada dua bahagian penting dalam proses penguasaan bahasa. Pertama disebut kemampuan atau kecekapan dan yang kedua disebut prestasi.

iii. Bahasa mempunyai pertalian yang erat dengan pemikiran. Penguasaan bahasa ada kaitannya dengan keupayaan mental.

iv. Bahasa mempunyai ciri-ciri kesejagatan.

v. Bahasa mempunyai ciri-ciri kreativiti.

vi. Dalam pengajaran dan pembelajaran

bahasa, aspek pemikiran,

pengetahuan dan makna adalah ditekankan dan bukan latihan-latihan yang membentuk kebiasaan.

vii. Bahasa dihuraikan melalui analisis transformasi-generatif.

viii. Kesalahan pelajar bukanlah merupakan kegagalan tetapi ia adalah satu percubaan

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

13

AKTIVITI 3.2 Kenalpasti ciri-ciri teori mekanis dan teori mentalis dalam pengajaran bahasa.

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

14

Apakah Teori-Teori Pembelajaran Bahasa?

Dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa ada terdapat empat teori penting yang berhubung dengan pembelajaran. Pertama ialah teori pembentukan kebiasaan, kedua teori pembelajaran kod-kognitif, ketiga teori pembelajaran fungsionalis dan keempat teori pembelajaran

interaksionalis.

a. Teori Pembelajaran Pembentukan Kebiasaan Teori pembelajaran bahasa ini memandang pembelajaran bahasa sebagai satu kegiatan mekanis iaitu sebagai satu aktiviti fizikal semata-mata. Teori ini menganggap faktor-faktor persekitaran sebagai rangsangan dan

tindak-tanduk organisma pada rangsangan itu sebagai gerak balas. Teori ini cuba menunjukkan bahawa tingkah laku adalah ditentukan oleh faktor-faktor luaran seperti ganjaran yang menguatkan hubungan rangsangan dan gerak balas.

Banyak contoh dalam kehidupan kita sehari-hari, manusia menggunakan model ini untuk menguasai sesuatu pembelajaran, misalnya belajar memandu kereta, belajar menaip, menghafaz puisi, menguasai

perbendaharaan kata atau sebagainya. Menurut teori ini, perancangan guru dalam satu-satu pengajaran adalah penting. la harus dapat menentukan apakah perlakuan baru yang perlu dicapai oleh murid-murid dan dapat pula menyediakan persekitaran pembelajaran yang bermakna dan berkesan.

Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa, teori ini menegaskan latihan dan latih tubi pola. Ini bertujuan untuk membentuk satu kebiasaan baru pada pelajar. Menurut Bloomfield (1933).

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

15

'Penguasaan satu-satu bahasa bukanlah satu hal pengetahuan, ianya adalah satu hal latihan'.

Latihan pembelajaran mengikut pandangan teori ini ialah latihan yang dikukuhkan. Latihan yang dimaksudkan itu ialah ulangan satu-satu gerak balas dikaitkan dengan satu-satu rangsangan. Misalnya latihan membentuk ayat-ayat tanya, tujuannya ialah untuk menguatkan hubungan rangsangan (keperluan membentuk ayat-ayat tanya) dan gerak balas (kemahiran membentuk ayat-ayat tanya) menjadi kekal keadaannya. Jika tidak digunakan kemahiran membentuk ayat-ayat itu akan berkurangan. Latihan walau bagaimanapun hendaklah dalam keadaan yang bermakna, jika tidak ia boleh membosankan para pelajar. Perlu diingat, kekalnya satu-satu pembelajaran itu adalah bergantung kepada bagaimana latihan itu diuruskan.

Teori pembentukan kebiasaan ini juga menekankan kepada kemahiran lisan. Kemahiran mendengar dan bertutur ini ditegaskan kerana kedua-dua kernahiran ini mempunyai hubungan yang rapat sekah dan ia merupakan satu perkara yang mudah untuk dikuasai jika dibandingkan dengan aktiviti membaca dan menulis.

b. Teori Pembelajaran Kod-kognitif (Piaget) Teori pembelajaran kod-kognitif memandang pembelajaran bahasa sebagai satu proses pemikiran iaitu satu aktiviti mental yang merupakan. kebolehan khas manusia secara semula jadi. Teori ini menekankan kefahaman struktur bahasa yang dipelajari kerana dipercayai bahawa pengetahuan. tentang pemahaman struktur bahasa itu memudahkan. pembelajaran dan

penguasaan bahasa tersebut. Apabila teori ini digunakan dalam pengajaran bahasa kedua, maka pengetahuan mengenai tatabahasa bahasa kedua

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

16

ditekankan. Ini adalah kerana pengetahuan itu dapat membantu pelajar tersebut menguasai bahasa yang dipelajari itu secara lebih berkesan.

