Anda di halaman 1dari 32

PRINSIP-PRINSIP ASAS ISLAM

TAJUK 2:

AQIDAH TERAS
PEMBANGUNAN MUSLIM
2. Akidah teras pembangunan
Muslim
2.1 Pengertian akidah
2.2 Asas –asas akidah
2.3 Pembinaan dan pengukuhan akidah
2.4 Unsur-unsur yang merosakkan akidah
2.5 Peranan akidah dalam pembangunan
ummah
2.1 PENGERTIAN AKIDAH
DEFINISI AKIDAH DARI SUDUT BAHASA
DEFINISI AKIDAH DARI SUDUT ISTILAH

Mohd
Sulaiman
Hj Yasin
i. AL-ILAHIYYAH
• Al-Ilahiyyah bermaksud Ketuhanan – Ikatan
Ketuhanan dalam diri seseorang individu Muslim.
Ikatan keyakinan yang diterjemahkan melalui
kalimah thayibbah - syahadah – Pengakuan Tiada
Tuhan Yang Disembah Melainkan Allah dan Nabi
Muhammad adalah Pesuruh Allah”.
• Ma’rifatullah [mengenal Allah]
– Pembuktian Kewujudan Allah
– Pengakuan/Keyakinan Keesaan Allah
– Keyakinan Kebesaran dan Kekuasaan Allah
Konsep tauhid
• Tauhid Rububiyyah
– Iktikad dengan tegas Allah adalah Rabb yang
memilik, mentadbir dan mencipta segala yang ada
di langit dan di bumi
• Tauhid Uluhiyyah
– Iktikad bahawa Allah adalah satusatunya Tuhan
yang layak disembah
• Tauhid Asma’ was sifat
– Iktikad bahawa Allah bersifat kesempurnaan
melalui 99 namanya yang terpuji dan 20 sifat
wajib bagi Allah yang perlu diketahui.
ii. AN-NUBUWWAH
Kepercayaan Kepada Rasul
Setiap Muslim MESTI:
• Mengetahui dan meyakini bahawa Allah SWT
mengutuskan setiap umat seorang Rasul
• Rasul diutuskan untuk mengajak umat menyembah
Allah, menjauhi taghut dan memimpin umat ke jalan
selamat dunia / akhirat
• Mengetahui dan meyakini bahawa para rasul
menyampaikan ajaran Allah SWT
• Menjadikan Rasul Qudwah Hasanah
Peranan Rasul
• Memberi petunjuk dan panduan kepada manusia.Tanpa
Rasul manusia tidak dapat mengenali Allah.
• Menyelesaikan pertikaian yang timbul dikalangan
manusia.
• Menyatukan umat Islam. Semua Nabi dan Rasul
membawa risalah yang sama iaitu Agama Allah
• Menjadi qudwah hasanah
• Memberi panduan yang tidak mampu dicapai oleh akal
manusia.
**aplikasi sifat rasul yang perlu ada pada manusia:
tabligh, amanah, fatanah & siddiq
Kepercayaan Kepada Kitab
• Setiap muslim wajib mengetahui dan meyakini
bahawa Allah SWT telah menurunkan kitab-
kitab tertentu kepada para Rasul untuk
panduan manusia seluruhnya.
• 110 buah suhuf
• Kitab taurat = Nabi Musa a.s.
• Kitab zabur = Nabi Daud a.s.
• Kitab injil = Nabi Isa a.s.
• Kitab Al-Quran = Nabi Muhammad a.s.
iii. As-sam’iyyat
Kepercayaan Kepada Malaikat
i. Keyakinan bahawa malaikat adalah makhluk ciptaan
Allah di alam ghaib.
ii. Malaikat adalah makhluk yang mulia,sentiasa ta’at
dan patuh kepada Allah SWT.Tidak pernah derhaka
kepada Allah.
iii. Bukti keagongan Allah SWT.
**10 nama-nama malaikat yang wajib diketahui
jibril [menyampaikan wahyu], mikail [menurunkan
rezeki], israfil [meniup sangkakala], izrail[mencabut
nyawa], munkar & nakir [menyoal dalam qubur],
raqib [mencatat amal kebajikan], ‘atid[mencatat
amal kejahatan], malik[menjaga neraka] & ridhwan
[menjaga syurga]
Kejadian dan Hakikat Malaikat
• Dijadikan dari Nur (cahaya)
Terjemahan hadis - “ Dijadikan malaikat dari cahaya
dan dijadikan jin dari api dan dijadikan Adam dari
apa yang telah digambarkan kepada kamu”.
• Malaikat bersayap. Terjemahan hadis – “Rasululah
SAW melihat Jibril mempunyai 600 sayap”.
Peranan Dan Tanggungjawab Malaikat [tugas umum]
i. Membawa wahyu
ii. Bertasbih,patuh, dan sujud kepada Allah swt
iii. Memikul ‘arasy
iv. Memberi salam kepada ahli syurga
v. Memohon rahmat dan keampunan untuk orang-
orang mukmin
Kepercayaan Kepada Hari Akhirat
Setiap muslim mesti:-
i. Mengetahui dan menyedari bahawa manusia dan
seluruh makhluk akan musnah bila tiba masanya.
ii. Yakin qiamat pasti berlaku.
iii. Yakin adanya Hari Kebangkitan, perkiraan
amal(hisab), pembalasan syurga dan neraka.
iv. Yakin bahawa manusia akan dibangkitkan dan
dipersoalkan setiap apa yang dilakukan sewaktu
hidup di dunia.
• Terjemahan surah al ‘Araf ayat 187 : “
Mereka bertanya kepadamu tentang hari
qiamat, bilakah terjadinya?. Katakanlah,
sesungguhnya pengetahuan tentang qiamat
itu adalah di sisi Tuhanku, tidak seorang pun
dapat menjelaskan selain dia.Hari Qiamat itu
adalah amat berat(huru hara bagi makhluk)
yang dilangit dan di bumi.Hari qiamat itu tidak
datang kepadamu melainkan dengan tiba-
tiba”.
Hakikat Hari Qiamat
1. Alam barzakh (alam kubur)
2. Hari kebangkitan
3. Manusia dihimpunkan
4. Pembentangan amalan
5. Hisab dan timbangan amalan
6. Jambatan (sirat)
7. Balasan syurga / neraka

