Anda di halaman 1dari 28

15 KELEBIHAN SOLAT DALAM KEHIDUPAN

1
15 KELEBIHAN SOLAT DALAM KEHIDUPAN

BIODATA PENULIS

Profil Diri Che’ Mat

Nama sebenar beliau adalah Mohamad bin Mohshin. Beliau lebih mesra dengan panggilan
Che'Mat. Merupakan penulis buku Mudahnya Mengendalikan Usrah.

Bidang Kepakaran

 Membangunkan modul dakwah & kepimpinan berasaskan usrah


 Motivasi dari sudut agama, psikologi, dan kajian sains Neuro Linguistic Programming
 Modul pembangunan diri, pembentukkan sikap dan pengukuhan pasukan berasaskan usrah
(pendekatan spiritual)
Pendidikan & Kelayakan Profesional

 Ijazah Sarjana Muda Syariah, Universiti Mu'tah Jordan


 Certified Competence Trainer by Kementerian Pembangunan Sumber Manusia Berhad
 Certified NLP Practitioner
 Certified TAMRIN Trainer
 Certified Professional Learning Facilitator by Take Charge Sdn.Bhd
 Certified Power Succes Trainer by Global Genius Sdn. Bhd
 Menghadiri Kursus Jurulatih Profesional oleh Irshad HR Consulting
Penampilan Media

• Slot Motivasi di Radio Malaysia Negeri FM


• TV Al-Hijrah dalam Rancangan Assalamualaikum
• Motivator Jemputan Rancangan Adik-Adikku, TV1
• Panelis/ Kolumnis Majalah GenQ

2
15 KELEBIHAN SOLAT DALAM KEHIDUPAN

15 KELEBIHAN SOLAT
DALAM KEHIDUPAN

PERKARA M/S

Bahagian A : Dalil Al-Quran dan Assunnah

Solat Untuk Menyembah dan Mengingati Allah 5

Tanda pengabdian dan syukur 6

Menghapus Dosa dan meninggikan darjat 7

Mencegah Perbuatan Keji dan Mungkar 8

Terlepas daripada api neraka dan dari menjadi orang munafik 9

Mendapat kelebihan yang besar 10

Dapat bertemu Allah dalam keadaan beriman. 11

Menghilangkan segala masalah dan kegelisahan di dalam hati manusia. 12

Merasakan diri sebagai hamba 13

Perkara pertama disoal dan dihisab di hari pengadilan. 14

Mengampunkan dosa dan sifat-sifat mazmumah dalam diri seseorang. 15

Dijanjikan Allah untuk masuk ke dalam syurga 16

Warisan Para Nabi 17-18

Orang yang tidak menunaikan solat sama hina dengan syaitan dan iblis. 19

Ibadah yang dterima secara langsung Nabi SAW daripada Allah 20

Bahagian B : Sudut Kesihatan


Menguatkan otot manusia 21

3
15 KELEBIHAN SOLAT DALAM KEHIDUPAN

Mengaktifkan isyarat otak 22

Menstabilkan komposisi tubuh 23-24

Bahagian C : Hikmah Di Sebalik Pergerakan


Kedudukan tangan semasa membaca al-fatihah 25

Ketika rukuk 26

Semasa sujud 27

Ketika duduk di antara dua sujud 28

4
15 KELEBIHAN SOLAT DALAM KEHIDUPAN

BAHAGIAN A : Dalil Al-Quran dan asSunnah

(1)
Tanda Ingat Pada Allah S.W.T.

‫الص ََلةَ لِ ِذ ْك ِري‬


َّ ‫إِنَّنِي أَنَا اللَّهُ ََل إِلَهَ إََِّل أَنَا فَا ْعبُ ْدنِي َوأَقِ ِم‬
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: ”Sungguh aku ini Allah,tidak ada tuhan selain aku Dan
dirikanlah solat itu semata-mata untuk mengingati Daku” (Surah Thaha: 14).