Teori kod-kognitif ini juga begitu mementingkan pengetahuan dan kesedaran tentang pola-pola sintaksis dan. leksikal. Dalam pembelajaran bahasa, pemahaman pelajar akan struktur-struktur bahasa yang dipelajari adalah amat penting. Selain daripada itu, menghafaz peraturan-peraturan dalam tatabahasa itu adalah juga perlu.

Teori pembelajaran. ini menganggap bahasa adalah fenomena peni3ciran dan. bukan mekanikal. Menurutnya, kanak-kanak mempunyai satu daya penguasaan bahasa yang bertindak melalui hipotesis dan cuba uji. Dengan daya penguasaan bahasa ini, mereka boleh memilih bentuk-bentuk yang diterima dalam bahasa itu dan menolak bentuk-bentuk yang bukan struktur dalam bahasa tersebut. Teori penguasaan. bahasa ini rapat hubungannya dengan teori psikologi kognitif pembelajaran yang menekankan analisis dan pembelajaran melalui proses deduktif.

Perbezaan antara kedua-dua teori pembelajaran ini sebenarnya adalah perbezaan penegasan, dan ini juga merupakan kelemahan masing-masing. Sebenarnya latihan dan pengetahuan, lisan dan bertulis bukanlah bersifat berasingan tetapi merupakan pasangan yanIg saling melengkapi dan tidak dapat dipisahkan. Jadi guru bahasa patutlah menggabungkan kekuatan kedua-dua teori pembelajaran ini dalam pengajaran mereka. Ini dapat membantu guru memaksimumkan hasil pengajaran mereka.

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

17

c. Teori Pembelajaran Interaksionalis (Halliday) Teori ini berkembang dalam bidang psikolinguistik dalam tahun-tahun enam puluhan dan tujuh puluhan. Ahli-ahli bahasa seperti Bloom (1970), Bowennan (1973 -6), Gromer (1976) dan lain-lain yang menunjangi teori ini bersependapat bahawa kebolehan kognitif sahaja tidak boleh menjelaskan penguasaan membolehkan bahasa. Ini adalah kerana kebolehan tetapi kognitif tidak hanya

kanak-kanak

mentafsir

makna

menjamin

pentafsiran ini boleh dilahirkan dalam bentuk bahasa.

Menurut teori pembelajaran interaksionalis, kanak-kanak perlu didedahkan kepada interaksi linguistik supaya mereka boleh mempelajari cara-cara menggambarkan makna-makna kognitif dalam bentuk-bentuk linguistik yang jelas dan tepat.

Teori ini memandang pembelajaran bahasa adalah sebagai alat berinteraksi dan ia. merupakan satu proses yang melibatkan mental dan linguistik. Teori ini menekankan pentingnya proses pembentukan hipotesis, mengenai undang-undang bahasa dalam sesuatu pembelajaran bahasa itu. Seseorang pelajar harus boleh menggunakan struktur-struktur bahasa yang betul dari segi tatabahasa dan makna. Kebolehan ini adalah penting bagi

membolehkan mereka itu berkomunikasi dalam bahasa masyarakat itu dengan baik dan berkesan.

Dalam pembelajaran bahasa, teori ini menyarankan supaya guru memberi banyak latihan kepada. pelajar-pelajar. Walaupun pada dasarnya teori ini menganggap penyampaian makna lebih diutamakan daripada struktur bahasa namun kedua-dua makna dan struktur harus berjalan serentak. Langkah ini dapat menolong murid-murid menggunakan sistem bahasa yang dipelajarinya itu dengan betul.

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

18

Selain daripada itu, aktiviti-aktiviti bahasa yang bermakna dan menarik adalah juga penting difikirkan. Menurut teori ini, aktiviti-aktiviti bahasa yang bermakna dan berkesan membolehkan murid-murid bukan sahaja berusaha menguasai dan memperbaiki penggunaan sistem bahasa itu tetapi juga berkemampuan untuk menggunakannya dengan fasih dan lancar.

d. Teori Pembelajaran Fungsionalis (Haliday) Teori fungsionalis berkembang dalam tahun-tahun enam puluhan dan tujuh puluhan. Ahli-ahli bahasa yang menganut fahaman ini bukan sahaja mengkaji bahasa dari segi strukturnya malah mereka juga memberi perhatian yang serius terhadap fungsi bahasa itu. Ini bermakna mereka menegaskan bahasa sebagai alat untuk berkomunikasi.

