Anda di halaman 1dari 31

15 Kelebihan Mendirikan Solat

1
15 Kelebihan Mendirikan Solat

ISI KANDUNGAN

Bahagian A : Dalil Al-Quran dan Assunnah M/S

1. Solat Adalah Tanda Mengingati Allah 5


2. Solat Tanda Pengabdian Dan Syukur 6
3. Solat Menghapus Dosa Dan Meninggikan Darjat 8
4. Solat Mencegah Perbuatan Keji Dan Mungkar 9
5. Terlepas Daripada Api Neraka Dan Dari Menjadi Orang Munafik 10
6. Mendapat Kelebihan Yang Besar 11
7. Dapat Bertemu Allah Dalam Keadaan Muslim & Mukmin 12
8. Menghilangkan Kegelisahan Di Dalam Hati Manusia 13
9. Mendekatkan Diri Kepada Allah 14
10. Perkara Pertama Disoal Dan Dihisab Di Hari Pengadilan 15
11. Mengampunkan Dosa Dan Sifat Mazmumah Dalam Diri Seseorang 16
12. Dijanjikan Allah Untuk Masuk Ke Dalam Syurga 18
13. Solat Adalah Warisan Para Nabi 19
14. Ibadah Yang Diterima Secara Langsung Nabi Saw Daripada Allah 21
15. Orang Yang Meninggalkan Solat Sama Hina Dengan Syaitan Dan Iblis 22

Bahagian B : Sudut Kesihatan

16. Menguatkan Otot Manusia 23


17. Mengaktifkan Isyarat Otak 24
18. Menstabilkan Komposisi Tubuh 26

Bahagian C : Hikmah Di Sebalik Pergerakan

19. Kedudukan Tangan Semasa Membaca Al-Fatihah 29


20. Ketika Rukuk 29
21. Semasa Sujud 30
22. Ketika Duduk Di Antara Dua Sujud 31

2
15 Kelebihan Mendirikan Solat

Pendahuluan Oleh Che Mat

Bismillahirahmanirahim.

Terima kasih dan tahniah pada semua ibu bapa yang telah
mendapatkan E-book 15 Kelebihan Mendirikan Solat ini kemudian
menghadiahkannya buat anak-anak.

Buku ini saya tulis untuk bacaan anak-anak. Tujuannya supaya anak-
anak boleh meningkatkan motivasinya untuk terus istiqamah mendirikan
solat. Selain itu, ia juga boleh dijadikan bahan usrah keluarga. Selepas
solat, ayah atau ibu boleh bacakan satu topik dari bab ini, kemudian
bincangkan bersama anak-anak.

Anak-anak juga boleh menyampaikan tazkirah dalam keluarga


menggunakan e-book ini. Insyallah boleh melatih sifat keyakinan diri.

Oleh sebab itu, siapa yang mendapatkan ebook ni, saya harap anda
boleh print sendiri. Pegang dan baca. Saya yakin ia lebih puas dan lebih
bermanfaat. Gunakan pen atau highlighter untuk menggariskan isi
penting. Jangan biarkan buku ini kosong. Gunakan sebaiknya e-book ini
sebagai panduan motivasi solat kita bersama insyallah.

Semoga ada keberkatan dalam ebook ini.

Amin Ya rabbal Alamin.

Yang Benar

Che Mat

3
15 Kelebihan Mendirikan Solat

Ebook 15 Kelebihan Mendirikan Solat ini saya hadiahkan


kepada :

4
15 Kelebihan Mendirikan Solat

1) Solat Adalah Tanda Ingat Pada Allah S.W.T.

Ya adik-adik, inilah sebab pertama mengapa kita harus memelihara


solat kerana solat adalah tanda kita ingat pada Allah. Tiada cara lain yang
lebih hebat untuk mengingati Allah melainkan dengan mendirikan solat.
Benar kalua kita kata dengan ibadah lain pun ingat Allah juga, namun
dalam banyak-banyak ibadah, solatlah ibadah yang paling Allah suka.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

“Sungguh Aku ini adalah Allah, tidak ada tuhan selain Aku dan dirikanlah
solat itu semata-mata untuk mengingati Daku” (Surah Thaha: 14).

Imam Ahmad pernah meriwayatkan hadis bagi menguatkan


tafsirannya tentang ayat ini iaitu hadis dari Rasulullah Shalallahu alaihi
wasallam bersabda :

“Apabila seseorang antara kalian tertidur sehingga meninggalkan solat


atau lupa kepada solatnya, hendaklah dia mengerjakannya di saat dia
mengingatinya”

Tapi Che Mat, ada kelebihan ke jika kita mengingati Allah?


Ya pasti ada adik-adik.
Siapa ingat pada Allah, hatinya akan menjadi tenang. Sebab dia
tahu Allah itu Tuhan yang Maha Adil. Allah itu Tuhan pemberi rezeki. Allah
boleh izinkan apa sahaja berlaku. Allah juga boleh halang sesuatu
daripada berlaku. Jika kita percaya akan ini, pasti jiwa tenang. Anda ambil
Al-Quran sekarang, cuba semak surah Ar-Ra’du ayat 28.
Firman Allah S.W.T :
“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram
dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati
menjadi tenteram.”
Apa kelebihan lagi jika mengingati Allah?
Jawapannya, Allah pasti akan inat kepada kita. Lagi banyak kita
ingat Allah, lagi banyak Allah ingat kita.
Firman Allah Taala yang bermaksud: "Maka ingatlah kepadaKu, Aku pun
akan ingat kepadamu."(Ayat 152 : Surah al-Baqarah).