Imam Ahmad pernah meriwayatkan hadis bagi menguatkan tafsirannya tentang ayat ini
iaitu hadis dari Rasulullah Shalallahu alaihi wasallam bersabda : Apabila seseorang antara kalian
tertidur sehingga meninggalkan solat atau lupa kepada solatnya, hendaklah dia
mengerjakannya di saat dia mengingatinya.

Solat adalah pengabdian seorang hamba kepada Allah S.W.T. Berdasarkan maksud ayat ini
solat adalah jalan bagaimana untuk kita sentiasa mengingati Allah Ta’ala.Tidak ada jalan lain
untuk kita hamba yang beriman ini untuk berhubung dengan Allah melainkan dengan hanya
menunaikan solat.

‫فَاذْ ُك ُرونِي أَذْ ُك ْرُك ْم‬


Dan Firman Allah Taala yang bermaksud: "Maka ingatlah kepadaKu ,Aku pun akan ingat
kepadamu."(Ayat 152 : Surah al-Baqarah).

Melalui ayat ini, Allah memberi isyarat jika kita mengingati Allah, Allah akan sentiasa
mengingati kita, Allah akan sayang kita jika kita menyayangi Allah. Dan pada ayat seterusnya,
Allah memberitahu sekaligus memerintahkan kepada kita bahawa siapapun yang
mengharapkan sesuatu itu hanya meminta pertolonganNya. Untuk itu bila berhajat sesuatu,
mintalah kepadaNya. Tapi ada syaratnya iaitu diiringi dengan solat dan sabar.

5
15 KELEBIHAN SOLAT DALAM KEHIDUPAN

(2)
Tanda pengabdian dan syukur

Solat juga merupakan tanda pengabdian dan syukur seorang hamba kepada Allah S.W.T.
atas segala nikmat dan rahmat yang Allah kurniakan kepada kita.

َ ِّ‫ص ِّل لَِرب‬


)2( ‫ك َوانْ َح ْر‬ َ َ‫إِنَّا أَ ْعطَْي ن‬
َ َ‫) ف‬1( ‫ك الْ َك ْوثَ َر‬
Firman Allah yang bermaksud : ”Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberimu (Muhammad)
nikmat yang banyak. Maka laksanakan solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah (sebagai ibadah
untuk mendekatkan diri kepada Allah)”.
(Surah Al-Kautsar: 1-2).

Sekiranya seorang muslim tidak melaksanakan solat, bagaimana cara dia mengucapkan
syukur kepada Allah Taala? Adakah cukup sekadar mengungkap ucapan Alhamdulillah atau
terima kasih Allah tanpa solat. Sesungguhnya orang yang meninggalkan solat adalah golongan
yang kufur dengan nikmat Allah dan sombong seperti lagak Firaun dan Qarun.

6
15 KELEBIHAN SOLAT DALAM KEHIDUPAN

(3)
Menghapuskan Dosa dan Ditinggikan Darjat

Sabda Nabi S.A.W. yang bermaksud: ”Solat lima waktu dan solat Jumaat hingga Jumaat
berikutnya adalah penebus dosa antara jarak waktu solat-solat itu, selama dijauhinya dosa-dosa
besar”. (HR Muslim).

Dosa yang dimaksudkan di sini adalah dosa-dosa kecil. Sebagai manusia biasa kita tidak
akan terlepas dan bebas dari melakukan dosa. Mata kita mungkin telah terlihat perkara
mungkar,lidah kita mungkin berkata sesuatu yang tidak berhak diperkatakan, begitu juga
kepada anggota-anggota yang lain yang melakukan kemungkaran.

Sabda Nabi S.A.W yang lain yang bermaksud: "Tidakkah aku tunjukkan kamu sesuatu yang
Allah menghapuskan dosa dan mengangkat darjat? Para sahabat menjawab, “Ya, wahai
Rasulullah”, sabda Baginda: “Banyak langkah ke masjid dan menunggu satu sembahyang
selepas satu sembahyang. Itu adalah ikatan”.

