ISI KANDUNGAN
BAB 1
PENGENALAN DIRI
BAB 2
17
BAB 3
INFO JAWATAN
23
BAB 4
PENYELESAIAN MASALAH
42
BAB 5
KENEGARAAN
55
BAB 6
ISU SEMASA
95
BAB 7
101
BAB 8
SOALAN PSIKOLOGI
107
PENGENALAN DIRI
5.Apakah subjek yang paling anda minati semasa belajar di universiti dan terangkan
mengapa?
Subjek Mekanik Tanah adalah subjek yang paling saya minati semasa belajar di universiti. Saya
terlalu minat dengan subjek ini kerana pada pendapat dan pemerhatian saya, subjek ini
merupakan salah satu subjek paling mencabar dalam pengajian Kejuruteraan Awam. Tidak
ramai pelajar yang benar-benar berjaya mendalami subjek ini disebabkan kesukarannya. Ianya
terlalu rumit dan memerlukan kesabaran yang tinggi semasa mendalaminya. Saya juga
mendapat tahu bahawa di Malaysia ini tidak ramai jurutera yang benar-benar mahir mengenai
ilmu Mekanik Tanah ini. Jadi saya mengambil peluang ini untuk menjadi seorang yang berjaya
menguasai ilmu ini dan dapat menyumbangkannya kepada negara.
11. Apakah keputusan yang paling sukar yang pernah anda buat sebelum ini?
Keputusan yang paling sukar saya buat sebelum ini adalah sama ada meneruskan pembelajaran
atau menerima panggilan kerja di sebuah syarikat swasta. Pada masa itu, memang sangat sukar
untuk membuat pilihan. Oleh itu, saya telah mendapatkan nasihat daripada orang tua saya,
sahabat-sahabat saya dan juga melakukan solat Istikharah memohon kepada Allah
menunjukkan saya keputusan yang terbaik yang patut saya ambil. Alhamdulillah, saya memang
mengambil keputusan yang terbaik, iaitu menyambung pengajian.
12. Apakah tugasan paling sukar yang pernah anda selesaikan dan apakah peranan utama
anda?
Projek penyelidikan saya merupakan satu tugasan yang paling mencabar kerana ia begitu
kompleks. Saya mengambil masa dua semester untuk menyiapkannya dan saya sangat sibuk
dalam proses penyiapannya. Saya terpaksa membuat banyak keputusan sendiri tanpa bantuan
daripada sesiapapun. Akhirnya, penyelidikan saya berjaya disiapkan dan mendapat markah
penilaian yang tinggi. Saya sungguh puas hati dengan hasil kerja saya walaupun ianya sangat
sukar.
14. Setiap orang pasti mempunyai hobi. Dan anda, bagaianakah anda menggunakan masa
lapang anda?
Ya, saya juga seperti mereka juga memiliki hobi. Saya suka membaca dan selalu ke kedai buku
setiap hujung minggu untuk membeli buku. Saya membaca senaskhah buku pada setiap
minggu. Saya suka membaca buku-buku motivasi, kisah kejayaan dan juga buku-buku yang
berkaitan dengan agama. Selain itu juga, saya amat meminati sukan. Oleh itu pada setiap 3 kali
seminggu, saya akan pergi ke gimnasium untuk bersukan ataupun berfutsal.
17. Adakah anda gemar untuk bekerja bersendirian ataupun secara berkumpulan?
Saya mudah bergaul dengan sesiapa sahaja. Saya seorang yang boleh bertolak ansur dan
menghormati keputusan kerja orang lain di sekeliling saya. Bekerja secara berkumpulan, saya
amat sukakannya kerana ianya dapat memberi lebih banyak idea untuk membentuk idea yang
terbaik. Saya juga tidak kisah jika bekerja seorang diri kerana usaha saya ini akan menjadikan
diri saya lebih kreatif, inovatif dan lebih berdikari.
26. Semasa di universiti, kegiatan yang bagaimanakah yang anda paling anda
banyak ceburi?
Sewaktu di universiti, saya menyertai Persatuan Ijazah Sarjana Muda yang dikenali juga sebagai
PERSADA dan kami membuat aktiviti berpersatuan ini seminggu sekali di mana kami akan
berkumpul untuk bermesyuarat serta berbincang bersama apakah program yang hendak kami
jalankan.
Selain itu saya juga mewakili universiti dalam sukan bola sepak dan kami pernah menjadi juara
dalam pertandingan bola sepak antara university seluruh Malaysia.
10
28. Sila perkenalkan diri anda dan latar belakang dalam Bahasa Inggeris?
My name is Dalilah Hadifah bt Abdul Talib.I am the third from ten siblings. My hobbies are
reading and do the research. My great ambition is to become an Administrative and Diplomatic
Officer. I was a graduated student of Bachelor of Shariah and Law from International Islamic
University Malaysia. Before that I was in Diploma in Shariah and Law from International Islamic
University of Selangor. My father was born in Perak and his job is a Doctor while my mother
was born in Pahang and she is a great housewife.
11
= A2
Matematik
= B3
Geografi
= B3
Perakaunan
= B4
Pendidikan Islam = A1
31. Apakah jawatan awak sekarang dan apa tugas yang awak buat?
Saya sekarangg bekerja di Raudhatus Sakinah Master Training & Consultancy. Tugas saya ialah
menyampaikan modul-modul yang telah ditetapkan dalam bentuk ceramah. Selain itu, saya
juga dikehendaki untuk menjalankan sebarang kajian bagi memperbaharui kandungan modulmodul tersebut dari semasa ke semasa. Saya juga dikehendaki untuk menjalankan lawatan
serta memberi pengisian susulan kepada para peserta yang pernah mengikuti program kami
serta menjalankan program yang menghimpunkan seluruh alumni kami setahun sekali.
13
39. Apakah pengalaman buruk yang anda pernah lalui dan apakah pengajarannya?
Pengalaman buruk saya ialah masalah hutang kad kredit yang disebabkan oleh kecuaian dan
kelemahan saya dalam mengurukan perbelanjaan. Apabila setiap kali mendapat gaji, ianya
habis begitu sahaja untuk membayar hutang tersebut dan hakikatnya hari demi hari, hutang
saya bertambah. Pengajaranya, adalah sangat penting untuk kita uruskan perbelanjaan harian
kita untuk memastikan kewangan kita menjadi baik. Saya juga sedar betapa pentingnya untuk
kita berjimat cermat ketika usia muda ini.
14
15
16
KELAYAKAN &
PENGALAMAN
17
3. Memandangkan anda baru sahaja menamatkan pengajian beberapa bulan yang lepas,
adakah anda mempunyai pengalaman bekerja?
Walaupun saya baru sahaja menamatkan pengajian, saya tidak duduk berdiam diri saja tanpa
membuat apapun. Buat masa sekarang, saya menghabiskan masa saya dengan membantu ayah
saya di kedai runcitnya. Dapat juga saya mencari wangtambahan di samping membantu
keluarga menguruskan kedai runcit tersebut. Semasa bekerja di kedai runcit milik ayah saya,
18
4. Apakah yang anda pelajari dari kesilapan-kesilapan yang pernah anda lakukan sebelum ini?
Apa yang penting, saya tidak akan mengulangi lagi kesilapan yang lalu. Saya perlu berhati hati
dan bijak merancang apabila membuat keputusan. Saya akan jadikan kesilapan lalu sebagai
batu loncatan untuk mencapai kejayaan yang lebih gemilang.
