Anda di halaman 1dari 5

PRAKTIKUM 1 PENYATAAN PROFESIONAL: SELEPAS

Pada semester ini, saya serta seluruh guru pelatih semester 5 ambilan Jun 2016
akan menghadiri praktikum fasa 1 yang akan berlangsung selama 12 minggu persekolahan.
Sebagai salah seorang guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, saya
wajib menjalani latihan mengajar ataupun praktikum selama 3 bulan yang bermula pada 30
Julai 2018 hingga 26 Oktober 2018. Praktikum ini adalah untuk subjek major iaitu Sains dan
minor adalah Reka Bentuk dan Teknologi. Latihan praktikum ini dilaksanakan sebagai
memenuhi syarat yang elah ditetapkan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia.
Antara perkara yang saya perlu lalui sebelum menjalankan praktikum ini ialah sesi
taklimat bersama unit praktikum. Sesi taklimat ini telah berlangsung pada 10 Julai 2018 di
Balai Kerapatan. Sesi taklimat praktikum ini disampaikan oleh Encik Tahir. Taklimat
praktikum kali ini, penekanan adalah berkenaan prosedur perlaksanaan praktikum peranan
dan tanggungjawab pelajar, kehadiran praktikum, wajaran praktikum dan garis panduan
perlaksanaan kokurikulum di sekolah. Selain itu, maklumat tentang Rancangan Pengajaran
Harian (RPH), jurnal reflektif mingguan dan markah penyeliaan praktikum mestilah di muat
naik di dalam MyPoroms.
Selain itu, antara persediaan penting yang telah saya lakukan sebelum menjalankan
sesi praktikum yang pertama ini adalah membuat persediaan dari segi mental dan
fizikal.Sepanjang tempoh praktikum tersebut, saya dikehendaki untuk menyiapkan segala
tugasan yang telah diberikan oleh Unit Praktikum.Oleh itu, saya perlu membuat beberapa
persediaan sebelum menjalani praktikum tersebut. Perkara seterusnya yang perlu saya
lakukan semasa praktikum ialah mengumpul maklumat-maklumat yang berkaitan dengan
tugasan berpandukan senarai semak yang telah disediakan oleh unit praktikum. Disamping
itu, saya juga perlu menyediakan portfolio praktikum dan menyimpan segala hasil maklumat
yang diperole serta hasil penulisan yang telah dibuat kedalam portfolio sebagai bukti serta
rujukan dimasa akan datang.

Sebagai seorang guru pelati, bimbingan serta tunjuk ajar dari guru yang
berpengalaman amat penting dalam melatih guru pelatih menjadi guru yang berjaya.
Sehubungan dengan itu, saya perlu berbincang dan sentiasa meminta tunjuk ajar dari guru
pembimbing saya dari sekolah tersebut. Nasihat serta bimbingan yang padu amat penting
kepada saya sebagai seorang guru praktikal yang baharu di sekolah tersebut. Sebelum
menjalani praktikum, saya mendapatkan pelbagai tips tentang kaedah bagaimana mengawal
bilik darjah dengan bijak melalui buku serta laman sesawang. Malah saya juga telah
membuat perancangan awal berkenaan peraturan-peraturan yang perlu mereka patuhi
sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan.Selain itu, saya turut
merancang aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik minat murid dalam
pembelajaran mereka di dalam bilik darjah.
PRAKTIKUM 1 PENYATAAN PROFESIONAL: SELEPAS

Saya berharap agar praktikum yang akan saya jalani pada 30 Julai hingga 26
Oktober 2018 berjalan dengan baik sepertimana yang telah saya rancangkan.
Walaubagaimanapun, sebagai seorang guru, saya mestilah sentiasa bersedia dalam kedaan
tabah menghadapi segala cabaran yang datang kerana sesungguhnya seseorang yang
terlalu memikirkan akibat dari sesuatu keputusan atau tindakan, adalah sukar baginya untuk
berjaya. Saya pasti bahawa banyak pengalaman baharu yang akan saya alami kelak. Insya-
Allah.
PRAKTIKUM 1 PENYATAAN PROFESIONAL: SELEPAS

