Anda di halaman 1dari 19

11 TEKNIK MUDAH

JEMPUT REZEKI

Oleh : Zahid Zainal


www.klikjer.com

1
Hak Cipta Terpelihara © 2017-2020 Zahid Zainal.
Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel,
ilustrasi dan isi kandungan ebook ini dalam apa juga bentuk dan
dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi,
mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin daripada
pihak penulis. Kebanyakkan gambar digunakan adalah sekadar
hiasan tiada kena mengena dengan artikel atau individu itu sendiri.

Diterbitkan oleh Klikjer Publishing (002746251-P)


No 23, Jalan 3/64, Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor.
Web : www.klikjer.com
WhatsApps : 0123655625
Email : admin@klikjer.com

2
Penafian

Naskah ini dihasilkan untuk memberi pengajaran dan menyalurkan


maklumat umum kepada pembaca. Anda mungkin perlu merujuk
kepada penasihat atau pengamal profesional untuk sesuatu
keputusan yang bersifat khusus untuk diri anda..
Tidak ada jaminan yang diperakukan bahawa maklumat yang
terkandung di dalam naskah ini adalah tepat dan lengkap.
Pengarang serta penerbitnya dengan ini secara khususnya tidak
bertanggungjawap atas apa-apa risiko kehilangan, liabiliti, sama
ada secara peribadi atau tidak, yang berlaku akibat penggunaan
dan aplikasi kandungan naskah ini, sama ada secara langsung
atau tidak langsung.
Strategi yang disebut di dalam naskah ini mungkin tidak sesuai
untuk setiap individu dan tidak dijamin dapat menghasilkan kesan
tertentu kepada semua pihak.

Terma Dan Syarat Penggunaan

Ebook ini hanya untuk kegunaan individu pembeli sahaja. Tiada


Lesen “Private Label Rights” atau “Master Resale Rights”
disertakan pada ebook ini. Oleh itu, anda tidak dibenarkan sama
sekali menyalin, mengubah, membuat kelas/seminar
menggunakan kandungan ini dan juga tidak dibenarkan
menyebarkan ebook ini secara percuma atau menjualnya
kembali sama ada dalam bentuk ebook atau bercetak.

3
ISI KANDUNGAN
Pendahuluan 5
1. Mengutamakan Solat 7
2. Solat Tahajjud 8
3. Solat Dhuha 8
4. Zikrullah 10
5. Doa 11
6. Mendoakan orang lain 12
7. Sedekah 12
8. Membaca Al-Quran 13
9. Asma’ul Husna 14
10. Bersyukur 14
11. Tekun Berusaha 15
Penutup 16

4
PENDAHULUAN
Soal rezeki memang persoalan yang lumrah
diperkatakan, yang tak lekang dek panas dan tidak
lapuk dek hujan. Tahukah anda, untuk mendapatkan
rezeki sememangnya sangat mudah apabila kena
caranya! Malah, sumber datangnya tidak disangka-
sangka.
Hakikat rezeki itu tidak pernah diketahui bila
datangnya. Ia seperti panas dan hujan. Rezeki adalah
hal ghaib dan rahsia khazanah Allah SWT, Tuhan Maha
Kaya lagi Maha Pemberi.
Syaikh As Sa’di rahimahullah menerangkan,
“Seluruh rezeki dan ketentuannya hanya Allah yang
semata-mata memilikinya. Simpanan rezeki tersebut
adalah di tangan Allah. Allah-lah yang memberi pada
siapa yang Allah kehendaki, Allah pula yang
menghalangi rezeki tersebut pada yang lain sesuai
dengan hikmah dan rahmat-Nya yang luas.”
Namun begitu, manusia tetap berusaha untuk
mendapatkan rezeki. Ada amalan-amalan tertentu
yang dapat menjemput rezeki dengan izin-Nya. Kita
hanya perlu bersungguh-sungguh dan benar-benar
mantap keyakinan dalam beramal. Allah memberi
5
rezeki tanpa batas kepada sesiapa sahaja yang
dikehendaki-Nya.
Berikut adalah 11 teknik mudah dengan gaya
santai tapi perlu bersungguh-sungguhdan istiqamah
dalam mengamalkanya untuk menjemput rezeki yang
disarankan oleh Ustaz Fathuri Salehuddin hasil
pengalaman peribadi dan pengkajian beliau dalam
ilmu menjemput rezeki ini.