5
15 Kelebihan Mendirikan Solat

2) Solat Itu Tanda Pengabdian Dan Syukur

Adik-adik, sebenarnya Allah telah bagi pada kita terlalu banyak nikmat.
Setuju? Kalau setuju angguk kepala. Ya, terima kasih. Oleh sebab banyak
sangat nikmat itu, maka kita mesti membalasnya kerana orang cemerlang
adalah orang yang suka berterima kasih.

Orang cemerlang bukan suka menerima, tapi suka memberi. Jika


sesama manusia, apabila berterima kasih kita akan balas kebaikan
seseorang tersebut. Kita akan ucapkan terima kasih dalam bahasa yang
baik, kemudian kita hadiahkan semula pada pemberi.

Namun dalam konteks hubungan dengan Allah bagaimana?


Jawapannya kena jaga solat adik-adik. Sebab solat merupakan tanda
pengabdian dan syukur seorang hamba kepada Allah S.W.T.

Firman Allah yang bermaksud :


“Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberimu (Muhammad) nikmat yang
banyak. Maka laksanakan solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah
(sebagai ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah)”.
(Surah Al-Kautsar: 1-2).
Nampak? Apa Allah sebut dalam surah di atas? Allah kata Nabi
Muhammad adalah manusia paling banyak dapat nikmat dari Allah. Oleh
sebab dah terima banyak nikmat, Nabi Muhammad kena buat apa?
Jawapannya, Allah perintahkan Nabi Muhammad mendirikan solat dan
melakukan ibadah korban.
Begitu juga kita. Kita dah terima banyak sangat nikmat dari Allah.
Darah, udara, badan yang sihat, tulang belulang yang ada dalam badan,
mata, telinga, lidah, tangan, kaki, muka yang baik, rambut.. ehhh
banyaklah. Tak tersenarai kan?
Semua nikmat tu Allah bukan sahaja bagi, bahkan tolong jaga
sekali. Contohnya udara yang masuk dalam badan kita, siapa yang jaga
dan arahkan oksigen mengalir ke seluruh anggota badan? Kita tak
arahkan sendiri bukan? Alah yang tolong aturkan.
Adik-adik, sekiranya seorang muslim tidak melaksanakan solat,
bagaimana cara dia nak mengucapkan syukur kepada Allah Taala?
Adakah cukup sekadar mengungkap ucapan Alhamdulillah atau terima
kasih Allah tanpa solat. Tak cukup adik-adik.

6
15 Kelebihan Mendirikan Solat

Sebelum saya tamatkan bab ini, saya nak sebut satu perkara lagi.
Ini amaran dari Allah dan RasulNya. Sesungguhnya orang yang
melalaikan solat akan dihumban masuk ke dalam api neraka.
"Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar?
Orang-orang yang bersalah itu menjawab: "Kami tidak termasuk dalam
kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang;
Surah Al-Muddassir Ayat 42-43
Ingat, kalau kita solat bermakna kita mengingati Allah. Maka ada
peluang untuk masuk syurga. Namun, kalau kita tinggalkan solat,
bermakna kita telah menutup peluang masuk syurga, bahkan kita sendiri
memasukkan diri ke dalam neraka Allah.

7
15 Kelebihan Mendirikan Solat

3) Menghapuskan Dosa Dan Ditinggikan Darjat


Adik-adik, hidup kita setiap hari pasti berbuat dosa. Tiada siapa boleh
lari dari dosa. Kita ni manusia biasa. Bukannya Nabi yang maksum.
Bahkan Nabi yang maksum pun setiap hari minta ampun dan solat, maka
apatah lagi kita.
Walaupun setiap hari buat dosa, Allah itu Maha Penyayang dan
Pengampun. Dia tak biarkan kita terkapai-kapai. Dia masih bagi peluang
pada kita. Maka Dia suruh kita solat, maka dosa-dosa kita akan
diampnkan.
Sabda Nabi S.A.W. yang bermaksud :
“Solat lima waktu dan solat Jumaat hingga Jumaat berikutnya adalah
penebus dosa antara jarak waktu solat-solat itu, selama dijauhinya dosa-
dosa besar”. (HR Muslim).
Dosa yang dimaksudkan di sini adalah dosa-dosa kecil.
Sebagai manusia biasa kita tidak akan terlepas dan bebas dari
melakukan dosa. Mata kita mungkin telah terlihat perkara mungkar, lidah
kita mungkin pernah berkata sesuatu yang tidak baik, begitu juga
anggota-anggota yang lain. Pasti pernah melakukan kemungkaran.
Tapi adik-adik, jangan sedih, kerana sentiasa ada berita gembira
buat kita. Jagalah solat. Bergembiralah dan seronoklah adik-adik bila nak
mendirikan solat sebab sabda Nabi Muhammad S.A.W lagi :
"Tidakkah aku tunjukkan kamu sesuatu yang Allah menghapuskan dosa
dan mengangkat darjat? Para sahabat menjawab, “Ya, wahai Rasulullah”,
sabda Baginda: “Banyak langkah ke masjid dan menunggu satu
sembahyang selepas satu sembahyang. Itu adalah ikatan”.
Maka melalui solat ini tadi dengan izin dan rahmat Allah, kita dapat
meminta keampunan dan memadamkan dosa-dosa lalu. Sesungguhnya
orang yang tidak mengerjakan solat adalah golongan yang tidak bimbang
dan takut dengan azab dan api neraka Allah. Siapa yang tinggalkan solat
darjat hidupnya takkan berubah. Masa depannya tak kan berubah.
Markah peperiksaannya juga takkan berubah.