5. Apakah pencapaian anda yang dapat menerangkan bahawa anda mempunyai inisiatif dan
kesungguhan dalam pekerjaananda?
Semasa saya mula-mula bekerja di sebuah syarikat, saya langsung tidak mengetahui mengenai
sistem sistem dan prosedur kerja yang dijalankan. Untuk itu, saya telah bekerja lebih masa
untuk memahami sistem dan prosedur kerja tersebut termasuklah pada hari cuti.Saya juga
sering bertanya kepada senior-senior saya untuk mendapatkan lebih pemahaman dan juga
ilmu.Usaha saya membuahkan hasil apabila saya bukan sahaja berjaya memahami sistem
tersebut, malah dapat menambahbaik sistem sedia ada ke tahap yang lebih baik.
19
20
11. Nyatakan satu contoh di mana anda telah menonjolkan bakat kepemimpinan semulajadi
dalam melaksanakan sesuatu aktiviti atau program yang besar dan berjaya?
Contoh di mana saya telah menonjolkan bakat kepimpinan semulajadi dalam melaksanakan
sesuatu aktiviti atau program yang besar dan berjaya adalah ketika saya mengendalikan sebuah
program Himpunan Sejuta Umat yang melibatkan penyertaan dari semua pelosok dunia.
Program demikian berjalan dengan jayanya setelah saya merancang beberapa perjumpaan awal
bersama anak-anak buah saya di mana dalam perjumpaan terbabit kami membicnagkan
tentang objektif, dana, dan segala yang berkenaan kerana program demikian bukan calangcalang memandangkan melibatkan sekalian umat dari serata dunia.
21
17. Apa yang kamu lakukan untuk meningkatkan pengetahuan anda dalam setahun terakhir
ini?
Saya telah menyertai beberapa kursus dan seminar berkaitan pengurusan kewangan, fotografi,
masakan, serta bahasa dalam tempoh setahun terakhir ini.
Hal ini kerana saya begitu minat dalam bidang-bidang berkenaan, dan ada di antaranya yang
saya tidak berapa mahir seperti memasak. Maka, saya memandang bahawa perlunya saya
menambah pengetahuan seberapa banyak yang boleh supaya pemikiran tidaklah berada di
takuk lama.
Selain itu, saya merasakan perlunya mempunyai pelbagai kemahiran atau pengetahuan kerana
kelak apabila bekerja, semua itu diperlukand alam kondisi tertentu.
22
INFO JAWATAN
23
2. Pada pandangan anda, yang manakah lebih penting antara peraturan-peraturan ataupun
kecekapan dan kepakaran seseorang jurutera bagi menghasilkan sesebuah projek
pembangunan yang berkualiti?
Peraturan lebih penting di manakebanyakanprojek yang berkualitiperluadaperaturan yang perlu diikuti
setiap masa bagi memastikan tujuan utama projek dicapai tanpa kompromi darisegi kos, kualiti, dan
masa. Peraturan bertindak sebagai panduan kepada setiap kerja yang dilaksanakan tanpa panduan
mungkin kita akan terpesong. Jika kita memilik ikepakaran dankecekapan tanpa berlandaskan peraturan,
kita mungkin terpesong dan tersilap langkah dalam melaksanakan kerja. Ianya boleh diibaratkan seperti
layang-layang yang putustalinya; di mana layang-layang tersebut memiliki kebolehan terbang tinggi
tetapi tidak boleh terbang tinggi jika tidak kena pada caranya. Begitu juga dalam menghasilkan projek
pembangunan yang berkualiti.
3. Senaraikantugas-tugaspembantutadbir?
Tugas-tugas bagi seorang pembantu tadbir di sektor awam adalah bertanggungjawab
melaksanakan tugas-tugas perkeranian danoperasi di peringkat Kumpulan Sokongan yang
merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas
pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan
data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi).
24
PEMBANTU MAKMAL
6. Apakah itu klorofil?
Klorofil merupakan penawar alam semulajadi yang didapati pada pigmen hijau tumbuhtumbuhan hijau. Dalam proses yang dipanggil fotosintesis, klorofil dalam tumbuh-tumbuhan
hijau menyerap dan menyimpan tenaga daripada cahaya matahari bersama dengan karbon
dioksida di udara, air dan mineral-mineral dari tanah untuk menghasilkan makanan. Tenaga itu
diperlukan untuk menukar air dan karbon dioksida menjadi glukosa sumber utama tenaga
untuk semua organisma hidup.
25
26
Bikar (Beaker)
Kegunaan: Untuk mengisi bahan kimia dan cecair.
27
PERTANIAN
12. Sekiranya awak seorang Pegawai Pertanian, bagaimanakah awak hendak menerangkan
tentang sesuatu teknologi kepada para petani?
Untuk menerangkan sesuatu teknologi kepada petani. Saya boleh menjalankan sesi penerangan
seperti ceramah ataupun sesi penerangan dengan di bantu alat visual seperti LCD Projector
untuk menerangkan sesuatu teknologi kepada mereka. Di samping itu juga saya juga
28
29
KAJI CUACA
17. Apa yang mendorong anda untuk menjawat jawatan pegawai kaji cuaca ini?
Yang mendorong saya untuk menjawat jawatan ini ialah kerana minat saya yang mendalam di
samping saya merasakan jawatan ini sangat membantu ramai orang dalam menentukan
aktiviti juga pergerakan harian mereka.
18. Adakah anda berminat dengan bidang kaji cuaca ini? Ceritakan
Sudah tentu saya sangat meminati bidang kaji cuaca ini kerana di samping ianya
merupakan kerjaya yang mencabar, saya begitu meminatinya kerana dengan bidang ini
saya mampu mebantu melancarkan gerak kerja juga aktiviti ramai orang. Selain itu tidak
semua orang mempunyai ilmu dalam bidang ini dan saya merasakan sangat bertuah dapat
bekerja dan mendalami bidang ini
30
31
mengutamakan pelanggan
saksama
tidak membebankan
cekap
wajar mengikut teknologi
boleh disesuaikan mengikut persekitaran
inovatif
32
28.Sebagai seorang jurutera, selain daripada kepakaran teknikal, apa lagi kemahiran lain yang
perlu ada pada diri anda untuk membina sebuah kerjaya yang cemerlang dan membolehkan
anda menjadi seorang jurutera yang serba boleh? Apa inisiatif yang anda ingin lakukan?
Selain dari kepakaran teknikal, kemahiran lain yang perlu ada pada saya untuk membina
kerjaya yang cemerlang ialah perlunya saya menguasai soft skill seperti kemahiran
berkomunikasi, berfikiran kreatif dan juga proaktif dalam apa sahaja yang dilakukan. Inisiatif
yang saya akan lakukan sudah tentu dimulai dengan mencari ilmu samada dalam bentuk latihan
mahupun membaca. Kemudia ia mestilah disusuli dengan tindakan.
33
34
31. Kenapa awk tidak memohon jawatan penolong akautan sedangkan awak berkelayakan?
Saya ingin mula dari bawah untuk lebih mendalami tugas saya nanti. Selain itu sekiranya suatau
hari saya berada di atas, saya sudah maklum dan faham keadaan orang di bawah saya.
32. Apa pandangan awak tentang penganugerahan Datuk kepada Shah Ruk Khan?
Apa yang kerajaan buat mesti ada sebabnya. Anugerah Datuk kepada Shah Ruk Khan
adalah sesuai kerana dia telah memperkenalkan Negara kita kepada negara dia dan dunia.