Menurut teori ini, bahasa mempunyai tiga fungsi: i. Bahasa menyampaikan idea: Kita berfikir dan mencuba berkongsi pandangan dan pendapat dengan orang lain melalui bahasa. Secara umum ini disebut sebagai fungsi kognitif.

ii. Bahasa menyampaikan maklumat: Bahasa mempunyai keupayaan untuk menyampaikan maklumat mengenai penutur. Apabila seseorang itu

bercakap, sama ada dia suka atau tidak, secara tidak disedarinya dia telah pun menyampaikan maklumat tentang dirinya.

iii. Bahasa menyampaikan partisipasi kita dalam proses berkomunikasi. Ini bermakna bahasa itu digunakan untuk tujuan-tujuan berinteraksi.

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

19

Menurut teori ini, bahasa bukan semata-mata dikaji dari segi bentuknya tetapi apa yang lebih penting ialah bagaimana bahasa itu berubah-ubah sifatnya sewaktu ia digunakan untuk berkomunikasi. Dalam perkataan lain, kajian-kajian bahasa adalah tertumpu kepada perubahan-perubahan yang berlaku pada bentuk-bentuk bahasa itu ketika seseorang itu berkomunikasi.

Teori ini mengutarakan beberapa ciri penting: i. Sistem bahasa yang digunakan oleh ahli-ahli masyarakat untuk berkomunikasi tidaklah merupakan satu sistem yang statik atau tertutup sifatnya tetapi sistem itu bertenaga dan terbuka.

ii. Perkara dasar yang ditekankan dalam struktur bahasa ialah semantik dan bukan hubungan-hubungan sintaksis.

iii. Semasa bahasa itu dituturkan ada terdapat kepelbagaian di dalamnya. Ini adalah kerana bahasa itu tidak statik dan bertindak mengikut sesuatu keadaan dan sistem sosial.

iv. Bahasa adalah sebagai alat untuk berhubung, melahirkan pendapat dan menyatakan perasaan dan oleh kerana inilah ia bukan sahaja berfungsi sedemikian tetapi juga dapat juga menggambarkan watak dan peribadi penuturnya.

e. Teori Pembelajaran Situasionalis Teori pembelajaran situasionalis menganggap bahasa adalah sebagai satu kod komunikasi dan ia digunakan untuk menyatakan aksi untuk

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

20

menerangkan, untuk menyatakan lokasi, nama, aras dan peringkat dan sebagainya. Bahasa digunakan oleh pemain-pemain peranan dalam situasi-situasi sebenar.

Pandangan ahli-ahli bahasa yang menganut teori ini mengenai deskripsi bahasa tidak banyak perbezaannya dengan apa yang diutarakan oleh golongan strukturalis. Mengikut pandangan teori ini bahasa dipelajari dengan cara menggalakkan pembentukan kebiasaan. Item-item linguistik haruslah dimanipulasi dan dipelajari. Bentuk-bentuk ayat perlu. diperkenalkan dan ini dilakukan dengan cara mewujudkan situasi-situasi sebenar di dalam kelas. Ayat-ayat dipilih oleh guru dan ia harus terdiri daripada ayat-ayat yang betul dan gramatis. Selain daripada itu, Formula sosial perlu diperkenalkan, walaupun ada kemungkinan ia merupakan aktiviti-aktiviti yang kompleks. Formula sosial ini penting kerana ianya berguna dalam konteks

bermasyarakat.

Teori

situasionalis

menyarankan

supaya

bahan-bahan

pengajaran

disesuaikan dengan kaedah dengar-tutur di mana bahan-bahan itu diperdengarkan terlebih dahulu sebelum murid-murid diminta membaca dan menuliskannya. Bahan-bahan realis, objek-objek yang terdapat di dalam bilik darjah, seperti buku, meja, kerusi, pensel, pen dan pembaris; aksi-aksi biasa seperti berjalan, berlari, duduk, berdiri, memberi dan menerima, dan mengukur; atau satu kit pengajaran yang berguna, gambar-gambar, botol, kasut dan sebagainya sangat baik jika digunakan. Satu lagi perkara yang amat digalakkan ialah 'main peranan' simulasi atau berlakon dalam keadaan dan situasi sebenar.