8
15 Kelebihan Mendirikan Solat

4) Mencegah Perbuatan Keji dan Mungkar


Allahuakbar. Adik-adik, inilah pelindung ummat akhir zaman iaitu jaga
solat. Solat boleh mencegah kita daripada melakukan benda keji dan
mungkar. Solat itu ibarat perisai, tetapi tak kelihatan. Walaupun tak
nampak, tapi ia perisai yang ampuh, tanpa kita sedari rupa-rupanya hidup
kita akan sentiasa dalam peliharaan Allah S.W.T.
Inilah janji Allah di dalam Al-Quran.
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
“Dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah daripada
perbuatan keji dan kemungkaran”. (Surah Al-Ankabuut: 45).
Inilah kesan kebaikan kepada orang yang benar-benar taat
mendirikan solat yang ikhlas semata-mata kerana Allah Ta’ala. Kita mesti
yakin bahawa solat yang ikhlas dan diterima Allah Taala itu mampu
menjadi benteng diri dari perbuatan keji, jahat, maksiat dan kemungkaran.
Adik-adik, pakar dan doktor di UKM ada membuat kajian berkaitan
Sains Solat, mereka mendapati manusia akan menjadi sangat tenang
selepas mendirikan solat. Apa kesannya bila manusia tenang? Kesannya
manusia akan membuat keputusan yang waras dalam hidup. Keputusan-
keputusan yang waras inilah yang mncegah dari melakukan perbuatan
keji dan mungkar.
Orang Islam yang tidak menunaikan solat amat mudah diperdaya
oleh syaitan dan hawa nafsu untuk melakukan perkara keji dan mungkar.
Sepatutnya, jika kita mengamati waktu-waktu solat yang telah
diwajibkan kepada kita iaitu Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak, pasti
akan menyebabkan kita merasakan tidak ada ruang untuk membuat
kemungkaran kerana hampir setiap masa dan ketika kita mendekati Allah.
Wallahuaklam.

9
15 Kelebihan Mendirikan Solat

5) Terlepas Daripada Api Neraka Dan Menjadi Orang Munafik


Selepas mati, manusia semua akan dimasukkan ke alam barzakh.
Seterusnya kita akan masuk ke alam mahsyar. Selepas ditimbang-
timbang amalam kita, akhirnya manusia hanya ada dua destinasi.
Pertama syurga. Kedua neraka.
Kalau banyak amal soleh kita lakukan, insyallah kita bakal masuk
ke dalam syurga. Namun jika timbangan dosa itu lebih berat, maka
destinasi akhir manusia adalah api neraka. Api neraka itu dahsyat
seksaannya. Manusia dipanggang hidup-hidup. Kulit kita dibakar.
Belakang badan kita dipukul tanpa belas kasihan. Subhanallah.
Baik sekarang, Che Mat nak tanya, siapa mahu selamatkan dirinya
dari azab api neraka? Kalau nak angkat tangan sekarang, dan jawab
saya!
Bagus, kalau nak, jom dengar apa kata Nabi kita.
Sabda Nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud:
"Sesiapa yang sembahyang kerana Allah selama 40 hari dengan
berjemaah dan mendapat takbir yang pertama. Ditulis bagi orang itu dua
pelepasan, pelepasan daripada neraka, dan pelepasan daripada menjadi
orang munafik".
Nampak? Subhanallah. Baik sangat Allah. Dalam hadis ini,
Rasulullah S.A.W menjelaskan bahawa orang yang dapat berjemaah
bersama-sama imam dari takbir pertama hingga akhir sembahyang
selama 40 hari dilakukan semata-mata kerana Allah dia terselamat
daripada dua perkara iaitu terselamat daripada neraka dan terselamat
daripada menjadi munafik. Allahuakbar.
Jom kita berjanji. Mulai hari ini kita berazam nak jaga solat dan
amalkan solat berjemaah. Insyallah. Marilah kita berusaha untuk
mendapatkan kelebihan ini.