Maka melalui solat ini tadi dengan izin dan rahmat Allah, kita dapat meminta
keampunan dan memadamkan dosa-dosa lalu. Sesuungguhnya orang yang tidak mengerjakan
solat adalah golongan yang tidak bimbang dan takut dengan azab dan api neraka Allah. Darjat
Allah itu luasnya seumpamanya antara bumi dan langit.

7
15 KELEBIHAN SOLAT DALAM KEHIDUPAN

(4)
Mencegah Perbuatan Keji dan Mungkar

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud : ”…dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu
mencegah daripada perbuatan keji dan kemungkaran”. (Surah Al-Ankabuut: 45).

Inilah kesan kebaikan kepada orang yang benar-benar taat mendirikan solat yang ikhlas
semata-mata kerana Allah Ta’ala. Kita mesti yakin bahawa solat yang ikhlas dan diterima Allah
Taala itu mampu menjadi benteng diri dari perbuatan keji, jahat, maksiat dan kemungkaran.
Orang Islam yang tidak menunaikan solat amat mudah diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsu
untuk melakukan perkara keji dan mungkar.

Sekiranya kita mengamati waktu-waktu solat yang telah diwajibkan kepada kita iaitu
Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak akan menyebabkan kita merasakan tidak ada ruang
untuk membuat kemungkaran kerana hampir setiap masa dan ketika kita mendekati Allah.

8
15 KELEBIHAN SOLAT DALAM KEHIDUPAN

(5)
Terlepas daripada api neraka dan
menjadi orang munafik

Sabda Nabi S.A.W. yang bermaksud: "Sesiapa yang sembahyang kerana Allah selama 40 hari
dengan berjemaah dan mendapat takbir yang pertama. Ditulis bagi orang itu dua pelepasan,
pelepasan daripada neraka, dan pelepasan daripada menjadi orang munafik".

Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa orang yang dapat berjemaah
bersama-sama imam dari takbir pertama hingga akhir sembahyang selama 40 hari dilakukan
semata-mata kerana Allah dia terselamat daripada dua perkara iaitu terselamat daripada
neraka dan terselamat daripada menjadi munafik. Dengan itu marilah kita berusaha untuk
mendapatkan kelebihan ini.

9
15 KELEBIHAN SOLAT DALAM KEHIDUPAN

(6)
Peroleh kelebihan yang amat besar.

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud: "Kalaulah manusia mengetahui apa yang terdapat dalam
seruan azan dan saf yang pertama, kemudian mereka tidak mendapatinya kecuali dengan cara
undian nescaya mereka akan melakukannya. Kalau manusia mengetahui kelebihan pergi awal
untuk menunaikan sembahyang nescaya mereka akan bersegera, dan sekiranya manusia
mengetahui apa yang ada pada sembahyang isyak dan subuh berjemaah nescaya mereka akan
menghadirinya walau dengan mengengsot."

Di antara kandungan nas di atas adalah menunjukkan kepada kelebihan yang ada pada
azan, saf pertama dan datang awal ke masjid.

11
15 KELEBIHAN SOLAT DALAM KEHIDUPAN

(7)
Dapat bertemu Allah dalam keadaan beriman.

Sabda Nabi Shalallahu 'alaihi wasallam : "Barangsiapa suka bertemu Allah SWT dalam keadaan
Muslim, hendaklah ia menjaga shalat lima waktu." (HR.Ibnu Majah)

Nikmat yang paling besar yang diimpikan semua orang beriman adalah dapat bertemu dan
melihat Allah di akhirat nanti. Tidakkah ada keinginan yang kuat dalam diri kita? Melihat Tuhan
semesta alam yang menciptakan kita? Tepuk dada tanya iman.

11
15 KELEBIHAN SOLAT DALAM KEHIDUPAN

(8)
Menghilangkan segala masalah dan kegelisahan
di dalam hati manusia.

