Anda di halaman 1dari 16

1. Sila perkenalkan diri dan latar belakang anda secara ringkas dan padat.

- Nama saya Muhammad Iqbal bin Mohamed Ripangi. Saya adalah graduan Univerisiti Tun
Hussein Onn Malaysia dalam Ijazah Kejuruteraan Komputer.
- Selepas 4 tahun berkhidmat sebagai Ground Operations dalam bidang penerbangan di
sektor swasta dan selama 4 tahun terlibat dalam projek-projek pembangunan bangunan
sebagai Safety Personnel, saya berpengalaman dalam bidang latihan dan pengurusan
keselamatan, dan dalam berurusan secara langsung dengan pihak agency imigresen
untuk urusan passport visa, permit pekerja dan surat ekspatriat, saya mampu untuk
memikul tanggungjawab yang diberi sekiranya saya berjaya mendapatkan kerja dalam
sektor awam ini.

2. Describe yourself in English.


- My name is Muhammad Iqbal bin Mohamed Ripangi. I am a graduate of Tun Hussein
Onn University Malaysia with a Degree in Computer Engineering.
- After 4 years serving as Ground Operations in aviation in the private sector and for 4
years involved in building development projects as Safety Personnel, I have experience
in training and security & safety management, and in dealing directly with immigration
for visa passport matters, employee permits and expatriate letters, I am able to shoulder
the responsibilities given to me if I manage to get a job in this public sector.

3. Apakah Persediaan Yang Anda Buat Untuk Temuduga Ini?


- Persediaan yang saya buat untuk temuduga ini adalah saya mencari maklumat
tentangnya di Internet, membaca buku panduan temuduga, bertanya kepada rakan-
rakan yang ada pengalaman temuduga, membaca isu semasa di akhbar, dan bermacam-
macam lagi persediaan yang saya buat. Ianya bukan sahaja merangkumi soal zahir saja,
saya juga membuat persediaan dari segi mental juga kerana saya tahu bahawa
temuduga ini sangat mencabar dan tinggi persaingannya. Hanya yang terbaik sahaja
yang akan berjaya, dan sebab itulah saya mesti menjadi yang TERBAIK.

4. Adakah Anda Gemar Untuk Bekerja Bersendirian Ataupun Secara Berkumpulan?


- Saya mudah bergaul dengan sesiapa sahaja. Saya seorang yang boleh bertolak ansur dan
menghormati keputusan kerja orang lain di sekeliling saya. Bekerja secara berkumpulan,
saya amat sukakannya kerana ianya dapat memberi lebih banyak idea untuk membentuk
idea yang terbaik. Saya juga tidak kisah jika bekerja seorang diri kerana usaha saya ini
akan menjadikan diri saya lebih kreatif, inovatif dan lebih berdikari.

5. Apakah Kelemahan Anda?


- Kelemahan saya ialah saya suka bekerja lebih masa kerana ingin memastikan kerja yang
saya lakukan siap lebih awal. Sejak di university lagi, saya suka menyiapkan kerja dengan
lebih awal sehingga mengurangkan masa bersosial saya dengan rakan-rakan. Tetapi,
apabila kerja saya siap sepenuhnya terlebih awal, saya dapat melakukan suatu kerja
yang baru pula tanpa tekanan dan mungkin saya ada lebih masa untuk mengkaji sesuatu
yang baru. Mungkin kelemahan saya ini dapat diperbaiki supaya saya dapat bekerja
dengan cemerlang dan juga dapat bersosial dengan sihat. Mana tidaknya, kerja sahaja
tanpa bersosial juga tidak bagus dalam kehidupan seharian.

6. Sudah Berapa Kali Anda Dipanggil Hadiri Temuduga Kerajaan?


- Untuk makluman tuan, temuduga kali ini adalah temuduga pertama saya dalam sektor
awam. Dengan peluang dan pertimbangan yang diberikan tuan/puan. Saya tidak akan
mensia-siakan peluang yang diberi dan akan membuktikan bahawa saya boleh
menggalas amanah dengan telus bersopan santun cekap dan berintegriti. Saya akan
terus mencuba sehingga saya berjaya bergelar penjawat awam.

7. Mengapakah Kami Patut Mengambil Anda Bekerja Dengan Kerajaan?


- Pada pandangan saya, saya merasakan saya adalah orang yang paling layak memikul
jawatan yang ditawarkan ini. Saya tidak menafikan mungkin ada calon yang lain yang
mempunyai kebolehan yang setanding saya dalam memikul tugas ini, tetapi berdasarkan
kelayakan akademik, pengalaman, minat, dan semangat juang yang tinggi dalam jiwa
saya, ianya pasti mendorong saya untuk memberikan yang terbaik untuk organisasi atau
jabatan yang bakal saya sertai.