10
15 Kelebihan Mendirikan Solat

6) Mendapat Kelebihan Yang Amat Besar

Adik-adik, solat adalah salah satu dari rahsia Allah. Kadang-kadang


kalau kita fikir dengan logik, untuk apa kita bangun, rukuk, sujud,
tunggang tonggek kan? Apalah kebaikan semua ini?
Adik-adik, Che Mat nak pesan satu benda, tetapkanlah iman dalam
hati. Percaya pada Allah. Percayalah pada perintah Nabi. Teruskan buat
perintah Tuhan walaupun kita tak tahu apa hikmahnya dalam hidup kita.
Nabi Muhammad sendiri sebut, kalau kita tahu kelebihan solat,
azan, saf pertama pasti kita berebut sehingga sanggup ambil undi.
Allahuakbar. Tapi tulah, kita tak tahu apa kelebihannya. Jadi, jangan fikir
banyak, fokus sahaja jaga solat.
Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:
"Kalaulah manusia mengetahui apa yang terdapat dalam seruan azan
dan saf yang pertama, kemudian mereka tidak mendapatinya kecuali
dengan cara undian nescaya mereka akan melakukannya. Kalau
manusia mengetahui kelebihan pergi awal untuk menunaikan
sembahyang nescaya mereka akan bersegera, dan sekiranya manusia
mengetahui apa yang ada pada sembahyang isyak dan subuh berjemaah
nescaya mereka akan menghadirinya walau dengan mengengsot."
Nabi Muhammad S.A.W sendiri seperti menggambarkan kepada
kita bahawa kebaikan solat itu besar. Sebesar apa? Sebanyak mana?
Wallahuaklam. Maka, jom jaga solat ya.

11
15 Kelebihan Mendirikan Solat

7) Dapat Bertemu Allah Dalam Keadaan Muslim & Mukmin

Adik-adik, tahukah anda ada satu nikmat super besar yang


disediakan oleh Allah untuk manusia yang beriman dan bertaqwa. Nikmat
itu lebih besar dari nikmat syurga. Bahkan penghuni syurga pun merasa
kehairanan, apakah ada nikmat yang lebih besar berbanding syurga?
Siapa nak tahu? Angkat tangan dan jawab saya!
Ya, bagus sebab anda angkat tangan dan nak tahu. Jawapannya
adalah kita dibukakan hijab untuk menyaksikan Allah S.W.T secara
lansung. Tuhan yang kita sembah setiap hari, yang kita mohon doa waktu
susah, akhirnya dapat kita lihat. Dialah yang menciptakan dunia, Dia
jugalah yang menciptakan syurga.
Maka kita bakal menyaksikan Tuhan yang mencipta segala nikmat
syurga. Sudah pasti itulah nikmat yang maha teragung. Nikmat yang
paling besar yang diimpikan semua orang beriman iaitu apa dia? Dapat
bertemu dan melihat Allah di akhirat nanti.
Sabda Nabi Shalallahu 'alaihi wasallam :
"Barangsiapa suka bertemu Allah SWT dalam keadaan Muslim,
hendaklah ia menjaga shalat lima waktu." (HR.Ibnu Majah)

12
15 Kelebihan Mendirikan Solat

8) Menghilangkan Segala Masalah Dan Kegelisahan Di Dalam Hati


Manusia

Adik-adik, manusia itu sememangnya diciptakan dengn perasaan


gelisah. Sewaktu kita dilahirkan lagi, ia memang mendebarkan perasaan.
Ibu ayah gelisah, datuk dan nenek pun gelisah.

Manusia sentiasa ada masalah. Selepas selesai satu masalah,


datang satu lagi masalah. Sebagai remaja apa masalah yang selalu anda
hadapi? Susah nak belajar? Kerja rumah tak siap? Nak pilih jurusan apa?
Nak jadi pengawas ke tak nak? Kena marah dengan cikgu? Kena marah
dengan mak ayah? Kena pulau dengan kawan? Duit belanja hilang?
Exam dah dekat tapi study tak habis lagi? Ada lelaki mengorat bagaimana
nak kata tak sudi? ehhh banyak sangatlah masalah.

Ingat, yang mendatangkan masalah adalah Allah. Dan yang ada


jalan penyelesaian juga adalah Allah. Maka kembalilah pada Allah. Ambil
wudhuk dengan tenang, bentangkan sejadah, kemudian dirikanlah solat
kerana Allah S.W.T

Liha satu hadis Nabi Muhammad S.A.W ini :

"Rasulullah S.A.W. bila menghadapi suatu dilema (situasi yang sukar dan
membingungkan) baginda shalat (Sunnah)." (HR Ahmad)

Adik-adik, solat adalah satu rahmat besar anugerah dari ALLAH


S.W.T. Maka bersolatlah, pada ketika menghadapi sesuatu kesusahan
dan kesukaran. Dengan solat, kita seumpama sedang bersegera mencari
rahmat ALLAH s.w.t dan apabila rahmat ALLAH itu tiba, pasti akan
membuka kesulitan-kesulitan sehingga kita rasa hidup ini benar-benar
mudah seperti tiada masalah, Amin.

Huzaifah r.a berkata apabila Rasulullah tersua dengan sesuatu


kesulitan, lantas Baginda bersolat. Allahuakbar. Jom, kita jaga solat kita,
kita perbanyakkan solat sunat ya!

13
15 Kelebihan Mendirikan Solat

9) Mendekatkan Diri Kepada Allah

Adik-adik, hidup kita sehari ada berapa jam? Ya benar kita ada 24
jam. Ok, soalan seterusnya, dalam masa 24 jam tersebut, waktu bilakah
kita paling dekat dengan Allah?

Ya, jawapannya adalah solat. Tepat sekali.

Sekarang jawab lagi, dalam kita sedang mendirikan solat tersebut,


bilakah waktunya kita paling hampir pada Allah?

