Anda di halaman 1dari 25

https://sihatiflak.blogspot.com/2015/07/blog-post.

html
Ini sumber. Ada 15 gambar, setiap gambar = 2 page. Jadi ada 30 page.
Kalau perasan setiap kotak terjemahan bawah ni, kat bawah lepas ayat last sekali, akan ada
nombor page.

Impian dan cita-cita ‫كتاب كالم من القلب ( الغاية ) للدكتور عمرو خالد‬
Tulisan: Amru Khalid
09/11/2020 2020/11/09
‫ عمرو خالد‬.‫ د‬/ ‫بقلم‬

Kepada mereka yang mengingnkan sesuatu


dan mencita-citakannya,akan tetapi pintu-
pintu di hadapannya masih tertutup,
kemudian keinginannya melemah jauh
daripada dapat direalisasikan. Jauh di sudut
hati, sempit dadanya…Bersepai…

Berkaca-kaca matanya…

Akan tetapi kamu akan dapati pintu tersebut


tidak akan tertutup selama-lamanya wahai
sahabatku yang mulia..Lepaskanlah….

Sehingga kamu marah kepada sesiapa yang


tidak bertanya tentangnya!!
Kita berbicara tentang.. “matlamat”
Soalan: “Apakah matlamat hidupmu? Dan
apakah tujuannya?”

Suatu realiti, wahai ikhwah, ramai manusia


di luar sana khususnya para pemuda yang
tidak tahu apa yang mereka mahu dalam
hidup mereka. “Kami hidup dan makan dan
minum, kerja, kahwin dan teruskan
kehidupan...”

Nah, sekarang kita bicang tajuk ini, adakah


patut kita hidup tanpa cita-cita? Wajib ke ada
tujuan dan cita-cita yang jelas dalam hidup
kamu… marilah, kami ingin berbicara dengan
kamu.

Hari ini kami ingin berbicara dalam nada


yang tegas, dengan spesifik kepada para
pemuda.

Kenapa?

Kerana mereka yang berjiwa besar


mewajibkan ke atas diri mereka sendiri untuk
menetapkan beberapa objektif dalam
kehidupan… adapun pemuda-pemudi,
mereka hanya memilih untuk ’sekadar
hidup’?? apakah hikmah wujudnya anda di
atas dunia ini !! 7
Sedarilah bahawa ada sesuatu yang paling
mahal dalam umurmu adalah zaman
mudamu. Dan ia adalah tempoh yang
terindah dalam hayatmu…

Zaman kecilmu adalah kesihatan tanpa


kebijaksanaan... Zaman tuamu adalah
kebijaksanaan tanpa kekuatan. Hanya ketika
engkau bergelar pemuda engkau punya
kesihatan dan akal yang matang.

Oleh itu tidak hairanlah Rasul s.a.w juga


menegaskan kepentingan zaman muda
seraya berkata:
“Tidak bergeser tumit seorang hamba pada
hari kiamat sehinggalah ditanya tentang
empat hal,

1. Tentang umurnya, bagaimana dia


habiskan.

2. Tentang usia mudanya, bagaimana


dia gunakannya

3. Dan tentang hartanya, bagaimana


dia dapatkan dan ke mana dia
infakkannya.

4. Dan ilmunya, bagaimana dia


beramal dengannya.”

Kelak, kita akan ditanya mengenai umur kita


sesaat demi sesaat, pada masa itu dan masa
ini, hari itu dan hari ini, alangkah beratnya
soalan ini…
Bayangkan seorang yang hidup seluruh
umurnya tanpa tujuan dan tanpa usaha.
Tetapi bayangkan juga anda akan ditanya
tentang umurmu secara umum, lalu ditanya
pula selepas itu tentang usia mudamu secara
khusus. 8
Boleh jadi anda akan menjawab… “kalau
dah ditanya tentang keseluruhan usiaku…
kenapa tanya lagi tentang usia mudaku
sekali lagi?”

Kita mungkin telah mendapat jawapan. Iaitu


kerana ia adalah usia yang yang paling
penting dalam hidup. Oleh sebab itu kita
mendapati Al-Quran itu sendiri memberi
kepentingan khusus kepada usia muda tanpa
berbelah bahagi. Allah S.W.T telah
mengubah hukum alam disebabkan enam
atau tujuh pemuda, bayangkan!! Adakah
perlu ubah hukum alam hanya untuk
segelintir pemuda?!