6
1. MENGUTAMAKAN SOLAT
Mudahnya Menjemput rezeki dengan
mengutamakan solat. Mari kita lihat sejauh mana kita
mengutamakan solat. Solat adalah perintah Allah SWT
paling utama selepas mengucap shahadah. Solat
adalah tiang agama.
Itu ketetapanNya. Menjaga solat seperti menjaga
hati si empunya rezeki. Kadang-kala kita tidak terlepas
dari pelbagai masalah dan ujian, Allah SWT selalu
mengingatkan kita di dalam Alquran supaya mohon
bantuan Allah dengan jalan solat dan sabar.
Jadi mari kita menjaga solat dengan solat diawal
waktu dan bagi lelaki jika dapat solat berjemaahlah di
masjid. Luangkan masa tidak kira sibuk atau lapang,
senang atau susah untuk hadir berjemaah di masjid.
Percayalah, hati akan lebih tenteram dan fikiran akan
lebih fokus.

7
2. SOLAT TAHAJJUD
Solat Tahajjud adalah kunci untuk membuka
segala pintu rezeki. Apa sahaja rezeki sama ada
berupa kesihatan yang baik, rasa aman, harta,
pangkat, semuanya boleh dibuka dengan kunci ini.
Solat tahajud memiliki manfaat yang sangat besar
seperti, penghapus dosa, pembuka rezeki, doa
dimakbulkan, kesihatan diri dan banyak lagi. Jika
dikerjakan secara rutin setiap malam dan sangat
dianjurkan pada setiap muslim mengerjakananya.
Banyak lagi manfaat dan “keajaiban” yang
diperolehi melalui solat tahajud apabila kita akrab
dengan Allah. Jika anda belum bermula, kuatkan
semangat dan mulakannya hari ini juga!.

3. SOLAT DHUHA
Orang beriman percaya punca mudahnya rezeki
bukanlah semata-mata sibuk bekerja dan berhempas
pulas berikhtiar siang dan malam, malah redha Allah-
lah yang paling diharapkan.
Bila waktu dhuha?
8
Waktunya adalah selepas terbit matahari segalah
(kira-kira 25 minit selepas matahari terbit) dan tempoh
akhirnya sebelum masuk waktu zohor.
Firman Allah dalam satu hadis qudsi bermaksud:
Wahai anak Adam! Tidakkah engkau sanggup
bersolat empat rakaat pada awal siang hari, nanti aku
(Allah) akan mengcukupkan pada akhir harimu itu
(Riwayat Abu Dawud)
Daripada hadis qudsi di atas, solat yang
dimaksudkan adalah Solat Dhuha.
Namun, anda harus tetap istiqamah
mengerjakannya setiap hari, insha Allah, akan terbuka
pintu-pintu rezeki dari sumber yang tidak kita sangka-
sangka. Ia adalah pillihan dan soal keyakinan anda.
Bersungguh dalam beramal dan beramallah dengan
yakin adalah kunci kepada rahmat dan kasih sayang
dari Allah.

9
4. ZIKRULLAH
Zikir dapat melahirkan rasa cinta kepada Allah dan
juga dicintai Allah.
Orang yang banyak berzikir akan merasa
kemanisan dan asyik apabila menyebut-nyebut nama
Allah
Zikir sangat mudah dilakukan. Boleh dilakukan
ketika anda baring di tilam empuk tanpa perlu berada
di atas sejadah. Antara kelebihan berzikir menurut
kitab khusus berjudul al-Waabilussoyyib adalah;

Menjauhkan syaitan dan menghancurkan


kekuatannya
Zikir menyebabkan Allah redha
Menjauhkan dukacita dan kerisauan di hati
Menguatkan hati dan badan
Zikir menyebabkan hati dan wajah bercahaya
Zikir menarik rezeki

10
5. DOA
Berdoa adalah jalan menjemput rezeki dari Allah.
Selalulah berdoa dengan memuji-muji kebesaran Allah
dan menyebut-nyebut kesyukuran atas nikmat diberi.
Ibnu ‘Ataillah berkata dalam kitab Hikamnya
“Apabila Allah melepaskan lidahmu untuk meminta,
ketahuilah sesungguhnya Alalh hendak memberimu”.
Berdoalah dan memohon pada Allah pada waktu-
waktu mustajab dengan penuh adab, takut dan harap
kerana hanya Allah-lah mampu menunaikan doa kita.
Kadang-kadang kita bersungguh-sungguh berdoa.
Sudah tentu berbulan-bulan kita berdoa, malah ada
yang sampai setahun, masih belum juga Allah
makbulkan. Janganlah gusar, Allah Maha bijaksana
lebih mengetahui bila masa yang paling tepat untuk
mengabulkan doa kita. Yang penting teruskanlah
berdoa dan tetap yakin dengan Rahmat Allah SWT

11
6. MENDOAKAN ORANG LAIN
Antara doa yang mustajab ialah doa ibu bapa
kepada anaknya, doa suami kepada isterinya dan doa
seseorang mendoakan orang lain di saat orang lain itu
tidak mengetahuinya. Sekarang, pejamkanlah mata
dan setiap orang yang terlintas di fikiran anda,
doakanlah kebaikan mereka. Anda juga, insha Allah
akan dapat juga kebaikan yang anda doakan untuk
orang lain.
Mendoakan orang lain juga dianggap sedekah dan
sedekah pasti akan ‘berbuah’. Siapa lagi yang akan
menikmati buah amal itu kalau tidak pelakunya.
Marilah kita bertekad mahu menjadi orang yang paling
kerap mendoakan orang lain.