Ya, jawapannya adalah sujud. Tepat sekali. Bagus!

Sebab itu kita kena pelihara solat, supaya kita sentiasa dekat
dengan Allah. Ehhhh kenapa nak kena dekat dengan Allah? Siapa dekat
dengan Allah, maka dia dekat dengan kebaikan. Siapa dekat dengan
Allah, maka dia jauh dari syaitan. Haaaa begitu.

Ini Che Mat kongsikan satu hadi Nabi Muhammad S.A.W :

"Sesungguhnya saat yang paling dekat antara seorang hamba dengan


Tuhannya adalah ketika ia sedang bersujud." (HR Muslim)

Ketahuilah adik-adik yang dikasihi sekalian, ketika mana kita


bersujud kepada Allah, di saat itu juga kita sedang memperakui bahawa
kita adalah seorang hamba hina yang serba kekurangan. Yang
memerlukan pertolongan semata daripada Allah. Menjadikan kita
sentiasa merendah diri dalam segala tindakan. Bila kita banyak merendah
diri pada Allah, di saat itulah Allah akan kirimkan bantuan. Sebab itu
dengan Allah jangan sombong, jangan berlagak. Dengar sahaja seruan
azan, bersiap terus, kita bersedia untuk solat!

14
15 Kelebihan Mendirikan Solat

10) Perkara Pertama Disoal Dan Dihisab Di Hari Pengadilan

Tahniah kerana anda telah sampai ke sini. Semoga e-book ini


membantu anda memelihara solat lima waktu. Ayuh, kita teruskan bacaan
kita. Adik-adik, pada hari kiamat nanti, kita semua akan dihitung amalan.
Che Mat, anda, ibu bapa, guru-guru, kawan-kawan, jiran tetangga, semua
akan dihitung amalan masing-masing.

Tiada siapa pun terlepas. Subhanallah. Sebab itu dari sekarang kita
mesti meningkatkan amal ibadah, supaya kita melepasi ujian ketika
timbangan mizan.

Ketika ditimbang amalan kita, pada fikiran anda apakah amalan


yang mula-mula akan dihitung? Ya, benar. Kamu semua tahu. Perkara
pertama yang akan dihitung oleh Allah adalah solat. Ini menunjukkan
apa? Ini menunjukkan betapa besarnya kedudukan ibadah solat di sisi
Allah S.W.T.

Siapa yang memelihara solatnya dengan betul dan ikhlas, maka


Allah akan menerimanya. Amal solehnya yang lain-lain pun akan di terima
oleh Allah. Namun, jika amalan solatnya cacat tak sempurna, dibimbangi
amalan kita yang lain akan turut ditolak oleh Allah.

Sabda Nabi Shalallahu 'alaihi wasallam yang bermaksud :

"Sesungguhnya yang pertama kali akan dihisab atas seorang hamba


pada hari kiamat adalah perkara solat. Jika solatnya baik, maka baik pula
seluruh amalan ibadah lainnya, kemudian semua amalannya akan
dihitung atas hal itu." (HR. An Nasa'i)

Adik-adik, dengar sini, Che Mat nak ulang, Che Mat selalu sebut,
solat itu adalah tiang agama. Tiang mesti baik, barulah rumah terbina
dengan baik. Bermula saat ini, jangan persiakan solat kita. Jangan
runtuhkan tiang ini. Jika solat kita baik, insya Allah amalan yang lain akan
baik juga. Semua amal soleh yang lain adalah cerminan daripada solat
kita.
Kalau bab solat kita bersungguh, insyallah, kerja lain pasti
bersungguh.

15
15 Kelebihan Mendirikan Solat

11) Solat Boleh Menghapuskan Dosa Dan Sifat-Sifat Mazmumah


Dalam Diri

Allahuakbar. Saya selalu jumpa ramai pelajar mengaku mahu


mengubah sikap dari negatif kepada positif. Subhanallah bagus sekali.

Adik-adik sikap negatif itu apa? Sikap negatif juga disebut sebagai
sifat mazmumah. Iaitu sifat-sifat tercela dan buruk. Contohnya malas,
sambil lewa, suka tidur, banyak main, sombong, riyak, dengki dan banyak
lagi. Kalau dapat buang kan bagus? Lagi cepat kita berjaya bukan?

Tapi ramai tak tahu, solat merupakan formula terbaik untuk


membuang sifat mazmumah. Tolong ya adik-adik, tiada siapa dapat bantu
kita. Kita yang kena tolong diri sendiri. Kalau benar impikan kejayaan,
jangan tinggalkan solat. Sebab solat menghapuskan dosa dan
membuang sifat buruk.

Firman Allah S.W.T dalam Surah Hud ayat 114 :

"Dirikanlah solat pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada
bahagian permulaan daripada malam, sesungguhnya perbuatan yang
baik itu menghapuskan perbuatan-perbuatan yang buruk (dosa); itulah
peringatan bagi orang-orang yang mahu ingat"

Nah, ambik. Jadi bagus ke tak bagus solat ni? Penting ke tidak?