Dia mengisahkan mengenai Ahlul Kahfi


(Kahfi: 13-14)

Perkataan yang digunakan iaitu ‘fityah’ ialah


lingkungan umur 16 dan 17 tahun, Dia
mengubah untuk mereka hukum alam. (kahfi:
18)

9
Iaitu: Allah memelihara mereka daripada terik
panas matahari, dan menyediakan untuk
mereka sebuah gua ketika terbit matahari
memaling mereka ke kanan, ketika terbenam
memaling mereka ke kiri. Mereka tidak
terkena terik panasnya yang boleh
merosakkan tubuh badan mereka..

Itulah antara tanda-tanda keupayaan dan


kasih-sayangNya.

Begitu juga Allah swt mengecualikan hokum


alam kepada hambaNya Ibrahim a.s ketika
muda, dilemparkan kepada api

“Kata kami, Wahai api jadilah sejuk dan


sejahtera kepada Ibrahim.” (Al-Anbiya:69)

Ketahuilah wahai pemuda-pemudi... Di sana


ada pemuda yang amat tinggi nilai mereka di
sisi Allah.

Maka janganlah kalian merendahkan nilai


kemampuan dirimu sebagai seorang yang
muda. Sungguh pelik sekiranya anda tiada
objektif yang ingin dicapai di dunia ini…
tepuk dada dan tanyalah dirimu. “Apakah
cita-citku dalam kehidupan?”

Mengapa aku hidup di atas dunia ini?


Adakah makan minum mati dan itu sahaja.
Adakah logik? Adakah kita hidup dan tidak
tahu kenapa dan untuk apa?

10/5
Kita tamat persekolahan dengan keputusan
peperiksaan, diterima untuk sambung belajar
dan bergraduat, bekerja,mencari duit kahwin,
dan melahirkan zuriat… adakah ini logik?

Kata Nabi s.a.w “Para pemuda telah


membenarkan aku dan golongan tua telah
mendustakan aku.”seakan-akan Nabi saw
ingin memberitahu bahawa islam yang
mentadbir alam ini digalas di atas bahu para
pemuda.

Perhatikan contoh ini:


- Ali ibn Abi Talib tidur di atas tempat
tidur Nabi sawpada malam hijrah ketika
berusia 20 tahun
- Asma bint Abu Bakar mengendong
makanan kepada Nabi saw di Gua Hira
dan memainkan peranan yang penting
dalam peeristiwa hijrah ketika berumur
23.

- Muaz ibn Jabal diutus oleh Nabi saw


kepada ahli Yaman ketika 20 tahun.

11/5
Semua ini hanyalah ekspresi untuk saya
menekankan betapa mahalnya harga
seorang pemuda. Oleh itu usahlah
perkecilkan dirimu dan hidup tanpa ada
tujuan!..

Mengapa kami mengemukakan ini wahai


ikhwah?
Kerana kita melihat masyarakat kita ditimpa
masalah para pemuda hilang tujuan. Setiap
pagi membuat kopi baru dan kedai-kedai kopi
tersedia dibuka bersepah di tepi jalan.,
Mengapa? kerana para pemuda duduk di
sana berjam-jam. Kadang-kala kita dapat
lihat sebahagian tempat melepak memang
dikunjungi pemuda yang berumur belasan
tahun..Sorry to say…Mereka duduk di situ
hanya bermain domino, menghisap shisha
atau apa sahaja yang membuang masa.

Kita berasa sedih juga dengan keadaan para


wanita yang hanya memikirkan pelbagi jenis
solekan., beli itu dan ini, dan sanggup
berjalan jauh untuk membeli baju.

12/6

Adakah ini masuk akal?


Adakah masuk akal wanita muda ini
keinginannya dalam kehidupan hanya
memikirkan dia cantik atau tak? Dan di sana
juga terdapat para pemuda pula yang semua
yang dia mahu ialah menarik minat
perempuan. Sorry to say..banyak sudah
contoh mereka aku lihat… Pemuda yang
hidup tanpa ada ambition!

Mengharapkan keluarganya untuk makan


dan minum, tidak pula mencuba untuk
mencari sendiri. Perempuan pula
matlamatnya hanya untuk berkahwin
cepat.Mengapa begitu? Kerana semua
perempuan lain berkahwin, dan begitulah
hidup berterusan dengan bentuk begini.