8. Apakah Yang Anda Rasa Yang Membuatkan Anda Lebih Layak Untuk Jawatan Ini Berbanding
Calon Lain?
- Saya bukan ingin memandang rendah terhadap calon-calon lain, tetapi saya mempunyai
pengalaman dalam berkenaan bidang ini. Saya juga seorang yang bersemangat tinggi,
komited terhadap kerja, dan saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai
matlamat. Selain itu, saya juga seorang yang mudah bekerjasama, bertolak ansur, dan
mudah mendengar pandangan dari orang lain.

9. Kenapa Memohon Bekerja Sebagai Kakitangan Kerajaan. Kenapa Tidak Swasta? Apa
Kelebihan Dan Kekurangan Bekerja Dengan Kerajaan Berbanding Dalam Sektor Swasta?
- Bekerja di sektor awam merupakan cita-cita saya sejak dari kecil lagi dan dengan
berkerja di sektor awam adalah merupakan satu kebanggaan buat diri saya kerana saya
dapat berbakti kepada negera bangsa, dan agama. Saya memilih untuk bekerja di sektor
ini kerana saya akan berterusan mendapat peluang untuk menambah ilmu terutamanya
ilmu-ilmu terkini dalam bidang kerja yang diceburi dengan adanya seminar, bengkel,
kursus, peperiksaan penilaian, dan banyak lagi yang sememangnya bernilai bagi saya
yang tidak dapat saya perolehi di luar sana. Ini bakal menjadikan saya sebagai seorang
penjawat awam yang bukan sahaja cemerlang, tetapi cekap dan juga berilmu
pengetahuan yang tinggi. Selain itu saya juga berpeluang menyambung pengajian di
peringkat yang lebih tinggi dari kelayakan yang saya miliki sekarang ini dengan bantuan
dan sokongan pihak kerajaan yang seterusnya dapat menyumbang kepada
perkhidmatan awam itu sendiri. Tidak dapat dinafikan dengan bekerja di sektor awam, ia
memberi jaminan masa depan buat saya dan juga keluarga saya. Ini kerana tiada risiko
dibuang kerja jika berlaku kegawatan ekonomi seperti di sektor swasta. Di sektor ini juga
mempunyai peluang kenaikan pangkat dan juga gaji serta kelebihan-kelebihan lain
seperti cuti bersalin, cuti tahunan, KWSP, mudah membuat pinjaman bank, elaun
perumahan dan lain-lain lagi.

10. Mengapa Anda Kerap Menukar Kerja?


- Saya kerap menukar kerja saya kerana saya sukakan pengalaman yang baru dan dalam
masa yang sama saya sukakan cabaran.
- Tamat kontrak

11. Awak Ada Diploma, Kenapa Minta Jawatan Berkelayakan SPM Ini?
- Walaupun saya ada diploma, tak salah saya untuk memohon jawatan yang memerlukan
kelayakan SPM. Berkhidmat dalam sektor awam adalah impian saya, dan apabila
diberikan peluang saya perlu mengambilnya. Berdasarkan rujukan saya di laman web
SPA, seseorang calon itu boleh memohon jawatan di sector awam yang memerlukan
kelayakan satu level rendah dari kelayakan yang dimilikinya. Yang ada diploma, boleh
memohon jawatan yang memerlukan kelayakan SPM. Tambahan lagi, saya dapati ramai
penjawat awam yang memiliki sijil diploma berkhidmat dengan jawatan yang
memerlukan SPM atau sijil sahaja seperti PembantuTadbir, Juruteknik dan sebagainya.
Dan saya sendiri yakin saya mampu menggalas tugas yang diberikan apabila bekerja
nanti.

12. Sekiranya Kakitangan Bawahan Menegur Hasil Kerja Anda, Apakah Tindakan Anda Dan
Bolehkah Anda Menerima Kritikan Tersebut?
- Tindakan saya yang pertama, saya akan mendengar teguran itu dengan teliti dan tebuka.
Saya berpendapat bahawa teguran mereka adalah benar kerana mereka sudah
berpengalaman dan sudah biasa dengan kerja tersebut. Oleh yang demikian, mereka
pasti dapat mengenalpasti sebarang kekurangan pada hasil kerja saya. Saya akan
menyemak semula hasil kerja saya dan mengenalpasti di manakah silapnya. Sebagai
langkah pembetulan, saya akan berbincang dengan kakitangan bawahan saya dan
merujuk kepada pegawai atasan saya demi memastikan segala kekurangan dapat
diperbaiki ke tahap yang optimum.