7. SEDEKAH
Jika kita berasa sempit rezeki, segera perluaskan
dengan banyak memberi. Terus memberi, memberi
dan memberi. Jangan tangguh-tangguh, kerana
segalanya pasti Allah balas.
Formula langsung dari Allah tentang sedekah

12
1-1 = 10
Sesiapa berbuat kebaikan mendapat sepuluh kali
ganda amalannya. Dan sesiapa berbuat kejahatan
dibalas seimbang dengan kejahatannya. Mereka
sedikit pun tidak dirugikan (dizalimi) (Al-An’am 6: 160)
Jom banyakkanlah memberi. Teruskanlah
memberi dan yakinlah akan rezeki Allah kerana
segalanya pasti Allah balas berlipat ganda.

8. MEMBACA AL-QURAN
Adalah penting untuk merencakan membaca
alquran setiap hari, ia bukan sahaja memberi manfaat
di dunia malah berpanjangan hingga ke akhirat.
Aktiviti ini benar-benar memberi manfaat kepada
kehidupan kita di dunia dan berpanjangan hingga ke
akhirat. Al-Fatihah, Surah Yasin dan Al-Waqiah adalah
antara surah yang bagus diamalkan untuk menjemput
rezeki. Yang penting istiqamah dan yakin dalam
beramal. Insha Allah segala urusan dipermudahkan
dan dimurahkan rezeki.

13
9. ASMA’UL HUSNA
Menyebut nama Pemberi Rezeki itu sendiri
sebanyak-banyaknya merupakan salah satu cara
menjemput rezeki. Moga-moga Allah yang Maha Kaya
lagi Maha Pemurah membukakan pelbagai pintu
rezeki.
Sesungguhnya terdapat nama-nama Allah, ada
fadhilat dan khasiatnya jika diamalkan berterusan.
Amalan ini perlu seiring dengan melatih diri menjadi
orang yang takwa. Allah menjamin, sesiapa yang
bertakwa akan diberikan rezeki dari sumber yang tidak
disangka-sangka.
Penulis percaya, anda boleh mendapatkan ustaz
atau kitab yang membahas perihal asma’ alhusna ini
agar jelas dan yakin untuk diamalkan secara
berterusan.

10. BERSYUKUR
Jika kita mahu berasa aman dan rezeki berganda,
sentiasalah bersyukur. Apabila dapat nikmat kita
bersyukur dan apabila dapat mudarat kita bersabar.

14
Kemampuan bersyukur adalah merupakan taufik
daripada Allah. Bersyukurlah walau untuk hal-hal kecil.
Bersyukur adalah kunci kepada nikmat dan rezeki
melimpah ruah. Bersukurlah walaupun mendapat sikit,
banyak atau tidak mendapat apa-apa, kerana jaminan
Allah untuk menambah nikmat kepada hamba-
hambanya yang bersyukur.

11. TEKUN BERUSAHA


Siapa sahaja yang bersungguh-sungguh pasti
akan mendapati rezeki yang melimpah dalam
pekerjaannya. Sebaliknya, orang yang tidak
bersungguh-sungguh, maka ramailah orang yang akan
berpaling darinya.
Tidak rugi orang yang tekun berusaha, tidak
menyesal orang yang selalu bersyukur. Banyak atau
sedikit rezeki bukanlah bergantung kepada jenis
pekerjaan, tetapi bagaimana kita bersikap terhadap
pekerjaan tersebut. Kata kuncinya adalah
kesungguhan.

15
Oleh itu, teruskan bersungguh-sungguh dalam
setiap pekerjaan kita, rezeki melimpah pasti
mendatang asalkan niat dan cara kita beruasaha
adalah benar.

PENUTUP
Semua tip di atas adalah ringkasan sebahagian
dari naskhah buku bertajuk “Mudahnya Menjemput
Rezeki” dikarang oleh Ustaz Fathuri Salehuddin. Anda
boleh dapatkan versi penuh buku ini di mana-mana
kedai buku MPH, Hasani, dan Popular.
Atau jika anda berminat boleh tempah secara
online - http://jemputrezeki.com/
Saya sekadar mencadangkan dan berkongsi
manfaat dari buku terbaik ini. Saya tidak menerima
sebarang komisen atau apa-apa royalti dari pembelian
buku ini.

16
17
Dapatkan lebih banyak lagi ebook menarik dari pihak
kami!

Lawati www.klikjer.com/marketplace.html untuk


melihat semua ebook terbaik terbitan kami!

18

Anda mungkin juga menyukai