Wahai pemuda!Kita tidak patut hidup dalam


kekosongan ini! Kita ingin membina
masyarakat.
Tahukah anda… bahawa pakar sains sosial
mampu mengukur kemampuan sesuatu
masyarakat dalam pembangunan dan
kemajuan dan mampu juga untuk
menghadkan struktur sosial selepas
beberapa tahun. Da selepas beberapa ketika
mampu meruntuhkan masyarakat ini. Maka
apa yang dilakukan mereka?

13/6
Mereka mengkaji keadaan para pemuda dan
konsentrasi mereka, apabila mereka
terjumpa pemuda tanpa identiti, tanpa
tujuan,mereka tahu bahawa masyarakat ini
akan runtuh selepas berapa tahun, dan
pengiraan mereka agak terperinci.

Inilah analisis pakar sains sosial untuk


melihat minat dan keadaan pemuda pada
masarakat barat…

Saya akan ceritakan kepada kalian sesuatu


yang mungkin menguatkan makna ini.
Para mukmin suatu ketika dahulu pernah
menaungi Sepanyol selama 800 tahun. Kita
memenuhi penjuru buminya dengan
ketanadunan, ilmu, dan agama. Tetapi
masyarakat Portugis tidak meredhai
keberadaan kita di Al-Andalus, lalu ingin
mengusir kita hingga ke Maghribi, lalu apa
yang mereka usahakan? Orang Portugis
mula mengkaji minat dan kecenderungan
pemuda kaum Muslimin di Andalus dan
menghantar pengintip di dalam Andalus
untuk mencapai tujuan mereka.

Pada suatu hari, para pengintip masuk


bersama sekumpulan pemuda lau mereka
mendapati ada pertelingkahan antara dua
pemuda muslim, pengintip-pengintp
mendekati, dan mendapat tahu bahawa
mereka berdua berselisih tentang turutan
hadis dalam Sahih Bukhari.

14/7
Pengintip pun berkata “Umat islam belum
jatuh lagi,”

Maka berlalu beberapa tahun, lalu para


pengintip mendapati para pemuda masih
berbicara hal-hal agama, para pengintip
berada dalam keadaan hampa. Lalu mereka
pun kembali mengintip lagi. Mereka
mendapati seorang pemuda sedang
menangis. Pengintip bertanya “Apa yang
membuatmu menangis?”
“kekasihku pergi meninggalkanku,”.

Para pengintip pun balik dan menyampaikan


khabar gembira:
“Sekarang kalian boleh berperang dan
menang ke atas tentera Muslimin.”

Kali ini para Muslimin benar-benar jatuh dan


dihalau daripada semenanjung Iberia.dengan
kemenangan mudah, dalam masa 25 tahun
kesemuanya selesai; kaum Muslimin dihalau
dan tiada kembali lagi.
Mesej kisah ini adalah tujuan dan cita-cita.
Nah, kami bertanya lagi... adakah kita punya
tujuan hidup?

15/7
Baiklah, sekarang kita bertanya.

Apakah faktor yang menjadikan pemuda


tidak cakna akan tanggungjawab yang dia
sedang pikul?

Di sini ada beberapa point tertentu yang kami


lihat menjadi sebab kepada tidak wujudnya
tujuan hidup antaranya ialah :

Lemahnya Himmah, kurang kepercayaan diri


sendiri, hilangnya qudwah,kurangnya cita-
cita disebabkan al-wisathoh.

Akan tetapi secara hakikatnya semua alasan


ini tak boleh dijadikan sebagai justification
untuk sesiapun dari kalangan pemuda
membenarkan hidupnya tanpa ada tujuan
ataupun cita-cita

Jom kita tengok beberapa pemuda contoh

Ibrahim bin Adham antara ahli zuhud terkenal


merupakan seorang pemuda yang manja
dan mewah pada permulaan hidupnya.

Dia bercerita pada suatu hari : Aku telah


menaiki kuda dan memburu rusa di tengah
padang pasir,tiba-tiba datang seorang tua
memegang kekang kudaku dan melihatku
seraya bertanya : Hei Ibrahim!! Adakah untuk
ini engkau diciptakan? Adakah untuk ini
engkau disuruh!! Adakah engkau dicipta
untuk bermain-main dan berhibur??

16/8
Oleh sebab itu wahai pemuda,dia atas
sebab-sebab yang aku telah
ungkapkan,anda tak boleh justified dah untuk
anda hidup tanpa ada hadaf.. Hadaf dalam
hidupkamu merupakan qodhoya asas yang
perlu kamu langsaikan.