13. Sebagai Seorang Yang Pernah Bekerja Di Syarikat Swasta Dalam Bidang Anda, Bagaimanakah
Anda Boleh Menggunakan Pengalaman Tersebut Dalam Perkhidmatan Awam Jika Anda
Diterima Jawatan Ini?
- Sebagai seorang yang pernah berkhidmat di sektor swasta, saya rasa pengalaman
tersebut dapat diaplikasikan dalam perkhidmatan awam. Antaranya adalah melalui
tempoh kerja swasta yang sering bekerja lebih masa demi memastikan output atau hasil
kerja yang berkualiti, tepat pada masanya dan juga menjimatkan kos. Seperti yang kita
maklum, syarikat swasta amat mementingkan keuntungan dan kerana itulah mereka
membuat pelbagai cara untuk mendapat keuntungan yang lebih tinggi. Saya rasa sebagai
penjawat sektor awam, kita juga perlu bersikap seperti itu, di mana kita mementingkan
keuntungan yang terbaik untuk kerajaan tanpa mengabaikan aspek-aspek kualiti kerja
yang dihasilkan.

14. Bagaimanakah Anda Menyerap Tekanan Semasa Bekerja?


- Saya kuat bekerja dan selalu memastikan kerja yang dilaksanakan siap sebelum
masanya. Saya menganggapnya sebagai satu cabaran dan apabila saya berjaya
mengatasi cabaran tersebut, ianya adalah satu kemenangan yang bermakna bagi diri
saya. Selain itu juga, saya menganggap cabaran adalah bersifat positif jadi tekanan yang
wujud akan berkurang dengan anggapan seperti itu.

15. Apakah Perkara Asas Dalam Menyelesaikan Sebarang Masalah Yang Timbul Di Tempat Kerja
Anda?
- Perkara-perkara asas dalam menyelesaikan masalah adalah pertama, fahami masalah
tersebut, kenali punca datangnya masalah tersebut, dan akhirnya pilihan bagi
menyelesaikan masalah tersebut. Itulah secara ringkasnya perkara-perkara yang perlu di
ambil tahu dalam menyelesaikan masalah di tempat kerja.
16. Bagaimana Anda Menyelesaikan Sesuatu Masalah?
- Perkara asasnya – siasat masalah dengan teliti, tidak mengambil keputusan terburu-
buru, rujuk kepada mereka yang berpengalaman, ambil langkah-langkah proaktif supaya
masalah tidak berulang.

17. Sebelum Saya Mengakhiri Sesi Temuduga Ini, Adakah Anda Memiliki Sebarang Pertanyaan?
- Tuan, saya adalah antara ribuan di luar sana yang mengharapkan dapat berkhidmat di
sektor awam. Saya sedar saya bukanlah terpandai, terbaik, tetapi jika tuan memberi
peluang untuk saya berkhidmat di sektor awam ini, saya akan gunakan peluang ini untuk
memperbaiki kelemahan saya dan belajar untuk menjadi yang terbaik. Tiada satupun
manusia di dunia ini yang terus jadi pandai tanpa berusaha dan terus belajarkan?

18. Jawatan Ini Adalah Secara Kontrak. Adakah Anda Masih Mahu Menerimanya?
- Ya, saya sanggup menerimanya. Sekurang-kurangnya saya memperolehi pengalaman
dan masih memiliki peluang untuk diserapkan secara tetap. Bukannya mudah untuk
memasuki bidang kerjaya di sektor awam, jadi saya tidak akan melepaskan peluang yang
muncul di depan mata.

19. Adakah Anda Sanggup Berkhidmat Di Sabah Atau Sarawak/Pedalaman?


- Ya, saya sanggup! Sebagai seorang penjawat awam yang berkhidmat demi negara, saya
sanggup ditempatkan di mana-mana sahaja yang diarahkan oleh kerajaan. Saya juga
akan memastikan keluarga saya akan berpindah sama dengan saya jika perlu. Sejak dari
dulu lagi, saya memang sedia maklum bahawa kakitangan awam ini mesti sanggup
bertugas di mana-mana tempat yang diarahkan .

20. Apakah Isu Semasa Yang Hangat Diperkatakan Sekarang Ni Dalam Media Massa?
- Isu semasa yang hangat diperkatakan sekarang adalah berkenaan isu krisispolitik Syria di
mana selepas kebangkitan rakyat di Mesir, kini di Syria berlakunya kebangkitan rakyat
yang telah berlanjutan selama beberapa bulan. Ini adalah disebabkan kerana rakyat
Syria yang bangkit menuntut keadilan dan juga menolak pemerintahan diktator Basyar
Asssad yang kejam di mana bermula pemerintahan bapanya lagi sehinggalah semasa
basyar memerintah, seramai lebih 60 000 rakyat Syria telah terbunuh dengan
menggunakan tentera-tentera mereka. Mereka akan membunuh siapa sahaja yang tidak
menyokong mereka. Ini merupakan perbuatan yang sangat kejam.

