Anda di halaman 1dari 9

Mengapa anda berminat dengan kerja kerajaan?

Cuba lihat tajuk post di atas? Anda pasti sering ditanya soalan sebegitu bukan?

Soalan seperti ini memang dianggap mudah oleh sesetengah calon yang menghadiri temuduga

bagi sektor awam.

Adakah jawapan anda seperti ini?

” Saya minat kerja kerajaan ini sebab ianya

terjamin berbanding kerja swasta.”

atau

” Saya minat kerja kerjaan ini sebab ayah saya

juga kerja di sektor awam”

atau

” Saya datang je temuduga kerja kerajaan ini,

manatahu ada rezeki”

atau

”Banyak kelebihan jika saya dapat kerja

kerajaan ini. Cuti banyak!”

atau

” Tak tahulah, sebab dah puas saya minta kerja

swasta tak dapat, ni saya cuba la pula di sektor

awam”

Bermacam-macam jawapan yang diberikan oleh calon apabila ditanya soalan cepuemas ini. Adakah
salah jawapan-jawapan ini? TIDAK, ianya adalah OK, tapi kurang tepat atau kurang sesuai.

Mahukah anda tahu jawapan yang sesuai bagi soalan yang ditanyakan ini?

Tunggu ye:) Saya bagi jawapan yang sesuai untuk anda ketahui. Sebenarnya, untuk soalan ini,

bermacam-macam jawapan boleh diberikan oleh anda. Contoh – contoh jawapan yang disyorkan

adalah seperti berikut:

”Saya berminat untuk bekerja di sektor awam adalah kerana:”

1. Berjaya menempatkan diri sebagai penjawat awam

adalah merupakan satu kebanggaan buat diri saya

kerana saya dapat berbakti kepada negara,

bangsa dan agama dengan memberikan perkhidmatan

yang terbaik untuk rakyat.


2. Bidang kerja di sektor awam adalah merupakan

minat dan cita-cita saya sejak zaman persekolahan

lagi dibantu dengan sokongan dan dorongan dari

keluarga saya terutamanya dari ibu dan ayah yang

amat berharap saya berjaya memasuki kerjaya di

sektor awam. Jadi, saya amat berharap saya dapat

diterima sebagai seorang penjawat awam dan

seterusnya dapat berbakti untuk negara.

3. Selain berkhidmat di sektor awam, saya juga

akan berterusan mendapat peluang untuk menambahkan

ilmu terutamanya ilmu-ilmu terkini dalam bidang

kerja yang diceburi dengan adanya seminar,

bengkel, kursus, peperiksaan penilaian dan banyak

lagi yang sememangnya amat bernilai bagi saya yang

tidak dapat saya perolehi di luar sana. Ini bakal

menjadikan saya seorang penjawat awam yang bukan

saja cemerlang, tetapi cekap dan juga berilmu

pengetahuan yang tinggi.

4. Saya juga berpeluang untuk menyambung

pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dari

kelayakan yang saya miliki sekarang dengan bantuan

dan sokongan pihak kerajaan yang seterusnya dapat

menyumbang kepada perkhidmatan awam itu sendiri.

5. Tidak dapat dinafikan bahawa berkerja di

sektor awam ini memberikan jaminan masa depan buat

saya dan juga keluarga saya. Biarlah orang berkata

”kerja kerajaan ini gaji sikit je” tetapi

bagi saya, terjamin masa depan. Tidak ada risiko dibuang

kerja jika berlaku kegawatan ekonomi seperti yang

berlaku di sektor swasta kini.

6. Ya, kenaikan pangkat! Semua orang menginginkan

kenaikan pangkat dan juga gaji. Dalam sektor awam

semuanya akan diberikan termasuklah kelebihan –

kelebihan lain seperti cuti bersalin, cuti

tahunan, KWSP, mudah buat pinjaman bank, dan

lain-lain. Jadi ini memberikan galakan kepadaa saya

untuk memasuki sektor awam berbanding swasta.