Dengan ini aku lontarkan persoalan baru


lagi:

Kenapa kita diciptakan? Adakah kita


diciptakan untuk makan ,minum,kahwin,
beranak pinak kemudian mati! Atau kita
diciptakan untuk perkara yang lain?

Ramai yang kita lihat manusia hadir di dunia


ini ,hidup dan mati dan tidak mengetahui
kenapa ia diciptakan….

Plato berkata : Sesungguhnya tuhan


menciptakan alam semesta ini kemudian dia
lupakanya,kerana itu kita lihat manusia
berperang dan membunuh antara satu sama
lain.

Beberapa ilmuan yang lain berkata juga :


Alam semesta ini merupakan permainan
yang besar ..Bayangkan alam semesta ini
hanya untuk berfoya-foya dan bermain?

Kita tengok lagi contoh lain : Eliya Abu


Madi(penyair lubnan) berkata :

Aku datang tetapi aku tak tau dari mana


tetapi aku dah datang..dan aku melihat di
hadapanku jalan lalu aku berjalan.. Dan aku
tetap akan berjalan selagimana aku nak atau
aku enggan...Bagaimana aku datang?? Aku
tak tau!!!
Ia adalah falsafah hidup tanpa matlamat
yang jelas..

Tetapi kata-kata ini tidak patut keluar


daripada mulut pemuda islam. Sebenarnya
Dia Azza wa Jalla telah memberikanmu
matlamat yg besar, Dia berfirman: “Tidak Aku
menjadikan jin dan manusia melainkan untuk
beribadah kepada ku” (51:56).

Ya, inilah tujuan kita.


Iaitu kita hidup mencari redhaNya. Wahai
pemuda! Izinkan kami memberitahu tujuan
besar kami iaitu hidup untuk mencari
keredhaan Azza wa Jalla. Daripada tujuan
besar ini, bercabang pelbagai lagi kepada
banyak tujuan-tujuan yang lain tetapi itulah
matlamat. Hidup mencari keredhaan tuhan.

Pernah satu ketika seorang jurnalis menemu-


ramah seorang pemain bola sepak yang
terkenal.
“Kapten, apakah cita-cita yang kamu ingin
capai dalam hidup?”
“Aku ingin masuk ke syurga,”
Jawab jurnalis “Tak, tak, bukan yang itu.
Saya jumpa kamu untuk tahu apa yg kamu
inginkan dalam hidupmu.”
“Saya nak masuk syurga.”
“Em, Encik, saya perlukan sesuatu yang
saya boleh menulisnya...”

18/9
19/9

Pemain tersebut tidak mampu


menggambarkan matlamat dan tujuan hidup
ini.

Kemudian jurnalis itu bertanya lagi :

Maka sebab ape ko main bola ni?

Maka pemain itu berkata “Aku main bola ini


supaya aku berhasil untuk mendapat harta
sehingga aku mampu melangkah di hadapan
masyarakat sebagai role model yang
dihormati.

Apabila ada pemain muda yang dihormati


mempunyai akhlak yang baik dan bergaul
dengan manusia secara beradab,beribadah
kepada Allah,berjaya dalam setiap
ujiannya,maka mereka akan berhubung
dengan perkara tersebut .Dengan itu mereka
akan dapat kebaikan dengan mengikuti aku!

Cerita dengan lisan mereka

Kami mahu membawa satu cerita tentang


seorang yang berada dalam situasi yang
sangat susah.Dia seorang wanita jerman
akan tetapi dia telah memilih matlamat yang
besar untuk dirinya maka telah diluaskan
kehidupan untuknya.Jom kita baca
perbualannya:

Assalamualaikum warahmatullah.Namaku
Aliya.Aku seorang muslimah German.Aku
masuk Islam semenjak umur aku sekitar 12
tahun.Dan aku hendak bercerita kepada
kamu satu kisah pengislamanku.
Aku membesar dengan kehidupan yang
biasa di di sebuah daerah kecil di
German.Aku tiada pengetahuan besar
tentang ISlam.Pengetahuanku tentang Islam
hanyalah ketika aku mendengar berita
tentang “Al-Khomaini”(pemimpin Syiah).Di
sekolah,kami belajar Islam ini agama orang
Arab .Tetapi kami tak terfikir Islam ini seperti
agama kerana agama dalam masyarakat
kami sesuatu perkara yang tidak penting.Dan
manusia hidup di atas dunia ini tanpa
memikirkan tentang akhirat.