21. Apa Pendapat Anda Tentang Kenaikan Harga Barang?


- Jika kenaikan tersebut adalah disebabkan oleh kenaikan harga barang mentah dan
minyak seperti pasaran minyak global, saya boleh menerimanya. Tetapi sekiranya
kenaikkan tersebut disebabkan oleh puak-puak yang memonopoli seperti di musim
perayaan dan kenaikkan gaji, ia adalah suatu yang tidak sepatutnya berlaku sama sekali.
Pihak kerajaan perlu memantau kenaikkan yang tidak sepatutnya berlaku ini.

22. Apakah Isu Yang Hangat Diperkatakan Dalam Negara Masa Kini?/Nyatakan Apa-Apa Sahaja
Isu Semasa Yang Anda Tahu?
- Isu yang hangat diperkatakan hari ini ialah isu kalimah Allah swt, di mana terdapat
tuntutan dari pihak yang beragama Kristian menuntut untuk menggunakan kalimah
“Allah” di dalam kitab bible mereka yang mereka ingin tuliskannya di dalam versi bahasa
melayu. Namun, hakikatnya isu ini telah pun selesai sebelum ini namun dibangkitkan
semula. Majlis Fatwa Kebangsaan di dalam persidangan kali ke-82 telah memutuskan
bahawa Kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh orang Islam sahaja dan sesiapa yang
ingin menggunakan Kalimah Allah haruslah merujuk kepada hakikat sifat Allah iaitu Alalh
itu Esa dan bukanlah merujuk kepada konsep ketuhanan yang tiga yang dipanggil
“trinity” dan setelah digabungkan ketiganya dipanggil “The Lord”

23. Berikan Pendapat Anda Mengenai Masalah Gejala Sosial Di Malaysia.


- Pendapat saya mengenai gejala sosial di Malaysia ialah gejala ini sungguh serius dan
menjadi suatu is yang sepatutnya tidak dipandang enteng oleh mana-mana pihak. Ini
kerana ia melibatkan generasi muda di Negara kita yang akan mewarisi Negara ini suatu
masa nanti pada masa hadapan. Nasib kita bergantung kepada generasi mudanya. Oleh
itu kita seharusnya menjalankan usaha-usaha yang boleh membanteras gejala ini
sehingga ke akar umbi.

24. Apakah Yang Anda Tahu Mengenai Integriti? Sila Ceritakannya!


- Integriti adalah sifat jati diri yang merangkumi juga keikhlasan, keterbukaan, ketelusan,
amanah, benar, berpegang pada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai,
boleh pegang cakapnya, dll. Dalam sektor awam, nilai integriti yang tinggi amat
diperlukan bagi menghasilkan perkhidmatan yang cemerlang yang menjamin
kesejahteraan rakyat. Oleh itu, pihak kerajaan amat menerapkan nilai integriti yang kuat
kepada penjawat awam.

25. Nyatakan serba sedikit tentang pekerjaan sekarang?


- Saya mempunyai pengalaman 4 tahun bekerja dalam bidang penerbangan di sektor
swasta dan selama 4 tahun saya terlibat dalam projek-projek pembangunan bangunan.
-
26. Berapa orang adik beradik, ceritakan tentang pekerjaan mereka?
- 4 orang adik beradik
- kakak sulung menjadi Suri rumah, suami sebagai salah seorang Pegawai di Jabatan
Kastam Malaysia
- Abang bekerja di DHL, Dalsey Hillblom Lynn sebagai ITS Manager
- Abang bekerja di UEM Sunrise, Unified Endpoint Management sebagai Safety Engineer

27. Apa unit pakaian seragam yang anda sertai semasa di sekolah dahulu?
- Kadet Remaja Sekolah, AJK Setiausaha

28. Bagaimana anda boleh berminat untuk kerja kerajaan sebagai Pegawai Imigresen?
- Saya berminat untuk bekerja di Jabatan Imigresen Malaysia kerana bidang kerja di sektor
awam merupakan minat dan cita-cita saya sejak zaman persekolahan lagi. Saya
berpeluang untuk menambah ilmu terutamanya dalam bidang kerja yang diceburi
menerusi seminar, bengkel, kursus, peperiksaan penilaian dan banyak lagi yang
sememangnya amat bernilai dalam meningkatkan kemahiran diri saya sendiri. saya
berpeluang untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi daripada
kelayakan sedia ada yang saya miliki sekarang menerusi bantuan dan sokongan pihak
kerajaan agar saya dapat meningkatkan mutu dalam perkhidmatan saya di Jabatan
Imigresen Malaysia.
29. Apakah misi dan visi serta objektif bagi Jabatan Imigresen Malaysia?
- Visi Jabatan : "Pengurusan Perkhidmatan Imigresen Bertaraf Dunia Menjelang 2022"
- Misi Jabatan : Meningkatkan Kualiti Sistem Penyampaian Perkhidmatan dan Komited
Dalam Menguatkuasakan Undang-Undang Imigresen Demi Memelihara Keselamatan
Negara dan Kesejahteraan Rakyat
- Objektif Jabatan: Menguruskan Hal-Hal Keimigresenan Selaras Dengan Kepentingan
Negara.
- Slogan Jabatan : Integriti Profesional Mesra
- Moto : Kedaulatan Dan Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama
- Tema : Kedaulatan Dan Keselamatan Tanpa Kompromi