35
36
37
38
39
40. Could you explain the things that can motivate you?
There are four main things that motivate me. The first is my need to achieve excellence in every
task that I set out to do. The second is my desire to contribute to my firm. The third factor that
motivates me is that I enjoy success and accomplishment, because I regularly review my goals
and like to see tangible results when I do! I also believe in growth and the fact that if you're not
moving forward, learning new skills, meeting new people, you're moving backwards. Finally, I
like to feel that my work is being rewarded in an appropriate way.
41. Adakah anda akan menjalani latihan tambahan sekiranya pekerjaan tersebut
memerlukannya?
Ya, saya bersedia sekiranya diarahkan oleh majikan saya kerana saya tahu bahawa apabila
menjadi pekerja ini haruslah mematuhi arahan yang diberikan oleh syarikat selagimana tidak
membawa kepada keburukan dari segi agama atau kepada syarikat itu sendiri.
42. Adakah anda lebih suka bekerja secara berpasukan atau bersendirian?
Ya, saya menyukai kerja secara berpasukan kerana boleh menerima pandangan daripada orang
lain dalam melakukan sesuatu. Kerja yang dilakukan akan lebih teratur dan berhasil dnegan baik
40
44. Apabila anda mendapat kerja baru, bagaimana anda memulakan hubungan baru dengan
rakan sejawatan dan penyelia anda?
Saya akan menunjukkan keterujaan saya dan semangat yang positif dalam memulakan tugas
yang di amanahkan. Saya akan cuba mendekati mereka dan menyapa mereka dan
menunjukkan bahawa saya mudah untuk bergaul dengan semua orang.
45. Setakat yang anda tahu, apakah tugas-tugas yang bakal dipikul oleh anda jika anda
diterima di Jabatan&Kementerian ini?
Saya akan bergantung kepada jawatan yang saya pohon. Sudah pasti saya akan
menyesuaikan diri dengan tugas-tugas yang bakal diberikan dan mengulangkaji terlebih
dahulu terhadap jawatan yang ditawarkan.
41
PENYELESAIAN
MASALAH
42
2. Sebagai seorang yang pernah bekerja di syarikat swasta dalam bidang anda, bagaimanakah
anda boleh menggunakan pengalaman tersebut dalam perkhidmatan awam jika anda
diterima jawatan ini?
Sebagai seorang yang pernah berkhidmat di sektor swasta, saya rasa pengalaman tersebut
dapat diaplikasikan dalam perkhidmatan awam. Antaranya adalah melalui tempoh kerja swasta
yang sering bekerja lebih masa demi memastikan output atau hasil kerja yang berkualiti, tepat
pada masanya dan juga menjimatkan kos. Seperti yang kita maklum, syarikat swasta amat
mementingkan keuntungan dan kerana itulah mereka membuat pelbagai cara untuk mendapat
keuntungan yang lebih tinggi. Saya rasa sebagai penjawat sektor awam, kita juga perlu bersikap
seperti itu, di mana kita mementingkan keuntungan yang terbaik untuk kerajaan tanpa
mengabaikan aspek-aspek kualiti kerja yang dihasilkan.
43
ajaran
Islam
semasa
bekerja
yang
mementingkan
kejujuran,
amanah,
tanggungjawab dan juga keikhlasan. Kerja itu satu ibadah, jadi kita perlu melaksanakannya
dengan sepenuh hati.
4. Sebagai seorang yang aktif bersukan, apakah pandangan dan nasihat anda bagi melahirkan
kakitangan awam yang cergas dan tinggi produktivitinya?
Sebagai seorang penjawat awam yang cergas dan tinggi produktivitinya, kita patut
mengamalkan pemakanan yang sihat iaitu mengurangkan pengambilan gula, lemak, garam, dan
makanan rapu dan melebihkan senaman/aktiviti sosial di masa lapang. Badan yang sihat akan
melahirkan minda yang cergas dan seterusnya menghasilkan produktiviti yang tinggi. Jika badan
tidak sihat / sakit bagaimana kita mendapatkan minda yang cerdas. Orang ada mengatakan satu
slogan Badan Sihat Minda Cerdas.
44
6. Apakah yang dapat anda sumbangkan untuk mewujudkan situasi bekerja yang positif
dalam jabatan sekiranya anda diterima?
Untuk menjadikan sesuatu jabatan / unit / pasukan itu bekerja dengan senang hati, setiap
anggotanya perlulah mempunyai bebanan kerja yang seimbang dalam mewujudkan rasa diri
masing-masing adalah penting untuk jabatan. Oleh itu, saya berpendapat bahawa pembahagian
tugas kepada semua anggota adalah penting berdasarkan kelemahan dan kekuatan setiap
anggota pasukan. Hal ini dapat memberikan produktiviti yang tinggi dan situasi kerja yang lebih
baik dari masa sebelumnya.
45
10. Apakah perkara asas dalam menyelesaikan sebarang masalah yang timbul di tempat kerja
anda?
Perkara-perkara asas dalam menyelesaikan masalah adalah pertama, fahami masalah tersebut,
kenali punca datangnya masalah tersebut, dan akhirnya pilihan bagi menyelesaikan masalah
tersebut. Itulah secara ringkasnya perkara-perkara yang perlu di ambil tahu dalam
menyelesaikan masalah di tempat kerja.
11. Anda telah menyediakan satu laporan untuk pegawai atasan anda. Semua fakta telah
didokumentasikan dan disemak oleh anda beberapa kali akan tetapi pegawai atas tersebut
memberikan komen bahawa laporan anda salah. Apakah yang anda akan lakukan?
Saya perlu mengambil semula laporan tersebut dan akan menyemak semula sama ada saya
perlu membuat pembetulan semula atau tidak. Jika tiada sebarang masalah, saya akan
46
14. Sekiranya kawan awak keluar minum jam 10 pagi, bagaimana awak hendak tegur?
Pada pendapat saya, saya akan menegurnya secara berhikmah sepertimana saya hendak orang
menegur saya denagn cara yang lembut.
Saya akan memanggilnya secara peribadi dan santai dan mengingatkannya bahawa tidak salah
untuk keluar minum, namun seseorang pekerja itu harus amanah pada masa kerjanya.
Saya juga boleh mencadangkan padanya untuk menyediakan bekalan air, ataupun sabar untuk
menanti waktu rehat tengah hari.
15. Jika kamu hendak luluskan tuntutan perjalanan org bawahan kamu, bagaimanakamu
hendak tahu sama ada dia menipu atau tidak?
Saya akan merujuk kepada resit/penyata atau sebarang dokumen hitam putih yang ada
pengesahan bahawa benar dia membuat tuntutan perjalanan tanpa sebarang penipuan.
47
17. Mengenai perolehan, sekiranya jabatan kamu ada buat conference.then, tiba-tiba
stationary untuk conference itu tidak cukup sebagai contoh kertas, pen dan sebagainya.
Bagaimana anda menyelesaikan masalah ini sebagai penolong pegawai tadbir?
Saya akan cuba keluarkan dan dahulukan duit sendiri terlebih dahulu untuk beli semua
kelengkapan itu dan akan memberikan resit untuk claim.
18. cukup ke duit awak nak beli smua peralatan sebab kos dia ribu2..?