"Rasulullah S.A.W. bila menghadapi suatu dilema (situasi yang sukar dan membingungkan)
baginda shalat (Sunnah)." (HR Ahmad)

Solat adalah satu rahmat yang besar dari ALLAH s.w.t bersolat pada ketika menghadapi
sesuatu kesusahan adalah seumpama bersegera mencari rahmat ALLAH s.w.t dan apabila
rahmat ALLAH itu tiba menyelamatkan pastilah bahawa bekas-bekas kesulitan itu tidak akan
ada lagi.

Huzaifah r.a berkata apabila Rasulullah tersua dengan sesuatu kesulitan,lantas Baginda
bersolat.

12
15 KELEBIHAN SOLAT DALAM KEHIDUPAN

(9)
Merasakan diri sebagai hamba Allah

"Sesungguhnya saat yg paling dekat antara seorang hamba dengan Tuhannya adalah ketika ia
sedang bersujud." (HR Muslim)

Ketika mana kita bersujud kepada Allah, di saat itu juga kita memperakui bahawa kita adalah
seorang hamba hina yang serba kekurangan. Yang memerlukan pertolongan semata daripada
Allah. Menjadikan kita sentiasa merendah diri dalam segala tindakan.

13
15 KELEBIHAN SOLAT DALAM KEHIDUPAN

(10)
Perkara pertama disoal dan dihisab di hari pengadilan.

Sabda Nabi Shalallahu 'alaihi wasallam yang bermaksud : "Sesungguhnya yang petama kali
akan dihisab atas seorang hamba pada hari kiamat adalah perkara shalat. Jika Shalatnya baik,
maka baik pula seluruh amalan ibadah lainnya, kemudian semua amalannya akan dihitung atas
hal itu." (HR. An Nasa'i)

Solat itu adalah tiang agama. Jika semasa dihisab amalan kita, amalan solat kita selesai dan
sempurna, insya Allah amalan yang lain akan sempurna juga. Namun, jika bab solat kita ada
kecacatan, sudah pasti amalan lain akan ada kekurangannya. Atas sebab itulah, solat
merupakan kayu ukur amalan kita di dunia serta di akhirat kelak.

14
15 KELEBIHAN SOLAT DALAM KEHIDUPAN

(11)
Menghapuskan dosa dan sifat-sifat mazmumah
dalam diri seseorang.

"Dirikanlah solat pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan
daripada malam, sesungguhnya perbuatan yang baik itu menghapuskan perbuatan-perbuatan
yang buruk (dosa); itulah peringatan bagi orang-orang yang mahu ingat" (Hud 11 : 114)

Abu Zar r.a meriwayatkan bahawa ada sekali Rasulullah Shalallahu 'alaihi wasallam keluar dari
rumahnya. Pada masa itu ialah musim daun-daun gugur. Baginda ambil ranting sebatang pohon
yang daun-daunnya mulai gugur dengan lebatnya, seraya Baginda bersabda, "Ya Abu Zar!
Apabila seorang Islam menunaikan solatnya kerana ALLAH, dosanya gugur seperti daun-daun
ini gugur dari pohon ini".

Abu Hurairah menceritakan menceritakan bahwa beliau mendengar Rasulullah s.a.w sekali
bertanya pada sahabatnya, "Adakah kamu percaya bahawa kotoran melekat pada tubuh
seorang yang mandi lima kali sehari dalam sungai yang mengalir di depan rumahnya?" Jawab
para sahabat,"Tidak, kotoran tidak akan melekat pada tubuhnya." Sabda Rasulullah, "Begitulah
umpamanya kesan solat yang dikerjakan lima kali pada sehari. Dengan limpah rahmat Allah, ia
menghapuskan segala dosa.

Biasanya di musim daun-daun gugur, lebatlah daun-daun gugur dari pohonnya sehingga
pada setengah-setengah pohon tak ada sehelai daun pun yang tinggal. Begitulah kesannya solat
yang dilaksanakan dengan penuh khusyuk dan tawaduk. Segala dosa yang dilakukan oleh
seseorang yang bersolat dihapuskan. Bagaimanapun hendaklah diingat menurut ahlul kalam
hanya dosa-dosa kecil saja yang terampun dengan solat. Dosa-dosa besar tidaklah terampun
tanpa bertaubat.