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

21

f. Teori Pembelajaran Anggapan Teori pembelajaran anggapan menggunakan pendekatan yang menekankan kepada fungsi bahasa. ia mempunyai ciri-ciri yang

bertentangan dengan teori pembelajaran situational yang berlandaskan kepada teori . pembelajaran struktural. Pendekatan anggapan berdasarkan pandangan-pandangan fungsionalis terhadap ciri-ciri semula jadi bahasa yang menekankan tatabahasa dan makna secara serius.

Dari segi deskripsi bahasa, teori pembelajaran anggapan berIandaskan kepada pandangan-pandangan aliran kognitif terhadap pembelajaran

bahasa. Ini bermakna teori ini menekankan makna (aspek semantik) dan mengutamakan tatabahasa yang bersistem. Teori ini menganggap

pengetahuan semantik sebagai perkara utama. Soalan yang harus dijawab ialah 'Apakah yang. mahu dinyatakan oleh pengguna-pengguna bahasa?' Teori anggapan ini percaya bahawa bahasa adalah satu sistem - bukan si5tem bentuk tetapi sistem makna. Mereka mengandaikan bahawa pembelajaran bahasa adalah mempelajari cara memberi makna. Berbeza dengan teori pembelajaran situational, teori ini cuba menerangkan keperluan berkomunikasi pelajar-pelajar dan kemudian mempamerkan cara-cara setiap komunikasi yang diperlukan itu dinyatakan.

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

22

AKTIVITI 3.3 Lengkapkan rajah berikut berkaitan semua teori pembelajaran bahasa

Teori Pembelajaran Bahasa

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

23

Apakah Kaedah dan Pendekatan Mengajar Bahasa?

Secara am kaedah-kaedah mengajar bahasa bolehlah dibahagikan kepada dua kategori besar yang masing-masing diwakili oleh (a) kaedah dengar-tutur (aliran behaviurisme) dan (b) kaedah kod-kognitif (aliran kognitif). Kaedah-kaedah mengajar bahasa ini lahir daripada pelbagai teori dan pandangan linguistik yang berkait rapat antara satu dengan yang lain. Mackey (1985) menerangkan bahawa 'berlainan teori bahasa adalah punca perbezaan-perbezaan dalam kaedah'. Kenyataan ini ternyata. benar apabila didapati kaedah dengar-tutur itu sendiri lahir daripada teori-teori mekanis dan sementara kod-kognitif pula muncul daripada teori-teori mentalis.

a. Pendekatan Komunikatif Pendekatan komunikatif dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa bermula daripada satu teori yang menganggap bahasa sebagai satu komunikasi. Matlarnat pengajaran bahasa mengikut pendekatan ini ialah untuk membentuk apa yang dimaksudkan oleh Hymes (1972) sebagai 'keupayaan berkomunikasi'.

Pendekatan ini mula berkembang sejak tahun tujuh puluhan sebagai reaksi terhadap kelemahan-kelemahan yang berlaku dalam pengajaran bahasa yang didasarkan kepada teori-teori pembelajaran sebelumnya. Mengikut ahli-ahli bahasa yang menunjangi pendekatan ini, pengetahuan tentang struktur bahasa dan kebolehan membina ayat-ayat yang betul sahaja belum boleh menjamin murid-murid dapat berkomunikasi dengan berkesan. Tetapi kecekapan berbahasa dan berkomunikasi itu harus menitikberatkan unsur-unsur lain yang boleh mempengaruhinya seperti faktor-faktor

sosiolinguistik, psikolinguistik dan para linguistik.

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

24

Tujuan utama pengajaran dan pembelajaran bahasa berasaskan pendekatan ini ialah murid-murid boleh menggunakan bahasa yang sesuai untuk tujuan komunikasi. Oleh itu penggunaan bahasa diberi perhatian dan keutamaan di samping kegunaan bahasa. Pembelajaran bahasa itu disusun berdasarkan fungsi komunikasi. Fungsi komunikasi itu pula disusun dan diajar mengikut apa yang diperlukan oleh murid bagi menolongnya berkomunikasi di dalam kelas dan juga dalam kehidupannya sehari-hari.