Bagaimana dengan jawapan – jawapan yang saya syorkan tersebut? Anda bersetuju? Jika

anda mahu tahu, itulah jawapan yang lebih sesuai berbanding jawapan ringkas yang diberikan

sebelum ini.

Comments (33)

1. Sha
August 28, 2009 at 8:47 am

sy pernah beberapa kali menghadiri temuduga disektor kerajaan..mmg setiap kali temuduga sy

akan ditanya “mengapa sy berminat dgn kerja kerajaan”..tp sukar untuk memberikan jawapan yg

tepat..setelah membaca segala tips yg berada di blog ini..sy bersetuju dgn semua tips2 ni…& sy

juge dapat ilmu br dr sini..terima kasih… ;o)


Reply

2. Masnizah
August 28, 2009 at 9:55 am

saya baru gi interview dan mmg ada soalan ni..nasib baik dh baca tips dari jamal, so dgn

confidentnya saya jwb soalan tu..thanx jamal 


Reply

3. riana
August 28, 2009 at 11:06 am

saya belum pernah lg pergi mana2 temuduga kerajaan.. tp sy berharap sgt akn mndapat peluang

2… dan sy amat berpuas hati dgn saranan jawapan di atas… ianya padat, ringkas dan mudah 2k d

fahami… thx alot to Blog Kerja Kerajaan… thx Jamal.. 


Reply

4. fikah
August 28, 2009 at 11:23 am

Baru2 ni saya ada pergi interview,dia tanya,kenapa kita nak kerja dengan kerajaan.So,jawab

la,dapat berbakti kepada negara, bangsa dan negara, then panel tu tanya lagi,sekarang ni pun

awak kerja, dapat berbakti kepada negara,huh,pening dah,camner tu?sebelum ni saya ada kerja

sebagai kerani dengan security guard n sebelum tu gak,kerja sebagai lab technician di bahagian

R&D department…camner ye nak jawab?


Reply

5. fara
August 28, 2009 at 3:23 pm

Salam dan selamat berpuasa!


Saya pernah ditanya soalan begitu oleh KP , dan menjawab dengan tenang. Saya berminat kerana

saya inginkan ilmu pengetahuan yg luas dan pengalaman2x superior yg lain melalui kursus2x dan

seminar2x yg diberikan olh kerajaan. Namun demikian saya disangkal giler2x oleh KP tersebut!

Saya nk cuba jawab yg lain selepas ini kalu diberi peluang lg, insyaALLAH. mungkin jawapan yg

lebih relevant adalah terjamin masa depan..


Reply

o admin

September 9, 2009 at 1:08 pm

Ganaz tu..KP! Kena cari jawapan yang lebih advanced tu:)


Reply

6. Jamila
August 28, 2009 at 5:30 pm

thanks for the tip!


Reply

7. syda syakilla
August 31, 2009 at 9:16 pm

salam…

arrrrgghhhh…. tension spa tuk pembantu perangkaan da kuar. br jap td check… resultnya xdapat…

rs nak menjerit jer… asal aku xdapat rsnye aku jwp da betol cnfident lak tu… emmmm adehla…

sedey nye….
Reply

8. che kamal
September 1, 2009 at 12:21 pm

salam dan slmt berposa

sy xpernh lg interview kerajaan, tp sy rasa jwpn tersebut amatlah terbaik. isi yang padat dan

ringkas.thanx
Reply

9. ct
September 1, 2009 at 2:33 pm

salam.. slamat berpuasa.. saya skang dalam proses tunggu kptsn intvw.. x taula camne.. hopeful

dapat la eh.. doa-doakan la…


Reply

10. azue
September 3, 2009 at 12:22 pm

salam..

saya dh 3 kali interview kerja kerajaan tapi still belum ada rezeki..