Maksud Hadis tentang hisab dan timbangan: ‘Tidak berganjak tapak kaki
seorang hamba sehingga dia disoal dengan empat perkara, tentang
umurnya untuk apa dihabiskan, masa mudanya untuk apa digunakan,
dan hartanya dari mana diperolehi, dan untuk apa dibelanjakan, dan
apakah amalan yang dilakukannya dengan apa yang diketahuinya’.
(Riwayat al-Tirmizi)
Persiapan Menghadapi Hari Akhirat
i. Berhati-hati terhadap tanda-tanda qiamat kecil dan
besar
ii. Meneguhkan keimanan kepada Allah SWT dengan
menghampirkan diri (muraqabah), bertaubat serta
beramal dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan.
iii. Menjauhkan diri dari melakukan perkara-perkara yang
merosakkan aqidah serta kemungkaran.
iv. Menyuburkan rasa takut terhadap azab Allah SWT
serta sentiasa bertaubat kepadaNya.
v. Melaksanakan tanggungjawab sebagai Khalifah Allah.
Tanda-Tanda Kiamat kecil

• Penaklukan Baitulmuqaddis
• Zina bermaharajalela
• Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik
• Bermaharajalela alat muzik
• Menghias masjid dan membanggakannya
• Banyaknya berlaku gempa bumi
• Banyaknya berlaku huru-hara yang menyebarkan
kejahatan
• Banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan
• Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya
telanjang
• Ramai orang soleh meninggal dunia
Tanda-Tanda Qiamat BESAR menurut Hadis

• Keluar sejenis binatang dari bumi bernama Daabatul


Ardii.
• Lahirnya Dajjal.
• Keluar asap tebal.
• Turunnya Nabi Isa A.S.
• Kemunculan Imam Mahdi.
• Matahari terbit ke arah barat.
• Keluarnya suku Yajuj dan Majuj.
• Perempuan mengandung akan terburai
kandungannya.
• Terdengar tiupan sangkakala pertama.
Kepentingan Beriman dengan Hari
aKHirat

• Supaya manusia yakin akan kebesaran dan


kekuasaan Allah
• Agar manusia mengambil iktibar dan membuat
persediaan
• Supaya manusia mempertingkatkan lagi
keimanan kepada Allah
• Melembutkan hati-hati manusia
• Amar ma`ruf dan nahi mungkar
• Melahirkan manusia yang gigih berusaha
Kepercayaan Kepada Qada’ Dan Qadar

• Setiap muslim mestilah:-


a. Faham dan menerima segala ketentuan
Allah SWT samada baik atau buruk.
b. Mengetahui bahawa Allah SWT Maha ‘adil
dan tidak pernah menzalimi hamba-
hambanya.
c. Meyakini bahawa ketetapan dan takdir Allah
SWT mempunyai hikmah tersendiri.
Sikap ketika menerima takdir Allah

• Menerima dengan redha


• Bersabar dalam menghadapi dugaan
• Bersyukur apabila dikurniakan nikmat
daripada Allah
• Berusaha dan mengambil pengajaran
• Berdoa
• Bertawakkal
Kepentingan Meyakini Qada’ Dan
Qadar
1) Melahirkan sifat yakin terhadap segala
ketentuan Allah SWT.
2) Melahirkan sifat-sifat redza, sabar, syukur,
ikhlas, tawadhu’ dan sifat-sifat mahmudah
yang lain dalam menerima takdir Allah SWT.
3) Melahirkan sikap rajin berusaha, gigih,
berani, tabah menghadapi dugaan dan
cabaran dalam kehidupan.
Kepetingan meyakini Qada’ dan Qadar:

4) Melahirkan keyakinan pada diri mukmin


bahawa kemalangan, penderitaan, kesusahan,
kesakitan dan seumpamanya, terdapat hikmah
disebaliknya.
5) Mendorong setiap mukmin berusaha , berdo’a
dan bertawakkal bagi mencapai kejayaan di dunia
dan di akhirat.
6) Menghindarkan diri dari sifat-sifat mazmumah
seperti ‘ujub, takabbur, riya’, putus asa, hasad
dengki dan seumpamanya, kerana setiap sesuatu
yang berlaku adalah ketentuan Allah SWT.
2.3 Pembinaan Dan Pengukuhan
‘Aqidah
Ilmu

Iman

Amal Taqwa

• Ilmu
• Mengelakkan diri dari suasana dosa dan jahiliah
• Iltizam meninggalkan yang haram
• Iltizam melakukan ibadat
• Mujahadah al Nafs dan muhasabah diri
• Taubat dan do'a
ILMU
• Perlunya penguasaan ilmu yang mendalam
menjadikan seseorang itu arif dan tidak melakukan
sesuatu secara membuta tuli.
• Iman tanpa ilmu = sesat…
• Perlunya didikan sejak kecil..
• Sumber ilmu mestilah dari tempat yang betul..
• Firman Allah yang bermaksud:”Katakanlah (wahai
Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah yang Maha Esa.
Allah tempat pergantungan sekalian makhluk. Ia tidak
beranak dan tidak diperanakkan dan tidak ada
sesiapa yang setara dengannya’. (al-Ikhlas : 4)
Mengelakkan diri dari suasana dosa dan jahiliah
• Nabi s.a.w diutus untuk menyelamatkan masyarakat
jahiliyah yang sesat dan terpesong ajaran mereka…
• Umat Islam mesti mesti mengelakkan diri dari
melakukan seperti apa yang dilakukan oleh orang-
orang jahiliyah..
• Firman Allah yang bermaksud:”Dan sesiapa yang
melakukan dosa, maka sesungguhnya ia hanya
mengerjakannya untuknya untuk (menjadi bala
bencana) yang menimpa dirinya sendiri. Dan (ingatlah)
Allah sentiasa mengetahui lagi Maha Bijaksana”.(al-
Nisa’ : 111)
Iltizam meninggalkan yang haram
• Dunia hanyalah sementara (Darul Fana’) dan
kehidupan Akhirat yang akan kekal (Darul Baqa’).
• Hendaklah membentuk diri dengan IMAN dan
AQIDAH yang benar.
• Perbuatan manusia akan dipandu oleh kekuatan
Imannya..
• Firman Allah yang bermaksud:”Berimanlah kamu
kepada Allah dan RasulNya serta kepada penerang
cahaya (al-Qur’an) yang kami turunkan. Dan ingatlah
Allah amat dalam pengetahuanNya Akan segala yang
kamu kerjakan”. (AL-Taghabun: 8)
Iltizam melakukan ibadat
• Firman Allah yang bermaksud:”Dan (ingatlah) aku
tidak menjadikan jin dan manusia melainkan untuk
mereka menyembah dan beribadah kepadaKu’.
(al-Zariyat: 56)
• Manusia yang berpegang dengan konsep ibadah ini
dijamin berada pada jalan yang benar.
• Kelebihan ibadah/pekerjaan yang ikhlas;
- Menjaga hubungan Manusia dan Allah
- Menjaga hubungan sesama manusia
Taubat dan Do'a
• Manusia ciptaan Allah kadang-kadang tidak terlepas
dari melakukan dosa dan maksiat.
• Perlanggaran perintah Allah memerlukan tindakan
yang cepat…iaitu
• Taubat dan Doa senjata Mukmin yang ampuh dan
kuat.
• Taubat mestilah dilakukan dalam ertikata yang
sebenarnya.
• Firman Allah yang bermaksud:”Dan sesungguhnya
kami telah menurunkan ayat-ayat yang jelas, dan tak
ada yang ingkar kepadaNya melainkan orang-orang
yang fasik”. (al-Baqarah ayat 99)
2.4 Unsur- unsur yang merosakkan
Akidah
Seseorang itu dianggap terkeluar daripada iman dan Islam
apabila dia beriktikad, Berkata-kata, atau melakukan perbuatan
yang membatalkan ikrar dan tasdiq.
Dan keatasnya akan dilaksanakan hukuman had (hudud).

Perkataan

Perbuatan
Keyakinan
Empat pErkara asas yang mEbatalkan
iman mEnurut imam al-tahawi…

• Mengingkari sifat Rububiyyah dan


mencelanya.
• Mengingkari atau mencela Asma’ Allah s.w.t
dan sifat-sifatnya.
• Mengingkari atau mencela sifat Uluhiyyah.
• Mengingkari dan mencela keRasulan Nabi
Muhammad s.a.w.
2.5 Peranan Aqidah Dalam
Pembangunan Ummah
• Melahirkan ummah • Melahirkan ummah
yang tunduk kepada yang memiliki peribadi
ajaran Allah dan Rasul yang unggul
• Melahirkan ummah • Melahirkan ummah
yang mempunyai yang berfikiran
halatuju dan matlamat kritis,progresif dan
yang jelas dinamis
• Menegakkan sistem • Membangunkan
pemerintahan yang ekonomi ummah secara
stabil komprehensif

Anda mungkin juga menyukai