Antara fungsi-fungsi bahasa yang dimaksudkan itu ialah: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. bahasa untuk mendapatkan barang-barang bahasa untuk mengawal tingkah laku orang lain bahasa untuk mencipta interaksi dengan orang lain bahasa untuk menyatakan perasaan peribadi dan maksud bahasa untuk mengkaji atau mempelajari sesuatu bahasa untuk mencipta dunia imaginasi bahasa untuk komunikasi maklumat

Pendekatan komunikatif menyarankan supaya murid-murid diberi peluang menggunakan bahasa itu dalam konteks dan situasi sosial tertentu di dalam kelas. Mereka didedahkan kepada kecekapan sosiolinguistik iaitu

pengetahuan peraturan penggunaan bahasa. Ini penting kerana penggunaan bahasa itu akan lebih betul dan bermakna sifatnya jika ujaran itu sesuai dengan situasi bahasa. itu digunakan. Oleh itu guru mestilah mewujudkan situasi sebenar di dalam kelas yang memerlukan murid-murid berkomunikasi sesama mereka.

Pendekatan

komunikatif bahasa.

ini

juga

meminta kepada

guru-guru

mengajarkan mereka.

struktur-struktur

yang

betul

murid-murid

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

25

Murid-murid perlu tahu peraturan-peraturan bahasa. untuk membolehkan mereka berbuat demikian. Pengetahuan ini memungkinkan lagi keupayaan berbahasa. mereka.

Ciri-ciri pendekatan komunikatif Finnoccgiaro clan Brumfit (1983) telah memperlihatkan dengan jelas beberapa ciri yang menyangkut pendekatan ini. Antaranya ialah: i. Makna adalah sangat dipentingkan. ii. Dialog jika digunakan tertumpu kepada fungsi komunikatif dan bukan untuk dihafaz. iii. Konteks dan situasi adalah sangat dipentingkan. iv. Pembelajaran bahasa adalah belajar untuk berhubung. v. Latih tubi boleh berlaku tetapi tidak digalakkan.

vi. Pengucapan bahasa hanyalah perlu setakat untuk difahami sahaja. vii. Apa sahaja alat yang boleh membantu murid-murid diterima asalkan ia sesuai dengan umur, minat dan sebagainya. viii. Percubaan-percubaan untuk berkomunikasi digalakkan dari awal. ix. Penggunaan bahasa. ibunda secara bijaksana diterima di manamana yang mungkin. x. Terjemahan boleh digunakan dengan syarat murid-murid dapat faedah daripadanya. xi. Keupayaan berkomunikasi adalah matlamat pembelajaran. xii. Bahasa dicipta oleh individu biasanya melalui proses cuba dan ralat. xiii. Kelancaran dan bahasa yang boleh diterima menjadi matlarnat.

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

26

RUMUSAN

Unit ini membincangkan tentang mazhab-mazhab dan teori pembelajaran bahasa serta menghuraikan pendekatan dan kaedah mengajar bahasa. Aktiviti dan latihan yang relevan disediakan untuk membantu pelajar memahami sub topik yang disediakan. Secara umumnya teori, pendekatan dan kaedah mengajara Bahasa Melayu akan membantu guru menyediakan perancangan pengajaran yang bekesan.

KATA KUNCI

Teori Bahasa : Teori adalah pendapat atau pandangan yang dikemukakan dalam bidang bahasa.

Pendekatan Mengajar : Pendekatan mengajar adalah satu kumpulan andaian yang saling gait-mengait tentang hakikat bahasa dan hakikat pembelajaran bahasa.

Kaedah Mengajar : Kaedah mengajar adalah satu tindakan sistematik supaya dalam jangka pendek objektif pengajaran spesifik akan tercapai

Teknik Mengajar: Teknik mangajar digunakan untuk menarik perhatian murid supaya minat belajat dan tak jemu ketika sesi guru mengajar.

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

27

PENILAIAN KENDIRI
1. Kesemua prinsip yang berikut berkaitan dengan teori Interaksionalis, kecuali

A. B. C. D.

bahasa berfungsi sebagai alat komunikasi pengulangan membentuk kebiasaan berbahasa pembelajaran merupakan satu proses pemerhatian dan peniruan perkembangan bahasa melibatkan proses kognitif dan proses interaksi bahasa

2. Cikgu Ali memulakan pengajarannya dengan menyoal murid bagi membina konsep kata kerja di dalam pengajaran Bahasa Melayu. Pendekatan apakah yang digunakan oleh Cikgu Ali ?

A. B. C. D.

eklektik deduktif induktif komunikatif

3. Kesemua prinsip yang berikut berkaitan dengan teori Behavioris, kecuali A. B. C. D. bahasa berfungsi sebagai alat komunikasi pengulangan membentuk kebiasaan berbahasa bahasa lahir daripada gerak balas terhadap sesuatu rangsangan kesalahan bahasa dianggap sebagai usaha menguasai sistem bahasa

Anda mungkin juga menyukai