Saya Ainur Munirah Binti Hasan telah menjalai latihan praktikum pada semester lima
iaitu praktikum Fasa 1 di Sekolah Kebangsaan Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan.
Praktikum ini mengambil masa selama tiga bulan (30 Julai hingga 26 Oktober 2018) dan
saya mesti mengikuti segala aktiviti yang berjalan di sekolah dalam jangka waktu tersebut.
Antara tujuan sampingan program praktikum ini adalah untuk membolehkan pelajar
membiasakan diri di sekolah dan di bilik darjah serta mendapat pendedahan awal
pembelajaran murid. Di sekolah juga saya perlu memgajar subjek major saya iaitu Sains
selama 8 masa dan juga 2 masa bagi subjek minor saya iaitu Sains. Setelah saya meneliti
kandungan tugasan, saya mendapati kurikulum dan sukatan pelajaran juga menjadi salah
satu item penting dalam senarai semak tugasan. Perkara ini sedikit sebanyak menyumbang
kepada pengetahuan baru saya tentang pembelajaran murid-murid.

Selain itu, saya juga dapat memahami pengurusan strategi pengajaran dan
pembelajaran melalui buku rekod pengajaran. Antara lain, tugasan yang diberikan juga
membolehkan saya membina kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan
sekolah. Kepentingan utama aktiviti ini adalah untuk membina keyakinan diri seseorang guru
pelatih selain daripada mempersiapkan mereka sebagai salah seorang komuniti sekolah
pada masa akan datang. Di samping itu juga, guru pelatih diharap dapat memahami tingkah
laku murid-murid, pengurusan bilik darjah, proses penyepaduan teori dan amalan dalam
konteks pengajaran dan pembelajaran (P&P) melalaui pemerhatian, interaksi dan refleksi.
Setelah tujuh minggu menjalani latihan praktikum, masih banyak perkara yang perlu saya
perbaiki terutamanya dari aspek penulisan rancangan pengajaran harian. Berbekalkan
panduan dari pensyarah penyelia, guru pembimbing serta rakan-rakan, saya akan sentiasa
cuba sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik dan bersungguh-sungguh

Sepanjang tempoh praktikum ini. Tempoh praktikum yang berbaki 4 minggu sahaja
lagi terasa semakin dekat namun masih banyak lagi tugasan-tugasan yang belum saya
laksanakan. Setiap kali selepas penyeliaan, pasti saya akan memperolehi ilmu yang baru
dan perlu saya perbaiki. Sepanjang tempoh praktikum juga, hubungan saya dengan
masyarakat sekitar semakin akrab. Malahan saya semakin rapat dengan murid-murid
saya.Saya juga perlu bijak menguruskan masa agar dapat menguruskan semua tugasan
dengan konsisten.

Sepanjang menjalani latihan praktikum, saya semakin jelas dengan kaedah dan
teknik yang perlu disesuaikan dengan latar belakang murid-murid saya. Aktiviti-aktiviti yang
dilaksanakan juga perlu bersifat dua hala agar saya dapat membentuk jati diri murid-murid
supaya berani memberi jawapan mahupun pendapat. Saya sedar, murid-murid di sekolah
tersebut agak rendah tahap keyakinan diri. Justeru, dengan perancangan pengajaran dan
PRAKTIKUM 1 PENYATAAN PROFESIONAL: SELEPAS

pembelajaran yang konsisten, saya akan cuba sedaya upaya untuk melatih mereka menjadi
berani untuk mencuba sesuatu yang baik.

Selain itu, perkara penting yang perlu saya beri tumpuan adalah untuk kuasai
perancangan pengajaran dan pembelajaran. Saya sedar jika perancangan saya hanya
sekadar melepaskan batuk di tangga, pastinya anak murid saya pulang dengan “otak
kosong” bagi subjek saya. Saya juga sedar, kebanyak murid kurang ingin belajar dan
merasakan bosan untuk belajar. Prinsip yang cuba saya tanamkan bagi anak-anak didik
saya adalah saya akan pastikan mereka pada suatu hari nanti keinginan untuk belajar
dengan tekun ada pada diri mereka dan mengurangkan bermain semasa berada di sekolah.