Abu Zar r.a meriwayatkan bahawa ada sekali Rasulullah Shalallahu


'alaihi wasallam keluar dari rumahnya. Pada masa itu ialah musim daun-
daun gugur. Baginda ambil ranting sebatang pohon yang daun-daunnya
mulai gugur dengan lebatnya, seraya Baginda bersabda :

"Ya Abu Zar! Apabila seorang Islam menunaikan solatnya kerana ALLAH,
dosanya gugur seperti daun-daun ini gugur dari pohon ini".

Bukan itu sahaja, diriwayatkan daripada Abu Hurairah ra katanya,


“Saya telah mendengar Rasulullah saw bersabda :

“Jika sebatang anak sungai mengalir di hadapan pintu rumah salah


seorang daripada kamu dan dia mandi dalam sungai itu sebanyak 5 kali
sehari.. Pada pendapat kamu, masih adakah lagi kekotoran (pada
badannya)?”

Para sahabat ra menjawab, “Tidak akan tertinggal sedikit pun kotoran.”

16
15 Kelebihan Mendirikan Solat

Rasulullah saw bersabda, “Maka demikianlah juga solat lima waktu,


melalui solat Allah S.W.T akan mengampunkan dosa.”

(Hadith Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Allahuakbar.

Nampakkan, betapa besarnya rahmat Allah bagi pada mereka yang


memelihara solat. Biasanya di musim daun-daun gugur, lebatlah daun-
daun gugur dari pohonnya sehingga pada setengah-setengah pohon tak
ada sehelai daun pun yang tinggal. Begitulah juga kesannya solat yang
dilaksanakan dengan penuh khusyuk dan tawaduk.

Segala dosa akan dihapuskan. Tetapi, Che Mat nak sebut, semua
dosa terampun. Kena ingat, menurut pandangan alim ulama, hanya dosa-
dosa kecil saja yang terampun dengan solat. Manakala dosa-dosa besar
bagaimana? Ia tidak akan terampun. Mesti melalui jalan taubat nasuha.

17
15 Kelebihan Mendirikan Solat

12) Dijanjikan Allah Untuk Masuk Ke Dalam Syurga

Adik-adik, percayalah, solat itu memang berat. Melaksanakannya


penuh dengan ujian. Penuh kepayahan. Kita akan dihalang oleh hawa
nafsu dan godaan syaitan. Namun, ketahuilah, di sebalik kepayahan ini,
Allah menjanjikan kita syurga.

Ya, Allah janjikan syurga adik adik. Memang berbaloi melawan


nafsu dan syaitan. Abu Qatasah r.a menceritakan bahawa Rasulullah
Shalallahu 'alaihi wasallam bersabda :

"Allah berfirman, "Hai Muhammad! Aku telah mewajibkan lima kali


solat sehari semalam bagi ummatmu. Aku telah berjanji dengan diriKu
barangsiapa mengerjakan solatnya pada ketika masuk waktunya, maka
dia akan dimasukkan ke dalam syurga. Ummatmu yang tidak menjaga
solatnya tidak termasuk dalam perjanjian ini."

Tak cukup dengan itu, ada juga diriwayatkan di dalam sepotong


hadis lagi bahawa Allah S.W.T telah mewajibkan solat lima waktu dan
barang siapa menjaga solatnya dengan berwudhuk dengan sempurna
dan solat pada ketika masuk waktunya dengan ikhlas dan khusyuk, Allah
S.W.T menjamin iaitu dia akan memasuki syurga. Barang siapa tidak
menjaga solatnya maka tidak ada jaminan ini baginya, dia mungkin
diampun atau tidak.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.

Adik-adik, jangan sia-siakan perjanjian ini.

Dia yang wajibkan kita solat. Pasti Dia takkan sia-siakan kita.
Insyallah.

18
15 Kelebihan Mendirikan Solat

13) Solat Adalah Warisan Para Nabi

Solat bukan satu ibadah yang baru adik-adik. Ia bukan dibuat-buat. Ia


telah ada sejak zaman Nabi-nabi yang terdahulu. Pada zaman dahulu,
ummat sebelum kita, mereka diperintahkan mendirikan solat sebanyak 50
waktu, namun hari ini kita telah dimuliakan Allah, hanya perlu buat 5 waktu
sahaja. Namun Allah maha baik, siapa mendirikan solat lima waktu
bersamaan telah mendirikan solat sebanyak 50 waktu. Jom kita lihat di
bawah, solat telah dimulakan lama dahulu :

1. Zaman Nabi Ibrahim A.S.

Buktinya pada Firman Allah :

(Ibrahim berdoa) "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah


menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah
(Tanah Suci Makkah) yang tiada tanaman padanya, di sisi rumahMu yang
diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan
di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya
dengan ibadat). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik
gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ),
dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan
dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur". (Surah Ibrahim : 37)

Ulasan : Ibn 'Abbas berkata, sekiranya Nabi Ibrahim berkata,


jadikanlah hati manusia tertarik padanya (Mekah), sudah pasti Mekah
akan menjadi rebutan dan rinduan semua bangsa di dunia (Rom, Parsi
dan sebagainya) tanpa mengira agama (Tafsir Ibn Kathir).