Sekiranya kosnya begitu tinggi, saya akan minta bantuan jabatan lain di bwh organisasi saya itu
untuk menolong dan juga di samping itu kita kena beritahu pihak atasan tentang masalah ini
dan juga cari jalan untuk menyelesaikan kekurangan itu..
19. Sila pilih satu daripa 5 rukunegara tu dan kaitkan dgn tugas sebagai pen pegawai
tadbir?
Saya memilih kepercayaan kepada tuhan. Mana-mana agama sekalipun menuntut kita untuk
berbuat baik tanpa mengira masa, situasi dan tempat. Sebagai seorang islam, kita mesti
melaksanakan tugas yg diamanahkn dengan berpegang kepada prinsip Islam, jujur dalam segala
perbuatan dalam pekerjaan, menjaga hubungan dengan Allah (hablu minallah) kerana
48
49
22. Sekiranya berlaku gejala rasuah di tempat kerja anda, apakah tindakan yang perlu dibuat
jika berhadapan situasi sebegitu?
Pertama sekali saya akan melaporkan kepada pegawai atasan yang tidak terbabit dalam
masalah itu. Untuk seterusnya, sekiranya tidak dapat atau sukar dibanteras, saya akan
melaporkan ke Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia bagi menjalankan siasatan kerana saya
juga tidak ingin bersubahat dengan mengembangbiaknya gejala seperti ni.
23. Anda telah mempunyai pengalaman kerja berpuluh- puluh tahun. Bagaimanakah caranya
untuk anda menegur pegawai atasan yang baru setahun jagung di alam pekerjaan?
Saya akan membuat appointment khas secara peribadi berkenaan hal kerja terlebih dahulu.
Sebagai permulaan saya akan katakan Sebagai orang lama, sudah tentu saya akan menegur
berdasarkan pengalaman saya yang telah bekerja dengan ramai pegawai atasan sebelum ini
dan saya ada sesuatu yang ingin dikongsikan bersama pihak encik. Kemudian saya akan
katakan saya menghargai dan apa yang dilakukan oleh encik adalah yang terbaik dan sudah
pasti ianya untuk kebaikan ramai pihak. Namun, pada pendapat saya adalah lebih baik
sekiranya pihak tuan melaksanakan kerja mengikut pengalaman dan juga contoh pegawai-
50
25.Anda merupakan seorang pegawai yang muda di dalam sesuatu organisasi, bagaimanakah
anda untuk berhadapan dengan mereka yang lebih senior dan lebih berusia daripada anda?
Apabila menghadapi situasi seperti ini, lagkah pertama ialah menegur mereka dengan lemah
lembut dan sopan. Jika boleh saya tegur di kawasan yang menyenangkan seperti di restoran
sambil membelanjanya minum. Saya akan bertanya sekiranya mereka mempunyai sebarang
masalah. Saya lebih suka menggunakan panggilan yang mesra kepada mereka yang mereka dan
melayan mereka seperti sahabat-sahabat saya dan saya akan berbincang secara baik dengan
mereka demi meningkatkan prestasi dan produktiviti kerja mereka. Secara tidak langsung, saya
juga akan dihormati mereka.
26. Anda hanya seorang PPT (seperti kita tahu hanya mempunyai Diploma), bagaimanakah
anda untuk berurusan dengan ahli akademik seperti Professor, Doktor dan mereka yang
mempunyai kelulusan yang tinggi dan juga ego serta sifat "selalu betul" yang tinggi?
Pertamanya saya akan tunjukkan kepada mereka kepentingan, guidelines, prosedur ataupun
aliran kerja juga standard yang dikeluarkan dan juga ditetapkan oleh Jabatan. Kemudian saya
akan terangkan dengan terperinci perkara tersebut dan seterusnya saya akan saya juga akan
memberikan salinan kepada mereka untuk dirujuk. Oleh itu mereka tiada pilihan lain melainkan
mereka mesti mengikutinya.
27. Bagaimanakah anda menguruskan masa seharian anda? Berikan sistem pengurusan
waktu yang digunakan seharian dan dalam melaksanakan tugas- tugas harian?
Saya akan membuat to-do list iaitu dengan menyenaraikan apa yang kita wajib, perlu, dan
perkara yang mesti kita lakukan. Ini adalah kerana sebagai manusia kita sering alpa juga boleh
menjadi cuai dalam masa tertentu. Oleh itu dengan membuat senarai semak tugas ini ia sangat
51
28.Anda baru dilantik ke sebuah jabatan kerajaan. Anda mendapati, terdapat beberapa
kepincangan dalam beberapa proses dan prosedur perkhidmatan yang diberikan oleh jabatan
anda. Sebagai orang bawah yang baru sahaja bekerja, bagaimana anda boleh mengutarakan
pendapat anda kepada pegawai lain yang lebih tinggi pangkatnya?
saya akan berjumpa dengannya secara peribadi dan memberikan pendapat saya dan cadangan
penambahbaikan serta meminta rsponnya. Selain itu jika diadakan mesyuarat yang berkaitan,
saya akan memberikan idea juga pendapat juga pandangan saya ketika itu.
29. Bagaimanakah tindakan anda dalam menangani stress ketika melakukan tugasan?
Salah satu cara ialah saya akan ke pantri. Kebiasaannya pantri disediakan di pejabat. Oleh itu
saya akan memanfaatkannya dan minum secawan kopi di sana sebentar, ataupun meminumnya
sambil membuat kerja atau juga saya akan merehatkan minda seketika. Saya jugaakan berhenti
dan bertenang, mendengar lagu serta melakukan sedikit senaman ringan.
30. Bagaimana pendekatan yang anda gunakan bagi menyelesaikan konflik atau perselisihan
pendapat dengan rakan sekerja anda?
Saya akan mendengar pandangan juga pendapat kedua-dua belah pihak dan menghormati
pandangan mereka. Kemudian saya akan beri pendangan saya pula dengan mengemukakan
fakta yang boleh menyokong hujah saya dan saya akan senaraikan semua pendapat yang timbul
dan kaji satu demi satu dan juga melihat implikasinya samada ia melibatkan kos, masa, dan juga
tenaga. Perbincangn yang dilakukan mestilah tidak melibatkan emosi dan juga mestilah
52
32. Seorang pekerja mengadu bahawa pembayaran gajinya adalah tidak tepat. Bagaimanakah
anda mengesahkan hal ini?
Pertama sekali, kita lihat dahulu slip gaji yang terbaru dan juga bulan yang sebelumnya milik
pekerja tersebut. Jika betul ianya kurang tepat, saya akan bawakan kepada bahagian kewangan.
33. Sekiranya anda ditawarkan kerja ini, bagaimana anda merancang penggunaan masa bagi
dua minggu pertama di jabatan ini?
Dalam masa dua minggu tersebut, saya akan menyesuaikan diri dengan persekitaran baru serta
berkenalan dengan rakan-rakan baru di tempat kerja dalam dua hingga tiga hari yang pertama.
Seterusnya saya akan mengenal pasti susun atur tempat kerja seperti bilik mesyuarat serta
segala yang berkaitan dengan tempat kerja. Saya juga akan melihat file-file ataupun rekodrekod lama, membaca prosedur-prosedur kerja, membuat nota serta bertanya kepada rakanrakan yang lain berkenaan tugas dan cara melakukannya.