30. Apakah fungsi Jabatan Imigresen Malaysia?


I. Mengeluarkan Pasport dan Dokumen Perjalanan kepada warganegara dan
penduduk tetap
II. Mengeluarkan Visa, Pas dan Permit kepada warganegara asing yang memasuki
Malaysia
III. Mengawal selia pergerakan keluar masuk orang di pintu-pintu masuk yang
diwartakan
IV. Menguatkuasakan Akta Imigresen 1959/63, Peraturan-peraturan Imigresen 1963,
Akta Pasport 1966, Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran
2007 (pindaan 2010).

31. Bolehkah anda bertugas di kawasan seperti Labuan?


- Boleh Pasti dan tiada Masalah Dato/Tuan/Puan. Dan atas keperihatinan dan
pertimbangan pihak atas saya amat berbesar hati jika dapat ditempatkan dekat dengan
keluarga saya, untuk meninjau ibu bapa dan keluarga di samping berkhidmat di pejabat
yang ditetapkan.

32. Apa sempadan/border di Sabah?


- Kota kinabalu, Papar, Kota Belud, Tuaran, Kudat, Ranau, Sandakan, Tawau, Lahad Datu,
Semporna

33. Mengapa anda perlu mahir dalam Bahasa Inggeris bila berkhidmat sebagai Pegawai
Imigresen?
- Sebagai Pewagai Imigresen penting nya menguasai Bahasa Inggeris adalah kerana
seorang pegawai bukah sahaja berususan dengan penduduk tempatan malahan akan
berinterikasi secara langsung dengan warga asing. Selain dari penting nya
menyampaikan maklumat, memberi keterangan, memberi petunjuk arah, Sudah tentu
ramai (pihak asing) akan bertanya dan ingin belajar dengan Malaysia, tapi kalau pegawai
kita gagal berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan standard yang baik, ia akan
mencemarkan reputasi negara.

34. Apakah tugas dan tanggungjawab seorang Pegawai Imigresen?


- Bertanggungjawab dalam aspek operasi, penguatkuasaan, pencegahan dan keselamatan
negara, latihan, penyelidikan, perancangan dan pembangunan.

35. Namakan Menteri dan Kementerian yang mentadbir Jabatan Imigresen Malaysia.
- YB Dato' Seri Hamzah bin Zainudin, Kementerian Dalam Negeri
36. Siapakah nama Ketua Pengarah Imigresen?
- YBhg. Dato' Indera Khairul Dzaimee Bin Daud

37. Nyatakan tugas-tugas Pegawai Imigresen yang bertugas di pintu masuk negara.
- Mengawal selia pergerakan keluar masuk orang di pintu-pintu masuk yang diwartakan
- Menguatkuasakan Akta Imigresen 1959/63, Peraturan-peraturan Imigresen 1963, Akta
Pasport 1966, Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007
(pindaan 2010).

38. Senaraikan nilai-nilai yang perlu dimiliki oleh seorang Pegawai Imigresen.
- Selari dengan Ikrar Jabatan Imigeresen Malaysia, berikut merupakan nilai-nilai yang
perlu dimiliki oleh seorang Pegawai Imigresen:-
I. CEKAP
II. BERDISIPLIN
III. BERSOPANSANTUN
IV. BERBUDI BAHASA
V. BERTANGGUNGJAWAB
VI. AMANAH DAN JUJUR

39. Senaraikan cabaran yang dihadapi oleh Pegawai Imigresen.


- Depot tahanan: menyediakan kemudahan penginapan, proses mengenal pasti identiti
tahanan, kesukaran untuk berkomunikasi dengan tahanan, sistem teknologi yang terhad
dan sering mengalami masalah ketiadaan bekalan air.
- Semasa operasi penguatkuasaan: di serang secara fizikal samada menggunakan anggota
badan dan objek keras dan tajam bagi mengelak daripada di berkas
- Pintu keluar masuk negara: sebagai barisan hadapan di pintu keluar masuk negara, imej
negara adalah terletak di tangan pegawai Jabatan Imigresen, dalam mengawalselia
bertambahnya jumlah Warganegara Luar untuk masuk ke Malaysia atas urusan kerja dan
pelancongan.
40. Bagaimana untuk bezakan warganegara dengan penduduk tetap?