soalan ni selalu ditanya bila saya ditemuduga. jawapan yang diberi bagus untuk saya praktikkan

bila ada temuduga nanti..thanks coz bagi tip2 berguna ini 


Reply

o wawa

May 23, 2010 at 12:08 am

Insayallah, lepas nie dpt

amin
Reply

11. cik_jururawat
September 20, 2009 at 1:12 am

sy nak bg pandangan sy kat sni..ermm yg pnting sijil2 kelulusan korg tu smblm dtg interview kna

la teratur rapi, jgan lupa sarapan tau..huhu..ermm..time tmuduga tu klu ada soalan pnemuduga tu

korg xdpt jwb, ckp scara jujur yg kmu tidak tahu..dan korg kna yakin msa jwb soalan tu..bahasa

badan dan mimik muka tu pnting msa temuduga tersebut..anggaplah temuduga yg bakal korg

pergi tu mjadi peluang terakhir bagi diri korg..supaya korg ada semangat yg kuat untuk menjadi

salah seorang calon terbaik dl interview itu…jgan lupa byk2kan berdoa k..klu tak berjaya dalam

temuduga tersebut..jangan rasa putus asa..jadikan kegagalan itu sbgai dorongan kamu utk

berjaya…apa2 pun good luck k..

1. masa sy ditemuduga dulu soalan yg ditanya seperti ini :

1.apa kelebihan yg ada pada diri kamu.

2.kenapa kmi perlu mengambil kamu untuk berkhidmat bersama kami

3.apakah perbezaan cergas den cerdas?

4. senaraikan 5 kementerian dan nama menteri tersebut

5.berapa warna pada bendera malaysia.

6.seandainya kamu dapat jawatan ini,adakah kamu sanggup bekerja di lular bandar ataupun

pendalaman sabah sarawak?

hah..jawapan tu korag fikir2 la k..heheh..ni mmg soalan yg sy kna tanya masa interview

dulu..alhamdulilah lulus…mybe sy ada kyakinan dan sentiasa memberikan senyuman kpd

penemuduga itu..hehe
Reply

12. Dwan
October 14, 2009 at 1:36 am
Assalamualikum…

saya ada interview spa bulan puasa lepas..

dia ada tanya soalan tu…

saya jawab je ape yg terkeluar dr otak…hehe

jumaat nih kuar result..adeh…

x confident la plak..

nyesal x buat betul2…

yela… siap bley gelak2 time sembang ngan panel 2 orang…

harap2 dapat la…

amin….
Reply

13. ren
October 16, 2009 at 11:13 am

hello…

ni dah kali ke4 datang intervw…tiap kali buat persediaan untk intrvw memang tak tahu bagaimana

untuk mengatur strategi…but…berterima kasih la adanya ruangan ini…thx jamal..u ar the best…

kekuatan untk menghadapi temuduga akan dtg bertambah…chayo2… 


Reply

14. izzati
October 19, 2009 at 9:12 pm

salam.. saya belum pernah mghadiri mana2 temuduga gov.. tp, sdg mnunggu di pggil interview..

tips yang dikongsi di blog ni sgt b’guna buat sya.. thanks jamal atas tips dan ilmu ni.. ^_^
Reply

15. Harniza Abdul Sahak


October 22, 2009 at 11:54 am

Assalamualakum..en.jamal sy nak ucapkan terima kasih untuk tips2 yg encik emailkan pada sy…

Utk interview kali kedua ni sy akan cuba sedaya upaya saya dan gunakan tips2 yg en.bagi..
Reply

16. fiezaoscura
November 3, 2009 at 12:56 pm

Sy dpt g interview ujian bertulis utk jwtn peg tadbir 6hb ni…spe2 leh membantu sy ape soalan2 yg

mgkn di tnya…email fiez_matrix_87@yahoo.com
Reply

17. nurul
November 22, 2009 at 9:53 pm
sy dpt interview jawatan penolong jurutera…25nov ni….cuaknyer…bermacam2 persoalan kat

minda….dengan ada nye blog en jamal ni…sedikit sebanyak ia dpt membantu….lagi2 orang seperti

saya yg tdk pernah hadiri mana2 interview,,,but dengan pengalaman masa study…time

presentation final projek dpt membantu keyakinan diri,…


Reply

18. wahida
December 6, 2009 at 8:43 am

tima kasih byk2 ats tips2 yg diberi…saya ada interview 17hb Dec ni untuk jawatan juruaudit…mmg

harap dapat tapi tak nak la berharap sgt2…yg penting pergi interview tu dgn persediaan yang

cukup..kalo tak nanti malukan diri sendiri jgk kalo sume yang ditanya tak dpt jawab
Reply