53
35. Berikan kesan sekiranya sesebuah projek gagal disiapkan dalam masa yg ditentukan?
Sekiranya sesebuah projek itu gagal, ia akan menyebabkan sasaran yang dikehendaki tidak
dapat dicapai. Selain itu ia juga menyebabkan perancangn yang lain atupun seterusnya
tergugat. Perancangn masa menjadi gagal dan ini menyebabkan kurangnya produktiviti dan
menyebabkan jatuhnya kredibiliti serta kurangnya kepercayaan.
36. Bagaimana pendekatan yang anda gunakan bagi menyelesaikan konflik atau perselisihan
pendapat dengan rakan sekerja anda?
Saya akan cuba berbincang dengan dengan rakan tersebut dan berbincang di tempat yang
menenangkan. Saya akan mendengar pandangannya terlebih dahulu dan saya akan kemukakan
pandangan saya. Perbincangan haruslah tidak disertai dengan emosi dan saya akan menerima
sebarang pandanagn juga teguran dengan hati terbuka. Saya akan menasihatnya dan
merasionalkan mengapa saya menegurnya adalah tidak lain tidak bukan demi kebaikkannya
semata-mata.
37. Seorang pegawai kerajaan akan sentiasa menghadapi kemungkinan untuk dipindah lokasi
dan tempat bekerja. Terangkan respons anda terhadap komitmen sebegini. Bagaimana anda
akan menyelesaikan segala cabaran yang muncul dalam proses perpindahan ini?
Sebagai penjawat awam yang berkhidmat untuk rakyat kita perlu sanggup bertugas di manamana tempat sekalipun mengikuti arahan yang diberikan. Saya akan menerima dengan hati
54
55
KENEGARAAN
56
57
4. Bagaimanakah Malaysia menangani musim kegawatan ekonomi pada 2009 yang lalu?
Untuk menangani masalah kegawatan ekonomi, kerajaan telah melaksanakan bajet mini bagi
merangsang ekonomi negara. Bajet mini pada keseluruhannya bersifat komprehensif.
Pengumuman saiz bajet itu juga besar dan menjadi teras sebagai rangsangan menjana ekonomi
negara. Bajet mini itu disediakan untuk memastikan keadaan ekonomi tidak turun dan terus
menguncup. Sebelum saya pergi lebih mendalam, saya ingin katakan bahawa RM60 billion
bukanlah jumlah keseluruhan yang disuntik untuk sistem ini, sebaliknya hanya RM15 billion
untuk perbelanjaan yang nyata bagi tempoh dua tahun, manakala selebihnya adalah
peruntukan di luar bajet seperti rebat pengecualian cukai jaminan bank private ekuiti. Oleh itu,
ia perlu diperjelaskan supaya tidak menimbulkan kekeliruan masayarakat mengenainya.
Bagaimanapun, bagi saya pengumuman Bajet Mini itu adalah tindakan bijak kerana ia juga
secara tidak langsung dapat menggalakkan syarikat swasta untuk melabur, termasuk
Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bagi mendapatkan pinjaman dan memulakan
perniagaan. Kerajaan juga sebenarnya tidak boleh membelanjakan sebanyak RM60 bilion itu
kerana jumlah defisit pasti tinggi. Untuk RM15 bilion saja, defisit akan menjadi 7.6 peratus
daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Bayangkan jika RM60 bilion, pasti ia boleh
menjadikan angka yang berganda dan kerajaan juga tidak mampu.
58
7. Anda berasal dari Kedah. Anda pasti tahu siapakah Menteri Besar negeri anda?
Menteri Besar Kedah adalah Y.A.B. Dato' Seri Ustaz Haji Azizan Bin Abdul Razak di mana beliau
mula memegang jawatan pada awal tahun 2008 iaitu selepas pilihanraya umum ke 12.
8. Sebutkan berapa banyak jalur dan warna yang ada pada bendera negara kita, dan
terangkan maksud setiap warna tersebut.
Bendera Malaysia dikenali sebagai Jalur Gemilang, mengandungi 14 jalur merah dan putih
(melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan
jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri
dan 1 negeri persekutuan - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, pahang, Pulau
Pinang, Perak, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan. Bahagian
yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang
kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak
bulan tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia.
Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning
pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.
59
60
61
62
63
64
Negeri Kedah
Negeri Kelantan
SULTAN MUHAMMAD V
65
Negeri Sembilan
Negeri Pahang
Negeri Perak
Negeri Perlis
Negeri Pulau Pinang T.Y.T. TUN DATO SERI UTAMA (DR.) HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI
ABBAS
Negeri Sabah
Negeri Selangor
DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ IBNI
ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ
Negeri Sarawak
Negeri Terengganu SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN IBNI AL MARHUM SULTAN MAHMUD AL
MUKTAFI BILLAH SHAH
66
Kementerian Pelajaran
Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin
67
28. Mengapa ada sesetengah dari rakyat Indonesia yang memiliki sikap anti-malaysia
sehingga mereka melaung-laungkan ungkapan ganyang Malaysia. Apakah komen anda
berkenaan isu ini?
Ini adalah disebabkan oleh peranan media itu sendiri yang sering menanam rasa benci terhadap
Malaysia. Media mereka telah dipolitikkan oleh puak-puak yang tidak suka dengan Malaysia.
Pada pedapat saya pihak kerajaan Indonesia sepatutnya memantau media-media mereka agar
tidak mengkontroversikan isu-isu yang boleh menganggugugat kestabilan hubungan dua hala
antara kedua buah Negara.
68
30. Nyatakan mengenai institusi Yang Dipertuan Agong, tarikh lantikan, pertabalan, sistem
giliran dan tarikh kelahiran Agong.
Yang di-Pertuan Agong adalah institusi Ketua Negara seperti yang telah diperuntukkan oleh
Perlembagaan. Gelaran rasmi yang penuh bagi baginda adalah Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong. Baginda menjalankan tugas-tugas seperti yang diperuntukkan di bawah
Perlembagaan, atas nasihat Perdana Menteri atau Jemaah Menteri.
Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Melaka,
Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan. Sebagai Kepala Utama Negara, baginda juga
adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia. Yang di-Pertuan Agong dilantik setiap
lima tahun mengikut giliran yang telah ditetapkan oleh Majlis Raja-Raja.
Pada Ogos 1957, Majlis Raja-Raja telah berkenan untuk memilih gelaran Yang di-Pertuan Agong
bagi Ketua Negara Persekutuan Tanah Melayu, dan pelantikan Yang di-Pertuan Agong
hendaklah mengikut susunan Raja yang paling lama memerintah.
Untuk dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong, baginda hendaklah merupakan Raja yang
memerintah di salah sebuah daripada sembilan buah negeri persekutuan iaitu Johor, Pahang,
Negeri Sembilan, Selangor, Perlis, Terengganu, Kedah, Perak dan Kelantan. Yang di-Pertuan
Agong dipilih oleh Majlis Raja-Raja menurut kaedah dan tatacara yang ditetapkan dalam Jadual
Ketiga Perlembagaan Persekutuan dan Peraturan-Peraturan Majlis Raja-Raja.
69
70
71
72
33. Nyatakan nama setiap Perdana menteri Malaysia dan sumbangan mereka kepada
Negara?
Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
Bapa Kemerdekaan
Beliau merupakan seorang putera raja yang telah menyalurkan tenaganya ke arah mencapai
kemerdekaan dan keharmonian Negara dengan Gagasan Malaysia ke London. Kewibawaan
Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebagai seorang pemimpin terserlah
apabila hasil rundingan Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dengan pihak
British membawa kepada pilihanraya yang pertama pada 31 Ogos 1955 dan Parti Perikatan
memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan.