15
15 KELEBIHAN SOLAT DALAM KEHIDUPAN

(12)
Dijanjikan Allah untuk masuk ke dalam syurga

Abu Qatasah r.a menceritakan bahawa Rasulullah Shalallahu 'alaihi wasallam bersabda :
"Allah berfirman, "Hai Muhammad! Aku telah mewajibkan lima kali solat sehari semalam bagi
ummatmu. Aku telah berjanji dengan diriKu barangsiapa mengerjakan solatnya pada ketika
masuk waktunya, maka dia akan dimasukkan ke dalam syurga. Ummatmu yang tidak menjaga
solatnya tidak termasuk dalam perjanjian ini."

Adalah diriwayatkan di dalam sepotong hadis lagi bahawa Allah s.w.t telah mewajibkan
solat lima waktu dan barang siapa menjaga solatnya dengan berwudhuk dengan sempurna dan
solat pada ketika masuk waktunya dengan ikhlas dan khusyuk, Allah s.w.t menjamin iaitu dia
akan memasuki syurga. Barang siapa tidak menjaga solatnya maka tidak ada jaminan ini
baginya;dia mungkin diampun atau tidak.

16
15 KELEBIHAN SOLAT DALAM KEHIDUPAN

(13)
Warisan Para Nabi

1) Nabi Isa A.S.


 Firman Allah : Dia (Nabi Isa yang masih bayi) menjawab : "Sesungguhnya aku ini
hamba Allah; Dia(Allah) telah memberikan kepadaku Kitab (Injil), dan Ia telah
menjadikan daku seorang Nabi. Dan Dia (Allah) menjadikan daku seorang yang
berkat di mana sahaja aku berada, dan diperintahkan daku mengerjakan solat dan
memberi zakat selagi aku hidup".
(Surah Maryam : 30-31)

2) Nabi Muhammad S.A.W.


 Firman Allah : Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab (Al-Quran) ini
perihal Nabi Ismail; sesungguhnya ia adalah benar menepati janji dan adalah ia
seorang Rasul, lagi berpangkat Nabi. Dan dia menyuruh keluarganya mengerjakan
solat dan memberi zakat, dan ia pula adalah seorang yang diredhai di sisi Tuhannya!
(Surah Maryam : 54-55)

ULASAN : Baginda mengutamakan ahli keluarga dahulu dalam ibadat solat. Baginda Rasulullah
Shalallahu 'alaihi wasallam bersabda : "Suruhlah anakmu bersolat ketika mereka berusia 7
tahun, pukullah mereka (sekiranya mereka enggan bersolat) apabila mereka berusia 10 tahun
dan asingkanlah tempat tidur antara mereka (lelaki dan perempuan)".
(Sunan Abu Daud)

3) Nabi Ibrahim A.S.


 Firman Allah : (Ibrahim berdoa) "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah
menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci
Makkah) yang tidak tanaman padanya, di sisi rumahMu yang diharamkan
mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka
mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadat). Oleh itu,
jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya
17
15 KELEBIHAN SOLAT DALAM KEHIDUPAN

datang beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai
jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur".
(Surah Ibrahim : 37)

 Firman Allah : (Ibrahim berdoa) "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang
mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan
kami, perkenankanlah doa permohonanku".
(Ibrahim : 40)

ULASAN: Ibn 'Abbas berkata, sekiranya nabi Ibrahim berkata, jadikanlah hari manusia tertarik
padanya (Mekah), sudah pasti Mekah akan menjadi rebutan dan rinduan semua bangsa di
dunia (Rom, Parsi dan sebagainya) tanpa mengira agama (Tafsir Ibn Kathir).

18
15 KELEBIHAN SOLAT DALAM KEHIDUPAN

(14)
Orang yang tidak menunaikan solat
sama hina dengan syaitan dan iblis.