Dalam tempoh praktikum juga, saya sedar bahawa untuk mengajar kita perlu
membuat persediaan yang rapi agar pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan
dengan lancar dan mendapat hasil pembelajaran yang eksplisit. Jelas sekali kejayaan
pengajaran dan pembelajaran sesuatu sesi pembelajaran akan bermula dari guru yang
konsisten dengan perjuangannya. Dengan platform ini juga, sedikit sebanyak sikap suka
membuat kerja “last minute” dapat dikikis. Seiring dengan perubahan zaman globalisasi
menuntut saya agar lebih peka dengan dunia teknologi, maklumat dan komunikasi (TMK)
untuk diterapkan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Justeru saya perlu sentiasa
mencari strategi yang menarik agar mereka bersemangat ketika belajar, saya acap kali
mencari bahan bantu mengajar yang manarik serta logik dan berkaitan dengan isi pelajaran.
PRAKTIKUM 1 PENYATAAN PROFESIONAL: SELEPAS

Seminggu sebelum berakhir praktikum fasa satu ini, saya berasa amat bersyukur
kerana hampir keseluruhan tugas ang diamanahkan oleh pihak institut telah saya
laksanakan dengan baik bersama-sama rakan praktikum saya yang lain. Malahan kami
berjaya menjalan tugas-tugas yang diberikan oleh pihak sekolah dengan baik. Sepanjang
berada di SK Rampangi terdapat beberapa aktiviti dan projek telah saya lakukan bersama
rakan yang lain. Aktiviti yang dilakukan adalah menyambut sambutan Bulan Kemerdekaan,
Hari Kanak-kanak serta banyak lagi aktiviti yang diadakan. Berdepan dengan pelbagai
cabaran dan kekangan banyak mengajar saya supaa tidak mudah berputus asa. Dengan
bantuan daripada pelbagai pihak, masalah tersebut dapat diatasi dengan baik. Berhadapan
dengan masalah tersebut turut menyedarkan saya bahawa kehidupan ini sering kali disertai
dengan halangan bagi mendidik diri supaya lebih cekal dan tidak mudah berputus asa.

Justeru ini menyedarkan saya supaya sentiasa menambahkan pengetahuan yang


baharu kerana ia mampun dijadikan asas dan panduan dalam kehidupan dan boleh
digunakan andainya berdepan dengan sebaran masalah. Banyak pengalaman manis yang
diperolehi ketika menjalani praktikum sebagai guru pelatih. Jujur saya katakana bahawa,
hari demi hari, perasaan sayang saya terhadap pelajar SK Ampangan semakin mendalam
walaupun mereka nakal tetapi mereka sangat mengambil berat tenatng guru pelatih semasa
keberadaan di sekolah tersebut. Saya berharap untuk praktikum fasa terakhir kelak, saya
dapat memberi sumbangan yang lebih kepada murid-murid yang bakal menjadi pelajar saya
kelak dan menambaik lagi prestasi saya dalam proses P&P. Sesungguhnya ilmu yang
dipelajari dapat diterjemahkan dan diaplikasikan kepada semua murid.

Sebagai kesimpulannya pengalaman menjalani praktikum ini diharapkan dapat


dimanfaatkan dengan sebaik mungkin untuk masa akan datang. Tidak mungkin saya dapat
menjayakan praktikum fasa satu ini sebaik mungkin tanpa sokongan dan bimbingan serta
kerjasama yang tidak berbelah bahagi kepada semua pihak. Nescaya setiap pengalaman
dan ilmu pengetahuan baharu yang diambil akan digunakan untuk penambahbaikan masa
akan datang sebagaimana untaian bait-bait kata emas yang perlu dicoretkan iaitu tidak
lengkap seorang guru itu tanpa ilmu di dada dan penghayatan serta pengalaman yang baik.

Disediakan oleh,

………………………………………
(AINUR MUNIRAH BINTI HASAN)
Opsyen Sains,
PISMP Ambilan Jun 2016.

Anda mungkin juga menyukai