Di antara usaha beliau yang penting adalah cubaan menyelamatkan negara dari ancaman
komunis semasa daurat dengan memberi tawaran pengampunan beramai-ramai sekiranya
pengganas menyerah diri. Ini diikuti oleh Rundingan Baling pada 27 dan 28 Disember 1955
antara PKM dan kerajaan tetapi menemui jalan buntu.
73
74
75
Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn sentiasa dikenang sebagai pemimpin yang melayari
Malaysia meniti arus pembangunan dengan konsisten tanpa banyak kontroversi. Dasar-dasar
dan program-program yang diketegahkannya tidak pernah lari dari sasaran Dasar Ekonomi
Baru. Walaupun pada masa itu ekonomi negara terjejas oleh kemelesetan ekonomi dunia,
Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn berjaya mengawal keadaan dan membantu Malaysia
berkembang dari segi ekonomi dan sosial.
Seperti bapanya, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn sentiasa mencuba meningkatkan
taraf hidup masyarakat Melayu yang agak ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-kaum
lain terutamanya dari segi ekonomi. Dengan itu, pada 20 April 1981, Allahyaraham Tun Hussein
76
77
78
79
Agenda kepemimpinan Beliau jelas dalam setiap pendekatan yang dilaksanakan beliau apabila
memberikan fokus dalam semua aspek tanpa ada pihak yang merasa diketepikan dan terpinggir
dari arus pembangunan. Malah, konsep 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian.
Diutamakan yang diperkenalkan Najib ketika mengambil alih pentadbiran negara membuktikan
komitmen beliau untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara.
80
81
Pentadbiran
Dalam usaha mengukuhkan lagi integriti negara, Datuk Seri Najib Tun Razak turut
memperkenalkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan Bidang Keberhasilan Negara (NKRA) pada 9
April 2009 dan melantik Datuk Idris Jala sebagai Ketua Eksekutif (CEO) Unit Pengurusan Prestasi
dan Penyampaian (Pemandu).
Enam bidang utama dalam NKRA ialah memperkasakan prasarana luar bandar dan pedalaman,
menambah baik pengangkutan awam, meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti,
memerangi rasuah, mengurangi kadar jenayah dan kadar kemiskinan.
82
83
Luar Negara
Datuk Seri Najib Tun Razak memulakan lawatan pertama ke luar negara dan mengadakan
pertemuan dengan Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva di selatan Thailand dan berjanji
bekerjasama untuk menyelesaikan konflik Selatan Thailand.
Sumbangan beliau bukan saja tertumpu di dalam negara, bahkan berjaya menarik pelabur ke
Malaysia. Sempena lawatannya ke Abu Dhabi pada 21 Julai tahun lalu, Najib mengumumkan
inisiatif utama Kerajaan Abu Dhabi membabitkan pelaburan AS$1 bilion (kirakira RM3.5 bilion)
di Malaysia dalam sektor tenaga, hartanah dan hospitaliti.
Pada 30 September 2009, Perdana Menteri telah mengumumkan kerjasama ekonomi antara
Malaysia dan Arab Saudi menerusi penubuhan syarikat usaha sama dengan modal AS$2.5 bilion
(RM8.65 bilion) bagi mengendalikan aliran pelaburan langsung asing (FDI) dari Asia Barat serta
membuat pelaburan strategik dalam projek berimpak tinggi di negara ini.
Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) antara Malaysia dan New Zealand pada 26 Oktober lalu di
bawah pemerintahan Najib turut menjadi mercu tanda penting dalam peningkatan
perdagangan serta pelaburan membabitkan kedua-dua negara, sekali gus memperkukuhkan
hubungan tradisi yang sedia terjalin.
84
85
Pendidikan
Misi mengangkat sekolah negara ini ke taraf dunia bermula 25 Januari lalu apabila 20 daripada
10,000 sekolah dipilih sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) berdasarkan kriteria tertentu
termasuk menunjukkan pencapaian cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.
86
87
Dasar Kanak-Kanak
Antartika
88
Penswastaan
Persyarikatan Malaysia
Sogoshosha Malaysia
89
39. Sebutkan salah satu pertubuhan antrabangsa yang ada dan fungsinya?
salah satu pertubuhan antarabangsa ialah Pertubuhan Kerjasama Islam atau OIC ( ___ _ _____
____ ; Organisation of Islamic Cooperation) merupakan satu organisasi antarabangsa di
kalangan negara-negara Islam yang mempunyai delegasi tetap ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu(PBB). Organisasi ini terdiri daripada gabungan 57 negara-negara Islam seluruh dunia
90
91
41. Sebutkan salah satu tugas dari jawatan ADUN, Tugas Ahli Parlimen, Kabinet, Dewan
Rakyat..Dewan Negara..Senator..Speaker..?
Salah satu tugas ADUN ialah menggubal perundangan dan dasar negeri. Ahli Parlimen pula
bertanggunjawab dalam soal-jawab dalam Parlimen. Kabinet yang terdiri daripada menterimenteri pula bertindak dalam memberikan persetujuan dan sokongan terhadap segala dasar
dan keputusan yang dibuat oleh kabinet. Tugas Dewan Rakyat dan Dewan Negara pula
meluluskan semua rang undang-undang sebelum dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong untuk
mendapat perkenan diraja. Senator merupakan diantara ahli Dewan Negara yang terdiri
daripada orang-orang yang terkemuka dalam masyarakat dan banyak memberi sumbangan
kepada masyarakat. Selain dari tokoh-tokoh yang terkemuka dalam bidang ikhtisas seperti
perdagangan dan industri, pertanian, kegiatan kebudayaan dan sosial, tokoh-tokoh yang
mewakili kaum minoriti seperti orang asli juga dipilih. Speaker berperanan untuk
mempengerusikan persidangan Dewan Rakyat diadakan di Parlimen.
92
93
50. Pada pendapat anda, adakah sistem pendidikan di negara ini berada pada landasan yang
betul? Apa yang anda mahu lihat pada sistem pendidikan yang masih belum ada buat masa
ini?
Pada pendapat saya, sistem pendidikan Negara kita ini baik, namu Cuma ada beberapa perkara
sahaja yang perlu diubah supaya ianya lebih baik demi kebaikan bersama. Sistem pendidikan
Negara kita ini adalah terlalu exam oriented. Di mana para pelajar diukur tahap
kepandaiannya berdasarkan berapa banyak A yang mereka dapat, sedangkan begitu banyak
94
54. Pada pendapat anda, mengapakah Barrack Obama berjaya diangkat menjadi Presiden
Amerika Syarikat?
Kemenangan Barack Obama sebagai Presiden Amerika semalam telah mencipta suatu rekod
baru dimana rakyat Amerika akhirnya membuat kejutan untuk menerima Senator berketurunan
Afrika-Amerika ini sebagai pemimpin nombor satu negara mereka. Sejak Amerika ditubuhkan
95
96
ISU SEMASA
97
2. Penggunaan Bahasa Inggeris amat dititikberatkan oleh Kerajaan Malaysia pada masa
sekarang. Jadi, bagaimanakah anda buat untuk memperbaiki mutu penguasaan Bahasa
Inggeris anda?
Ya, bahasa Inggeris amat penting dikuasai memandangkan ianya adalah bahasa utama dunia.