Firman Allah : "Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat : "Sujudlah
kamu kepada Adam" lalu mereka sujud melainkan iblis, ia adalah berasal dari golongan jin, lalu
ia menderhaka terhadap perintah TuhanNya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis
dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaku?
Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim :
pengganti yang mereka pilih itu (Al-Kahfi : 50)".

ULASAN: Iblis hanya enggan bersujud (hormat) kepada Adam, tetapi tidak pernah engkar
tentang ketuhanan Allah. Orang yang tidak bersolat sebenarnya enggan tunduk kepada
ketuhanan Allah dan jauh lebih teruk dan hina daripada Iblis.

19
15 KELEBIHAN SOLAT DALAM KEHIDUPAN

(15)
Ibadah yang diterima secara langsung dari Allah

Dalam peristiwa Isra' Mi'raj Nabi SAW menerima kewajipan solat 50 waktu sehari
semalam dan dikurangkan sehingga 5 waktu sehari semalam tanpa perantaraan malaikat
sementara kewajipan lain diterima di bumi.
Oleh sebab itulah, solat dianggap ibadah paling utama dan pertama dihisab di hari
kiamat nanti.

21
15 KELEBIHAN SOLAT DALAM KEHIDUPAN

BAHAGIAN B : Sudut Kesihatan


(1)
Menguatkan Otot Manusia
(Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas)

Pakar yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan
regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan. Katanya, hasil
kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok
menyamai senaman ringan.

“Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat
yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang
memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,” katanya.

Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan
dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh. Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang
dilakukan untuk mengenap pasti otot yang aktif ketika solat.

21
15 KELEBIHAN SOLAT DALAM KEHIDUPAN

(2)
Mengaktifkan Isyarat Otak
(Ng Siew Chok)

Pakar berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang
menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan
elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography)
digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik. “Gelombang otak mempunyai
beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang
otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang,” katanya Walaupun bukan Islam,

Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan
dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.
“Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai
peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu
adalah thoma'ninah,” katanya. Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang
menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.

Siew Chok juga berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara
dan memperkuatkan kuasa otak. Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu
menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya
dalam aktiviti harian.

22
15 KELEBIHAN SOLAT DALAM KEHIDUPAN

(3)
Menstabilkan komposisi tubuh
(Dr Fatimah Ibrahim)

Pakar berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif,
tisu tulang, komponen air dan lemak. Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur
komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan
keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.

“Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika
Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam
denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,” katanya. Dalam kajian ini, katanya model untuk
mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima
kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90
darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.

Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi
tubuh yang kurang baik. Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat
berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.
“Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu.
Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar
dan akhirnya meneutralkan cas tubuh. “Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang
tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan
cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,” katanya. Katanya, ini yang
menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.

Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti
berdasarkan kajian yang dilakukan. Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan
diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan
23
15 KELEBIHAN SOLAT DALAM KEHIDUPAN

tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta
paras glukos rendah.

Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang.
Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan
membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.

Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan
meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.
Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu
dengan membuat rukuk 91 darjah, sakit pinggangnya berkurangan. “Ini membuktikan terapi
solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang.

Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah
mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa
kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring. “Kajian mendapati ketika solat,
keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika
baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus,” katanya.

Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama
ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung. Katanya, pakar jantung gembira
dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung
untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama
30 minit setiap hari.

24
15 KELEBIHAN SOLAT DALAM KEHIDUPAN

BAHAGIAN C : Hikmah Di Sebalik Pergerakan


(1)
Kedudukan Tangan Semasa Membaca Fatihah

Apabila membaca al-Fatihah , maka telapak tangan akan mengenggam pergelangan


tangan kiri di pusat pusat. Dari segi kesihatan , teknik ini merupakan salah satu cara istirehat
yang paling sempurna kerana kedua-dua tangan mempunyai sendi pergelangan tangan , kedua-
dua otot ini berada dalam keadaan yang paling rehat sekali di waktu ini.