Akan tetapi ketika mana aku melihat alam


semulajadi dan keindahan bunga
menyebabkan aku bertanya kepada diriku:
Takkanlah takde pencipta yang telah
menjadikan kita dan semua keindahan
ini.Tetapi siapakah Dia? Bagaimana asal-
usulnya? Maka aku pun mula mengkaji
tentang pencipta ini.

Aku diberikan kesempatan untuk mengenali


satu kumpulan muslim sehinggakan aku
dapat belajar tentang Islam yang banyak dari
mereka.Aku pun mula membaca Al quran
dan aku berbincang tentangnya dengan
sahabat muslimin.Sampailah aku nak tahu
semua berkenaan
agama yang indah ini. Kemudian saya
mencuba beberapa syiar Islam yang lain
supaya saya boleh tau, adakah saya mampu
melaksanakan atau tidak, saya pun berpuasa
dan solat seperti kaum muslimin yang lain.

Kemudian saya mula memikirkan tentang


kematian, Saya akan berdiri di hadapan Allah
dan ditanya; Mengapa kamu tidak masuk
islam? Lalu apa yang aku harus jawab?!!
Aku pun menyatakan hasrat untuk memeluk
islam. Aku diberitahu untuk mandi, aku pun
mandi lalu mengucapkan dua kalimah
syahadah. Inilah ungkapan yang sangat
indah dan menjadi tonggak dalam islam.
Antara kenangan juga saya mula solat dan
menghafal Surah Al-Fatihah dan Surah Al-
Ikhlas sehingga saya mampu solat dengan
sendiri.

Pada mulanya saya tidak memberitahu


sesiapa tentang keislaman saya. Setelah
beberapa ketika saya mula memberitahu
beberapa orang tetapi saya tidak memakai
tudung kerana saya merasakan agak sukar.
Di eropah, manusia tidak endahkan agama
kamu tetapi mereka mengambil berat
pakaian kamu.

21/10
Sudah tentulah menutup aurat wanita itu
sesuatu yang pelik dan memang mendapat
perhatian masyarakat awam. Pernah satu
hari, saya sedang bersembang dengan
kawan saya -perempuan- di fakulti dan dia
berborak-borak mengenai keadaan orang
islam, katanya
“mereka ni kasar, dan diorang tak faham
bagaimana dunia ni berfungsi.”
Kemudian aku memberitahu bahawa aku
juga seorang muslim, lalu dia terkejut,
jawabnya
“Kamu tak nampak macam muslimah pun?.”

Dari sinilah saya mula sedar akan hikmah


bertudung, kita perlu menutup diri kita
sehinggalah manusia dapat melihat dengan
jelas bahawa kita adalah muslimah.

Dan aku pun mula memakai tudung, pada


awalnya bukanlah mudah untuk keluargaku
menerima, keluargaku bukanlah yang jenis
menitik beratkan agama. Mulalah jiran-jiran
bertanya,
“Apakah yang anak dara tu buat? Kenapa
pakai macam tu ?”
Mulalah pelbagai perkara mereka bercakap-
cakap pasal sehelai cebisan kain kecil ini..
Banyak juga gangguan yang saya terima..
“Pergi balik negara kau!! Kau tak ada tempat
kat sini.” Di sisi mereka..

22/11
Islam itu tidak ada tempat di Jerman. Setelah
beberapa ketika masuk islam, saya
berkahwin dengan seorang muslim Mesir,
pada ketika itu aku masih belajar, kemudian
aku berjaya menghabiskan pelajaranku dan
mendapat Ijazah Sarjana dan mendapat dua
orang anak perempuan Allhamdulillah.
Setelah mendapat anak yang kedua, kami
mula berfikir tentang pendidikannya,
Suasana di Jerman agak kurang Islamik,
mereka telah pun terdedah dengan beberapa
masalah. Maka keputusan pun dibuat supaya
kedua-dua anaknya mendapat pendidikan di
Mesir, di tengah-tengah masyarakat muslim.

Akan tetapi, urusannya bukanlah mudah.


Banyak juga akhlak dan interaksi di Mesir
yang agak kurang baik. Sebahagian
masyarakat melihat saya masih sebagai
bukan muslim. Kata mereka
“Awak ni masuk islam sebab nak berkahwin
dengan suami awak kan? Apabila awak balik
Jerman nanti mesti awak akan buka tudung
kan. Awak tak solat, tak puasa.. Awak bukan
macam kami, islam daripada kecil lagi.”