Untuk mempertingkatkan penguasaan saya dalam ilmu ini, saya telah mengambil beberapa
inisiatif. Pertama, saya selalu membaca akhbar berbahasa Inggeris di pagi hari. Walaupun
banyak perkataan yang tidak saya fahami, saya merujuk kamus untuk mencari maknanya. Selain
itu, saya juga telah membeli buku Grammer untuk memperbaiki penguasaan tatabahasa saya.
Dan cara yang paling santai, saya menonton cerita filem berbahasa Inggeris yang memiliki
sarikata bahasa Inggeris juga di bawahnya. Ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman
mengenai sebutan dalam perbualan bahasa Inggeris.
3. Baru-baru ini dalam minggu ini ada berita mengenai Palestin dalam akhbar. Boleh anda
ceritakannya?
Seperti yang kita sedia maklum, Palestin telah dijajah oleh Israel beberapa dekad lamanya. Dan
kini Palestin diserang habis-habisan oleh rejim zionis sehinggakan banyak kemusnahan nyawa
dan harta benda berlaku. Sungguh malang nasib mereka, sudahlah negara mereka dirampas,
mereka pula dinafikan hak sebagai penduduk yang asal. Ini semuanya disebabkan kerakusan
Israel dan sokongan daripada Amerika Syarikat yang tidak berselindung merestui serangan
tersebut. PBB pula hanya mampu melihat dan tidak berupaya menangani isu ini seolah-olah
98
4. Pada pendapat anda, mengapakah Barrack Obama mampu menjadi Presiden Amerika
Syarikat berkulit hitam yang pertama?
Pada pendapat saya, Barrack Obama berjaya menjadi Presiden Amerika Syarikat kerana karisma
yang ada padanya. Beliau seorang yang begitu tinngi azamnya dan berani membuat jaminan
bahawa negaranya akan berubah ke arah yang lebih baik di zaman kegawatan ekonomi yang
melanda dunia sebelum ini. Lihat saja kepetahannya apabila berkata-kata, sungguh meyakinkan
setiap apa yang diucapkannya. Maka tidak hairanlah mengapa beliau mampu memegang
jawatan sebagai seorang yang paling berkuasa di muka bumi ini.
99
7. Apakah isu semasa yang hangat diperkatakan sekarang ni dalam media massa?
Isu semasa yang hangat diperkatakan sekarang adalah berkenaan isu krisis politik Syria di mana
selepas kebangkitan rakyat di Mesir, kini di Syria berlakunya kebangkitan rakyat yang telah
berlanjutan selama beberapa bulan. Ini adalah disebabkan kerana rakyat Syria yang bangkit
menuntut keadilan dan juga menolak pemerintahan diktator Basyar Asssad yang kejam di mana
bermula pemerintahan bapanya lagi sehinggalah semasa basyar memerintah, seramai lebih 60
000 rakyat Syria telah terbunuh dengan menggunakan tentera-tentera mereka. Mereka akan
membunuh siapa sahaj yang tidak menyokong mereka. Ini merupakan perbuatan yang sangat
kejam.
100
11. Masalah penceraian di Negara kita begitu tinggi dan ianya meningkat dari hari ke hari.
Apakah puncanya?
Punca krisis rumah tangga yang dikenal pasti adalah kerana tidak serasi, kecurangan, poligami,
kerenah dan campur tangan keluarga yang keterlaluan, masalah kesihatan pasangan termasuk
kesuburan, suami isteri bermain kayu tiga, masalah hutang banyak, masalah ekonomi,
pengangguran, peluang kerja terhad, komitmen kerja, kerjaya terlalu tinggi, simptom cemburu
buta, kurangnya didikan moral, penderaan dan pengabaian.
101
14. Anda perlu nyatakan maksud kemerdekaan, Tema sambutan kemerdekaan, dan siapa
wakil 3 kaum semasa perjanjian Suruhanjaya Reid di London.
Maksud kemerdekaan ialah kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan
mencakupi spiritual dan mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri
daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah.
Manakala tema sambutan kemerdekaan yang lepas pada tahun 2011 ialah 1 Malaysia :
Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera.
Wakil kaum yang ada semasa perjanjian suruhanjaya reid ialah wakil 3 kaum yang terbesar di
tanah melayu, iaitu wakil berbangsa Melayu, Cina, dan India.
102
Sebagai contoh, Portal Perkhidmatan Awam yang dikenali sebagai myGovernment. Melalui
myGovernment ini ia dapat memberi maklumat terkini perkhidmatan daripada pelbagai agensi
kerajaan. Portal Perkhidmatan Awam ini telah menyediakan akses kepada lebih 900 laman web
pelbagai agensi sama ada di peringkat persekutuan, negeri dan tempatan.
103
104
2. Isu rasuah begitu hebat diperkatakan baru-baru ini di akhbar-akhbar. Apa yang boleh anda
ceritakan mengenai rasuah di dalam sektor awam?
Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang undang di mana seseorang
mendapatkebebasan, kontrak atau keistimewaan (favours) dari pihakberkuasa atau sesebuah
syarikat selepas memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut. Menurut
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, terdapat empat kesalahan rasuah yang utama :
* Meminta/Menerima Rasuah
* Menawar/Memberi Rasuah
* Membuat Tuntutan Palsu
* Menyalahguna Jawatan/Kedudukan
Jenis kesalahan yang biasanya melibatkan penjawat awam adalah 'Menyalahguna
Jawatan/Kedudukan" semasa melaksanakan urusan-urusan kerajaan. Biasanya pegawai yang
sebegini tidak mengamalkan sikap integriti yang disarankan oleh kerajaan dan juga lemah
pegangan agamanya. Rasuah yang berlaku dalam perkhidmatan awam mampu menjejaskan
kredibiliti sesebuah jabatan ataupun institusi tersebut.
105
106
6. Berdikari merupakan salah satu criteria diperlukan bagi jawatan ini. Beri contoh sifat anda
yang demikian.
Dua tahun yang lalu, saya telah diterima masuk bekerja di salah sebuah syarikat yang besar.
Pada hari pertama menjejakkan kaki di sana, saya diterangkan tugas yang diharapkan oleh
mereka daripada saya dan selepas itu saya pula terpaksa mencari jalan sendiri untuk
menyelesaikan tugasan saya. Apa yang saya buat ialah saya berusaha untuk melakukan kajian,
membaca prosedur yang betul dan bertanya kepada senior jika saya tidak faham. Akhirnya saya
berjaya menyelesaikan tugasan yang diberi dengan baik dan ini menyenangkan hati bos saya. Di
sini saya membuktikan sifat mampu berdikari ada dalam diri saya.
107
108
109
SOALAN PSIKOLOGI
110
2. Jawatan ini adalah secara kontrak. Adakah anda masih mahu menerimanya?
Ya, saya sanggup menerimanya. Sekurang-kurangnya saya memperolehi pengalaman dan masih
memiliki peluang untuk diserapkan secara tetap. Bukannya mudah untuk memasuki bidang
kerjaya di sektor awam, jadi saya tidak akan melepaskan peluang yang muncul di depan mata.
4. Jawatan anda boleh ditempatkan di mana-mana tempat dalam Negara. Setujukah anda
jika dihantar ke kawasan pedalaman?
Saya setuju kerana sebagai penjawat awam yang berkhidmat untuk rakyat kita perlu sanggup
bertugas di mana-mana tempat sekalipun mengikuti arahan yang diberikan.