Firman Allah lagi :

(Ibrahim berdoa) "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang


mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai
Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku". ( Surah Ibrahim : 40)

2. Zaman Nabi Isa A.S.

Firman Allah :

Dia (Nabi Isa yang masih bayi) menjawab : "Sesungguhnya aku ini
hamba Allah; Dia(Allah) telah memberikan kepadaku Kitab (Injil), dan Ia
telah menjadikan daku seorang Nabi. Dan Dia (Allah) menjadikan daku

19
15 Kelebihan Mendirikan Solat

seorang yang berkat di mana sahaja aku berada, dan diperintahkan daku
mengerjakan solat dan memberi zakat selagi aku hidup".
(Surah Maryam : 30-31)

3. Dan sudah pastinya pada zaman Nabi Muhammad S.A.W.

Firman Allah :

Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab (Al-Quran) ini


perihal Nabi Ismail; Sesungguhnya ia adalah benar menepati janji dan
adalah ia seorang Rasul, lagi berpangkat Nabi. Dan dia menyuruh
keluarganya mengerjakan solat dan memberi zakat, dan ia pula adalah
seorang yang diredhai di sisi Tuhannya!(Surah Maryam : 54-55)

20
15 Kelebihan Mendirikan Solat

14) Satu-Satunya Ibadah Yang Diterima Secara Langsung Dari Allah

Allahuakbar. Ini satu lagi adik-adik keadaan yang menceritakan


kelebihan solat. Solat adalah satu-satunya amalan yang diterima lansung
dari Allah. Tiada perantaran wahyu. Bukan melalui Malaikat Jibril. Ia
diterima terus oleh Nabi Muhammad.

Keadaan ini sahaja sebenarnya sudah cukup membuktikan kepada


kita solat adalah satu amalan paling utama dalam Islam. Sedangkan
amalan lain diberitahu kepada Nabi Muhammad melalui Jibril.

Kita semua tahu, dalam peristiwa Isra' Mi'raj Nabi SAW menerima
kewajipan solat 50 waktu sehari semalam dan dikurangkan sehingga 5
waktu sehari semalam tanpa perantaraan malaikat.

Oleh sebab itulah, solat dianggap ibadah paling utama dan pertama
dihisab di hari kiamat nanti. Jangan sambal lewa lagi. Jangan malas-
malas lagi. Bila dengar seruan azan, ayuh bangkit! Ia adalah amalan
paling hebat dan paling mulia.

21
15 Kelebihan Mendirikan Solat

15) Orang Yang Tidak Menunaikan Solat


Sama Hina Dengan Syaitan Dan Iblis

Subhanallah. Inilah yang kita nak jauhkan ya adik-adik. Orang yang


mendirikan adalah orang yang tunduk patuh pada Allah. Mereka
mencontohi peribadi Malaikat.

Namun, jika kita enggan solat bagaimana pula? Sudah pasti kita
sedang mencontohi sikap syaitan dan iblis. Merekalah yang sombong
pada perintah Allah. Sombong angkuh. Merasa diri besar. Tidak boleh
tunduk pada Adam A.S

Firman Allah :

"Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat


: "Sujudlah kamu kepada Adam" lalu mereka sujud melainkan iblis, ia
adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah
TuhanNya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan
keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin
selain daripadaku? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah
buruknya bagi orang-orang yang zalim : pengganti yang mereka pilih itu
(Al-Kahfi : 50)".

Kata ulama’ : Iblis hanya enggan bersujud (hormat) kepada Adam,


tetapi tidak pernah engkar tentang ketuhanan Allah. Mereka tetap percaya
pada Allah. Oleh itu, orang yang tidak bersolat sebenarnya enggan tunduk
kepada ketuhanan Allah dan jauh lebih teruk dan hina daripada Iblis.
Allahuakbar. Ya Allah jauhkan kami dari sikap buruk ini.

22
15 Kelebihan Mendirikan Solat

BAHAGIAN B :

Kelebihan Solat Sudut Kesihatan

1) Menguatkan Otot Manusia

Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas, pakar yang mengkaji aktiviti
otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan
senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan.
Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh
seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.

“Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam


beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti
senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal
tubuh,” katanya.

Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan
secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh.
Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenal pasti
otot yang aktif ketika solat.

23
15 Kelebihan Mendirikan Solat

2) Mengaktifkan Isyarat Otak

Ng Siew Chok berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif.


Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa
cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada
kulit kepala.

Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk


mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik. “Gelombang otak
mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan
fizikal dan emosi.

Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan


tenang,” katanya walaupun bukan beragama Islam. Siew Chok kagum
terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan
pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas
bangun tidur.

“Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika


sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya
bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah thoma'ninah,”
katanya. Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak
yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.

24
15 Kelebihan Mendirikan Solat

Siew Chok juga berkata, solat juga meningkatkan penumpuan


terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak. Sehubungan
itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk
lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam
aktiviti harian.

25
15 Kelebihan Mendirikan Solat

3) Menstabilkan Komposisi Tubuh

Dr Fatimah Ibrahim berkata, komposisi tubuh mengandungi empat


komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.
Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh,
tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang
menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding
pengambilan darah.

“Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini,


tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status
penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit
kritikal lain,” katanya.

Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi


tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali
sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah,
rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika
duduk antara sujud dan tahiyat akhir.

Dr. Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini
mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik. Katanya, kajian
mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai
kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.