19. Miesha-Png
January 8, 2010 at 1:02 pm

nervous!!!
Reply

20. yam
February 19, 2010 at 9:42 pm

cik jamal..cmne sy nk bli ebook 2..sy dok area pdalaman gak r..bank yg de kat cni juz agrobank

jew..klu nk g bank len,kne kuar r..mik mse lme sket r..kne tgu free n de hal,br sy kuar..sb skg,sy

wat 2 job..gr kafa gn 4time kat mini market.ltih da wat 2 job..arap pat r beli ngn cpt..tp cmne??sy

de dftr…tp cam xpasti je cre nk patkn ebook 2…


Reply

21. kiambang
March 17, 2010 at 9:00 am

sy baru mohon tuk pem. tadbir di lem. per. peladang..ade ape2 tips tuk jabatan itu??
Reply

22. leen
April 8, 2010 at 2:45 pm

esok pg saya ade interview ngan gov..bile bace tip kat sini harap sikit sebanyak dapat tlong

saya.thanks
Reply

23. mawar
April 10, 2010 at 4:08 am

hai…salam 1 Malaysia..

ahad mggu dpn abg sy ade tmdge polis…


bg yg ade pngalaman bleh tlg sy…..

ape soalan yg sering ditye oleh panel pnemudge dan ape nshat anda?

leh emel pd sye….gemer8_10@yahoo.com.my


Reply

o Saya Dah Dapat Kerja Kerajaan

April 13, 2010 at 4:15 pm

Salam hormat kepada semua rakan-rakan…

Rakan-rakan yang belum di panggil temuduga, harap banyakkan bersabar dan terus berusaha.

Tahniah di ucapkan kepada yang telah di panggil sesi temuduga.

Ingat, buat persiapan rapi sebelum menghadir sesi tersebut kerana masih ramai calon menunggu

untuk jawatan tersebut. Tunjukkan kepada penemuduga bahawa andalah calon yang di cari-cari.
Reply

24. mizz_yna
April 18, 2010 at 12:24 pm

boleh x bgtau sy pasal interview untuk penolong akauntan??? kat RISDA

please urgent sgt sok nk interview tp x ada persediaan lg..

mizz_yna88@yahoo.com.my
Reply

25. shida
May 3, 2010 at 4:30 pm

kawan2, selalunye kalau soalan untuk post pegawai, dalam english or bm yek???
Reply

26. lina
May 17, 2010 at 9:53 am

thanks 4 da tips…..
Reply

27. jaz
May 24, 2010 at 5:13 pm

Hi, this becoming June i will have to attend interview sebagai pegawai khidmat pelanggan??ada

tips tak?thanks.

=))
Reply

28. aleeza
July 6, 2010 at 12:58 pm
7 july ni ade interview sbg penguasa kastam selepas 3thn sy jd simpanan. boleh bg sedikit tips tak

sbb sy takde idea keje di mcm mane selain dr cek brg2 kat airport, port2 & sempadan.

email:shogunzack@yahoo.com
Reply

29. fieda
July 12, 2010 at 10:45 am

salam…sape2 ade tips utk soalan intervw spp?urgent sngt2 ..ade intervw 14hb nie..rase cm x yakin

jer..intervw 1st time lak tu…


Reply

30. cik timah


August 11, 2010 at 4:44 pm

thanks…this info helps me a lot….mekaseh…XD

Anda mungkin juga menyukai