41. Berapa lamakah tempoh yang diambil untuk memproses visa dengan rujukan?
- Visa Dengan Rujukan (VDR) bermaksud visa yang dikeluarkan oleh Pejabat Perwakilan
Malaysia di luar negara kepada seseorang yang bukan warganegara bagi membolehkan
individu berkenaan masuk ke Malaysia selepas visa diluluskan oleh Ibu Pejabat
Imigresen.
- Tempoh proses bagi permohonan lengkap adalah tujuh (7) hari bekerja

42. Jika kehilangan passport, berapa hari pula ia diproses?


- Keputusan permohonan kehilangan passport akan dimaklumkan dalam tempoh LIMA (5)
HARI BEKERJA dari tarikh permohonan selaras dengan Piagam Pelanggan.

43. Berapa lamakah Urusan Kawalan Imigiresen memproses passport bukan Machine Readable?
- Tidak lebih daripada 45 saat untuk Passport bukan "Machine Readable".
- Tidak lebih daripada 30 saat untuk Pasport "Machine Readable".
- Tempoh menunggu kurang dari 15 minit

44. Apakah fungsi Bahagian Penguatkuasa dalam Jabatan Imigresen?

- Bahagian Penguatkuasa, Jabatan Imigresen bertanggungjawab untuk menguatkuasakan


Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966, Akta Antipemerdagangan Manusia 2007
dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963.
- Aktiviti-aktiviti bahagian penguatkuasa yang menyokong fungsi ini merangkumi
pengurusan aduan, risikan, operasi, tangkapan, pendakwaan, dan kompaun
- Aktiviti pengusiran dilaksanakan oleh Depot Tahanan

45. Mengapakah pekerja dari Bangladesh dilihat begitu ramai yang bekerja di ladang?
- Merujuk kepada petikan berita dari Sinar Harian dengan tajuk “32000 pekerja asing
dibawa masuk bekerja diladang” bertarikh 16 Oktober 2021. Petikan menyatakan
bahawa kerajaan terpaksa membawa masuk 32000 pekerja asing dalam sektor
perladangan susulan rakyat tempatan tidak berminat bekerja di lading walaupun
ditawarkan gaji lumayan. Dengan kesempatan in pekerja asing termasuklah pekerja
Bangladesh sangat berminat dengan pekerjaan di lading dengan imbuhan yang lumayan,
di tambah lagi dengan peruntukan kerja yang di berikan oleh pihak kerajaan.
- Pengerusi Persatuan Penternak Unggas (Kecil dan Sederhana) Negeri Johor, Lim Ka
Cheng, berkata ladang ayam di negeri ini yang menjadi antara pengeluar ayam segar
terbesar negara kini berhadapan kesukaran memenuhi permintaan yang naik mendadak
selepas semua sektor ekonomi dibuka sejak Oktober lalu. Katanya, kekurangan buruh
asing di ladang penternakan disebabkan pembekuan kemasukan pekerja asing, menjadi
satu daripada faktor pengeluaran ayam segar negara berkurangan sehingga
menyebabkan harganya naik mendadak.
- Keadaan ini menunjukkan imbuhan yang lumayan serta kebergantungan kepada pekerja
asing termasuk warga Bangladesh menyebabkan kebanjiran mereka di ladang.

46. Sebahagian besar pekerja di restoran mamak datang dari India, boleh anda jelaskan
mengapa?
- Merujuk sejarah (buku Indian Muslims in Penang: Role and Contributions) sebelum
tahun 1786 komuniti India Muslim telah bertapak dan berniaga di Tanah Melayu. Disini,
mereka dianggap mempunyai taraf kuasa, social dan kekayaan yang setaraf walaupun
dating daripada etnik yang berlainan. Oleh demikian dapat dirumuskan sejak dahulu lagi
hingga kini pemilik dan sebahagian besar pekerja di restoran mamak berasal dari India
dan beragama Islam.

47. Bolehkah anda bertugas di malam hari di bahagian penguatkuasaan atau depot tahanan?
- Saya pasti akan melakukan apa sahaja peralihan yang diperlukan kerana saya merasakan
tanggungjawab saya untuk menyelesaikan kerja yang diperlukan.