23/11
Lalu aku katakan kepada mereka,
“Bagaimana aku patut meninggalkan
agamaku! Aku seorang Muslimah, dan islam
akan terus hidup di mana sahaja aku pergi..
Tiada kaitan dengan negara mana pun aku
tinggal.”

Kasihan sekali, masyarakat Mesir bukanlah


seperti mana yang engkau bayangkan,
dahulu aku bayangkan bahawa aku akan
terlihat masyarakat islam mithali tetapi
sebaliknya, aku dapati sebahagian mereka
kagum dengan barat dan bertaqlid kepada
mereka pada banyak perkara, termasuk
fesyen, bersolek, dan perkara-perkara
terbaru. Tidak terlintas pun dalam fikiran
mereka untuk menyambung pelajaran
sekalipun menyambung pelajaran itu dituntut
dalam islam.

Selepas mereka berkahwin pula, mereka


menyangka
“Oh, saya tidak perlu kerja dan saya ingin
mempunyai 10 anak,” tetapi tidak pula
berkata
“Allah telah merezqikanku dengan dua
orang anak dan tidak merezqikan lebih
daripada itu, dan aku bahagia.”
Apabila anak telah mencapai umur agar
besar, dia kembali mencari kerja.

24/12
Antara apa yang saya (penulis) buat ialah
menulis di internet kisah-kisah Islamik dan
menerbitkannya, kisah-kisah ini saya dapat
setiap minggu daripada serata dunia;
Amerika, Singapura, Eropah, Pakistan.
Mereka bertanya tentang islam dan
pengalaman saya, saya sentiasa
mengkhabarkan bahawa saya sangat
bahagia dengan islam, dan saya sangat
gembira kiranya dapat menjadi seorang yang
bermanfaat.

Sudah tentu kita semua terdengar kisahnya


ketika mana dia bercerita dan saya ingin
memberi komentar yang banyak namun saya
mampu menyimpulkan dalam satu perkataan
yang pendek..

Yang paling indah di dunia ini adalah


apabila kamu punya cita-cita; Cita-cita
terindah ialah supaya engkau mengenali
Tuhanmu… bukankah Dia menciptakan
kita dan menjadikan alam semesta ini, lalu
kita semua akan kembali kepadaNya??

Kamu akan dapati cita-cita sebahagian


masyarakat ialah mengumpul harta..
25/12

Hai Ikhwah! Harta bukanlah tujuan terbesar


kita, namun ia merupakan cara mendapatkan
tujuan-tujuan yang lebih besar...bukankah
kita lihat ramai orang yang kaya-raya namun
dalamannya hancur rosak !!

Nah, sekarang biarkan kami mengumpul


harta untuk tujuan yang lebih besar ! Kita
pula akan menyerahkan harta kita kepada
Allah.. Persoalannya, bagaimana kita
memastikan harta kita hanya kepada
Allah ??!

Betul ! Saya ingin mengumpul harta sehingga


boleh hidup selesa, dan sehingga saya ingin
mendidik anak-anak dengan tarbiah yang
baik kepada Allah. Sehingga saya mampu
berinfaq ke jalanNya. Dan saya membantu
orang-orang miskin, sehingga menjadi orang
kaya agamawan.
Inilah antara kisah saudari Aliah. Seorang
Muslimah yang berpegang teguh dengan
agama, berjaya memperoleh ijazah Sarjana
dan berjaya dalam hidup. Sangat bagus
sekiranya ini adalah niat anda; mengumpul
harta akan tetapi berada dalam ketaatan
Allah pada setiap saat. Perlulah ada cita-cita
begini.

26/13
Pemuda yang ingin menjadi atlet yang
berjaya.. Mengapa dia tidak menjadikan Allah
di atas tujuannya.. Seorang pemuda
mempunyai keupayaan dan tenaga;
sekiranya tidak diisi dengan kebaikan boleh
jadi ia akan diisi dengan kemaksiatan, “ Aku
menjadi pemain bola sepak untuk mencari
redha Allah. Aku akan berusaha mencari
kebaikan dalam setiap titik peluhku.”

Seorang pemuda yang ingin bernikah.

Untuk menjadi Allah cita-cita tertinggi kita


untuk urusan ini, niatkanlah pernikahan itu
untuk menghalang diri daripada perkara yang
haram, dan juga untuk memegang erat
tangan isterimu untuk bersama-sama
mentaati Allah. Demi mewujudkan ‘Al-Bayt
Al-Muslimah’ (Rumahtangga yang
menghidupkan ciri dan nila islam di
dalamnya) yang diredhai Allah ta’ala.
Penghuninya bergurau senda, keluar,
bermusafir, namun Allah menjadi cita-cita
tertinggi di sebalik semua itu.