Perjalanan darah terutama yang mengalir kembali ke jantung menyebabkan sendi


tersebut berjalan balik di mana ia akan melancarkan pergerakkan kedua-dua tangan . Kaedah
ini boleh menghindarkan sakit sendi (rheumatik) .

25
15 KELEBIHAN SOLAT DALAM KEHIDUPAN

(2)
Ketika Rukuk

Ketika rukuk, kedua-dua tapak tangan diletakkan di atas kepala lutut di mana punggung
dan kepala berada di dalam keadaan selari. Teknik rukuk ini dapat menghilangkan banyak
penyakit terutamanya sakit tulang belakang seperti sakit rusa tulang punggung , ruas tulang
tengkuk dan kekejangan otot.

26
15 KELEBIHAN SOLAT DALAM KEHIDUPAN

(3)
Semasa Sujud

Semasa sujud , kepala dan jari tangan berada di dalam keadaan sama. Keadaan jari-jari
tangan pada ketika itu boleh menyebabkan semua otot bergabung di antara satu sama lain
lantas menjadi besar dan kuat.

Disamping itu, urat-urat pembuluh darah serta limpa akan menjadi teratur
menghasilkan kelancaran perjalanan darah ke seluruh anggota badan terutama pada bahagian
jantung dan menghindarkan berlakunya pengecutan di pembuluh darah.

Semasa sujud juga otot-otot akan menghasilkan tenaga haba yang sangat diperlukan di
dalam proses zat-zat makanan seperti zat besi,kalsium , kapur dan banyak lagi. Ketegangan otot
akan mempercepatkan aliran darah dimana ia seterusnya membuang sisa-sisa kotoran yang
asalnya dari zat makanan.

Sujud ini juga akan menghasilkan otot-otot yang besar dan kuat terutama otot dada.
Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak pada ketika ini kelenjar susu akan berkembang dan
menghasilkan air susu yang banyak.

Selain dari itu juga otot perut dapat berkembang dengan baik dimana ia akan menjadi
lurus dan memanjang. Otot ini akan membentuk dinding-dinding perut dan bila ia berinteraksi,
maka tekanan dalam rongga perut dapat dibesarkan.

Kaedah ini sangat penting untuk melawaskan pembuangan najis. Bagi ibu-ibu yang hamil pula ia
membantu memudahkan proses kelahiran bayi.

Sewaktu sujud ini juga kepala berada pada situasi yang paling rendah. Berlakulah
pengaliran darah ke kepala, dalam situasi ini juga anggota kepala akan menerima zat-zat yang
diperlukan berbanding dengan keadaan biasa.

27
15 KELEBIHAN SOLAT DALAM KEHIDUPAN

(4)
Ketika Duduk Di Antara Dua Sujud

Semasa duduk antara dua sujud otot pangkal paha yang mengandungi saraf yang besar
terletak di atas kedua-dua tumit kaki. Tumit ini turut dilapisi otot yang berfungsi sebagai bantal.

Semasa duduk tahiyat , tumit kita menekan pangkal paha . Kaedah simbolik ini
menyebabkan secara automatik saraf pangkal paha terurut atau terpiscit dengan sendirinya.
Oleh itu, ia boleh menghindarkan dan menyembuhkan penyakit ischias (tidak dapat berjalan) .

Begitu besarnya keagungan Allah kerana setiap apa yang diperintahkan ke atas kita
terkandung hikmah yang cukup tinggi.

Dengan bersolat sahaja pelbagai penyakit dapat dihindarkan. Sebab itulah para sahabat
dan orang soleh jarang sekali terkena penyakit yang pelik-pelik sepertimana di zaman moden
ini. Mereka mengisi masa yang terluang dengan memperbanyakkan ibadah sunat kepada Allah.

Hasilnya mereka berjaya memperolehi kekuatan zahir dan batin berkat selalu
bertaqarub kepada Allah SWT . Sekian.

28

Anda mungkin juga menyukai