48. Mengapakah gejala rasuah semakin berleluasa di Malaysia?


- Presiden Persatuan Pemeriksaan Penipuan Bertauliah Malaysia, Datuk Seri Akhbar Satar
berkata perlakuan mengambil rasuah yang meningkat dalam beberapa tahun
kebelakangan dilihat menjadi satu budaya di negara ini.
- Berdasarkan kajian psikologi, Akhbar menjelaskan, teori ‘fraud diamond’ memperincikan
empat punca berlakunya jenayah rasuah iaitu peluang, tekanan, rasionalisasi dan
kemampuan.
- Penjenayah ada dialog dalam dirinya yang berkata-kata - sekiranya pihak atasannya
boleh mengamalkan amalan rasuah, mengapa dia tidak boleh melakukan perbuatan
yang sama.
- Dari segi faktor kemampuan pula, walaupun kami mempunyai peluang tetapi tiada ilmu
dan kepakaran untuk melakukan perbuatan rasuah, maka itu tidak akan jadi.
- Oleh itu, semakin tinggi jawatan seseorang itu, semakin banyak dia dapat melakukan
rasuah

49. Mengapakah PATI dikategorikan dikategorikan sebagai golongan “tanpa izin”?


- Pendatang asing adalah kedatangan sekumpulan manusia atau seseorang dari sesuatu
negara ke negara lain dengan tujuan khusus. Pendatang asing dapat dikategorikan
kepada dua kelompok iaitu pendatang asing yang sah dan pendatang asing tanpa izin
(PATI). Pendatang asing yang sah adalah orang yang mendapat keizinan dari Negara yang
ingin dilanjut berdasarkan Akta dan Peraturan yang ditetapkan. Sebaliknya, pendatang
asing tanpa izin (PATI) adalah seseorang yang tidak mendapat keizinan dari negara
tersebut dan memasuki secara haram.
- Secara haram bermaksud tidak mengikut undang-undang imigrasi, contohnya memasuki
negara, seperti Malaysia, tujuan tanpa permit, bukan dengan melalui pintu masuk utama
(lorong tikus) dan diatur oleh sindiket pemerdagangan manusia.

50. Jelaskan kefahaman anda berkaitan dengan integriti.


- Integriti berasai dari istilah Bahasa Inggeris yang membawa erti keutuhan dari semua
segi yang baik.
- Dalam Bahasa Melayu, ia biasanya menjurus kearah perwatakan seseorang.
- Maksud Integriti mengikut Kamus Dwibahasa DBP, 1985, ialah kejururan dan ketulusan;
kesempurnaan; keututhan. Dari maksud yang didapati dari Kamus di atas, integrity
adalah sifat jati diri yang merangkumi juga keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah
benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai, boleh
dipegang kata-katanya.
- Integrity dalam pekerjaan menurut Islam, betanggungjawab. Sesuatu yang menuntut
pekerja supaya sentiasa berwaspada ke atas apa yang dilakukan atau dibelanjakan
kerana mereka akan disoal dan diperiksa bukan sekadar di dunia malahan di hari
pembalasan.

51. Adakah kebanjiran PATI di Malaysia ini berpunca dari Jabatan Imigresen?
- Tidak. kebanjiran PATI di Malaysia ini berpunca dari ekonomi senerti kemiskinan di
negara asal dan peluang pekerjaan berbanding isu - pergolakan politik, pergeseran
kaum, dan pertelingkahan agama. Namun begitu terdapat juga kes penyeludupan
manusia dan penipuan oleh agen pendatang
52. Sebutkan pintu-pintu yang telah diwartakan di Malaysia.
53. Siapakah golongan yang layak memohon Sijil Perakuan Taraf?
- Golongan yang layak untuk memohon perakuan taraf adalah mereka yang mempunyai
tuntutan sebagai warganegara Malaysia secara kuatkuasa undang-undang di bawah
perkara 14 Perlembagaan Malaysia seperti berikut:
I. Kanak-kanak yang dilahirkan di luar Malaysia di mana semasa kelahirannya,
bapanya adalah seorang warganegara Malaysia;
II. Warganegara Malaysia yang menetap di luar negara dalam tempoh yang agak
lama yang ingin kembali semula ke Malaysia di mana pasport Malaysianya telah
tamat tempoh sah laku; dan
III. Warganegara Malaysia yang telah menjadi warganegara asing yang ingin
kembali ke Malaysia sebagai warganegara Malaysia.

54. Berapa nilai pelaburan yang dibenarkan utk pelabur memohon Permit Masuk?
- Pelabur yang mempunyai pelaburan melebihi dua (2) juta USD; dan menyimpan dalam
bentuk simpanan tetap (fixed deposit) dalam bank-bank tempatan dan tidak boleh
dikeluarkan untuk tempoh lima (5) tahun.

55. Apa yang anda tahu mengenai program Work and Holiday Visa Program?
- 'Work & Holiday Visa Program' ini merupakan satu program istimewa yang memberi
peluang kepada generasi muda Malaysia dan Australia untuk melancong sambil bekerja
sambilan untuk menampung perbelanjaan harian semasa melancong di Malaysia atau
Australia. Program ini juga merupakan salah satu langkah mengeratkan lagi hubungan
bilateral di antara Malaysia dan Australia.