111
6. Mengapakah anda fikir kami patut mengambil anda berkhidmat dalam kerajaan dan
memegang jawatan ini?
Saya rasa pihak tuan perlu mengambil saya berkhidmat dalam kerajaan kerana saya sangat
berminat dengan kerjaya di sektor awam ini sejak dari zaman persekolahan lagi. Saya juga
seorang yang rajin bekerja, sentiasa berusaha memajukan diri, sentiasa ingin belajar untuk
menambah ilmu pengetahuan, boleh bekerjasama dengan ahli pasukan demi mencapai
matlamat, senang berurusan, berkelayakan (ijazah sarjana muda kelas pertama), komitmen
terhadap kerja, dan sanggup bekerja lebih masa.
7. Adakah anda sedia untuk bertukar tempat kerja pada masa hadapan? Sememangnya itu
selalu berlaku kepada kakitangan awam.
Ya, saya bersedia kerana sebagai penjawat awam, saya akan ditugaskan di mana-mana tempat
yang memerlukan khidmat saya terutamanya apabila saya naik pangkat kelak.
112
9.Kenapa nak jadi kakitangan awam? Apa yang menjamin masa depan?
Tidak dapat dinafikan, semua orang yang ingin bekerja di sektor awam ini adalah kerana ingin
mendapatkan masa depan yang baik. Masa depan memang terjamin dengan kelebihankelebihan yang diberikan oleh kerajaan seperti elaun, KWSP, pinjaman perumahan, pencen, dan
bermacam-macam lagi kelebihan yang semuanya memberikan kebajikan pada kakitangan
awam.
Tidak terkecuali juga saya. Semua itu memang antara faktor tarikan. Namun apa yang lebih
utama adalah semangat yang ingin berkhidmat dalam kerajaan tu membuak-buak dalam diri
saya. Saya ingin berkhidmat untuk Negara saya dan seterusnya memberikan servis yang terbaik
kepada rakyat. Sejak dari dulu saya sudah berangan-angan untuk memiliki kerjaya ini. Apabila
minat itu mendalam, kenapa saya tidak ambil peluang ini? Insya Allah dengan kemasukan saya
dalam perkhidmatan awam ini, saya mampu memberikan idea-idea dan sumbangan terbaik
yang dapat memperbaiki perkhidmatan jabatan yang bakal saya duduki nanti.
10. Tak kisah ke kalau dapat gaji rendah berbanding gaji sekarang?
Walaupun gaji saya jauh lebih tinggi dari gaji yang diberikan untuk jawatan di sektor awam ini,
saya tetap untuk memilih untuk berkhidmat dalam sektor awam.Walalupun gajinya tak setinggi
yang saya kecapi sebelum ini, tetapi saya yakin saya boleh hidup dengan gaji yang diperoleh.
113
11. Awak tak layak masuk ke dalam bidang ni. Awak dah 10 tahun meninggalkan bidang ini.
Saya merasakan bahawa saya layak untuk masuk ke dalam bidang ini kerana berdasarkan
kelayakan yang saya ada, ia melayakkan saya untuk memohon serta menghadiri temuduga bagi
jawatan ini.
12. Apa yang awak buat dalam masa sepuluh tahun ni?
Saya mengambil kursus-kursus pendek di pelbagai universiti yang menawarkan kursus-kursus
pendek berkaitan. Sepertimana saya, walaupun saya dah meninggalkan bidang pertanian lebih
dari sepuluh tahun, tapi saya mengambil kursus berkaitan pengurusan pertanian untuk
beberapa hari dengan bayaran RM500 di UTM SPACE, Jalan Semarak, KL.
13. Kami dah ada calon sendiri. Jadi anda jangan buang masa teruskanlah dengan pekerjaan
anda sekarang. Apa keistimewaan anda?
Saya telah membuat permohonan dan saya juga telah dipanggil untuk ditemuduga. Jadi pihak
tuan seharusnya menemuduga saya sebelum mengisi jawatan tersebut. Sebagai penemuduga,
114
14. Awak tahu masih ramai lagi calon di luar sana yg berebut untuk jawatan ini, dan pemilhan
adalah mengikut kuota?
Ya, saya tahu. Sebab itulah saya mencuba menghadiri temuduga ini berdasarkan kelayakan
saya.
115
17. Dari cara awak bercakap, awak adalah seorang yang nampak kesungguhannya, nampak
ciri-ciri kepimpinan?
Ciri kepimpinan adalah sifat yang perlu ada dalam setiap individu kerana kita semua adalah
pemimpin yang membezakannya adalah cara kepimpinan yang dibawa dan tahap penerimaan
orang terhadap pemimpin itu sendiri.
18. Sekiranya awak ditempatkan di Putarajaya adakah awak sanggup pergi sedangkan kos
sara hidup tinggi berbanding dengan apa yang awak ada sekarang?
Sebagai seorang penjawat awam kita perlu menurut perintah, dan mempunyai rasa
tanggungjawab yang tinggi, penempatan bukanlah satu isu yang perlu dipertikai kerana rasa
tanggungjawab dan komitmen untuk berkhidmat pada agama, bangsa dan negara merupakan
matlamat yang perlu ada dalam diri.
19. Macam mana awak nak masuk kerja kerajaan sedangkan subjek Bahasa Inggeris SPM
awak tidak lulus?
Tidak dinafikan memang dalam sijil saya tidak lulus, tetapi saya boleh berkomunikasi dalam
bahasa tersebut dengan baik dan bersedia untuk diuji.
116
117
23. Adakah anda merasakan diri anda sesuai untuk menerima jawatan ini? Mengapa?
Saya rasakan diri saya sesuai untuk menerima jawatan ini kerana pertamanya, saya mempunyai
kebijaksanaan dan kemahiran menilai yang tinggi untuk mengenali serta mencari penyelesaian
yang sesuai kepada sesuatu masalah yang sukar.
118
24. Sebagai seorang PPT, sanggupkah anda bekerja melebihi jangkamasa 8 jam termasuk
pada hari cuti dan hujung minggu?
Saya sanggup untuk bekerja melebihi jangkamasa tersebut serta di hujung minggu sekiranya
keadaan memerlukan dan saya diarahkan.
119
27. Gaji yang ditawarkan kini adalah lebih murah dari sektor swasta, mengapa anda memilih
untuk bekerja di sekor kerajaan?
Walaupun gaji yang ditawarkan adalah rendah, tetapi pada saya ianya berbaloi dan terjamin
kerana ia mempunyai KWSP ataupun pencen untuk kos selepas saya bersara, dan juga
jangkamasa berkhidmat sehingga 60 tahun. Selain itu, adanya kenaikan gaji dan pangkat serta
peluang menaymbung peajaran, COLA, elaun dan juga bonus.
28. Dengan diploma dan ijazah yang awak ada ini, apa jawatan lain yang awak boleh pegang?
Saya hanya memegang jawatan yang akan dilantik berdasarkan kelayakan saya sahaja.
29. Betulkah kerja kerajaan ini jalan selamat untuk masa depan? Apa komen?
Ya, selagi kita bekerja dengan baik, berdisiplin dan menunjukkan prestasi, kedudukan kita pasti
akan terjamin.
120
121
36. If I was to call your boss, and asked them about you, what would he or she say?
Im confident that he will say that he never had such dedicate staff like me.
122