26
15 Kelebihan Mendirikan Solat

“Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat


bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat,
cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya
meneutralkan cas tubuh.

“Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat.
Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan
mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas
negatif,” katanya.

Katanya lagi, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah


mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang. Dr Fatimah berkata, solat
tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan
kajian yang dilakukan. Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi
badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur
semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat
kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.

Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat


mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh
melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang
menyamai gerakan solat.

Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran


saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang
belakang pesakit untuk melihat isyarat otot. Katanya, hasil kajian
mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu
dengan membuat rukuk 91 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.

“Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit


pinggang”

Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar
sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini,
kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling
rendah adalah ketika berbaring.

“Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar


denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini
menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus,” katanya.

Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih


meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat

27
15 Kelebihan Mendirikan Solat

sakit jantung. Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu
kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk
melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan
senaman selama 30 minit setiap hari.

28
15 Kelebihan Mendirikan Solat

BAHAGIAN C :

Hikmah Solat Di Sebalik Pergerakan

1) Kedudukan Tangan Semasa Membaca Fatihah

Apabila membaca al-Fatihah , maka telapak tangan akan


mengenggam pergelangan tangan kiri di pusat. Dari segi kesihatan, teknik
ini merupakan salah satu cara istirehat yang paling sempurna kerana
kedua-dua tangan mempunyai sendi pergelangan tangan , kedua-dua
otot ini berada dalam keadaan yang paling rehat sekali di waktu ini.

Perjalanan darah terutama yang mengalir kembali ke jantung


menyebabkan sendi tersebut berjalan balik di mana ia akan melancarkan
pergerakkan kedua-dua tangan . Kaedah ini boleh menghindarkan sakit
sendi (rheumatik) .

2) Ketika Rukuk

Ketika rukuk, kedua-dua tapak tangan diletakkan di atas kepala lutut


di mana punggung dan kepala berada di dalam keadaan selari. Teknik
rukuk ini dapat menghilangkan banyak penyakit terutamanya sakit tulang

29
15 Kelebihan Mendirikan Solat

belakang seperti sakit rusa tulang punggung, ruas tulang tengkuk dan
kekejangan otot.

3) Semasa Sujud

Semasa sujud, kepala dan jari tangan berada di dalam keadaan


sama. Keadaan jari-jari tangan pada ketika itu boleh menyebabkan
semua otot bergabung di antara satu sama lain lantas menjadi besar dan
kuat.

Disamping itu, urat-urat pembuluh darah serta limpa akan menjadi


teratur menghasilkan kelancaran perjalanan darah ke seluruh anggota
badan terutama pada bahagian jantung dan menghindarkan berlakunya
pengecutan di pembuluh darah.

Semasa sujud juga otot-otot akan menghasilkan tenaga haba yang


sangat diperlukan di dalam proses zat-zat makanan seperti zat besi,
kalsium, kapur dan banyak lagi.

Ketegangan otot akan mempercepatkan aliran darah dimana ia


seterusnya membuang sisa-sisa kotoran yang asalnya dari zat makanan.
Sujud ini juga akan menghasilkan otot-otot yang besar dan kuat terutama
otot dada.

Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak pada ketika ini kelenjar susu
akan berkembang dan menghasilkan air susu yang banyak. Selain dari
itu juga otot perut dapat berkembang dengan baik dimana ia akan menjadi
lurus dan memanjang.

Otot ini akan membentuk dinding-dinding perut dan bila ia


berinteraksi, maka tekanan dalam rongga perut dapat dibesarkan.
Kaedah ini sangat penting untuk melawaskan pembuangan najis. Bagi
ibu-ibu yang hamil pula ia membantu memudahkan proses kelahiran bayi.

30
15 Kelebihan Mendirikan Solat

Sewaktu sujud ini juga kepala berada pada situasi yang paling
rendah. Berlakulah pengaliran darah ke kepala, dalam situasi ini juga
anggota kepala akan menerima zat-zat yang diperlukan berbanding
dengan keadaan biasa.

4) Ketika Duduk Di Antara Dua Sujud

Semasa duduk antara dua sujud otot pangkal paha yang


mengandungi saraf yang besar terletak di atas kedua-dua tumit kaki.
Tumit ini turut dilapisi otot yang berfungsi sebagai bantal.

Semasa duduk tahiyat , tumit kita menekan pangkal paha . Kaedah


simbolik ini menyebabkan secara automatik saraf pangkal paha terurut
atau terpicit dengan sendirinya.

Oleh itu, ia boleh menghindarkan dan menyembuhkan penyakit


ischias (tidak dapat berjalan). Begitu besarnya keagungan Allah kerana
setiap apa yang diperintahkan ke atas kita terkandung hikmah yang cukup
tinggi. Dengan bersolat sahaja pelbagai penyakit dapat dihindarkan.

Sebab itulah para sahabat dan orang soleh jarang sekali terkena
penyakit yang pelik-pelik sepertimana di zaman moden ini. Mereka
mengisi masa yang terluang dengan memperbanyakkan ibadah sunat
kepada Allah. Hasilnya mereka berjaya memperolehi kekuatan zahir dan
batin berkat selalu bertaqarub kepada Allah S.W.T

Sekian.

31

Anda mungkin juga menyukai