Nah, sekarang seorang wanita ingin


menikah dan melahirkan zuriat, kenapa?

Adakah kerana semua perempuan lain


menikah juga? Atau kerana dia ingin
bermain-main dengan bayinya? … semua
cita-cita ini akan berakhir setelah waktu yang
singkat tetapi...

27/13

Izinkan kami terangkan mafhum ayat suci ini,


tujuan kami adalah agar kami dapat mendidik
generasi-generasi yang ‘abid kepada Allah
dan bekerja untuk mencapai tujuan itu,
demikian juga kelab sukan tersebut akan
disertai kanak-kanak sehingga menjadi atlet
muda yang mementingkan pelajaran dan
berjaya dalam hidup.

Saya ingin beri contoh yang komplimen..


Bayangkan ini adalah niatmu dalam mendidik
anakmu.. Setiap saat mendidik anakmu akan
menjadi pemberat kebaikan dalam neraca
amalanmu, anakmu pula akan terus menyeru
kepada kebaikan walaupun engkau telah
berlalu pergi.
Tanya diri anda.. Apakan tujuan ku dalam
hidup?
Ada satu kata hikmah “Jadilah seorang lelaki
yang seperti 1000 lelaki, Sekiranya tidak
mampu maka jadilah seorang lelaki tetapi
jangan kamu jadi separuhnya.”
Wahai Ikhwah, berapa ramai orang sekeliling
kita yang meletakkan cita-cita yang tinggi;
ada yang bernilai seribu lelaki, ada yang
seratus, ada separuh, ada seperempat, anda
ingin jadi yang mana ??

28/14

© ‫عندما استعصى حصن بابليون على عمرو بن العاص‬


Ketika mana sulit kota kubu Babylon untuk
dibuka oleh Amru ibn Al-As r.a, beliau ‫أرسل إىل عمر بن اخلطاب يطلب منه أربعة آالف رجل‬
menulis kepada Umar ibn Al-Khattab
meminta bantuan 4 ribu tentera tambahan ‫ليفتح‬
untuk membuka tanah Mesir,
‫ هو‬: ‫مصر فبعث إليه عمر بثالثة آالف رجل ورجل وقال‬
Lalu Umar menghantar 3000 tentera, dengan »‫بألف رجل ويقصد الصحايب اجلليل القعقاع بن عمرو‬
seorang lagi tentera iaitu Al-Qa’qa’ ibn ‘Amru.
Umar ingin memberi isyarat bahawa Al-Qa’qa ‫قال‬
bersamaan 1000 tentera. “Demi Allah, suara
Al-Qa’qa di tengah-tengah medan perang itu ‫ "واهلل لصوت القعقاع يف املعركة خري من ألف‬: ‫عمر‬
lebih baik daripada 1000 pemuda.”
‫"رجل‬
Peperangan bermula ,lalu kubu itu pun jatuh ‫وبدأت املعركة واستعصى احلصن على املسلمني فوقف‬
ke tangan para muslimin .. Al-Qa’qa’ berdiri
dia bawah kubu lalu berteriak dengan suara ‫ " اهلل‬: ‫القعقاع بن عمرو حتت احلصن وصاح بأعلى صوته‬
yang paling kuat “Allahu Akbar!Ya Allah,
izzahkanlah Islam !.” ‫اكرب» اللهم أعز اإلسالم" فانكشف احلصن ودخل‬
‫املسلمون_ وجاء النصر بصوت القعقاع ليصدق فيه قول‬
Maka kubu tersebut terbuka,masuklah orang
Islam ke dalamnya dan kemenangan itu ‫" عمر "رجل بألف رجل‬.
datang dengan laungan Al qo’qo’..
‘Benarlah kata-kata umar’ Rijal bersaaman
seribu rijal © ‫وعندما جاء االستعمار إىل بالدنا يف أواخر القرن‬
Apabila datangnya penjajahan ke tanah air ‫الثامن‬
kita pada akhir kurun ke-18 dan awal kurun
ke-19, para penjajah mendapati pada
‫عشر وأوائل القرن التاسع عشر وجدوا يف املسلمني معادن‬
muslimin pada waktu itu Al-Rajulah ( sifat- ‫ إال أنه‬-‫رغم ضعفه‬- ‫الرجولة ووجدوا الشباب املسلم‬
sifat kelakian yang sebenar ) dan melihat
para pemuda islam -walaupun terdapat ‫مازالت‬
pelbagai kelemahan-

mereka masih punya cita-cita yang besar;


lalu para penjajah terfikir “Tiada jalan untuk
‫له أهداف كبرية» فوجدوا أنه ال سبيل للسيطرة على‬
menguasai dunia islam di tanah Arab... ‫العاملني‬
29/14