56. Bilakah seorang itu harus berurusan dengan Bahagian Penguatkuasa?


- Anda seorang warganegara asing:
I. Tinggal di Malaysia melebihi tempoh yang dibenarkan
II. Anda tidak mempunyai pas atau permit yang sah untuk tinggal di Malaysia
III. Kehilangan passport/dokumen perjalanan di Malaysia
IV. Masih berada di Malaysia setelah pas atau permit dibatalkan oleh Ketua
Pengarah Imigresen Malaysia
V. Mempunyai dalam pemilikan apa-apa permit masuk, pas dokumen atau
perakuan yang palsu atau dipinda atau terlibat dalam membuat, memalsu
atau meminda suatu endorsement atau dokumen
VI. Bekerja atau melakukan aktiviti yang bertentangan dengan syarat
pengeluaran sesuatu pas/melanggar syarat pas
VII. Anda termasuk dalam golongan yang disifatkan oleh Ketua Pengarah
Imigresen Malaysia sebagai imigran larangan
VIII. Terlibat dalam pemerdaganan orang atau penyeludupan migran
IX. Terlibat sebagai pelindung/majikan menggaji/ membenarkan PATI dalam
premis
X. Anak warganegar asing yang lahir di Malaysia dan gagal menunjukkan suatu
pas atau permit yang sah untuk tinggal di Malaysia
- Anda ada maklumat mengenai:
I. Penglibatan sebagai Pelindung/majikan menggaji/membenarkan PATI dalam
premis
II. Penglibatan dalam Pemerdagangan Orang atau Penyeludupan Migran
III. Penglibatan dalam membuat, memalsu atau meminda suatu endorsement
atau dokumen
IV. Mempunyai maklumat mengenai apa-apa kesalahan yang melibatkan PATI,
Pemerdagangan Orang atau Penyeludupan Migran dan ingin membuat
Aduan

57. Apa tindakan yang perlu dilakukan apabila kehilangan passport atau dokumen perjalanan?
- Pemegang passport haruslah menyediakan dokumen berikut yang asal Dokumen yang
diperlukan:-
I. Borang Soal Selidik Kehilangan Pasport Malaysia (IM.42C), bagi kes hilang.
II. Kad Pengenalan.
III. Sijil Kelahiran / Borang H (jika lahir di Luar Negara).
IV. Sijil Warganegara, jika berkenaan.
V. Salinan Pasport Malaysia hilang (jika ada).
VI. Laporan Polis yang telah disahkan bagi kes hilang secara online di link
berikut:-
www.immobilise.com
www.reportmyloss.com
VII. Laporan Bomba, jika kehilangan akibat kebakaran.
VIII. Surat pengesahan banjir dari Pihak Berkuasa Tempatan, jika kehilangan
akibat banjir.
IX. Sijil Perakuan Cemas berserta laporan dari Pejabat Imigresen Lapangan
Terbang (jika kehilangan berlaku di Luar Negara).
X. Surat pengesahan taraf, jika pemohon bertaraf penduduk tetap di luar
negara
XI. Surat pengesahan bekerja daripada majikan, jika berkaitan.
XII. Surat pengesahan / tawaran belajar di luar negara, jika berkaitan.
XIII. Surat pengesahan / tawaran belajar di luar negara, jika berkaitan.
XIV. Lain-lain dokumen yang difikirkan perlu.
- Kos Harga passport hilang

58. Senaraikan lima prinsip Rukun Negara?


I. Kepercayaan kepada Tuhan
II. Kesetiaan kepada Raja dan Negara
III. Keluhuran Perlembagaan
IV. Kedaulatan Undang-Undang
V. Kesopanan dan Kesusilaan

59. Rukunegara ke-3 apa dan cuba kaitkan dengan jawatan/tugas pegawai imigresen?
- Keluhuran Perlembagaan : bermaksud keretinggian undang-undang, yang menjadi
sumber dan punca kepada semua undang undang, sebagai pegawai imigresen haruslah
mengawalselia dan membuat pemeriksaan bagi tujuan menguatkuasakan peruntukan
merujuk kepada Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan
Imigresen 1963

60. Mengapa anda layak untuk jawatan ini?

61. Pekerjaan anda bagus dan gaji pun tinggi, mengapa ingin menjadi jadi Penguasa Imigresen
KP41?
- Untuk pengetahuan tuan, saya sangat berminat dengan jawatan ini. Saya akan
menyumbangkan segala pengetahuan dan kemahiran yang saya ada untuk lebih unggul
bersama Jabatan Imigresen Malaysia. Malahan saya juga dapat mengembangkan
profesion kerjaya saya dengan lebih tinggi. Imbuhan adalah perkara kedua dalam
matlamat pekerjaan saya. Dengan ilmu dan pengetahuan yang saya ada saya yakin dapat
berkhidmat dengan cekap sebagai Penguasa Imigresen

Anda mungkin juga menyukai