" ‫ األول " متييع‬: ‫العريب واإلسالمي إال خبطة ذات اجتاهني‬
… melainkan dua cara iaitu (1) melarutkan
peribadi pemuda-pemudi dan (2) ٍ ‫"هذا الشباب‬.
‫والثان "حمو حضارة أجداده من ذاكرته‬
menghilangkan memori generasi terdahulu
daripada ingatan mereka.

Oleh sebab itu, kita dapati para pemuda


‫لذلك جند الشباب يشي يف الشوارع حالق شعره وماشي‬
bersiar-siar di jalanan, dengan fashion ‫بالسلسلة_ واللبانة» ويستمع موسيقى_ غربية ال يفهمها‬
rambutnya, berjalan dengan rantai di leher
dan gula-gula getah sambil mendengar ‫ويغازل‬
muzik barat yang tidak difahami, menggoda
perempuan-perempuan yang mereka jumpa ‫هم‬
ّ ‫ وكذلك البنات يف احلياة ال‬..‫البنات بأسلوب غري الئق‬
dengan cara yang tidak layak,
‫هلاإال أن ترتدي مالبس ضيقة إلظهار جسدها وهكذا‬..
Begitu juga anak2 perempuan kita ; yang
penting ialah pakaian yang paling ketat untuk
memperlihatkan bentuk badannya, ‫ونسوا أن أجدادهم عمر بن اخلطاب وخالد بن الوليد‬
demikianlah ia akan berterusan …
‫ نسوا كل هذا فبدأت عوامل اإلهنيار‬..‫وعثمان وعلي‬.
‫ يف النهاية أريد أن أخلص كل ما قيل يف‬..‫أيها الشباب‬
‫خنع غاية كربى يف حياتك» هي "هلل عزوجل‬: :‫"كلمتني‬
Mereka lupa akan datuk mereka; Umar Al- ‫وأنصحك بعد أن تقرأ هذه احللقة أن تدخل غرفتك‬
Khattab, Khalid Ibn Al-Walid, dan Uthman
dan ‘Ali.. mereka lupa, lalu bermulalah ‫وأمسك‬
punca-punca keruntuhan.. ‫بورقة وقلم واكتب أهدافك يف احلياة» فمن العيب أن‬
Hai Orang Muda ! ‫تعيش‬
Di penghujung tulisan ini saya ingin
simpulkan
Tulisan ini dalam 2 perkara:
1) letakkanlah cita-cita yang tinggi dalam
‫ومتوت وأنت ال تعرف ماذا تريد يف احلياة‬...
hidupmu, ia adalah “Allah Azza Wa Jalla,”
2)
Dan kami menasihatkan anda, selepas anda
membaca ini, supaya memasuki ... anda ,
Peganglah pena dan kertas anda, tulislah
tujuan-tujuan yg anda ingin capai dalam
hidup anda.
Antara ‘aib yang terbesar ialah kalian hidup
dan meninggalkan dunia ini tanpa
mengetahui apa yang anda ingin capai
dalam kehidupan..

30/15

‫واسعى إىل حتقيقها وال تنس أن أعظم‬


ّ ‫أكتب أهدافك‬
Tulislah apa yang anda ingin capai dalam
hidupmu, usahalah untuk melihat ia tercapai ‫هدف يف احلياة أن تعرف ربك خالق هذه احلياة وأن تعيش‬
dalam hidupmu. Jangan anda lupa tujuan
yang tertinggi untuk mengenal tuhan yang ‫إرضائه وأنت متارس حياتك بشكل طبيعي‬.
memciptakanmu, hiduplah untuk mencari
keredhaannya ! Dan anda akan dapati anda
hidup dalam keadaan fitrah . "‫أمتىن أن نكون استفدنا وأمتىن أن يكون "كالم من القلب‬
Kami berharap agar kita ... dan agar siri _‫قد وصل للقلب‬.
“Bicara dari hati.” Benar-benar telah sampai
pada hati pembaca.

31/15
‫أشكركم والسالم عليكم‬

Anda mungkin juga menyukai